TERKINI :

Sunday, August 28, 2011

Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas


Ya Razzaq: MULAI semalam (Isnin) perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas.

Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya.
Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya?

Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit.

Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu.

Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu.

Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit).

Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat.

Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu.

Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama.

Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya.

Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambukan aji no moto itu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat?

Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari menjelang siang.

Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan.

Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua.

Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar.

Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri.

Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan aura Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri Anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya.

Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tumbuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan.

Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bom jangka dalam poket baju.

Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa Anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu.

Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah.

Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwanya akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka. [wm.kl.12:55 t/malam 25/08/11]

Puduraya jadi Pudu Central... Mana cintanya pada bahasa kebangsaan??

Kata Cintakan Bahasa Kebangsaan... yg dok galak tukaq nama PUDURAYA ke PUDU CENTRAL buat apanya...???

Puduraya jadi Pudu Sentral

NAJIB berbual dengan pelancong asing ketika lawatan
beliau ke Pudu Sentral, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Hentian Puduraya di sini yang mula beroperasi pada 1976 dan baru sahaja dinaik taraf, kini dikenali sebagai Pudu Sentral.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan nama baru terminal bas itu semalam berkata, penukaran nama itu selaras dengan wajahnya yang moden dan baru, setaraf dengan sebuah lapangan terbang.

Beliau berkata keputusan itu dibuat berikutan cadangan seorang pengikut twitternya selepas beliau tweet setelah bersahur awal semalam bahawa beliau akan melawat Hentian Puduraya.

"Ramai yang memberi maklum balas dan saya terima cadangan supaya nama hentian bas ini ditukar supaya mencerminkan terminal yang tinggi kualitinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan wajah baru bas terminal itu di sini semalam.

Menurutnya, selepas berbincang dengan pihak pengurusan hentian itu, beliau telah bersetuju untuk menukar namanya kepada Pudu Sentral.

Hentian Puduraya ditutup sementara pada Mac tahun lepas, setahun selepas kerajaan mendapati terminal itu perlu sangat dinaik taraf dan diubahsuai untuk memperbaiki perkhidmatan dan mengambil kira keselamatan awam setelah ia beroperasi lebih tiga dekad.

Kemudahan itu kini dilengkapi dengan pendingin hawa, kemudahan eskalator dan sistem pengumuman awam untuk mengumumkan ketibaan dan pelepasan bas dan disediakan dengan 296 kamera litar tertutup (CCTV).

CCTV dipasang di semua tempat strategik yang dipantau oleh 48 kakitangan keselamatan untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelawat dan penumpang.

Najib turut meluangkan masa melawat sekitar terminal baru tersebut dan berinteraksi dengan para pengguna serta memberikan sumbangan kuih raya kepada penumpang bas ekspres yang pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Ini merupakan lawatan ketiganya ke terminal bas tersebut sejak menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009, di mana tiga minggu selepas itu Najib turun padang melawat tiga kawasan di tengah-tengah bandar raya, termasuk Hentian Puduraya.

Berikutan dengan lawatan itu beliau mengarahkan supaya Hentian Puduraya dinaik taraf dengan segera, memandangkan keadaan bangunannya yang daif serta tidak memberi keselesaan sama sekali kepada para pengguna.

Kerja-kerja menaik taraf itu dijalankan oleh UDA Holdings Berhad dalam dua fasa dengan kos RM52 juta.

Sementara itu tinjauan Bernama di terminal bas tersebut turut mendapati pengguna sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan.

Seorang warga emas, K.P Lim, 66, berkata, persekitaran di Pudu Sentral sekarang sangat berbeza berbanding dahulu memandangkan ia kini dilengkapi dengan pendingin hawa dan tidak bising.

"Dahulu (Puduraya) sangat panas, sangat bising. Orang tua seperti saya sangat tidak selesa keadaan seperti itu. Saya sangat berpuas hati dengan penambahbaikan kemudahan di sini. Memang sangat berbeza kalau dibandingkan dengan yang dulu," katanya.

Bagi Maimunah Ahmad Pardi, 55, persekitaran Pudu Sentral yang bersih dan nyaman membolehkan orang ramai menunggu bas dalam keadaan yang selesa walaupun penumpang terpaksa menunggu lama.

Terlupa zakat fitrah anak

oleh MOHAMAD MAT YAKIM
8/26/2011 9:09:06 AM

Saya mula bayar zakat fitrah secara tunai sejak berhijrah ke KL pada 1994. Sebelum itu, di kampung, zakat fitrah dibayar guna beras.

Pada zaman kanak-kanak, saya tertunggu-tunggu hendak melihat orang dewasa bayar zakat fitrah. Seronok. Ini kerana, zakat fitrah masa itu biasanya dibayar terus kepada asnaf, tidak melalui amil. Di rumah asnaf, sudah siap beras fitrah yang diisi dalam bekas mengkuang.

Sebelum disempurnakan bayaran zakat, terlebih dahulu dilakukan akad jual beli beras. Beras dalam bakul mengkuang ditolak oleh si asnaf kepada pembayar zakat dengan akad jual: “Aku jual beras ini sebanyak harga” dan disambut oleh si pembayar zakat: “Aku beli beras sebanyak harga.”

Selepas itu, bakul yang sama ditolak semula kepada si asnaf diiringi lafaz: “Inilah beras fitrah yang wajib ke atas diriku tahun ini kerana ALLAH TAALA.” Si asnaf menyambut beras itu.

Selepas itu, berlaku semula akad jual beli untuk proses bayar zakat seterusnya, bagi tanggungan pula. Bayangkan jika seseorang itu punya dua isteri dan 10 anak, berapa kali bakul beras fitrah itu disorong tarik? Namun itulah tarikannya bagi saya untuk menyaksikan upacara itu.

Selain bawa wang ke rumah asnaf atau amil, ada juga yang bawa beras, tetapi ini agak menyukarkan. Bagi yang beranak ramai, mungkin hingga berbelas kampit beras perlu dibawa. Sekarang beras yang dikampit khas dalam sukatan zakat pun ada dijual. Ini lebih memudahkan berbanding dahulu.

Walau apa pun, bayar zakat di Lembah Klang jauh lebih senang. Di bazar Ramadan berhampiran rumah saya, sekurang-kurangnya empat amil di merata penjuru menunggu pembayar zakat. Dan caranya juga amat mudah, keluarkan tunai - tidak perlu bawa beras - dan urusannya boleh selesai dalam masa tiga minit sahaja.

Apa yang saya ingat, bayar zakat fitrah guna tunai pernah jadi pertikaian. Inilah masalahnya apabila undang-undang Islam yang sebenarnya universal dan relevan sepanjang zaman, ditadbir berbeza mengikut sempadan pemerintahan. Atas sebab itu juga, kadar zakat fitrah antara negeri tidak sama. Semoga masalah ini akan berakhir. Itulah doa saya setiap hari.

Beberapa tahun lalu, saya berasa amat jengkel apabila seorang rakan menggeleng-geleng kepala (baca: memperlekehkan) jawapan saya untuk soalannya: “Berapa zakat fitrah di Kedah?” Saya jawab: “RM5” Sambil geleng-geleng kepala, dia kata: “Mahalnya!”

Pada masa itu, zakat fitrah di Selangor memang lebih rendah. Kejengkelan saya kerana dia mempertikaikan bayaran zakat fitrah yang hanya perlu dikeluarkan sekali setahun sedangkan untuk sekotak rokok yang lebih mahal, tidak pula dirungut.

Jika sekalipun rakan saya itu bayar zakat fitrah di Kedah, belanjanya tidaklah sebesar mana kerana isterinya hanya seorang, anaknya pula tiga.

Keluar belanja sedikit untuk penuhi tuntutan agama pun merungut, apa punya orang? Seorang lagi rakan pula ceritanya agak lucu. Menjelang bulan puasa, rakan saya itu dapat anak baru - yang keenam. Makanya, tahun itu zakat fitrah yang perlu dia keluarkan pun bertambah.

Hendak dijadikan cerita, di rumah, resit fitrah yang baru dibayar, diperiksa isterinya. Terkejut si isteri apabila dapati resit hanya ada tujuh resit dalam poket suaminya, sedangkan yang sepatutnya adalah lapan termasuk untuk mereka suami isteri selain enam anak.

“Aku terlupa (bayar untuk) anak yang baru itu?” kata kawan saya. “Habis apa hang jawab kat bini hang?” tanya saya. “Aku terus ambil kunci kereta. Aku kata kat dia, tadi duit tak cukup nak bayar. Takkan aku nak jawab lupa.” Berdekah-dekah kami ketawa. Seorang lagi kawan pula kata: “Nasib baik resit tak cukup. Kalau terlebih macam mana? Tentu bini hang soal lebih teruk lagi.”

Lynas : Suatu Sikap diantara Pandangan Pakar dan Rakyat.


Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

__________________________________

1. PAS sememangnya berbangga mempunyai ramai pakar saintis seperti Dr Che Rosli, Dr Zulkifli Ahmad dan lain - lainnya. Malah mereka adalah sebahagian dari pemimpin PAS yang berada di dalam kelasnya yang tersendiri. Selain daripada sikap PAS yang selama - lamanya menghargai dan menghormati ilmu serta kepakaran seseorang tokoh yang diiktiraf, penglibatan mereka bersama PAS juga satu penghargaan besar kepada PAS setelah sekian lama PAS dimomokkan sebagai parti kampung, parti tok lebai, parti kain pelikat dan sebagainya.

2. Ertinya kini PAS tidak lagi parti pinggiran atau kampungan yang hanya menjadi mangsa belasahan UMNO dan BN sebagaimana dulu. PAS juga bukan hanya sebuah parti yang hitung tindaknya berasaskan millage politik semata - mata tetapi kini PAS juga boleh menjadi wadah cendikiawan, sasterawan, budayawan, hartawan dan agamawan yang sememangnya menjadi pahlawan yang berjuang mendokong dasar dan prinsip perjuangan PAS iaitu Islam.

3. Apabila PAS menjadi wadah yang besar dan lebar, lalu berlakunya perbedaan pendapat adalah suatu yang lumrah malah menonjolkan kehebatan PAS dalam menangani dan mendepani sesuatu isu atau kes. Kini PAS bukan lagi sebuah jamaah kecil yang dinding pagarnya laksana sebuah surau atau musolla dengan seluruh anggota jamaahnya berpada dengan bimbingan seorang syeikh atau muallim pula berpaut pada satu mazhab [aliran pemikiran].

4. Sebaliknya PAS kini adalah platform ummah yang batu sempadannya laksana sebuah negeri atau negara dengan seluruh anggota jamaahnya memerlukan ramai mujtahid, mufakkir dan muallim dengan mengenengahkan sekurang - kurang 4 mazhab utama ahli sunnah wal jamaah sebagai landasan beramal dan bertindak. Justeru satu mazhab akan menyulitkan perlaksanaan Islam di peringkat agenda nasional dalam zaman yang serba rencam dan kompleks masaalahnya kini. [ mungkin pada peringkat individu, tidak mengapa berpaut kejap pada satu mazhab]

5. Sungguhpun begitu, uniknya Islam sekalipun ia adalah sebuah Manhaj Kehidupan yang besar dan terbuka, Islam diperkaya dengan disiplin dan akhlak yang tinggi serta peraturan yang lengkap dan sempurna. Biarpun Islam dilihat terlalu banyak perbedaan pandangan pada segala masaalahnya seperti fekah namun perbedaan itu diurus dengan baik, teliti dan disiplin menepati prinsip dan kaedah ilmu.

6. Kini PAS mula merasai dan meluruti keunikan itu. Saya harap semua pimpinan, ahli dan penyokong malah pemerhati dari kalangan rakyat terbanyak, dapat bersabar menekuni perkembangan ini tanpa mewajarkan diri keluar atau terhindar dari garis akhlak dan disiplin ilmu.

7. Sungguhpun kesilapan boleh berlaku pada bila - bila masa dan pada sesiapa jua atas sifat kita bukanlah insan yang maksum dan sempurna dalam segala aspek, namun saya tegaskan sekali lagi [kalau berlaku kesilapan], agar kesilapan itu tidak mewajarkan kita bergelut dan berpolemik sesama sendiri, apalagi untuk lari dari manhaj perjuangan Islam yang kita dokong bersama. Min baabil Aula [terlebih layaklah] kalau kita sememangnya tidak silap.

8. Kembali kepada isu Lynas yang hangat diperbahaskan mutaakhir ini, Dr Che Rosli tampil menyatakan pandangannya yang sangat berbeza dengan pandangan dan perjuangan rakyat di Kuantan khasnya di Pahang amnya. Malah berbeza sekali dengan pandangan PAS Pusat yang terlebih dahulu telah mengambil keputusan untuk bersama rakyat Pahang khasnya dan rakyat seluruh negara amnya, menolak operasi Lynas di Gebeng Pahang.

[ Hujjah kenapa rakyat menolak Lynas telah dikemukakan secara rasmi oleh Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat Sdr Zulkifli Mohamad Omar, juga kenyataan rasmi dari Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man dan boleh ikuti hujjah lebih jelas dari buku khas "Lynas @ Gebeng Kenapa Kami Bantah ?" yang telah diterbitkan oleh Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR]. ~ sebagaimana pandangan berbeza pula dikeluarkan oleh Dr Che Rusli melalui wawancara beliau dengan TV 3 baru - baru ini ]

9. Saya menghormati pandangan Dr Che Rusli sebagai seorang pakar dan bercakap pula berasaskan ilmu serta kepakaran bidang yang beliau miliki. Bertambah bangga saya, apabila beliau adalah ahli dan pimpinan PAS. Walaupun beliau mengemuka pandangan berbeza, berbeza dengan PAS Pusat, berbeza dengan rakyat Pahang dan berbeza dengan saya, tapi saya lihat tiada cacat celanya dan tidak perlu pula dikata nista kepada beliau selama beliau bercakap dan memberi pandangan berasaskan ilmu yang beliau miliki. Kita sewajarnya menghormati ilmu beliau. Jangan bergaduh dengan beliau dan sabarlah dengan perbezaan ini serta bertindaklah sebaik mungkin.

10. Pandangan berbeza ini insyaallah akan membuka lebih lebar ruang perbahasan, lebih mendalam perbincangan dan lebih detail atau jelas butir perdebatan. Ia akan menjadi ilmu kepada masyarakat untuk lebih nampak dan jelas secara sentimen dan secara saintifik betapa Lynas adalah sebuah industri yang boleh diterima atau mesti ditolak.

11. Harapan saya selepas ini , akan terungkaplah segala keraguan. Setelah seorang Pakar mengemukakan pandangan beliau yang dilihat sebagai menyongsang arus, maka saya juga yakin, skuad Badan Bertindak Anti Rare Earth [BADAR] akan melipat gandakan pengumpulan maklumat, bahan bukti serta fakta kes bagi menjelaskan lagi kedudukan Lynas Corporation ini.

12. Ertinya selepas ini ia akan menjadi perbahasan yang lebih ilmiah bukan lagi sentimen sebagaimana yang dimomokkan sebelum ini. Saya kira selepas ini akan banyak pihak sedia menganjurkan seminar di peringkat nasional dengan menampilkan pakar mewakili pihak masing - masing. Barangkali Sinar Harian akan menjadikan tapak Karangkrafnya sebagai medan perdebatan para pakar ini. Kiranya tiada, Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi sedia untuk menjadi penganjur kepada perdebatan dan perbahasan ilmiah ini.

13. Tapi ingat ! jangan ambil masa terlalu lama untuk memperbahaskan perkara ini, kerana saya bimbang kalau keputusannya kelak, selepas meneliti perbahasan demi perbahasan pakar, akhirnya merumuskan Lynas mesti ditolak, sedang Lynas telah beroperasi, maka rakyat sekali lagi menjadi mangsa dam keadaan mereka tidak ubah seperti tikus makmal.

14. Langkah terbaiknya, saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, mewakili seluruh warga pemuda PAS menggesa agar kerajaan Malaysia mengarahkan agar Kilang Lynas Corporation menghentikan terlebih dahulu sebarang bentuk operasi pembinaan dan operasi penghasilannya sementara memberi laluan kepada semua pakar berbincang dan mengkaji. Bukan hanya melibatkan pakar nuklear, tetapi juga pakar racun, pakar alam sekitar, pakar kesihatan, pakar ekonomi, pakar undang - undang dan lain - lain pakar yang berkaitan termasuk pakar politik serta pemantau bebas antarabangsa.

15. Sejurus selesai ummat Islam menyambut Aidil Fitri, Insyaallah saya akan berbincang dengan Jabatan Undang - Undang dan Hak Asasi Manusia [JUHAM] DPP Malaysia, kemungkinan untuk berusaha mendapatkan arahan mahkamah agar Kilang Lynas yang penuh dengan kontraversi ini ditangguhkan operasinya sehingga jelas kedudukannya di mata rakyat. Agar negara tidak memperjudikan masa depan rakyat sendiri. Apakah kilang ini selamat atau bahaya !

16. Saya yakin dan percaya, bagi pihak BADAR telah muktamad menolak Lynas sebagaimana saya juga salah seorang yang tinggal di kawasan padat penduduk tidak melebihi 30 KM dari Kilang Lynas ini, telah mengambil keputusan muktamad bahawa kilang ini wajar dihenti dan mesti ditutup segera.

17. Tapi nampaknya sebahagian rakyat masih belum memahaminya, belum menerima mesej yang jelas dan belum mendapat maklumat yang tepat dari pihak BADAR. Tambahan pula ada pandangan pakar yang berbeza. Maka adilnya untuk rakyat umum, mereka mesti didedahkan maklumat dari kedua belah pihak terutama kepada rakyat tempatan yang tingal dalam lingkaran 30 kilometer persegi dengan Kilang Lynas ini.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Menangisi murtad dan zakat

Minggu lepas saya dan beberapa orang sahabat pergi menemui salah seorang dari 12 individu yang dikaitkan dengan isu murtad baru-baru ini. Dia seorang janda yang mempunyai tiga orang anak. Usianya masih muda. Latar pendidikannya saya rasa ‘amat sederhana’.

Saya tidak pergi untuk mempersalahkannya kerana pergi ke gereja dan terjebak dalam usaha kristiansasi. Saya pergi untuk membolehkan dia merasakan bahawa masih ramai yang ingin mengambil berat tentangnya. Lebih penting lagi, saya pergi untuk mengetahui apakah yang membawa dia sehingga terpaksa meminta simpati dan bantuan hidup dari pihak gereja.

Sedih

Saya sedih mendengar ceritanya. Menurutnya, dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak. Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat.

Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan. Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya.

Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan. Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja.

Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya. Diberikan wang serta menziarahi keluarganya. Mereka tidak menjadikan dia peminta sedekah, tetapi mereka menggunakan pendekatan ‘mesra dan sayang’. Hatinya terpaut dengan kehalusan budi.

Walaupun saki baki akidahnya membantah untuk dia menukar agama, tetapi dia tidak dapat menafikan perasaan sayang dan terhutang budi kepada pihak gereja yang berjasa menyelamatkannya.Bagaimana mungkin untuk dia merasai kehebatan Islam di saat penganut yang seagama dengannya tidak memperdulikannya. Bahkan enggan membantunya.

Bagaimana pula dia dapat melihat kesilapan pihak gereja secara lahiriahnya sedangkan ternyata merekalah menolongnya? Orang mungkin berfalsafah dan berceramah secara retorik, namun jiwa insani terpengaruhi dengan apa yang dia rasai. Sakit demam anak-anaknya pihak gereja yang mengambil berat. Makan-minum mereka, pihak gereja yang membiayai. Bahkan keperluan rumah juga diberikan satu persatu.

Tangkap

Menurutnya, dia tidak menukar akidahnya, tetapi dia terus ke gereja membawa anak-anaknya. Anak-anaknya diterapkan ajaran Kristian oleh pihak gereja. Diajar nyanyian keagamaan dan nilai-nilai budi tertentu. Baginya, dilakukan semua itu untuk hidup. Rupanya ramai lagi yang senasib dengannya berada di bawah bantuan pihak gereja.

Sebahagian mereka memang menukar agama kerana kecewa dengan sikap masyarakat Islam dan terpengaruh dengan budi pihak gereja. Menurutnya juga, tiada paksaan dari pihak gereja. Cumanya, pendekatan mereka amat mempengaruhi.

Akhirnya, apabila pihak berkuasa agama mengetahui dia ke gereja, dia ditangkap untuk kali pertama dan beritanya disiarkan dalam akhbar. Menurutnya, sebaik sahaja ditangkap dan beritanya tersiar di media barulah pejabat zakat tergesa-gesa datang ke rumahnya.

Begitu juga pihak kebajikan masyarakat. Dia memberitahu kepada pihak zakat bahawa dia ingin membuka taska. Mereka menyuruh dia mendapatkan rumah yang sesuai dan mereka akan bantu. Dia pun mendapatkan sebuah rumah yang mereka setujui yang agak besar dan sudah pasti sewanya agak tinggi.

Malangnya, selepas dia menyewa rumah tersebut, selama tujuh bulan pihak zakat tidak menghulurkan bantuan kepadanya. Terkapai-kapai ketika itu. Pihak gereja jugalah yang datang dan melangsaikan kesempitannya untuk menjelaskan sewa rumah tersebut.

Sehinggalah apabila timbul isu, pegawai zakat menghubungi dan meminta agar dia memaklumkan kepada pihak yang bertanya bahawa pegawai zakat memang ada datang. Ya, selepas itu memanglah pihak zakat memberikan satu jumlah bantuan yang agak besar kepadanya dengan ‘tukaran’ yang tidak dapat saya maklumkan di sini.

Semasa pihak berkuasa agama membuat penyiasatan ke atas gereja berkenaan, dia berada dalam gereja berkenaan bersama dengan sejumlah orang Islam yang lain yang senasib dengannya. Walaupun, kali kedua media menyiarkan dia termasuk dalam senarai murtad dalam peristiwa itu, hakikatnya dia tidak murtad, cumanya ada di situ bersama dengan mereka yang senasib dengannya. Namun, menurutnya memang ada yang murtad.

Alhamdulillah dia masih kekal dengan keislamannya. Semuanya itu kerana desakan hidup. Terus-terang dia sebut ‘semua untuk wang kerana saya ingin membesarkan anak-anak saya’.

Semasa saya menziarahinya –tanpa notis awal- dia baru sahaja selesai menunaikan solat terawih. Menurut dia memang ramai lagi yang terpengaruh dengan usaha kristianisasi yang dilakukan. Mereka yang banyak terlibat terdiri dari kalangan ibu tunggal yang miskin, saudara baru muslim yang tidak dipedulikan, wanita yang mengandung tanpa suami, pesakit aids dan juga muslim dari Sabah dan Sarawak yang dalam kesusahan.

Apa yang hendak dipelikkan, begitulah tabiat agama yang merasakan mereka berkhidmat untuk Tuhan. Apa yang hendak pelik jika gereja mengajar ajaran Kristian kerana itu memang kerja gereja. Tak mungkin gereja hendak berdakwah kepada Islam.

Namun yang pelik apabila ada negeri yang puluhan individu yang mempunyai Ph.D dan masters dalam pengajian Islam yang disahkan oleh kerajaan tetapi tidak dibenarkan mengajar Islam di masjid dan menyampaikan Islam kepada orang Islam.

Salah Siapa?

Jika kita ingin melepaskan diri, mudah sahaja, kita letakkan kesalahan ini kesemua di pihak gereja. Kita tuduh merekalah punca segalanya. Kemudian kita buat demonstrasi, kita bakar semangat orang awam untuk bangun menentang gereja yang melakukan aktiviti bantuan dan ‘dakwah’. Adapun kita yang tidak membantu dan berdakwah ini, tidak perlulah disalahkan. Begitukah kita? Supaya orang dapat melupakan kesilapan kita, kita letakkan segala dosa ke atas orang lain semata.

Cubalah bayangkan jika ada sebuah rumah yang didiami oleh satu keluarga yang besar dan kaya tiba-tiba salah seorang ahli rumah itu lari ke rumah jiran atas atasan tidak diberikan perhatian dan mendapat perlindungan serta makanan. Sementara si jiran sebelah pula menghulurkan bantuan dengan pelbagai tawaran.

Apakah suatu penyelesaian yang tuntas dengan hanya kita mencadangkan agar dibakar rumah jiran, atau ditangkap si jiran atau dihukum si jiran kerana mempengaruhi ahli keluarga kita. Dalam masa yang sama kita, kita tidak persoalkan tanggungjawab kekeluargaan yang kita abaikan selama ini.

Zakat

Saya tidak menafikan usaha-usaha baik pengurusan zakat yang telah pun berjaya dilakukan. Kita tahu, zakat kita banyak. Jika dihimpun seluruh negara, mungkin mencecah lebih satu billion. Itu setiap tahun. Bangunan-bangunan zakat cantik dan indah. Iklan-iklan mengutip zakat juga canggih dan mahal. Gaji-gaji yang terlibat mengurusnya jangan ditanya lagi.

Cara membayar zakat juga dipermudahkan dengan pelbagai kaedah dan teknologi. Tiba-tiba si miskin kita terpaksa merintih simpati dari gereja?

Sesetengah pegawai zakat bersifat begitu meterialistik. Berwajah manis jika hadir di depannya pembayar zakat, tapi berwajah suram jika yang hadir itu pemohon zakat. Tiada semangat dakwah dan ukhuwwah Islamiyyah. Pemohonan menjadi sulit dan sukar.

Apatahlagi jika mak cik tua yang uzur disuruh mengisi borang. Maka, pemohon zakat bagaikan peminta sedekah. Sebab itu barangkali ramai fakir yang tidak sanggup ke pejabat zakat.

Jika program ‘Bersamamu’ boleh menemui si fakir saban minggu, kenapa pula pihak zakat gagal mengesan mereka. Jika usaha mengutip zakat begitu hebat, alangkah baik dihebatkan juga usaha mencari mereka yang layak menerima zakat.

Mencari orang miskin itu penting, bukan menunggu mereka datang. Bukan semua yang miskin sanggup atau dapat datang kepada pihak zakat. Menurut al-Quran, yang miskin tidak meminta itu lebih patut diutamakan. Firman Allah (maksudnya):

“(Pemberian sedekah itu) adalah untuk golongan fakir miskin yang telah menentukan dirinya (dengan menjalankan khidmat atau berjuang) pada jalan Allah (membela Islam), yang tidak berupaya mengembara di muka bumi (untuk berniaga dan sebagainya); orang yang jahil menyangka mereka kaya, kerana mereka menahan diri daripada meminta-minta.

Engkau kenal mereka dengan (melihat) tanda-tanda mereka, mereka tidak meminta daripada orang ramai secara mendesak-desak, dan (ketahuilah), apa jua yang kamu belanjakan dari harta yang baik maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuinya”.( Surah al-Baqarah ayat 273)

Berilah zakat kepada mereka, kerana itu memang hak mereka. Jangan jadikan mereka pengemis di pejabat zakat. Berilah dengan kasih dan perancangan agar mereka keluar dari daerah kemiskinan. Kata Saidina ‘Umar r.a.:

“Apabila engkau memberi zakat, kayakanlah mereka”. Kata Ibn Hazm (meninggal 456H): “Apa yang kami tahu tiada sahabah yang berbeza dalam hal ini” (Ibn Hazm, Al-Muhalla 4/280, Beirut: Dar al-Kutub al-‘ilmiyyah).

Bahkan zakat boleh diberikan kepada bukan muslim yang miskin atas peruntukan fakir dan untuk dakwah atas peruntukan muallaf. Lihatlah perbahasan fekah yang lebih luas. Jika zakat berfungsi, bukan muslim akan tertarik dengan Islam. Jika ia tidak berfungsi, yang sudah Islam pun ingin keluar dari Islam!

Dipetik daripada blog Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Dok Tuduh Orang Liwat last terpalit dalam Kem depa pulak Tuduhan Liwat nie..!!!

Oleh Milo Suam

SEKITAR dua bulan lalu (6 Jun 2011), heboh di laman sosial facebook tentang kisah atau boleh dikatakan sebagai khabar angin yang bertiup kencang bahawa Ketua Umno dari utara terlibat dengan skandal liwat.

Berita kisah liwat Ketua Umno dari utara ini tersebar bagaikan api marak di laman sosial facebook.


Malah mereka mendakwa satu laporan Polis telah dibuat terhadap Ketua Umno ini kerana meliwat pemandu peribadinya[Facebook].
 
 
ReJaM© pada mulanya menganggap ini sekadar khabar angin yang tidak patut dilayan kerana tiada asas yang boleh dijadikan rujukan. Namun hari ini seorang Ketua Umno dari Utara (Padang Serai), Abdul Rahman Mahamud melepaskan jawatan Ketua Umno tanpa dinyatakan sebabnya [Bernama]

ReJaM© tidak mahu memfitnah, tetapi khabar angin ini sudah tersebar luas di laman sosial Facebook. Sekiranya ia sekadar berita fitnah, maka pihak yang terlibat harus menjelaskan sebab musabab mengapa Ketua Umno dari Utara ini meletakkan jawatan?

Adakah beliau baru meletakkan jawatan, atau sudah lama mengosongkan jawatanitu? Jika pihak terlibat terus berdiam diri, ia boleh mendatangkan fitnah besar, keranapelbagai spekulasi akan timbul.


ReJaM© "Maklumat dari salah seorang wartawan Sinar Harian mendakwa laporan Polis ini memang wujud..."
 

Kg Bukit Kecil Sg Nibong berkubur hangpa hingaq..mai tanah KG BARU, PUDU JAIL & SG BESI haram tak bunyi apa..!!





nota: 
bagaimana tanah tudm kena rembat? 
bagaimana tanah tapak penjara pudu kena rembat? 
kenapa tak ada laporan?
 




KAMPUNG MELAYU TERGADAI
 – berita hairan 

Sebuah perkampungan Melayu tradisional, Kampung Bukit Kechil Sungai Nibong, di sini yang berusia 150 tahun bakal berkubur berikutan sebahagian tanah sudah berpindah tangan kepada pemaju untuk dibangunkan dengan projek perumahan mewah. 

Setakat ini, dua lot tanah seluas 1.54 hektar menempatkan kira-kira 30 rumah sudah dijual kepada pihak pemaju. Kampung berkeluasan enam hektar itu secara keseluruhan menempatkan 200 rumah. 

Difahamkan, pemaju menjanjikan bayaran RM70,000 bagi setiap rumah di tapak seluas 1.54 hektar yang sudah dijual itu, tetapi masih ada pemilik belum menerima bayaran walaupun sudah mengosongkan rumah sejak awal tahun lalu sebelum kerja merobohkan semua kediaman berkenaan dilakukan, disusuli kerja meratakan kawasan bermula awal tahun ini. 

Berikutan kerja di dua tapak di kampung itu sudah bermula, penduduk mula merasa kesan dari aspek keselamatan, kerosakan jalan akibat kenderaan berat keluar masuk ke tapak projek itu selain mendakwa penggunaan jentera berat mengakibatkan paip air pecah dan proses pembaikan menimbulkan kerumitan. 

Penduduk mendakwa, wakil pemaju kini giat memujuk baki pemilik tanah di kampung itu supaya menjual tanah masing-masing. Berikutan itu, Badan Bertindak Selamatkan Tanah Milik Melayu (BSTM) dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) menggesa kerajaan Pusat campur tangan memastikan tanah milik Melayu tidak terlepas

Laporan Polis atas fitnah TV3.. ada ka boh nama Surau Al Musyrikin

Laporan Polis terhadap berita palsu Surau Al-Musyrikin TV3!


SUSULAN daripada pendedahan penipuan TV3 di laman blog dan facebook tentang Surau Al-Musyrikin sebelum ini, rujuk sini [Al-Musyrikin] pelbagai pihak sudah mula memandang serius hal ini.

Jingga 13 hari ini membuat laporan Polis terhadap TV3 berhubung laporan berita palsu yang disiarkan di Buletin Utama pada 21 Ogos 2011. Kami Jingga 13 meminta pihak Polis mengambil tindakan ke atas TV3 kerana menyiarkan berita propaganda berniat jahat untuk mencetuskan ketegangan antara agama dan kaum yang jelas boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman rakyat. TV3 juga didapati mempermainkan agama Islam melalui laporannya yang dilihat begitu jelas sengaja diada-adakan.

Kami turut menyerahkan bukti video rakaman laporan Buletin Utama yang disiarkan pada 21 Ogos 2011 yang lalu kepada pihak Polis untuk membantu siasatan.

Pada 21 Ogos 2011 yang lalu, Buletin Utama telah menyiarkan laporan berita tentang sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang Lama, yang didakwa menyebarkan agama Kristian kepada para pelajarnya yang beragama Islam. Laporan itu turut menyiarkan rakaman kononnya sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (golongan yang menyekutukan Allah) yang diketuai oleh Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof serta kira-kira 50 orang Qariah surau berhimpun di hadapan kelas tuisyen itu kononnya untuk membantah penyebaran agama Kristian.

Laporan Buletin Utama itu menggambarkan kononnya ada usaha menyebarkan Kristian melalui kelas tuisyen kepada pelajar yang beragama Islam sehingga mendapat bantahan Qariah Surau Al-Musyrikin.

Hasil tinjaun Jingga 13 di lokasi kelas tuisyen di kawasan setinggan Jalan Klang Lama seperti yang dilaporkan, dan temubual bersama penduduk setempat, mendapati tiada satu pun surau yang wujud berdekatan kawasan tersebut. Pusat Tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh kebanyakkannya kaum Cina dan India serta pendatang asing warga Indonesia. Jelas sekali qariah dan nama surau yang dilaporkan tidak wujud.

Selain itu nama surau Al-Musyrikin yang disiarkan juga dilihat sengaja direka dan diada-adakan. Adalah mustahil jika penduduk setempat menamakan rumah Allah (surau) dengan nama Al-Musyrikin (orang yang menyekutukan Allah). Jelas sekali TV3 mencipta berita palsu malah mempermainkan rumah ibadat orang Islam (surau) dengan nama Al-Musyrikin.

Penduduk setempat juga memaklumkan bahawa tuisyen tersebut sudah wujud sekian lama untuk mengajar agama Kristian kepada anak-anak penduduk kawasan setinggan tersebut yang beragama Kristian. Mereka terdiri daripada pelajar berbangsa Cina, India dan segelintir Indonesia yang beragama Kristian. Tiada pelajar Melayu Islam yang mengikuti pembelajaran Agama Kristian di situ.

Kami Jingga 13 memandang serius perbuatan jahat dan biadap oleh TV3 ini kerana ia boleh menimbulkan ketegangan agama selain melanggar etika kewartawanan. Di atas prinsip menjaga keharmonian dan perpaduan, kami menggesa pihak Polis dan pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap TV3 agar perkara seperti ini tidak berulang di masa akan datang.

Kami juga mahu TV3 memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas laporan palsu ini serta kebiadabannya menamakan rumah ibadah umat Islam dengan nama Al-Musrikin.

Fariz Musa,
Koordinator Jingga 13.


Di bawah ini rakaman video kenyataan media yang dibuat oleh Koordinator kumpulan blogger dan facebooker Jingga 13, Saudara Fariz Musa di IPD Shah Alam.


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/laporan-polis-terhadap-berita-palsu.html#ixzz1WFi7XYVj

Duk Tunggu Apa lagi buat saja Undang-Undang tu segera...Setakad mana K'jaan Negeri ada kuasa..!!

Tindakan perkemas enakmen hiburan akan dibuat

ALOR SETAR-Tindakan memperkemaskan kembali Enakmen Hiburan 1997 akan dilaksanakan selepas mengambil kira pelbagai sudut termasuk daripada pihak pengusaha pusat hiburan serta pengunjung yang masih ingkar kepada peraturan sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama, Pelajaran dan Koperasi, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, proses mengemas kini kembali enakmen itu juga akan turut memfokuskan kepada pengunjung Islam yang tetap berdegil mengunjungi pusat hiburan ketika Ramadan.

“Mengikut peraturan sekiranya didapati terdapat orang Islam yang masuk ke dalam pusat hiburan sepanjang pada bulan Ramadan tindakan menarik balik lesen pusat berkenaan akan dilakukan kerana mereka (pengusaha) melanggar janji membenarkan orang Islam masuk ke premis mereka.

“Buat masa sekarang kita tidak boleh halang mereka (pengunjung Islam) masuk ke pusat hiburan melainkan tidak dibenarkan oleh pengusaha pusat hiburan itu sendiri, bagaimanapun perkara ini akan diambil kira ketika proses kemas kini dilakukan kelak,” katanya ketika dihubungi.

Mohamed Taulan berkata, pihak berkuasa seperti polis, Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dan pejabat daerah sentiasa memantau operasi pusat hiburan untuk memastikan pengusaha mengikut peraturan.

“Berhubung enakmen berkenaan memang diakui tidak begitu jelas dan hanya mahkamah berkuasa meneliti perkara itu namun kita akan memastikan pengusaha dan pengunjung patuhi peraturan," katanya.

Isu Moktan - Tu dia aihh sampai nak kait buah pun kerajaan Azizan tolong pikiaqkan....

Kedah Agro tubuh pasukan kait buah

ALOR SETAR - Kedah Agro Industries & Marketing membuat beberapa perancangan untuk menangani isu lambakan buah, agar masalah yang membelenggu pemilik kebun tidak akan berulang pada musim depan.

Pengurus Besarnya, Ir Zamri Yusof berkata, pihaknya bercadang menubuhkan pasukan khas yang ditugaskan untuk mengait buah sepanjang musim buah-buahan untuk mengelak buah rosak, sekali gus mengurangkan lambakan buah di pasaran.

“Kita akan tawarkan kontrak ini tahun depan dengan memajak pokok buah dan membawa pasukan ini untuk mengait buah yang masak. Berdasarkan maklumat daripada pekebun, masalah utama mereka ialah kekurangan buruh untuk mengait buah hingga menyebabkan buah rosak,” katanya.

Menurutnya, masalah sama turut berlaku di daerah Padang Terap, di mana situasi itu menyebabkan buah yang masak tidak dikait hingga rosak dan luruh ke tanah.

“Masalah utama sekarang ialah buah banyak tetapi tidak ada buruh untuk mengait buah. Saya difahamkan upah mengait buah ialah 20 sen bagi sekilogram, malah ada pekebun tawarkan 30 sen, tetapi masih tiada orang yang mahu melakukan kerja itu,” katanya.

Ir Zamri berkata, Kerajaan Negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi lambakan yang dialami oleh penduduk.

“Kita sudah maklumkan pada pekebun, kita ambil sebahagian bukannya semua. Yang sudah masak kita suruh pekebun jual kepada peraih dan tidak perlu tunggu kita beli. Ada lebih kita ambil supaya tidak berlaku lambakan dan harganya stabil di pasaran,” katanya.

Menurutnya, penjelasan ini diharap dapat menyangkal dakwaan kononnya Kerajaan Negeri tidak menunaikan janji apabila didakwa tidak memungut buah rambutan penduduk, seperti yang berlaku di daerah Padang Terap Isnin lalu, di mana lebih 10,000 pemilik dusun menuduh Kerajaan Negeri gagal menunaikan janji memungut hasil tanaman mereka untuk diproses di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian di Sungai Petani.

Ir Zamri berkata, sejak Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani mula beroperasi 17 Julai lalu, masalah yang dialami adalah kekurangan buah untuk ditinkan, kerana pusat itu memerlukan bekalan bahan mentah antara 600 kilogram hingga 1 tan sehari.

“Kita hebahkan kepada peraih buah menerusi Jabatan Pertanian untuk membekalkan bekalan kepada pusat ini, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah serta gading pada harga 50sen-70 sen/sekilogram, mengikut saiz dan kualiti,” katanya.

Setakat ini, katanya, pusat itu telah memproses 15 tan buah rambutan yang dikupas secara manual bagi mengekalkan kualiti produk.

Antara daerah yang menjalin kerjasama dengan pusat ini ialah Pendang, Sik dan Gurun.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebelum ini pernah berkata, penduduk tidak perlu menunggu Kerajaan Negeri untuk membeli buah, sekiranya didatangi peraih yang menawarkan harga lebih tinggi.

Mengulas mengenai operasi di luar musim buah-buahan, Ir Zamri berkata, pihaknya tiada masalah membekalkan produk kerana ianya dibuat secara pusingan antara rambutan, nenas dan ikan keli.

“Kita ada pembeli tetap dan operasi tetap berjalan walaupun bukan pada musim buah. Produk ini akan berada di pasaran selepas Aidilfitri. Kita juga sedang mengadakan rundingan dengan Utara Perak, Kelantan dan Terengganu untuk pasarkan produk ini,” katanya.

Menurutnya, pada masa akan datang, pihaknya bercadang meneroka pasaran dengan memproses isi durian berikutan mendapat permintaan.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan Kerajaan Negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi menerusi talian 012-5990486 atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

Jangan ragu status halal daging import

GURUN - Umat Islam di negara ini tidak perlu meragui status halal daging import yang dibawa masuk untuk memenuhi keperluan bekalan daging sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, semua pengimport daging di negara ini telah dikenal pasti mematuhi syarat kelulusan status halal sebelum dibenar berbuat demikian.

"Daging import merupakan daging yang dikenal pasti daripada pengimport yang mematuhi tanda aras dan juga sijil halal yang telah dikeluarkan.

"Jadi tak timbul keraguan umat Islam yang akan menyambut Aidilfitri beberapa hari yang akan datang ini berkenaan bekalan daging, selain jaminan daripada pihak KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan)," katanya.

Beliau yang ditemui pada majlis berbuka puasa bersama UMNO Bahagian Jerai di Kompleks Sukan Modenas kelmarin memberitahu, kerajaan juga mengimport bekalan dari pusat penyembelihan yang memiliki sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita import dari tempat-tempat yang mendapat kebenaran sijil daripada pihak Jakim," katanya.

Jakim, katanya, sentiasa memantau pihak yang berkaitan untuk tujuan pembekalan serta pematuhan tanda halal yang telah diletakkan kerajaan. - Bernama

24 terbunuh hari ke-4 Ops Sikap


Ketua Ketenteraman Awam Trafik Pahang, Supritendan Mohd. Fauzi Abd. Rahim (tiga dari kiri) mengagihkan beg berisi risalah keselamatan jalan raya dan kuih raya kepada pemandu kenderaan pada kempen Ops Sikap di Jalan Kuantan-Kemaman, Pahang semalam.


KUALA LUMPUR - Seramai 24 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya semalam iaitu hari keempat Ops Sikap ke-24 yang dilancarkan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Polis Bukit Aman dalam laman webnya semalam, penunggang motosikal mencatat jumlah kematian tertinggi dengan 14 kematian diikuti enam pengguna kereta, dua pejalan kaki dan masing-masing satu kematian membabitkan lori dan lain-lain kenderaan.

Daripada jumlah itu, 10 kes dicatat di jalan persekutuan manakala lebuh raya dan jalan bandaran masing-masing merekodkan tiga kematian diikuti dengan dua kematian masing-masing di jalan negeri dan lain-lain jalan.

Menurut kenyataan itu, 9,556 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik dalam operasi semalam.

Ops Sikap yang dilancarkan oleh Timbalan ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin lepas bertujuan menyedarkan orang ramai mengenai pemanduan berhemah dalam usaha mengurangkan kadar kematian akibat nahas jalan raya pada musim perayaan.

Ops Sikap ke-24 akan berakhir 6 September ini. - Bernama

Polis siasat laporan pencacai UMNO yang tak ada asas hujung pangkal...

KECOH!!! Ceramah politik di Masjid Alor Mengkudu


Oleh: Mat Kering Bakaq Bata

Kecoh seketika di majlis Sumbangan Aidil Fitri Untuk Anak2 Yatim dan Majlis Berbuka Puasa di Masjid Alor Mengkudu apabila seorang anggota polis mendakwa dia diarah menyiasat laporan yang dibuat oleh pihak tertentu kononnya majlis tersebut adalah ceramah politik yang diadakan di masjid.

'Tepuk dahi' pihak penganjur dengan pengakuan pihak polis itu, kerana majlis tersebut langsung tidak ada kena mengena dengan politik sebesar tungau pun. Ia adalah program anjuran bersama PKWR Dr. Ismail Salleh (ADUN Alor Mengkudu), KFA, Telekom (TM) dan KMC. Antara yang turun bagi pihak KFA ialah Ketua Jurulatih Wan Jamak Wan Hasan, Radhi Md Din, Ahmad Sobri Ismail, ketua pasukan Kedah serta seluruh pemain Kedah. TM dan KMC pun menghantar orang-orangnya untuk menghulurkan bantuan.

Pihak polis jadi malu sendiri, akibat laporan salah oleh pecacai AMCO. Apa yang UMCO jadi meroyan sangat kalau Exco Kerajaan boleh berucap di perkarangan masjid, walhal tak sepatah pun sebut isu politik? Depa yang dok ceramah kat premis kerajaan termasuk masjid, PAS tak kisah pun. Sekali Exco PAS bercakap di perkarangan masjid, puak UMCO dah naik sasau.

Sedihnya aku melihat teruknya perangai UMCO, ketakutan sudah berada ditahap gaban. Apa yang kerajaan negeri buat semuanya 'menakutkan' mereka. Dengar tapak kaki Exco PAS pun belaga kepala lutut. Kesian dekat pihak polis yang sentiasa teraniaya dek UMCO, depa guna polis dalam semua perkara.

Sabagla sat polis, tunggu tak berapa bulan lagi depa tunggin kat Pusat, barulah polis dibebaskan dari menjadi hamba abdi UMCO.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...