TERKINI :

Monday, October 3, 2011

Wahai UMNO setujukan anda jika kita bersatu...!!

Apa kata kita bersatu untuk syariat Islam
Nazimuddin Abdul Basi

Pertamanya, saya tidak tahu dimanakah kesudahannya hasrat ini. Walaupun begitu, saya lontarkan sahaja ia dikesempatan ini dengan harapan sekiranya didapati baik, ceduklah ia dan panjangkanlah ia. Sekiranya tidak, tinggalkanlah sahaja.

Berikut adalah pemerhatian dan pandangan saya:

Sudah sekian lama kita hidup bersengketa disebabkan fahaman politik yang berbeza. Kelihatannya, kita lebih suka memilih untuk bersengketa kerana mahu menegakkan fahaman dan pendirian masing-masing tanpa mengambil kira saranan Al Quran dan Hadith Nabi SAW menyeru umatnya bersatu diatas tali Yang Maha Kuasa. Apapun yang menjadi pendirian kita, adakah betul dan bijak untuk ia dijadikan sebab untuk kita terus bersengketa sehingga tidak nampak kesudahannya? Adakah kita masih ingin mengungkit kisah lama sebagai alasan untuk tidak bersama? Dimanakah jalan tengahnya? Adakah kita benar-benar berusaha mencarinya?

Dewasa ini, isu Hudud timbul semula. Gegak gempita bumi Malaysia ini keseluhurannya. Kita mungkin boleh berbeza jika ianya melibatkan hal ehwal kita sebagai manusia didunia tetapi adakah kita tidak dapat bersama dalam hal suruh agama kita? Kita boleh memilih angin badai melanda dan sindiran pedas berlada untuk menghentam lawan disebelah sana dalam menegakkan pendirian dan kepentingan kita, akan tetapi kita juga boleh memilih untuk mencari angin yang sepoi-sepoi bahasa dan kata-kata yang menyejukkan jiwa.

Walaupun isu Hudud ini nampaknya seakan menyerlahkan keretakkan sedia ada, tetapi kita juga boleh melihat ianya sebagai peluang untuk merapatkan jurang perbezaan diantara kita. Apa kata jika PAS dan UMNO bersatu dalam hal Hudud ini? Biarkan sahaja DAP dan MCA yang menggertak kita untuk keluar Pakatan dan Barisan, keluar sungguh kali ini, sekiranya itulah yang mereka mahukan. Mereka ini bijak berstrategi dan pandai meminta serta menggertak kena pada masanya. Kita pula terlalu berlembut, bertolak ansur lalu tunduk sahaja kepada kehendak mereka akhirnya. Kepentingan puak mereka sahaja yang akan untung dihujung cerita. Tiada ketegasan pada kita umat Islam inilah yang membuatkan mereka menjadi semakin berani sedemikian rupa. Terhakis sedikit demi sedikit kepentingan kita dek kelicikan mereka menari gendang politik ditambah dengan persengketaan dan perpecahan sesama kita. Insaflah, segelintir puak Ultra-Kiasu yang berada ditampuk kuasa itu sebenarnya boleh bersatu dalam senyap, baik DAP atau MCA/GERAKAN, dan sesekali tidak akan jumpa noktah kepada nafsu serakah mereka.

Aliran dan corak ini amat berbahaya jika dibiar berterusan. Ditambah pula dengan pemikiran serta jati diri generasi baru dan mendatang umat Islam ini yang semakin longgar pegangan agama dan adab resam budaya serta semakin jauh daripada sejarah silamnya. Sesuatu harus dilakukan oleh kita hari ini sebagai benteng persediaan untuk anak cucu kita dimasa hadapan kelak. Untuk itu, apa kata jika sekali ini kita gertak balik mereka tanpa menyentuh hal ehwal dan hak asasi serta kepercayaan agama mereka. Kita gertak mereka tanpa berkata apa-apa. Hudud ini hal kita dan suruh agama kita, kenapa mereka pula yang nak terasa? Kita tunggu sahaja dan lihat apa yang mereka nak kata pula. Benarkah mereka akan bertindak seperti yang dikata?

Kita menyarankan agar UMNO dan PAS mesti senada dalam menangani isu Hudud ini. UMNO dan PAS tidak perlu bersatu didalam satu parti sekiranya ia menjadi susah dan mengundang perbahasan yang panjang. Cukup sekadar bersatu didalam hal menegakkan syariat Allah SWT ini sahaja. Tetapi sekiranya kita dapat bersatu dibawah satu panji, alangkah moleknya.

Akan tetapi yang pentingnya disini adalah keduanya mesti berjumpa dahulu kepada suatu titik pertemuan. Langkah pertama yang boleh diambil adalah mewujudkan suatu platform melibatkan para ulama dan ilmuan daripada PAS/UMNO dan saudara kita diluar negara untuk berbincang mengenai Hudud. Segala persoalan mengenai Hudud dihalusi dan dibincangkan didalam platform tersebut dengan mengambil kira keadaan dan teknologi semasa. Suruhanjaya DiRaja dibawah payung DYMM serta Majlis Raja-Raja adalah platform yang terbaik bagi membentuk pemuafakatan ini. Sekiranya ahli-ahli pemuafakatan bercanggah pandangan, persembahkan ia kepada DYMM serta Majlis Raja-Raja untuk membuat keputusan muktamad kerana mereka adalah Ketua Agama dan kita semua kena patuh dan taat apa-apa yang diputuskan oleh Baginda. Sekiranya disiplin ini tidak diikuti, kita khuatir, permuafakatan yang hendak diusahakan akan menjadi sia-sia kerana akan mengundang perdebatan yang panjang berjela sehingga menyebabkan apa yang telah diusahakan hancur berkecai akhirnya. Selain daripada itu, isu Hudud ini akan berterusan menjadi duri dalam daging kepada perpaduan yang kita semua idam-idamkan.

Setelah sesuatu perkara disepakati, kita sebarkan ia kepada rakyat secara berperingkat dan dari masa kesemasa. Libatkan rakyat didalam proses perbincangan Hudud tersebut bagi merungkai segala persoalan didalam akal dan hati mereka. Tidak secara langsung rakyat ditarbiyah dan mendapat ilmu serta kefahaman daripada sumber muafakat yang sama disamping sebagai persediaan mental buat mereka. Tidaklah nanti rakyat marhaen dibawah ini berhujjah tanpa ilmu dikedai kopi dimana pihak disini menganggap dirinya seolah ulama muktabar dan disatu pihak lain disana menjadi proffesor serba tahu lagaknya.

Kita sebagai rakyat telah memberikan mandat kepada ahli-ahli didalam permuafakatan tersebut dan DYMM sebagai Ketua Agama. Tugas dan tanggungjawab kita hanyalah patuh dan taat sahaja apa-apa yang diputuskan nanti tanpa banyak soal bicara. Biarkanlah mereka sahaja yang akan dipertanggungjawabkan dihadapan Allah SWT kelak. Kepada rakan yang bukan Islam pula, kita percaya mereka akan sedar keindahan hukum Allah SWT tersebut memainkan peranannya nanti. Bukalah ruang dan berilah peluang untuk diri kita dan mereka yang menentang untuk mendapat kefahaman. Siapa lagi yang lebih tahu apa yang terbaik untuk manusia kalau tidak Sang Pencipta manusia itu sendiri.

Kedua belah pihak telah menyatakan sesuatu yang amat baik sebagai permulaan. Kita perlu sambut dan mengambil isi serta roh kenyataan yang telah dibuat tanpa prejudis dan menterjemahkannya didalam bentuk gerak strategi yang komprehensif. Sekiranya ada golongan yang menentang cadangan ini, kita boleh anggap bahawa mereka ini adalah golongan yang masih kurang kefahamannya atau mempunyai agenda kepentingan peribadi dan politik ataupun tidak perihatin kepada nasib anak cucu dikemudian hari.

Saya menyeru untuk kita sama-sama melupakan persengketaan lalu. Sampai bilakah kita mahu hidup bersengketa. Bak kata pepatah orang tua, ‘Buangkanlah yang keruh dan ambillah yang jernih’. Renungkanlah juga kata-kata hikmat Malcolm X @ El-Hajj Malik El-Shabazz ini..

"There can be no black-white unity until there's first some black unity. We cannot think of uniting with others until we have first learned to unite amongst ourselves. We cannot think of being acceptable to others until we have first proven acceptable to ourselves

Insyaallah, kita tak perlu bersengketa lagi dan yakinlah dengan sebenar-benar keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kita semua kerana kita semua berusaha membantu agama DIA. Wallahualam.

Ikhlas,

25 September 2011

Nah.. Joint UMNO 2 orang..Mai Joint PAS pulak 70 orang... punggahhhh..!!

2 PAS masuk UMNO, 70 UMNO masuk PAS!!!

Dulu cerita sebenar hanya 2 orang Pas masuk Umno yang sebenarnya hanya kerana kes bantuan bencana dan kes tak puas hati terhadap mkk.. malam ni cermah di Tandop Besar, 70 orang kemasukan ahli baru PAS bagi cawangan Tandop Besar yang sebahagian besar daripada mereka terdiri daripada anak anak muda..kesemua penyerahan borang ahli PAS malam ni hampir 170 orang..

Walaupun hujan lebat..sambutan ceramah mengambarkan sebuah momentum kebangkitan rakyat.. Tun Dr Mahathir mengatakan "Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar"--PAS FOR ALL

Sembang belakang kemaih... suruh cakap depan pengecut...!!

Peguam: Najib, Rosmah bukan saksi relevan dalam kes liwat Anwar

TERKINI @ 05:39:04 PM 03-10-2011
October 03, 2011


KUALA LUMPUR, 3 Okt — Datuk Seri Najib Razak dan isterinya bukan saksi relevan dan tidak dapat menyediakan keterangan penting dalam keterangan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata peguam-peguam mereka hari ini.

Datuk Hisham Teh, salah seorang peguam yang mewakili Perdana Menteri dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor (gambar) berkata ketua pembangkang itu telah gagal menyediakan bukti kukuh bahawa mereka adalah saksi yang relevan.

Peguam itu berkata permohonan Anwar untuk memaksa Najib dan Rosmah untuk memberi keterangan hanya bertujuan “memancing” maklumat daripada mereka.

“Saya tidak boleh memberi keterangan yang relevan tentang apa yang dibawa oleh responden pertama (Anwar),” kata Hisham yang membacakan kandungan afidavit Najib.

Afidavit Rosmah juga mempunyai penjelasan yang sama.

“Bagaimanapun kami ingin berhujah bahawa pertemuan pada 24 Jun tiada neksus, tiada kaitan dengan insiden 26 Jun 2008.

“Responden pertama mahukan Perdana Menteri memberi penjelasan. Penjelasan, pengesahan mengenai apa yang berlaku pada 24 Jun tiada kaitan dengan tingkah laku utama... insiden pada 26 Jun, bukan sehari awal ataupun selepas itu,” kata Hisham.

Oleh itu kata beliau, mereka tidak ada hak perundangan untuk memanggil mana-mana orang yang tiada kaitan dan tiada relevan dengan tuduhan.

PIHAK UUM PATUT SEDAR DAN INSAF


Assalamualaikum. Rasa terpanggil untuk memberi sedikit komentar terhadap keluahan oleh seorang ibu kepada salah seorang pelajar UUM yang mengadu akan kerisauan beliau terhadap penganjuran pesta konvo yang sedang hangat berlangsung ketika ini.

Apa pun tahniah pada ibu tersebut atas rasa tanggungjawab beliau dan kegusaran beliau terhadap apa yang sedang dihidangkan sebenarnya oleh pihak penganjur di pesta konvo tersebut. Ternyata ia kena pada tempatnya. Sepatutnya sikap prihatin sebeginilah yang sepatutnya ada pada semua ibu bapa dan penjaga bagi memastikan apa yang diterima oleh anak-anak jagaan mereka tidak lari dari kerangka yang sepatutnya direrima oleh anak-anak tersebut. Perkara ini harus diambil tindakan serius oleh pihak UUM!

Dewasa ini, seringkali kita dihidangkan dengan masalah-masalah social yang sangat parah yang telah dan sedang mengasut dan menyerang anak-anak muda. Budaya rempit, khurafat, khalwat, rompak, bunuh sana sini dan banyak lagi masalah yang berlaku, atas sekitar pelakunya adalah generasi muda. Hakikat sebenarnya, diwaktu usia muda inilah, gelombang darah muda mereka sedang merasuk jiwa anak muda, lantaran itu, segala apa yang diterima, adalah sangat mudah untuk terpengaruh dan berkesan dalam benak otak pemikiran mereka.

Justeru itu, dikala mereka telah terpilih sebagai seorang mahasiswa untuk menyambung pengajian diperingkat university, maka peluang dan ruang yang ada ini haruslah digunakan oleh pihak university bagi membentuk, mendidik dan membajai anak-anak muda ini dengan roh-roh keilmuan dan kefahaman Islam yang jitu, supaya mereka diberikan bekalan dan pengajaran yang sepatutnya dikala proses pengajian mereka di university. Maka tanggungjawab inilah yang sepatutnya dipikul oleh pihak university, untuk memastikan bekalan modal insan pada negara di masa hadapan adalah cukup dan berkualiti, bagi menjamin hala tuju Negara yang lebih cerah dan harmoni.

Secara wajarnya, segala penganjuran aktiviti-aktiviti yang boleh merosakkan minda dan mengurangkan nilai seseorang insan pada seseorang manusia itu, seperti penganjuran konsert secara berlebih lebihan dengan menjemput artis-artis yang berimej melampau, tari menari, acara pergaulan bebas dan bermacam lagi mestilah DILENYAPKAN segera dari jadual hidup seseorang itu waktu mereka bergelar sebagai seorang penuntut ilmu. Dan tugas ini adalah terpikul pada semua staf yang mengedalikan jiwa-jiwa anak-anak muda di university, bermula dari Naib Cancelornya hinggalah ke peringkat staf sokongan yang terbawah, bagi menjamin kualiti pengeluaran modal insan adalah berada di peringkat tertinggi.

Disarankan agar, mengajuran acara-acara sebegini TERUS DISEKAT serta merta dan adalah diambil pantauan diperingkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Larangan dan tegahan mestilah sentiasa dikuat kuasa dari semasa ke semasa. Dengan itu sekurang kurangnya, jaminan untuk Negara memiliki warga yang lebih cerah ilmu, lapang pemikirannya, dan BEBAS MASALAH SOSIAL adalah wujud, melalui rangka kerja berterusan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Juga pihak university khususnya UUM memohon MAAF secara hormat kepada semua ibu-ibu dan bapa-bapa kepada semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di UUM, di atas keterlanjuran mereka dalam menghidangkan hiburan yang berlebihan kepada anak-anak dibawah jagaan mereka, dan MEMBERI JAMINAN untuk tidak mengulanginya lagi, serta INSAF terhadapa DOSA yang telah mereka lakukan ini. Dengan itu, imej university akan secara automatic bersih dan naik, seterusnya boleh menghala kepada hasrat pihak UUM untuk menjadi sebuah University Pengurusan Terkemuda di Dunia pada masa hadapan. Moga tidak akan timbul pula ibu sedih , bapa risau, mak cik gundah, pak cik bimbang, akan masa depan anak-anak dibawah jagaan mereka.

Jiwa sayang anak muda,
Pencinta jiwa-jiwa muda

Sehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan.

Daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno

Oleh Penarik Beca

http://1.bp.blogspot.com/-gR0Er8YpD-4/ToWIzF6hlWI/AAAAAAAADuA/IrvE0wM4WqY/s1600/Umno%2Bdalang%2Bserang%2Bceramah%2BMat%2BSabu.jpgSehari dua ni Umno mencipta kemenangan demi kemenangan. Dari isu hudud sampailah isu jenayah yang statistik kata tinggi di Johor. Umno tentu rasa dia macam ketua mafia yang ditakuti di negara ini. Manakan tidak, tindak tanduk pembangkang nampak sangat diagendakan oleh Umno.

Saya bertemu beberapa kawan yang kata tak boleh buat itu dan tak boleh buat ini. Bila ditanya kenapa, depa kata nanti Umno make an issue out of it. Tak pa, saya tak akan mencarut lagi. Tapi nampak sangat pembangkang-pembangkang berjiwa kontot ini terang-terang diagendakan oleh Umno.

Kalau saya jadi Umno, saya akan berlagak sakan sambil bersiul atas jalan.

Dalam isu hudud, apa yang banyak orang mungkin tak nampak ialah demokrasi tak laku seduit pun bila sampai kepada melaksanakan ajaran Islam. Semua pihak, Umno yang menolak hudud kerana hukum Allah itu depa kata tak sesuai, DAP yang berkeras kononnya dengan sekularisme negara dan perlembagaan (sila lihat jawapan Prof Dr Abdul Aziz Bari dalam berita Malaysiakini 29/8/10 "'Karpal's stand on hudud complete nonsense'") dan semuanya tidak mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada bab melaksanakan ajaran Islam.

Kita dah lama lihat perkara itu. Misalnya kemenangan parti FIS di Algeria melalui saluran demokrasi atau pilihan raya tidak diiktiraf oleh Barat yang kononnya menjunjung demokrasi. Begitu juga kemenangan Hamas melalui pilihan raya juga nampak sangat enggan diiktiraf oleh Barat.

Begitu juga di Malaysia, orang yang bercakap macam bagus sangat kononnya menghormati dan menjunjung demokrasi dan hak-hak demokratik orang lain, terang-terang tidak mahu mengiktiraf demokrasi apabila sampai kepada perlaksanaan ajaran Islam. Dalam tulisannya bertajuk "Hudud dan Kelantan" yang disiarkan Malaysiakini 26/9/11 lalu, Dr Abdul Aziz kata:
Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.
Hampa nampak dak? Demokrasi tak guna seduit pun di sisi Umno, DAP, MCA dan Gerakan bila sampai kepada bab perlaksanaan ajaran Islam.

Kesimpulannya, dalam kes hudud, Umno menang. DAP, MCA dan Gerakan bertepuk tangan kegembiraan. Pada masa yang sama, para pemimpin berjiwa kontot yang diagendakan langkah mereka oleh Umno terus berkeliaran dalam PAS dan Pakatan Rakyat.

Lepas tu bab bendera. Punyalah kecut teloq takut sangat kat Umno, DAP sampai tak tentu arah dan menggantung keahlian Adun Kota Shah Alam, M Manoharan. Umno menang.

Masuk pula bab jenayah di Johor. Macam terbirit-birit merangkak-rangak Lim Guan Eng memohon maaf kepada sultan Johor. Eeeeeee!! Macam hari-hari DAP kecut teloq dan Umno menang. Esok lusa hampa buli lagi DAP tu, Umno oi. Depa mesti kecut teloq punya.

Bila puak Umno kata depa nak serang lagi ceramah Haji Mohamad Sabu, tu menunjukkan dengan jelas depa terasa sangat depa dok menang sakan (lihat berita Malaysiakini 29/9/11 bertajuk "Perkasa ancam lagi protes terhadap Mat Sabu"). Saya menyimpan impian agar orang-orang PAS tidak buat kerja gila lagi bila dah kena carut.

Betul, nasib baik Mat Sabu kata dia tak rasa apa-apa dengan amaran itu. Ada la nampak maruah sikit. Sikit. Tapi, PAS sebagai sebuah organisasi yang saya nampak hanya buat laporan polis ja. Nak tergelak aku tengok! Umno tunjuk bagak, PAS takat buat laporan polis ja.

Saya nampak ramai dalam gambar PAS buat laporan polis tu orang yang dah berumur. Saya tak nak la kata apa-apa. Tetapi, bila tengok Umno bersemangat sakan nak menyerang dan mengganas, dan saya pula dah 53 tahun, sakit jantung pula, dengan merendah diri habis-habisan kepada Allah s.w.t. dan golongan muttaqin, saya habaq kat diri sendiri bahawa, daripada mati sakit jantung, lebih baik mati dibunuh Umno (Gambar di atas ihsan Chegu Bard).

Hudud 'tidak berperlembagaan' tidak tepat

Muhamad Nadzri Mohamed Noor

Berkenaan dengan cadangan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud di negeri itu, Lim Chee Wee, Presiden Majlis Peguam Malaysia dan badan itu telah mengeluarkan beberapa hujah bahawa inisiatif itu adalah “tidak berperlembagaan”. Secara umumnya terdapat tiga isu perundangan yang beliau bangkitkan bagi melandaskan pandangan beliau. Hujahan-hujahan beliau dan badan itu yang dipetik oleh Malaysiakini (http://www.malaysiakini.com/news/177325) adalah seperti berikut:

Pertama, berbanding negeri, undang-undang jenayah adalah dibawah bidangkuasa persekutuan, untuk itu hukum hudud tidak boleh boleh dilaksanakan oleh negeri. Menurut Lim “undang-undang tidak membenarkan perlaksanaan hudud oleh negeri”, undang-undang yang digubal oleh negeri pula “tidak boleh memasukkan perkara yang berada dibawah kuasa perundangan kerajaan persekutuan”. Kerajaan negeri, menurutnya lagi, hanya boleh menggubal undang-undang yang berkaitan dengan “kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh penganut agama Islam, yang bercanggah dengan ajaran Islam, dan hukuman ke atas kesalahan-kesalahan itu.” Penggubalan undang-undang ke atas kesalahan-kesalahan itu pula, hujahnya, mestilah tidak melibatkan kesalahan yang telah digubal oleh persekutuan, dan tidak boleh wujud sebarang pertindihan dengan undang-undang persekutuan, dengan hukuman yang berbeza terhadap penganut agama Islam.

Kedua, beliau berpendapat, “undang-undang jika digubal haruslah selaras dengan kebebasan asasi yang telah dijamin ke atas rakyat , termasuk Muslim, dibawah Bahagian 2 Perlembagaan Persekutuan”. “Hudud yang secara asasnya satu undang-undang jenayah,yang terletak dibawah kuasa Parlimen, dan perlaksanaannya akan menyebabkan perbezaan perundangan kepada Muslim dan bukan Muslim dan ini bercanggah dengan Perkara 8 (Layanan) Sama Rata Perlembagaan Persekutuan.” Justeru katanya “seseorang Muslim boleh menerima dua pendakwaan atau sabitan (atas satu kesalahan), satu hudud dan satu lagi kanun jenayah, ini bertentangan dengan tegahan pengulangan perbicaraan (atas pertuduhan yang sama) yang termaktub dalam Perkara (7) Perlembagaan Persekutuan”.

Ketiga, dengan merujuk kes Che Omar Bin Che Soh lwn. Pendakwaraya [1988] di mana Mahkamah Agung memutuskan bahawa undang-undang Malaysia tidak perlu akur kepada undang-undang Islam, jesteru menurut Lim ini “mengesahkan Malaysia sebagai sebuah negara sekular.” Berdasarkan prinsip ini, jika hudud dibawa ke sistem keadilan jenayah, ia akan mengakibatkan kemasukkan undang-undang jenayah Islam ke dalam undang-undang yang sekular, dan ini adalah salah dalam undang-undang.

Hujahan-hujahan beliau,meskipun sebahagiannya mungkin ada kebenaran, namun telah ditinjau dari paradigma perundangan yang agak terhad dan statik. Beliau secara dasarnya memberi hujah berdasarkan apa yang tertulis di dalam perlembagaan secara kasar, tetapi tidak berdasarkan apa yang tersirat di dalamnya. Yakni beliau berhujah atas landasan teori, sedangkan amalannya, di dunia sebenar adalah berbeza. Dinamism sejarah perundangan negara, sejak sebelum zaman penjajahan, zaman penjajahan dan selepas itu juga tidak ditelusuri.

Isu ketiga yang dibangkitkan beliau, “Malaysia adalah sebuah negara sekular” sebenarnya adalah pemahaman dan paradigm beliau yang paling asas terhadap sistem perundangan Malaysia. Disebabkan paradigma/andaian asas beliau tidak tepat, maka ia mempengaruhi ketepatan hujahan-hujahan yang telah dilontarkan melalui paradigma itu. Sistem perundangan Islam, yang telah wujud di negeri-negeri Melayu sebelum zaman penjajahan, diakui mengalami gugatan besar semasa zaman penjajahan. Namun, penjajahan British umpamanya, tidak pula menghapuskan perundangan Islam sama sekali, tetapi mengecilkan skop perundangan itu. Walau bagaimanapun, secara umumnya perundangan Islam, diiktiraf dan diputuskan sendiri oleh hakim-hakim British sebagai salah satu cabang dalam sistem perundangan British di Malaya. Sama seperti sistem pemerintahan beraja (juga dengan kuasa yang lebih terhad) yang dikekalkan sewaktu dan selepas penjajahan British, perundangan Islam juga kekal dalam penwujudan negara baru, iaitu Tanah Melayu pada 1957 atau Malaysia pada1963. Yakni di zaman British, bukan sahaja wujud dua sistem perundangan, Islam dan sekular, tetapi juga dua pentadbiran, pentadbiran beraja yang asasnya khususnya kepada Melayu dan pentabiran British kepada bukan Melayu dan Melayu. Meskipun pentadbiran politik telah diintegrasi setelah merdeka, tetapi sifat dwi-perundangan di zaman British dikekalkan sehingga kini. Kedudukan Mahkamah Syariah diiktiraf dan dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan, meskipun dengan skop yang terhad. Berdasarkan perlembagaan negeri-negeri pula, Jabatan Agama Islam ditubuhkan bagi mentadbir dan melaksana beberapa cabang dalam perundangan Islam, termasuk jenayah Islam seperti khalwat, zina, minum arak dan berjudi. Malah dalam kesalahan-kesalahan ini, kerajaan persekutuan menyediakan pasukan polis bagi membantu Jabatan Agama Islam menjalankan fungsinya. Justeru itu, negara Malaysia dan perundangannya tidaklah sepenuhnya sekular, tidak juga sepenuhnya Islam. Ia adalah satu sistem hybrid/campuran yang mengintegrasi undang-undang Islam dan sekular dalam unit politik yang sama. Inilah yang berlaku di zaman British, dan ini juga yang diamal sehingga kini.

Inilah sifat umum undang-undang dan perlembagaan Malaysia, ia adalah dinamik. Skopnya boleh dikecilkan atau diperluaskan menurut autoriti semasa. Meskipun hukum syarak dan hudud itu wajib dilaksanakan oleh penganut Islam, namun jika disekat oleh penguasa, sebagaimana di zaman British, maka sebahagian besar perlaksanaannya terhalang.

Begitu juga prinsip ketertinggian perlembagaan yang menjadi pegangan asas Lim. Prinsip ini meskipun ada kebenarannya dan ditulis dalam Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan, tetapi lebih kepada teori semata-mata. Secara praktiknya, ketertingian perlembagaan ditenggelami oleh kuasa Parlimen. Ini berikutan Parlimen mempunyai kuasa untuk mengehad pemakaian perlembagaan antaranya dengan perlaksanaan akta-akta tertentu (seperti ISA,OSA, Akta Polis). Parlimen juga mempunyai kuasa untuk meminda atau menghapuskan (jika perlu) pelbagai peruntukkan dalam perlembagaan. Untuk itu, kuasa dan sifat perlembagaan Malaysia dan negeri-negeri di dalamnya, tidaklah mutlak dan stattik, ia boleh diubah bagi disesuaikan dengan aspirasi rakyat melalui kerajaan yang dipilih mereka.

Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Agung pada 1998 bahawa “undang-undang Malaysia tidak perlu akur kepada undang-undang Islam” tidak semestinya bermaksud Malaysia adalah sekular. Jika benar negara Malaysia ini sekular, mengapa ada Jabatan Agama Islam untuk mentadbir dan melaksanakan pentadbiran dan undang-undang Islam? Mengapa pula ada Mahkamah Syariah bagi mentadbir sistem keadilannya? Mengapa juga berkhalwat, berzina, minum arak dan berjudi menjadi kesalahan bagi orang Islam dan dikenakan tindakan oleh penguasa? Justeru hujahan kehakiman yang dilontarkan oleh hakim dalam Mahkamah Agung 1988 jika dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa Malaysia adalah negara sekular adalah sesuatu tidak tepat. Bukan sekadarnya bercanggah dari apa yang diamalkan, tetapi boleh menjadikan apa yang diamalkan itu pula yang menjadi kesalahan. Hal ini perlu diperbetulkan dan keputusan mahkamah itu adalah terbuka kepada pelbagai tanggapan. Untuk itu kemasukkan undang-undang jenayah Islam dalam undang jenayah sekular juga tidak menjadi satu yang salah, kerana sebagaimana yang telah dihujahkan, negara ini tidak pernah sepenuhnya sekular, dan undang-undang Islam telah dipraktikkan bersama-sama undang-undang sekular sejak sekian lama. Perlaksanaan hudud di Kelantan bukan sahaja membesarkan skop undang-undang Islam di negeri itu, tetapi memberikan kembali hak kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud ke atas penganut beragama Islam yang telah dinafikan sejak penjajahan British.

Dalam menjawab isu pertama pula berkenaan undang-undang jenayah adalah dibawah kuasa persekutuan dan kerana itu hudud tidak boleh dilaksanakan oleh negeri juga adalah sesuatu yang agak kabur. Zina, khalwat dan minum arak adalah jenayah besar dalam agama Islam. Dan ia dan pelbagai lagi yang lain seperti pelacuran dan subahat termaktub dalam beberapa Akta/Ordinan/Enakmen Mahkamah Syariah di negeri dan di Wilayah Persekutuan. Justeru secara praktiknya, hal jenayah juga adalah hak negeri dan ia telah termakhtub dan diamalkan di negeri-negeri melalui undang-undang Islam. Meskipun kebanyakkannya adalah jenayah dari sudut Islam, namun ada juga jenayah yang sifatnya lebih universal seperti pelacuran dan subahat dilaksanakan di peringkat negeri melalui Jabatan atau Majlis Agama Islam, di Johor dan di Kelantan umpamanya. Justeru, teori yang menyatakan bahawa undang-undang jenayah adalah dibawah bidangkuasa Persekutuan adalah kurang tepat. Pada praktiknya ia digubal, dipinda dan dilaksana oleh badan negeri.Kesalahan yang lebih universal itu pula (seperti bersubahat atau perlacuran), mungkin pada amnya nampak bertindih, namun pada praktiknya ia boleh dibezakan ke atas pesalah Islam dan bukan Islam. Hal ini telah menjadi amalan sejak sekian lama, dan secara umumnya tidak membawa masalah yang besar.

Berkenaan dengan hukum hudud boleh menyebabkan ia melanggar Perkara 8 Perlembagaan Persekutuaan atas kemungkinan layanan dan hukuman yang berbeza kepada pesalah yang melakukan kesalahan yang sama tetapi menganut agama yang berbeza, maksud Perkara itu harus diperhalusi secara mendalam dan lebih luas. Apa yang dituntut dalam Perkara 8 bukanlah layanan sama rata hanya pada nama (secara nominal), tetapi layanan berdasarkan kepada keadilan substantif. Sedang hudud itu wajib ke atas Muslim, dan hukum itu sekiranya digunapakai, maka adalah lebih adil kepadanya untuk dibicara mengikut hukum Islam. Perbuatan zina umpamanya, ia mungkin tidak menjadi kesalahan bagi orang bukan Islam, tetapi adalah satu kesalahan jika dilakukan oleh orang Islam. Dan ini amalan kita sejak sekian lama. Adakah adil jika orang bukan Islam dibicara kerana berzina? Dan adakah adil pula jika orang Islam tidak dibicara kerana berzina? Tetapi jika kita hendak menggunakan Perkara 8 secara nominal, sepatutnya Muslim tidak perlu dibicarakan dalam perbuatan zina, atau bukan Muslim pula harus dibicarakan dalam Mahkamah Syariah. Justeru, inilah keadilan substantif, meletakkan sesuatu (keadilan) pada tempatnya. Bukan secara umum, atau membuta tuli. Ini juga mungkin adalah semangat sama rata yang lebih luas yang dimaksudkan dalam Perkara 8.

Tentang pertindihan pendakwaan pula kepada Muslim pula, meskipun secara teori wujud, tetapi ia boleh diminimalkan dengan pemakaian peruntukkan perlembagaan yang telah menghalang mana-mana tertuduh pesalah daripada didakwa dua kali.

Akhir sekali, jika perlembagaan persekutuan dipinda bagi membolehkan perlaksanaan hudud negeri, maka lebih mudahlah mitos bahawa melaksanakan hudud “tidak berperlembagaan” dipatahkan. Sedangkan kuasa perlembagaan itu tidak mutlak dan termakhtub (boleh diubah) kepada aspirasi rakyat. Namun, jika perlembagaan persekutuan tidak dipinda sekalipun, pandangan bahawa melaksanakan hudud “tidak berperlembagaan”, sebagaimana yang telah dihujahkan, adalah tidak tepat.

Penulis adalah pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ratusan bilion di ‘sita’ dari Petronas: Kenapa Najib membisu?

leh Maclean Patrick & Wong Choon Mei

Petronas merupakan salah satu firma korporat yang sentiasa mengaut keuntungan setiap dua tahun. Ia mempunyai monopoli besar dalam aktiviti carigali minyak di Malaysia dan mungkin wajar dikatakan yang Malaysia banyak berbudi kepada Petronas sejak penubuhannya melalui Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Namun, ia juga sebuah firma yang diselubungi misteri. Ia 100% milik negara dan belum ada ura-ura ianya akan diswastakan. Justeru itu, keuntungan syarikat adalah milik negara iaitu Malaysia. Namun adakah ini yang sebenarnya berlaku?

“Sejak 1974 hingga 2010, Petronas merekodkan keuntungan berjumlah RM700 billion. Nah, sekarang ini yang lucunya. Selama 36 tahun ini, keuntungan yang dicatatkan sangat kecil jika anda bandingkan pendedahan Wikileaks yang menyatakan Petronas menduduki tangga ke-13 di dunia dalam mengaut keuntungan. Bagaimana ini boleh terjadi adalah satu keanehan kalau tidak kerana rasuah yang berleluasa,” ujar Timbalan Presiden PKR, Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Apakah semua keuntungan Petronas disalurkan kembali kepada negara? Jika tidak siapa yang telah melarikan wang ini? Jawapan kepada soalan ini menurut kenyataan Jui Meng ada pada Najib Razak. Najib tidak mungkin boleh mengelak dari persoalan ini.

Seksyen 3(2) Akta Pembangunan Petroleum 1974 menyatakan: (2) Syarikat adalah dibawah penguasaan dan arahan Perdana Menteri yang dari semasa ke semasa mengeluarkan arahan mengikut keperluan sendiri.

Persoalan pokok Najib harus jawab

Apa sebenarnya yang dimaksudkan Seksyen 3(2) ialah CEO Petronas ialah Perdana Menteri dan ketika ini, beliau ialah Najib Razak. Dengan kuasa eksekutif ini, Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak ke atas Petronas melalui Akta yang disebutkan. Justeru itu, beliau secara langsung atau tidak langsung boleh membuat keputusan atau bertanggungjawab dalam sebarang keputusan berkenaan rundingan isu pengeluaran petroleum yang mana beliau harus mempunyai jawapan kepada persoalan ini.

Soalan pertama yang paling penting untuk dijawab Najib untuk warga Malaysia tahu ialah – apakah benar 80% pengeluaran minyak oleh Petronas tidak dijual secara langsung kepada pasaran dunia tetapi sebaliknya disalurkan melalui enam ‘pemegang kunci utama’ yang mendapat bekalan dari Petronas itu di bawah harga pasaran?

Jika benar, apakah mungkin si pemegang kunci utama ini yang mengaut keuntungan, terutamanya apabila harga minyak dinaikkan. Ini membawa kita ke soalan kedua. Siapakah mereka mereka ini? Adakah mereka ini kroni-kroni anak didik mantan Perdana Menteri Mahathir Mohamad?

Soalan ketiga: Kenapa system ini yang digunapakai sedangkan ianya terbukti tidak menguntungkan negara dan Petronas? Siapa yang mencadang dan siapa yang meluluskannya?

Soalan keempat: Apakah yang akan Najib lakukan? Bagaimanakah beliau akan menyelesaikan jenayah siang hari ini dan menyalurkan keuntungan ini balik ke negara?

Suruhanjaya Siasatan Diraja

Tidak ada dua jalan untuk isu ini. Najib perlu menjawab semua persoalan di atas kerana ia melibatkan kehidupan dan kebajikan semua penduduk negara terutamanya golongan miskin dan kurang berkemampuan. Beliau tidak boleh berpura-pura menolak persoalan ini atas alasan ianya cerita rekaan semata. Apapun alasan yang akan diberikan, Pakatan Rakyat mesti menuntut agar Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan ke atas Petronas sekiranya Najib masih berdolak-dalik.

Dengan krisis ekonomi global yang mula menghimpit negra, rakyatlah yang paling terkesan nanti. Rancangan jangka tengah dan panjang tidak cukup untuk dijadikan ukuran dalam mencari penyelesaian terhadap kemelut ekonomi negara. Menghentikan pengaliran keluar keuntungan Petronas bukan sahaja satu cara yang berkesan tetapi juga sepatutnya sudah lama digunapakai sebelum kekayaan negara habis dijarah dan generasi akan datang terbantut dari menikmati hasilnya.

Sekiranya langkah-langkah bijak diambil, berbilion ringgit akan kembali mencurah ke dalam system negara, mengurangkan tekanan ke atas kerajaan dan membantu golongan berpendapatan rendah yang tersepit diantara kadar inflasi dan harga barang utama yang meningkat

Masa untuk kebenaran

Seksyen 6(1) Akta Pembangunan Petroleum 1974 juga memberikan Perdana Menteri mandate dan kuasa untuk menentukan hal-hal operasi syakrikat.

Seksyen 6(1) menyatakan: Tidak termaktub di dalam sebarang undang-undang bertulis, yang mana usaha memproses atau menyaring minyak petroleum atau mengeluarkan produk petro-kimia dari sumber petroleum dilakukan oleh sesiapa pun selain PETRONAS melainkan ianya mendapat persetujuan dari Perdana Menteri.

Dan yang terakhir ialah dari Seksyen 7 – yang mana Perdana Menteri boleh mewartakan syarat-syarat untuk tujuan melaksanakan perintah Akta dan, tanpa syakwasangka, syarat-syarat ini adalah untuk kegunaan, terutamanya, bagi menyediakan – (a) perlaksanaan atau melanjutkan – (i) sebarang bentuk perniagaan ataupun perkhidmatan berkaitan (eksplorasi) oenerokaan, (eksploitasi) pemerasan bagi mendapatkan sumber petroleum; (ii) sebarang bentuk perniagaanyang melibatkan pengeluaran dan pembekalan peralatan bagi kegunaan industri petroleum; (iii) aktiviti-aktiviti dan pembangunan yang berkaitan dengan petroleum; (b) pemasaran dan pengagihan bahan petroleum dan produk-produknya; (c) denda dalam bentuk saman tidak lebih dari satu ratus ribu ringgit atau penjara tidak lebih dari 5 tahun atau kedua-duanya sekali untuk sebarang dakwaan salahlaku terhadap syarat-syarat dan tidak mengikuti aturan yang ditetapkan oleh mana mana perlesenan, keizinan dan persetujuan yang diluluskan atau dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat; (d) pemalsuan sama ada untuk kegunaan ataupun digunakan di dalam suruhanjaya yang mana tersabit salahlaku dan tidak mengikuti arahan.

Dengan akta ini, sangat jelas bahawa Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak dalam segala hal berkenaan perniagaan berasaskan petroleum di Malaysia, bermula dari proses pengeluaran hingga ke proses penjualan produk berasaskan petroleum.

Namun, segala-galanya tentang Petronas diklasifikasikan sebagai ‘rahsia negara’. Kerana Akta itulah, kerajaan dengan mudah mengklasifikasikan apa sahaja yang berkaiatan dengan Petronas sebagai ‘sulit’ walaupun sebagai sebuah syarikat korporat milik negara, Petronas berhutang dengan rakyat jelata penjelasan tentang keuntungan syarikat dan perniagaannya.

Jerat hampir mengena, tiada jalan keluar

Mungkin benar apa yang dikatakan tentang ahli Parlimen BN dari MCA – Chua Soi Lek dan dari Gerakan – Koh Tsu Koon yang mereka ‘kecut’ menaikkan isu ini. Tetapi kenapa? Adakah kerana Petronas dikepalai oleh Perdana Menteri dan Perdana Menteri itu ketua kepada semua ahli Parlimen BN? Apakah ahli Parlimen BN berani menyoal ketua mereka?

Sebenarnya, tiada alasan untuk Petronas merahsiakan keuntungannya ataupun menyorok laporan tahunannya. Melainkan seseorang yang berkuasa itu menyimpannya jauh dari mata rakyat. Sesiapapun orang itu dan kuncu-kuncunya, Perdana Menteri perlu mendedahkanya.

Najib tidak boleh lari dari tanggungjawabnya kepada negara dan rakyat untuk membongkar kebenaran.

Sebagai negara pengeluar petroleum, Malaysia sepatutnya boleh memberikan minyak percuma atau dengan harga rendah kepada penduduknya seperti Venezuela dan Brunei. Dengan kekayaan sumber ini, Malay sepatutnya menjadi negara ‘berpendapatan tinggi’ lebih awal dulu. Dengan lebih 30 tahun pengalaman mengeluarkan hasil minyak, Malaysia sepatutnya lebih wajar menjadi sebuah negara maju, yang kalau mengikut kiraan hasil purata gaji per kapita.

Jika wang ini tidak disitakan!

Pilihan sekarang ada ditangan Perdana Menteri. Berterus teranglah, dan mohon maaf daripada rakyat dan bantulah negara ini sebelum terlamabat. Atau teruskan bersama ‘budak-budak’ UMNO dan nikmatilah keenakan kek perasa rasuah, selagi rakyat berkeringat dan membanting tulang mencari nafkah hidup.

- Malaysia Chronicle

Buang sifat manja, ayuh jadi pejuang!

Oleh Mohd Zawawi Yusuf

BERSYUKURLAH kita dengan limpahan nikmat kemudahan pada zaman yang serba canggih dan moden ini. http://2.bp.blogspot.com/_hxKqxTrwGpQ/S1VRLtUsDOI/AAAAAAAAADE/OvFOZ78ed2A/s320/ustz.jpgJika kita tidak bersyukur jadilah kita orang yang kufur dan nikmat itu akan menjadi bala, malapetaka serta azab.

Raya sudah, merdeka pun sudah cuma orang yang meraikannya perlu bebas dari cengkaman penjajahan nafsu dan beraya pula setelah berpuasa dengan jiwa baru serta peribadi yang lebih berdisip­lin hasil tarbiah Ramadan.

Hari raya adalah lambang perjuangan. Begitu juga dengan kemerdekaan yang kita miliki adalah hasil perjuangan.

Hidup ini perlu berjuang, berani hidup berani berjuang, berani berkorban, kalau tak berani berkorban jangan berjuang dan kalau tak berani berjuang berhentilah hidup.

Kali ini penulis mahu mengajak remaja untuk menjadi pejuang bukannya menjadi terlalu manja. Hidup bukan hanya menunggu tetapi memburu, hidup untuk memerhati bukan hanya ingin diperhati, hidup bukan menunggu bantuan tetapi kita yang membantu.


Hari ini remaja mula nampak terlalu manja. Semuanya perlu disediakan, disogok dan dihidangkan di depan mata. Mereka tidak reti hidup susah dan jika diuji dengan kesu­sahan mereka mula merungut dan bising.

Kalau panas sikit bising, kalau busuk sikit bising, belajar banyak sikit mula rimas. Mereka ingin semuanya ‘instant’ tanpa perlu bersusah payah.

Bila bekerja hendak cepat naik, lambat sikit kenaikan terus tukar kerja, kalau kerja berat sikit cari kerja lain, kena tegur cepat melenting dan terus berhenti kerja.

Anak remaja pula pantang dimarah. Apabila ditegur mudah benar keluar rumah, cikgu marah sikit sudah tak nampak muka di sekolah, ada yang ponteng atau tukar sekolah.

Yang buat perniagaan nak cepat kaya hingga tak kira pula cara dan proses mendapatkannya. Kena pujuk sikit sudah cepat lupa walaupun menjadi alat kepada sindiket antarabangsa gara-gara hendak senang dan seronok, walaupun sudah banyak kali di laporkan berita di akhbar.

Artis dan penyanyi mahu cepat popular dan terkenal kerana masing-masing sudah meletakkan sasaran tetapi yang salahnya sanggup melakukan apa saja bukan kerana bakat atau dan kebolehan yang dimilikinya.

Orang politik pun terkena juga kerana mahu cepat masuk ‘ranking’. Cara lama ada tapi lambat. Sebenarnya bukan semua yang terbabit tetapi ia sudah nampak parah.

Nak salahkan mereka 100 peratus memang tidak boleh dan tak patutlah. Mereka memang terdidik dalam budaya cepat atau ‘instant’ berkenaan.

Lihatlah sekarang, hendak kirim berita tidak perlu ke pejabat pos lagi kerana sudah cukup dengan menghantar sms atau e-mail. Jumpa kawan sekarang hanya membuka laman sosial facebook, hendak tahu berita dunia tidak perlu ke kedai membeli akhbar kerana semuanya hanya di hujung jari.

Malah membeli-belah juga ada yang tidak perlu bersusah payah pergi pusat membeli-belah kerana semuanya menerusi pembelian secara online atau kad kredit barang boleh sampai terus ke pintu rumah.

Segala kecanggihan yang sedang kita nikmati hasil perahan tenaga dan daya juang berfikir yang tidak pernah kenal erti penat lelah.

Kita tahu semua ini bukan lahir sekelip mata seperti Aladdin dengan lampu ajaibnya. Kita tak tahu mungkin beribu kali mereka gagal ketika proses menterjemah impian di hati dan fikiran kepada realiti teknologi.

Sebagai pengguna kita hanya mengguna benda mati ini untuk membantu kita hidup tetapi mereka yang hidup hatinya berfikir bagaimana nak menghidupkan fikiran dan kreativiti setelah menggunakan benda mati ini.

Sedarlah bahawa kejayaan dan pencapaian itu ada masa dan ‘edahnya’. Hendak jadi doktor pakar ada edahnya, nak jadi akauntan ada tempoh masanya, nak jadi jurutera ada perlu masanya, nak jadi seorang ulama dan pendakwah apatah lagi sangat memerlukan masa dan ketekunan ilmu serta kefahaman.

Kemanjaan memang naluri percintaan dan kasih sayang tetapi jiwa pejuang jangan tidak boleh sangat dimanjakan sebab orang yang manja tidak boleh di ajak berjuang.

Kepada orang tua, didiklah generasi kita mengenai proses untuk mendapatkan sesuatu dan dari situ barulah mereka sedar dan faham sejarah terjadinya sesuatu.

Nabi Muhammad s.a.w melalui proses amat getir sebelum mencipta kecemerlangan.

Kalau kita jumpa orang-orang hebat mereka tidak bercerita mengenai harta, pangkat, sanjungan yang dimiliki tetapi mereka berkisar mengenai susah payah mereka mendaki ke puncak.

Orang manja hanya ingin diperhati bukannya memberi perhatian.

Yang manja-manja hanya mahu dihargai bukannya menghargai, mudah memberi kritikan tetapi tidak ada aksi. Buangkan sifat manja dan buktikan kita bersiap sedia bekerja untuk agama bangsa dan negara.

OK laa tuu nanti kita ubah la perlembagaan tu.. takan MP Islam dari UMNO, PAS, PKR, GERAKAN dan juga DAP nak tengok saja..???

Karpal: DAP, PAS tiada masalah kecuali isu hudud

October 02, 2011

KUALA LUMPUR, 2 Okt – DAP tidak ada sebarang masalah dengan PAS dalam kebanyakan isu besar kecuali soal hukum hudud, kata Pengerusinya Karpal Singh hari ini.

“Kami tiada apa-apa (sebab) untuk menentang PAS. Dalam isu-isu besar, kami memiliki pendirian yang sama.

“Tetapi kami mendapati pendirian PAS tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan,” kata beliau pada satu sidang media di George Town hari ini.

Karpal juga berkata, beliau terkejut dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam bahawa parti itu telah bersetuju pada dasarnya dalam soal pelaksanaan undang-undang hudud yang diluluskan di Kelantan dan Terengganu masing-masing pada 1999 dan 2003.

“Kami tidak bersetuju pada dasarnya berhubung perundangan (hudud),” kata beliau dipetik Star Online hari ini.

Karpal berkata pemimpin-pemimpin DAP telah membuat pendirian yang jelas pada satu mesyuarat Pakatan Rakyat Rabu lalu bahawa hukum hudud tidak seiring dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mengenai ketidakhadiran beliau pada majlis sambutan 60 tahun PAS di Kepala Batas semalam, Karpal berkata, beliau tidak hadir sebab kurang sihat.

“Saya telah memaklumkan ibu pejabat bahawa saya tidak dapat hadir majlis (semalam),” kata Karpal sambil menambah, beliau bukan dengan sengaja cuba mengelak majlis itu.

Mamat Utusan! Hanglah Bapa Musang Berbulu Ayam!

oleh Muhammad Sanusi Md Nor

Mamat yang jadi bos Utusan (baca: surat pekeliling UMNO) ni bimbang sungguh bercampur sedih pilu bila banyak maklumat penting (baca: kerja tak betoi) Perdana Menteri (baca: Presiden UMNO) dibocorkan oleh orang-orang Anwar Ibrahim yang meresap masuk dalam jabatan- dan agensi strategik kerajaan.

Dengan kebocoran banyak maklumat penting itu, dia bimbang (baca: takut terseret dengan dia sekali) nasib DS Najib akan jadi macam Muammar Ghadafi.

Dia takut sangat-sangat sebab banyak agensi penting telah dikendalikan oleh pegawai yang masuk melalui pengambilan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), tetapi menyokong perjuangan Anwar Ibrahim!

Boleh baca di sini - http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0928&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

Kata mamat Utusan ni, depa yang berada dalam agensi strategik kerajaan tu bagai 'musang berbulu ayam' kerana membocorkan maklumat penting Najib kepada Anwar seperti kos penerbangan dan percutian pribadi dengan pantas dan tepat! Hah! Kalau cepat mungkin kerana depa tu memang cekap, kalau tepat, hang susah hati buat apa?

Saya rasa mamat utusan ni kepalanya dah tak betoi. Kalau Najib tak buat salah apa-apa, apa yang nak dibimbangkan. Bocoq pi lah 40 lori maklumat atau dokumen pun, kalau tak ada yang tak betoi, apa nak takut. Itu yang rakyat nak sekarang ni, kerajaan dan pemimpin telus dan transparen.

Perkara yang mamat utusan ni tak sedar ialah manusia yang dipilih, dilantik dan diamanahkan menjaga agensi strategik kerajaan ialah manusia yang hebat dan cemerlang, sama ada dinilai melalui kelayakan akademik maupun rekod kerja mereka sebelumnya.

Depa mengaji dari tadika hingga universiti dididik dan dilatih membuat pertimbangan dalam tugas depa berdasarkan ilmu pengetahuan. Depa cerdik, pandai dan layak menduduki jawatan itu kerana mereka berilmu. Ilmulah yang memandu depa apa yang baik, apa yang buruk, apa yang salah dan apa yang benar, apa yang patut dan apa yang tidak patut.

Kalau mamat utusan kata depa tu musang berbulu ayam kerana pertimbangan berasaskan ilmu yang depa ada, orang macam mamat utusan dan mamat mamat lain yang kuat membodek dan melindungi tingkah laku salah pemimpin melalui media yang depa kepalai itu, nak dipanggil apa? Musang apa? Berbulu apa?

Kenapa mereka bocorkan maklumat? Saya percaya sebab depa mahu rakyat tahu apa yang pemimpin negara ini sedang buat diwaktu rakyat dicengkap tekanan kenaikan harga barang dan seribu mak nenek masalah lain dalam negara ini. Kenapa depa tak mau kunci mulut? Sebab depa tau, di akhirat esok, depa pun kena juga kalau bersubahat melindungi kerja tak betoi pemimpin. Ini satu perkembangan yang sihat dalam perkhidmatan awam! Pegawai dah mula merujuk kepada agama dalam tingkah laku mereka, mereka sudah kenal dosa dan pahala!

Apa guna ilmu dan kemahiran yang diajaq di universiti, malah sejak pra sekolah lagi, kalau dalam waktu depa mengamalkan ilmu itu di alam pekerjaan, depa dipanggil musang berbulu ayam. Kalau begitu, ambil saja kaki bodek, kaki subahat, yes man, kaki ampu di kedai kopi dan pejabat UMNO Bahagian jagi pegawai di agensi strategik kerajaan.

Tengok la juga kaki angguk macam pokka di pejabat JASA, Kemas, Seranta, Utusan Melayu, Media Prima, Star, SB dan MIO yang bekerja hanya untuk membetulkan semua salah-silap pemimpin kerajaan (baca: Pemimpin UMNO/BN) dan meletakkan salah itu kepada orang lain. Senaraikan juga JKKK, ketua blok felda, Penyelaras DUN dan Parlimen, blogger dan cyber trooper UMNO yang sudah dikunci mulut dengan elaun besar selama ini untuk menduduki agensi strategik kerajaan. Kalau semua ini terjadi, sah! Pemimpin itu akan selamat dan bersih...tapi negara ini akan hancur!

Kenapa orang cerdik pandai di agensi itu menyokong perjuangan Anwar Ibrahim? Adakah depa semua tak tau Anwar Ibrahim itu manusia paling jahat di Malaysia ni (baca: manusia paling jahat di dunia)? Dia kaki sex,luar tabii, kaki betina, kaki rasuah, kawan dengan Yahudi, jual negara, jemput kuasa asing, pembohong, pelari duit, gadai agama, bla...bla...? Mana ada manusia selepas Firaun yang sejahat Anwar? Depa tak tau ka? Takkan orang cerdik pandai yang kerja di agensi strategik kerajaan tak kenai Anwar Ibrahim dan perjuangannya? Hish! SPA dan JPA salah pilih orang ni...

Kesimpulan dari ketakutan dan kesediahn Mamat Utusan yang tak boleh tidur lena ni.... Nilai dan norma hidup mereka sudah terbalik kuang dek kerana telah buta dan tuli dengan UMNO/BN. Segala yang salah di kalangan pemimpin mesti disorok dan dilindungi oleh semua agensi kerajaan. Biar pemimpin dan bini depa buat apa saja sesuka hati, atas nama negara, depa mesti dijaga, takut nanti jadi Muammar Gaddafi! Mabuk ka apa dia ni??

Pemimpin kami dalam PR siap siaga sepanjang masa untuk dilondeh oleh rakyat maupun pegawai di keliling mereka jika ada sebarang kesilapan yang disengajakan sepanjang memegang amanah negara (baca: sentiasa diintai sepanjang masa kalau-kalau ada kesilapan, kalau tak ada juga, cipta satu kesilapan untuk dikenakan mereka secukup-cukupnya).

Para pemimpin kami sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik kepada pegawai dan rakyat dalam semua aspek kehidupan termasuk kehidupan pribadi mereka. Mereka memahami dan menghayati slogan 'Kepimpinan Melalui Teladan' melebihi pembawa slogan itu sendiri.

Apa yang terdedah, apa yang rakyat tahu, apa yang kami kata, apa yang kami buat, apa yang terbit dari mulut, itulah yang di hati...apa yang dijalani oleh pemimpin kami, itulah yang sebenar, tanpa selindung, tanpa takut tanpa bimbang (no fear kata mat saleh)... Itulah beza kami dengan kamu wahai Mamat Utusan Zaini Hassan! Hanglah bapak Musang Berbulu Ayam yang sebenar!

Mahathir pun kata yang UMNO boleh kalah PRU13 nanti...

Mahathir: Umno boleh kalah besar jika PRU-13 sekarang

October 02, 2011


JITRA, 2 Okt — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Umno perlu balik kepada perjuangan asal parti demi agama, bangsa dan tanah air dengan mengetepikan kepentingan diri untuk memenangi pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut akan diadakan tidak lama lagi.

Malah, bekas perdana menteri menegaskan Umno boleh kalah teruk jika pilihan raya umum diadakan pada masa sekarang kerana semangat telah pudar dan “perpecahan masih kritikal.”

Justeru katanya, hanya dengan cara itu penyakit yang menjadi ‘duri dalam daging’ iaitu mencantas atau menikam belakang dalam diri orang-orang Umno akan terhapus.

“Dulu orang Umno berkorban apa saja untuk parti, sanggup gadai barang kemas dan sebagainya untuk bantu parti tetapi sekarang mereka pegang jawatan sebab hendak dapat kontrak, jadi calon atau sebab tertentu.

“Jika diadakan PRU waktu ini, Umno boleh kalah besar kerana sokongan dan semangat mereka telah pudar,” kata Dr Mahathir (gambar) kepada pemberita selepas menyampaikan ‘Bicara Negarawan’ pada perhimpunan perdana Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) siri kedua peringkat negeri di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata Barisan Nasional (BN) bagaimanapun boleh menang besar pada pilihan raya umum ke-13 sekiranya penyakit dalam diri orang Umno ini terhapus.

Beliau yang ditanya adakah sesuai pilihan raya umum diadakan sekarang, menjawab: “Pada pendapat saya sekarang belum sesuai. Banyak lagi yang perlu dilakukan lagipun Umno belum cukup kuat.”

“Dalam Umno masih ada puak. Saya fikir perpecahan masih kritikal. Kalau ada kesedaran dan perasaan syukur dan terus bersatu, BN boleh menang. Orang Umno seharusnya buang sifat tidak puas hati. Walaupun tidak dapat apa yang dihajati mereka tetap menikmatinya dalam bentuk lain,” katanya dipetik Bernama Online.

Mengenai parti PAS yang mengulangi hendak melaksanakan hukum hudud, beliau berkata: “Mereka buat begitu kerana rasa nak kalah.”

“Negara ini mengandungi penduduk berbilang agama dan bangsa. Kalau 100 peratus Islam tiada masalah. Hudud yang hendak dilaksanakan terhadap orang Islam sahaja seperti kata (Datuk) Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am Pas), itu betul... tidak adil. Islam menuntut keadilan dalam semua perkara.

“Dalam satu kes melibatkan seorang Islam dan seorang bukan Islam, orang Islam dihukum potong tangan dan bukan Islam dijel... adilkah itu. Bagi Nik Aziz adillah, bagi saya tidak adil.

“Kalau nak potong tangan, sama-sama kena potong tangan, kalau jel, sama-sama masuk jel. Jenayah sama hukuman pun patut sama,” kata beliau lagi.

“Kerajaan bukan tidak setuju dengan hukum hudud tetapi keadaan dalam negara kita tidak sesuai. Berapa banyak negara Islam yang benar-benar melaksanakan hukum hudud,” soal Dr Mahathir.

Beliau yang ditanya seorang wartawan akhbar Cina mengenai sama ada kerajaan akan membenarkan Chin Peng yang dilaporkan sakit untuk balik ke Malaysia, Dr Mahathir berkata, rakyat masih marah pada komunis.

“Dia pilih untuk mengkhianati negara... kita kena ambil kira perasaan orang kerana ramai jadi mangsa komunis, kehilangan keluarga, putus kaki. Ramai orang tidak maafkan dia. Kita kena fikir perasaan mereka bukan Chin Peng,” tambahnya.

Dr Mahathir menegaskan, Chin Peng berjuang kerana hendak mendirikan kerajaan komunis bukan menuntut kemerdekaan, berlainan dengan perjuangan Datuk Onn Jaafar, Tun Sambanthan dan beberapa lagi tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mahathir-umno-boleh-kalah-besar-jika-pru-13-sekarang/

Sedia jadi orang tengah

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri bersedia menjadi orang tengah untuk menyelesaikan kemelut yang dialami penduduk Langkawi berikutan tindakan pengusaha feri menarik balik diskaun RM3 khusus untuk penduduk tempatan yang menggunakan perkhidmatan itu berkuat kuasa 16 September lalu.

Exco Pelancongan, S Manikumar berkata, walaupun isu berkaitan harga tiket bawah bidang kuasa Kementerian Pengangkutan, beliau akan akan mengemukakan cadangan mengenai ketidakwajaran tindakan itu kepada Pusat.

“Kita tiada kuasa dalam isu ini tetapi akan cuba bagi khidmat nasihat dan pandangan dalam hal ini kepada pihak berkaitan. Malah kita bercadang membuat kajian terperinci mengenai perkara itu sama ada wajar dikekalkan atau sebaliknya,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri juga akan meneliti punca pembatalan keistimewaan itu yang dikecap penduduk Langkawi sejak 2007.

“Atas dasar apa harga tiket dinaikkan semula, adakah ada kaitan dengan harga diesel atau kurangnya subsidi atau disebabkan faktor lain,” katanya.

Manikumar berkata, Kerajaan Negeri akan memberi sokongan bagi pihak penduduk dan mengemukakannya kepada Pusat. Jika perlu, mereka bersedia bersemuka dengan kementerian terbabit.

Pada masa sama, Manikumar kesal kerana beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik yang mengadakan bantahan aman 20 September lalu tidak datang berbincang dengan Kerajaan Negeri, sebaliknya hanya menggesa campur tangan Kerajaan Negeri melalui kenyataan media.

“Setakat ini saya belum terima sebarang aduan atau hitam putih berkaitan perkara itu untuk tindakan lanjut. Saya masih menunggu pihak berkaitan datang berjumpa dan memberi salinan memorandum bantahan itu supaya mudah saya kaji isu ini,” katanya.

Menurutnya, sekiranya wujud kepincangan pihaknya akan mengambil tindakan sewajarnya supaya penduduk Langkawi mendapat hak mereka semula.

“Kita akan cuba setakat yang mampu namun perlu dapat kerjasama semua pihak. Jangan pula isu ini sekadar dijadikan motif kepentingan politik pihak tertentu,” katanya.

Exco Pengangkutan, Tan Chow Kang turut memberi jaminan isu ini diberi perhatian sewajarnya untuk dibincangkan oleh wakil Kerajaan Negeri.

“Sekiranya pengusaha feri tetap dengan keputusan mereka menarik balik diskaun itu, saya sendiri akan berjumpa dengan mereka untuk bincang. Saya juga ingin tahu apa sebab mereka tarik keistimewaan ini,” katanya.

Menurutnya, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat berkaitan isu terbabit sebelum dipanjangkan dalam mesyuarat bagi mencapai jalan penyelesaian terbaik.

“Walaupun isu ini sudah diketahui umum, pihak berkaitan perlu kemukakan aduan dan serahkan salinan memorandum lalu, supaya kita boleh rujuk dan dapat selesaikan masalah secara menang-menang,” katanya.

Pada 20 September lalu, lebih 100 ahli NGO dan parti politik di Langkawi mengadakan bantahan aman menggesa pengusaha feri penumpang menarik balik pembatalan harga tiket istimewa kepada mereka.

Perhimpunan itu diadakan berikutan syarikat feri penumpang menaikkan harga tiket secara mengejut membabitkan perjalanan pada hari minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, cuti sekolah dan cuti umum.

Tambang tiket sehala dari Kuala Kedah ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM23 tetapi penduduk Langkawi diberi harga istimewa RM20 manakala dari Kuala Perlis ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM18, RM15 untuk penduduk Langkawi.[Sinar Harian]

Tu dia aihhh...Lima kali turun naik JKM

NAGA - Seorang suri rumah di Kampung Lubuk Kawah di sini sudah tidak larat lima kali turun naik ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kubang Pasu biarpun permohonan bantuan bulanan ibunya telah diluluskan sejak Mei lalu.

Nazliyah Abd Razak, 38, mendakwa dia kesal dengan maklum balas yang diterima daripada pihak berkenaan walaupun permohonan bantuan pesakit terlantar sebanyak RM300 untuk ibunya, Che Om Dahman, 60.

Menurutnya, kali pertama dia ke pejabat itu adalah pada 30 Jun lalu iaitu tarikh yang tertera pada surat makluman kelulusan permohonan itu untuk menerima bayaran bagi bantuan bulanan ibunya yang telah diluluskan di pejabat berkenaan.

“Bagaimanapun saya dimaklumkan untuk datang semula pada 7 Julai dan kemudian ditangguhkan ke tarikh 12 Julai, 27 Julai dan terakhir 16 Ogos lalu namun masih berlaku masalah sama kerana tidak menerima sebarang bayaran seperti yang dijanjikan itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Che Om lumpuh sebahagian badan kirinya sejak Januari lalu selepas tangannya tidak boleh bergerak sewaktu sedang menunaikan solat Zuhur pada hari itu.

Nazliyah yang juga anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, dia sangat berharap masalah itu dapat diselesaikan segera memandangkan dia terpaksa menanggung perbelanjaan harian untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan ibunya yang lumpuh selain ibu saudaranya yang juga lumpuh dan mengalami masalah mental.

Menurutnya, bapanya Abd Razak Bakar, 67, juga sudah tidak mampu melakukan kerja-kerja kampung kerana mengalami penyakit sendi pada bahagian lutut dan tidak mampu menyara keluarga.

“Saya gembira apabila JKM telah meluluskan permohonan untuk ibu saya itu kerana ia dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung kami sekeluarga untuk keperluan ibu, namun bila berlaku perkara begini ia sungguh mengecewakan.

“Ibu saudara, Yah Dahman, 70, juga dijaga keluarga kami selepas dia mengalami masalah mental dan kemudiannya lumpuh selepas itu,” katanya.

Nasib menimpa keluarga itu turut mendapat perhatian Biro Kebajikan Umno Kubang Pasu apabila Pengerusinya, Saad Yob melawat dan menyampaikan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakan Che Om selain sumbangan barangan keperluan dan wang ringgit.

Sementara itu, Pegawai Kebajikan Daerah Kubang Pasu, Mohd Shabbri Othman ketika dihubungi untuk meminta maklum balas mengenai hal itu berkata pihaknya sudah menyemak semula mengenai permohonan itu dan kesal dengan masalah yang timbul.

Menurutnya, berlaku kesilapan teknikal pada baucar bayaran untuk permohonan penerima dan pihaknya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

“Bagaimanapun kita akan membuat semua pembayaran tertunggak sejak tarikh permohonan diluluskan kepada pemohon pada 3 Oktober ini (esok),” katanya.[SinarHarian]

Beranikah Najib ke Mahkamah..???

Najib, Rosmah Masih Berdoa Untuk Tidak Hadir Ke Mahkamah Esok

BESOK Mahkamah akan menentukan sama ada Najib dan isterinya, Rosmah Mansor kena hadir atau tidak ke mahkamah bagi menjadi saksi kepada kes liat yang dihadapi oleh Anwar Ibrahim. Dalam tempoh yang tinggal kira-kira 17 jam lagi Najib dan Rosmah dikhabarkan masih berdoa bagi memastikan dia tidak perlu hadir ke mahkamah.

Doa mereka laki bini tentulah meminta agar mahkamah berpihak kepadanya, tidak membenarkan permohonan Anwar. Najib dan Rsomah terpaksa memohon kepada mahkamah untuk mengenapikan sepena yang dibuat oleh Anwar.

Najib yang mulanya mengatakan dia tidak gentar untuk berhadapan dengan Anwar tiba-tiba merubah "keberanian" apabila enggan hadir ke mahkamah dengan memohon mengenepikan sepena untuk menjawab persoalan bakal ditimbul oleh para peguam Anwar.

Saya difahamkan waktu ini ada majlis solat hajat dan tahlil di kediaman rasmi Najib Razak di Putrajaya atau di Jalan Duta, Kuala Lumpur?

Dalam pada itu saya sudah dapat mengagak apa yang bakal diputuskan oleh mahkamah jam 2:30 petang esok. Sesuatu yang bakal mengejutkan orang ramai dijangka berlaku esok. Mungkin satu lagi sejarah perundangan akan tercatat di negara ini. Mungkin...?

Apa yang bakal berlaku esok semua pihak hendaklah menerimanya. Janganlah ada tunding menudnign jari kerana hendak mempertahankan benang basah. Baik Anwar maupun Najib tenanglah menerima keputusan mahkamah.

Apapun kita tunggu esok saya tidak terniat untuk berkongsi tentang apa yang serba sedikit saya tahu kerana bimbang ianya akan dianggap contemp of the court, tak fasal-fasal pula saya yang masuk penjara. [wm.kl.8:16 pm 02/10/11]

Mohd Sayuti Omar

‘Ada pihak tidak senang dengan kelancaran pentadbiran Azizan’

‘Ada pihak tidak senang dengan kelancaran pentadbiran Azizan’

ALOR SETAR - Penyebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mendakwa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit, malah dikatakan diserang strok, disifatkan sebagai sebuah manifestasi kekecewaan pihak tertentu yang masih mengharapkan Azizan mengalami masalah kesihatan dan tidak mampu menguruskan pentadbiran.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, tahap kesihatan Azizan setakat semalam amat memuaskan, walaupun pada Ogos lalu, keadaannya amat lemah.

“Ini antara usaha pihak tertentu yang tidak senang melihat kepimpinan Azizan kembali lancar. Pihak terbabit ternyata tidak mampu berdepan pendekatan politik dan pentadbiran yang dilaksanakan dengan cemerlang sepanjang Azizan menjadi Menteri Besar sejak 2008,” katanya.

Menurutnya, mungkin ini taktik terbaru pihak berkenaan menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan menimbulkan masalah kesihatan beliau, untuk mengikis keyakinan orang ramai terhadap kepimpinan beliau.

“Tiada cara lain yang mampu menepis dakwaan mereka sebelum ini bahawa Kerajaan Negeri pimpinan Azizan tak mampu bertahan lama. Kemungkinan juga mereka bimbang dengan perkembangan dan kemajuan Kedah, khusus dalam aspek kewangan negeri yang semakin memberangsangkan.

:“Sudah pasti perkembangan baik ini memberi tempelak yang besar kepada rekod buruk pemerintahan Barisan Nasional (BN) lalu,” katanya.

Muhammad Sanusi berkata, penyebaran SMS itu juga didakwa sengaja dibuat pihak tertentu untuk menimbulkan suasana tidak aman di Kedah, selain mahu rakyat percaya Azizan sudah tidak mampu mentadbir.

“Saya harap rakyat tidak mudah percaya dengan apa-apa sebaran SMS berkaitan memburukkan Azizan mahupun pentadbiran negeri. Jika inginkan kepastian boleh rujuk pada Jabatan Penerangan di Wisma Negeri,” katanya.[Sinar Harian]




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...