TERKINI :

Monday, August 29, 2011

Selamat Menyambut Aidilfitri


Minal 'Aidin Wal Faaizin...
Selamat Menyambut Aidilfitri kpd semua sahabat
mohon ampun maaf drpd kami


INSYA'ALLAH KAMI AKAN BERSIARAN SEPERTI BIASA
ITUPUN JIKA TAK MABUK KETUPAT LAAA..!!

Saham najib jatuh 6% menjelang Aidilfitri

Tahap puas hati terhadap Najib jatuh enam mata

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.azlanHasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

NONEHanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

azlan"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

Bekas tentera jangan termakan dakyah Umno

BUTTERWORTH, 29 Ogos: Sambutan Merdeka sudah menjadi perayaan Umno tidak lagi dirayakan sebagai sambutan terulung negara ekoran banyak fakta mengenainya diselewengkan, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Ini, katanya dengan menafikan golongan yang bersama menentang penjajah sebaliknya hanya mengagungkan kepimpinan Perikatan dan Umno yang diiktiraf oleh penjajah.

Beliau ketika ditemui di majlis berbuka puasa di Surau Al Ghufron, Taman Kuala Bekah, Penaga semalam juga menafikan apa yang ditulis dalam media pro kerajaan kononnya beliau menghina pejuang negara dengan menyokong penganas dalam kopeni pasukan ke 4 Parti Komunis Malaya (PKM).

Baginya, sejarah sebenar tentang serangan terhadap tragedi Bukit Kepong telah diselewengkan apabila mengambarkan serangan dilakukan oleh PKM padahal ia diketuai oleh Muhamad Indera yang menentang polis yang dianggap bersekongkol dengan penjajah.

"Banyak fakta sejarah telah diselewengkan terhadap serangan Bukit Kepong sedangkan serangan sebenar diketuai oleh Mohamad Indera dengan puaknya yang tidak menyenangi penjajah atau polis yang menjadi alat penjajah," jelasnya yang hadir bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan rombongan untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan daif.

Menurutnya, akibat fakta yang tidak kena pada filem 'Bukit Kepong' arahan Jins Shamsuddin membuatkan ramai orang terkeliru apabila cerita sebenar diceritakan semula di khalayak ramai.

Apa yang diperkatakan memang betul sambungnya, sebab waktu itu negara bukan lagi merdeka, polis yang bertugas adalah polis yang bersekongkol dengan penjajah. 

Golongan yang menyerang penjajah pukul ratanya dianggap komunis walhal ramai anak muda Melayu ketika itu tidak menyenangi golongan yang bersubahat dengan British.

Untuk menyokong komunis nyata tidak sama sekali kerana komunis itu sendiri telah hancur dan hanya menjadi pameran di muzium.

"Contohnya pandangan Imam Khomeini sendiri jelas tentang Komunis. Semasa hayatnya dia sendiri mengatakan blok komunis bakal tinggal kenangan dalam muzium. Hari ini benar-benar berlaku," katanya.

Sepatutnya nama seperti Pak Sako, Tok Janggut, Mak Kilau, Dato' Bahaman, Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam dan orang yang seangkatan denganya diberikan penghormatan bukan sahaja nama-nama besar Umno sahaja.

Kepada bekas anggota tentera pula terangnya, usah termakan dakyah Umno yang cuba memburukkan namanya dengan menyifatkan beliau menghina pejuang negara.

"Saya tetap puji tentera selepas negara mencapai kemerdekaan kerana perjuangan mereka untuk mempertahankan maruah negara berbanding di era sebelum merdeka sebab polis ketika itu bekerja dengan penjajah," tegasnya. [harakah]

Tahukah ANDA siapa sebenarnya BARUA BRITISH???

Sebelum ada yang hendak menuduh Tulang Besi ni pro komunis, biar Tulang Besi ingatkan arwah Datuk Tulang Besi adalah bekas asykar yang berjuang menentang komunis sewaktu darurat sebelum Merdeka dahulu. Kalau siapa ke Kampung Astana Raja dan tanya orang2 tua disana, mesti mereka pernah dengar nama "Dolah Komando".

Keduanya, Tulang Besi MENYOKONG PENUH 100% kenyataan Abang Mat. Ramai orang Melayu telah dibutakan sejarah, tak tahu beza pejuang kemerdekaan dgn pejuang British.

Sememangnya yang memimpin serangan ke atas Bukit Kepong itu bernama Mohammed Indera. Serangan ke atas Bukit Kepong adalah sebahagian dari usaha mereka mahu menghalau British dari Tanah. Kesah tersebut boleh dibaca di sini.


Yang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong adalah pegawai2 polis yang berkhidmat untuk kerajaan British, bukannya berkhidmat untuk kerajaan Melayu ataupun Malaysia.

UMNO BARUA BRITISH TAK PERNAH LAWAN BRITISH

UMNO pula dipimpin oleh pegawai2 British yang hidup mereka lebih British dari British sendiri.

Orang2 seperti Dato' Onn dan Tunku abdul Rahman hidup mereka dibiayai oleh gaji yang dibayar oleh British. Tunku tidak pernah walau satu hari dalam hidup beliau menentang British. Begitu juga pemimpin2 UMNO yang lain: Kapten Hussein Onn, Syed Jaafar Alba, Syed Nasir, Tun Dr Ismail, Tun Abdul Razak dsbnya.

SEMUA PIMPINAN UMNO pada masa sebelum merdeka hidup mewah dibiayai British, setiap hari berpakaian seperti British, pergi ke pejabat di dalam kereta yang dipandu supir serta makan dan minum seperti orang putih.

Maka, tak hairanlah apabila British mahu memurtadkan Natrah, pemimpin2 UMNO ini senyap sunyi dan duduk di dalam pejabat2 mereka tidak menggerakkan walau satu jari pun untuk menghalang murtadnya Natrah.

Yang bangun menentang British pada masa itu, adalah Dr Burhanuddin Helmi serta Karim Ghani yang telah memimpin demonstrasi Natrah di tengah2 bandar Singapura. Rusuhan itu telah menyebabkan kerugian berjuta kepada British.

Maka, tak perlulah UMNO nak marah dgn Mat SAbu. Lebih baik pemimpin2 UMNO mengaku yang mereka adalah barua British dan mereka tidak pernah bangun menentang British sepanjang sejarah UMNO ditubuhkan.

Syabas Abang Mat kerana mendedahkan siapa sebenar pejuang kemerdekaan dan siapa sebenarnya pengkhianat.

Tulang Besi

ini dia BAPA menjahanamkan Bahasa Ibunda..!!

Sikit Punya Hal Tetapi Besar Kesannya

Ya Khoffi: DI berita tv malam semalam saya menyaksi Najib Razak telah melawat hentian Puduraya dan telah menukar nama hentian itu kepada nama baru Pudu Central. Menurut Najib nama itu dicadang oleh salah seorang rakan twiternya yang tweet kepadanya agar nama hentikan itu ditukar kepada nama baru.

Beliau tidak menyebut siapa dan bangsa apa rakan twiter yang tweet kepadanya itu. Saya percaya orang yang mencadangkan nama itu bukan seorang Melayu tulen yang kuat semangat dan seorang yang mementingkan sejarah.

Kalau dia seorang Melayu tulen sudah pasti dia akan mempertahankan nama lama yang lebih sesuai dan tepat dengan negara ini yang dihebuhkan sebagai negara berketunaan Melayu. Puduraya menunjukkan Pudu (hentian) yang besar dan lengkap. Nama Puduraya itu lebih lagi sesuai dengan kecanggihan dan kelengkapan yang disediakan setelah diubahsuai.

Kata Najib dalam mengulas kehebatan Puduraya itu ianya seperti sebuah lapangan terbang. Nah, makin sesuai sangat kalau nama Puduraya dikekalkan kerana orang Melayu khasnya boleh berbangga dengan nama itu. Kalau ditukar kepada Pudu Central ia tidak mempunyai apa-apa elemen keMelayuan lagi.

Najib sendiri juga tidak perlu bingkas sebegitu sekali kepada cadangan itu. Sebagai seorang pemimpin beliau sepatutnya peka dan peduli kepada elemen-elemen keMelayuan, sejarah, rupadiri dan juga memahami sentimen mengenai nama itu.

Lagi pun partinya adalah parti yang berjuang atas nama Melayu, kepentingan Melayu. Kalau perkara sekecil itu pun tidak dapat dipertahankan apalah hendak diharap kepada perkara yang lebih besar lagi.

Saya nak sebut dalam soal menjaga budaya, mempertahan budaya ataupun menyelitkan unsur-unsur budaya dan bahasa, orang Cina lebih peka berbanding dengan orang Melayu. Perhati saja kepada tulisan Cina dipapan-papan tanda. Walaupun sebesar mana tulisan dalam bahasa Melayu tetapi bahasa Cina tetap diselitkan di mana-mana sudut. Inilah kaum yang mementingkan kepada budaya dan citarasa mereka sendiri.

Terlanjur menyebut hal ini saya kagum dengan sikap Karpal Singh seorang sikh tetapi menghormati tulisan jawi. Dalam satu kad perniaga beliau yang diberikan kepada saya tercatat namanya dalam tulisan jawi. Apakah tindakan Karpal ini sebagai memerli orang Melayu atau memang dia merasakan tulisan jawi itu ada estitikanya tersendiri.

Berlainan dengan orang Melayu, nama yang sudah ada pun dicabut dan ditohok diganti dengan nama Inggeris yang menjadi kebanggaannya. Sebab itu saya katakan corak pentadbiran seseorang pemimpin ke atas negaranya bergantung atau dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya.

Kalau dia berpendidikan barat maka budaya baratlah yang dibawa dalam kehidupan dan gaya kepimpinannya. Kalau pendidikannya sekular maka sekularlah juga sistem yang digemarinya. Kalau dia berpendidikan budaya Arab Islam maka gaya dan corak itulah yang akan dilaksanakan. Pengaruh pendidikan dan ilmu besar sekali ke atas seseorang manusia.

Saya rasa Najib jangan sangat ghairah melakukan apa-apa tranformasi sehingga boleh mengikiskan budaya bangsa sendiri. Orang berkedudukan seperti beliau boleh melalukan apa saja kerana kuasa. Dan kalau beliau melakukan tidak ada siapa yang akan membantahnya, terutama orang Umno kerana mereka kebanyakannya berajakan kepada Najib. Siapa orang Umno yang berani membantah Najib?

Mungkin orang Umno akan mengatakan perkara itu remeh, apalah yang ada kepada nama. Tetapi kena ingat sesuatu yang besar itu bermula daripada perkara remeh. Bukan itu saja kalau perkara sekecil soal nama itu pun tidak boleh dipertahankan macam mana Najib dan Umno hendak mempertankan perkara-perkara lebih besar dari itu. Benarlah juga kata budak-budak Umno menjaul Melayu dan menjual negara.

Akhirnya selamat pagi kepada Najib bukan selamat hari raya di atas tindakan menukar nama Melayu kepada Inggeris itu. Titik tidak bernokhtah! [wm.kl.10:43 am 28/08/11]

BUKIT KEPONG & KOMUNIS : Video Apa yang Mat Sabu sampaikan?

Apa yang Mat Sabu sampaikan?


Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!
Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.
.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....
Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net
Ulasan GB

Ringkas saja - sebab JALAN PULANG dan TUKAR TIUB dah ulas panjang tuh. GB bersetuju dengan tulisan mereka.

Yang penting ialah polis yang diserang ialah polis yang bekerja dengan penjajah British waktu itu iaitu pada tahun 1950 - Malaysia belum merdeka. Justeru itu tentangan terhadap polis waktu itu adalah sebenarnya tentangan terhadap penjajah British dimana polis waktu itu berkhidmat untuk penjajah, bukan untuk Malaysia kerana Malaysia BELUM wujud ketika itu. Jadi ucapan Mat Sabu adalah berkisar kepada kisah sebelum merdeka. Mengapa UMNO kecoh mengenainya? Apakah UMNO masih sayang penjajah British sampai sekarang? Mungkin. Itu sebab mengapa agaknya masih ada pencacai UMNO yang minum arak, malah, itu sebab UMNO masa kini masih mengikuti jejak langkah British untuk menjajah tetapi kali ini menjajah bangsa sendiri dengan merompak hak orang Melayu/Islam seperti merampas hak royalti rakyat Kelantan. Itu kenyataan. Itu kebenaran.

Kedua: Teruskan buat kecoh mengenai isu video Mat Sabu. Kerana dengannya semakin ramai yang akan mengkaji sejarah dan akan semakin terdedah tembelang dan pekong bahawa UMNO itu sebenarnya talibarut penjajah dan ini akan merupakan satu titik-tolak baru untuk keruntuhan UMNO sebagai pemerintah negara ini.

TAHNIAH MAT SABU!

Rujukan :
  1. http://greenboc.blogspot.com/2011/08/video-isu-ceramah-mat-sabu-lagi.html
  2. http://tukartiub.blogspot.com/2011/08/malapeta-31-ogos.html

Akai & Fikiran rakyat Malaysia sudah hilang.. boleh terpikiaq mencuri tahap zalim macam nie..!!!

Isteri disimbah asid, suami dicampak tepi jalan

August 28, 2011

ALOR SETAR, 28 Ogos — Seorang wanita melecur kira-kira 20 peratus pada bahagian muka, leher, mata dan dada akibat disimbah asid oleh dua lelaki dalam kejadian samun di Guar Chempedak dekat Yan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11 malam apabila kereta Proton Waja yang dinaiki Rosnani Husin, 53, bersama suaminya dipercayai ditahan oleh dua lelaki yang tidak dikenali di sebuah stesen minyak di Kota Sarang Semut dekat sini.

Katanya, dua lelaki terbabit berpura-pura mahu menumpang kereta mangsa disebabkan kereta mereka kehabisan minyak dan suami mangsa bersetuju menumpangkan kedua-dua suspek menuju ke Jalan Baru melalui Jalan Permatang Buluh, Kota Sarang Semut.

“Ketika dalam perjalanan suspek, dikatakan mengacu pisau kepada kedua-dua mangsa dan mengikat kaki dan tangan suami mangsa sebelum mencampakkannya di tepi jalan di Jalan Baru, Bukit Besar.

“Kira-kira 50 kilometer dari tempat suami mangsa dicampak, suspek memberhentikan kereta (berdekatan Guar Chempedak) lalu menyimbah asid ke muka mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian,” katanya dipetik Bernama Online.

Suami mangsa dijumpai orang awam dalam keadaan kaki dan tangan berikat manakala mangsa dan kereta yang ditinggalkan ditemui Polis Guar Chempedak.

Jumlah kerugian yang dialami pasangan suami isteri terbabit belum dikenal pasti.

Adzaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu samun berkawan dengan mendatangkan kecederaan.

Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk menerima rawatan.

Pengarah HSB Dr Juita Ghazali ketika dihubungi berkata, mangsa dirawat di Unit Rawatan Kebakaran dan dalam keadaan stabil.

Mangsa terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan kerana menghadapi masalah paru-paru disebabkan terhidu asid yang terkena padanya.

Suami mangsa ketika ditemui pemberita di HSB enggan ditemu ramah kerana masih trauma dengan kejadian yang menimpa isterinya itu.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/isteri-disimbah-asid-suami-dicampak-tepi-jalan/

APAKAH STATUS DATUK MAHARAJA LELA: HERO ATAU PENGKHIANAT?

Heboh dan melatah tak keruan puak-puak pendokong Utusan Meloya yang menyiarkan sebahagian intisari ceramah Mat Sabu mengenai pandangan beliau tentang siapa hero sebenar dalam peristiwa Bukit Kepong.

Dari pembacaan dan penelitian saya ke atas laporan akhbar tersebut, nampaknya Mat Sabu berjaya menarik ramai peminat atau seteru politiknya untuk membuka mata terhadap peristiwa ini. Sekarang Mat Sabu berjaya mengajak Utusan Meloya ketengahkan cerita ini sehingga menimbulkan satu perbincangan hebat. Lebih hebat dari case study yang selalu dipelajari sewaktu di universiti.

Orang bijak dan licik memang bertindak seperti Mat Sabu tidak seperti Utusan Meloya dan juak-juaknya yang nampak melatah teruk hingga menampakkan kebodohan mereka. Kita nasihatkan mereka supaya berlapang dada dan baca dengan hati yang tenang sambil berfikir.

Peristiwa Bukit Kepong adalah salah satu sejarah negara yang ditulis oleh penjajah dan suku sakatnya. Siapa sahaja yang menjadi penentang penjajah ketika itu adalah musuh penjajah termasuk Datuk Maharaja Lela yang terlebih awal menerima padahnya.

Tetapi kenapa pula orang Melayu tak tergamak untuk melabelkan Datok Maharaja Lela sebagai pengkhianat dan komunis? sedangkan dialah yang membunuh J.W.Birch. Puak UMNgok tolong fikir dan berlapang dada. Sejarah negara ditulis oleh juak-juak penjajah. Masakan mereka mahu menulis sesuatu yang tidak menguntungkan perjuangan mereka.

Dimana penghormatan juak-juak UMNgok dan Utusan Meloya terhadap sumbangan Sasterwan Negara seperti A.Samad Said, Shahnon Ahmad dan yang terakhir Azizi Abdullah kepada negara? Pada mereka tokoh-tokoh ini adalah penentang UMNO dan pemerintah yang ada. Mustahil mereka akan merakamkan sumbangan tokoh-tokoh ini dalam bidang kesusasteraan negara ke tahap tertinggi?

Mereka adalah penentang UMNO. Mereka musuh UMNO dan pasti tiada tempat dalam ruang-ruang akhbar Utusan Meloya, apatah lagi hendak dibariskan bersama tokoh-tokoh pemerintah seperti Samy Vellu, Chuah Soi Lek dan Rahim Thambi Chik yang kejahatan mereka sangat terang lagi bersuluh. Jika puak-puak Umngok ini menulis sejarah nanti pasti tokoh-tokoh sasterawan ini tiada dalam catatan mereka. Kalau ada pun sebagai talibarut komunis. Berbeza dengan layanan mereka ke atas Samy, Soi Lek dan Thambi yang akan ditulis sebagai negarawan ulung!!!!

Inilah maksud sebenar Mat Sabu mengikut pendapat saya. Pakat pikiaq lahh!!

Oleh:
Pidadua.

MBAS ambil tindakan 30 premis makanan

ALOR SETAR - Gara-gara ingkar terhadap arahan memulakan operasi perniagaan sebelum jam 3 petang sepanjang bulan Ramadan peniaga akhirnya menanggung risiko peralatan serta makanan dijual dirampas pihak penguat kuasa.

Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berkata, notis pemberitahuan mengenai tempoh masa dibenarkan sudah dikeluarkan sebelum ini namun tetap ada peniaga yang berdegil membuka perniagaan makanan lebih awal.

Menurutnya, disebabkan itu pihak berkuasa MBAS terpaksa bertindak tegas terhadap peniaga berkenaan untuk memastikan mereka mematuhi peraturan ditetapkan serta menghormati bulan yang mulia ini.

“Sehingga ini sebanyak 30 premis makanan melibatkan gerai dan kedai makan Melayu yang dikenakan tindakan penguatkuasaan antaranya sekitar kawasan Alor Setar, Kuala Kedah, Pokok Sena, Simpang Empat dan Anak Bukit.

“Kami juga berjaya mengesan tindakan licik segelintir peniaga cuba mengabui mata penguat kuasa dengan berniaga secara bungkus dalam kereta dan mereka turut menghadapi tindakan sama seperti peniaga yang berniaga di kedai makan serta gerai-gerai tepi jalan,” katanya.

Beliau berkata berkata, pihaknya merampas semua barang peniaga dan bagi peniaga yang melakukan kesalahan kali pertama perlu membayar kompaun sebanyak RM300 sebelum peralatan dirampas dipulangkan kembali.

“Namun daripada 30 kes berkenaan terdapat empat kes didapati berulang dan bagi kesalahan berulang peniaga yang melanggar arahan perlu membayar kompaun seperti kadar ditetapkan namun peralatan dirampas tidak akan diberi semula.

“Ini adalah sebagai pengajaran kepada orang Islam supaya menghormati bulan puasa,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9469268.asp

Kerajaan Negeri Komited kurangkan kemiskinan

MENTALOON - Kerajaan Negeri komited untuk menurunkan kadar kemiskinan di negeri ini melalui pelbagai pendekatan bersesuaian mengikut bidang-bidang tertentu.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi berkata, walaupun agak mustahil untuk menghapuskan kemiskinan secara keseluruhannya, Kerajaan Negeri sentiasa berusaha ke arah itu.

“Sudah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menyediakan peruntukan untuk golongan kurang berada dan kurang bernasib baik. Ini tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk memastikan semua rakyat mendapat hak atas kemakmuran negeri ini,” katanya, ketika berucap mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada majlis berbuka puasa Menteri Besar bersama ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan mualaf di Dewan Seri Mentaloon.

Seramai 940 orang ibu tunggal, anak yatim, fakir miskin dan mualaf diraikan dalam majlis itu.

Phahrolrazi berkata, selain bantuan Kafalah yang disasarkan kepada golongan kurang berada, sumbangan lain turut diagihkan antaranya sumbangan Aidilfitri, bantuan persekolahan, termasuk peruntukan membina atau membaiki rumah.

“Golongan kurang berada sebenarnya bukan bebanan kepada negeri atau negara, malah mereka juga mempunyai peranan dan tanggungjawab. Sekurang-kurangnya dengan adanya golongan ini, memberi ruang kepada yang berada untuk membuat kebajikan,” katanya.

Menurutnya, tidak mustahil desakan kemiskinan ada kalanya mendorong seseorang mengambil pendekatan negatif dengan mencuri, menipu atau melakukan jenayah.

“Setiap yang ALLAH anugerahkan mempunyai cabaran tersendiri. Kalau yang kurang berada cabarannya kemiskinan, manakala yang berada cabarannya tanggungjawab, amanah dan keadilan,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9469993.asp




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...