TERKINI :

Friday, September 16, 2011

UiTM, perompak yuran mahasiswa Melayu...

Ibu bapa pelajar di UiTM Segamat melahirkan kekecewaan mereka dengan pihak pentadbiran kampus yang mengenakan yuran RM690 untuk hostel tetapi hostel tersebut masih lagi dalam pembinaan.

Akibatnya para pelajar terpaksa tinggal di surau, berkongsi bilik dan di bilik sementara, mungkin untuk beberapa bulan akan datang.

Apa sudah jadi da, inilah akibatnya akibat mempertahankan peristiwa Bukit Kepong di Johor, pelajar-pelajar Melayu yang belajar di Johor terabai, teraniaya, tertindas, tertipu bukan oleh bangsa lain, tapi oleh bangsa Melayu sendiri.

Inilah Melayu, Menang Sorak, Kampung Tergadai !
------------------------------------------
Thursday September 15, 2011

Parents paid for rooms, but UiTM hostel still being built
SEGAMAT: Parents of second semester students at Universiti Teknologi Mara (UiTM) here are disappointed with the university’s management for failing to provide proper accommodation to their children.

More than 120 students who made advance payments of RM690 each for special rooms were shocked to find that the hostel building was still under construction.

Factory worker Mohd Hisham, 55, said he was disappointed with the university for placing his child and the other students at the surau, common rooms and other spare rooms.

“I feel cheated. The university had promised that the hostel would be ready by the time the semester begins. “The current structure of the hostel is not even a completed building. Unfortunately, I think the students are going to be forced to stay at temporary living areas for months.”

Another parent, Mariana Alias, 50, said she was worried about her daughter as the current arrangement was not conducive for studying. “This is the main reason why I paid for the rooms. I am really annoyed and worried that my daughter’s education will be affected due to this,” she said, adding that the university should have at least informed parents earlier so that they could source for alternative accommodation. “Now, we are left in a predicament.”

A representative from the university said the project was being handled by an outside contractor, “The area where the rooms are supposed to be built on is outside the campus and the developer has promised to complete it by the end of the week,” he said, adding that the university would ensure that the rooms were safe before allowing the students to stay there.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F15%2Fnation%2F9500051

WARGANEGARA BANGLA : Dulu..Hijau Merah.. Sekarang..PR BN..??

PKR minta siasat pengakuan PM Bangladesh

KUALA LUMPUR, 16 Sept: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh mendesak siasatan dibuat terhadap pengakuan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina Wajed mengenai rakyatnya di Malaysia, mudah memperoleh status penduduk tetap (PR) dan layak mengundi, lapor Keadilan Daily.

“Kita desak tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kenyataan Perdana Menteri Bangladesh berkenaan perkara ini.

“Jika perkara ini berlaku, Najib perlu bertanggungjawab dan berani tampil memberikan penjelasan,” katanya kepada Keadilan Daily, hari ini.

Beliau yang juga ahli Parlimen Kuantan berkata demikian apabila diminta mengulas pengakuan Sheikh Hasina yang dipetik dari www.ngoab.gov.bd - laman rasmi Hal Ehwal badan bukan kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri negara itu.

Mengikut laman itu, Sheikh Hasina berkata pekerja Bangladesh di Malaysia diberi kewarganegaraan dengan mudah asalkan mengundi parti yang mewakili kerajaan pemerintah.

Beliau juga mengesahkan sebilangan pekerja Bangladesh dalam beberapa sektor di Malaysia, diberi taraf kewarganegaraan sejak tahun lalu.

Katanya, mereka juga diberi hak sebagai pengundi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Keratan laman web rasmi Pejabat PM Bangladesh (bawah).

Aduhai NAJIB.. mahsuh 1 tapi mau bikin yg baru 2 pulak tuuu...!!

Guan Eng: Najib mansuh satu ISA, mahu gubal dua ‘ISA’

September 16, 2011

GEORGE TOWN, 16 Sept — Lim Guan Eng menegaskan langkah pentadbiran Najib mahu menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan dua undang-undang baru satu perkembangan yang mengecewakan dan penjenamaan semula akta yang kontroversial itu.

Justeru kata beliau, inisiatif pembaharuan politik yang diumumkan malam tadi adalah sesuatu yang tidak bermakna jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu mengadakan undang-undang baru bagi tujuan yang sama.

“Ya, sudah pasti ia berita yang baik tetapi jika anda mahu menggantikan dengan dua undang-undang baru, maka ia akan menjadi dua ISA?

“Kami tidak mahu melihat satu situasi di mana anda memasukkan wain yang lama dalam satu botol yang baru,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Lim (gambar), seorang bekas tahanan ISA berkata, rakyat Malaysia mahukan elemen peruntukan boleh menahan seseorang tanpa perbicaraan dibuang daripada mana-mana undang-undang pencegahan yang mahu diadakan.

Setiausaha Agung DAP menambah, satu tempoh yang pendek boleh dibenarkan bagi penahanan tetapi tahanan mesti dibicarakan di mahkamah.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Kata Najib, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (PPPA) 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib semalam.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Putrajaya seharusnya memansuhkan undang-undang berkaitan media selari dengan usaha memansuhkan ISA.

“Saya juga mangsa PPPA . . . saya ditahan selama 18 bulan,” kata beliau.

Lim juga membidas pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MCA, Gerakan dan MIC kerana menyokong pembaharuan diumumkan oleh Najib kerana mereka juga menyokong ISA sebelum ini.

“Sekarang, mereka cuba untuk mengambil kredit dengan pengumuman Najib,” kata Lim lagi.

Sehubungan itu kata Lim, rakyat Malaysia seharusnya diberikan pujian atas pengumuman Najib semalam, yang dilihat sebagai hasil perubahan landskap politik menerusi pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya umum 2008 menyaksikan tsunami politik dengan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dinafikan dan lima negeri dikuasai komponen Pakatan Rakyat.

“Mereka menyokong pembangkang yang berjuang untuk kebebasan yang lebih luas. Ia juga kesan kebangkitan di negara-negara Arab . . . jadi kerajaan-kerajaan, diktator-diktator jatuh pada era moden ini, ia tidak lagi berfungsi lain,” katanya lagi.

Butiran Laporan Polis terhadap Prof Datuk Dr Zainal Keling

Saya telah membaca di dalam akhbar Utusan Malaysia di Pejabat PAS Pusat di tingkat 2 no 318-A Jalan Raja Laut 50350 pada 10 September 2011 lebih kurang pada 10.00 pagi yang mana Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Professor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Zainal Keling dalam satu sidang akhbar di Putrajaya pada 9 September 2011 lalu telah mengatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah sebaliknya hanya dilindungi dan dinaungi oleh British. Beliau mengatakan lagi "jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar".

Saya, mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia amat terkejut dengan kenyataan tersebut yang dikeluarkan oleh seorang yang berpengaruh dan dikatakan pakar dalam bidang sejarah tanahair malah dinyatakan beliau mewakili Majlis Profesor Negara. Kenyataan yang tidak bertanggungjawab ini telah mengganggu-gugat kestabilan dan mengelirukan segenap lapisan masyarakat yang telah sekian lama diajar dan difahamkan bahawa British adalah penjajah Negara dan kemerdekaan yang dicapai pada 31 Ogos 1957 merupakan kemerdekaan dari penjajahan British.


Kenyataan ini juga sekaligus menafikan pengorbanan para pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair yang telah mempertaruhkan nyawa seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato' Bahaman, Dol Said, Rosli Dobi dan lain-lain.

Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan terdapat agenda tersembunyi yang dirancang oleh pihak tertentu di sebalik kenyataan ini yang bertujuan menggugat keharmonian dan mewujudkan kegusaran dalam masyarakat bagi mengalih perhatian rakyat terhadap isu-isu lain yang gagal ditangani oleh pihak yang berwajib. Kenyataan ini juga mencerminkan seolah-olah rakyat telah ditipu selama 54 tahun apabila menyambut Hari Kebangsaan setiap tahun sebagai ulangtahun kemerdekaan negara dari cengkaman penjajahan British di samping ia juga telah menghina Raja-Raja Melayu yang digambarkan seolah-olah tidak berbuat apa-apa bagi menghalang kemasukan penjajah ke Tanah Melayu. Sekiranya Negara tidak pernah dijajah dan hanya dilindungi atau dinaungi oleh British, apa perlu duit rakyat dihabiskan oleh Kerajaan setiap tahun untuk mengadakan majlis sambutan Kemerdekaan secara besar-besaran tersebut.

Tiadanya pendirian yang jelas di pihak kerajaan berkenaan perkara ini memburukkan lagi keadaan dan dikhuatiri akan menimbulkan keadaan huru-hara dalam masyarakat jika tidak dibendung dari awal apabila rakyat merasa tertipu dan mengambil tindakan sendirian yang bertentangan dengan undang-undang.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia menuntut agar Prof Datuk Dr Zainal Keling disiasat dan didakwa di mahkamah kerana secara jelas telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan atau berita yang telah menimbulkan kegusaran, kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam yang boleh mendorong dan/atau mengapikan mana-mana pihak untuk melakukan sesuatu kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Sekian laporan saya.

Aziz Bari: ‘terlalu awal raikan’ langkah Putrajaya

Aziz Bari: Inisiatif Najib terhad, ‘terlalu awal raikan’ langkah Putrajaya

September 16, 2011

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Pakar Perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari menegaskan terlalu awal untuk meraikan inisiatif yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak malam tadi memandangkan langkah-langkah disenaraikan Putrajaya sebenarnya tidak menyeluruh.

Kata beliau, banyak lagi undang-undang yang diharapkan pemansuhan ataupun sekurang-kurangnya dipinda tidak disebutkan langsung dalam perutusan yang disampaikan secara langsung kepada rakyat.

“Najib tidak kata apa-apa tentang pembaharuan pilihan raya, membisu mengenai kontroversi membabitkan (daftar pemilih SPR dan) Jabatan Pendaftaran Negara.

“Beliau juga tidak berkata apa-apa tentang akses kepada RTM, saluran (TV dan radio) pembayar cukai. Mengambil kira kesemua ini, apa yang disaksikan (semalam) hanya satu bentuk pengumuman... oleh itu pilihan yang ada hanyalah (kita kena) tunggu dan lihat... terlalu awal untuk kita meraikan,” kata beliau.

Kata Aziz (gambar), sementara langkah mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan membatalkan tiga deklarasi darurat satu perkara yang baik tetapi tuntutan berkenaan perkara itu telah lama diketengahkan oleh Pakatan Rakyat dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

“Jadi, Najib dan Umno-BN, sebagaimana ketika (menuntut) kemerdekaan pada 1957, mereka tidak boleh mengambil kredit (atas perkembangan ini),” kata ahli akademik ini.

Justeru jelas Aziz, perkembangan semasa ini juga menunjukkan pentadbiran Najib kelihatan bertindak kepada tuntutan dan permintaan pihak lain berbanding mengusahakan sendiri pendekatan-pendekatan yang diumumkan semalam, demi kepentingan rakyat.

“Oleh itu sedangkan beliau memegang jawatan (perdana menteri) tetapi tidak kelihatan berada dalam kuasa (sebenar),” kata Aziz lagi.

Sehubungan itu Aziz juga memberitahu, Umno-BN secara tiba-tiba telah mengetepikan falsafah politik mereka sendiri.

“Hanya semalam (kelmarin) (Menteri Dalam Negeri Datuk Seri) Hishammuddin Hussein datang dengan kenyataan menafikan (laporan media bahawa) ISA akan dimansuhkan,” kata Aziz lagi.

Dalam perutusan khas sempena Hari Malaysia semalam, Najib mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Katanya, dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah “semangat serta payung” Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Perdana Menteri menegaskan bahawa undang-undang baru itu akan memperuntukkan tempoh tahanan polis yang lebih pendek daripada yang dijalankan pada masa ini.

Kerajaan juga menjamin bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

Perdana Menteri turut mengumumkan bahawa kerajaan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

Kajian semula komprehensif ini akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan, kata Najib.

Kerajaan juga akan mengkaji semula Seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

Beliau juga berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Mengambil kira perkembangan terbaru ini, Aziz berkata, kerajaan perlu mengadakan satu suruhanjaya diraja untuk menyiasat salah guna kuasa di bawah ISA dan deklarasi-deklarasi darurat sejak lima dekad lalu.

“Dalam sistem demokrasi, kerajaan sewajarnya bertanggungjawab atas tindakan dan keputusan-keputusan yang diambilnya,” kata beliau.

Aziz juga berkata, sementara pengumuman Najib malam tadi kelihatan baik bagi masyarakat, kerajaan juga perlu mengkaji undang-undang lain seperti Akta Pertubuhan dan Akta Universiti dan Kolej Universiti serta Seksyen 27 Akta Polis.

“Cadangan mengenai Seksyen 27 telah diketengahkan oleh suruhanjaya diraja yang diketuai oleh bekas ketua hakim negara Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah pada 2005,” kata beliau sambil menambah, laporan suruhanjaya itu mendapati pihak pois telah salah guna kuasa untuk menafikan hak untuk berhimpun secara aman.

“Suruhanjaya juga mengetengahkan pembentukan dan operasi Cawangan Khas yang tidak telus dan tidak ada elemen akauntailiti,” kata beliau.

“Dan, bagaimana pula dengan Akta Rahsia Rasmi 1971 yang digunakan selama ini? Undang-undang ini menjadi halangan kepada ketelusan dan akauntabliti dalam masyarakat,” kata Aziz.

Selain itu Aziz bertanya, adakah Perdana Menteri ada mengatakan apa-apa tentang Akta Hasutan 1948 yang menyebabkan rakyat berhadapan dengan ancaman perundangan.

“Sebenarnya, ahli-ahli Parlimen yang merupakan anggota dewan perundangan boleh dikenakan tindakan di bawah akta ini. Keistimewaan Parlimen juga tidak boleh membantu mereka,” kata beliau.

Mohon Maaf, Bayar Pampasan dan Tutup Kem Kemunting.


1. Syukur Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan Yang Maha Adil lagi Maha Mengasihani. Setelah sekian lama PAS berjuang dan kini bersama Pakatan Rakyat, menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem pemerintahan negara terutama tuntutan supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri [ISA], kini hampir menjadi kenyataan setelah ramai pimpinan PAS dan aktivisnya terpaksa merengkok dalam tahanan kejam tanpa bicara itu, semata - mata kerana persaingan politik yang tidak matang.

2. Saya tidak lokek untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada Datuk Seri Najib Tun Abd Razak yang telah mengisytiharkan komitmennya untuk memansuhkan ISA sebentar tadi, biarpun UMNO dan BN telah mengambil masa yang terlalu lama untuk memahami betapa kejam dan zalimnya undang - undang ISA ini ke atas makhluk yang bergelar insan. Sementara PAS telah menentang ISA sejak hari pertama ia dibentang dan diluluskan di Parlimen justeru ia bertentangan dengan semangat keadilan yang dianjurkan oleh syariat Islam.

3. Sejurus mendengar pengisytiharan Datuk Seri Najib Tun Razak pada malam ini, hampir mengalir air mata saya mengenang penderitaan dan kesengsaraan yang terpaksa dialami oleh bekas tahanan ISA sebelum ini. Alangkah jika ISA dimansuhkan sejak komunis menyerah diri dan membubarkan parti serta perjuangan mereka tempoh silam. Pastinya mereka tidak perlu menderita dan sengsara hanya kerana dendam politik sang pemerintah.

4. Datuk Seri Najib Tun Abd Razak mesti mengotakan komitmennya dengan membentangkan secara rasmi Kertas pemansuhan ISA ini di dalam Parlimen yang akan bersidang awal bulan depan dan disokong pula oleh keseluruhan Ahli Parlimen UMNO dan BN sekaligus mengusulkan penutupan Kem Kemunting dengan membawa semua tahanan yang masih ada kemuka pengadilan untuk diadili mengikut proses undang - undang negara.

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan Kerajaan UMNO dan BN pimpinan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak juga mestilah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka serta membayar pampasan kepada semua mangsa - mangsa tahanan ISA dan keluarga mereka yang terpaksa mengalami penderitaan dan trauma yang teruk akibat akta draconian ini.[ISA]

6. Alhamdulillah, Sekali lagi saya lafazkan rasa syukur kepada Allah swt. berikutan komitmen yang diberi oleh YAB Perdana Menteri untuk turut mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

7. Subjek yang diumum dan diisytiharkan oleh YAB Perdana Menteri adalah merupakan jurus - jurus kecil dari pelan induk Reformasi yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat khasnya melalui Buku Jingganya sebelum ini. Demikian juga apa yang ditawarkan oleh PAS menerusi Dokumen Negara Berkebajikan. Tidak mengapalah siapa pun yang melaksanakannya asal ia membawa kebaikan kepada rakyat. Namun Kerajaan UMNO dan BN mesti sedar dan insaf, bahawa masih terlalu banyak perkara yang perlu direformasikan secara menyeluruh. Tidak memadai YAB Perdana Menteri pancing sokongan pengundi dengan hanya membuat beberapa perubahan atau pindaan yang bersifat jurus - jurus kecil sedang masaalah pokok masih tergantung diawangan.

8. Masaalah pokok yang saya maksudkan di sini ialah pemulihan sistem demokrasi yang adil dan ketelusan sistem pengurusan pilihanraya. Tiada erti perubahan itu dilakukan sedang hak pengundi untuk mengundi secara adil, telus dan saksama ternafi atau dinafikan dengan pincangnya sistem demokrasi dan selewengnya pengurusan pilihanraya.

9. Hari ini, negara masih berdepan dengan pelbagai bentuk kekeliruan dan keraguan yang timbul dari daftar pemilih, corak pengendalian pilihanraya, identiti pengundi, mykad palsu, pengundi klon dan undi pos sebagaimana yang didedahkan oleh DPP Malaysia, malah ianya masih gagal dijawab dengan jawapan yang meyakinkan oleh pengendali pilihanraya iaitu SPR mahupun kerajaan sendiri.

10. Ketelusan sistem pengurusan pilihanraya menjadi perkara terpenting setelah dilihat kepada usaha YAB Perdana Menteri cuba melakukan perkara yang serupa dengan apa yang mahu dilakukan oleh PAS dan Pakatan Rakyat. Apabila dilihat program dan subjeknya serupa, maka rakyat perlu kepada keadilan dan ketelusan untuk memilih siapakah yang lebih layak untuk menjadi kerajaan atau pemimpin bagi melaksanakan program reformasi negara tersebut.

11. Apa yang pasti, kini Pakatan Rakyat telah dilihat mampu memimpin dan memerintah. Tiada siapa boleh menafikannya lagi setelah banyak idea dan program reformasi negara yang dicadang oleh Pakatan Rakyat kini dilaksanakan oleh kerajaan UMNO dan BN.

12. Saya sendiri bertambah yakin. Bahawa Pakatan Rakyat mampu mengambil alih teraju kepimpinan negara, kerana rakyat kini beralih perhatian untuk memilih siapa yang paling layak memimpin dan memerintah setelah dilihat idea dan program perubahan hampir serupa dari kedua - dua parti iaitu Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Malah rakyat tahu siapa yang menggerakkan program dan idea perubahan tersebut.

13. Ertinya selepas ini nilai integriti, akhlak pemimpin, kecerdasan dan karisma kepimpinan akan menjadi nilai fokus pada pengundi untuk diberi mandat kepimpinan negara, kerana tiada erti diserahkan urusan pemerintahan kepada manusia yang rosak nilai integriti, rasuah dan tidak diyakini kewibawaannya. Justeru itu, berikan ruang secukup dan seadilnya untuk rakyat membuat pilihan tepat tanpa sebarang tekanan dan ugutan jua tanpa sebarang manipulasi.

14. Dewan Pemuda PAS Malaysia percaya, pengumuman YAB Perdana Menteri malam ini adalah isyarat gendang tari pilihanraya telah dipalu. Pemuda PAS secara asasnya telah bersedia untuk menghadapi kemungkinan pilihanraya di adakan pada bila - bila masa secara spiritual, mental, material dan fizikal. Pembentangan belanjawan pada bulan hadapan juga pastinya akan dijadikan belanjawan pilihanraya seperti lazimnya dan akan banyaklah tawaran - tawaran dikemukakan kepada rakyat terutama rakyat marhaen dan menengah.

15. Kini DPP Malaysia telah memasuki gear lima untuk terus meluncur dengan persiapan dan gerakkerjanya ke arah memenangi pilihanraya umum ke 13 insyaallah.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
11.00 malam
15 Sept 2011

Bongkar.. PM Bangladesh dedah rakyat dia mudah jadi warganegara Malaysia untuk undi K'jaan Memerintah..!!



  • Kedah Lanie nia ambik kat website negara bangladesh....http://www.ngoab.gov.bd/Main.php?Id=66
    12 minutes ago · ·
  • Zul Hazmi Mampoih kena delete la website tu.. Sapa cr lps ni mesti x jumpa..
    3 minutes ago ·
  • Mohd Fauzi nk share... bleh
    3 minutes ago ·
  • Hahe Nuau Aaha Ayat yg di'highlighted tu mmg jelas menggambarkan betapa ramai warga Bangla diberi kerakyatan semata2 demi mengundi sebuah parti yg sering bekerjasama dgn JPN SPR semua iaitu BN / UMNO!

    Ayat paling best ialah "Bangla workers may easily be conferred Malaysian citizenship WITH THE CONDITION TO VOTE FOR PARTY THAT REPRESENTS THE GOVERNMENT IN POWER"...sudah terang lg bersuluh. Apa komen UMNO?
    about a minute ago ·
  • Kedah Lanie ambik jaaa..tak ada hakcipta

Fakta Sejarah – Polis Sebelum dan Selepas Merdeka

Oleh: MZ

Mari mengenali siapa British dan hubungkait dengan talibarut British.

Mengenai dengan polis/askar sebelum merdeka dan selepas merdeka,terdapat perbezaan yg amat jauh sekali dengan tugasan dan tangungjawab mereka.


SEBELUM MERDEKA.

1.) Negara kita masa itu sedang dijajah oleh British. Fakta British adalah penjajah tanah melayu, membolot semua hasil bumi tanah melayu untuk kepentingan penjajah kafir barat-British.

2.) British dengan bijaksananya merekrut org2 melayu (sebahagian yang tak ada kerja), untuk menjadi mata2 (polis bawahan) British di Tanah melayu.

3.) Tugas mata2 British ini adalah untuk menjaga kepentingan British dan TAAT Setia mereka adalah kepada Queen Elizabeth (Raja British).

4.) Terdapat ramai dikalangan anak tempatan (samada melayu atau bukan melayu) di masa ini yang mempunyai semnagat untuk menuntut kemerdekaan bagi negara sanggup menggadai harta dan nyawa demi membebaskan negara pada masa itu.

5.) Ini boleh dibuktikan dengan perjuangan awal orang-orang melayu seperti Tok Janggut, Mat Kilau dan sebagainya. Dalam perjuangan mereka, mereka juga terpaksa bertempur dengan orang-orang melayu yg menjadi talibarut-talibarut penjajah yang tugasnya menjaga kepentingan penjajah.

6.) Satu fakta penting lagi, kafir penjajah British adalah musuh utama kepada Khilafah Islam Utmaniah. Mereka telah membolot hasil bumi dan kekayaan melayu untuk melawan Khalifah Islam Uthmaniah. (Shaykh-al-Islam, Khayri Effendi telah mengeluarkan fatwa Jihad-I Ekbar Fardi Ayn terhadap Britain dan sekutu-kutunya pada 14 November 1914
.
Sebagai reaksinya, British telah mengeluarkan enakmen MELARANG akhbar-akhbar tempatan dari menyiarkan berita mengenai peperangan antara British dengan Turki Utmaniyyah pada 21 November 1914)

7.) Satu lagi fakta penting pasal Penjajah British pada masa berkenaan — Henry Gurney dilantik menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

8.) Jadi penentangan orang-orang melayu islam terhadap kafir British bukan sahaja menentang penjajah tanah air tetapi juga adalah jihad terhadap musuh islam (Khilafah Utmaniah) pada masa tersebut. Orang yangg bersubahat untuk menjaga kepentingan British pada masa berkenaan untuk melawan jihad terhadap British pada masa berkenaan sebenranya bukanlah pejuang agama dan negara yg sebenar.

Ini adalah fakta. Malah orang-orang yang berjuang menentang British pada masa berkenaan adalah hero@pejuang sebenar negara. Mengenai kerjasama antara orang Islam dengan bukan Islam (tempatan) menentang British itu adalah perkara diharuskan. Dan perlu diingat tindakan2 PKM sebelum merdeka dan selepas merdeka adalah sangat berbeza sama sekali. Sebelum merdeka, tumpuan mereka hanya memperjungkan kemerdekaan dan tidak membunuh mana-mana orang awam kecuali talibarut penjajah sahaja (kena baca fakta2 sejarah dr pelbagai pihak). Walau bagaimanapun tidak dinafikan terdapat tindakan melampau PKM pada masa tersebut dan ini juga perlu dikutuk.

9.) Berdasarkan hujah bahawa British adalah penjajah Tanah Melayu dan musuh utama khilafah Islam Uthmaniah, pihak-pihak yang bersekongkol dan berjuang mempertahankan British pada masa berkenaan bukanlah pejuang Agama dan Negara.

10.) Untuk persoalan macam mana British boleh senang-senang bagi kemerdekaan Tanah Melayu melalui rundingan , sila renungi fakta penting berikut —-; Perancang penjajahan Britain di Mesir, Lord Cromer pernah menyatakan di dalam bukunya ‘Modern Egypt’:"Inggeris bersedia untuk memberi kebebasan berpolitik untuk semua tanah jajahannya sebaik sahaja generasi yang dididik dengan budaya British sudah bersedia untuk memerintah, tetapi British sama sekali tidak akan membenarkan tertegaknya sebuah negara Islam yang tidak bergantung kepada sesiapa pun"

SELEPAS MERDEKA.

1.) Negara kita sudah merdeka dan mempunya raja sendiri.

2.) Polis dan Askar pada masa ini berkhidmat untuk menjaga keamanan negara dan taat setia kepada Agung/ Raja Melayu. (terdapat perbezaan yang amat ketara disini berbanding sebelum merdeka).

3.) Tindakan Polis dan Askar memerangi komunis adalah tindakan demi menjaga kepentingan Negara adalah pejuang Negara.

4.) Ini langsung tidak dipertikaikan asalkan tindakan tersebut benar-benar demi untuk agama, bangsa dan negara bukan untuk kepentingan pihak tertentu.

5.) Jadi Ayah/Atuk (anda) serta ahli keluraga aku yg berkhidmat melawan komunis selepas merdeka adalah jelas pejuang agama dan bangsa.

6.) Walaupun begitu jikalau British membenarkan pendamaian (seperti dalam rundingan Baling), semua yang berlaku ini mungkin dapat dihindarkan. Tetapi British bijak dalam melaksanakan teknik pecah dan perintah demi untuk kepentingan penjajah British pada masa berkenaan.

Akhir kata, selamat maaf hari raya. Dan mohon maaf kalau terkasar bahasa. Dan dalam hal ini aku hanya berhujjah berdasarkan fakta sejarah. Tindakan-tindakan PKM selepas merdeka tidak sepatutnya digabungkan dengan tindakan sebelum merdeka. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali . Dan tindakan orang Melayu angkat senjata sebelum merdeka (walaupun berkerjasama dengan PKM) harusluh dilihat dalam konteks perjuangan untuk menuntut kermerdekaan dan melawan musuh khilafah islam uthmaniah. Terdapat perbezaan pendekatan yang amat banyak sekali. Dan aku juga mempunyai ahli keluarga yg menjadi mangsa Komunis, tetapi bila berhujjah aku kena mengenepikan sentiment emosi dan harus jujur kemukakan berasaskan fakta yang sebenar. Itulah yg dituntut oleh Islam.

http://www.malaysiatimes.my/2011/09/15/fakta-sejarah-polis-sebelum-dan-selepas-merdeka/

Awai lagik kita tengok dulu akta apa yang dikatakan nak ganti ISA tuu..!!!

Masih terlalu awal, PAS tunggu dulu akta ganti ISA

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respons terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Harakahdaily hari ini.

Ianya sebagai respons awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat.

Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.

Selain itu, PAS juga, kata Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.

"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.

PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu.

Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Lepas berjaya HAPUSKAN ISA kita HAPUSKAN BN pula!

Sapa kata demonstrasi jalanan tidak berkesan?

Oleh: Saiburi Sudin

Ekoran dari himpunan lebih 100 ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur mendesak supaya akta yg membenarkan org dipenjara tanpa bicara (ISA) dimansuhkan, maka hati ini BN bersetuju memansuhkan ISA. Walaupun tindakan mereka tidak dibuat sejurus selepas himpunan tersebut..tapi semua org tahu ia dibuat berasaskan tekanan dari Pakatan Rakyat. Biasalah takkan BN nak tunjuk 'takut' waktu itu juga, mesti ambil masa biar jarak agak jauh supaya rasa kemaluan mereka dapat disimpan.

Jgn lupa, hapus ISA adalah antara perkara yg terkandung dalam Buku Jingga. BN dakwa bahawa MUSTAHIL nak laksanakan intipati Buku Jingga.. kemudian BN pula buktikan bahawa ia dapat dilaksanakan! Terbukti cakap BN selama ini karut, tak boleh pakai.

Hari ini, pengampu BN memuji-muji tindakan hapus ISA. Sebelum ini bukan main kutuk tindakan PR desak rakyat hapus ISA. Ini yang dikatakan hipokrit, atau orang Kuala Nerang cakap LIDAH BERCABANG.

Lantak komelah BN... Yg penting bagi rakyat lepas kita berjaya mansuhkan ISA kita mansuhkan BN pula.

http://kedahla.blogspot.com/2011/09/lepas-berjaya-hapuskan-isa-kita.html

Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pasukan dari "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM)

Benar. Ini kerana Parti Komunis Malaya bukanlah sebuah pasukan tentera. Mereka adalah sebuah parti politik.

Adapun Balai Polis Bukit Kepong diserang oleh pasukan dari "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM)

TPNM sememangnya ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Namun, apa yang penting adalah syarat penyertaan TPNM tidak memestikan ahli pasukan ini menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Dengan kata lain, tidak semestinya mereka yang berjuang di dlaam TPNM ini adalah ahli Parti Komunis Malaya.

Ia sama seperti perjuangan menentang pendudukan tentera Jepun di Malaya oleh MPAJA. MPAJA adalah tentera yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, di dalam MPAJA ini digabungkan sesiapa sahaja dari berbagai bangsa untuk menentang British.

Maka, benarlah kata-kata Abang Mat Sabu serta adik kepada Mat Indera.

Bahawasanya, Mat Indera tidak pernah menjadi komunis mahupun menjadi ahli Parti Komunis Malaya.

Adapun yang disertai oleh Mat Indera adalah "Tentera Pembebasan Nasional Malaya"(TPNM) yang menggabungkan sesiapa sahaja yang membenci British atau mahu menghalau British dari tanah air Malaya ini.

Juga, syarat menyertai tentera ini tidak mewajibkan ahli-ahlinya mempercayai ideologi komunis.

Tidak dinafikan TPNM ini ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya. Namun, tidak boleh juga dikatakan setiap orang yang menyertai TPNM itu adalah mereka yang berideologi komunis.

Ini lah yang tidak difahami oleh ahli2 sejarah boneka UMNO ataupun mereka-mereka yang kononnya mahu mempertahankan propaganda UMNO.

Tulang Besi juga hairan. Mengapa Balai Polis Bukit Kepong itu dipertahankan oleh UMNO? Bukankah Balai Polis itu milik kerajaan British? Bendera yang berkibar di balai polis tersebut pada masa ianya diserang adalah bendera British (Union Jack), bukan bendera Johor atau bendera MAlaysia ataupun bendera Sang Saka Merah Putih.

Ertinya, Balai Polis Bukit Kepong pada masa itu adalah sebahagian dari pos tentera British. Maka, ketaatan mereka yang didalam balai itu adalah kepada King George VI.

Kita mengasihani anggota polis yang terkorban sewaktu peristiwa itu. Mereka tidak lain dari korban kekejaman British yang menggunakan anak-anak Melayu untuk mempertahankan kepentingan mereka di Malaya.

Tetapi, kita tidak boleh nafikan bahawa Balai Polis tersebut adalah milik kerajaan British dan bukannnya kerajaan Tanah Melayu, Malaya ataupun milik Baginda Sultan Johor.

Tulang Besi juga menasihatkan mereka yang beriye2 membuat deklarasi Bukit Kepong baru-baru ini supaya mengibarkan bendera Union Jack sewaktu membuat deklarasi tersebut. Jangan cuba mengubah sejarah dan mendakwa polis di Bukit Kepong adalah hero. Melayu2 yang terbunuh itu adalah mangsa bukan hero.

Tulang Besi

Orang kampung termakan dakyah Utusan?

Oleh Ahmad Lutfi Othman

Menuduh PAS menyanjung perjuangan komunis, apatah lagi daripada segi ideologinya, adalah tidak masuk akal sama sekali. PAS bukan sahaja menolak faham komunisme, malah begitu kritikal terhadap ideologi bikinan manusia yang lain.

Tentulah strategis Umno tidak terlalu bodoh untuk memaksa rakyat negara ini supaya mempercayai parti Islam itu begitu terpesong jauh sehingga menerima fahaman tidak bertuhan dan merestui tindakan keganasan.

Justeru, sesiapa pun tidak dapat menafikan bahawa manipulasi media selama hampir 20 hari tanpa henti terhadap ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di Tasik Gelugor, 21 Ogos lalu sarat dengan motif politik yang cukup tebal.

Bagi perancang kempen Umno, yang selama ini tercari-cari modal dan bekal politik menjelang pilihan raya umum ke-13, isu serangan Mat Indera di Bukit Kepong pada 1950, yang disebut sepintas lalu dalam ucapan Mat Sabu itu, dilihat senjata paling ampuh untuk menarik sebanyak mungkin sokongan pengundi Melayu.

Sesungguhnya Umno sudah putus harapan dengan masyarakat bukan Melayu, terutama pengundi Tionghua. Keputusan pilihan raya negeri Sarawak semakin memudarkan impian mereka untuk menjinakkan "kemarahan" masyarakat Cina, yang begitu terserlah dalam PRU12 sehingga mencetuskan tsunami politik yang bersejarah itu.

Kini, talian hayat Umno untuk terus menerajui takhta dan menguasai Putrajaya semata-mata tertumpu kepada orang Melayu. Melihat bagaimana Utusan Malaysia dan TV3 secara intensif menimbulkan isu-isu yang membangkitkan sentimen kemelayuan sudah cukup untuk membuktikan Umno terpaksa memperjudikan survival kuasanya.

"Apabila isu Mat Indera dimainkan setiap hari sejak 27 Ramadan lalu, bagi saya, itu petanda Umno sudah bankrap atau muflis isu," kata seorang penganalisis politik, yang juga seorang pensyarah kanan undang-undang sebuah universiti tempatan.

"Ia juga membuktikan segala usaha pembaharuan Najib Razak, terutama berkaitan pakej ekonomi, telah gagal dan langsung tidak membantu memulihkan imej BN. Lalu, tiada pilihan melainkan mencari-cari apa yang dilihat sebagai kelemahan pembangkang, khususnya PAS, iaitu seteru terkuat Umno, untuk digembar-gemburkan," tambahnya.

Kesempatan menemubual Mat Sabu, Isnin lalu, memberi kesempatan untuk saya mencari jawapan di atas "kekeliruan" yang dibangkitkan media Umno. Ternyata beliau cukup yakin dan selesa menjawab pertanyaan kami, malah menjangkakan Umno "menggali kuburnya" sendiri apabila membangkitkan soal sejarah kemerdekaan negara.

Selama ini, tidak kurang ramainya masyarakat Melayu, khususnya golongan yang sudah berumur, yang cukup menyanjung "satu-satunya jasa tidak ternilai Umno" iaitu memerdekakan Tanah Melayu. Persepsi itu diwarisi turun-temurun.

Malah, sebahagian mereka mengakui rekod buruk Umno selama memerintah lebih 54 tahun, tetapi tidak dapat melupakan "pengorbanan pemimpin Umno" untuk menghalau penjajah (walaupun kini diberitahu oleh juak-juak Umno di menara gading bahawa negara tidak pernah dijajah). Dan cara terbaik "membalas budi" Umno itu adalah dengan terus mengundinya dalam pilihan raya!

Walaupun saya tidak begitu mudah untuk meyakini Umno dapat ditewaskan dengan mudah melalui polemik ini, namun saya amat bersetuju jika "pancang kekuatan palsu" parti itu dapat robohkan atau sekurang-kurangnya dilemahkan.

Saya yakin masih ramai sarjana sejarah, yang jujur dengan ilmu mereka, bersedia berkongsi pengetahuan dengan publik, khususnya ketika rakyat cukup dahagakan "kisah benar" yang selama ini terselindung. Dan di pasaran sebenarnya sudah ada buku-buku yang mampu menyingkap "kegelapan" itu.

Percayalah, dalam waktu terdekat, kita akan dilambakkan dengan buku-buku yang mampu "memperbetulkan" sejarah negara, sekali gus mendokong usaha yang dirintis Mat Sabu itu ....

Pada awal bicara kami, Mat Sabu menjelaskan bahawa tema ceramah kontroversinya itu adalah soal sambutan kemerdekaan yang sudah jadi sambutan Umno dan bukan sambutan nasional yang dirayakan rakyat. Temanya adalah pengiktirafan kepada semua pihak yang menyumbang ke arah kemerdekaan, termasuk Umno.

Saya cuba mempersoalkan kemungkinan isu berkaitan keganasan komunis ini akan "mencederakan imej PAS" di kalangan masyarakat Melayu desa atau peneroka Felda. Kebanyakan konstituensi tradisi PAS masih di kampung-kampung, yang agak belum dapat ditembusi terjahan maklumat sepenuhnya.

Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri mengakui undi Melayu yang menjadi teras kekuatan politik tanahair perlu dikuasai PAS dalam PRU13, dengan target untuk memenangi 60 kerusi Parlimen. Hampir semua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Melayu.

Lagi pun kebanyakan anggota keselamatan adalah orang Melayu. Dengan memutar-belitkan ucapan Mat Sabu itu, sambil menonjolkan bukti keganasan komunis seperti kudung kaki akibat jerangkap samar (walaupun tragedi berlaku pada 1970-an dan langsung tiada kaitan dengan penekanan Mat Sabu), Umno yakin undi pesara tentera, bekas polis dan kaum keluarga mereka tidak akan lari daripada BN.

Mat Sabu tidak menolak hakikat itu tetapi menganggapnya satu cabaran besar yang mesti ditukar kepada peluang untuk memberi penjelasan kepada rakyat. Namun beliau yakin bahawa perubahan dalam mana-mana pilihan raya lebih difaktorkan oleh kesedaran berpolitik masyarakat bandar.

"Saya yakin, anak-anak orang kampung yang tinggal di kota, yang terdedah dengan pelbagai maklumat menerusi media baru dan berkomunikasi melalui Facebook dan Twitter, dapat menjelaskan isu sebenar kepada ibu bapa mereka.

"Yang penting kita harus menukar apa yang dilihat sebagai tekanan ini kepada potensi untuk meluaskan pengaruh PAS," tekannya. "Ya," pintas saya, "kita seharusnya tidak mudah mengalah, mungkin di peringkat awal isu ini nampak memihak Umno, tetapi jika kempen dan penerangan diberikan secukupnya ke akar umbi, kebenaran sejarah akan terdedah."

"Apa pun, bagi saya," kata Mat Sabu, "kepada masyarakat di kampung, yang lebih penting adalah kesediaan PAS untuk turun bersama rakyat, berdamping erat dengan mereka, merasai susah-payah mereka dan menawarkan bantuan. Isu-isu nasional kadang-kadang tidak begitu mempengaruhi."

Dalam pada itu, beliau sempat menekankan, janganlah kita terlalu merendah-rendahkan keupayaan masyarakat kampung untuk membaca real-politik dan mengesan tipu-helah Umno memutar-belitkan isu ini.

Namun, beliau berulang kali mengingatkan kami tentang batas sempadan yang perlu diberi perhatian, iaitu masa sebelum merdeka dan selepas tarikh 31 Ogos 1957. Polis yang dilihat mempertahankan kepentingan British berada di zaman penjajah ketika bendera UnionJack masih berkibar megah.

Selepas merdeka, Mat Sabu dengan tegas menolak pendekatan militan dan keganasan pihak komunis kerana ruang demokrasi, meskipun diakui sempit, telah terbuka. Dalam kesibukannya, beliau masih sempat mengisi kolum "Membedah Demokrasi" dalam Harakah, yang konsisten mempromosikan usaha penambahbaikan terhadap sistem yang dianggap antara terbaik yang pernah dihasilkan manusia.

UMNO mesti buat pendirian - kita pernah dijajah atau pun tidak?

Oleh Aspan Alias

Saya mengikuti perbalahan tentang sejarah negara yang sedang hebat diperkatakan oleh banyak pihak dan individu. Majlis Professor Negara (MPN) http://www.thenutgraph.com/user_uploads/images/2009/03/28/280309-NajibUmno550.jpgmenyatakan yang negara kita tidak pernah dijajah, tetapi hanya merupakan negara ‘protectorate’ Inggeris sahaja.

Saya pun pernah bersekolah sikit-sikit dan boleh lah membaca dan menulis sikit-sikit serta faham sikit-sikit isu yang sedang hebat diperkatakan oleh mana-mana pihak termasuk isu sejarah yang luas diperbincang dan diperkatakan oleh orang ramai sekarang ini.

Bagi saya isu tentang samada negara kita pernah dijajah atau tidak ini merupakan isu sensitif yang tidak tertera kerana setelah kita mempunyai kerajaan tadbiran rakyat sendiri kita belum lagi ada sejarah yang kekal untuk dibaca oleh generasi kita.

Kalau kita tidak ada sejarah kita bolehlah di samakan seperti haiwan di hutan. Saya amat kesal dengan kenyataan wakil MPN Zainal Keling yang menyatakan negara kita tidak pernah dijajah dan perkara ini timbul hanya setelah kita mencapai kemerdekaan lebih dari setengah abad.

Jika apa yang diperkatakan oleh Zainal Keling itu maka saya kesal dengan Che’ gu saya yang bernama Miss Lim semasa saya darjah 5 dahulu kerana memberitahu saya dan murid sedarjah dengan saya yang kita menyambut hari kemerdekaan pada setiap 31 Ogos kerana memperingati saat negara kita terlepas dari penjajahan kuasa asing ke atas negara kita.

Saya juga menyampah dengan Joginder Singh kerana dalam buku beliau yang menjadi buku teks sejarah semasa itu menyatakan dengan jelas yang Malaya terlepas dari penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Hendak berhujah dengan Joginder Singh pula masalahnya beliau sudah meninggal dunia. Atau pun saya persalahkan Kementerian Pelajaran semasa itu yang memilih buku sejarah karangan Joginder Singh ini sebagai buku teks semasa itu.

Kenapa baru sekarang ada yang memberitahu yang kita adalah seperti negara Thai yang tidak pernah dijajah. Kenapa semua pensyarah dan semua rakyat mengatakan yang kita tidak pernah dijajah oleh sesiapa?

Kenapa buku-buku sejarah dan sejarawan kita menulis cerita dongeng yang mengatakann kita bukan negara yang pernah dijajah? Betul kah cerita Tun Razak pernah menjadi ahli ‘force 136’ untuk mencapai kemerdekaan. Bila datang cerita mutakhir dari Zainal Keling ini ingin pula saya bertanya benar kah Tun Razak menyertai ‘force 136’ dan wujud kah sebenarnya 'kumpulan 136' itu?

Nasib baiklah saya sudah masuk umur 60 tahun. Kalaulah saya baru berumur 10 tahun mungkin saya tidak percaya wujudnya seorang pemimpin kita yang bernama Tunku Abd Rahman Putra seperti yang ditulis oleh penulis buku sejarah negara kerana buku sejarah sekarang itu semuanya tidak betul.

Jika semuanya tidak betul maka segala isi kandungann buku-buku sejarah yang ada sekarang adalah cerita fiction lama sahaja.

Yang peliknya Mahathir yang tidak kering mulut mengingatkan kita yang bangsa Melayu kini lesu ialah kerana akibat dijajah oleh Inggeris dan penjajah lain selama lebih dari 400 tahun, kini bersetuju dengan pandangan Prof Zainal yang kita tidak dijajah. Beliau seterusnya kenyataan PAS akhir ini untuk mengkritik UMNO itu ialah semata-mata untuk menafikan dan memperkecilkan Tunku Abd Rahman. dengan menafikan UMNO sebagai pejuang kemerdekaan.

Di sini lah kelihatan percanggahan politik dan pemikiran Dr Mahathir di dalam satu nafasnya sendiri. Sedarkah Dr Mahathir jika beliau mengakui yang negara tidak pernah dijajah ianya adalah kata-kata yang menidakan UMNO (TUNKU) sebagai pejuang kemerdekaan. Jadi elok kita bertanya, cakap Dr Mahathir yang mana yang hendak kita pakai sekarang?

PAS hanya menyatakan bahawa perjuangan kemerdekaan itu bermula sebelum UMNO itu wujud dan UMNO hanya menyudahkan perjuangan yang belum diselesaikan oleh perjuangan sebelum itu. Ini bermakna PAS sendiri menyenaraikan yang UMNO juga adalah pejuang kemerdekaan.

Tetapi apa yang dikesalkan oleh PAS ialah UMNO mengambil semua kredit perjuangan kemerdekaan itu sendiri dan tidak mahu mengakui ada banyak pihak lain yang telah bersusah payah untuk melepaskan negara dari cengkaman Inggeris penjajah itu.

Sekarang yang amat penting untuk UMNO lakukan sekarang ialah untuk menentukan sikap secara formal; 1) samada kita pernah dijajah atau pun tidak 2) Samada mengakui yang sebelum UMNO wujud ada atau pun tidak pihak-pihak yang telah berjuang untuk memerdekakan negara.

UMNO mesti tegas untuk menentukan sikap dan pendirian, terutamanya TS Muhyiddin yang kenyataannya cuba menafikan peranan pihak lain yang telah lama bertindak melepaskan negara dari jajahan Inggeris.

Jika UMNO mempunyai maruah sebagai parti orang Melayu parti ini mesti menentukan sikapnya secara jelas dan formal supaya rakyat dapat menilai samada parti ini masih relevan atau pun sebaliknya.

Rakyat tidak mahu lagi mereka di ‘kelentong’ dengan kata-kata yang berbelit-belit semata-mata kerana keperluan politik mereka yang hanya menagih kuasa tetapi tidak mahu bertanggungjawab mempertahankan maruah politik mereka.

Tidak habis-habis membelit.
http://aspanaliasnet.blogspot.com

Pas sokong MPN


KUALA LUMPUR – Pas bersetuju dengan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, pihak nya yakin dengan MPN kerana apa yang diperkatakan oleh mereka sudah tentu berdasarkan fakta dan kajian dilakukan.

Oleh itu katanya, kerajaan harus menubuhkan satu panel khas bagi mengkaji dan memperbetulkan sejarah negara.

“Ini adalah perlu bagi mengelakkan rakyat terus keliru dengan pelbagai fakta sejarah dikemukakan pelbagai pihak ketika ini.

“Kita panggil Prof Datuk Dr Zainal Kling, Prof Khoo Kay Kim dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk diberi peluang menyatakan fakta sejarah,” katanya.

Terdahulu Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosio Budaya MPN, Prof Datuk Dr Zainal Kling menyatakan, British hanya mengetuai seluruh pentadbiran Tanah Melayu, namun Tanah Melayu bukan jajahan British.

Mengenai cukai perkhidmatan enam peratus terhadap pengguna talian telefon prabayar, Mahfuz berkata, adalah tidak wajar bagi ia dikenakan kepada pengguna memandangkan syarikat tersebut boleh menyerap dalam kos mereka.

Tambahnya lagi, cukai perkhidmatan adalah cukai dikenakan selepas mendapat perkhidmatan tetapi dalam hal ini, ia dikenakan sebelum digunakan.

“Adalah tidak wajar, ia bertentangan dengan dengan cukai perkhidmatan diperkenalkan kerajaan.

“Saya mendesak kerajaan mengkaji semula perlaksanaan cukai perkhidmatan prabayar ini, ia satu paksaan dan membebankan,” katanya.

Mahfuz berkata, kerajaan perlu menyemak semula Akta Pencukaian atau membuat pilihan dengan hapuskan caj cukai perkhidmatan atau kerajaan kenakan cukai perkhidmatan ke atas syarikat yang boleh menyerapkan kos tersebut.

Hadiah NAJIB untuk Hari Malaysia - Harga ayam terus naik

Harga ayam terus naik

PENDANG – ‘Jualan ayam semakin merosot’. Itulah luahan hati beberapa peniaga di Pasar Pendang kepada Sinar Harian ketika tinjauan di situ berikutan harga ayam mentah terus naik berturut-turut selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu.

Kenaikan harga berterusan selepas sambutan perayaan tidak dijangka peniaga dan pembeli memandangkan harga pelbagai jenis barang lain naik ketika musim perayaan.

Peniaga, Nor Shahidan Mansor, 34, berkata, jualan ayam kini semakin merosot sejak kenaikan harga ayam yang berturut-turut iaitu sebanyak 90 sen selepas sambutan hari raya.

“Peniaga terpaksa menjual ayam dengan harga RM9 sekilo apabila harga ayam terus naik iaitu harga ayam naik selepas raya sebanyak 40 sen dan kelmarin harga ayam naik pula sebanyak 50 sen.

“Kami terpaksa menjual dengan harga tinggi memandangkan harga yang diambil kepada pemborong turut tinggi iaitu RM7.50 sekilo tidak termasuk kos memproses ayam, plastik dan gaji pekerja setiap hari,” katanya.

Menurutnya, selepas ditolak dengan semua kos terbabit keuntungan yang diperoleh peniaga adalah begitu tipis memandangkan dia terpaksa mengurangkan kuantiti jualan sejak jualan ayam merosot kebelakangan ini.

Seorang lagi peniaga, Abdullah Sani Abdul Razak, 44, berkata, peniaga tidak mengambil ayam dengan jumlah yang banyak daripada pemborong kerana sambutan terhadap jualan ayam semakin berkurangan sedangkan peniaga terpaksa mengeluarkan modal yang tinggi.

“Jumlah ayam yang diambil berkurangan sebanyak 50 peratus menyebabkan keuntungan setiap hari adalah tipis kerana pembeli akan membeli ayam dengan kuantiti yang sedikit contohnya sebelum ini mereka (pembeli) membeli seekor tapi sejak harga naik mereka hanya membeli sebelah ayam sahaja.

“Pengunjung membeli ayam tetapi membeli pada kuantiti yang sedikit sejak harga ayam naik kerana harga ayam yang tinggi bukan sahaja membebankan peniaga untuk mengeluarkan modal tinggi tapi turut membebankan pembeli,” katanya.

Abdullah berkata keuntungan bagi sekilo ayam diperoleh peniaga adalah tidak sampai 70 sen selepas ditolak semua kos dan kenaikan harga ayam ini tidak boleh berterusan memandangkan kenaikan ini turut tidak dimaklumkan kepada peniaga dan orang ramai.

Sementara itu, seorang pembeli, Nor Hasyimah Ibrahim, 33, berkata, kenaikan harga ayam membebankan pengguna kerana ayam merupakan bahan mentah yang sering dibeli.

“Saya tetap juga membeli ayam walaupun mengetahui harganya terlalu tinggi kerana anak-anak gemar makan ayam berbanding ikan namun terpaksa mengehadkan kuantiti pembelian daripada sebelum ini.

“Kenaikan harga ayam tidak sepatutnya berlaku kerana ia turut membebankan golongan berpendapatan rendah dan mungkin mereka terpaksa membeli ikan,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...