TERKINI :

Tuesday, September 27, 2011

Awas..Tektik Media BN menjelang pilihanraya...

Apa media BN buat sewaktu dekat dengan pilihanraya?

Oleh: Saiburi Sudin



Dari aspek kebebasan media dunia, Malaysia menduduki tangga tercorot. Semua media utama di Malaysia masih dikongkong BN. Kongkongan ala komunis ini dibuat bagi menyekat maklumat sampai kepada rakyat.

Bagaimanapun BN agak cerdik kerana memberi permit kepada Harakah dan Roket yang mewakili suara pembangkang, itu pun terhad untuk ahli sahaja. Apabila ada pihak yang pertikai kebebasan akhbar di 
Malaysia mereka akan berkata, "kalau tiada kebebasan akhbar macam mana Harakah dan Roket diberi permit?" Walhal semua media elektronik dan akhbar-akhbar utama tidak dibenarkan memberi ruang kepada pembangkang, jika mereka degil permit akan ditarik serta-merta!

Media-media utama tersebut bukan setakat dipaksa sokong BN tapi diprojekkan dengan propaganda BN. Menjelang pilihanraya, semua media tersebut menjalankan propaganda mengikut arahan khas dari pihak atas, yang dipercayai dengan nasihat perunding mereka iaitu Yahudi APCO. (Sebelum APCO penasihat mereka ialah Sathi & Sathee juga sebuah perunding Yahudi).

Berikut adalah penekanan khas yang diberi oleh media setiap kali akan berlangsung  pilihanraya (ia berlaku sejak 1990):

1.       Membangkitkan isu Hudud dan negara Islam kerana merasai peluang terbaik menampakkan kononnya perbezaan PAS-DAP

2.       Ahli parti pembangkang keluar beramai-ramai untuk sertai parti komponen BN. Misalnya beribu ahli PAS masuk UMNO, yang sebenarnya ialah 'UMNO masuk UMNO'

3.       Menggambarkan berlaku keretakan dalam pakatan pihak lawan BN dengan menonjolkan perbezaan pandangan. Jika ianya tidak berlaku maka mereka akan mengada-adakan cerita bohong dan fitnah mengenai 'perkelahian' yang wujud

4.       Serangan bertalu-talu untuk isu tertentu yang difokuskan mereka. Misalnya sejak 1990... PAS kerjasama dengan DAP, PAS gugur negara Islam, PAS nak lelong Putrajaya, Tuhan 'mencarut', buku Shit karya Shahnon Ahmad dll. Yang terbaru isu Mat Sabu sokong Mat Indera. Modus operandi mereka sama sahaja iaitu mengasak bertalu-talu dengan kekuatan media yang mereka miliki.

5.       Menampilkan imej PM disokong ramai rakyat dengan menyiarkan Najib diserbu rakyat dalam suasana berhimpit-himpit. Walhal itu semua cuma lakonan yang dibuat di tempat agak sempit (bagi menampakkan kesesakan) dan menggunakan teknik focus dan cropping

6.       Peruntukan, pemberian atau sumbangan yang banyak oleh pemimpin BN di mana-mana

7.       Imej positif PM difokuskan dalam pelbagai situasi, misalnya naik bas, naik keretapi, naik basikal, makan bersila, masuk masjid, masuk pasar dll.

8.       Menimbulkan ancaman dan ketakutan di kalangan rakyat. Misalnya PR menang DAP (Cina) berkuasa, PR menang negara huru hara, PR bawa ideology komunis, PR menang kuasa asing akan menjajah dll.

9.       Berikut adalah istilah/frasa wajib yang digunakan oleh media BN untuk pembangkang menjelang pilihanraya:

a)      Terdesak
b)      Hilang sokongan
c)       Celaru
d)      Ketandusan isu
e)      Mengalih isu
f)       Menutup kelemahan
g)      Menyebarkan dakyah
h)      Menyemai kebencian
i)        Kepentingan politik
j)        Memperalatkan
k)      Berdolak-dalik
l)        Propaganda
m)    Permainan politik
n)   Sandiwara
o)  Cuba mengkaburi
(Cuba baca mana2 akhbar BN hari ini... istilah di atas wajib ada dalam ayat yang digunakan)

10.   Laporan bohong dan fitnah mengenai pembangkang, mengulang-ulang pembohongan itu dan memanjangkan komentar terhadap pembohongan tersebut bagi menampakkan seolah-olah ia benar, sesuai dengan prinsip Joseph Gobbels (Menteri Penerangan kerajaan Hitler) iaitu 'bohong yang diulang-ulang akan dipercayai orang akhirnya'

Bab Hudud nie Jangan marah marah depa..depa bukan paham pon apa yg sebenaqnya...

Salam semua...

Tup tup cerita pasai hukum hudud ni timbui pulak dah... Punya kuat kosa media depa, sampai teggelam habih kisah Mak Long hang yang tak pernah cukup duit pi pekan. Punya power permainan depa sampai tertutup habih cerita Pak Long pecah tabung nak tukaq tayar beskal.

Ramai yang marah marah, tak kurang jugak yang sumpah seranah.... Tapi Pak Long nak pesan la, jangan dok marah marah. Berdakwah ni kena berhemah, kena halusi budi pekerti untuk kita berdakwah melalui diri. Depa nak tengok Islam, depa mesti tengok kita yang kononnya umat Islam nih... Kalau kita pun dah terloncat loncat terselak kain, Islam akan dipandang serong dan melencong ke lain... Orang tak hormat bukan pasai Islam tu hodoh, tapi pasai kelaku umat dia yang bodo...

Rata rata Pak Long tengok, ramai yang tentang hudud ni pasai depa tak paham. Kena dok cerita, hudud ni undang undang Allah... Kita bukan sangat nak menghukum tapi lebih pada nak mencegah...

Lagi pun, marah ni adalah satu dari sikap negatif yang dok bersarang dalam diri. Tapi sikap negatif ni pun sebenaqnya Tuhan jugak yang bagi jadi dan letak dalam diri hamba hamba Dia. Sebab tu Hj Karim kata, sikap marah ni tak boleh buang tapi kita kena tau kontrol dia. Tak percaya, tanya Mak Long hang... haha... Habih meluat sangat pun, dia jelin jelin ja... haha...

Pak Long nak ajak hangpa semua menelaah sikap marah yang ada kat kita. Bukannya apa, dari kita dok marah tak tentu hala kat orang orang politik dalam sistem demokrasi ala Malaysia ni, baik jugak kadang kadang tu kita check tengok boleh ka dak kita belajar kontrol sikap amarah kita.

Kadang kadang kita tau, marah tu tak baguih untuk diri, tapi kita dok buat jugak. Orang yang suka marah marah ni adalah orang orang yang diri dia penuh ngan ego dan bongkak... sedangkan ego, bongkak dan takbur tu pakaian Tuhan yang tak layak dipakai oleh hamba hambaNya. Bila kita jadi orang yang suka marah marah, maknanya kita tergolong dalam golongan orang orang yang rugi yang gagal kontrol marah kita. Orang yang marah marah selalunya disebabkan oleh hati dan pikiran yang penuh dengan perkara perkara negatif, kata-kata kita jugak negatif. Menjalani hidup seharian dengan sifat sifat negatif akan menjauhkan kita dengan Maha Pencipta, kerugian yang tiada nilainya...

Jadi Pak Long nak nasihatkan diri Pak Long dan anak anak semua, kalau nak bahagia dan aman jiwa raga, kita perlu asuh dan didik diri menjadi orang yang bijak dan berjaya mengawal rasa amarah. Biaq kita yang mengawal emosi marah, bukan marah yang mengawal kita. Marah adalah emosi dan emosi sepatutnya boleh dikawal selia.

Melatih diri untuk bertenang boleh mengajaq kita mengawal emosi marah tersebut. Sesapa yang dapat meletakkan ketenangan dalam hati dia maka dia berjaya la mengelakkan rasa amarah dari bermaharajalela dalam diri. Dan hati yang tenang adalah hati yang selalu mengingatkan akan Allah s.w.t...

Pak Long berdoa siang malam, supaya semua kita ni dikurnia hati yang tenang hasil dari zikir hati pada Allah. Mulai hari ini, elakkan lah sikap mudah marah atau suka marah-marah tak ketahuan hala kita tu dengan berzikir pada Allah. Insyaallah, kejayaan dan kebahagiaan pasti menanti kita semua...

Hihi... selamba ja Mak Long hang pesan, lembu kat padang nu kalau tak cukup ayaq... boleh terpacak ekoq gak marah dia... haha... lembu la katakan...

Wassalam...

Tanah Kg Baru Tergadai..mana perginya juak2 UMNO, PERKASA, PEKIDA, TIGA LINE yg nak tolong Melayu..??

Pemilik tanah Kg Baru mahu akta baru ditarik balik

September 27, 2011
Salah satu kain rentang bantah Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 digantung di salah satu rumah yang berlatarbelakangkan Menara Berkembar Petronas. — Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 27 Sept — Seorang pewaris tanah Kampung Baru hari ini membuat pendirian bahawa majoriti pemilik tanah di kawasan penempatan eksklusif orang Melayu itu mahu Rang Undang-Undang Perbadanan Kampong Baru ditarik balik dan dibincangkan semula sebelum dibawa masuk ke Parlimen.

Menurut Mohd Nor Hassan, 56, semenjak rang undang-undang itu dibacakan kali pertama Disember lalu majoriti pemilik dan pewaris tanah sudah membantah cadangan itu, namun tidak dipedulikan kerajaan.

Selain itu, jelas beliau yang merupakan generasi kedua Kampung Baru, majoriti pemilik dan pewaris tanah termasuk dirinya menolak rang undang-undang kerana ia tidak memberi jaminan bahawa hak mereka akan dipertahankan sekiranya bersetuju dengan cadangan itu.

“Perkara yang asal tidak diubah, malah dimasukkan semula dalam rang undang-undang... maaf cakap ini satu penipuan oleh menteri yang kata untuk bentangkan kepada kami dulu tapi akhirnya pada 17 Disember dia bentangkan dulu di Parlimen kemudian pada sebelah malam baru kepada kami.

“Malah, ada beberapa perkara yang dibantah keras oleh kami termasuk kuasa mutlak di bawah kuas menteri, imuniti kepada perbadanan, jumlah keanggotaan dan MAS (Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu) tidak dibubarkan maknanya kalau kesemua perkara ini tidak dipinda perbadanan boleh mengambil tanah kami secara paksa rela dan perbadanan boleh rampas tanah kami,” katanya pada sidang media di sini.

Malah tegas Mohd Nor yang juga Timbalan Pengerusi Sekretariat Pembangunan Kampung Baru, kerajaan tidak ikhlas untuk membincangkan tentang hala tuju rang undang-undang itu, sebaliknya memutuskan untuk terus bawa ke Parlimen untuk bacaan kali kedua.

“Kami tidak nampak keikhlasan kerajaan, tarik balik rang undang-undang ini dan bincang balik dengan kami kemudian baru bawa masuk balik... kami tidak tentang pembangunan tetapi kami menentang cara kerajaan yang nak mengambil alih dengan cara yang tidak elok, guna Parlimen untuk ambil alih hak kami.

“Kami menentang seratus peratus rang undang-undang ini, majoriti membantahnya,” katanya.

Selain itu, beliau juga mahu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendedahkan perkembangan terkini tentang referendum yang diserahkan kepada pemilik dan pewaris tanah membuat keputusan.

Pada Jun lalu, hanya 30 peratus borang referendum itu telah dikembalikan, namun tiada keputusan tentang jumlah yang menyokong atau menentang.

“Tiga puluh peratus ini dari mana? Siapa yang hantar? Sehingga kini tiada rekod... dan untuk rekod terdapat 4,000 pemilik dan pemaris tanah tapi ramai yang sudah tidak duduk di Kampung Baru, malah semasa penjelasan dibuat tentang pindaan itu hanya segelintir sahaja yang hadir.

“Menteri hanya cakap sahaja, tiad bukti... cakap macam mainan bagi dia,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub memberitahu, langkah kerajaan untuk meneruskan bacaan kali kedua di Parlimen bertentangan dengan pendirian pemilik dan pewaris di tanah berusia 111 tahun itu.

“Penangguhan bacaan kali kedua sebelum ini membuktikan rang undang-undang ini tidak masak, tidak sempurna dan cacat maka satu perundingan yang serius perlu dilakukan yang perlu melibatkan wakil penduduk yang sah termasuk badan bukan kerajaan yang ada di Kampung Baru.

“Selain itu, menteri juga sebelum ini berkata referendum akan menjadi asas utama sama ada rang undang-undang ini akan diteruskan atau tidak, borang referendum telah dihantar dan saya difahamkan pada Jun hanya 30 peratus yang telah mengembalikan borang itu,” katanya.

Justeru jelas beliau, langkah terbaik yang harus diambil kerajaan adalah menarik semula rang undang-undang itu dan dibincangkan semula dengan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru.

Surat Habaq Cina pun dah berjangkit buat kerja UTUSAN dah...!!

PANAS!! Sindrom menipu Utusan telah menjangkiti Akhbar Cina?

Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong.

Lihat pula gambar keratan akhbar di bawah ini. Gambar yang sama, kedudukan dan gelagat yang sama, bezanya tiba-tiba Koh Tsu Koon tercongok di sebelah kanan Najib dan turut sama mengayuh basikal.




Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri.


Hasil kerja : Milo Suam

Mat Bashah hina projek KUIN di Kuala Ketil...!!!

Tanggung Utang Buat Universiti 1000 Kali Baik Dari Tanggung Utang Buat Padang Golf...

Oleh : SEKANDI MUJAHIDAH

Kisah hutang..hutang…hutang lagi….hari tu kita dengar pasal Ustaz Azizan minta hutang dekat kerajaan pusat…Puteri Bulan dah bagitau..itu bukan minta hutang tapi tagih bayaran yang sepatutnya dibayar oleh kerajaan pusat kepada Kedah.

Dengar pulak, Tok Bashah dok berletiaq macam mak nenek, komplen sana komplen sini, katanya projek kerajaan kedah tu merugikan serta telah buat nanya kat rakyat kedah pasal rakyat kedah kena tanggung hutang sebanyak RM330 juta atas nama nak bina kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dekat kuala ketil.

SM nak tanya Tok Bashah…RM330 juta nak bina apa? Padang golf ka? Kelab gimnastik ka? Gelangang bowling ka? atau nak renovate rumah menteri besar ka?

RM330 juta tu nak bina sebuah kampus yang lengkap dengan pasarana dan boleh menempatkan lebih 10 ribu pelajar dan hampir 40 fakulti yang ditawarkan. Bukan hanya untuk rakyat Kedah malah kampus tersebut juga akan menerima pelajar dari luar negara.

Membina sebuah pusat pendidikan ni..rugi ka..? apakah hasil dari pusat pendidikan tersebut merugikan rakyat dan apakah sejumlah RM330 juta yang digunakan itu dikatakan hutang sia-sia? Tak Basha tak tau ka…pendidikan ini merupakan satu pelaburan jangka panjang yang tak pernah habis selagi ada manusia dan selagi ada yang nak belajaq dan yang nak mengajaq..

Membina genarasi yang berpengetahuan serta berkebolehan malah sebagai tenaga pakar dalam sesuatu bidang merupakan tugas pemerintah dan pulangan hasilnya akan kembali kepada negara. Rakyat yang berinovasi tinggi, berpengetahuan, berkebolehan akan membantu meningkatkan kemajuan negara atau negeri.

RUGI KA…NANYA KA RAKYAT KEDAH?…TANGGUNG HUTANG SIA-SIA KA?
Hat tu pun Tok Bashah tak boleh fikiaq..


Apa ke halnya dengan RM2.3 billion hutang yang ditinggalkan oleh kerajaan BN/UMNO haprak ..sapa yang dok tanggung..? rakyat bangla ka…? Nak tanya Tok Bashah sapa dok tolong bayaq hutang hampa tu…

Lain kali tok Bashah,…kalau ada cita-cita nak jadi menteri besaq..janganlah dok bawa keluar statement jerat tengkuk macam ni…kalau tak nanti…ramai lagi tali perut tali perut UMNO haprak calon orang lain macam Tok Muhriz ke..melepaih..eekau..Tok Bashah…

Tok Bashah…Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua…

Aduhai Sedap sungguh aihh kata Ustaz Azhar Idrus - ustaz bodoh?

Ustaz Azhar Idrus - ustaz bodoh?

Sebelum ada yang belasah aku, dukacita dimaklumkan bukan aku yang kata macam tu, aku cuma pinjam tajuk posting sorang blogger penchachai pandy kutty Umno.

Rupa posting dia macam gambar kat sebelah ni.

Aku sebenarnya berminat nak tengok apa hujjah blogger Umno ni kata Ust popular ni bodoh, pasai tu la aku bukak blog dia. Rupa-rupanya bukan tahap hujjah bodoh lagi dah, tapi tahap hujjah BANGANG.
Ustaz bodoh ini pandai kutuk Najib tetapi dia lupa bahawa Pas menjunjung Nik Aziz, Nik dilabelkan sebagai tuan guru, Pas juga mengangkat Anwar takut akan Anwar dan takut akan Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng... - Taipingmali.
Aku tak kenai sebenarnya sapa blogger Taipingmali ni. Cumanya Matsamankati pernah tulis:
Sejumlah peruntukan yang besar telah dijanjikan supaya blog-blog pro-Umno menguasai alam siber. Setiap blogger diberi elaun bulanan sebanyak RM2,500.00. Penyelaras untuk negeri Perak ialah Cikgu Najimy…blogger Taiping Mali. - Malaysiatimes.
Malang la anak sapa ada cikgu yang sanggup guna hujjah bangang macam tu.

Mungkin ayat kat bawah ni boleh menggambarkan tahap pemikiran dan kefahaman blogger Umno sorang ni.
Halalkah mereka menggunakan jalanraya yang dibina oleh perancangan Umno untuk kemudahan rakyat.

Halalkan ubat-ubat dari pada klinik dan hospital yang telah dirancangkan oleh Umno Bn untuk memberikan perkhidmatan dan menjaga kesihatan rakyat - Taipingmali.
Kesian sungguh la kat Zambry bayar mahal-mahal untuk blogger tahap pemikiran macam ni. Teringin jugak aku nak tengok macamana rupa blogger Taiping Mali ni. Blogger Bijan janji nak bagi kat aku gambar Taiping Mali ni sampai hari ni tak bagi-bagi lagi pun.

Aku rasa ramai yang nak kenai blogger TaipingMali termasuk penyokong Umno yang berminat nak jadi Cybertrooper Umno. Mana tau ada peluang dapat RM2,500.00 sebulan.

Hasil bantuan PakcikGoogle aku jumpa gambar macam kat sebelah ni kat sini. Betul ka dak TaipingMali ada dalam gambar tu tak pasti pulak aku tapi takkan Azam nak tipu pulak kut.

Sekali Lagi utusan Menghina Islam - Namun rakyat tengok saja..!!

Wahaha lawak pulak aku rase geng utusan ini. Haritu dah keluar isu sindir zina dan rogol – juga menyindir hukum hakam islam. Kali ini mereka tak habis habis lagi nak gune kecerdikan dan bakat melukis untuk menghina dan menyindir ulamak pas.
Beginilah orang akhbar milik penuh UMNO...apa masalah kalau korang guna Idea yang bernas untuk berhujah...bila nak berkuasa sekalipun,jangan la sampai menghina Islam..
Isu politik jangan nak campur dalam agama.JANGAN POLITIKKAN AGAMA..cara yang betul adalah masukkan agama dalam politik.Ini dah level hina islam,bukan hina PAS..Jangan jadi buta macam kafir harbi semata mata korang nak tunjukkan yang korang tu PRO mana mana pihak sekalipon.tak kisah lah korang pro kerajaan mahupon pro pembangkang,tapi dalam berhujah make sure point betul dan logik – dan bukan untuk kepenting diri sendiri ikut emosi masing masing.
Satu word untuk pelukis – cepat bertaubat

satu renungan..
✔ Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat.
✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat.
✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat.
✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat.
✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat.
http://getahskrab.blogspot.com/2011/09/sekali-lagi-utusan-menghina-islam.html

Rakyat Kedah Dok Tunggu Mat Sabu dan Azizan ceramah satu pentas..!!

oleh DepaKata

ADUHAI..Gambaq ANWAR dengan AZWAN ALI pon hangpa nak pusing sana pusing sini..

FITNAH SKANDAL ANWAR - AZWAN ALI ? JAWAPAN DI SINI

gambar skandal anwar & azwan ali? ini jawapannya



Tadi gua perasan di facebook ada bising bising sikit pasal gambar di atas yang kononnya gambar peribadi keluarga anwar ibrahim didedahkan. dan macam biasa, ditokok tambah cerita seolah olah gambar anwar dan azwan ali diambil ketika bercuti di sebuah pusat peranginan (nak bagi 'feel' macam gay la tu. kah kah kah!) macam biasa. gua sengih. sengih yang mengundang gua open-new-tab lalu mengadu pada brader google.

kalau pikir dengan akal yang waras, gua rasa gambar gambar di atas ni takde benda pun. gua pun pernah tangkap gambar dengan perempuan berbikini basah lenjun masa kerja sunway lagoon dulu. steady je. mungkin sebab gua bukan ahli politik, dan juga bukan anak seorang ketua pembangkang. kah kah kah!

berbalik pada open-new-tab gua tadi, gua jumpa la tiga keping gambar nurul izzah yang berpakaian sebijik seperti gambar di atas. bukan pakaian je, style tudung pun sama! dan ketiga tiga gambar ni di ambil semasa kempen pakatan rakyat di sarawak itu hari. jadi apa nak heran? mesti la ada sesi tangkap tangkap gambar dengan orang sarawak ye dak? so apa masalahnya? rosmoh je boleh tangkap gambar? gitu? ptui!



dan yang paling kelakar sekali, gua jumpa gambar si azwan ali ni masa dia menghadiri rumah terbuka azmin ali di taman TAR, ampang. nah tengok sendiri. tak payah bagi link la, semua orang tau gambar ni diambil dari fotopages minaq jinggo. sama tak baju dia dengan anwar seperti gambar di atas sekali tu? sama tak? kah kah kah! kah kah kah! kah kah kah!


Sumber:
lagi gambar..
Arrow http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/09/gambar-skandal-keluarga-anwar-ibrahim.html

Jika di KODIANG pun dah ada POLIS Samseng..bagaimanakah pula di KOTA METROPILITAN sana..??

Dipukul polis kerana sampah


MOHD. RIDZUAN menunjukkan laporan polis dan X-ray akibat dibelasah oleh polis di Jitra, Kedah semalam.


JITRA - Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal di sini mendakwa dipukul lima lelaki dipercayai anggota polis hanya disebabkan tegurannya ke atas salah seorang lelaki terbabit yang tidak membuang sampah ke dalam tong di Taman Bahagia, Kodiang dekat sini Sabtu lalu.

Mangsa, Mohd. Ridzuan Mohd. Noor, 23, memberitahu, kejadian berlaku ketika dia membuat kerja pembersihan di taman perumahan tersebut sebelum didatangi salah seorang lelaki yang membuang sampah di luar tong.

Katanya, dia kemudian meminta lelaki berusia awal 50-an itu membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, namun sebaliknya dia diherdik dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu.

"Lelaki itu menengking dengan berkata, hang siapa, dan saya memberitahu saya ditugaskan untuk membersihkan kawasan tersebut.

"Lelaki itu masih tidak berpuas hati dan memberitahu, hang tidak tahu aku siapa, kalau ada pistol aku tembak hang," ceritanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambahnya, lelaki terbabit yang berpakaian preman kemudian berlalu, namun datang semula ke kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian bersama empat lagi rakannya.

"Setiba di situ mereka mengepak tangan dan menendang saya sehingga jatuh. Mereka kemudian menggari tangan saya. Selepas itu mereka menyepak muka, perut dan belakang badan," dakwanya yang tidak dapat berbuat apa-apa kerana tangan digari.

Mohd. Ridzuan memberitahu, dia kemudian dibawa ke Balai Polis Kodiang sebelum sekali lagi dibelasah oleh mereka dan selepas itu mengurungnya di dalam lokap.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0927&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm

Orang Melayu kalau tak berkelahi pasal tanah pusaka tak sah namanya sebagai melayu..!!

Hanya bermotosikal

BALIK PULAU – Tekad untuk mengubah nasib keluarga, seorang lelaki bersama isteri dan tiga anaknya meninggalkan Kodiang, Kedah dan merantau ke negeri ini untuk memulakan kehidupan baru.

Mohd Ridzuan Ismail, 29, yang pernah bekerja di kilang padi terpaksa meninggalkan Kampung Belukar untuk mengelakkan perselisihan faham apabila rumah pusaka yang diduduki telah dijual oleh ahli keluarga dan memilih Balik Pulau untuk memulakan hidup baru.

“Bayangkan, kami menempuh perjalanan yang jauh dengan menggunakan motosikal sehingga sampai di Balik Pulau melalui laluan Batu Feringghi dan Teluk Bahang.

“Ketika berehat di Masjid Daerah Barat Daya, ada jemaah masjid yang bersimpati dan membawa kami sekeluarga bermalam di rumah tumpangan di Pondok Upeh.

“Saya amat bersyukur kerana kami sekeluarga selamat sampai di destinasi dan saya berharap untuk memulakan hidup baru dan mencari rezeki di sini,” katanya.

Bagaimanapun, dia tidak menyatakan mengapa Balik Pulau dipilih sebagai lokasi untuk mencari rezeki.

Mohd Ridzuan turut menemui Imam Masjid An-Nur, Mohd Tuah Ismail yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Titi Teras bersama isterinya, Ernarti Sumar, 26, dan tiga anak mereka yang berusia lingkungan tiga hingga setahun.

Mohd Tuah berkata, dia simpati mendengar permasalahan yang dialami oleh Mohd Ridzuan dan akan cuba membantu agar mereka sekeluarga dapat membina kehidupan baru.

“Dia menyatakan keinginan untuk mencari modal berniaga dan saya dan AJK lain akan membantu mencari rumah sewa.

“Selain itu, bantuan modal perniagaan turut akan dicari memandangkan Mohd Ridzuan memaklumkan bahawa dia berpengalaman menyediakan keropok kacang secara kecil-kecilan.

“Mereka merantau dengan hanya berbekalkan sebuah beg pakaian dan adalah menjadi tanggungjawab untuk saya membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Bagi mereka yang berminat untuk membantu, bolehlah menghubungi Mohd Tuah di talian 019 – 5709500.

Piala Malaysia - Kedah hanya memburu kemenangan

HIDUP atau mati.

Begitu perhitungan yang bakal dibuat Kedah pada pertemuan terakhir Kumpulan A menentang Perak dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darulaman, Alor Setar malam ini, lapor AHMAD SYAHIR KASSIM.

Sekiranya menang dengan jaringan selesa, Kedah boleh menarik nafas lega mampu berada dalam lapan kelompok terbaik, namun jika keputu- san sebaliknya, skuad Hijau Kuning boleh mengucapkan selamat tinggal pada saingan Piala Malaysia musim ini.

Bunyinya kedengaran 'keras', namun itulah misi besar yang perlu diharungi ketua jurulatih, Wan Jamak Wan Hassan bersama para pemainnya selain sokongan padu peminat setia skuad Kenari.

Tekanan turut dirasai barisan pengurusan pasukan termasuk Pengurusnnya, Datuk Khazali Din yang melihat Kedah tiada pilihan lain sekiranya mahu melangkah ke suku akhir iaitu mencatat kemenangan.

"Tekanan memang dirasai oleh skuad Kedah ketika ini. Saya melihat pasukan ini pada peringkat awal mereka rileks, namun apabila terdesak di penghujung saingan mereka berusaha keras.

"Bagaimanapun, situasi ini membawa padah kepada pasukan sehingga terpaksa berada dalam keadaan tertekan," katanya ketika dihubungi di Alor Setar semalam.

Khazali bagaimanapun tidak mahu pemain dibelenggu dengan perasaan itu kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada pasukan yang mahu mencatat kemenangan.

Sebaliknya kata beliau, pemain perlu tenang, lebih-lebih lagi ketika beraksi pada saat getir ini yang memerlukan mental dan fizikal yang kuat.

"Saya faham pemain berada dalam keadaan gemuruh, namun jangan ikut perasaan ketika beraksi sebaliknya tenang dan fokus kepada permainan," katanya.

Tambahnya, beliau percaya dengan perancangan dan strategi yang akan dibuat Wan Jamak pada pertemuan penting itu mampu melakar kejayaan kepada pasukan.

"Apa pun, pemain jangan berputus asa, komi- ted dan kuatkan semangat bagi mencari kemenangan penting ini,'' katanya.

Menyentuh kemungkinan Perak yang sudah layak ke suku akhir bakal menurunkan pemain muda di bangku simpanan, Khazali memberitahu, pemain Kedah tidak seharusnya memikirkan strategi pasukan lawansebaliknya fokus dan beri yang terbaik untuk pasukan.

Katanya, mental pemain ketika ini berada pada tahap terbaik sete- lah dilihat tertekan pada pertemuan dengan Sabah, Sabtu lalu.

"Diharapkan pemain dapat mengekalkan momentum kemenangan itu dan mencari jaringan selesa untuk pasukan," katanya.

URGENT - Darah A diperlukan...!!

Orang ramai diminta tampil derma darah kumpulan A

KUALA LUMPUR -- Orang ramai yang mempunyai kumpulan darah A diminta tampil menderma darah bagi menampung bekalan darah kumpulan itu yang semakin berkurangan.

Pakar Patologi Pusat Darah Negara Dr Norris Naim berkata buat masa ini bekalan darah secara keseluruhan adalah mencukupi namun bekalan darah bagi kumpulan A berkurangan.

"Ramai yang datang menderma darah namun kebanyakannya bukan dari kumpulan A. Permintaan pula lebih banyak dari jenis darah kumpulan itu," katanya.

Norris berkata bagi membantu menggalakkan orang ramai datang menderma darah, Pusat Darah Negara akan dibuka pada 2 Okt (Ahad) dari 8 pagi hingga 4 petang.

"Saya harap orang ramai yang pernah menderma darah atau tidak tampil untuk menderma darah di pusat-pusat darah berhampiran bagi menampung bekalan tabung darah," katanya. -- BERNAMA

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Assalamualaikum..w.b.t..

Bismillah....

Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau
secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang
mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut.
Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi
Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara
yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang.
1. tidak sembahyang atau solat.
2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan.
3. makan atas pinggan yang terbalik.
4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri.
5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan.
6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil.
7. suka bersandar pada pintu rumah.
8. suka duduk di atas tangga.
9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan.
10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung.
11. tidak membersihkan rumah.
12. membuang sampah atau menyapu dengan kain.
13. suka membersihkan rumah pada waktu malam.
14. suka tidur di atas muka.
15. membakar kulit bawang.
16. menjahit baju yang sedang dipakai.
17. mengelap muka dengan baju.
18. berdiri sambil bercekak pinggang.
19. tidur tidak memakai baju.
20. makan sebelum mandi hadas.
21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh.
22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit.
23. lambat pulang dari masjid.
24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak.
25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan.
26. suka memadam pelita dengan nafas.
27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup.
28. membasuh kaki dengan tangan kanan.
29. membuang air kecil pada air yang mengalir.
30. memakai seluar sambil berdiri.
31. memakai serban sambil duduk.
32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis.
33. makan dengan menggunakan dua jari.
34. berjalan di antara kambing.
35. berjalan di antara dua perempuan.
36. suka mempermainkan janggut.
37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut.
38. meletakkan tapak tangan pada hidung.
39. suka menggigit kuku dengan mulut.
40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan.
41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil.
42. menguap ketika solat.
43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.
Ada sesiapa boleh sahkan perkara-perkara seperti di atas ?

Sumber : Email Yahoo Group




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...