TERKINI :

Friday, September 30, 2011

Senarai KESILAPAN yang dilakukan rakan Facebook penyokong Pakatan Rakyat...

Jangan anggap remeh rangkaian Facebook

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Menurut satu kajian yang dibuat terhadap rangkaian laman sosial terkemuka, Facebook, pada bulan April 2010 terdapat 5.5 juta pemegang akaun FB di Malaysia. Ia dianggarkan 19.6 peratus dari 28 juta rakyat Malaysia.

Setahun selepas itu, iaitu pada April 2011, pemegang akauan FB bertambah ke angka melebihi 10 juta. Pertambahan dalam masa setahun adalah sekali ganda menjadikan pemegang akaun FB di Malaysia merupakan 35.6 peratus dari penduduk keseluruhan. Peratus tersebut meletakkan Malaysia di tempat ke tujuh penggunaan FB tertinggi di dunia selepas Kanada, Amerika Syarikat, United Kingdom, Chile, Australia dan Turki.

Peratus tersebut mungkin tidak tepat untuk dinisbahkan dengan jumlah penduduk memandangkan ada di kalangan rakyat Malaysia yang memiliki lebih dari satu akaun FB sama ada melalui penyamaran ataupun atas nama entiti lain yang diwakilinya, misalnya NGO, jabatan, syarikat, parti politik dan sebagainya. Apa pun penggunaan FB sebagai platform menyebarkan maklumat tetap penting dan berpengaruh.

Kejayaan terbesar FB ialah mengeratkan semula antara rakan-rakan sebenar yang pernah dikenali seseorang menyebabkan tiada lagi batasan persahabatan berdasarkan jarak.

Kejayaan FB dalam dunia teknologi informasi ialah keupayaan menyebarkan maklumat dalam masa yang pantas. Hari ini FB benar-benar menjadi 'akhbar, radio dan televisyen' bagi segolongan anggota masyarakat yang menatap FB seperti menikmati sarapan pagi, makan tengahari atau malam.

Maklumat yang muncul dalam FB adalah mentah dan bersepah-sepah. Siapa yang berkuasa mengawal maklumat dalam FB? Jawapannya, sama untuk kemunculan blog sejak dua dekat lalu.. tiada siapa boleh mengawal atau menguasainya. Justeru bagi pembangkang di Malaysia FB mesti diurus, ia adalah peluang penyebaran maklumat yang terbaik. Alhamdulillah bagi PAS, melalui lajnah teknologi maklumat di semua peringkat, penggunaan FB telah diurus dengan baik namun mereka cuma mewakili golongan kecil dari lebih 10 juta pemegang akaun FB.

Terlalu ramai penyokong Pakatan Rakyat yang bersemangat menyokong PR dan memerangi BN; tetapi hanya membazir tenaga dan masa dalam FB dalam kerja yang nampaknya bersungguh benar tapi hakikatnya hanya 'merosakkan' sokongan terhadap PR. Di samping terdapat segolongan besar lagi yang malas memanfaatkan peluang menyebarkan maklumat secara mudah yang terhidang dalam FB.

Saya ingin mengguna kesempatan ruangan ini untuk membetulkan golongan yang hanya bekerja keras (work hard) tetapi tidak bekerja secara baik (work smart) di FB.

Berikut adalah senarai KESILAPAN yang dilakukan oleh rakan FB penyokong PR:


1. Kesilapan terbesar jurukempen alam siber ialah tidak memokuskan tugas utamanya iaitu cuba mengubah minda sasaran. Ramai yang berminat menyindir, mengutuk, menghina, memperlekeh dan merendahkan pihak lawan. Pihak lawan membalas balik dengan serangan yang lebih ganas, memaki hamun, mencarut, memberi gelaran buruk. Atau pihak lawan yang memulakan dan kita memberi reaksi serupa. Apa hasilnya? Kita adalah penyokong PR tegar manakala mereka adalah penyokong BN tegar. Tiada siapa akan berubah. Yang akan terubah persepsi ialah rakan-rakan atas pagar yang melihat kedua belah pihak sama saja, 2x5, 5x2. Jadi, betulkan nawaitu serta tujuan kita: Hendak mempengaruhi orang ramai atau hendak melepas geram.

2. Jangan termakan provokasi lawan. Berhujah dengan lunak berasaskan dalil dan fakta. Hujah kita akan dinilai oleh golongan yang rasional. Biarkan pihak lawan melakukan serangan kotor kerana semakin celupar mereka 'berhujah' semakin hilang wibawa mereka. Kita yang untung.

3. Jangan guna gelaran buruk untuk lawan. Contoh: Najis Tun Razak, Wak Sembab (Muhyiddin Yasin), Hisham Aww, Khir Toyol. Ingat tugas anda ialah mempengaruhi golongan atas pagar dan golongan rasional. Pihak lawan sering menggunakan N.ajis, Pork Nick, Aljuburi, Peliwat Tegar, Anugay, Mat Sabun, Mat Shabu, DAPig, hamPAS.. Biarkan, kerana ia 'sangat membantu' kita.

4. Jangan memaki hamun, eg. Babi, anjing, bodoh, bengap, keldai, haramjadah, celaka. Jangan mengejek, eg. Wakakaka, perghh, huahhh. Jangan mencarut. Tiada sasaran yang akan terpengaruh dengan maki hamun dan ejekan, tetapi manusia terpengaruh dengan hujah dan fakta.

5. Jangan menyerang penyokong atau pengikut. Tahap kesetiaan penyokong mana-mana parti adalah berbeza. Penyokong yang lemah dan rasional mempunyai keupayaan untuk berubah tapi jika kita menyerang penyokong BN secara borong, yang lemah pun akan terasa kuat. Jadi elakkan mengguna perkataan puak-puak tu, penganut UMNO, pengikut buta tuli UMNO, geng songkok tinggi dll. Yang mesti diserang ialah para pemimpin mereka di semua peringkat.

6. Bagi segolongan rakan FB dari kalangan penyokong PR, mereka hanya gemar menjadi pembaca, langsung tidak mahu berperanan sebagai penyebar maklumat. Di luar sana, kita sibuk menyalahkan BN kerana media yang berat sebelah tetapi di alam siber yang beratnya berbelah-belah kita tidak memanfaatkan peluang yang terhidang. Jadilah pencetus dan pengkomen, bukan hanya sekadar pembaca.

7. Masing-masing pemegang akaun FB mempunyai rangkaian rakannya tersendiri. Terlalu banyak bahan kempen yang sampai berupa nota, banner, kartun ataupun klip video. Lakukan 'share' (kongsi), hanya dengan satu sentuhan beribu rangkaian rakan kita akan memperolehnya. Lagi banyak maklumat yang sama disebarkan, lagi teguh kepercayaan orang terhadapnya. Sangat mudah untuk dilakukan mengapa tidak buat?

Hari ini ceramah tidak lagi mendapat sambutan seperti satu atau dua dekad lalu. Maklumat yang mudah diperolehi dari media baru mungkin menjadi sebab. Tenaga dan masa yang diperlu untuk mengatur satu program ceramah sangat besar. Tapi Tuan Guru Nik Aziz boleh 'berceramah' kepada lebih 400 ribu rakan mayanya hanya dengan sentuhan jari.

Kelebihan FB ialah rangkaian rakan-rakannya adalah golongan menengah dan terpelajar dalam masyarakat. Cakap mereka berwibawa dan didengari. Pengaruhi mereka, lalu biarkan mereka mempengaruhi masyarakat.

Dr Asri disyor ketuai muzakarah hudud dicadang PAS

September 30, 2011

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Pusat Penyelidikan PAS mencadangkan agar bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilantik mengetuai muzakarah mengenai pelaksanaan hukum hudud, yang disyorkan oleh parti Islam itu semalam.

“Cadangan melantik Dr Asri (gambar) ini dilihat boleh diterima oleh semua pihak memandangkan beliau tidak berpihak kepada mana-mana parti politik sama ada PAS, PKR dan Umno.

“Justeru pelantikan beliau akan lebih menjayakan muzakarah ke arah pelaksanaan usaha yang murni ini,” kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencadangkan agar diadakan satu muzakarah untuk meleraikan kekeliruan dan membetulkan persepsi negatif yang timbul dalam masyarakat terhadap sistem perundangan Islam di negara ini.

Selain itu PAS turut mencadangkan agar muzakarah ini dihadiri oleh para mufti dan Umno mewakili parti pemerintah.

“Muzakarah ini diharap dapat diadakan secara terbuka bagi memberi ruang luas kepada seluruh masyarakat mendengar pandangan semua pihak, bukannya tindakan sebelah pihak,” kata Tuan Ibrahim.

PAS mengesyorkan pandangan ini ketika negara menyaksikan kontroversi berkaitan dengan pelaksanaan hukum hudud. Isu ini muncul kembali minggu lalu.

Selain itu kata Zuhdi, Asri juga dihormati sebagai ilmuan Islam kontemporari, yang peka dengan perkembangan politik semasa termasuk di Malaysia.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Zuhdi berkata, Pusat penyelidikan PAS berpandangan fungsi muzakarah ini seumpama Majlis Perundingan Ekonomi Negara (Mpen) yang pernah ditubuhkan oleh kerajaan untuk merangka rancangan jangka panjang pembangunan Malaysia menjelang tamatnya tempoh pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

“Menyedari hakikat tersebut, muzakarah pelaksanaan hukum-hukum syariah perlu merumuskan langkah-langkah yang perlu diambil ke arah melaksanakan syariah di Malaysia termasuklah mewujudkan suasana yang kondusif seperti yang pernah dibangkitkan oleh Dr Asri sebelum ini.

“Cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh muzakarah ini hendaklah dilaksanakan oleh kerajaan sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, bukan seperti yang telah berlaku kepada Mpen sebelum ini, apabila Perdana Menteri ketika itu menegaskan kerajaan tidak terikat dengan keputusan-keputusan Mpen,” katanya lagi.

Jelas beliau, Pusat Penyelidikan PAS melihat dengan muzakarah yang dicadangkan itu, polemik berkaitan pelaksanaan syariah di Malaysia termasuklah yang berkaitan dengan isu pelaksanaan hukum hudud dapat diselesaikan.

“Pusat Penyelidikan PAS menggesa kerajaan Malaysia menyahut seruan Ketua Penerangan PAS untuk mewujudkan muzakarah tersebut, bukannya berdolak-dalik dalam isu pelaksanaan syariah ini.

“Pendirian Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri sendiri saling bercangggah dalam isu ini. Perdana Menteri menyatakan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, yang difahami bahawa sampai bila-bila tiada ruang bagi hukum hudud untuk dilaksanakan manakala Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan, yang boleh difahami bahawa akan tiba masanya hukum hudud itu dilaksanakan,” kata Zuhdi.

Oleh itu kata beliau, Pusat Penyelidikan PAS menggesa supaya seruan ini disahut sebagai membuktikan komitmen kerajaan khususnya Umno dalam melaksanakan hukum-hukum syariah pada masa-masa hadapan.

Hudud: Pemimpin DAP, PAS keliru dalam soal Perlembagaan, kata pakar

September 30, 2011


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Banyak pihak termasuk pemimpin PAS dan DAP sendiri terkeliru bahawa Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, kata pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Menurut Aziz (gambar), beliau tidak nampak sebarang asas dan sebab yang memerlukan Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi memberi laluan kepada pelaksanaan hukum hudud.

Kerajaan negeri Kelantan yang diperintah PAS sejak 1990 masih berusaha untuk melaksanakan hukum hudud itu di negeri itu. PAS mengambil langkah yang sama di Terengganu ketika memerintah antara 1999 hingga 2004.

“Setakat ini saya tidak jelas sebab mengapa perlembagaan perlu dipinda untuk pelaksanaan hudud,” kata beliau dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli akademi dan pemerhati politik ini menambah, keperluan itu tidak wujud sebab sebahagian hukum hudud sudah pun dilaksanakan dalam bentuk jenayah syariah.

“Contohnya zina dan murtad, cuma hukumannya tidak mengikut Islam,” kata beliau.

Oleh itu kata beliau lagi, “logiknya mereka yang berkata hudud perlu pinda Perlembagaan (Persekutuan), maka apa yang ada itu, yakni jenayah syariah tadi, adalah tidak sah.”

“Ini tidak masuk akal,” kata beliau lagi.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan awal pagi ini, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata “bagi PAS, isu yang dipertikai adalah apakah perundangan syariah itu menepati kehendak Perlembagaan (Pusat) atau berlawanan dengan kehendak Perlembagaan negara, dan ini mestilah ditentukan oleh mereka yang berautoriti.”

Kata Aziz lagi, mereka yang mendakwa hudud tidak boleh dilaksanakan kerana Perlembagaan Persekutuan kononnya bersifat sekular juga tidak betul kerana kandungan rangka utam undang-undang negara itu tidak berkata begitu.

“Samalah dengan demokrasi itu sendiri, Perlembagaan Persekutuan tidak mengatakan bahawa sesuatu undang-undang itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia tidak demokratik atau akan terbatal kerana bertentangan dengan demokrasi,” katanya lagi.

Jelas Aziz, piawaian atau standard atau pun penanda aras yang Perlembagaan Persekutuan gunakan ialah sesuatu yang jelas dan objektif.

“Perlembagaan tidak menggunakan penanda aras atau ukuran yang kabur seperti sekular atau demokrasi. Jelasnya perlembagaan menggunakan piawai yang objektif seperti bidang kuasa siapa dan sebagainya,” tambah beliau.

Nombor telefon nie 014-240 8883 yang sebar sms kata MB KEDAH stroke..!!

MB Kedah stroke???
SMS dari nombor 014-240 8883 ~ MB. Kedah sakit kembali ( stroke) ~ ( sms dihantar sekitar tghari 29/9, merata dia hantar) Dok call no. ni dia xjwb, sms pun dia tak jawab: sbg makluman, 26/9 mb ke konvo anaknya di UKM, 28/9 mesyuarat bersama pimpinan PAS Pusat di Gombak, 29/9 masuk pejabat di Wisma Darulaman, hadir kenduri, masuk balik pejabat, 4.30 ptg balik ke rumah ~ waktu mana stroke saya pun tak tau.
· · · 20 hours ago via Mobile · Privacy:

  • 8 people like this.
    • Mohamad Nazir Zakaria yang pasti bukan ust nazir....hehehe
      20 hours ago · · 1 person
    • Helmi Khalid Takkan la ust. Nazir nk buat keja tu
      20 hours ago · · 1 person
    • Abd Nasir Majid Bahlol punya manusia....orang tak sakit dia kata sakit. Mi, caqhi sapa dia... Dpt nanti bagitau kita potong k.t.
      20 hours ago ·
    • Shahril Rizal Ismail Xtahuan org tue cik mie..td ade org col tanya sy..td ptg dato p kenduri hj rahman yayasan islam..mau kasi kecoh la tue..dasaq perangai cam b__i...hahahaha,..
      20 hours ago ·
    • Hisham Yusoff kita pakat doa moga Allah bagi 'hidayah' kat dia. Itu yg terbaekk ;-)
      19 hours ago ·
    • Mohd Rosli Bin Azmi mcm-mcm sms depa hantar, sat amti, sat stroke sat esok apa -apa lagi...
      17 hours ago ·
    • Abd Kadir Hj Hashim orang yg hantar SMS tu kot yg stroke,do'akan lah moga Allah balikkan kpd org yg buat fitnah ini.Amin.........
      16 hours ago · · 1 person
    • Asrul Aimran depa main2 na dengan urusan Allah nih..
      14 hours ago ·
    • Zainul Jamal Repot suruh polis siasat tgk..
      10 hours ago ·
    • Zainul Jamal Patut la masa p seminar smalam org asyik tanya mb sehat ke dak...
      10 hours ago ·
    • Azlan Che Pi jumpa kita bakoooo je orang tu....
      10 hours ago ·
    • Mohamad Tarmizi Ismail MB Kedah yg dulu-dulu kot...... Try tanya YB Nasir Kbg Rotan
      7 hours ago · · 1 person
    • Mohamad Nazir Zakaria semoga Tuhan beri pertunjuk kpd kita semua
      4 hours ago ·
    • Ab Azid Ramli itu kerja orang yang rasa nak dosa dan nak mampus dalam neraka
      4 hours ago ·

Aduhai UMNO Kedah..dok dalam kemelut tu pun ada hati nak tawan Kedah..!!

Kedah: Umno bahagian diingat selesai kemelut dalaman

Wanita Umno Kedah hari ini mengingatkan Umno bahagian di negeri itu agar menyelesaikan segera kemelut dalaman yang dikatakan berlaku jika tidak mahu dikecewakan lagi pada pilihan raya umum kelak.

Ketuanya Datuk Maznah Abdul Hamid berkata kemelut yang dihebohkan berlaku di beberapa bahagian, boleh menjadi beban kepada Barisan Nasional (BN) Kedah dalam usaha merampas kembali negeri itu.

"Parti lawan khususnya PAS sememangnya suka perebutan dan pergaduhan ini berlaku dalam Umno supaya mudah bagi mereka mempertahankan Kedah."Segala masalah yang menjadi punca hendaklah diselesaikan dari akar umbi," katanya kepada pemberita di Alor Setar.

Maznah juga berkata semua sayap Wanita dari parti komponen BN tidak menghadapi masalah dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Malah katanya, Wanita MCA dan MIC Kedah menunjukkan perkembangan memberangsangkan yang memberi petanda pemulihan sokongan kaum hawa terhadap BN.

"Pengundi wanita melebihi 50 peratus dari jumlah pengundi. Pergerakan Wanita BN akan menggunakan sepenuhnya masa yang ada untuk mendekati mereka khususnya pengundi muda yang pertama kali mendaftar sebagai pemilih.

"Kami juga tidak akan meminta kuota kepada Wanita ditambah. Terserah kepada pucuk pimpinan menentukannya," kata Maznah.

Dalam pilihan raya umum 2008, Wanita Umno Kedah hanya diperuntukkan satu kerusi iaitu di Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Tiang yang ditandingi dan dimenangi bendahari Puteri Umno ketika itu Suraya Yaacob.

Guan Eng mohon maaf pada Sultan Johor dan masa yang sama bawa isu nie ke Mahkamah..

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memohon maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar kerana menyinggung perasaan baginda berhubung satu kenyataan yang didakwa memburukkan negeri Johor.

NONELim berkata beliau memohon maaf sepenuhnya kepada baginda dan rakyat negeri Johor.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini, Lim berkata, beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri lain.

Berikut adalah kenyataan penuh Guan Eng.

Sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada Raja dan negara, patik ingin memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, atas rasa tersinggung DYMM Tuanku terhadap kenyataan berikutan dengan Johor yang telah dibuat oleh patik.

Dan juga kepada rakyat jelata Johor di bawah naungan DYMM Tuanku atas perkara yang sama.

Patik tidak berniat untuk memburukkan Johor atau mana-mana negeri atas apa-apa sebab dan alasan sekali pun.

Dalam laporan media, DYMM Sultan Johor juga bertitah bahawa Baginda tidak mahu diseret ke dalam arena politik. Patik bersetuju dengan titah DYMM Sultan Johor.

Saya merasakan bahawa saya telah disalah lapor oleh media massa yang dikawal oleh Barisan Nasional.

Saya akan membawa perkara ini ke mahkamah untuk menentukan kebenaran tentang di mana saya membuat ucapan saya, apa yang sebenarnya yang diperkatakan, bagaimana ia dikatakan dan dalam konteks apa kenyataan itu dibuat.

Setakat ini, selain daripada pita rakaman yang disiarkan oleh TV3, tidak ada sebarang laporan media tentang apa yang saya katakan di Singapura atau di Australia. Saya mempunyai akses untuk pita rakaman wawancara saya dengan Radio Australia. Saya masih sedang mencari pita rakaman tentang apa yang saya katakan di Singapura yang dibuat secara peribadi dalam satu sesi tertutup.

Saya telah pun mengarahkan peguam-peguam saya untuk memfailkan saman di mahkamah, ke atas semua media massa kawalan BN bermula dengan Bernama.

Sementara itu, akhbar-akhbar utama hari ini melaporkan Sultan Johor tersinggung dengan dakwaan yang Guan Eng telah memburukan negeri itu dan ketua menteri Pulau Pinang itu didakwa berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik jika ke negeri itu.

Berita Harian melaporkan baginda tersinggung bila mendengar tuduhan tidak berasas dibuat berkaitan keadaan Johor.

Menurut baginda, polis Johor yang dipimpin Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, selama ini sentiasa menunaikan tanggungjawab diamanahkan dalam menjaga keselaatan dan keamanan untuk kesejahteraan seluruh rakyat dan pelancong ke negeri ini.

Pada 12 Ogos lalu, Lim didakwa memburukkan negeri itu dalam pertemuan dengan wartawan asing di Singapura, dan rakaman audio yang dikatakan beliau memburukkan Johor, telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3.

Lim dilaporkan berkata rakyat Singapura menghadapi kemungkinan diculik apabila mereka pergi ke Johor.

Kenyataan Lim itu dilaporkan mengundang kemarahan pelbagai pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendesak setiausaha agung DAP itu memohon maaf di atas kenyataaan itu.

Bahkan kira-kira 200,000 ahli Majlis Penyelaras Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Melayu Johor dilaporkan mahu tindakan undang-undang diambil kepada Lim dan menasihatkan beliau agar tidak masuk ke negeri tersebut.

Pengerusi YADIM Tidak Persoal UMNO Tolak Hudud Atas Desakan Seorang Pelakon Porno


Nampaknya, Pengerusi YADIM sudah mula bermain politik murahan beliau. Dalam laporan TheMalaysianInsider terbaru beliau dilaporkan berkata:

“Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah,” kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.
Lagu sumbang ni dinyanyikan UMNO sejak tahun 1993 lagi.

NAMUN, apabila Tok Guru Nik Aziz meminta UMNO sendiri merangka deraf hudud untuk dilaksanakan di Kelantan, sehingga hari ini pelawaan PAS itu TAKUT untuk diterima oleh UMNO.

Yang lebih menyedihkan adalah pelawaan PAS dibalas dengan amaran keras oleh UMNO yang akan melaksanakan MAGERAN kalau Hudud dilaksanakan di Kelantan.

Sepatutnya Pengerusi YADIM harus menyoal mengapa UMNO begitu mudah tunduk kepada amaran seorang pelakon porno? Hanya kerana pelakon porno itu tidak redha, maka hukum Allah SWT diketepikan

Tapi nak buat macamana, Pengerusi YADIM adalah lantikan UMNO. Terpaksalah buat kerja-kerja kotor UMNO.

sebelum nie HUDUD..selepas tu DEB plak..aduhai..MelaYu...


Tulang Besi

Apabila Mat Sabu Bergandingan dengan Sabre Abu dalam team Hijau Kuning..!!

http://ecofrensatu.files.wordpress.com/2009/12/pix_topright.jpg

Gambar Hiasan

Penyerang PAS yang sudah lama direhatkan sejak 2008, Mat Sabu, yang baru diturunkan akhirnya menjelmakan gol awal dalam perlawanan menentang UMNO.

Walaupun diasak oleh pemain pertahanan lawan yang ketuai oleh Hisahamuddin Hussin dengan dibantu Khairi Jamaluddin (yang dikhabarkan akan berpindah ke pasukan baru musim depan dengan yuran perpindahan yang terendah dalam sejarah pemindahan pemain),namun ianya masih belum mampu memastikan gawang UMNO tidak bocor.

Rembatan deras Mat Sabu yang dikatakan bayangan Mat Indera penyerang sensasi Tanah Melayu yang sangat digeruni Inggeris suatu ketika dahulu, akhirnya menyebabkan penyokong UMNO mengamuk dan melemparkan objek keras sebagaimana yang dilaporkan oleh wartawan Harakah di Negeri Sembilan kelmarin.

Mat Sabu yang sememangnya terkenal dengan kegelicahannya mengelecek bola sebagaimana Messi, bijak merembat deras bola yang dilorongkan oleh pemain veteran PAS yang masih kuat Nik Abdul Aziz Nik Mat. Penjaga Gawang UMNO Muhyiddin Yaasin dilaporkan cedera dan patah jari kerana cuba menahan bola kencang yang dirembat Mat Sabu.

Jentera serangan UMNO yang diketuai Najib Abd Razak pulak dipaksa untuk berhempas pulas untuk menembusi kubu pertahanan lawan yang diketuai Nasaruddin Hassan. Malah serangan balas yang diketuai Najib sekadar melewati palang gol walaupun sepakan gunting gaya I.S.A. digunakan oleh beliau.

Najib dilaporkan kecewa dengan prestasi hambar rakan-rakan sepasukannya yang mudah membiarkan kubu pertahan dibolosi, apatah lagi pemain pertahanan simpanan yang dimasukkan Zainal Kling juga gagal menjaga gawang UMNO bahkan menjaringkan pula gol sendiri pada minit ke-15 perlawanan, hasil perebutan bola yang berlaku dengan Saifuddin Nasution dihadapan pintu gol.Ini menyebabkan sebahagian penyokong UMNO di Britain dilaporkan kecewa dan menangis dengan apa yang dilakukan Zainal Kling.

Lebih parah lagi pada minit ke-30 Zainal Kling terpaksa diusung keluar hasil terjahan keras yang dilakukan oleh penyerang sensasi PAS Nik Abd Aziz Nik Mat.Kehadiran penyokong UMNO yang sekadar 3.4 juta tidak mampu menggerunkan pasukan anak buah Al-Marhum Fadhil Noor.

Malah pada minit ke-40 sekali lagi gawang UMNO bocor kali ini dengan rembatan hudud yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz yang bijak melepasi perangkap off said yang dilakukan oleh benteng pertahanan UMNO. Malah ketangkasan Nik Abd Aziz Nik Mat yang bijak melakukan larian biarpun secara solo mendapat pujian penjaga gawang UMNO sendiri Muhyiddin Yaasin.

Sehingga tamat separuh masa pertama UMNO dilaporkan masih buntu mencari gol walaupun berpakat dengan pengadil perlawanan Abdul Aziz Mohd. Yusof.Malah kehadiran kuda tua UMNO yang menyarung jersi lama yang berlogokan ‘tolak hudud’ Mahathir Mohamad langsung tidak memberikan sebarang ancaman kepada benteng pertahanan PAS yang dibantu oleh Mahfudz Omar.

Mahfudz yang dimasukkan oleh jurulatih PAS Abd Hadi Awang dilihat bijak merantai pergerakkan Mahathir kerana memiliki kelebihan berasal dari negeri yang sama...kah..kah..kah...

Perlawanan dijangka bersambung semula pada separuh masa kedua,namun setakat artikel ini ditulis Abdul Aziz Mohd Yusof masil lagi belium meniupkan wisel kerana menanti arahan kapten pasukan UMNO Najib Tun Razak. Separuh masa kedua ini dijangka lebih rancak hasik kata peransang yang diberikan terutamanya selepas mendapat kata peransang oleh penolong pengurus pasukan Anwar Ibrahim.

Saksikan apa akan berlaku pada separuh masa kedua...apakah mungkin PAS atau UMNO mendapatkan khidmat Safee Sali untuk mengukuhkan jentera serangan mereka?-WARTAWAN Kiyai Haraki melaporkan....Hidup Harimau Malaya!!!

Sumber: http://kiyaiharaki.blogspot.com/ (TQ Kopi Tiam Bang Nan)

HUDUD - PAS tunduk DAP @ UMNO yang tunduk kepada GERAKAN/MCA..!!

oleh AnakKedah007

http://www.nagari.or.id/gambar3/sembah.gifhttp://www.nagari.or.id/gambar3/sembah.gifhttp://www.nagari.or.id/gambar3/sembah.gif
CHECKMATE.... UMNO dah terkehel tengkok dia tak tau nak jawab apa...depa last sekali sekarang dok jaja cerita 1MALAYSIA.. yangmana PAS TUNDUK PADA DAP sebab tak mau buat HUDUD....

Dey macha sekarang sapa yang tak mau buat.... dari dulu sampai skrg ada ka ko dengaq pimpinan PAS kata kami dah lempaq buang dah hudud nie...kami tak mau buat dah hudud nie..ada kaa ko orang dengaq.... yang dok dengaqnya sekarang hangpa laa UMNO yg jelas mengatakan tak akan buat hudud....

Itu laa jangan asyik dok nak menembak orang saja...orang nie tunduk orang tu tunduk... last tak sedaq diri rupa-rupanya depa sendiri yang tunduk kepada GERAKAN & MCA...

Aduhhh sudah-sudahlaaaa tuu wahai rakyat Malaysia..hangpa dok sokong parti orang putih nie buat apa [UMNO - United Malaysian dot dot dot... ~ nama pon mat saleh lagi..!!] depa nie dah tak ada hala tuju dah..nama saja wakil MELAYU BUMIPUTERA tapi DEB dah nak lempaq buang dah macamana depa buang BIASISWA jadi ALONG PTPTN....

Hukum ALLAH yang ALLAH suruh laksanakan pun tak ada sekelumit dalam hati nak laksanakannya..ini apa dia...hangpa tu PARTI WAKIL ORANG ISLAM dan MELAYU di bumi MALAYSIA jadi dah nama ISLAM takan tak ada dalam hati nak buat UNDANG-UNDANG ISLAM.... kalau yg nie pon tak dak..berat laa beb.... takan asyik2 pembangunan.... nak bawak bekalan pie kuboq takan tak dak kot....

Gua kalau DAP tolak dan tak mau sekulit bawang pon gua tak kesah sebab depa bukan orang ISLAM... dan depa bersama dengan geng depa GERAKAN, MCA senada dan seirama menolak lantak laaa... nie masalah skrg UMNO... takan hangpa pon parti bukan ISLAM jugak sama macam MIC ka MCA ka....

Entah laa sahabat gua semua.. ada otak pakat2 pikiaq laa nooo.....

Pendirian rasmi PAS mengenai hudud

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Menurutnya, perbezaan pandangan dengan DAP khususnya dalam soal penafsiran "bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan" adalah sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya.

"PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan," katanya.

Berikut adalah kenyataan rasmi berhubung pendirian PAS:

1. Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa aktiviti dan perjuangan PAS adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan jaminan kebebasan mengamalkan agama-agama lain, kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mempertahankan hak bahasa ibunda masing-masing, kedudukan dan kedaulatan Institusi Raja-Raja Melayu serta kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak semua kaum yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

2. PAS juga ingin menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh dalam negara kita ini, menerusi muafakat rakyat yang telah dipersetujui dalam penegasan bersama yang disebutkan dalam Platfom Dasar Bersama Pakatan Rakyat (Pakatan Rakyat Common Policy Platform) dan Dokumen Buku Jingga.

3. PAS juga amat berpegang dan memperjuangkan prinsip negara berkebajikan yang menuntut dilaksanakan keadilan Islam untuk semua dalam masyarakat, dan menolak sekeras-kerasnya tindakan yang berunsur kezaliman terhadap mana-mana rakyat dalam semua tindakannya samada di peringkat dasar parti atau kerajaan yang dipimpin oleh PAS.

4. Perbezaan pandangan DAP terhadap Enakmen Jenayah Syariah adalah berpusat di atas penafsiran bahawa ianya bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Persoalan penafsiran ini adalah suatu isu yang sangat relatif kerana wujud perbezaan ketara antara pandangan pengamal undang-undang kedua belah pihak, terutama kaedah untuk mengatasinya. PAS melihat soal tafsiran mana yang menepati peruntukan perlembagaan hanya akan dapat diputuskan oleh mahkamah perundangan.

5. Sehubungan dengan perakuan bahawa Enakmen Jenayah Syariah II (1993) Kelantan dan Enakmen Jenayah Syariah (2003) Terengganu yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri masing-masing, maka PAS melihat kerajaan negeri mempunyai hak bagi memperkanunkan undang-undang tersebut. Persoalan sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran merupakan perkara kedua yang perlu diselesaikan melalui proses yang sesuai dan munasabah. Rakyat Kelantan khususnya memilih PAS atas dasar Islam yang di bawanya, kerana itu mereka seharusnya diberi hak bagi mengamalkan ajaran mereka. Sebarang usaha menghalang adalah bertentangan dengan semangat demokrasi yang dipersetujui bersama. Kini terpulang kepada kerajaan Kelantan bagi membawa Enakmen berkenaan di peringkat yang seterusnya.

Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS
30 September 2011

UTUSAN nie macam nak hina ALI RUSTAM saja..!!

Penduduk terseksa menunggu jambatan baru Jalan Air Keroh


BEBERAPA orang penduduk merangkak ketika menyeberangi sebatang anak sungai semalam, selepas jambatan asal dirobohkan untuk diganti dengan jambatan baru di Jalan Air Keroh di Kampung Bukit Senggeh, Nyalas, Jasin, Melaka.

JASIN 29 Sept. - Perkhabaran pembinaan jambatan baru bagi menggantikan jambatan yang rosak awal tahun lalu begitu menggembirakan penduduk Jalan Air Keroh di Kampung Bukit Senggeh di sini.

Senyuman penduduk juga tidak lekang dari bibir apabila melihat kontraktor mula sibuk memecah jambatan lama dan memunggah pembentung konkrit untuk menyiapkan jambatan baru yang dikatakan hanya mengambil masa tiga minggu untuk siap.

Namun, entah apa yang tidak kena, kegembiraan penduduk di situ tidak lama apabila kerja-kerja pembinaan jambatan terbabit yang didakwa penduduk berjalan hanya sehari, tiba-tiba dihentikan dan kini membebankan pula penduduk.

Salah seorang penduduk yang ditemui, Jamaliah Yusof, 57, berkata, masalah tersebut menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan masyarakat luar dan sukar untuk melaksanakan urusan harian dengan sempurna.

Katanya, masalah itu lebih memberi tekanan kepada keluarganya kerana menyukarkan penghantaran suaminya, Mohd. Isa Yusuf, 64, ke Hospital Jasin akibat diserang penyakit lemah jantung malam kelmarin.

''Anak-anak terpaksa menggunakan laluan ladang getah yang tidak boleh dilalui langsung oleh kenderaan tetapi kami tiada pilihan terpaksa kerana perlu segera menghantar suami ke hospital," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini.

Katanya, sejak lebih dua minggu, penduduk di situ terpaksa menggunakan laluan getah tersebut untuk keluar menjalankan aktiviti harian termasuklah anak perempuannya yang berulang-alik kerana bekerja di pusat bandar seawal pukul 6 pagi.

Bagi Ibrahim Yusuf, 47, projek pembinaan jambatan baru yang terbengkalai sejak lebih dua minggu itu banyak menimbulkan kesulitan kepada penduduk, khususnya pelajar yang ingin ke sekolah.

''Saya hairan, kalau tidak boleh disiapkan segera atau tidak cukup peruntukan, kenapa tergesa-gesa robohkan jambatan lama.

''Jambatan lama itu hanya rosak kecil dan boleh dibaiki sedikit untuk sementara waktu, kalau terus dibiarkan masalah ini berlaku, susahlah penduduk kampung untuk menjalankan kerja harian," katanya.

Sementara itu, Biramah Beekandaya, 73, berkata, dia dan cucunya berusia lima tahun terpaksa 'merangkak' melalui laluan kecil yang dibuat sendiri oleh penduduk setiap kali menghantar cucu ke Tadika Kemas di kampung itu.

''Mak cik sudahlah uzur tetapi terpaksa melalui juga laluan sempit dan berbukit di tapak projek pembinaan jambatan baru itu, kami perlu merangkak melaluinya, kalau tidak, boleh terjatuh kerana laluannya agak bercerun," katanya.

Tegasnya, penduduk terdedah dengan keadaan berbahaya kerana keadaan tapak projek yang dipenuhi pembentung konkrit, malah apabila waktu hujan, laluan di situ termasuk ladang getah langsung tidak boleh digunakan sebagai laluan.

PAS: ‘Yang halang laksana hudud Umno, bukan DAP’

KUALA LUMPUR, 30 Sept — Susulan mesyuarat Pakatan Rakyat kelmarin, PAS menegaskan yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP — rakan komponen dalam perikatan mereka berusia tiga tahun.

Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.

“Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“DAP berpendapat ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, di mana kes-kes jenayah mesti berada di bawah bidang kuasa mahkamah sivil, bukan di mahkamah Syariah.

“Mereka juga berpendapat enakmen ini memerlukan pindaan Perlembagaan bagi menguatkuasakannya,” katanya.

Oleh itu kata Tuan Ibrahim, jelas yang menghalang ialah Perlembagaan Persekutuan yang dimomok Umno selama 54 tahun dan bukannya DAP.

“DAP tidak menyokong kerana ia melanggar Perlembagaan Persekutuan,” kata Tuan Ibrahim.

Tuan Ibrahim menambah, PAS memperakui perlunya bidang kuasa mahkamah syariah diangkat bagi menepati tuntutan syarak dalam pelaksanaan sistem perundangan ini.

“Namun, ruang dan bidang kuasa kerajaan negeri yang telah meluluskan enakmen ini juga perlu diperakui dan diiktiraf. Situasi ini amat berbeza dengan Umno yang beragama Islam dan mempunyai kewajipan syarak dalam melaksanakannya,” katanya lagi.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga berkata, Umno yang mengaku dirinya Islam dan telah diberi kuasa pemerintahan selama lebih 54 tahun sepatutnya mesti bersedia memikul tanggungjawab ini untuk menyediakan negara ke arah kesediaan untuk melaksanakan hukum Allah.

“Ini bukan. Umno masih mengatakan negara masih belum mampu melaksanakannya. Ini jelas mencerminkan kegagalan Umno dalam memastikan pelaksanaan syariat Allah di negara ini,” tambah beliau.

Kelmarin, Pakatan Rakyat mengambil pendirian tegas hukum hudud yang muncul kembali sebagai isu ‘panas’ minggu lalu tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama perikatan itu sehingga kesemua parti komponen menzahirkan persetujuan dan konsensus.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa hukum hudud bukan sebahagian daripada dasar Pakatan Rakyat dan bantahan DAP perlu dihormati.

“Ya, ya. Sangat jelas ia perlu bersama,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat ini menjawab soalan sama ada pelaksanaan hukum hudud memerlukan persetujuan sebulat suara kesemua tiga parti dalam perikatan itu.

Dalam kenyataan bersama dikeluarkan, Anwar, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata mesyuarat Pakatan Rakyat malam tadi memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, dasar bersama dan Buku Jingga.

Justeru kata Tuan Ibrahim, keputusan yang dibuat Pakatan Rakyat kelmarin ternyata jauh lebih baik daripada pendirian Umno yang terus menolak hukum hudud sebagaimana kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Minggu lalu Najib menegaskan hudud tidak akan dilaksanakan di negara ini manakala timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno tidak menolak hudud tetapi kini bukan masanya untuk melaksanakan pendekatan itu.

“Sebagai ‘damage control’ ekoran kenyataan presiden mereka, ramai pemimpin Umno bergesa-gesa berkata mereka secara dasarnya menyokong hudud tapi menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum Allah ini.

“Lima puluh empat tahun memerintah tapi dalam keadaan kononnya menyokong hudud, Umno masih menyalahkan keadaan tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Jadi jelaslah selama ini, merekalah penghalang sebenar daripada pelaksanaan hukum Allah,” kata beliau lagi.

Tuan Ibrahim juga memberitahu, pendirian orang bukan Islam “tidak menyokong” dan orang Islam yang “menghalang” amat beza darjatnya dalam isu pelaksanaan hukum hudud ini.

Beliau juga berkata, kini sikap menghalang Umno itu bertambah nyata apabila berhadapan tekanan MCA dan Gerakan yang terang terangan mengugut akan keluar dari gabungan BN seandainya Umno menerima hukum hudud.

MCA dan Gerakan hanya ugut nak keluar BN jika Umno nak laksana hudud kononnya ingin menjaga hak orang bukan Melayu, kata beliau sambil menambah, “tapi tidak pula kedengaran MCA dan Gerakan ugut nak keluar BN semasa Umno dan Perkasa sering menindas hak dan menggertak kaum bukan Melayu.”

“Bukankah itu menjadikan ugutan tersebut amat hiprokrit?” katanya lagi.

“Namun, hipokrit MCA dan Gerakan tidak setanding Umno. Apabila tercetus isu ini, Timbalan Presiden Umno terus menyatakan Umno turut menyokong hudud. Selepas ugutan MCA dan Gerakan, Najib terus mengisytiharkan tidak akan melaksanakan hukum Allah ini di Malaysia,” katanya lagi.

Oleh itu tambah Tuan Ibrahim, siap hipokrit Umno menyebabkan rakyat beragama Islam kini menuntut satu perisytiharan bila parti teras BN itu akan bersedia melaksanakan sistem perundangan syarak ini.

“Perisytiharan Umno ini juga sudah tentunya menyebabkan masyarakat Islam menuntut para ulamak dan ilmuan agama khususnya, untuk berfikir kewajaran mereka untuk terus berada dan menyokong Umno,” kata beliau.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-yang-halang-laksana-hudud-umno-bukan-dap/





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...