TERKINI :

Friday, September 9, 2011

UMNO Padang Terap Kencing 1Malaysia.. Dalam dok nipu pun belambak dok sokong lagi..!!

KENYATAAN RASMI DEWAN PEMUDA PAS PADANG TERAP : ISU 50 AHLI PAS LOMPAT PARTI DI PADANG TERAP PROTES MOHAMAD SABU , UMNO MENIPU


















Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.

UMNO sudah kehabisan modal menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat.

1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar.

Takkanlah nak masuk berita muka depan “DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP”, sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah penipu dalam isu ini. Namun begitu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato’ Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama “ahli PAS” yang melompat itu dan daripadamana cawangan keahlian mereka. Sekiranya gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. PAS akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan Malaysia.

2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau Ismail Yamaha. Siapa yang menonton tv akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Sdr. Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail.

3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO adalah akibat protes kepada Timbalan Presiden PAS.

4. Isu ini ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD.

Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit:

1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. (Tarikh pembayaran: 29.05.07, no cek: 2243).

2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. (30.05.07, no cek: 541757).

3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. (01.01.08, no cek: 631831).

4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. (01.01.08, no cek: 631851)

5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00. (23.01.07, no cek 502564)

6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 (16.01.08, no cek 631876)

7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 (15.02.08, no cek 631876)

Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak.


YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP

AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
http://dpppadangterap.blogspot.com

Aduhai Zainal Kling.. 54tahun sambut MERDEKA tuu apa cerita..??

Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.

"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.

azlanKatanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.

"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.

"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.

"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.

MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan


Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.

Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.

british coldstream guardBagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".

"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.

"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.

http://www.malaysiakini.com/news/175301

Sejarah dah semakin jadi merapu sebab penangan Mat Sabu..

Harap Zainal Kling Tidak Jadi Sejarahwan Double Standar

Prof Ibnu Kling, maaf Zainal Kling (foto) kata menurut fakta sejarah Tanah Melayu tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi oleh British saja. Perjanjian Pangkor 1847 tidak mencatat dalam perjanjian British akan menjajah Tanah Melayu, sebaliknya ditulis sebagai melindungi.

Saya ingin tanya profesor yang mahir sejarah itu, apakah yang dilakukan oleh British semasa mereka melindungi Tanah Melayu dalam tempoh itu mereka tidak melaksanakan kerja-kerja menjajah Tanah Melayu. Siapa yang mengawal kewangan, hasil bumi serta menjaga keselamatan? Bukankah pihak British. Apakah pengertian dilindingi berbanding dengan dijajah?

Bukankah British melantik suruhanjayanya di negeri-negeri yang bertindak menjadi Pegawai Daerah yang mempunyai kuasa eksekutif? Apakah hanya kerana tidak ada catatan itu maka ia diterima sebagai tidak kena dijajah atau digoreng oleh British. Semudah itukah penerimaan dan pentafsiran kita. Bukankah selama 'melindungi' itu penjajah membunuh ramai pahlawan Melayu, seperti Tok Janggut, Tok Sago dan lain-lain. Atau sejarah baru akan ditulis oleh Zainal dan sekutunya akan membuangkan pengikhtiraf mereka dibunuh penjajah itu sebagai penderhaka atau dalam semangat sehari dua ini komunis?

Apakah tidak timbul disini British hanya berdiplomasi mencatatkan perkataan 'melindungi' bukan 'menjajah'? Orang kita mudah mati dan tersimpul dalam sihir bangsa lain. Kita perlu sedar British adalah bangsa yang lebih awal tamadun dan cerdik daripada kita. Tahap diplomasi mereka juga tinggi manakala tahap IQ kita cukup rendah jadi mudah ditipu.

Bagaimana pun hakikat negara menyambut hari kemerdekaan 31 Ogos setiap tahun. Kenapa tidak disebut atau Prof Kling maaf Zainal Kling mencadangkan kepada kerajaan ditukar menjadi sambutan hari ditidak dilindungi? Seharusnya beliau menerusi sekutunya sudah lama membuat cadangan dan bantahan apa dilakukan kerajaan itu?

Anihnya profeseor ini syok arif mengenai sejarah tetapi kenapa baru bercakap dan mendesak kita tidak perlu merasakan kita dijajah selama 400 tahun. Sepatutnya sebagai ahli akademi, ahli sejarahwan menimbulkan ini sejak lama dulu. Tetapi apabila ia disenyapkan ini bermakna nilai atau mutu sejarah yang ada kepada profesor ini boleh dipertikaikan. Nilai sejarah double standard.

Saya nak ingatkan kalau kita hendak meneruni dan menjadi jaguh dalam satu-satu bidang kita jangan masuk sebelah kaki. Kedua belah kaki kita hendak berada atas tapak atau dasar sama. Kalau sebelah kaki Zainal dalam Umno dan sebelah lagi dalam sejarah, maka apa-apa juga pendapat dan pandangan anda akan tetap pincang selamanya. Sejarah yang bertentangan dengan partinya akan disembunyikan. Sejarahwan demikian adalah sejarahwan munafik!

Mengenali anda dari kesempatan yang pernah ada saya yakin kalau negara ini berubah anda, cara cakap anda juga akan berubah. Nescaya sebelah kaki anda akan terletak di dasar sebelah sini. Begitulah dasar orang menggali sejarah dan politik dari lubang perut sendiri. [wm.kl 4:56 pm 09/08/11]

Jadilah Seperti Mereka Dalam Kerenceman Bermazhab

Oleh Aris Awang

Sejukkan hati, dinginkan pemikiran, berbahasalah dengan lidah yang manis, menulislah dengan perkataan yang indah... InsyaAlla h, Ia tidak akan mengurangkan sedikit pun kepercayaan kita terhadap apa yang kita yakini! Contohilah mereka ini dalam menghadapi kerencaman bermazhab.

Ada dua tokoh besar, yang satu adalah faqih besar di zamannya dan marji tertinggi Syiah di masa itu, tokoh ulama yang jarang ada padanannya di era kontemporer ini, beliau adalah Ayatollah al-Udzma Boroujerdi Seorang lagi adalah faqih dan mufti besar Ahlussunnah, pemimpin al-Azhar yang berwawasan jauh dan dikenal berani, beliau adalah Allamah Sheikh Mahmoud Shaltut.

Kedua tokoh ini termasuk pendiri dan penganyam Darut Taqrib di Mesir, yaitu lembaga yang berusaha mendekatkan antara madzhab Islam. Usaha pendekatan adalah tanggung jawab seluruh ulama Syiah dan Sunni.

 Sejak lama antara Ayatollah al-Udzma Boroujerdi dan sejumlah ulama Sunni di Mesir ada satu pemikiran untuk menyelesaikan perselisihan yang ada.

Sunni tetap sebagai Sunni dan Syiah tetap sebagai Syiah.

Milikilah aqidah masing-masing, namun tetap bersama dan bergandengan tangan. Tekad dan semangat marji Syiah itu yang sejalan dengan keberanian dan kebebasan pandangan mufti besar Mesir ini telah menghasilkan langkah besar dan sesuai dengan keperluan zaman.

Hari ini, para tokoh, pemikir, ulama, cendekiawan, mufti dan politikus, semuanya memikul tanggung jawab besar di bahu berhubungkait masalah ini.

Sejak lebih dari setengah abad lalu, kedua ulama besar itu telah menyedari hakikat ini dengan benar dan mereka berusaha untuk mewujudkannya. Jika para tokoh keilmuan dan politik melanjutkan usaha kedua ulama tadi, tidak mustahil nescaya dunia Islam hari ini tidak akan menyaksikan tragedi perpecahan di antara kaum muslimin. Dan, mungkin juga derita Palestina dan keadaan menyedihkan dan yang sedemikian tragis tak akan terjadi di dunia Islam.

Seorang lagi yang patut kita contohi ialah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani, beliau adalah sosok figur yang tak tertandingi sepanjang sejarah kita dalam menyeru umat Islam kepada pernyatuan. Sayyid Jamal meyakini bahwa jika ingin mengembalikan kehidupan spiritual dan politiknya, tak ada jalan lain bagi dunia Islam kecuali dengan membina penyatuan.

Hal inilah yang selalu diungkap oleh Sayyid Jamaludin dalam semua perjalanan, permbicaraan dan perundingannya. Bagi kalangan Sunni, Sayyid Jamaludin adalah figur Sunni sementara Syiah meyakininya sebagai penganut madzhab Syiah. Jadi, kedua kelompok Islam tersebut sama-sama menerima pribadi besar ini. Sayyid Jamaluddin adalah seorang sayyid bermadzhab Syiah dan asal Iran.

Beliau satu pemikiran dengan Sheikh Mohammad Abduh, ulama dan mufti Sunni madzhab Syafi’i. Pekikan kedua tokoh ini didengar oleh seluruh dunia. Sayyid Jamaludin adalah figur yang mengangkat panji menghidupkan kembali Islam. Karena itu, dalam mengibarkan panji kehidupan kembali Islam tidak ada pembahasan soal Syiah dan Sunni bagi mereka.

Oleh itu, pemuda dan pemudiku, kurangkanlah sentimen dan gelora kepanasan hati dan fikiran kamu. Tumpukanlah kepada usaha mengembalikan Islam agar berada ditempat yang sewajarnya di muka bumi Allah ini.

Di Malaysia tugas utama kita ialah, nyahkan kejahatan dan kemungkaran pemimpin UMNO/BN dan di dunia antarabangsa nyahkan kejahatan Zionis Yahudi, kuncunya seperti Amerika Syarikat dan regim penindas rakyat di negara masing-masing serta keutamaan memikirkan pembebasan qiblat pertama para muslimin iaitu Baitul Maqdis.

Selamat berjuang...

Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Kazakh: Masa untuk Umno mengikat Najib

Oleh Maclean Patrick, Wong Choon Mei

Tidak salah jika seseorang ingin melarikan diri dari kesibukan tugs harian dan mengambil cuti pendek untuk berehat dan bersantai. Waktu rehat dan beriadah perlu malahan penting bagi membentuk cara hidup sihat. Kenapa pula kecoh bila perdana menteri Malaysia melawat Australia untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan?

Pertamanya, harinya ialah 31 Ogos, hari penting dalam kalender Malaysia kerana pada hari tersebut Malaysia merdeka dari koloni British.Dalam kata lain,ianya ialah Hari Merdeka. Keduanya, terdapat tandatanya siapa yang menaja percutian tersebut, adakah ia atas sebab peribadi atau sebab umum?
Tanpa ragu, tahun ini kerajaan menyambutnya pada 16 spetember berbanding smbutan besar2an termasuk perarakan pada 31 Ogos, bagi memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.,bagaimanapun adalah menyalahi protocol sebagai seorang perdana Menteri jika secara senyap2 tanpa memberitahu rakyat kemana tujuan kamu.

Separuh benar dan rahsia

Kini terdapat kekecohan akibat hal tersebut yang menarik perhatian ramai pihak termasuk komuniti diplomatic luar. Cara pembantu-pembantu PM mengelak dan tidak memberitahu hal sebenar berbanding jawapan yang telus dan jujur apabila ditanya dimana PM sangat lah membimbangkan. Bukankah PM sesebuah Negara itu adalah seorang yang dikenali ramai?. Malah, ada seorang pembantunya memberitahu PM bercuti keluar Negara tetapi enggan memberitahu dimana dan kenapa. Seorang lagi, mugkin terlalu teruja,memberitahu PM berada di australi untuk rawatan fisioterapi atau pembedahan lutu,sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa blog?

Najib kelihatan boleh berjalan dengan baik ketika beliau akhirnya muncul di khalayak ramai pada hari Isnin. Jadi apakah sebab disebalik keputusan PM untuk menaiki jet peribadi kerajaan dan menuju ke Australia?

Alasan terbaru ialah beliau menyambut HariRaya yang jatuh pada 30 Ogos bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi adakah lapuran yang beliau bertemu pelajar-pelajar disana saja cukup untuk menjadi justifikasi terhadap penggunaan wang rakyat?

Bukan kita mengatakan bahwa anak-anak kita tidak pentin, tettepai ada sebab musabab yang lebih kukuh yang menunjukkan PM mengambil kesempatan dari wang rakyat untuk menghabiskan hanya 2 jam masanya untuk majlis umum,dan menghabiskan masa seminggu dengan bercuti.Bagi rakyat Malaysia, Najib menggunakan alasan urusan rasmi bagi kepentingan peribadinya.

UMNO perlu ambil tindakan disiplin

Hal ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana bekas perdana menteri terdahulu juga berkongsi kegemaran yang sama iaitu secara diam-diam ke luar Negara dengan duit rakyat. Sudah sampai masanya UMNO,partii politik terbsar membersihkan hal dalamannya, kerana ambil perhatian bahawa kesemua PM lepas adalah presiden UMNO. Jika UMNO gagal berbuat demikian, bagaimana nak mengharapkan rakyat mengundi calon nya dalam pilihanraya akan datang. Jika majlis tertinggi enggan bertindak maka rakyat dijangka terus mempunyai tangapan bahawa UMNo ialah parti paling korup di Negara ini, jika bukan dirantau ini.

Cuba renungkan.tahun 2006, bekas PM Abdullah Badawi menggunakan duit rakyag untuk percutian 6 hari ke carribean.ketika itu, dinyatakan 4 hari lawatan kerja ,tapi tiada yang kelihatan seperti lawatan rasmi kecuali beliau berucap di parmine St Vincent.seorang pemberita yang menyertai rombongan itu berkata ketika ke Jamaica,sebagai sebahagian dari lawatan tersebut, rombongan hanya berurusan dengan kemungkinan pelaburan Negara dalam explorasi tenaga dan projek pembinaan, manakala persinggahan PM di St Vncent ialah untuk berehat dari tekanan kerja.

Berita mengejut ini di siarkan dalam nota diplomatic US yang ditulis oleh misi di sini dan dihantr ke Washington. Satu lagi percutian secara rahsia yang bertopengkan lawatan kerja, dam rakyat menggelarkanPM ke 5 tersebut Mr Clean!

Era baru dimana ramai MP pembangkang yang memerhati

Sekarang, ramai pemerhati pembangkang yang memerhati dari segi kewangan, bukan hal mudah bagi pemimpin BN untuk melepaskan diri seperti masa lepas. Dan ini adalah perkembangan positif buat Malaysia.

Rakyat boleh harapkan sebarang lawatan PM ke laur Negara di teliti secara halus. Alasan seperti potensi kemasukan pelaburan tidak boleh diterima lagi tanpa butir2 terperinci.Lagipun, bagaimana lawatan-lawatan ini benar-benar membawa faedah kepada Negara?

Hal yang sama berlaku kepada kontrak2 besar komersil dan sector awam, dan lain-lain projek mega,terutama nya yang tiada tender terbuka.Kos sepatutnya dikaji secara terperinci.

Masa telah berubah,UMNO perlu bijak dan belajar menangani reality di Malaysia tahun 2010an.jika tidak, ini la sebabnya mereka selalu dituduh masih ditakuk lama,masih bermain denganpermainan perkauman dan keagamaan yang sensitif dan merbahaya.ini bukan hanya merbahaya kepada masyarakat, tetapi juga dikecam masyarakat civil dan dunia keseluruhannya.

Aussie in August, Europe in July, Kazakhstan in June

Satu kes yang ketara ialah rombongan mewah ke Vatican dalam bulan Julai. Lawatan Najib ke Eropah bermula di negland, dengan permaisuri seolah mengejinya kerana layanan buruknya terhadap rally Bersih yang menyeru kea rah pilihanraya yang bersih dan adil.kemudian beliau ke Vatican untuk memperkukuhkan hubungan dengan Holy See.Tapi sebaik saja beliau menjejakkan kaki pulang ke tanahair, beliau menghampakan harapan kearah hubungan baik Islam-Kritian dengan menghina Kristian.

Sehingga kini,persoalan masih berlegar adakah beliau dan isterinya Rosmah merancang ke Vatican supaya mereka boleh terus dengan rancangan percutian peribadi ke Itali dan Mediterranean?percutian ini berlangsung beberapa hari hingga beliau mendapat khabar timbalannya Muhyddin merancang mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin2 UMNO bagi mmebincangkan bagaimana untuk mengurangkan salahlaku beliau dan menghalang dari kerosakan besar terhadap imej Negara.

Bila najib memendekkan cutinya, beliau mmeberi alas an rindu kepada tanahair dan berterima kasih kepada ROsmah kerana sangat memahami dan ikut serta pulang awal. Iya, satu lakonan hebat tapi tidak berakhir disitu saja.pada hari yang sama, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang dijangka akan mendedahkan peranan pegawai atasan termasuk Najib dalam isu pembelian Scorpene telah diusir dari Kuala Lumpur sebelum dapat menghadiri jamuan makan malam dan siding media.

UMNO perlu bertanggungjawab terhadap pemimpin atau akan kehilangan sokongan

Apa kebaikan lawatan tajaan wang rakyat ke Perth kepada rakyat Malaysia? UMNO perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dibawa oleh presiden parti mereka terhadap Negara. Beliau mungkin ketua pada masa ini tapi parti jenis apakah UMNO ini? Diktator? Bolehkan Najib berbuat sesuka hatinya,walaupun melibatkan nama UMNO dan Malaysia yang akan buruk?Bukankah ini masa untuk UMNO mengkaji semua; jika Najib masih berbelanja besar, kepimpinan lemah dan penuh skandal?

Bukan kah sudah sampai masa UMNO bertindak,mungkin tindakan disiplin dengan surat untuk minta penjelasan berkenaan salah laku tersebut? Jika UMNO fikir ini adalah strategi politik negatf dari pakatan rakyat, maka siasatan dalaman dan minta saksi tampil ke depan.

Jika UMNO sebuah parti yg bertanggungjawab, ia akan berbuat demikian.Jika tidak,janga harap rakyat Malaysia atau orang melayu akan mengundi calon nya jika meraka yang berada di pucuk pimpinan tertinggi juga tidak boleh menjadi telus dan jujur,apatah lagi memegang pimpinan dalam Negara ini.

Yang kelakarrnya, pelajar Malaysia di Perth sangat marah bila kenyataan2 mereka di putarbelitkan supaya menggambarkan presiden UMNo terkini ialah seorang pemimpin yang hebat dan memberi inspirasi , supaya beliau dapat mengelak dari berbagai tuduhan di dalam Negara.Jika benar UMNO tidak dapat mengikat presidentnya, satu hal memalukan buat parti dan negara - Malaysia Chronicle

Isu tarif air di KHTP akan diatasi

ALOR SETAR, 7 September - Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak memberi jaminan akan menyelesaikan kemelut tarif air di Kulim Hitech kerana tidak mahu membebankan kilang-kilang yang beroperasi di situ di samping terpaksa ikut kehendak dan peraturan pihak lain.

Ini berikutan Kerajaan Negeri telah mewujudkan Syarikat Air Darulaman (SADA) sekaligus pengkorporatan ini tidak dapat elak kenaikan taarif air sebanyak 10 sen bagi semester padu.

Sehubungan itu timbul rasa tidak puas hati dan keengganan beberapa firma di Kulim Hitech untuk menjelaskan taarif air kilang mereka yang beroperasi di situ.

“Lima tahun dulu ada perjanjian antara Jabatan Bekalan Air dengan pihak Kulim Hitech mengenai pengurangan taarif air (rebat),” katanya.

Selepas dua tahun pemerintahan bertukar tangan, perkhidmatan bekalan air telah di korporatkan atas nasihat Suruhanjaya Air Negara (SPAN) yang melibatkan semua negeri di Malaysia.

Beliau mengulas soalan wartawan, terdapat beberapa kilang di Kulim Hitech yang enggan melunaskan bil air yang tertunggak.

“Lima tahun dulu kerajaan negeri setuju nak bagi pengurangan. Perjanjian itu akan berakhir pada 2012. Mulai bulan 10 tahun 2010 masalah air jadi isu yang perlu disegerakan bukan kerana Kerajaan Negeri tapi campur tangan Kerajaan Pusat melalui SPAN dan PAAK.

“Di sinilah SPAN mengatakan kalau kita tak naik harga air kita tak mampu nak bayar hutang kepada SPAN. Sebab itu Kulim Hitech terlibat dengan SPAN bukan dengan Kerajaan Negeri sahaja. Kita sedang berunding dengan SPAN supaya timbang semula bab ini,” katanya.

Beliau juga menegaskan masalah ini tidak boleh dibebankan kepada Kerajaan Negeri sahaja. Ini adalah masalah bersama berikutan Kerajaan Negeri terikat dengan SPAN.

“Tak boleh satu perkara dibebankan kepada Negeri sahaja. Negeri terikat dengan SPAN, arahan dia. Sekiranya air jadi hak Negeri bolehlah. Sekarang terlibat dengan Pusat. Sepatutnya kelmarin mesyuarat fasal ini tapi ditangguh,” katanya.

Menurutnya bukan semua kilang di Kulim Hitech enggan membayar, hanya firma-firma yang melibatkan pelaburan dari Jepun sahaja, yang dari Amerika melunaskan bil mereka ikut tarif yang ditetapkan.

Jalan sekitar Alor Setar ditutup pada 14 September 2011 hgga 16 September 2011

ALOR SETAR - Beberapa jalan di sekitar bandar raya ini akan ditutup kepada kenderaan awam sempena perarakan hari Kemerdekaan ke-54 mulai pukul 12 tengah malam pada 14 September sehingga perarakan selesai 16 September ini.

Datuk Bandar Alor Setar, Datuk Mat Noh Ahmad dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, jalan-jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Badlishah, Kolam Air, Tunku Ibrahim dan Langgar.

"Orang ramai dinasihatkan mematuhi arahan daripada pasukan keselamatan dan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan-jalan berkenaan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, raptai penuh perarakan akan diadakan pada 15 September dan orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan perarakan Kemerdekaan pada keesokan harinya (16 September) bermula pukul 7 pagi.

Sumber : Kosmo Online 8/9/2011




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...