TERKINI :

Friday, September 23, 2011

Sah BN/UMNO dengki gila bila baca bab AMBIGA nie..!!!

Ambiga terima anugerah tertinggi Perancis

September 23, 2011
Ambiga (kiri) menerima pingat beliau daripada Barety di Kediaman Duta Perancis di Kuala Lumpur, 23 September 2011. — Foto oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini menerima anugerah tertinggi Perancis Chevalier de Legion d’Honneur, sekali gus menyertai kelab eksklusif sekitar 20 penerima pingat itu sebelum ini.

Duta Perancis ke Malaysia, Marc Barety berkata anugerah itu disampaikan demi menghargai dedikasi Ambiga, bekas presiden Majlis Peguam, memperjuangkan hak asasi manusia dan usaha memelihara keluhuran undang-undang di Malaysia.

Barety sendiri menyampaikan anugerah itu di sini hari ini, pada satu majlis kecil tetapi bermakna yang dihadiri sekitar 20 kawan rapatnya.

Sebelum ini anugerah itu pernah diterima oleh Yang di-Pertuan Agong, tokoh industri penerbangan Tan Sri Tony Fernandes dan aktres Hollywood kelahiran Ipoh Datuk Michelle Yeoh.

Isu bendera: DAP gantung ADUN 6 bulan

Anggota parlimen Kota Alam Shah M Manoharan digantung enam bulan oleh jawatankuasa disiplin DAP ekoran kenyataan kontroversi berhubung bendera Malaysia.

NONEPengerusi jawatankuasa itu Tan Kok Wai (kanan) berkata mengumumkan keputusan itu selepas sidang panjang badan itu di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Pada 16 September lepas, Manoharan (kiri) membuat kenyataan di Facebook bahawa beliau enggan mengibarkan Jalur Gemilang kerana ia didakwa tidak menggambarkan Malaysia, tetapi lebih kepada BN.

Manoharan juga dilaporkan membuat kenyataan akan menukar Jalur Gemilang dengan bendera lain. Tindakan itu mengundang kemarahan dan laporan polis pelbagai pihak.

Setakat semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, polis masih mengkaji kes itu dan menasihatkan semua pihak berhati-hati mengeluarkan kenyataan.

K'jaan Najib dah pening..Lagu Suruh buang UNDI pun depa HARAMKAN..!!


Bersih: Putrajaya haram klip Undilah canggah slogan Najib

September 23, 2011

PETALING JAYA, 23 Sept — Pertubuhan Bersih 2.0 menyifatkan tindakan kerajaan mengharamkan siaran klip video Undilah, yang menggalakkan orang mengundi ketika pilihan raya, bercanggah dengan pendirian pembaharuan politik yang diwar-warkan oleh pentadbiran Najib.

Justeru kepimpinan Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) membenarkan agar klip itu - satu bentuk pemakluman awam — terus disiarkan oleh stesen siaran tempatan kerana ia tidak membawa sebarang ancaman kepada negara.

“Adalah sesuatu yang menyedihkan apabila ia dilihat sebagai satu ancaman. Jika ia dianggap sebagai sensitif, apakah bentuk demokrasi dan kebebasan politik yang perdana menteri sedang bercakap sekarang,” kata salah seorang anggota jawatankuasa pemandu Bersih 2.0, Subramaniam Pillay hari ini.

Kata beliau perkembangan terbaru yang diambil itu menunjukkan sikap “cakap tak serupa bikin.”

“Cakap satu buat lain,” kata beliau lagi.

Seorang lagi anggota jawatankuasa Berish 2.0, Maria Chin Abdullah juga melahirkan pandangan yang sama.

“Apa salahnya meminta orang ramai mengundi? Malah kempen 1 Malaysia juga meminta orang mengundi,” kata beliau lagi.

Subramaniam menambah, tindakan mengharamkan klip video itu satu langkah yang amat merisaukan kerana ia dihasilkan dengan tidak memihak mana-mana ideologi politik.

Selain Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dari Umno turut menjayakan klip itu ialah Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong dan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin.

Personaliti lain termasuklah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Adun Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.

Pelakon Afdlin Shauki dan penulis lirik kontroversial Namewee merupakan antara individu terpilih untuk mendendangkan lagu Undilah ciptaan komposer Pete Teo.

Ia dilancarkan sempena sambutan Hari Malaysia minggu lalu.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat. Kira-kira empat juta rakyat negara ini yang layak untuk mengundi belum mendaftar sebagai pemilih.

Video klip berdurasi 4.38 minit itu turut menampilkan 40 personaliti termasuk ahli politik Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat.

Turut disenaraikan ialah pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

BAGUIH laaa nak lompat...dok dalam PKR pun asyik dok berak rata jaaa..????

NOTA EDITOR:DI bawah adalah sepucuk surat yang diterima oleh Tulang Besi untuk dibaca bersama. Selamat membaca.

Sdr Tulang Besi,

Ada seorang bekas pegawai kepada Menteri Besar selangor bernama Dr Razali Bolhi. Namanya agak pelik kerana beliau berasal dari Sarawak. Beliau adalah bekas Naib Presiden SNAP dan pernah bertanding di Sarawak atas tiket SNAP. Keputusan tersebut adalah:
N19 KEDUP (15,994)
1. FREDERICK BAYOI AK MANGGIE (BN-PBB) ....5,635 undi
2. Prof Dr Razali Bolhi (SNAP) ............3,654 undi
Majoriti: 1,981
Sejak akhir-akhir ini, beliau telah mula mengkritik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Misalnya, dalam isu UNISEL, Dr Razali memberi sokongan kepada bekas Naib Cancellor yang pro UMNO (Dr Rosti Saruwono).

Ramai tidak tahu mengapa Dr. Razali ditamatkan perkhidmatan beliau sebagai pegawai MB Selangor. Saya rasa surat aduan terhadap beliau yang dihantar oleh Mangsa Kebakaran Kedai Papan, Sasaran Jeram di bawah boleh memberi gambaran yang lebih jelas.
KLIK IMEJ

KLIK IMEJ


Maka, tidak hairanlah perkhidmatan beliau sebagai Pegawai MB Selangor ditamatkan. Khabarnya, ada kemungkinan besar bekas pegawai MB ini akan membawa beberapa ahli PKR Kuala Selangor keluar dari PKR memandangkan beliau adalah Naib Ketua Cabang Kuala Selangor.

KLIK IMEJ


Diharap dapat menyiarkan surat saya ini sebelum Dr Razali Bolhi benar2 mengisytiharkan diri beliau masuk UMNO.

Sekian

Terima kasih

AHLI PKR KUALA SELANGOR

mai kot mana banyak penempatan KEMBOJA & MYANMAR di PEKAN Pahang nie..???

Najib harus jawab penempatan Myanmar dan Kemboja jadi warganegara di Pekan, Pahang

Gambar antara penampatan Kemboja yang berada di dalam parlimen Pekan, Pahang
(gambar ehsan blogger cucu mat kilau)


Semalam che'GuBard atas nama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menunaikan janji untuk berada di parlimen Pekan, Pahang untuk menerangkan semula persoalan cincin berlian RM24.45 juta dan kaitanya dengan Rosmah Mansor.

Alhamdulillah program semalam berjalan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat di Markas PAS Felda Chini 3. Cuma sepatutnya semalam risalah cincin seharusnya mula diedarkan namun atas masalah cetakan pengedaran ditangguhkan. InsyaAllah selepas SAMM melunaskan bayaran tertangguh kos buku 'FITNAH' baru kami mampu untuk mencetak risalah tersebut. Buku 'Fitnah' dibayar dengan 4 'post dated cheque' yang terakhir bertarikh 3 Oktober dan selepas itu baru risalah cincin akan dicetak.

Saya telah menerangkan secara terperinci berkaitan cincin dan menjawab tuduhan mereka melalui media. Turut mengejutkan hadirin ialah selain cincin gelang tangan berharga RM 1.65j juga dari syarikat yang menjual cincin turut didedah. InsyaAllah hadirin yang hadir akan menjadi agen penyampai pula di bawah.

Yang menarik ingin diangkat disini ialah mengenai kewujudan penempatan orang Myanmar dan Kemboja di Pekan Pahang. Menurut beberapa penduduk tempatan yang ditemui perkara ini bukan satu benda yang sulit, ramai di Pekan tahu dan sedar apa yang berlaku.

Tahun 1999, Najib diselamatkan oleh undi POS hanya menang dengan majoriti 200 lebih undi sahaja. Sejak itu telah mula dibuka beberapa penempatan baru yang membawa masuk orang dari Kedah dan Perlis secara beramai - ramai. Mereka diberi tanah membina penempatan dan didaftar sebagai pengundi Pekan. Selepas itu ia menjangkit kepada penghijrahan beramai - ramai orang - orang Myanmar dan Kemboja ke Pekan. Mereka diberi ruang meneroka beberapa kawasan tanah di Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang. Hampir 90% dari mereka sudah menjadi warga negara Malaysia dan ramai sudah masuk dalam senarai pengundi di Pekan, Pahang.

Malah ramai penduduk tempatan mula mengeluh apabila kelompok ini seolah mendapat perhatian istimewa apabila mereka mendapat tanah dan kelompok mereka yang ramai sehingga ada ruang perniagaan seperti pasar malam mula dikuasai oleh kelompok ini. Di sesetengah 'sudut' Pekan sudah jadi asing bagi warga asal pekan kerana kehadiran mereka ini.

Ketua Polis Negara bercakap bab POLITIK pasai pa plak..Nak Jadi calon kaa????

IGP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA

September 23, 2011


KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau mum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.

Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.

Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.

Ismail yang menggantikan Tan Sri Musa Hassan September 2010 berkata, walaupun kerajaan berjanji untuk melihat semula akta tersebut khususnya dalam hal tanpa perbicaraan, namun banyak pihak yang meragui langkah itu.

Penggubalan dan penguatkuasaan ISA terletak di tangan kerajaan pusat, yang diterajui oleh BN sejak negara merdeka.

“Kerajaan dikatakan akan tetap menggunakan ISA sebagai serampang dua mata. Pada pihak kerajaan ISA penting untuk mengekalkan keamanan dan mengawal keselamatan negara tetapi pihak pembangkang terus menangih simpati dan sokongan pengundi,” kata beliau.

Justeru katanya, “jika kerajaan tidak dapat mengurus isu ini dengan baik, ia akan membawa kepada kekalahan dalam pilihan raya umum akan datang.”

Ismail mengatakan demikian dalam satu bab bertajuk “Keamanan dan Keselamatan Ke Arah Pembentukan Negara Maju” dalam buku berjudul “1 Malaysia Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia Menjelang 2020”.

Buku itu dikeluarkan sebelum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerusi perutusan khas sempena Hari Malaysia mengumumkan pentadbirannya akan memansuhkan ISA dan menggantikan dengan dua undang-undang baru.

Ismail berkata, tindakan pantas dan ‘pre-emptive’ yang diambil oleh Polis Diraja Malaysia dalam menangkap elemen-elemen utama dalam kumpulan-kumpulan militan seperti Jemaah Islamiah (JI), Darul Islam (DI), Al-Qaeda dan Kumpulan Abu Sayyaf sejak 2001 merupakan faktor utama Malaysia terus selamat daripada sudut ancaman kumpulan militan di rantau ini.

Dalam tulisannya, Ismail juga menarik perhatian bahawa senario politik yang disaksikan pada Mac 2008 dijangka berlaturan pada masa-masa akan datang.

“Dalam pilihan raya umum ke-12, negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak jatuh ke tangan parti pembangkang. Di peringkat Parlimen pula, BN gagal memperoleh dua pertiga majoriti.

“Ini menyebabkan keadaan politik di peringkat negeri tidak menentu dan rapuh. Keadaan ini dijangka berlarutan pada masa-masa akan datang,” kata Ismail.

Tambah beliau, pemerintah di peringkat negeri hanya memperoleh majoriti mudah seperti yang dapat dilihat di negeri Perak.

Perikatan Pakatan Rakyat menguasai kerajaan negeri itu pada pilihan raya umum 2008 tetapi tumbang awal 2009 apabila tiga wakil rakyatnya bertindak keluar parti masing-masing.

Dalam perutusan khas Hari Malaysia Khamis lalu, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Perdana Menteri, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib menjelaskan, undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Katanya, apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Dalam ucapan sulung selepas mengambil alih tampuk pemerintahan pada 3 April 2009 Najib telah berjanji untuk mengkaji ISA secara komprehensif.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa Akta Buang Negeri 1959 akan dimansuhkan di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

Malah, kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Hudud: Pakatan jangan masuk jerat Umno-BN, kata pemimpin PAS

September 23, 2011


KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pemimpin-pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera ‘merawat mudarat politik’ pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

“Isu ucapan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu, isu bendera (Jalur Gemilang), isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalih perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran,” kata beliau dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau juga menggariskan terdapat banyak isu lain iaitu warga asing diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum ke-13, undang-undang baru bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

“Semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk pilihan raya umum ke-13 kerana ia mempunyai impak kepada rakyat secara langsung,” katanya.

Selepas isu membabitkan Mohamad yang dikenakan tuduhan di mahkamah baru-baru ini, sejak kelmarin PAS diselubungi kontroversi berkaitan hukum hudud. Ia turut mengheret sekali DAP.

Kata Tuan Ibrahim, teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Justeru kata beliau, Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini.

“Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya Pakatan Rakyat terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit,” kata beliau.

Pendirian yang sama dilahirkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan fokus ke atas isu-isu semasa lebih penting bagi menghadapi pilihan raya umum.

Beliau memberi amaran Pakatan Rakyat akan berakhir jika pemimpin-pemimpinnya tidak berhati-hati dengan terperangkap dengan isu ‘tidak perlu buat masa sekarang’, yang dibesarkan oleh Umno-BN sekarang.

“Ia (Pakatan) seharusnya berupaya untuk kekal fokus dengan isu-isu, ia akan membantu kami keluar daripada serangan dan menghadapi pilihan raya... kita ada tugas penting untuk memenuhi pengharapan rakyat sekarang... menghadapi pilihan raya umum dan menang,” kata beliau sambil menyifatkan dua isu yang dilihat akademik iaitu negara Islam dan hukum hudud boleh dibincangkan kemudian.

“Kita tidak wajar berdebat atau membincangkan isu-isu bersifat akademik ini pada waktu genting menjelang pilihan raya umum ke-13,” katanya.

“Kita tahu apa yang difikirkan oleh musuh-musuh kami, jadi mereka akan menggunakan isu seperti ini, hudud dan negara Islam untuk melemahkan Pakatan Rakyat,” kata beliau sambil menambah, “isunya bukan sangat menguasai kerajaan pusat, tetapi lebih daripada itu ialah mewujudkan sistem dua parti di negara ini... untuk itu kita kena kekal kukuh dan mantap dalam Pakatan.”

Dengan turut merujuk kepada pendirian PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno tahun lalu, wakil rakyat penggal pertama ini berharap kepimpinan perikatan dengan segera menyelesaikan isu terbaru ini.

“Malah isu ini telah disentuh oleh (Pengerusi DAP) Karpal Singh ketika Konvensyen Pakatan tahun lalu dan semuanya berjalan lancar, dan tiba-tiba menjadi isu semula sekarang,” katanya agak kecewa dengan perkembangan semasa.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah menjangkakan isu ini akan dibangkitkan semula, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata: “Saya memang sudah menjangkakan isu ini (hudud) akan berkembang jadi rumit macam hari ini.”

“Sebab itu, saya memaklumkan Setiausaha Agung (PAS, Datuk Mustafa Ali) dan mengadakan satu sidang media semalam,” kata beliau, yang sidang media semalam mendakwa kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Tanjong Malim kelmarin bertujuan menggugat kedudukan Pakatan Rakyat.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tengah hari semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

GEMPAR...TUN MAHADET PANDANG JIJIK KAT MUKHRIZ

Depa dok perli satu sama lain...Det Khalid smash Mat Bashah

Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

http://www.thejakartapost.com/files/images2/1badminton2.jpg

Berkata Ketua Pembangkang Kedah, Tok Det Khalid, PAS sepatutnya lantik professional sebagai Menteri Besar. Kalau Karam Singh Walia dengar komen Tok Det tu maka pepatah yang dia keluarkan ialah ibarat 'anjing suruh kucing tukar ketua, untuk sindir bapak anjing'... Jangan silap faham pulak bukan nak samakan Umno dengan anjing, tapi bukankah orang selalu sebut UMNO dgn PAS macam anjing dengan kucing.

Mengapa Tok Det sebut macam tu?... Jawab sat.. Aaa tau tak paa!

'Bakal Menteri Besar Kedah' BN sekarang dipertikaikan disegenap penjuru alam di Kedah kerana tiada degree. Setakat nak jadi wakil rakyat oklah sapa tak pertikai..PAS atau BN masing-masing ada YB yang tiada ijazah. Tapi untuk diangkat jadi ketua kerajaan yang di bawahnya terdapat beratus2 orang pemegang ijazah dalam pentadbiran, mana boleh orang yang pegang sijil SPM jadi MB.

Dalam barisan Exco PAS Kedah semua berijazah kecuali seorang diploma; termasuk di dalamnya dua doktor perubatan, dua engineer, dua lawyer.

Jadi kalau BN bercadang nak ambik balik Kedah maka kenalah mereka membariskan Exco bayangan yang lebih hebat dari itu. Yang paling layak jadi MB bayangan ialah Mukhriz, masalahnya tiada tempat untuk Mukhriz di DUN sebab yang senaraikan semua calon BN ialah pihak yang menolak Mukhriz bertanding DUN.

http://kedahla.blogspot.com/2011/09/det-khalid-smash-mat-bashah.html

UMNO pening lagik...orang mintak peruntukan pusat pada negeri bukan mintak hutang....

Bukan Minta Hutang Tapi Tuntut Hutang...

Oleh : PUTERI BULAN

Halamak..puak-puak UMNO haprak ni memang sengaja buat-buat tak faham. Semangnya faham tapi entahlah...dah hijab kut.

MB kedah bagi tau.. Kerajaan Kedah lanie tak pernah berhutang dengan kerajaan pusat malah tolong bayaq hutang kerajaan BN/UMNO haprak dulu yang bertimbun-timbun...

Betullah...kenapa nak seleweng fakta pulak...InsyaAllah kedah tak minta hutang lagi buat masa sekarang ni dari kerajaan pusat. Yang dok heboh..sedunia, dok canang bak gendang raya kata MB kedah dok tagih hutang dekat kerajaan pusat tu sebenarnya bukan minta hutang tapi tuntut hutang kerajaan pusat yang sepatutnya diberikan kepada kerajaan negeri.

Atas nama peruntukan geran..kerajaan pusat sememangnya kena salurkan peruntukan kepada negeri kedah.. Itu konsep FEDERALISME di mana Pusat menaungi negeri. Nak tau pasai apa...pasai kerajaaan pusat dok ambik cukai kat rakyat dari semua negeri tak kiralah negeri pakatan rakyat ka..atau negeri BN/UMNO haprak perintah. Kerajaan negeri Kedah berhak minta kerana itu hak rakyat Kedah. Macam bapalah..memang kena bantu anak, tak kiralah anak yang dia sayang ka..anak yang dia benci ka, anak kandung ka, anak tiri ka..sebab itu tanggungjawab.

Takkan...kerajaan pusat nak lari dari tanggungjawab..lepas tu kuncu-kuncu, tali-tali perut yang otak kosong macam tong drum.. dok jaja perkara-perkara yang nampak sangat depa tu memang tak cerdik.

selagi hak kerajaan kedah, pusat tak bagi kira hutang la..jadi sekarang ni bukan kerajaan negeri yang hutang pusat tapi pusat yang hutang kedah...

Jadi..jangan dok melatahlah...kalau rasa tak tau memerintah..next election pas kat Pakatan Rakyat lah Putra Jaya tu..InsyaAllah..tak ada negeri yang tuntut hutang dari kerajaan pusat....

he..he..he..yang dok berhutang tu dulu ..hampa...sedaqlah sikit....ni kira orang tolong bayaq pun kira besaq rahmat.....dok bodoh sombong macam tu laaa...UMNO...UMNO...

PAS, PKR & UMNO bersatu bantah pengusaha feri penumpang Langkawi

Harga tiket feri dibantah lagi

KUAH - Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik mengadakan bantahan aman menggesa pengusaha feri penumpang menarik balik pembatalan harga tiket istimewa kepada penduduk Langkawi yang dinikmati sejak 2007.

Lebih 100 ahlinya berhimpun membantah tindakan pengusaha feri menarik balik diskaun sebanyak RM3 khusus untuk penduduk tempatan yang menggunakan khidmat feri ke tanah besar atau sebaliknya.

Perhimpunan aman bermula 9.30 pagi itu adalah yang kedua selepas perhimpunan pertama anjuran Pemuda Umno Bahagian Langkawi, Sabtu lalu.

Beberapa sepanduk bertulis ‘Kembalikan Hak Kami’, ‘Kembalikan Segera Harga Tiket Untuk Penduduk Langkawi’, ‘Neutralkan Semula Harga Tiket Feri’ serta ‘Kami Bukan Orang Kaya’ ditujukan kepada syarikat feri penumpang yang menaikkan harga tiket secara mengejut membabitkan perjalanan pada hari minggu, Jumaat, Sabtu dan Ahad, cuti sekolah dan cuti umum.

Ketua Pemuda Umno Langkawi, Nor Saidi Nanyan ketika ditemui di pekarangan Jeti Kuah berkata, syarikat feri menaikkan harga kepada penduduk Langkawi sejak Jumaat lalu sedangkan sejak empat tahun lalu, penduduk dan pemegang kad pengenalan beralamat di Langkawi diberi harga istimewa dengan potongan RM3 bagi setiap perjalanan berbanding harga pelancong.

“Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Laut digesa mengambil tindakan segera. Tindakan ini seolah-olah membelakangkan kebajikan penduduk di sini,” katanya.

Hadir sama pada perhimpunan itu, Yang Pertua Pas Langkawi, Zuber Ahmad dan Timbalan Pengerusi PKR Cabang Langkawi, Razali Abas.

Nor Saidi berkata, walaupun berbeza fahaman politik tetapi sebagai penduduk Langkawi, semua parti politik bersatu demi untuk kepentingan penduduk pulau ini.

"Kami yakin jika bantahan ini tidak dilakukan, pengusaha feri akan sewenang-wenangnya menaikkan tambang selepas ini dan ini membebankan pengguna,” katanya.

Zuber berkata, pihak pengurusan feri perlu sedar bahawa majoriti penduduk tempatan kini kurang senang dengan tindakan mereka menamatkan pemberian tambang diskaun itu.

“Keputusan drastik tanpa memberi notis awal menyebabkan pengguna yang tiba di jeti pada Jumaat lalu terpinga-pinga dan ini tidak wajar,” katanya.

Sementara itu, Razali menyifatkan langkah terbaru pengusaha feri itu membebankan pengguna, khususnya penduduk tempatan yang berulang-alik setiap hujung minggu menggunakan perkhidmatan feri dari Langkawi ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.

“Pengusaha feri perlu faham, mereka boleh berniaga kerana adanya penumpang terdiri daripada pelancong dan penduduk tempatan. Mereka boleh buat untung tapi jangan sampai menyusahkan penduduk,” katanya.

Tambang tiket sehala dari Kuala Kedah ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM23 tetapi penduduk Langkawi diberi harga istimewa, RM20 manakala dari Kuala Perlis ke Langkawi atau sebaliknya adalah RM18 harga biasa, RM15 untuk penduduk Langkawi.

Wakil ketiga-tiga parti politik itu kemudian menyerahkan memorandum daripada penduduk Langkawi kepada pengusaha syarikat feri, antaranya merayu syarikat terbabit menimbang semula pemberian harga istimewa itu.

Mengulas perkara sama, Timbalan Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Seri Mahdzir Khalid berharap pihak bertanggungjawab seperti Jabatan Laut, Pejabat Daerah, Kerajaan Negeri dan pengusaha syarikat feri serta wakil penduduk mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan masalah itu.

“Melalui perbincangan sahaja akan dapat selesaikan masalah yang dihadapi kedua-dua pihak. Namun Kerajaan Negeri juga harus memberi perhatian,” katanya.

Sementara itu, wakil sebuah syarikat feri, Ng Ean Soon berkata, kenaikan harga dibuat berikutan tidak lagi mendapat subsidi minyak diesel daripada kerajaan.

“Harap kerajaan dapat menimbang pemberian subsidi minyak kepada syarikat feri penumpang untuk membolehkan kami memberi harga istimewa kepada penduduk Langkawi,” katanya.

Siapa kata saya tak mampu, MB Kedah bidas Mukhriz

September 22, 2011

ALOR SETAR, 22 Sept — Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata beliau masih mampu mentadbir Kedah dan tidak perlu digantikan buat masa ini.

“Siapa kata saya tak mampu ... saya bukan profesionalkah. Apa Tok Det (Datuk Seri Mahdzir Khalid, bekas Menteri Besar) profesional?

“Kedah sekarang lebih baik dari masa diperintah Barisan Nasional. Saya tidak hutang dengan kerajaan pusat untuk bayar gaji. Hasil balak sampai RM70 juta setahun. Masa BN cuma RM8 juta. Banyak pula buat projek membazir,” kata beliau (gambar) dipetik Bernama Online.

“BN bagi JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) guna duit pusat. Saya bagi MKK (Majlis Keselamatan Kampung) guna duit negeri,” kata Azizan kepada pemberita semasa diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir supaya beliau digantikan dengan Exco Datuk Amiruddin Hamzah kerana kesihatannya terjejas.

Kedudukan beliau menjadi isu ekoran laporan media bahawa kepimpinan parti berhasrat menggantikan dengan orang lain.

Bagaimanapun ia dinafikan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang antara lain beliau tidak pernah mendesak atau meminta Azizan agar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.

Justeru, Hadi menegaskan Azizan akan kekal dalam jawatannya yang disandang sejak Mac 2008.

“Beliau kekal Menteri Besar Kedah. Cuma kini sedang berehat kerana masih dalam rawatan,” kata beliau pada 2 September lalu.

Laporan sebuah akhbar menyebut bahawa kepimpinan PAS sedang mengambil langkah untuk menggantikan Azizan yang kini kurang sihat selepas diserang sakit jantung bulan lalu.

Azizan dipetik berkata beliau tiada rancangan untuk bercuti panjang ekoran masalah kesihatan semasa.

Bagaimanapun Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah tidak menafikan ada usaha untuk memintanya bercuti panjang dan jawatan dipangku oleh pihak lain.

Mengenai komen bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa tiada perubahan dibuat untuk memartabatkan Islam di Kedah berbanding Kelantan, Azizan berkata kedua-dua negeri berbeza dan tidak boleh dibandingkan.

Katanya, Kelantan ditabir PAS lebih 30 tahun dan menang dengan majoriti banyak.

“Saya menang 16 kerusi sahaja dan terpaksa berkongsi dengan sekutu bukan dari PAS. Banyak perkara yang hendak dibuat kena runding dulu dengan mereka.

“Contohnya larangan pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramahan baru-baru ini ... walaupun keputusan awal kita melarang tetapi selepas runding larangan itu ditarik balik.

“Kita baru perintah tidak sampai sepenggal, simpatilah sama dengan saya,” katanya.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...