TERKINI :

Thursday, September 22, 2011

AWAS.. TEKTIK BARU NAK ROMPAK, ROGOL atau CULIK anak anda..!!!

BACA! BACA! BACA!



Ini adalah sangat menakutkan, serupa dengan kes Ms Canny Ong. Pada suatu hari, terdapat seorang wanita yang berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak. Setelah selesai memenuhkan tangki minyak selepas membayar menggunakan kad kredit di pam dan ingin meninggalkan stesen tersebut, atendan di dalam kedai lantas bercakap menerusi speaker dan memberitahu sesuatu yang berlaku dengan kad itu dan meminta wanita itu masuk ke dalam untuk membayar tunai.

Wanita itu keliru kerana dia telah selesai mengisi minyak dan pembayaran menggunakan kad kredit telah diluluskan. Dia menunjukkan isyarat tangan kepada atendan tersebut dan bersiap sedia untuk meninggalkan tetapi atendan tersebut sekali lagi menggesa wanita tersebut masuk ke dalam kaunter kedai untuk membayar tunai. Dengan perasaan sedikit marah, wanita itu terus masuk ke dalam kedai dan mempertikaikan tindakan petugas tersebut dan menuduh dia menipu. Atendan tersebut memberitahu supaya wanita itu bertenang dan mendengar dengan teliti Atendan memberitahu ketika wanita tersebut sedang mengisi minyak, dia telah melihat seorang lelaki telah masuk ke dlm kereta dan bersembunyi dikerusi belakang . Dengan segera beliau telah menghubungi pihak polis. Wanita tersebut terus menjadi takut dan segera melihat pintu keretanya terbuka dan lelaki itu telah menyusup keluar dan meninggalkan kereta itu dengan tergesa-gesa.

Kes baru-baru ini didapati mempunyai kaitan dengan ujian untuk permulaan geng jenayah terbaru dimana memerlukan seseorang untuk membawa balik bahagian badan seorang wanita .. Salah satu cara yang mereka lakukan adalah dengan merangkak perlahan-lahan dan menyusup masuk ke dalam kereta wanita manakala sasaran utamanya adalah stesen minyak atau di kedai runcit pada waktu malam. Kemudian, mereka akan potong kaki / buku lali mangsa menculik mereka dan kemudiannya membunuh dan mencerai-beraikan mereka. Kaedah lain adalah dengan memaksa wanita itu masuk ke dalam kereta kemudian menculik mereka, Sila sebarkan ini kepada wanita lain, orang muda dan tua.

  1. Pertama, wanita seharusnya lebih berhati-hati apabila ingin masuk ke dalam kereta pada waktu malam.
  2. Kedua, Jangan letakkan kereta di tempat sunyi atau terpencil semata-mata ingin mendapatkan tempat letak kereta percuma!
  3. Ketiga, Jika boleh, elakkan memandu seorang diri pada waktu malam! Ini adalah situasi sebenar! Penculikan! Pembunuhan! Putus dan anggota badan dicerai-ceraikan! Ini semua berlaku di Malaysia !
Jadikan amalan :
1. Pastikan kereta berkunci setiap masa walaupun anda meninggalkan kereta sebentar.
2. Periksa sekeliling kereta sebelum masuk ke dalam kereta.
3. Sentiasa peka terhadap sebarang tanda-tanda pelik dari persekitaran anda dan individu lain di dalam sekitar umum, terutama pada waktu malam!!!

by: Ayushida Mohd Don

Macam macam ada di Sabah. Bagi IC tukar Undi, Jual Pulau di pasaran.... Apa dah terjadi?

Penjualan pulau-pulau di Sabah tak adil, kata PAS

Pemuda PAS hari ini membidas kerajaan negeri Sabah kerana berdiam diri membiarkan tiga pulau di pesisiran pantai negeri berkenaan dijual di pasaran antarabangsa.

NONEMenurut ketua pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu adalah tidak bertanggungjawab bagi kerajaan negeri memberi kelonggaran kepada pemilik swasta untuk menjual pulau-pulau itu dan pada masa yang sama, tanpa ragu-ragu mengusir penduduk tempatan dari hak tanah adat (NT) di kawasan pedalaman.

Lahirul mempersalahkan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah kerana gagal melindungi kepentingan rakyat Sabah dalam penjualan kontroversi tiga pulau - Mengalum, Pandanan dan Montukod - dan melahirkan rasa terkejutnya bagaimana pulau-pulau itu boleh dijadikan milik persendirian.

"Pemuda PAS terkejut bagaimana Jabatan Tanah dan Ukur hanya boleh memberi kelonggaran kepada beberapa individu tertentu untuk memiliki pulau-pulau itu tetapi pada masa yang sama jabatan itu merampas hak tanah adat," katanya dalam satu kenyataan.

“Bagaimana pulau-pulau sedemikian begitu mudah dimiliki oleh segelintir individu tertentu sedangkan ia merupakan khazanah berharga Sabah yang seharusnya dipulihara, yang boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan?” soalnya.

Semalam, pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah Osman Jamal mengesahkan bahawa ketiga-tiga pulau itu adalah untuk jualan, seperti yang diiklankan di www.privateisland.com dan bahawa pemiliknya mempunyai hak untuk melupuskan harta yang dimiliki mereka.

azlanAkhbar tempatan The Borneo Post memetik Osman sebagai berkata tiada lagi urusniaga membabitkan pulau-pulau berkenaan - yang tegasnya perlu terlebih dahulu melalui pejabatnya untuk pengesahan status hartanah itu.

“Dewan Pemuda Pas Sabah mendesak supaya kerajaan Sabah menghalang urusniaga penjualan tersebut memandangkan ia akan memberi kerugian kepada khazanah berharga yang menjadi hak kepada seluruh rakyat Sabah.

“Dedahkan siapa pemilik pulau-pulau tersebut yang begitu tamak sanggup menjual sebahagian dari tanahair sendiri dan siasat juga bagaimana mudahnya mereka ini memperolehi tanah seluas pulau!” katanya.

Menurut Lahirul lagi, jika Jabatan Tanah dan Ukur boleh menguatkuasakan Seksyen 42, Ordinan Tanah Sabah Bab 68 bagi merampas hak tanah adat terhadap penduduk-penduduk kampung di pedalaman, maka ia juga sepatutnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang sama bagi menjaga kepentingan rakyat sabah.

icj sipadan ligitan“Begitulah juga apabila kerajaan bersungguh-sungguh mempertahankan Pulau Sipadan dan Ligitan daripada tuntutan negara jiran sedangkan bersikap dingin dan berlepas tangan terhadap penjualan tiga buah pulau ini dari terlepas kepada pihak asing.

“Seluruh dunia kini menyaksikan perebutan pulau-pulau bagi memastikan sesebuah negara dapat meluaskan kawasan pesisir dan sempadannya. Tidak mustahil pembelian pulau ini akan membolehkan negara asing dengan mudah memperluaskan kedudukan strategik mereka,” katanya.

Tu dia aihh...baru satu kawasan dah terbukti INDON boleh mengundi..

Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima bantahan PAS Shah Alam dan bersetuju untuk menggugurkan 52 nama yang meragukan daripada daftar pemilih di kawasan berkenaan.

NONETimbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad berkata, ia adalah daripada sejumlah 58 nama yang disenaraikan dalam bantahan PAS Shah Alam kepada SPR.

Keputusan itu dibuat selepas SPR mengadakan pendengaran terhadap bantahan tersebut Isnin lalu.

Manakala enam nama lagi dikekalkan dalam daftar pemilih selepas SPR berpuashati dengan penjelasan mereka.

Bercakap dalam sidang media di perjabat PAS Selangor hari ini, Khalid berkata dua daripada mereka yang digugurkan daripada daftar pemilih adalah dua orang yang dipercayai warga Indonesia, yang hadir dalam pendengaran tersebut.

Khalid berkata dua warga asing tersebut dikenali sebagai Erman Syamsuddin dan Edi Rabaini, masing-masing mengundi di Kampung Jawa dan Kampung Kuantan - dalam kawasan parlimen Shah Alam.

"Mereka datang bila kita buat bantahan di SPR. Mereka dipanggil untuk hadir. (Kita) Buat bantahan, orang yang kena bantah itu kena datang.

"Kalau tak datang, dianggap diterus gugur, bukan orang bermastautin. Mereka datang, (dan) mereka (kata) baru dapat kad pengenalan ini.

"Dia pun tak daftar sebagai pengundi... Dia kata, tak tandatangani apa-apa borang. Dia cakap loghat Indonesia masih pekat lagi," kata Khalid yang juga yang dipertua PAS Shah Alam.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, mereka menerima alasan keenam-enam warga asing itu kerana kesemuanya memang mendaftar sebagai pengundi dan menetap di Shah Alam.

Khalid berkata, pihaknya perlu membayar RM10 bagi setiap bantahan dan perlu membayar RM150 bagi setiap seorang yang hadir sebagai "gantirugi dia bercuti dan datang ke SPR".

Pihaknya juga telah menjelaskan bayaran tersebut, tambahnya.

Dalam sidang media itu juga, setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman berkata pendengaran bantahan mereka didengar di Kuala Selangor hari ini, manakala pendengaran di Subang berlangsung kelmarin.

"Daripada tuntutan kita itu, 90 peratus kita menang. Bermakna 90 peratus itu mereka hadir dan Mereka tidak didaftarkan oleh sesiapa," dakwanya.

Sehubungan itu, katanya, jika ini berleluasa, mereka akan membuat laporan polis sebagai kes penipuan dan akan memantau sesiapa yang masuk Selangor.

Tempoh bantahan daftar pemilih bermula Isnin lalu dan berakhir minggu hadapan. Semua bantahan dibuat Ogos lalu.

Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling?

Subky Latif

MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut.

Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof. Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga.

Saranan Prof. Kling disukai oleh Tun Dr. Mahathir. Prof. Khoo Kay Kim rasanya tertarik dengan saranan itu. Prof. Ramlah Adam pula tidak menyanggahnya.

Kesemua mereka tidak suka dengan saranan Mat Sabu; tidak tertarik supaya sejarah itu ditulis semula. Tetapi sedarkah kita saranan Zainal Kling itu telah membantu menguatkan saranan Mat Sabu supaya sejarah negara kita ditulis semula.

Saranan Zainal Kling bercanggah dengan isi sejarah yang sudah ditulis. Semua buku sejarah yang diguna di sekolah rendah, menengah dan universiti mengatakan Tanah Melayu pernah dijajah.

Semua orang baik jadi ahli politik pro kerajaan dan pembangkang, yang tidak terlibat dengan politik, buta huruf dan berpelajaran, sebelum dan selepas 31 Ogos 1957 merasakan Inggeris pernah menjajah negara mereka.

Bagi ketua sekalian profesor itu sejarah yang diketahui oleh semua orang adalah tidak betul.

Mat Sabu kata, penulisan sejarah saja yang tidak betul. Dia tidak kata sejarah yang melibatkan British itu tidak betul. Maka menganjurkan supaya sejarah bertulis itu dibetulkan. Prof. Kling tak suruh sejarah itu ditulis semula tetapi padanya sejarah yang difaham oleh semua orang itu adalah tidak betul.

Persoalannya adakah hendak dibiarkan ia tidak betul dan adakah hendak diajar juga yang dikatakan tidak betul itu kepada murid-murid dan orang ramai?

Ini telah menjadikan semua orang bercelaru dan keliru tentang sejarah yang diketahui itu dan sejarah yang ada itu juga bercelaru dan mengelirukan.

Justeru itu saranan Mat Sabu supaya ditulis semula sejarah sudah payah ditolak.

Jika sejarah itu tidak ditulis semula, orang sudah tidak tahu apakah sejarah yang diajar itu boleh dipakai atau tidak, sedang di bawah dasar yang ditentukan oleh menteri pelajaran sekarang Tan Sri Muhyidin Yasin, sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib lulus.

Adakah hendak ajar yang Mat Sabu kata tidak tepat dan Zainal Kling kata tidak betul?

Kesimpulannya buku sejarah itu kena buat yang baru. Nilai semula mana yang betul dan mana yang diselewengkan.

Antara yang kena jelaskan macam mana sebelum merdeka dulu Semenajung Tanah Melayu boleh ditukar menjadi Malaya. Sebelum datang ke Tanah Melayu, semua peta dunia menamakan negara kita ini Semenanjung Tanah Melayu. Buku sejarah dunia pun mengenalinya Semenanjung Tanah Melayu.

Selepas British datang ia ditukar menjadi Malaya. Buku sejarah dunia dan peta dunia pun memanggilnya Malaya. Universiti yang pertama ditubuhkan sebelum merdeka dulu dinamakan Universiti Malaya atau Univercity of Malaya. Hingga sekarang nama itu dikekalkan.

Siapa yang menamakannya Malaya? Inggeriskah atau Raja-Raja.

Jika Inggeris datang untuk berkhidmat kepada para Sultan, mengapa orang Inggeris tidak guna bahasa yang dipakai oleh Sultan dan yang digunakan oleh orang Melayu? Mengapa digunakan dalam pentadbiran dan urusan rasmi dalam bahasa Inggeris iaitu bahasa yang tidak difahami oleh rakyat dan tidak juga diketahui oleh para Sultan?

Bila sekolah diadakan, sekolah Melayu ada setakat darjah enam saja, tetapi sekolah Inggeris sampai darjah sembilan. Kalau Inggeris itu datang untuk berkhidmat saja bagaimana mereka ada kuasa menukarkan sesetengah sultan.

Sebelum Inggeris datang ke Perak, Perak sudah ada sultan. Bila ia datang ia boleh tukar sultan itu dengan Sultan Abdullah. Bila ada masalah dengan Sultan Abdullah dibuangnya Sultan Abdullah ke pulau di tengah laut dekat Afrika dan digantinya sultan baru.

Bila Inggeris datang semula selepas Jepun kalah, ditukarnya Sultan Selangor dengan yang baru dan Sultan Terengganu pun digantikannya dengan yang lain.

Kalau sekadar hendak menolong sultan, masakan sampai boleh menukar sultan.

Tentang bahasa pula, hingga hari ini Bahasa Melayu belum boleh menggantikan bahasa Inggeris gara-gara adanya kuasa Inggeris sebelum merdeka dulu.

Apa hendak kita tentang sejarah seperti itu?

Dan kalau yang dijajah Inggeris itu sekadar Melaka, Pulau Pinang dan Singapura, mengapa perjuangan kemerdekaan itu dituntut oleh orang Perak, Kedah, Selangor, Kelantan, Johor, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan dan Perlis.

Tuntut merdeka untuk Pulau Pinang dan Melaka sajalah! Sepatutnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 itu tidak diisytiharkan di Kuala Lumpur. Proklamirkan di Melaka dan di Pulau Pinang saja, tidak perlu libatkan negei lain di Semenanjung.

Zainal Kling tentu setuju. Kalau dia tidak setuju, dialah yang karut. Bukan Mat Sabu.

apa itu Seksyen 505 yang di pertuduhkan ke atas Mat Sabu..??

Seksyen 505 : Kenyenyebabkan, ketakutan atau kegentaran kpd awam, atau kepada mana2 golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalaataan2 yang mendatangkan khianat awam.

Barang siapa membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita -
a) dgn niat hendak menyebabkan, atau yang mungkin menyebabkan, mana2 pegawai, askar, kelasi atau penerbang dalam Angkatan Tentera Malaysia atau mana2 org yg tersebut dlm Seksyen 140B melakukan dahagi ataupun tidak mengendahkan atau tidak menjalankan kewajipannya sebagai demikian;

b) dgn niat hendak menyebabkan, atau yg mungkin menyebabkan, ketakutan atau kegentaran kpd awam, atau kepada mana2 golongan awam supaya oleh yang demikian itu seseorang mungkin terdorong melakukan sesuatu kesalahan terhadap Negara atau terhadap ketenteraman awam; atau

c) dgn niat hendak mengapikan atau yg mungkin mengapikan mana2 golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana2 golongan atau kaum lain,

hendaklah diseksa dgn penjara yyg boleh sampai 2 tahun, atau dgn denda, atau dgn kedua2nya sekali.

Kecualian - Maka tidaklah menjadi suatu kesalahan dlm erti seksyen ini, jika org yg membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa2 kenyataan, khabar angin atau berita itu ada alasan2 yg munasabah bg mempercayai bhw kenyataan, khabar angin atau berita itu adalah betul dan org itu membuat, menerbitkan atau mengedarkannya dgn tiada apa2 niat yg tersebut itu.


Antara PALASTEIN & BUKIT KEPONG : Hangpa kenai kaa..RAYMOND DANCEY..???


RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong

Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British. Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.

Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya. Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ. Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis. Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng. Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.


Yusof Rono MM 7645

Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...

Bersambung...SIRI 5 (Siri Akhir)

Baca juga :

XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 1 : Kakak MUHYIDDIN Kekasih MAT INDERA
XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 2 : Perbezaan MAT INDERA Dan Hj Mohd Yassin
XPDC Menjejak MAT INDERA - Siri 3 : Isteri Kau..Isteri Aku, Punca Serangan BUKIT KEPONG

‘Jom Kenduri Kampung’ di Pokok Sena

Kenduri Kampung Sinar Harian 23 September ini

POKOK SENA - Penduduk Jabi, Pokok Sena dan kawasan sekitar berpeluang untuk mengenali dengan lebih dekat Sinar Harian melalui program ‘Jom Kenduri Kampung’ apabila skuad promosi dan wartawan berhampiran akan turun padang di sana pada 23 September ini .

Program yang diadakan buat kali ketiga ini bertujuan mewujudkan persefahaman dan semangat kejiranan di kalangan penduduk yang terlibat, serta ruang untuk mengenali dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim di kalangan penduduk dan juga warga :Sinar Harian:.

Pengurus Kanan Operasi Utara Karangkraf Network Sdn Bhd, Rusmin Fadzil (gambar) berkata, aktiviti ini adalah di bawah program Karangkraf Peduli Muafakat.

Menurutnya, selain bermatlamat untuk terus mempromosi akhbar :Sinar Harian: sebagai akhbar komuniti, Karangkraf juga serius dalam mengeratkan lagi kerjasama dalam kalangan penduduk setempat.

“Kenduri kampung ini adalah kali ketiga dianjurkan dan sebelum ini kita sudah mengadakannya dengan kerjasama pemimpin setempat di Padang Terap, Kedah dan di Bertam, Pulau Pinang.

“Sinar Harian terus mengalu-alukan pemimpin di kawasan lain untuk mengadakan kerjasama dalam menganjurkan kenduri kampung di kawasan mereka,” katanya.

Program berkenaan diadakan dengan kerjasama Pejabat Khidmat Wakil Rakyat Ahli Parlimen Pokok Sena.

Sementara itu Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada Sinar Harian yang membawa satu pendekatan baik kepada masyarakat bukan sahaja di Parlimen Pokok Sena tetapi seluruh Kedah.

Menurutnya, ia satu usaha menghidupkan budaya saling membantu di dalam mewujudkan masyarakat harmoni dan menghormati sesama penduduk.

Tarbiah hebat, PAS kuat

Idris Ahmad

Tidak ada harakah tanpa tazim, tidak ada tanzim tanpa tarbiah. Atas asas ini PAS mampu bergerak di persada politik tanah air pada hari ini kerana kekuatan tarbiah yang menjadi teras kepada gerak kerja parti.

Sebab itu, di dalam PAS ada dua lajnah yang penting dari sudut organisasi, pertama ialah lajnah tarbiah dan kedua ialah lajnah penerangan. Lajnah tarbiah lebih fokus kepada melahirkan tenaga penggerak parti manakala lajnah penerangan ialah menyebar luas dasar dan perjuangan parti kepada pihak luar.

Peranan lajnah tarbiah ialah untuk melahirkan ahli yang kental sebagai penggerak parti. Ia membekalkan tenaga parti kepada lajnah lain. Oleh itu apabila program tarbiah tidak berjalan ia akan berlaku kepincangan dalam gerak kerja parti samaada dari segi fikrah atau perlaksanaan kerja.

Semua peringkat kepimpinan daripada pusat sampai kepada cawangan, daripada ahli biasa sampai kepada pimpinan tertinggi dalam parti mesti meletakkan bahawa tarbiah adalah tunjang kepada gerakan PAS. Proses tarbiah tidak akan berakhir apabila sudah menang atau sudah menjadi pimpinan tertinggi. Sebaliknya usaha ini berterusan tanpa terhenti. Seperti mana juga menuntut ilmu daripada buaian sampai kepada liang lahad. Jika ada tanggapan bahawa tarbiah hanya untuk orang bawah sahaja, sedangkan pimpinan tertinggi tidak perlu maka adalah tanggapan yang silap dan songsang.

Sebagai sebuah parti atau jamaah yang bukan sebagai badan perniagaan,maka sudah tentu yang boleh menggerakkan parti ialah dengan janji pahala kerana merupakan amal soleh.

PAS tidak menjanjikan kepada penjawat dalam parti upah dan habuan dunia. Inilah kejayaan PAS selama ini, sehingga mampu bertahan hampir 60 tahun, menjadi sebuah parti yang paling lama di persada politik negara setelah parti Umno diharamkan pada tahun 1987. Sedangkan Umno yang ada sekarang ini ialah parti 1988.

Oleh itu, jika pengabaian terhadap tarbiah ini berlaku maka ia akan merbahaya kepada masa depan parti. PAS tidak mampu melawan musuh politiknya dengan wang. Wang yang dimiliki oleh pesaing PAS terlalu banyak dengan bantuan daripada tauke judi dan arak. Sedangkan sumber kewangan PAS amat terhad iaitu dari kalangan ahli parti.

Sekiranya kegiatan tarbiah lemah ia akan memberi kesan kepada gerakan politik. Kemungkinan sehingga suatu waktu nanti PAS akan kehilangan mereka yang sanggup untuk menjadi calon, wakil calon, penyokong dan pencadang kerana tidak sanggup berkoraban. Tenaga pilihan raya akan ketandusan kerana mereka yang datang membantu setiap kali pilihan raya tanpa diupah oleh mana-mana pihak.

Walau pun mereka yang membantu tahu, jika calon yang mereka bantu itu menang mereka tidak mendapat apa-apa hasil daripada usaha mereka untuk memenangkan calon PAS. Mereka tidak mengharapkan apa Yang Berhormat PAS berikan kepada mereka, cuma mereka mengharapkan Yang Berhormat PAS bertanggungjawab kepada PAS. Inilah hebatnya tarbiah PAS.

Sebab itu jika ada calon PAS yang khianat mereka akan menjadi bahan sumpah oleh mereka yang bertungkus lumus di dalam pilihan raya. Tiba-tiba mereka menjual kerusi ketika waktu “berperang”, mereka yang melakukan demikian tidak akan selamat di dunia dan di akhirat.

Oleh itu, calon PAS yang menang mereka tidak boleh mendabik dada mereka menang kerana populariti mereka bukan kerana kesungguhan petugas PAS. Jika ini berlaku semuanya gara-gara tarbiah tidak menyerap masuk di dalam dirinya dan ia perlu lagi ditarbiah.

Penulis adalah AJK PAS Pusat yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat

Azizan Kemaihhhhh... Sampai Mat Bashah ucap terima kasih laa...!!

Sejarah Berulang- Bertuahlah Siapa Yang Mengambil Pengajaran....

13 tahun lalu, saya diarahkan oleh Hj Mahfuz Omar yang menjadi Ketua Sekretariat Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK) untuk menempah Stadium Bukit Jalil untuk diadakan majlis Pelancaran Gerak Peringkat Nasional.

Setelah Salahuddin Ayub menandatangani cek RM5000 sebagai deposit, saya terus ke Staduim Bukit Jalil bersama saudara Fazli Abd Ghani, yang sekarang menjaga arkib PAS - dia sudah jadi pakar sejarah PAS. Pengurus Perbadanan Stadium Merdeka yang menguruskan stadium itu ialah seorang pelakon drama kegemaran ramai - OPAH- Abu Bakar Kasim.

Sewaktu saya tiba, Ziana Zain sedang berlatih menyanyi kerana akan diadakan konsert pada malam berikutnya di stadium itu. Kelihatan ramai pekerja sedang mengemaskan stadium kerana malam sebelumnya berlangsung jamuan untuk petugas Sukan Komenwel. Kata Abu Bakar, petugas pembekal makanan itu bekerja sejak malam tadi kerana banyak makanan tak habis. Tempahan untuk 50 ribu, yang datang hanya sekitar 20 ribu. Kontena yang berbaris di luar itu membawa sisa makanan yang tak diberitahu kemana hendak dibuang.

Setelah selesai membawar deposit tempahan atas nama Mahfuz Omar dan saya sebagai penjamin, saya beredar ke Balai Polis Cheras untuk memohon permit himpunan. Ketua Polis Cheras waktu itu ialah ACP Bakri Zinin, Ketua Siasatan Jenayah Bukit Aman sekarang.

Selesai di IPD Cheras, saya ke Harakah untuk memaklumkan supaya wartawan menulis berita tentang hal itu kerana inilah kali perama program parti pembangkang akan diadakan dalam stadium. Tempahan dengan pengurusan stadium dan permit polis sudah di pohon. Semuaya beres, menunggu masa untuk berlaku.

Jika tidak salah ingatan saya, majlis akan berlangsung pada 21 Oktober 1998 (nanti saya betulkan jika tersilap). Masih ada lebih kurang satu minggu untuk membuat persiapan. Poskad khas yang direka semalaman, yang ditujukan kepada Perdana Menteri telah dihantar untuk dicetak sebanyak 100,000 keping. Saudara Azmi unit amal yang mengurus cetakan. Sementara itu tandatangan sokongan kepada Gerak yang diiklankan di Harakah masuk melalui mesin fax tak putus-putus. Sejuta tandatangan yang disasarkan akan di'hadiahkan' kepada PM.

Malam itu saya tidur lena selepas membayangkan betapa meriahnya stadium itu nanti dengan pimpinan dan penyokong Gerak yang akan hadir. Tentu ramai! Orang tengah marahkan Tun Mahadhir keranan memecat Anwar Ibrahim. gerak diketuai oleh Almarhum Presiden PAS, Dato' Hj Fadzil Noor.

Jam 9 pagi esoknya, Abu Bakar Kasim tercegat di depan tangga pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat, Taman Melewar. Saya nak jumpa Mahfuz Omar atau Sanusi Md Nor, katanya. Sayapun turun ke bawah bila dipanggil seorang teman. Maaf Encik Sanusi, saya terpaksa pulangkan duit deposit tempahan Stadium semalam atas arahan 'orang atas' .... Maaflah cik Sanusi! Saya tak boleh buat apa-apa... Ini cek encik semalam. Seperkara lagi....dan saya dimaklumkan permit polis pun tak akan dikeluarkan! Katanya ringkas dan meminta diri.

Petang itu saya dipanggil ke IPD Cheras, disoal macam orang salah kerana memohon permit himpunan pelancaran Gerak oleh SB berpangkat inspektor dari Kelantan. Lepas makan lepat pisang dan teh tarik, saya dan Fazli Ghani balik....pening. Perjuangan tetap akan diteruskan. Inilah kisah pembangkang memohon guna stadium di zaman BN jadi Kerajaan. Ziana Zain boleh buat konsert, sukarelawan Komenwel boleh makan-makan... Kita tak boleh!

Akhirnya waktu pelancaran Gerak tiba juga. Berlaku di Taman Melewar yang mencatat sejarah dalam gerakan politik di Malaysia. Setiap inci bumi taman melewar penuh sesak, jem sampai ke Greenwood hingga ke Setapak. Saya tak dapat ke mana- mana, terperap dalam bilik..tangga pun dipenuhi manusia.

Menjelang jam 10, dicelah-celah orang ramai, 4 anggota polis berpangkat tinggi mencelah di celah ratusan ribu manusia mara ke pentas untuk menghentikan program. Dalam berhimpit-himpit, orang memberi laluan...disiplin dan rasa hormat kepada mereka sebagai penjawat awam membawa mereka ke pentas bertemu Cikgu Mustafa Ali (Cikgu Pa) yang menjadi Bendahari PAS waktu itu, dia bertanggungjawab ke atas premis markaz PAS itu.

Masa itu, kesedaran hak orang awam bila berdepan dengan polis belum seperti sekarang. Tak ramai yang tahu berhimpun dalam premis sendiri tak perlukan permit polis. Sekejap saja berhadapan Cikgu Pa mereka pun beredar dengan aman tanpa gangguan program diteruskan. Selepas itu Cikgu Pa membuat pengumuman...Kata Cikgu Pa, polis minta bercakap di mikrofon untuk minta orang amai beredar, perhimpunan ini tiada permit...tapi saya tidak izinkan kerana saya bimbang mereka tidak dapat keluar seperti mana mereka masuk tadi! Orang ramai bertakbir Allahu akbar!!! Tanpa disuruh...

Derma malam itu juga catat sejarah. Kali pertama saya dan 6 sekretariat Gerak mengira wang derma sampai pagi. Wang kertas saja RM67 ribu, duit syiling pakai timbang kilo.

Sehingga Gerak dilancar ke seluruh negara dan menjalankan berbagai- bagai aktiviti dan roadshow, wang itulah digunakan...itulah titik mula perubahan lanskap politik negara kita sejak Merdeka... Kepimpinan Dato' Hj Fadzil Noor adalah arkiteknya... Bertuahnya kita kerana pernah 'memilikinya..bertuah juga diri saya kerana turut berpeluang terbabit biarpun hanya sepalit warna di atas 'karya besarnya'...'.

Selepas itu, palancaran Gerak di Negeri- negeri semuanya diganggu polis, hingga ada yang terpaksa di batalkan. Saya sempat ke Pahang, Johor dan Kedah... Di Kedah berlaku di Muassasah. Petugas yang ditugaskan mengedar poskad khas kepada PM memanggil saya ke mejanya... Abang ambik poskad ni bang...sain saja dan bagi duit 3 kupang esok saya tong poskan! Saya senyum saja!

Saya ungkit kisah ini untuk apa??

Kerana ini adalah satu sejarah! Ulangan sejarah ini sudah tiba. Baru 13 tahun, kita sudah berada semula di putarannya... Di waktu Ustaz Azizan mengetuai kerajaan Kedah Waktu ini, dia sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Darul Aman dengan baik hati dan berbudi tinggi memberikan keizinan kepada Barisa Nasional menggunakan Stadium Suka Menanti untuk menjalankan aktiviti mereka... Dato' Bashah mengucap terima kasih atas kebaikan itu di akhbar!

Ia berlaku dua hari lalu. Inilah contoh kepimpinan PAS yang mengetuai Pakatan Rakyat... Bakal memimpin negara yang tercinta ini nanti.... Ada orang kata : PAS dengan UMNO-BN dengan PR sama saja... Politik politik juga!

Sama kah??? Mana mungkin! Kita sudah jauh berbeza walaupun dalam bab menggunakan stadium, apa lagi hal lain! Teras kita Islam... Amalan kita selari dengan demokrasi. BN yang mengurung demokrasi hanya untuk kelompok sempit mereka sudah ditolak... Dan akan terus ditolak...tunggulah masanya! Mereka tiada upaya untuk bangkit lagi dengan tolakan itu...

Yang terlebih baik dari itu...PAS mengadakan Majlisnya di kompleks sendiri di Batu 9... Kemaihhh!

Muhammad Sanusi Md Nor

Isu Bendera : Mamat buat lagu "Negarakuku" hangpa boleh ampun takan Manoharan tak boleh...

Jalur Gemilang: Manoharan minta maaf, UMNO-BN masih menggila

SHAH ALAM, 20 SEPT – Isu Jalur Gemilang telah selesai selepas Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Kota Alam Shah, M Manoharan meminta maaf secara terbuka atas pandangannya berhubung bendera Malaysia.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok berkata UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya tidak memainkan lagi isu itu, sebaliknya menumpukan perhatian kepada segala ‘transformasi’ yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan rakyat Malaysia.

“Sepatutnya, mereka (pemimpin-pemimpin BN) menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting, iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya.

Tambah Teresa yang juga Ahli Parlimen Seputeh, BN juga perlu membuktikan keikhlasan mereka untuk menjadi “negara demokrasi terbaik di dunia” dengan meminda atau lebih baik lagi memansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, serta akta-akta lain dengan segera seperti yang diumumkan Perdana Menteri pada Jumaat lalu.

Dalam isu Jalur Gemilang, Manoharan melalui laman Facebook telah pun menyatakan permohonan maaf beliau secara terbuka, yang perihatin untuk menjaga sensitiviti rakyat Malaysia.

Melalui Facebook, Manoharan dipetik sebagai berkata, “Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf berhubung komen saya mengenai bendera Malaysia yang telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua.”

Jelas Teresa yang juga Adun Kinrara, pandangan Manoharan sebenarnya bukanlah melambangkan pendirian DAP atau Pakatan Rakyat.

“Kita tidak pernah mempersoalkan kedudukan Jalur Gemilang sebagai sebagai bendera kebangsaan, jauh lagi dari berhasrat untuk mengubahnya. Ianya bukan isu Pakatan,” jelasnya.

Bagaimana pun, jelas Teresa, beliau dan beberapa pimpinan DAP telah pun menasihatkan Manoharan agar lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sementara itu, menurut Harakahdaily, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub telah pun menegaskan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat tidak menggantikan bendera Jalur Gemilang jika berjaya membentuk kerajaan.

Salahuddin berkata, apa yang ingin digantikan Pakatan Rakyat ialah kerajaan BN, bukannya Jalur Gemilang.

“Tak ada salah dan dosa bendera Malaysia. Yang Pakatan Rakyat nak tukar ialah BN bukannya bendera,” katanya. – Roketkini.com

Aduhai UMNO KEDAH..sama hangpa pun cakap tak seiringan..semalam ada suruh Azizan turun hari nie terpulang la pulak...

'Terpulang kepada Pas tentukan calon MB'

ALOR SETAR - Sesiapa saja pemimpin Pas dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting terpulang kepada kepimpinan Pas sendiri untuk menentukan siapa yang layak memegang jawatan itu.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Mohd Johari Baharum berkata, Kerajaan Negeri sekarang dilihat lebih suka membuat kenyataan gimik tetapi tidak ada pelaksanaan projek untuk pembangunan rakyat.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu berusaha sendiri melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat kerana kebanyakan peruntukan untuk pembangunan disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan.

“Saya tidak mahu campur soal siapa yang layak menjadi Menteri Besar, terpulang kepada kepimpinan Pas, nak tukar siapa, mereka nak pilih siapa paling sesuai, itu tidak penting.

“Apa yang penting soal pembangunan kerana Kerajaan Negeri dilihat lebih menumpukan kepada perkara-perkara lain seperti membuat slogan, kain rentang, poster ucapan dan sebagainya tetapi soal pembangunan tidak ada,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan di sini, semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata berkata, rakyat di negeri ini disarankan membuat satu jadual untuk menilai sejauh keprihatinan pihak kerajaan sama negeri atau persekutuan kepada mereka sewaktu mengagihkan bantuan apabila ditimpa bencana.

“Sekiranya Kerajaan Persekutuan yang menghulurkan bantuan mereka akan memberikan markah begitu juga dengan Kerajaan Negeri namun sekiranya keadaan sebaliknya berlaku markah tidak diberi.

“Saya percaya dengan cara itu mereka akan dapat menentukan pihak mana yang sepatutnya dipilih untuk menerajui kepimpinan negeri dan negara supaya kebajikan serta pembangunan dapat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang tidak sihat.

Orang dah dibebas dah pun namun sebuah komputer riba, sebuah kamera dan enam telefon bimbit yang masih lagi ditahan.

Tuntut barangan dirampas dikembalikan

ALOR SETAR - PKR Kedah menggesa polis memulangkan barangan yang dirampas pada 2 Julai lalu, ketika 15 ahlinya ditahan ketika cuba mengadakan sidang media yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0, berdekatan Pasar Koboi, Jalan Telok Wanjah.

Ketua Penerangan PKR Kedah, Saari Fadzil Hud berkata, pihaknya kesal kerana setelah beberapa kali cuba mendapatkan semula barangan terbabit, mereka dimaklumkan ianya masih dalam siasatan.

“Saya harap polis segera buat penjelasan kenapa masih menyimpan barangan itu sedangkan ianya sudah lama berlaku. Malah mereka yang ditahan untuk diambil keterangan sudah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya, pada sidang media, semalam.

Hadir sama, sebahagian ahlinya yang ditahan pada perhimpunan itu, Ketua Wanita Cabang Kulim Bandar Baharu, Suraiya Hashim; Ketua Cabang Baling, Lim Chong An; Ketua Wanita Cabang Baling, N Shankari; Setiausaha Cabang Kulim Bandar Baharu, Aspalela Mohd Razali; Leslie Daniel, R Kumar Naidu serta Lee Chan Fook.

Menurutnya, pihaknya menuntut supaya sebuah komputer riba, sebuah kamera dan enam telefon bimbit yang masih ditahan sebagai bahan bukti dikembalikan segera dalam tempoh dua minggu ini.

“Ini barangan peribadi bukan kempen politik. Setelah beberapa kali bertanya secara lisan, kami memutuskan akan menulis surat sebelum mengambil tindakan undang-undang, sekiranya kes ini tidak menunjukkan perkembangan positif,” katanya.

Saari Fadzil berkata, pihak berkuasa perlu memahami hak mereka sebagai rakyat dan perlu diselesaikan secara baik, bagi mengelak timbul persepsi negatif terhadap badan itu.

“Kami harap mendapat kerjasama polis dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, pihaknya hairan kerana kes ini masih dalam siasatan polis sedangkan kesemua yang ditahan telah diambil keterangan dan dibebaskan dengan surat jaminan.

“Selagi barangan milik ahli kami tidak dipulangkan, saya akan gunakan perundangan untuk menuntut hak mereka,” katanya.

Awas..jangan sampai rakyat menyampah dengan Pakatan Rakyat

Apa cerita dengan 5 syarat hari tu?

Malaysian Insider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya walaupun sebelum ini mendesak pentadbiran Najib memberi jaminan pilihan raya umum ke-13 diadakan dengan melaksanakan cadangan reformasi panel itu.

Menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), keputusan itu dibuat dengan mengambil kira banyak faktor termasuk untuk memastikan jawatankuasa itu berfungsi dengan baik dan melaksanakan tugas-tugasnya.

“Sehingga hari ini kita belum diberi maklumat tentang jawatankuasa ini bagaimana pun kita bersetuju menyertainya kerana kita akan minta wakil-wakil kita membawa mandat rakyat yang dicetuskan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil).

“Dan, pendekatan ini kita akan tuntut laksanakan tuntutan Bersih 2.0, reformasi secara keseluruhan proses pilihan raya dan kita akan pastikan jawatankuasa ini tidak menjadi helah dan kita akan pastikan pilihan raya diadakan selepas reformasi dilakukan,” katanya pada sidang media di sini. - TMI.
Sebelum ni MalaysianInsider ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Pakatan Rakyat hari ini melahirkan kesediaan untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya, namun meletakkan lima syarat yang pihaknya mahu Datuk Seri Najib Razak tunaikan.

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar), Najib perlu memberikan jawapan terhadap lima syarat itu sebelum sesi Parlimen yang akan bermula 3 Oktober ini.

Antara lima syarat itu, Pakatan Rakyat mahu tarikh pilihan raya umum ke-13 ditetapkan secara bersama.

“Tidak pernah berlaku sejarah ada satu muafakat untuk kita tetapkan tarikh pilihan raya, tidak pernah berlaku... kalau berlaku apa salahnya kita duduk bersama. Kita boleh buat tentang satu kerjasama untuk tetapkan bersama tarikh pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin pada sidang media di sini.

Tambah beliau, pihaknya juga mahu Putrajaya melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).

“Yang pertama lapan tuntutan Bersih 2.0 dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) perlu melaksanakan segera perkara-perkara yang boleh dilakukan, kedua kita tarikh pilihan raya umum ke-13 dibuat secara muafakat antara BN (Barisan Nasional) dan Pakatan Rakyat... dalam erti kata lain pembubaran Parlimen mesti dapat persetujuan dan kata sepakat antara BN dan Pakatan Rakyat.

“Sekiranya persetujuan di atas disepakati jawatankuasa ini mesti diberi ruang untuk mengkaji cadangan, keempat jawatankuasa ini perlu memasukkan isu pemberian kerakyatan warga asing sebagai terma rujukan dan kelima segala cadangan jawatankuasa hendaklah ditunaikan oleh pihak kerajaan bukan jawatankuasa yang hanya beri cadangan kemudian tidak tahu ke mana pergi cadangan itu,” katanya. - TMI.
Malas aku nak komen apa-apa, cuma nak ingatkan jangan sampai rakyat ingat Pakatan Rakyat tak serius dan tak tetap pendirian.

Lagi satu aku nak tengok lama mana 3 wakil Pakatan Rakyat tahan duduk dalam jawatankuasa tu.

Hantu Bonceng: Pandangan Ustaz Azhar Idrus

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Pendakwah popular tanah air, Ustaz Azhar Idrus (gambar) berkata, kontroversi satu dialog dalam filem Hantu Bonceng tidak boleh diletakkan kepada pelakon sahaja.

"Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa," ujarnya sebagaimana yang dipetik daripada kuliah beliau yang disiarkan di dalam blog http://pulakdah.blogspot.com di bawah tajuk Zizan telefon Ust Azhar Idrus rujuk isu Hantu Bonceng.

Penulis blog itu menyatakan, menurut Ustaz Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh.

Berikut ialah petikan daripada blog tersebut.

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan 'Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan' di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan 'private number' untuk merujuk permasalahan ini.

"Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata 'Asyhaduanna Muhammadarr' lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN" kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap "Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr.....Syaitan! Syaitan!."

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

"Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH" tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

"Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah." rumus Ust Azhar Idrus.



‘Mansuh ISA bukti iktiraf Bersih’

ALOR SETAR - Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) membuktikan kerajaan mengiktiraf tuntutan Bersih 2.0, selain mahu meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Ketua Biro Perundangan PKR Kedah, Gooi Hsiao Leung berkata, pihaknya yakin keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memansuhkan ISA turut dipengaruhi oleh desakan banyak pihak yang mahu akta itu dimansuhkan.

“Saya harap Perdana Menteri tidak menafikan tindak tanduknya itu ada kaitan dengan desakan Bersih 2.0. Akta Polis yang turut dikaji juga membuktikan kebebasan untuk berhimpun seperti yang dilaungkan dalam Bersih 2.0 mendapat perhatian,” katanya, pada sidang media, semalam.

Hadir sama, Ketua Penerangan PKR Kedah, Saari Fadzil Hud.

Menurutnya, keputusan itu turut menggambarkan kegagalan polis mengekang tuntutan rakyat yang mahukan lebih kebebasan untuk bersuara.

“Pengumuman itu dibuat selepas dua bulan perhimpunan Bersih 2.0 yang menuntut antaranya memansuhkan ISA. Ini jelas menunjukkan desakan kuat rakyat yang mahu ISA dihapuskan mempengaruhi keputusan Perdana Menteri,” katanya.

Hsiao Leung turut mempertikai kenyataan Najib yang mendakwa pemansuhan ISA adalah satu usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia.

“Beliau tidak boleh anggap rakyat terima bulat-bulat keputusan memansuhkan akta yang menindas rakyat lebih 50 tahun itu, dibuat tanpa adanya tekanan sebab amat jelas mereka ubah kerana ditekan banyak pihak,” katanya.

Menurutnya, sekiranya Najib serius mahu melaksanakan demokrasi terbaik di negara ini, beliau perlu menubuhkan jawatankuasa pilihan Parlimen (JPP), diwakili semua parti politik untuk mengukuhkan kembali institusi Parlimen.

“Seeloknya dapatkan pandangan JPP dan rakyat sebelum pinda atau kuatkuasakan akta baru yang penting, terutama membabitkan kepentingan masyarakat. Kita akan lihat perkembangan seterusnya yang akan diambil oleh kerajaan apabila dua akta baru itu diwujudkan kelak,” katanya.

Hsiao Leung turut mengesa kesemua tahanan ISA yang dikaitkan dengan Bersih 2.0 dibebaskan dan digugurkan dakwaan, sekiranya kerajaan ikhlas memansuhkan akta itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...