TERKINI :

Monday, September 26, 2011

Awat laa BERNAMA dok buat kerja menipu nie.. depa ingat lanie macam zaman TV hitam putih kaa..??

Penipuan berita Bernama terbongkar!

PADA 23 September 2011, Bernama online melaporkan kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding pulau pinang.

Bernama online mendakwa kenyataan setiausaha Agung DAP itu dikeluarkan dalam satu temuramah di sebuah stesen radio di Australia [Bernama].


Mingguan Malaysia, di dalam segmen bisik-bisiknya pula cuba menangguk di air keruh. Penulis ruangan itu cuba melaga-lagakan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Sultan Johor [Utusan]. Apa kaitan hal ini dengan Sultan Johor?

Tapi rupa-rupanya, ini semua hanyalah agenda jahat Bernama dan Utusan untuk memfitnah Guan Eng. Salinan penuh kandungan temuramah Lim Guan Eng di stesen radio Australia itu mendedahkan perkara sebenar.

Laman sesawang rasmi ABC Radio Australia, ada menyiarkan salinan penuh temuramah tersebut beserta rakaman suara [ABC Australia]. Tidak ada satu pun kenyataan Lim Guan Eng yang memburukkan Johor.

Malah tidak ada satu pun perkataan "Johor" yang keluar dari mulut Guan Eng. Sila rujuk laman tersebut klik sini [ABC Australia]


ReJaM© "Propaganda untuk menipu makcik Felda, ayam itik lembu dan kambeng..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/penipuan-berita-bernama-terbongkar.html#ixzz1Z3xYYNp5

ADAKAH MISMAH LAYAK MENDAPAT STATUS PENDUDUK TETAP ?

http://media1-cdn.malaysiakini.com/392/46c0a40b75b65d159ecbf95bc11c9645.jpg

Laporan Utusan Malaysia pada 23 September 2011, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad telah membuat ulasan mengenai tuduhan rakyat Bagladesh mendapat status Penduduk Tetap atau Permanent Residen(PR) di negara kita. Kenyataan beliau adalah seperti berikut :

''Peraturan Imigresen sedia ada tidak membenarkan pekerja asing yang memegang pas lawatan kerja sementara untuk memohon PR di negara ini.”

“Di bawah Akta Imigresen 1963, hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR”.

“Permohonan turut dibuka untuk kumpulan pelabur, pakar serta golongan profesional yang diperakukan oleh agensi kawal selia.”

Pemuda PAS berpendapat bahawa kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen adalah merujuk peraturan di jabatan tersebut seperti yang terdapat dalam laman berikut : http://www.pinoy-abroad.net/img_upload/9bed2e6b0cc5701e4cef28a6ce64be3d/Guide_to_Permanent_Residency__Malaysia_.pdf

Dalam peraturan yang terdapat dalam Jabatan Imigresen memberi syarat bahwa mereka yang memohon PR hendaklah memiliki Entry Permit dan telah tinggal di negara ini selama 5 tahun. Kumpulan yang berkelayakkan untuk mendapat Entry Permit adalah seperti berikut :

1. Kumpulan profesional.

2. Anak kumpulan profesional di bawah enam tahun.

3. Isteri kumpulan profesional.

4. Mempunyai kebenaran daripada Menteri Dalam Negeri atas kepentingan ekonomi negara.

5. Anak bagi warganegara yang berumur bawah enam tahun.

6. Kes-kes khas.

Pemuda PAS ingin merujuk kes Mismah yang di siarkan pada 12 dan 14 Ogos 2011 oleh akhbar Sinar Harian. Mismah atau nama sebenarnya adalah Nismah Binti Naim, 47 tahun berasal daripada kepulauan Bawean, Indonesia. Suami beliau bernama Mawasi Bin Mawardi 51 tahun juga mendapat status Penduduk Tetap. Mismah masuk negara kita pada tahun 1982 sebagai buruh binaan. Pada tahun yang sama iaitu 17 Julai 1982 Mismah sudah mendapat satus PR.

Ini memberi maksud bahawa tidak sampai satu tahun Mismah tinggal di negara ini beliau sudah memperolehi status PR. Kes Mismah ini bertentangan dengan kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad yang menyatakan bahawa hanya suami atau isteri warga asing yang berkahwin dengan rakyat Malaysia berserta anak-anak berusia di bawah enam tahun dan menetap selama lima tahun berturut-turut di Malaysia layak memohon PR.

Pemuda PAS berpendapat bahawa terdapat kemungkinan 4 perkara yang bertentangan dengan peraturan Jabatan Imigresen dalam kes Mismah mendapatkan status PR iaitu :

1. Mismah bukan seorang perofesional

2. Suami Mismah bukan seorang warganegara.

3. Suami Mismah bukan seorang profesional

4. Mismah hanya tinggal tidak sampai satu tahun di negara kita.

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad menjawab isu Mismah ini kepada rakyat Malaysia.

Pemuda PAS mohon agar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, Datin Jariah Bin Mohd Said memberi jawapan kepada rakyat Malaysia bagaimana Mismah yang mendapat status PR daripada Jabatan Imigresen tidak sampai satu tahun boleh diterima sebagai warganegara Malaysia pada 31 Januari 2011. Bukankah Mismah sudah melanggar peraturan Jabatan Imigresen ? Apakah beliau layak untuk menjadi warganegara ?

Mismah ini hanyalah satu kes contoh sahaja. Pemuda Pas sangat khuatir berkenaan pemberian status PR kepada ribuan warga asing dalam negara ini. Pemberian hak kerakyatan kepada mereka yang tidak layak dan bertujuan untuk kepentingan parti politik tertentu adalah suatu pengkhianatan kepada negara. Pemuda Pas akan terus mendedahkan kepada rakyat Malaysia berkenaan manipulasi dalam pilihanraya khususnya yang berkait dengan daftar pemilih dan undi pos.

Suhaizan Bin Kayat

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi, Pemuda PAS Malaysia.

Ketua Pemuda PAS Johor.

Benda macam nie yg buat BN/UMNO bertambah sakit hati..

Pakatan tak akan 'tumbang' kerana isu hudud

Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat sepakat mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehingga pendirian bersama dibuat pada Rabu ini.

Keputusan itu dicapai hasil mesyuarat setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Ketua Pemuda DAP Anthony Loke.

NONE"Isu ini akan dibincangkan pada 28 September ini dan kami bertiga (yang) menguruskan pentadbiran (parti) memutuskan bermula daripada sekarang sehingga tarikh itu, seharusnya tidak ada lagi sebarang kenyataan dibuat oleh pimpinan ketiga-tiga parti," kata Mustafa.

Mustafa berkata, hudud antara agenda utama yang akan dibincangkan dalam mesyuarat pimpinan Pakatan lusa ini selain isu bajet yang akan dibentangkan perdana menteri 7 Oktober ini.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak dapat hadir kerana berada di luar negara pada masa ini.

Bercakap dalam sidang media di ibu negara petang ini, Mustafa juga mendakwa isu hudud ditimbulkan Umno dan BN sebagai strategi mencari jalan supaya parti gabungan Pakatan berselisih faham.

"Kita tidak boleh ikut agenda dia (BN). Kita ada agenda kita. Jadi tidak berbangkit bahawa Pakatan Rakyat akan berpecah. Tidak berbangkit sama sekali," katanya.

Surat Mahathir

Sementara itu, Saifuddin bersetuju dengan kenyataan Mustafa bahawa isu tersebut bertujuan memporak peranda dan menimbulkan syak wasangka sesama gabungan Pakatan.

"Kalau itu niat Umno dan BN, hajat mereka tidak kan kesampaian. Kerjasama kita jauh lebih utuh dan mantap... (Ia akan) dibincangkan dengan telus, terbuka dan bertanggungjawab.

NONE"Asas kerjasama kita mendahulukan kepentingan rakyat dan pada masa yang sama ada ruang menghormati perbezaan pendapat," katanya.

Mustafa dan Saifuddin sepakat berpendapat cadangan enakmen untuk menguatkuasakan hudud di Kelantan pada 1993 terhenti akibat surat yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Manakala Anthony pula menegaskan Pakatan akan berusaha mencari formula untuk menyelesaikan isu tersebut walaupun ia "bukan satu isu yang baru".

Katanya, Pakatan komited dengan perjuangan rakyat dan mendakwa hasrat Umno dan BN untuk memecah belahkan gabungan itu tidak akan tercapai.

Budaya Menulis Kalangan Pemimpin PAS Hambar

Oleh Zahiruddin Zabidi

SEBAGAI editor dan penulis buku, menjadi kelaziman bagi saya berkunjung ke mana-mana kedai buku. Dari kedai buku kecil hinggalah kepada rangkaian kedai buku gergasi seperti MPH dan POPULAR. Bagi para pencinta buku, berkunjung ke kedai buku samalah perasaan terujanya dengan para wanita atau isteri yang melihat jualan murah di gedung membeli-belah, sukar dinyatakan! Bagaikan ada adrenalin khas yang entah dari mana menguasai waras akal dan jiwa lantas mendorong diri ke sana.

Kebelakangan ini apabila saya berkunjung ke rangkaian kedai buku besar khususnya, ada satu fenomena yang mungkin jarang kita lihat sebelum ini. Saya mendapati buku-buku tulisan tokoh-tokoh parti politik seteru kerajaan semakin membanjiri rak-rak khususnya pada ruang politik, sosial dan kebudayaan. Namun hakikatnya, majoriti buku-buku tersebut adalah tulisan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat selain PAS!

Sebagai seorang penulis dan penyokong tegar PAS, saya amat terkilan dengan fenomena ini. Ianya seakan menggambarkan budaya penulisan, budaya intelektual tidak berakar umbi dan sinonim dengan PAS. Meskipun begitu, kita masih boleh tersenyum dan berbangga dengan beberapa orang tokoh muda dan lama PAS yang tekal dan prolifik dalam penulisan dan terbukti buku-buku mereka banyak terdapat di kedai buku agama (biasanya banyak buku berkaitan dakwah dan PAS) termasuk rangkaian kedai buku utama.

Antara penulis yang masih prolifik sehingga hari ini adalah Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dengan lahirnya buku mini terbarunya mengenai penerangan konsep Negara Berkebajikan selain jujukan buku politik Islam terbitan PTS Publications & Distributin Sdn Bhd. Tokoh pemuda PAS yang juga pemilik syarikat penerbitan Jundi Resources, Ustaz Riduan Md Noor juga antara yang wajar dipuji. Selain daripada konsisten dalam penulisan, beliau juga sentiasa bersedia menerbitkan bahan-bahan daripada tokoh-tokoh parti bagi disebarkan. Malah bukan sahaja buku, terbaru beliau melalui Dewan Pemuda Pas Pusat menerbitkan pula majalah haraki dengan harga yang sangat berpatutan bagi tujuan pengembangan fikrah secara menyeluruh kepada generasi baru PAS.

YB Syaari Sungib dalam kesibukan menguruskan kawasan dan bersidang di dalam Dewan Undangan Rakyat masih sempat menerbitkan dua buah karya terbarunya berjudul Sengsara Kem Kemunting terbitan Strategic Information and Research Development Centre dan Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia diterbitkan Kemilau Publika Sdn Bhd. Dr Mujahid Yusuf Rawa juga sempat mencuri perhatian daripada ahli PAS dan masyarakat umum Malaysia dengan kelahiran buku Menuju Pas Baru iaitu estrak daripada tesis PhD beliau yang kemudian menjadi perbahasan agak hangat.

Terima kasih kepada mereka

Tidak saya nafikan bahawa ada usaha daripada para wartawan keluarga besar Harakah dan tokoh-tokoh penulis yang pro PAS seperti Ahmad Lutfi Othman yang membukukan tulisan-tulisan beliau pada ruangan Catatan Hujung dalam Harakah, lantas diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd. Selain daripada itu, akan diterbitkan juga buku berjudul Travelog Wartawan Islam tulisan Roslan Hamid, Ustaz Zainudin Hashim juga mengumpulkan kembali tulisan beliau dalam Harakah dan diterbitkan oleh syarikat yang sama dengan tajuk Allah is Calling.

Sebelum itu Siasah melalui penulis vateran yang juga bos besarnya, Mohd Sayuti Omar pernah mengeluarkan sejujuk buku hasil daripada kompilasi artikel-artikel penulis dan wartawan politik yang mapan daripada tabloid tersebut. Tulisan-tulisan daripada almarhum Rustam A. Sani. Haris Zalkapli, Ismail Hashim dan beberapa nama lagi berjaya diterbitkan. Kita sangat berterima kasih kepada para penulis dan wartawan yang sentiasa sudi mencurahkan tenaga dan kreativiti sekalipun tidak mendatangkan pulangan yang besar dari sudut royalti dan bayaran. Namun sumbangan mereka ini kepada generasi mendatang bagi memahami ranjau perjuangan PAS dari pelbagai perspektif politik amat besar. Semoga ia menjadi kebajikan di sisi Allah.

Kita masih menantikan tulisan-tulisan artikel, rencana dalam Harakah oleh tokoh-tokoh seperti Dinsman, Pak Shukur Harun, H Fansuri, Subky Latif, Mat Sabu, Zul Yahya, Hanipa Maidin dan ramai lagi agar dibukukan. Tulisan-tulisan ini melalui lidah rasmi PAS iaitu Harakah bukan sahaja akan menjadi aset malah merupakan data-data sejarah PAS yang bakal ditelaah dan dirujuk oleh masyarakat masa depan.

Harapan kepada para pemimpin

Salah satu genre yang sangat penting dalam sejarah adalah biografi, autobiografi dan memoir. Jujurnya PAS dilihat tidak menitikberatkan hal ini, sehinggakan para pemimpin utama PAS meninggal seorang demi seorang tanpa sempat dirakamkan segala pengalaman, onak duri perjuangan, pahit manis mereka bersama PAS serta harapan mereka bagi dijadikan sumber primer kepada seluruh ahli PAS malah pengkaji bersifat akademik di universiti-universiti dalam dan luar negara.

Mereka yang menulis atau mengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder, daripada pandangan dan rakaman orang terdekat mereka seperti isteri dan anak-anak masih lagi tidak dapat menyamai sumber daripada batang tubuh pemimpin itu sendiri ketika mereka masih hidup. Benarlah ada pemimpin yang beranggapan penulisan sebegini semacam menjual diri, terpaksa menceritakan kehebatan diri sendiri dan dikahuatiri mendatangkan unsur riak dan ujub. Namun, mereka juga perlu ingat bahawa, tanpa rekod-rekod ini bagi dijadikan rujukan pada masa hadapan ianya boleh dianggap satu ‘dosa’ politik yang lebih besar kepada perjuangan dan generasi yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Betapa kita terkilan dengan pulangnya ‘Kamus PAS’, Ustaz Hasan Syukri ke alam abadi tanpa sempat dirakam perjalanan dan sejarah penglibatan beliau dalam PAS melalui beliau sendiri. Begitu juga dengan tiada rekod rasmi daripada mulut mantan Presiden PAS, Ustaz Dato’ Fadzil Noor dalam bentuk buku, malah ramai sudah tokoh yang turut pulang selamanya kepada Allah bersama pengalaman dan sejarah perjuangan mereka yang tidak ternilai itu. Ada beberapa buku yang membicarakan mengenai mereka, namun ianya tidak semahal catatan mereka atau daripada mereka sendiri.

Saya menyeru semua pemimpin PAS daripada peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat cawangan agar merekod dan menulis kembali kisah kehidupan mereka dalam bentuk biografi atau travelog agar dapat diperwariskan kepada kami. Jikapun mereka sendiri tidak mampu, maka wajarlah PAS melalui satu daripada lujnahnya menubuhkan pasukan penulis yang bertanggungjawab menemu-ramah dan merekod dalam bentuk video biografi setiap pimpinan dan tokoh kemudian ditulis pula dalam bentuk buku. Mereka hanya perlu pastikan para tokoh ini bercerita sambil pasukan inilah yang akan merakam, mencatat kemudian menulisnya. Saya yakin Dinsman sangat setuju dan berpengalaman dalam menguruskan hal ini.

Jujurnya saya sangat cemburu kepada pimpinan DAP yang sangat prolifik dalam penulisan dan kebanyakan mereka sudah mempunyai karya sendiri yang sedang beredar dalam kalangan masyarakat melalui toko-toko buku seluruh negara. Terbaru Lim Kit Siang menerbitkan sebuah buku bertajuk The Right To Differ yang merupakan biografi perjuangan politik beliau sendiri. Justeru, saya kira kita wajar meneladani budayan kepenulisan dalam DAP yang tidak kering daripada penghasilan buku-buku respon dan analisis kepada politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Antara lain, saya bimbang sejarah, pemikiran dan ijtihad para pimpinan ini terlelap dek zaman sebagaimana hilangnya ijtihad-ijtihad imam besar fiqah seperti Imam Al-Auzaie dan Imam Daud Zahiri sehingga menimbulkan kesukaran bagi dijadikan rujukan dan iktibar kepada generasi mendatang.

* Penulis adalah editor di sebuah rumah penerbitan buku-buku bahasa Melayu

Hudud: Antara prinsip, keadilan dan helah politik

KUALA LUMPUR, 23 SEPT – Perjuangan penting untuk umat Islam di Malaysia ialah mewujudkan suasana yang kondusif sebelum sesuatu undang-undang seperti hudud dilaksanakan.

Pakar Al-Quran dan Hadis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata suasana kondusif bermaksud tertegaknya keadilan, pencegahan dan pemeliharaan masyarakat.

“Suasana yang tidak kondusif ialah suasana di mana pelaksanaan hukuman tersebut membawa kepada natijah yang negatif kepada prinsip keadilan dan masyarakat Islam itu sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut bekas Mufti Perlis itu, jika undang-undang hudud dilaksanakan dalam keadaan yang tidak kondusif seperti sekarang, antara natijah negatif yang mungkin berlaku ialah:

* Yang dihukum orang bawahan, dilepas orang atasan;

* Yang dihukum penzina; yang diketatkan perkahwinan serta disusahkan talak dan fasakh;

* Yang dihukum peminum arak, yang digalakkan gambaran arak;

* Yang dihukum pencuri, yang dihalang hak rakyat serta dibiarkan rasuah dan salah guna harta negara dalam kalangan golongan atasan;

* Yang dihukum pemberontak; yang dibiarkan kezaliman penguasa.

Dalam keadaan seperti itu, Dr Mohd Asri berkata, sudah pasti hudud tidak dapat dilihat keindahannya, bahkan jika dilaksanakan hudud dalam suasana yang seperti itu, ia boleh membinasakan masyarakat.

Menurutnya lagi, hudud bukan asas kenegaraan dalam Islam kerana ia adalah hukum Islam yang menjadi makanisme dalam mencegah jenayah.

“Asas kenegaraan dalam Islam menegakkan keadilan dan maslahatan negara berasas prinsip-prinsip al-Quran dan as-Sunnah. Keadilan dan kemaslahatan rakyat itu luas maksudnya, dan luas juga cara mencapainya.

“Tugas kepimpinan negara melaksanakan yang makruf iaitu segala unsur kebaikan dan kemaslahatan untuk rakyat. Dalam masa yang sama mencegah yang mungkar iaitu segala unsur yang membawa kemudaratan dan kemerbahayaan kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau berkata bahawa dalam negara Islam, keadilan ditegakkan merentasi batasan keturunan, pangkat dan kaum yang tidak membezakan antara hukuman terhadap orang besar dan orang bawah.

“Kemakmuran negara juga dibahagi secara adil dalam kalangan rakyat. Tiada rasuah, tiada salah guna kuasa,” katanya.

Beliau menambah keadilan Islam perlu diperlihatkan melalui kepentingan setiap individu dalam negara dipelihara, kemaslahatan mereka dijaga dan kebajikan negara meliputi setiap lapisan rakyat.

Dr Mohd Asri memberi contoh satu hadis di mana Nabi Muhammad s.a.w mengarahkan agar hukuman tidak dilaksanakan dalam keadaan peperangan atau pun musafir kerana bimbang kesan yang negatif terhadap perlaksanaan itu disebabkan suasana yang tidak kondusif.

Dengan melihat kepada nas yang seperti itu, katanya, persoalan persekitaran ketika hukuman hudud dilaksanakan perlu diambil kira.

Pada Januari lalu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dilaporkan oleh media sebagai berkata bahawa hukum hudud dan negara Islam yang diperjuangkan PAS tidak menjadi agenda utama dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

“Hudud bukan agenda bersama Pakatan Rakyat, mana-mana negara nak laksanakan hukum hudud kena ikut prasyarat… kalau tidak, tidak boleh (laksanakan).

“Antara prasyarat adalah keadilan ekonomi, gaji minumum, kalau mencuri sebab miskin tidak boleh laksanakan (hukum hudud), pemerintah yang perlu dipersalahkan,” katanya.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden UMNO dilaporkan berkata bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Pendirian kita (UMNO), kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud,” katanya, mengikut laporan Bernama.

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pelaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat setelah diterima oleh rakyat selepas mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan, dan bukan secara paksaan.

“Serangan PAS terhadap rasuah, salah guna kuasa, kronisme dan pembaziran UMNO serta urus tadbir khianat dan pincang, adalah terbit dari prinsip Islam yang kami dukungi.

“Tidak dengan hudud pun kita boleh tentang UMNO dan Ketuanan Melayu yang sempit dengan Umnoputeranya,” kata beliau.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan pula mengingatkan semua pihak supaya berhati-hati dengan media UMNO-BN yang sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

“Isu ucapan Mohamad Sabu, isu bendera, isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya akan datang.

“Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalihkan perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran,” katanya. – Roketkini.com

Video : Ceramah Anwar di Terengganu




Najib Terkena Getah dengan Guan Eng Di Pulau Pinang ?

Najib Terkena Getah Di Pulau Pinang ? - Posted by abewa

KM LGE tersenyum... tak perlu kata apa-apa...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyertai kira-kira 5,000 pelajar sekolah mengayuh basikal sejauh tujuh kilometer dalam program Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran di Straits Quay, Tanjong Tokong di sini.

Najib yang tiba di tempat permulaan di sini pada jam 7.25 pagi, disambut oleh kira-kira 20,000 pelajar sekolah serta Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng, Menteri di Jabatan Perdana Menteri,Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Zainal Abidin Osman.

Nampak tak gambar Guan Eng kat atas tu? dia tersegih bukan tersenyum lagi..

Sebenarnya projek ini adalah usaha sebuah penerbitan surat khabar berbahasa Cina yang aku terlupa namanya tujuannya adalah untuk membantu mengumpul dana bagi membantu pembelajaran di Sekolah sekolah Cina.Mereka bercadang untuk mengumpulkan RM15Juta untuk 15 sekolah rendah..

Cadangan telah dikemukakan kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dengan penyertaan hampir mencecah 5000 peserta dan beliau telah diminta untuk 'flag-off' peserta.

Apabila terpandang jumlah penyertaan yang begitu besar dan dana yang mahu dikumpul juga besar, Guan Eng telah telah memanjangkan permintaan tersebut kepada Najib.. kan Najib gila publisiti.. mesti dia terima punyalah..

Dengan syarat sumbangan datang atau diusahakan oleh Najib.

Bagai dijangka.. Najib menerima dan menjanjikan sumbangan, lalu program dinamakan Kayuhan Amal 1Malaysia Untuk Pelajaran.

Pasal itulah Guan Eng tersengih... tak perlu pening kepala mana nak tolong cari RM15Juta tu.. Najib kan ada..

Mahal harganya yang Najib perlu bayar untuk berbasikal tu sebenarnya..
(dipetik dari blog anak sungai derhaka)

Pegawai SPRM pon tibai duit...

SPRM tukar tiga pegawai dituduh samun di KLIA

September 25, 2011

KOTA BARU, 25 Sept – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di ibu pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaffar berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terlibat dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

“SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terlibat dalam perbuatan jenayah.

“Justeru tindakan telah diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama Online, Zakaria berkata pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29).

Ibu dari Pendang : UKM joint UMNO buat program Masyarakat...

Kegembiraan saya apabila anak kesayangan mendaftar di UKM salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia pada 7 haribulan yang lepas, bagaikan lenyap sekelip mata apabila mendapat panggilan telefon daripada anak menyatakan bahawa dia terpaksa mengikuti program khidmat masyarakat dengan kerjasama UMNO kawasan Serdang awal pagi tadi.

Saya agak tersentap selepas mendengar perkabaran daripada anak kerana dia memaklumkan sekarang sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen UKM.

Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UKM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru dalam alam universiti.

Saya juga dimaklumkan oleh anak saya orentasi pelajar baru akan tamat pada 2 oktober 2011. Perkara ini juga sangat merunsingkan saya kerana dia tidak dibenarkan pulang oleh pihak kolej dan terpaksa mengikuti segala program yang dianjurkan oleh kolej.

Saya kesal kerana dia mengadu tertekan dengan aktiviti tersebut sedangkan sepatutnya dia didedahkan dengan keadaan persekitaran universiti yang kondusif.

Saya berharap agar pihak pentadbiran UKM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti

http://www.malaysiakini.com/letters/176844

Hudud dan Kelantan

Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman facebook sendiri dan berdasrkan yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang bukan Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

azlan7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Phimpun Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.

Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Ada PIMPINAN PR patut pergi kelas tarbiah "Yang Berkhidmat"

Pemimpin PR Macam Sial....!!!!

Kah... kah... kah.... jom gelak ramai2 terlebih dahulu, pemimpin politik berjenama YB.. sepatutnya menjadi "Yang Berkhidmat" entah malaun haramjadah mana pulak pandai2 pi ubah jadi "Yang Berhormat" itulah pasalnya perangai pun macam haramjadah jugak... muakakaka.....

Kalau dari golongan umPORno gua tarak hairan punya...., ini dari puak2 yang menyalak melalak memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat... perangai diorang sendiri terlebih umno dari umno itu sendiri.... macam sial wa cakap luuuuu....!!!!

Sumber Kerajaan Rakyat :

Parti Keadilan Rakyat mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi. Saya berada di sana sejak jam 12.30 tengahari sehingga majlis berakhir sekitar jam 3 petang untuk memerhati gelagat pemimpin yang bakal berlakon lagi bila masa kempen pilihanraya bermula.

Apa yang dapat diperhatikan adalah:

- Beranika jenis makanan disediakan. rendang, lemang, nasi empit, roti canai, cendol dan satay antaranya.

- Tidak kurang daripada 15 buah khemah berukuran 20' x 20' didirikan

- Tidak kurang daripada 20 bas berbaris menurunkan penyokong parti yang diangkut dari entah mana-mana.

- Hampir kesemua pimpinan parti hadir

- Saya sempat sembang dengan Cikgu Faris Musa yang nampak rancak gerak ke hulu ke hilir... bagus le macam tu..

Mari kita tengok, apa yang hebatnya dalam Majlis Jamuan itu?

- Hampir kesemua wakil rakyat dan pemimpin PKR berlagak tidak ubah seperti pemimpin Umno.

- Hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, YB Senator Syed Husin Ali, Nik Nazmi (ADUN Seri Setia) dan Yusmadi Yusoff (MP Balik Pulau) yang beramah mesra dengan tetamu yang hadir di khemah rakyat biasa.

- Wakil Rakyat dan kepimpinan parti yang lainnya berlagak macam "Tuan Besar" berteduh dan bersembang di khemah VIP (Very Important Penyamun)

- Khemah dibahagikan kepada 'dua darjat'. Satu darjat, khemah VIP (untuk wakil rakyat dan pemimpin parti). Manakala yang satu bahagian lagi untuk tetamu dan penyokong parti yang membolihkan VIP itu menjadi VIP... !!!

- Khemah untuk Wakil Rakyat dan pemimpin parti, makanannya siap terhidang dalam 'Dom'.

- Khemah untuk penyokong dan ahli parti... alahai nasib engkau lah.. ada yang makan tepi parit.

- Orang macam Latifah Koya, Samm dan yang seangkatan dengannya tidak bolih bergerak jauh daripada khemah VIP (Very Importang Penyamun) sebab mereka adalah raja dan pemaisuri lilin, tak bolih kena panas matahari... nanti cair.. !

Nota:

- Anwar Ibrahim, tanpa sesiapa pun mengiringinya, beliau beramah dengan tetamu yang hadir. Anwar bergerak dari satu meja ke satu meja yang lain untuk meraikan tetamu parti yang hadir. Anwar adalah watak seorang pemimpin yang harus dicontohi TETAPI malangnya masih ramai pemimpin PKR yang sombong, bongkak, haprak dan patut dihumbankan jauh dari pentas kuasa!

- 'Usetat' Badrul Amin (penjual keset ugama) pun bersembang juga dengan tetamu. Daripada banyak meja kosong, usetat ini pilih untuk duduk makan dan bersembang di meja perempuan wakil-wakil dari Kelana Jaya. Saya ingatkan 'usetat' tu memang dah kenal biasa dengan mereka, tapi bila diselidiki... rupanya usetat tu sesaja 'syiok' dok situ.
Yang ini pula dari Blog Kulup Sakah.
Saya berharap lain kali "khemah VIP" tak perlu diadakan di majlis rumah terbuka hari raya bagi memberi peluang rakyat duduk bebas bersama pemimpin pujaan mereka kerana pemimpin dan rakyat berpisah tiada. ada yang datang dari jauh hampa nak bergambar kerana pemimpin sibuk berbual sesama kawan2 pemimpin saja. Nanti dekat2 pilihanraya, jangan turun ke rumah rakyat kerana di sana tiada "tempat VIP". Sekian!
hahahaha.... sendiri mau ingat laaaaaa... dalam bab bersama rakyat nih.. gua rasa Najib lagi bagus kot.... ngeeeee....

Bila agaknya Hudud sesuai di Malaysia?

NONEZahid Hamidi sudah pasti akan bersetuju dengan apa juga yang 'boss' beliau katakan dalam apa juga hal. Kalau beliau tidak bersetuju sudah tentu umur karier politiknya tidak panjang.

Sebab itulah dalam hal penting seperti hukum hudud pun beliau boleh bersetuju dengan Najib walaupun 'boss'nya itu berkata hukum hudud tidak sesuai diamalkan dalam negara kita dengan alasan masyarakat majmuk dan masa belum sampai.

Malaysiakini melaporkan hari ini bahawa Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.


Kalau begitu agaknya bila hukum hudud ini akan sesuai dilaksanakan di negara kita? Mungkin Zahid menunggu sehingga semua rakyat Malaysia masuk Islam. Atau mungkin Zahid menunggu hingga semua rakyat Malaysia faham apakah hukum Hudud. Kalau begitu apa program yang parti Zahid buat untuk memafamkan rakyat tentang hudud.?

PAS memang sejak dahulu sentiasa konsisten memberikan kefahaman kepada rakyat tentang hudud termasuk kepada parti-parti komponen PR. PAS tidak pernah berganjak dari menyatakan kewajipan melaksanakan hudud, sehingga DAP sendiri menyatakan bahawa perkara itu boleh dibincangkan.

Malangnya Umno siang-siang lagi menyatakan hukum hudud tidak sesuai diamalkan di Malaysia.

Saya tidak hairan kalau DAP, MCA atau MIC menyatakan Hukum Hudud tidak sesuai kerana mereka majoriitinya bukan Islam tetapi yang memelikkan kita ialah Umno yang mengaku hebat Islamnya berani menyatakan hudud TIDAK SESUAI.

http://mutaligat.blogspot.com/2011/09/bila-agaknya-hudud-sesuai-di-malaysia.html

Ubah mentaliti: Wan Jamak

PEMAIN Kedah diingatkan supaya berpijak di bumi nyata dan tidak lagi obses dengan kemenangan berganda menjulang tiga piala pada musim 2007 dan 2008, lapor ROSLINDA HASHIM.

Ketua Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan (gambar) berkata, walaupun dibarisi pemain berkualiti yang bermain untuk pasukan kebangsaan, namun prestasi pasukan masih hambar ekoran kebanyakan pemain masih terawang-awang dengan sejarah kemenangan lalu.

“Inilah yang saya mahu ubah, mentaliti pemain yang masih terbawa-bawa dengan sejarah kemenangan lalu perlu dihakis. Yang lepas biarkan berlalu, kita harus tempuhi realiti. Saya lihat semua pasukan bersungguh-sungguh untuk menang tetapi Kedah hanya ada nama sahaja, bukannya kepada kerja berpasukan di padang,” katanya

Mengulas mengenai sokongan peminat, Wan Jamak berkata, penyokong juga masih terawang-awang dengan sejarah Kedah menjulang tiga piala musim lalu.

“Kita tidak boleh lagi terikat pada kemenangan lalu. Kita kena lihat potensi yang ada pada setiap pemain untuk mantapkan pasukan. Kita juga tidak boleh lagi buat kesilapan mudah di padang,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruhan, beliau masih belum berpuas hati dengan prestasi pemainnya dan berharap pemain dapat memperbaiki kelemahan selain memberi tumpuan di padang untuk membawa pasukan ke kedudukan lebih baik.

“Secara keseluruhan bukan Fauzi Nan sahaja yang menunjukkan prestasi menurun, malah nama-nama ternama seperti Fadzliata, Sabree Abu, Azmi Muslim juga tidak menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kempen Piala Malaysia ini,” katanya.

Wan Jamak berkata, mereka seolah hilang sentuhan ketika beraksi dan berharap bahagian serangan dapat ditajamkan pada perlawanan akan datang.

Mengulas mengenai prestasi pemain yang dipinjamkan dari Perlis, Armizi Azmi, Wan Jamak berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian yang ditunjukkan pemain itu.

“Apabila Armizi cedera, kehilangannya amat dirasai, sebab dia antara pemain yang mantapkan pasukan menerusi terjahan-terjahan yang kuat hingga menyukarkan pihak lawan untuk tembusi benteng Kedah,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...