TERKINI :

Friday, October 7, 2011

Rahsia Batu Permata..!!


Pada suatu hari, seorang wanita telah menjumpai sebiji permata yang sangat berharga di dalam sungai. Keesokan harinya, dia bertemu dengan seorang musafir yang sedang kelaparan. Lalu wanita itu pun membuka begnya untuk berkongsi makanan. 

Musafir itu terlihat batu permata tadi dan lantas berkata,"Alangkah beruntungnya saya jika memiliki permata seperti itu." Wanita itu terdiam sejenak dan dengan perlahan menghulurkan permata itu sambil berkata,"Ambillah permata ini, semoga Allah mencukupkan keperluan tuan!" Dengan kehairanan musafir itu melihat permata itu di atas telapak tangannya. Wanita itupun berlalu pergi meninggalkan musafir yang masih terpinga-pinga.. 

Tidak lama kemudian si musafir bertemu kembali dengan wanita itu. Dia memulangkan batu permata tersebut sambil berkata," Batu permata ini dapat menampung keperluan saya seumur hidup. Namun saya berharap sesuatu yang lebih berharga dari batu ini. Khabarkanlah kepada saya ilmu dan amalan yang memudahkan kamu memberikan batu permata kepada saya ini tanpa keraguan"

Antara Angan-Angan & Ketamakkan Wang


Suatu ketika,  Khalifah Harun Ar-Rasyid bertitah agar setiap orang yang pernah melihat Rasulullah SAW dalam hidupnya dibawa menghadapnya.

Selang beberapa waktu,  tibalah masanya seorang nenek tua dibawa menghadap khalifah. Beliau pun bertanya kepada wanita tua itu, "Apakah kamu melihat Nabi Muhammad dengan mata kepala sendiri?"

"Oh, ya tuanku, saya melihat langsung" jawab nenek tua itu.

Khalifah kemudian bertanya lagi, apakah nenek tua itu ingat apa yang dikatakan Rasulullah.

"Ya. Rasulullah berkata,  Ketika usia tua datang, ada dua hal yang menjadi muda. Pertama, angan-angan dan kedua ketamakan terhadap wang".

Khalifah mengucapkan terima kasih  dan memberikan sejumlah wang kepada nenek tua tersebut. Nenek itu berterima kasih. Selepas itu, dia dihantar pulang oleh pengawal..

Ketika dalam perjalanan, nenek tua itu tiba-tiba meminta dibawa kembali ke hadapan Khalifah.

"Mengapa kau kembali?", tanya Khalifah kehairanan.

"Saya hanya datang untuk bertanya, adakah wang pemberian tuan untuk saya ini hanya sekali ini saja atau saya akan menerimanya sepanjang tahun?"

Khalifah berfikir sejenak,

 "Betullah apa yang dikatakan Rasulullah, nenek tua ini memiliki angan-angan untuk hidup lama dan masih tamak dengan wang."

Khalifah pun berkata, "Jangan khuwatir, kamu akan dibayar setiap tahun."

Nenek itupun pulang. Namun dia tiba-tiba jatuh dan meninggal dunia.

Kain Kafan dari Rasulullah SAW


Seorang wanita datang kepada Rasulullah SAW lalu menghadiahkan Rasulullah kain yang ditenunnya sendiri sebagai rasa cintanya kepada baginda. Dengan senang hati Rasulullah SAW menerima pemberian itu lalu memakainya.

Pada suatu hari, Rasulullah SAW memakai kain tersebut keluar menemui sahabatnya. Salah seorang sahabat Rasulullah begitu tertarik dengan kain tersebut lalu bertanya "Wahai Rasulullah, alangkah indahnya kain yang engkau pakai itu. Betapa senangnya jika aku memakainya."  "Baiklah," jawab Rasulullah SAW ringkas.

Setelah keluar dari satu majlis, Rasulullah SAW datang lagi ke tempat itu, tetapi tidak lagi menggunakan kain tenun tersebut. Kain pemberian wanita itu berlipat di tangannya, dan kemudian diserahkan kepada sahabat yang memujinya tadi.

 "Terimalah kain ini dan pakailah," ujar Rasulullah SAW . Melihat peristiwa itu, ramai sahabat yang mencela lelaki itu kerana kain pemberian itu sangat disenangi Rasulullah SAW. "Mengapa engkau masih memintanya ?" sungut para sahabat. Sahabat yang meminta kain tersebut berkata, "Saya minta kain itu bukan untuk saya pakai, melainkan untuk menjadi kain kafanku."

AMK: Keputusan pembatalan sapina Najib bukti skrip ulangan konspirasi fitnah



Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) melihat kegagalan Najib Razak dan Rosmah untuk disapina berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memperkukuhkan lagi keyakinan rakyat bahawa kes Fitnah 2 yang sedang dibicarakan di mahkamah kini merupakan satu konspirasi mengulangi kes Fitnah 1 tahun 1998.

AMK melihat keputusan panel hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membenarkan permohonan Najib dan Rosmah supaya tidak menjadi saksi di dalam perbicaraan ini dilihat sebagai satu "prejudge" pembelaan Anwar Ibrahim dan pasukan pembelaan beliau bahawa wujud konspirasi di mana Najib didakwa terlibat.

Sehingga ke hari ini masih belum ada penafian konkrit ke atas "turun naik" kenyataan Najib di mana beliau memberi dua jawapan berbeza sewaktu ditanya media 30 Jun 2008 dan 3 Julai 2008 mengenai pertemuan beliau dengan penuduh, Saiful Bukhari Azlan pada 24 Jun 2008.  Dalam respon media pertama, beliau mendakwa Saiful memohon biasiswa, sebaliknya respon media kedua, beliau menyatakan Saiful mengadu hal kononnya diliwat Anwar di mana dari segi fakta, fitnah liwat yang dilakukan oleh Saiful berlaku dua hari selepas pertemuan dengan Najib!

Tiga tahun berlalu, ini masih belum dinafikan.  Dan sekiranya Najib melihat beliau tidak relevan sebagai saksi, mengapakah beliau ditawarkan sebagai saksi di peringkat pertama?  Bagaimana pulakah dengan keterangan Rosmah yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah?  Di manakah asas untuk mengatakan kedua mereka ini tidak relevan menjadi saksi sekiranya mereka direkodkan keterangan masing-masing.

Perkembangan ini, secara tidak langsung, membuka satu ruang dan asas baru kepada pihak peguambela untuk memfailkan semula permohonan untuk membatalkan hakim berikutan ketetapan yang tidak konsisten dengan fakta-fakta kes yang berkaitan.

*Kenyataan media oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

Bajet: Dari padang bola lebih baik bina rumah kos murah

oleh Roslan SMS


Pasti ramai yang beri tumpuan kepada pembentangan Bajet oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri selepas solat Jumaat petang tadi.

Bajet 2012 memperuntukkan RM232.8 bilion untuk melaksanakan segala pelan permbangunan kerajaan Persekutuan. Diperingkat ini cadangan bajet itu sudah barang tentu sedang dianalisa, dikaji dan didalami oleh ramai pihak selain ahli-ahli parlimen.

Kebetulan pembentangan bajet tadi serentak dengan siaran langsung perlawanan persahabatan bolasepak antara Malaysia dan Australia. Harapan tinggi yang diletakkan oleh peminat bolasepak tempatan ke atas pasukan kita hampa apabila Malaysia dibelasah 5-0.

Apa kena mengena dengan bajet?

Kebetulan dalam bajet yang dibentangkan tadi kerajaan memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk mempertingkatkan aktiviti rekreasi terutama bolasepak. Peruntukkan itu dicadangkan akan dibelanja untuk pembinaan padang bolasepak lengkap dengan kelengkapan rumput tiruan dan lampu limpah di 30 lokasi seluruh Negara.

Mungkin kerajaan berfikiran dengan perbelanjaan ini sukan yang popular itu akan lebih maju dan bakal melahirkan pasukan tempatan yang lebih hebat.

Entahlah tetapi dengan kekalahan teruk 5-0 tadi kepada pasukan Autralia, cocok agaknya cadangan itu disemak semula. Belanjalah jumlah wang yang besar itu ke bidang yang lebih bermanfaat RM50 juta contohnya boleh membina lebih 1400 buah rumah kos RM35,000 yang boleh memanfaatkan hampir 10,000 rakyat Malaysia yang daif dan miskin.

Anda setuju?

Suami rimas didekati isteri

Datuk Dr Haron Din   
 
Soalan

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut "panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu." Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Aniza, 
Kuala Lumpur

Jawapan

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah 'Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun." - Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.

"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

Wallahua'lam.

Bajet BN lebihkan wakil rakyat dari rakyat

Hazayani Zakaria
   
KUALA LUMPUR, 7 Okt: Pakatan Rakyat sependapat elaun ahli Parlimen bukan keperluan utama untuk dinaikkan sebaliknya kerajaan harus menekankan integriti Parlimen itu sendiri.

Mengulas belanjawan 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi, ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub berkata, kerajaan seharusnya menekankan aspek ketelusan Parlimen untuk memerangi salah tadbir negara.

"Elaun untuk ahli Parlimen bukanlah satu keutamaan yang perlu disegerakan tapi yang penting ialah integriti Parlimen, integriti untuk memerangi rasuah dan kelengkapan menyiapkan prasarana Parlimen itu lebih penting sekarang ini," kata beliau yang juga Naib Presiden PAS ketika ditemui di lobi Parlimen siang tadi.

Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pula berkata, bajet 2012 seharusnya lebih memfokuskan kepada kepentingan rakyat, bukan wakil rakyat.

"Bajet 2012, kita mahu ia lebih fokuskan kepada rakyat, bukan ahli Parlimen itu sendiri," katanya.

Sementara itu, ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng berkata, sebaiknya elaun dan kemudahan kakitangan Parlimen ditingkatkan.

"Bukan masanya untuk tambah elaun ahli Parlimen sebaliknya lebih perlu tambah elaun staf dan pembantu Parlimen," katanya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Najib dalam pembentangannya berkata, kerajaan bercadang untuk mengkaji semula elaun dan kemudaha ahli Parlimen.

Katanya, elaun baru itu akan berkuat kuasa pada 1 Januari depan, namun tidak mendedahkan kadar kenaikannya.

Sejumlah RM232.8 bilion diperuntukkan bagi belanjawan 2012, RM20.8 bilion lebih tinggi berbanding tahun lalu iaitu RM212 bilion.

Perjuangan Pakatan

Salahuddin dalam pada itu menyifatkan pengumuman bayaran khas sebanyak RM3,000 kepada bekas anggota serta duda dan balu polis khas dan polis tambahan yang pernah berkhidmat menjaga keselamatan negara semasa zaman darurat sebagai kesedaran yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.

"Mereka harus berterima kasih kepada pembangkang yang memperjuangkannya khususnya Mat Sabu (Moohamad Sabu) yang mengutarakan isu itu dan hari ini keluarga mereka mendapat paling tidak pun bayaran khas," katanya.

Namun beliau turut berharap keluarga bekas tentera ini diberikan pencen tetap setiap bulan.

"Tetapi bagi saya mereka harus diberikan pencen untuk mendapat imbuhan daripada jasa mereka," katanya.

PAS sebelum ini mencadangkan agar semua keluarga anggota polis yang mati semasa mempertahankan rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 menuntut pampasan daripada kerajaan British.

Namun Najib dalam pembentangannya sempat menyindir Pakatan Rakyat tidak mengenang jasa pejuang kemerdekaan apabila menimbulkan isu Mat Indera sebagai pejuang negara.

"Kita tidak sekali-kali seperti sesetengah pihak yang menafi dan memperlekehkan jasa bakti mereka," katanya

Bajet 2012: Najib cedok belanjawan Pakatan

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Kerajaan hari ini dalam mengumumkan bajet 2012 telah memperuntukan sebanyak RM232.8 bilion bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sewaktu mengumumkan bajet tersebut menjelaskan daripada peruntukan tersebut RM181.6 bilion adalah bagi peruntukan perbelanjaan manakala RM51.2 bilion pula diletakan bagi perbelanjaan pembangunan.

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkifly Ahmad ketika diminta mengulas tentang bajet yang telah diumumkan itu menjelaskan bajet tersebut adalah lebih terjurus kepada gula-gula politik ataupun peruntukkan pilihanraya.

"Bajet yang diumumkan oleh Najib itu hanyalah lebih kepada untuk menghadapi pilihanraya yang akan datang.

"Secara jelas beliau berada dalam keadaan tertekan apatah lagi apabila melihat belanjawaan yang telah diumumkan oleh Pakatan Rakyat (PR)sebelum ini,"jelasnya.

Tambah Dr Dzulkifly lagi tekanan yang dihadapi oleh Najib itu apabila melihat belanjawan PR yang lebih tertumpu kepada pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat.

"PR melihat tekanan yang dihadapi oleh Najib adalah tentang hasrat PR yang telah berjanji ingin melakukan pengagihan semula pendapatan negara kepada rakyat, kita melihat beliau terpaksa bertindak balas terhadap usaha PR itu.

"Tetapi persoalan yang jelas ingin PR utarakan bagaimana pengagihan semula itu ingin dikembalikan semula kepada yang berhak tanpa ada sebarang ketirisan. Sebagai contoh pemberian subsidi kepada pemilik teksi dan kita lihat keuntungan hanya akan diperolehi oleh kroni mereka sendiri bukannya kepada pemilik teksi tersebut," katanya.

Persoalan besar

Dalam pada itu beliau menjelaskan Najib hanya menumpukan perbelanjaan kepada pembangunan tetapi tidak menyatakan secara khusus bagaimanakah kerajaan ingin menambah pendapatan negara.

"Bajet sebelum ini kita melihat kerajaan akan mengumumkan penambahan pendapatan sumber negara akan dikutip melalui cukai-cukai tetapi pada kali ini ia tidak dinyatakan dan ini menjadi persoalan besar kepada kita bagaimanakah kerajaan ingin berbelanja sedangkan tidak pasti sumber pendapatannya.

"Najib terus membuat perbelanjaan besar dalam projek mega yang jelas mempunyai risiko tinggi di saat negara berdepan dengan ekonomi global yang muram dan secara jelas ekonomi negara berada pada tahap bahaya jika perbelanjaan yang tidak bertanggungjawab ini diteruskan tanpa pengkajian yang khusus," sambungnya lagi.

Beliau memberitahu pada kali ini Najib cuba mengelak dari memberi komitmen kepada rakyat terutamanya pekerja awam dan juga swasta malah dalam pada itu Najib juga tidak berlaku adil terhadap pekerja swasta yang sentiasa ketinggalan setiap kali bajet diumumkan.

"Kita melihat bajet kali ini tidak diletakkan gaji minimum sebagai sasaran mereka dan secara jelas saya katakan Najib cuba mengelak untuk terus ada komitmen dengan pekerja awam mahu pun swasta.

"Tetapi dalam masa yang sama bajet tersebut memperlihatkan Najib telah menganaktirikan pekerja swasta dengan menafikan hak mereka sebagai tenaga pendapatan negara, tanpa ada peruntukan khusus diberikan oleh Najib kepada golongan pekerja tersebut.

"Najib hanya mengumumkan pemberian bonus dan juga kenaikan gaji pekerja awam mengikut gred-gred tertentu dan apa yang kita lihat setiap kali bonus mahupun gaji dinaikkan maka akan wujud inflasi di negara ini dan ia akan terbeban kepada semua rakyat bukannya kepada mereka yang mendapat faedah, inilah ketidak adilan yang wujud dalam bajet kali ini," ulasnya lagi.

Cedok bajet Pakatan

Beliau menambah bajet ini adalah mencedok dari apa yang telah di umumkan oleh belanjawan Pakatan Rakyat sebelum ini.

"Bajet dari PR lebih mesra kepada rakyat dibawah jika dibandingkan dengan apa yang diumumkan oleh Najib tadi dan kita tahu rakyat tidak akan selesa dengan apa yang diberitahu kerana mereka tidak mendapat apa yang dikehendaki," sambungnya lagi.

Sebelum itu bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri itu juga tidak meletakkan sumbangan wanita dan juga warga emas yang telah banyak memberi sumbangan kepada negara, selain itu juga bebanan diberikan kepada rakyat melalui Program Perumahan Rakyat dengan meningkatkan had maksimum harga rumah daripada RM220 ribu kepada RM400 ribu bagi pembiayaan bersama suami isteri.

"Kenaikan ini dilihat tidak seimbang kerana tiada sasaran gaji minimum dinyatakan oleh kerajaan dan secara jelas akan melihat rakyat terus terbeban dengan kos tambahan dan bebanan hutang," kata Dr Dzulkifly lagi.

MP Pakatan Rakyat Jangan Samakan Dewan Rakyat Dengan Fun Fair


Tahniah kepada 28 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berjaya hadir ke pengundian belah bahagian Rang Undang-Undang Pembangunan Kampung Baru. Berjaya atau gagal dalam memperjuangkan satu Rang Undang Undang bukanlah satu persoalan yang sebenarnya. Bandingkan sahaja jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Barisan Nasional. Cuma amat kecewa bila jumlah kehadiran Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang amat sedikit sewaktu pengundian belah bahagian dijalankan. Ini bukanlah pertama kali Ahli-Ahli Parlimen ini ponteng. Seolah-olah tiada keseriusan dalam menjalankan tugas.

Adalah menjadi kewajipan setiap Ahli Parlimen perlu berada di Parlimen sewaktu Dewan bersidang. Kita berhasrat untuk menjadikan institusi Parlimen Malaysia ini sebagai kelas pertama, kita menjanjikan reformasi sistem Legislatif negara namun dengan sikap suka ponteng, perkara ini sememangnya umpama mimpi Mat Jenin. Sudahlah kerap ponteng, prestasi di kawasan konstituen juga lemah. Rakyat beri amanah sebagai Ahli Parlimen. Rakyat tidak pernah peduli berapa gaji & elaun kamu tetapi kami hanya inginkan wakil-wakil kami di Dewan ini lebih berdisiplin dan tidak menganggap bahawa Dewan Rakyat yang mulia itu seperti tapak Fun Fair. Sesuka hati kamu hendak hadir, sesuka kamu untuk ponteng.

Rakyat melantik, membayar gaji anda bukan hanya sekadar untuk bercakap mengenai parti lawan semata-mata. Bukan untuk hadir di tempat-tempat ceramah dan jamuan makan malam sahaja. Parlimen dan Dewan Rakyat adalah merupakan tempat kerja Ahli-Ahli Yang Berhormat. Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat harus faham, jangan kamu ingat oleh kerana kamu sekarang ini berada di pihak yang menentang rejim Pemerintah, maka tiada yang memerhati tindak tanduk kamu.

Apa yang anak muda mahukan adalah kedua-dua pihak mengamalkan politik nilai, politik amanah, politik secara baik. Kalau Ahli-ahli Parlimen ini tidak mengerti nilai kepentingan kehadiran di Dewan Rakyat, kan lebih baik kita tukarkan sahaja mereka ini dengan individu-individu yang rajin dan sentiasa berusaha untuk mempersembahkan yang terbaik demi rakyat.

Ini merupakan bencana besar iklim politik Malaysia kerana kedua-dua belah pihak dilihat malas untuk berbahas persoalan dan rang undang-undang yang akan mengheret rakyat secara langsung ke dalam perlaksanaan rang undang-undang tersebut.Tambahan pula, Persidangan Dewan Rakyat bukanlah berlaku setiap bulan. Jadi, bukanlah satu alasan bagi Ahli-Ahli Parlimen ini untuk mengatakan bahawa mereka mempunyai tugasan di kawasan konstituen masing-masing sewaktu tempoh persidangan.

Solidariti Anak Muda Malaysia mengambil inisiatif untuk memantau kehadiran Yang Berhormat Ahli-Ahli Parlimen ini ke setiap sesi Persidangan Dewan Rakyat agar kesemua Ahli Parlimen ini menyedari bahawa terdapat mata-mata yang sentiasa memerhatikan tingkah laku mereka. Pendedahan mengenai disiplin kehadiran setiap Ahli Dewan Rakyat adalah perlu agar memastikan setiap Ahli Parlimen yang dilantik memenuhi kewajipan dan amanah yang digalas di bahu masing-masing dan bukannya hadir hanya apabila Ketua-ketua parti masing-masing hadir ke Parlimen, barulah Dewan Rakyat menjadi penuh sesak, tetapi lengang sebaik sahaja Ketua-ketua ini melangkah kaki meninggalkan bangunan Parlimen.

AHMAD ANWAR ASYRAF BIN ISMAIL
Penyelaras Negeri
Solidariti Anak Muda Malaysia
Negeri Johor

INTIPATI BAJET 2012 - Pakat-pakat tengok la apa hangpa dapat..!!

INTIPATI BAJET 2012


azlanJumlah bajet - RM232.8 bilion
Perbelanjaan Operasi - RM181.6 bilion
Perbelanjaan Pembangunan - RM51.2 bilion

  • Tahun lalu, perkembangan pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia paling kukuh di Asia bagi enam bulan pertama tahun ini dan mencecah RM21.2 bilion.
  • Kerajaan menjangkakan pertumbuhan ekonomi terus mantap antara 5 dan 5.5 peratus bagi tahun ini. Pertumbuhan bagi 2012 dijangkakan antara 5 dan 6 peratus, meskipun ekonomi global diramalkan perlahan.
  • Defisit bajet buat kali ke-15 akan diturunkan kepada 4.7 peratus daripada GDP 2012.
  • Ini lebih kecil daripada 5.4% bagi 2011. Defisit berjaya dikurangkan daripada 7.4 peratus pada 2009 kepada 5.6 peratus pada 2010.


azlanPeruntukan rancakkan pembangunan
Kerajaan memperuntukan RM978 juta untuk merancakkkan pembangunan untuk lima projek: (1) lebuh raya JB-Nusa Jaya, (2) muzium warisan Taiping, (3) projek agropolitan Besut, (4) projek tandan sawit Lahad Datu dan (5) bekalan air Samalaju.

Kereta hibrid
Pengecualian sepenuhnya duti import dan duti eksais bagi mengimport kereta hibrid serta elektrik akan dilanjutkan sehingga 2013.

RM1 bilion untuk sekolah
Kerajaan akan wujudkan RM1 bilion untuk penambahkaikan sekolah.
RM500 juta diberikan pada sekolah kebangsaan.

Manakala RM100 juta diperuntukkan masing-masing kepada sekolah jenis kebangsaan (Cina), sekolah jenis kebangsaan (Tamil), sekolah mubaligh, sekolah agama bantuan kerajaan dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

FELDA Global Ventures Holdings
Peneroka Felda akan terima “durian runtuh”. Jumlahnya akan diumumkan sebelum Felda GVH disenarai di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012.

Penyenaraian dilakukan dalam dalam usaha mengumpul dana menjadikan Felda syarikat konglomerat global.

RM400 juta diperuntuk untuk naik taraf infrastuktur bekalan air di kawasan Felda terpilih.

Yuran sekolah
Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan.

Ini termasuk pemansuhan bayaran bagi kegiatan ko-kurikulum, insurans takaful dan sebagainya. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.

Pencen
Seramai 600,000 pesara kerajaan akan menikmati kenaikan pencen tahunan sebanyak 2 peratus.

Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Kakitangan awam

Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.

Polis
RM200 juta peruntukan khas akan diberikan untuk perbelanjaan pembangunan polis, meliputi projek perumahan anggota, penambahbaikan balai dan pusat latihan.

Keluarga tentera
RM3,000 akan diberi secara one off kepada angggota keluarga, duda dan balu anggota berjumlah 62,000 orang.

Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

Skim rumah pertama
Kerajaan cadangkan had maksimum harga rumah Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM220,000 kepada RM400,000.

Skim Amanah Rakyat 1Malaysia
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100,000 isu rumah. Pelabur boleh mohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun.

Subsidi rumah
Kerajaan akan memberikan subsidi RM20,000 untuk pembelian Program Rumah Mesra Rakyat.

Mereka yang tidak memiliki rumah atau tinggal di rumah usah boleh dapatkan pembiayaan untuk membeli rumah berharga RM65,000 dengan harga RM45,000. RM200 juta diperuntukkan untuk program ini.

Teksi persendirian
Pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan.

Pengecualian bayaran balik duti eksasis dan cukai jualan ke atas teksi yang berusia lebih tujuh tahun yang dijual atau tukar milik.

Memansuhkan cukai jalan ke atas teksi bajet milik persendirian.

Pemberian bantuan RM3,000 bagi melupuskan teksi lama berusia lebih tujuh tahun tetapi kurang 10 tahun. Bagi teksi berusia 10 tahun dan ke bawah, bantuan RM1,00 akan diberikan.

Perlindungan kepada gelandangan

Kerajaan menyediakan pusat khidmat sosial dikenali Anjung Singgah sebagai perlindungan sementara kepada gelandangan sekitar Kuala Lumpur.

Seramai 1,400 orang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan 250 dengan Anjung Singgah.

Simpanan persaraan - KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.

Pinjaman TEKUN
Menteri kewangan mencadangkan peruntukan TEKUN ditambah sekali ganda daripada RM120 juta kepada RM300 juta.

Penjawat Awam
Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011.

Meringankan Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.

Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;

Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.

Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.

Rancangan Tebatan Banjir
Kerajaan akan melaksanakan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Perlis, Perak dan Johor dengan kos satu bilion ringgit.

Di Perlis, dua projek RTB iaitu naik taraf empangan Timah Tasoh Fasa 2 dan melebar serta mendalam Sungai Arau akan dilaksanakan.

Di Perak, tiga projek RTB di Sungai Kerian, Sungai Kurau dan Kolam Bukit Merah.

Manakala bagi Johor, projek RTB akan dilaksanakan di bandar dan Sungai Segamat.

Jangan ada 'musang berbulu ayam' dalam PAS

MOHD RASHIDI HASSAN | rashidi@harakah.net.my

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) mempunyai hala tuju yang sangat jelas, iaitu ia bersama dengan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13, sekali gus menawan Putrajaya.

Sebagai sebuah parti yang banyak pengalaman dan tersohor sebagai sebuah organisasi yang berdisiplin, PAS sepanjang 60 tahun penubuhannya, juga tidak sunyi daripada elemen-elemen negatif yang boleh menjejaskan matlamat perjuangannya.

Tidak harus dinafikan, setiap parti ada kelemahannya yang tersendiri. Sama ada ia dari kalangan BN atau Pakatan Rakyat. Dalam konteks PAS, ia harus melihat jauh ke hadapan, supaya pasca 60 tahun ke hadapannya, tidak wujud sebarang elemen yang boleh menjejaskan hasratnya menguasai Putrajaya bersama Pakatan Rakyat.

Elemen-elemen negatif sebegini, harus diperhati dan diperhalusi. Bukan bertujuan untuk mencari salah sesiapa, bukan juga untuk bersangka buruk dengan sesiapa, tetapi kita harus bertegas dalam mengutamakan kepentingan parti daripada kepentingan individu yang bergelar pemimpin.

Untuk itu PAS harus lebih berhati-hati. Jangan sampai akibat kelemahan kepimpinannya, keyakinan rakyat akan terjejas. Sebarang elemen yang tidak baik, harus ditangani sebaiknya.

Keyakinan rakyat terhadap PAS, selain daripada kekuatan kepimpinannya, kadang-kadang dibentuk oleh persepsi. Persepsi yang bagaimana rakyat melihat PAS. Jika ada unsur atau elemen yang negatif, maka ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan dan kepada PAS sendiri.

Justeru, pada Sambutan ulangtahun ke-60 PAS yang diadakan di Dewan Milenium, Kepala Batas, Pulau Pinang berlangsung dengan jayanya 1 Oktober lepas, PAS harus kelihatan bersih dan sentiasa bersih, sebagai parti yang bakal menggalas amanah besar rakyat pada PRU ke-13 nanti.

Bagi mengingatkan rakyat tentang peranan PAS di persada politik negara selama 60 tahun, aturcara padat diatur penganjur, bermula sejak 30 September sehingga majlis penutupnya pada malam 1 Oktober 2011. Dengan Kongres 60 tahun diadakan pada siang hari, pelbagai pameran, pelancaran dan diskusi serta pengkisahan sejarah diatur oleh penganjur.

Pada malam terakhir, seluruh kawasan persekitaran Dewan Milenium penuh sesak dengan pelbagai kenderaan. Khabarnya lebih 20 ribu penyokong PAS membanjiri dewan yang hanya boleh memenuhi sekitar 3 ribu orang sahaja.

Apa pun pada pengamatan saya, walaupun sambutan hebat ditunjukkan rakyat, namun jumlah sekitar 20 atau 30 ribu tidak menunjukkan kekuatan sebenar PAS. Kekuatan PAS bukan hanya ditahap itu sahaja. Itu pun yang hadir sewaktu ceramah, sedangkan pada waktu lain hanya sekitar 3 ribu orang sahaja yang memenuhi Dewan Milenium.

PAS adalah sebuah parti yang amat besar. Keahliannya mencapai sejuta umat. Kita mungkin tidak memerlukan sejuta umat membanjiri Kepala Batas, cukup sekadar 5 peratus atau 50 ribu ahli dan penyokong hadir sudah memadai.

Justeru mengapa kehadiran ahli dan penyokong tidak seramai yang diharapkan? Ada banyak jawapan diberikan. Antaranya tidak penganjur tidak cukup masa untuk mempromosikan majlis, ada juga yang mengatakan iklan-iklan yang berbentuk poster atau kain pemidang tidak banyak diletakkan di seluruh negara, atau pun sekurang-kurangnya di seluruh Pulau Pinang.

Saya berniat tidak untuk menyalahkan penganjur. Barangkali kain pemidang atau iklan dalam Harakah tidak banyak. Ianya bukan soal iklan dan promosi, ianya adalah soal kesedaran dan komitmen kita semua, dari kalangan pucuk kepimpinan sehingga ke penyokong di peringkat bawahan.

Sewaktu kami duduk di meja khusus yang ditempatkan untuk wartawan, ada wartawan media arus perdana yang datang dari Kuala Lumour, bertanya mengapa di atas pentas utama, AJK PAS Pusat tidak penuh walaupun dewan penuh dengan ahli dan penyokong?

Beliau menyebutkan beberapa nama kepada saya, yang saya fikir tidak wajar ditulis dalam ruangan ini. Namun, sekali imbas, ada logiknya soalan beliau, mengapa dalam event yang sebegini penting, tidak semua pemimpin tertinggi PAS yang hadir.

Beliau mengajukan soalan lagi,"Saya selalu buat liputan ke mesyuarat PAS Pusat, saya lihat ******* dan ******** selalu tidak hadir, mengapa ya?

"Adakah wujud masalah dalam PAS sehingga orang-orang ini tidak hadir mesyuarat dan event besar sebegini?" soalnya mengorek rahsia.

"Ya betul, kita orang pun selalu tunggu mahu minta statement dia..selalu dia tak ada," sampuk seorang wartawan media berbahasa Cina.

Mungkin kita boleh beri alasan simplistik. Pemimpin itu tidak hadir kerana sibuk dengan urusan. Habis, pemimpin lain yang lebih besar tidak banyak urusan. Jika Mursyidul Am dan Presiden PAS, orang yang paling sibuk dan padat jadual mereka boleh hadir, mengapa orang lain tidak boleh atur jadual mereka untuk menghadiri mesyuarat parti atau Kongres 60 tahun yang penting ini?

Dalam perbualan tersebut, banyak 'soalan-soalan maut' yang ditanya, tetapi tidak dijawab secara verbatim. Semua persoalan yang diajukan menunjukkan bahawa PAS dan pemimpin-pemimpinnya diperhatikan. Kelibat mereka senantiasa menimbulkan pelbagai persepsi.

Malah sewaktu berada di Kongres, ada kalangan hadirin mendapat SMS mengatakan pada waktu yang sama ada kalangan pemimpin PAS yang sembang santai dengan pemimpin Umno di sebuah restoran Arab di Kuala Lumpur.

Kita boleh cipta pelbagai alasan, barangkali si fulan itu sibuk dengan program potfolio atau lujnah yang dipegangnya. Justeru ditanya balik, tidakkah boleh jenguk sekejap ke Kepala Batas? Sesibuk Mursyidul Am dan Presiden PAS, hingga penuh masanya bersama rakyat siang dan malam, pun sempat hadir, tak kan anda pemimpin bawahan, lebih sibuk daripada mereka.

Okay lah, kita bagi excuse, kononnya acara yang membabitkan majlis dengan pemimpin Umno sudah diatur lama, maka ianya tidak dapat dielakkan. Ditanya kembali, mengapa tiap-tiap bulan anda tidak hadir mesyuarat? Mengapa banyak event besar PAS, tidak juga anda hadiri?

Juga harus ditanya, misalnya, mengapa anda sering bertemu, minum kopi, bersantai dengan pemimpin Umno, menteri dan sebagainya? Lebih kerap bertemu mereka daripada menemui atau bergaul dengan pemimpin ada ahli PAS?

Dalam dunia tanpa sempadan ini bagaimana kita hendak nafi. Sekali dua boleh kita kata orang fitnah atau sebar SMS palsu. Tapi kalau dah masuk berpuluh kali, bagaimana?

Ini yang bahayanya. Ini yang harus dielakkan oleh PAS, selepas 60 tahun ia wujud dalam negara. Ia harus mempunyai pemimpin yang bersih dan kelihatan bersih. Persepsi negatif sebegini boleh menjejaskan PAS dalam jangka panjang jika tidak ditangani dengan baik.

Saya tidak berniat hendak memburuk-burukkan sesiapa atau mencetuskan isu dengan mengandaikan sesuatu berdasarkan tohmahan. Anggaplah tulisan ini sebagai muhasabah supaya elemen picisan yang menjejaskan PAS yang timbul daripada orang seperti Dato' Mohd Asri Muda, Ustaz Mohd Nakhaie Ahmad dan Abdul Malek Hussin tidak berulang lagi.

Mereka ini keluar daripada PAS dengan cara yang kotor, walaupun mereka tidak menjejaskan PAS, namun mereka adalah termasuk di kalangan pencatat sejarah buruk 60 tahun PAS. Jangan sesekali PAS benarkan sejarah ini berulang.

Taktik Kotor BN rupa-rupanya tak ramai MP Pakatan semasa mengundi RUU Kg Baru tempohari..


Agak kecewa membaca serangan ke atas MP2 PR yg tidak hadir di Dewan Rakyat semsa RUU PPKB 2011 dibahas & diluluskan.... Memang mereka tidak hadir itu satu kekecewaan tetapi hakikatnya ini hanyalah permainan/strategi Kerajaan yg sengaja menyebabkan kejadian ini berlaku.... Saya saksi di Dewan Rakyat pada hari tersebut.... — with Tukar Tiub.
· · · 2 hours ago near Kuala Lumpur · Privacy:

    • Incik Mohd Eborg Ghazali permainan dan strategi apa tuh bro??
      53 minutes ago ·
    • Wan Zainuddin tolong explain sikit apa maksud strategi kerajaan tu?apa justifikasi ketidakhadiran sebegitu ramai MP PR?
      24 minutes ago ·
    • Zul Hazmi Ini sebenarnya lebih kpd perancangan JAHAT pihak KERAJAAN..... mula2 Kerajaan tarikbalik RUU PPKB 2010 kemudian sejam setengah slps tu dibentangkan yg baru RUU PPKB 2011... kebiasaannya RUU yg baru akan ambil masa seminggu dua utk dibahaskan Bacaan Kali Kedua.... atas dasar itulah pd Isnin 3/10/2011 YB salahuddin Ayub dlm PCnya mengatakan MP PR memerlukan masa sekurang2nya seminggu utk meneliti RUU PPKB 2011 yg baru..... tiba2 RUU PPKB 2011 tu trs dimasukkan untuk dibahaskan pd hari Rabu 5/10/2011... ada di antara MP PR yg lain telah mempunyai komitmen lain yg jgk penting spt pembentangan Bajet PR kpd rakyat yg tlh ditetapkan lbh awal.... mereka jgk tidak jangka RUU tu akan dibahaskan secara tergesa2 mcm tu... ada jgk di antara MP PR yg ada semasa perbahasa & turut berbahas tetapi oleh krn komitmen lain terpaksa meninggalkan dewan sblm mengundi..... manakala pihak KERAJAAN dgn JAHAT telah mengerahkan seluruh MP mereka termasuk Menteri & Timbalan Menteri hadir ke Dewan untuk mengundi..... MP PR yg lain walaupun dimaklumkan untuk hadir mengundi tetapi ada yg tidak sempat sampai tepat waktu mengundi krn berada jauh dr Parlimen atas komitmen yg tlh ditetapkan terlebih dahulu.... bkn MP PR yg lain tidak ambil kisah @ tak ambil tahu tetapi perkara ini berlaku lebih kpd KEJAHATAN KERAJAAN merencana supaya ini berlaku..... saya cakap mcm nie sbb saya memang berada di Dewan Rakyat sejak mula RUU PPKB 2011 dibahaskan sehingga selesai undian dibuat.... Harap dpt terima dgn hati terbuka ... perlu akui juga ada kesilapan di pihak MP PR tetapi perencanaan KERAJAN lebih jahat sebenarnya...... ini yg sebenarnya.....
      22 minutes ago · · 1 person
    • Zulqarnain Lukman agaknya TT ni ada di parlimen tak, atau sembang dan gebang jarak jauh jer
      16 minutes ago ·
    • Wan Zainuddin org jahat memangla jahat tapi...ahhhh memang tak patut MP tak hadir!komitmen lain?apa yg lbh penting pada masa kritikal begini?menyedihkan!!!
      12 minutes ago ·
    • Zul Hazmi TT tu ada jgk betulnya dr segi pasai pa ramai MP PR yg tak ada tp kena tau sebab asal sbb apa kejadian mcm tu berlaku....... mmg TT tak dak di Parlimen...... aku ada sejak dr pukul 1130 pagi sehingga lah RUU PPKB 2011 tu selesai diundi...... apa2 pun masih ada ruang utk kita lawan RUU ni insyaallah..cuma la ni apa yg perlu dibuat..kena kembali bersatu tentang kejahatan & kezaliman... itu perlu lebih difokuskan....
      10 minutes ago ·
    • Zulqarnain Lukman wan z - cuba tanya raja nong chik, pasal apa kemarin bagi RUU 2011, ari ni bahas, tak sampai sehari bahas terus lulus. berbanding RUU 2010 ada masa utk orang awam teliti. satu lagi, mu dah tengok ke RUU 2011 ni ?
      10 minutes ago ·
    • Zul Hazmi setuju dgn Zulqarnain Lukman..... sbb tu aku kata ini perancangan JAHAT Nong Chik nak bulldoze RUU PPKB 2011 ni.....
      9 minutes ago ·
    • Wan Zainuddin Srategi dia org tu tak dinafikanlah!yg aku pertikaikan knp MP tak hadir masa Parlimen baru bersidang sejak sekian lama berehat!komitmen lain knp tak plan tarikh sblm ni???
      4 minutes ago · · 1 person
    • Zul Hazmi
      memang dah plan sebelum tu lg tp kena faham.... disebabkan perancangan JAHAT tu la maka ada dikalangan MP PR yg tak hadir tu tak menjangkakan bhw RUU PPKB 2011 tu akan dibahaskan pada Rabu (5/10/2011) tu...... RUU PPKB 2011 baru dibentang Bacaan Pertama pada Isnin (3/10/2011) kemudian terus pada Rabu (5/10/2011) dibentangkan Bacaan Kedua sdgkan sebelum2 ni selalunya akan ambil masa jgk untuk Bacaan Kedua bkn hanya selang 2-3 hari...... kebanyak MP jangkakan RUU PPKB 2011 akan dibahaskan selepas Belanjawan 2012 dibahas sbb tu ada antara mereka yg menetapkan program lain lebih awal & tak boleh nak dibatalkan.... ada jgk yg batalkan apabila mendapat tahu perkara tu tp tak sempat sampai ke Parlimen untuk undi krn terlalu singkat masa....... ada jgk yg mmg tak ambik tau... itu kena terima la.... tp bkn semua... drpd salahkan pihak sendiri lebih baik fokuskan bagaimana nak pertahankan Kg. Bharu pasca Akta ini.... masih ada masa......

Orang Melayu ISLAM pertahankan KARAOKE...Marahkan DAP...!!!

ISU PETRONAS : Kerajaan umno/bn mana boleh simpan orang yang lagi pandai dari depa.. depa bela orang yang "yes bos" saja....

Hassan Marican appointed director of US oil giant

UPDATED @ 06:01:12 PM 06-10-2011
October 06, 2011
Hassan Marican, courtesy of upstreamonline.com

KUALA LUMPUR, Oct 6 — Tan Sri Hassan Marican, who retired as Petronas CEO last year because of friction with the Najib administration, has accepted another directorship outside Malaysia, this time at US oil and gas giant ConocoPhillips.

Since leaving Petronas at the beginning of last year, Marican has accepted several directorships with Singapore GLCs including at Sembcorp, SembCorp Marine and Singapore Power.

ConocoPhillips said today that Marican was appointed as a new outside director effective December 1, 2011.

Marican was part of the board that had appeared to have clashed with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak back in late 2009 over the appointment of a former senior aide as a Petronas director despite the prime minister having absolute powers in board appointments.

It was reported then that the former aide — Omar Mustapha — was rejected twice and was appointed only after Najib had put his foot down.

Petronas had also decided not to sponsor the Malaysian-backed Lotus F1 Racing team, going instead with the Mercedes Formula One team.

Marican was widely credited with turning Petronas into the only other state-run major international player in the oil and gas space apart from Norway’s Statoil.

The former Petronas chief stepped down on February 2010 after 15 years with the company and was appointed a director with Singapore GLC Sembcorp Industries by June.

Marican’s flurry of overseas appointments also come at a time when Malaysia is grappling with a chronic brain drain that threatens to derail its developed country ambitions.

ConocoPhillips is a global integrated energy company. The company is headquartered in Houston with approximately 29,900 employees, US$160 billion (RM506.05 billion) of assets and US$244 billion in annualised revenues as of June 30, 2011.

Najib renovate rumah sampai RM49juta apa cerita nie....???


hangpa klik la gambaq nie jika nak baca...

Tu dia aihh.. Tanah Kg Baru cuma di jual RM200 sekaki persegi.. Sedangkan harga pasaran RM2000 sekaki persegi...!!!

Surat ugutan PM menghina Dun: Dr Abdul Aziz

KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan berkuasa mengenakan tindakan terhadap pihak yang menghina keputusan dewan itu seperti surat ugutan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pelaksanaan hukum hudud pada 1994.

Pakar perlembagaan, Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata, surat yang diterima Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat daripada Tun Mahathir itu mengugut dan ia menghina Dun.

“Kenapa tidak Kelantan membuat resolusi atau sesuatu bersesuaian Ordinan Dewan Rakyat kerana dia tidak boleh buat begitu. Dun Kelantan atau Parlimen mempunyai kuasa tertentu yang boleh menghukum sesiapa menghina dewan. Surat PM itu menghina dewan.

“Hendak beri amaran atau tindakan ia bergantung. Surat itu masih ada, elok Dun Kelantan buat sesuatu. Cara yang betul dari segi undang-undang jika tidak setuju kena pergi ke mahkamah. Walaupun seorang Perdana Menteri beliau kena hormat dewan negeri dan persekutuan. Dun adalah dewan berdaulat dan tidak boleh dihina seperti itu,” katanya ketika Wacana Pelaksanaan Hudud Kelantan di Dewan Teratai SUK di sini, semalam.

Selain beliau, wacana tertutup kepada pegawai Kerajaan Negeri itu turut dibarisi dua panelis lain yang juga penggubal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993, Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Daud Mohamad dan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud Iraqi.

Pada 1993, Dun Kelantan meluluskan Enakmen Jenayah Syariah (II) Kelantan atau lebih dikenali sebagai Hudud Pas Kelantan. Bagi menunaikan janji manifesto Pas selepas memenangi pilihan raya umum di Kelantan pada 1990.

Berikutan keputusan itu, pada 1994, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir menghantar surat rasmi yang tidak membenarkan pelaksanaan hukum Islam itu di Kelantan kepada Nik Abdul Aziz.

Sementara itu, Dr Abdul Aziz turut memberikan penerangan lanjut mengenai Perlembagaan yang mana ia perlu ditafsirkan mengikut keadaan semasa kerana ada dalam kalangan peguam Islam yang memberikan gambaran Islam dalam skop sempit.

“Masalah kita sekarang terpaksa menangkis pihak tertentu yang tidak selesa dengan Islam. Jika meletakkan syarat yang bukan-bukan sebelum ia boleh dilaksanakan.

“Masyarakat tidak sabar dan penat dengan masalah ini, jadi jalankan dan buat (undang-undang Islam). Kita bukan mengharapkan sesuatu yang sempurna tapi laksana dulu kerana enakmen sudah ada agensi berkaitan boleh membantu,” katanya.[sinarharian]

OK lah Enot..lepas nie berhati-hati sikit bila nak cakap bab Agama..jawab No Komen ja jika tak tahu..!!

Tolong maafkan saya - Enot

Saya tahu saya buat salah. Saya minta maaf." Begitu perlahan dan berhati-hati Enot melepaskan suara. Jelas sekali dia masih dalam keadaan tertekan.

Ini semua gara-gara kenyataannya berkaitan hukum hudud yang mengundang kecaman pelbagai pihak, menerusi pelbagai ruang setelah kenyataannya itu disiarkan Zass kelmarin.

Enot atau nama sebenarnya, Alliza Abdullah, 32, mengaku dia sangat tertekan berada dalam situasi itu.

Ini dapat dilihat daripada langkahnya yang begitu longlai ketika tiba di lokasi yang dijanjikan untuk bertemu wartawan Zass bagi membersihkan semula namanya.

Pun begitu, Enot yang diiringi dua puterinya, Andriana Balqis, 10, dan Arieana Qaseh Qistina, 4, masih cuba mengukir senyum.

Namun senyumannya itu dilihat agak 'kelat' sekali gus membayangkan kontroversi hudud yang dicetuskan secara tidak sengaja, telah meletakkan dirinya dalam situasi yang sukar.

"Enot rebah sebaik melihat kecaman yang dihantar orang menerusi fanpage semalam.

"Enot harap masalah ini tak berpanjangan. Orang yang mengecam Enot, dia tak tahu dan tak nampak bagaimana kesannya kepada Enot," katanya.

Enot berkata apa yang paling penting bagi dirinya ialah kecaman itu jangan sekali-kali melibatkan orang lain, terutama ibu bapanya yang sudah tiada.

"Sampai hati mereka nak libatkan emak ayah Enot. Mereka dah tak ada, kalau yang buat salah itu Enot, cukuplah kalau nak mengata atau marah pada Enot saja. Buat apa nak dituding sama pada orang yang sudah tak ada, tidakkah itu pun dosa juga?" katanya.

Enot berkata, dia ikhlas minta maaf, dan ikhlas juga mahu kontroversi yang secara tidak sengaja dicetuskannya itu, dihentikan segera.

"Enot harap cukuplah, jangan panjang-panjangkan lagi. Enot pun ada anak, yang sebagai ibu, Enot sentiasa harapkan mereka hormati Enot dunia akhirat. Mereka budak lagi, mereka tahu kalau hati ibu mereka disakiti, dihina. Jadi tolonglah jangan lukakan hati mereka. Berilah peluang untuk kami anak beranak hidup aman damai," katanya sambil mengesat air mata.

Pertemuan yang pada mulanya disangka hanya akan berlangsung tenang untuk Enot selesa memberikan penjelasan dan meluahkan isi hatinya itu, ternyata menjadi semakin emosional apabila puteri sulung Enot, Adrianna Balqis sambil menangis, tiba-tiba berkata: “Mama tak bodoh, mama tak jahat. Orang yang cakap tu yang bodoh, jahat..."

Suasana menjadi semakin hiba, hingga wartawan pun tidak mampu lagi hendak terus mengekang air mata apabila si adik, Arieana pula cuba memujuk kakaknya. Kedua-duanya berpelukan sambil masing-masing menangis semahu-mahunya.

Menurut Enot, anak sulungnya itu memang cukup sensitif melihat dia dihina sebegitu rupa.

“Balik dari sekolah semalam, dia menangis. Apa saya nak buat? Zaman sekarang kalau tak tengok TV, baca surat khabar, semua itu boleh didapati di Internet. Inilah yang saya nak jaga. Bukan untuk diri sendiri tetapi anak-anak dan masa depan mereka," katanya sambil menyeka air mata.

Menurut Enot, dalam banyak-banyak kecaman yang diterima, ada individu yang memintanya mengucap semula.

"Mengapa begitu teruk orang menghukum saya? Saya terima jika mahu tegur tetapi mengapa perlu caci dan hina? Mengapa mereka tidak lebih bersopan sedangkan bersopan juga amat dituntut dalam Islam," katanya.

Selain itu, kata Enot, banyak juga kata-kata menghina yang menyebutnya sebagai jahil, tak tahu agama dan minta masuk sekolah semula.

Kerana kenyataannya itu juga, ada antara pelanggannya membatalkan tempahan.

“Alasan diberikan, mereka tidak yakin dengan bahan yang saya gunakan.

“Kata mereka, saya jahil dalam agama, jadi mereka bimbang saya guna bahan haram untuk masakan saya. Subhanallah begitu hebat dugaan yang menimpa diri saya,” katanya.

“Saya mencari rezeki halal untuk anak-anak. Kenapa saya nak buat perkara bodoh macam itu, guna benda haram bagi orang makan? Saya hanya mampu berdoa agar dipermudahkan segala urusan," katanya.

Aduhai Rakyat 1Malaysia..Najib bebas penyamun pun hangpa sokong..!!!

Najib Bebaskan Penjenayah Dalam Masyarakat

http://www.bharian.com.my/articles/ISAmansuh/pix_gal0

TAJUK akhbar hari ini iaitu pembebasan semua tahanan Akta Kediaman Terhad yang merangkumi 125 orang penjenayah kategori penagihan dan pengedaran dadah, ceti haram, kongsi gelap, pergaduhan, pelacuran, pengutip wang lindungan dan perjudian, di lihat sebagai titik kelemahan Najib yang paling ketara.

Najib pula seolah-olah berbangga dengan keputusannya yang ‘bijak’ ini dan benar-benar menyangka yang rakyat akan gembira dan menyambut baik keputusannya untuk membebaskan penjenayah ke dalam masyarakat.

Jika Najib tidak terjangkit sindrom ‘kabur’ Abdullah Badawi maka pastinya dia telah tunduk atas desakan undi.

Tindakan Najib ini mudah ditafsir melalui satu soalan mudah: Siapakah yang banyak terlibat dalam jenis-jenis jenayah di atas? Ceti haram, kongsi gelap, pergaduhan, pelacuran, pengutip wang lindungan dan perjudian? Siapa?

TERUSKAN MEMBACA DI SINI

Mat Bashah berarak iring Tokong Sayog.. apa dah jadi ni???


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Semalam ada upacara keagamaan penganut Buddha berketurunan Cina iaitu menghantar Tokong Sayuq balik ke dunia peranyut ikut sungai (ikut kepercayaan depalah). Negara kita rakyatnya bebas mengamalkan agama, so biag pi kat depalah sekalipun berarak kat Jalan Putra habis ganggu lalulintas.

Antara yang diarak ialah aku agak tokong sayug tu laa kot tapi terlindung dalam hadangan, cuma nampak asap saja naik berkelun-kelun. Haktu pun aku tak peduli..

Tapi yang menterkejutkan aku ialah di antara ribuan Non Muslim yang mengambil bahagian dalam upacara keagamaan depa itu ialah Tok Mat Bashah.. Aku gabuih mata dua tiga kali, celik tengok.. Tetap nampak muka Mat Bashah.. memang tak silap orang dah aihh.

Buat masa ini aku sedangkan dapatkan video atau foto perarakan tersebut, bila dapat nanti aku masuk dalam blog ni, lepas tu biag rakyat Bakaq Bata dan rakyat Kedah bahaih tengok dari segi hukum.

Dulu bekas MB Perak, DS Nizar pegang lilin sebagai simbolik membantah kezaliman BN (bukan upacara keagamaan pun) ulamak2 Umno tampil menyesatkan Nizar.. Untuk isu Tok Bashah ni ulamak Umno nak kata apa pulak?

Aduhai 1malaysia punya pasai..habih Mat Bashah redah..!!


Pakaian, percakapan cerminan peribadi

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

2011/10/06
UMAT Islam diperintahkan Allah dan Rasul-Nya sentiasa menjaga maruah diri, keluarga, jiran dan masyarakat seluruhnya daripada perbuatan bercanggah ajaran Islam yang suci serta perkara mengundang kemurkaan Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai orang beriman pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka.” (Surah At-Tahrim, ayat 6)

Gambaran masyarakat Islam hari ini sungguh membimbangkan dengan corak kehidupan yang sudah renggang dari nilai Islam sebenar seperti cara berpakaian, pergaulan serta percakapan yang tidak mencerminkan ciri Islam. Semakin hari semakin bertambah tenat dan ini memerlukan usaha terancang serta kesungguhan semua pihak untuk menyekat gejala tidak sihat dari terus berleluasa. Mereka perlu dibimbing supaya kembali kepada ajaran Islam yang menggalakkan kita berbuat kebaikan dalam kehidupan.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan jangan kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan dan berbuat baik kerana sesungguhnya Allah SWT menyukai orang yang berbuat baik.” (Surah Al-Baqarah, ayat 195)

Maruah seseorang dapat dinilai dalam tiga aspek iaitu cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. Jika elok ketiga-tiga ini, maka dikatakan kita ada harga diri dan bermaruah pada pandangan masyarakat serta mulia di sisi Allah SWT.

Islam selalu menekankan soal berpakaian dan cara berpakaian turut digariskan supaya kelihatan sopan, tidak jarang menampakkan susuk badan, tidak menyerupai pakaian lelaki atau sebaliknya selain mengelak pakaian mempunyai simbol merujuk kepada agama lain.
Perkembangan fesyen tidak boleh dielak atau dinafikan tetapi umat Islam perlu bijak memilih fesyen yang sesuai mencerminkan keperibadian mereka sebagai Muslim yang mementingkan kebersihan, kemas dan menutup aurat.

Jika aurat didedahkan maka jatuh maruah seseorang itu, bukan satu kemegahan seperti tanggapan sesetengah orang.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai anak Adam! Sesungguhnya Kami sudah menurunkan kepada kamu (bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmat-Nya kepada hamba-Nya) supaya mereka mengingati-Nya (dan bersyukur).” (Surah Al-‘Araf, ayat 26)

Selain itu, Islam menyuruh kita berbicara atau bertutur dengan sopan seimbang tuntutan syarak. Rasulullah SAW adalah contoh terbaik yang menampilkan kata-kata baik, lemah-lembut dan sopan dalam berinteraksi.

Sesiapa mendengarnya pasti akan berasa senang dan sejuk hati. Perkataan dikeluarkan jauh daripada sia-sia malah penuh dengan manfaat seperti menyeru ke arah kebenaran yang diperintahkan Allah. Orang yang menjaga lidahnya akan diredai Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Tiada kebaikan dalam segala urusan yang mereka tempuhi melainkan menyeru ke arah kebenaran atau melakukan segala kebajikan ataupun mendamaikan di antara manusia bergaduh dan sesiapa melaksanakan demikian adalah untuk menuntut keredaan Allah, semoga Allah berikannya pahala yang berlipat ganda.” (Surah An-Nisa’, ayat 114)

Seseorang yang tidak dapat mengendalikan lidahnya seperti suka membuat fitnah, berbohong serta mencela, mencerminkan kerosakan hatinya dikuasai luapan nafsu dan bisikan syaitan. Orang seperti ini me

Dalam pergaulan sehari-hari kita perlu menjauhi hal boleh menyakiti hati orang lain. Membudayakan sikap dan tindakan yang boleh menyenangkan hati orang lain seharusnya menjadi amalan setiap Muslim.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Orang Islam adalah saudara bagi orang Islam yang lain, yang tidak boleh menzalimi antara satu sama lain, dan jangan mengabaikan pertolongan kepadanya dan sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya, Allah sentiasa menunaikan hajatnya, dan sesiapa yang melepaskan saudaranya daripada bala atau sebarang kesusahan, Allah akan melepaskan kesusahannya pada hari kiamat dan sesiapa yang menutup keaiban saudaranya, Allah akan menutup keaibannya pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...