TERKINI :

Wednesday, September 7, 2011

Kerajaan Najib sedut duit pengguna Top-up prepaid pulak selepas nie..!!


Keluar cerita bab ROSLI DHOBY pulak yg didapati bersalah membunuh Gabenor British Sarawak yang kedua

Adakah Rosli Dhoby juga pengkhianat?

Sebelum tanggal 31 Ogos 1957, Malaya masih lagi dijajah oleh British. Jadi sesiapa saja yang bekerja dengan British semasa zaman tersebut mesti patuh dengan arahan penjajah British sama ada mereka suka atau tidak.

Jadi persoalannya sekarang adakah mereka yang mempertahankan kerajaan British pada zaman tersebut boleh dianggap sebagai hero mempertahankan tanah air atau mempertahankan kerajaan penjajah British?

Adakah mereka dapat imbuhan atau penghargaan setelah pemerintah British meninggalkan Malaya?

Kita minta mereka yang pernah bertugas dengan pemerintah British dahulu fikir baik-baik mengapa mereka sanggup bermati-matian mempertahan pemerintahan penjajah British sehingga sanggup menangkap dan membunuh perjuang kemerdekaan selain komunis.

Sekali lagi kita tegaskan bahawa apa yang Mohamad Sabu maksudkan bukan menyokong perjuangan komunis tetapi membela nasib perjuang kemerdekaan yang di anggap sebagai pengganas atau pemberontak.

Jadi bagaimana pula dengan nasib Rosli Dhoby, adakah beliau juga dianggap pengkhianat negara kerana membunuh gabenor British?Adakah mata-mata atau polis yang berjaya menangkap Rosli Dhoby boleh dianggap sebagai hero?

Rosli Dhoby merupakan seorang pejuang Sarawak yang menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Beliau berketurunan Melanau. Rosli didapati bersalah menikam sampai mati Gabenor British Sarawak yang kedua, Sir Duncan Stewart dengan menggunakan pisau beracun di Sibu pada 3 Disember 1949.

Beliau terpaksa mengakui tuduhan tersebut atas permintaan ibu beliau yang diugut akan ditembak.

Fikir-fikirlah sendiri siapa yang kejam semasa zaman tersebut? Kita juga pernah mendengar kerajaan BN pernah mengampunkan pengganas komunis yang menyerah diri dan memberi beberapa keistimewaan sekiranya mereka meninggalkan perjuangan.

Kemungkinan tidak mustahil ada di kalangan mereka dalam pemerintah sekarang walaupun mereka tidak mengangkat senjata tetapi ideologi mereka masih ada terpahat dalam hati.

Kita minta para pengkaji sejarah kena perbetulkan kesilapan sejarah yang telah diresapi oleh unsur-unsur penjajah di mana para perjuang kemerdekaan dianggap pengkhianat dan mereka yang bekerja dengan pemerintah penjajah pula dianggap sebagai hero.

PAS juga minta para pengkaji sejarah menjalankan tugas mereka dengan jujur dan amanah agar rakyat tahu sejarah tanah air dengan sebenar dan tepat tanpa di pengaruhi oleh unsur-unsur politik perkauman dan sebagainya.

PAS sama sekali tidak pernah merestui perjuangan komunis dan minta agar pemimpin BN jangan memutar belitkan kenyataan Mat Sabu kononnya PAS menyokong komunis.

Jofri Jaraiee
Penulis merupakan timbalan pesuruhjaya III PAS Sarawak dan yang dipertua PAS Miri.

http://www.malaysiakini.com/letters/175010

Somalia: Ini cerita lengkap dari Azeez bagi tragedi 2 September

altAsalnya Agendadaily hanya menelefon untuk dapat komen Datuk Azeez Abdul Rahim mengenai misi bantuan kemanusian di Somalia baru-baru ini. Tapi Ketua Kelab Putera 1Malaysia ini, macam biasa, “Kau datang pejabat, aku tunggu, banyak cerita,”katanya.

[gambar oleh Minaq Jinggo - Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor sedang berbuka puasa dalam pesawat TUDM dalam perjalanan ke Somalia]

Memang banyak cerita, satu jam 30 minit, di pejabatnya di Kg Attap, Kuala Lumpur Azeez bercerita sambil tunjukkan satu persatu, dari lakaran kejadian, hingga ke senarai nama puluhan yang mohon ikut serta.

“Kalau tak boleh bagi manfaat, jangan bawa mudarat,” katanya meluah perasaan geram dengan perangai pembangkang yang tunggu orang buat silap saja untuk kritik.

“Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

“Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah,” katanya.

Sebelum itu, kami berbual panjang, banyak rakannya turut serta, dalam pertemuan lebih lebih 95 minit itu.

Walaupun teruk kena 'bambu' dengan pembangkang, kata Azeez, “Saya tak hairan, teguran dan kritikan yang membina, saya ambil jadikan panduan, tapi jenis yang sengaja cari salah ini, saya tak peduli, saya akan terus juga bekerja untuk misi-misi kemanusian akan datang, biar apapun orang kata,” jelasnya.

Ikuti sedutan temubual Datuk Azeez Rahim dengan Agendadaily :

Macam mana idea hendak hantar bantuan kemanusian Somalia?

Ia bermula apabila pihak pengurusan Media Prima buat tabung untuk bantu mangsa kebuluran kerana kemarau yang panjang di Somalia hingga menjejaskan kehidupan ratusan ribu penduduknya.

Sebelum itu kita sudah hantar pasukan peninjau (recce team), ke sana dan dapat semua maklumat, apabila balik ke mari mereka beri laporan kepada saya dan saya panjangkan laporan ini kepada Tun Dr Mahathir, Datuk Ahmad Talib dan Mercy Malaysia.

Memandangkan kita (Kelab Putera 1Malaysia) ada pengalaman, kita menawarkan diri untuk ke sana. Saya tahu dalam semua misi kemanusian yang telah kami jalankan, misi yang ke 15 ini adalah yang paling bahaya sekali.

Apabila saya beritahu kata ini misi kemanusian paling bahaya, ironinya inilah juga misi yang paling ramai orang menawarkan diri untuk bersama-sama.

Pada mulanya 173 orang menawarkan diri, kemudian kita tapis tinggal 95 orang, kami hadapi masalah yang besar hendak buang nama-nama mereka ini, sebab semua bersungguh-sungguh nak pergi.

Padahal saya sudah beritahu, tidak ada satu sen pun akan dapat, hangpa kena sain indemnity letter (surat pelepasan), bahawanya anda tak boleh claim apa-apa…

alt

Sain masa itu sebelum pergi?

Ya semua sain, yang sain saja 93 orang hendak pergi. Kemudian saya terpaksa tapis lagi nama-nama ini, waktu itu sepatutnya kita dapat kapal terbang MAS, tapi oleh kerana last minute, MAS pun tak dapat, kita minta bantuan Angkatan tentera Malaysia (ATM) yang bagi kelulusan guna pesawat Charlie.

Hari terakhir sebelum berlepas pada 27 Ogos saja, ada 74 orang yang ada dalam senarai, sampai saya sendiri bermasalah hendak buang nama siapa, sebab semua bersemangat.

Media 20 orang, doktor 30 orang, tengok Cina berapa ramai (sambil tunjuk senarai) dan sukarelawan 24 orang, sedangkan ATM sudah tetapkan hanya 40 orang.

Sampai satu peringkat, saya merayu supaya ada antara 74 ini tarik diri, tapi tak ada siapa mahu tarik diri. Mereka tahu ini amat bahaya, tapi masih hendak pergi.

74 orang ini tidak tarik diri sampai hari terakhir dan mereka datang ke air port, dan balik dengan hati yang hancur sebab tak dapat pergi.

Saya cakap mereka tak percaya, tapi bila ATM yang cakap, mereka terpaksa akur, sampai di Maldives, saya buka telefon, masuk sms, “sampai hati Datuk buat saya macam ini,”.

ATM tanya, hendak bawa barang banyak atau hendak bawa orang banyak, saya kata nak barang banyak. Kita nak bawa bantuan makanan bukan nak pergi bercuti.

Hanya 30 tan dibenarkan dengan 40 orang, itu maksimum. Tolak campur-tolak campur, last sekali dilepaskan 48 orang campur yang sudah pergi tujuh orang yang naik commercial flight jadi semua 55 orang.

Tujuh orang itu pasukan peninjau, team yang pergi empat hari sebelum kami pergi. Mereka sampai ke Somalia pada 26 Ogos, mereka berjumpa dengan presiden kerajaan peralihan Somalia Sheikh Shaarif Sheikh Ahmad.

Team ini dipanggil mengadap, dan Presiden Somalia arahkan dua timbalan menteri kerajaan dia untuk menjadi pegawai pengiring misi kemanusian Malaysia ini. Seorang timbalan menteri kesihatan dan seorang timbalan menteri perikanan.

Jadi apabila kami sampai di airport, timbalan ketua polis negara, timbalan pemerintah tentera dan wakil kerajaan tunggu kami untuk beri taklimat.

Untuk misi kemanusiaan Malaysia ini, kita diberikan dua tempat, satu hotel dan satu lagi kem yang menempatkan tentera dan doktor Australia tinggal di situ.

Lebih menarik lagi, Allalhyarham Noramfaizul Mohd Nor TIDAK SEPATUTNYA PERGI, nama yang kita dapat dari Bernama TV, bukan Noramfaizul, bukan Khairul Anuar Yahaya (wartawan Bernama TV).

Nama yang kita dapat adalah wartawan Noor Farhana dan jurukamera Nur Ain Shafinas (sambil menunjulkan faks dari Bernama TV bertarikh 24 Ogos)

Bila nama dua wakil Bernama TV ini naik, Allahyarham telah datang ke pejabat saya pada 26 Ogos, buat bising, kata budak yang nak pergi ini tak ada pengalaman, budak muda, saya ini ada kursus, saya dah ikut pergi Gaza, Pakistan, Christchurch.

Staf-staf saya beritahu, saya tak mahu percaya pada staf, saya panggil Allahyarham masuk bilik, arwah kata, “Apa cerita Datuk, patut saya pergi, saya ada pengalaman, budak-budak itu tak ada..,”

Justeru, saya pun telefon Datuk Hasnul Hassan (Pengurus Besar Bernama) beritahu dia, boleh tak saya bawa Noramfaizul ini, dia kata okay, sebab Allahyarham tawar diri.

Saya tidak masukkan namanya pada peringkat awal adalah supaya dia boleh beraya di Malaysia, sebab tahun sudah, dia raya pun kat luar (di Gaza), saya ketua tak boleh tukar, diorang tu boleh tukar-tukar.

Kemudian, arwah sendiri minta hendak bawa wartawan sendiri Khairul Anuar dengan alasan boleh berkerjasama rapat.

Kita pun pergi, tak ada masalah, kerja kita senang, tak ada gangguan, selamat, tidak ada apapun berlaku pada misi kami sehinggalah kejadian peluru sesat tersebut pada 2 September.

alt

Azeez sedang tunjuk surat asal dari Bernama yang tidak senaraikan nama Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor ke Somalia

Masa kejadian itu Datuk di mana, dan apa reaksi bila diberitahu ?

Pada hari kejadian 2 September, saya dengan arwah pukul 5.10 minit petang (waktu Somalia), sepatutnya pada malam kejadian, kita punya jadual perjumpaan dengan Presiden Somalia, saya beritahu arwah, “you tak payah pergilah, you hantar budak you pergi, you duduk di kem, buat story,

Kemudian, arwah kata “Saya hendak meeting dulu,” tidak lama kemudian, arwah datang dia kata “tok, kita orang dah buat keputusan, semua hendak pergi, ada enam orang, tapi sekarang ini kami hendak balik hantar story,”.

Bila arwah kata hendak balik hantar story, saya panggil pihak keselamatan, ada lapan orang, untuk iring, kenderaan bersenjata jenis JPMG.

Dua jeep, depan belakang, saya teruskan mesyuarat dengan ahli-ahli perniagaan Somalia, sebab Presiden Somalia pesan, “jangan beri kami ikan sahaja, beri pancing supaya kami dapat cari ikan sendiri,”

Jadi kita bincang untuk bagaimana cara untuk naik taraf sosiol ekonomi mereka. Ahli perniagaan ini sedang pasang power point ketika saya dapat panggilan, repoter RTM budak Sarawak, “Datuk, kami kena tembak,” tutup telefon. Itu sahaja.

Saya tak sempat tanya di mana, kemudian dapat lagi satu panggilan, dari Melissa Ong, NTV7, “Datuk kami ditembak,” saya tanya, cedera di mana, “tangan” kata dia. “Okay kami datang sekarang,” kata saya.

Saya pun lari keluar, panggil doktor, naik kereta tuan punya hotel itu, dua minit sampai sebab jarak saya dengan tempat kejadian hanya 200 meter.

Saya tengok jeep itu depan pintu masuk kem, dekat penghadang, saya pun masuk dalam, saya tengok Aji budak TV3, saya kata “mana?” dia tunjuk tangan, “saya kata Allah ini sikit saja, tak ada hal lah, ko jadi wira…”

Tiba-tiba Melissa kata “Datuk ada sorang lagi,” Saya terkejut, “siapa?” “pejol” tengok dalam bilik di kem, doktor dan paramedic sedang beri rawatan.

Dia sudah di bawa ke dalam dan dibaringkan, saya masuk dengan Doktor Alwi (Datuk Dr Alwi Abdul rahman, ketua pasukan perubatan), ada satu doktor asing datang tanya apakah saya ketua, saya kata ya, dia minta maaf dan tanya ada duit tak 10 ribu USD.

Saya tanya nak buat apa, dia kata hendak panggil helikopter, saya tak banyak soal, saya kata, telefon sekarang, saya bayar, dia pun ambil telefon dan telefon.

Ketika itu, Doktor Alwi telah ambil alih operasi menyelamat, sedang beri bantuan, tiba-tiba dia kata, “Ya Allah, he's going, he's going,”,

Dalam masa yang sama, saya ajar mengucap, tidak lama kemudian Noramfaizul pun tak ada, saya pun keluar, saya call PM (Datuk Seri Najib Tun Razak).

PM tanya keadaan Noramfaizul . Saya kata dah meninggal. PM kata you jangan panic, tapi yang 54 (anggota misi) lagi itu balik esok juga.

Saya pun telefon menteri pengiring, kemudian Presiden Somalia call, minta nombor telefon PM, bercakap dengan PM, minta maaf dan janji siasatan menyeluruh.

Dalam kem itu ada Menteri Dalam Negeri, Menteri Penerangan, ada pegawai tentera, saya dalam keadaan marah, saya tanya kenapa tidak lawan balik, kenapa tak tembak.

Baru mereka cerita siapa yang tembak, dan mereka tidak boleh lawan, kalau mereka lawan, semua meletup, macam mana hendak lawan dengan UTK yang sepatutnya jaga kita….

Hari ini, mereka (tentera AU) dah mengaku, jadi biarlah mereka siasat.

alt

Inilah lakaran kedudukan Allahyarham Noramfaizul dan wartawan Malaysia lain dalam jip Nissan waktu kejadian 2 September

Datuk, sebagai ketua misi yang dapat semua infomasi, yang ada di tempat kejadian, apa teori Datuk terhadap peristiwa ini?

Teori saya, ini keretanya, (sambil tunjuk lakaran) kejadian jam 5.40 petang, meninggal 6.10 petang, arwah meninggal betul-betul waktu azan Maghrib.

Jeep mereka yang terakhir masuk ke kawasan kem, berhenti untuk tunggu penghadang terbuka, pada hemat saya, kereta perisai (tentera AU yang tembak itu) petang-petang ronda suka gempak-gempak (buli) orang,

Mereka naik kenderaan perisai, mungkin sebab kita lambat ganggu jalan dia ke, dia tembak, suka-suka, (pembuli).

Dia buat satu tembakan di bawah. Belakang jeep, di bawah bumper, ada tayar spare, dia tembak di situ, dia nak gempak ke apa ke, dia pun tak tahu orang Malaysia dalam itu, sebab cermin gelap, bila dia tembak itu, tidak kena tayar, kena rim.

Bila kena rim, peluru itu divert, terpelanting, tembus ke kerusi penumpang belakang sekali Noramfaizul duduk menyandar, hujung kanan, Aji sebelah kiri, tengah berbual, peluru masuk dari bawah kena ketiak dan tembus ke bahu Noramfaizul, keluar ikut cermin tingkap, dia pun jatuh kearah Aji.

Yang Aji pulak, dapat serpihan yang masuk itu, tangannya sebelah kanan, Aji duduk dekat dengan Faizul, bila (peluru) masuk, bahang itu pun membakar tangan Aji, bahang saja tu.

Satu peluru sahaja, laporan Reutres tak betul. Kalau tengok kesan luka, di bawah ketiak itu nampak kecil saja, tapi yang di bahu lubangnya sebesar lima puluh sen.

Melissa tengok Aji berdarah, tapi tengok Faizul tak berdarah lagi, tapi sudah jatuh kearah bahu Aji.

Bila saya sampai itu, masuk ke bilik rawatan, arwah masih sedar, saya sempat ajar mengucap.

Jadi peluru itu merosakkan organ di antara ketiak dan bahu, pendarahan luar tak sebanyak pendarahan dalaman.

Kalau kita tengok kronologi dia, memang panggilan Ilahi arwah, dia tak sepatutnya terbang, namanya tidak ada dalam senarai, dia minta, memang panggilan ilahi, kita kena terimalah Ketentuan Allah SWT.

Boleh Datuk jelaskan kenapa tidak pakai jaket kalis peluru ke tempat yang bahaya seperti Somalia?

Okay, bila saya sampai di situ, TAKLIMAT KESELAMATAN yang saya terima dari timbalan ketua polis Somalia, empat bintang, dan timbalan ketua pemerintah askar, TAK PERLU JAKET KALIS PELURU.

Di sini semua selamat, dia tunjuk pada kita “you tengok misi kemanusiaan Qatar, Kuwait, Sudan, Turki semua tak pakai, you tengok askar saya, polis saya, ada pakai ke?”

Askar dan polis dia yang bertugas tak pakai jaket kalis peluru.

Kalau kami pakai, takut dia ludah muka kami, “hangpa kalau tak percaya kami, pasai apa hangpa nak mai?”

Macam pemimpin asing datang ke negara kita, kita kata tak perlu guna jaket kalis peluru, tapi mereka pakai juga, apa perasaan tuan rumah? Engkau tak percaya dengan kami ke?

Lagi pun, kita ada pengalaman masa misi bantuan tsunami di Jepun, kita pakai baju warna oren, orang Jepun marah kita, rupanya warna oren dan kuning ini dalam budaya mereka untuk bersuka ria.

Fakta lain yang saya hendak beritahu, sebelum kami pergi, Duta Malaysia ke Libya, Datuk Zulkepkli Mohamad Nor bersama Kolonel Ramli Mohd Shah dari unit risikan ATM, yang duduk bertahun di Somalia pergi tinjau, dia kata you datang sekarang, selamat. Baru kita pergi.

Mereka sudah sahkan, hendak apa lagi.

Siapa yang kata kita terburu-buru pergi? Kita sudah dapat pandangan professional dari duta dan pegawai risikan, kita dapat taklimat dari pihak keselamatan di sana.

Sepanjang di sana, tidak ada ugutan apapun, selamat, kecuali kejadian malang yang menimpa Allahyarham Noramfaizul.

Datuk boleh jelaskan tentang tentera African Union (AU), kenapa mereka berlainan dengan polis dan askar Somalia yang jaga keselamatan pasukan misi kita?

African Union (AU) ini pasukan pengaman di Somalia, terdiri dari tentera negara Uganda, Kenya dan Brundi.

Contohnya begini, kalau negara kita jadi apa-apa, PBB datang ambil alih, tak ada orang hendak jaga keselamatan, jadi PBB buka tender, dia tengok siapa punya harga yang dia mampu bayar, setuju, sain kontrak, India punya askar datang jaga Malaysia.

Dia bukan ada hati perut, bukan ada saudara mara, ikut suka hati dia, orang tengah sembayang dia langgar dengan kereta perisai dan tak ada orang boleh tanya dia, tanya dia, dia bom, sebab dia jaga negara itu, dialah raja.

Ini atas sebab rakyatnya tidak bersatu, hancur, jadi orang luar datang jaga, jadi pengawal keselamatan.

Dari maklumat kami, yang tembak hari itu, Brundi punya askar, yang bagi tahu saya, askar tempatan yang jaga keselamatan kita.

Pembangkang kata ini bukan misi kemanusian ini misi UMNO nak cari publisiti, apa komen Datuk?

Saya dapati blog Lim Kit Siang kata UMNO pergi buat misi ini untuk publisiti murahan, saya hendak tanya Lim Kit Siang dan DAP berapa kali pernah buat misi bantuan kemanusiaan seumpama ini ke negara-negara luar.

Saya cadangkan selepas ini marilah Kit Siang, Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Malaysiakini, Malaysia Insider mari ikut saya sekali, saya hendak bawa, bulan 10 ini saya hendak ke Somalia lagi, atas nama semangat Malaysia, bukan atas nama parti.

Kalau berani, telefon pejabat saya, daftar nama, saya bawa, tengok kita pergi buat kerja atau cari publisiti murahan. Itu kalau beranilah.

Pemergian Kelab Putera 1Malaysia atas nama rakyat Malaysia, bendera Malaysia, tidak ada kepentingan peribadi.

Wartawan kami tidak pernah paksa, kami hantar surat, hendak ikut, ikut, tidak mahu ikut tak apa, wartawan ikut boleh jual surat khabar, untung, kami tidak dapat apa, itu pun NST tak ikut, The Star tak ikut, Sinar Harian tak ikut, kami tak marah. Kita tak suruh bayar apa-apa, apa yang kami makan itulah yang kamu makan.

Wartawan yang ikut bawa makanan sendiri, kita kongsi, di sana kita satu keluarga, satu pasukan atas nama Malaysia.

Untung siapa? Rakyat Malaysia yang 28 juta jiwa ini, ke mana sahaja pergi, orang kata you Malaysian, you came and help in Gaza, in Pakistan, you go to Somali, bukan Azeez dapat nama, semua rakyat Malaysia dapat manafaat.

Apa yang selalu kita minta dari rakyat Malaysia? Berulang kali kita minta, tolong doakan pemergian kami, tanpa kira agama, fahaman, kaum, semua kita ketepikan atas nama semangat 1Malaysia.

Jadi bila 14 misi (sebelum ini) selamat, dan satu misi ada kejadian tidak diduga, janganlah kita menidakkan yang kita bawa nama negara ke persada dunia antarabangsa.

Malaysia dikenali sebagai negara kecil yang rakyatnya berjiwa besar.-5/9/2011- EKSKLUSIF OLEH HELME HANAFI

http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/somaliasiapa-kata-kami-terburu-buru-azeez-rahim-cerita-detik-detik-kejadian.html

Mat Sabu yakin Umno akan tumbang di Johor pasai hina Mat Indera

Zulkifli Sulung, Editor Harakah tulis panjang ulas pasai isu Mat Sabu dan Mat Indera berdasarkan ceramah Mat Sabu di Padang Menora Tasik Gelugur Pulai Pinang yang dipopularkan oleh media yang dikuasai Umno tu.

Yang menariknya tulisan tu, Zul Sulong tutup dengan:
Semua ini tidak terlepas dari Umno dan benarlah apa yang dikatakan Mohamad Sabu, Umno menggali kuburnya sendiri dalam isu ini dan "saya mahu tabalkan MB Johor baharu dari PAS selepas pilihan raya umum akan datang," kata Mohamad Sabu sambil menepuk bahu seorang pemimpin PAS yang berasal dari Johor. - Hrkh.
Nampaknya Mat Sabu cukup yakin isu kontroversi yang kaitkan dia dengan komunis ni menguntungkan PAS. Bukan setakat untung sikit-sikit tapi mungkin boleh sampai tahap Umno BN tumbang di Johor, negeri yang sebelum ni dikatakan paling kuat Umnonya.

Kalau isu ni berjaya diolah dengan baik oleh PAS dan PR dan yang lebih penting sampai kepada rakyat, memang tak mustahil Johor boleh jatuh ketangan PR, pasainya sekarang ni margin di Johor pun dah tak besar sangat. Ditambah dengan isu Mat Indera ni memang tak mustahil Johor pun akan jatuh

Bukti Mat Indera sebagai pejuang bangsa cukup banyak, selain MB Johor sendiri pernah mengiktiraf perjuangan Mat Indera, malah saksi pun masih ada lagi yang hidup termasuk adik kandung Mat Indera sendiri. Cumanya setakat nama berjayanya PAS dan PR memanipulasi isu ni.

Setakat ni aku tak nampak isu ni menguntungkan PAS dan PR. Taktau la pulak menjelang PRU13 ni rakyat lebih bermaklumat dengan kuasa media baru bersedia mengundi PAS dan PR di Johor.

Dalam sidang media dia sebelum ni pun Mat Sabu yakin isu ni tak mengurangkan undi untuk PAS malah akan menambahkan lagi undi untuk PAS.

Dalam sidang media tu [minit ke 15:55 klip kat bawah ni] Mat Sabu sebut "Oh tidak! Kami tambah undi. Anak-anak muda sekarang semua keluar dalam blog menyokong..."

"Sebab penerangan balas kita sedang buat" Rakyat sekarang semakin mencari maklumat..."

Macam nie punya cara merompak pon dah ada dibumi Malaysia...


Kehidupan di Malaysia semakin hari semakin gila...
dalam mcm nie pon ada org dok mengaku kata negara kita nie aman...
aman kepala bapak hangpa....

TANJUNG DAWAI – ‘Kami tak puas hati dengan JKKKP’

TANJUNG DAWAI – :Segelintir penduduk Tanjung Dawai tidak berpuas hati dengan pentadbiran yang dijalankan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP), kerana dikatakan pelbagai masalah yang dibangkitkan tidak dapat diselesaikan dengan baik, malah pengagihan bantuan juga tidak menyeluruh.

Penduduk, Fatima Hassan, 65, berkata, dia beberapa kali memohon bantuan bagi menampung kehidupan yang serba kekurangan melalui JKKKP sejak 2008, namun sehingga kini tiada sebarang perkembangan dilakukan.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Robeah Hamid, 49, berkata, permohonan untuk baik pulih bumbung juga dilakukan dan pihak berkenaan juga sudah melakukan tinjauan beberapa kali ke rumahnya, namun keadaan bumbung bocor masih belum berganti.

“Walaupun sudah dua kali menerima kunjungan pihak berkenaan, namun sehingga kini belum dapat dibaiki,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu, Mohd Fazulah Abd Hamid, 24, berkata, pekerjaannya sebagai pembawa bot penumpang memerlukan kemudahan bot dan enjin yang baik supaya perjalanan berjalan lancar.

“Permohonan mendapatkan enjin baru tidak mendapat perhatian menyebabkan saya terpaksa berhenti melakukan pekerjaan itu setelah enjin rosak teruk pada 2009,” katanya.

Menurutnya, dia banyak kali meminta penjelasan dan setiap kali permohonan susulan dibuat, pasti pelbagai alasan diterimanya.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Fazil Mohd, 43, berkata, pembahagian bantuan yang dijalankan JKKKP tidak dilaksanakan secara menyeluruh, begitu juga dengan pembahagian borang permohonan bantuan yang hanya diberikan kepada kroni tertentu sahaja.

“Saya kecewa dengan pentadbiran JKKKP yang hanya mengutamakan golongan tertentu sahaja dan sebahagian lagi tidak dipedulikan. Ini juga berlaku apabila orang tertentu yang tidak layak menerima bantuan seperti enjin dan bot dapat kemudahan itu, kemudiannya menjual semula peralatan bantuan untuk mendapatkan wang,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...