TERKINI :

Sunday, October 9, 2011

Majlis Fatwa dah lama dah pun bagi kebenaran bab celop jari guna dakwat nie..!!

TUNAIKAN INI DULU
NOTA:
sila baca surat dari permbaca ini
terang jelas
jika sesiapa memiliki pandangan sila ajukan

terima kaseh atas penerangan ini:

SURAT DARI PEMBACA:

salam tt, ni keputusan majlis fatwa: Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia, Keputusan: Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihanraya Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan. Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja. Keterangan/Hujah: Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi.

Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate .

Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari.

Untuk kegunaan dalam pilihanraya, SPR hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.

Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.

Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah : تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

Bajet Najib umpama Bajet P Ramlee

Muhammad Safwan Anwang @ Talib



Bajet 2012 kali ini seolah-olah menggambarkan apa yang sebenarnya terkandung dalam pemikiran perdana menteri kita sepertimana dialog dalam filem P Ramlee yang masyhur, “budak-budak tak boleh pegang duit banyak-banyak ”.

Justeru, mahasiswa sekali lagi kecewa dengan pembentangan bajet kali ini yang juga seolah-olah tidak langsung memikirkan soal pembinaan generasi akan datang.

Boleh jadi kerajaan sekarang beranggapan mahasiswa tidak boleh terlalu selesa, nanti mereka malas belajar.

Cadangan peringkat kita mahasiswa sebelum ini antaranya seperti pemberian pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mengikut zon berdasarkan kenaikan kos sara hidup mutakhir ini, namun ia ibarat mencurah air ke daun keladi.

Belum lagi kita cadang supaya PTPTN diubah menjadi biasiswa! Lahirlah pelacur daripada kalangan mahasiswi yang rata-rata tidak sanggup untuk berhadapan dengan krisis kewangan walaupun telah menuntut ke menara gading.

Boleh jadi ianya bukan menara gading lagi, tapi menara taring yang misinya membunuh masa depan mahasiswa dan belia remaja! Banyak lagi berita-berita di dada akhbar yang mengejutkan kita, ada yang jadi keldai dadah kerana bayarannya sangat lumayan dan tidak kurang ada yang sanggup menjadi pencuri kecil-kecilan di kampus!

Mana tidaknya, sebaik sahaja mahasiswa keluar bergraduasi mereka sudah punyai belenggu hutang kiri dan kanan sehingga mencecah puluhan ribu ringgit. Mahasiswa juga dikenali sebagai OKU iaitu "orang kuat utang"!

Pendirian di peringkat mahasiswa adalah untuk pihak kerajaan mempertimbangkan soal yuran pengajian di universiti. Sebagai contoh mudah, yuran internet dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) sehingga mencecah RM100 untuk satu semester.

Dalam masa sama juga dikenakan yuran perpustakaan RM100. Tidak kurang lagi bas universiti pun dikenakan kos perkhidmatan. Bas kilang pun percuma,ini pula bas universiti!

Boleh jadi ia jumlah yang tidak besar di mata para menteri dan mereka yang menaiki kereta import yang mewah, namun ia adalah beban di peringkat kami mahasiswa!

Ada yang ikat perut dek kerana kos sara hidup benar-benar menjerut kehidupan mahasiswa terutama mereka yang berada di lokaliti Lembah Klang.

Kenapa tidak kerajaan memperuntukkan sejumlah bajet bagi menampung kos kemudahan internet dan ICT di institut pengajian tinggi ini? Bukankah kerajaan sebelum ini beria-ria sangat mahu memperkenalkan emel percuma kepada seluruh rakyat Malaysia?

Mana mahu guna e-mel tanpa internet! Nah, itulah persoalannya. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga pula. Malang sungguh mahasiswa di Malaysia!

Bukan tidak bersyukur dengan kerajaan yang memberikan baucer RM200 untuk pembelian buku melalui syarikat kroni ini, tetapi tidak lagi percaya. Jom ubah kerajaan sekarang!

Penulis adalah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya.

Hasil Jalan Raya Kat Kedah Mat Bashah Kalut nie Hasil Judi kat pusat apa pon hang tak kata Bashah oi..!!

Hasil Judi Negara mulai tahun 2000 hingga September 2010

Puan Siti Zailah Binti Mohd. Yusuff (Rantau Panjang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan jumlah pendapatan negara sejak tahun 2000 hingga tahun 2010 dari sumber pendapatan dari hasil lesen judi yang dikeluarkan dan jumlah perbelanjaan terperinci yang telah digunakan dari hasil pendapatan lesen judi tersebut.

JAWAPAN BERTULIS:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah hasil yang disumbangkan oleh sektor perjudian kepada negara dari tahun 2000 hingga 30 September 2010 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah (RM)
  • 2000 - 1,958,380,415.89
  • 2001 - 1,972,252,986.48
  • 2002 - 1,922,115,807.36
  • 2003 - 1,797,401,240.15
  • 2004 - 1,849,176,119.10
  • 2005 - 1,984,615,754.74
  • 2006 - 2,266,814,152.52
  • 2007 - 2,416,963,021.54
  • 2008 - 2,561,892,892.66
  • 2009 - 2,606,378,658.57
  • Sehingga 20 September 2010 - 1,952,406,090.08
2. Untuk makluman Yang Berhormat selanjutnya, kesemua hasil perjudian tersebut dimasukkan sebagai hasil ke dalam Kumpulan Wang Disatukan. Hasil dalam Kumpulan Wang Disatukan ini digunakan sebagai sumber perbelanjaan mengurus dan membangun Negara tanpa disasar kepada sesetengah golongan sahaja.

Budget 2012: Ada Yang Tak Kena - beza peruntukan antara Langkawi dengan Kelantan..??

Dua tiga hari ni, pi mana pun orang sembang pasal budget.

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/303273_295711093787740_100000465567744_1213453_334871383_n.jpg

Semalam kat khemah rumah kenuri doa selamat jiran nak pi mekah pun orang sembang pasal budget. Yg bestnya rata-rata kat meja makan tu adalah cikgu-cikgu belaka, dok ingatkan depa nak puji Najib, dok mengata lagi ada!

Adik saya hat kerja kilang - yg dia sendiri pun dok kalut budget gaji kilang dia yang tak seberapa itu pun - bila dia mai rumah malam tadi, dia pun kalut jugak nak sembang pasal budget 2012 ni.

Ada sorang kawan tu, SPM ja, full time niaga pasar malam, dia pun dok merungut jugak pasal budget 2012 ni. Dia kata budget billion-billion, dia yg niaga pasar mlm ni nak beli kereta second hand pun jenuh kena cari penjamin sana sini.

Tadi, pi urusan di sebuah pejabat kjaan, pegawai kat situ pun dok bergelak jugak, dok buat lawak pasal budget 2012 ni; dia kata suruh orang pi daftar nama kat LHDN nak ambik RM500 tu lawak sungguh.

Ya lah, bagi sesetengah orang, bila sebut LHDN/Income Tax ini, bunyi macam budak-budak dengar orang sebut “Tok Mudim” saja; sapa berani pi daftar nama kat Income Tax, pi lah kalau berani.

Ringkas ceritanya, hebat jugak la kesan Budget 2012 ni, habis semua orang nak jadi menteri nak jadi yb nak jadi penceramah politik dok bercerita pasal budget ini.

Tapi, kalau Najib dgn Muhyidin dok ingat rakyat seronok sbb dapat duit cash turun mai dari kayangan ini, depa silap. Semua yg saya dok jumpa takat ni, walaupun depa kata orang bagi duit kita ambik - lagi pun itu bukan duit depa, tapi duit cukai kita jugak – tapi, di penghujung cerita tu nanti, semua dok merungut kata LEPAS INI JENUH LA KITA, BARANG-BARANG NAIK HARGA LAGI!!

Dapat RM500 sekali seumur hidup, tapi Barang Naik harga, tak turun-turun sampai kita masuk ke liang lahad.

Dalam ramai-ramai yg dok feedback dan dok buat lawak tu, yang terngiang-ngiang kat telinga saya sorang saja, pakcik tu kata “Lepas ni, bawak kereta slow sikit, ya la, DEPA nak kutip balik duit kita lepas ni!!” – ha, ha ha – saya teringat hari tu saya bayaq dekat RM1000 lebih, kalau tidak, tak boleh renew roadtax n insuran. Tak lama lagi orang rumah saya dapat bonus setengah bulan gaji, dapat lah balik duit saya tu.

Okeylah, itu semua lawak ja noh – ni, nak cerita bab serius sikit.

Bila saya tengok dalam budget kali ini, bila saya tengok kenyataan Presiden UMNO ini yang menyatakan depa akan membina Lebuhraya Pantai Timur dari Jabor (sempadan Pahang/Terengganu) ke Kuala Terengganu, dan dalam masa yg sama juga akan membina beberapa buah lagi Lebuhraya di sebelah Pantai Barat dan kawasan Selatan, saya jadi tak puas hati sungguh.

Pasal apa?

Nak habag mai, Raya baru ni saya sekeluarga tersangkut dalam Jem di Negeri Kelantan; biasanya kami ambik masa lebih kurang 9 Jam saja dari Kemaman, Terengganu nak balik Kedah. Tapi Raya baru ni, kami bertolak dari Tganu jam 10:30 pagi, sampai di Kedah jam 3:30 pagi – 17 JAM. Jem teruk, terutamanya kat trafik light Machang, Kelantan.

Waktu tu saya ingat lagi lebih kurang jam 8:30 mlm rasanya, waktu kereta dok merangkak-rangkak kat area Machang, saya bukak radio, Muzik FM kalau tak silap. Saya ada SMS pi kat stesen radio tu, DJ tu ada baca SMS saya – live kat radio tu - kisah orang Kedah tersangkut jem kat Kelantan ni, DJ tu kata sabar aja lah En Monier, pelan-pelanlah kayuh. Tak lama lepas tu, keluar pulak Berita Radio.

Antara yg saya ingat dan tak akan lupa sampai bila-bila, berita itu memuatkan kenyataan Adek Awang ka apa nama (depa kata org kuat UMNO Kelantan), kebetulan dia pun sentuh bab isu trafik jem di Kelantan ini. Dia kata masalah Trafik Jem di Kelantan di musim perayaan ini, sampai 10 lagi pun tak akan selesai – selagi mana Kelantan masih di bawah pemerintahan PAS.

Hish, ada ka patut dok ghoyat (habag) macam tu di musim-musim Aidilfitri, musim kita semua pakat dok bersalaman, gencat sat bab-bab politik ini. Dah la waktu itu saya dengan anak-anak kecik tengah dok jem kat Kelantan dengan hat kecik dok menangis nak susu, sorang lagi tu pula menangis sebab tak selesa, dan yang lain nampak lesu dan letih semacam; dalam keadaan kereta dok merangkak sikit-sikit tu, ada pula orang politik dok pi cakap macam tu. Tak sensitip langsung!

Lalu, bila Perdana Menteri Malaysia, PM kita semua bentang budget baru ni, saya nak tengoklah kot-kot ada peruntukan untuk buat Lebuhraya di Kelantan; ya lah budget tu untuk rakyat Malaysia semua tak kira apa parti atau pun negeri. Tengok-tengok tak dak pun.

Awat la kejam sangat depa kat Negeri Kelantan ni – nak buat lebuhraya pun nak kena tunggu PAS tak merintah negeri tu dulu, hish hish tak patut tak patut.

Nak habag kat hangpa la, waktu tengah dok jem tu, saya tengok plet number bukan semua Kelantan, hat yang menghala ke Utara majority plet nombornya K,P, A dan W; hat ke bawah pula ramai yang W,J dan C. Tak ramai pun yg plet D, makna kata semua rakyat Malaysia lalu dan menggunakan jalan-jalan raya yang kecik dan sempit di Negeri Kelantan itu; lalu kenapakah Negeri Kelantan perlu didiskriminasikan?

Kalau nak puas hati sungguh, saya cadangkan lepas ni kjaan pusat buatkan satu fly-over untuk orang-orang mcm kami, yg dari Terengganu nak ke Utara ni, bila sampai saja di Jertih (sempadan Kelantan/Tganu), buat fly-over naik atas awan terus ke Tasek Banding, by-pass negeri Kelantan. Insyaallah, tahun depan org-org macam kami ini tak merungut dah bab trafik jem di Negeri Kelantan ni.

Saya tulis ni bukan la sebab tak puas hati jem sampai 13 jam tu, tapi bila dok perhatikan budget 2012 ini secara terperinci, nampak pembahagian dan prioritinya ada sedikit tak kena.

Misalnya, di Langkawi, budget 2012 ini memperuntukkan sebanyak RM420 JUTA untuk membangunkan pelancungan di Langkawi. Nak tanya hangpa, hangpa tau ka berapa jumlah penduduk Langkawi kalau nak dibandingkan dengan penduduk Kelantan?

Mengikut data berakhir 2010:

Penduduk Kelantan = 1,459,994 (1.5 JUTA) orang
Penduduk Langkawi = 155,262 (150 RIBU) orang

Tu dia, 150 JUTA vs 150 RIBU, patutnya kalau sungguh kerajaan yang ada ini mendahulukan rakyat, tanpa mengira agama (agama sama), tanpa mengira keturunan (keturunan sama), tanpa mengira negeri, tanpa mengira loghat bahasa dan kecenderungan politik, sepatutnya antara Langkawi dan Kelantan ini, Kelantanlah patut diutamakan. Kita kena ingat semua orang bayar cukai, lainlah kalau orang Kelantan tak payah bayar income tax, itu lain cerita.

Entahlah saya pun tak pasti, apalah yang marah sangat UMNO dengan Kelantan ini, sampaikan bab-bab kemudahan asas seperti sistem Lebuhraya yang sempurna yang dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia ini, tapi di Kelantan mereka tidak dapat merasainya.

Saya berharap sangat Pakatan memerintah Malaysia, supaya satu hari nanti bukan saja orang Kelantan, tapi orang luaq macam kami yang tumpang lalu jajahan Kelantan nak balik raya ni , tak lah sangkut teruk sangat dalam Jem!

moniermatdin@yahoo.com
9 Oct 2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
moniermatdin@yahoo.com
9 Oct 2011
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com

Aduhai...Imbuhan banyak dapat sewaktu BUJET tapi buat kerja macam taik jaa..!!

Bersih: Diarah hadir tapi mahkamah tutup

BINTULU, 9 Okt: 18 mangsa tangkapan Bersih 2.0 di Bintulu pada 9 Julai lalu yang diarah hadir ke mahkamah hari ini kecewa apabila mendapati mahkamah hari ini tutup ekoran cuti hujung minggu.

Biarpun merasa hairan dengan tarikh yang diberikan, kesemua mereka hadir dan berkumpul di hadapan pintu pagar Kompleks Mahkamah Bintulu kira-kira jam 8.30 pagi ini kerana dimaklumkan akan didakwa pada jam 8.45 pagi.

Antara yang turut hadir adalah dikalangan AJK PAS Kawasan, Adun Kidurong Chiew Chiu Sing dan Adun Krian Ali Biju.

Difahamkan kesemua mereka kemudiannya bersurai selepas sejam menunggu.

"Kita sebagai rakyat Malaysia telah menunaikan tanggungjawab kita dengan hadir ke mahkamah, diatas mendokong perlembagaan, perundangan dan Raja.

"Kita menganggap perkara ini selesai kerana pendakwa yang tidak hadir," kata salah seorang wakil mereka.

Pada 9 Julai lalu, kesemua mereka ditangkap oleh pihak polis ketika sedang minum di sebuah kedai kopi di kawasan komersil Parkcity di sini pada pukul 2.15 petang.

Daripada 18 orang itu, dua daripada mereka memakai baju kuning bertulis 'Bersih 2.0' sewaktu ditangkap.

Penangkapan mereka serentak dengan himpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan di Kuala Lumpur pada hari sama.

Menurut pihak polis, kesemua mereka ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966.

Bagaimanapun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis dan diarah hadir ke mahkamah untuk pendakwaan hari ini.

Aduhai PERKASA depan Mat Sabu lemah lutut jugak hangpa rupanya..!!

Najib dah sedaq yang orang bandaq tak kelapaq kat dia dah..!!

Najib: BN jangan hanya jadi parti luar Bandar

October 09, 2011


KUALA LUMPUR, 9 Okt ─ Dalam mesej mahu menawan semula kerusi-kerusi tewas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Najib Razak mahu Barisan Nasional (BN) menjadi parti diterima setiap lapisan masyarakat, bukan hanya disokong pengundi luar bandar.

“Kita masuk pilihan raya kita nak menang, apatah lagi di Wilayah Persekutuan... kita tak mahu BN jadi parti luar bandar, orang bandar tak sokong BN.

“Saya tidak mahu BN parti yang disokong petani, nelayan... kita nak BN disokong semua golongan termasuk di kota raya Kuala Lumpur,” kata Perdana Menteri (gambar) pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Wilayah Persekutuan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Pada pilihan raya umum 2008 BN hanya menang di satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang memperuntukan 11 kerusi.

Malah ia juga kalah banyak kerusi Parlimen di kawasan bandar di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Najib yang juga Presiden Umno dan Pengerusi BN menegaskan “musim telah tiba, gendang pilihan raya sudah dipalu dan kita semua dapat merasainya.”

“Dengan ini bererti bahawa kesediaan kita bertambah lebih mantap kerana kita ibarat nak turun di medan perang, maka kita tentu nak menang bukan nak kalah.

“Untuk menang kita perlu buat persiapan untuk tentukan tahap kesediaan kita, tahap siap sedia kita. Kita mesti buat persiapan menyeluruh dari segi anggota dan yang paling penting kita jangan cipta masalah... jangan buat masalah,” kata Najib.

Tegas Najib, meskipun BN mempunyai kekuatan luar biasa berbanding Pakatan Rakyat, namun masalah yang ditimbulkan dalam kepimpinan parti boleh menyebabkan parti pemerintah itu tewas.

Jelas beliau, semua anggota dalam BN perlu ketepikan masalah dalaman parti dan memberikan tumpuan untuk membantu memenangi pilihan raya umum ke-13.

“Ini adalah asas, kekuatan adalah anggota-anggota kita... cuba bayangkan dalam setiap Parlimen di kalangan penyokong kita di setiap peti-peti undi anggota BN, berapa ramai merupakan penyokong kita?

“Kita ada kekuatan luar biasa tapi kalau kita terus ada masalah dalaman, misalnya kalau kita nak letak calon pasti menang, ini formula terbaik, sebab kalau nak menang kita mesti letak kriteria calon yang boleh menang tapi kalau kita dah tentukan, janganlah ada pula orang yang tidak setuju dan ia nanti akan beri kesan kepada kita,” katanya.

Justeru Najib menasihatkan supaya semua masalah dan perbalahan dalam parti diketepikan demi masa depan BN dan juga negara.

“Ramai yang kata kita boleh menang, ramai orang cakap atas kertas kita boleh menang, tapi itu atas kertas... kalau nak menang buat cara nak menang, jangan berbalah sesama sendiri, jangan ada puak-puak, jangan sabotaj parti sendiri dan jangan tarik tali antara parti komponen BN,” katanya. [Malaysian Insider]

Amarah Hujan Lebat di Kedah : Daerah Yan, Kuala Muda, Kota Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Langkawi

http://3.bp.blogspot.com/-G7v7CQMZ5E8/TpFRKgbdSmI/AAAAAAAAFQg/o-BQ-i6xriI/s1600/2011-10-09_153833.jpg

Umno terus hidup selagi ia mampu jahilkan orang Melayu

Ada seorang pembaca blog saya (Sakmongkol AK47) menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong UMNO dan BN, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian- yang saya sebut ialah pemimpin memperbodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan diperbodohkan. Tapi itu menjadi topik lain pula yang kita tidak akan bahas di sini.

Itu bukan bodoh, itu membalas budi katanya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapatnya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca ini. Kerana ini akan bermakna, orang Melayu yang menyokong kerajaan-kerajaan di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mesti dilihat sebagai berterima kasih juga. Mereka pun tidak bodoh tapi sekadar berterima kasih. Mereka berterima kasih kepada kerajaan-kerajaan yang telah membantu mereka dalam pelbagai cara. Bukan begitu? Mustahil apabila orang Melayu menyokong UMNO mereka berterima kasih, tapi bila mereka menyokong parti lain, perbuatan tersebut tidak dianggap sebagai berterima kasih?

Saya berharap pembaca tersebut tidak bermaksud hanya UMNO sahaja berhak menerima terima kasih dari orang Melayu. Sudah tentu pandangan seperti ini tidak boleh diterima kerana UMNO tidak ada hakmilik mutlak ke atas sokongan orang Melayu. Malah dalam Pilihan Raya Umum 2008, UMNO tidak mampu menyatakan bahawa mereka mewakili suara majorti orang Melayu. Dalam PRU itu, lebih ramai orang Melayu menyokong parti bukan-UMNO. Bagaimana kita mengklasifikasikan mereka? Murtad Melayu? Tidak mengenang budi?

Di sebalik kenyataan yang pious (alim) ini sebetulnya terkandung cerita mengenai pertalian antara rakyat dengan kerajaan. Tersirat dalam kenyataan tersebut ialah bagaimana orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kalau di Amerika, mesejnya lebih kurang akan berbunyi- jangan soalkan apa negara kamu boleh buat kepada kamu, tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu. Negara dalam konteks ini, kerajaanlah. Atau gantikan negara dengan istilah kerajaan. Dari sini kita akan lihat pertalian antara manusia dengan kerajaannya.

Dari komen pembaca itu, kita dapat mengagak bahawa kerajaan dilihat sebagai penjaga dan rakyat dilihat sebagai yang dijaga. Dan itu membawa DUA pengertian besar; Pertama, kerajaan adalah penjaga yang penuh dengan sifat keibuan menjaga anak-anak. Kedua, tanggungjawab menentukan masa depan kita diserahkan ke atas bahu kerajaan.

Mungkin di sinilah, iaitu di dalam cara orang Melayu melihat peranan dan tempat kerajaan dalam kehidupan mereka, terkandung benih-benih kemunduran. Inilah sikap 'kelemahan yang diwarisi' (inherent weakness) yang kita mesti kikis- yakni menganggap kerajaan itu tempat kita bergantung segala-galanya dan tempat sumber rezeki hidup. Sikap seperti ini lah yang menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli kita, angkuh dan sombong kepada rakyat kerdil. Kerajaan itu penaung dan kita yang bernaung, kerajaan itu tuan, kita hamba. Dan kepada si pengampu, konsep kerajaan seperti ini mahu mereka kekalkan. Selagi kerajaan dilihat demikian rupa, ianya memberi mereka a sense of supremacy dan mungkin juga khayalan godlike.

Sikap melihat kerajaan sebagai deity yang mesti ditaati dan dipuja, paling ketara di kalangan orang Melayu dan UMNO bertanggungjawab memanjangkan sikap yang melemahkan bangsa Melayu. Selagi kita mempunyai sikap yang demikian, selagi itulah kita terus bertongkat kepada kerajaan. Orang Melayu akan jadi tamby yang tertunduk-tunduk tidak ada keyakinan diri. Kita tidak boleh meneruskan ketergantungan sebegini kerana dengan melakukan demikian, memberi peluang kepada pimpinan politik yang licik mengeksploitasi ketergantungan kita itu.

Berbalik kepada komen yang diberikan oleh pembaca tersebut, saya tidak menyebutnya demikian rupa- saya hanya memberitahu bahawa pemimpin Melayu membodohkan bangsanya sendiri supaya mempercayai mereka mempunyai banyak kelemahan. Seolah-olah lemah dan tidak bermaya itu adalah kesemulajadian orang Melayu. Mereka diperbodohkan dengan tahyul bahawa jalan selamat ialah melalui bergantung terus kepada kerajaan. Dan bukannya kerajaan yang mana-mana tapi suatu kerajaan yang khusus iaitu UMNO. Tidakkah kenyataan seperti ini self serving?

Ini kenyataan yang self serving sebab kerajaan yang dimaksudkan itu terdiri dari kerajaan yang diwujudkan oleh satu parti politik khusus sahaja. Tidakkah layak kerajaan dari parti bukan-UMNO dijadikan sumber rujukan? Selagi bangsa Melayu terus percaya kepada pembodohan ini, maka bangsa Melayu akan terus menjadi suatu bangsa yang dependent.

Kita mesti konsisten dalam gesaan kita. Jika menyokong UMNO dianggap sebagai terima kasih kepada kerajaan yang memberi faedah serta kemudahan kepada mereka, prinsip yang sama mesti juga diguna-pakai ke atas kerajaan-kerajaan yang bukan-UMNO. Kerajaan bukan-UMNO di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semuanya menabur budi kepada orang Melayu. Berdasarkan gesaaan pembaca blog yang saya rujuk, maka orang Melayu dalam negeri-negeri ini mesti juga berterima kasih kepada kerajaan-kerajaan ini dan terus menyokong mereka.

Hanya dengan cara demikian, kita konsisten dalam pandangan kita. Jika menyokong itu bermakna berterima kasih, ianya mesti digunakan dalam semua keadaan. Berterima kasih dan mendapat sokongan tidak lagi menjadi hak ekslusif UMNO.

Cuba kita orang Melayu fikirkan. Jika orang Melayu bersikap bergantung kepada kerajaan secara membabi buta, ianya bertentangan dengan piagam seorang manusia yang mereka.

Apakah piagam seorang manusia yang merdeka? Seseorang manusia yang merdeka dan mempunyai jati diri (bukankah pemimpin UMNO sentiasa berkhutbah mengenai jati diri dan yakindiri) meyakini bahawa masa depan mereka adalah tanggungjawab mereka sendiri bukan menyerahkan tanggungjawab tersebut pada kerajaan. Kerajaan bukanlah tuan kepada orang yang menghambakan diri mereka.

Sebuah kerajaan hanyalah suatu wadah dan jalan, bukannya pemberi nikmat dan keistimewaan jauh sekali sesuatu yang mesti disembah. Manusia yang merdeka itu bertanya apakah yang mereka dapat lakukan melalui kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai matlamat hidup dan yang paling penting sekali melindungi kemerdekaan mereka sebagai manusia.

Ini titik tolak perjuangan orang Melayu sebenarnya. Kerajaan yang dibentuk oleh PAS, UMNO, DAP atau PKR sekali pun bukanlah tuan kepada kita yang hamba. Bukan mereka sesuatu yang harus kita sembah dan takuti. Kerajaan ialah sesuatu yang kita wujudkan melalui persetujuan atau consensus bersama, bukan sesuatu yang wujud di atas kita. Tidak ada wawasan nasional kecuali yang dikongsi bersama oleh rakyat dan matlamat kerajaan adalah matlamat yang diyakini bersama dan yang diperjuangkan bersama. The government cannot impose something over us which we the people find disagreeable.

Dan di sanalah letaknya bahaya kepada UMNO. Sebab UMNO masih kekal dengan mentaliti bahawa dia kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu dan bersikap dia pemberi sumber kehidupan kepada orang Melayu. UMNO tiada, orang Melayu mati. Dan UMNO itu Melayu , Melayu itu UMNO.

Mari kita analisis kenyataan yang mengandung 2 bahagian ini- Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Kedua bahagian kenyataan atau pernyataan tersebut tidak mencerminkan aspirasi seorang Melayu yang berjiwa merdeka. Sama seperti tanggapan orang Melayu terhadap sebuah kerajaan, demikianlah tanggapan orang Melayu kepada UMNO. UMNO itu tunjang kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu, UMNO itu penjaga dan kita yang di jaga. Orang Melayu memuliakan UMNO sebagai sesuatu yang mesti ditaati malahan disembah dan apa orang Melayu boleh buat ialah mengharapkan pemberian dari UMNO.

Oleh sebab kepercayaan ini, nilai pemimpin UMNO bersifat sombong, angkuh, membuli dan memandang rendah kepada rakyat. Nilai silai ini diperlihatkan dalam gaya hidup seharian majoriti pemimpin UMNO. Inilah yang membawa kecundang kepada UMNO dalam pilihan raya yang akan datang.

Bagaimana keadaan begini dapat kekal untuk masa yang lama? Ianya kekal kerana tahap kejahilan dan kesedaran sosial dan politik orang Melayu relatifnya masih rendah. Di mana tahap kejahilan berkurang, dan kesedaran politik dan sosial meningkat, pengaruh UMNO menurun.

Nampaknya UMNO hanya mampu wujud dan survive selagi sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya kekal dalam kejahilan. Kita boleh lihat di hadapan mata kita sendiri bagaimana kekuatan UMNO menjadi lemah apabila kesedaran rakyat khususnya orang Melayu meningkat. Dalam kawasan bandar di mana kejahilan orang Melayu berkurangan sama ada melalui tahap pendidikan yang di capai atau melalui interaksi sosial yang rancak, sokongan dan keyakinan kepada UMNO merosot.

Hari ini orang Melayu tidak perlu berhijrah ke bandar secara fizikal kerana penghijarahan itu kini sampai kepada orang Melayu. Orang Melayu membaca serta menonton TV satelit dan melayari internet serta anak anak mereka menyedarkan mereka – semua ini sedikit demi sedikit mengurangkan kejahilan orang Melayu.

Apakah kesan terbesar daripada pengurangan kejahilan ini? Kesan terbesar ialah memecah kekangan minda di kalangan orang Melayu. Namun bila ini terjadi, ianya tidak semesti menjadi berita baik kepada parti politik lain. Mereka pun mesti menyesuaikan kepada keadaan di mana kesadaran rakyat mengenai hak-hak mereka dan kejahilan dipecahkan. Mana-mana kerajaan yang dikuasai oleh parti politik yang bukan-UMNO berdepan dengan bahaya yang serupa jika underestimate kemahuan rakyat.

Sekarang, izinkan saya kembali kepada soal penegasan menyokong UMNO itu ialah menyatakan terima kasih.

Jika menyokong UMNO bererti menyatakan terima kasih, maka dalam PRU 2008, lebih besar jumlah orang Melayu tidak berbahasa. Kerana dalam PRU 12 itu, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2 juta Melayu mengundi calon-calon UMNO. Berdasarkan kriteria yang digunakan, adakah ini bererti 3.7 juta Melayu tidak tahu berterima kasih sebab mereka tidak menyokong calon UMNO? Lebih dahsyat, jika menyokong UMNO itu berterima kasih dan bukan bodoh, boleh atau tidak kita menyatakan 3.7 Melayu yang tidak menyokong UMNO dan tidak tahu berterima kasih itu bodoh belaka?

Ada beberapa perkara yang saya dapati objectionable dengan pertuduhan ini. Pertama, adakah berterima kasih itu bersifat umum atau hanya khusus kepada UMNO? Ianya hanya dianggap berterima kasih dan berbahasa jika diberi kepada UMNO dan tidak jika diberi kepada parti plitik lain? Jika hanya kepada UMNO, maka prinsip berterima kasih itu bersifat politik dan khusus dan tidak boleh dipakai sebagai prinsip yang sejagat atau universal. Ertinya, pembaca berkata, ianya terima kasih jika diberi kepada pihak tertentu (UMNO), bukan terima kasih jika diberi kepada pihak lain.

Kita jangan terperangkap dalam hujah sedemikian. Tidak ada orang yang menganggap orang Melayu bodoh kerana menyokong UMNO atau BN.
(1) berterima kasih bukan ertinya bodoh dan tidak menyokong UMNO atau kerajaan tidak bererti tidak tahu berterima kasih atau tidak berbahasa. Jadi, teruskan membuat pilihan yang bebas kerana jika tidak menyokong tidak bererti kamu bodoh atau tidak berbahasa
(2) berterima kasih bukanlah perbuatan yang tidak bersyarat dan
(3) berterima kasih dari segi pengucapan dan tidak boleh sama dengan beterima kasih dari segi perbuatan.

Yang dikatakan berterima kasih dari segi perbuatan ialah menyokong pihak yang terlah berbudi. Berterima kasih jenis ini memerlukan syarat. It’s a qualified gratitude. Untuk apa kita berterima kasih? Mangsa kecurian mesti berterima kasih kepada pencuri? Rakyat yang ditindas mesti berterima kasih kepada kerajaan yang korap dan zalim?

Ini ertinya, perbuatan terima kasih itu mesti dipadankan dalam konteks. Adakah kita berterima kasih kepada kerajaan yang zalim? Jika kita bersikap demikian, maka mustahil berlakunya pemberontakan di Mesir, Tunsia dan sekarang ini Libya. Kesemua kerajaan tersebut telah menabur budi yang banyak kepada rakyat. Jika rakyat memberontak adakah itu bermakna mereka tidak berterima kasih?

Contoh yang kita berikan di atas menunjukkan bahawa perbuatan berterima kasih mesti dipadankan dengan konteks. Terima kasih yang kita beri terutama dalam konteks politik, mestilah terima kasih yang bersyarat.

Adakah prinsip berterima kasih itu tetap dipakai untuk semua kerajaan atau hanya untuk kerajaan UMNO? Jika ianya prinsip yang bersifat kekal dan konsisten, maka ianya dipakai dalam semua kes tanpa pengecualian. Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip tersebut, rakyat harus juga berterima kasih kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor. kerajaan dalam negeri-negeri ini telah juga berbakti kepada rakyat dalam negeri masing.

Will the same principle then be applied in all cases without exception? Atau terima kasih itu hanya dikususkan untuk kerajaan UMNO dan BN sahaja?

Jelaslah terima kasih kepada kerajaan bukannya mutlak dan semudah pengucapan terima kasih dalam interaksi sosial. Terima kasih kita kepada kerajaan mestilah dan pada setiap masa, terima kasih yang qualified. Its always a qualified gratitude bukan gratitude secara sembrono dan membabi buta.

- Sakmongkol AK47

Sakmongkol AK47 adalah nama samaran Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz. Beliau merupakan mantan ADUN of Pulau Manis, Pekan. (2004-2008) Antara tahun 2000-2004, beliau merupakan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, di bawah Dato Seri Najib. Lulusan Ekonomi di University Malaya dan University of Manchester (Owens). Beliau dapat dihubungi di e mail: ariff.sabri@gmail.com

Kehadiran Ahli Parlimen PR Perlu Dipantau Elak Makan Gaji Haram

BAKAR SAJA BUKU JINGGA, AMARAN KEPADA PAKATAN RAKYAT

BLOG GREEN BOC sudah ulas panjang lebar semalam. Tiada YB yang berani tampil untuk menjawab kerana mereka tahu mereka telah melakukan kesalahan, kesalahan yang besar fan serius yang telah menyebabkan RUU Kg Bahru diluluiskan dan sekaligus wasiat allahyarhamah Dr.Lo'lo' dipermainkan oleh ahli-ahli parlimen PR.

Ada seorang dua YB yang menghubung GB untuk membela MP-MP yang tidak hadir. Kononnya GB tak tahu senario sebenar. Kononnya MP Pakatan tidak sangka undi dilakukan sebelah malam dan sebagainya.

Sekalipun GB bukan ahli parlimen, tidak bererti GB tidak tahu apa yang berlaku di Dewan Rakyat, bukan bererti GB dan lain-lain blogger tidak boleh tahu siapa yang hadir siapa yang ponteng dan bukan bererti kami sukasuka tuduh suka-suka tulis ikut sedap rasa.

Ketidak-hadiran tanpa alasan itu ponteng namanya dan itu adalah "dosa" yang besar kerana mengkhianati amanah Allah, RasulNya dan pengundi anda.

Bawa bukti atau dalil sahih atau panggil mana-mana ulamak muktabar yang kamu ada untuk membuktikan pula tindakan ponteng kamu itu adalah sah!

GB sedia tarik balik tuduhan GB jika kamu-kamu yang ponteng dapat menyediakan dalil sah bahawa kamu boleh tidak hadir tanpa alasan/uzur syarie dari menjalankan amanah.

Lagipun kami para blogger bebas untuk mengulas, mengkritik, mencadang samada dengan nada keras atau lembut, kerana selama ini sebelum kamu-kamu dilantik sebagai ahli parlimen pun kami sudah berada di alam siber memperjuangkan kebenaran dan keadilan serta menentang kezaliman. Kami tidak dibayar oleh kamu-kamu tetapi dibayar oleh Allah s.w.t. untuk tugas itu. Justeru itu kami akan tetap menyuarakan yang hak itu sebagai hak, sekalipun ianya akan memenggal kepala ahli parlimen PR sendiri mengambil iktibar dari suratul-Kahf.

حْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى
وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَ مِن دُونِهِ إِلَهاً لَقَدْ قُلْنَا إِذاً شَطَطاً

Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk. Dan Kami kuatkan hati mereka, semasa mereka bangun lalu berkata: Tuhan kami ialah tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran. Al-Kahf: 13-14

Malah jika kamu-kamu mengkhianati amanah pun, akan tetap ada orang yang akan memikul amanah itu.

Hadis daripada Thauban R.A bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda; "Sentiasa ada satu golongan daripada kalangan umatku yang etatp tegak menzahirkan kebenaran, tidak akan memberi mudarat kepada mereka orang yang meninggalkan mereka sehingga datang hari kiamat dan mereka dalam keadaan tersebut". (Riwayat Muslim)

Kali ini rakyat memaafkan kamu, tetapi sebarang perulangan sikap yang memandang rendah terhadap amanah yang diberikan tidak akan lagi diberikan keampunan dan kemaafan. SERIUS dan KOMITMEN dari semua ahli parlimen diperlukan jika benar-benar hendak menawan Putrajaya. Jika tidak bakar saja BUKU JINGGA, lupakan semuanya. Blogger PR pun boleh tutup semua blognya. Biarkan BN memerintah dan rakyat hidup menderita dan dizalimi selama-lamanya!

Kehadiran Ahli Parlimen PR Perlu Dipantau Elak Makan Gaji Haram

Mantan PM perli Mat Bashah..!!!

Apa kejadahnya si Pang Chaw nie... nak kena pelempang kaa..??

Pang Chaw Jangan Ugut Pas

PENDIRIAN Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw seperti mana dilaporkan oleh sebuah portal berita seakan menempati kebimbangan saya yang lama bersarang dihati, bahawa kehadiran kelab penyokong itu sesuatu yang tidak perlu diagung-agungkan sangat dan kemungkinan ia bakal mengudang masalah kepada Pas.

Entah kenapa saya kurang yakin dengan keikhlasan himpunan berkenaan yang terdiri dari bukan muslim untuk menyokong perjuangan Pas. Bagi saya adalah silap Pas membentuk sebuah sayap di namakan Dewan Himpunan Penyokong Pas dengan memberi ruang luas kepada mereka termasuk dapat mengambil bahagian dalam muktamar.

Sesetengah pemimpin Pas begitu ghairah untuk membuka Pas kepada bukan Islam sehingga tidak dapat membaca tanda di hujung perjalanan. Hakikat bahawa iltizam dan azam di antara bukan muslim dengan orang muslim tetap ada perbezaan dan kepentingan tetapi perkara ini teralpa?

Fungsi dan peranan kelab itu sepatutnya dihadkan sebagai sebuah kelab seperti mana kelab penyokong pasukan bola sepak saja. Mereka boleh bertepuk dan memberi sokongan moral dan material tetapi jangan sampai menganggui kerja-kerja jurulatih dan pihak pengurusan.

Kalau mereka sudah bertindak jauh ingin mengajar jurulatih dan mengajar pihak penguruskan mentadbir ia sudah satu keadaan campur tangan dan melampau. Kelab itu juga tidak mengetahi sejauh mana kuasa atau apa yang mereka perlu lakukan.

Itulah apa yang berlaku kini yang saya rasakan. Dewan himpunan itu cuba memainkan peranan jauh ke dalam termasuk menyentuh soal-soal polisi dan dasar Pas. Tindakan seperti itu sudah tidak kondusif dan lagi sebagai fungsi sebuah himpunan yang bertindak sebagai kelab penyokong.

Peluang atau keterbukaan yang diberikan oleh Pas itu kini sudah menjadi masalah. Kalau ia tidak dilendkkan ia bakal menyerabutkan parti itu. Dengan beberapa tindak tanduk atau kenyataan dikeluarkan oleh dewan himpunan itu berpotensi untuk membawa masalah kepada Pas. Adalah wajar kalau penasihat kepada kelab berkenaan mengambil langkah perlu sebelum sesuatu yang lebih buruk berlaku.

Untuk mengelak tindakan ini lebih luas mungkin satu kod etika kepada kelab berkenaan perlu dikeluarkan untuk pengetahuan umum. Dengan adanya garis panduan itu ia dapat difahami oleh segenap ahli Pas mengenai apakah peranan dan juga tanggungjawab yang perlu dipikul dan tidak perlu dipikul oleh himpunan itu.

Keadaan tidak kondusfi ini mulai terasa apabila ketuanya, Hu Pang Chaw bercakap topik yang diluar bidang kuasanya sehingga seolah-olah ia dianggap mempunyai autoriti penuh kepada dewan itu. Terbaru kenyataan beliau mengatakan Pas akan kehilangan sokongan sekiranya gagal memberi penjelasan mengenai pendirian tegas Pas dan Tok Guru mengenai hukum hudud.

Kata Pan Chaw Pas kemungkinan akan kehilangan sokongan bukan muslim dan menyebabkan ahli dewan itu akan bertinda keluar kelab beramai-ramai kalau masalah hudud tidak dijelaskan dengan sempurna.

Kenyataan itu berbau ugutan dan ancaman serta ia menunjukkan keegoaan beliau sebagai ketua. Katanya Pas perlu mengambil pandangannya sebelum hendak melaksanakan hudud? Jelas kenyataan itu menunjukkan himpunan itu sudah besar kepala. Pan Chaw telah meletakkan dia sebahagian entiti penting di dalam Pas yang boleh menganggu pelaksana dasar dan asas perjuangan Pas.

Kenyataan Pang Chaw itu anih sedikit. Bukankah Pang Chaw adalah ketua kepada dewan himpunan berkenaan. Kalau beliau ikhlas dan mahu melihat sokongan kepada Pas di kalangan bukan muslim padu, maka beliau sendiri harus memainkan peranan memberi penjelasan. Beliau tidak sepatutnya menzahirkan rasa bimbang berupa ugutan tetapi mengambil langkah mengatasinya khasnya di kalangan ahli yang jahil mengenai hudud dan perjuangan asas Pas.

Dewan himpunan atau Pan Chaw sendiri janganlah ada agenda di sebalik sokongan itu. Kalau mereka juga ada agenda ia tidak akan memberi apa-apa makna dan erti lagi. Pan Chaw sendiri jangan menjadikan dewan itu sebagai kuasa untuk bertarik tali kerana inginkan sesuatu bersifat personal. Saya yakin penerimaan Pas ke atas dewan itu seadanya sahaja tanpa melupai akan habuannya sekiranya Pas dan Pakatan Rakyat berjaya menjadi kerajaan.

Sebelum kemenangan tercapai eloklah himpunan itu beperanan seperti yang ada ini bukannya menjadi duri kemen yang membelit kaki apabila tersepak batangnya.

Tetapi nampaknya Pang Chaw sudah mulai menunjukkan kuasa dan menggunakan dewan berkenaan untuk merealisasikan beberapa keinginan dan juga kehendaknya. Kalau tidak silap Pang Chaw turut mempersoalkan kenapa Pas tidak mengambil pandangan dewan himpunan dulu sebelum hendak bercakap menegeai hudud. Di sini menunjukkan Pang Chaw berlagak dengan kedudukan itu. Tidak mustahl bagi Pas menerima pandangan dewan himpunan kerana kewajiban melaksanakan hudud adalah mutlak.

Saya berharap Pas tidak terancam dengan amaran yang diberikan oleh Pang Chaw itu. Hakikat yang ada kepada himpunan itu ahlinya sekitar 20,000 orang sahaja. Saya yakin bukan Islam yang menyokong Pas kerana Pas bergabung dengan Pakatan Rakyat lebih daripada kekuatan ahli himpunan itu yang ada. Dalam konteks Kelantan pula Pas tidak memerlukan sokongan padu dari bukan muslim untuk merealisasikan cita-cita agamanya.

Pas tidak perlu layan kebimbangan negatif disuarakan oleh Pang Chawi itu. Pas tidak akan 'kalah' tanpa sokongan golongan yang menyimpang dari perjuangan asaslnya. Perjuangan Pas bukan saja hendak memiliki dunia, tetapi Pas mahu keredhaan Allah. Tidak ada guna bagi Pas menang kalau kemenangan itu tidak diredhai Allah. Kekalahan diredahi lebih bari kemenangan yang dimurkai.

Kepada Pang Chaw khasnya janganlah cuba mengambil kesempatan untuk menggeletek Pas dalam suasana hari ini. Kalau dewan itu ingin berkawan dengan Pas berkawanlah atas semangat ingin melihat perubahan dan jangan diselit dengan unsur-unsur perdagangan dan perniagaan. Sikap suka mengambil kesempatan atau menahan luka di pergentingan tidak sesuai di musim ini. [wm.kl.10:16 am 09/10/11]

Mohd Sayuti Omar

Apahal si Hu Pang Chaw nie.. macam mau ugut PAS jaa dalam bab Hudud nie..!!

Hudud: Risiko hilang sokongan, ketua bukan Muslim ingatkan PAS

October 09, 2011
Hu Pang Chaw (tiga dari kiri) di Dewan Himpunan Penyokong PAS Tahunan PAS Ke-56 di Kelantan tahun lalu. — Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 9 Okt — PAS berhadapan dengan risiko kehilangan sokongan dan mencetuskan keadaan keluar beramai-ramai dari sayap bukan Muslim jika parti Islam itu tidak mengalah dalam isu hukum hudud, kata Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw.

Menurut Hu, ramai ahli dewan itu tidak gembira dengan langkah PAS mahu memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Justeru beliau memberi amaran langkah itu akan menyebabkan ahli-ahli sayap paling muda PAS itu meninggalkan secara besar-besaran, sekali gus menjejaskan peluang parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam pilihan raya umum.

Dewan itu dibentuk secara formal tahun lalu dengan dinaikkan taraf daripada sebuah kelab yang wujud sejak enam tahun lalu.

“Kita perlu mengakui bahawa dalam politik apa sahaja boleh berlaku,” kata Hu kelahiran Kelantan ketika menegaskan pendiriannya kepada The Malaysian Insider.

“Apabila anda jatuh cinta dengan seseorang, kalau apa pun terjadi, anda akan bersama. Tetapi apabila cinta sudah mula hilang, apabila perasaan sudah tiada, anda akan ikut jalan anda, saya akan ikut jalan saya sendiri,” katanya.

Minggu lalu, Hu mempertahankan pendiriannya bahawa parti itu perlu memberi penjelasan secukupnya kepada masyarakat bukan Islam berhubung cadangan untuk melaksanakan hukum hudud.

Katanya, jika penjelasan itu tidak diberikan dan bukan Islam belum memahaminya, selagi itulah PAS tidak boleh melaksanakan hukum berkenaan di sebuah negara yang didiami masyarakat majmuk.

“PAS perlu mengambil kira dan menerima pandangan saya sebagai ketua dan pemimpin yang mewakili masyarakat bukan Islam,” katanya sebelum ini.

Beliau memberitahu The Malaysian Insider bahawa persekitaran semasa ini adalah benar apabila penyokong-penyokong kalangan kaum Cina dalam PAS, yang bersedia untuk meninggalkan parti itu, jika mereka merasakan mereka sudah tidak memperoleh “hasil pelaburan.”

“Apabila mereka merasakan parti ini, tidak boleh dilihat sebagai parti terbaik, mereka akan bertindak keluar. PAS perlu ingat perkara ini,” katanya lagi.

PAS seharusnya menerima bahawa Malaysia merupakan negara pelbagai kaum dan oleh itu, melupakan usaha mahu mengenakan hukum hudud ke atas bukan Muslim kerana tindakan seumpama hanya akan menyebabkan kesan ke atas parti tersebut, tambah Hu.

Katanya, PAS seharusnya menggugurkan “fobia” bukan Muslim dan menerima persekitaran blok undi baru berbanding berpegang kepada pemikiran lama hanya memperjuangkan kepentingan kaum Melayu.

“Nasihat iklhas saya kepada pemimpin-pemimpin PAS ialah jika mereka benar-benar mahu mengambil alih Putrajaya, mereka harus menerima cara hidup ini,” katanya.

Dewan Himpunan Penyokong PAS yang mempunyai 20,000 ahli dikatakan berjaya merapatkan jurang antara PAS dan bukan Islam dan mewujudkan imej baru parti itu di kalangan kaum Cina dan India.

Awal bulan ini, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau masih menaruh harapan hukum hudud dapat dilaksanakan di negara ini sekiranya Pakatan Rakyat memenangi pilihan raya umum ke-13.

Bulan lalu, Nik Aziz berkata hukum hudud bukan ideologi sebaliknya adalah wajib untuk dilaksanakan dalam undang-undang Islam.

Nik Aziz juga menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud.

Baru-baru ini Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Tambah Nik Aziz, hukum hudud hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak perlu risau sekiranya ia dilaksanakan.

Selepas Anwar di pecat sbg menteri kewangan dah 14 tahun belanjawan kita asyik defisit

Tahun ke 14 belanjawan defisit
Muhammad Faizal

SHAH ALAM, 8 Okt: Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali yang ditemui pada satu program di Shah Alam menjelaskan bajet yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam merupakan satu bajet yang tidak berhemah.

Beliau berkata tindakan tersebut jelas kerana melihat kepada pengurusan kewangan yang dilaporkan itu lebih terjurus kepada amalan defisit yang tinggi.

"Secara keseluruhan ini adalah tahun ke 14 di mana kerajaan Barisan Nasional mengamalkan bajet defisit," katanya.

Tambahnya lagi, walaupun keadaan ekonomi global pada hari ini membolehkan pengurusan dijalankan di dalam bajet defisit tetapi Najib perlu beri tumpuan kepada beberapa prinsip iaitu tata kelola yang baik atau lebih kepada "good governance".

Selain itu juga kerajaan haruslah mengamalkan pengurusan yang cekap tanpa ada ketirisan serta mengamalkan prinsip 'value for money'.

"Namun kesemua prinsip tersebut tidak ditangani serta dinyatakan pada bajet kali ini," sambungnya.

Azmin memberitahu, melihat kepada peruntukan yang diberikan iaitu sebanyak RM232.8 bilion itu sebanyak RM181.6 bilion diberikan kepada perbelanjaan mengurus manakala 51.2 bilion ringgit pula kepada perbelanjaan pembangunan.

"Ini menunjukkan pengurusan kewangam yang tidak berhemah di mana peruntukan pembangunan mengucup begitu mendadak dan kos operasi serta mengurus itu terlalu besar.

"Kita juga dilaporkan tadi bahawa kutipan hasil pada tahun hadapan berjumlah RM186 bilion daripada kutipan hasil tersebut RM181 bilion digunakan untuk mengurus maknanya untuk pembangunan itu diuruskan secara defisit.

"Maka tidak ada lebihan untuk pembangunan dan ini bagi saya satu pengurusan yang tidak berhemah," jelasnya lagi.

Sambungnya lagi, Malaysia sebagai sebuah negara yang bergantung kepada eksport memerlukan satu usaha untuk menjana ekonomi dalaman tetapi kalau rakyat tidak mendapat imbuhan gaji yang lebih baik dan selesa bagaimana mereka boleh berbelanja.

"Sebab itu Pakatan Rakyat dalam belanjawan yang dibentangkan menegaskan sasaran adalah menetapkan gaji minimum dan perkara ini harus ditangani terlebih dahulu untuk meningkatkan pendapatan mereka.

"Apabila pendapatan itu munasabah barulah rakyat boleh berbelanja, bila adanya perbelanjaan di sini timbulnya aktiviti ekonomi. Ini adalah prinsip asas tapi kalau tidak ada pendapatan yang mencukupi dengan kos kehidupan yang tinggi bagaimana kita hendak mengharapkan perbelanjaan yang boleh menjana ekonomi negara," tegasnya.

Azmin juga berpendapat bajet ini adalah merupakan bajet pilihanraya dan dalam masa yang sama beliau bimbang kerana tidak ada keyakinan yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan secara berpanjangan.

"Pandangan awal pada bajet tersebut memang nampak cantik tetapi sebenarnya ia tidak dapat diterjamaahkan dalam bentuk tindakan yang lebih baik, rakyat akan sentiasa tertipu dengan helah kerajaan itu," ulas Azmin lagi

Bekas pengarah pendidikan, pegawai TLDM sertai PAS

TAIPING, 8 Okt: PAS Negeri Perak menerima ahli baru daripada dua tokoh yang dikenali iaitu bekas Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Adnan Ibrahim dan bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid.

Kedua-dua tokoh itu telah hadir di Program Pelancaran 'Jom Masuk PAS' di Markas Tarbiyyah PAS, Air Kuning di sini.

Adnan berkata, beliau menyertai PAS setelah mendapat hidayah untuk menyertai perjuangan PAS dan meninggalkan Umno selepas pulang dari tanah suci.

"Ketika saya berkhidmat dahulu, teruk saya maki dan memarahi guru-guru yang menyokong PAS. Saya ketika itu sangat benci dengan PAS dan memandang PAS ini sebagai parti yang mempergunakan agama demi politik," katanya dengan nada kesal.

Beliau mendakwa, Naib Presiden UMNO, Datuk Hishammuddin Tun Husein dan pimpinan Umno memanggil beliau dan menasihatkan agar terus dengan Umno tetapi beliau berpegang dengan pendiriannya untuk bersama dalam PAS demi mendokong perjuangan Islam.

Bagi Mohamad Imran pula, beliau masuk PAS kerana tidak yakin dengan perjuangan Umno.

"Perjuangan Umno hanya retorik semata-mata. Kata memperjuangakan Islam tetapi sebaliknya," katanya yang ingin bersama dalam PAS hingga ke akhir hayatnya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dalam ucapannya berkata, beliau mengalu- alukan kemasukan dua tokoh besar masyarakat ke dalam PAS.

"Bekas pegawai tinggi TLDM dan bekas Pengarah Pendidikan pun boleh masuk PAS, kenapa JKKK dan penoreh getah tidak boleh masuk PAS?" soalnya ketika melancarkan Program 'Jom Masuk PAS' anjuran Badan Perhubungan PAS Perak.

"Sekarang ini, orang dah pencen semua nak masuk PAS setelah lama 'digari' . Mereka tidak percaya Umno. Umno tidak relevan lagi, Umno sudah busuk hingga ke usus," tegasnya lagi.

Ketidakseimbangan di dalam Bajet 2012

Oleh Mohd Syahir Sulaiman

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2011/10/bajet.jpg“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, Maka kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Belanjawan Tahunan Kerajaan adalah instrumen utama dalam urustadbir kewangan negara yang memperincikan perancangan dan unjuran pendapatan serta perbelanjaan sesebuah negara bagi tahun akan datang.

Komponen utama sesebuah belanjawan adalah cukai (tax) dan perbelanjaan kerajaan (government spending) demi mencapai objektif utama dasar fiskal iaitu pertumbuhan (growth), mengawal inflasi (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment). Setiap instrumen di dalam Belanjawan dirangka mengikut ideologi dan falsafah keutamaan sesebuah kerajaan dengan mengambil kira senario ekonomi dalaman dan luaran semasa.

Walaubagaimanapun, pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri adalah amat membimbangkan dari aspek struktural dan kitaran, atas faktor tiada keseimbangan di dalam usaha meningkatkan daya mampu ekonomi domestik dan mempersiapkan daya tahan negara menempuhi kesan kelembapan ekonomi luaran.

Pertumbuhan KDNK 2012 diunjurkan sekitar 5% - 6% di samping kadar inflasi yang masih berlegar di kadar 3% - 4% dan paras pengangguran di bawah 3.5%. Bajet 2012 memperuntukkan jumlah perbelanjaan melebihi jumlah pendapatan buat 14 tahun berturut-turut, dengan anggaran defisit 4.7% bagi tahun 2012 berbanding 5.4% bagi tahun 2011 yang merupakan unjuran yang sangat optimistik
berbanding situasi suku ketiga 2011 yang ditampung oleh impak kenaikan pendapatan hasil daripada sumber komoditi dan bahan asli.

Malaysia di ambang krisis hutang

Bagi menampung peningkatan perbelanjaan, kerajaan terpaksa meminjam dalam keadaan nisbah hutang kepada KDNK sekarang berada di paras 53% dan jika mengambil kira kemungkinan situasi kelembapan ekonomi bagi tahun akan datang, sebarang belanjawan tambahan (supplemental budget) akan hanya menatijahkan kadar hutang negara ke paras kritikal 60% seterusnya membawa kepada kancah krisis hutang negara sebagaimana yang dihadapi kuasa ekonomi Eropah sekarang.

Mesra rakyat tetapi dingin pelabur

Dalam senario ketidaktentuan pasaran di Eropah dan Amerika, pelabur-pelabur dari Timur Tengah, dan China mula mengalihkan tumpuan kepada destinasi pelaburan yang mampu menjamin suasana kondusif untuk pelaburan, terutamanya untuk mengambil peluang peningkatan permintaan domestik dan kerancakan pembangunan, khususnya di dalam sektor komoditi dan perkhidmatan.

Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri gagal memberi isyarat mengalu-alukan pelaburan baru dan sedia ada untuk turut serta dalam usaha transformasi ekonomi ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Bagaimana mengimbangi defisit

Teras utama dalam pengagihan belanjawan adalah mekanisma penyampaian oleh pihak kerajaan. Pastinya semua pihak, baik yang layak mahupun yang oportunis, ternanti-nanti agihan peruntukan besar oleh pihak kerajaan. Asas utama adalah amanah si pemberi dengan mengambil kira prioriti dan merit si penerima.

Pihak kerajaan mampu mengurangkan kadar defisit melalui beberapa transformasi dalam aspek pendapatan dan perbelanjaan, khususnya melalui penambahbaikan sistem serahan dan kutipan cukai yang efisien serta peningkatan penguatkuasaan eksport-import di sempadan. Dalam aspek perbelanjaan, penjimatan boleh dicapai dalam kos perjalanan, penerbangan dan aktiviti latihan di luar negara serta meningkatkan kadar penggunaan aset kerajaan secara optima.

Rakyat berhak membuat pertimbangan

Dengan pembentangan Bajet 2012 ini, jelas sekali gendang pilihanraya telah dibunyikan dan menandakan hari-hari yang mendatang bakal ditabur dengan agenda propaganda pihak kerajaan dan pihak pembangkang untuk mendapatkan keyakinan dan mandat rakyat di dalam pilihanraya umum ke-13.

Justeru, pihak kerajaan, khususnya Perdana Menteri perlu menyatakan iltizam dan komitmen untuk merealisasikan budaya politik matang dengan memberi ruang lebih besar kepada rakyat berpatisipasi di dalam pilihanraya yang adil dan telus, demi menatijahkan lembaran baru di dalam sejarah Malaysia.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
**Mohd Syahir Sulaiman adalah Pengarah Institut Polisi Studi, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Aduhai Bajet 2012..Negeri kedah tak pernah banjir ka sampai tak ada peruntukan Projek Tebatan Banjir

Bajet 2012, tidak jejas Umno Kedah

JITRA - Bajet 2012 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen, kelmarin tidak menganaktirikan Kedah untuk Projek Tebatan Banjir (PTB).

Timbalan Pengerusi Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, keciciran Kedah daripada menerima peruntukan PTB seperti dinikmati Perlis, Perak dan Johor juga tidak menjejaskan peluang Umno Kedah untuk merampas kembali Kedah daripada Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, Umno Kedah memahami perbelanjaan membiayai projek menyelesaikan masalah banjir di Kedah amat besar selain memerlukan masa agak panjang untuk dilaksanakan.

“Buat masa ini, Kerajaan Pusat memberi keutamaan kepada Perlis terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah banjir di sana dan saya yakin Kedah juga akan mendapat manfaat daripada apa yang diterima Perlis,” katanya selepas melancarkan Bilik Pameran Nasir Interior Decoration di sini, semalam.

Mukhriz berkata, rakyat Kedah perlu melihat pelbagai faedah dari aspek lain seperti peruntukan pembangunan Langkawi lebih RM400 juta bagi meningkatkan industri pelancongan.

Mukhriz menegaskan, terdapat perkara dikhususkan kepada Kedah seperti bantuan nelayan dan perumahan, terutamanya rakyat yang masih hidup di bawah garis kemiskinan.[Sinar Harian]

MBAS sedia khidmat talian

ALOR SETAR - Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) mempraktikkan kecanggihan teknologi bagi memudahkan pelanggannya menjalankan pelbagai urusan.

Datuk Bandar MBAS, Datuk Mat Noh Ahmad berkata, langkah yang dilaksanakan itu bagi menyahut seruan kerajaan menginovasi cara perhubungan dengan orang awam.

Menurutnya, segala urusan semakan cukai pintu, sewaan, lesen dan kompaun kini boleh disemak tanpa perlu datang ke kaunter atau pejabat.

“Sambil berehat di rumah, orang ramai kini boleh menyemak penyata dengan melayari laman sesawang MBAS, iaitu www.mbas.gov.my.

“Orang awam boleh membuat kemas kini dengan menggunakan kad pengenalan baru dan sekiranya belum membuat kemas kini kad pengenalan baru, mereka boleh menghubungi bahagian teknologi maklumat,” katanya.

Mat Noh berkata, selain membuat semakan, orang awam juga boleh melihat maklumat bayaran semasa dan nilai tunggakan yang perlu dibayar.

Menurutnya, satu lagi kemudahan yang disediakan oleh MBAS adalah dengan menggunakan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Perkhidmatan SMS yang disediakan ini membolehkan pelanggan membuat semakan bayaran cukai pintu, sewaan, tarikh tamat tempoh lesen dan pelbagai maklumat yang akan dipromosikan dari semasa ke semasa.

“Gerbang SMS yang disediakan ini amat mudah dan ringkas, orang awam yang ingin mendapatkan maklumat perlu menghantar ke 15888.

“Hanya satu nombor yang disediakan bagi memudahkan orang awam mengingatnya berbanding sebelum ini, agensi Kerajaan menyediakan pelbagai nombor berbeza yang mengelirukan,” katanya.

Mat Noh berkata, kedua-dua kemudahan yang disediakan itu sememangnya memudahkan orang ramai berurusan dengan MBAS.[Sinar Harian]

Al fatihah - Ketua Polis Subang Jaya meninggal dunia



KUALA LUMPUR – Ketua Polis Daerah (KPD) Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar (gambar) meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung semalam.

Zainal Rashid, 56, menghembuskan nafas terakhir ketika mahu mendapat rawatan di Hospital Columbia Asia, Kota Kemuning di Shah Alam.

Allahyarham dikejarkan ke wad kecemasan hospital swasta tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu.

Sebelum kejadian, arwah dikatakan rebah semasa menyertai pertandingan golf bersama pegawai-pegawai kanan polis di Kelab Golf Kota Kemuning.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...