TERKINI :

Sunday, September 25, 2011

Macam nie punya kelaku dok ada dalam PAKATAN RAKYAT gua angkat kaki laa...!!!

oleh AnakKedah007

Awat laa hangpa nie BODOH sangat DAP oi... nie semua mainan POLITIK UMNO sahaja yg hangpa dok pulun sampai keras urata tengkok tu apa kejadahnya... dah nak bawak pegi berbincang dalam mesyuarat rabu nanti..pie la berbincang dalam sana yg dok buat statement ugut mengugut nie apa kejadahnya... tak untung sekupang pon... malah yg gelak besaq kompom UMNO and the GANGS tengok kelaku bodoh hangpa nie....

Ayat nak susun kena bijak la sikit mangkok2 bodoh oi dalam DAP nie... awat dok juak rasa hebat sangat...benda nie kena olah elok2 sikit sebab puak BN dok nganga nak tepok tangan saja tengok persefahaman kita akan runtuh...

Yang dok semua melatah tu apa kejadahnya....benda nie tak akan boleh buat aihhh kalau tak dapat sokongan majority dalam parlimen....jadi pada kami masa karpal singh kata di konvensyen Pakatan Rakyat dulu...bab tak sefahaman dalam HUDUD nie boleh bawak berbincang... jadi kata kunci dia skrg BERBINCANG....lantak pie la hangpa bincang macamana nak boh penyepak terajang ka dalam mesyuarat tu bukan kami peduli..yg kami nak hangpa bulatkan sepakatan lawan BN/UMNO bagi tumbang.... isu nie nampaknya UMNO dah terperangkap dah... jadi jika otak DAP cerdik dan tak bangang... hangpa olah sahaja kata bab HUDUD nie kami akan bincangkan....ok tutup cerita...

So far isu HUDUD nie nampaknya politikal millage dah berpihak kpd PAS seandainya hangpa dalam DAP tu olah kata yg akan di bawa berbincang dalam pakatan rakyat nanti.. keputusan dia cuba buat macam keputusan nak juai arak di 7eleven dulu dimana sewaktu HASSAN ALI & RONIE LIEU dok bertekak nak juai tak juai arak kat 7Eleven tuuu last keputusan terbaik hangpa telah buat dan rakyat bertambah suka dengan pendekatan yg pakatan buat... cakap saja macam KARPAL tu penah bercakap dulu diaman beliau nak semua berbincang jika ada benda yg bercanggah... jadi tunjuklah kehebatan persepakatan kita di situ... benda nie AZIZAN dah buat dah di bumi KEDAH..cuba tgk ada kaa dia kalut nak penaik HUDUD di bumi KEDAH nie.. tak pon..yg penting skrg dia tekankan pemerintahan yg cekap dan bersih dahulu...buang dulu duri2 yg 50 tahun dok berselerak dalam pentadbiran Kedah....itu laaa terbaik contoh dah ada....

Tapi mai bab nie... awat hangpa jadi ANAK HARAM BEJADAH.... menggelupoq tak ketahuan hala buat statement....macam dah rasa hebat dah kuasa dalam politik negara malaysia nie.. ingat jika hangpa tak sepakat dan dok buat kerja bangang dgn dok kalut ugut sana ugut sini kawan2 yg dok ada dengan benda2 yg pihak lawan cuba usik hangpa lalu pakat melatah baik hangpa berhenti laa berpolitik....bagi sahaja bumi Malaysia nie diperintah oleh BN sampai kiamat....

kami pon naik menyampah dah dok pulon berpolitik dengan hangpa semua.. mampos pie laa UMNO/BN nak buat apa dengan bumi Malaysia nie...depa nak rasuah kaa.. nak pelari harta negara kaa... nak buat undang2 bangang kaa... lantak mampos pie laaa...meluat dah tengok kelaku hangpa....

Dulu kalut dengan hudud jugak pakat cerai berai habih dah... lepas tu dengan ubat dah tamat tempoh... punggah habih kesemua... lepas tu mai balik isu hudud nie... dok melatah benda yg sama jugak.... jadi mampos pie hangpa laa lepas nie nak jadi apa.....

Kepimpinan pusat DAP letak jawatan jika hudud jadi agenda Pakatan

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim (gambar) menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

"Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.

Kanang Anak Langkau dapat Datuk atas jasa Mat Sabu..!!

Jasa Mat Sabu kepada Kanang anak Langkau

Oleh Mummy Rokiah

Apabila Mat Sabu riuh rendah memanipulasikan fakta sejarah untuk mengangkat martabat penhttp://4.bp.blogspot.com/-atpRz_izziw/TmXOQdCbVGI/AAAAAAAAUfs/7gYKLtIFJRQ/s1600/abg-mat2.jpgganas Komunis, baru lah pembesar-pembesar Negara hari ini sibuk mencari pejuang-pejuang yang melawan Komunis dahulu untuk dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran.

Semalam Kanang anak Langkau dianugerahkan Bintang "Panglima Gemilang Bintang Kenyalang" yang membawa gelaran Datuk oleh Tuan Yang diPertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.
 
Kanang anak Langkau yang banyak berjasa menyabung nyawa untuk melawan Komunis durjana seolah-olah tenggelam sebelum ini.

Anugerah 'Datukship" kepada Kanang anak Langkau sepatutnya telah diberi 10 atau 20 tahun yang lampau.

Penyanyi ago-go tahun 60an dan tauke Cina judi pun mendapat anugerah Datukship lebih awal dari Kanang anak Langkau.

Inilah lumrah pemimpin yang ada, hanya melihat kepada pembodek-pembodek di bawah ketiak mereka sahaja.

Mereka yang pernah berjasa kalau tidak ada milage politik kepada mereka hanya dilupakan seperti anjing kurap ditepi jalan.
 
http://mummyrokiah.blogspot.com

Aduhhhh.. Naik BAS pon dah banggadan teruja ...apa punya turrrrr laa...!!!



elehhh naik bas pon BAS KUSYEN pakai sofa bukan 44 seat macam yang rakyat dok naik tuuu..itu pon dah teruja laa syok laa..hampeehhhhh...

Dari Maju ke Gemilang terus beralih kearah Sejahtera...

Negara maju, kos hidup dan kesejahteraan.....
Oleh : Tok Non



PM Najib mensasarkan meningkatkan pendapatan rakyat menjelang wawasan 2020.

Tiba-tiba timbul pulak wawasan 2020 yang dah lama dilupakan. Kenapa tiba-tiba Najib sebut semula wawasan tu?
Wawasan tu menandakan kecekapan pentadbiran kerajaan dan perancangan kearah negara maju.

Untuk menjadi negara maju, sudah semestinya negeri-negeri didalam malaysia perlu turut maju. Malangnya hakikat sebenar di Kedah, slogan Kedah Maju telah gagal mencapai matlamat sebelum di tukar kepada Kedah Gemilang.

Tak payah la duk tengok negeri lain, maju ka dak? Kalau negeri-negeri lain tak maju, macam mana Malaysia nak capai negara maju menjelang 2020.
Tak pa la... Kita tunggu la tengok boleh ka dak.

Apa yang Tok Non nak sebut ni adalah sasaran Najib untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Tok Non rasa tiada guna pendapatan rakyat meningkat jika kos sara hidup turut meningkat. Sama saja.

Rakyat nak duduk rumah yang selesa, bukan kata nak rumah besar tapi rumah yang selesa yang mampu di miliki atau disewa.

Rakyat nak hidup dengan sejahtera, ada masa bekerja, ada masa untuk keluarga dan ada masa rehat. Setiap rakyat tidak perlu bergelut mencari pendapatan tambahan bagi meneruskan hidup.

Rakyat impikan hidup yang aman tanpa risau memikirkan keselamatan ahli keluarga dan harta.

Hakikat sebenarnya, kini rakyat semakin tidak selesa apabila terpaksa menampung kos kediaman yan tinggi. Jika trend ekonomi la ni berlanjutan, nescaya makin ramai rakyat yang akan hidup bergelandangan tanpa rumah.
Rakyat perlu membuat perubahan dengan memilih parti yang tidak hanya memeningkan poket sendiri dan kroni sendiri tanpa mengambil kira kesempitan hidup rakyat.

Tolak BN = Tolak Barang Naik

http://kedahla.blogspot.com/2011/09/negara-maju-kos-hidup-dan-kesejahteraan.html

Guan Eng kayuh Gerek dengan Najib di Tanjung Tokong pagi tadi...


PM bersama-sama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng melambaikan tangan kepada pelajar semasa Kayuhan Amal 1Malaysia untuk Pelajaran 2011 di Straits Quay Tanjung Tokong - BH/Foto Rosli Ahmad
P/s: Tabik untuk LGE!

http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/09/najib-dengan-baju-1malaysianya-lim-guan.html

Takut hudud Ibarat takut ‘hantu’

Khairul Azlam Mohamad  


KUALA TERENGGANU, 25 Sept: PAS menyifatkan golongan yang takut kepada hukum hudud sama seperti manusia yang takut kepada 'hantu'.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata ketakutan itu hanya disebabkan momokkan pihak tertentu sedangkan mereka belum dan tidak pernah pun melihatnya.

Beliau merujuk kepada dakwaan bahawa banyak pihak pula yang takut kepada penubuhan Negara Islam dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

"Banyak orang takut Negara Islam. Usahkan hudud malah takut kepada Negara Islam. Orang takut kepada Negara Islam ini macam takut ke 'hantu'. Orang yang takut kepada hantu itu tidak tahu pun bagaimana hantu tetapi takut kepada hantu.

"Hudud Islam pun begitu juga, takut kepada hudud. Kenapa takut hudud, tidak tahu. Melayu, India, Cina sama," jelasnya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Dana Kebajikan Insaniah di Dewan Permata, Permai Inn, dekat sini, 23 September lalu.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan pernah menjemput para ilmuan di kalangan ahli pondok dan pensyarah Universiti bagi membincangkan isu hudud sebelum diluluskan di Kelantan.

"Sekarang timbul balik hudud, alhamdulillah. Kita sampai kiamat pun selagi umur kita ada (hidup) kita mesti tegakkan Negara Islam.

"Hudud kita (PAS) buat, kita jemput para ilmuan, di kalangan ahli pondok, kalangan Universiti, golongan pensyarah di Kuala Lumpur, di Kelantan.

"Kita (PAS) buat Enakmen Hudud yang telah dilulus oleh Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan. 100 peratus dan Umno pun sokong masa itu, Parti Melayu Semangat 46 sokong, kerana kita (PAS) pegang kerajaan," ujarnya.

Namun begitu, Tuan Guru Nik Aziz melahirkan rasa dukacita hingga sekarang masih belum dapat melaksanakan undang-undang tersebut kerana halangan kerajaan pusat.

Katanya, "amaran" kerajaan pusat akan bertindak jika kerajaan negeri melaksanakan perundangan hudud di Kelantan.

"Bila kita (PAS) buat hudud, Perdana Menteri Malaysia yang masih hidup (Tun DR Mahathir) sekarang ini beri "Amaran" dalam bulan Ramadan. Jika Kelantan buat hudud dia (pusat) akan bertindak.

"Antara tindakan yang pernah Umno-BN buat suatu masa dahulu ialah "mageran". Dia bakar tayar, dia bakar bangsal polis seorang dua, dia istihar darurat, dia 'rampas' semua kerajaan Kelantan.

"Semua kerajaan negeri dirampas oleh kerajaan pusat. Kita (PAS) bimbang dia (pusat) buat pula kali kedua di Kelantan.

"Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam," ujarnya.

Hadir sama pada majlis tersebut Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, Adun Ladang, Dato' Tengku Hassan Tengku Omar, Setiausaha PAS Kawasan Kuala Terengganu, Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah dan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...