TERKINI :

Sunday, October 2, 2011

Isu 30 Ribu Ekar Tanah Padang Sanai: Jangan Bangunkan Fitnah Yang Sedang Tidur!

Sama saja jalan cerita.. Kerajaan BN dulu buat taik, kerajaan PAS laa dipersalahkan



(Gambar : Yb Ustaz Mohd Nasir Zakaria mengadakan sessi dialog dengan penduduk kampung dan pihak pihak yang terlibat dalam masalah tanah di Padang Sanai.)

Kenyataan ini merujuk kepada demontrasi yang dilakukan oleh penduduk kampung kawasan Sebapin Jalan Padang Sanai yang menagih janji Kerajaan Kedah dan Ahli Parlimen Padang Terap mneyelesaikan tuntutan tanah mereka sepertimana yang disiarkan akhbar Sinar Harian bertarikh 30 September 2011.Turut bersama demontrasi tersebut ialah Ketua Pemuda Umno Kedah juga merupakan Ketua Pemuda Umno Padang Terap merangkap Setiuasaha Umno Bahagian Padang Terap dan Penyelaras Parlimen Padang Terap iaitu Tn Hj Badrol Hisham.

Hampir 40 tahun cerita sedih ini berlangsung. Cerita yang amat malang. Malapetaka besar untuk rakyat Padang Terap. Bukan cerita baru isu tanah Padang Sanai atau lebih tepat hampir 30 ribu ekar tanah Daerah Padang Terap. Ia bukan hanya melibatkan 80 keluarga saudara saya yang berdemontrasi pada tanggal 28 September 2011yang terpapar di media massa. Bukan mereka sahaja yang patut berdemontrasi. Sepatutnya saya juga!! Malah apa yang cubadiperjuangkan oleh Pemuda Umno Kedah itu ibarat "Dia yang kentut, tetapi tuduh orang lain kerana ingin menyembunyikan malu".

Saya gembira dan sangat gembira apabila sahabat saya Sdr Badrol Hisham Ketua Pemuda Umno Kedah berani memimpin penduduk kampung bangkit menuntut hak melalui demontrasi. Saya amat berterima kasih akhirnya beliau berani mengakui kesilapan pemimpin-pemimpin Umno secara tidak langsung dan langsung. Menuding jari kepada pihak lain demi politik murahan hanyalah membodohkan diri sendiri. Ia adalah hasil pemerintahan 53 tahun Umno Kedah.

Mari kita lihat beberapa fakta yang diketahui umum :

Pertama : Ketika Menteri Besar, Syed Ahmad bin Syed Mahmud Shahabudin dari Umno yang mengetuai Kerajaan Kedah bersetuju untuk memberi peluang kepada syarikat Gula Padang Terap Sdn Bhd (GPT) beroperasi dengan tanaman tebu bermula 1973, pemimpin PAS telah bangun dan memperingatkan penduduk kampung agar jangan percaya dengan janji-janji manis kerajaan yang memerintah pada ketika itu. Peringatan agar jangan menggadaikan tanah usaha milik kerajaan walaupun diberi pampasan (dengan nilai yang mungkin besar pada ketika itu bagi rakyat yang miskindan tiada pilihan). Janji pemaju dan kerajaan Barisan Nasional juga projek mega itu akan menawarkan peluang kepada penduduk kampung hingga ke anak cucu dan sepanjang hayat hanya dipercayai segelintir penduduk.

Kedua: Kebanyakan pemimpin PAS yang berceramah dicemuh. Mereka membandingkan pemimpin PAS dan pemimpin Umno yang berpangkat besar dan berkuasa. Apa ada pada pemimpin PAS. Tiada hitam putih. Yang ada hanya janji. Namun, orang Melayu amat percaya pada janji. Termasuk yang menerima pampasan adalah datuk saya. Mereka yang tidak mengambil pampasan, sebahagiannya menyertai Skim Pekebun Kecil (SPK). Mereka yang menyertai skim kedua, sebahagiannya sudah mendapat hakmilik tanah tersebut. Manakala yang mengambil pampasan, kehilangan peluang memiliki tanah.

Ketiga: Projek tanaman tebu yang terkenal seluruh negara, mengeluarkan hasil gula yang dikenali "Gula Padang Terap". Projek Mega ini amat dibanggakan oleh Umno. Mereka menyebut hanya Umno sahaja boleh buat. Ia adalah projek nasional. Penduduk digulakan dengan pengorbanan demi negara. Rakyat mesti berkorban demi negara.

Keempat : Tebu di tanam di tanah rata. Manakala kawasan berbukit ditinggalkan. Tidak sesuai dan tebu sukar tumbuh. Kawasan hutan, sebahagiannya diteroka oleh penduduk kampung dengan tanaman getah. Penduduk hanya tahu, kawasan yang ditanam tebu sahaja milik syarikat. Kawasan bukit tiada pemilik.

Kelima : Syarikat (yang sudah bertukar pemilik beberapa kali) hanya menggunakan tanah rata. Sehinggalah tanah tersebut sudah tidak ekonomik serta hasil pengeluarannya minimum. Manakala kos operasi temasuk buruh yang meningkat serta bahan mentah eksport yang lebih murah, syarikat terpaksa membuat keputusan perniagaan yang betul. Getah dan kelapa sawit ditanam bagi menggantikan tebu.

Keenam : Sementara getah dan sawit membesar, keperluan kepada pekerja adalah minimum. Syarikat menanggung kerugian dan pembuangan pekerja tidak dapat dielakkan. Ratusan pekerja ditawarkan pampasan atau terpaksa berpindah ke anak syarikat yang lain yang jauh di negeri lain sekiranya ingin terus bekerja. Akibatnya ribuan penduduk yang terdiri daripada keluarga pekerja menerima kesan.

Ketujuh : Penduduk mula dengan lebih giat meneroka tanah termasuklah tanah milik syarikat serta milik agensi kerajaan seperti tanah milik Lembaga Getah Malaysia dan Agensi Pembangunan Tanah Persekutuan atau FELCRA. Berbekalkan duit simpanan serta pampasan yang diterima, penduduk meneroka tanpa sedar atau terpaksa tanah milikan orang lain.

Kelapan : Syarikat dan agensi kerajaan mula bertindak. Penggunaan saluran perundangan juga berlaku. Penduduk tersepit. Mereka menggunakan segala yang terdaya bagi menyelamatkan pelaburan. Tiada pilihan. Siapa yang berani berjanji akan mereka turuti.

Beberapa ulasan saya :

Pertama: Saya menghormati hak saudara-saudara saya berhimpun dengan aman. Malah saya gembira apabila rakyat saya berani bersuara. Saya terbuka untuk mendengar pandangan, dikritik serta bersedia mendengar pandangan rakyat saya. Saya juga amat sedih sekiranya hak rakyat saya dirampas, sebagaimana saya sedih sekiranya hak saya dirampas. Saya merasa terhina sekiranya saya ditipu, begitulah saya rasa semua orang akan merasa terhina sekiranya ditipu.

Kedua: Saya ingin merujuk kepada dakwaan saya berjanji untuk menyelesaikan isu tanah. Saya tidak tahu janji mana yang dimaksudkan. Adakah janji itu melibatkan tanah milikan orang lain. Sekiranya tanah itu membabitkan milikan orang lain, adalah tidak adil, membabitkan kerajaan negeri atau wakil rakyat. Sekiranya ada tuntutan bertindih melibatkan milikan orang lain, perkara tersebut hendaklah dibawa ke mahkamah. Saya tidak tahu samada Ketua Pemuda Umno Kedah merangkap setiausaha Umno Padang Terap boleh selesaikan. Tidak perlulah membodoh dan mengelirukan orang demi politik cetek.

Ketiga : Sudah banyak tanah yang diusahakan yang melibatkan kerajaan negeri sedang diselesaikan oleh jawatankuasa tanah daerah. Syarat-syaratnya termasuklah janganlah tanah tersebut milikan orang lain. Sekiranya keputusan tersebut tidak dipersetujui, ia adalah keputusan kerajaan zaman itu. Sila bertanya, kenapa kerajaan terdahulu memberi tanah kepada pihak tersebut, bukannya mendesak orang lain menyelesaikannya. Isu ini dimulakan oleh orang lain. Tepatnya, segala perjanjian, keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau mesyuarat Exco yang membabitkan tanah-tanah tersebut, dibuat ketika kerajaan Barisan Nasional memerintah.

Keempat: Adalah tidak tepat membuat tuduhan rambang tiada tindakan pihak saya. Pihak saya telah mengambil daya usaha, untuk bertemu dengan banyak pihak termasuklah pejabat tanah, kerajaan negeri serta agensi terbabit. Malah, saya berbahas di parlimen. Sebahagian tanah tersebut milikan persendirian atau kerajaan. Saya dapati segala keputusan yang dibuat oleh pemimpin kerajaan lalu telah mengikat serta menganiaya penduduk. Persoalannya kenapa keputusan seperti itu diambil. Kenapa sejak dari awal penduduk merelakan tanah mereka diambil walaupun ditegah oleh pemimpin pembangkang bahawa tindakan itu membahayakan.

Kelima : Orang yang berjanji supaya berkorban demi negara ialah orang lain. Rupanya slogan itu hanyalah bermatlamat untuk mengambil tanah penduduk termasuk tanah yang sudahpun bergeran. Janji pemimpin Umno dan Barisan Nasional akan mengembalikan semula tanah kepada penduduk selepas tebu tidak lagi ditanam, hanya tinggal janji. Malah lebih kejam, secara senyap tanah sudah menjadi hakmilik orang lain. Jalan-jalan laluan penduduk kampung ditutup. Kubur diceroboh dan lebih malang, penduduk berdepan tindakan mahkamah. Adakah pemimpin Umno mahu menafikan. Kesannya 40 tahun kemudian. Semua orang tahu.

Keenam : Sekiranya penduduk merujuk kepada tanah milik syarikat, saya pasti ia merujuk kepada milikan Syarikat Gula Padang Terap yang sekarang dikuasai oleh Tradewind. Apabila sebahagian atau hampir 30 ribu ekar tersebut didakwa milikan syarikat tersebut kita dapati, tiada peta yang jelas dan ianya menimbulkan kekeliruan sempadan tanah sebenar. Sebenarnya kerajaan Kedah yang diterajui Umno telah menyerakahkan tanah tersebut kepada anak syarikat Kerajaan Negeri iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK). Akhirnya berlaku pajakan kecil yang bermula sejak 1995 dan akan berakhir 2055. Sudah tentu keputusan ini dibuat oleh pemimpin Umno. Peliknya orang lain yang dituduh. Kenapa tidak dipersoalkan pengkhiatan jelas itu.

Ketujuh. :Kerajaan negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak terbabit dalam keputusan pajakan tanah tersebut pada ketika itu. Malah Pakatan Rakyat belumpun wujud saat itu. Yang ada hanya Umno dan Barisan Nasional. Tanah tersebut sudahpun milikan individu atau syarikat. Adakah pemimpin Umno ingin membodohkan rakyat atau diri sendiri yang bodoh. Adakah kerajaan negeri boleh membatalkan sewenangnya keputusan yang dibuat oleh mesyuarat exco zaman BN, sedangkan semua keputusan itu perlu diteruskan.

Kelapan. : Tanah yang dirujuk oleh penduduk, berlegar di sekitar Syarikat Tradewind, Lembaga Getah Malaysia dan FELCRA. Semua keputusan menyerahkan tanah kepada ketiga-tiga pihak itu dibuat pada zaman Barisan Nasional memerintah Kedah. Dua dari tiga agensi itu adalah agensi Kerajaan Pusat. Malah terdapat pemimpin Umno Padang Terap di salah sebuah agensi itu yang terlibat sebagai Ahli Lembaga Pengarah. Kenapa beliau berdiam diri. Adakah ini isyarat Pemuda Umno untuk beliau atau satu penghinaan kepada beliau.

Kesembilan. : Segala yang berlaku adalah akibat tindakan tidak cermat pemimpin dahulu. Mangsanya adalah rakyat. Apabila hanya percaya tanpa membuat sebarang perbandingan kesannya adalah jangka panjang.

Terakhir:. Banyak lagi pendedahan akan dibuat. Saya akan dedahkan satu persatu. Namun begitu saya mengalukan tambahan maklumat. Saya akan terus buat yang terbaik dan termampu. Selebihnya terserah kepada Allah.

YB Mohd Nasir Zakaria
Ahli Parlimen Padang Terap

Apabila UMNO jadikan harta Kerajaan Malaysia sebagai harta mak bapak mereka..!!!

Surat untuk Umno Selangor

http://2.bp.blogspot.com/_2F9nTcAJr7c/S6mxpi7wJ8I/AAAAAAAAOks/tqFQGRDhu8A/s1600/tekun.jpg

Apabila kita membaca mesej-mesej di twitter Datuk Seri Noh Omar, kita akan terus tersenyum dan menggeleng kepala. Baru-baru ini, seorang yang bernama Adi Marwan telah bertanya Noh Omar mengapakah permohonannya untuk pinjaman TEKUN tiada mendapat apa-apa jawapan dari pihak terlibat.

Mula-mula sekali Noh Omar bertanya kepada Adi Marwan siapakah Ketua Cawangan/Bahagian Umno kawasan Adi dan seterusnya beliau bertanya sama ada Adi ada mendapatkan sokongan mereka ini semasa membuat permohonan untuk pinjaman TEKUN.

Sememangnya ahli politik dari Tanjung Karang tiada pernah menghampakan pemerhati-pemerhati politik. Dari zaman beliau di "boo" oleh pelajar-pelajar di Universiti Malaya dalam tahun 1999 apabila beliau mengherdik mereka agar sentiasa berterima kasih kepada kerajaan, sehinggalah ketika beliau diasak oleh Azmin Ali mengenai dakwaan duit rakyat yang digunakan oleh ahli politik Umno yang dibelanjakan untuk majlis rumah terbuka hari raya.

Portfolio Kementerian Pertanian ini adalah amat penting bagi masyarakat luar bandar, khususnya para petani, yang rata-ratanya amat memerlukan bantuan kerajaan. Di negera-negara Barat sekalipun, seperti Amerika Syarikat dan Perancis, kerajaan amat berhati-hati di dalam menyokong dan membantu para petani.

Sememangnya di Malaysia, sekiranya dilihat bilangan orang Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian, adalah amat penting bahawa polisi dan perjalanan kementerian ini dijalankan secara adil.

Akan tetapi, jika menterinya mengambil pendirian bahawa sokongan orang-orang Umno adalah diperlukan bagi memohon apa-apa peruntukan di bawah kementerian beliau, ini jelas merupakan penyalahgunaan kuasa. Sebarang bentuk dana yang diperolehi oleh mana-mana kementerian adalah milik rakyat, dan Umno sendiri adalah sememangnya tidak mampu untuk menyediakan dana tersebut dari tabung mereka sendiri, dan hanya orang yang tidak berakal sahaja yang akan menganggap bahawa semua rakyat Malaysia adalah orang Umno.

Pihak pimpinan Umno perlu sedar akan masalah ini dan tidak boleh menghalalkan apa yang dilakukan oleh Noh Omar ini sebagai "strategi untuk membantu Umno".

Kita masih ingat lagi di mana pimpinan Umno Selangor juga yang bersalah yang membenarkan Datuk Harun Idris yang memerintah Selangor dengan cara "political patronage" yang akhirnya jatuh tersungkur kerana rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Contoh "political patronage" ini adalah hanya memberikan kontrak dan bantuan kepada ahli Umno atau dengan sokongan Umno sahaja. Secara amnya, ia mungkin adalah baik untuk Umno, tetapi jika dilihat dengan lebih mendalam, usaha sebegini rupa adalah hanya untuk menguntungkan yang terlibat sahaja agar mereka mempunyai pengikut setia yang terhutang-budi setelah mendapat habuan.

Benarlah kata orang, politik jenis ini hanya inginkan kuasa dan kekayaan, dan hanya menggunakan "kepentingan Umno/Melayu" sebagai slogan atau retorik kosong semata-mata.

Umno Selangor juga bersalah dalam membenarkan "Abang Z" bermaharajalela di Kelang sehingga dapat membina 'istana'. Umno Selangor dan ditolak oleh rakyat bukanlah disebabkan oleh PKR atau DAP ataupun PAS. Umno Selangor sendiri yang bermasalah. Perdana Menteri kita telah menasihati Umno Selangor baru-baru ini agar jujur dan ikhlas.

Bila lagi Umno Selangor akan jujur dan ikhlas?

http://www.malaysiakini.com/letters/177474

Soalan Matematik SPM.. Siapa pandai jawab dipersilakan..??

Guen Eng bukan saja kena mohon maaf tapi kena masuk MCA baru puak songkok 3 jengkal akan puas hati..!!

Walaupun Guan Eng telah mohon maaf, rupa-rupanya Guan Eng terlupa ada satu lagi......alahai.....

Gambar hanya sebagai hiasan

Memang saya dah agak, hatta Guan Eng menangis air mata darah sekalipun merayu-rayu memohon maaf, puak-puak songkok tiga jengkal ini akan tetap memainkan isu ini lagi dan lagi.

Pada halnya memang sudah jelas Guan Eng sudah mohon maaf seperti DI SINI .


Soal keikhlasannya adalah perkara dalam hati.

Apa, selama ini adakah anda ingat puak-puak songkok 3 jengkal ini ikhlas menolong anda? Terpulanglah kepada anda untuk mentafsirnya jika anda betul-betul ikhlas. [sumber .]

Kenapa puak-puak ni masih memekak hinggakan Mahathir pun masih membebel lagi.

Tapi kita maafkan Mahathir kerana sifat dia sebagai seorang yang sudah lanjut usia tapi masih lagi perasan berkuasa......jadi bila di acah oleh pencacai-pencacai......maka mengomellah dia.

Mungkin Mahathir sudah lupa (nyanyuk?) atau buat-buat lupa bahawa dia masih lagi ber'hutang'.....beliau masih belum memohon maaf dengan Raja-Raja Melayu kerana Mahathirlah yang bertanggungjawab menarik kekebalan Raja-Raja Melayu dalam krisis Perlembagaan 1993 seperti DI SINI dan kepada rakyat Malaysia dalam krisis Perlembagaan 1988 seperti DI SINI .

Konklusinya, Guan Eng tidak dikira memohon maaf atau dalam bahasa yang lain Guan Eng perlu memohon maaf dengan puak-puak di bawah ini barulah beban Guan Eng ter'lepas' kerana puak-puak ini merasakan dirinya yang paling ber'KUASA' di Malaysia.

Itulah puak-puak songkok 3 jengkal yang dibangsakan Umno.

al-brangionline:

Orang Melayu perlu mengikiskan stigma bahawa Umnolah yang paling berkuasa di bumi Malaysia ini.

Ubahlah segera......Umno perlu diganti di PRU13 nanti.

http://al-brangionline.blogspot.com/2011/10/walaupun-guan-eng-telah-mohon-maaf-rupa.html

Pemilik no. hp yg kata MB STROKE menafikan yang beliau sebarkan sms tersebut..

Pemilik nafi sebar SMS

ALOR SETAR - Pemilik nombor telefon bimbit 014-224xxxx yang didakwa menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak kembali sakit (strok), menafikan dia adalah individu yang bertanggungjawab menyebarkan SMS terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian semalam, lelaki yang mendakwa dirinya berasal dari Qatar itu tidak fasih berbahasa Melayu sebaliknya lebih selesa berbual dalam bahasa Inggeris.

Menurutnya, dia tidak menghantar SMS berkenaan malah tidak mengetahui mengenai perkara itu sehinggalah dihubungi wartawan Sinar Harian, semalam.

“Saya kini tinggal di Simpang Kuala dan sudah tiga tahun berada di negara ini, malah nombor telefon itu sudah saya gunakan sejak dua tahun lalu dan mempunyai ciri-ciri keselamatan,” katanya yang enggan ditemui.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan namanya malah tidak memberi jawapan ketika ditanya mengenai pekerjaan dan tempat tinggalnya.

“Dari mana kamu dapat nombor telefon saya? Kenapa kamu bertanyakan terlalu banyak soalan kepada saya?” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia mengenali Azizan, katanya nama itu sering kali didengar namun tidak begitu mengenalinya.

Terdahulu, Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar, Mohd Helmi Khalid menerusi satu laman sosial mendedahkan bahawa terdapat SMS yang dihantar pada waktu tengah hari, 29 September lalu menggunakan nombor 014-240xxxx, mendakwa Azizan sakit kembali.

Mohd Helmi turut memaklumkan bahawa Azizan sihat dan menghadiri beberapa majlis termasuklah konvokesyen anaknya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 26 September, dan menghadiri mesyuarat bersama pimpinan Pas Pusat di Gombak, Selangor pada 28 September.

Malah Azizan juga bertugas seperti biasa di pejabatnya di Wisma Darul Aman pada 29 September, menghadiri majlis kenduri, masuk kembali ke pejabat dan pulang ke rumah kira-kira jam 4.30 petang.

Untuk mengesahkan khabar angin yang disebarkan itu adalah tidak benar, Azizan dilihat turut menghadiri Majlis Sambutan Ulang tahun Pas ke-60 yang diadakan di Dewan Milenium Kepala Batas, semalam.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9592681.asp

Cerita Kartun dari Kepala Batas - terra PAKLAH & Geng tak buat kerja pun ada orang masuk UMNO lagi...

SATU laporan berita pelik dari portal rasmi Umno (Umno Online), yang mendakwa 37 ahli PAS sertai UMNO di Kepala Batas.

Alasan yang diberikan untuk menyertai Umno ialah "Minta jalan baru, perbetul rumah rosak serta bantuan untuk keluarga, semua tidak dapat".

Lihat laporan berita ini baik-baik, perkara ini berlaku di Kepala Batas. Ahli Parlimennya ialah bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah manakala ketiga-tiga ADUN kawasan tersebut juga dari Umno.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Adun Pinang Tunggal Datuk Roslan Saidin dan Adun Bertam Zabariah Abdul Wahab ketiga-tiga ADUN ini adalah dari Umno.


Maka kesimpulannya, 37 ahli PAS yang dilaporkan masuk Umno adalah kerana ADUN Umno di kawasan mereka tak buat kerja kah kah kah.

Patutnya buatlah cerita, 37 ahli PAS masuk Umno kerana gembira dengan prestasi ADUN dari Umno, dan yakin dengan ahli parlimennya, Tun Abdullah.

Skrip wajib yang akan diulang-ulang setiap kali nak pilihanraya. Biarlah berita nampak bodoh, asalkan skrip ini dapat diulang-ulang.

ReJaM© "Banyak betul cerita kartun kat Malaysia ni..."

Ngeh: Pengakuan Zaki buat bicara MB lwn MB tak sah

Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang membabitkan krisis perlembagaan Perak perlu dianggap tidak sah ekoran pengakuan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi bahawa beliau tidak terbabit dalam pembentukan panel hakim yang mendengarnya, kata DAP Perak.

NONEPengerusinya, Datuk Ngeh Khoo Ham berkata pengakuan Zaki
yang beliau tidak terbabit dalam pembentukan penal lima hakim panel yang mendengar kes Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin, adalah salah di sisi undang-undang.

Memetik kes Majlis Peguam lwn Tan Sri Abdul Hamid Omar [1989] 2 MLJ muka surat 281, beliau berkata Mahkamah Agung pada tahun 1989 memutuskan bahawa pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan hanya boleh dibuat oleh Ketua Hakim Negara.

"Ekoran keputusan Mahkamah Agung itu - mahkamah tertinggi di negara ini - maka pembentukan panel hakim Mahkamah Persekutuan oleh mana-mana orang lain, adalah tidak dibenarkan.

"Oleh yang demikian, keputusan Mahkamah Persekutuan mengenai kes krisis Perak adalah tidak sah," kata Ngeh (kanan) kepada Malaysiakini.

Dalam kes pada tahun 1989 itu, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa hanya ketua hakim negara sahaja berhak untuk mengada dan membentuk panel hakim Mahkamah Agung untuk mana-mana prosiding.

Golongan Islam bakal kuasai kepimpinan negara ini: Mat Sabu

ALOR SETAR - Golongan Islam bakal menguasai kepimpinan negara ini pada masa hadapan selepas sekian lama dikuasai golongan nasionalisme.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, sekiranya kesilapan golongan Islam pada zaman lalu dapat dibaiki, kemunculan Islam kali ini lebih hebat dan akhirnya kembali menerajui dunia.

Menurutnya, pandangan golongan Islam akan muncul menguasai dunia Islam pernah disuarakan seorang tokoh disegani, Dr Burhanuddin Al-Helmi sewaktu merasmikan Kongres Parti Islam pada 1956.

“Kita mesti tunjuk kehebatan apabila golongan Islam mengambil alih kepimpinan negara dan pentadbiran perlu lebih baik berbanding pada zaman golongan nasionalisme dan sosiolisme.

“Jangan biarkan orang berhaluan kiri mengatasi kita, terutamanya dari sudut pengorbanan, kerana mereka berkorban untuk dunia,” katanya ketika menyampaikan motivasi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Ijtimak Pilihan Raya Pas Kuala Kedah, Kubang Rotan, kelmarin.

Hadir sama, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah I, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Mohd Nasir Mustafa.

Mohamad berkata, itulah tujuan utama untuk mendapatkan kuasa, memerintah negeri dan memerintah Persekutuan, bukan untuk mencari kemewahan atau mencari pangkat.

“Di dunia ketiga sekarang, pemerintahan sukar dijatuhkan melalui peti undi, melainkan melalui demonstrasi jalanan, kerana penipuan melalui sistem pengundian berleluasa.

“Perdana Menteri Bangladesh pernah membuat pengakuan rakyatnya juga boleh undi di Malaysia dan sekarang ini daftar pengundi di Selangor menjadi paling kotor apabila berpuluh ribu pendatang didaftarkan sebagai pengundi.

ibu kecewa ekspo konvokesyen dipenuhi program melalaikan

Saya ingin melahirkan kekecewaan kepada pihak pentadbiran UUM di atas apa yang berlaku sewaktu majlis perasmian konvokesyen yang baru sahaja bermula beberapa hari yang lepas. Anak saya ada menceritakan pihak universiti telah menjemput artis luar bagi membuat persembahan pada malam perasmian konvokesyen tersebut. Apa yang mengecewakan saya adalah keadaan dan suasana pada malam tersebut amatlah teruk terutama sekali sewaktu persembahan artis itu berlansung. Dengan keadaan siswa dan siswi yang tidak terkawal, bercampur gaul, melaung, melalak dan terkinja-kinja. Lansung tidak mencerminkan suasana di sebuah universiti yang seharusnya dipenuhi dengan program-program yang bersesuaian dengan tarafnya sebuah universiti.

Saya juga difahamkan pihak universiti telah menghabiskan duit berjumlah beribu-ribu ringgit semata-mata untuk menjemput artis-artis dari luar bagi membuat persembahan di sepanjang ekspo konvokesyen berlansung. Alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk perkara yang memberi manfaat kepada pelajar. Apakah hasil yang diperolehi oleh universiti dan pelajar dengan mendatangkan artis-artis tersebut? Tidakkah ia menambahkan lagi barah gejala sosial dalam kalangan siswa dan siswi? Mengapa tidak dijemput artis-artis yang mampu memberi kesan yang baik dan positif kepada mahasiswa walhal ramai lagi artis-artis di luar sana yang boleh dijadikan contoh untuk diikuti.

Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UUM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru di alam universiti.

Saya bimbang jika perkara ini tidak dikawal akan memberi kesan yang negatif bukan sahaja kepada anak saya bahkan kepada seluruh pelajar lain di UUM. Saya dan seluruh keluarga meletakkan harapan yang tinggi kepadanya agar dapat menjadi seorang pemimpin yang baik pada suatu masa nanti, kerana dialah satu-satunya anak saya yang dapat menjejakkan kaki ke menara gading.

Saya berharap agar pihak pentadbiran UUM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti, seterusnya dapat mencapai hasrat universiti yang ingin menjadi universiti pengurusan terkemuka pada suatu hari nanti.

Ibu kecewa,
Sabak Bernam, Selangor.

Fitnah di laman sosial ~ punggah RM100,000

GEORGETOWN - Gara -gara memfitnah di dalam laman sosial, seorang pesara yang merupakan bapa kepada bekas pelajar pusat latihan automotif itu diperintah membayar RM100,000 sebagai ganti rugi dan kos.

Pesuruhjaya Kehakiman, Varghese George Varughese memerintahkan Leong Yook Kong, 64, membayar RM60,000 sebagai ganti rugi am, RM15,000 ganti rugi teruk dan RM25,000 kos ke atas tiga kiriman berbentuk komen dihantar oleh defendan antara November dan Disember tahun lalu terhadap Auto DeSpark (Pulau Pinang) Sdn Bhd di dalam laman sosial peribadi Facebook.

Varghese turut mengeluarkan perintah menghalang defendan daripada terus menerbit dan menyiarkan kiriman berbentuk fitnah yang sama ataupun menyerupai di dalam mana-mana media.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mahkamah mendapati kiriman atau perkataan yang terkandung dalam kiriman dimuat naik oleh defendan itu secara jelas merujuk kepada plaintif.

“Setelah berpuas hati terdapat unsur fitnah dalam tiga kiriman itu, mahkamah berpendapat defendan gagal membuktikan apa-apa pembelaan yang dibangkitkan oleh mereka.

“Mahkamah turut mendapati komen-komen yang dibuat dalam kiriman laman sosial itu secara jelas berniat jahat dan dakwaan itu adalah serius serta boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada pusat latihan automotif berkenaan,” katanya.

Terdahulu, sebuah pusat latihan teknologi automotif swasta memfailkan saman ke atas seorang bapa bekas pelajar pusat itu yang didakwa menghantar tiga kiriman berbentuk komen di dalam laman sosial Facebook peribadinya.

Despark Auto menuntut ganti rugi daripada Yook Kong yang menghantar tiga kiriman yang memfitnah pusat latihan itu menjalankan aktiviti jenayah termasuk rasuah dan menipu.

Ketika bicara, tenaga pengajar merangkap pegawai hal ehwal pelajar, Eng Kooi Chuan berkata, selepas kiriman terbabit dimuat naik dalam laman sosial itu, enam pelajar meninggalkan pusat itu.

Plaintif diwakili N Rajivan dan Ruebankumar manakala Yook Kong oleh K Paramanathan.

Jawatankuasa selesai isu tanah

ALOR SETAR - Penubuhan jawatankuasa tanah peringkat daerah tahun lalu, yang dipengerusikan pegawai daerah adalah pendekatan yang diambil Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan masalah mengenai tanah di negeri ini.

Ahli Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, semua permohonan pemilikan tanah akan diproses oleh jawatankuasa terbabit sebelum dikemukakan kepada Kerajaan Negeri.

“Justeru, pemohon boleh mengemukakan permohonan kepada jawatankuasa berkenaan, tetapi keutamaan adalah kepada peneroka yang sudah lama mengusahakan tanah terbabit dan bukannya peneroka baru.

“Ini cara kita membantu mereka dengan mewujudkan dasar yang sebelum ini tidak ada di bawah kepemimpinan terdahulu, bagi memudahkan proses dijalankan.

"Jika tiada masalah, permohonan mereka akan diluluskan,” katanya mengulas mengenai 80 penduduk kampung di Kuala Nerang yang menuntut janji Kerajaan Negeri untuk menyelesaikan isu tanah di kawasan itu.

Menurutnya, beliau difahamkan bahawa tiada permohonan yang sampai kepada Kerajaan Negeri sehingga hari ini.

Beliau sehubungan itu meminta pemohon yang terlibat merujuknya dengan pejabat tanah di kawasan masing-masing.

“Saya tidak mempunyai butiran mengenai status tanah berkenaan, tetapi jika ia berkaitan dengan tanah Jabatan Hutan negeri atau mana-mana pihak, ia perlu mendapat kelulusan mereka terlebih dahulu.

“Kita berjanji untuk membuat satu dasar bagi membolehkan penduduk yang sudah lama menerokai tanah berkenaan mendapat hak milik, dan Kerajaan Negeri sudah menunaikan janji itu,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, 80 penduduk di kawasan Sebapin, Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, yang menjadi peneroka sejak 1983, mendakwa Kerajaan Negeri gagal memenuhi janji yang dibuat pada Pilihan Raya Umum 2008 iaitu untuk membantu menyelesaikan isu membabitkan 80 hektar tanah di kawasan terbabit.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...