TERKINI :

Saturday, September 24, 2011

DAP bodoh atau KARPAL SINGH yang bangang atau PAS yang tak bijak..??

oleh AnaKkedah007

http://3.bp.blogspot.com/_tpVBksnAVB8/TBI5V7m7_zI/AAAAAAAACA8/8XLTUE36qRU/s400/Ku+Cari+Damai+Abadi.jpg
Karpal Singh nie kalau gau kata lu bodoh lu memang peguam hebat....tapi nak kata hebat kekadang tu nampak bodoh.... sebenarnya ISU HUDUD nie apa yg gua nemapak UMNO dah checkmate dah....ia kira dah nak kancing gigi dah bila MCA dan GERAKAN tolak UMNO jika HUDUD dilaksanakan....pada gua statement Karpal Singh tu masih lagi betoi dalam mana Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ok betoi ini masub balik dalam masa hangpa dok kenvensyen dulu dimana hang kata benda nie boleh bincang..jadi sekarang mai bab HUDUD nie apa kata "HANG PAKU SAHAJA UMNO DENGAN KATA..SEGALA MASALAH NAK BUAT HUDUD NIE KITA AKAN BINCANG DALAM MAJLIS TERTINGGI PAKATAN RAKYAT"...ok tutup sahaja mulut kat situ...dengan berkata sebegini maka dari perhatian gua puak sebelah sana akan lagi kancing gigi sebab nak kata apa tak boleh terutama UMNO sebab nak kata setuju MCA & GERAKAN nak tarik diri..tak kata setuju nampak sangat nak tolak hukum hudud tuuu..jadi sekarang politikal millage jatuh kat sapa... itu pon tak kan hang bodod nak pikiaq wahai karpal oi...

tengok Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata apa dimana beliau mahu utamakan manifesto gagasan Pakatan Rakyat perlu diutamakan berbanding prinsip parti masing-masing. Ok laa tuu benda nie namanya politik bang oi... PAS skrg sedang nak pikat puak2 UMNO sokong dia dengan idea Negara Berkebajikan dan mai pulak bab Hudud nie jadi kita kena bijak olah dia akan memberikan advantage kepada kita Pakatan Rakyat.. sudah2 laa tu wahai Karpal oi..dah banyak kali dah nie kita sebagai pembangkang dok buat silap dok layan isu BN dan UMNO nie...terutama bab Hudud nie.. dimana ayat tak sepahaman keluar dimulut kita lalu BN/UMNO menangguk di air yg keruh tuuu.. nak menang sangat2 dah pon...tetiba habih pakat lari pie kat UMNO sebab dok jaja DAP dan PAS tak sebulu... DAP tolak ISLAM... PAS pulak tak mau buat ISLAM..last UMNO sua kepala jadi champion...boh gambaq kucari damai abadi...paklah dok tadah tangan berdoa habih lingkop kerusi pembangkang menang dek UMNO.....

Ketua Pemuda Umno Kedah Hina Peranan NGO

Non-governmental organization, ataupun dikenali sebagai NGO atau sekarang mula dipopularkan dengan nama Lembaga Swadaya Rakyat adalah organisasi yang diwujudkan secara bebas daripada kerajaan. Selepas kerajaan dan swasta, NGO adalah satu lagi ejen pembangunan negara yang berperanan penting sebagai pengimbang dan penyumbang penting negara.

Sebagai pergerakan yang tidak berasaskan keuntungan, bersifat sukarela dan melangkaui peranan parti politik, NGO berperanan besar sebagai penghubung kepada semua ejen pembangunan negara dan lebih terbuka serta lebih mudah disertai oleh semua golongan. Ahli kepada NGO berkongsi matlamat dan tujuan yang sama, baik untuk tujuan sosial, perundangan, hak-hak tertentu, alam sekitar, haiwan, pengguna, pembangunan komuniti, pendidikan, agama, wanita, belia, mahasiswa ataupun apa-apa tujuan yang eksklusif.

Rekod menunjukkan terdapat 40 000 NGO yang beroperasi di peringkat antarabangsa bahkan di India dianggarkan terdapat 3.3 juta NGO pada tahun 2006.

Menilai gelagat pemimpin politik yang akhir-akhir ini melihat pemimpin NGO sebagai pesaing kepada pemimpin politik adalah agak melucukan. Ketakutan yang bagi saya lahir daripada peranan yang semakin luas yang berjaya dimainkan dan dijuarai oleh pemimpin NGO yang berkecimpung secara langsung dengan masyarakat. Mereka bergelumang di dalam massa tanpa mengira malam siang serta risiko yang terpaksa ditempuh. Bahkan sebahagian mereka menggunakan daya usaha sendiri mencari dana tanpa mengharapkan bantuan daripada kerajaan mahupun mana-mana pihak.


Ada beberapa pandangan sisi saya berkaitan komen pemimpin Pergerakan Pemuda Umno negeri Kedah yang mempertikaikan wakil daripada NGO dipilih sebagaicalon pilihanraya kerana dibimbangi berpaling tadah dan tidak memahami aspirasi Kerajaan Pusat.

Pertama. Kenyataan Ketua Pemuda Umno Kedah itu menghina NGO yang bergerak membantu dengan ikhlas pembangunan agama, bangsa dan negara.

Kedua. Ketakutan pemuda Umno yang tidak berasas berkaitan dengan kegilaan pemimpin NGO untuk menjadi calon.

Ketiga. Menafikan peranan NGO yang berjaya menggerakkan kesedaran sivil termasuk politik, ekonomi dan sosial. Kebangkitan NGO termasuk BERSIH 2.0 yang telah berjaya menyedarkan masyarakat sivil dan awam terhadap politik amat membimbangkan Umno.

Keeempat. Kemampuan NGO mengumpulkan khalayak yang ramai benar-benar mengejutkan Umno yang sedang terkial-kial cuba meraih simpati masyarakat terutama pasca PRU 12.

Kelima. Penyertaan pemimpin-pemimpin NGO yang secara kebetulannya ramai yang mesra pembangkang dan kritikal terhadap dasar Kerajaan Barisan Nasional memberi petanda buruk terhadap BN Umno

Keenam. Kegagalan kepimpinan Umno untuk mengheret pemimpin NGO menyokong dasar tidak popular BN yang menekan rakyat.

Justeru, saya berpandangan bahawa perkembangan yang berlaku ini kurang positif. Peranan NGO yang amat besar itu cuba diperlekehkan oleh Pemuda Umno

YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah
AhlAhli Parlimen Padang Terap

http://dpppadangterap.blogspot.com/2011/09/ketua-pemuda-umno-hina-peranan-ngo.html

nampak Gayanya Tak Lama Lagi Dah Pilihanraya ke 13 nie..!!

Tarikh PRU ke 13 yang paling sesuai untuk BN

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir. Kalau diibaratkan dunia akan kiamat, cuma matahari terbit dari sebelah Barat yang belum berlaku. Analoginya, cuma Parlimen yang belum dibubarkan. Selain dari itu semua petunjuk menggambarkan bahawa pilihanraya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja. Dalam tradisi politik Malaysia, selain dari Allah SWT yang mempunyai penentuan mutlak terhadap segala sesuatu; tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.

Sekalipun dia seorang yang boleh membuat keputusan namun pilihanraya umum adalah kerja besar yang perlukan penglibatan semua pihak. Dua pihak yang mesti melaksanakan agenda besar tersebut ialah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan jentera propaganda mereka.

SPR telah selesai mengadakan kursus pengurusan pilihanraya di seluruh negara. Berdasarkan pengalaman yang lalu, pilihanraya diadakan antara tiga hingga enam bulan selepas kursus pengurusan pilihanraya diadakan.

Jentera propaganda BN juga telah memaksimumkan kerja mereka. Serangan ganas bertubi-tubi mereka kira-kira menyamai serangan tetera bersekutu terhadap Saddam Hussein. Apabila media-media elektronik dan akhbar-akhbar harian yang mejadi talibarut BN menyiarkan cerita sensasi politik secara berganda dan saban waktu, hakikatnya kita hanya perlu menunggu tarikh pembubaran Parlimen dari Perdana Menteri.

Ada pihak yang menjangkakan bahawa pilihanraya tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana kegawatan ekonomi dunia akan menjejaskan peluang BN, lantaran kesan kenaikan harga barang yang melampau dalam negara. Inflasi tidak mesti berpunca dari pemerintah tetapi kerajaan yang memerintah adalah sebaik-baik tempat rakyat ‘melepas geram’ jika urusan kebajikan mereka tidak dapat diatasi oleh kerajaan. Banyak kerajaan di dunia yang tumbang kerana tekanan kos hidup, sekalipun pihak yang akan mengganti belum tentu menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Harus diingat bahawa jangkaan kegawatan ekonomi akan bertambah buruk menjelang pertengahan tahun 2012 sehingga ke akhir tahun. Kerajaan BN tidak mempunyai pilihan untuk membuat keputusan yang terbaik berhubung tarikh pilihanraya dalam keadaan tekanan ekonomi semakin menghimpit rakyat. Jadi memilih waktu yang buruk adalah lebih baik dari memilih waktu yang lebih buruk.

Masih ingat pilihanraya umum 1999? Sokongan rakyat terhadap BN, khususnya Dr. Mahathir jatuh merudum. Tetapi Perdana Menteri itu telah mengejutkan dunia pada masa itu memilih membubarkan Parlimen sewaktu hampir dengan bulan puasa sedangkan ramai menjangka ia akan diadakan selepas hariraya. Ramai juga penganalisis menganggap beliau membuat keputusan yang salah kerana memilih tarikh ketika dirinya masih dibenci orang Melayu berhubung isu kezaliman terhadap bekas Timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sejarah itulah PRU di mana PAS memperolehi kerusi terbanyak iaitu 27 kerusi sehingga berjaya meletakkan Presiden PAS Dato’ Fadzil Noor secara mutlak sebagai ketua pembangkang. Sebenarnya BN masih utuh kerana mengekalkan majoriti dua pertiga, namun jika pilihanraya diadakan hanya dua bulan selepas itu majoriti dua pertiga belum tentu milik BN kerana beratus ribu pengundi muda akan digazetkan nama mereka dalam buku daftar pemilih. Ternyata pada masa isu kecenderungan pengundi muda adalah kepada pembangkang. Ertinya Dr. Mahathir membuat pilihan tepat kerana memilih waktu yang tidak lebih buruk dari tarikh yang dipilih.

Cabaran di zaman Najib pun sama. Selain faktor ekonomi, Umno bergelut dengan isu dalaman yang parah. Pemilihan boleh ditunda demi mengelakkan perpecahan tetapi tidak boleh mengekangnya terlalu lama kerana akhirnya ia akan hampir juga dengan pemilihan baru. Lobi serta konspirasi menjatuhkan lawan pun bermula. Ini yang lebih menakutkan Najib berbanding berperang dengan pembangkang secara berdepan.

Pilihanraya hampir, cuma ia bukan pada bulan Oktober dan November kerana beribu-ribu umat Islam sedang berada di tanah suci. Senario politik mutakhir, BN bergantung sepenuhnya kepada undi Melayu. Di samping Umno juga tidak mahu dituduh pihak pembangkang sebagai mengkhianati kuasa penentu politik dari orang Melayu. Umno merasa sudah lengkap dan sempurna watak ultra Melayunya dengan menggendong semua isu perkauman sempit Melayu. Takkanlah mereka nak biarkan di saat akhir menjelang pembuangan undi, watak asobiyah Melayu ini hendak dicemarkan.

Akhir bulan November dan awal Disember, sekolah-sekolah sibuk pula untuk peperiksaan SPM dan STPM. Ibu bapa akan marah pada BN, jika waktu keemasan anak-anak mereka itu diganggu. Dahulu BN tidak takut akan kemarahan rakyat sekarang tidak lagi. Hujung tahun juga adalah musim tengkujuh di Pantai Timur. Jadi sepanjang tahun ini, ia menjadi tempoh yang tidak munasabah untuk pilihanraya.

Bulan Januari 2012 adalah masa terbaik tetapi rakyat belum selesa kerana poket kering setelah membelanjakan duit untuk urusan persekolahan anak-anak. Najib tidak akan pilih tarikh waktu rakyat tidak gembira.

Pilihan yang terbaik bagi BN ialah antara Februari dan Mac. Ia mungkin mengulangi waktu pilihanraya umum ke 12 lalu. Ada yang meramalkan Najib akan memilih tarikh 11 Februari atau 11 Mac kerana angka 11 sangat diminati Perdana Menteri itu. Ramai kalangan rakyat yang bersetuju angka tersebut untuk dijadikan pilihan Najib, kerana 11 adalah simbol sepasang batu nisan. Simbol kematian Umno ibni Barisan Nasional.

Isu hudud petanda akhir pilihanraya

Nasrudin bin Hassan

1. Tidak ada petir, tidak ada guruh, tiba - tiba isu perlaksanaan hukum hudud timbul kembali. Pada pandangan saya, apabila timbul isu perlaksanaan hukum hudud dan ia dimulakan oleh pemimpin dan mantan pemimpin UMNO dan BN maka ia menandakan masuknya musim pilihanraya.

2. Isu perlaksanaan hukum hudud tidak akan kedengaran atau ia tidak akan menjadi polemik jika tidak kerana datangnya musim pilihanraya. Isu ini tidak pernah muncul pada musim panas mahupun musim sejuk. Juga tidak timbul pada musim kemarau atau musim hujan. Bahkan isu hukum hudud ini tidak langsung kedengaran pada musim - musim lain seperti musim haji, musim perayaan, musim cuti hatta musim durian sekalipun. Isu hudud hanya muncul dengan segala ribut polemiknya apabila tiba musim pilihanraya.

3. Hudud adalah sebahagian dari syariat Allah swt yang telah dinaskan di dalam al Quranul Karim. Tuntutan melaksanakannya adalah kekal sejak ia diwartakan oleh Allah swt sebagai Tuhan yang mencipta langit, bumi, manusia dan seluruh alam cakrawala ini. Justeru itu, ia bukan satu isu ! sebaliknya ia adalah ilmu dan syariat yang mesti dipelajari, difahami, dilaksana dan dihayati oleh ummat Islam.

4. Saya kagum dan menyokong kenyataan YAB Ayahanda Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan yang konsisten dengan pendirian dan prinsip perjuangan Islam yang didokong. Sebetulnya adalah satu keistiqamahan yang dituntut kepada semua pemimpin dan anggota Jamaah Islam. Maka saya tidak nampak sebarang isu atau polemik di situ melainkan musim pilihanraya telah tiba.

5. Perbahasan mengenai hudud tidak selayaknya di media kerana ia bukan isu politik untuk dipolemikkan, tetapi ia adalah ilmu dan syariat yang mempunyai kaedah, usul dan feqh yang perlu dipelajari dengan jujur, difahami dengan halus, diamal dengan telus dan dihayati dengan tekun.

6. Perbahasan dan pengkajian mengenai hudud mesti melalui seminar kefahaman yang berterusan, pengajian khusus di pusat pengajian Islam seperti Universiti, madrasah, masjid, usrah, forum, diskusi, wacana, dialog atau halaqah - halaqah tertentu yang dilakukan secara berterusan.

7. Saya menyarankan kepada semua termasuk non muslim dan khasnya kepada pemimpin - pemimpin Umno dan BN yang mahu memahami dan mendalami hukum hudud dan perlaksanaannya supaya daftar dan menyertai kelas pengajian di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad [KUIZM]. Inilah antara tempat yang sesuai untuk belajar, berdiskusi dan berwacana kearah memahami hukum hudud yang sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh syara'

8. Berbahas dan berpolemik di dada media, pula mendedahkan isu ini kepada komentar orang ramai yang bercakap tidak berasaskan ilmu adalah suatu yang tidak selayaknya berlaku justeru ia akan mendedahkan kesucian hukum Allah swt ini kepada pencemaran fikrah [pemikiran] dan aqidah [keyakinan].

9. Musim pilihanraya hampir serupa dengan musim tengkujuh dalam beberapa aspek terutama ribut yang menghuru - harakan dan petir yang gegak gempita. Kini Umno dan Agensinya sedang porak peranda ekoran siri pendedahan yang konsisten Dewan Pemuda PAS Malaysia terhadap penyelewengan, penyalahgunaan kuasa dan konspirasi memenangkan Umno dan BN melalui cara yang tidak demokratik.

10. Selesaikan dulu kepincangan politik dan ketempangan demokrasi negara kerana inilah isu sebenar yang sedang dihadapi oleh rakyat keseluruhannya mendepani pilihanraya umum yang akan datang.

Hak mereka mengundi tercalar dengan wujudnya ic klon dan nama pemilih yang bertindih.

Kedaulatan negara terganggu dengan wujudnya pemegang ic berkod 71 tanpa dikenali dan diketahui asal usulnya dengan jumlah melebih 170 ribu.

Demokrasi tercemar apabila peraturan yang digubal tidak konsisten dan tidak saksama.

Integriti pengendali sistem pilihanraya [SPR] negara yang tercalar kerana sikap yang bias dan tidak telus.
-------------------------------------------------------------------------
Nasrudin bin Hassan adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

UMNO ‘Jangan campur tangan’

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) supaya tidak mencampuri urusan parti lain, dan menjaga hal parti mereka sahaja.

“Saya masih mampu tadbir Kedah dan rasanya tidak perlu digantikan buat masa ini,” katanya, mengulas cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, supaya Azizan digantikan dengan anggota Exco, Datuk Amiruddin Hamzah ekoran kesihatannya terjejas kebelakangan ini.

Mengulas kenyataan Mukhriz yang mencadangkan golongan profesional menggantikan Menteri Besar sedia ada, Azizan berkata, apa yang dimaksudkan oleh Mukhriz kurang jelas terutama aspek profesional yang dibangkitkan beliau.

“Saya tak profesional ka? Apa Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar) sahaja profesional? Apakah yang dimaksudkannya? Saya mampu urus Kedah lebih baik berbanding kerajaan BN sebelum ini, dan ini membuktikan saya profesional dalam menjalankan tugas,” katanya.

Azizan turut membuat perbandingan antara pengurusan Kerajaan Negeri sekarang dengan terdahulu dan menyifatkan kerajaan sekarang lebih bijak mentadbir.

“Dulu Kerajaan Pusat bagi dana, Kerajaan Negeri sebelum ini tak buat apa pun. Saya pula gunakan dana Kerajaan Negeri untuk bangunkan negeri. Contohnya, BN bagi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) guna duit Pusat. Saya bagi Majlis Keselamatan Kampung (MKK) guna duit negeri,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...