TERKINI :

Thursday, September 15, 2011

Alhamdulillah...ISA telah dikuburkan.. TAHNIAH SUARA RAKYAT MALAYSIA..!!

K'jaan mansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.

"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini.

Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.

Perdana menteri juga mengumumkan prinsip pembaharuan tahunan bagi permit pencetakan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan.

sementara itu, Najib berkata, kerajaan, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya.

"Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau," tambahnya.

Gubal dua undang-undang baru

Bagaimanapun, katanya, untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan.

"Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

"Di atas segalanya, kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

"Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa Menteri," tambahnya.

Di sudut lain, tambahnya, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik.

"Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi," tegasnya.

Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan.

"Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambilkira norma-norma di peringkat antarabangsa," tegasnya.

Ohhhh BEKAS ADUN rupanya adik Rashid Maidin nie....!!!

Adik Rashid Maidin halang Mat Sabu kait abangnya

Adik kepada bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) akan mengambil tindakan mahkamah untuk menghalang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu daripada mengaitkan nama abangnya Rashid Maidin dalam ceramah politiknya.

Datuk Mohamed Yusof Maidin, 86, berkata beliau sedang berurusan dengan peguam untuk mengambil tindakan terhadap Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

"Kenyataan yang dikeluarkan Mat Sabu sangat mengguris hati kami sekeluarga," katanya ketika ditemui di kediamannya di Bandar Desa, Chenderong Balai diTeluk Intan hari ini.

Beliau difahamkan terdapat ceramah politik oleh pihak pembangkang yang sering mengaitkan abangnya dan ideologi komunis.

Beliau berkata Rashid Maidin telah meninggal dunia pada 1 September 2006 dan adalah tidak wajar mengaitkan orang yang tiada semata-mata untuk kepentingan politik.

"PKM telah meletakkan senjata dan mengisytiharkan berdamai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989, ideologi komunis sudah tidak wujud lagi di negara ini dan tidak wajar ditimbulkan oleh mana-mana pihak," katanya.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik selama tiga penggal sejak 1974 itu meminta kerajaan bertindak tegas terhadap Mat Sabu kerana menimbulkan isu kontroversi seperti itu.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-54 negara dan Hari Malaysia, beliau bersyukur kerana negara ini dapat terus menikmati kemajuan serta perpaduan rakyat di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

- Bernama

Jamil Khir kata pakai duit dia...!!!

Jamil Khir: Saya guna duit sendiri ubah suai rumah, bukan wang zakat

September 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bersedia untuk bersumpah bagi membuktikan yang beliau tidak menggunakan wang zakat untuk membesarkan rumahnya di Kampung Batu Muda, Batu Caves, dekat sini.

Rumah Jamil Khir Baharom di Kampung Batu Muda yang melalui kerja-kerja pengubahsuaian. — Foto ihsan www.keadilandaily.com
Jelas Jamil Khir, rumah itu telah dihuni bersama keluarganya sejak 1994 dan kerja-kerja pengubahsuaian dibuat menggunakan wang sendiri.

“Wallahi, saya tak ambil duit zakat, boleh semak zakat Wilayah Persekutuan dapat audit bersih.

“Saya berani bersumpah kalau mereka berani,” kata beliau pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Semalam, portal Malaysia Today telah menyiarkan gambar rumah milik Jamil Khir yang mana didakwa dianggarkan mencecah jutaan ringgit.

Dalam laporan itu, Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Khairul Anuar Ahmad Zainuddin mendesak Jamil Khir menjelaskan tentang rumah mewah itu.

Menurut Khairul Anuar, keraguan timbul apabila Jamil Khir yang dilantik sebagai menteri tiga tahun lalu dan hanya memperoleh gaji tidak menjangkau RM15,000 sebulan, namun mampu memiliki kediaman mewah dalam tempoh yang singkat.

“Kalau dia (Jamil Khir) rasa seorang yang berpegang teguh terhadap agama dan ada kebertanggungjawaban terhadap negara, dia perlu jujur menjelaskan kekayaan sebelum dan selepas (menjadi menteri),” katanya.

Jelas Jamil Khir, tuduhan yang dilemparkan terhadapnya itu disifatkan sebagai “politik terdesak” untuk memburukkan imejnya.

“Jawapan mudah, saya duduk rumah di Kampung Batu Muda sejak 1994, sudah 17 tahun saya duduk dan saya tidak tahu mengapa dibangkitkan . . . ia hanya penambahbaikan rumah dan tuduhan adalah politik terdesak.

“Saya tidak mahu panjangkan perkara ini, saya dulu bukan penganggur . . . saya dulu tentera dan jawatan terakhir saya Mejar Jeneral, malah saya juga tentera yang berpencen dan ada ganjaran, RM1 juta tiadalah tapi adalah,” katanya.

Jelas beliau, rumah itu dibesarkan untuk menampung bilangan ahli keluarga yang semakin membesar.

“Rumah ini pun hutang dengan kerajaan sejak 1994, kami keluarga besar . . . mak dan ayah duduk sekali, anak enam orang jadi ramai lagi pun anak-anak saya bekerja,” katanya.

Majlis Pembohongan Perdana BN Kedah [Siri 1]

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Sabtu lalu, Barisan Nasional Kedah menganjurkan program yang dinamakan Majlis Penerangan Perdana Negeri Kedah di Dewan Wawasan, Jitra. Dewan Wawasan terletak di bawah Majlis Daerah Kubang Pasu, ertinya milik kerajaan negeri. Ini bukan kali pertama program politik BN diadakan di atas premis kerajaan negeri. Sebelum puasa baru ini, Perdana Menteri telah datang berkempen politik dalam dewan tersebut. Ceramah politik perdana pro Umno pernah diadakan di Stadium Suka Sultan Abdul Halim. BN bebas mengadakan ceramah politik di atas premis kerajaan negeri di balairaya, mini stadium serta padang awam milik negeri.

Ini satu catatan kejayaan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Kedah kerana mengamalkan demokrasi tulen dalam pemerintahan. Siapa saja berhak bercakap di mana saja, jika munasabah serta tidak menggugat ketenteraman awam. Hak bersuara tidak diganggu di bawah PR. Lihat balik sewaktu BN berkuasa di Kedah dulu, jangankan premis awam, PAS pernah menyewa dewan hotel milik GLC untuk mengadakan program; Menteri Besar BN arahkan tempahan dibatalkan. Mereka akan marah jika dituduh ‘perangai macam komunis kerana sekat kebebasan bersuara’, tapi itulah yang mereka lakukan jika berkuasa.

Majlis Penerangan Perdana ini adalah program politik BN tapi penganjurnya ialah Kementerian Penerangan, di bawah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Pihak yang dijemput bukan setakat aktivis parti BN tetapi juga pegawai dan kakitangan kerajaan Pusat serta pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Tidak kisah jika program tersebut betul-betul menerangkan dasar kerajaan Pusat tapi ianya program ceramah politik, berkempen untuk BN dan memburukkan Pakatan Rakyat. Selagi mereka berkuasa, jenuh rakyat bercakap berbuih mulut mempertikaikan program Umno/BN menggunakan platform, bajet dan kemudahan kerajaan; namun ia langsung tidak berbekas di hati mereka. Tanpa segan silu dan muka tak malu mereka terus memperkudakan sepenuhnya jentera kerajaan untuk kempen politik.

Antara yang hadir berkempen politik ialah Datuk Shafie Afdhal, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan Dato’ Ahmad Bashah Md Hanipah. SPR dan pihak keselamatan juga djemput berceramah; semuanya usaha untuk memantapkan sokongan rakyat terhadap BN sebab rakyat sudah kenal siapa SPR dan polis.

Majlis Penerangan Perdana itu lebih tepat untuk disebut sebagai Majlis Pembohongan Perdana kerana sebahagian besar bahan yang diguna menyerang kerajaan negeri Kedah, PAS dan PR adalah bohong belaka. Bahan-bahan risalah yang dibekalkan sarat dengan pembohongan dan fitnah. Bagi mereka jika rakyat mempercayai 10 peratus dari pembohongan itu ia merupakan satu kejayaan kerana tanpa berbohong maka mereka tidak mungkin berpeluang menceritakan keburukan kerajaan negeri Kedah.

Banyak sangat pembohongan disebarkan dalam program tersebut. Sebahagian besarnya sudah diperjelaskan, rakyat Kedah sudah faham. Namun perlu juga rasanya untuk memberi penjelasan terhadap beberapa pembohongan dan putarbelit yang dibuat. Dunia hari ini, melayan (menjawab) pembohongan juga perlu kerana setiap perkara yang menimbulkan kemusykilan maka rakyat akan mencari jawapan.

Antara tuduhannya, kerajaan Kedah dituduh galakkan gejala negatif dalam masyarakat. Alasannya pertambahan rumah urut dan pusat hiburan. Exco kerajaan negeri sudah menjelaskan dasar kerajaan negeri ialah tidak membenarkan pusat hiburan baru. Pusat hiburan yang beroperasi adalah tinggalan dari zaman BN. Jika ada yang baru, maka ia beroperasi secara haram. Bagi rumah urut pula, lesen yang dikeluarkan ialah urutan refleksologi, soalnya ia telah disalahgunakan untuk ‘mengurut’ yang lain. Masalahnya orang PAS tidak masuk ke tempat-tempat seperti itu. Orang Umno yang sering berkunjung ke situ kenalah beri kerjasama buat laporan kepada pihak berkuasa untuk diambil tindakan. Pihak berkuasa tempatan sentiasa membuat pemantauan terhadap perkara tersebut. Serbuan perlukan kerjasama pihak polis, malangnya jika polis diajak bersama dalam penguatkuasaan maka premis haram itu pun tidak beroperasi. Mungkin berlaku secara kebetulan. Baru-baru ini dua orang Exco sendiri turun padang menjengah kegiatan pusat hiburan. Tindakan diambil terhadap yang menyalahi peraturan. Mungkin ada beberapa kelemahan dalam penguatkuasaan tetapi untuk menuduh kerajaan negeri ‘menggalakkan pusat hiburan’, ia satu pembohongan.

Sejak mentadbir Kedah tahun 2008 sehingga suku pertama 2011, pelaburan masuk ke negeri ini berjumlah RM6.360 billion. BN dakwa itu usaha kerajaan BN Kedah yang lalu. Selepas hampir empat tahun berlalu maka pelaburan masuk kini adalah hasil kerja mereka dahulu, nampaknya mereka sungguh hebat… atau pembohongan mereka yang hebat! (bersambung)


Pimpinan UMNO/BN bukan main sayang NAMAWEE nie..tapi penyokong kat bawah siap bergolok dah nie...

Parang Panjang Untuk Potong Kaki Namewee Sudah Tersedia

Malaysiakini semalam melaporkan berita dari akhbar cina, China Press yang melaporkan si bangsat anak haram, namewee telah menerima panggilan dari Jabatan Perdana Menteri bagi mengatur pertemuan si anak haram tersebut dengan pemimpin tertinggi dalam negara ini.Sini

Kawan-kawan sekalian, sepertimana yang anda tahu bagaimana saya serta kawan-kawan saya, siang malam, pagi petang kami berusaha mempertahankan kerajaan serta PM. Bukan setakat mempertahankan PM, malah terpaksa mempertahankan juga isteri PM daripada fitnah-fitnah yang dilemparkan termasuklah isu cincin 24 juta , tapi kami tidak pernah pun dijemput seperti namewee untuk berjumpa PM.

Tapi si bangsat tersebut sudah melakukan bermacam-macam dajal dan sial serta menghina kaum serta agama , tiba-tiba mendapat layanan istimewa untuk berjumpa PM. Mana pergi namewee ketika Rosmah difitnah beli cincin 24 juta. Kenapa dia tak buat lagu yang mengatakan tuduhan itu fitnah ?

Kawan-kawan semua, saya dah lama menyimpan impian untuk berjumpa PM bagi memberitahu beberapa perkara termasuk idea-idea, tapi tak kesampaian. Saya terfikir , siapalah saya ini untuk berjumpa pemimpin tertinggi negara. Kalau ada pertemuan dengan PM pun di majlis-majlis besar yang melibatkan ramai orang. Maka sudah tentulah sukar untuk kita bercakap di majlis-majlis seperti itu.

Tapi anak haram itu senang-senang sahaja dapat jumpa PM. Siapa yang tak berasap beb ?

Nampaknya suasana di Malaysia sudah terbalik sekarang, siapa yang nak jumpa PM harus jadi jahat seperti namewee. Siapa yang baik-baik jangan haraplah dapat jumpa PM.

Jika begitu cara PM maka jawabnya semakin hari semakin ramai yang akan naik toncang. Tak mustahil selepas ini akan lahir ribuan lagi manusia kurang ajar seperti si namewee kerana semuanya sudah tidak takut kepada undang-undang serta tidak hormat kepada budaya dan adat resam rakyat Malaysia.

Malam tadi saya dah korek keluar parang panjang yang telah lama saya simpan dalam stor. Hari ini saya nak asah parang tersebut tajam-tajam. Saya akan guna parang tersebut untuk potong kaki namewee sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pertemuan dengan PM. Kalau tak dapat hari itu , saya akan usahakan pada hari lain. Tapi yang nyata saya akan potong kaki namewee sekiranya berlaku pertemuan dia dengan PM.

Manusia bangsat seperti itu perlu diajar cukup-cukup supaya jadi pengajaran kepada orang lain. Satu sen pun tak perlu di tolong. Kalau sekali dia kurang ajar kita mungkin boleh terima. Tapi kalau berkali-kali itu sengaja dan sudah melampau.

Sekiranya pertemuan yang diadakan itu untuk PM mengambil hati kaum cina, sila lupakan sahaja. Banyak lagi orang-orang cina lain yang baik-baik ada di bumi Malaysia ini yang teringin nak jumpa PM atau layak jumpa PM.

Jangan kerana nak kejar undi kaum cina, undi kaum sendiri habis lari. Hidupnya lagi Umno dan BN hari ini kerana sokongan dari orang-orang melayu yang digelar SAKAI oleh namewee. Itu yang PM harus ingat.

http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/09/parang-panjang-untuk-potong-kaki.html

Wirid UMNO KEDAH sehari dua nie...

oleh DepaKata

depa dok sembang lepas raya nie kata UMNO dah tak leh pakai..dapat duit sumbat masuk tembolok masing2 last turun mai kat bawah ciput jaaaa.. patut la semalam muka monyok jaaaa si KETUA UMNO tuuuu sampai keluaq ayat KUBOQ lagik..kesian kawan tengoknya....


dari KedahLanie.info

Lantak hangpa laa UMNO oii...yg kawan tahu wirid depa sekarang nie inilah.....

------------------------------------------------
Yang PM umum baru setiap bahagian RM500000 depa buat apa.....

peruntukan dari ICU /SDO apa kemana.
peruntukan KEDA pula depa bawa kemana.

Pengerusi JKKKKP buat apa.ataupun dok kira elaun bulanan sahaja ke.
pimpinan UMNO disitu buat apa
pemuda UMNO buat apa..
wanita UMNO buat apa
puteri UMNO buat apa.

timbalan menteri buat apa.
ketua bahagian sebok luar negera.
mana pergi juara rakyat.
ciput punya bantuan pun hangpa tak boleh selesai.

jangan tunggu PAS sosialis bantu bantu nak selesai.Nanti UMNO malu.
Cogan kata mantap Rakyat Didahulukan.
BN Menang KEDAH Senang
Senang Tengkorak Cheeee Hangpa.....

Rupa-rupanya UMNO Kedah masih dalam 'down sindrom'

MAMPUKAH BN KEDAH MENCANTAS PR PRU-13

Rupa-rupanya UMNO Kedah masih dalam 'down sindrom' kekalahan mereka PRU12 menjadi serba tidak kena. Sindrom utama mereka masih tidak sedar mereka telah tidak diterima mejoriti rakyat Kedah maka mereka terutama pemimpin peringkat Bahagian masih tidak mahu berubah, banyak bahagian yang masih celaru iaitu berpuak-puak. Tanpa perubahan sikap,berpuak,adu domba, cantas mencantas mereka dengan sendiri tidak sedar dari Sindrom tersebut dan segala perancangan parti untuk menarik sokongan rakyat tidak akan meninggkat.

Dari perbualan saya dengan bakal calon satu DUN masalah utama di kedah ketidak mampuan Pengerusi perhubungan negeri memacu bahagian-bahagian dengan berkesan tambahan dengan gagalnya mereka membawa isu-isu yang relevan terutama ekonomi. Sepatutnya mereka menangani masalah isu kenaikan barangan harian dan makanan.

Dalam keadaan sekarang mereka boleh tumpukan bantuan setempat seperti membantu rakyat mengujudkan pekebun-pekebun sayur,menyelesaikan masalah kekurangan kelapa juga masalah bantuan kepada peneroka perikanan kolam dan sangkar supaya mengujudkan peluang kerja baru dan dapat menstabilkan harga. Banyak lagi kerja-kerja yang berfaedah dan dilihat oleh pengundi atas pagar umno telah berubah. Paling utama UMNO perlu kepimpinan muka-muka baru yang lebih terkedepan dalam membantu rakyat juga menjauhkan politik murahan dan remeh.

Berita dari blog pro-umno:

100 Hari Selepas PRU12 Lagi PAS Sudah Gagal Di Kedah. UMNO Tak Sedar!

Sejak Kedah dikuasai PAS pada 2008, boleh dikatakan pengaruh PAS terhadap negeri ini masih boleh diandaikan sebanyak 20% sahaja yang berani bangkit menyokong dasar PAS berbanding 80% lagi rakyat lebih kepada menjadi pemerhati dan berdiam diri untuk segala bentuk isu yang berbangkit.

Namun dalam perjalanan politik dalaman UMNO termasuklah merangka strategi dan perancangan bagi menguatkan UMNO dilihat sedang mengalami perubahan yang boleh dikira 50:50 iaitu UMNO kembali kuat atau UMNO terus terkubur.

Sejak 3 tahun ini, dilihat beberapa pemikir atau perangka strategi percaturan politik kononnya untuk menguatkan UMNO dan mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO mungkin boleh dilihat salah satu daya usaha yang tidak berapa sihat.

Terdapatnya beberapa banyak percubaan serta perlaksanaan menguatkan UMNO dengan cara membuka pintu dan memberi peluang secara besar-besaran melalui satu pembudayaan baharu iaitu memberi peluang bukan UMNO tulen memperjuangkan UMNO.

Contohnya, Perhimpunan di Dewan Wawasan pada 10 September 2011 yang baru berlangsung tidak beberapa hari lagi di mana ianya dikhabarkan dihadiri oleh 5000 orang. Terdapat perkhabaran bahawa ramainya yang hadir itu adalah terdiri daripada pegawai-pegawai Kerajaan, pelajar-pelajar sekolah dan sebagainya.

Yang terlintas di fikiran adalah adakah UMNO ini begitu terdesak sehingga untuk melakukan sebarang program perlu dibuat secara paksa rela?

Terdapat juga banyak rungutan bagaimana UMNO dilihat begitu terdesak mempergunakan agensi-agensi Kerajaan Persekutuan bagi membantu memulihkan sokongan atas sebab kekalahan UMNO dalam mempertahankan Kedah.

Sayangnya usaha-usaha UMNO ini boleh diandaikan berjaya mengikut apa yang dirancang dengan peratusannya hanyalah 40%.

Kegagalan UMNO ini berpunca daripada strategi menyusun perancangan mengembalikan sokongan rakyat melalui pelaksana-pelaksana adalah bukan UMNO atau kata lain adalah ahli pembangkang yang identiti mereka terang-terangan, samar-samaran dan juga sembunyi-sembunyian.

Inilah salah satu kesan utama yang boleh negeri-negeri dalam Malaysia ini untuk diambil ikhtibar jika UMNO gagal dipertahankan.

Pergantungan sepenuhnya kepada agensi-agensi Kerajaan Pusat boleh men'caca merbakan' UMNO disebabkan faktor bukan semua yang bekerja dengan Kerajaan adalah penyokong Kerajaan dan bukan semua pegawai-pegawai tinggi yang dilantik adalah benar-benar faham bagaimana membantu UMNO secara berkesan.

Sekiranya PAS hanya 3 tahun berjaya menawan Kedah tetapi apa yang mereka dapat sepanjang 3 tahun ini sudah cukup menguatkan PAS untuk masa-masa hadapan.

Kita tidak bercakap dari segi pembabitan agensi-agensi Kerajaan sahaja malahan dari segi penarikan hadirin yang hadir. Apakah UMNO sudah hilang magis?

Bersangka baiklah terhadap apa yang sedang UMNO di Kedah sedang usahakan. Mungkin jika yang menjauhi UMNO ini perlu diberi peluang untuk sama-sama merasai bebanan kepentingan mengajak rakyat kembali menyokong Kerajaan Pusat maka akan timbul rasa bangga berbakti dan lama-lama mereka akan sayangkan UMNO dan seterusnya mereka akan bersama-sama mengekalkan UMNO.

Mungkin itu yang cuba diserapkan. Tetapi adakah ianya benar-benar seperti yang kita sangka?

Firasat hamba yang bukanlah pemikir hebat ingin memberikan sedikit pandangan. Yang betul-betul akan pertahankan UMNO berada di mana-mana sahaja. Di ceruk-ceruk kampung, di taman-taman serta di bandar-bandar. Mereka ini memerhati dari jauh. UMNO masih kuat tetapi para pemimpinnya lebih takut pada bayang-bayang sendiri daripada sedar bahawa UMNO sebenarnya tidak perlu begitu terdesak untuk meraih sokongan.

UMNO di Kedah boleh menang tetapi dengan syarat sebahagian besar pemimpin sedia ada serta perancang-perancang strategi untuk menguatkan UMNO selama 3 tahun ini perlu digugurkan.

Jawapan mudah dalam menentukan Kedah menang adalah calon. Masih ingin kekalkan lagikah pemimpin-pemimpin di semua peringkat yang tumpul dan terbantut usaha kerana tak tahu nak buat apa sebab UMNO kalah sepanjang 3 tahun ini?

Dan agensi-agensi Persekutuan hanyalah lebih berperanan sebagai bank berbanding dengan fungsi utamanya menyedarkan mengapa BN masih diperlukan.

Hentikanlah dari mempertaruhkan UMNO di tangan perancang-perancang yang masih tak mahu menerima hakikat bahawa UMNO diperjuangkan melalui kaedah atau strategi yang sama seperti 30 tahun dahulu.

Kereta bila terjatuh ke dalam lubang, untuk naik semula ke jalan, perlu ditolak, ditekan minyak dan dikawal stereng. Mustahil kereta itu masih ditekan minyak tanpa adanya apa-apa usaha untuk naik semula.

Hanya calon yang menjadi penentunya!


Read more: http://syburi-times.blogspot.com/2011/09/100-hari-selepas-pru12-lagi-pas-sudah.html#ixzz1XpParvWu

Ambik Kat hang la ZAID oi..dulu orang semua tak betul..lanie hang tanggung laa balik..!!!

Kita diketuai Zaid mula retak, dua ‘pengasas’ hadapi tindakan disiplin

September 15, 2011

KUALA LUMPUR, 15 Sept — Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita), yang diterajui bekas pemimpin PKR Datuk Zaid Ibrahim, menyaksikan keretakan awal dengan dua pemimpin kanan dikenakan tindakan disiplin — seorang digantung manakala lagi seorang dilucutkan jawatan.

Muhammad Firdaus Christopher, ahli jawatankuasa eksekutif, dikenakan tindakan digantung keahlian manakala Abd Latif A Tambi pula dibuang daripada jawatannya sebagai setiausaha pusat parti.

Muhammad Firdaus ketika dihubungi The Malaysian Insider menyifatkan Zaid (gambar) mengendalikan parti itu sebagai seorang diktator dan tidak mahu mendengar pandangan orang lain.

“Wujud banyak kepincangan dalam parti. Kami sudah hilang keyakinan dengan kepimpinan Zaid . . . sudah tidak yakin dengan beliau,” kata beliau yang sebelum ini pernah dianggap sebagai antara orang kanan Zaid.

Katanya, sekiranya Zaid sebelum mendakwa banyak perkara tidak kena dalam PKR sehingga menyebabkannya keluar parti itu, “beliau seolah-olah mengendalikan Kita seorang diri.”

“Saya sedia untuk membayar apa sahaja kos selagi kebenaran didedahkan dan akan terus berjuang untuk mengetengahkan tentang salah laku, ketidakadilan dan sikap diktator seorang pemimpin,” kata beliau lagi.

Muhammad Firdaus juga membayangkan parti itu berhadapan dengan masalah kewangan dan dua penyandang jawatan bendahari telah pun ditukar sebelum ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam tadi, oleh Setiausaha Kerja Kita Masrum Dayat berkata, “parti kita ingin memaklumkan bahawa laman web, Twitter dan Facebook parti ini telah tidak dapat dilayari seperti biasa kerana mengalami masalah teknikal.”

Katanya, tidak mustahil ada pihak yang yang tidak bertanggungjawab telah menyebabkan perkara itu berlaku.

“Pihak pentadbiran Parti sedang berusaha memulihkannya dan dijangka dapat digunakan seperti biasa minggu depan,” kata Masrum.

Malah menurut Masrum, pada masa yang sama Kita memaklumkan bahawa bahawa Muhammad Firdaus telah digantung keahliannya kerana melalui Facebooknya beliau dengan jelas telah membuat tohmahan liar yang tidak berasas termasuk menghina Zaid.

“Tindak-tanduk beliau yang melampau yang memudaratkan nama baik parti itu dilakukan melalui akaun sosial Facebook beliau.

“Parti ini percaya beliau bertindak demikian semata-mata kerana beliau marah apabila pembayaran elaun bulanannya dihentikan. Parti Kita adalah sebuah parti kecil yang mempunyai sumber kewangan yang terhad,” katanya.

Tegas Masrum, “parti ini juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Setiausaha Pusat atas khidmat beliau selama ini. Perkhidmatan Abd Latif A Tambi tamat berkuat kuasa hari ini untuk menambah kelicinan pentadbiran parti,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, pihaknya akan mendedahkan kepincangan yang berlaku dalam Kita pada satu sidang media esok.

Kita dilancarkan pada Januari lalu dengan moto “moderat, demokratik dan liberal.”

Malah, Muhammad Firdaus juga menuduh Masrum tidak layak mengeluarkan kenyataan malam tadi kerana beliau bukan merupakan seorang ahli parti.

“Berdasarkan maklumat yang ada pada saya, Masrum bukan ahli parti... jadi, macam mana boleh mengeluarkan kenyataan ini,” katanya lagi.

Ketika pelancaran Kita, Zaid berkata, beliau akan memberi sokongan kepada kerajaan pusat jika dasar yang diperkenalkan membawa kebaikan kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum.

Zaid yang juga bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kita menolak individu dan pihak yang menggunakan kepentingan peribadi untuk mencapai cita-cita politik mereka.

“Matlamat utama Kita adalah untuk mengembalikan perpaduan rakyat Malaysia serta kestabilan politik di negara ini.

“Kami mahu menubuhkan sebuah parti yang mempunyai asas yang kukuh demi menjaga kepentingan generasi muda pada masa hadapan,” katanya.

Kita sebelum ini dikenali sebagai Angkatan Keadilan Malaysia.

Parti itu digerakkan selepas Zaid keluar PKR akhir tahun selepas ekoran mendakwa wujudnya kepincangan dan kecacatan dalam komponen Pakatan Rakyat itu.

Baru-baru ini, Zaid berkata Kita akan meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum ke-13.

Kematian Aminulrasyid: Kpl Jenain dihukum 5 tahun penjara

Koperal Jenain Subi, 49, hari ini dijatuhi hukuman lima tahun penjara setalah didapati bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian remaja Aminulrasyid Amzah.

Mahkamah Sesyen Shah Alam mendapati Jenain bersalah atas tuduhan tersebut mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Hakim Latifah Mohd Tahar turut menetapkan jaminan sebanyak RM10,000.

Katanya, pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa peluru yang menyebabkan kematian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 butir peluru yang ditembak oleh Jenain menggunakan selaras senapang submesin-gan.

Pendakwaan telah membuktikan demikian dengan melangkaui keraguan munasabah, katanya.

Menurutnya lagi, seorang pegawai polis sepatutnya tahu bahawa tembakan pada tetapan automatik itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kematian.

Berdasarkan kenyataan anggota polis yang turut bertugas ketika insiden itu berlaku, mahkamah turut mendapati bahawa Jenain tidak perlu melepaskan tembakan berkenaan memandangkan motokar yang dipandu Aminulrasyid telahpun dipandu dengan perlahan.

Aminulrasyid telahpun hampir tiba di rumahnya di Seksyen 11, Shah Alam dalam kejadian tersebut apabila beliau maut akibat tembakan bertalu-talu yang oleh anggota polis yang mengejarnya itu.

Pendakwaan dijalankan oleh timbalan pendakwa raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Idham Abd Ghani dan Adilla Ahmad, manakala Jenain diwakili peguam M Athimulan, Salim Bashir dan Halim Ashgar Mohd Hilmi.

Turut hadir di mahkamah hari ini ialah peguam kepada keluarga Allahyarham, N Surendran dan juga anggota keluarga mangsa yang dilihat mengalirkan air mata ketika keputusan dibacakan hari ini.

Kesian Mat Bashah...dah tahap teriak ayaq mata darah dah nie dok suruh orang sokong UMNO..!!!

Tok Bashah Minta Nyawa..nak jadi Menteri Besaq....

Oleh : PUTERI BULAN

Terkejut beruk juga bila Puteri baca kenyataan Tok Bashah dalam Sinar Harian 2-3 hari sudah. Amboi main pujuk rayu pula. Kalau adat lidah tu lembut dan lembik…rasanya lembut dan lembik lagi tengkok Tok Bashah. Cumanya..Puteri tak terasa nak melelehkan air mata sebab Puteri tak mahu menumpahkan air mata Puteri pada perkara yang sia-sia. Lainlah kalau Puteri baca kenyataan Islam dihina, ditindas, rakyat ditipu dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

Puteri masih ingat lagi, Serikandi Mujahidah pernah tulis di ruangan Kedahla mengenai segelintir JKKKP ( banyak sungguh K ) yang ditangguhkan pembayaran elaun kerana menjadi penagih air ketum. Puteri ingatkan kembali kisah tu untuk membandingkan tindakan drastik yang diambil oleh pimpinan UMNO APCO kepada orang bawahannya dengan rayuan Tok Bashah baru-baru ini.

Tok Bashah merayu habis-habisan kepada geng-geng UMNO APCO, tak kiralah, JKKKP ke,UMNO bahagian ke, cawangan ke, petugas-petugas dan amilin-amilin ( tak palah Puteri guna istilah amilin) UMNO APCO agar memikirkan masa depan UMNO andainya mereka kalah dalam PRU ke-13 nanti.

Puteri tak mahu sebutlah pasal menang dan kalah sebab itu urusan Allah SWT cuma kita disuruh berusaha dan bekerja…tak gitu Tok Bashah. Puteri hairan..kalau parti yang menjadi tunggak kerajaan, punya duit melimpah ruah, pemimpinnya kaya raya, boleh miliki rumah bagai istana, cincin berjuta-juta harganya, kuasai sepenuhnya media massa perdana, semua orang boleh mereka beli, takkan perlu lagi kepada rayuan. Kenapa perlu merayu?

Haa..disini Puteri rasa dah dapat jawapannya. Seperti biasa, jentera UMNO APCO tak akan bergerak selagi tidak di topup. Ini dah menjadi budaya, bukan Puteri memfitnah atau mengadakan cerita, Jentera UMNO APCO tak akan bergerak andainya calon team mereka tidak dipilih menjadi calon dalam pilhanraya. Jentera UMNO APCO tak akan bergerak andai kemahuan dan permintaan mereka gagal dipenuhi oleh pimpinan atasan UMNO.

Dalam kenyataan Tok Bashah, dia ada menyebut, JKKKP dan UMNO cawangan enggan mengeluarkan wang tabungan mereka sendiri sebaliknya menunggu wang dari kerajaan pusat apabila berlaku sesuatu musibah. Tok Bashah juga kesal dengan sikap mereka yang lambat bertindak dan hanya menunggu peruntukan terlebih dahulu dan Tok Bashah sendiri mengaku parti pembangkang terlebih dahulu memberi bantuan segera.

He..he..he…Puteri nak tergelak kat sini…Tok Bashah lupa..siapa pembangkang di Kedah. Mudah lupa sungguh…..itulah Puteri nak bagitau..Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua…Tok Bashah juga yang komen dulu…Sejahterakah kita?

Tok Bashah secara jujur mengakui UMNO APCO dah kalah dengan sentuhan kasih terhadap rakyat. Dimana Squad Sayang..yang dicanang2 UMNO..dimana bukti kata-kata UMNO APCO yang megah bergema di media massa bahawa merekalah jaguh membela rakyat. Rakyat di bawah naungan negeri-negeri yang diperintah oleh BN/UMNO APCO semuanya hidup senang berbanding di negeri Pakatan Rakyat.

Kepada UMNO bawahan..dingatkan supaya menunaikan tanggungjawab tanpa mengira masa, tenaga dan wang ringgit tapi apa halnya dengan pimpinan atasan BN/UMNO APCO. Menggunakan kuasa dan kemenangan untuk meraih kekayaan. Membina rumah seperti istana, kerap bercuti dan berbelanja di luar negara, hidup umpama raja, guna wang negara untuk membiayai kehidupan mereka, menindas rakyat bawahan, harga keperluan harian melambung tinggi, kegunaan awam dijadikan sebagai premis mencari keuntungan dan macam-macam lagi. ( tidak termasuk berbelanjaan anak beranak mereka lagi )

Apa lagi yang ada, penyokong, petugas UMNO ke PAS ke tau siapa sahaja, semua akan menanggung bebanan yang dipersetujui oleh pimpinan atasan BN/UMNO APCO…. Mereka juga naik jelak asyik disuruh bekerja sedang pimpinan seperti ular sawa kekenyangan..bila lapaq..jengui kepala nak cari habuan.

Rakyat sudah cerdik wahai Tok Bashah, mereka boleh menilai yang mana baik yang mana buruk. Mereka tidak boleh lagi dibeli dengan selori tanah merah, sedozen anak ayam, sehelai kain batik, sekilo gula, setin susu mahu pun sekampit beras.

Lagi pun, kerajaan pakatan rakyat Kedah tak pernah mendikriminasikan sesiapa. Bantuan dihulurkan untuk semua, pengikut UMNO APCO tegaq pun andainya berkelayakan akan diberi bantuan. Puteri masih ingat semasa bantuan Ramadhan dan Hari Raya tempohari….kebanyakan pengikut setia UMNO APCO minta nama mereka dimasukkan dalam senarai penerima sebab kata mereka semasa UMNO memerintah mereka tak pernah dapat.

Jadi Tok Bashah apa lagi…kita tak pilih bulu..tak macam hampa..orang hampa pun hampa tak pilih…ni kan yang tak sokong hampa..laa hampa nak merayu….

Kalau nak harap rakyat Kedah..memang tipis harapan UMNO APCO..lainlah kalau kalau guna pengundi import.


Kesian juga Puteri dekat Tok Bashah..hasrat nak jadi Menteri Besaq..buat muka seposen minta nyawa…

Tok Bashah..Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua……Sejahtera Dikekal, Pincang Diranap.

Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah

1. Menyedari keadaan ummat Islam yang kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, pula keadaan ummat Islam yang sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap Tuhan yang mencipta mereka. Leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap masyarakat dan negara, DPP Malaysia akan bangkit bersama Ngo - Ngo Muslim untuk menggerakkan kebangkitan Ummat Islam di negara ini agar peka terhadap tanggungjawab mereka mempertahankan aqidah dan memperjuangkan kesuciannya.

2. Ummat Islam seperti dibiarkan hanyut mengikut arus jahiliah moden yang melanda negara hari ini. Mereka dibiarkan jahil terhadap agama yang mereka anut tanpa sebarang tindakan yang efektif untuk memantapkan kefahaman dan aqidah sebaliknya aktiviti yang berpotensi meracuni pemikiran dan merosakkan aqidah ummat Islam semakin subur dan marak.

3. Melalui industri filem yang semakin mempopularkan amalan khurafat, tahyul, pergaulan bebas dan sindiran tajam kepada golongan yang komited dengan agama, kini aktiviti dan kenyataan yang mengguris hati dan nurani ummat Islam itu melarat pula ke laman sosial seperti facebook dan twitter tanpa sebarang sekatan.

4. Isu " Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara" yang telah menghina Islam secara terbuka melalui laman web, facebook dan twitternya seperti mendapat restu dari pihak berkuasa agama apabila tiada satu pun tindakan berkesan diambil. Sungguhpun beberapa kali desakan telah dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Malaysia mahupun Ngo - Ngo muslim termasuk kumpulan Jingga 13.

5. Sebelum ini DPP Malaysia telah memberikan had tempoh 10 hari untuk pihak berkuasa agama bertindak setelah isu ini terlalu lama dibiarkan berlarutan. Jika tidak, DPP Malaysia tidak teragak- agak untuk bangkit bersama dengan ngo - ngo muslim dan seluruh rakyat prihatin menggerakkan "Himpunan Sejuta Ummah" bagi menentang apa jua usaha, kenyataan dan perlakuan yang cuba meruntuhkan aqidah ummah dan mempersendakan ajaran Islam yang suci ini.

6. Dakyah golongan tertentu melalui pelbagai agensi dan elemen, yang dilihat cuba mempengaruhi pemikiran dan keyakinan [aqidah] ummat Islam juga giat dirancang dan berjalan dalam negara kita. Sementara keadaan ummat Islam yang semakin jauh dari suasana [bia'h] hidup beragama turut mengundang kepada gejala keruntuhan akhlak dan aqidah.

7. Mutaakhir ini, negara juga menyaksikan terlalu banyak ideologi ciptaan manusia disogok dan dipaksa kepada ummat Islam supaya mereka menerima dan menganutnya. Begitu juga ajaran - ajaran sesat semakin berkembang dengan berselindung disebalik pelbagai aktiviti sosial malah mereka seperti mendapat "lesen" untuk beroperasi secara terang - terangan. Termasuklah penularan fahaman syiah yang semakin membimbangkan masyarakat Islam dalam negara ini.

8. Ummat Islam tiada pilihan dan mereka mesti bangkit. Mereka perlu disedarkan segera dari lena yang panjang dan alpa yang mengasyikkan. Justeru itu Dewan Pemuda PAS Malaysia memberi sokongan 200% kepada usaha ngo - ngo Islam bagi menjayakan "Himpunan Sejuta Ummah" di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober 2011 kelak sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid semalam.

9. Objektif gerakan ini sangat murni dan sayugianya tiada siapa dari kalangan ummat Islam yang prejudis terhadap "Himpunan Sejuta Ummah" yang akan membangkitkan kesedaran Ummat Islam dari seluruh negara. Mudah - mudahan mereka memahami amanah dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim yang tidak boleh membiarkan diri mereka dipersenda dan agama mereka dihina.

10. Insyaallah, bertepatan pula dengan resolusi Sidang Meja Bulat Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama 14 Ngo - ngo Islam di Shah Alam tempohari, DPP Malaysia akan menggerakkan seluruh kekuatan pemuda - pemuda Islam negara ini untuk bangkit mempertahankan aqidah, akhlak dan fikrah ummah agar Islam kembali tegak dan dihormati sebagai agama yang membawa rahmat [kasih simpati], a'dalah [keadilan] dan barakah [kebaikan yang melimpah ruah] dari Tuhan Sang Pencipta.

11. Himpunan dan kebangkitan ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat non muslim sebaliknya Himpunan dan Kebangkitan ini adalah berobjektifkan untuk memperkasa aqidah ummat Islam dan menentang elemen penghinaan terhadap agama Islam. Justeru Islam adalah agama yang sangat menghormati dan menjaga hak - hak non muslim dan ia adalah agama yang sangat toleransi terhadap agama - agama lain.

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

dua cadangan pada kerajaan negeri PAS kedah.


oleh kerana PAS dah pegang kedah, sepetutnya adalah perubahan besar di dalam pemerintahan dan dasar kerajaan negeri.

Jadi dua cadangan ini mungkin patut pihak k'jaan negeri pertimbangkan :-

1. Umum mengetahui bahawa telah banyak tanah-2 kepunyaan melayu telah diambil alih samaada oleh kerajaan negeri atau pihak swasta untuk dibangunkan dgn pelbagai jenis projek terutama projek perumahan. kita juga sedia faham bahawa orang melayu berasal dari kampung dan suka hidup cara kampung. Mengapa tidak kerajaan negeri membenarkan tanah-2 milik melayu dipermudahkan untuk dipecah kecil dan dijual kepada individu yang nak membina rumah kampung.

caranya ialah seseorang individu (melayu) yang mempunyai sebidang tanah yang strategik dibenarkan oleh kerajaan untuk memecah kecil tanahnya yang seluas eg.1 ekar menjadi 10 bahagian (1/4 relong setiap satu) dan dijual hanya kpd orang melayu yang berminat nak bina rumah . melalui kaedah ini orang melayu dapat duduk selesa seperti bunglow diatas tanah hak milik melayu dan tidak perlu berlumba dgn bangsa lain untuk membeli rumah teres taman yang langsung tidak selesa, mahal serta bersesak seperti sardin.

Kalau tak dibuat begini, lambat laun tanah individu tersebut akan juga diambil alih oleh pemaju untuk dibina rumah teres atau rumah kedai, siapa yang akan berkuasa membelinya? anda boleh jawab sendiri.

Biarkan bangsa lain sahaja yang duduk dirumah teres atau semi D. Berilah keistimewaan ini kepada org melayu kerana tanah ini tanah milik melayu.

Kerajaan boleh berperanan mempermudahkan proses mengeluarkan geran melalui pejabat tanah untuk menerbitkan geran berasingan bagi setiap pecahan tersebut supaya ianya senang untuk dibuat pinjaman di bank.kerajaan juga mungkin boleh memberi bantuan dari segi cara pemecahan dan bantuan membina jalan masuk ketanah tersebut supaya meningkatkan tahap komersil tanah tersebut melalui cas tertentu kepada pemilik tanah.

Dengan cara ini , kita dpt mengekalkan kampung melayu dan mengelakkan orang melayu di ratah keringat (duit) oleh pemaju cina yang membina rumah ratusan ribu ringgit, dan hanya beberapa kerat melayu shj yang dpt membelinya.

2. Pernahkah anda bertandang ke Langkawi? bagaimana rupa surau di jeti kuah? ya ianya hanya sebesar stor dan bersebelahan dgn tandas. Kalau silap pandang, disangka surau tersebut juga sebagai tandas, begitulah taraf syariat agama rasmi negara dizaman BN. Tapi nampaknya tahap dan taraf tersebut masih kekal dizaman Parti Islam, apa sudah jadi? Kenapa kita menghina syariat agama kita hingga sedemikian?

pada setiap kali ketika masuk waktu, maka melimpahlah jemaah hingga ada yang terpaksa menunggu diluar. Pelancong sangka kita menunggu untuk ketandas!!!

Jadi, nama sahaja Parti Islam, tapi surau yang ada dijeti kuah pun tak mampu untuk di upgrade, mana petanda parti islam kita?. Kalau pelancong tengok, ohhh katanya , islam pun macam kita juga, letak tempat ibadat dipenjuru-2 bangunan shj dah tu ditepi tandas yang pelancong masuk keluar.

Kenapa tidak menggunakan ruang kosong depan jeti (tepi laut dekat bot berlabuh). Binakan surau yang cantik dan selesa. pelancong tengok pun baik dan dpt lihat mcmana syariat islam dan orang islam yang masuk keluar mengerjakan ibadah disurau berdekatan laluan. yang penting, macmana kita melayan syariat agama sebagai yang paling utama didalam pemerintahan. saya rasa x perlu sy hurai panjang2 kerana sesiapa shj terutama pemimpin PAS, jika mempunyai jiwa islam sejati, dah lama buat perkara ini, x perlu sesiapa mengesyorkannya.

PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin

Oleh Iskandar Dzulkarnain

Soalan terbesar yang dihadapi oleh Malaysia sekarang, siapa yang akan me PRU-13: Siapa akan menang dan senario-senario yang mungkin menangi pilihan raya umum. Malaysia telah sampai ke persimpangan selepas 54 tahun ditadbir BN. Kini, terdapat harapan mengenai perubahan. Pakatan Rakyat berkemungkinan besar boleh mendapatkan Putrajaya.

Kini sudah sah mentadbir di empat negeri, Pakatan menguasai hampir lima puluh peratus daripada kepercayaan rakyat. Tidak ada keraguan tentang hal itu, 'majoriti senyap' semakin sedar bahawa mereka mempunyai satu lagi pilihan selain dari BN, dan ramai yang mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan raya umum ke-13 nanti.

Cubaan oleh kerajaan untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pasukannya telah menunjukkan bahawa BN tidak mempunyai zon selesa dan kurang keyakinan untuk merebut kembali Putrajaya. Serangan tidak berhenti-henti terhadap Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu termasuk roadshow, dan kemarahan anggota tentera veteran yang disiarkan di saluran TV yang dikawal oleh BN menunjukkan bahawa BN semakin terdesak. Tidak ada keraguan tentang hal itu, serangan ke atas Anwar dan Guan Eng juga akan meningkat pada hari-hariyang mendatang dan merupakan satu bukti bahawa BN sanggup melakukan apa sahaja sekarang.

Walau bagaimanapun, tiada siapa yang dapat menafikan BN buat masa sekarang. Mereka masih kerajaan yang memerintah dengan jentera yg berjalan lancar dan dibiayai dengan baik dan tidak akan mudah untuk menggulingkan mereka. Bukan sahaja mereka masih boleh menang, tetapi ada juga kemungkinan mereka masih boleh sekali lagi menguasai majoriti dua pertiga. Ini mungkin berita mengecewakan untuk penyokong Pakatan tetapi ia adalah realiti. Satu program Amnesty sedang berlaku dan timbul cakap-cakap bahawa beratus-ratus ribu pendatang tanpa izin diberikan kewarganegaraan segera untuk mengundi BN.

Oleh itu, marilah kita lihat senario yang mungkin, bermula dengan apa yang akan berlaku jika BN menang sekali lagi!

BN menang

Apabila BN berkuasa sepenuhnya, negara ini akan melihat keamanan dan keharmonian sekali lagi seperti di zaman Mahathir Mohamad dan Abdullah Badawi. Perkauman dan sentimen agama akan hilang, menunggu masa yang sesuai untuk muncul semula, mungkin setengah abad kemudian apabila GE-14 kerana mereka perlu perpecahan kaum sekali lagi. Semua akan kembali kepada 'normal', dengan pegawai-pegawai kembali kepada rasuah dan Pakatan Rakyat akan hancur dengan beberapa pemimpin melarikan diri ke BN.

Perkasa seperti yang dijangka orang ramai. RELA akan menikmati keahlian yang lebih tinggi sebagai persediaan untuk pilihan raya yang akan datang dan BN akan meracuni orang Melayu untuk memastikan sokongan yang cukup. Mereka tidak akan membuat kesilapan yang sama sekali lagi serta memastikan sokongan mereka terjamin.

Walau bagaimanapun, kita boleh ucapkan selamat tinggal kepada kebebasan individu, peluang sama rata atau meritokrasi manakala hubungan antara kaum akan menjadi bertambah buruk. Perpaduan di Malaysia akan kekal sebagai mimpi. Tidak akan ada perubahan dalam dasar-dasar yang menyesakkan sekarang dan kerajaan akan mempunyai kebebasan untuk memanipulasi apa jua isu sewenang-wenangnya.

Kroni baru akan menyertai kumpulan itu dan dasar ekonomi baru akan diranapkan dengan menjejaskan ekonomi pasaran bebas yang diperlukan oleh negara. Satu contoh baik adalah cubaan Prasana untuk mendapatkan Chinatown di atas nama pembangunan infrastruktur. Ledakan kemasukan buruh asing yang murah juga berlaku dan bukan Bumiputera yang kaya mungkin akan mempertimbangkan untuk berhijrah ke negara-negara lain seperti Australia, Amerika atau Singapura.

Tetapi mereka yang tinggal akan dapat melihat peningkatan Biro Tata Negara, yang menjadi semakin galak memastikan orang Melayu berasa berada di bawah gengaman orang Cina yang 'licik' Cina dan orang India yang 'suka bergaduh'.

Melayu- nization pula akan berakar umbi dengan lebih mendalam di semua institusi seperti perkhidmatan awam, sekolah, para pendidik dan politik, dan ia akan membantutkan apa sahaja kebebasan yang ada. Akhirnya, Malaysia tidak banyak berbeza dengan sebuah negara sosialis yang mempunyai rakyat lembap serta tidak mempunyai keberanian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka.

Tetapi ada lagi harapan bahawa BN akan memulihkan 1Malaysia, memeluk demokrasi dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan. Ibrahim Ali boleh meminta maaf dan menjadi satu orang paling baik, manakala Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menguatkuasakan Malaysian Malaysia dengan dasar bersatu-dan-memerintah. Pasti, Elvis akan kembali dari kubur dan menyanyi 'Kumbayah'!

Parlimen tergantung

Atau mungkin kita dapati Parlimen tergantung selepas pilihan raya umum, dengan perwakilan yang hampir 50-50 dari setiap sisi, BN dan Pakatan. Ini boleh membuka jalan untuk kerajaan perpaduan. Ia mungkin penyelesaian terbaik dalam situasi ini, tetapi ia hampir tidak akan memberi manfaat kepada negara dan rakyatnya.

Seperti yang dijangka, akan ada cubaan BN untuk menarik Ahli Parlimen dan tekanan akan diletakkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk mengaku menyokong BN. Hujah-hujah yang panaskan akan menjadi kebiasaan di Parlimen, dengan keangkuhan dan kebanggaan mula timbul. Mungkin tiada peluang untuk merangka dasar apatah lagi melaksanakannya. Kerajaan perpaduan mungkin tidak akan berkesan memandangkan Pakatan dan BN sangat berbeza ibarat siang dan malam.

Tetapi pada sudut positif, negara boleh melihat urus tadbir yang lebih baik, dengan pembaharuan secara beransur-ansur diperkenalkan untuk memuaskan hati rakyat, dan merangsang ekonomi. Maka akan kurang rasuah dan hubungan antara kaum boleh menjadi lebih baik. Sebuah kerajaan perpaduan mungkin akan memikirkan jalan penyelesaian yang boleh digunakan yang boleh untuk meningkatkan kemajuan yang memberi manfaat kepada negara.

Pakatan menang

Atau Pakatan Rakyat menang dengan majoriti mudah dan ini boleh membuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, timbalannya dan bekas PM Mahathir mencabut rambut mereka dan mengamuk dijalanan. Lucu? Tetapi itu mungkin dilihat oleh dunia jika mereka cuba untuk merampas kuasa dengan kekerasan.

Tetapi Malaysia yang tidak stabil, ganas dan anarki adalah taktik yang sering digunakan oleh BN untuk menakutkan rakyat, dan ia telah berkesan untuk selama beberapa dekad ini. Sehingga akhirnya Bersih 2.0 bangkit untuk menyedarkan rakyat pada hakikat bahawa masa telah berubah dan rakyat Malaysia tidak perlu lagi takut untuk bersuara terhadap kerajaan.

Adakah polis akan menembak dan membunuh rakyat mereka , dan adakah angkatan tentera akan melakukan perkara yang sama? Mungkin juga. Tetapi maka apa yang berlaku di Malaysia? Adakah negara lain di dunia yang akan menerima Najib, Muhyiddin atau Mahathir? Malah anak-anak mereka juga akan membawa stigma bahawa mereka datang daripada ibu bapa pembunuh?

Ambil contih Julia Gillard. Lihat bagaimana mahkamah Australia membuat keputusan terhadap urusan pertukaran pelarian Malaysia tanpa rasa takut atau pilih kasih. Lihat bagaimana dia menerima keputusan dengan rendah diri, walaupun dia tidak bersetuju. Ini adalah sikap masyarakat sivil di dunia maju. Ia juga menunjukkan bagaimana jauh ketinggalan Malaysia sekarang.

Biarlah anarki dan pertumpahan darah, pertempuran dan ancaman menjadi mainan BN. Sekiranya ia berlaku, maka PBB akan menghantar tentera sama seperti apa yang mereka lakukan di Libya dan kemudian golongan elit UMNO yang bersalah akan tangkap dan dibicarakan oleh tribunal. Saya masih ingat Saddam Hussein yang mati di tali gantung.

Dan semua ini boleh berlaku sebelum Malaysia menjadi sebuah negara demokrasi yang sebenar. Tetapi ada harapan bahawa kerajaan akan datang, sama ada BN atau Pakatan Rakyat akan melaksanakan pembaharuan yang perlu untuk membawa negara keluar daripada koma dan memecahkan politik perkauman dan menjadikan impian perpaduan Malaysia suatu kenyataan.

Terdapat banyak yang boleh dibuat untuk negara ini, tetapi kita kadang-kadang tertanya-tanya mengapa ada ahli politik tertentu yang cuba untuk memusnahkan, politik, sosial, budaya dan alam sekitar, dan bukannya merawat Malaysia. - Malaysia Chronicle

Kesian Mat Bashah..dok pikiaq UMNO akan berkubur dah di Kedah

Sinar harian - nak baca klik gambar

Tidak perlu hutang Kerajaan Pusat - Azizan

ALOR SETAR - Status kewangan negeri semakin kukuh dan diuruskan secara berhemah menyebabkan Kedah tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk mentadbir negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, segala perbelanjaan berjalan lancar kerana pihaknya telus dalam pentadbiran selain tidak berlaku salah guna kuasa oleh kepimpinan tertinggi kerajaan.

“Saya bangga selama mentadbir Kedah, kita tidak perlu berhutang dengan Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan atau uruskan pentadbiran.

“Saya difahamkan, ada negeri terpaksa berhutang dengan Pusat hanya untuk membayar gaji pekerja. Ini menunjukkan pengurusan kewangan kita diurus dengan baik,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan Negeri hanya membuat beberapa penambahbaikan dalam meningkatkan hasil untuk menjana sektor ekonomi, selain mengawal perbelanjaan supaya tidak berlaku pembaziran.

“Walaupun tiada sumber baru dan masih tertakluk pada sumber sedia ada, namun atas usaha penambahbaikan dalam hasil negeri seperti hutan, cukai tanah dan sumber galian, kita mampu tingkatkan pendapatan,” katanya.

Azizan percaya berdasarkan prestasi cemerlang Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sejak tiga tahun lalu, rakyat akan bertambah yakin terhadap kepimpinan sedia ada.

“Tak semua kita bangunkan dengan menggunakan hasil negeri, namun saya bangga kerana dengan peruntukan negeri pun kita mampu tadbir.

“Kita juga memperolehi dana Pusat dalam aspek pembangunan kerana itu adalah tanggungjawabnya untuk salurkan peruntukan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9527701.asp

Masa nak 'ngehek' lupa dunia.. bila dah dapat anak.. boleh la pulak pie tinggai rata..!!

JKM Kota Setar cari waris dua bayi

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mencari ibu, bapa atau waris kepada seorang bayi lelaki dan seorang bayi perempuan yang telah ditinggalkan sejak beberapa bulan lepas.

Pelindung Kanak-kanak Pejabat JKM Daerah Kota Setar Mohd Basharudin Samsudin berkata bayi perempuan itu dilahirkan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada 4 Jun lepas dan ibu kandungnya yang merupakan warganegara Laos menghilangkan diri selepas dua hari bayi itu dilahirkan.

Bayi lelaki itu ditinggal oleh seorang wanita dipercayai ibu bayi itu kepada sepasang suami isteri di hadapan stesen bas Shahab Perdana di sini pada 28 Julai lalu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Bayi itu kini dijaga sementara oleh pasangan itu dan ibu bapa atau waris diberi tempoh sebulan untuk menuntut kedua-dua bayi itu sebelum JKM mengambil tindakan lanjut seperti menyerahkan mereka kepada keluarga pelihara yang difikirkan layak dan sesuai mengikut undang-undang.

Waris bayi berkenaan diminta menghubungi Mohd Basharudin atau Rosmini Meh di talian 04-7202370/7202351. - Bernama





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...