TERKINI :

Tuesday, October 4, 2011

Pesanan Untuk Sang Suami & Sang Ayah..!!!

Bajet Pakatan...amacam ada berani..??

Bajet Pakatan: Subsidi RM22b, hampir RM6b biaya kenaikan gaji

TERKINI @ 04:57:21 PM 04-10-2011
October 04, 2011


KUALA LUMPUR, 4 Okt ─ Pakatan Rakyat mengesyorkan peruntukan subsidi sehingga RM22 bilion dan menyediakan RM5.9 bilion lagi bagi kenaikan gaji 1.3 juta kakitangan awam -atas alasan mahu membantu mengurangkan kos sara hidup.

Pembangkang peringkat persekutuan ini mengumumkan bajet alternatif 2012 hari ini.

Perikatan itu berkata ia akan mengurangkan perbelanjaan awam sebanyak RM14 bilion kepada RM220 bilion, sekali gus mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus.

“Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan memperuntukkan RM220 bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada KDNK.

“Walaupun jumlah ini melibatkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari kadar yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional, kita yakin melalui pengurusan wang negara yang lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat berbanding apa yang dibelanjakan oleh Barisan Nasional selama ini,” kata Anwar (gambar) dalam ucapan belanjawan 2012 Pakatan Rakyat.

Kata Anwar, keluruhan RM220 bilion itu akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan membaiki kerangka ekonomi negara yang kian punah di bawah Barisan Nasional dan membela rakyat dalam suasana yang semakin mendesak.

Kata Anwar, tema “Kesejahteraan Untuk Semua” adalah sangat bertepatan kerana Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat akan melaksanakan bantuan-bantuan berikut untuk mengalihkan sumber kekayaan negara dari golongan mahakaya kepada program khusus untuk mengurangkan bebanan rakyat.

Oleh itu katanya, Bajet 2012 Pakatan Rakyat akan menekankan:

─ Peruntukan subsidi sebanyak RM22 bilion dikekalkan dengan mengambil kira unjuran harga minyak mentah terkini. Ini dijangka akan mengelakkan sebarang kenaikan harga minyak di dalam tahun 2012

─ Tumpuan khusus akan diberikan untuk menambah baik sistem penyampaian subsidi agar ia sampai terus kepada rakyat yang memerlukan, bukannya ditadbir dan tersekat di pertengahan akibat monopoli yang diberikan kepada syarikat tertentu. Ini termasuklah penghapusan subsidi korporat yang selama ini menguntungkan golongan mahakaya dan kroni mereka seperti pemilik-pemilik penjana bebas (IPP), monopoli beras oleh Bernas, monopoli lesen teksi oleh golongan berkepentingan dan lain-lain.

─ Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran bonus warga emas sebanyak RM1,000 setahun kepada warga emas yang layak, berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun. Ia dijangka akan menelan belanja RM1.7 bilion setahun tetapi difikirkan perlu untuk membantu golongan warga emas dan pencen yang kuasa beli mereka semakin terhakis akibat kenaikan harga barang.

─ Pakatan Rakyat akan melaksanakan bayaran suri rumah sebanyak RM1,000 dalam tahun 2012 kepada mereka yang layak, untuk mengurangkan bebanan keluarga dan menggalakkan suri rumah menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. Ini akan membabitkan peruntukan RM2 bilion.

─ Bayaran tambahan kepada isi rumah dalam kategori miskin tegar untuk memastikan pendapatan bulanan mencecah sekurang-kurangnya RM550.

─ Bayaran kepada penerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat akan diselaraskan kepada RM550 sebulan, dari kadar sedia ada sebanyak RM300 sebulan.

“Penyelarasan gaji kakitangan awam berikutan pengenalan gaji minima dan janji Buku Jingga akan melibatkan peruntukan tahunan sebanyak RM5.9 bilion,” katanya.



Ucapan MB dan Exco ICT sewaktu program bersama Rakan Media Baru


Cincin 24juta Rosmah saja-saja mai jalan makan angin di Malaysia


Kastam sahkan cincin RM24 juta wujud

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan cincin berlian RM24 juta yang didakwa dibeli isteri perdana menteri Rosmah Mansor benar-benar wujud.

NONEBagaimanapun, dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.

"Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.

"Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan," katanya.

Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond'.

Isu itu didedahkan bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin (bawah, kanan) Julai lalu yang mendakwa mempunyai bukti kemasukan cincin itu menerusi rekod kastam.

samm police report on rosmah diamond ring 130711 badrul hisham shaharinDakwanya, rekod itu menunjukkan nama Rosmah dimuatkan dalam ruang penerima dalam borang pelanggan, yang didakwanya bukti menunjukkan pembabitan isteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Badrul Hisham yang juga pengerusi NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melaporkannya kepada SPRM pada 13 Julai lalu.

Rosmah bagaimanapun menafikan dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai fitnah dan tidak mahu melayannya selepas dua minggu ia ditimbulkan.

BUAT TEMAN-TEMAN PKR KEDAH

Salam to all,

Kali ini saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan dan puan-puan mengenai kisah teladan yg perlu di jadikn pengajaran oleh semua pihak.Bukannya saya mahu mengungkit cerita lama tetapi perkara sebegini seharusnya menjadi ingatan kepada pihak yg berkenaan.

Memandangkan PRU 13 semakin hampir,maka isu siapa calon menjadi topik utama perbualan orang politik termasukkan ahli politik di negeri KEDAH.Menariknya di KEDAH ini terdapat rekod ataupun sejarah tersendiri dengan memperlihatkan seorang ADUN di KEDAH telah KELUAR daripada PARTI yang beliau naungi ketika berkempen pada PRU 12.Perkara ini bukanlah rahsia tetapi telah menjadi bualan hangat khususnya di kawasan PADANG SERAI.Di KEDAH bukan sekadar ADUN yang melompat tetapi MP juga turut mengikut jejak yang sama.Bukannya tak mahu sebut gerangan yang khianat itu tetapi merasakan ia telah menjadi sejarah dan seharusnya tidak ada lagi spesis seperti ini di KEDAH.

Secara terbuka saya ingin memberi teguran mahupun ingatan kepada pimpinan PARTI KEADILAN KEDAH secara keseluruhannnya agar apa yg berlaku di LUNAS dan PADANG SERAI seharusnya di jadikan tauladan yang berguna.Kretirea pemilihan calon seharusnya di teliti dan bukannya berdasarkan tangkap muat ataupun hanya berpandukan kekayaan semata-mata.Kali ini DUN LUNAS mahupun PARLIMEN PADANG SERAI seharusnya di letakkan calon-calon yang segar dan bukannya calon yang banyak bercakap tetapi belakang bermain catur di belakang.Walaupun tarikh pilihanraya masa menjadi teka teki semua orang politik bagaimanapun isu calon perlu di titik beratkan kali ini.

Kreteria yang terbaik dengan meletakkan calon muda,sihat tubuh badan,berakhlak baik dan tidak khianat yang paling penting.Janganlah pula asyik membuat cabel sehinggakan cabel melilit tengkuk sendiri.Elakkan juga mengambil calon2 yang baru sehari dua baru masuk PARTI,kerana trend begini di khabarkan mula menular di dalam PARTI KEADILAN KEDAH.

Pimpinan PARTI KEADILAN RAKYAT KEDAH kali ini perlu berhati-hati dan juga perlu lebih peka di dalam setiap pandangan yang di beri mahupun pandangan tersebut daripada rakyat biasa.Buktinya sudah jelas apa yg berlaku sebelum ini memperlihatkan PKR KEDAH terlalu lemah di dalam mengenal pasti calon yang terbaik dan juga strategi calon yang sesuai di kawasan yang sesuai.Janganlah terjatuh lubang yang sama dua kali.....

Kepada PENGURUSI MPN PARTI KEADILAN RAKYAT KEDAH DATO’ HJ WAN SALLEH WAN ISA,lakukan yang terbaik dan janganlah tersalah langkah.Kerana lubang dan duri sentiasa di hadapan.Harapan saya yang sayangkan PARTI KEADILAN RAKYAT lakukan kerja dengan ikhlas dan memperbanyakkan aktiviti ceramah dan sesi penerangan yang lebih banyak ke akar umbi...

PERAHU SUDAH DI AIR,PENDAYUNG SUDAH DI TANGAN.........................

MERAK BUIH




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...