TERKINI :

Monday, September 5, 2011

Adakah BN Sabah sedang dilanda ombak

Pemimpin LDP boikot rumah terbuka ketua menteri?
05/09/2011 2:50pm

KOTA KINABALU 5 Sept. - Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak hairan kenapa pemimpin-pemimpin kanan Parti Liberal Demokratik (LDP) tidak menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan Kabinet negeri di Kompleks Sukan Likas, baru-baru ini.

Katanya, lebih menghairankan apabila pemimpin kanan parti itu dapat pula menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Istana Negeri dan rumah terbuka Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang jauh di Semporna, kemudian bersama-sama ke Papar menghadiri rumah terbuka ADUN Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail.

"Adakah mereka ini terlalu sibuk dengan komitmen lain atau sengaja boikot acara Ketua Menteri dan kerajaan negeri. Kalaulah sengaja boikot, ia sesuatu yang amat mendukacitakan kerana tidak memberi penghormatan kepada Ketua Menteri dan Kabinet Negeri,” katanya.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah berkata demikian ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini. - Bernama

Program bual bicara Blogger dan Facebookers bersama Husam Musa dan Saifuddin Nasution


Warganegara segera lebih bahaya dari Komunis

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Memberikan hak warganegara kepada warga asing dan seterusnya mendaftarkan mereka sebagai pemilih adalah lebih bahaya dari pengganas Komunis, kata Salahudin Ayub.

"Kita nak beritahu kepada Umno BN, memberikan warganegara kepada warga asing dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih lebih bahaya dari pengganas Komunis," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata demikian sebagai membidas tindakan Umno BN yang menyerang Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu Mat Indera.

Mohamad pada satu ceramahnya sebelum ini mendakwa Mat Indera sebagai pejuang sebenar menentang penjajah dengan menyerang British di rumah pasung Bukit Kepong.

Umno bagaimanapun menuduh Mat Indera sebagai pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan Komunis dalam serangan itu sekaligus menghentam Mohamad yang membela perjuangan Mat Indera.

Mengulas lanjut Salahudin berkata, Umno menggunakan isu tersebut semata-mata bagi menutup isu pemberian MyKad kepada pemegang kad merah yang didedahkan Pakatan Rakyat sebelum ini.

PAS dan pelbagai pihak sebelum ini mendedahkan wujudnya sendikit memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap dan didaftarkan sebagai pengundi dipercayai untuk Pilihan Raya Umum ke-13.

Perkara itu dikesan melalui semakan dalam Sistem Pendaftaran Negara (JPN) yang mendapati sehingga suku kedua (Mac-Jun) 2011, terdapat 1,108 kes pemegang kad pengenalan Merah diberikan MyKad khususnya di Selangor.

Turut menggemparkan negara sebelum ini, pertukaran status warganegara dalam masa singkat iaitu penduduk tetap pada sebelah pagi dan bertukar menjadi warganegara sebelah petang.

Ekoran itu, ahli parlimen Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang Khas Parlimen.

Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dan hanya mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi Pembaharuan Sistem Pilihan Raya.

Timbalan menteri besar bukan ambil alih kuasa

ALOR SETAR 5 Sept. - Jawatan Timbalan Menteri Besar (TMB) yang dicadang diwujudkan di negeri ini bukanlah bertujuan untuk mengambil alih tugas sepenuhnya, sebaliknya adalah untuk meringankan beban yang dipikul pemimpin tertinggi negeri itu.

Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata, kerajaan negeri seharusnya bersikap lebih terbuka dan mempertimbangkan cadangan terbabit demi menjaga kestabilan pentadbiran negeri sekiranya Menteri besar tidak dapat berfungsi secara tiba-tiba akibat kemalangan atau jatuh sakit.

"Kita tidak tahu bila akan ditimpa penyakit atau kemalangan, dengan adanya orang kedua (TMB), sekurang-kurangnya kita tidak akan kelam kabut kalau berlaku kejadian tidak diingini ini.

"Kalau tidak berlaku kemalangan pun, Timbalan Menteri Besar boleh membantu meringankan beban Menteri Besar yang kita semua maklum mempunyai beban tugas yang sangat besar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, walaupun untuk mewujudkan jawatan TMB adalah tertakluk kepada perkenan Sultan, ia bukanlah alasan untuk menangguhkan pelaksanaannya kerana setiap undang-undang boleh digubal pada bila-bila masa. - Bernama

Mat Sabu serah Pemuda PAS 'urus' KJ.. Ada ka Timb Presiden Nak debat dengan Ketua Pemuda...!!

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menyerahkan tugas kepada Pemuda PAS Johor untuk berdebat dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berhubung isu sekitar peristiwa Bukit Kepong dan sejarah prakemerdekaan.

Dengan sinis, Mohamad (bawah) berkata beliau tidak menolak pelawaan itu sebaliknya kedua-dua sayap PAS dan Umno itu lebih sesuai berbuat demikian.

mat sabu pc with salleh man 190811"Saya tidak tolak (berdebat). (Tetapi) biar Pemuda dengan Pemuda (berdebat) kerana mereka layak," katanya lagi.

Menurutnya, Pemuda PAS Johor 'layak' berdepan Khairy kerana peristiwa serangan yang diketuai bekas pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) Muhammad Indera itu berlaku di balai polis Bukit Kepong, di negeri itu.

"Saya serah kepada Pemuda PAS. Dia (Khairy) seorang yang bijak dan saya hormati. Biar dia berdepan dengan Pemuda PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Isu pensejarahan kemerdekaan berbangkit apabila Mohamad menjadi sasaran serangan selepas dilapor berkata penyerang balai polis Bukit Kepong Muhammad Indera sebagai wira sebenar.

Rentetan laporan itu, Mohamad Sabu menjadi sasaran serangan di media arus perdana apabila beliau dituntut meminta maaf secara terbuka dan dikenakan tindakan bawah Akta Hasutan.

bukit kepong the movie 060905 jins shamsuddin with bren gunBagi menjawabnya, kelmarin, Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mencabar Umno berdebat secara terbuka mengenai tajuk "Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?".

Bagaimanapun, setakat ini tidak jelas siapa akan berdebat dengan siapa apabila Tuan Ibrahim berkata pihaknya akan menghantar jemputan kepada Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dalam masa terdekat.

Dalam masa yang sama, Khairy dilaporkan menerima jemputan kerajaan Kelantan bagi tujuan itu yang akan berlangsung di Kota Bharu akhir bulan ini untuk berdebat dengan Mohamad.

Akhbar web PAS Harakahdaily pula melaporkan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan bersedia berdebat secara ilmiah dengan Khairy berhubung perkara itu.

Kepada Adun Jeneri : Masalah Ayaq tak selesai lagi nie..???

Assalamualaikum
Y.B Jeneri

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri.Harapan saya semoga YB berada di dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Tujuan saya mengirim email ini ialah untuk memberitahu YB tentang masalah yang dihadapi oleh semua penduduk kampong di dalam kawasan Jeneri iaitu MASALAH BEKALAN AIR YANG SELALU TERPUTUS BILA TIBA MUSIM PERAYAAN. Saya faham, saya mungkin orang keberapa entah la, yang mengadu masalah pada YB. Apa yang saya harapkan tolonglah turun padang untuk mendengar masalah penduduk kampung ini.

Bayangkan sejak hari raya pertama sampai hari raya ketiga, kami tiada bekalan air, sedangkan semua perkara perlu menggunakan air,ditambah pula dengan kepulangan saudara mara dari jauh untuk berhari raya, semua ini menyebabkan semua orang menyumpah. Tak kira la Umno ka Pas semua orang marah dan sakit hati sangat bila jadi macam ni.

Jangan bila KARAM SING WALIA TURUN HANGPA BARU KALUT NAK MAI TANYA KHABAR……

Yang Benar

Rosli bin Razali (Ahli Pas seumur Hidup)

Sekitar Rumah Terbuka Menteri Besar Kedah

images/stories/SEPTEMBER2011/raya2.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya3.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya4.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya5.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya6.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya7.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya8.jpg images/stories/raya9.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya10.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya11.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya12.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya13.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya14.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya15.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya17.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya18.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya19.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya20.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya22.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya21.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya23.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya26.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya27.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya24.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya28.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raa25.jpg
images/stories/SEPTEMBER2011/raya29.jpg images/stories/SEPTEMBER2011/raya30.jpg

sumbangan : wartakedah.net

MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis takmau tangkap?


LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.

Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.

Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]


Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.

Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.

Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]

ReJaM© "MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis takmau tangkap?"

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/09/mat-indera-antara-150-tokoh-terbilang.html#ixzz1X2sZqyyX

blogger antara yang akan sertai DAP dalam waktu terdekat

Tambah ahli Melayu-Bumi makin aktif, blogger antara bakal sertai DAP

September 05, 2011
KUALA LUMPUR, 5 Sept — DAP sedang aktif mempelawa beberapa blogger kalangan orang Melayu untuk menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu, kata pemimpin pusatnya Loke Siew Fook.

Difahamkan pengumuman kemasukan mereka, dilihat sebagai perkembangan terbaru di sebalik peredaran landskap politik semasa, dijangka diumumkan secara rasmi dalam waktu terdekat, kemungkinan bulan ini.

“Memang kita aktif mempelawa beberapa blogger kalangan masyarakat Melayu... tetapi masih dalam perbincangan, kita hanya dapat membuat pengumuman selepas cuti sambutan hari raya,” kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui baru-baru ini.

Tanpa memberi butiran lanjut Loke, ketua Pemuda Sosialis DAP berkata, “kita sedang berbincang dengan beberapa individu, memang ada mendampingi mereka untuk menyertai DAP.”

“Sudah ada perbincangan awal dan mereka juga sudah menunjukkan perkembangan positif untuk menyertai DAP. Kami berharap kemasukan mereka akan memberi semangat untuk lebih ramai menyertai DAP,” katanya lagi.

Loke berkata ia sebahagian daripada pendekatan parti itu untuk membawa masuk pemimpin-pemimpin kalangan kaum Melayu dan Bumiputera menyertai DAP.

“Usaha ini dilakukan secara aktif, khususnya selepas pilihan raya umum 2008,” kata Loke sambil menambah, perundingan itu yang bertujan menarik pemimpin pelbagai lapisan dalam masyarakat Melayu untuk menganggotai parti itu.

Malah kata beliau, selain landskap politik baru negara memerlukan keperluan itu dipertingkatkan, malah kalangan orang Melayu dan Bumiputera sendiri melahirkan hasrat untuk menyertai parti berusia lebih empat dekad ini.

“Kami mengundang mereka yang boleh memberi tenaga kepada perkembanagn DAP daripada kalangan orang Melayu, dan di Sarawak Dayak... ini merupakan dua etnik khusus, yang DAP beri perhatian buat masa sekarang,” katanya.

Loke, antara pemimpin yang secara aktif terlibat dalam proses itu membawa masuk ahli-ahli kalangan Melayu dan kaum Dayak berkata, DAP tidak berhadapan masalah mendapatkan keahlian kalangan kaum India di Semenanjung dan juga masyarakat Kadazan di Sabah.

Majoriti ahli DAP buat masa sekarang adalah orang Cina.

Katanya, walaupun musuh-musuh politik mereka melabel DAP sebagai “parti kaum Cina”, tetapi umumnya “kami bangga untuk mengatakan bahawa DAP adalah sebuah parti rakyat Malaysia.”

“Kami sentiasa berjuang sebagai sebuah parti rakyat Malaysia... perkara ini sudah mula disedari oleh orang Melayu sendiri,” katanya yang memberi alasan sebab pihaknya mula diterima oleh kaum Melayu dan Bumiputera dengan terbuka - perkembangan yang dilihat sejak selepas pilihan raya umum 2008.

Katanya, DAP pernah ada pemimpin-pemimpin Melayu sebelum ini, antaranya Allahyarham Ahmad Nor, tetapi selepas kematian beliau, penekanan membawa masuk lebih ramai orang Melayu sebagai pemimpin ‘agar perlahan’ buat satu tempoh tertentu.

“Jadi, sekarang usaha ini dipertingkatkan dan diaktifkan di seluruh negara... sebab itu kita ada program ‘outreach’,” kata Loke lagi sambil menambah, “di peringkat Semenanjung, kami perlu berusaha untuk mendapatkan lebih ramai pemimpin Melayu.”

Katanya, pendekatan sejak kebelakangan ini merupakan satu hala tuju baru yang tepat dan “saya juga memainkan peranan aktif untuk bertemu dan sama-sama menjemput mereka masuk ke dalam DAP.”

“Saya fikir bahawa sudah sampai masanya, DAP, kita berharap yang ini akan menjadi satu usaha berterusan terutama dengan kemasukan golongan cendekiawan Melayu... masuk ke dalam DAP, kami berharap proses ini akan menguatkan, dan memberi satu suntikan baru ke dalam DAP,” katanya lagi.

DAP menerima penyertaan terbaru iaitu tokoh akademik dan pakar sejarah budaya Prof Dr Ariffin Omar awal bulan lalu.



Kepada Pemuda PAS..biaqlaa isu Mat Indera nie Mat Sabu & Tuan Ibrahim uruskan.. hangpa pie serang daftar pemilih nuu..?

Mat Indera: Pemuda PAS jemput Khairy debat

KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk berdebat dengan Pergerakan Pemuda Umno berhubung sejarah tragedi Bukit Kepong yang menjadi kontroversi ketika ini.

Ketuanya Nasrudin Hassan berkata, pihaknya akan menghantar surat jemputan rasmi kepada pemuda Umno dalam masa terdekat berhubung perkara itu.

"Dewan Pemuda PAS Malaysia bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat ilmiah dengan Pergerakan Pemuda Umno demi sebuah kebenaran dan masa depan yang diasaskan oleh pembacaan sejarah yang betul dan benar.

"Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia akan menghantar surat rasminya kepada pergerakan Pemuda Umno dalam masa terdekat," katanya.

Tambahnya, debat tersebut bukan bertujuan untuk mencetus persengketaan, tetapi bermaksud membedah sejarah, mencari ketulenan peristiwa yang pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan negara tercinta.

"Saya mengharapkan Pergerakan Pemuda Umno sedia menerima pelawaan kami," katanya lagi.

Khairy sedia debat

Dalam pada itu, kerajaan negeri Kelantan juga turut bercadang untuk mempertemukan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atas pentas debat berhubung isu sama di negeri itu.

Timbalan Exco Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains & Teknologi, Ahmad Baihaqi Atiqullah ketika dihubungi Harakahdaily berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada kedua-dua pihak terbabit melalui emel semalam.

Sementara itu, menerusi Ttwitternya semalam Khairy menyatakan persetujuan menerima pelawaan berdebat isu itu tersebut dengan Mohamad.

Di Peringkat PAS Pusat pula, ketua penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam turut mempelawa kepimpinan Umno berdebat isu sama.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang semalam, Tuan Ibrahim berkata, PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan PAS.

Tuan Ibrahim berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong.

Tambah beliau, atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah daripada kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu “Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?” dalam sejarah tanah air sebelum negara merdeka.

Benarkah..inilah Ini Puncanya Jurukamera Bernama TV kena tembak?

Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia, Noramfaizul Mohd Nor yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan-kumpulan pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.

“Kumpulan-kumpulan pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka.” Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

http://bestoneoffour.wordpress.com/2011/09/05/ini-punca-jurukamera-bernama-tv-kena-tembak/

Baru hangpa tau pendatang asing banyak kat bumi Malaysia

Kurangkan pekerja asing

BAK berada di negara asing, begitulah suasana di ibu negara pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini apabila warga asing memenuhi lokasi tumpuan awam ketika jutaan umat Islam negara ini meraikan sambutan berkenaan di kampung halaman masing-masing.

Menurut laporan Utusan Malaysia, di Menara Berkembar Petronas (KLCC) rata-rata pengunjungnya ialah warga Bangladesh dan Indonesia yang mengambil kesempatan sempena cuti umum untuk mengunjungi tempat-tempat menarik bersama rakan atau keluarga.

Bagi saya berita berkenaan yang tersiar dalam Utusan Malaysia pada tanggal 31 Ogos iaitu hari negara menyambut kemerdekaan seharusnya menyedarkan kita semua bahawa negara kita masih belum bebas sepenuhnya.

Jika sebelum ini kita tertindas kerana dicengkam oleh penjajah yang menguasai pentadbiran negara, kini penjajahan adalah dalam bentuk lain iaitu terpaksa bergantung kepada pekerja asing untuk menggerakkan ekonomi kita.

CHE ZUL

Taman Keramat, Kuala Lumpur

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Dah tau BN hanya pandai cakap...tapi mai pilihanraya hangpa pangkah juga..!!!

Penduduk kg Lajong Kuala Niah mohon pembelaan

Malaysia merdeka sudah 54 tahun. Saya merasa hairan kenapa kawasan luar bandar selalu diabaikan.

Inilah kampung asal saya dan saya amat kecewa kerajaan BN hanya cakap tapi tidak tunai janji. Kampung Lajong Kuala Niah hanya memakan masa satu hingga dua jam perjalanan dari bandaraya Miri.

Selama ini kemudahan jalan raya tidak pernah diturap, saluran perparitan tiada dan bekalan air bersih tiada.

Jambatan yang ada hanya tunggu runtuh sahaja. Kalau ada yang mati dalam sungai kerana jambatan runtuh baru nak buat jambatan baru.

Mana kesedaran pihak ahli parlimen Sibuti (Ahmad Lai Bujang) dan ADUN Bekenu (Rosey Yunus) serta kerajaan BN dalam menilai kesusahan penduduk kampung ini. Janji sebelum pilihan raya bukan main manis tapi sudah menang nahhhh... janji tinggal janji sahaja.

Saya dan masyrakat penduduk sini dan kampung-kampung yang lain sudah tidak percaya pada wakil rakyat yang tersebut lagi.

Kami amat bosan berpuluh puluh tahun dijanjikan dengan kata-kata janji mereka. Harapan saya dan masyarakat di sini agar pihak tertentu tolonglah kami yang hidup dalam keadaan susah selama ini.

Niat saya bukan hendak memburukan sesiapa tetapi kami amat amat perlukan perubahaan untuk kebaikan.

http://www.malaysiakini.com/letters/174632

Dok Cakap Banyak Sangat.. mai jom debat..!!!

PAS ajak Umno debat 'Siapa Pejuang Merdeka'

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Memandangkan Umno begitu berminat menggunakan isu sejarah pra-kemerdekaan negara dalam serangannya, PAS hari ini mengajak Umno untuk berdebat terbuka secara ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah tersebut atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pernimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak kepada isu kedudukan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah negara.

Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, kata Tuan Ibrahim rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah.

Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini, katanya turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang.

“Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis. Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan.

Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini,” kata beliau, sambil menambah ia adalah satu penyelesaian konkrit kepada isu yang hangat dimainkan di media perdana kini.

PAS, katanya turut berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab.

“Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek, contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?” soal beliau.

Menjawab tuduhan para pemimpin Umno bahawa PAS kini menyokong komunis, Tuan Ibrahim secara sindir berkata PAS hanya mampu ketawa besar mendengar tuduhan yang dilemparkan hanya kerana PAS ingin membela tempat tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air.

“Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tidak ada titik persamaan.

Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS, umum mengetahui ‘PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka’,” sindir beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Tuduhan Umno terhadap PAS, katanya seolah-olah hendak menyamakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan ‘kuasa dan hanya kuasa’ saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa.

Selain itu, tegas beliau tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam head-to-head pada PRU-13.

Allahyarham Noramfaizul jalan tugas terpuji

KUALA LUMPUR, 4 Sept: PAS mengucapkan takziah terhadap keluarga jurukamera BernamaTV, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang meninggal dunia ditembak di Somalia semalam.

Seluruh kepimpinan PAS dan ahli-ahlinya berdoa semoga Allahyarham diberi keampunan dan mendapat rahmat Allah SWT dan dihimpunkan bersama hamba-hamba-Nya yang soleh.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, usaha Allahyarham terlibat dengan misi kemanusiaan menyelamatkan orang yang kebuluran merupakan satu sifat terpuji yang dituntut Islam.

"Semoga ahli keluarga dan sahabat handainya diberi kesabaran oleh Allah SWT," katanya menerusi Setiausaha Akhbarnya, Mohd Nasaie Ismail ketika menghubungi Harakahdaily, di sini, hari ini.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), menerusi Mohd Nasaie, juga mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Keberanian beliau menjalankan tugas yang berisiko itu menggambarkan semangat kewartawanan yang tinggi yang ada pada Allahyarham yang sangat dihargai.

Naib Ketuanya, Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, namun pihak penganjur, Kelab Putera 1 Malaysia mesti bertanggungjawab terhadap kejadian yang berlaku.

"Ini menggambarkan tiada ciri-ciri keselamatan yang rapi diusahakan penganjur untuk peserta misi dan wartawan," katanya

Sepatutnya, menurut beliau, kesemua mereka dibekalkan dengan jaket keselamatan dan insuran untuk menjamin keselamatan mereka.

"Begitu juga dengan kawalan tentera dan polis negara tempat mereka bertugas yang mesti dipastikan penganjur sebelum mereka melaksanakan tugas," tegas beliau

PENDANG – Rayu bantuan jelas rawatan anak

Rayu bantuan jelas rawatan anak

PENDANG – Kesempitan hidup yang dihadapi sebuah keluarga di Batu 9 Jalan Tokai di sini menyebabkan seorang ibu merayu kepada orang ramai bagi membantu menjelaskan kos rawatan anaknya yang masih tertunggak sehingga kini.

Nor Dina Ayuni Mohd Azizan, 9, iaitu anak bongsu kepada dua beradik adalah pelajar Sekolah Haji Abdul Rahman Tokai yang baru selesai menjalani pembedahan barah otak selepas menyedari menghidap penyakit terbabit hujung tahun lalu menyebabkan dia tidak berupaya meneruskan pembelajaran pada tahun ini.

Ibunya, Nor Rasyikin Ahmad, 32, merayu kepada orang ramai atau mana-mana pihak dapat membantunya menjelaskan bayaran rawatan anaknya itu berjumlah RM4,300 yang belum mampu dijelaskan dia dan suami.

“Bayaran itu tidak mampu dijelaskan saya dan suami selepas selesai melakukan pembedahan anak di Hospital Pulau Pinang memandangkan suami tidak mempunyai pekerjaan tetap untuk membiayai semua kos terbabit.

“Bayaran itu masih lagi tertunggak sehingga kini, namun saya dan suami merayu bantuan kepada pelbagai pihak namun sehingga kini masih lagi belum berjaya mendapatkan bantuan bagi menjelaskan kos rawatan itu,” katanya.

Menurutnya, dia juga memohon bantuan rawatan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah, namun usaha yang dilakukan gagal menyebabkan mereka buntu untuk mendapatkan bantuan.

“Saya juga memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa anak saya tidak dapat meneruskan pembelajaran pada tahun ini walaupun segala kelengkapan sekolah disediakan awal tahun ini.

“Anak saya menghidap barah sudah di tahap empat yang serius menyebabkan saya tetap meneruskan rawatan susulan di hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar setiap hari untuk mendapat suntikan peningkatan darah kerana darah dalam badan anak saya sangat rendah,” katanya.

Nor Rasyikin berkata, keadaan anaknya itu begitu uzur dan memerlukan penjagaan rapi menyebabkan dia tidak boleh melakukan pekerjaan untuk membantu pendapatan suami walaupun kos perbelanjaan keluarga tinggi selain kos rawatan.

“Sekarang saya menetap dengan ibu saya di Tokai dan masih lagi menyewa rumah di Simpang Empat hampir dua tahun dengan bayaran sewa bulanan sebanyak RM200 dan membiayai kos persekolahan anak-anak.

“Kos rawatan susulan termasuk perbelanjaan susu anak mencecah lebih RM300 sebulan menyebabkan kehidupan kami semakin tersepit pada masa ini dan memerlukan bantuan orang ramai kerana saya tidak tahu lagi untuk merujuk kepada pihak mana,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai sambutan Aidilfitri, Nor Rasyikin berkata, sambutan itu tidak bermakna baginya memandangkan keadaan anaknya itu.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang ingin membantunya boleh menghubunginya menerusi talian 014-7400695.

'Barisan Exco ‘pembantu’ saya'

SUNGAI LIMAU, YAN - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kedah sedia ada, selain berpuas hati terhadap prestasi setiap Exco yang dilantik dalam melicinkan pentadbiran.

Katanya, barisan Exco sedia ada mampu menjalankan tugas masing-masing dan mereka inilah yang menjadi ‘pembantu’ kepada beliau dalam menguruskan urusan pemerintahan sejak memerintah Kedah Mac 2008.

“Bukan saya seorang sahaja yang buat kerja di Kedah, saya dibantu oleh barisan Exco. Jadi buat apa lagi dilantik seorang pembantu atau pemangku. Sejak tiga tahun lepas, kami bekerja sebagai satu pasukan, tak ada masalah pun,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kawasan Jerai.

Azizan mengulas kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang sebelum ini menafikan kepimpinan Pas Pusat sedang berusaha menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah, sebaliknya hanya meminta beliau berehat sehingga pulih sepenuhnya.

Menurut Azizan, jawatan Timbalan atau pemangku Menteri Besar tidak pernah dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat Pas Pusat sebelum ini.

“Bagi saya, apa yang ada sudah memadai. Semua Exco buat kerja dengan baik, kecualilah jika Pusat berpandangan saya buat kerja tidak elok. Nak lantik pemangku itu hak mereka, sebab saya pun dilantik oleh Pusat untuk mengetuai Pas di Kedah,” katanya.

Azizan tidak menolak sekiranya Pas Pusat ingin melantik seorang pemangku Menteri Besar di Kedah, tetapi menyifatkan ianya tiada keperluan buat masa ini.

“Jika Pas Pusat fikir perlu tambah pemimpin di Kedah, tambahlah...mana ada pemimpin kekal jadi Menteri Besar,” katanya.

Azizan turut menyangkal dirinya tidak mampu menjalankan tugas selepas keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN), memandangkan sejak itu, dirinya berasa semakin sihat.

“Kenapa perlu saya rehat, sudah tiga tahun lebih saya kerja siang malam. Jika mahu hantar pembantu elok masa baru tawan Kedah tetapi sekarang sudah stabil,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9494547.asp

Azizan suruh ahli sejarah berbahas dengan Mat Sabu

Azizan tidak campur isu Bukit Kepong

ALOR SETAR 4 Sept. - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengakui beliau tidak mengikuti isu membabitkan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Pulau Pinang bulan lalu.

Justeru beliau enggan mengulas mengenai isu tersebut yang telah membangkitkan bantahan pelbagai pihak yang mahu Mohamad menarik balik kenyataannya dalam menyokong serangan pengganas komunis di Bukit Kepong.

Menurut Azizan, biarlah pakar sejarah berbahas dengan Timbalan Presiden Pas itu mengenai perkara tersebut kerana percaya Mohamad mempunyai alasan untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian.

"Saya tidak mahu komen sebab saya pun tak baca apa yang dia kata dan tak dengar apa dia kata. Apa faktanya itu, biarlah ahli sejarah debat dengan dialah," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kerajaan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon di sini hari ini.

http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_05.htm





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...