TERKINI :

Saturday, September 10, 2011

Aziz Bari 'smash' Kerajaan Najib pulak...

Aziz Bari: Seperti Ops Lalang, polis jadi ‘kambing hitam’ Bersih 2.0

September 10, 2011

KUALA LUMPUR, 10 Sept – Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari berkata kerajaan tidak harus mempersalahkan pasukan polis berhubung kesan akibat cara menangani isu Bersih 2.0 – yang didakwa menjadi antara punca kemerosotan kepimpinan Najib dan kerajaan pusat.

“Kerajaan tidak boleh mempersalahkan polis dalam isu Bersih,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.

Justeru, Aziz (gambar) berkata pasukan polis sebenarnya sebahagian daripada perkhidmatan awam dan ia terletak di bawah penyeliaan kuasa eksekutif iaitu kerajaan pusat semasa.

“Sebagaimana di bawah demokrasi Westminster yang lain, kerajaan bertanggungjawab atas (tindakan) kakitangan awam termasuk pasukan polis.

“Oleh kerana mereka tidak dipilih, maka Kabinet yang dipilih yang seharusnya dipertanggungjawabkan,” kata beliau lagi.

Malah tegas beliau, ia adalah tanggungjawab penting kerajaan sebagaimana diperuntukkan di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Dalam urusan berkaitan Bersih, polis telah bertindak di bawah arahan kerajaan. Sedihnya, ini dilakukan sehingga membelakangkan peruntukan dalam Perlembagaan yang membolehkan kebebasan bersuara di bawah Artikel 10(1),” kata ahli akademik ini.

Aziz mengulas kenyataan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon hari ini.

Koh berkata cara polis mengendalikan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu adalah punca kemerosotan populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Presiden Gerakan melahirkan pandangan itu ketika bersetuju dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang muncul semalam.

Koh berkata tindakan-tindakan diambil oleh polis ketika perhimpunan Bersih 2.0 memberi gambaran bahawa kerajaan terlalu tegas dan ia adalah tidak benar sama sekali.

Media memetik Dr Mahathir berpendapat tinjauan Merdeka Center baru-baru ini yang menunjukkan sokongan terhadap Najib merosot teruk berpunca antara lain kesan cara kerajaan menangani perhimpunan Bersih 2.0.

Katanya, tindakan kerajaan tidak membenarkan orang memakai baju kuning adalah satu tindakan yang dilihat tidak betul.

Dr Mahathir berkata, imej kerajaan jadi buruk kerana tindakan tegas yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengekalkan ketenteraman awam menjelang 9 Julai.

“Ini disalahkan ke atas Datuk Seri Najib tetapi saya tidak tahu apakah Datuk Seri (Najib) yang beri arahan baju kuning tak boleh pakai.

“Saya tak fikir dia nak kata kepada polis baju kuning tak boleh pakai. Tetapi hakikatnya orang yang pakai baju kuning kononnya dianggap sebagai musuh dan ditahan. Itu tindakan kerajaan Malaysia dan ini memberi gambaran yang tidak baik kepada kerajaan,” kata beliau lagi.

Kajian terbaru Merdeka Center mendakwa aliran populariti Najib terus mengalami penurunan daripada 72 peratus pada Mei 2010 kepada 69 peratus November lalu, 67 peratus pada Mac tahun ini dan seterusnya ke paras 65 peratus Mei lalu dan yang terbaru 59 peratus.

Kajian itu dikendalikan melibatkan 1,027 respoden, membabitkan pengundi berdaftar, antara 11 hingga 27 Ogos lalu – kira-kira sebulan selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Sehubungan itu tambah Aziz, kerajaan tidak boleh menuding jari ke atas kakitangan awam semata-mata.

“Tetapi, sekali lagi ia dilakukan oleh Mahathir. Ingat, beliau mempersalahkan polis atas tindakan berkaitan dengan Operasi Lalang?” kata beliau merujuk kepada penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987.

“Layan polis dengan baik. Mereka sekali menjadi tikus belanda,” katanya seolah-olah menggambarkan Polis Diraja Malaysia menjadi bahan uji kaji.

“Tetapi kemungkinan, seperti juga bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar sebelum ini, mereka dengan gembira menerima kesalahan kali ini,” kata beliau merujuk kepada kenyataan Haniff sejurus selepas pendirian Dr Mahathir muncul awal tahun ini.

Aziz menambah, di bawah perlembagaan, tanggungjawab bermakna seseorang yang didapati cuai atau bersalah, boleh dipecat ataupun harus dihadapkan di Parlimen.

“Ia menjadi asas kepada tindakan susulan, misalnya prosiding disiplin yang boleh membawa kepada pemecatan seseorang. Jika ia melibatkan pelanggaran undang-undang, ia bermakna liabiliti.

“Polis kini terdedah kepada liabiliti jenayah atau tindakan sivil,” kata beliau lagi.

Aziz Bari 'smash' 2 profesor 'kangkang'

Profesor keliru, kemudian kelirukan orang

http://www.gourmetsleuth.com/images/kang-kong.jpg
Saya fikir profesor-profesor itu keliru dan kemudian mengelirukan orang. Profesor Datuk Dr Zainal Kling orang sosiologi dan Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim orang sejarah. Status jajahan (colony) dan negeri lindungan (protectorates or protected states) adalah konsep undang-undang antarabangsa.

Beza antara konsep-konsep itu tidak jelas pada orang biasa. Apa beza antara Melaka dan Pulau Pinang - strait settlements - dan negeri-negeri Melayu seperti Selangor dan Perak? Atau antara kita dengan India yang merupakan tanah jajahan British? Tidak nampak.

British kekalkan status raja - dan negeri mereka - sebagai protectorate kerana mereka hendak mengelakkan penentangan sebagaimana di India. Sebab itu British perkenalkan indirect rule di sini dengan meletakkan residen sebagai penasihat sultan (yang sebenarnya memaksa).

British mahu menunjukkan kepada orang Melayu bahawa negeri mereka kekal di tangan Melayu dengan mengekalkan sultan. Tetapi pemerintahan dan pentadbiran sebenar dijalankan oleh British melalui residen mereka.

Ini bermakna di atas kertas - yakni teori - memang sultan dan negeri Melayu tidak dijajah (kalau dijajah maka (kedudukan) sultan akan dihapuskan sebagaimana di India dan Burma). Tetapi praktik dan kenyataannya ialah British yang membuat keputusan.

Hatta urusan agama pun dikacau - meskipun perjanjian melarang ini. Contohnya apa yang dilakukan oleh Sir Andrew Clarke kepada Raja Muda Perak yang mengetuai majlis agama di Perak.

Sebab itu penentangan kepada pentadbiran British yang dibuat oleh orang-orang seperti Dato Maharajalela, Mat Kilau, Dato Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan lain-lain mudah dipatahkan kerana nama sultan digunakan.

Pada hakikatnya mereka semua menentang British tetapi mereka berlindung di sebalik sultan. Kita akur bahawa sultan diberi pelbagai kemewahan dan gelaran oleh British. Mereka juga bergaduh sesama sendiri untuk menjadi raja.

Meskipun begitu British akhirnya tidak selesa dan cuba memansuhkan kedudukan raja melalui Malayan Union. Ini ditentang oleh orang Melayu.

Sekiranya Malayan Union itu dilaksanakan sempurnalah penjajahan British dari segi teori dan praktik.

Tetapi itu tidak berlaku (Zainal Kling Silap; Malayan Union tidak pernah dilaksanakan).

Sebagai contoh, undang-undang yang dibuat sebelum merdeka di sisi perlembagaan adalah undang-undang yang dibuat oleh Sultan. Ini kerana dewan adalah lantikan sultan dan undang-undang itu ditandatangani oleh sultan. Tetapi apakah itu apa sebenarnya berlaku? Tentu tidak kerana sultan hanya menurunkan tandatangan sahaja. Rang undang-undang itu dibuat oleh British. Tetapi di sisi undang-undang ia adalah buatan sultan, bukan British.

Apa pun undang-undang itu, selagi tidak dimansuhkan oleh parlimen atau DUN, sah sehingga sekarang.

Kesilapan Zainal dan Khoo ialah mereka mengitar konsep yang bukan bidang mereka. Sedangkan sejarawan sendiri mengatakan British yang mentadbir Tanah Melayu.

Lebih lucu, jika apa yang mereka dakwa itu benar, untuk apa kita sambut merdeka?

Dan lebih malang lagi Tunku Abdul Rahman kehilangan gelaran: beliau bukan lagi bapa kemerdekaan kerana kita tidak pernah dijajah....!!

Tikus baiki labu atau sokong bawa rebah.

Lucu sekali Majlis Profesor (saya tidak jadi ahli) tidak tahu apa yang mereka bebelkan. Mereka ramai-ramai keroyok Mat Sabu... lain yang dia cakap lain pula yang majlis ini tangkap...

Prof Dr Abdul Aziz Bari

KETUA PENGARAH JPN PERLU LETAK JAWATAN!

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
KETUA PENGARAH JPN PERLU LETAK JAWATAN!
(10 September 2011)

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan merasa kesal kerana Jabatan Pendaftaran Negara gagal mengemaskini pengkalan data sehingga menyebabkan orang bukan warganegara disenaraikan sebagai pengundi.

Apa yang sangat dikesalkan apabila pendedahan oleh Pakatan Rakyat terhadap seorang pengundi yang bernama Yusnati Haris telah dinafikan oleh JPN dengan mengesahkan kewargangeraan beliau sejak tahun 2008. Kes ini menjadi rujukan betapa lemahnya sistem pentadbiran JPN yang menjadi sebuah agensi kerajaan sangat penting terhadap negara.

DPPWP hairan mengapa JPN tidak membuat kerja secara bersungguh-sungguh dengan membuat semakan dan meneliti setiap senarai nama yang ada dalam pengkalan data mereka? Apakah JPN tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk membuat semakan dan penelitian ini. Jika demikian, kemana pula perginya duit kerajaan dan negara bagi menggaji pekerja bagi membuat kerja yang cukup kritikal ini?

Kes ini didedahkan oleh Pakatan Rakyat yang membuat sedikit ‘kerja rumah’ berdasarkan kemampuan yang ada. Bukannya terlalu payah untuk mengenalpasti rakyat tempatan mahupun asing dalam sistem pengkalan data sama ada SPR mahupun JPN. Dengan kepakaran yang ada, Pakatan Rakyat berjaya membuktikan ‘keraguan yang munasabah’ terhadap data pengundi di SPR yang turut terkait ke pengkalan data di JPN.

JPN dan SPR sepatutnya berterima kasih terhadap Pakatan Rakyat yang tidak sedikit membuat pendedahan mengenai kelemahan sistem daftar pemilih. Bahkan, Pakatan Rakyat mempunyai ramai lagi bukti pemegang kad sementara menjadi pengundi berdaftar. Bayangkan jika Pakatan Rakyat membiarkan sahaja data ini, sudah tentu SPR dan JPN tidak akan ‘perasan’ kelemahan yang ada dalam sistem pengkalan data mereka dan kelemahan inilah yang akan digunakan dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

Dengan pendedahan kes seperti ini dan juga kes-kes yang lain, menunjukkan bahawa pengkalan data SPR sangat diragui, kotor dan tidak layak digunakan dalam Pilihanraya Umum ke 13. DPPWP mencabar sekiranya benar SPR tidak berat sebelah dan bertindak secara profesional, keseluruhan sistem pilihanraya perlu dikaji dan dirombak kembali khususnya data pemilih. Data pemilih sedia ada mesti dibersihkan dari sebarang penyelewengan atau penipuan.

DPPWP dengan ini mendesak Ketua Pengarah JPN meletak jawatan manakala Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab terhadap semua kesilapan ini. DPPWP dan juga rakyat tidak boleh menerima ribuan kesilapan yang telah dan akan dilakukan dengan alasan tidak mengemaskini pengkalan data. Apakah alasan yang sama akan diberikan jika banyak lagi pendedahan serupa dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap pengkalan data JPN atau SPR?


Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Tak berhemah atau jalan bermasalah?

Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar Dewan Pemuda PAS Malaysia (LaPAS) melahirkan rasa kesal dan bimbang ekoran peningkatan kadar kemalangan khususnya yang melibatkan kematian dalam Ops Sikap ke 24 yang berakhir pada 7 September 2011 yang lalu. Difahamkan Ops Sikap ke-24 adalah yang terburuk sejak Ops Sikap dilancarkan 11 tahun yang lalu.

Ops Sikap ke-24 mencatatkan mencatatkan 259 kemalangan maut dengan 289 kematian. Keseluruhannya sebanyak 19,462 kemalangan dicatatkan dalam Ops Sikap Ke-24 iaitu meningkat 2,645 kes (15.7 peratus) berbanding sebelum ini.

Penunggang dan pembonceng motosikal adalah mangsa tertinggi dengan kadar kemalangan maut dan kematian berjumlah 178 kes (61.6 peratus) daripada 289 kematian yang direkodkan iaitu meningkat 35 kes (24.5 peratus).

LaPAS mempersoalkan keberkesanan Ops Sikap kali ini gagal membendung kemalangan khususnya yang melibatkan kemalangan maut. Meskipun pelbagai usaha dan kempen dibuat, namun kadar kemalangan terus meningkat.

Faktor sikap pemandu dan pengguna jalan raya sendiri apabila memandu dalam keadaan cuai, letih, tertidur, mengekori kenderaan lain terlalu rapat dan leka menjadi sebab utama kemalangan terus meningkat.

Dalam hal ini, sesuatu tindakan drastik perlu dikenalpasti dan dilaksanakan agar kemalangan jalan raya dapat dikurangkan. Antaranya LaPAS menyokong usaha penjenamaan semula Ops Sikap yang dilihat agak ketinggalan dan kurang berkesan.

Selain itu, antara tindakan yang berkesan adalah dengan melicinkan perjalanan trafik di jalan-jalan raya. Antara sebab pemandu letih adalah kerana kerana faktor kesesakan jalan raya yang membosankan dan meletihkan.

Dengan jumlah kenderaan yang banyak, dengan suasana yang panas dan tidak selesa sudah tentu pemandu menjadi hilang sabar, marah, tekanan perasaan, serta mengantuk. Kesannya pemandu memilih untuk menggunakan jalan alternatif walaupun ianya jauh dan merbahaya.

Di musim perayaan seperti Aidilfitri ini pula, R&R sepanjang lebuhraya biasanya sesak dengan pengunjung. Ramai pemandu terpaksa meneruskan perjalanan dalam keadaan mengantuk kerana gagal untuk berhenti di R&R ekoran terlalu ramai orang. Justeru LaPAS mengharapkan kerajaan dan syarikat konsesi tol memperbanyakkan lagi R&R di lebuhraya bagi keselesaan pemandu.

Selain itu, jalan di kawasan perbandaran juga perlu disediakan kawasan R&R bagi kemudahan pemandu. Pemandu biasanya tidak ada alternatif selain bersekang mata yang keletihan kerana tidak ada tempat persinggahan untuk rehat di jalan selain lebuhraya.

Selain itu, faktor jalan raya seperti seperti selekoh tajam, jalan berlubang, tidak rata, tidak jelas papan tanda serta ketiadaan lampu jalan antara sebab berlakunya kemalangan jalan raya. Jalan di kawasan kampung ketika waktu malam amat gelap dan berbahaya.

Keadaan ini lebih mengundang bahaya terutama di waktu hujan. LaPAS mengharapkan antara langkah keselamatan ialah mengadakan lampu jalan bagi menerangi jalan-jalan kawasan di luar bandar serta di kawasan selekoh berbahaya.

Banyak lagi faktor dilihat sebagai punca kemalangan jalan raya dan banyak perkara boleh diperbaiki bagi mengatasi masalah ini. LaPAS percaya antara cadangan yang dikemukakan ini, jika dilaksanakan dengan segera mampu membendung kemalangan di jalan raya, Insyaallah.

Takziah kepada mereka yang terkorban di dalam kemalangan dan Al Fatihah LaPAS sedekahkan bagi mereka yang beragama Islam. Semoga Allah swt mengampuni dosa-dosa mereka dan meletakkan roh mereka dikalangan orang-orang beriman. Al Fatihah.

Mohd Firdaus Jaafar
Penulis adalah pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar,
Dewan pemuda PAS Malaysia.

Kenapa kita sambut Hari Kemerdekaan kalau tidak dijajah?

Oleh: sripetaling

"Kuala Lumpur, 9hb Sep 2011. Setiausaha Dewan Ulamak Pas Wilayah Persekutuan, Ustaz Azhar Yahya menegaskan bahawa rakyat Malaysia hendaklah diberikan kebebasan untuk menilai semula sejarah kemerdekaan negara ini dengan dibekalkan dengan maklumat yang tepat dan betul tanpa ‘saringan’ daripada pihak-pihak tertentu yang berkepentingan yang menangguk di air yang keruh daripada isu kemerdekaan ini.

Pada hari semalam Malaysiakini melaporkan seorang professor telah mendakwa tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British.

“Kalau betul kita tidak pernah terjajah selama ini, kenapa pula kita menyambut Hari Kemerdekaan setiap tahun? Adakah rakyat Malaysia tertipu lagi dengan sejarah kita?” kata beliau ketika dihubungi oleh pihak web DUPP.

“Pas InsyaAllah akan terus membongkar kebenaran disebalik sejarah yang berlaku di negara kita, kita percaya perjuangan Islam di Tanah Melayu akan terus menyerlahkan kebenarannya kepada seluruh rakyat Malaysia” Ujar beliau lagi yang juga merangkap ahli jawatankuasa Ulamak Pelapis Pas Pusat.

Adakah Beli rumah lelong menguntungkan?

http://tuanbri.com/blog/wp-content/uploads/2011/01/auction.jpg

SAYA tertarik dengan penerangan tentang isu kediaman yang disiarkan baru-baru ini. Bagaimanapun, apa yang diterangkan lebih menjurus kepada perancangan pembelian kediaman baharu. Saya baru sahaja selepas menamatkan pengajian setahun lalu dan berhajat membeli rumah. Oleh sebab harganya tinggi, saya perlu menunggu lima tahun lagi. Tetapi saya difahamkan oleh rakan-rakan supaya mencari rumah ‘second hand’ atau rumah lelong yang harganya lebih rendah, apakah ia benar dan kelebihan membelinya?

NOR AIN KAMARUDDIN, Kelang

RUMAH ‘second hand’ tidak semestinya lebih murah untuk dibeli. Umumnya, langkah bijak yang boleh diambil adalah membuat perbandingan harga hartanah di kawasan tersebut dan membuat pemeriksaan sebelum membeli apa-apa hartanah untuk mengurangkan ketidakpastian yang mungkin wujud ketika membeli hartanah lelong.

Di OCBC Al-Amin, tidak ada banyak bezanya sama ada membeli hartanah lelong atau hartanah sedang dibina kerana kadar yang dikenakan adalah sama.

Kelebihan hartanah yang dilelong adalah seperti berikut:

Peluang membeli sebuah aset pada harga lebih murah, biasanya di bawah harga pasaran.

Sesuai jika anda mahu membeli hartanah dengan pantas.

Keupayaan memilih hartanah pilihan anda dari segi lokasi, saiz dan harga.

Bagaimanapun, masih ada beberapa kelemahan seperti yang disenaraikan di bawah:

Prosesnya bukan mudah kerana ada beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan untuk mengurangkan masalah dan risiko yang dikaitkan dengan pembelian hartanah lelong.

Anda mungkin tiada masa yang secukupnya untuk memeriksa hartanah, dan ini boleh menimbulkan masalah serius berkaitan kerosakan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Hartanah perlu dibeli “dalam keadaan sedia ada” tanpa sebarang jaminan atau hak tuntutan jika anda mengalami sebarang masalah pada masa depan berkaitan dengan hartanah tersebut.

Anda bertanggungjawab sebagai pemilik rumah untuk menyelesaikan cukai tertunggak ke atas hartanah di lelongan pengambilalihan.

Hartanah mungkin rosak akibat digodam atau kesan cuaca jika telah ditinggalkan kosong sejak diambil alih.

Wang cengkeram atau bayaran penuh perlu dibuat untuk membeli hartanah di lelongan hartanah.

Selepas menilai segala faktor, buat pertimbangan teliti sebelum anda merebut ‘peluang’ yang pada mulanya nampak hebat.

Setuju Kenyataan Zainal Kling: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah British !

Oleh: edyesdotcom

"Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh British. Bukan Profesor Zainal Kling sahaja yang bersetuju dengan hakikat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga kerana bangsa kita dan Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kita cuma dijadikan rakan dan diberikan Tuan oleh British untuk mengusahakan Tanah Melayu beberapa ratus tahun lamanya. Kita harus bangga dan merasa hebat dengan pencapaian kita, tidak pernah dijajah British.

Hebatnya Tanah Melayu, apabila rakyatnya berganding bahu dengan kerajaan British membangunkan negeri-negeri di Tanah Melayu. Jangan sekali-kali kita meragui sejarah kehebatan melayu. Mari renung kembali bagaimana kedudukan orang melayu ketika zaman British datang melawat suatu ketika dahulu.

Segala cukai yang dibayar kepada pentadbiran British itu adalah hadiah dan sedekah, setelah berasa sangat terhutang budi kepada British yang sanggup datang dari jauh ke Tanah Melayu demi untuk hidup bersama dengan orang melayu. Segala tanah ladang dan estet yang diusahakan oleh British dengan memasukkan orang-orang India itu adalah sa-buah usahasama yang sangat menguntungkan.

Beruntungnya Tanah Melayu, tidak pernah dijajah British malah menjadi rakan kongsi 'melangsaikan' segala hasil hutan, segala hasil ladang, segala hasil padi dan apa jua usahasama dikongsi sama-rata. Segala kekayaan hasil perniagaan dalam negeri di Tanah Melayu dibahagikan sama-rata, separuh untuk Queen of England, separuh lagi untuk raja-raja melayu. Untuk rakyat pula, akan mendapat suku daripada separuh punya separuh dibahagi dengan separuh.

Sungguh mewah hidup kita ketika era 'perkongsian' dengan British. Setiap kali tiba musim perayaan, rakyat akan berpesta bersama-sama dengan pegawai British dan tenteranya. Ia termasuklah tentera gurkha dan Fiji. Kita saling ziarah menziarahi, rumah terbuka di sini dan sana. Tentera British yang ada dalam negara adalah untuk menjaga keselamatan dan keamanan negara dari dicerobohi penjajah lain. Mereka tidak jajah, cuma jaga sahaja.

Orang melayu menjadi kerani dalam pejabat pemerintahan British, bergaji besar berumah bungalow. Maksudnya berumah bungalow itu ialah, orang melayu menjadi orang gaji, menjadi drebar, tukang kebun dan tukang pencacai najis kepada pegawai British di kebanyakkan rumah-rumah bungalow. Negeri Tanah Melayu ini melayu yang punya, tetapi hebat kerana boleh dikongsi bersama British hinggakan kita memanggil mereka sebagai Tuan, sambil berdiri tegak dan menunduk hormat. Baiknya orang melayu kita, kaya dengan budi bahasa.

Ketika Jepun menyerang Tanah Melayu, tentera British bermati-matian mempertahankan Tanah Melayu. Mereka sanggup mempertaruhkan nyawa demi Tanah Melayu sehingga amat payah bagi pihak Jepun untuk menjajah, opss maksudnya menjadi rakan kongsi di Tanah Melayu. Orang melayu ketika itu juga membantah kemasukkan Jepun walaupun adanya slogan asia untuk asia, kerana orang melayu di zaman itu rupa wajahnya tidak seperti orang asia tetapi pan-europian-asia.

Ketika Jepun tewas di Tanah Melayu, orang-orang melayu begitu merindui kehadiran British dan tenteranya lalu mengalu-alukan kedatangan semula British ke Tanah Melayu. Orang melayu dan Tanah Melayu tanpa kehadiran British bagaikan polong tak bertuan. Panggilan Tuan ke atas pegawai British begitu mengasyikkan sekali.

Oleh kerana baiknya rakyat Tanah Melayu terhadap British sepanjang lawatan mereka selama beberapa ratus, maka British menghadiahkan kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui sekumpulan elit melayu bangsawan yang taraf kehidupannya hampir setaraf dengan British. Biasanya negara yang diberi kemerdekaan adalah negara yang telah dijajah, tetapi Tanah Melayu cukup istimewa di mata British. Kemerdekaan yang diberi kepada Tanah Melayu adalah di atas dasar 'you help me, I help you'.

Tanah Melayu akhirnya merdeka dan menjadi satu-satunya negara yang merdeka tanpa penjajahan. Lebih istimewa, Tanah Melayu yang akhirnya membentuk negara Malaysia telah dijemput menyertai negara-negara Komanwel. Mengapa istimewa? Kerana semua negara yang menyertai negara-negara Komanwel adalah merupakan negara bekas jajahan British, kecuali Malaysia.

Sebagai tanda terima kasih Malaysia ke atas British kerana meluangkan masa yang begitu lama berkhidmat di negara kita, maka segala undang-undang dan perlembagaan negara dibangunkan mengikut acuan British termasuklah menjaga semua kepentingan-kepentingan British. Ia berlanjutan hingga ke hari ini apabila masih banyak harta dan kekayaan dalam negara ini milik British dan bangsa asing.

Sehubungan itu, janganlah kita menyorokkan fakta penting betapa negara kita tidak pernah dijajah oleh British, malah diberi layanan yang cukup istimewa. Setiap rakyat yang hidup ketika British menumpang-tadbir negeri Tanah Melayu akan berasakan kehidupan ketika itu sangat baik biarpun berbanding hari ini kerana ketika itu kita mempunyai Tuan. Melayu yang punya Tuan adalah melayu hebat.

Sesungguhnya fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik. Malaysia Boleh!


Edyes @ edyesdotcom
satira kebangsaan "

Legasi palsu Umno akan terdedah

Oleh Ahmad Lutfi Othman

http://4.bp.blogspot.com/-wwUAgj4OvY4/Tmas5kgtj4I/AAAAAAAABIo/R6FvWRagepY/s1600/Kartun%2BBuletin%2BRakyat%2BSejarah.jpgRAMAI menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastik sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.

Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan “pembebasan daripada api neraka”,

Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.

Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah glamour apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya.

Hatta pembedahan kakinya pun mahu diungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.

Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.

Ramai pembaca mengeluh, se kali gus “sakit hati”, melihatkan media di bawah kawalan Umno “se suka hati” memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah se bagai “pengimbang”. Di masa de pan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan “cuti rayanya”!

Serangan terhadap Mat Sabu se benarnya adalah usaha berterusan Umno untuk “menghitamlegamkan” wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pe ngundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.

Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal pe nubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.

Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Per ikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sen diri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.

Oleh kerana bimbang kebang kitan PAS selepas merdeka, Pesuruh jaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk me nang pada 1959.

Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.

Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negara di mana berjuta paun modal British dilaburkan.

Ketiga, sebagai pang kalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.

Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji ti dak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.

Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan ba gi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi Bri tish, PAS dan Parti Rakyat di lihat anti-imperialis dan anti- Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.

Pada hemat saya, isu terbaru mem babitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan da ripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

PAS digambarkan sebagai parti yang begitu “kemaruk kuasa” hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela di perkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini di tohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan ke selamatan yang sebangsa dan seagama.

Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.

Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.

Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis se mua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.

Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi. Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan ter hadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.

Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan ke sedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbarakhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.

Malah, kesedaran orang Melayu menentang MalayanUnion tidak boleh disandarkan hanya kepada Onn Jaafar. Bagi profesor sejarah, Dr Mohamad Redzuan Othman, peranan pemimpin agama yang berpusat di madrasah, yang merupakan jaringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini, cukup efektif bagi menggerakkan perjuangan rakyat menentang MalayanUnion.

Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan ke merdekaan yang dimainkan ula ma dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.

“Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa per juangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang peraran t ah neditulis ma n ulkan kemerungkin a a peraagama sa raktahun n sisipankan bebasrasmi.

es keermula abkan angan atusan ondok enjadi ang aratan. oh-toeperti Moha Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. juangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara,” tegas Redzuan.

Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as- Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapaktapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.

Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan sema ngat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned.

Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua.

Memang tidak mudah untuk merongkai kembali “fahaman” yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan “legasi” palsunya itu. Selama ini ramai yang “tersihir” dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.

Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan “kejutan” Mat Sabu yang disensasikan Utusan.

Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolaholah terjerat dan banyak pihak, ter masuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas “keceluparan” Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.

Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mus tahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya.

“Permainan sentimen” ini tidak selamanya dimenangi Umno.

Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.

Dalam pada itu, Saya tertarik de ngan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbhttp://3.bp.blogspot.com/-NgH5PRiBFXw/TmatvUHRJ4I/AAAAAAAABIw/Pl_QaEZu8_E/s1600/Wira%2Bsejati%2Bwarna.jpgangan pemimpin Umno: “Kalau nak letak Tunku Abdul Rah man, Dato’ Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), te tapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British.”

Secara peribadi, saya cukup teruja melihat proses Mat Sabu “menulis” sejarah kemerdekaan negara yang selama ini telah dipesongkan oleh Umno. Beliau telah memulakan “bab pertama” dengan jayanya. Menjadi tanggungjawab sejarawan yang jujur dengan disiplin ilmu untuk meneruskan kerja yang dirintis oleh Mat Sabu ini.

'Mat Indera selamatkan polis'

MELAKA - Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong, Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya itu pernah diselamatkan Mat Indera selepas serangan berkenaan.

Nazir Yusoff, 54, berkata, arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Bagaimanapun, katanya, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis.

Nazir yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka, di sini berkata, menurut arwah bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950 itu, bapanya antara empat yang terselamat.

“Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat-mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

“Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai,” katanya.

Menurut Nazir, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan. Sementara kaki kiri serta matanya turut cedera terkena serpihan bom.

“Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata ‘yang sudah tu sudahlah’ kepada anggota komunis berkenaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Nazir berkata demikian sebagai memberi penjelasan berikutan kenyataan adik kepada Mat Indera, Baharom Shah Indera, 65, dalam Sinar Harian semalam yang mendakwa abangnya itu telah menyelamatkan Allahyarham Yosoff.

Allahyarham Yusof yang ketika itu berusia 27 tahun merupakan seorang daripada empat anggota polis terselamat ketika peristiwa serangan itu.

Malah, dia juga kekal sebagai satu-satunya anggota yang terus berkhidmat dalam pasukan polis selepas peristiwa itu.

Allahyarham Yusof meninggal dunia di Melaka pada 14 April 2005 ketika berusia 82 tahun.

Ohhh Sykt Telekomunikasi yg penaik cukai 6% tuuu....bukan NAJIB...hangpa caya ka nie..??

PM: Kaji semula cukai perkhidmatan prabayar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula keputusan mengenakan cukai perkhidmatan 6.0 peratus ke atas produk tambah nilai prabayar dan pek permulaan prabayar kerana keputusan itu kini dilihat membebankan rakyat.

Najib berkata keputusan itu yang diambil sendiri oleh syarikat telekomunikasi merupakan satu keputusan yang tidak popular selepas beliau mengambil kira pandangan dan maklum balas dari pengguna.

Menurutnya, fokus utama ketika ini sepatutnya untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya mengambil keputusan untuk menambah beban itu.

"Saya dah dapat banyak reaksi dan maklumat timbal balas dari orang ramai bahawa langkah yang dibuat oleh syarikat telekomunikasi mengenakan cukai perkhidmatan kepada pengguna adalah suatu yang tidak popular dan sukar diterima oleh rakyat.

"Saya berharap syarikat telekomunikasi dapat kaji semula langkah ini kerana hari ini kita hendak kurangkan beban kepada rakyat.

"Kini rakyat terpaksa menanggung kos perbelanjaan serba-serbi dan ada sesetengah bahan makanan sudah bertambah harga, kita hendak kurangkan bebanan pada rakyat," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan logo baharu Maybank di Menara Maybank di ibunegara ari ini.

Najib berkata kerajaan tidak pernah meluluskan apa-apa berkenaan caj cukai 6 peratus berkenaan sebaliknya ia dibuat syarikat telekomunikasi sendiri.

"Kita tidak pernah luluskan, keputusan dibuat pihak syarikat telekomunikasi sendiri," katanya.

Perdana Menteri, yang juga menteri kewangan, mengulas satu kenyataan bersama syarikat telekomunikasi hari ini yang mengumumkan caj berkenaan akan dikenakan kepada produk-produk prabayar bermula Khamis depan.

Menurut kenyataan itu, cukai perkhidmatan bukan sesuatu yang baru, namun sejak perkhidmatan prabayar diperkenalkan pada 1998 cukai berkenaan diserap oleh syarikat telekomunikasi.

Langkah itu diambil bagi memastikan perkhidmatan prabayar mudah alih kekal kompetitif berikutan kadar panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) prabayar adalah tinggi berbanding pasca bayar.

Menurutnya, dengan cukai perkhidmatan 6 peratus terhadap perkhidmatan prabayar, pelanggan yang membeli tambah nilai RM10 perlu membayar RM10.60, yang mana 60 sen adalah cukai perkhidmatan.

Sementara itu, Maybank melancarkan logo baru yang menampilkan ikon Harimau Malaya dengan lebih jelas selari dengan matlamat Maybank yang mahu berkembang sebagai syarikat perbankan bertaraf global.

Sumber : - Bernama

PAS Padang Terap takan taknak saman UMNO yang dikatakan menipu tuu..???

oleh AnakKedah007.blogspot



Aduhai UMNO sampai bila la hangpa nak pakai tektik menipu nie
kami hairan sungguh dak habaq kata menipu nie pon masih belambak
dok sokongnya... nak habaq mcmana lagi pon dah tak tau dah...
kepada PAS Padang Terap hangpa nganga lagik..kalau masa 3hari
depa tak bagi list 50org yg masuk tuu...apa kata pie buat laporan polis
kata UMNO menipu lepas tu saman berjuta-juta kita tengok apa nak jadi

kenyataan media dari PAS Padang Terap:

UMNO Padang Terap Kencing 1Malaysia.. Dalam dok nipu pun belambak dok sokong lagi..!!

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP : ISU 50 AHLI PAS LOMPAT PARTI DI PADANG TERAP PROTES MOHAMAD SABU , UMNO MENIPU


UMNO dakwa Malaysia tak pernah dijajah? Habih tu dok sambut merdeka kepala bapak apa..

Oleh: Saiburi Sudin

Kenyataan terbaru UMNO mendakwa negara kita Malaysia atau dulu dipanggil Tanah Melayu tidak pernah dijajah. Kenyataan rasmi UMNO itu dikeluarkan oleh jurucakap mereka Pof Zainal Keling dan disiarkan dalam media rasmi mereka TV Tiga Suku.

Bukan setakat ahli akademik dalam negara, pakcik dok motong getah kat Kola Nerang pun tersedak dengar kenyataan jurucakap UMNO tu. "Habih tu kita dok sambut merdeka tiap-tiap tahun tu buat apa?" katanya.

Kenyataan terbaru Umno itu adalah ekoran dari Mat Sabu mendakwa polis Bukit Kepong dulu tu adalah polis penjajah British. Untuk menafikan kenyataan Mat Sabu tu, maka barangkali Majlis Tertinggi UMNO pun bermesyuarat dan mengarahkan ahli-ahli sejarah mereka tolong memutarbelitkan fakta sejarah dgn mendakwa Malaysia tak pernah dijajah.

Mat Sabu buka mulut dua tiga patah..habih keliru, celaru dan haru biru UMNO. Dah sampai saat nazak nak mampoih dah, memang macam tulah UMNO..

http://kedahla.blogspot.com/2011/09/umno-dakwa-malaysia-tak-pernah-dijajah.html

Sejarah: Fakta, Kritikan Dan Tafsiran

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Ramai orang berkata sejarah tidak boleh menipu: ‘history cannot lie’. Namun kita jangan pula lupa bahawa manusia boleh menipu fakta sejarah sehingga hakihttp://1.bp.blogspot.com/-pmGD-S6Wqnw/Tmch1-_YabI/AAAAAAAAkjg/8hEKPdkvJwc/s1600/prof%2Bmadya%2Bdr%2Bmohd%2Basri%2Bzainul%2Babidin.jpgkat sejarah dirobah dan diubah. Peristiwa lampau kita tidak saksikan sendiri, ia diriwayatkan kepada kita melalui sumber-sumber yang menceritakan apa yang telah berlaku. Sumber-sumber itu pula terdedah kepada benar dan dusta.

Jika kita menerima dari sumber yang benar, maka persepsi kita terhadap sesuatu peristiwa mungkin akan benar. Itu pun bergantung kepada aliran pemikiran atau ‘school of thought’ yang kita pegang. Jika fakta yang salah, maka sudah pasti tafsiran yang salah akan kita buat terhadap sesuatu sejarah. Pasti ada pihak dizalimi haknya.

Ketulenan Fakta

Maka dalam Islam, beberapa asas penting diletakkan dalam mengkaji sejarah. Asas pertama ialah kebenaran sesuatu fakta iaitu sejauh manakah sesuatu riwayat (narration) boleh dipercayai (authentic). Maka, Islam amat mengambil kira soal sumber sesuatu riwayat yang dipetik.

Dalam ilmu hadis khususnya, ada bab ‘Rijal al-Hadith’ iaitu ilmu yang mengkaji latar belakang perawi (narrators). Dikaji sifat amanah perawi, kekuatan ingatannya, kemungkinan pertemuannya dengan perawi sebelumnya dan pelbagai lagi. Kemudian, riwayat yang dibawa itu akan dibanding dengan para perawi lain yang lebih dipercayai untuk dinilai. Demikian susahnya sesebuah hadis hendak mencapai darjat ‘sahih’. Malangnya, apabila ilmu hadis tidak diambil berat, ramai penceramah termasuk ustaz dan ustazah yang membaca hadis palsu dalam ucapan mereka.

Dalam Islam, maklumat sejarah biasa sekalipun tidak diketatkan syaratnya seperti hadis, namun soal sumber yang dipercayai itu tetap penting. Ini terutama apabila membabitkan maruah atau tuduhan terhadap pihak-pihak tertentu. Muhammad bin Somil al-Salma dalam tesisnya ‘Manhaj Kitabah al-Tarikh al-Islamiy wa Tadrisuhu’ (Metodologi Penulisan Sejarah Islami dan kajiannya) menyebut:

“Riwayat sejarah apabila berkaitan hukum syar’i seperti halal dan haram, atau berkaitan mencerca seseorang muslim, mempertikaikannya, atau memberikan gambaran buruk mengenainya kepada orang lain, maka mestilah dipastikan kedudukan perawinya dan dikenali pembawa beritanya” (m/s 227. Mesir: Dar al-Wafa/1408H).

Ya, ini sebenarnya berasaskan arahan Allah dalam al-Quran: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu”. (Surah al-Hujarat: 6).

Ini penting, ramai yang menjadi mangsa cemuhan dan tohmahan hanya disebabkan sumber yang khianat dan menyeleweng dalam menyampai sesuatu berita. Dalam kehidupan seharian yang watak-watak masih hidup pun, banyak penipuan fakta, pembohongan dan fitnah dilakukan. Apatah lagi apabila membabitkan mereka yang sudah tiada, tentu pembohongan lebih mudah dilakukan. Umpamanya, betapa banyak maklumat sejarah yang menipu tentang pertelingkahan yang terjadi antara sahabat Nabi s.a.w sehingga lahirnya mazhab Syiah yang mempercayai fitnah sejarah terhadap sahabat-sahabat Nabi s.a.w.

Ramai yang menjadi mangsa diburukkan oleh sumber sejarah yang tidak amanah. Antara yang dimangsa Khalifah Muawiyah bin Abi Sufyan yang diburukkan oleh sumber sejarah seburuk-buruknya. Sehingga Munir Ghadban menyebut:

“Aku tidak berpendapat bahawa adanya suatu peribadi di dalam sejarah Islam yang terdiri daripada kalangan para sahabat yang awal, yang ditarbiyah dengan tangan Rasulullah s.a.w dan mereka hidup dengan wahyu langit, (tidak ada) mereka ini yang diperburukkan, dibohongi tentangnya dan didustakan kepadanya seperti yang dilemparkan kepada Mu’awiyah ibn Abi Sufyan r.a. (Munir al-Ghadhban, Mu’awiyah ibn Abi Sufyan, m/s 5. Damsyik: Dar al-Qalam/ 1410H).


Begitu juga Khalifah Harun al-Rasyid yang dikaitkan dengan pelbagai cerita buruk dan lucu kepadanya seperti dia sering ditipu oleh Abu Nuwas. Sedangkan Abu Nuwas itu seorang penyair yang sering memuji arak dan wanita. Syair-syairnya memuatkan keruntuhan moral. Kata Ibn Khaldun (meninggal 808H):

“Adapun apa yang dipalsukan oleh hikayat; mengenai Harun al-Rasyid yang selalu meminum arak dan mabuk seperti mabuknya seorang kaki arak, -Allah memelihara daripada itu semua!-. Kita tidak pernah tahu dia seorang yang berbuat jahat. Mana mungkin ini semua, sedangkan dia dalam keadaan sering melaksanakan tanggungjawab agama dan keadilan sebagai khalifah, seorang yang mendampingi ulama dan auliya`, selalu berbincang dengan al-Fudail bin `Iyad, Ibn al-Sammak dan al-`Umari, selalu berutusan surat dengan Sufyan al-Thauri, menangis mendengar nasihat mereka, berdo`a di Mekah ketika tawaf, kuat beribadah, menjaga waktu solat dan hadir solat subuh pada awal waktunya”. (Ibn Khaldun, Muqaddimah Ibn Khaldun, m/s 17, Beirut: Dar al-Fikr/t.t)

Sebab itu, sesiapa yang menuduh atau menghukum orang lain hanya kerana terpengaruh dengan riwayat sejarah, tanpa membuat semakan dan kajian seperti yang al-Quran arahkan, maka dia berdosa dan akan dipertanggungjawabkan di hari akhirat kelak kerana menfitnah dan menuduh tanpa asas.

Mengkritik Teks

Setelah kita mendapat sumber yang diyakini, maka itu tidak mencukupi sebaliknya kita perlu melihat teks sejarah itu secara kritis. Perawi yang amanah mungkin juga silap dalam periwayatan. Maka, sikap kritis terhadap matan atau teks amat perlu. Bahkan, jika kita tidak mampu mengkaji kesahihan sumber sekalipun, kita boleh menggunakan nilai-nilai kritis dalam menilai sesuatu fakta.

Umpamanya, saya selalu contohkan bagaimana sesetengah penceramah suka bercerita kisah ucapan Panglima tentera Islam di Andalus, Tariq bin Ziyad ketika mengucapkan kata-kata semangat kepada tenteranya: “Ke mana tempat lari? Lautan di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Tiada bagi kamu-demi Allah- melainkan sifat benar (kesetiaan) dan sabar”. Kononnya selepas itu Tariq membakar kapal agar tentera Islam tidak dapat ke mana-mana lagi melainkan berperang terus. Kisah ini dijadikan kebanggaan sesetengah penceramah. Padahal kisah ini patut dikritik. Hanya mereka yang lemah minda sahaja yang menjadikan kisah dalam versi ini sebagai lambang keberanian dan kepahlawanan.


Riwayat ini ditolak; pertamanya; cerita bakar kapal tiada sumber yang boleh dipercayai daripada mereka yang berada pada zaman tersebut. Mereka yang selepas itu yang menyebutnya. Keduanya; kisah itu boleh menggambarkan kebaculan tentera Islam yang terkenal dengan kepahlawanan dan kesanggupan menyeberang laut untuk membuka Andalus. Seakan jika Tariq tidak lakukan demikian mereka akan lari dari medan jihad. Ini bukan sifat tentera Islam yang membuka Andalus. Ketiga; Apakah wajar bagi Tariq yang merupakan panglima tentera yang bijak untuk membakar harta kerajaan dan kekuatan tentera Islam iaitu kapal yang boleh digunakan untuk membuka negeri yang lain pula. Kalau Tariq melakukan pembaziran demikian, tentu dia akan diambil tindakan oleh kerajaan Islam. Di sana banyak lagi persoalan yang boleh ditimbulkan untuk membuktikan ketidak benaran kisah ini. Justeru itu, Mahmud Syakir yang merupakan tokoh sejarahwan Islam mempertikaikan kisah ini di dalam buku kecilnya Al-Muntalaq al-Asasi fi al-Tarikh al-Islamiy. Sesiapa yang ingin pendetilan bantahan terhadap kisah ini boleh merujuk kepada buku tersebut.

Maka ketajaman minda dalam melakukan textual criticism atau kritikan matan adalah sesuatu yang penting dalam mengkaji sejarah. ‘Abd al-Rahman Fakhuri dalam membincangkan sejarah pertelingkahan para sahabat mengatakan:

“Sejarah bukan sekadar suatu cerita yang dicampakkan di tengah jalan, yang penulisnya memilih apa yang dia suka dan meninggalkan apa yang dia tidak suka. Sesungguhnya terdapat dua kaedah kritikan yang mesti dibuat terhadap setiap riwayat sejarah sebelum dibuat keputusan untuk menerima atau menolaknya. Pertama: Mengkritik sanad, ini bermakna mengkaji para perawi dan pembawanya. Dipastikan dari sudut kesinambungan sanadnya adalah sahih dan terselamat daripada sebarang kecacatan yang tersembunyi. Perbincangan secara panjang lebar telah diperkenalkan oleh ahli hadis dan para pengkritiknya (pengkaji hadis), tidak mengetahui ilmu ini melainkan mereka sahaja. Kedua: Mengkritik matan (teks)”. (‘Abd al-Rahman Fakhuri, Muqaddimah Miftah al-Jamaah, m/s 77, Mesir: Dar as-Salam/1990M).

Tafsiran

Setelah melalui dua proses di atas, barulah tafsiran terhadap sesuatu fakta sejarah boleh dibuat. Siapa yang hendak diangkat menjadi wira dan siapa pula yang hendak diangkat menjadi musuh atau pengkhianat, banyak bergantung kepada tafsiran. Setiap orang mempunyai aliran dan sudut pandangan yang tersendiri. Namun, di sana ada perkara yang jelas lagi terang antara baik dan buruk, malaikat dan syaitan, Tuhan dan Iblis yang setiap pihak wajib akur kepada nilai yang sama itu. Di sana ada fakta yang kabur atau sesuatu yang boleh diberikan pelbagai tafsiran. Boleh dilihat baik dari satu sudut, mungkin tidak baik di sudut yang lain. Juga, baik pada sesetengah pihak, buruk pada pihak yang lain.

Umpamanya, dalam masyarakat feudal yang taat membuta tuli kepada sultan dan raja melayu akan menganggap Hang Tuah sebagai tokoh dan wira. Tindakannya menculik Tun Teja juga mungkin dipandang mulia. Namun dalam masyarakat yang merdeka dan bertamadun, Hang Tuah –jika benar watak seperti itu wujud dalam sejarah- akan ditafsirkan sebagai manusia berjiwa hamba, dangkal, tiada bermaruah dan tidak berprinsip. Perbezaan nilai, membezakan tafsiran.

Apa pun seorang muslim yang mengkaji fakta sejarah hendaklah akur kepada firman Allah dalam Surah al-Nisa 135: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu..”.

Kita hendaklah akur kepada apa yang benar dalam sejarah dengan memberikan tafsiran yang adil tanpa khianat. Nilai pertimbangannya ialah nilai-nilai keadilan sejagat yang diputuskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.

Dokumen sejarah bukan setaraf dengan Quran dan Hadis

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Nota Utara, Harakah)

Tiba-tiba sejarah pula jadi bahan polemik. Ia berpunca dari media propaganda BN yang memetik ucapan Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu lalu ‘tolong’ mentafsir ucapan tersebut mengikut niat jahat mereka dan mengheret seluruh anggota masyarakat untuk mempercayai akan tafsiran tersebut.

Mat Sabu dituduh memperjuangkan ideologi komunis, walhal sepatah perkataan ‘komunis’ pun tidak disebutnya dalam ucapan yang dianggap kontroversi tersebut. Beliau diserang bertubi-tubi ala serangan pengganas komunis terhadap isu yang tidak dibangkitkannya dan tidak pula diberi peluang membela diri melalui media tersebut; seolah-olah Malaysia sedang berada di bawah pemerintahan komunis yang hanya membenarkan maklumat sehala.

Dalam sejarah, bukan semua sejarah itu dimuktamadkan. Sejarah Rasulullah SAW dan para sahabat sendiri terdapat versi yang berbeza dalam beberapa peristiwa tertentu, sekalipun perawinya adalah para sahabat yang sentiasa bercakap benar.

Ahli-ahli sejarah pernah membicarakan mengenai peristiwa Ashabul Kahfi di zaman Rasulullah SAW. Berlaku pertikaian mengenai jumlah pemuda yang menjadi penghuni gua. Allah SWT menurunkan firmanNya, seperti maksud yang terkandung dalam Surah Kahfi, ayat 22: ‘Akan ada orang-orang yang mengatakan, “Jumlah mereka tiga orang yang keempat ialah anjingnya,” dan yang lain mengatakan, “Jumlah mereka lima orang yang keenam anjingnya.” Itu tekaan sahaja terhadap yang ghaib. Dan ada pula yang mengatakan, “Jumlah mereka tujuh orang dan yang ke lapan anjingnya.” Katakanlah (hai Muhammad), “Tuhanku lebih tahu berapa bilangan mereka yang sebenarnya. Sedikit jumlah orang yang dapat mengetahuinya.” Maka janganlah engkau bertengkar mengenai hal tersebut, kecuali pertengkaran zahir sahaja. Dan janganlah engkau menanyakan tentang keadaan mereka (pemuda-pemuda di dalam gua) kepada salah seorang dari mereka (kerana jawapan mereka tidak tepat).’

Wajar manusia yang berakal bertanya, apa hikmahnya Allah SWT tidak menyatakan terus di dalam Al-Quran tentang jumlahnya? Bukankah jika Allah sendiri yang berfirman, maka jumlah tersebut pastinya tepat kerana hanya Allah yang Maha Mengetahui. Tidak pula dalam ayat tersebut Allah SWT menempelak akan mereka yang mengeluarkan pandangan perihal jumlah penghuni gua itu. Sebaliknya, Allah SWT hanya mengingatkan hamba-hambanya supaya jangan bertengkar mengenai hal tersebut. Para pentafsir Al-Quran lebih layak untuk menjelaskan, adakah ayat tersebut bermaksud Allah SWT meraikan perbezaan pandangan hamba-hambanya perihal sejarah.

Dalam Islam, pengetahuan terhadap sejarah tidak lebih penting dari ilmu fiqah kerana fiqah menunjukkan cara beribadah dengan sempurna terhadap Allah SWT. Pun begitu Islam sentiasa meraikan perbezaan dalam ilmu fiqah. Sejak berzaman golongan berilmu dalam Islam tidak pernah berkelahi atau mencaci pihak berlainan pegangan fiqahnya. Tapi Umno, lantaran kejahilannya, menyerang bertubi-tubi pihak yang berlainan kefahaman sejarahnya macam orang hilang akal, macam orang mabuk todi.

Apabila para sejarawan di Malaysia mengulas peristiwa Bukit Kepong maka kalam mereka bukan setaraf dengan Hadis dan Quran yang langsung tidak boleh dipertikaikan. Ramai penulis sejarah di Malaysia tapi pastinya bahan sejarah yang diktiraf adalah bahan yang selari dengan kehendak pemerintah. Tokoh-tokoh Umno dan parti yang memerintah itu yang diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan, walaupun tokoh-tokoh itu adalah bekas pegawai penjajah. Bahan itu yang dibukukan dan dijadikan teks di sekolah-sekolah. Usah lihat sejarah yang panjang, dalam sejarah terdekat nama bekas Timbalan Perdana Menteri pun sudah dipadam dari catatan sejarah. Di mana kejujurannya pendokumentasian sejarah di negara ini?

Sejarah Pembunuhan Beramai-ramai di Memali tidak terlalu jauh, sejauh peristiwa Bukit Kepong. Ia mungkin belum dimasukkan dalam buku sejarah tetapi catatan sejarah versi kerajaan BN yang memerintah sudah sarat dengan pemalsuan. Ustaz Ibrahim Libya yang diserang dan dibunuh bersama 13 pengikutnya digelar penjenayah, manakala empat anggota polis yang mati dalam serangan itu dianggap wira.

Sejurus selepas kejadian Memali, RTM menyiarkan video kononnya gambaran sebenar peristiwa yang berlaku. Wanita dan kanak-kanak dilaporkan dijadikan perisai manusia, walhal rakaman wanita dan kanak-kanak yang marah tersebut diambil selepas orang kampung dibunuh, di lokasi lain. Berlonggok senjata pelbagai jenis kononnya dirampas dari pengikut Ibrahim Libya di tempat kejadian, walhal semua senjata tersebut dikutip dari setiap rumah penduduk Memali dan dikumpulkan. Ustaz Ibrahim digambarkan seorang pengikut ajaran sesat, dengan tangkal kebal terikat di pinggang. Pemerintah yang tidak kenal dosa pahala itu sanggup melakukan fitnah jahat terhadap ulamak sehingga ke tahap itu, maka apalah sukar sangat untuk memutarbelit sejarah lampau yang lebih jauh jarak masanya dari peristiwa Memali.

Mat Sabu dalam ucapannya mengangkat Mat Indera sebagai hero tetapi tidak menyebut bahawa Mat Indera adalah pejuang komunis. Memang terdapat pandangan lain bahawa Mat Indera tidak pernah menyertai komunis melainkan adalah anggota PKMM yang diharamkan oleh penjajah. Cuma beliau menumpang kekuatan tentera komunis yang sama-sama melawan penjajah yang terdiri dari askar Inggeris, Gurkha dan sebahagian kecil mata-mata (polis) berbangsa Melayu. Saya tidak berani mengatakan dakwaan itu adalah benar sama seperti tidak berani menyatakan ianya salah. Tetapi mendakwa bahawa dokumen sejarah yang ditulis oleh (kononnya) pakar sejarah di negara ini langsung tidak boleh ditolak seolah-olah setaraf dengan Quran dan Hadis; ia sudah melampau!

Apabila Mat Sabu berkata Mat Indera adalah hero maka ia tidak berbeza dengan pandangan Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Datuk Abd Ghani Othman yang menganggap Mat Indera adalah tokoh terbilang yang mengukir nama Johor. Catatannya itu terkandung dalam ucapan sempena pelancaran buku yang menampilkan 150 tokoh terbilang dari negeri Johor. Tapi Ghani tidak diserang macam Mat Sabu oleh pihak yang dianggap tokoh sejarah. Dato’ Dr. Ramlah Adam, Dato’ Dr. Khoo Kay Kim dan Dato’ Kamaruddin Kachar tidak berani nak buka mulut apabila melibatkan pemimpin Umno. Sekali lagi, jujur sangatkah ahli-ahli sejarawan kita?

Ahli akademik perlu dihormati lebih-lebih dalam bidang professionalisme mereka. Tapi kalau asyik beri ulasan bagi memuaskan nafsu serakah pemerintah serta menetapkan dwi piawaian dalam mengulas ucapan antara pemimpin PAS dan pemimpin Umno; maka lebih baik mereka meninggakan profession mereka lalu menjadi ahi politik sepenuh masa.

Belum muktamad : MB Kedah


ALOR SETAR - Tuntutan untuk merombak formula agihan kerusi bertanding pada pilihan raya perlu dibuat menerusi meja perundingan Pakatan Rakyat (PR).

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, secara prinsipnya PR Kedah mengekalkan formula tahun 2008, yang menyaksikan berlakunya peralihan kuasa di Kedah, namun keputusan itu masih belum muktamad.

“Berdasarkan konsep itu, Pas bertanding 24 kerusi manakala 12 lagi kerusi dibahagikan antara DAP dan PKR, di mana 10 daripadanya diberikan kepada PKR. DAP hanya bertanding di dua kerusi. Jika mereka mahu minta tambahan kerusi untuk bertanding, perlu rujuk pada jawatankuasa perundingan,” katanya.

Bagaimanapun, Azizan berkata, pintu rundingan masih terbuka, dan sebagai parti pemerintah, Pas bersedia berunding untuk sebarang perubahan sekiranya membawa manfaat kepada PR Kedah.

“Jalan masih panjang bukan boleh diputuskan dalam masa singkat atau terburu-buru,” katanya.

Azizan mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kedah, Lee Guan Aik yang mahu DAP bertanding di dua kerusi parlimen dan enam kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihan raya umum ke13 (PRU13).

Guan Aik sebelum ini menuntut supaya parlimen Bagan Serai dan Alor Setar diserahkan kepada DAP, manakala enam Dun membabitkan Kota Darul Aman, Bakar Bata, Derga, Bakar Arang, Gurun dan Lunas.

Mengulas mengenai pendedahan Guan Aik mengenai dua perundingan sebelum ini di peringkat negeri tidak mampu menyelesaikan pertikaian agihan kerusi ekoran tiada parti yang mahu bertolak ansur, Azizan berkata, perundingan masih berjalan walaupun pada hakikatnya PR Kedah masih berpegang kepada formula tahun 2008.

“DAP sudah membuat pengakuan bahawa ada perkara dapat diselesaikan dan ada yang belum. Ini bermakna kita masih bincang. Mungkin untuk kerusi Pas tidak timbul masalah, cuma yang menjadi pertindihan tuntutan kerusi adalah antara DAP dan PKR,” katanya.

Menurutnya, agenda utama kini bukan untuk berebut kerusi, sebaliknya mencari formula terbaik untuk mempertahankan kerajaan selain membuat penambahbaikan pentadbiran serta meningkatkan perpaduan dalam kalangan rakan komponen PR.

“Saya tidak boleh buat kenyataan lagi berhubung isu ini sebab belum sampai masanya. Itu hak DAP untuk suarakan pandangan mereka, biasalah semua orang sedikit emosional apabila pilihan raya semakin hampir,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9508902.asp

Pendirian PAS Dalam Kontroversi Isu Sejarah

Oleh Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

1. PAS menolak dan tidak pernah menyokong fahaman, golongan mahupun gerakan komunis.

2. PAS menganggap peristiwa Bukit Kepong 1950 adalah satu tragedi, tapi berpendirian bahawa Mat Indera patut digolongkan sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan yang berhaluan kiri.

3. PAS tegas mempertahankan fakta bahawa transkrip ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada Ogos 21 di Tasek Gelugor hanya mengiktiraf Mat Indera sebagai hero tanpa kaitan dengan komunis, akan tetapi akhbar Utusan Malaysia memutarkan kenyataan beliau sehingga melabelkan Mohamad and PAS sebagai penyokong komunis bermula 27 Ogos untuk 13 hari berturut-turut. Ini adalah satu tuduhan fitnah yang langsung tidak masuk akal.

4. PAS yakin dengan hasil penyelidikan yang tercatat di dalam buku ‘Pengukir Nama Johor’ terbitan Yayasan Warisan Johor pada 2004 bahawa Mat Indera adalah salah seorang agamawan dan juga pejuang kemerdekaan.

5. PAS juga yakin dengan hasil penyelidikan yang dibuat Ayub @ Uiop Kassim pada tahun 1973 untuk memenuhi keperluan pengijazahan Sarjana Muda Sastera di Jabatan Sejarah, Universiti Malaya, bertajuk “Peristiwa Berdarah Tahun 1950 di Bukit Kepong, Muar: Satu Post-Mortem” yang menyimpulkan bahawa Mat Indera bukan berfahaman komunis.

6. PAS berpendirian perjuangan untuk mendapatkan kemerdekaan bermula jauh lebih awal sebelum Umno ditubuhkan. Para pejuang kemerdekaan berhala kiri, yang mengambil ‘total confrontation approach’ menuntut kemerdekaan seperti Mat Indera, Rosli Dohbi, Datuk Maharajalela di Perak, Tok Gajah, Tok Bahaman di Pahang, Dol Said di Negeri Sembilan and Melaka, Tok Janggut di Kelantan, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan lain-lain lagi juga mesti diberi tempat dalam sejarah untuk jasa mereka.

7. PAS berpendirian bahawa Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan. Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah. Apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah. Walaubagaimanapun, PAS tidak menafikan bahawa Umno, walaupun sekadar melaksanakan tugas terakhir untuk mendapat kemerdekaan, mempunyai sedikit jasa dalam mendapatkan kemerdekaan negara.

8. Umno sekadar penerima manfaat terakhir yang mendapatkan kemerdekaan tapi dengan cara kanan, iaitu ‘peaceful cooperation’ dengan penjajah British. Oleh itu, mereka tidak boleh menafikan bahawa para pemimpin mereka pernah menjadi pegawai British satu masa dahulu.

Ini pendirian PAS dalam menafsir sejarah pra-kemerdekaan, sudah tentunya ia berbeza dengan pendapat Umno. Harus ditegaskan bahawa soal menafsir sejarah dan meneliti semula sejarah berkait rapat dengan jumlah maklumat yang ada dan juga persepsi kita dalam melihat sesuatu isu.

Kita harus “bersetuju untuk tidak bersetuju” dalam kajian sejarah, kerana ia juga amat bergantung kepada jumlah maklumat yang ada sebelum seseorang itu boleh membuat kesimpulan yang tepat.

Dalam isu menafsir sejarah, semua pihak dinasihatkan untuk mengamalkan prinsip “bersetuju untuk tidak bersetuju” (agree to disagree) dan menghentikan serangan peribadi kepada mana-mana pihak hanya kerana tafsiran sejarah mereka berbeza dengan apa yang diwar-warkan selama ini. Untuk pihak yang tidak bersetuju, boleh juga diadakan debat ilmiah, dan bukannya meneruskan permainan fitnah-menfitnah di media.

Firman Allah berkata:
"Sesungguhnya Tuhan kamu akan menjelaskan di hari akhirat apa yang kamu perselisihkan.”

Sehubungan itu, semua pihak harus kembali kepada akhlak Islam dan gesaan Rasulullah agar tidak memberi gelaran yang buruk kepada yang telah meninggal dunia.

Kita juga harus bersangka baik ketika menilai status Mat Indera, sedangkan kita tidak mengetahui sejauhmana tuduhan itu betul dan pada masa yang sama beliau tidak dapat membela dirinya.

Mungkin di saat kehidupannya, beliau ada melakukan kesilapan sebagai manusia biasa, namun kita dituntut baik sangka kepada beliau, mungkin dalam tempoh tahanan beliau telah bertaubat dan memohon keampunan dari Allah, apatah lagi beberapa maklumat penjaga kubur memberikan gambaran baik terhadap beliau.

Fakta yang ada saling bertentangan antara satu sama lain. Di satu pihak, beliau tidak pernah menganut fahaman komunisme, seorang penghafal Quran, berakhlak baik sebagaimana yang ditulis dalam buku Pengukir Nama Johor.

Belah satu lagi pula membuat pelbagai tuduhan negatif yang menyatakan beliau adalah sebaliknya.

Yang ada hanyalah warisnya yang membuat penafian semua tudahan liar itu. Apakah ada yang lebih hampir selain waris bagi kita berbaik sangka kepada beliau?

Dalam isu ini, PAS telah membuat pendirian yang jelas. Namun, kami percaya sebagaimana jelas pun pendirian kami, media perdana milik Umno tetap akan memutar kenyataan untuk menutup segala isu-isu rakyat yang lebih meruncing seperti kenaikan harga barang, isu penyelewengan daftar pilihanraya, isu memberikan kerakyatan untuk mendapatkan undi, isu rasuah, isu pembaziran Kementerian Pertahanan, isu penjualan saham Esso dan MAS, isu cincin RM24 juta, isu Bersih 2.0 dan terbaru isu cukai topup 6 peratus.

PAS juga meminta semua ahli dan seluruh umat islam mengadakan solat hajat dan tahlil arwah sempena Hari Malaysia 16 September kepada seluruh pejuang kemerdekaan dalam menentang penjajahan Inggeris, termasuklah kepada roh Mat Indera, Dr Burhanudin Helmy, Dr Zulkifli Mohamad dan selainnya. Majlis ini juga diharap akan membangkitkan semangat jihad bagi menegakkan keadilan dan kemenangan dalam menghadapi pilihanraya umum ke-13 akan datang.

Diharapkan juga agar seluruh kawasan mengadakan ceramah khas erti kemerdekaan dari perspektif Islam. Semoga dengan majlis ini akan memperkukuhkan ingatan kita kepada perjuangan generasi awal dalam memerdekakan negara dari penjajahan asing.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Ketua Penerangan PAS Pusat
9 September 2011




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...