TERKINI :

Monday, September 12, 2011

Meroyan ka apa minah nie..Sat saman Sat Tarik..

Ummi Hafilda tarik balik saman rakannya RM100 juta

September 12, 2011

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali Isnn menarik balik saman fitnah RM100 juta yang difailkan terhadap bekas rakan perniagaannya dan pengendali laman berita Malaysiakini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V T Singham membatalkan writ saman itu selepas membenarkan permohonan peguam Zulhelmi Wagiman, yang mewakili Ummi Hafilda, untuk menarik balik saman itu dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

Singham bagaimanapun memberi amaran kepada Ummi Hafilda sekiranya beliau ingin memfailkan semula saman itu buat kali ketiga, itu adalah peluang yang terakhir untuknya berbuat demikian.

Ini adalah saman yang kedua difailkan Ummi Hafilda terhadap Nor Azman Abdullah @ Baginda Minda dan Mkini Dotcom Sdn Bhd selepas saman pertamanya dibatalkan pada 13 April lepas oleh Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof selepas peguam kedua-dua pihak tidak hadir ke mahkamah semasa kes itu disebut di hadapannya.

Hakim Singham berkata mahkamah tidak menggalakkan dan tidak akan melayan pihak yang menyalahgunakan mahkamah dan menasihati pihak yang ingin memfailkan sebarang tindakan supaya ia dibuat dengan teratur.

Zulhelmi menarik balik tindakan saman itu selepas pihaknya mendapati writ saman itu tidak teratur di mana nama Nor Azman yang dinyatakan dalam saman itu berbeza dengan namanya di dalam kad pengenalan dan saman itu juga tidak dihantar di alamat terakhir Nor Azman di Kapit, Sarawak tetapi dihantar ke alamat ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat di Petaling Jaya.

Beliau berkata pihaknya dengan sukarela menarik balik saman itu tetapi tidak bersetuju sekiranya pihaknya membayar kos kepada Nor Azman.

Perkara mengenai nama yang berbeza dan alamat terakhir itu telah dibangkitkan oleh peguam Mohd Yusmadi Mohd Yusoff yang mewakili Nor Azman dan memohon sekiranya saman itu ditarik balik, pihak plaintif (Ummi Hafilda) membayar kos sebanyak RM5,000 kepada anak guamnya sebagai kos pengangkutan dan kos guaman.

Singham membenarkan kos RM5,000 yang dipohon oleh Mohd Yusmadi itu dilaksanakan selepas beliau membuat keputusan di akhir kes saman kali yang ketiga, sekiranya plaintif memfailkan semula saman itu.

Terdahulu, Mohd Yusmadi memohon supaya mahkamah menangguhkan kes itu kepada tarikh lain bagi membolehkan pihaknya mendapat laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai anak guamnya yang dilaporkan muflis.

Mohd Yusmadi juga memberitahu beliau menerima laporan daripada Jabatan Insolvensi mengenai Ummi Hafilda yang diisytiharkan muflis pada 1999.

Zulhelmi mengakui laporan itu tetapi pihaknya telah merujuk kepada jabatan itu sebelum memfailkan saman dan jabatan itu membenarkan Ummi Hafilda membuat tindakan berkenaan.

Hari ini, mahkamah juga menetapkan untuk mendengar perbicaraan penuh kes berkenaan dan semua saksi bersedia di mahkamah namun mahkamah mempersoalkan mengapa Ummi Hafilda sebagai plaintif tidak hadir pada prosiding pagi itu.

Zulhelmi mengakui kesilapannya kerana beliau beranggapan bahawa hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan sahaja dan bukannya untuk perbicaraan penuh saman itu.

Ketika prosiding bersambung semula setengah jam kemudian, Ummi Hafilda hadir ke mahkamah.

Dalam saman yang difailkan pada 25 April lepas, Ummi Hafilda mendakwa Nor Azman dalam satu temu ramah di lobi Parlimen, telah mengeluarkan kenyataan bersifat fitnah serta menyerangnya secara peribadi.

Ummi Hafilda mendakwa kenyataan Nor Azman itu dibuat untuk memalukannya dan berniat jahat seolah-olah beliau seorang wanita yang mempunyai banyak skandal serta amat tidak jujur, selain terlibat dengan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengakibatkan pertuduhan liwat terhadap ketua pembangkang itu.

Mahathir merepek, kata Aziz Bari

Bahang polemik kemerdekaan negara kini berpindah kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula selepas beliau hari ini menyokong pendapat Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah terjajah.

NONEPensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari (kiri) berkata, sebuah portal berita membuat semakan dan menemui versi berbeza pendiriannya - yang dilapor merujuk zaman prakemerdekaan sebagai "zaman penjajahan British" dan "pemerintahan kolonial British".

"Mahathir merepek; lupa? Buat-buat lupa?" soalnya merujuk kepada ucapan Dr Mahathir ketika membentangkan Rang Undang-undang Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 .

Sehubungan itu, Dr Abdul Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, persetujuan Dr Mahathir dengan pandangan Dr Zainal menunjukkan bahawa kedua-dua mereka "putar alam".

"Agaknya apa yang TDM (Tun Dr Mahathir) kata hari ini menunjukkan yang mereka semua dalam denial syndrome (sindrom penafian).

"Ini bahaya sebab kalau depa betul-betul kalah nanti depa akan kata itu atas kertas saja. Depa akan terus memerintah," katanya lagi.

Pemuda PAS: Mengarah, bukan menasihat

Dr Mahathir hari ini berkata, secara teknikalnya Tanah Melayu tidak terjajah kerana sultan memutuskan menjemput British datang menasihatkan cara mentadbir negeri.

Bagaimanapun, katanya, apabila sudah berada di sini, British akhirnya beroperasi seolah-olah negara ini dijajah, sekali gus tidak memberi nasihat, tetapi arahan.

NONESementara itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat (kiri) pula berkata, walau apa pun hujahnya, pada hakikatnya British bukan menasihat, mengarahkan sultan mengikut telunjuk mereka.

"Bermakna British lebih berkuasa daripada baginda Sultan pada waktu tersebut," katanya sambil membariskan beberapa persoalan yang perlu dijawab Dr Mahathir dan sarjana sejarah.

Persoalan itu antaranya:
  1. Siapakah pemerintah sebenar pada zaman sebelum 31 Ogos 1957? Sultan atau British?
  2. Apakah rakyat Tanah Melayu sebelum merdeka wajib patuh kepada pemintah pada masa tersebut?
  3. Apakah status penderhaka atau pengkhianat yang kita boleh berikan kepada Tok Janggut yang telah membunuh mata-mata terdiri daripada orang Melayu beragama Islam semasa kumpulan tersebut menyerang kepentingan pemerintah di Kota Baharu pada tahun 1915?
  4. Apakah status yang boleh kita berikan kepada pegawai-pegawai Melayu beragama Islam yang bermati-matian mempertahankan pemerintah pada masa tersebut?
  5. Apakah ada propaganda pemerintah pada sebelum 31 Ogos 1957 yang menyatakan bahawa sesiapa yang berlawan dengan pemerintah bererti menderhaka kepada baginda sultan?
  6. Apakah salah kita menanggap Umno sebagai anak emas perintah setelah tidak diharamkan oleh pemerintah pada masa darurat 1948 sedangkan semua pertubuhan lain diharamkan?

Naya hang Anwar.. dah la penjara 6 thn bukan kes liwat pun..atas sbb rasuah..tapi yg tu pun bukti palsu...


'Bukti dipalsukan pada bicara kes rasuah Anwar'

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

musa hassan police igp pc 250607 mumDakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, baru yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka.

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

mahathir book launch memoirs 080311“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar pada tahun 1998.

anwar ibrahim 1998 arrest reforamsi days 010708 black eye“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua 'pemain-pemain utama' perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini,tidak pernah lari sedikitpun daripada landasan kebenaran,” katanya.

[video] PAS Kedah bongkar lagi kelaku huduh SPR..!!



Apabila Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air....

Oleh: tokpepijat



Kita ingat hanya Thailand sahaja di Asia Tenggara tidak dijajah. Rupa-rupanya satu penemuan fakta sejarah baharu ditemui iaitu Malaysia juga TIDAK PERNAH DIJAJAH !

Berdasarkan 2 kenyataan oleh ahli sejarah bertaraf Professor iaitu Khoo Kay Kim dan Zainal Kling, nampaknya tidak perlu kita rayakan Hari Kemerdekaan kita. Sebabnya kita tidak pernah dijajah. Kita sekadar "dinaungi" atau "dilindungi

Jimatlah duit Kementerian Sang Pembakar Jambatan (Rais Yatim). Jimat bujet.

Maknanya selama 53 tahun, kita kerugian yang amat besar. Barangkali bilion ringgit kerana belanja untuk perayaan Hari Kemerdekaan.

Lebih malang lagi, selama ini (53 tahun) kita ditipu. Mati hidup kita sebagai rakyat Malaysia menyangka kita pernah dijajah British. Rupa-rupanya kita dinaungi sahaja. Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Kasihan anak-anak Malaysia yang membaca buku Sejarah Negara. Semua fakta tentang penjajahan adalah dusta semata-semata. Kita cuma dinaungi. Alaa... macam PMNajib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Lepas ini, seeloknya Khoo Kay kim, Zainal Kling, Ramlah Adam duduk semeja untuk gubal semula buku teks Sejarah. Kerja pertamanya ialah buang perkataan " penjajah British ". Kerana kita tidak pernah dijajah. Cuma dinaungi sahaja! Alaa... macam PM Najib menaungi Kelab Putera 1Malaysia.

Siapa yang untung sekarang ? Tentunya penerbit buku teks. Dapat tender buat buku Sejarah edisi baharu !

Kepada guru Sejarah, bersedialah anda untuk menjawab soalan-soalan panas dari anak murid Generasi Y.

Kepada Utusan, kamu tersilap jolok sarang tebuan. Jika mahu serang Mat Sabu bukannya memakan masa sampai lebih 10 malam. Utusan serang Mat Sabu pakai pistol air ! Seronoklah Mat Sabu main air !

Akibatnya Sejarah Malaysia perlu dinilai kembali kerana kita tidak pernah dijajah!"

Apa dosa Stadium Darul Aman yang pie conteng dengan nama ANWAR & MAT SABU..!!

Vandalisme oleh UMNO di Stadium Darul Aman
oleh KedahLa

Awatlaa jadi pelik-pelik sangat UMNO di saat akan hilang kuasa nih. Mula-mula nampak macam lawan komunis, akhirnya perangai dah jadi komunis..





ada kawan komen :
wabillah said...

Dua pemimpin ini sebenarnya ditakuti oleh UMNO, pemimpin yang tidak gentar untuk membuka segala kepincangan Umno/BN selama ini. Cuba cari mana pemimpin Umno yang berani menegor kepincangan pemerintah yang ada sekarang. DS Anwar kalau nak senang di dunia dia ditawar berbagai kemewahan. Tapi dipilih untuk perjuangan menegak kebenaran.


Benarkah Tanah Melayu tidak pernah dijajah?

Timbalan Pesuruhjaya PAS Sarawak, Jofri Jaraiee.

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Zainal Kling.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya baru-baru ini.

Kalau benar tanah air kita tidak pernah dijajah British seperti dakwaan Profesor Datuk Zainal Kling mengapa kita mesti menyambut hari kemerdekaan setiap tahun?

Adakah benar dakwaan profesor tersebut bahawa adalah kesalahan yang amat besar kalau kita katakan kita terjajah selama 400 tahun.

Kalau benar dakwaan profesor tersebut makna selama ini Umno dan BN menipu rakyat kerana menggunakan wang rakyat untuk menyambut hari kemerdekaan setiap tahun. Mengapa pemimpin Umno dan BN membisu dalam persoalan ini?

Kita mendesak agar pemimpin Umno dan BN mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mengesahkan sama ada betul atau tidak kenyataan sejarahwan Profesor Datuk Zainal Kling ini yang negara kita tidak pernah dijajah British.

Kalau benar sejarah yang kita pelajari selama ini adalah palsu dan perlu dikaji semula. Jangan salahkan rakyat Malaysia sekiranya sejarah yang mereka pelajari selama ini tidak benar dan
tidak tepat seperti dakwaan profesor tersebut.

Para pengkaji sejarah perlu tampil ke hadapan untuk menjelaskan keadaan sebenar sebelum negara ini akan jadi bahan lawak antarabangsa kerana sejarah kita boleh diubah sesuka hati mengikut kehendak dan kepentingan politik parti pemerintah.

Kita minta agar pengkaji sejarah bebaskan diri mereka daripada pengaruh mana-mana fahaman politik perkauman dan sebagainya agar rakyat Malaysia tahu kebenaran tentang sejarah tanah air ini yang banyak mengelirukan.

Sekiranya dakwaan profesor tersebut benar dan disahkan oleh pemerintah Malaysia maka dengan sendirinya semua sambutan kemerdekaan selama ini palsu dan kita semua boleh menyaman kerajaan Umno dan BN kerana menipu kita selama ini.

Adakah pemimpin Umno sanggup mengaku bahawa Malaya tidak pernah dijajah British? Suatu persoalan yang perlu dijawab oleh pemimpin Umno dan BN agar rakyat dapat kepastian dan kebenaran tentang sejarah tanah air.

Berani kerana benar takut kerana salah dan sekali lagi kita mendesak agar pemimpin Umno mengeluarkan kenyataan tentang dakwaan profesor tersebut sama ada menerima atau menolak kenyataan Malaya tidak pernah dijajah British.

http://www.malaysiakini.com/letters/175464

Najib buat-buat lupa sedangkan cukai 6% tersebut dia yang bentangkan dalam parlimen

Najib bentang cukai kerajaan 6% pra bayar

KUALA LUMPUR, 12 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak didakwa berpura-pura lupa atau sememangnya tidak tahu apa-apa dengan cukai enam peratus cukai pra bayar kerana ia telah dimasukkan dalam Bajet 2011 lalu oleh beliau.

"Pihak Telco hanya melaksanakan Bajet yang telah dibentangkan oleh Najib menjelang tahun 2011 lalu dan telah diluluskan oleh kerajaan.

"Kini apabila mereka hanya ingin melaksanakannya, Najib menyalahkan Telco pula, seolah-olah beliau pemimpin yang prihatin menjelang pilihan raya ini," kata Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) , Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP).

Baru-baru ini, syarikat telekomunikai di Malaysia telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.

Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.

Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.

Langkah ini memberikan tekanan teruk kepada golongan berpendapatan rendah terutama remaja, pelajar dan pekerja kilang kerana mereka golongan paling banyak menggunakan perkhidmatan pra bayar ini.

Golongan yang mempunyai pekerjaan tetap dan berada biasanya menggunakan khidmat post paid atau menggunakan bil penggunaan.

Ekoran pengumuman Telco untuk melaksanakan cukai ini, pelbagai pihak khasnya golongan remaja membuat bantahan terhadapnya melalui laman sosial dan media baru yang kebanyakannya dikuasai mereka.

Ekoran itu, Perdana Menteri Najib menyalahkan Telco kerana mengenakan cukai ini padahal ia telah dikemukakan beliau melalui Bajet 2011 dan pihak Telco hanya melaksanakan keputusan itu sahaja.

Harakahdaily difahamkan, selama ini cukai hanya diserap oleh Telco melalui keuntungan jualan pre paid mereka namun ia tidak mampu lagi berbuat demikian sedangkan duit itu dibayarkan kepada kerajaan dan bukannya diperolehi mereka.

Ekoran itu, semua Telco, terutama tiga yang utama iaitu Celcom, Digi dan Mexis akan mula mengenakannya kepada pengguna pra bayar.

Difahamkan, pengguna terbesar pra bayar adalah pengguna Digi.

Najib baru-baru ini mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

“Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima,” kata beliau.

“Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang,” kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Najib juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.

Chedet pulak kata Melayu tak di jajah....punggahhhh..!!!

Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah

Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.

mahathir pc 260608 01"Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah.

"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah.

"Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini.

http://www.malaysiakini.com/news/175531

Mat Sabu sentuh isu Mat Indera bukan main berkokok.. mai Mat Kling sentuh isu Penjajah.. apa pon tak bunyi..??

Tidak dijajah: Apa pendirian Pemuda Umno

KUALA LUMPUR, 11 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mencabar pemimpin Umno, khususnya Pemuda Umno untuk menyatakan pendirian mereka terhadap dakwaan Prof. Zainal Kling daripada Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa “Tanah Melayu tidak pernah terjajah, sebaliknya hanya dinaungi atau dilindungi oleh British”.

Ketua DPPM Nasrudin Hassan at-Tantawi berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Prof Zainal Kling tersebut tidak mewakili pendirian seluruh cendekiawan dan ahli akademik tanahair dan ianya perlu disokong oleh fakta dan perbahasan secara ilmiah, khususnya dalam persoalan berkaitan kedaulatan Raja-Raja Melayu dan hubung kait di antara konsep naungan (protectorate), lindungan (protected), kedaulatan (sovereignity) dan kemerdekaan (independence).

“DPPM melihat kenyataan tersebut bukan sahaja membuka ruang perbahasan akademik dan penilaian semua teks sejarah, malah mempunyai implikasi yang lebih besar terhadap status empayar kerajaan British dan negara-negara Komanwel di seluruh dunia,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, katanya kenyataan tersebut turut mengundang begitu banyak persoalan sinis dan gurauan di kalangan generasi muda yang popular dengan lagu “Merdeka” oleh Allahyarham Sudirman dan laungan “Merdeka” oleh Bapa Kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman.

Tambahnya, DPPM berpendirian bahawa British dan sekutunya telah menjajah secara hakiki Tanah Melayu dan bebarapa lagi negara sepanjang tempoh zaman imperialisme dan kolonisme.

Ini, ujarnya berdasarkan nilai kemerdekaan sebenar, yang terletak pada nilai kebebasan manusia daripada penyembahan sesama manusia.

Ini, jelasnya sebagaimana ungkapan masyhur seorang sahabat Rasulullah s.a.w. yang bernama Rabi’e bin Amir ketika dipanggil mengadap Panglima Parsi, Rustum, dengan pertanyaan “Atas sebab apakah kamu ke sini?”, lantas dijawab, “Allah yang menghantar kami. Dia membawa kami ke sini untuk membebaskan manusia daripada penyembahan sesama manusia kepada hanya menyembah Allah yang Esa, membebaskan manusia daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat, dan membebaskan manusia daripada kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Dialah yang menghantarkan kepada kami agamaNya yang diciptaNya, untuk menyeru manusia-manusia kepadaNya”.

Katanya, kenyataan Prof. Zainal seperti memperbodohkan negara, pemimpin dan seluruh rakyatnya yang saban tahun menyambut ulangtahun kemerdekaan.

“Jika negara tidak pernah dijajah sebagaimana yang didakwa, maka untuk apa Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan,” katanya.

Soalnya, bagaimana pula kedudukan silibus pengajian pelajar-pelajar kita di sekolah dari semua peringkat yang mula keliru dengan perbahasan sejarah negara hari ini.

Justeru, ujarnya DPPM amat kesal dengan sikap Umno dan Pergerakan Pemuda Umno yang berdiam diri dalam persoalan ini dan ternanti-nanti pengisian program Pentas Patriot yang akan dianjurkan oleh pihak Pergerakan Pemuda Umno untuk mengenang jasa tokoh kemerdekaan negara.

Masa kes Aduka Taruna dengan Pantas Hangpa Tangkap Mai MANGKOK nie hina ISLAM tindakan apa pon tarak..!!

Bukan Islam bimbang Sitt Al-Wuzara hina agama lain

PENGHINAAN Sitt Al-Wuzara terhadap Islam kini dilihat semakin menjadi-jadi. Tindakan SKMM sekadar menyekat blog manusia biadap ini dilihat tidak menyelesaikan masaalah.

Meskipun laman blog Sitt Al Wuzara disekat, namun selagi makhluk biadap ini tidak ditangkap, dia akan terus membina laman blog yang baru untuk terus menjalankan aktiviti biadapnya. Tambahan pula laman yang disekat ini masih lagi boleh diakses melalui open DNS.



Perkembangan isu penghinaan terhadap Agama Islam yang dilakukan oleh Sitt Al-Wuzara serta kegagalan pihak JAKIM dan SKMM di dalam menangani isu ini benar-benar menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jika Islam sebagai agama rasmi persekutuan boleh dihina dan dicaci sehingga sedemikian rupa, tidak mustahil agama lain juga akan dihina oleh manusia-manusia biadap seperti ini.

Saya bimbang jika SKMM dan JAKIM terus menerus gagal menyelesaikan hal ini, akan muncul lebih banyak individu atau kumpulan-kumpulan anti-agama yang berani menghina dan mencaci agama lain.

Hal ini boleh membawa kepada konflik yang lebih besar dan boleh mencetuskan ketegangan agama serta menimbulkan rasa curiga di kalangan rakyat di negara ini yang berbilang kaum dan agama. Jelas sekali jika perkara ini gagal ditangani dari sekarang, ia boleh menggugat keselamatan negara.

Saya menggesa pihak berkuasa menangkap dan menghukum Sitt Al-Wuzara untuk menunjukkan ketegasan penguatkuasaan dan juga amaran kepada manusia-manusia biadap yang tidak bertanggung jawab seperti ini.

DK Vicky
Koordinator, Panitia,
Perpaduan dan Pehubungan Kaum Jingga 13


Difahamkan DK Vicky adalah salah seorang ahli bukan Melayu Jingga 13 yang beragama Hindu. Beliau akan bersama-sama memohon untuk menghadap Yang Dipertuan Agong pukul 10 pagi ini, bagi menghantar memorandum berhubung isu ini

source:
http://milosuam.blogspot.com/2011/09/bukan-islam-bimbang-sitt-al-wuzara-hina.html#ixzz1Xgo2xrFT

Petani menggesa MADA baiki jalan depa..!!!

Tidak mampu keluar kos sendiri

PENDANG – Sejumlah 400 penduduk kampung Majapahit di sini menggesa Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) membaiki kerosakan jalan kampung terbabit.

Sinar Harian difahamkan oleh penduduk kampung itu bahawa jalan utama kira-kira hampir dua kilometer memasuki kampung itu mengalami kerosakan hampir setahun, namun tindakan yang diambil oleh pihak berkenaan tidak sempurna seperti yang diharapkan penduduk.

Difahamkan lagi jalan itu dibina oleh penduduk kampung kira-kira tahun 50-an lagi dan kemudiannya diturap dengan tanah oleh Pejabat Daerah Pendang seterusnya jalan itu diturap dengan tar sepenuhnya oleh Mada dan kemudiannya mengalami kerosakan.

Penduduk, Mohd Shubri Awang, 47, berkata, jalan itu mula rosak ketika projek Mada iaitu pembinaan ban sungai A3 kawasan itu, namun pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab mengenai kerosakan berkenaan dengan membaiki sepenuhnya.

“Penduduk di sini mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Mada atas tindakan menurap dengan batu sepanjang laluan yang rosak itu, namun tindakan itu tidak mencukupi dan tidak selesa bagi penduduk di sini.

“Pihak berkenaan sepatutnya bertanggungjawab sepenuhnya menurap jalan itu demi keselesaan penduduk kerana keadaan jalan sebelum ini adalah baik,” katanya.

Sementara itu, bagi Hamid Awang, 50, penduduk tidak mampu mengeluarkan perbelanjaan untuk menurap jalan itu kerana kos penurapan tinggi.

Katanya, laluan itu adalah jalan utama penduduk kampung Majapahit dan juga sering digunakan oleh penduduk dari Kampung Charok Kudung, Kubang Teradih, Lubuk Getah, Paya Sulaiman, Kampung Durian dan Bukit Kechik.

“Setiap hari jalan ini penuh dengan pelbagai kenderaan yang sering melaluinya termasuk guru yang mengajar di sekolah berhampiran kampung ini.

“Keadaan jalan semakin becak dan berlubang teruk terutamanya musim hujan menyukarkan orang ramai terutamanya penduduk kampung,” katanya.

Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) kawasan terbabit, Yoob Awang berkata, pihaknya meminta Mada dapat mengambil tindakan dengan segera demi kemudahan penduduk kampung ini kerana tidak mahu berlaku sebarang kemalangan.

“Saya pernah jatuh ke dalam tali air pada jam 12 malam akibat jalan ini rosak teruk dan banyak lagi kemalangan yang berlaku terhadap penduduk. Saya tidak mahu perkara ini terus berlaku kepada penduduk,” katanya.

Soalan SPM 2011 'bocoq'

Insya'allah..Sokongan tak terjejas

KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah yakin sokongan orang Melayu terhadapnya tidak terjejas berikutan kontroversi yang ditimbulkan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu (Mat Sabu) berhubung isu Mat Indera dan Bukit Kepong.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, apa yang ditimbulkan oleh Mat Sabu adalah sekadar pandangannya selaku ketua parti politik, dan terpulang kepada pihak lain untuk menyanggah pendapatnya.

“Sokongan orang Melayu tidak merosot hanya disebabkan perkara itu. Malah sokongan bukan Melayu kian meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Di Kedah saya dapat lihat transformasi ini berlaku dan yakin ia turut berlaku di negeri lain,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, sepatutnya pengkaji sejarah mahupun pihak luar mengulas kenyataan Mat Sabu berdasarkan aspek akademik dan bukannya emosi tetapi sebaliknya beliau dikecam tanpa diberi peluang memperjelas kenyataannya.

“Saya juga pelik apabila ada profesor dakwa negara kita hanya dijajah dua hari, Kalau begitu saya ada bukti untuk sangkal dakwaan itu, sebab sijil lahir saya dikeluarkan oleh Kerajaan Siam di Kedah pada 1944, iaitu Thai Saburi. Ini fakta sejarah, pengkaji sejarah kena kaji dan buktikan apa sahaja dakwaan,” katanya.

Mengulas mengenai gambar Mat Sabu yang dibakar beberapa organisasi di Tampin kelmarin, Azizan berkata, pihaknya tidak setuju dengan cara itu yang disifatkan seperti tidak matang.

“Saya tak setuju buat cara itu, terlalu emosional sedangkan Mat Sabu hanya lontarkan idea, mereka juga kena bertindak cara sama, bukan dengan bakar gambar seperti itu,” katanya.

Mengulas mengenai sekumpulan 50 penyokong Pas tegas menyertai Umno di Kuala Nerang Jumaat lalu, Azizan berkata, terlalu awal untuk pihaknya menilai sama ada sokongan terhadap Pas merosot kerana perkara itu adalah biasa.

“Cerita orang masuk Umno atau keluar parti ini biasanya heboh, terutama menjelang pilihan raya umum. Kita dengar banyak yang masuk Umno tetapi Pas menang juga di beberapa kawasan. Masih awal untuk kita nilai,” katanya.

AWAS..!! SADA.. PAS.. UMNO.. BN.. PR.. jangan dok main politik 'kepala taik' hangpa di KULIM HITECT PARK

Politik PAS-UMNO: Jangan Libatkan Pelabur

Dua hari lepas, ada seorang hamba Allah menalipon saya dari Kuala Nerang. Saya tak kenal dia sapa, tapi dia call tanya saya ni En Monier yg jaga bahagian pengambilan pekerja kat kilang saya ka? Saya kata ya. Dia habag, dia tengah dok cari kerja, baru grad rasanya.

Saya habag kata, minta maaflah, la nie bukan saja kilang saya tapi menurut kawan-kawan saya di NGO Wargakilang, banyak lagi kilang-kilang lain, antaranya ialah kilang tersohor di Bayan Lepas dan juga sebuah kilang Amerika ternama di Kulim Hi-Tech dah mula ambik tindakan bekukan pengambilan pekerja-pekerja baru sebab masalah ekonomi yang melanda Eropah dan Amerika ini.

Semalam, saya dapat email kat yahoo saya, ada saudara dari kampong, dia kata dia anak Mansor sepupu saya di Baling nu, dia tanya kilang saya tengah dok ambik orang lagi ka? Saya reply balik kata, minta maaf dah stop dah. Dia kata tat pa lah, dok ingat nak hantar resume isteri dia, tengah dok cari kerja.

Sembang pulak dengan seorang Engineer kat kilang saya, fresh grad baru 1st year kat kilang saya ni. Dia dok habag kata bulan September ini junior-junior dia di Univ Tempatan mula grad, dan nak cari kerja. Patutlah pun, inbox rasmi saya di kilang tu dok mula terima email bertalu-talu daripada fresh grads ni, rupa-rupanya depa dah mula send resume minta kerja.

Itu tak kira lagi budak-budak Diploma dari berbagai Institusi Latihan Kerajaan dan Swasta yang berlambak dok ada ini.

Dalam keadaan ekonomi dunia kian meruncing, dalam keadaan para pelabur dan investor di serata Kawasan Industri, tak kiralah Kulim Hitech ka, Perai Industrial Estate ka, kawasan Bebas Industri Bayan Baru ka mana-mana ka, tengah dok cut cost, tengah dok push kakitangan depa kurangkan perbelanjaan termasuk stop pengambilan pekerja baru dan memerhati dengan penuh teliti sama ada perlu kurangkan jumlah pekerja yang sedia ada, dalam keadaan mcm ni, anak-anak kita yang berada di IPT sana nu, tak kiralah yg level Sijil ka, Diploma ka, Ijazah ka apa ka, masa ni lah pula depa baru keluar Univ/IPT nak mola cari kerja. Kesian kat depa!

Investor ni pulak, org2 lama mcm saya yg dah kerja dlm sector industry dah lebih 20 tahun ni, kami tahu sangatlah dengan kerenah investor atau pun pelabur asing ini. Depa ini mai Negara kita bukan nak mai buat CHARITY atau pun mai buat kerja KEBAJIKAN. Depa mai sini nak melabur, nak meniaga, nak buat duit.

Kalau agak2 keadaan tak mengizinkan, tanpa segan silu depa akan lompat pi Negara lain, macam kilang Read Rite di Perai yg saya kerja hampir 5 tahun dulu; bisness punya pasal, depa katup kilang di Malaysia, lompat pi Filipina ceroi macam tu saja.

Mcm tu juga dengan pelabur-pelabur yg dok ada la ni, khususnya di negeri Kedah negeri kelahiran saya ni. Tugasan kerja mentakdirkan saya pernah bersemuka dengan antara pelabur utama yang melabur di negeri Kedah; waktu Kedah baru bertukar kerajaan tahun 2008 dulu, saya pernah dengar depa kata kalau kerajaan Kedah yang baru ini tak boleh jaga depa, anytime depa boleh katup kilang pindah pi India atau pun Vietnam.

Pelan-pelan saya cuba yakinkan depa kata kerajaan Kedah pimpinan Ustaz Azizan Razak ini insyaallah investor friendly mcm kerajaan yang terdahulu juga.

Sebenarnya saya main cakap saja, walaupun Ustaz Azizan tak kenai saya dan pimpinan PAS Kedah pun tak tau Monier Mat Din tu budak kampong mana, tapi sebagai anak jati Kedah, saya rasa tugas saya perlu buat semua ini. Sekurang-kurangnya, itu sajalah yg mampu saya sumbang untuk negeri Hijau Kunin kesayangan saya ini.

Lagi pun, nak habag kat hangpa, suka ka tak suka ka, di Kulim Hitech Park ini, as of August 2011, kita dok ada jumlah pekerja seramai 19,999 orang. Bukan sikit tu.

Makna kata, suka ka tak suka ka, sapa-sapa yang diberikan amanah memerintah negeri Kedah, tak kiralah kita mai dari parti politik mana, kita kenalah jaga jangan sampai ada pelabur yang lari. 20,000 orang pekerja bukan sikit wei; 20 ribu orang ini ada yang menjadi sebagai sumber income utama untuk keluarga depa; makna kata walaupun kita nampak Kulim Hitech ini mcm kecik saja, tapi ada beratus ribu insan yang akan terkesan kalau jadi apa-apa kat KHTP ini hasil decision making kita yang dibuat secara terburu-buru atas sebab-sebab politik yang tertentu.

Sebab itu, saya sebagai orang lama di Kulim Hitech ni, dah berbelas tahun dah kerja kat sini cukup rasa RALAT apabila membaca berita dalam The STAR hari jumaat lepas dan juga dlm Mingguan Malaysia hari Ahad 11/9/11 yg memuatkan kisah SADA (Syarikat Air Darul Aman) dok bergesel dengan kilang-kilang di Kulim Hitech pasal kes ayaq, berita yang memuatkan kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif SADA, Datuk Adzmi Din yang menafikan berita yang mengatakan bahawa SADA akan memotong bekalan air ke kilang-kilang Syarikat Multinational Antarabangsa yang tertunggak bil airnya itu.

Awatlah bodo (dengan izin) sangat sapa-sapa yang tak boleh nak selesaikan isu ini, sampai masuk suratkhabar ini?

Nak habag kat hangpa, kalau berita dlm the STAR itu takat dibaca di Malaysia saja tat pa lah; nu, BOSS-BOSS besaq kilang Multinational tu yg dok di Amerika, Jerman, Jepun mana nu, depa pun baca jugak.

Masalahnya, depa yg baca tu, depa bukan tau pun kata itu semua adalah sebuah lagi agenda politik dua parti utama yg memerintah Malaysia nak tunjuk keburukan lawan masing-masing sempena PRU nak mai ni, depa-depa nu melihat berita itu sebagai satu indikasi (indication/tanda/isyarat) bahawa Malaysia khususnya di KHTP ini sudah tidak lagi berpegang kpd dasar Investor Friendly (membantu pelabur); ayaq harga sekupang dua pun berkira!

Kalau dah pihak-pihak yang berkenaan sudah tidak minat lagi nak jaga depa, lebih baik depa angkat kaki pi melabur di Vietnam ka, Filipina ka China ka mana ka. Baru padan muka kita semua.

So, kepada sapa-sapa yang dok memperkudakan SADA nak memburukkan kerajaan Kedah sempena PRU nak mai ini, tolonglah hentikan politik KEPALA TAIK hangpa ini.

Dok heboh satu dunia kes AYAQ bergaduh dengan pelabur ini, sapa pun tak untung haih, melainkan hangpa boleh tolong sediakan kerja spare untuk 20,000 yang tengah dok kerja elok-elok di Kulim Hitech ini.

Pungk*q betoi!!

moniermatdin@yahoo.com
NGO WARGAKILANG
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com
http://kedahlanie.info

'BN Kedah politik kampung' - Azizan

KOTA SARANG SEMUT - Pas Kedah tidak tergugat dengan penyebaran risalah ‘Pembohongan Kerajaan Pas Kedah dalam buku Pencapaian Kita’ mahupun buku Sejahterakah Kedah? yang diedarkan oleh BN Kedah, kerana yakin rakyat bijak membuat tafsiran dan penilaian.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, pihaknya tidak gentar dengan fakta yang diputarbelitkan itu kerana Pas Kedah sudah membuktikan pencapaian tiga tahun lalu menerusi buku Kedah Sejahtera 2008 Pencapaian Kita.

“Itu hak mereka untuk menjawab buku yang kita terbitkan. Sebelum ini mereka cabar kita tunjuk bukti, kita terbitkan buku. Sekarang mereka kata kita bohong pula, biarlah rakyat menilainya.

“Rakyat bukan mudah lupa apa yang mereka lakukan 50 tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Pas Kedah di Kompleks Pas Kedah, semalam.

Menurutnya, tindakan BN Kedah yang mengungkit kononnya segala pelaburan di negeri ini adalah usaha kerajaan BN terdahulu turut disangkal Azizan, dan menyifatkan pemimpin BN mengamalkan politik kampung.

“Mereka bercakap seolah-olah tak faham perlembagaan. Kedah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.

"Kedah layak mendapat saluran dana dan jika tak mahu Pusat ada kaitan dengan Kedah, baik kita isytiharkan Kedah sebagai sebuah negara,” katanya.

Azizan turut menyelar pentadbiran BN sebelum ini yang didakwanya tidak cekap berbanding kerajaan Pas yang mampu menambah pendapatan negeri hanya dalam tiga tahun.

“Saya nak tanya siapa lebih cekap mentadbir? BN dapat RM8 juta bagi 2,400 hektar kawasan balak, kita dapat hasil RM53 juta keluasan sama. Anda nilai sendiri,” katanya.

Ditanya sama ada pihaknya akan mendedahkan lebih banyak kepincangan mahupun penyelewengan kerajaan BN terdahulu kerana tindakan parti itu ‘menyerang’nya, Azizan berkata, hanya masa akan menentukannya.

“Banyak penyelewengan mereka cuma kita tak mau dedah saja. Jangan bagi saya serang balik. Saya lebih suka menjawab serangan bagi mempertahankan tuduhan, saya bukan jenis orang yang suka serang orang. Bila saya kena serang baru saya jawab, tapi ada masa kena serang untuk jawab serangan,” katanya.

Saya perjuang Islam, bukan komunis - Mat Sabu

GOMBAK, 11 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menegaskan pegangan dan perjuangannya adalah Islam sejak kecil lagi dan bukan komunis seperti dilabel Umno dan akhbarnya, Utusan Malaysia.

Berucap dalam ceramah di Dewan Kolej Universiti Islam Dr Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam tadi, Muhamad berkata pegangannya dan perjuangannya terhadap Islam tidak pernah berubah sejak dulu lagi.

"Saya memilih perjuangan atas dasar Islam. Masa remaja dulu saya pilih Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia). Kemudian tahun 1978 saya sertai perjuangan parti Islam (PAS), sokong perjuangan ulama.

"Sepanjang saya berpidato idola saya adalah Syed Qutb, Imam Hasan Al-Banna, Jamaludin Al-Afghani, dan ulama-ulama lain.

"Tiba-tiba saya dituduh komunis, tak sedih ke tuan-tuan? Jahat sungguh," katanya merujuk kepada serangan Umno dan media terhadapnya ekoran pandangannya dalam isu Rumah Pasung Bukit Kepong.

Kira-kira seribu hadirin hadir pada ceramah malam tadi.

Mengulas lanjut Mohamad berkata tuduhan sebegitu bukan baru kerana berlaku sejak zaman penjajah lagi.

Umno warisi penjajah

Di zaman British ujarnya, golongan ulama dan golongan kiri dianggap penentang dan ditangkap serta dibunuh.

"Saya sangat cintakan tanah air Malaysia, tempat tumpah darah kita.

"(Tuduhan) Ini sama seperti dituduh terhadap pejuang-pejuang sebelum ini oleh penjajah dan sekarang Umno mewarisinya," tegasnya lagi.

Mohamad dalam satu ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang pad 21 Ogos lalu mendakwa Mohamad Indera yang menyerang polis British di Rumah Pasung Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya polis tersebut.

Seminggu selepas itu, Utusan Malaysia dalam laporan 27 Ogos melaporkan kenyataan Mohamad sebagai berkata pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah sebagai hero sebenar.

Mohamad yang tidak pernah mengaitkan komunis dalam isu itu kemudiannya menafikan perkara itu dan menganggap laporan akhbar Umno itu sebagai fitnah terhadapnya dan PAS.

Ekoran laporan itu juga, beliau telah dibidas dan kecam hebat oleh pelbagai pihak khususnya, Umno dan BN sehingga ada yang menuduhnya sebagai komunis.

Mengulas perkara itu, Mohamad malam tadi berkata semalam genap 15 hari beliau diserang.

"Saya berucap 21 haribulan, Utusan siar 27 haribulan seminggu selepas itu.

"Itu bukan berita, itu dah jadi sejarah. Kalau berita, berlaku hari ini keluarnya esok," sindirnya terhadap tindakan Utusan itu.

Khairy budak baik

Sementara itu, menjelaskan kenapa beliau menolak debat dengan Khairy Jamaluddin, beliau berkata bukan Ketua Pemuda Umno itu yang banyak menghentamnya tetapi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ekoran itu katanya, beliau hanya mahu berdebat dengan Muhyiddin yang dilihat lantang mengritik beliau sehingga menyuruh beliau bertaubat.

"Bagi saya Khairy budak baik dan berpotensi jadi pemimpin PAS akan datang. Buat apa nak berdebat dengan adinda Khairy.

"Muhyiddin yang banyak kata pada saya, jadi biarlah saya berdebat dengan Sohibussamahah Muhyidin Yassin," sindirnya.

Turut menyampaikan ceramah malam tadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...