TERKINI :

Tuesday, September 20, 2011

Dalam Azizan tak mampu tu pun dia sekupang tak pinjam kat K'jaan Pusat

Umno: Pemimpin PAS tak mampu jadi MB Kedah

September 20, 2011

ALOR SETAR, 20 Sept – Siapa saja daripada kalangan pemimpin PAS yang dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting kerana calon tersebut tidak mampu menyumbang untuk pembangunan dan melaksanakan projek kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, PAS hendaklah buktikan dahulu ia telah melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan bukan mengambil kredit daripada usaha kerajaan pusat.

“Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri tidak mampu melaksanakan apa-apa projek, apakah calon lain boleh,” katanya dipetik Bernama Online pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Azizan yang tidak sihat.

Mohd Johari berkata Kedah pasti lumpuh tanpa bantuan kerajaan pusat seperti bantuan kepada mangsa banjir, pertanian, nelayan dan golongan miskin di negeri ini.

“Duit yang diperuntukkan bagi menyelenggara jalan pun tak tau ke mana perginya. Sebab itu banyak peruntukan tahun ini disalurkan terus kepada agensi-agensi kerajaan pusat untuk elak daripada disalah guna,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Azizan juga gagal menyatakan dengan terperinchi dakwaannya bahawa PAS telah menunaikan 80 peratus daripada janji-janji manifesto pilihan raya umum 2008 parti itu.

Hadoiii, buat penat kempen jer nampaknya :Lebih 170,000 pengundi kod 71, majoriti di negeri Pakatan

KUALA LUMPUR: Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengesan kewujudan 170,818 pengundi misteri yang memegang kad pengenalan berkod 71, kata Pengerusinya, Suhaizan Kaiat.

Menurut beliau, daripada jumlah itu, 57.32 peratus atau 97,923 merupakan pengundi berdaftar di negeri Pakatan Rakyat.

“Masing-masing di Kedah seramai 5,793 orang, Pulau Pinang (12,799), Kelantan (15,345) dengan jumlah tertinggi berada di Selangor mencecah 29,758.

“Bagi Perak, yang dirampas Umno BN, jumlahnya juga tinggi iaitu seramai 16,680 selain Wilayah Persekutuan berjumlah 17,548,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Suhaizan berkata, kesemua pemilik nama sudah pun dimasukkan dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi suku ke dua tahun ini.

“Berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasmi jabatan itu,” katanya.
Oleh itu, beliau mendesak JPN memberi jawapan segera mengenainya.
“Penting diambil perhatian, angka ini tidak termasuk nama Mismah dan senarai yang dibantah PAS Selangor berjumlah 1,597 orang sebelum ini,” katanya.

Menurutnya, dalam Kes Mismah misalnya, individu itu juga memegang kod kad pengenalan 71 dan bukan 61 seperti sepatutnya.
Fakta itu boleh dirujuk di laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri.

Justeru itu beliau menjangkakan lebih ramai pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran wujud dalam DPI bagi suku ke-3 2011 dan akan digunakan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

“Persoalannya, mengapa JPN menggunakan kod negara 71 padahal setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang ditetapkan JPN sendiri.

“Bilangan ini sangat mencurigakan dan ini mungkin satu lagi starategi terancang Najib yang mahu mempertahankan Putrajaya ‘dengan apa cara seklipun?’

“Pemuda PAS juga berharap Ketua Pengarah JPN, Datin Jariah Binti Mohd Said ‘dalam keadaan sihat’ bagi memudahkan menjawab persoalan ini,” katanya.

Sebelum ini, Jariah memberi alasan ‘sakit’ selepas Suhaizan mendedahkan isu itu secara konsisten sejak beberapa bulan lalu.

http://idahsalam.blogspot.com/2011/09/hadoiii-buat-penat-kempen-jer-nampaknya.html

HINA RASULULLAH: Zizan Mohon

Zizan Mohon Maaf, Ahmad Idzham Melenting

KUALA LUMPUR – Zizan Raja Lawak bertindak memohon maaf di atas ketelanjurannya mengucapkan dialog yang menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam filem Hantu Bonceng yang dibintanginya.

Pengarah Filem berkenaan, Ahmad Idham pula sebaliknya masih mempertahankan bahawa dialog tersebut bukanlah satu kesalahan kerana filem itu katanya turut ditonton empat ulama sebelum ia disiarkan kepada umum.

Beliau bagaimanapun belum lagi menamakan siapa keempat-empat ulama itu.

Ahmad melalui Twitter juga marah dengan segelintir peminat yang katanya tidak beradab dalam memberikan teguran mengenai isu tersebut.

Sementara itu, pernyataan maaf Zizan kepada semua masyarakat Islam di negara ini juga dibuat melalui laman Twitter miliknya semalam.

“ Sy(saya) paham, apa yang salah, salah jugak(juga), tapi pasal hina islam mmg(memang) jauh dari otak pkiran(fikiran) sy(saya) la..xde(tiada) lgsung(langsung) terniat. Ini adalah Agama dan Rasul sy(saya). Maaf sekiranya saya silap,” katanya.

Zizan menambah, tidak pernah terdetik pun difikirannya untuk menghina Rasulullah S.A.W.

Filem Hantu Bonceng yang sebelum ini mendapat pujian atas kejayaan mengumpul kutipan tiket mencecah RM8 juta dalam masa dua minggu ia ditayangkan di pawagam seluruh negara.

Namun, ia mula dikritik banyak pihak apabila dikesan mempunyai bahagian lakonan yang menghina junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ia dapat dilihat pada bahagian di mana pelakon utamanya, Zizan Razak sedang menerima rawatan di hospital dan mula menjerit bila ditegur rakannya.

Dalam bahagian itu, pada salah satu dialognya, Zizan telah menambah istilah “asyhadu anna Muhammadar syaitan” (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan).

http://mynewshub.my/2011/09/20/zizan-mohon-maaf-ahmad-idzham-melenting/

Nasib Bekas Prajurit Sarawak Yang Tidak Beri Perhatian oleh Pemerintah

Nasib Bekas Prajurit Sarawak Yang Tidak Beri Perhatian oleh Pemerintah

PAS Sarawak sangat simpati dengan nasib dan masalah yang dihadapi oleh
bekas prajurit (Sarawak Ranger Veteran Association) seperti yang
dilapor oleh akhbar ‘Borneo Post’.

Sepatutnya pihak kerajaan menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan
oleh bekas-bekas renjar Sarawak yang bertugas semasa Darurat di Tanah
Melayu dari 1948-1960. Mereka membantu askar tanah Melayu dari ancaman
pengganas komunis dan memastikan negara ini selamat daripada
peperangan.

Mereka sudah lama memohon agar diberi tanah lot dan juga kenaikan
elaun bulanan yang berpatutan dengan keadaan hidup semasa bukan hanya
diberi RM100 sebulan. Sepatutnya elaun mereka dinaikkan
sekurang-kurangnya setanding dengan indeks kemiskinan nasional
sebanyak RM700.

Pihak kerajaan kena bertindak dan mengambil perhatian dengan segera
akan nasib yang menimpa bekas prajurit dan veteran ranjer ini agar
mereka juga dapat menikmati kebebasan yang mereka perjuangkan selama
ini dari ancaman komunis. Jangan hanya pihak komunis yang menyerah
diri saja dapat pengampunan dan diberi kemudahan sedang pejuang
kemerdekaan dipinggir begitu saja, adakah mungkin disebabkan mereka
berlainan fahaman politik dengan parti pemerintah? Adalah tidak adil
bagi bekas prajurit ini yang bermatian berperang menentang musuh
negara sedangkan musuh yang menyerah diri pula diberi keistimewaan.

Jangan hanya waktu dekat pilihanraya baru sibuk nak minta para
prajurit menyokong mereka (BN) sedangkan selama ini nasib mereka
terabai begitu saja tanpa sebarang bantuan yang sepatutnya. Kalau pun
diberi elaun bulanan sebanyak RM100 ini bukan sesuai lagi untuk hidup
pada masa sekarang dimana kos kehidupan semakin meningkat dan bekas
prajurit pun bukan minta banyak dan sudah tentu mereka pun bukan boleh
hidup lama lagi untuk menikmati erti kemerdekaan yang mereka
perjuangkan selama ini. Kita minta pihak kerajaan jangan biarkan bekas
veteran prajurit dan bekas polis yang pernah berkhidmat untuk negera
dipinggir begitu saja tanpa sebarang bantuan dan perhatian.

Ingat lah mereka ini juga yang patuh dan taat setia menurut perintah
semasa berkhidmat dengan pemerintah tetapi apabila mereka sudah tidak
berkhidmat dengan pemerintah mereka langsung tidak hargai terutama
sekali golongan atau anggota bawahan. Mungkin hanya segelintir saja
yang diberi keistimewaan kerana mempunyai kepentingan tertentu.

Ramai lagi anggota-anggota bawahan yang menerima nasib yang malang
cuma tidak dilaporkan mungkin disebabkan mereka takut atau tidak tahu
ke mana hendak mengadu. Kita minta pihak kerajaan bersikap adil untuk
semua tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik.

Jofri Jaraiee
PAS Miri

English version

The fate of Sarawak ex-Soldiers did not get any attention by the Government

PAS Sarawak is very sympathetic to the plight and problems faced by
ex-soldier (Sarawak Ranger Veterans Association), as reported by the
Daily Borneo Post.

The government should appreciate the sacrifices of the former Sarawak
Renjar during the Emergency in Malaya from 1948 to 1960. They were
helping the Malay state land from the communist threat and to ensure
that this country safe from war.

They had been applying for lots of land and also the disclosure of the
RM100 allowance has led to numerous calls to the Government for an
immediate review of the said allowance for the unsung heroes, at least
to be on par with the national poverty index of RM700.

The government has to act and take immediate attention to the fate of
the former soldier and veteran ranjer so that they also can enjoy the
freedom they fought from the communist threat. Do only the communists
who surrendered only be granted amnesty and the freedom fighters off
the facilities are there just because they have different political
affiliation with the ruling party? It is unfair for the former
soldiers who serve for the country against the enemy while the enemy's
surrender was given the privilege.

Do not just look busy during the coming election and seek the soldiers
to support them (the BN), while their fate neglected over the years
without any proper assistance. Even if he is given an allowance of
RM100 is not suitable to live in the present, where the cost of living
rising and the former soldier shall not ask a lot and they would not
live long to enjoy the sense of independence they are striving for
this. We ask the government not to let a former veteran police and
former soldiers who had served for the country off of it without any
help and attention.

Remember that they are also compliant and obey to the government rule
while serving with the government but when they are not employed by
ruling party they did not being appreciated, especially the peasants.
Perhaps only a few was given the privilege because of having a
particular interest.

Many of other subordinate members has the unfortunate fate but not
reported because they fear or do not know where to complain. Be fair
to all regardless of race, religion and political affiliation.


To Editors,

Hope these statements can be published at your media.

Thank you for your cooperation

Yours faithfully,
Jofri Jaraiee
PAS Miri Chief cum PAS Sarawak Deputy Commissioner iii

http://pas-miri.blogspot.com

Jika tidak kerana keberanian Mat Sabu ...

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

SUDAH lebih dua minggu nama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menguasai tohttp://i1136.photobucket.com/albums/n481/Shahrulsite/Blog/Mat-Sabu.jpgpik utama bual bicara masyarakat negara ini. Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tak semena-mena menjadi fokus pertikaian politik.

Segala-galanya berpunca daripada ucapannya yang dinilai menyanggahi catatan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara, khususnya berkaitan peristiwa serangan keatas Balai Polis Bukit Kepong, Johor, enam dekad lalu.

Keberaniannya mendakwa bahawa pasukan polis itu sebenarnya mempertahankan penjajah British, manakala penyerang balai itu adalah penentang penjajah sebenar telah mencetuskan polemik agak panjang.

Seperti mana lazimnya, oleh kerana pada zahirnya isu digembar-gemburkan itu tampak menguntungkan Umno dan Barisan Nasional (BN), maka seluruh rank-and-file parti itu beserta segenap saluran media talibarutnya dimanipulasi untuk tujuan berkenaan.

Entah berapa puluh organisasi dan perkumpulan manusia, yang kebanyakannya memang ada hubungkait dengan Umno, tampil menyuarakan bantahan. Jumlah perhimpunan haram mengiringi laporan polis terhadap Mat Sabu sudah tidak larat dikira. Saranan agar beliau ditangkap di bawah ISA juga kedengaran. Malah ada yang sampai mengesyorkan agar taraf kerakyatannya ditarik.

Sudah tentu jika tidak kerana keberanian Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang didakwa mengusik sensitiviti atau menyanggah catatan sejarah yang selama ini diterima sebagai benar itu, maka tidak ada siapa pedulikan lagi Peristiwa Bukit Kepong. Mungkin yang tinggal sebagai ingatan paling baik dalam masyarakat terhadap peristiwa itu hanyalah filem diarahkan Dato’ Jins Shamsuddin.

Tak semena-mena senarai anggota polis terkorban dalam peristiwa itu dipertonton kembali kepada khalayak. Rakyat yang selama ini tidak pernah meneliti atau ambil pusing peristiwa Bukit Kepong pun turut terpanggil mengamati kisah sebenar.

Sentimen anggota keluarga dan waris anggota polis terlibat dengan peristiwa berdarah itu juga diapikan. Mereka bukan sahaja bersusah payah dicari, malah dibe rikan ruang sebaiknya di media.

Tak semena-mena Umno menjadi pihak paling prihatin terhadap hati dan perasaan mereka. Umno berjaya menyuburkan kebencian mereka terhadap PAS sehinggakan ada anggota keluarga terbabit memberi amaran agar PAS ‘tidak mengganggu hidup’ mereka lagi.

Tahniah kepada Umno. Para pemimpinnya mungkin boleh tersenyum hingga ke punggung dan sudah boleh mencula sebilangan pengundi yang selama ini mungkin memihak PAS kini sudah condong kepada BN ekoran manipulasi isu ini.

Tetapi jangan lupa hakikat bahawa selama enam dekad ini, Umno sendiri pun bukanlah prihatin sangat terhadap nasib waris anggota polis terkorban itu.

Apa sangat dibuat parti pemerintah itu dalam mengenang jasa mereka?

Apa yang barangkali secara tidak sengaja terbongkar di sebalik luahan perasaan waris keluarga salah seorang anggota polis terbabit dari Terengganu boleh dijadikan contoh. Sebuah tabloid harian edisi negeri itu, 10 September lalu melaporkan bagaimana hasrat anak Allahyarham Konstabel Jaafar Hassan yang terkorban dalam Peristiwa Bukit Kepong dulu untuk menziarahi pusara bapanya itu buat pertama kalinya bakal menjadi kenyataan.

Dilaporkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Terengganu dengan kerjasama Pegawai Daerah Kuala Terengganu bersetuju merealisasikan hasrat itu.

“Makcik sedih kerana sebelum ini tidak pernah ziarah pusara arwah (bapa) dan tak pernah tahu di mana letaknya kubur itu. Makcik rasa tidak sabar hendak ke sana (Bukit Kepong),” tabloid itu memetik kata Azlah Jaafar, 62.

Ya, seperti mana diakuinya, selama enam dekad ini, beliau tidak pernah tahu di mana kubur arwah bapanya. Umno juga tidak pernah peduli untuk membantunya mengetahui perkara itu. Tapi tiba-tiba saja kini parti itu bukan sahaja sanggup membawa makcik itu ke sana, malah telah bermurah hati menganjurkan majlis tahlil khas untuk Allahyarham Jaafar di rumah anaknya itu. Jika tidak kerana kontroversi dicetuskan Mat Sabu, pada adatnya Makcik Azlah mungkin belum berpeluang menziarahi pusara bapanya. Jika tidak kerana Mat Sabu juga, jangankan mereka yang berada di Johor atau Kuala Lumpur, penduduk di Kuala Terengganu sendiri pun belum tentu tahu bahawa di Kampung Cendering itu ada waris anggota polis yang terkorban di Bukit Kepong.

Mungkin selepas ini peristiwa itu akan diulang sebut lebih kerap. Tidak mustahil akan ada pihak menganjurkan acara memperingatinya saban tahun.

Atau mungkin akan ada majlis istimewa memberikan anugerah atau pingat kebesaran khas untuk kesemua yang terkorban itu. Nasib waris anggota polis terbabit juga mungkin akan diambil perhatian lebih serius.

Tidak mustahil juga nantinya akan ada pihak, termasuk pertubuhan satelit Umno, yang akan memperjuangkan sebarang bentuk pampasan bagi pihak anggota polis terbabit. Akan ada tuntutan dibuat bagi pihak mereka kepada kerajaan Briitsh.

Walaupun idea dicetuskan Mat Sabu itu kini dicemuh pelbagai pihak, termasuk oleh anakcucu anggota terkorban itu, jangan terkejut sekiranya beberapa ketika akan datang idea sama diteruskan oleh mana-mana pihak. Secara positif, sepatutnya semua pihak yang ghairah membantah, terutama waris anggota polis terbabit wajar mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Mat Sabu!

Cari la isu yg best sikit wahai blogger2 UMNO...makan elaun buta kaa..??

Tunggu apa lagi bloggers UMCO... seranglahhh!!!

Nampak kereta mewah kat atas tu? Kononnya kereta mewah MB Kedah. Sudah dua, tiga minggu isu ni dok berlegar di alam siber. Hari ni dah keluaq akhbar Sinar Harian tajuk utama muka hadapan. Ini kali pertama kot keluaq kat media cetak. Harganya ada yg kata RM500 ribu, ada yg kata RM600 ribu...yg penting ia tetap mahal sekalipun harganya andaikata RM400 ribu.

Soalan yang menarik aku baca di alam siber... Awat puak2 PAS senyap, bloggers PAS tak komen atau tak kritik pun. Soalan tu bunyinya hebat dan tapi goblok. Yang nak suruh kami hentam kerajaan negeri pasai apa, nak hantam Umno Be End pun tak habis lagi. Hantam kerajaan negeri tu kerja hangpa..pembangkang.

Lembab sungguh hangpa ni, dah berbulan kereta tu dibeli..Baru terkodek-kodek nak buat isu. Tu pun main serkap jarang sat KCV8, sat KCK8, sat KCX8.. nampak sangat tak buat homework.

Ni yg Najib dok marah, cyber trooper UMCO ni dok metekedarah gaji buta RM3000 sebulan, buat kerja malas. Seranglah habis-habisan isu tu, buat report polis, SPRM, buat demo, hantag memorandum, atug ceramah. MB kata kereta tu untuk kegunaan tetamu luaq negeri. Serang balik, berapa orang tetamu luag negeri mai Kedah setiap hari... Berbaloikah dengan kereta RM600 ribu tu hanya untuk rai tetamu. Selama ni dok ambik depa guna Perdana, awat depa komplen ka? Mampoihh, haktu pun nak kena ajaq.

Macam-macam hangpa boleh kata, boleh tulis. Ini dok kira isu phonesex, video sex.. Dlm kepala otak hangpa dok kira sex sex sex.. Lepas tu mencarut tak habis-habis dalam blog.

Haii cyber trooper UMCO.. Kalau aku jadi Mukhriz, sekupang pun tak bayaq kat hangpa.. Buat perabih duit, nak korek isu malaih, nak serang tak buat homework.. Yg tau mencarut, nganga lepastu tunggu elaun RM3000 sebulan. Takpala jugak kan dapat RM3000 sebulan tapi yg malang ada blogger UMCO Kedah siang mlm dok update update blog... Sekupang pun tak dapat, yg dapat pun cuma dosa menipu dan memecahbelah masyarakat. Rupanya depa tak tau kata blogger UMCO lain dapat elaun RM300 sebulan.

Nasib hangpalah bloggers UMCO..

Daripada:
TOK SENAPI
Kuala Nerang
http://kedahla.blogspot.com/2011/09/tunggu-apa-lagiseranglah.html

Be End yang patut kena tukar bukan bendera

Oleh : Serikandi Mujahidah


Macam-macam isu yang digunakan oleh BN/UMNO Haprak ni nak bagi rakyat benci dekat Pakatan Rakyat. Semacam mereka tu semuanya baik-baik dan betul sokmo.

Timbul pula kes nak tukar Bendera Malaysia kalau Pakatan Rakyat memerintah Malaysia.Ulasan mereka kononnya ADUN DAP dari Kota Shah Alam membuat kenyataan akan tukar bendera Malaysia andainya Pakatan Rakyat memerintah Kedah.

Hai..kenapalah puak-puak BN/UMNO haprak suka sangat memanipulasikan sesuatu kenyataan, menambah, tokok tambah...suka hati nak kata apa.. Sedangkan ADUN DAP tu hanya melontarkan cadangan untuk mengubah corak bendera Malaysia. Takut sangat kalau bendera nak kena tukar...tapi sistem dan pentadbiran yang penuh penyelewengan...hampa tak terasa nak ubah ke....

Ketua Penerangan PAS Pusat , Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan, tiada keperluan menukar bendera Malaysia kerana ianya lambang kedaulatan negara sebaliknya perlu dipertahankan .

Persoalan utama yang perlu diubah ialah slogan BN. 1Malaysia yang menggunakan bendera malaysia.

" Fokus utama pemimpin dan ahli PAS sekarang adalah menumbangkan kerajaan BN/UMNO kerana mahu memberikan pembaharuan kepada rakyat untuk jaminan masa depan yang lebih baik"

hah...bendera tu apalah sangat yang penting BN tu perlu ditumbangkan...ALLAHUAKBAR!!



http://kedahla.blogspot.com/2011/09/be-end-yang-patut-kena-tukar-bukan.html

MB Kedah Jawab Isu Beli Kereta KCX 8

Alor Setar - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui Kerajaan Negeri ada membeli sebuah kereta Mercedes Benz model S Class bernombor KCX 8 tetapi menafikan ia untuk kegunaannya sendiri.

“Betul kita ada beli tetapi kereta itu lebih untuk kegunaan tetamu kenamaan yang datang ke negeri ini, bukan untuk saya sendiri guna.Saya sendiri lebih suka guna kereta lama KBV 8 yang dibeli oleh kerajaan dahulu. Walaupun kereta itu selalu rosak malah pernah breakdown di Kuala Lumpur tetapi setakat ini, saya masih gunakan yang itu,” katanya.

Mengenai kereta KCX 8, Azizan berkata, kereta itu pernah digunakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kunjungannya ke Kedah selain Tengku Mahkota Johor sewaktu mengikuti latihan penerjunan di Kuala Nerang selama seminggu, tidak lama dulu.

“Kita beli sebab ada keperluan. Hanya sebuah kereta dibeli untuk dijadikan kereta rasmi Menteri Besar yang turut digunakan oleh kenamaan yang datang ke Kedah,” katanya.

Azizan turut menyangkal dakwaan kononnya beliau cuba menyembunyikan kereta KCX 8, sebaliknya berkata, kereta itu jarang digunakan kerana tujuan asal adalah sebagai kereta rasmi tambahan untuk kenamaan.

Menurutnya, sepanjang tahun ini, hanya sebuah kereta dibeli untuk kegunaan Menteri Besar, manakala sebanyak lima kereta Toyota Camry dan empat kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Fortuner dibeli pada 2010 bagi menggantikan kereta Exco dan pegawai kanan yang sering rosak.

“Takkan pula kereta yang sering rosak masih nak digunakan, sampai masa, tetap perlu digantikan, termasuklah kereta saya, sebab yang sedia ada selalu rosak, tak salah beli sebagai persediaan apabila kereta itu rosak,” katanya.

Menurutnya, beliau juga lebih gemar berulang alik untuk urusan rasmi di Kuala Lumpur dengan kereta berbanding kapal terbang, dan adalah wajar untuk memiliki dua kereta rasmi supaya urusannya tidak terjejas.

“Perjalanan dengan kereta lebih jimat berbanding tambang kapal terbang. Itu yang saya usahakan selain mudah untuk bergerak di sana. Dengan kapal terbang pun ada ketika jadual tertangguh. Sebagai ketua kerajaan, saya tak boleh ikut macam itu kerana ia melibatkan urusan negeri, jadi saya lebih suka guna kereta kerana ia mudah untuk kita buat perancangan,” katanya.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Ahmad Musadad Sulaiman ketika dihubungi, mengesahkan kereta Mercedes Benz KCX 8 dibeli Kerajaan Negeri.

“KCX 8 didaftarkan pada 20 Jun 2011, manakala KBV 8 didaftar 5 April 2006. Kedua-dua kenderaan itu didaftar bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah,”
katanya.

Beberapa penulis blog sebelum ini mempersoalkan pembelian kereta Mercedes Benz bernombor plet KCK 8 sama ada ia dibeli dengan wang Azizan sendiri ataupun oleh Kerajaan Negeri yang dikatakan berbelanja besar untuk kemewahan Menteri Besar.

Menjawab soalan Sinar Harian, Azizan menafikan ada membeli kereta bernombor plet KCK 8 sama ada oleh dirinya sendiri mahupun Kerajaan Negeri. Hal itu turut dinafikan Pengarah JPJ negeri yang mengatakan kereta KCK 8 didaftarkan bawah nama indidivu yang tidak kaitan dengan kerajaan.

Soalan yang ditanya kepada Azizan adalah merujuk pada pernyataan penulis blog yang merujuk kereta itu sebagai bernombor plet KCK 8, bukan KCX 8 manakala nombor plet pada gambar kereta yang dipaparkan pula tidak jelas.

Bagaimanapun selepas penjelasan Azizan disiarkan Sinar Harian yang menafikan kereta KCK 8 dibeli, Menteri Besar itu sebaliknya didakwa sengaja memutar belit kenyataan kerana isu sebenar adalah merujuk pada kereta bernombor plet KCX 8. -SH

Main bakaq Rumah laaa pulak...!!!

Rumah Mat Sabu cuba dibakar individu tak dikenali

Kediaman Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, di Seksyen 19 di Shah Alam dipercayai dilempar bom petrol tengah malam tadi sehingga menyebabkan sebahagian pagarnya terbakar.

Anak perempuannya Nurul Huda berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam, beliau mendapati bahagian pagar depan dan lantai rumahnya terbakar, selepas dimaklumkan jiran.

"Saya tak nampak api. Waktu saya keluar rumah (api) sudah tiada. Cuma ada bau minyak dan gas," katanya yang berseorangan di rumah ketika itu.

Ibunya ketika itu berada di kampung halamannya di Perlis manakala Mohamad pula dipercayai mempunyai program di Pulau Pinang pada masa itu.

Nurul Huda, 27, berkata, jiran-jiran memaklumkannya melibat dua lelaki berada sekitar kawasan kediaman mereka sebelum mendapati api menyambar pagar rumah Mohamad.

Api itu juga dipadam terlebih dahulu oleh jirannya sebelum memaklumkan kepadanya kejadian itu, kata peguam muda itu.

Menceritakan kembali detik-detik semalam, Nurul Huda berkata, sejurus lepas kejadian, beliau terus menelefon pihak polis bagi memaklumkan perkara itu.

"Polis datang kira-kira pukul 1 pagi. Saya buat laporan polis di situ juga. Salinan repot saya ambil pagi tadi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ditanya sama ada beliau merasa takut selepas kejadian yang pertama kali menimpanya itu, Nurul Huda berkata tidak kerana sudah merasa ada sesuatu yang tidak kena dalam masa terdekat.

"Saya sudah rasa lain macam dalam dua, tiga hari sejak lampu jalan depan rumah saya tidak menyala. Jadi, saya sudah ambil langkah berjaga-jaga," katanya.

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya.

Beliau menyifatkannya sebagai ancaman berat yang diterimanya berpunca daripada laporan Utusan Malaysia pada 27 Ogos berkaitan Mat Indera, tragedi Bukit Kepong dan sejarah kemerdekaan yang didakwa memfitnahnya.

Perhebat isu harga barang

Oleh Zulkifli Yahya

http://2.bp.blogspot.com/_F5WGf-xr04g/SfBIvh8JxUI/AAAAAAAAAKY/TQ1XGijqlh4/s400/barang+naik2.JPGSERANGAN bertalu-talu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PAS sendiri berhubung isu Mat Indera dibuat tanpa henti, setiap hari. Ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang sudah panik, nampak macam kertas undi PAS dalam tong undi terbang melayanglayang.

Serangan media talibarut BN secara bersepadu dan bertalu-talu itu adalah salah satu daripada kaedah peperangan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ia dipanggil Pakatan Ahzab.

Ia ditiru oleh semua pakatan ketenteraan hingga ke hari ini. Amerika Syarikat, setiap kali menyerang musuh akan bergabung dengan rakan-rakan sealiran membentuk Tentera Bersekutu. Apa perlunya pakatan, walhal Amerika Syarikat sendiri sudah cukup kuat kalau setakat untuk membelasah Iraq. Ia mahu menunjukkan kepada dunia bahawa tindakannya disokong ramai pihak. Itulah yang dikatakan perang saraf, ia mengiringi perang persenjataan.

Dalam perang propaganda juga begitu. Sejak Umno menjadikan perunding Yahudi sebagai penasihat, kita dapat melihat keseragaman modus operandi mereka dalam perang saraf.

Setiap isu yang dilonjakkan akan dimainkan oleh semua media dan melalui semua medium. Ia akan diikuti oleh Perhebat isu harga barang pihak. Akan terbit kenyataan demi kenyataan oleh pelbagai NGO (yang kesemuanya adalah rangkaian satelit Umno).

Diikuti pula dengan laporan polis yang bercambah di seluruh negara. Cuba perhatikan rentetan isu yang berlaku dalam negara; isu liwat, video seks Dato’ Eskay, pembinaan kuil di Shah Alam, kandang babi di Selangor, penggunaan kalimah Allah, Himpunan Bersih 2.0, serbuan Jabatan Agama Islam (Jais) terhadap gereja, roboh gerai di Pulau Pinang dan terbaru, Mat Indera - modus operandi mereka sama sahaja. Ia tidak berlaku secara spontan melainkan perancangan dan arahan.

Mereka mahu merperlihatkan kepada rakyat jelata bahawa ia adalah suatu kebangkitan atau gelombang penolakan terhadap pihak tertentu.

Kelebihan mereka ialah mempunyai peruntukan untuk mengupah ‘pelakon-pelakon opera politik’ itu dan mereka menguasai media utama negara.

Adakah dalam isu yang disensasikan dari kenyataan Mat Sabu mengenai Mat Indera ini ia akan menjejaskan PAS? Setakat ini belum ada kaji selidik dibuat terhadap responden berhubung isu tersebut. Tapi kalau penulis diajukan dengan soalan itu, saya berani mengatakan, ia tidak menjejaskan undi PAS!

Pertama, mengaitkan PAS dengan keganasan dan komunis bukan isu baru. Lebih dua dekad lalu para pemimpin Umno silih berganti menyerang PAS dengan tuduhan ‘PAS sebarkan ideologi komunis’ dan ‘PAS lebih bahaya daripada komunis’. Antara yang mengeluarkan kenyataan celupar itu ialah Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Tapi PAS tidak berkubur dengan pencemaran imej melalui tuduhan komunis. PAS adalah parti Islam yang menolak semua ideologi ciptaan manusia serta menolak semua akidah yang salah. Justeru, menuduh PAS sokong murtad, Kristian dan komunis tidak akan berbekas.

Kedua, serangan ala Ahzab hari ini berbeza dengan serangan ala Ahzab lebih 1,400 tahun yang lalu. Meskipun PAS tetap belum menguasai media utama negara, PAS berpeluang menggunakan media kedua atau media maya.

Dalam media utama dilaporkan Mat Sabu menyokong komunis tapi dalam media maya Mat Sabu cuma menyokong Mat Indera bukannya komunis. Dalam media utama Mat Indera adalah pengkhianat tetapi dalam media maya orang boleh meneliti biodata lengkap Mat Indera siap dengan bukti-bukti perjuangannya. Golongan cerdik, pengingin tahu dan anak-anak muda menjadikan media kedua sebagai sumber maklumat. Golongan ini adalah majoriti senyap yang mencorak pemikiran masyarakat terbesar di luar sana.

Ketiga, hakikatnya rakyat sudah biasa sangat dengan serangan ala Ahzab terhadap pembangkang. Ia nampak macam gah tapi tak mampu merubah apaapa melainkan (mungkin) memantapkan keyakinan ahli-ahli dan penyokong mereka sendiri sahaja, terhadap isu yang dibawa.

Contohnya serangan ala Ahzab terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau bertanding pilihan raya kecil Permatang Pauh. Majoritinya tidak merosot, malah bertambah. Teorinya mudah, kesan besar akan tidak terasa apabila orang menganggap ia perkara biasa.

Keempat, isu tersebut tidak menyentuh hati nurani rakyat yang tidak terbabit. Tidak sampai berapa kerat pihak yang kena mengena dengan Peristiwa Bukit Kepong masih hidup. Ahli keluarga mereka sebaliknya berterima kasih kepada Mat Sabu kerana akibat kenyataan beliau, tak semena-mena balu polis yang terbabit dapat pencen arwah suaminya.

Berpuluh tahun mereka tidak dipedulikan, kerana Mat Sabu, mereka mendapat perhatian. Pihak yang tiada kena mengena dengan peristiwa itu pula tidak akan berasa sensitif apa-apa. Pihak yang mengangkat sepanduk dan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu adalah orang Umno. Mat Sabu tidak buka mulut untuk berkata apa-apa pun memang mereka dah marah dekat PAS. Itu biasa.

Bersama isu Mat Sabu ada satu isu besar dalam negara yang menyentuh hati nurani setiap rakyat Malaysia iaitu peningkatan kos sara hidup atau kenaikan mendadak harga barang. Semua orang terasa sebab semua rakyat Malaysia berbelanja. Merdeka Centre yang melakukan kaji selidik mendapati sokongan terhadap Perdana Menteri susut enam peratus, faktor utamanya isu kenaikan harga barang. AJK PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membayangkan pilihan raya umum tidak akan diadakan pada tahun ini kerana kemelesetan ekonomi yang memberi kesan mengakibatkan kenaikan kos sara hidup.

Hampir semua kerajaan di dunia tumbang sama ada melalui demokrasi atau demonstrasi jalanan apabila rakyat dihimpit tekanan ekonomi.

Semua pihak dalam Pakatan Rakyat perlu gerakkan gelombang kebangkitan rakyat dengan mengeksploit sepenuhnya isu kenaikan kos sara hidup. Beri penumpuan terhadap isu ini. Lebih berkesan menumpukan isu daripada memperbagaikan isu.

Gunakan kaedah yang digunakan oleh BN selama ini; bantahan seluruh negara, angkat sepanduk, hantar memo, gerakkan penerangan besar-besaran dari pentas ceramah hingga ke kedai kopi, guna sepenuhnya media maya dan asak bertubi-tubi macam yang dibuat oleh mereka terhadap Mat Sabu - Insya-Allah BN akan tumbang di Pusat kerana isu kenaikan harga barang ini.

Ayam kian terlepas, tangan semerbak bahu tahi

Oleh SHIRZAD LIFEBOAT

http://1.bp.blogspot.com/_RG73N1nst1I/SyMO3NkbeLI/AAAAAAAAAcM/7YkASROA14w/s200/cap+ayam.jpgBESAR keberangkalian semacam ada standing order atau perintah tetap (tak pasti sama ada dalam bentuk lisan atau bertulis) daripada pemimpin Umno berautoriti kepada pihak media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 supaya meninjau apa sahaja kenyataan, ucapan, ceramah malahan juga perbuatan yang dilakukan oleh pemimpin oposisi agar ia dapat diterjemahkan, diolah, diputarbelitkan dengan tujuan mendiskredit parti oposisi dan pemimpin mereka dengan cara yang agak kelakar tetapi dalam masa sama cukup menjijikkan.

Kalau nak cari modal untuk membelasah pihak pembangkang sekalipun, cubalah ikhtiarkan cara yang lebih intelektual sikit.

Mengutip beberapa petikan ayat sana sini daripada pemimpin oposisi dan kemudian memandaimandai menokok-nambah dan menggunakan logik bodoh bukanlah cara terbaik untuk memancing kepercayaan rakyat.

Contoh logik bodoh terbaru ialah berdasarkan kenyataan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang mengusulkan agar Mat Indera diiktiraf secara rasmi sebagai pejuang kemerdekaan.

Maka deduksi yang dibuat oleh media berkenaan adalah, ‘oleh itu Mat Sabu adalah seorang komunis’. Dan deduktif itu diperkembangkan lagi dengan dah PAS pulak sebuah parti yang menyokong sama ada PKM atau mungkin juga dimaksudkan menyokong fahaman komunisme.

Kecuali segelintir manusia yang sukar untuk difahami minda jenis apa yang mereka miliki, bukan mudah untuk mengkhadam deduksi yang cukup kelakar, dangkal dan daif seperti ini. Anda tak perlu menamatkan persekolahan Darjah 6 bagi memahami betapa tidak logiknya deduktif seperti ini. Ia ibarat jika seorang rakyat Malaysia beragama Islam mengkagumi kemahiran Yossi Benayun, pemain tengah Arsenal (yang dipinjamkan oleh Chelsea), maka oleh itu si rakyat berkenaan adalah penyokong Gerakan Zionisme.

Namun, dalam persekitaran media sebagaimana yang ditakrif dan diamalkan media Umno-BN, taktik propaganda murahan ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah dan mendapat pengiktirafan oleh pemilik dan sidang editorialnya sebagai bukan sahaja sebagai prinsip panduan tetapi merupakan satu prinsip piawaian yang perlu dipatuhi dalam keadaan apa sekalipun.

(Umum sendiri telah melihat bagaimana isu Surau Al-Musyrikin telah didramatasikan menerusi pro duksi yang lengkap dengan prop berupa sepanduk dan seba- gainya supaya kelihatan seperti sebuah klip video berita yang autentik.

Dan umumnya juga telah melihat bagaimana hukum Tuhan sanggup digambarkan dan diperlekehkan menerusi lakaran kartun muka depan akhbar).

Justeru, bukanlah sesuatu bersifat fenomena jika akhbar Melayu yang suatu ketika dulu diyakini kebenarannya oleh kebanyakan orang Melayu dan siaran berita dari sebuah rangkaian TV kehilangan semakin banyak audien pembaca/penonton.

Walaupun gelagat media yang dikatakan itu melucukan, apa yang lebih tragik tetapi tidak kurang melucukan seperti membaca drama Comedy of Errors (bermaksud ‘Kelucuan Akibat daripada Kesilapan’) karya William Shakespeare (jangan pulak nanti ada pihak yang mengatakan saya melanggan kepada agama Kristian kerana Shakespeare adalah seorang beragama Kristian), ialah hakikat betapa hasrat untuk mengampu dan mempamerkan kononnya kehandalan sebagai alat propaganda Umno-BN tetapi sebaliknya mengakibatkan pemimpin Umno terkapar-kapar untuk terpaksa menjawab atau mengeluarkan kenyataan bagi menyokong apa sahaja yang telah diputarbelitkan oleh media berkenaan.

Contoh terkini ialah kenyataan Menteri Besar Johor merangkap Ketua Perhubungan Umno Negeri yang terpaksa berputar 360 darjah bagi menyangkal kandungan buku Pengukir Nama Johor yang turut menyenaraikan Mat Indera.

Kenyataan Dato’ Abdul Ghani Othman nampak begitu berbelitbelit. Perkataan ‘pengukir’ dalam judul buku yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor itu tentulah membawa konotasi kepahlawanan atau mereka yang telah memberi jasa. Kalau dah tahu seseorang itu petualang negara nak buat apa sibuk-sibuk dan bersusah payah turut menyenaraikan Mat Indera sebagai antara 22 nama yang terpenting dan mengukir nama atau keharuman negeri Johor.

Kasihan Abdul Ghani kerana terpaksa tertangkap dalam keadaan seluar yang terlondeh.

Andai kata bola kristal Umno Johor sudah awal-awal lagi menujumkan suatu ketika nanti seorang pemimpin PAS akan membuat kenyataan berdasarkan buku tersebut dan media Umno- BN tersilap langkah dengan cuba mengaitkan PAS dengan fahaman komunisme dan gerakan gerila bawah tanah PKM, sudah tentu beliau sudah mengarahkan agar nama Mat Indera dikeluarkan daripada senarai mereka yang mengukir nama negeri Johor dalam buku tersebut.

Kini, kerosakan besar telah pun berlaku dan kawalan kerosakan atau damage control yang cuba diusahakan oleh Umno dan ajen-ajen mereka sama ada dengan penghujahan di ruang maya, di media milik Umno-BN serta mereka yang membuat laporan polis sudah tidak berguna lagi.

Sekiranya media tersebut tidak memilih untuk memutarbelitkan ceramah Mat Sabu dan tidak mengekstrapolasikan dengan merumuskan Mat Sabu dan PAS penyokong komunis, maka tidak ada siapa yang mahu mengkaji semula kebenaran sejarah yang berlaku - ‘sejarah atau penulisan sejarah’ - meminjam judul entri terbaru blog Dr Mujahid Yusof Rawa, Ahli Parlimen Parit Buntar.

Setelah pengampuan media berkenaan menjadi kesilapan besar (tetapi tidak diakui), tiba-tiba sahaja begitu ramai orang yang melayari apa sahaja laman web mengenai perihal Mat Indera (dan juga pejuang kemerdekaan bukan- Umno lain terutama yang dipancung dan dilabelkan oleh British sebagai petualang).

Ketika kolum ini ditulis, enjin pencari Google misalnya menyenarikan 874,000 laman web di bawah nama Muhammad Indera dan 358,000 di bawah nama Mat Indera. Pelbagai pihak tampil bukan sahaja memberikan ulasan tetapi juga memuat-naikkan pelbagai bahan dan fakta sejarah yang selama ini tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku sejarah Malaysia. Meninjau laman sosial FB, mereka yang turut serta berbincang atau memberikan komen adalah generasi baru rakyat Malaysia yang dilahirkan selepas Merdeka.

Lagi pembohongan dan putarbelit BN di Kedah [Siri II]

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA


Apabila Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Razak diminta mengulas tindakan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menolak pelawaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin untuk berdebat, beliau menyifatkan ianya sangat wajar. “Mat Sabu lawan Khairy macam pasukan (bolasepak) Brazil lawan Tokai (sebuah pekan kecil di Kedah).” Memang, selayaknya Mat Sabu berlawan dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebab sama-sama memegang jawatan Timbalan Presiden Parti.

Perbandingan yang tidak sepadan ini juga berlaku dalam Majlis Penerangan Perdana BN Kedah di Dewan Wawasan, Jitra. BN telah menyenaraikan sebahagian peruntukan Pusat yang diberikan kepada rakyat negeri ini berbanding apa yang diberikan oleh kerajaan Negeri. Antaranya bantuan kebajikan Negeri RM150 sedangkan Pusat telah memberi sehingga semaksimum RM350. Sewaktu banjir besar melanda Kedah tahun lalu, Negeri memberi bantuan awal sebanyak lebih RM2 juta sedangkan Pusat memberi bantuan ehsan sebanyak RM20 juta. Banyak lagi fakta perbandingan yang dikemukakan kepada jentera penerangan BN tersebut.

Apabila kerajaan negeri sekarang dalam buku pencapaiannya menyenaraikan sumbangan kewangan yang telah diberikan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan pertubuhan bukan Melayu, mereka pun mengeluarkan pula fakta peruntukan Pusat melalui Jabatan Pelajaran Negeri Kedah sebanyak RM75 juta.

Membandingkan kemampuan kewangan antara kerajaan Negeri dan Pusat adalah tindakan tidak bertanggungjawab untuk menipu golongan rakyat yang jahil. Hasil negeri di zaman PAS baru di sekitar RM490 juta. Sekalipun ia jauh lebih baik dari hasil di zaman BN (sekitar 300 juta) namun mana mungkin setanding dengan hasil Pusat yang melebihi RM60 billion setahun. Semua jenis cukai dikutip Pusat, hanya secubit yang dikutip Negeri.

Perbandingan sepatutnya antara kerajaan negeri sekarang dan dahulu. Misalnya peruntukan bantuan kebajikan dahulu cuma RM100 sebulan, sekarang dinaikkan menjadi RM150 sebulan. Dahulu tiada peruntukan membiayai kebudayaan kaum, sekarang RM1.5 diperuntukkan. Dahulu tiada skim Kafalah, sekarang ada. Sebenarnya jika perbandingan dibuat ternyata kerajaan BN dulu tewas dalam banyak perkara kerana di hampir semua jabatan negeri peruntukan bertambah akibat berlaku pertambahan hasil negeri.

Lagi isu yang dibangkitkan BN dalam program penerangannya ialah PAS tidak perlu berbangga melantik bukan Melayu sebagai Exco seperti yang tercatat dalam manifesto. Kata mereka, ia bukan pencapaian yang perlu dicatatkan kerana sudah dibuat oleh BN sejak sekian lama. “Agak kelakar. Apakah itu satu pencapaian? Hebat sangatkah kerajaan Pakatan Rakyat melantik bukan Melayu sebagai Exco?” Itu antara yang tercatat dalam risalah propaganda BN.

Sepatutnya BN bertanya diri sendiri, mengapa perkara tersebut dicatatkan dalam manifesto PAS. Berdekad-dekad lamanya imej PAS buruk di kalangan bukan Melayu/Islam di negara ini. BN beritahu mereka jika PAS memerintah maka bukan Melayu/Islam akan terpinggir. Tiada tempat untuk bukan Melayu/Islam dalam berkongsi kuasa pentadbiran. Mereka tidak bebas mengamalkan kebudayaan kaum sendiri. Lantas PAS membersihkan diri dengan membuat penegasan dalam manifesto. Apabila menang, janji tersebut ditunaikan. Memang ia tidak pelik bagi BN yang telah melaksanakannya tetapi ia berjaya meruntuhkan dakwaan pelik yang dibuat oleh BN selama ini terhadap PAS.

BN turut mempertikaikan sumbangan kerajaan Negeri terhadap sekolah agama rakyat yang sewaktu mereka berkuasa tidak pernah menghulurkan sesen pun. “Rakyat akan menganggap PAS berbuat begitu untuk memperalatkan sekolah agama rakyat da institusi pondok bagi kepentingan politik mereka. Di situ pelajar ditarbiah supaya menyokong perjuangan PAS dan membenci Umno dan BN.” Itu antara parasangka buruk mereka dalam percubaan mengubah minda sasaran penerangan BN.

Tuduhan tersebut adalah lanjutan dari serangan Tun Dr. Mahathir semasa berkuasanya terhadap sekolah agama rakyat. Semua institusi yang di dalamnya ada ilmu Islam, ketayap, serban dan jubah maka ia dianggap musuh Umno, lantas ia tidak perlu dibantu. Itulah sikap Umno yang hidup penuh prejudis terhadap golongan bukan Umno. PAS tidak perlu mentarbiyah pelajar SAR untuk menyokong PAS kerana setiap orang yang ada Islam dalam jiwanya pasti akan menyokong perjuangan Islam. Hendak membuang perjuangan Islam dari golongan yang kenal ilmu Islam, samalah macam sukarnya nak membuang rasuah dari Umno. Ia sudah sebati.

Lagi tuduhan BN ialah kononnya kerajaan berbohong apabila mendakwa Kedah adalah pengeluar nenas yang kedua terbesar di Malaysia selepas Johor tetapi mereka tidak pula menyatakan kalau bukan Kedah, negeri mana pengeluar nenas kedua terbesar? Begitu juga mereka kononnya kerajaan berbohong apabila mendakwa berjaya membina pusat pengumpulan, memproses dan mengetin buah-buahan tempatan di Sungai Petani. Mereka mendakwa kilang seperti itu tidak wujud walhal sejak Julai 2011 ia telah mula memasarkan pelbagai produk buah-buahan tempatan. Antaranya yang berasaskan buah rambutan dan mangga.

Pelik sungguh BN, cara menidakkan keupayaan kerajaan negeri ialah dengan mendakwa kerajaan berbohong tentang kewujudan sesuatu yang dibuat sedangkan perkara tersebut dilaksanakan. Berbohong dengan menuduh orang berbohong pun bohong juga namanya. Ini yang disebut pebohong besar!


Poster palsu ‘sambut’ Anwar

ALOR SETAR - Beberapa poster palsu yang didakwa dicetak oleh Kerajaan Negeri digantung sepanjang Jalan Sultanah sebagai menyambut kehadiran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sempena lawatannya ke negeri ini bagi meraikan Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah.

Poster yang dipercayai digantung pada sebelah malam kelmarin itu antaranya membawa mesej meminta Anwar supaya tidak lagi mengelirukan rakyat Kedah.

Turut kelihatan pada poster itu ialah logo Kerajaan Negeri Kedah dan parti Pas, bagi mengaburi mata rakyat kononnya poster itu dicetak oleh Kerajaan Negeri.

Pengerusi Keadilan Kedah, Datuk Wan Salleh Wan Isa berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai biadab kerana kehadiran Anwar adalah untuk memeriahkan sambutan Aidilfitri, bukannya untuk berkempen politik.

“Perbuatan menggantung poster itu oleh pihak tidak bertanggung jawab tidak ubah seperti pengecut. Ini jamuan Hari Raya, kenapa perlu dicemari dengan insiden seperti itu, ianya satu penghinaan buat pemimpin tertinggi kami,” katanya, ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Keadilan Kedah yang dihadiri hampir 8,000 penyokong Pakatan Rakyat (PR).

Menurutnya, perbuatan biadab itu mungkin kerana ada pihak yang takut pada bayang-bayang sendiri ekoran sambutan menggalakkan yang diterima oleh PR.

“Saya kesal kerana terdapat logo Kerajaan Negeri dan Pas sedangkan poster palsu itu tiada kaitan dengan dua logo tertera. Perbuatan itu jelas berniat jahat untuk meretakkan hubungan sesama parti pakatan, namun saya percaya rakyat tak tertipu dengan pembohongan itu,” katanya.

Wan Salleh berkata, pihaknya tidak gentar dengan serangan peribadi seperti itu, sebaliknya menguatkan lagi semangat parti itu untuk menawan Putrajaya, termasuk negeri-negeri bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Sejarah merdeka dan 'Mat Sabu direbus hidup-hidup'


Ahmad Lutfi Othman

Seorang rakan melahirkan rasa lega apabila akhbar hari ini, 16 September, lebih tertumpu kepada pengumuman Perdana Menteri memansuhkan akta rimba, ISA.

Riuh-rendah puja-puji buat Najib Razak yang telah melakukan "inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah".

"Kenapa pula?" tanya saya, separuh mendesak.

"Yalah, sekurang-kurangnya akhbar tidak lagi bantai Mat Sabu, lega sikit," balasnya, merujuk paparan media, khususnya Utusan Malaysia dan TV3, yang tidak henti-henti menyerang Timbalan Presiden PAS itu, sejak 27 Ramadan lalu.

"Saya tak nampak isu Mat Sabu ini meletakkan PAS pada kedudukan bertahan, dan menyerahkan posisi menyerang kepada Umno," pintas saya. "Mungkin di peringkat awal nampak kita tertekan, tapi ini 'kan perkara biasa. Kena cara dan strateginya, Umno pula terpaksa menjawab nanti."


"Yang penting, jangan biar Mat Sabu sahaja yang menangkis tohmahan itu," ingatan seorang rakan lain.

Memang ungkapan sepintas lalu Mat Sabu mengenai peristiwa Bukit Kepong boleh mengundang salah tafsir, apatah lagi apabila media bertubi-tubi mendakwa beliau menyamakan Mat Indera dengan tindakan ganas komunis.

Malah, jika kita meneliti laporan akhbar selama 20 hari berturut-turut itu, sentimen bekas anggota polis dan tentera, yang sebahagian besarnya Melayu, dieksploit semahunya. Pelbagai event segera

Bukan setakat melibatkan pesara pasukan keselamatan yang tercedera akibat angkara pengganas komunis (hampir semua yang ditonjolkan media itu berlaku pada era pasca kemerdekaan, termasuk dekad 70-an, dan langsung tiada kaitan dengan ceramah Mat Sabu), tetapi juga membabitkan bekas panglima dan ketua-ketua polis, "yang sudah bijak bermain politik".

Bagaimanapun rakan saya itu lebih risau dengan kemampuan jentera penerangan parti untuk menangkis serangan media Umno.

Beliau kurang yakin dengan rangkaian pengedaran Harakah yang terbatas, apatah lagi media baru seperti laman web, blog, twitter dan facebook, dilihat belum cukup meluas menembusi "kekebalan" Umno di kampung-kampung, termasuk rancangan Felda.

"Saya tidak bimbang kesan jangka panjang kontroversi Mat Sabu, malah ia cukup menekan Umno. Soalnya, kita bakal berdepan PRU13 bila-bila masa. Rugi besar jika isu-isu lain tenggelam begitu saja nanti."

"Umno masuk berkempen dalam setiap rumah melalui TV. Ramai juga, termasuk penyokong PAS, yang terpengaruh atau berjaya diragui oleh Utusan Malaysia," tegasnya, sambil meletakkan tanggungjawab kepada saya dan rakan-rakan di Harakah, untuk bingkas menjawab serangan itu.

"Kadang-kadang pelik memikirkan tabiat orang kita," kata saya, merujuk 'kelemahan' ahli-ahli PAS, "ada kalanya kita sendiri boleh bertegang leher disebabkan laporan Utusan, yang sedia diketahui memang bertujuan melemahkan jemaah. Sekurang-kurangnya dapatlah info yang betul terlebih dulu."

Saya masih percaya kontroversi Mat Indera ini dapat dikendurkan jika subjek utama ceramah Mat Sabu di Tasik Gelugor, iaitu pengiktirafan kepada semua pejuang kemerdekaan dan pembetulan (rekonstruksi) terhadap sejarah negara yang dipesongkan, dapat diletakkan pada landasan sebenarnya.

Sekurang-kurangnya anak-anak muda kini tercari-cari buku dan dokumentasi sejarah kemerdekaan. Nama-nama seperti Ibrahim Yaakob, Mustapha Hussain, Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Mohamad, Ahmad Boestamam dan Abu Bakar Baqir menjadi sebutan.

Begitu juga dengan nama-nama pertubuhan Melayu yang radikal seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Gerakan Pemuda Melayu (GERAM), Pemuda Radikal Melayu (PERAM) dan Hizbul Muslimin.

Beberapa ungkapan revolusioner, menandakan penentangan total terhadap penjajah, diminati anak-anak muda, seperti tulisan Ahmad Boestamam dalam Testament Politik API: "Kita menghadapi penjajahan dengan revolusi. Kita tidak segan membasahi bumi ini dengan darah. Pemuda biar hancur, asal tanah air menjadi luhur."

Tidak terkecuali institusi lain yang penting dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, seperti gabungan pertubuhan politik Melayu, Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) dan sekumpulan pertubuhan politik bukan Melayu dalam All Malaya Council of Joint Action (AMCJA).

Orang ramai juga mula didedahkan dengan cadangan Perlembagaan Rakyat 1947 yang unik dan bersejarah itu, sebagai asas perlembagaan Tanah Melayu yang merdeka, tetapi ditolak British. Misalnya, kesediaan para penggiat politik bukan Melayu dalam AMCJA untuk mengetepikan rupa bangsa asal mereka dengan menerima rupa bangsa "Melayu" disifatkan seorang penulis, Abdul Rahman Ismail, sebagai satu perubahan yang cukup revolusioner, sesuatu yang tidak pernah dijangka sebelumnya dan tidak berupaya dicapai lagi selepas itu.

Malah, sejarah penubuhan dan pergerakan parti politik terawal, Parti Komunis Malaya (PKM) turut mendapat tumpuan ramai. Saya kira banyak buku-buku tentang tokoh-tokoh PKM yang berada di pasaran dicari pembaca. Minggu lalu, saya agak kecewa kerana buku yang dicari, mengenai Rashid Maidin di Koperasi Kedai Buku Universiti Malaya, kehabisan stok.

Saya juga yakin nama pejuang-pejuang awal yang berkorban nyawa dan kudrat menentang British mula dikenali secara lebih dekat. Di antaranya, Dol Said, Dato' Bahaman, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Kilau, Dato' Maharajalela, Tok Gajah, Dato' Sagor dan lain-lain lagi.

Begitu juga dengan institusi agama dan bangsa, yang berperanan penting dalam usaha mendirikan sebuah negara merdeka, seperti Pusat Perekonomian Melayu SeMalaya (PEPERMAS), Majlis Tertinggi Agama Tanah Melayu (MATA), Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR), Maahad Al-Ihya Assyarif Gunung Semanggol, Madrasah Al-Diniyah Padang Rengas, dan sebelumnya Madrasah Al-Mashor Pulau Pinang.

Tidak ketinggalan fungsi akhbar sebagai peniup kesedaran umat, seperti Al-Imam, Neracha, Seruan Azhar, Majalah Guru, Al-Ikhwan, Saudara dan Utusan Melayu sendiri, dengan tokoh-tokoh penulis dan pembaharu seperti Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin dan lain-lain. Pendek kata, sejarah perjuangan bangsa yang panjang itu kian diminati, hanya disebabkan ucapan Mat Sabu yang disensasikan Utusan Malaysia.

Sekurang-kurangnya, buat masa ini, sumbangan golongan kiri dan agamawan, tidak boleh diketepikan. Dakwaan bahawa hanya Umno memperjuangkan kemerdekaan akan menjadi gelak ketawa. Malah semakin ramai yang mempersoalkan sama ada Umno "memperjuangkan kemerdekaan" atau sekadar menjadi "penyambut kemerdekaan".

Ucapan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abdul Rahman, sewaktu berucap menerima ijazah kehormat doktor undang-undang dari USM pada 9 Jun 1973 juga disebut kembali, sebagai tanda pengiktirafan kepada golongan selain Umno: "Pejuang-pejuang kemerdekaan waktu itu telah berkumpul dalam dua kumpulan. Satu kumpulan yakin bahawa kemerdekaan hanya boleh dicapai menerusi revolusionary means sementara satu kumpulan lagi percaya dengan proses perlembagaan.

"Sekalipun kemerdekaan dicapai oleh golongan yang moderate, tetapi sejarah membuktikan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan itu."

Dari sisi lain, perdebatan sama ada Tanah Melayu dijajah sepenuhnya atau sekadar negara naungan British oleh beberapa profesor yang dikenali rapat dengan Umno, bagi saya, ada manfaat tersendiri. Bukanlah kerana ia melarikan tumpuan polemik yang mula dicetuskan Mat Sabu tetapi lebih merupakan perbahasan yang produktif daripada terkurung dengan tragedi di Bukit Kepong.

Malah, kejayaan membatalkan Malayan Union yang digembar-gemburkan sebagai kemenangan Umno juga diberikan tafsiran berbeda. British dikatakan telah berjaya memindahkan tanggungjawabnya terhadap masa depan orang asing yang telah dibawanya atau digalakkan ke Tanah Melayu untuk kepentingan politik dan geledahan ekonominya dahulu, ke bahu orang Melayu sendiri.

Apabila membandingkan Malayan Union dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948, MacMicheal misalnya menyatakan: "Kedua-duanya 75 peratus bertindan-tindih ... penyatuan dalam suatu nama tertentu telahpun dicapai dan lunas kerakyatan bersama telah diterima; yang lain-lain tidak begitu penting."

Buku Jomo KS, Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia, yang berdasarkan tesis Ph.D beliau boleh dirujuk bagi mendapat gambaran lebih jelas tentang kemasukan orang India dan Cina dari negara asal masing-masing ke Tanah Melayu, bagi kepentingan kapitalis British.

Begitu juga usaha licik lagi terancang British memunggah kekayaan negara ini, khususnya melalui bijih timah dan getah. Misalnya pelaburan British dalam penanaman getah diberikan segenap kemudahan oleh pentadbiran British. Tanah "yang amat murah" disediakan dengan banyaknya untuk diberi milik kepada kepentingan Eropah, terutama melalui enakmen tanah 1897.
Selain itu, seperti dijelaskan Dr Ismail Said dalam bukunya mengenai perjuangan PAS 1951-1970, implikasi pemberian kerakyatan berdasarkan prinsip jus soli (yang ditentang PAS) boleh dilihat dari segi jumlah pengundi dalam pilihan raya umum 1959 berbanding tahun 1955.

Pada 1955, pengundi Melayu berjumlah 1,078,000 (84.2 peratus), berbanding 143,000 pengundi Cina (11.2%) dan 50,000 pengundi India (3.9%).

Bagaimanapun pada 1959, selepas pelaksanaan dasar kerakyatan yang longgar, hasil cadangan Suruhanjaya Reid, pengundi Melayu berjumlah 1,217,000 (56.8 peratus), manakala pengundi Cina berjumlah 764,000 (35.6%) dan 159,000 pengundi India (7.4%). Lihatlah sendiri peningkatan mendadak populasi Cina dan India di Persekutuan Tanah Melayu.

II.

Elok juga kita menilai kritikan yang dihalakan kepada Mat Sabu, terutama oleh mereka yang berbangga dikenali sebagai pemikir Melayu. Salah seorang daripadanya adalah Kamaruddin Kachar, bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel).

Dalam satu forum anjuran Perkasa di Kg Baru, beliau berkata: "Saya minta semua menentang habis-habisan Mat Sabu, komunis bukan sahaja menyerang tapi mereka seksa, tebuk perut dan mahu kita iktiraf komunis.

"Mat Sabu mari sini saya mahu tempeleng dia, jangan main-main dengan kita... Mat Sabu hingus belum kering, biadap dan kurang ajar, kita rebus dia hidup-hidup dan jangan perlekeh Islam dan Melayu," katanya.

Jelas beliau, sekiranya berlaku pertumpahan darah ekoran kenyataan kontroversi itu Mohamad dan PAS perlu bertanggungjawab.

Seorang rakan menelefon saya: "Dah baca kenyataan Kamaruddin Kachar? Dia nak rebus hidup-hidup Mat Sabu, macam perangai firaun yang rebus Mashitah, orang gajinya yang dicampak dalam kawah panas."

Segera saya teringat Kamaruddin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Universiti Putra (dahulu Pertanian) Malaysia, semasa saya mengetuai gerakan mahasiswa di UTM pada 1985-86 dahulu.

Beliau yang kemudiannya menjadi Ketua Pengarah Biro Tata Negara memang dikenali sebagai orang yang cukup kuat menekan gerakan pelajar Islam di UPM. Rasanya Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KeADILan, yang ketika itu Presiden PMUPM kenal benar gelagat Kamaruddin.

Justeru, saya langsung tidak terkejut dengan "perangai hodohnya" itu, apatah lagi tidak malu-malu mengaku orang yang begitu sensitif dengan "usaha memperlekeh Islam".

Elok sangatlah dia berkawan dengan Ibrahim Ali.

Hangpa kena tau masalah Sampah bukan negeri jaga tapi pusat sana jaga..ada faham..??

Penswastaan pengurusan sisa pepejal menjamin mutu perkhidmatan dan pelaburan

PUTRAJAYA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal pasti meningkatkan mutu perkhidmatan pengurusan sisa pepejal di negara ini ke tahap lebih cekap dan berkesan serta mencapai piawaian peringkat global.

Timbalan Perdana Menteri berkata pendekatan itu membolehkan syarikat konsesi yang dilantik berani melabur secara besar-besaran bagi mendapatkan teknologi terkini, mesin dan kelengkapan moden serta tenaga kerja yang mahir, sekaligus menyediakan perkhidmatan yang efisien.

"Melalui tempoh perjanjian selama 22 tahun ini, (sebagai contoh) mereka boleh mengambil langkah menambah bilangan jentera "compactor", yang digunakan, tenaga kerja yang terlatih, di samping menyediakan tong-tong sampah yang cukup.

Dengan itu kita harapkan syarikat konsesi menjadi lebih efisien," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Konsesi dan Perjanjian Tiga Pihak antara Kerajaan Persekutuan dengan tiga syarikat konsesi sempena penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di sini hari ini.

Muhyiddin berkata peralihan tanggung jawab itu belum pernah berlaku di mana-mana negara.

Tiga syarikat konsesi itu ialah Alam Flora Sdn Bhd yang menguruskan zon tengah dan timur, yang merangkumi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Pahang, Terengganu dan Kelantan, SWM Environment Sdn Bhd bagi zon selatan yang meliputi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan serta Environment Idaman Sdn Bhd bagi menguruskan zon utara Kedah dan Perlis Muhyiddin yakin tiga negeri, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak akan turut menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) tidak lama lagi.

Katanya, perjanjian baharu itu telah menamatkan episod suka duka syarikat konsesi berkenaan dalam mengharungi tempoh interim selama 14 tahun sebelum ini.

Sebelum ini, menurutnya, syarikat konsesi terbabit teragak-agak untuk melabur berjuta-juta ringgit untuk mengembangkan perkhidmatannya kerana tidak ada sebarang jaminan kukuh dari kerajaan.

"Perubahan ini dibuat mengambil kira pelbagai aspek yang menyeluruh, meliputi kerangka dasar, institusi, perundangan dan juga kepentingan rakyat.

Kerjaan juga turut mengambil kira kemampuan kewangan yang terhad bagi kebanyakan PBT, untuk menguruskan sisa pepejal secara lebih berkesan," katanya.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata penswastaan penuh pengurusan sisa pepejal adalah komitmen kerajaan Malaysia secara sukarela untuk mengurangkan pelepasan gas-gas rumah hujau, berdasarkan kepada "emissions intensity of GDP" sehingga 40 peratus menjelang 2020.

Dalam Rancangan Malaysia ke-sembilan (RMK9), katanya kerajaan telah membelanjakan RM958.7juta bagi menguruskan sisa pepejal, namun bagi 2010 sahaja, kerajaan terpaksa membelanjakan RM303 juta, iaitu hampir 1/3 dari jumlah keseluruhan bagi RMK9.

Katanya kos pengurusan sisa pepejal terus membebankan kerajaan memandangkan kuantiti sisa pepejal yang dihasilkan rakyat negara ini terus meningkat, iaitu 19,000 tan sehari bagi 2005 meningkat kepada 27,000 tan sehari sekarang.

Beliau berkata keadaan itu menjadi lebih serius memandangkan kebanyakan tapak pelupusan sisa pepejal di negara ini bukan tapak pelupusan sanitari.

"Daripada 166 tapak pelupusan yang sedang beroperasi sekarang, hanya lapan tapak sahaja yang merupakan tapak pelupusan sanitari. Dengan pengambilalihan tanggung jawab ini, kerajaan persekutuan berharap ia bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam, malah dapat memberi ruang meningkatkan keupayaan bagi menerokai kaedah rawatan dan pelupusan berteknologi canggih, mesra alam dan berkesan kos," katanya.

Selain itu, beliau juga menyeru semua pihak supaya terus menggandakan pelbagai aktiviti untuk menjayakan 3R iaitu reduce (kurangkan), reuse (guna semula) dan recycle (kitar semula). - Bernama

Amankah di kawasan anda..???

Kena tikam ketika beli barang


SEORANG lelaki terbaring selepas cedera parah akibat ditikam penjenayah dalam kejadian samun di kedai serbaneka, Jalan Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah kelmarin.

SUNGAI PETANI – Tindakan seorang lelaki yang cuba menggagalkan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka menyebabkan dia cedera parah selepas ditikam di leher oleh salah seorang daripada tiga penyamun terbabit.

Kejadian pukul 12 tengah malam kelmarin di Jalan Bakar Arang, di sini itu berlaku apabila mangsa berusia 20-an itu datang ke kedai tersebut untuk membeli sesuatu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali memberitahu, ketika kejadian terdapat seorang juruwang termasuk mangsa.

“Tiga lelaki memakai topi keledar kemudian masuk ke dalam kedai dan menahan juruwang serta mangsa sebelum mengacukan pisau ke leher. Mangsa yang cuba melawan kemudian cedera parah akibat ditikam,” katanya.

Tambahnya, suspek kemudian merampas wang RM3,000, rokok dan beberapa botol arak sebelum melarikan diri menggunakan motosikal ke arah pusat bandar.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...