TERKINI :

Thursday, September 1, 2011

Allahyarham Hassan: Kerajaan boleh jatuh jika enggan dengar ‘suara’ ilmuan

KUALA LUMPUR, 1 Sept — Dilihat temu bual terakhir dengan media, bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Allahyarham Datuk Dr Hassan Ahmad berkata, protes atau gerakan diketuai oleh golongan ilmuan akan berterusan dan mendatangkan kesan buruk jika kerajaan mengambil pendirian tidak mahu mendengar langsung suara mereka.

"Saya fikir begitu, ya, ya," kata beliau ketika ditemui baru-baru ini, mengulas peranan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dalam tuntutan pembaharuan pilihan raya oleh Bersih 2.0.

Hassan (tengah) mengetuai perarakan Gerakan Anti PPSMI ke Istana Negara pada 2009. — Foto ihsan mundarmandir2.blogspot.com
Samad, 76, dilihat oleh banyak sebagai ikon sosiopolitik baru negara dan mengetuai perarakan Bersih 2.0 sehingga ke Stadium Merdeka pada 9 Julai lalu.

Sehubungan itu, tegas Hassan, jika kerajaan memutuskan untuk terus enggan mendengar suara golongan budayawan dan sasterawan, maka ia adalah petanda awal kejatuhan kerajaan.

Sebaliknya nasihat beliau, imej kerajaan yang tercalar boleh pulih jika pentadbiran Najib sanggup untuk mendengar suara mereka.

Hassan, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, meninggal dunia di rumahnya di Petaling Jaya semalam. Temu bual kira-kira sejam dirancang untuk disiarkan minggu ini.

Beliau sendiri pernah mengetuai perarakan Gerakan Anti PPSMI di ibu negara tiga tahun lalu.

Kata beliau, apa yang disaksikan dalam sejarah dunia sebelum ini sudah mula berlaku di Malaysia.

"... sebab kita tengok dalam sejarah, ini sudah berlaku di Malaysia sekarang ini, dalam sejarah, perubahan... revolusi ataupun perubahan besar, perubahan sosial sampai ke tahap revolusi, rakyat misalnya, mereka menggerakkan, diketuai oleh orang ilmuan termasuk ahli sains, pemikir saya sebutkan tadi, Noam Chomsky, ahli sains, ahli falsafah misalnya, Lord Bertrand Russel, dia antiperang, dia boleh berdiri di depan lori... bukan lagi masyarakat biasa, tapi ilmuan," kata beliau semasa ditemui di pejabatnya di Yayasan Karyawan, Pusat Bandar Damansara.

"Jadi ilmuan ini, seorang dua ilmuan ini pergi ke depan, (maka) orang lain pun ikut, terpengaruh sebab mereka (ilmuan) ini tiada kepentingan diri, dia tiada kepentingan politik macam Samad, dia seorang (orang) Melayu, tetapi dia punya perjuangan, dia punya idealisme atau dia punya prinsip memikat setiap orang," kata bekas Wakil Tetap ke Unesco ini.

Allahyarham Hassan juga berkata, beliau percaya yang pemimpin-pemimpin politik juga sedar mengenai perkara tersebut tetapi mereka tidak mahu mengakuinya.

"Saya percaya, malah Umno sendiri pun, kerajaan sendiri pun sudah insaf, tapi ia tak mahu cerita, ia malulah... ego, ego. Insaf bahawa orang-orang seperti Samad Said, Sasterawan Negara, yang dahulu kita bagi hadiah, anugerah sastera negara, dia sendiri berani ke depan, ditembak (dengan gas pemedih mata) dia pergi, ditangkap dia pergi... dia pergi juga," kata beliau sambil menambah, tentu "ada satu pendirian yang kuat, yang benar."

Bagaimanapun beliau menegaskan, pendirian itu bukan sesuatu yang bersifat emosional dan tidak mengikut emosi.

"Bukan emosional, tidak emosi. Jadi bagi saya, sudah sampai masa bagi kerajaan untuk mendampingi orang-orang, mesra dengan mereka, cakap dengan mereka, jangan menaikkan kemarahan mereka, maka kerajaan punya imej akan pulih, boleh pulih, libatkan mereka bersama," kata beliau.

Hassan seterusnya memberitahu, beliau merasakan sudah sampai masanya bagi kerajaan untuk memahami tulisan "pada dinding" yang hendak disampaikan oleh gerakan ilmuan dan cendekiawan.

"(Walaupun) mereka faham tetapi tidak mahu mengakui dan sebaliknya mahu bertindak bertentangan untuk mengekalkan kuasa mereka, maka itu adalah permulaan kepada kejatuhan kerajaan.

"Kalau mereka bertindak bertentangan dengan semua kebenaran, semua alasan dalam usaha melindungi dan mempertahankan kuasa mereka... kuasa politik, kuasa ekonomi, maka itu adalah permulaan kejatuhan mereka," katanya.

Hassan, 75, ketika menghembuskan nafas terakhir petang semalam berkata, beliau percaya rakyat biasa juga mula meragui dan membenci kerajaan apabila pihak berkuasa mengenakan tindakan keras ke atas personaliti-personaliti seperti Samad.

"Anda (kerajaan) mesti bertindak, jangan anda dilihat sebagai seseorang yang menjaga kepentingan diri, kuasa," katanya lagi.

Allahyarham Hassan juga berkata, individu yang memegang jawatan perdana menteri seharusnya bertindak sebagai ketua kerajaan untuk semua rakyat Malaysia, bukan parti yang diwakilinya.

"Anda menjadi perdana menteri Malaysia, mesti memisahkan antara jawatan awam dan presiden Umno, tetapi saya perhatikan kerajaan pertahan diri dan menyerang, anda bertindak sebagai presiden parti, (tetapi) sebagai pemegang jawatan awam, penyandang jawatan perdana menteri... perdana menteri untuk rakyat Malaysia. Dasar negara adalah dasar untuk kepentingan semua rakyat, bukan untuk kepentingan parti," ujar beliau.

Secara tradisi selama ini perdana menteri Malaysia merupakan presiden Umno dan bertindak sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN). Najib merupakan perdana menteri keenam dan menyandang jawatan ini sejak April 2009.

Perhimpunan Bersih 2.0 dilihat sebagai ujian terbesar dan kajian Merdeka Center yang dikendalikan susulan perarakan itu menunjukkan populariti Najib menjunam sehingga 59 peratus.

"... ini silapnya, silap ketua BN sejak dari dulu. Dia tidak dapat pisahkan antara tanggungjawab pemegang jawatan awam dan tanggungjawab politik parti. Tentu parti boleh kawal kerajaan... dasar parti mesti diikuti, tetapi apabila anda melaksanakan dasar negara, dasar parti tiada, dia pemegang jawatan awam. Menteri misalnya, menjawab keselamatan negara adalah soal negara, bukan soal Umno," tambah beliau.

Hassan seterusnya memberitahu, "saya nasihat, antara parti dan kerajaan, beliau (perdana menteri) adalah pemegang jawatan awam, dilantik oleh Agong, bercakap secara teori, Agong yang melantik beliau, bertanggungjawab kepada perlembagaan."

Oleh itu katanya, perdana menteri bukan lagi orang parti, tetapi mereka terus berhujah seperti "orang parti, parti Umno."

"Seolah-olah keseluruhan kerajaan milik Umno. Ini yang menjadi masalah, anda kata Umno, Umno, BN, BN," kata Hassan secara terbuka mengenai politik negara.

Hassan juga menyentuh panjang lebar mengenai perkembangan politik sejak pilihan raya umum 2008.

Katanya, beliau lazimnya memberitahu banyak pihak bahawa pemimpin-pemimpin politik negara pandai mencipta masalah daripada menyelesaikan isu-isu yang wujud.

"Jadi (itu sebabnya) dasar (sukar) nak jadi stabil, dasar kerajaan mengambil masa untuk stabil. Apabila penstabilan dasar mula memuncak, anda menjejaskan dasar (sedia ada)... menteri, pemimpin perdana menteri baru, anda merosakkan dasar-dasar yang ada... macam PPSMI," katanya.

Putrajaya memutuskan untuk mengubah dasar PPSMI atau Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris tahun lalu selepas dilaksanakan sejak 2003.

Selain itu kata Allahyarham Hassan, kerajaan juga perlu mengambil pendirian memberitahu perkara yang sebenar dan memberi maklumat betul kepada rakyat untuk membina keyakinan orang ramai.

"Satu lagi anda kena memberitahu yang benar kepada rakyat. Jangan sembunyikan... anda kena menyertakan bersama penglibatan rakyat, anda kena berhujah dengan rasional, bukannya mencetuskan masalah.

"Ada orang seperti, nanti kalau cakap akan marah, saya tak mahu sebut. Ada seorang menteri... bila dia bercakap, jadi isu, tak guna akal. Kalau pegawai cakap begitu, dia akan ikut. Saya tidak, saya pernah menjadi ketua banyak organisasi. Bukan saya kata saya ini pandai, tetapi sebagai ketua kena perlu berhati-hati," katanya lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/allahyarham-hassan-kerajaan-boleh-jatuh-jika-enggan-dengar-suara-ilmuan/

Susah Kalau Nasihat Ulama Pun Tak Dengar

RAMAI pembahas beranggapan saya rapat dengan pemerintah sampai boleh jumpa dan bagi nasihat pada bila-bila masa.

Tak betul, lebih-lebih lagi selepas saya berhenti daripada menjadi Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press pada tahun 2000 dan menulis atau bercakap dengan agak kritikal mengenainya.


Saya tidak peduli dengan layanan itu, cuma kalau ada peluang dan kalau boleh bantu, saya nak bantu. Tapi kalau mereka tak mahu, tak apa. Saya tulis dan saya cakap.


Kalau nasihat atau pandangan saya tidak dipedulikan, itu tak menghairankan, tapi bila nasihat ulama terkemuka macam Mufti Perak, Harussani Zakaria (Tan Sri) pun mereka tak endah, susah sikit nak cakap.


Pada 24 Ogos dalam satu forum agama anjuran akhbar Sinar Harian, beliau berkata beliau menemui Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak, dan menasihati beliau mengenai demi perlunya langkah diambil bagi menangani isu perpecahan orang Melayu, dan mendakwa masalah itu meruncing kerana kepemimpinan yang lemah.


Hari ini, 25 Ogos, Harussani jelaskan yang beliau hanya memberi nasihat kepada Mohd Najib agar menyatukan kembali orang Melayu dan langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, termasuk dalam Umno.


Katanya, teguran terhadap pentadbiran Mohd Najib berhubung perpecahan orang Melayu dibuat berdasarkan realiti dan persekitaran politik semasa.


Saya rasa saya faham sentimen Harussani dan saya rasa Ramai orang Melayu berpendirian yang sama. Tetapi untuk berlaku adil kepada Mohd Najib, kelemahan dan perpecahan bermula selebum zaman beliau iaitu pada waktu Abdullah Ahmad Badawi (Tun) menjadi Perdana Menteri.


Harussani dipetik oleh Malaysian Insider sebagai berkata: "Saya kata (kepada  Najib) yang perpecahan di kalangan orang Melayu disebabkan oleh kerajaan yang lemah, rasuah dan kurang kepercayaan."


Kalau itu betul apa yang beliau katakan, saya berterima kasih kepada beliau dan bersyukur kerana ada ulama kita ikhlas menjalankan tanggungjawab dan berani berterus terang. Alhamdulillah beliau juga ada akses kepada Perdana Menteri.


Beliau juga dipetik sebagai berkata, perpecahan orang Melayu berlaku apabila Dr Mahathir Mohamad (Tun), sebagai Perdana Menteri, menyingkirkan timbalannya Anwar Ibrahim (Datuk Seri).


Kata Harussani, beliau menasihatkan Dr Mahathir supaya jangan terus singkir Anwar, sebaliknya menurunkan pangkat beliau kerana Anwar ada sokongan di kalangan orang Melayu. Tapi, kata beliau, nasihatnya yang lain ditunaikan oleh Dr Mahathir.


Begitu juga dengan bekas Perdana Menteri, Allahyarham Abdul Razak Hussein (Tun). Kata Harussani, Tun Razak menyelesaikan banyak masalah yang beliau adukan termasuk 14 kuil Hindu yang guna nama Melayu dan perarakan Hindu melalui kampung-kampung Melayu di Pulau Pinang.


Harussani berkata beliau berpendapat menggabungkan perayaan agama-agama lain dengan perayaan Islam adalah syirik.


Katanya beliau cuba menemui Abdullah ketika beliau menjadi Perdana Menteri tetapi gagal dan tidak ada apa-apa yang dilakukan mengenai perkara itu. Saya pun tak setuju digabungkan Aidilfitri dengan perayaan agama lain.


Nampaknya, inilah masalah dengan kepimpinan politik Melayu hari ini. Ia tidak lagi mahu mendengar nasihat, maklum balas dan keluh kesah orang Melayu dan umat Islam.


Semua parti politik Melayu atau yang dipimpin oleh orang Melayu kemaruk sokongan minoriti sehingga orang Melayu berasa terpinggir dan terancam.


Rasa-rasanya pemimpin politik hari ini berasa mereka sudah begitu pandai kerana belajar di universiti dan tak perlu lagi dengar nasihat atau pendapat orang tua-tua, orang agama dan orang berilmu. Atau mereka takut kalau-kalau yang akan dinasihatkan itu tak sedap didengar.


Mereka berasa ilmu dan kedudukan mereka sudah cukup kuat kerana ditokok tambah dan disokong pula oleh kuasa politik dan duit. Maka mereka pagarkan diri mereka dengan barisan Setiausaha Politik,  pegawai khas, pegawai media, penasihat, perunding, ahli keluarga dan suku-sakat yang kerana duit dan kuasa, akan menceritakan yang baik-baik sahaja kepada mereka.


Tapi, kita jangan putus asa. Kita bukan macam dulu lagi kena bergantung kepada media arus perdana. Hari ini kita ada macam-macam saluran komunikasi untuk mencari maklumat  dan  berbincang.


Kalau pembesar politik kita, tak kira daripada Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat, tak peduli suara kita, kita berbincang sesama sendiri, kita buat kesimpulan dan kita tunjukkan melalui peti undi, Insya-Allah.

UMNO Adakah Hubungan Dua Hala Dengan Parti Komunis China -September 2009

oleh Tulang Besi

NOTA EDITOR: Di saat UMNO giat menuduh Abg Mat menyokong Komunis, Tulang Besi berhajat untuk mengingatkan kembali jalinan hubungan dua hala antara UMNO dan Parti Komunis China pada September 18 2009.

Nampak gayanya, setelah Parti Komunis Malaya dibubarkan, tempat mereka telah diganti oleh UMNO kerana Parti Komunis Malaya mendapat bantuan mereka satu masa dahulu dari Parti Komunis China.

Kesian UMNO, apa pun dia buat, mesti kena balik batang hidung mereka. Mereka cuba serang Abang Mat Sabu, skrg ni rakyat baru teringat bahawa pemimpin2 UMNO semuanya bekas pegawai British, mcmna nak jadi pejuang kemerdekaan.

Dia bukak kita satu, kita bukak dia seribu.

Alhamdulillah

Tulang Besi






Umno, China Communists to swap youth leaders(BERNAMA)
August 05, 2010

A giant portrait of Mao Zedong, the CPC's first chairman, is seen in Beijing's Tiananmen Square September 18, 2009. — Reuters pic

KUALA LUMPUR, Aug 5 — Umno and the Communist Party of China (CPC) yesterday agreed to have youth leadership exchanges so that the youth leaders of both countries can have a better understanding of the economic and social development taking place in Malaysia and China.

Umno secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, who signed a memorandum of understanding (MOU) on behalf of Umno on co-operation between Umno and the CPC in Beijing yesterday, said this was all the more timely as China was now a major economic power.


Wang Jiarui, Head of the International Liaison Department of the CPC Central Committee, represented the CPC.


"On their part, they are amazed with our achievements and racial harmony and would like to learn from us how we were able to attain this harmony without any bloodshed," Tengku Adnan said in a statement to Bernama.


He said as a follow-up to the MOU, both countries agreed to set up a permanent mechanism to enable the exchanges to take place beginning this year. — Bernama

Minah UMNO nie kata projek kumpul buah tu satu pembaziran..betoi kaa??

4PLJ hanya satu pembaziran?

SEMELING - Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ) yang dibuka di Sungai Petani bersebelahan Hospital Sultan Abdul Halim dilihat tidak sesuai dan hanya indah khabar dari rupa.

Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kedah, Shahanim Mohammad Yusoff berkata, pembinaan 4PLJ itu didakwa merugikan apabila hanya ada papan tanda yang menceritakan ada perniagaan di situ namun operasi tidak dijalankan.

"Saya sendiri ke sana sebanyak dua kali untuk lihat perniagaan yang dijalankan, namun hampa apabila bukan sahaja tiada pembeli malah tiada sebarang urusan jual beli dijalankan," katanya semasa majlis berbuka puasa bersama media di Jeti Semeling.

Menurutnya, sepatutnya lokasi itu dijadikan pusat pengumpulan buah-buahan penduduk kampung untuk meningkatkan pendapatan mereka sekali gus membantu meningkatkan ekonomi negara.

"Saya hanya lihat ada papan tanda yang cantik, selain khemah yang luas namun tiada sebarang perniagaan dijalankan di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau berkata, lokasi pusat pengumpulan tidak strategik memandangkan buah-buahan tempatan banyak terdapat dalam kawasan pedalaman kampung seperti Baling, Padang Terap dan Pokok Sena, namun apabila dibina di pekan Sungai Petani ia tiada fungsi kerana kurang produk pertanian yang dihasilkan di sini.

"Ini adalah satu pembaziran yang dilaksanakan kerana sebelum ini kita tahu terdapat penduduk yang bersedia untuk menyerahkan hasil pertanian kepada pihak berkenaan untuk dijual, namun tidak dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh," katanya.

Selain itu, beliau mengharapkan pihak berkenaan mengambil langkah pembaikan bagi memastikan kemudahan berkenaan tidak dibiarkan begitu sahaja yang boleh mendatangkan kerugian.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9479317.asp

Waspada di 20 laluan maut


ALOR SETAR - Terdapat lebih 20 lokasi yang kerap berlaku kemalangan di kesan di negeri ini dan pengguna jalan raya dan lebuh raya diminta lebih berhati-hati, khususnya dalam keadaan cuaca yang tidak menentu sejak akhir-akhir ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kedah, M Surentharan berkata, pada tahun lalu, sejumlah 531 kematian dicatatkan di negeri ini, melibatkan kawasan-kawasan berkenaan.

"Antara lokasi yang kerap berlaku kemalangan ialah Kilometer (KM) 26 Jalan Serdang-Kulim, KM1 hingga KM9 Jalan Alor Setar-Pokok Sena, KM8 Jalan Alor Setar-Kangar, KM1 hingga KM3 Jalan Alor Setar-Sungai Petani (Tandop), KM51 Jalan Alor Setar-Butterworth, KM39 hingga KM69 Jalan Alor Setar-Butterworth, KM8 Jalan Gurun-Jeniang, KM5 Jalan Sungai Petani-Kuala Ketil, Batu (Bt) 5 Jalan Bedong-Tanjung Dawai.

"Manakala di kawasan lain termasuklah KM12 Jalan Kulim-Mahang (kilang baru), KM32 Jalan Kulim, KM19 hingga KM25 Jalan Alor Setar-Kangar, KM7 Bukit Tekoh (Langkawi), Simpang 3 Landak (Jalan Kulim-Gerik), KM1 Jalan Kuala Nerang-Pokok Sena, Titi Haji Idris-Pendang, KM23 Jalan Alor Setar-Sungai Petani, KM12 Jalan Jeniang-Sik, KM16 hingga KM20 Lebuhraya Utara Selatan, KM29.3 Jalan Sungai Petani-Baling, dan KM58 hingga KM60 Lebuhraya Utara Selatan," katanya.

Menurutnya, menjelang musim perayaan kali ini, aliran trafik di kawasan utara semakin bertambah dan pengguna jalan raya, khususnya penunggang dan pembonceng motosikal dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa melalui kawasan terbabit.

"Dalam keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini, hujan lebat menyebabkan terdapat banyak jalan yang rosak dan ia juga boleh mengundang kemalangan sekiranya pengguna jalan raya tidak berwaspada," katanya.

Ops Sikap 22 catat 918 kemalangan

Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kedah turut mengesan beberapa lokasi lain yang turut dikenal pasti sebagai lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut, selain daripada lokasi yang dimaklumkan sebelum ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lokasi terbabit termasuklah di Kubang Pasu; Jalan Jitra-Sungai Korok dan Jalan Changlun-Kodiang, di Baling; KM40 Jalan Sungai Petani-Baling, di Bandar Baharu; KM26 Jalan Serdang-Kulim, dan di Yan; KM31 Jalan Alor Setar-Sungai Petani.

Menurutnya, dalam Ops Sikap ke-22 tahun lalu, sejumlah 918 kemalangan dilaporkan berlaku melibatkan 60 kemalangan di lebuh raya, 329 di jalan persekutuan, 306 di jalan negeri, 150 di jalan bandaran dan 73 di jalan-jalan lain.

"Sebanyak 16 kemalangan maut dengan 17 kematian dilaporkan berlaku, manakala kenderaan yang paling banyak terlibat dalam kemalangan ialah motokar (1088), motosikal (407), teksi (7), lori (72), van (23), bas (9), basikal (8), pacuan empat roda (4), kenderaan lain (28) serta 11 pejalan kaki.

"Antara punca berlakunya kemalangan ialah terbabas yang melibatkan tujuh kes, bertembung (dua kes), langgar belakang (dua kes), masuk laluan (dua kes) melintas jalan (dua kes) dan satu kes disebabkan faktor lain," katanya.

Ahmad berkata, sejumlah 10,052 saman dikeluarkan kepada pelbagai jenis kenderaan sepanjang Ops Sikap sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

"Paling tinggi ialah motokar iaitu 4,450, motosikal (2,741), teksi (1,820), lori (203), van (224), bas (18), pacuan empat roda (427) dan kenderaan lain (169).

"Justeru, saya berharap agar pengguna jalan raya lebih berwaspada selain turut membuat pemeriksaan bagi memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan baik, agar selamat tiba di destinasi yang dituju," katanya.

Sementara itu, menurutnya, PDRM Kedah menyasarkan penurunan kemalangan sebanyak lima peratus sepanjang Ops Sikap ke-24 dan sasaran itu akan dicapai sekiranya mendapat kerjasama daripada pengguna jalan raya, menerusi pemanduan berhemah dan mematuhi undang-undang.

"Ops Sikap ke-20 pada 2009 sempena Hari Raya Aidilfitri mencatatkan 994 kemalangan jalan raya dengan 24 kemalangan maut dan 27 kematian, dan angka itu berkurangan pada Ops Sikap ke-22 tahun lalu.

"Ini jelas menunjukkan keberkesanan Ops Sikap, khususnya dari aspek penurunan jumlah kemalangan dan kematian, sejak ia dilancarkan pada 2001," katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...