TERKINI :

Monday, September 19, 2011

Oii Sapa yang pandai-pandai tuduh UMNO KEDAH sebar poster Anwar tuu...depa kan parti yang baik..!!

Bashah: Poster kritik Anwar tiada kaitan dengan Umno



Umno Negeri Kedah hari ini menafikan penglibatan dengan pemasangan poster yang mengkritik Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah di beberapa kawasan di sekitar Alor Setar semalam.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata Umno Kedah sendiri tidak bersetuju dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab seperti itu. "Kalau kita (orang Umno) yang nampak poster-poster itu, kita juga akan buat laporan polis.

Biar polis siasat dan kita akan ketahui 'tangan jahat' mana yang buat kerja itu," katanya kepada pemberita di Alor Setar hari ini.
Beliau mengulas dakwaan kononnya Umno bertanggungjawab memasang poster berkenaan sempena kehadiran Anwar di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim Alir Setar semalam.

Poster itu yang mengkritik Anwar dan menggunakan logo PAS dan kerajaan negeri Kedah dipasang di beberapa tempat di sekitar Alor Setar.

Sementara itu, Ahmad Bashah mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana mengizinkan BN menggunakan stadium itu untuk majlis sambutan Aidilfitri 1Malaysia esok. - Bernama

Laa awat habaq kata RM800K kereta tu tak kata RM8juta kaa..baru banyak sikit...!!!

Benz S-Class: Tian Chua tuntut Gerakan mohon maaf

Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800,000 yang jauh melebihi kemampuannya.

Pada sidang akhbar bagi menjawap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Chua berkata dakwaan bahawa beliau membeli kereta Mercedes Benz S-Class bertujuan memaparkan beliau seorang korup.

"Saya tuntut (bahawa dia) tarik balik sindirannya itu dan serangan peribadi ke atas saya kerana membayangkan bahawa saya terlibat dengan amalan-amalan yang tidak mengikut peraturan dan rasuah," katanya.

NONELim, Sabtu lalu, menyindir dan mempersoalkan bagaimana Chua sebagai ahli parlimen Batu dengan gaji RM8,000 sebulan mampu memiliki Mercedes Benz S-Class (kanan) bernilai RM800,000.

"Mercedes S-class ini tidak wujud dan saya tidak pernah menggunakannya. Apa yang saya gunakan sekarang ialah kereta Mercedes E-Class (bernilai) RM90,000," kata Chua.

Berbekalkan dokumen pendaftaran dan pinjaman, Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, menjelaskan bahawa dia telah membeli kenderaan itu pada April tahun lalu selepas kereta Toyota Camry miliknya terlibat dalam kemalangan.

"Saya beli kereta Mercedes E-series terpakai. Semasa membelinya, kereta itu sudah berusia lebih 10 tahun dan harganya adalah RM90,000. Saya dapat pinjaman dari Public Bank dan setiap bulan saya bayar RM1,368.

"Jadi, saya pasti (jumlah) ini adalah sesuatu yang saya mampu. Sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin nasional PKR, saya (diperlukan) membuat perjalanan banyak dan saya memerlukan sebuah kereta yang stabil," katanya.

Pemansuhan ISA Udin anak Yassin Tidak Diberitahu?


SEMALAM semasa menghadiri satu majlis rumah terbuka seorang penyiasat politik telah membisikkan kepada Tengku Razaleigh Hamzah, katanya pemansuhan akta Isa oleh Najib Razak itu tidak diketahui oleh Muhyiddin Yassin - Udin anak Yassin. Najib katanya tidak sedikit pun memaklumkan kepada Muhyiddin mengenai pemansuhan itu.

Jadi Udin anak Yassin tidak dapat memberi apa-apa pandangan dan juga pendapatnya mengenai relevansi tindakan itu. Dalam kata lain keputusan itu bukan keputusan bersama perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Memang sebagai PM Najib boleh melakukan apa saja tanpa memberi tahu mana-mana MT Umno dan juga jemaah kabinetnya. Perdana Menteri berkuasa penuh dan apa yang beliau lakukan tidak perlu teguran dan pandangan anak buahnya. Apa lagi kalau anak buah itu hidupnya hanya 'menahan perut' untuk membuncitkan perutnya saja. Mereka tidak berani memberi pandangan dan menegur Najib. Kalau Najib kencing tengah jalan pun mereka tidak boleh berkata apa, sebaliknya akan dipuji itulah transformasi politik ala Najib.

Saya dengar saja apa yang dibisik oleh penyiasat politik itu kepada Tengku Razaleigh. Tengku Razaleig pula hanya 'mengisingkan' wajahnya saja tatkala mendengarnya.

Selepas dengar itu baru saya faham kenapa Udin anak Yassin kali ini macam ikan lapam bawah jamban terus memuji Najib atas tindakan itu. Sambil menyifatkan langkah Najib itu bijak kata Udin anak Yassin jangan ada prejudis buruk di atas tindakan Najib itu.

Kata Udin lagi, perkara itu sudah lama dibincangkan dan bukan benda baru. Kita faham kalau Udin anak Yassin berkata demikian bagi menggambarkan kononya Najib ada runding dengan beliau. Bahawa dia masih digunapakai oleh Najib dalam membuat sesutau keputusan besar untuk negara dan Umno.

Selalunya Udin anak Yassin lambat untuk memberi respon kepada sesuatu yang Najib buat. Peralihan dan transformasi Najib tidak 'semakan' dan secocok dengan Undin anak Yassin. Misalnya slogan 1 Malaysia yang diperkenalkan Najib disanggah secara halus oleh Udin anak Yassin. Najib mengutamakan 1 Malaysia, Undin anak Yaasin pula kata Melayu first Malaysia kemudian.

Apakah pujian Udin anak Yassin itu pujian membawa rebah atau pengejekkan kepada Najib? Nampaknya tindakan memansuhkan ISA itu tidak disenangi oleh Umno. Beberapa pemimpin Umno tidak mahu pemansuhan itu dibuat secara bersendirian oleh Najib hanya kerana tekanan dan desakan. Ini boleh diperhatinkan tidak ramai ketua-ketua bahagian Umno dan ahli MT yang memberi kupasan positif atas tindakan Najib itu. Menteri Pertahanan Zahid Hamid yang selalunya akan bersuara sebelum pun Najih menghabiskan kata-kata nampaknya masih membisu?

Pemimpin Umno termasuk Udin anak Yassin juga berpendapat kalau pun ISA mahu dihapuskan biarlah ianya datang dari Umno. Maksudnya biar Umno desak dalam persidangannya dulu kemudian dibuat pengumuman. Dengan cara barulah nampak pemansuhan itu datang dari akar umbi Umno dan ketika itulah baru Umno boleh menuntut pemansuhan itu atas kesedaran politik mereka. Kali ini Najib bertindak bersendiri tanpa ada endorsement dari parti.

Kalau ianya dibuat secara ad hoc oleh Najib tanpa pun berunding dengan Undin anak Yassin, ia menunjukkan akan ketakutan dan kegeruhan Najib terhadap pendesak agar ISA dihapuskan. Di sini menampakkan akan kelemahan Najib sebagai perdana menteri yang akur kepada suara mionoriti dari pembangkang.

Apakah pujian Udin anak Yassin itu untuk menyinis Najib? Kalau benar begitu ini menunjukkan bahawa pemansuhan ISA itu juga kurang disenangi oleh Mahathir Mohamd, seorang PM yang suka menggunakan akat dan kekerasan untuk mempertahankan kuasanya. Kita tunggu pula apa komen Mahathir dalam hal ini.

Sekiranya Mahathir pesimis bersabit perkara ini maka jelas agenda tersembunyi dari Mahathir dan kumpulannya mahukan Najib turun berterusan. Kalau tidak ada komen dari Mahathir ia menunjukkan Mahathir kini sudah kekenyangan dan merasa selesa dengan Najib setelah urusan pemberian projek oil dan gas Petronas bernilai RM2.4 billion kepada anaknya Muzani selesai dan beres? [wm.kl.9:03 am 19/09/11]

Mohd Sayuti Omar

Pejuang kekalkan ISA sibuk nak jadi hero

Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Seperti lazimnya, juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat.

NONE

Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian.

Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan “bukannya memansuhkan ISA.”

Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa “semua pihak” sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan.

NONEPakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga.

Malah, Najib menyuarakan bahawa “inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain.”

NONEMana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit?

Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata?

NONETetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat.

Tiru idea

Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel.

NONEMedia perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan Datuk Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau.

PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan “pengganas” yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam.

Tafsiran “pengganas” dan “ancaman” ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui.

PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman.

Rakyat sering dikecewakan

Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan.

NONEApa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan.

Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian.

Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu?

azlanRakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan. Tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13.

Oleh itu, jaminan terbaik sekarang untuk rakyat ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke-13.

Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti.


Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS.

Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Inilah padahnya bila Pemimpin Pakatan Rakyat Gila Nak bercakap tak pikiaq masa depan...!!

oleh AnakKedah007

Inilah masalahnya bila ada pemimpin gila bercakap..tak kira DAP ka PAS ka PKR ka..nak bercakap tu tengok isu laa oi...benda remeh temeh hangpa letak ketepi dulu.. puak UMNO/Bn depa suka bincang isu remeh-temeh nie supaya bagi rakyat bersembang dan tak pikiaq bab bab depa dok rembat harta rakyat...puak tu dia bukan kira dah janji apa yg keluaq dari pimpinan PR sekarang nie tak kira mai dari twitter ka fb ka blog ka sembang kedai kopi ka depa akan besaqkan macam itu sidang media DAP ka PAS ka PKR ka...jadi sendiri mau ingat laa..jaga la sikit mulut tuuu....

Lanie gua rasa kalau sembang bab buku jingga tu pon dah tak habih nak ulas dah nie dak dok pie sembang BAB BENDERA MALAYSIA tu buat apa... bila dah di buat isu baru kelam kabut nak kena cover....jadi jaga2 laaa mulut hangpa tuuu kami kat bawah nie dah letih dah nak cover hangpa....

http://4.bp.blogspot.com/-O2X3ZGivI7M/TnaoSgHh-bI/AAAAAAAAFOM/nEcLX_HB4Lg/s1600/2011-09-19_102537.jpg

Nasib baik PAS pandai pulak counter attack akan isu nie jika tidak pakai dok kerenyeh pulak laa nak menjawabnya....

PAS: Pakatan tak akan tukar bendera Malaysia

Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

"Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

"Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.


Orang dok kalut Isu Negara depa dok kalut Isu Bendera..!!

PAS: Pakatan tak akan tukar bendera Malaysia

Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

azlanMenurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

“Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

“Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.

police tortured victim 110107 lawyer M ManoharanTuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.

Menurut Tuan Ibrahim, isu utama kini bukanlah mengenai bendera tetapi BN yang memerintah negara.

“Slogan BN, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.

"Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia,” kata beliau.

NONEJusteru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

“Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik,” akhiri beliau.

Kejatuhan Umno Pasti akan tiba..

Oleh Wong Choon Mei

Kejatuhan Umno Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad telah menyertai perdebatan sama ada Malaya pernah dijajah oleh British. Bekas Presiden Umno itu berkata belia u bersetuju dengan Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah "secara teknikalnyal" dijajah, Sebaliknya, British yang seolah-olah bertindak memberi arahan.

"Secara teknikanya kital tidak pernah dijajah. Apa yang berlaku adalah para Sultan memutuskan untuk menjemput pihak British untuk datang dan menasihatkan mereka tentang bagaimana untuk mentadbir tanah Melayu. Dalam erti kata lain, kami tidak ditawan. Seperti Pulau Pinang, kita telah dibayar untuk memberi mereka pusat perdagangan. Tetapi hakikatnya adalah apabila pihak British di sini, mereka beroperasi seolah-olah menjajah kita., British tidak menasihati, mereka seakan-akan memberi perintah,” Mahathir yang berusia 85 tahun memberitahu sidang akhbar.

Umno tidak boleh kalah pada Mat Sabu

Pandangan beliau berkonflik dengan bebrapa orang pemimpin Melayu yang lain termasuk mursyidul am PAS yang berusia 79 tahun, Nik Aziz Nik Mat, Ketua Pembangkang, yang berusia 64 tahun, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Hadi Awang. Mereka pada hujung minggu yang lalu, mengutuk Umno kerana seolah-olahh cuba menulis semula sejarah untuk memuliakan parti mereka sendiri.

"Ada seorang wartawan telah meminta pandangan saya tadi tentang beberapa orang profesor yang telah mendakwa bahawa negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah. Saya jawab orang ini telah lama tidur dalam gua, baru bangun dari tidur, dan dalam keadaan separuh sedar, kini mula merepek sebab dah terlalu lamaduduk dalam rahim penjajah, "kata Nik Aziz kepada pemberita di Kota Baru pada hari Isnin.

Fakta penjajahan telah diterima oleh rakyat Malaysia tanpa soalan, termasuk Umno, sejak 31 Ogos, 1957. Ia tiba-tiba menjadi isu utama negara yang harus dimenangi Umno atau ia akan hilang kredibiliti dikalangan pengundi Melayu.

Ini adalah permainan dimana Umno tidak boleh kalah, akibat kehilangan kepercayaan orang bukan Melayu, ia tidak boleh juga kehilangan undi orang Melayu yang benar-benar diperlukan sekarang. Inilah sebabnya mengapa ia telah menimbulkan isu ini semasa sambutan hari raya bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadap Timbalan Presiden PAS Mat Sabu yang semakin popular. Ia cuba untuk mendapatkan pengundi dikalangan veteran tentera dan polis supaya membenci Mat Sabu dan PAS yang mempertahankan bahawa Mat Indera yang dikatakan komunis adalah sebenarnya wira.

Tetapi sekarang, pemimpin-pemimpin Umno termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mula dilabel sebagai pendusta besar. Dengan bersetuju dan menyokong pada pendapat yang berbeza daripada apa yang sudah lama diterima sebagai sejarah negara, Umno kini harus bersedia untuk kehilangan keyakinan daripada masyarakat yang paling diharap-harapkan olehnya.

"Ini adalah peluang yang terakhir dari orang Melayu, penipuan yang terakhir. Mereka kini boleh melihat sendiri bagaimana korupnya Umno. Malah dalam hal-hal sebagai penting seperti sejarah, ia bersedia untuk mengubah dan menukarkan fakta-fakta. Bagi saya, ini adalah Pengakhiran Umno adalah dalam pilihan raya ke-13. Melayu pasti akan meninggalkan UMNO, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Kekeliruan

Hanya beberapa hari lalu, Menteri Pengajian Tinggi Khaled Nordin memberitahu bahawa sukatan pelajaran sejarah untuk sekolah-sekolah akan dikaji semula berikutan "penemuan baru" kisah silam negara. "Kita boleh pergi lebih jauh ke ke masa lampau sejarah dan kita boleh bermula bukan dari 1400 tetapi dari awal-awal lagi," kata Khalid kepada pemberita pada hari Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen PAS, Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa telah menyeru MPN atau Majlis Profesor Negara untuk menarik balik gelaran profesor Kling Zainal itu.

"Kami juga menuntut bahawa dia menarik balik kenyataan beliau bahawa Malaysia tidak pernah dijajah tetapi semata-mata dilindungi oleh British," kata Mujahid kepada pemberita di Pulau Pinang.

Zainal membuat gempar pada minggu lepas, apabila berhujah bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi sebuah tanah jajahan tetapi hanya "naungan". Motif-Nya adalah semata-mata untuk membuktikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu salah dalam menyatakan bahawa pejuang kebebasan Melayu seperti Mat Indera dan Putera-AMCJA telah berjuang untuk kemerdekaan dan akan menang, jika tidak kerana Umno menikam mereka dari belakang dan memaksa beberapa orang bergabung tenaga dengan Parti Komunis untuk melawan British.

Mat Indera adalah seorang wira bagi orang Melayu pada masa lalu, tetapi dilabel sebagai pemberontak Komunis oleh British kerana dia menentang mereka. Namun, bagi Zainal Kling, hanya Singapura, Melaka dan Pulau Pinang telah dijajah lebih 400 tahun yang lalu, kecuali tempoh antara 1946 dan 1947, apabila Malaya berada dibawah penjajahan Jepun semasa Perang Dunia II.

Pembohongan yang terang

Seperti kebiasaan di 'Bolehland, dimana telah dipopularkan oleh Mahathir dan UMNO beliau menegaskan, terdapat pihak tertentu yang telah menulis semula sejarah kita.

"Saya tealah melalui masa di bawah pemerintahan British, Jepun, Thai, dan kemudian pentadbiran tentera British dan orang awam, dan akhirnya kemerdekaan Malaysia. Saya telah memerhatikan sejarah di depan mata saya, dan saya mendapati bahawa ada orang yang membuat kenyataan-kenyataan yang tidak relevan langsung, bukan fakta. Saya fikir penting supaya mereka tidak cuba mencipta sejarah dan berpegang kepada fakta-fakta sejarah, "kata Mahathir.

'Bolehland' merujuk kepada jenama politik Mahathir yang diamalkan semasa pemerintahan beliau dari tahun 1981 hingga 2003. Mahathir sering akan menuduh orang lain atau menyalahkan orang lain untuk melakukan dengan tepat apa yang dia lakukan atau cuba untuk berbuat sesuatu pada masa yang sama. Ia adalah seperti usaha yang berani untuk mengelirukan dan menipu rakyat, sama seperti pencuri yang melakukan 'rompakan siang hari' untuk kebenaran. - Malaysia Chronicle

Teguran Dr Asri kepada Kelantan berkaitan Hudud..

Hudud belum mampu dilaksana

KOTA BHARU – Kelantan masih belum mampu melaksanakan hukum hudud kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi, termasuk kekangan Kerajaan Pusat, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, dalam usaha melaksanakannya, Kerajaan Kelantan perlu menyediakan suasana kondusif supaya hukum hudud dilaksanakan, ia dapat memberi keadilan untuk semua.

“Kelantan perlu menyelesaikan kekangan Kerajaan Pusat dan sebagainya terlebih dahulu kerana saya bimbang jika negeri ini laksana hudud ia akan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Kelantan itu sendiri.

“Ini kerana, Kelantan akan hadapi ancaman musuh di peringkat antarabangsa dan pusat. Pelbagai gambaran negatif akan ditimbulkan. Kelantan belum mampu buat hudud kerana cabaran kuat akan memberi kesan kepada kerajaan keseluruhan,” katanya selepas seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan, semalam.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas keperluan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Negeri selepas 21 tahun memerintah Kelantan kerana undang-undang itu ditentang ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Asri mengingatkan Pas Kelantan supaya membuat penelitian mendalam berhubung isu itu kerana musuh peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa menunggu peluang untuk mengenakan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu.

Nak buat macamana Kerajaan yang hangpa dok Sokong lanie lagi sayangkan warga asing dari rakyatnya sendiri..

Lambakan warga asing gusarkan rakyat

MALAYSIA mempunyai taraf ekonomi memberangsangkan jika dibandingkan negara jiran walau realitinya, kita masih jauh ketinggalan daripada Singapura. Tahun demi tahun berlalu dan semakin ramai rakyat mempunyai tahap pendidikan dan pekerjaan yang baik.

Namun, jika 10 tahun lalu, kita jarang melihat lambakan warga asing, tetapi sekarang mereka kian memenuhi setiap ruang tanah air. Hampir semua kilang dan kedai kecil di kampung mahupun di bandar di timur hingga selatan tanah air dipenuhi warga Bangladesh dan Indonesia. Di bandar besar termasuk Kuala Lumpur pula dibanjiri warga Bangladesh, Indonesia, Vietnam, Filipina, Nepal dan Afrika.
Senario warga asing ini kian berkembang pesat kerana kurangnya pemantauan dari segi pengeluaran visa pelajar dan pekerjaan. Jika adanya pemantauan pihak imigresen sekalipun terhadap mereka yang menyalahgunakan visa ini, hanyalah secara bermusim.
Lambakan warga asing ini memualkan memandangkan kebanyakan warga asing ini hanya mendatangkan pelbagai masalah sosial selain peningkatan statistik jenayah di negara ini.

Saya mohon kerajaan dan pihak yang bertanggungjawab memantau atau hentikan terus pengeluaran visa pelajar dan pekerjaan kepada warga negara dunia ketiga bagi mengelak masalah sosial dan jenayah terus berleluasa sehingga mencetuskan rasa takut dan cemas kepada rakyat negara ini.

Berikanlah ruang kepada warga tempatan menjalankan pekerjaan dan kehidupan dengan cara yang sihat tanpa gangguan daripada warga asing. Jangan sampai rakyat tidak berasa selamat berada di negara sendiri kerana kebanjiran warga asing.

Saya mohon kerajaan kasihanilah pembayar cukai yang sentiasa membayar cukai bagi membina sistem pengangkutan dan tempat riadah yang cantik dan selesa, namun kemudahan ini hanyalah untuk menyenangkan warga asing bersidai.

BENGANG DAN BOSAN,
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lambakanwargaasinggusarkanrakyat/Article

Aduhai Belum Pergi Perang pun dah nak tenggelam dah..!!

Kapal peronda TLDM hampir tenggelam di perairan Sabah


KAPAL KD Pari inilah yang kini dalam keadaan separuh tenggelam di Jeti Pulau Layang-layang, Sabah.

KUALA LUMPUR – Sebuah kapal peronda Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pari separa tenggelam apabila bilik jentera utamanya bocor dinaiki air setelah salah satu daripada shaft kapal tersebut tertanggal.

Kejadian itu berlaku pada pukul 2.53 petang Khamis lalu semasa kapal itu baru sahaja keluar dari Pulau Layang-Layang untuk melakukan rondaan di perairan Gugusan Semarang Peninjau di perairan Sabah.

Bagaimanapun, kesemua sembilan pegawai dan 27 anak kapal jenis Fast Attack Craft-Gun itu terselamat.

Pegawai Perhubungan Awam Markas TLDM, Leftenan Komander Masliza Maaris dalam kenyataan di sini semalam berkata, tindakan pantas serta kecekapan Pegawai Memerintah dan anak-anak kapal itu berjaya merapatkan kapal itu di Jeti Pulau Layang-layang.

“Setelah merapat, kapal itu berada dalam keadaan separa tenggelam akibat daripada kadar kemasukan air yang lebih deras berbanding dengan keupayaan mengeluarkan air dari kapal, walaupun dengan menggunakan beberapa buah pam mudah alih,” katanya.

Mana satu betoi pasai Video Sex nie..hari tu pakai baju putih hari nie pakai baju kotak..hangpa kencing kaa..??

Papagomo Palsukan Rakaman Video pula.

Hari itu PapaGomo berjanji hendak bawa bukti Johari Abdul minta RM1juta. Tapi, sampai hari ni takda satu video pun. Kemudian, dia tertangkap palsukan dokumen rasmi MBPJ. Tapi tertangkap sbb dia tak sedar gereja DUMC tu terletak di Seksyen 13 PJ dan bukannya di Petaling Jaya.

Sekarang ni, dia cuba palsukan rakaman video blue tajaan Rahim Thamby Chik pula. Dia dakwa rakaman CCTV membuktikan Anwar adalah pelakyu dlm video seks Rahim Thamby Chik.

Kononnya rakaman CCTV itu mempunyai "time stamp" yang konsisten.

Namun, yang hairannya kenapa baju Anwar boleh bertukar warna dgn sekelip mata mcm tu? Sila rujuk gambar dibawah:



Yang hairannya, dia kerap berkata Anwar kuat berbohong. Namun, yang banyak kali kena tangkap berbohong adalah Papagomo sendiri.

Sampai hari ni dia tidak berani memberi nombor IC beliau kepada Khalid Samad untuk disaman di mahkamah. Itulah bukti jelas betapa pembohongnya Papagomo ini.

Yg jelasnya, manusia di dalam video blue Rahim Thamby Chik itu bukan Anwar tetapi pelakon. Ini kerana bidang tubuh pelakon tersebut tidak sama dengan Anwar. Keluarga Anwar sendiri mengesahkan perkara tersebut.

Banyak lagi video2 blue Rahim Thamby Chik ini akan dikeluarkan oleh blogger pembohong Papagomo ini. Jangan takut.

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com/2011/09/papagomo-palsukan-rakaman-video-pula.html

Tanah Untuk Askar & Polis Pencen Kedah K'jaan Negeri tak mau bagi tanah kaa..??

Tanah untuk perwira
Oleh Nurhayati Abllah
bhnews@bharian.com.my
2011/09/19

ZAMBRY bersama Muhammad (kanan) membantu membetulkan kerusi roda   diterima Moh Sani pada  Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, PBTM Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan,  Ipoh, semalam.
ZAMBRY bersama Muhammad (kanan) membantu membetulkan kerusi roda diterima Moh Sani pada Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, PBTM Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, semalam.

Perak negeri pertama tawar 7,000 lot kediaman percuma kenang jasa bekas anggota keselamatan

IPOH: Perak menawarkan lot kediaman percuma dengan bayaran premium tanah paling minimum kepada pesara tentera dan polis sebagai penghargaan terhadap jasa serta pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara.
Bagi tujuan itu, kerajaan negeri semalam mengumumkan 7,000 lot kediaman disediakan menerusi Projek Rancangan Penempatan Tersusun (RPT) untuk bekas tentera dan polis, manakala premium tanahnya ditetapkan hanya RM500, sekali gus menjadi negeri pertama berbuat demikian.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata projek itu akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu fasa pertama membabitkan 3,700 lot kediaman, manakala selebihnya dilaksanakan menerusi fasa kedua.

“Kita sudah mengenal pasti kawasan seluas 248 hektar di seluruh Perak bagi pembinaan lot kediaman berkenaan. Jika semua perbincangan dan persefahaman membabitkan pelbagai aspek, termasuk teknikal dapat diselesaikan, projek berkenaan akan dimulakan sebelum akhir tahun ini.

“Usaha bagi menjayakan projek ini sudah dimulakan kira-kira 18 bulan lalu dan kerajaan negeri sudah mengenal pasti kawasan berkenaan membabitkan 10 daerah di negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan 2011, Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Bahagian Perak ke-24 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, semalam.

Hadir sama Presiden PTBM, Datuk Muhammad Abd Ghani; Yang Dipertua PTBM Perak, Leftenan Komander (B) Jayah Said dan Panglima 2 Briged, Datuk Zulkifli Mansor.
Zambry berkata, pemilihan individu layak menerima peruntukan itu akan dibuat PBTM dan keutamaan diberi kepada mereka yang belum memiliki kediaman.

“Perak menjadi negeri pertama melakukan usaha memberi lot kediaman dan pengurangan kadar premium tanah. Kebiasaannya, kadar premium tanah yang dikenakan sebanyak RM3,000, tetapi kita tetapkan hanya RM500 sebagai tanda penghargaan kerajaan negeri terhadap jasa serta sumbangan kepada bekas tentera dan polis yang banyak berkorban demi mempertahankan keamanan negara.

“Justeru, kerajaan negeri kehilangan hasil sekurang-kurangnya lebih RM17 juta dalam bentuk nilai premium tanah,” katanya.

Terdahulu, beliau turut menyerahkan geran hak milik bangunan Wisma Pahlawan kepada PBTM Perak dan bantuan kerusi roda kepada dua bekas tentera Perak, iaitu Moh Sani Odin dan Rosli Adnan.

Pada majlis sama, dua bekas tentera, iaitu Mejar (B) Zainal Arif Abdul Aziz dan Pegawai Waran 1 (B), Nor Wati Pandak Piah turut menerima Pingat Setia Sentiasa Berjuang (PSSB) yang disampaikan Zambry bagi menghargai sumbangan mereka dalam perkhidmatan masing-masing

1,000 dari 11,000 pelatih PLKN jadi 'haru-biru'

Azizan - Kaji akta hak bersuara

Kaji akta hak bersuara

ALOR SETAR - Kerajaan perlu memberi tumpuan terhadap akta berkaitan hak rak-yat untuk bersuara, selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, selepas dua akta penting itu berjaya dimansuhkan setelah sekian lama diperjuangkan pemimpin Pakatan Rakyat (PR), kini sudah tiba masanya kerajaan mengkaji semula akta berkaitan hak bersuara.

“Saya cukup gembira de-ngan pemansuhan itu sebab sudah lama kita mahu ISA dimansuhkan cuma lambat diputuskan kerajaan. Namun ianya suatu kejayaan buat kita,” katanya.

Menurutnya, hak bersuara melalui media masih terbatas dan ianya perlu penambahbaikan untuk disesuaikan dengan keadaan semasa.

Mengulas mengenai kenyataan beberapa pemimpin PR yang masih sangsi dengan pemansuhan dua akta terbabit, selain menyifatkan ada kaitan dengan imbuhan pilihan raya umum akan datang, Azizan sebaliknya berpuas hati kerana secara dasarnya apa yang diperjuangkan PR tercapai.

“Bagi saya itu sudah cukup baik. Cuma diharap kerajaan ikhlas lakukan perubahan itu,” katanya.

Menurutnya, walaupun diwujudkan dua akta baru menggantikan akta yang dimansuhkan, pihaknya perlu meneliti apa yang termaktub kelak.

Tanah pertanian di Kedah boleh diguna tujuan lain

http://w22.indonetwork.co.id/pdimage/54/1200354_foto028.jpg

ALOR SETAR 18 Sept. - Tanah pertanian di Kedah kini tidak lagi hanya untuk aktiviti pertanian tetapi boleh digunakan untuk maksud lain ekoran kerajaan negeri membuat pindaan terhadap Aturan Tanah Kedah, baru-baru ini.

Melalui pindaan itu, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kedah muncul negeri pertama yang membenarkan pemilik tanah memohon permit sementara untuk menggunakan tanah pertanian bagi tujuan lain.

"Kedah adalah negeri pertama melaksanakan pemakaian Pekeliling JKPTG Bil 1/2003 iaitu Tatacara Penggunaan Tanah Pertanian bagi tujuan yang tiada berkaitan dengan pertanian.

"Bagi membolehkan arahan ini dilaksanakan, kerajaan negeri telah mewartakan pindaan Aturan 36J dan Aturan 37 Aturan Tanah Kedah pada 31 Mac lalu," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Azizan berkata, kerajaan negeri akan mengenakan fi permit bagi keluasan tanah yang digunakan selain daripada pertanian berdasarkan kadar sepatutnya tanah tersebut digunakan.

Katanya, kadar itu dikenakan ke atas keluasan sebenar yang digunakan dan bukannya keseluruhan lot berkenaan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...