TERKINI :

Wednesday, September 28, 2011

Guna PIBG seluruh KEDAH untuk dengaq ceramah BN..apa celup beb...!!!



Azizan buat ceramah kat KOMPLEK PAS tempek poster kat pokok jaa tu pon belambak orang mai...

Amanat Najib dah best dah namun ada satu tulisan paling best lagi atas amanat tersebut..!!

Selain Malaikat Dok Tulis Kiri Kanan Najib sekarang nie.. Rakyat yg dok sekeliling kelang dia pon dah jadi informer..!!

Utusan: Orang Anwar resapi badan k'jaan?

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - hari ini mendakwa menerima maklumat kononnya ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghantar orangnya meresapi badan kerajaan yang strategik untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Musuh" ini didakwa menyalurkan maklumat sulit mengenai Najib kepada pihak pembangkang, termasuk butiran tentang lawatan rasminya ke luar negara dan cuti peribadinya, dakwa akhbar berbahasa Melayu itu.

Bagaimanapun, akhbar itu tidak menyatakan nama sebarang badan kerajaan terbabit.

NONEDalam artikel bertajuk 'Musang berbulu ayam dalam
badan-badan strategik kerajaan?' yang disiarkan hari ini, editor kanan Utusan, Datuk Zaini Hassan (kanan) mendakwa beliau telah menerima maklumat mengenai dakwaan tersebut.

"Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

"Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata," tulisnya.

Beliau memetik maklumat itu memberitahu: ''Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi, tulisnya, inilah kemenangan Anwar yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang Anwar secara perlahan.

azlan"Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk (Muammar) Gaddafi (pemimpin Libya yang digulingkan).

"Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!'' tulis Zaini memetik maklumat tersebut.

Sebagai contoh Zaini memetik maklumat itu lagi: " ...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

"Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Bagaimanapun, Zaini menegaskan dia tidak dapat mengesahkan apa yang dikatakan oleh sumbernya itu.

"Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

"Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya."

Jika dakwaan itu benar, tulis Zaini, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya dan sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

"Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa," tambahnya.

Akhirnya SPR mengaku..!!!

70,361 digugur dan 50,000 disiasat : Bukti Kejayaan Rakyat

Akhirnya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mengistiharkan kepada rakyat Malaysia 70,361 pemilih digugur dan 50 ribu lagi pemilih sedang di siasat. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Dato Kamaruddin Mohamed Baria Setiausaha SPR kepada Bernama pada 27hb September 2011. Daripada jumlah pemilih yang digugurkan, terdapat 69,293 adalah pemilih yang telah meninggal dunia dan baki 1,068 pemilih yang telah dilucutkan kewarganegaraannya oleh pihak JPN.

Setiausaha SPR menyatakan bahawa tindakan itu diambil bermula Julai hingga 15 hb Sptember 2011 membabitkan jumlah pemilih berdaftar terkini seramai 12.3 juta orang. Proses pemutihan ini telah melibatkan semakan rekod pemilih dengan kerjasama JPN, Jabatan Arah rekod dan Pencen (JRP) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pendedahan terbaharu SPR ini telah menolak penafian Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof pada 19 hb Ogos 2011 yang telah menyatakan bahawa kemungkinan kesilapan dalam daftar pemilih SPR hanyalah 0.0001% sahaja. Jumlah pemilih yang digugur dan di siasat adalah 120,361 daripada 12.3 juta pemilih. Jumlah ini adalah 0.98 % bukannya 0.0001 % seperti yang didakwa oleh Pengerusi SPR. Jumlah pemutihan yang besar ini juga membuktikan dakwaan Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad Bin Wan Omar yang menyatakan bahawa kesilapan yang berlaku adalah kesilapan kerani SPR adalah tidak benar. Tidak mungkin kesilapan kerani SPR sehingga melibatkan ratusan ribu data SPR.

Pemuda PAS Malaysia berpendapat bahawa pengguguran dan penyiasatan daftar pemilih SPR ini adalah kejayaan rakyat Malaysia dalam mendesak kerajaan membersihkan daftar pemilih terbabit. Desakan ini bermula daripada Himpunan Bersih 2.0 pada 9hb Julai 2011 dikuti siri-siri pendedahan yang telah dibuat oleh Pemuda PAS Malaysia. Persoalannya apakah SPR akan melaksanakan pemutihan secara intensif tanpa sebarang desakkan daripada rakyat? Pemuda PAS penuh yakin bahawa pemutihan ini tidak akan berlaku tanpa tekanan yang kuat daripada rakyat. Tahniah rakyat Malaysia.

Pemuda PAS mahu terus mendesak kepada SPR agar mengemukakan hasil siasatan ke atas 50 ribu pemilih yang pernah diwartakannya. Satu jawapan yang bertanggungjawab daripada SPR perlu dikeluarkan iaitu berapa ribukah jumlah pemilih yang memiliki kad pengenalan klon/palsu. SPR tidak boleh berdalih dalam perkara ini kerana Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar sendiri telah mengakui pada 24 Julai 2011 bahawa terdapat kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih sah SPR. Soalan ini boleh dipecahkan kepada berikut :

1. Berapa banyakkah kad pengenalan lama dimiliki oleh lebih daripada satu identiti pemilih.

2. Berapa ramaikah pemilih berkembar?(Memiliki nama pemilih yang sama dan kad pengenalan yang 83% adalah sama)

3. Berapa ramaikah pemilih yang berkod negara “71” yang telah digugurkan?

Cabaran yang paling besar dihadapi oleh SPR dalam mengemukakan hasil siasatan di atas adalah halangan daripada Menteri Dalam Negeri yang menjaga Jabatan Pendaftaran Negara(JPN). Tidak mungkin hasil siasatan ini akan dimaklumkan secara telus kepada rakyat selagi kerajaan yang memerintah adalah Barisan Nasional(BN). Jika rakyat mahukan maklumat sebenar berkenaan manipulasi kad pengenalan klon/palsu dalam daftar pemilih SPR maka kerajaan BN perlu ditumbangkan dalam pilihanraya akan datang. Rakyat perlu digembelingkan untuk mengagalkan sebarang bentuk ruang manipulasi dalam pilihanraya akan datang.

SUHAIZAN BIN KAYAT

PENGERUSI PEMULIHAN DEMOKRASI & MOBILISASI PEMUDA PAS MALAYSIA.

KETUA PEMUDA PAS JOHOR.

TAHNIAH.. Sudah ada rakyat yang berani dedahkan perbuatan pelaq pemimpin bertapak di Putrajaya

Kalau benar apa yang ditulis oleh Zaini Hassan dari Lidah Rasmi UMNO ini iaitu beliau menerima satu maklumat mengenai badan atau mungkin lebih daripada satu badan yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang-orang Anwar Ibrahim... Baguslah..

Semoga ianya adalah benar untuk membolehkan Kerajaan yang dikuasai oleh UMNO/BN dapat digantikan kerajaan yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat selepas PRU13 nanti dengan lancar..


Dan adanya musang-musang berbulu ayam ini akan melancarkan segalanya..
Musang berbulu ayam dalam badan-badan strategik kerajaan?
Oleh Zaini Hassan/Utusan

APABILA saya diberitahu mengenai maklumat ini saya tidak tahu di mana hendak bermula. Apakah benar maklumat yang saya terima ini?

Jika benar apakah wajar saya dedahkan? Jika saya dedahkan apakah implikasinya? Namun saya tetap berdoa agar maklumat ini salah.

Jika salah, mungkin saya boleh tidur lena dan bersyukur keadaan itu tidak berlaku, walaupun saya mungkin dipersalahkan kerana menulis sesuatu yang tidak berlaku.

Tapi sebagai penulis, itulah risiko yang harus dihadapi.

Apa yang saya tulis ini mungkin sedikit memeranjatkan, tapi biarlah pihak-pihak tertentu yang menyiasat mengenai kebenarannya.

Saya menerima satu maklumat mengenai badan (atau mungkin lebih daripada satu badan) yang cukup strategik dalam kerajaan yang telah dan sedang diresapi oleh orang (atau dalam bahasa mulut orang-orang) Anwar Ibrahim.

Maklumat yang saya terima menggambarkan bahawa ia adalah suatu situasi yang real dan nyata.

Jika benar, ia adalah sesuatu yang cukup bahaya. Ia adalah satu perancangan yang halus, licik dan terancang yang boleh menjejaskan kerajaan semasa.

Sama ada ia berlaku secara kebetulan atau satu plot terancang tidak pula saya tahu. Jika benar, ternyatalah sistem imunisasi kerajaan ini lemah sehingga gagal untuk menentang elemen-elemen itu.

Seperti yang saya kata tadi, jika saya salah, maka saya bersyukur kerana ia tidak berlaku. Tetapi jika ia berlaku, maka sesuatu yang drastik harus dilakukan supaya pengkhianat-pengkhianat ini dibersihkan secepat mungkin daripada sistem kerajaan.

Dalam konteks kerajaan Malaysia kini, adalah sesuatu yang lazim dan biasa jika ada penjawatnya yang bersimpati dengan pihak-pihak musuh atau yang bertentangan dengan dasar yang dijunjung oleh organisasi itu. Malah ada juga kakitangan kerajaan yang secara terang-terangan menentang kerajaan atau bersikap anti kerajaan.

Bagi saya, itu masih lagi boleh diterima, tapi macam mana pula jika orang-orang yang berada di dalam sesebuah organisasi itu menjadi operator dan penggerak kepada musuh itu? Jika benar berlaku, maka ia adalah sesuatu yang luar biasa dan amat mendukacitakan.

Dalam peperangan saraf di Malaysia sekarang, tidak mustahil operator itu wujud, lagipun Anwar Ibrahim bukan calang-calang orang untuk menempatkan mereka di situ. Orang-orangnya masih ada dalam sistem, terutamanya di peringkat atasan.

Mungkin juga masih berlaku infiltrasi atau penyusupan masuk orang-orang ini untuk menjadi musuh dalam selimut, musang berbulu ayam, bagai menggunting dalam lipatan?

Ternyata bahasa Melayu cukup agung untuk menggambarkan apa yang cuba disampaikan di sini. Sekali lagi saya mahu nyatakan benarkah wujud elemen-elemen itu? Saya berharap ia tidak berlaku.

Apa akan terjadi sekiranya benar? Apakah langkah yang akan dilakukan oleh pihak berkuasa jika ia benar-benar berlaku?

Apakah kita sedar bahawa ada antara badan strategik itu kini tiba-tiba menjadi tidak bermaya setelah ‘kehadiran’ elemen-elemen itu?

Maklumat itu memberitahu: ‘‘Saya tidak hendak memberikan contoh yang lebih banyak, tetapi saudara perhatikanlah sendiri bagaimanakah ada agensi Kerajaan Persekutuan (dirahsiakan namanya) yang tugas pentingnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan, memberi kefahaman kepada rakyat supaya akhirnya mereka memberikan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, boleh pula menerapkan, menyerapkan malah menggunakan instrumen pembangkang yang berusaha mematikan Perdana Menteri.”

Kata maklumat itu lagi: ‘‘Inilah kemenangan Anwar Ibrahim yang dibawa oleh orang kuatnya di dalam organisasi itu, dan masih membawa masuk orang-orang Anwar secara perlahan. Permohonan membawa masuk pegawai baru masih di peringkat JPA dan SPA.”

Saya tidak mahu menulis panjang lebar mengenai hal ini. Biarlah pihak berkenaan akhirnya sedar mengenai fenomena ini. Biarlah mereka yang mengambil tindakan, itupun jika mereka mampu melakukannya.

Elemen-elemen yang ada itu, jika benar, harus dihapuskan. Mereka harus dibersihkan daripada sistem kerajaan semasa, dalam sistem strategik negara dan politik.

Menurut maklumat itu lagi: ‘‘Bagi kami yang kerdil ini, tidak sanggup melihat YAB Perdana Menteri menerima nasib seburuk Gaddafi. Sekuat Gaddafi pun akhirnya dijatuhkan dari dalam dengan bantuan musuh-musuh Islam di luar!''

Sebagai contohnya, kata maklumat itu lagi: ‘‘...anda fikirkanlah bagaimanakah kos perbelanjaan lawatan rasmi luar negara YAB PM boleh diperolehi dengan begitu detail, cepat dan pantas oleh pihak pembangkang?

Bagaimanakah juga penerbangan percutian peribadi YAB PM juga boleh diperolehi dengan begitu detail dan cepat oleh pihak pembangkang? Dan banyak lagi contoh-contoh lain. Apakah ia diperolehi dengan mudah jika tidak kerana ada orang dalam yang membocorkan segala maklumat sulit itu?''

Buat sementara ini, biar saya berhenti di sini dulu.

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2011/09/orang-orang-anwar-mula-menguasai-badan.html

Gempar..Penasihat Najib yang suruh buang Kuato Bumiputera rupanya seorang "Pelakon Porno"

Jangan dok bagi muka...dah tau mengarut kita lawan saja...!!

Dakwa miliki baju BERSIH 'tuduhan mengarut', kata peguam


http://3.bp.blogspot.com/-OowbCp9JfOw/Th5wzlwmTnI/AAAAAAAAAMQ/zLPz3S3n8GA/s1600/Baju+BERSIH.jpg
Seorang peguam, Mohd Fadzli Mohd Ramly berkata tuduhan yang dijalankan ke atas beliau sebelum ini merupakan satu "tindakan mengarut" kerana pendakwaan adalah atas kesalahan memiliki baju-T yang mempunyai logo BERSIH.

Katanya, pendakwaan itu mengarut kerana beliau tidak berniat untuk mengancam keselamatan negara apabila beliau memakai baju-T berkenaan sebelum ditahan di Markas PAS Kampung Mentara, Rompin pada 2 Julai lalu.

Selain Mohd Fadzli, 33, turut ditahan dalam malam kejadian itu ialah seorang peniaga, Abdul Manaf Md Hassan, 41 kerana memakai baju-T yang tertera tulisan 'BERSIH2.0, menuntut pilihan raya bersih dan adil.'

Kedua-dua lelaki itu didakwa keesokan harinya di Mahkamah Sesyen Kuantan mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 dan mahkamah turut membenarkan kedua-duanya diikat jamin sebanyak RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim, Fathiyah Idris bagaimanapun membebaskan tanpa melepaskan Mohd Fadzli dan juga Abdul Manaf daripada tuduhan berkenaan hari ini.

Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini.

"Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak susahkan rakyat yang tuntut pilihan raya bersih dan adil," katanya lagi.

"Kita sedang menimbang sama ada akan ambil tindakan. Kita sedang fikir sama ada hendak failkan saman (ke atas kerajaan)," katanya yang juga timbalan pengarah PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman.

Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam.

Rakyat bukan mahu PM naik bas atau basikal

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Rakyat sudah bosan dengan retorik lakonan bohong, rakyat bukan mahu Perdana Menteri naik bas atau basikal.

“Selaku Perdana Menteri, rakyat tidak kisah jika kamu gunakan peruntukan yang dibenarkan berpada-pada tetapi yang penting kami mahu kamu menguruskan ekonomi dan negara dengan adil dan saksama,” kata Pengarah Sekreteriat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Zulkifli Ibrahim.

Beliau turut menyentuh pengisytiharkan 12 resolusi pada Ahad lepas hasil dari permukiman dua hari yang menghimpunkan semua pengarah, penyelaras di peringkat pusat negeri dan wakil-wakil perbagai segmentasi anak muda.

Katanya, hasil diskusi panjang yang turut menghadirkan beberapa orang sumber dari perbagai latar termasuk ahli politik pembangkang, ahli politik pemerintah, cendiakawan, wartawan dan aktivis.

Menurutnya, bukan sekadar 12 resolusi diangkat tetapi turut dibincangkan ialah program-program partikal bersesuaian dengan resolusi tersebut, namun semalam muncul cakap-cakap yang mengatakan sebuah sayap parti politik telah meniru salah satu resolusi yang diangkat SAMM.

Dalam 12 resolusi SAMM terkandung dengan jelas salah satunya berbunyi: Apa jua DASAR dan PERUBAHAN NEGARA perlu mengambil-kira pandangan rakyat khususnya orang muda. Justeru itu SAMMmelancarkan kaji selidik (skala besar) dalam masa 10 minggu untuk mendapatkan pendapat anak muda khususnya dari 11 juta golongan pekerja muda yang sedang bergelut dalammenyara kehidupan seharian yang semakin menggila kosnya.

Manakala semalam, jelasnya sebuah sayap pemuda sebuah parti politik pula mengumumkan akan mengadakan kaji selidik untuk mendapat pandangan orang muda seperti yang dicadangkan oleh SAMM.

Untuk pengetahuan semua, katanya SAMM tidak kisah lansung jika ada pihak meniru mana-mana cadangan SAMM.

“Sememangnya usaha kami bermukim secara serius dan berhempas pulas berhari-hari untuk melahirkan resolusi ini sebagai pedoman terhadap gerakan muda,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bukan sahaja satu resolusi tersebut tetapi SAMM mengajak semua penggerak organisasi anak muda agar dapat sama mengangkat semua resolusi terbabit, juga sama mendesak pihak berkenaan untuk merialisasikannya demi kebaikan rakyat terbanyak khususnya massa muda.

“Seperti mana Pakatan Rakyat yang telah mengeluarkan Buku Jingga dengan janji 100 hari jika diberi mandat, oleh kerana cadangan ini baik dan amat menarik, maka Perdana Menteri Malaysia sendiri telah meniru beberapa aspek dalam buku Jingga dalam beberapa tindakan dan pengumumannya mutakhir ini,” katanya.

Apapun ia baik untuk rakyat, ujarnya tindakan Perdana Menteri itu memperakui Buku Jingga merupakan tawaran yang baik dan tidak mampu ditolak.

Justeru, ujarnya SAMM mengajak semua massa muda untuk bersama dalam usaha menyusun gerakan muda.

“Kami mahu menyebarkan radikalisma SAMM di hati massa muda. Massa muda yang khususnya golongan pekerja bawahan sedang dihimpit teruk dengan kos sara hidup yang semakin menjerut.

“Kebangkitan proletariat muda harus disusun untuk menjatuhkan regim yang semakin tidak tahu mendengar suara rakyat,” ujarnya.

Konvensyen BN Kedah 2011 ceroi macam laksa Telok Kecai

http://3.bp.blogspot.com/_B7BEMrO3yqk/S8C5YCtrEdI/AAAAAAAAEtE/mOqvOj93Cgo/s320/SAM_4227.JPG
Konvensyen BN Kedah 2011 pada 24 September 2011, tidak ada apa-apa impak kepada usaha menawan Kedah dari Pakatan Rakyat. Ucapan Pengerusi BN, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah dilihat hanyalah ucapan ritorik kosong dengan bahan ucapan asyik diulang-ulang tanpa fakta atau realiti akar umbi yang sebenar.

Pengurusan pimpinan Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mandom dan lemah tidak di ‘address’ oleh Ahmad Bashah secara bijaksana untuk menjadi bahan kempen kepada pimpinan akar umbi di kalangan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Ucapan yang hanya deras di atas pentas sebenarnya sudah lapuk dan primitif. Rakyat ingin melihat kewibawaan pimpinan dari BN sebagai alternatif kepada mereka untuk memilih dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Ini yang gagal dipersembahkan oleh Ahmad Bashah sebagai ‘MB’ bayangan BN Kedah. Komponen BN yang duduk di belakang dewan ada yang ternga-nga mengantuk dan bertepuk hany kerana rakan-rakan yang lain bertepuk.

Ketidak hadiran pemimpin BN tertinggi diperingkat pusat menambahkan lagi “ceroi” nya konvensyen BN Kedah pada hari itu.

Kelembapan penganjur Konvensyen tersebut yang sebenarnya bermula dari peringkat awal lagi apabila perserta terpinga-pinga mencari tempat untuk mendaftar diri yang rupa-rupanya tidak ada pendaftaran. Sesiapa sahaja boleh berjalan lenggang kangkong boleh masuk ke dewan konvensyen tersebut.

Itulah cerminan BN Kedah apabila menjadi pembangkang. Ceroi macam kuah Laksa Teluk Kecai.

http://merboktimes.blogspot.com/2011/09/konvensyen-bn-kedah-2011-ceroi-macam.html

Hentikan rundingan rahsia dan tipu helah dalam Petronas

Oleh Wong Choon Mei

Pentadbiran Najib mesti menghentikan fitnah terhadap agenda ekonomi Pakatan Rakyat dan membentuk semula perancangan kewangan Negara yang kukuh, bermula dengan mendedahkan rahsia yang menyelaputi syarikat minyak Negara, Petronas. Ini sahaja dapat menghasilkan berbilion ringgit di dalam tabung Negara, mengaktifkan semula ekonomi dan membantu berjuta rakyat Malaysia di dalam melalui keadaan sukar sekarang ini, kata ahli ekonomi dan ketua-ketua pembangkang.

“Dari 1974 hingga 2010, Petronas melaporkan ia beroleh keuntungan sebanyak RM700 bilion. Ini merupakan satu lawak jenaka. Bagi Petronas untuk menghasilkan keuntungan yang sedikit dalam jangkamasa yang panjang iaitu 36 tahun, merupakan suatu penghinaan kepada kebijaksanaan seseorang. Jika dibandingkan dengan pendedahan WikiLeaks bahawa Petronas merupakan syarikat ke-13 paling untung di dunia, ini adalah amat tidak masuk akal dan ini menunjukkan betapa teruknya rasuah sebenarnya,” Chua Jui Meng, Timbalan Presiden PKR memberitahu Malaysia Chronicle.

Dunia minyak yang dibayangi rahsia dan tipu helah kroni

Petronas ditubuhkan di bawah Akta Pembangunan Petroleum pada tahun 1974 dan telah menikmati kadar kenaikan harga petroleum yang tinggi pada dekad yang lalu. Petronas mendapat keuntungan pra-cukai sebanyak RM90.5 bilion bagi tahun berakhir 31 Mac 2011. Selain cukai, Petronas telah membayar kepada kerajaan dividen sebanyak RM30 bilion pada tahun 2009, yang merupakan kenaikan dari RM24 bilion pada tahun 2008, RM20 bilion pada tahun 2007, RM13 bilion pada tahun 2006 dan hanyalah RM9.1 bilion pada tahun 2005.

Tetapi ura-ura mengatakan bahawa minyak merupakan pilihan besar yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni yang rapat dengan kuasa pemerintahan hebat di dalam parti Umno Najib.Pihak-pihak ketiga ini dikatakan telah diberi keizinan untuk membenarkan pilihan jual beli di dalam pasaran minyak global, yang disokong oleh minyak Petronas sendiri. Disebabkan kenaikan harga minyak yang mendadak sejajar dengan permintaan dunia, ini telah memberi pihak-pihak kroni keuntungan yang besar dan tidak sama sekali akan kembali ke Negara ini.

“Sudah tentu, semua rahsia dan tipu daya ini mesti disiasat dan dihentikan. Ia adalah seperti membenarkan pihak-pihak ini merampas keuntungan yang sepatutnya milik Petronas. Dan ini juga mungkin menyebabkan laporan hasil terkumpul adalah sangat rendah. Siapakah pihak-pihak ini, siapa yang memberi mereka hak-hak ini dan yang penting sekali, hentikan urusan ini dengan kadar segera kerana wang tersebut adalah milik rakyat. Ia merupakan kekayaan bangsa dan sekarang, simpanan minyak kita mula berkurang,” kata Jui Meng.

Membuka pekung: Apakah Dr M memimpin reformasi atau sebaliknya?

Baru-baru ini, pembocoran saluran diplomatik Amerika telah membuat pendedahan bahawa seorang pegawai Petronas, Mohd Azhar Osman Khairuddin, memberitahu jurucakap kedutaan mengenai simpanan minyak dan gas Malaysia yang semakin berkurang. Conoco Philips Malaysia juga telah mengesahkan perkara tersebut, tanpa penemuan baru hasil minyak Malaysia akan berkurang pada kadar 10 peratus setiap tahun, dari 550,000 tong sehari pada tahun 2008 kepada 490,000 tong sehari pada tahun 2009 dan 450,000 tong sehari pada tahun 2010.

Jui Meng dan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mahukan ‘Royal Commission of Inquiry’ terhadap Petronas. Anwar berkata bahawa kekayaan minyak milik rakyat dan audit yang benar dan menyeluruh mesti diadakan. Beliau meminta Petronas agar menjawab terus ke Parlimen untuk bertanggungjawab dan ketelusan.

Ramon Navaratnam, ahli ekonomi dan ketua masyarakat sivil yang dikenali ramai, bersetuju bahawa sepatutnya terdapat lebih banyak ketelusan diaplikasikan di syarikat minyak Negara. Beliau menyeru penasihat Petronas, Mahathir Mohamad yang juga merupakan bekas Perdana Menteri untuk mengambil tindakan.

“Sememangnya bagi taraf dunia, Petronas dilihat sebagai kurang telus dari segi perolehan keuntungannya dan banyak perlu dilakukan untuk membaikpulih. Tun Mahathir adalah orang yang terbaik di dalam usaha malakukan reformasi di Petronas ini. Akta Pembangunan Petroleum haruslah dikaji semula dan semua klausa yang dimasukkan untuk melindungi rahsia sepatutnya dilupuskan,” kata Ramon yang juga merupakan presiden ‘Transparency International’ Malaysia.

Basmi rasuah untuk tingkatkan hasil pengeluaran

Kedua-dua Jui Meng dan Ramon telah memberi maklumbalas kepada kenyataan yang dibuat oleh Pemandu, sebuah unit ekonomi di Jabatan Perdana Menteri, di mana pada Hari Jumaat telah berkata bahawa kerajaan persekutuan telah mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan purata pendapatan isi rumah daripada kira-kira RM1,500 kepada RM4,000 setiap bulan.

Pemandu tidak menyatakan sebarang jangkamasa perlaksanaannya, menyebabkan kedua-dua Ramon dan Jui Meng mengecam usul tersebut. Mereka memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk memberi harapa palsu pada rakyat dalam mempertingkatkan taraf ekonomi mereka hanya akan menimbulkan masalah lebih besar.

Penganalisis kewangan telah bersetuju bahawa perancangan tersebut akan mengambil masa, dan dengan keadaan angin kemurungan ekonomi dunia yang bertiup kencang ke arah Asia dan Malaysia, jawapan kepada penyelesaian segera berada di dalam Petronas sendiri, iaitu dengan menghapuskan segala amalan negatif yang berleluasa, juga mempertingkatkan aktiviti penjimatan yang berfokus kepada pembasmian rasuah. Masalahnya terletak pada keupayaan pihak atasan yang berpengaruh politik kuat untuk melaksanakannya, kata mereka.

“Hakikatnya, membasmi rasuah adalah kunci kepada segala penyelesaian permasalahan. Sebagai contoh Selangor – dalam jangkamasa 3 tahun ini telah berjaya mempunyai simpanan tunai tertinggi di dalam 28 tahun sejarahnya. Penyelesaian yang tidak berkesan pada masa pemerintahan BN berkesan sekarang, ini kerana pentadbiran Pakatan telus dan ikhlas melaksanakan tugas.Tanpa rasuah, seperti Pulai Pinang,” kata Jui Meng.

Di dalam Buku Jingga, PKR telah mengusulkan kenaikan pendapatan isi rumah dari RM1,500 kepada 4,000 yang akan hanya berkuatkuasa di dalam jangkamasa 5 tahun. Ini bukanlah sesuatu yang mustahil, kata Jui Meng, tetapi jangka masa yang munasabah dengan pengambilan langkah serius seperti perlaksanaan pendapatan minima sebanyak RM1,500, memberi peluang kepada pasangan untuk bekerja dari rumah supaya mereka boleh beroleh sumber pendapatan isi rumah kedua, melupuskan dan mengurangkan tol, mengawal kadar bayaran air dan elektrik.

“Kenyataan Pemandu telah dicuri dari Buku Jingga Pakatan, hampir serupa. Terlalu banyak cadangan yang telah dicuri dari kami untuk tampak bagus, akan tetapi, walaupun mudah di dalam bidang kuasa mereka untuk merealisasikannya, kami tidak nampak sebarang usaha drastik dari pentadbiran Najib kearah itu. Baru-baru ini, BN telah mengiktiraf Hari Malaysia dan ia merupakan cadangan kami. Panggilan 16 September hasil usaha Anwar dan ketegasannya agar hari tersebut diberi pengiktirafan menyebabkan BN mengambil langkah serupa,” kata Jui Meng.

- Malaysia Chronicle

Wacana Sinar - Wajarkah Sejarah Ditulis Semula?






Kenyataan Menteri Dalam Negeri di sanggah oleh Hakim..!!

BERSIH dibenar cabar pengharaman

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan pergerakan itu.

Hakim Rohana Yusof mendapati permohonan BERSIH 2.0, diketuai peguam yang juga pengerusinya Ambiga Sreenevasan dan 14 anggotanya 'tidak semborono'.

Dengan mengetepikan bantahan kerajaan, hakim Rohana menetapkan 22 November depan untuk mendengar merit permohonan itu.

Hakim bagaimanapun membenarkan bantahan responden terhadap tindakannya merampas beberapa barangan daripada sekretariat BERSIH 2.0 di pejabatnya di Petaling Jaya.

Keputusan dibuat dalam kamar.

Bajet mewah umpan PRU terakhir buat BN

Ramai rakyat berpendapat pilihanraya umum akan tiba dalam tahun ini juga. Faktor banjir musim tengkujuh tidak menjadi hal kerana jika di adakan waktu banjir yang kebetulan berlaku di dalam negeri-negeri tadbiran PR, banjir itu mungkin menjadi ‘plus faktor’ kepada BN kerana ramai penyokong PR di negeri-negeri itu katanya tidak akan dapat keluar mengundi dengan sepenuhnya. Betul atau tidak pandangan itu saya tidak tahu.

Tetapi yang penting sekali kita lihat PM Najib sudah menjelajah ke seluruh negara mengumumkan peruntukan itu dan ini dalam jumlah yang sangat besar. Wang ringgit yang di salurkan kepada rakyat sekarang itu adalah wang rakyat termasuk wang rakyat yang tidak menyokong BN, bukannya wang BN.

Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada 7 Oktober ini adalah bajet pilihan raya. Keseluruhan bajet itu akan penuh dengan janji-janji dan selalunya sebagaimana pengalaman yang lalu tidak semua janji itu akan terlaksana kerana ianya hanya janji dan janji. Sama ada bajet itu cantik atau sebaliknya, kecenderungan rakyat untuk melakukan perubahan semakin kuat dan nyata.

Yang pentingnya rakyat mesti seronok selepas mendengar pembentangan bajet itu. Semasa rakyat sedang berseronok itulah, pilihan raya akan diadakan kerana jika dilakukan lama selepas itu rakyat akan sedar bajet itu hanyalah janji untuk mendapatkan sokongan yang kebanyakannya tidak akan dapat dilaksanakan.

Najib tidak akan mengadakan pilihan raya sesudah rakyat sedar yang bacaan pembentangan bajet itu hanyalah satu pembentangan yang tidak mungkin terlaksana. Sebelum rakyat sedar, pilihan raya mesti di adakan.

Banyak perkara yang akan dilakukan yang memungkinkan rakyat marah semuanya ditangguhkan. Cukai 6% ke atas perkhidmatan pra bayar melalui perlaksanaan GST telah ditangguhkan selepas pilihan raya. Dalam isu ini semua rakyat tahu yang mereka akan dikenakan cukai ini selepas pilihan raya nanti. Justru mengundi BN kali ini ialah untuk mempastikan BN boleh mengenakan cukai terhadap mereka apabila mereka mendapat mandat nanti.

Tetapi BN tidak menyedari yang anak-anak muda mungkin tidak akan mengundi BN untuk mengelakan mereka dicukai sebanyak 6% itu. Pendek kata semua yang akan dikenakan kepada rakyat tidak akan dilakukan sekarang ini. Mereka akan dikenakan semuanya itu setelah mereka mengundi BN nanti.

Di peringkat parti-parti kedua-dua belah pihak BN dan PR mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah yang ada di antara parti masing-masing. UMNO dan ahli-ahli komponennya sedang berusaha menyelesaikan masalah di antara mereka. BN sedang cuba mengatasi masalah beban yang sedang UMNO pikul untuk menjadikan MCA dan Gerakkan diterima kembali oleh pengundi.

Di pihak PR yang hanya belum selesai ialah masalah isu hudud yang sedang diusahakan untuk dilaksanakan di negeri Kelantan yang kini menjadi masalah di antara PAS dengan DAP. Kedua-dua belah pihak mempunyai masalah.

UMNO berpendapat (kata Muhyiddin) yang UMNO bukan menentang hudud tetapi undang-undang itu belum sampai masanya untuk dilaksanakan kerana belum bersedia. Tetapi kepada yang masih mempunyai daya ingatan yang kuat kerajaan Persekutuan telah menolak usul untuk mengadakan hukum hudud ini bulat-bulat semasa pimpinan Dr Mahathir dulu.

Saya tidak menyalahkan Dr Mahathir dalam isu ini tetapi apa yang salahnya beliau telah mengalihkan kesalahan itu kepada Karpal Singh bukannya disebabkan penolakan kerajaan Persekutuan. Memanglah Karpal menolaknya kerana pemimpin Islam seperti pemimpin UMNO sendiri menolaknya bagaimana pula kita hendak mengharapkan Karpal untuk memperjuangkan hudud itu.

Saya tidak mahu berbahas tentang hudud ini kerana saya tidak faham tentang sistem perundangan hudud ini. Tetapi apa yang saya faham hudud adalah ‘preventive Law” sedangkan undang-undang civil itu adalah sebaliknya. Yang saya tahu di Saudi Arabia yang melaksanakan hudud ini pun tidak sampai sepuluh orang yang dipotong tangannya kerana kesalahan mencuri, kerana dengan undang-undang hudud ini orang ramai amat takut untuk melakukan perkara-perkara yang mempunyai elemen mencuri dan sebagainya.

Tetapi biarkan isu itu dihalusi oleh semua pihak dalam PR kerana BN memang tidak bersetuju dengan hukum hudud ini. Hukum hudud ini memang telah dimomokan sebagai hukum yang zalim oleh mereka yang takut menghadapi undang-undang ini. Dalam sistem hudud bukan senang untuk membuktikan kesalahan seseorang kerana saksi-saksi yang sekurang-kurangnya 4 orang itu mestilah dari mereka yang muktabar dan ini susah untuk dicari. Usaha untuk menentukan sama ada saksi-saksi itu adalah dari mereka yang muktabar itu sendiri, adalah susah.

Bukan kerja senang untuk memotong tangan seseorang itu dalam sistem hudud. Kalaulah begitu senang maka kita akan lihat beribu-ribu rakyat yang tidak bertangan terutamanya di kalangan mereka yang rasuah dalam kerajaan. Bukan semudah itu untuk memotong tangan orang dalam sistem hudud itu.

Isu hudud ini membesar sekarang kerana ianya dijadikan isu politik oleh pihak tertentu untuk memecahkan perhubungan PAS dengan DAP kerana kita sedang menunggu tarikh pilihan raya yang tidak lama lagi. Perhubungan yang rapat di antara PAS dan DAP sangat memeningkan BN. Keadaan ini memang tidak pernah dijangka oleh BN yang selama ini selesa kerana perbezaan falsafah perjuangan kedua-dua parti ini.

Tetapi dalam hati saya apa pun keadaannya hidup di dalam masyarakat majmuk seperti kita ini mesti ada pengorbanan semua pihak. Saya tidak bersetuju dengan pandangan rasis yang dimainkan oleh UMNO untuk mendapatkan sokongan. Jika berjaya pun UMNO untuk mendapat sokongan setiap orang Melayu dan berkuasa dalam kerajaan ianya tidak membawa apa-apa makna kepada kestabilan negara berbilang kaum seperti negara kita ini.

Itulah sebabnya PR sedang mendapat tempat di hati rakyat terutamanya di kalangan anak-anak muda kerana mereka sudah mual dengan keadaan ini. Sebenarnya dalam masyarakat bawahan seperti masyarakat yang saya hidup sekarang ini, kita tidak ada masalah untuk hidup bersama-sama dalam harmoni.

Yang cuba untuk memecah belahkan kita hanya kepada mereka yang inginkan kuasa maka mereka menggunakan isu ini untuk mendapat keuntungan politik dan di iringi oleh kepentingan peribadi semata-mata. Mereka menggunakan perpecahan kita di bawah ini sebagai modal politik mereka.

Itulah sebabnya mereka memilih hukum hudud sebagai senjata yang ampuh untuk mendapatkan kuasa ini dengan menakut-nakutkan orang Cina dengan hukum ini, jusetru berjaya memecah-belahkan keharmonian rakyat di bawah ini. Kepada orang Melayu, mereka menggunakan isu-isu lain terhadap DAP misalnya untuk Melayu kembali kepangkuan UMNO.

Orang Melayu pula sudah begitu tidak tahan dengan sikap UMNO yang tidak jujur dari atas hingga ke bawah. Akhirnya dengan tindakan UMNO ini maka orang Melayulah yang paling malang dalam negara yang mereka kata sebagai negara asal dan pribumi kepada mereka.

Bagi saya orang Melayu tidak lagi perlu berjuang dalam parti-parti Melayu. Orang Melayu mesti berjuang dalam arena lebih jauh dari terjerat dengan UMO yang sudah begitu tersasar perjuangannya. Pemikiran insular pemimpin-pemimpin UMNO tidak akan membawa perubahan dan kemampuan orang Melayu dalam menghadapi kehidupan yang kian mencabar.

Orang Melayu wajar berada di mana-mana. Orang India yang kecil bilangan penduduknya di sertai dengan begitu ramai ahli-ahli dalam Dewan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri-negeri melalui semua parti yang boleh di sertai oleh berbagai kaum seperti DAP, PKR, serta parti-parti lain. Malahan orang Melayu perlu berpolitik lebih jauh dari politik kepartian yang rasis keperibadiannya.

Pemikiran insular pemimpin UMNO ini jugalah yang menggegarkan yang Melayu perlu menjadi bangsa yang global dengan retorik-retorik yang besar-besar itu sedangkan mereka sendiri mempunyai pemikiran yang ‘narrow-minded’ yang akan menyekat pembangunan orang Melayu sendiri.

Di Pulau Pinang misalnya, ramai kontraktor dan peniaga Melayu telah mendapat banyak kerja yang diberikan oleh kerajaan negeri dan diakui oleh Dewan Perniagaan Melayu P Pinang. Saya pernah bertanya kepada pimpinan DAP yang memerintah sama ada orang Melayu yang berjaya itu adalah di sebabkan oleh mereka seorang bumiputra dan mereka diberikan keistimewaan?

Mereka menjawab yang mereka diberikan kerja kontrak itu bukan kerana mereka Melayu tetapi kerana merit yang ada kepada mereka. Jawapan ini sangat memberansangkan saya kerana rupa-rupanya orang Melayu diakui oleh kerajaan Pulau Pinang sebagai bangsa yang bermaruah dan mempunyai merit yang tinggi.

Rupa-rupanya kumpulan kotraktor bumiputra inilah yang selama ini tidak mendapat apa-apa semasa pemerintah BN kerana kerajaan BN hanya menumpukan perhatian kepada kontraktor-kontraktor kroni mereka sahaja dan peluang untuk kontraktor yang mempunyai merit itu tertutup rapat. Mereka hanya berjaya membina kemampuan mereka setelah mereka dilayan sama rata dan mereka mendapat kerja-kerja itu dengan kemampuan mereka sendiri dan kerajaan P Pinang tidak menolaknya.

Inilah cara pentadbiran yang dikehendaki rakyat; satu kerajaan yang boleh memberikan peluang kepada semua pihak dan bukannya peluang untuk kroni-kroni yang hampir dengan pemerintah sahaja. Kerajaan yang benar-benar baik ialah kerajaan yang serius mentadbir dengan jujur dan berkesan untuk mendapat sokongan ramai.

Rakyat tidak mudah terpengaruh dengan kempen Perdana Menteri mengayuh basikal di merata-rata tempat. Rakyat tidak akan bahagia dengan peruntukan wang ringgit semasa musim pilihan raya sahaja. Sampai bila kita hendak memberikan sokongan kepada pemimpin yang datang semasa pilihan raya dan mengayuh basikal ke hulu ke hilir. Rakyat mahukan dasar yang mantap dan yang dilaksanakan dengan baik tanpa rasuah, tanpa kroni.

Salah seorang dari sahabat yang mendapat kerja kontrak di P Pinang memberitahu saya, “Bang, kat Penang tak payah nak bawak EXCO atau ketua jabatan pergi Siam atau pergi karaoke untuk dapat kontrak ni bang. Dulu nak dapatkan kontrak terpaksa bawa pemimpin UMNO dan w/rakyat pergi Haadyai dan macam-macam lagi. Ratusan ribu habis kerja tak dapat juga”.

Sesungguhnya rakyat mahukan sebuah kerajaan yang ‘decent’ untuk mereka hidup dengan tenang dan tidak mahu lagi melihat perkara-perkara mungkar berlaku di hadapan mata kepala mereka sendiri. Bentangkanlah bajet yang terhebat sekali pun tetapi jika rakyat ramai tidak mendapat nikmatnya semuanya itu tidak akan membawa apa-apa makna kepada negara. Yang untung hanyalah segelintiran manusia istimewa di sekeliling pemimpin-pemimpin besar sahaja.

Banyak perkara yang rakyat nampak kemungkaran berlaku, tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana kuasa ada di kalangan mereka yang mungkar ini. Itulah sebabnya mereka memilih untuk menukar kerajaan. Sama ada berjaya atau tidak itu hanya keadaan akan menentukannya. Mereka sangat benci dengan OSA dan berbagai akta yang melindungi rasuah dan salah guna kuasa yang dilakukan oleh kerajaan.

Tetapi sejarah dunia yang sudah tua ini membuktikan yang bathil itu tetap akan kecundang akhirnya dan yang benar itu tetap akan berjaya walaupun terpaksa mengharungi rintangan yang besar sebelum menempa kejayaan.

Segala kemungkaran politik dan ekonmi serta kegiatan memecah belahkan perhubungan di antara kaum ini akan hanya dapat dihapuskan oeh rakyat jika rakyat ramai-ramai berpakat untuk menolaknya.

Lakukan secara demokrasi.

- Aspan Alias

Mufti Perak sokong hudud

Mufti sokong hudud

SHAH ALAM - Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

Namun begitu katanya, Pas seharusnya menyediakan semua proses pelaksanaannya, termasuk prosedur-prosedur yang ditetapkan, perbicaraan dan saksi.

“Jika semua ini tiada masalah, saya ucap tahniah dan bolehlah melaksanakannya kerana sudah lama hudud mahu dijadikan undang-undang tetapi hingga kini belum dibuat.

“Apa yang saya bimbang, hudud hanya sekadar memotong tangan pencuri sedangkan dalam aspek lain tidak dapat dilaksanakan,” katanya.

Katanya, sebagai orang Islam, ahli Pas perlu tunaikan janji dan jangan menjadikan hukum ini kempen politik menjelang pilihan raya.

“Perlu ingat, undang-undang Islam merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Pas tidak boleh melaksanakan hanya satu kerana boleh menyebabkan ketidakadilan.

“Mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat yang hudud bukan hukuman untuk menyeksa seperti potong tangan, sebat dan bunuh, sebaliknya menjadi pengajaran,” katanya.

Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan.

“Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya.

“Ia bertambah panas dekat pilihan raya dan orang politik sibuk mengenainya sedangkan selepas pilihan raya, hudud tidak diambil peduli dan senyap begitu sahaja,” katanya.

Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang Islam perlu menerima hudud sebagai perundangan negara kerana ia terkandung dalam al-Quran.

Katanya, perlaksanaan tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan.

“Saya tahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama mahu berjuang untuk melaksanakan hudud dan kenapa tiba-tiba muncul semasa :Pilihan Raya Umum Ke-13 akan tiba.

“Akibatnya, rakyat melihat hudud sekadar cakap-cakap sahaja dan untuk membuktikan komitmen Pas, mereka perlu benar-benar melaksanakannya,” katanya.

Ha Ha Ha..nampaknya Jilat ludah lagi laa puak UMNO lepas nie...


jika PR yg cakap habis bangun JUAK2 UMNO PERKASA bantai PR...namun bila mai NAJIB UMNO sekoq pon tak panggung kepala...nampaknya nak jadi mcm ISA tempohari laaa...dulu bukan main sokong ISA namun bila najib buang pakat dok jilat pulak ISA tuu patut dibuang.....UMNO..UMNO..politik mangkok jamban apa hangpa nie...

Mengaku parti Islam tetapi takut hudud


SHAH ALAM - Pas membidas UMNO yang mengaku sebagai parti Islam tetapi takut untuk melaksanakan hukum hudud.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Umno yang diberi mandat memerintah selama 54 tahun tidak melaksanakan hukum Allah meskipun mengaku sokong hudud.

“Mencabar Pas melaksanakan hukum Allah menunjukkan Umno seolah-olah tidak berkewajipan untuk melaksanakannya sedangkan mereka pernah mendakwa parti Islam ketiga terbesar di dunia.

“Saya mahu nasihatkan Umno agar jangan rasa bebas daripada tanggungjawab melaksanakan hukum Allah sehinggakan kelihatan langsung tidak berusaha agar hukum Allah ini dapat dilaksanakan,” katanya yang dipetik daripada Harakahdaily semalam.

Tuan Ibrahim optimis kontroversi isu hudud yang sengaja diperbesarkan akan menyebabkan ramai yang mempunyai sangka buruk terhadap undang-undang Islam itu akan lebih memahami hudud.

“Sifat manusia takut pada perkara yang tidak diketahui namun selepas mengetahui dan memahaminya, mereka tidak lagi takut,” katanya. Beliau juga menyuarakan pandangan yang sama dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada ‘hantu’.

“Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ‘hantu’. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu,” katanya.

Kedah tersingkir

Selangor mara, Kedah tersingkir


Pemain Selangor, Mohd. Amri Yahyah melakukan tandukan ke gawang Kuala Lumpur pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam. – Utusan/ Izham Jaafar


KUALA LUMPUR - Nasib berbeza dialami dua pasukan pilihan apabila Kedah gagal ke suku akhir Piala Malaysia setelah seri 1-1 dengan Perak di Stadium Darul Aman sementara `Misi 33’ Selangor kembali bernyawa selepas mengatasi Kuala Lumpur 2-1 di Stadium Shah Alam, semalam.

Skuad Kenari yang terdesak memerlukan kemenangan tersentak apabila dua jaringan mereka dibatalkan oleh pengadil pada separuh masa pertama.

Kedah ketinggalan pada minit ke-53 hasil jaringan bekas penyerang skuad itu, Mohd. Shafiq Jamal sebelum Mohd. Faizal Abu Bakar menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Keputusan seri itu memberi laluan buat Sabah yang menang besar 4-1 ke atas Johor di Stadium Larkin bagi menempah pertemuan dengan T-Team pada suku akhir yang dijadualkan 4 dan 8 Oktober ini.

Red Giants berdepan situasi mencemaskan apabila ketinggalan 1-0 menerusi Muhd. Shahrom Abdul Kalam pada minit ke-37 sebelum bangkit pada babak kedua bermula dengan jaringan Mohd. Razman Roslan pada minit ke-65 dan Amri Yahyah melengkapkan kebangkitan dengan gol kemenangan melalui tandukan pada minit ke-75.

Juara bertahan, Kelantan menepati reputasi apabila muncul juara Kumpulan C dengan mengalahkan Felda United 2-0 di Stadium Sultan Muhammad IV hasil jaringan Norshahrul Idlan Talaha.

T-Team muncul juara Kumpulan D selepas berpesta gol membelasah PDRM 6-0 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Johor FC menang 3-1 ke atas Sarawak di Stadium Pasir Gudang manakala PKNS menang tipis 1-0 dengan Sime Darby pada aksi yang tidak memberi sebarang makna kerana keempat-empat pasukan sudah tersingkir untuk ke suku akhir.


Laa ingatkan negeri kita ja ada isu sampah.. rupa-rupanya negeri BN pun 2x5 jaa..!!!

Sana sini sampah!

KANGAR – “Pihak bertanggungjawab perlu mengambil tindakan tegas terhadap segelintir penduduk di Pangsapuri Seri Sena di sini, yang mengambil jalan mudah membuang sampah di merata tempat.

“Tindakan membuang sampah dalam lif, kawasan tangga dan tempat meletak kenderaan seperti itu bukan sahaja mendatangkan bau busuk, malah turut merosakkan imej penduduk,” luah penduduk, Che Om Darus, 54.

Che Om berkata, mereka sepatutnya membuang sampah seperti sisa makanan, barangan terbuang, kertas-kertas dan sebagainya itu ke tempat yang sepatutnya.

Menurutnya, ramai penduduk sudah tidak tahan dengan keadaan itu, malah ada penduduk yang terpaksa mengutip sampah yang ditinggalkan di kawasan lif dan tangga untuk dibuang ke tempat sepatutnya.

“Ini amat memalukan, ia bukan sahaja mendatangkan keselesaan kepada orang lain bahkan turut menggambarkan betapa kurangnya kesedaran masyarakat di sini, tentang amalan kebersihan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Jamilah Rejab, 53, berkata, akibat tidak tahan dengan bau sampah yang diletakkan di hadapan pintu lif, dia terpaksa secara sukarela mengangkat sampah itu untuk dibuang.

“Kami terpaksa membuang sampah yang diletakkan orang lain di tempat tidak sepatutnya akibat tidak tahan dengan bau busuk.

:“Tidak kurang dengan itu, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab menconteng dinding-dinding dengan perkataan yang tidak senonoh dan memalukan,” katanya yang bekerja sebagai tukang cuci.

Jamilah berkata, penduduk yang menghadapi masalah untuk membuang sampah di tempat pembuangan yang terletak di aras bawah pangsapuri boleh mengambil inisiatif dengan menggunakan perkhidmatan pengangkutan sampah.

Dia berkata, pihaknya percaya mungkin ramai penduduk tidak tahu bahawa Pangsapuri Seri Sena mempunyai khidmat pengangkutan sampah berbayar setiap dua hari sekali.

“Melalui khidmat itu, seorang remaja lelaki berumur lingkungan 20-an akan bergerak dari pintu ke pintu bermula aras bawah hingga aras paling tinggi iaitu aras 13 untuk mengambil sampah.

“Bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan itu juga tidak tinggi iaitu antara RM1 hingga RM2 sahaja bagi setiap bungkusan sampah,” katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Kerajaan, Bahagian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Syaiful Rizal Mohd Sukri berkata, pihak kerajaan sudah melantik syarikat Perlis Properties Sdn Bhd untuk menguruskan hal-hal berkaitan pangsapuri berkenaan.

Bagaimanapun, bagi masalah sampah yang ditimbulkan itu, Perlis Properties tidak mempunyai hak untuk mengambil tindakan seperti mengarah penduduk keluar atau mengenakan bayaran terhadap mereka.

Bagaimanapun, kerajaan melalui syarikat berkenaan sentiasa memantau dari masa ke masa sekiranya terdapat sebarang kerosakan yang berlaku membabitkan kemudahan di sana.

Katanya, dalam menguruskan pangsapuri berkenaan, kerajaan turut mendapat bantuan dari rukun tetangga di situ dalam menguruskan hal-hal berkaitan penduduk.

“Apa yang berlaku itu disebabkan kurang kesedaran penduduk tentang kebersihan kawasan perumahan mereka.

“Apapun kita akan mempertingkatkan lagi usaha mendidik dan memberi kesedaran kepada mereka, sekali gus meningkatkan pemantauan di situ supaya masalah yang ditimbulkan itu dapat diatasi,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...