TERKINI :

Wednesday, October 5, 2011

YB Lena dalam Parlimen..!!

oleh AnakKedah007

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/312744_10150336026721728_632636727_8068402_1311730481_n.jpg
Tu diah LENA sampai tak mau-mau aihhhh...
pada2 laa nak LENA tu YB.. coverlah sikit..
nie tak lentok suku nyawa orang kata...

Sepatutnya tumbangkan dulu BN, baru fikir untuk bertelingkah

Kontroversi sama yang diulang-ulang
Oleh Zulkifli Yahaya

Media tali barut Umno sentiasa mengintai peluang untuk menjejaskan peluang Pakatan dalam PRU13 dan isu hudud tidak pernah ditinggalkannya.

MENYAMPAHNYA, setiap kali akan munculnya pilihan raya umum maka muncullah isu kitar semula yang dimainkan media pro-Umno iaitu hudud. Sejak pilihan rahttp://4.bp.blogspot.com/-HjV2gsn2vzY/ToUhhP9QaJI/AAAAAAAABKY/QNayJnnsL9E/s1600/Kartun%2BHarakah%2Bkenyataan%2BHudud.jpgya umum 1990 hingga 2008, belum ada satu pilihan raya pun isu tersebut tidak dimainkan media tali barut BN.

Pihak yang mencetuskan isu tersebut ialah media propaganda BN, dalam waktu yang sama PAS pula dituduh sengaja mencetuskan isu tersebut menjelang pilihan raya untuk meraih sokongan Melayu.

Walhal merekalah yang sengaja mencuitnya dengan mengajukan soalan kepada pemimpin tertentu parti bagi mencetuskan provokasi.

Pada sebilang masa pun PAS tidak mungkin membatalkan hasrat hendak menegakkan Islam sebagai cara hidup dalam diri hinggalah bernegara kerana itulah tuntutan Islam yang sebenar.

Hukum hudud cuma sejuzuk kecik dari keseluruhan ajaran Islam yang sangat luas tetapi menolak juzuk yang kecil itu boleh membawa kehancuran aqidah atau murtad.

Jadi siapapun pemimpin PAS yang diajukan soalan mengenai hudud tidak mungkin membuat kenyataan menolaknya.

Malangnya tokoh rakan sekutu yang seorang ini, sering terperangkap dengan provokasi media, menyerahkan leher untuk direjut tali gantung yang disediakan Umno. Saya telah menulis berkali-kali mengenai isu yang sama, tetapi kontroversi yang sama juga berulang-ulang.

Saya tetap tidak jemu memberi penjelasan yang sama.

Niat jahat media tali barut BN sangat mudah dihidu berhubung isu hudud. Jika PAS umumkan bahawa hudud hanya akan dibuat dengan persetujuan semua parti komponen Pakatan Rakyat, maka PAS akan dituduh tunduk pada DAP. Tetapi jika PAS umum akan tetap laksanakan hudud, maka provokasi besarbesaran akan dilakukan terhadap masyarakat bukan Islam untuk menolak PAS.

Di sebalik isu hendak buat atau tidak mahu, berselindung satu lagi persoalan besar iaitu boleh buat atau tidak boleh buat. Sangat jelas perbezaan antara ‘hendak buat’ dan ‘boleh buat’ tapi malangnya peguam yang hebat pun tidak faham, lantas mengandaikan hudud boleh dibuat tanpa pindaan Perlembagaan.

Pindaan Perlembagaan ke arah pelaksanaan hudud perlukan sokongan dua pertiga di Parlimen. Khusus untuk mengizinkan pelaksanaan hudud di negeri, Parlimen perlu meminda Akta 355, Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 terlebih dahulu.

Tanpa sokongan dua pertiga maka PAS bersendirian ‘tidak mampu’ melakukannya. Kalau PAS menang semua kerusi Parlimen pun, jumlahnya masih tidak mencukupi untuk meminda Perlembagaan. PAS perlukan sokongan KeADILan dan DAP – jika ditakdirkan Pakatan memerintah.

PAS berhasrat mahu laksanakan hudud tetapi DAP tidak mahu, maka PAS dikira ‘tidak mampu’ laksanakannya. Tidak berdosa seorang miskin yang tidak mampu menunaikan haji di Makkah lantaran tiada wang, sedangkan dia memang menyimpan cita-cita dan berusaha untuk menunaikannya.

Bagi pemimpin DAP yang seorang itu, tidak perlulah beriya-iya sangat untuk menyanggah hudud dengan kenyataan yang ‘berlebihlebihan’.

Dia pun tahu pindaan Perlembagaan hanya boleh dibuat dengan sokongan dua pertiga di Parlimen. Cukup dengan berkata, DAP tak sokong hudud, maka mustahil pindaan Perlembagaan boleh dibuat.

Persoalan besar dan terpenting bagi rakyat Malaysia ialah menamatkan kebejatan BN yang memerintah lebih separuh abad.

Jika BN dapat ditumbangkan tanpa perlaksanaan hudud pun maka ia tetap lebih baik daripada membiarkan BN terus memerintah – yang pastinya hudud tidak terlaksana juga. Segala kebejatan itu berakar umbi dalam kerajaan tanpa dapat dibendung lagi.

Sehebat-hebat PAS sekalipun, tidak akan dapat melakukan apa-apa untuk membetulkan segala kepincangan itu seandainya bersama dalam BN (Wal’iyazubillah, itu cuma andaian). Satu-satu cara untuk ‘membunuh’ semua kebejatan itu ialah dengan menumbangkan BN di Pusat.

Jika waqi’ dan biah yang ada; menuntut kerjasama dengan DAP sebagai prasyarat mencapai cita-cita tersebut maka tentu ia menjadi keutamaan. Tidak betul untuk membiarkan pihak yang zalim terus berkuasa hanya kerana merasakan satu juzuk dari ajaran Islam (hudud) tidak dapat dilaksanakan jika berkongsi kuasa.

Kita tidak boleh menunggu mampu buat semua perkara, baru hendak memulakan semua perkara. Kaedah feqah sangat jelas, ‘tak boleh buat semua jangan tinggal semua’.

Realiti politik di Malaysia ialah, tidak ada manamana parti politik pun (yang berasaskankaum atau agama) boleh membentuk kerajaan secara bersendirian.

Pola komposisi kaum yang diwujudkan oleh penjajah, menyebabkan mana-mana parti yang didominasi oleh orang Melayu memerlukan sokongan parti kaum minoriti untuk membentuk kerajaan.

Terlalu lama parti pembangkang membazir masa berbicara mengenai perbezaan sewaktu berpakat menumbangkan BN, sehingga BN yang ‘jahat’ itu terus berkuasa.

Sepatutnya tumbangkan dulu BN, baru fikir untuk bertelingkah (jika rasa perlu).

Wardina tegur rakan artis yang komen bab 'hudud'

http://syukran.files.wordpress.com/2010/02/17839_107995645883682_100000197412808_207949_6051227_n.jpg

Kalau dah EXCO pon jawab dok teruskan cara lalu..baik bagi saja BN perintah semula Kedah nie...

oleh DepaKata

http://www.utaraonline.net/v4/images/uploaded/phahrolrazi_kedah.jpg
Depa dok sembang lanie..Pagi tadi Radio Kedah melaporkan yang kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah selewengkan wang peruntukan Kerajaan Pusat . Aku harap dato' Phahrulrazi aka Pengkalan Kundur jawab sekarang , tak payah tunggu sidang dun...nanti letih nak menjawab ISU yg di SPIN kan tuuu....

lepas tu kalau jawab dok teruskan cara pemerintahan yg lalu baik bagi kerajaan yg lalu sahaja perintah..senang cerita...

Jawab biaq la nampak kemaih sikit.....

YB Pakatan Rakyat Kedah kena 'fuck'


http://3.bp.blogspot.com/-coXvJYjKkos/Tovjr6UmFKI/AAAAAAAAFP4/wtRBPhLxVU0/s1600/2011-10-05_125639.jpg
artikal dia pie baca di KedahLanie

memang betoi laa Jap SP oii... gua tengok kekadang tuuu YB-YB Pakatan Rakyat nie macam dah lupa dah tugas depa sebelum menang dulu..... bila dah menang nie kelaku dah nak jadi UMNO dah....

Bukan apa kekadang tu alasan yg di bagi macam hampeh.... sedangkan rakyat di bawah dok tertanya-tanya mana YB yg depa pilih nie....

Rakyat kat bawah nie depa benda kecik2 pon depa boleh jadi isu... mcm ada YB tu dulu bila jumpa siap habih pie salamnya tapi lanie main angkat-angkat tangan jaaa....

dan ada sesetengah tu apa xtvt rakyat buat siap cari alasan tak mau mai.... letih laa... banyak mesyuarat laa... dah pie dah kawasan tuuu bulan lepas.....

mcm manikumar bagi alasan nie laa..nak suruh rakyat mai mengadap depa apa masalah dia..nie alasah fuck off jaaa....sepatutnya mcm hg kata laa pie jumpa rakyat tanya depa atuq meeting dgn puak penguasa feri bla bla bla..... itu baru pemimpin berjiwa rakyat...

jadi pada yg jadi YB tuuu pikiaq2 laaa pengundi skrg bkn mcm dulu dah letak tunggoi kayu pun depa pangkah.....

Ops Lalang: Dewan Rakyat kecoh

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 5 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencabar kerajaan khususnya ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman mendakwanya di mahkamah jika mendapati beliau mengeluarkan kenyataan menghasut.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga enggan menarik balik kenyataannya di Dewan Rakyat bahawa Pemuda Umno menghasut orang Melayu menyertai himpunan sejuta umat Melayu pada tahun 1987.

Mahfuz membangkitkan perkara tersebut sewaktu membahaskan Rang Undang-undang Kediaman Terhad (Pemansuhan) 2011 dan menimbulkan kemarahan Tajuddin yang memintanya menarik balik dakwaan tersebut.

Beliau mendakwa Pemuda Umno ketika itu menghasut Orang Melayu menyertai himpunan tersebut dengan membawa senjata tajam untuk membasahkan darah Orang Cina dan membawa mancis untuk membakar rumah mereka.

Menurut Mahfuz, kejadian tersebut menyebabkan Ketua Polis Negara ketika itu terpaksa menghalang himpunan tersebut dengan melakukan operasi lalang yang menyebabkan beliau dan beberapa yang lain ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Operasi Lalang tahun 1987 yang menyebabkan ramai yang menjadi mangsa ISA termasuk saya sendiri dan beberapa orang yang ada dalam Parlimen hari ini, ekoran ketegangan kaum yang berpunca daripada kenyataan Najib mewakili Pemuda Umno dan Lim Kim Sai mewakili MCA.

"Berlaku cabar mencabar hingga kepada peringkat nak mengadakan perhimpunan sejuta umat melayu, dibuat road show dengan membuat kenyataan hasut Orang Melayu hadir perhimpunan dan bawa senjata tajam untuk basahkan darah Orang Cina dan bawa mancis api untuk bakar rumah orang cina," katanya.

Tajuddin terus bangun meminta beliau menarik balik kenyataan tersebut namun ditegur oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan menyuruhnya duduk.

Ekoran itu juga Tajudin yang kecewa dengan tindakan Speaker, keluar meninggalkan dewan.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu, Mahfuz sekali lagi menegaskan beliau tidak akan menarik balik kenyataannya itu kerana mempunyai bukti.

"Saya tidak menarik balik kenyataan saya dalam dewan tadi, sebaliknya kalau itu dianggap kenyataan menghasut boleh heret dan dakwa saya di mahkamah.

"Saya hanya menyebut sejarah bagaimana isu salah guna kuasa apabila Menteri Dalam Negeri diberi kuasa dan menyalahgunakan kuasanya," katanya yang pernah menjadi Ketua Pemuda PAS sebelum ini.

RM9 juta sewa pesawat khas bawa Najib bercuti

Oleh: Harkahdaily

Sebanyak RM9 juta telah dibelanjakan bagi menyewa sebuah pesawat Airbus A319-IIX yang diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth Australia.

Pesawat yang disewa daripada Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (PMB) itu bermula 3 Ogos 2007 lagi untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri.

Penjelasan tersebut dinyatakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dalam jawapan bertulis terhadap soalan yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Nurul yang melalui soalannya meminta kerajaan menjelaskan siapa pemilik pesawat tersebut yang telah digunakan oleh Najib sewaktu percutiannya di Perth, Australia serta kekerapan penggunaannya dan kos yang telah dibelanjakan.

Nazri juga memberitahu bagi tempoh Januari sehingga Ogos 2011, kekerapan penggunaan pesawat adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara dengan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta yang meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

SEJARAH: Sebelum Proton, Harga Kereta Sekitar RM20 Ribu


KLIK IMEJ

Tulang Besi menaqal sebuah artikel THE STAR bertarikh March 2, 1985 di mana ia memetik CEO Proton yang pertama, Tan Sri Jamil Mohammad Jan:
However, Tan Sri Jamil said the price of the Saga would be competitive, He said it would probably be cheaper than it's direct competition in the 1300-1600cc range, the Nissan Sunny and the Toyota Corolla which currently retails at around RM20,000" TERJEMAHAN:Walaubagaimanapun, Tan Sri Jamil (CEO pertama PROTON) berkata Saga akan dijual dengan harga pasaran dan ia akan lebih murah dari saingan terdekat di dalam kategori 1300-1600cc, yakni Nissan Sunny dan Toyota Corolla yang berharga sekitar RM20,000 sebuah"
Di atas adalah keratan akhbar sejurus selepas PROTON dilancarkan. Apa yang berlaku selepas itu adalah PROTON tidak laku walaupun di Malaysia. PROTON sedang menuju bangkrupsi dan kilang Proton hampir ditutup selamanya.

Apa yang Mahathir dan UMNO buat adalah memperkenalkan kenaikan duti import yang begitu tinggi kepada semua kereta import.

Untuk menanggung kerugian Proton, harga Proton telah dinaikkan berkali2 ganda sehingga Proton Wira yang baru harganya lebih kurang RM65-70 ribu sebuah.

Harga kereta import yang lain, naik lebih tinggi.

Jadilah harga kereta di Malaysia lebih mahal dari harga rumah. Ini adalah kerja gila yang diperkenalkan oleh Mahataik dan UMNO bertujuan mendera rakyat.

Deraan ke atas rakyat adalah semata-mata mahu menjayakan idea gila Mahatir kerana beliau mahukan sebuah kereta Nasional. Padahal Malaysia tidak sesuai untuk ada program kereta nasional.

Bila projek kereta Nasional hampir bangkrap, Mahathir dan UMNO naikkan cukai semua kereta menjadikan rakyat Malaysia terhimpit dengan hutang yang sebegitu besar semata-mata kerana mahukan kenderaan.

Wang negara yang banyak dibelanjakan untuk membuat jalan yang kemudiannya dikutip tol. Padahal jalan-jalan raya yang banyak ini tidak perlu sekiranya wang negara dibelanjakan secukupnya untuk pengangkutan awam i.e. LRT, MRT dan bas seperti di Singapura.

Bayangkan, sepatutnya sebijik kereta seperti PRoton sekarang ini sepatutnya dalam julat RM30-35k sebuah. Bayaran bulanan kereta tidak sepatutnya melebihi RM150 sebulan. Sepatutnya belanja kenderaan sebulan sekali dgn minyak dan insurans tidak boleh melebihi RM350. Itupun RM 350 sudah dikira mahal.

Sekarang ini, kita terpaksa membayar RM500-RM1000 untuk sebuah kereta yang tidak mewah dan tidak pula hebat. Kalau mahu kereta hebat, terpaksa bayar sekitar RM1500-RM2000 sebulan. Belum lagi minyak, insuran, road tax, mantenance. Bayangkan skrg ni spare parts pun kena duit import yang begitu tinggi. Spare parts Proton pulak harganya setaraf dgn harga BMW kalau takda duti import.

Terima kasih kepada UMNO kerana telah mendera rakyat Malaysia sehingga terpaksa menanggung hutang pribadi yang banyak demi mahu memenuhi keperluan berkenderaan kerana pengangkutan awam di Malaysia adalah antara yang terburuk di dunia.

Marilah kita kenang jasa BN yang telah menghimpit rakyat Malaysia dengan beban hutang yang banyak akibat kesombongan dan kebongkakan mereka yang mahukan projek kereta nasional walaupun telah diberitahu projek ini akan gagal.

HIDUP UMNO!!! HIDUP BN!!!!

Tulang Besi

UMNO/APCO-BN MAHU LARI KE MANA?

Biarpun semua yang diucapkannya hanya mengulangi pernyataan kontroversi Lee Kuan Yew dan statistik PDRM sendiri menunjukkan bahawa jenayah di Johor lebih teruk daripada di Pulau Pinang, Lim Guan Eng memohon maaf kepada sultan dan rakyat negeri Johor. Namun, permohonan maaf yang disertakan dengan pernyataan akan menyaman media UMNO telah menimbulkan histeria baru dalam kalangan pemimpin UMNO/APCO. Mereka, termasuklah pencacai-pencacai dari menara gading dan media alternatif menyifatkannya sebagai tidak ikhlas. Usaha mutakhir ini merupakan satu lagi propaganda untuk cuba meracuni pemikiran rakyat agar membenci Pakatan Rakyat. Sebaik mana sekalipun perkara itu dicanangkan, rakyat akan membenci UMNO/APCO-BN kerana hakikatnya merekalah yang terpalit dengan pelbagai kegiatan yang menghina agama dan bangsa.

Pernahkah UMNO/APCO memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang pernah mereka hina dan kurangkan kuasa? Tidak pernah. Yang berlaku adalah apabila rasa terdesak, mereka akan berselindung di sebalik raja. Sudahkah individu yang pengikutnya merujuk kata "NATANG" kepada raja memohon maaf? Sampai sekarang pun belum lagi. Sudahkah Ali Rustam yang menghina Kelantan memohon maaf ? Dia hanya diam seribu bahasa apabila diajukan persoalan itu. Sudahkah semua pemimpin UMNO/APCO yang menghina hukum Allah berhenti melakukannya? Hakikatnya mereka bukan sahaja terus berbuat demikian tanpa rasa bersalah sedikit pun malahan juga membuatkan golongan bukan Islam semakin bertambah takut kepada hukum hudud. Sudahkah UMNO/APCO memohon maaf kepada orang Melayu yang mereka khianati? Nahe! Nahe!! Nahe!!!

Yang kita dengar hanyalah pernyataan-pernyataan yang menyatakan kebimbangan yang amat sangat terhadap kemerosotan sokongan Melayu kepada UMNO/APCO. Mereka tidak berasa kesal sedikit pun. Sebaliknya mereka mahu menyusun strategi baru untuk memikat golongan itu supaya kembali menyokong mereka dalam PRU Ke-13 nanti. Semua kerja jahat mereka simpan. Mereka tutup. Yang ditonjolkan ialah sisi-sisi ungkitan kebaikan mereka dan beraneka kejahatan musuh yang semakin hari semakin mendapat sokongan rakyat. Kesemuanya bermotifkan politik, iaitu mempertahankan kuasa.

Sememangnya mereka sudah merasakan bahang kemarahan rakyat. Setiap hari ada-ada saja bukti kejahatan UMNO/APCO didedahkan kepada rakyat. Kesemuanya tidak boleh ditepis dengan hujah yang meyakinkan rakyat. Lantaran itu mereka mempergiatkan penyebaran fitnah dan propaganda untuk mengatasinya, termasuklah memperlekehkan musuh dan masuk bakul angkat sendiri!!! Pemikiran yang terkebelakang ini dapat dihidu dengan mudah oleh rakyat yang bermaklumat. Mereka sudah mampu mengakses dan menilai apa-apa juga maklumat yang disampaikan. Sehubungan itu, UMNO/APCO sudah buntu untuk mencari teknik dan taktik yang mujarab bagi mengatasinya. Demikianlah nasib sebuah parti yang tidak sedar diuntung walaupun sudah diberi peluang selama lebih lima puluh tahun untuk mengemudi negara.
Kita dapat melihat dengan jelas kecelaruan pemikiran para pemimpin UMNO/APCO. Peningkatan pernyataan "yes bos" semakin nyata sekarang ini kerana pilihan raya umum sudah dekat. Aktiviti merebut jawatan pun semakin menjadi-jadi. Wujudlah sikap berpuak-puak untuk menyuburkan budaya cantas. Buah-buah inilah yang akan memusnahkan UMNO/APCO. Namun, di sebalik itu, penambahan bodekan terhadap rakyat semakin menjadi-jadi ketika ini. Memang inilah kerja mereka sejak dulu, kini, dan selamanya. Melayu masih di tahap itu-itu juga. Apabila Melayu bising kuota ekuiti mereka akan dihapuskan, dengan segera penafian dibuat. Kalau musuh yang membuat penafian, seluruh gerombolan bangun mencaci. Bila bos sendiri menafi, pijak semut pun tak mati. Itulah imej hipokrit yang terpahat pada wajah UMNO/APCO.

MCA terus menghina hukum Islam. UMNO/APCO senyum sahaja kerana tak perlu kata apa-apa. Alangkah munafiknya mereka. Was-was, syak wasangka, dan resah gelisah memang terselit dalam lipatan perasaan manusia sebegini. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika terdapat dalam kalangan mereka yang meragui kemampuan mereka untuk memenangi pilihan raya umum yang akan datang. UMNO/APCO sendiri sudah mula gentar apatah lagi MCA. MIC, Gerakan, PPP, dan selainnya tidak payah ceritalah. Hakikatnya ialah semakin mereka takut, akan semakin kuatlah propaganda dan fitnah yang akan melakari dunia politik tanah air. Inilah gerakan cuba membodoh-bodohkan rakyat yang diulang dari masa ke masa oleh UMNO/APCO tanpa sedikitpun improvisasi untuk mengangkat nilai umpppnya.

Rakyat Malaysia sememangnya mahu melihat UMNO/APCO-BN berkecai dalam pilihan raya umum nanti. Apa-apa jua bentuk gula-gula yang akan diberikan dalam Bajet 2012 nanti sukar mengubah persepsi negatif mereka terhadap kerajaan yang bobrok sekarang ini. Mereka akan melihat situasi pelik akan berlaku. Dalam keadaan ekonomi dunia yang bercelaru ketika ini, kerajaan UMNO/APCO-BN tiba-tiba mempunyai kemampuan yang luar biasa memberi itu dan ini kepada rakyat. Adakah rakyat akan melupakan begitu sahaja kenaikan kos sara hidup, peningkatan kes jenayah, keruntuhan moral akibat lemahnya pegangan terhadap agama, berleluasanya pembaziran dan rasuah dalam kalangan pemimpin, dan sebagainya dengan pemberian yang bersifat kosmetik itu? Jawapannya anda semua sudah tahu. Ini bukan tahun 60-an, 70-an, 80-an, dan 90-an. Tahun-tahun 2000-an ini, orang kampung pun sudah keluar dari bawah tempurung!!! UMNO/APCO mahu lari ke mana?

Mengapa Mahathir Resah Dengan Belanjawan Pakatan Rakyat?

Di sebalik pengumuman Belanjawan Kesejahteraan Pakatan Rakyat 2012 yang dibentang oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di Parlimen tengah hari tadi, nampaknya masih ada seorang manusia yang resah gelisah apabila ditanya pandangannya.

Mahathir mula menunjukkan ketakutannya dengan memperlekehkan belanjawan Pakatan Rakyat yang disifatkannya sebagai tin kosong.

Rupanya dia lupa siapa yang melantik Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan paling berpengaruh dari tahun 1991 hingga 1998, selain menjadi Timbalan Perdana Menteri dari tahun 1993 hinggalah dipecat pada 2 September 1998.

Dengan kepakaran Anwar Ibrahim menyusun dan merangka strategi ekonomi selama lapan tahun itu membuatkan Mahathir semakin tidak keruan dibuatnya.

Apatah lagi komennya yang tidak langsung mahu menyentuh satu pun cadangan Pakatan Rakyat yang mensasarkan kebajikan buat rakyat yang saban hari mengeluh kehidupan semakin terhimpit.

Tambahan pula, Mahathir tidak langsung nama Anwar disebut sebagai individu yang memang layak menjadi Perdana Menteri kerana sifat takbur dan sombong bahawa hanya dia saja yang layak menjawat jawatan tersebut.

Anwar dalam rumusannya tentang pembentangan belanjawan berkata, nawaitunya hanyalah mahu membebaskan Malaysia dari kekangan kewangan dan kos sara hidup yang semakin menggila tatkala hutang luar negara mencecah RM437 bilion tahun ini.

Tetapi dendam Mahathir terhadap Anwar masih belum padam biarpun Anwar sudah disumbatnya ke dalam penjara enam tahun sebelum akhirnya dibebaskan pada 2004.

Nyatalah kini Mahathir sememangnya mahu Anwar dihapuskan dari radar politik negara sekali lagi, biar apapun kos yang terpaksa ditanggung rakyat dan negara kerana pada firasatnya, Anwar mampu menghancurkan Umno-APCO dan kroni setianya jika pilihanraya umum akan datang tidak lagi berpihak kepada mereka.

Dan Pakatan Rakyat tidak mahu lagi menoleh ke belakang terus mara menawan Putrajaya demi menyelamatkan Malaysia dari kebinasaan mutlak hasil "projek KERAjaan Barisan Najis" sekurang-kurangnya untuk lima tahun lagi.

JALAN PULANG

Senang bila mahu belanja duit yang kita tidak ada." Itu adalah jawapan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas pembentangan Belanjawan 2012 oleh pembangkang.

Dilaporkan Pakatan Rakyat akan membentangkan belanjawan tahunannya hari ini, tiga hari lebih awal sebelum kerajaan Pusat mengumumkan Belanjawan 2012.

Ia dikatakan sebagai belanjawan alternatif pakatan terbabit sebelum Belanjawan 2012 dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan pada Jumaat ini di Dewan Rakyat.

"(Duit) yang kita tak kawal (memang) senang mahu belanja," kata Dr Mahathir kepada wartawan selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur Kelapan 2011 di sini hari ini.

"Kita boleh buat apa pun (seperti) janji mahu bagi 20 peratus royalti minyak. Memang boleh janji sebab tak jadi kerajaan. Janjilah asalkan menang (pilihan raya)," katanya.



Rakyat Marhaen

penjelasan Orang Bukan Islam yang betul-betul faham apa itu hudud

Tiada paksaan sokong hudud

SHAH ALAM – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) menyangkal dakwaan, bahawa mereka dipaksa menyokong Pas melaksanakan hukum hudud dan menafikan tiada perbincangan dilakukan berhubung perlaksanaan hukum hudud di antara mereka.

Timbalan Ketuanya, N Balasubramaniam berkata, DHPP memahami dasar Pas yang berlatarbelakangkan Islam, malah majoriti menyokong pelaksaan hudud kerana memahami konsep dan perlaksanaannya.

“Sebelum dilancarkan pada 2010, DHPP dipanggil Kelab Penyokong Pas (KPP). Sejak dikenali sebagai KPP lagi, banyak penerangan diberikan berhubung hukum hudud oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Selama bersama Pas, kami tidak di paksa untuk menerima Islam dan dasarnya, kami sentiasa di beri penerangan. Ini bermakna, pemimpin Pas amat profesional dalam mena-ngani isu sensitif dengan tidak menyinggung perasaan pihak atau agama lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau turut menyifatkan kenyataan Ketua DHPP, Hu Pang Chaw yang mengatakan tidak dipanggil untuk berbincang mengenai hudud sebagai kenyataan peribadi.

“Ketika Enakmen Syariah berkenaan hudud diluluskan di Kelantan pada 1993, Pang Chaw tidak begitu aktif dan kurang maklumat mengenainya.

“Pada saya, beliau (Pang Chaw) perlu berbincang dahulu bersama DHPP sebelum mengeluarkan kenyataan demikian, dia juga perlu faham apa yang dibawa dan digariskan sebagai dasar parti,” katanya.

Balasubramaniam berkata, dalam hal ini, bukan Islam perlu mengkaji hukuman hudud sebelum memberikan sebarang ulasan me-ngenainya, supaya tidak menimbulkan perbahasan yang menimbulkan persepsi tidak baik dalam kalangan masyarakat.

“Secara peribadinya, saya berpendapat, hukum hudud perlu difahami bukan Islam kerana sebelum dilaksanakan, ia perlu melalui proses perbicaraan secara adil berserta saksi, malah dikhususkan untuk orang Islam, seperti hukum syariah.

“Dalam perlaksanaan negara berkebajikan, aspek keselamatan amat penting. Oleh itu, cadangan pelaksanaan hukum hudud ini mampu memberikan impak besar dan menjamin pembentukan sebuah negara selamat,” katanya. [SinarHarian]

Antara Cakap Menteri dengan Cakap Engeneer Jalan Raya

Ir vs SPM [KedahLa]

Oleh : Mami Minah


Bila kita baca aau dengar komen dalam apa jua media, tak kira la media tu FB ka, Blog ka, atau surat khabar, kita akan tengok siapa yang bercakap.

Jika bercakap tentang ekonomi, siapa yang bercakap? Jika yang bercakap itu pekerja kilang atau pekerja majlis perbandaran, nesaya orang tak ambil kisah.

Tetapi jika yang bercakap itu Prof Dr Jomo, pakar ekonomi negara nescaya kita akan mendengar dan ada yang akan memberikan response.

Jika bercakap tentang jalanraya dan kualiti jalanraya, tentu yang berhak atau berkaliber bercakap adalah jurutera atau seseorang yg ada Ir didepan namanya. Tapi jika bercakap tu seorang yang SPM pun tak lulus, apa ang kita nak kata?

Peliknya, si tak lulus SPM ni boleh pulak komen tentang design jalan... Tentu kita kata, hang ni betui ka?

Jika bercakap tentang pengurusan kewangan atau pun kerja-kerja akauntan, tentulah kta bagi perhatian jika bercakap tu akauntan atau seorang yang berjaya mengurus kewangannya.

Tapi jika yang bercakap tu adalah seorang yang mengira pun tak pandai, tentu kita anggap dia gila atau kurang waras.

Begitulah tanggapan rakyat tentang kemampuan seseorang itu berdasarkan tahap pemikiran seeorang individu.

Kalau dah tak tau tu buat la cara tak tau. Jangan sembang saja, mampu ka hang buat sendiri kalau hang duk tempat tu naniti.

50 keluar, 161 masuk Pas

KUALA NERANG - Jika sebelum ini 50 penduduk, belia di Kampung Tandop Besar mendakwa penyokong Pas menyertai Umno kerana kecewa dengan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu (Mat Sabu) yang didakwa menyokong komunis, namun 161 belia dari lapan kampung menyertai Pas kerana kagum dengan semangat pemimpin itu.

Simbolik penyerahan di Markas Pas Kampung Tandop Besar diadakan sempena penjelasan isu-isu semasa di sekitar Parlimen Padang Terap oleh Ketua Pemuda Pas Kawasan Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria sebelum ia diserahkan kepada Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Noor.

Difahamkan belia terbabit berasal dari Kampung Tandop Besar, Kampung Pong Utara, Kampung Pong Manis, Kampung Kubang Kenyeng, Kampung Kubang Bemban, Kampung Lubok Perong, Kampung Masjid dan Kampung Padang Kerasak.

Ahli baru Pas, Mohd Azham Yahya, 25, yang sebelum ini mendakwa sebagai pengundi atas pagar mengambil keputusan menyertai Pas selepas kagum dengan pendirian pemimpin parti itu yang terus kukuh pendirian walaupun terus dikecam.

Menurutnya, momokan media massa arus perdana membuatkan mereka membandingkan setiap kenyataan yang dikeluarkan pemimpin setiap hari.

“Rakyat pada hari ini terutamanya generasi belia sudah mempunyai pelbagai cabang media alternatif termasuk blog dan kami tahu untuk menilai isu-isu semasa,” katanya.

Bagi Megat Mohd Zuraimi Zakaria, 28, pula, isu yang mendakwa Mat Sabu menjadi dalang sebagai punca kepada penyokong Pas di Kampung Tandop Besar berpatah arang dengan Pas telah memperkenalkan individu itu kepadanya.

Menurutnya, dia mula mengagumi kredibiliti Mat Sabu dan pendirian yang dibawa olehnya.

“Mengenai isu 50 yang didakwa sebagai penyokong Pas baru-baru ini yang menyerahkan borang keahlian Umno baru-baru ini, saya tidak tahu bagaimana ia boleh tercetus, sedangkan saya pun berada di situ sewaktu kejadian,” dakwanya.

Mohd Hafizzullah Mad Lim, 26 pula mendakwa, golongan belia mahu bangkit dan membuktikan bahawa mereka turut mengambil tahu mengenai perkembangan isu semasa yang berlaku di seluruh negara.[SinarHarian]

Hendak dapatkan rawatan doktor tapi kena berpakaian formal iaitu bertali leher dan berkasut dahulu.

Hendak pergi mendapatkan rawatan doktor tetapi dipaksa berpakaian formal iaitu bertali leher dan berkasut. Itulah realiti yang berlaku di Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia (PKUUM). Satu peraturan yang lansung tidak masuk akal dan tidak relevan. Mana mungkin seorang yang sedang sakit dan mengharapkan rawatan daripada doktor disuruh berpakaian formal seolah-olah ingin ditemuduga. Lebih teruk lagi ada pelajar yang ingin mendapatkan rawatan dihalau keluar oleh kakitangan PKUUM semata-mata kerana tidak berpakaian formal. Aduh malang sungguh nasib, sudahlah di uji dengan sakit, dihalau pula oleh mereka-mereka yang mendokong peraturan yang lansung tidak masuk akal!

Sebenarnya saya sendiri adalah salah seorang mangsa daripada beribu-ribu pengguna PKUUM. Suatu ketika saya diserang demam teruk dan telah pergi untuk mendapatkan rawatan di PKUUM Namun sesampainya saya di sana, tanpa banyak bicara saya terus dihalau oleh kakitangan PKUUM hanyalah kerana saya tidak berpakaian formal. Dalam keadaan yang lemah ditambah pula cuaca hujan wajarkah saya disuruh pulang semula semata-mata kerana tidak berpakaian formal?

Hebat sangatkah pengurusan PKUUM sehinggakan pelajar yang ingin berurusan dengannya perlu berpakaian formal? Adakah doktor dan kakitangannya majoriti daripada lulusan Universiti Oxford? Atau pengurusannya bertaraf lima bintang? Segala macam persoalan bermain difikiran kami mahasiswa dengan peraturan pelik yang dicipta oleh pihak pentadbiran UUM.

Jika hendak dibandingkan dengan bayaran yang telah kami bayar setiap semester bagi tujuan kesihatan, perkhidmatan yang diberikan lansung tidak memadai. Bahkan ada pelajar yang sanggup mencari alternatif lain dengan pergi ke klinik di luar kampus semata-mata ingin mendapatkan rawatan yang lebih baik. Apa yang diharapkan pihak PKUUM seharusnya memberikan perkhidmatan yang terbaik sesuai dengan matlamat universiti yang ingin menjadi universiti pengurusan terkemuka pada suatu hari nanti. Namun sebaliknya yang berlaku. Janganlah membuatkan kami melabel pihak pentadbiran UUM sebagai hipokrit kerana hanya mahu mengaut keuntungan di atas kesusahan yang dihadapi pelajar semata-mata.

Saya berharap pihak pentadbiran UUM bersama MPP dapat memperbetulkan kekusutan yang berlaku ini dan bertindak segera sebelum lebih ramai lagi menjadi mangsa kepada peraturan yang tidak masuk akal ini. Perkara ini sudah lama berlarutan dan telah berkali-kali disuarakan oleh pelajar. Pentadbiran UUM dan MPP pula sudah berkali-kali bertukar tampuk kepimpinannya. Namun tiada apa-apa perubahan yang berlaku, ibarat mencurah air ke daun keladi. Apa yang kami mahukan adalah yang terbaik untuk universiti dan ingin menyumbang yang terbaik untuk universiti kami.

Mangsa PKU,
Universiti Utara Malaysia

PERSADA MENUNTUT MAHASISWA PRIHATIN TERHADAP PRU 13

Persatuan Mahasiswa Darul Aman (PERSADA) menyeru agar semua mahasiswa yang berumur 21 tahun keatas supaya prihatin dan bersedia bagi menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang akan diadakan bila-bila masa dari sekarang. Menurut presiden PERSADA SDR. Muhammad Muhyiddin bin Ishak (seperti gambar) mahasiswa yang belum berdaftar mengundi perlu bergerak aktif untuk membuat pendaftaran sebagai pemilih yang sah bagi menyahut saranan SPR.

Ini kerana, mahasiswa merupakan kuasa penentu (kuasa ketiga) yang akan menentukan parti manakah akan menjadi tonggak negara pada masa yang akan datang. Dan beliau mengingatkan juga didalam kekangan masa dan berbagai tugasan yang dihadapi oleh mahasiswa setiap hari, tidak bermakna mereka perlu mengabaikan masalah negara yang mana kesannya boleh memudaratkan dan menghancurkan negara yang tercinta ini tegas beliau. Jangan sampai dah hancur baru nak tepuk dahi.

Dalam pada itu, PERSADA juga mengucapkan tahniah kepada semua pimpinan kampus yang telah diberi kepercayaan oleh mahasiswa dan telah memenangi Pilihanraya Kampus (PRK) bagi sesi baru. Diharapkan juga mereka mampu membawa suara mahasiswa dalam meneruskan legasi perjuangan mahasiswa.

Oleh yang demikian, PERSADA mengharapkan sebagai mahasiswa perlu menimbangtara tugasan di kampus dan hak sebagai rakyat terutama turun mengundi. PERSADA juga turut memberi saranan kepada anak muda untuk sama-sama kita gegarkan dengan undian anak muda pada PRU 13.

saifol fairuz
setiausaha kerja persada.

JITRA - Padah gagal jelas cukai pintu

Padah gagal jelas cukai pintu

JITRA - Akibat gagal menjelaskan cukai pintu tertunggak melebihi RM1,000 sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, sebanyak 1,250 pemilik premis kediaman bakal menerima waran tahanan F daripada Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP) dalam masa terdekat.

:Ketua Bahagian Penguat kuasa, Tunggakan Hasil dan Parkir MDKP, Zakariya Ahmad berkata, waran tahanan F yang dikeluarkan itu juga melibatkan premis perniagaan dan industri di daerah ini.

Menurutnya, setakat ini pihaknya sudah mengeluarkan waran terbabit terhadap 670 premis dengan jumlah kutipan cukai pintu tertunggak melebihi RM1 juta.

“Bagaimanapun, operasi sita akan diteruskan secara besar-besaran sehingga penghujung tahun ini berikutan jumlah kutipan yang diperoleh setakat ini masih belum memuaskan.

“Kita mengenal pasti masih ramai pemilik premis yang ingkar dan berdegil untuk membayar cukai pintu masing-masing,” katanya.

Sementara itu katanya, kertas siasatan bagi 250 kes lagi masih dalam proses untuk dihantar kepada bahagian perundangan untuk didakwa di mahkamah.

Menurutnya, kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 148 Akta 171 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan jika sabit dengan kesalahan, semua pegangan mereka akan dilelong.

“Bagaimanapun tindakan mahkamah itu boleh dibatalkan jika pemilik premis berkenaan datang berunding dan menjelaskan semua tunggakan mereka sebelum atau pada 28 November ini.

“Jika gagal menjelaskannya selepas tarikh berkenaan, MDKP tidak akan lagi berkompromi kerana tindakan pendakwaan akan diteruskan,” katanya kepada Sinar Harian.

Zakariya berkata, pada 2012 nanti lebih ramai pemilik premis akan dikenakan tindakan sama terutama terhadap mereka yang mempunyai tunggakan melebihi RM1,000 atau tidak membayar cukai pintu melebihi tempoh lima tahun.

Menurutnya, tindakan mahkamah adalah jalan terakhir MDKP bertujuan memberi kesedaran kepada orang awam untuk lebih bertanggungjawab dalam membayar cukai pintu mereka.[SinarHarian]

Azizan - Jangan promosikan perpecahan di alam siber

Ditulis oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR, 3 Oktober 2011 – Jadikan medan alam siber sebagai alat menyebarkan maklumat membina, bernas, berkongsi-kongsi pandangan dan bukannya sebagai alat untuk mempromosikan perpecahan.

Demikian antara ucapan Menteri Besar, YAB Dato’Seri Ustaz Azizan Abdul Razak sempena Majlis Perjumpaan Rakan Maya Menteri Besar di Dewan Seri Mentaloon di sini.

“Media baru seperti Face Book, twitter dan blog-blog ini merupakan satu medan alternatif yang digunakan oleh rakyat untuk mengetahui atau menyampaikan sesuatu maklumat yang setengahnya tidak disebarkan oleh media arus perdana.

“Kerajaan negeri sendiri memerlukan medan alternatif seperti ini dan bantuan dari rakan-rakan maya untuk bersama-sama menyampaikan maklumat terutama mengenai perkembangan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat,” jelasnya.

Kata beliau lagi, peranan rakan-rakan maya ini sangat penting dan bermakna terutama melahirkan kesedaran rakyat kepada kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah sekarang. Mereka bekerja tanpa diberi upah dan menjadi agen menangkis fitnah atau serangan-serangan liar yang tidak berasas serta mengambil peranan memberi maklumat yang betul.

“Bagi saya, apa sahaja fitnah yang dilemparkan kepada kerajaan negeri ianya tidak memberi kesan apa-apa kepada saya kerana saya yakin rakyat boleh menilai dan melihat sendiri serta mampu membezakan pentadbiran dulu dengan sekarang.

Di samping itu, beliau turut menasihati agar setiap komen yang diutarakan mestilah beretika, menggunakan bahasa yang baik, tidak menggunakan kata-kata kesat dan sebagainya.

“Orang akan menilai setiap apa yang kita utarakan. Kalau kita menulis dengan cara berakhlak, orang lain boleh menilai diri kita. Jangan kita samakan diri kita dengan orang yang tidak matang terutama di media massa milik kerajaan pusat, beritanya berat sebelah dan tidak demokrasi,” terangnya.

Beliau juga mengingatkan agar budaya ‘syok sendiri’ dikikis. Setiap pandangan yang diutarakan mestilah mengambil kira kesan untuk jangka masa pendek dan panjang.

“Kita rasa puas bila tulis bagi orang lain sakit hati tapi kita lupa ianya secara tidak langsung mendatangkan kesan terhadap kita balik. Seharusnya kita perlu ada kelainan agar setiap komen kita bermutu dan bernilai.

“Guna konsep advertisement (pengiklanan), cerita yang baik sahaja sebab rakyat sekarang tidak suka kepada kerajaan serta pemimpin yang tidak bermutu dan tiada nilai,” tambahnya beliau lagi.

Beliau mengharapkan kejayaan kerajaan negeri disebarkan memandangnya berita-berita seumpama itu tidak disebarkan di media massa milik kerajaan pusat. Antara kejayaan kerajaan negeri seperti di bidang pertanian dan pendidikan perlu disebarkan agar rakyat tahu apa peranan kerajaan negeri dalam membantu rakyat.

“Sebarkan fakta bukan fitnah. Tidak perlu puji saya. Bila saya dilantik menjadi Menteri Besar, saya milik semua rakyat Kedah dan saya akan berusaha menjadi pemimpin yang benar-benar boleh melindungi rakyat negerinya,” tegasnya.

Dikesempatan itu, beliau memaklumkan masih ramai lagi rakan maya yang belum mendapat pengesahan dari beliau, ini kerana beliau masih baru di bidang tersebut.

“Cuma saya rasa hairan bila mendapat tahu ada sms nakal dari orang yang tidak bertanggungjawab, yang kononnya saya sekarang ‘stroke’. Walhalnya saya sihat. Bukan sekadar boleh berdiri dan berucap di hadapan ini malah kalau hendak ajak saya bermain sepak raga pun saya boleh,” katanya berseloroh sambil disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Majlis yang berlangsung selama hampir 3 jam itu dihadiri kira-kira 300 rakan-rakan maya beliau. [wartakedah]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...