TERKINI :

Wednesday, September 21, 2011

Syabas Mad - BN pula jadikan saudara hero

http://kitagempur.com/kgc/images/stories/mat-sabu.jpg

BN khususnya UMNO benar-benar mengelabah kerana Mohamad Sabu. Dendam mereka terhadap Mohamad Sabu tidak ada kesudahan dan batas dan ianya membayangkan rasa terhimpit kerana kemungjkinan hilang kuasa bertambah nyata. Mohamad Sabu ini hebat orangnya. Sepatah beliau berkata mengelabah habis pihak pemerintah dan tidak sudah-sudah UMNO bercakap mengenai isu Mat Indera.

Dengan tindakan membawa Mohamad Sabu ke Mahkamah hari ini membuktikan yang pihak yang memerintah sengaja tercari-cari kesalahannya untuk dijadikan isu terhadap parti PAS yang sedang mendapat sokongan yang semakin kuat dari rakyat khususnya dari mereka yang muda dan terpelajar.

Baru sahaja PM Najib berjanji yang tidak akan ada sesiapa yang akan ditahan atau dituduh kerana perbezaan ideologi dan sebagainya dalam pembaharuan politik yang dilakukannya. Belum habis pun dengungan kata-kata beliau itu, nah, Mohamd Sabu sudah dituduh di Mahkamah kerana ucapan beliau di Pulau Pinang bulan lepas.

Itulah sebabnya saya meminta semua pihak jangan terlalu gembira dengan pengumuman PM baru-baru ini, kerana yang berjanji ini ialah pemimpin UMNO. Pemimpin UMNO memang susah untuk mengotakan janji kerana keadaan mereka yang sudah lemah. Orang yang lemah memang susah untuk membuat keputusan dengan baik. Orang lemah bila bercakap jangan kita mudah percaya kerana pemikiran mereka tidak berapa mantap.

Tetapi bagaimana pun saya tidak merasakan itu menjadi masalah kerana dengan tindakan itu ianya memberikan bukti kuat yang PAS pimpinan Mohamad Sabu itu sememangnya diakui sebagai sebuah parti yang ber ‘consequence’ besar. Tindakan itu hanya memberikan persepsi bahawa PAS pada pandangan UMNO sudah menjadi gergasi yang susah untuk dilawan dalam pilihanraya.

Maka jalan yang terbaik dan satu-satunya jalan yang tinggal bagi UMNO ialah dengan menggunakan pengaruh dan kuasa yang sementara ini masih bersamanya untuk menuduh Mohamad Sabu di Mahkamah. Maka tuduhan rakyat dan masyarakat antarabangsa yang memandang badan kehakiman dan undang-undang negara kita masih menjadi alat kepada pihak eksekutif dan isu pengasingan kuasa yang menjadi ‘attribute’ sebuah negara demokrasi berpelembagaan itu masih jauh dari kenyataan.

Tindakan kerajaan ini hanya satu tindakan ‘self defeating’ bagi parti yang memerintah. Entah apa sebabnya parti pemerintah sentiasa melakukan tindakan yang memakan diri sendiri akhir-akhir ini. Tetapi yang mereka salahkan ialah parti-parti pembangkang. Sudah menjadi tabiat pemimpin BN yang segala kelemahan yang mereka alami itu adalah di sebabkan parti-parti pembangkang.

Mereka yang melemahkan diri mereka mereka salahkan parti pembangkang pula. Selepas ini tidak tahu pula apa yang akan dilakukan terhadap pembangkang yang akan memakan diri mereka sendiri. Akhirnya parti-parti pembangkang tidak payah berkempen lagi kerana parti pemerintah sendiri yang menempah ‘maut’ politik mereka.

Apa tidaknya; Utusan, rangkaian TV RTM serta TV3 dan saluran-saluran TV kumpulan Media Prima semuanya melakukan tindakan yang ‘counter productive’ bagi UMNO dan BN. Media massa sekarang ini masih berfikir yang rakyat semuanya masih bodoh-bodoh alang dan mempercayai propaganda mereka. Media massa ini tidak menyedari yang tindakan ‘over killing’ Mohamad Sabu ini akhirnya memudharatkan UMNO dan BN keseluruhannya.

Saya meminta Mohamad Sabu bersabar dengan tindakan pihak pemerintah ini kerana segala apa yang buruk terjadi kepada saudara itu pasti ada hikmah di sebaliknya. Setidak-tidaknya petanda awal yang kita nampak sekarang ini rata-rata orang ramai sudah menunjukan sokongan kepada beliau dan PAS walaupun mungkin sekadar rasa simpati terhadap Mohamad Sabu itu.

Mohamad Sabu sendiri sekarang seolah-olah telah dijadikan hero oleh musuh-musuh politik beliau. Orang ramai bukan bodoh seperti anggapan pihak pemerintah pada hari ini.

Syabas Mad! Walaupun saudara tidak memintanya, BN menjadikan saudara seorang hero.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/09/syabas-mad.html

Cool..tengkorak cheee hangpa... Suruh mai mahkamah kecut....

Najib tak 'cool', kata Anwar

Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang mahu mengketepikan sepina yang mengkehendaki mereka menjadi saksi pembelaan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak 'cool'.

Sebelum ini, Najib berkata beliau akan memberi keterangan pada perbicaraan liwat II jika disepina yang bermaksud beliau bersedia berdepoan dengan Anwar di mahkamah.

NONE"Najib pilih untuk berundur sebelum bertempur. Ini tidak 'cool'.

"Najib hari ini mahu ketepikan sepina kami untuk jawab di mahkamah. Perkembangan ini tentunya kurang menyenangkan kerana pada peringkat awal, Najib berkata dia akan hadir sekiranya disepina. Tetapi sekarang beliau tak mahu hadir pula," kata Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, membenarkan permohonan pasukan pembelaan menemuramah 71 saksi yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan termasuk Najib dan Rosmah.

Najib dan Rosmah sebelum ini berkata, mereka berdua hanya akan hadir jika pasukan pembelaan mengemukakan sepina.

anwar sodomy saiful bukhari azlan allegations 290608"Saya tidak tahu apa sebab. Najib kata beliau tidak terlibat. Semua orang tahu beliau ada berjumpa dengan Saiful (pengadu) sebelum ini dan beliau juga ada menghubungi polis. Itu penting bagi kita, maklumat dan keterangan mengenai penglibatan Najib," kata Anwar.

Najib sebelum ini dihambat kontroversi apabila tindakannya berjumpa Saiful Bukhari Azlan sebelum pengadu membuat laporan polis terhadap Anwar pada tahun 2008.

Anwar, 64, menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

BUAT YANG BERKUBU DI UHUD .. JANGAN KERANA GHANIMAH ... [sesuai dibaca oleh ahli Pas atau bukan]

BUAT YANG BERKUBU DI UHUD .. JANGAN KERANA GHANIMAH ...

Peringatan penting, artikel ini hanya sesuai dibaca oleh ahli Pas atau bukan dengan 1 syarat iaitu mahu menyelami jiwa perjuangan Islam kerana Allah Taala!! jika tidak klik saja untuk keluar..

بسم الله الرحمن الرحيم ... الحمد الله ... والشكر لله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kepada PR ku ucapkan syabas dan tahniah kerana berjaya menawan 5 negeri dan menghilangkan majoriti 2/3 yang disangka kebal selama ini oleh UMNO/BN !!


Terlebih dahulu aku mengucapkan terima kasih kepada semua jentera, petugas dan pengundi sekalian. Buat julung kalinya mahu aku berpesan degan pusaka ini kepada diri sendiri dan sekaliannya supaya sentiasa mencari ilmu, beriman, beramal soleh. berusahalah menjadi golongan al muhsiniin
(المحسنين) dan bertakwa.

Dalam laungan takbir dan tahmid .. Sedarkah kita pada hari ini yang baru melepasi beberapa hari PRU12, sudah ada segelintir di antara kita semakin leka dengan kemenangan demi kemenangan kerana melihat perjuangan yang didokong bersama kini semakin bersinar. Namun sedarkah kemenangan hari ini sebahagian besarnya adalah hasil gabungan yang berwajahkan 'tahaluf siyasi' secara demokrasi yakni bukanlah lagi kemenangan Islam dalam erti kata sebenarnya kerana lebih kepada perkongsian kuasa. Bukankah begitu hakikatnya?

USAH sekali-kali yang diamanahkan membantu pentadbiran negeri bercakap-cakap mengenai ghanimah/habuan..

Sedarkah kita di kedai-kedai, di warung-warung.. TOk² guru Jenin yang selama ini takut mula tunjuk taring dan berlebih-lebih pula membacakan ayat pertama dari surah an-Nasr terhadap mat² Jenin yang sememangnya jahil tafsir. Mat² Jenin ni yang sememangnya tidak pernah berusaha dalam perjuangan terus rasa naik toncang. Maka mat² jenin ini terus pukul canang dan jaja berkampung kerana syok yang tak ketahuan dan sememangnya mereka tak fahami keadaan sebenar. Mereka mula menghadirkan diri ke tapak² ceramah atau kuliah hanyalah untuk menambahkan ilmu khayal-mengkhayal kemudian pulang ke kampung halaman masing² sambil bercerita mengikut pemahaman sendiri, apa yang bakal dapat setelah menang, ada yang dah mula nak teroka tanah-tanah tak bertuan kerana alasan ini negeri sudah jadi hak kita.

Dalam kepala mereka hanya ghanimah/habuan..ghanimah/habuan..ghanimah/habuan.. mereka bukan bercerita apa perlu buat untuk negeri mereka..mereka duk tertanya-tanya apa yang negeri boleh beri kepada mereka. Astagfirullahal adzim, inikah adab dan adat pejuang mat-mat jenin apabila rasa kuasa yang ada sudah cukup berkuasa? Ini bukan sikap pejuang Islam, ini sikap umnowi yang penuh dengan duniawi menolak mentah ukhrawi..

Alangkah baik kalau jadi umnowi jika duniawi yang dicari, jilat betul² sesapa je calon masa PRU akan datang, bukan takat kedai kopi malah dengan tokeynya sekali pun confirm dapat, hah tu mula nak marah bila disindir!

Kalau benarlah alasan bahawa berjuang atas tiket Islam bukan untuk keuntungan dunia & akhirat kenapa tidak bercakap pasal zuhud atau qanaah atau bercakap je mengenai kekayaan akhirat di kedai kopi dan berilah kerjasama untuk bangunkan negeri. habuan biarlah untuk orang susah bukan untuk orang yang memang nak cari susah.

Al Quran & Hadis serta ijma' ulama' dan qias adalah perlembagaan kita yang sebenar. Nafikan sama sebahagian akal kita, pandangan dari akal amat terbatas.. tak reti, maka bertanya! jangan asyik main hentam keromo je! Islam lengkap sempurna dari segala perkara hatta macammana cara nak buat roti canai dan apam balik pun di ajar dalam Quran dan Hadith Nabi ... nak tau belajar.

Jangan lupa untuk sentiasa menambah ilmu dan tetap dalam jama'ah, berjama'ah hari ini bukan hanya sebagai medan dakwah yang menjadi alat kepada pengenalan Islam yang sebenar, bukannya sekadar sebagai medan untuk mendapatkan Daulah Islamiyah.. kalu lemah hari ini, medan yang sebenar macammana pula?

Parti yang ada dalam dunia ini hanya 2 sahaja HizbuLlah (Parti Allah) atau Hizbus Syaiton (Parti syaitan) maka diharap janganlah kearna kejahilan dan kelakuan kita bakal menjerumuskan parti yang menjadikan Islam sebagai wadah perjuangan bertukar kepada parti yang menurut hawa nafsu (parti syaitan). Akhirnya mengundang bala Allah seperti kata Nabi dalam Hadis dari Ali bin Abu Talib: “harta Negara beredear di kalangan pihak2 tertentu (pimpinan Negara/negeri) dan amanah dijadikan sumber keuntungan (Ghanimah)”.

Biarlah dipesan berulang² kali bahawa kemenangan Islam yang sebenar adalah apabila segala hukum hakam yang diturunkan Allah dapat dilaksanakan secara kaafah... sabarlah kemenangan sebenar akan datang jua.. ayuhlah berusaha supaya penggal depan terus menjadi milik kita dan akhirnya negara ini seluruhnya ditadbir secara Islam dan mendapat keberkatan serta rahmat dari ALLAH. (بلدة طيبة ورب غفور)

Wahai saudaraku mat-mat jenin sekalian berhentilah daripada menjadi mat jenin yang jatuh dari pohon kelapa, ayuh memperjuangkan Islam secara kaafah!!

Kenapa perlu bercakap mengenai ketuanan bangsa melayu. hentikanlah bercakap mengenai hak Melayu. jangan lekakan diri lagi. sedarkanlah minda..sedarlah dari khayalan umnowi.!! tidak menjadi Melayu kalau menolak Islam yang kaafah.. ingat itu. Jangan terpengaruh dengan umno..yang sudah, sudahlah. teruslah bercakap mengenai Islam... Islam..Islam. Sesunguhnya Islam sahaja yang akan memelihara bangsa mana pun tanpa kecuali.

Al-Hujurat ayat 13 : “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Apakah takut untuk kita menyebut Islam sebagai agama yang sebenar (Islam hadhari tak termasuk) dan muslimin adalah bangsa kita? takutkah untuk melaungkan daulah Islamiyah secara lantang?? janganlah bimbang dan takut sesungguhnya Allah bersama kita.

Bukankah kita majoritinya dilahirkan kemudian diazankan ke telinga dengan lafaz yang pertamanya kedengaran kalimah Allah, bukan dengan semangat nasionalis, kerana kita bukan dinyanyikan dengan lagu negaraku... masyaAllah.

Sesungguhnya hanya Islam yang dipandang di padang mahsyar esok ..hatta Arab sekalipun tidak dipandang jika bukan beragama dan berbangsa yang beragama Islam apatah lagi inikan bangsa Melayu, takkan hilang melayu di dunia ..ini adalah kata² yang mengasyikkan, yang membuat kita perasan bahawa kita seolah² kekal! kekal bangsa buat apa kalau agama dalam diri sudah hancur, jasad Melayu tapi gaya pakaiannya, pergaulannya dan segala tindak tanduk seperti bukan Melayu.. bukankah itu menafikan bahawa Islam itu agama rasmi bangsanya!!! itu belum lagi dikira ibadat, munakahat, muamalat dan jinayah dalam ilmu syariat .. apa lagi jika nak dibicara tentang tariqat, hakikat dan makrifat.


Ya Allah anugerahkanlah kepada kami akan kefahaman dan kasih kepada Islam sebagai agama yang satu²nya diredhoi oleh Kamu.

اللهم اغفرلنا ذنوبنا

Jangan lupa Ramadhan kita sudah pergi meninggalkan kita dan kini kita berada dalam bulan Syawal (& Selamat Hari Raya!) biarlah sekurang²nya ada pembaharuan dalam akhlak perjuangan kita setelah melalui pengajian dan latihan di madrasah Ramadhan, sebagai muslimin apa lagi yang bergelar para 'aamiliin (عاملين) dalam perjuangan Parti Islam Se-Malaysia seharusnya kita sedar dan insaf akan diri kita, muhasabah diri kita.. adakah kita telah menyahut seruan pimpinan supaya kita berjuang dengan seluruh kekuatan yang ada?

Jangan banyak alasan dalam perjuangan, kita hanya ada satu alasan bila dalam melaksanakan kebenaran iaitu "tidak ada alasan dalam melaksanakan perjuangan".

Maka strategi lama dilaksana dan strategi baru mesti terus di atur kerana ujian dakwah amat banyak, bukanlah mudah ke arah pembentukan daulah Islamiyah.. kasihanilah diri kita sendiri, bakal zuriat yang lahir pada masa akan datang bakal mengatakan Islam hari itu hancur kerana kemalasan dan kebodohan diri kita hari ini! fikirkanlah, apakah kita bersedia menangkis soalan dan hukuman Rabbul Jalil akibat perbuatan kita yang bersikap sambil lewa dalam perjuangan menegakkan kalimahNya!!

Berkatalah ibnu Taimiyah r.a ;

سيأتى زمان كثيرالخطباء وقليل الفقهاء

Bermaksud : akan datang suatu zaman ramai yang reti berpidato (lisan/penulisan) dan sedikit sahaja yang mengerti (fiqh) .. waLlahu-a'lam.. Ya Allah selamatkanlah kami dari menjadi golongan yang hanya reti berbicara sahaja.

Jika betul kamu kerana kemenangan kecil ini dah rasa berkuasa & kamu dah rasa hebat & mahu mengamalkan perkara makruf me'nahi'kan perkara mungkar .. jom ke sini jumpa aku yang gila!

Kita bukannya sudah memiliki kerajaan Umar al Khattab, kamu semua termasuk aku tidak bergelar al-Farooq, syaitan masih mengejar kamu seperti syaitan mengejar aku, kepala otak kita bukan seperti tapak kaki Umar yang syaitan pun tidak melintas di mana ada kesan laluannya!

Walaupun begitu Umar yang hebat ditegur rakyat dengan mata pedang kerana mahukan keadilan Islam diperjuangkan..


Allahu akbar!!!

Allahu akbar!!!!

Allahu akbar!!!!

Artikal terpilih dan ehsan : http://ustazthrash.blogspot.com/

Di sana pertahan, di sini rembat!

oleh Zulhazmi Shariff

Parlimen Malaysia akan kembali bersidang mulai 3 Oktober 2011 sehingga 1 Disember 2011. Seperti biasa sidang Parlimen kali ini akan menjadi tumpuan khasnya kerana Menteri Kewangan Malaysia merangkap Perdana Menteri akan membentangkan Belanjawan 2012. Dalam keasyikan rakyat ternanti-nanti dan tertunggu-tunggu apakah bentuk Belanjawan yang akan dibentangkan nanti, suatu pihak yang lain tidak boleh leka dan alpa dengan nasib mereka. Pihak yang dimaksudkan ini ialah para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu Kuala Lumpur.

Sidang Parlimen kali ini merupakan sidang keempat di mana Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kg. Bharu 2010 (RUU PPKB 2010) hendak dibahaskan dan diluluskan di Dewan Rakyat. Bermula niat Kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) membentangkan RUU PPKB 2010 untuk bacaan kali pertama pada sidang Disember 2010 hingga sidang Oktober nanti, RUU PPKB 2010 ini menjadi gunting dalam lipatan kepada para pemilik dan pewaris tanah Kg. Bharu. Mereka sentiasa dalam dilema atas status tanah mereka samada akan diambil alih oleh Kerajaan atas tujuan pembangunan semula atau sebaliknya.

Sejak dibacakan kali pertama pada Disember 2010, RUU PPKB 2010 ini telah mendapat tentangan hebat daripada para pemilik dan pewaris tanah. Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Parlimen Titiwangsa di bawah naungan Ahli Parlimen Titiwangsa ketika itu Allahyarhamuha Dr. Lo’lo’ Hj Ghazali (gambar kanan) dengan penuh tanggungjawab telah menubuhkan Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu (SPKB) yang bertujuan mengkaji, membantu dan memberikan penerangan kepada pemilik dan pewaris tanah. Sebanyak enam program taklimat telah berjaya diadakan. Salinan RUU PPKB 2010 telah diedarkan kepada para pemilik dan pewaris tanah. Penerangan demi penerangan telah membuka mata mereka tentang beberapa peruntukan RUU PPKB 2010 yang jelas rakus dan tidak menghormati hak pemilik dan pewaris tanah.

Antaranya Keanggotaan Perbadanan yang semuanya dilantik oleh Menteri. Majlis Penasihat yang ditubuhkan juga tidak mempunyai sebarang kuasa kerana nasihat Majlis ini tidak mengikat Perbadanan. Malah anggota Majlis Penasihat juga adalah lantikan Menteri. Kuasa Perbadanan yang tidak terhad sehinggakan tidak boleh dicabar di mana-mana Mahkamah. Yang paling tidak dapat diterima ialah pembubaran Enakmen Tanah Pertanian Melayu atau Malay Agricultural Settlement Rules 1950

Ekoran tentangan hebat tersebut, cadangan bacaan kali kedua pada sidang Parlimen Mac 2011 telah ditangguh ke sidang Jun 2011. Dalam masa yang sama Kementerian telah cuba berlembut dengan memberikan pelbagai kata-kata dan janji manis kepada para pemilik dan pewaris tanah. RUU PPKB 2010 yang asal yang dibentangkan telah ditolak oleh para pemilik dan pewaris tanah. Mereka dengan jelas mengambil tindakan menolak RUU PPKB 2010 tersebut dengan menaikkan kain-kain rentang menyatakan hasrat hati mereka. Hasilnya Kementerian terpaksa memanggil NGO-NGO yang berkepentingan untuk mengolah semula RUU PPKB 2010 untuk disesuaikan dengan hasrat para pemilik dan pewaris tanah. Hasilnya Kementerian telah mengeluarkan suatu deraf pindaan kepada RUU PPKB 2010.

Penelitian terhadap deraf pindaan tersebut amat jelas menunjukkan KWPKB cuba memanipulasi para pemilik dan pewaris tanah. KWPKB nampaknya cuba berkomplot dengan beberapa NGO yang kononnya berkepentingan di Kg. Bharu sedangkan mereka hanya mempunyai kepentingan peribadi semata-mata. Deraf pindaan RUU PPKB 2010 tidak meminda RUU PPKB 2010 yang asal sebaliknya hanya bercadang dipinda di peringkat Jawatankuasa Dewan Rakyat. Ini bermaksud cadangan pindaan tersebut hanya akan dibuat setelah RUU PPKB 2010 yang asal telah dibahas dan diluluskan. Setelah diluluskan pada bacaan kedua dan ketiga maka semasa peringkat Jawatankuasa pindaan tersebut boleh tidak dibentangkan. Apa jaminan cadangan pindaan tersebut akan dibuat? TIADA. Selain daripada cadangan di peringkat Jawatankuasa, cadangan pindaan juga tidak menyeluruh dan masih mempunyai peruntukan-peruntukan yang tidak mengambilkira hak dan kepentingan pemilik dan pewaris tanah.

Keanggotaan Perbadanan masih atas lantikan penuh Menteri. Perbadanan juga masih bertanggungjawab kepada Menteri. Akta Pengambilan Tanah 1960 masih boleh digunapakai dalam proses pengambilan tanah. Nasihat Majlis Penasihat hanya akan diambilkira jika bersesuaian. Malah cadangan pindaan tersebut juga menimbulkan lebih banyak persoalan daripada penambahbaikan. Peruntukkan pembubaran Lembaga Pentadbiran MAS dan enakmen Mas dicadangkan ditarikbalik. Cadangan ini jelas akan menimbulkan konflik di Kg. Bharu kerana akan mewujudkan dua entiti pentadbiran yang mempunyai fungsi yang sama. Kenapa perlu Perbadanan jika Lembaga Pentadbiran MAS mempunyai kuasa yang sama malah sudah berpengalaman mentadbir Kg. Bharu selama 111 tahun?

Jun 2011 Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Lembaga MAS dan NGO-NGO telah mengadakan siri penerangan kepada para pemilik dan pewaris tanah berkaitan cadangan pindaan tersebut. Dalam program-program penerangan tersebut juga, Kementerian telah mengedarkan "borang" yang kononnya akan dijadikan "referendum rakyat" yang akan menentukan samada RUU PPKB 2010 akan diteruskan atau sebaliknya. Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin juga dengan konsisten menyatakan pada 11 Jun 2011 selepas Persidangan Perwakilan UMNO Titiwangsa bahawa hasil referendum tersebut akan menjadi penanda aras samada RUU PPKB 2010 akan diteruskan atau sebaliknya. Hasil referendum akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk keputusan seterusnya. Setiausaha Lembaga Pentadbiran MAS, Shamsuri Suradi juga menyatakan hal yang sama malah memaklumkan bahawa sehingga akhir Jun 2011 hanya sekitar 30% borang referendum yang diterima daripada pemilik dan pewaris tanah. 30% tersebut tidak dinyatakan setuju atau membantah.

Terbaru pada 17 September 2011 Menteri Wilayah Persekutuan Senator Raja Nong Chik (gambar kanan) telah mengeluarkan kenyataan semasa Majlis Sambutan Merdeka Raya UMNO Titiwangsa di Kg. Bharu bahawa RUU PPKB 2010 akan diteruskan bacaan kedua semasa sesi Parlimen Oktober 2011. Kenyataan ini jelas menunjukkan sikap tidak amanah, mungkir janji, angkuh, bongkak dan penuh manipulasi. Suatu ketika mereka berjanji akan mengikut majoriti, mengikut hasil referendum dan mengambilkira suara pemilik tanah. Sekarang mereka sudah tidak kenal siapa asalkan matlamat asal mereka tercapai. Matlamatnya tanah Kg. Bharu hendaklah dibangunkan mengikut citarasa mereka atas kepentingan mereka. Mana hasil referendum? Apakah keputusan referendum? Adakah majoriti bersetuju atau sebaliknya? Adakah hasil referendum dibentangkan kepada pemilik tanah dan seterusnya kepada Jemaah Menteri? Apakah pula keputusan Jemaah Menteri hasil referendum pemilik dan pewaris tanah? Semua 4000 pemilik dan pewaris tanah tertunggu-tungu apakah keputusannya.

Kg. Bharu Kuala Lumpur merupakan satu-satunya tanah milik orang Melayu di tengah kepesatan segitiga emas Kuala Lumpur. Para pemilik dan pewaris tanah tidak menolak pembangunan tanah mereka tetapi setiap perancangan dan pembangunan hendaklah mengambilkira hak dan kepentingan mereka bukannya orang lain. Mereka mahu hak mereka sebagai pemilik dan pewaris tanah tersebut dipertahankan.

Pembinaan Projek MRT yang melibatkan pengambilan tanah secara besar-besaran baru-baru ini jelas menunjukkan bagaimana Kerajaan berurusan dan melayan pihak-pihak yang berkepentingan. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) yang mengendalikan Projek MRT telah mengambil keputusan untuk mengambil alih tanah di sekitar Jalan Sultan untuk tujuan pembinaan MRT tersebut. Keputusan itu telah mendapat bantahan keras daripada pemilik bangunan dan peniaga-peniaga di sekitar Jalan Sultan dan Jalan Petaling atas alasan pembinaan boleh menghakis dan memupuskan bangunan warisan sejarah dan tempat pelancongan. Hasil bantahan mereka SPAD telah berlembut dan berjanji tidak akan mengambil alih secara total.

Cuba bandingkan kejadian di Jalan Sultan dengan cadangan pembangunan Kg. Bharu. Jelas terdapat dua layanan berbeza ke atas rakyat berkepentingan. Atas desakan dan bantahan segolongan di sana (Jalan Sultan) Kerajaan berlembut dan mengundur setapak tetapi atas desakan dan bantahan di sini (Kg. Bharu) Kerajaan tidak endah! DI SANA PERTAHAN DI SINI REMBAT!

*Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang, Sekretariat Pembangunan Kg. Bharu, Pusat Khidmat wakil Rakyat Parlimen P119 Titiwangsa.

Kerja Karut Terbaru K'jaan Najib lakukan di bumi Malaysia..!!

Karut, mana ada kes sejarah dibicara di mahkamah

BUTTERWORTH, 21 Sept: Peguam Mohamed Hanipa Maiden menganggap kes yang melibatkan Mohamad Sabu sebagai kes 'karut' kerana mana ada kes yang berhubung sejarah dibicarakan di mahkamah melainkan di Malaysia.

Sepatutnya, kata beliau ia dibawa ke medan pentas akademik bukan ke mahkamah seperti mana hari ini.

Pagi tadi, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah dibebaskan pada pukul 12.15 tengah hari dengan ikat jamin RM15 ribu.

(Gambar: Mohamad bercakap kepada media selepas dibebaskan oleh mahkamah.)

Jika sabit kesalahan beliau boleh dikenakan tahanan dua tahun penjara, didenda atau kedua-duanya sekali.

Kes beliau akan disebut sekali lagi pada 27 Oktober ini dan dibicarakan pada 5 hingga 9 Disember depan di Mahkamah Sesyen di sini.

Beliau dibela oleh Hanipa Maidin dan Amirudin Zulkiply manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Ishak Mohd Yusuf dan Suhaimi Ibrahim di hadapan Hakim Ikmal Hisham Ahmad Tajudin.

Turut hadir memberikan sokongan moral kepadanya ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Khalid Man, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusuf Rawa, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kubang Rotan, Kedah, Nasir Mustaffa dan ramai lagi kepimpinan PAS dari Pulau Pinang dan Kedah.

Sementara itu, Mohamad berkata, beliau sedia dibicarakan dan yakin kesnya akan mencapai kemenangan demi memperbetulkan fakta sejarah yang telah diselewengkan oleh penjajah.

Umno juga ujarnya, akan kalah untuk mempertahankan fakta yang salah sekaligus meranapkan impian Barisan Nasional (BN) untuk meneruskan pemerintahan negara ini.

"Saya yakin seyakin-yakinnya kita boleh menang kes ini dan Umno tewas dalam hal persejarahan Malaysia ini," tegas beliau ketika berucap ringkas di luar mahkamah.

Katanya, Umno dan BN hanya mahu menggambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul mengenai kemerdekaan negara.

"Umno dan BN hanya mahu mengambarkan perjuangan mereka sahaja yang betul tentang kemerdekaan dengan membelakangkan perjuangan orang lain walaupun mereka lebih ke hadapan menentang penjajah," katanya.

Blogger UMNO bantai Muhyiddin...!!

menjelang pilihanraya umum - zaharin VS muhyiddin [mari kita tengok siapa yang terbogel]

sumber : wall facebook zaharin

amboi marah betul setiausaha umno bahagian bandar tun razak ni ye dak? tapi bagus la, bila marah macam ni baru keluar semua benda yang selama ni umat melayu tak tahu. kah kah kah! pada yang berminat untuk study lebih lanjut apa 'sebenarnya' yang berlaku dalam umno bandar tun razak khasnya, boleh la lawat wall facebook beliau yang setakat hari ini masih terbuka untuk dibaca oleh masyarakat fesbuk di SINI. gua sempat la printscreen sikit kat atas tu. tapi kalau nak lagi best pergi baca sendiri dan baca pula komen komen di bawah setiap status berapi beliau. terima kasih zaharin. oh ya terima kasih juga harakahdaily yang cerita pasal isu ni. (rujuk: Blogger Umno gelar Muhyiddin 'anak paria'- Harakahdaily)

notasemut : zaharin ni juga adalah blogger sang kelembai. muhyiddin ada blog tak? teringin juga gua nak tengok fight antara blogger ni. kah kah kah!

http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/09/menjelang-pilihanraya-umum-zaharin-vs.html

Depa dok sembang bab Ketua Bahagian UMNO KEDAH yang haprak pulak..!!

oleh DepaKata

http://1.bp.blogspot.com/_X7ptx_50m2w/TGziGmaguiI/AAAAAAAAA4o/tRUANNpq42w/s1600/umno+kantoi.jpg

Kerja lapuran pembohong ni dah lama berlaku, lapuran bahagian juga pembohong, laporan jasa juga pembohong, laporan kemas lagi pembohong, lapuran SB? laporan intellegent? depa ni tak taulah pembohong juga kah atau sebaliknya, kadang2 ada pegawai2 yg buat laporan juga boleh dibeli org2 tertentu,

MAKA laporan yg sampai pada Presiden & Timbalan Presiden adalah laporan HAPRAK untuk golongan pembodek ketua bahagian saja, alamatnya di kedah saja tiada langsung pemimpin umno yang boleh disegani jika kita bandingkan suatu masa dahulu dgn adanya sanusi junid, hamid othman, raja ariffin, osman abdul,kadir sheikh fadzir,tun daim, tun mahathir,afiffudin omar,proffesor mahathir khir,

sekarang ni HAPRAK punya pemimpin dikedah pilihan detkalid....

Akta yang gantikan ISA akan lebih kejam?

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda Pas Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”).

Langkah tersebut mendapat pujian semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut.

Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.

USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.

Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing.

Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan.

Perlaksanaan akta ini telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifat akta ini yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah.

Harus dinyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan.

Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh Kerajaan kira-kira dua bulan selepas serangan September 11, 2001, Kerajaan telah memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta ini adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa.

Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom. Pihak Kerajaan mendakwa bahawa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana factor-faktor keselamatan.

JUHAM menegaskan bahawa penggunaan akta ini telah dicabar di Mahkamah dan House of Lords pernah memutuskan bahawa penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Human Rights Act 1998 kerana bersifat diskriminasi memandangkan akta ini membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri.

Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu akta baru iaitu, Prevention of Terrorism Act 2005 bagi meremedikan masalah diskriminasi itu. Di bawah akta baru ini, tiada perbezaan antara tahanan warga asing atau warga tempatan. Namun, akta baru ini juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah.

Umpamanya, pada tahun 2006 penggunaan akta baru ini juga telah dicabar di mahkamah dan mahkamah telah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 3 akta baru ini bertentangan dengan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di bawah Art. 6 European Convention on Human Rights.

Ini kerana hak orang yang ditahan ini bukan ditentukan oleh sebuah mahkamah yang bebas tetapi di bawah keputusan pihak eksekutif, yang mempunyai kuasa melebihi kuasa pemutus mahkamah.
Walaupun sebahagian keputusan ini akhirnya diubah oleh Mahkamah Rayuan namun hakikatnya perlaksanaan akta ini telah diimbangi dengan kewujudan Human Rights Act 1998.

Human Rights Act 1998 adalah sebuah akta yang sangat berkuasa kerana akta ini menjadikan sesuatu tindakan sebuah badan awam sebagai tidak sah jika tindakan tersebut bertentangan dengan European Convention of Human Rights. Malah, jika pihak litigan tidak berpuas hati, mereka masih boleh membawa kes mereka ke mahkamah hak asasi di Strasbourg.

Sungguhpun langkah Perdana Menteri yang ingin memansuhkan ISA adalah dialu-alukan, namun, pengumuman Kerajaan untuk menggantikan ISA ini dengan dua model iaitu Patriot Act di USA dan Anti-Terrorism Act di UK adalah sangat tidak tepat.

Seharusnya Kerajaan tidak meniru akta yang dilaksanakan di USA dan UK itu kerana ternyata keadaan di negara tersebut tidak sama dengan di Malaysia. Jika Kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut seharusnya Kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat.

Sekiranya, prinsip hak asasi tidak diperkukuhkan maka tiada guna ISA itu dihapuskan dan digantikan dengan dua akta baru yang lebih menekan dan bersifat opresif, ibarat pepatah Melayu “Keluar mulut buaya, masuk mulut singa”.

Di samping itu, sayugia juga dimaklumkan bahawa beberapa pindaan telahpun dibuat ke atas Kanun Kesiksaan dan beberapa akta lain berhubung dengan kesalahan berkaitan terorisme ini.

Sehubungan dengan ini juga, JUHAM berpandangan adalah wajar kerajaan mempelajari falsafah perundangan Islam yang tidak membenarkan kebebasan seseorang itu disekat melainkan dengan bukti yang nyata.

Penahanan seseorang tanpa bicara adalah zalim dan telah terbukti semenjak beberapa dekad bahawa ISA telah digunakan untuk menahan tahanan semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.

Penahanan atas dasar perbezaan politik adalah amat kejam dan melainkan terdapat unsur-unsur terorisme dalam perjuangan politik itu maka barulah tindakan penahanan dan pendakwaan patut dibuat.

Selagi penyebaran fahaman politik itu masih dalam batasan demokrasi, tidak seharusnya kerajaan berasa terancam. Semoga demokrasi terus subur di Malaysia.


Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Malaysia

Pimpinan Pakatan Rakyat dinasihatkan Jangan keluar kenyataan kurang bijak


SHAH ALAM – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), dinasihatkan mematuhi garis panduan umum dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi bagi mengelak dieksploitasi pihak ketiga.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, perkara itu wajar ditekankan kerana melibatkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan parti.

“Sebarang kenyataan melibatkan polisi dan perkara dasar perlu dibincang dan dibahaskan terlebih dahulu oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat menjadi kenyataan rasmi.

“Nasihat atau teguran ini tidak bermaksud menafikan hak bersuara atau mengemukakan pandangan, tetapi bertujuan menjernihkan keadaan agar tidak mencetuskan kekeliruan dan salah faham orang awam,” katanya.

Beliau berkata, empat garis panduan perlu diberi perhatian iaitu kenyataan memfitnah dan menuduh tanpa bukti, menyinggung sensitiviti kaum serta menghiris keharmonian.

“Kenyataan berunsur lucah, memiliki bahasa keras, maki hamun serta tidak berasaskan fakta perlu dijauhi,” katanya.

Sehubungan itu, Nasruddin menyarankan setiap ahli membudayakan amalan nasihat-menasihati supaya dapat menerajui perjuangan parti.

“Kita tidak mahu kesalahan ditunjukkan kepimpinan parti disalah tafsir dan menjadi buah mulut serta bahan tulisan, sedangkan ia lari dari maksud sebenar,” katanya.

Selain itu, Nasruddin meminta penulis, bloggers termasuk pemimpin politik mengetahui etika menulis dan tidak memutarbelitkan fakta.

“Jika mereka berkarisma dalam penulisan, baru lah kenyataan itu dibaca, dan diikuti kerana boleh dipercayai atau memiliki kredibiliti.

“Ini berbeza dengan tulisan atau kenyataan rambang berasaskan emosi, ia menjatuhkan taraf penulisan dan kenyataan itu dianggap sebagai picisan dan tidak dihormati,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan mengeluarkan pandangan akan mengubah jalur gemilang sekiranya PR berjaya mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Namun, beliau kemudiannya memohon maaf atas kenyataan itu.

Apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA

GUAR CHEMPEDAK – Isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mencetuskan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar berkata, pemansuhan akta itu merupakan satu tuntutan rakyat dan menunjukkan perjuangan yang dijuangkan Gabungan Mangsa ISA (GMI) sudah mencapai kejayaan.

“Saya berterima kasih kepada GMI yang memperjuangkan isu itu setelah sekian lama dan akhirnya Perdana Menteri akur untuk memansuhkan ISA.

“Tetapi pada masa yang sama, rakyat ingin mengetahui apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, rakyat dan PR bersetuju bahawa isu ISA itu terlalu menindas dan tidak memberi keadilan kepada mangsa yang dituduh.

“Dari sudut asasnya saya mungkin bersetuju dengan pemansuhan ISA, tetapi perlu melihat undang-undang yang bakal diganti supaya rakyat lebih memahami berkenaan undang-undang itu,” katanya.

Firdaus berkata, biarlah undang-undang yang digubal itu mendapat keadilan untuk dua-dua pihak, iaitu tertuduh boleh membela dan kerajaan juga boleh menjalankan pendakwaan.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Puteri Umno Jerai, Hasfizahtulnisah Mat Isa berkata, tindakan yang diambil Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang berani.

“Saya rasa pemansuhan itu memang wajar dibuat dan satu undang-undang baru yang lebih baik patut digubal.

“Akta yang baru patut digubal menjadi akta yang lebih baik dan ia lebih adil dan perlu dilaksanakan dengan lebih tulus, ini kerana mana-mana pihak yang ditahan di bawah ISA menganggap mereka dianiaya,” katanya.

Kerajaan Negeri - Masyarakat Siam tidak pernah diabaikan

PENDANG – Masyarakat Siam di negeri ini tidak pernah diabaikan atau dipinggirkan Kerajaan Negeri Kedah apabila Exco berkaitan turun padang meluangkan masa bagi menjelaskan kemajuan negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat sambil mendengar masalah dihadapi golongan terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Hal Ehwal Masyarakat Siam, S Manikumar berkata, penjelasan berkaitan kemajuan dalam negeri sejak ditadbir PKR penting supaya masyarakat Siam di kawasan itu mengetahui dengan jelas dan tepat.

“Saya meluangkan masa bertemu masyarakat Siam untuk menjelaskan beberapa perkara berkaitan peruntukan untuk pembangunan dan menjelaskan mengenai Pesta Songkran dan Loy Karthong yang disambut di peringkat negeri dan beberapa isu mengenai status perkuburan golongan itu.

“Pendekatan turun padang bertemu penduduk ini wajar dilakukan kerana dapat mendengar sendiri masalah yang dihadapi mereka untuk dibawa ke mesyuarat dan mampu diselesaikan dengan segera,” katanya kepada :Sinar Harian: ketika mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Siam di Wat Kampung Senara baru-baru ini.

Sementara itu, Manikumar melihat masyarakat Siam hari ini banyak berubah dari segi pemikiran, minda dan perubahan ditunjukkan golongan ini mampu merealisasikan hasrat semua untuk menjadikan Wawasan 2020 ke arah negara maju tercapai.

Produk Kedah berjaya tembusi pasaran Ireland

ALOR SETAR - Percubaan pertama memasarkan produk hasil keluaran usahawan Kedah ke pasaran Ireland ternyata mendapat sambutan menggalakkan masyarakat pelbagai bangsa yang menetap di sana.

Pengarah Urusan ManMa & Hibiscus Asian Store LTD. Ireland, Kamarulzaman Abdul Manan berkata, hasil memorandum persefahaman (MoU) antara Kedah Agro Industries Berhad dengan syarikatnya pada 12 April lalu bagi memasarkan produk berjenama Malaysia menunjukkan reaksi positif daripada pelanggan di Ireland.

Menurutnya, pada peringkat permulaan mereka memilih 35 jenis barangan untuk dipasarkan di pasar raya miliknya iaitu Hibiscus Asian Store dengan melibatkan 12 pengeluar produk makanan yang terpilih.

“Bagaimanapun bagi keperluan musim perayaan Aidiladha akan datang kami akan menambah tempahan barang daripada enam usahawan berkenaan berikutan produk mereka mendapat permintaan tinggi.

“Antaranya produk pelbagai jenis sos antaranya sos cili, sos Thai, sos lada hitam, ketupat dan nasi himpit keluaran Zuza Foods, minuman pra-campuran kopi keluaran e-Man, kerisik, serta produk makanan ringan daripada beberapa usahawan lain,” katanya ketika menghadiri majlis perjumpaan bersama ManMa & Hibiscus Asian Store LTD. Ireland dan usahawan Jabatan Pertanian Kedah dengan kerjasama Perbadanan Menteri Besar Kedah, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Pertanian Kedah, Ismail Salleh.

Kamarulzaman berkata, pihaknya turut mengenal pasti lebih banyak produk makanan lain yang berpotensi dipasarkan di sana termasuk jeruk buah-buahan, dadih dan rempeyek keluaran usahawan Jabatan Pertanian.

“Kami menjangkakan selewat-lewatnya penghujung Oktober nanti satu kontena produk Kedah termasuk produk makanan dari negeri lain dapat dihantar ke Ireland untuk memenuhi permintaan.

“Setakat ini, produk keluaran usahawan Kedah tidak mempunyai sebarang masalah terutamanya dari segi kualiti barang tetapi untuk pasaran jangka panjang mereka perlu memberi lebih perhatian kepada pembungkusan serta harga barangan,” katanya.

Beliau berkata, usahawan perlu memenuhi tujuh kriteria utama produk iaitu bahasa, maklumat kandungan, nama kilang hasilkan produk, bahan-bahan, panduan menggunakan produk bagi mengembangkan lagi pasaran mereka ke serata dunia.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...