TERKINI :

Thursday, August 25, 2011

TV3 buat dosa lagi dalam bulan Ramadhan

TV3 Kantoi! Surau Al-Musyrikin tidak wujud!

SEBELUM ini media propaganda, TV3 ada menyiarkan berita kononnya ada sebuah kelas tuisyen di Jalan Klang lama yang menyebarkan agama Kristian kepada pelajarnya.

Tambah melucukan bercampur hairan, TV3 mendakwa sekumpulan Qariah Surau Al-Musyrikin (kafir) telah berhimpun di hadapan kelas tuisyen berkenaan kerana membantah tindakan kelas tuisyen itu yang didakwa kononnya menyebarkan agama Kristian kepada pelajar yang beragama Islam.

Saksikan video laporan media propaganda TV3 di bawah ini.


Oleh kerana tidak berpuas hati dengan laporan pelik dan melucukan dari TV3 ini, ReJaM© telah mengambil keputusan untuk menyiasat sendiri kebenarannya.

Selepas kira-kira setengah hari mencari, ReJaM© berjaya menemukan kelas tuisyen yang dilaporkan. Kelas tuisyen itu terletak di sebuah kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti kaum Cina dan India serta pendatang asing termasuk warga Indonesia.


Di sebelah kelas tuisyen itu, tinggal seorang warga asing yang sudah mendapat taraf penduduk tetap. Beliau mendakwa tiada satu pun surau di kawasan tersebut, kerana ia merupakan kawasan yang didiami oleh Cina dan India. Malah masjid juga terletak jauh dari penempatan itu.

Di bawah ini rakaman perbualan yang sempat dirakamkan.


Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana TV3 tanpa rasa bersalah mencipta nama surau yang tidak wujud iaitu Surau Al-Musyrikin.

Sifirnya mudah, Jalan Klang Lama terletak di bawah Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Maka TV3 mahu rakyat percaya bahawa Teresa Kok cuba menyebarkan Kristian di kawasannya.

Sila gunakan akal anda sendiri, masuk akal atau tidak pelajar yang beragama Islam pergi ke kelas tuisyen di kawasan setinggan yang didiami oleh Cina, India dan warga asing untuk mempelajari agama Kristian?

Mana-mana ibu bapa beragama Islam yang menghantar anak mereka ke kelas tuisyen Kristian memang nak mampos! Kelas tuisyen itu sudah wujud di situ bertahun-tahun untuk anak orang-orang Cina dan India setempat yang beragama Kristian.

ReJaM© "Nak tipu pun agak-agaklah beb, kesian orang kampung kena kencing..."

Tuntut penjelasan : Maksud Anwar akan‘ ditembak’ sehingga tidak boleh berdiri

tun_telanai

Ekoran pendedahan terbaru oleh bekas Duta AS ke Malaysia John Malott, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah meminta agar Perdana Menteri Najib Razak dan bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad memberi maklumat ke atas tuduhan-tuduhan bahawa mereka telah berkomplot ke atas Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim ke penjara atas tuduhan liwat yang direka.

Bola kini di gelanggan Najib. Beliau adalah PM dan dia mesti menyatakan dengan jelas, jikalau dia yang terlibat dan jikalau terdapat apa apa komplot dengan Mahathir dalam kes semasa dan pada tahun 1998. Saya rasa rakyat Malaysia sudah tahu mengenainya, tetapi kini bekas duta Amerika Syarikat telah memberikan maklumat yang kuat dan jelas. ini adalah serius dan mesti dijawab. untuk berdiam diri akan memalukan Malaysia. sudah tiba masanya untuk Najib sedar dia bukanlah PM hanya untuk UMNO tetapi juga untuk semua Malaysia, "kata Ahli Parlimen Ipoh Barat M Kulasegaran memberitahu Malaysia Chronicle.
Sesungguhnya artikel yang bertajuk Malott jatuhkan bom : Pakatan rahsia antara Najib dan Anwar telah menawarkan gambaran yang mengejutkan ke dalam dunia politik UMNO, yang dianggap sebagai antara yang tercemar di rantau ini. Malah, beberapa jam selepas menerbitkan artikel, laman web Malaysia Chronicle telah diserang hackers yang tidak dikenali.

Kedutaan AS diberitahu oleh dua sumber yang berbeza

Malott dalam menjaga operasi Kuala Lumpur dari 1995 hingga 1998, Dalam artikel beliau, beliau berkata bagaimana satu keputusan yang dibuat oleh kuasa-kuasa yang ada pada masa itu untuk terus menganiaya Anwar sehingga beliau imun dan sia-sia dari segi politik.

Dua sumber yang berbeza, pembantu rapat Najib, Razak Baginda dan seorang pegawai Cawangan Khas, memberitahu pegawai-pegawai kedutaan mengenai plot untuk melingkupkan Anwar pada semua kos.

Sekarang 64 tahun, Anwar pada masa itu menjadi Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan serta Timbalan Presiden UMNO. Beliau adalah bintang yang bersinar dan menjelang tahun 1997, sudah mengumpul sokongan akar umbi yang cukup untuk berjaya mencabar Mahathir untuk jawatan tertinggi.

Anwar kemudiannya mengetuai satu pasukan yang dikenali sebagai Wawasan 2020 dalam UMNO dan ini adalah dianggap pasukan impian masa itu. Menurut artikel Malott, Anwar juga telah bekerjasama dengan Najib, yang bersetuju untuk menjadi TPM kepada PM Anwar apabila Mahathir pergi

Tetapi kemudian Najib mengkhianati Anwar, menyebelahi Mahathir sebaik sahaja Anwar dipecat dan dibuang ke dalam penjara atas tuduhan liwat yang direka pada tahun 1998.

"Ini mencerminkan rentetan khianat dalam diri Najib, tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah pakatan sulit antara Mahathir dan Najib untuk menganiayai' Anwar. Jelas, ini bertentangan dengan ketelusan dan urus tadbir yang baik dan Najib berhutang penjelasan kepada negara atau meletak jawatan, "naib presiden PKR Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.

Sentimen Tian telah disuarakan oleh rakan-rakan lain, yang berkata bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin-pemimpin mereka mengamalkan politik kotor dan hak untuk menentukan sama ada mereka patut dihukum untuk berbuat demikian.

"Ini adalah maklumat yang besar. Kami terperanjat dengan pendedahan ini dan Najib perlu membersihkan namanya mengenai perkara ini. Seorang bekas rasmi peringkat tinggi AS dengan akses kepada maklumat terbaik dan kenalan telah bercakap. Ia perlu dibahaskan dan dibincangkan secara terbuka kerana rakyat telah mengesyaki ia selama bertahun-tahun dan mempunyai hak untuk mengetahui jika pemimpin mereka yang mengamalkan politik kotor. kaedah seperti ini tidak lagi boleh diterima dalam masyarakat hari ini. dan yang paling penting, Anwar mempunyai hak untuk pengadilan," pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi berkata kepada Malaysia Chronicle.

http://gigitankerengga.blogspot.com/2011/08/tuntut-penjelasan-maksud-anwar-akan.html

2 EXCO KEDAH didapati berada dalam pusat hiburan dalam bulan Ramadhan..!!

Dua Exco tinjau pusat hiburan sekitar Alor Setar

images/stories/OGOS2011/dscn6874.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6880.jpg

Sejak isu pusat hiburan diperkatakan di Kedah, teringin benar untuk penulis meninjau apa yang sebenarnya terdapat di pusat-pusat hiburan. Pihak pembangkang di negeri ini beriya-iya mendedahkan bahawa pusat hiburan yang wujud, tidak sekadar menjalankan operasi seperti apa yang tertera di atas lesen, sebaliknya ‘lebih dari itu’.

Dalam hati kecil penulis, terdetik rasa benarnya apa yang diberitahu pembangkang itu kerana mereka lebih hampir dengan tempat-tempat seperti itu berbanding pak-pak lebai dari pihak parti kerajaan yang mentadbir negeri. Ibarat jauhari yang mengenal manikam, kaki botol yang mengenal jenis samsu dan pengunjung pusat hiburan yang tahu apa aktiviti di dalamnya.

Bukan mudah rasanya, penulis hendak menjejakkan kaki ke karaoke seorang diri, sekalipun hanya bertujuan untuk meninjau. Macam-macam yang perlu difikirkan.

Apabila tiba-tiba Exco Kerajaan Negeri, Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh berhasrat membuat tinjauan terhadap pusat hiburan untuk melihat sejauhmana Enakmen Hiburan 1997 dilaksanakan; penulis macam orang mengantuk disorong bantal apabila dipelawa untuk turut serta.

images/stories/OGOS2011/dscn6877.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6899.jpg

Dalam ruang waktu yang terbatas di malam bulan Ramadhan tidak semua pusat hiburan di sekitar Bandaraya Alor Setar sempat ‘diziarahi’. Ternyata tiga darinya telah melanggar peraturan lesen apabila membenarkan Muslim berhibur di dalamnya. Ia adalah pusat karaoke. Keseluruhan pekerja dan pelanggannya adalah Melayu. Pekerjanya memberitahu, tauke mereka adalah Cina bukan Muslim. Ia tidak menyajikan minuman keras, hanya kelihatan air gas dan air mineral di atas meja.

Ada yang datang dengan keluarga, tetapi umumnya para pengunjung karaoke terdiri dari anak-anak muda. Agak merimaskan ialah apabila terdapat pasangan remaja dengan pakaian yang menjolok mata. Umumnya karaoke jenis ini tetap menjadi tempat golongan yang rosak akhlak berbanding sebilangan yang datang berhibur secara berkeluarga.

images/stories/OGOS2011/dscn6879.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6891.jpg

Sebenarnya lebih banyak pusat hiburan yang bertegas dengan pelanggan Muslim. Kehadiran kami pada mulanya cuba disekat kerana kata mereka, jika terdapat Muslim lesen akan ditarik oleh kerajaan. Selepas menyedari bahawa kami bukan pengunjung yang datang untuk mencari hiburan, mereka membenarkan. Apabila kesemua bilik ditinjau, memang betul hanya terdapat pelanggan bukan Muslim yang galak berkaraoke. Terdapat hidangan minuman keras yang sungguh meloyakan.

Dato' Phahrolrazi memeriksa hampir setiap bilik. Di sebuah karaoke di Jalan Telok Wanjah, selepas mempastikan semua pengunjung adalah bukan Muslim tiba-tiba tiga lelaki Melayu bergegas keluar dari sebuah bilik karaoke paling hujung. Terdapat minuman keras dalam gelas yang ditinggalkan. Mungkin bukan gelas mereka tapi milik pengunjung yang sebelumnya.

Dr. Ismail sempat bertanya pengawal keselamatan Muslim jenis mana pulak yang dibenarkan mereka ke situ. Jawabnya, kalau ada muka Melayu atau Muslim di situ mereka adalah dari anggota polis. Penulis berbaik sangka, mungkin kehadiran mereka untuk membuat pemantauan terhadap pelanggan.

images/stories/OGOS2011/dscn6889.jpgimages/stories/OGOS2011/dscn6896.jpg

Dari karaoke kami bergerak ke lounge yang menyajikan minuman keras dan persembahan hiburan. Di pintu masuk, pengawal sampai bersumpah-sumpah bahawa tiada Melayu di situ. Mereka mengajak kami masuk jika tidak percaya. Melangkah saja kaki masuk, rasa bagai nak pecah gegendang telinga. Muzik yang dipasang terlalu kuat. Rasanya orang yang mampu mendengarnya, bukannya dari kalangan manusia yang normal atau mungkin juga bukan manusia. Atau ramai yang berkata bahawa penagih pil Ecstasy sahaja yang mampu mendengar muzik sekuat itu. Keadaan di dalamnya cuma samar-samar. Di sana sini terdapat ramai pasangan memadu asrama tapi tiada kelihatan orang Melayu.

Di tingkat atas terdapat banyak bilik karaoke. Penulis tidak berani untuk berada lebih lama di situ memandangkan terdapat ramai perempuan yang kelihatan macam tidak cukup kain. Apa kegiatan mereka sebenarnya?

Sebelum beredar Dr. Ismail bertanya pengawal, bagaimana jika di luar bulan puasa. Maksudnya setelah peraturan melarang orang Islam masuk pusat hiburan berakhir. Pengawal menjawab dengan jujur bahawa, ia akan dipenuhi orang Melayu. Wah, jika tempat seperti ini dihurung oleh anak-anak Melayu, memang hancur Melayu!


images/stories/OGOS2011/dscn6883.jpg

Sepanjang lawatan Dato' Phahrolrazi lebih berminat melihat status lesen di bulan Ramadhan. Ada yang boleh kemukakan lesen dan terdapat yang tiada lesen. Maknanya kegiatan mereka dilakukan secara haram. Semua ini perlukan penguatkuasaan yang lebih tegas.

Enakmen hiburan 1997 yang kecoh satu Malaysia sebulan lalu, akan berakhir sebaik sahaja rantai yang mengikat syaitan dibukakan kunci. Hanya segelintir pengusaha yang melanggar syarat. Dato’ Phahrolrazi bertegas akan mengarahkan pejabat daerah mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar peraturan. Umumnya pelaksanaan Enakmen Hiburan 1997 boleh dianggap berjaya tetapi bagaimana keadaannya selepas Ramadhan? Ia akan menghancurkan generasi umat Islam, khususnya golongan muda.

Kesimpulannya, secara jujur banyak perkara lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan segolongan umat Islam yang makin hancur syaksiyyahnya. Ia perlu dilakukan oleh kerajaan yang memerintah serta semua entiti yang bersamanya. Ia perlu dibantu oleh setiap golongan yang sedar dalam masyarakat.

Kerajaan negeri pimpinan PAS memang tidak pernah dengan sengaja mahu menghancurkan generasi baru Muslim tetapi ia semacam ‘diizinkan’ jika penyelesaian segera tidak dicari hanya kerana kita tidak prihatin untuk ambil tahu perihal dunia yang berada agak luar dari lingkaran kita.
Terakhir Dikemaskini (Khamis, 25 Ogos 2011 16:08)

Pasai Moktan Pulak - Bilakah UMNO APCO akan berubah?

Oleh: SERIKANDI MUJAHIDAH
SM nak juga komen bab buah moktan Naka, Kuala Nerang yang kononnya habih busuk..dek kerana kerajaan negeri tak tunai janji.
SM nak bagitau sikit…oklah tu…kan hampa semua tak terima bab-bab kebajikan dan sejahtera yang kerajaan negeri dok buat…Tok Syed ka, Tok Mahdzir ka..haa..hat lebih besar..Tok Bashah sampai buat buku persoal “Sejahterakah Kedah?”..jadi bagi SM dah hampa tak mau dan tak terima jadi tu yang hampa tak dapat..
Orang lain yang terima dan akui..awat dapat pun….tak palah..SM cadang..mana-mana moktan yang ‘ berlambak’ kat Naka tu…pi bawa kat Tok Bashah..kan dia kreatif..mana tau boleh buat projek kuih raya moktan…puteri-puteri UMNO APCO dari dok merapu tak ada keja apa..leh gak buat projek kuih raya moktan..(sekurang-kurangnya tak laaa terbuang dan busuk buah-buah moktan tu….tak gitu Tok Bashah)…
Satu lagi SM nak cerita kat sini…SM tabik lima jari dekat Tok Mukhriz pasal ambil berat hal-hal moral dan keruntuhan akhlak anak-anak remaja yang semakin runcing sekarang ni. Mungkin berkat Ramadhan..Tok Mukhriz teringat pasal bab-bab tu.
Oleh itu SM harap..kena la bercakap serupa bikin..kalau dah sedaq..baguslah tapi kena terjemah dengan perlaksanaan. Yang pertama, sila tengok semula adab-adab pergaualan dalam UMNO APCO sendiri..tak kiralah..wanitanya ka..puterinya ka..puteranya ka …(hampa lebih maklumkan macamana hampa..)..pebetul yang tu dulu….
SM pernah dibagitau oleh seorang bekas ahli UMNO APCO yang la ni dok dalam PKR. (nama tak payahlah)..dia kata kalau muslimat PAS nak menyamar jadi wanita UMNO APCO tu memang tak boleh sebab muslimat PAS takkan boleh buat macam wanita UMNO APCO buat..SM tertanya-tanya..hebat bebenornya wanita UMNO APCO tu sampai tak boleh nak tiru style depa..lalu SM minta penjelasan lagi….wanita ke puteri ke..(UMNO leee)..pergaulannya bebas..budaya pegang memegang, tampaq menampaq tak kira bini orang ka, suami orang ka, anak dara orang ka..dah jadi biasa..katanya lagi..kalau hampa muslimat PAS nak menyamaq jadi wanita UMNO..sanggup ka buat macam tu…kalau hampa dok mengelak..sah depa tau hang bukan UMNO sejati.
SM bukan nak fitnah..terutama dibulan baik ni tapi ini kenyataan..jadi macamana keruntuhan moral dan masalah sosial nak selesai..kalau parti yang memerintah..sistem dalaman mereka sendiri pun kucar kacir dan lintang pukang..
Kalau sekadar dok susah hati saja tak jadi Tok Muhriz oii….kena tengok balik undang-undang yang dok ada laa..premis hiburan..rumah-rumah urut..kelab-kelab malam..melata macam cendawan tumbuh..tak payah tengok sampai di United Kingdom tapi jengah-jengah kat Bukit Bintang dah cukup dah..sesekali pi la panjat Genting Highland…selongkaq sama ..apartment mewah yang kebanyakannya menjadi tempat tinggal perempuan simpanan orang kenamaan..siapa? tepuk dada tanya iman…
Sistem pendidikan disekolah-sekolah, tolong kaji semula…pendidikan moral saja tak cukup kalau kerohaniannya kurang malah tak ada langsung. Teori dan praktikal tidak dicantumkan mana boleh datang hasil.
Punca gejala sosial ni bila manusia buta Islam..tak ada ilmu agama..tak takut kat Allah..tak kenai agama..bila hati dah hitam..akal pun tak boleh nak fikiaq mana yang mana baik yang mana tidak -baik. Hidup berpandukan nafsu…pergaulan lelaki perempuan dianggap perkara biasa sehingga terjadi hubungan luar biasa...tak hairanlah..ramai bebenor cucu-cucu Tok Najib bersepah di tong-tong sampah…tepi-tepi longkang..dalam semak..
Selagi kita tak kembali kepada Islam…jangan harap semua tu akan selesai..nak tiru barat..depa lagi tenat..nak tiru jepun..depa lagi terjun..jadi Tok Muhriz….pakat-pakat sedaq..kembali kat Islam..kerana Islam je boleh ubat semua penyakit-penyakit kronik tu…
Nak nasihat kat Tok Syed Sobri….kalau nak sahut cabaran Tok Muhriz…pertandingan Battle Of The Band tu..tak payahlah dok buat lagi…..
Betui tak SM kata……….

MCA pulon Pertahan Chinatown, PAS pula Kg Baru tapi UMNO dok kira nak gadai..!!

PAS anjur konvensyen selamatkan kampung Melayu KL Oktober ini

August 25, 2011

KUALA LUMPUR, 25 Ogos — PAS akan menganjurkan Konvensyen Tanah dan Perumahan Kuala Lumpur pada Oktober ini sebagai satu usaha untuk menyelamatkan petempatan tradisi orang Melayu di ibu negara, yang terus menjadi “mangsa kerakusan” kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).

Langkah itu dilihat akan membolehkan PAS mendekatkan dirinya dengan isu-isu menyentuh orang Melayu susulan perubahan landskap politik pada pilihan raya umum Mac 2008.

Konvensyen 22 Oktober itu adalah anjuran kerjasama Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat dan PAS Wilayah Persekutuan.

Konvensyen yang dijangka akan disertai kira-kira 500 peserta akan memberi fokus ke atas permasalahan kritikal petempatan rakyat di Kuala Lumpur terutamanya masyarakat Melayu yang menuju “kepupusan terancang.”

“Orang Melayu di bandar tidak nampak kesungguhan kerajaan untuk membela nasib mereka terutamanya petempatan-petempatan tradisi termasuk Kampung Baru tetapi apa yang ada adalah usaha untuk menghakis bilangan orang Melayu di bandar.

“Kita ada 12 kawasan Parlimen tapi hanya ada tiga kawasan yang majoriti orang Melayu ramai, perkara ini kita tidak boleh kekalkan dan ia sudah menjadi perkara yang tidak boleh kita biarkan,” kata Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad pada sidang media di sini.

Tegas beliau, Umno-BN tidak berusaha untuk menyelamatkan petempatan-petempatan tradisi Melayu seperti Kampung Baru, Kampung Padang Balang, Kampung Puah dan Kampung Pasir Baru.

“Jadi sudah sampai masa kita kemukakan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku sehingga perkara ini timbul... kerajaan bukan nak selamatkan tapi nak menghilangkan kampung-kampung Melayu dan BN nak ketepikan orang Melayu di bandar,” katanya.

Ketua Penerangan PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail pula berkata, terdapat banyak masalah yang menyebabkan petempatan tradisi Melayu semakin “pupus” termasuk kesan daripada projek-projek pembinaan yang dilakukan kerajaan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya membantu mempertahankan petempatan tradisi Melayu, bukan “menghapuskannya.”

“Kampung-kampung tradisi yang sebahagian besarnya hendak diambil kerajaan bagi membangunkan projek-projek mewah dan komersial yang akan menyebabkan penghakisan tanah milik orang Melayu khususnya rakyat bawahan malah ada perkampungan yang sudah berusia lebih 100 tahun.

“Selain itu Kampung Baru yang terdiri daripada tujuh kampung kecil juga hendak dibangunkan sehingga tiada jaminan penduduk asal menjadi pemilik mutlak aset begitu juga dengan banyak perkara-perkara lain yang melibatkan perkampungan tradisi Melayu serta kaum lain juga,” katanya.

Nasaie menambah: “Perkampungan-perkampungan tradisi Melayu sedang menuju hari pengakhiran dalam Umno-BN dan ia semakin mengecil dan hampir pupus.”

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS pusat Mazlan Aliman menegaskan, kerajaan perlu mengiktiraf petempatan tradisi Melayu yang berusia lebih 100 tahun termasuk Kampung Baru.

“Panggil Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) untuk iktiraf kampung-kampung ini sebagai kampung warisan dan bila sudah diiktiraf oleh Unesco kerajaan tidak boleh buat apa-apa.

“Kita perlu ada mekanisme untuk pastikan perkampungan tradisi ini kekal walaupun pembangunan berjalan sebab kalau kita lihat kampung-kampung ini semakin mengecil dan menjadi mangsa kerakusan dalam projek-projek kerajaan,” kata ahli jawatankuasa kerja PAS pusat ini.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-anjur-konvensyen-selamatkan-kampung-melayu-kl-oktober-ini/

Awat tetiba ja Pengerusi SPR nie tengok macam demam jaa..???

SPR Kaji Semula Penggunaan Dakwat Kekal

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mempertimbangkan semula secara serius penggunaan dakwat kekal pada hari pengundian bagi memastikan proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan telus dan adil selepas dibatalkan penggunaannya pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU-12).

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu akan mengkaji dengan terperinci cadangan berkenaan sebagai salah satu langkah penambahbaikan sistem plihan raya sedia ada.

"Kita memang akan pertimbangkan semula penggunaan dakwat kekal secara serius. Kalaulah itu (dakwat kekal) yang paling baik dan selamat... kita boleh guna.

"Tapi pelbagai aspek perlu diambil perhatian sebelum kita benar-benar mahu melaksanakan penggunaannya bagi mengelakkan sebarang pertikaian dibuat," katanya pada sesi taklimat dan soal jawab bersama media mengenai sistem pilihan raya Malaysia dan tuntutan Bersih 2.0 di Wisma Bernama, di sini, Khamis.

Isu penggunakan dakwat kekal merupakan salah satu daripada lapan tuntutan yang terkandung dalam memorandum Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pada PRU-12, SPR mengumumkan untuk menggunakan dakwat kekal buat pertama kali pada hari pengundian bagi meningkatkan sehingga "ke tahap 100 peratus" keyakinan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya itu dalam melaksanakan proses demokrasi di negara ini.

Bagaimanapun penggunaannya dibatalkan beberapa hari sebelum pengundian atas faktor keselamatan.

Bagaimanapun Abdul Aziz berkata, pada masa yang sama SPR juga tidak menolak kemungkinan untuk turut menggunakan sistem biometrik seperti yang dicadangkan suruhanjaya itu baru-baru ini bagi mengelakkan pertikaian mengenai dakwaan wujudnya 'pengundi hantu'.

Menurut beliau, penggunakan sitem biometrik yang dilihat lebih terkini dan selamat boleh mengelakkan pertikaian kerana bacaan cap jari pada setiap individu adalah berbeza.

"Ada kemungkinan juga kita gunakan kedua-duanya sekali (dakwat kekal dan biometrik). Ini bagi membuktikan ketelusan SPR untuk memastikan sistem pilihan raya diadakan dengan bersih dan adil.

"Kalau terpaksa guna dua-dua kita akan pertimbangkan. Sekiranya ia terjadi, maka ia sudah pasti dapat puaskan hati semua pihak," katanya.

Namun beliau mengakui penggunaan kedua-dua kaedah berkenaan akan meningkatkan kos pengendalian pilihan raya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan dakwat kekal, Abdul Aziz berkata kajian yang menyeluruh perlu dibuat terutama dari segi perundangan.

Jelasnya, pihaknya perlu mendapatkan nasihat daripada pihak pejabat Peguam Negara sama ada penggunaan dakwat kekal perlu dijadikan undang-undang yang diwajibkan atau hanya sebagai pilihan kepada pengundi.

"Aspek perundangan perlu jelas sebab kita tak mahu nanti ada pengundi yang datang mengundi tapi tidak mahu jari atau kuku mereka dicalit atau dicelup dengan dakwat atas pelbagai alasan.

"Sebab itu kalau kita putuskan untuk menggunakan dakwat kekal, ia perlu dijadikan sebagai undang-undang," katanya.

BN Kedah adakan simulasi p'raya pada Oktober

BN Kedah akan mengadakan simulasi pilihan raya bagi membolehkan parti itu mengukur kelebihan dan kekurangan yang terdapat dalam jentera mereka.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata simulasi pilihan raya itu berkemungkinan akan diadakan pada Oktober ini selepas berlangsungnya Konvensyen BN yang dijadual pada 24 September.

"Ini arahan Umno Malaysia supaya diadakan simulasi pilihan raya bagi mengenal pasti persiapan peringkat bahagian dan peti undi," katanya selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar hari ini.

Pada program itu juga, beliau turut mengambil kesempatan melawat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dimasukkan ke hospital tersebut bagi menerima rawatan susulan dan keadaan beliau semakin sihat.

Ahmad Bashah berkata boleh dikatakan keseluruhan jentera pilihan raya sedia ada dan melalui simulasi, jika ada kekurangan ia akan diperbetulkan.

"Kita harap simulasi itu akan berjalan lancar di seluruh peti undi terpilih. Kita tidak mewajibkan semua bahagian tetapi jika ada ketua bahagian yang mahu melakukannya, kita amat mengalu-alukan," katanya.

Beliau berkata simulasi pilihan raya akan dibuat seperti apa yang berlaku pada pilihan raya umum sebenar seperti mengambil dan menghantar orang untuk keluar mengundi sehinggalah proses pengiraan undi.

"Semua persiapan seperti tarikh, tempat dan peti-peti undi yang akan dipilih akan dibincangkan pada Konvensyen BN nanti," katanya.

Simulasi pilihan raya itu adalah susulan daripada arahan Umno pusat selepas Majlis Tertinggi parti pada 27 Mei memutuskan langkah tersebut perlu sebagai persediaan menghadapi pilihan raya umum kelak.

--Bernama

Kemalangan Langgar Kerbau Di Highway..ditipu bayar gantirugi !

Oleh: sgtua101

Saya pada 15/09/2010 telah melanggar kerbau di Hinghway Prolintas/Guthrie Highway selepas balik beraya dari Utara .Kejadian berlaku pada pukul 4.00 pagi lebih .

Di mana saya merupakan orang keenam yang melanggar kerbau yang telah mati di Guthrie Highway sebelum susur masuk R&R ke arah Klang di mana kawasan tersebut gelap ,jadi saya tidak nampak kerbau yang telah mati dilanggar oleh 5 buah kereta lagi dan belum ada bantuan daripada pihak highway sampai masa itu .

Sebelum itu saya ada nampak lebih kurang 2 buah kereta ke susur masuk R&R dan hanya mnegesyaki mereka mungkin berkonvoi dari kampung jadi saya tumpukan perhatian pemanduan dan kelajuan saya lebih kurang 80km/j dan telah menurunkan sedikit cermin tingkat kiri dan kanan sdikit untuk menghirup udara luar sebab anak kecil saya 9 bulan tengah menyusu .

Tiba2 saya dapati kelibat silauan cahaya pada mata binatang dan terkejut ternampak seekor kerbau terbaring melintang line kedua jalan raya lebih kurang 5 meter lebih .Dalam pada itu saya terfikir emergency break tak lepas sebab anak kecil saya 9 bulan tengah menyusu dan mengambil keputusan dengan mengelak/membelok arah kanan dan saya rasa tak lepas dan saya pejam mata sambil stereng membelok seelah kanan dan berdentum bunyi yang kuat dan melambung Honda Stream saya ke arah kanan dan saya buka mata dapati pokok bunga tepi highway berada di bawah dan saya dapat lihat juga besi pembahagi jalan di berada di bawah dengan cepat saya menarik stereng kerata saya ke arah lurun dan terus kereta saya terjatuh bawah dalam keadaan lurus dan terus saya berhenti .

Saya dapati anak dan isteri saya menjerit dan ada yang menangis terkejut dan kesakitan .Dan saya arahkan mereka supaya keluar namun mereka cakap tak boleh keluar sebab pening dan sakit dengan hentaman kepala kerbau tadi dan saya terus meluru keluar melihat keadaan kereta saya takut2 meletup sebab radiator pecah dan berbunyi .

Saya pergi ke kereta untuk mengarahkan anak-anak 5 orang dan isteri keluar dan pada masa yang sama sebuah kereta Estima model lama pula melanggar kerbau itu berdepan namun tidak rosak teruk sebab saya telah berhenti di line memtong dang memberikan signal emergency dan saya rasa Estima tadi dah mendapat klu ada kemalangan berbanding sebelum saya tadi tidak ada klu langsung adanya kemalangan .Yang akhir sekali melanggar ialah sebuah teksi melanggar pula sebelah ekor/kiri kerbau namun tidaklah teruk seperti saya .

Di pendek cerita ,setelah tiba bantuan pihak highway lebih kurang 5 minit dan ambil report dan kereta saya di towing ke bengkel dan saya buat report polis dan selesai semuanya pukul 6 petang .



Pihak Peronda highway memaklumkan SAYA BOLEH MENUNUTUT GANTIRUGI daripada highway .Semasa saya di pejabat Prolintas mengisi borang berlaku kemalangan dan Pegawainya mengatakan boleh buat tuntutan Gantirugi Kerosakan Dengan Membawa Resit yang dikeluarkan Oleh Pihak Insurance/AmAssurance kereta saya .



Bila kereta saya selesai dibaiki di bengkel lebih kurang sebulan lebih dan saya pun hantar resit untuk claim seperti yang diminta oleh PIHAK PROLINTAS HIGHWAY dan keputusannnya mereka mengatakan saya tak boleh CLAIM sebab Claim atas Claim tak boleh .



Saya kata kepada mereka, mengapa awal dulu cakap dengan saya boleh claim dengan membawa final total yang dikeluarkan oleh Insurance ?????????? Saya dah bertanya kepada mereka sebelum ini iaitu betul ke boleh Claim dengan Highway ? Mereka kata boleh..saya tanya jangan tipu saya atau saya minta bengkel yang repair dan pihak highway yang bayar mereka tak mau pula dan minta yang Pihak Insurance yang keluarkan .



AKHIRNYA INILAH PENIPIAN PIHAK HIGHWAY KEPADA SAYA DAN JUGA MENGKIN ORANG LAIN DAN SAYA BERTANYA KEPADA LAWYER SUSAH SEBAB DAH PIHAK INSURANCE DAH BAYAR DAN JADI SUSAH UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI DENGAN PUAK CELAKA INI ..KITA BAYAR TOL NAIK KERETA ADA KERBAU DI HIGHWAY PULA !!!!!!!!!!!!!!

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1614645173824.91321.1467173620

NASIHAT SAYA KEPADA PENGGUNA HIGHWAY TERUTAMANYA DI GUTHRIE HIGHWAY YANG BANYAK KERBAU DAN LEMBU :

1- JIKA BERLAKU KEMALANG LANGGAR BINATANG , MINTA MEREKA REPAIR DAN KELUARKAN SURAT UNTUK PENGESAHAN AKAN MEMBAYAR GANTIRUGI ;

2- JANGAN LUPA SEMASA REPORT POLIS :TULIS SEMUA NAMA AHLI KELUARGA WALAUPUN TIDAK CEDERA JIKA ANDA INGIN MENYAMAN/MENUNTUT GANTIRUGI LAIN2 ; di sini mereka akan mainkan kita ..kenapa nama ahli keluarga tidak disbutkan dalam report polis !!! ini surat jawapan pihak Highway kepada saya bila saya menuntut Gantirugi lain2 drp mereka ;

3- KALAU ADA CEDERA MINTA SURAT DOKTOR SEBAGAI PENGESAHAN DAN LAWATAN LANJUT DAN KEPILKAN BERSAMA ;ini lah yang mereka minta daripada saya bila claim trauma bukanlah sampai gila tahapnya tapi bila memandu lihat binatang kita rasa takut2 ....nak bagi surat trauma ( saya mati dulu baru doarang ni nak bayar );

4 - SETIAP PERBUALAN ANDA DENGAN PIHAK HIGHWAY ATAU SURAT2....ADA SALINAN ....CATITKAN SEMUA TARIKH DAN NAMA PEGAWAI YANG MENGURUSKAN KES ANDA .....

5 - PENTING SEKALI BUAT ADUAN DEKAT AKHBAR SEBAGAI RUJUKAN KALAU BOLEH DAN BIARKAN PIHAK HIGHWAY RASA BERTANGGUNGJAWAB KERANA KES ANDA PERNAH KELUAR KAT AKHBAR ...

Sampai hari ini 24/08/2011 mereka masih bermain tali dengan saya untuk bayar gantirugi dan pelbagai helah mereka gunakan untuk tidak mahu membayar gantirugi !!!!!!

Tungging terbalik Najib untuk kekal berkuasa


Oleh Charles Santiago: Manipulasi adalah taktik lumrah di kalangan diktator. Di Malaysia, orang yang melakukan manipulasi ini adalah tidak lain tidak bukan, Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Seperti imbasan kembali Malaysia pada tahun-tahun 1980-an, yang mana negara masa itu diperintah oleh Dr Mahathir Mohamad yang melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, Najib kini bersekongkol dengan kumpulan kaki buli untuk memastikan kedudukannya tidak tergugat.

Inilah pujian paling jujur yang boleh saya berikan kepada Perdana Menteri kita.

Belum pun sempat kita menilai pengumuman Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) mengenai reformasi pilihan raya, beliau telah pun membuat aksi putaran dengan mengatakan pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada keputusan PSC.
Kenyataannya memberi petunjuk jelas kepada kita bahawa Najib tidak serius dalam soal melakukan perubahan untuk sistem pilihan raya negara kita. Dan mengapa perlu dia membuat perubahan?

Menipu undi, pengundian hantu, undi pos dan ketidakadilan dalam sistem adalah perkara-perkara yang Najib perlukan untuk mengekalkan jawatannya sebagai orang paling penting di negara ini.

Penyalahgunaan amalan dalam sistem pilihan raya bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Ia telah diamalkan sejak sekian lama oleh para pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk bergayut kepada kuasa tanpa perlu mematuhi undang-undang.

Melalui kenyataan Najib, kita boleh membuat andaian bahawa pilihan raya umum yang akan datang bakal menjadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah politik Malaysia.

Atau kita boleh mengandaikan alasan-alasan untuk kenyataan beliau yang tungging terbalik itu, yang banyak dikeluarkan sejak beberapa bulan lalu, bahawa sudah wujud perpecahan besar dalam UMNO, dan Perdana Menteri sedang menghadapi tekanan berat untuk tunduk kepada para pemimpin partinya sendiri.

Tidak berapa lama dahulu, dunia menyaksikan revolusi bumi Arab. Beratus ribu rakyat berhimpun di jalanan untuk menuntut hak mereka daripada para pemimpin yang dikatakan tiada siapa yang mampu menggantikan mereka. Saya bercakap tentang Hosni Mubarak, Muammar Gaddafi dan Zine al-Abidine Ben Ali.

Para penunjuk perasaan telah digerakkan oleh semangat enggan hidup sebagai hamba. Mereka bersemangat mahu menghentikan tindakan mana-mana pemimpin yang memijak harga diri dan hak asasi mereka.

Kebangkitan rakyat Arab itu tidak akan berhenti sehingga para pemimpin yang memerintah mereka melalui pemerintahan diktator, kuku besi dan korup, dijatuhkan.

Kita juga telah menyaksikan sejarah di negara kita pada 9 Julai lalu di mana berpuluh ribu rakyat Malaysia berhimpun secara aman di jalan raya untuk menuntut supaya jumlah undi yang mereka berikan sama dengan keputusan jumlah undi yang dikira.

Mereka meredah gas pemedih mata, meriam air dan anggota polis anti-rusuhan yang menghayun cota untuk menuntut supaya kerajaan tidak memijak hak mereka untuk mengundi dalam sistem yang bebas dari salah guna dan penipuan.

Sebaliknya, kita telah melihat bagaimana Najib dan menteri-menterinya telah menolak mentah-mentah apabila isu warga asing yang menjadi pemastautin tetap (PR) didaftarkan sebagai pengundi didedahkan.

Najib dan para menterinya juga tidak menyatakan pendirian tentang pengakuan pegawai-pegawai tentera yang menyatakan mereka telah mengundi bagi pihak beratus-ratus pengundi lain.

Melalui aksi terbarunya, Najib telah menghancurkan segala khayalan bahawa sistem pilihan raya di negara ini adalah bebas dan adil. Ia adalah pengakuannya yang sudah termaktub.

Kita sebagai rakyat perlu bangun dan menuntut supaya kerajaan Barisan Nasional yang dipimpin oleh UMNO tidak memijak hak kita untuk mengundi dalam satu sistem yang tidak bersifat anti-rakyat dan tidak korup.
Kerana apabila rakyat bangun secara aman, Najib dan kerajaannya akan tumbang.

Penulis adalah Ahli Parlimen DAP Klang
http://kerajaanrakyat.blogspot.com/2011/08/tungging-terbalik-najib-untuk-kekal.html

Master, PhD dan darjat.................

Blog Laptop Lama

Saya ada kawan yang lulusan biasa, bukan graduan bekerja di satu tempat bersama dengan ramai rakan sekerja yang lulusan agak tinggi.

Dia nampak tak selesa kerana ada dikalangan rakan yang graduan selalu memperkecilkan pandangan atau pendapatnya.

Kawan saya ini Allah berikan sedikit kelebihan, dia agak pandai pasal komputer daripada hardware hinggalah solfware. Allah berikan dia 'terang hati' dalam bab ini. Ini perkara biasa, ramai orang tak pernah sekolah pun pandai berniaga, tok iman di tempat saya dulu sekolah SRP aje, pandai kitab agama seperti lulusan Azhar.

Suatu masa kebetulan si graduan yang selalu memperkecilkan kawan saya ini melanjutkan pelajaran mengambil master. Ada kajian dia buat yang memerlukan pengetahuan program SPSS (statistical analysis program in social science). Dia mencari orang untuk membantu dia memahami program SPSS ini dan ramai dikalangan yang ditanya merujuk dan meminta supaya dia mendapat bantuan kawan saya iaitu rakan sekerjanya sendiri.

Akhirnya dia datang ke rumah kawan saya dan hampir 3 malam berturut-turut kawan saya membantu dia menyelesaiakn kajian masternya. Walaupun dihulur wang kawan saya menolak dan hanya meminta belanja makan di warong kecil sahaja untuk 3 malam itu.

Lihat bagaimana Allah menunjukkan darjat seseorang itu boleh jadi tinggi walapun dia tidak graduan dia mampu mengajar graduan master dan PhD.

Kita kadangkala Allah bagi ilmu dan kekayaan. Kita lalai dan leka dengan rakan-rakan sekerja yang dianggap kononnya golongan kelas bawahan. Begitu juga dengan jiran di sebelah rumah, kita kadang kala pandang sebelah mata sahaja, tak kisah apa berlaku kepada mereka seolah-olah mereka tiada pun tak apa.

Ingat bila Allah nak menghina kita, kita terpaksa merangkak meminta bantuan kepada orang yang kita selalu pandang hina. Itu darjat sebenarnya!!


http://laptoplama.blogspot.com/

Ulama UMNO ‘terompah kayu’


Umno melayan ulama seperti “terompah kayu” dan tidak mengiktiraf, malah tidak meletakkan golongan itu di kedudukan terbaik dalam pentabiran negara.

Ulama tidak akan dihormati dan disanjung jika ia tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.Ulama perlu ada tanggungjawab dan pengiktirafan tapi kalau kita duduk dalam parti yang tidak iktiraf ulama dan tak terima nasihat ulama, nak buat apa... ulama adalah pemandu kepada pemimpin supaya pemimpin ikut nasihat ulama berlandaskan hukum Islam.

Itu yang jadi (dalam Umno), bila perlu pakai (ulama), kalau tak perlu tak pakai . . . itu yang macam terompah kayu dan ‘rice cooker’, kita tidak mahu ulama kita duduk sahaja, pemimpin mesti dipandu, kalau pemimpin baik rakyat juga akan baik..

Terompah kayu merujuk kepada selipar yang digunakan untuk ke tandas.Pakai (terompah kayu) bila nak pergi tandas sahaja..PAS mengangkat martabat ulama dan meletakkan ia di kedudukan yang tinggi dalam parti selain turut mengiktiraf kepimpinan golongan itu.

Ulama ada individu untuk menyampaikan ilmu, jangan khianat... dalam PAS kita letakkan ulama di dua peringkat iaitu Majlis Syura dan Dewan Ulama PAS, mana-mana keputusan termasuk soal calon kita putuskan dalam Majlis Syura manakala Dewan Ulama PAS pula menyelesaikan isu-isu yang berbangkit mengikut hukum Islam.

PAS berpandukan Majlis Syura dan presiden (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) duduk dalam Majlis Syura selain dibantu oleh Dewan Ulama PAS..

Keputusan yang dibuat berdasarkan hukum Islam walaupun terpaksa berdepan dengan risiko hilang sokongan.Siapa yang nak pandu pemimpin jika bukan ulama. Ulama mesti memandu politik tapi macam mana nak pandu kalau kita tiada pengiktirafan dan kita dalam PAS mengikut syarak walaupun dari segi politik kita rugi, tapi apakah kita nak tanggung dosa.

Sebab itu perlunya pengiktirafan, ulama bukan orang yang berkepentingan, bukan nak kerusi tapi kalau kita lihat ulama telah buat banyak fatwa tapi tidak dihargai,,.

Umno tidak wujud satu badan untuk bawa ulama dalam parti, cuma yang ada adalah biro agama... itu sahaja ada untuk menggerakkan program-program agama...Uama sepatutnya membawa umat Islam dekat dengan Islam bukan saling tuduh-menuduh antara satu sama lain.

http://penyapusial.blogspot.com/2011/08/ulama-umno-terompah-kayu.html

Najib vs Muhyiddin: Siapa yang akan menang?

Oleh Chiifen Hiu

Dengan Perhimpunan Agung UMNO sedang menghampiri pada akhir tahun ini, penganalisis politik sedang sibuk dengan spekulasi mengenai pereNajib vs Muhyiddin: Siapa yang akan menang? butan kuasa yang mungkin di antara Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin.

Berusia 58 tahun,Najib, anak bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak, memasuki arena politik seperti roket terbang tinggi ke bintang-bintang.

Berbekalkan pendidikan dari University of Nottingham dan pengalaman dalam perdagangan, Najib menjadi timbalan menteri termuda di negara ini apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada usia 25 tahun. Pada umur 29 dia menjadi Menteri Besar Pahang, juga yang termuda di negara ini.

Tidak syak bahawa Najib telah melaksanakan dasar-dasar di dalam kerjayanya untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Sebagai Menteri Pelajaran, beliau meningkatkan kerjasama dengan universiti luar negara, membenarkan mereka untuk menubuhkan sekolah sekolah yang menganugerahkan ijazah di negara ini, dengan itu meningkatkan taraf pendidikan tinggi di Malaysia. Sebagai Menteri Pertahanan, beliau telah melaksanakan Khidmat Negara Malaysia, yang mencerminkan latihan Khidmat Negara di negara-negara lain seperti Singapura. Walau bagaimanapun, program itu, walaupun ditubuhkan dengan niat yang terbaik, telah mengalami banyak isu-isu kebajikan, termasuk kematian beberapa belia semasa dalam latihan.

Kemasyhuran dan kejayaan awalnya menjadi jejak sejuk sejak itu, dan kita dapati janji awal Najib semuanya pudar. Sejak rampasan kuasa yang agak dramatik untuk mengambil alih kedudukan menteri pendahulunya dari Abdullah Badawi, Najib telah gagal sama sekali dalam menerajui pentadbiran beliau dan mengekalkan sokongan dari rakyat negaranya.

Walaupun usaha untuk menggambarkan dirinya sebagai seorang pemimpin sederhana, tempoh tiga tahun ini beliau telah berhadapan dengan skandal, rasuah dan yang paling menghancurkan ialah cara pengendalian perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini. Peristiwa peristiwa ini telah mengusir rasa hormat dan kepercayaan dalam pentadbirannya oleh rakyat Malaysia sejak beberapa tahun yang lalu.

Sejurus sebelum penyiasatan rasmi ke dalam kes Scorpene pada bulan September, Najib mendapati dirinya dikelilingi oleh kontroversi sekali lagi. Kali ini perhatian tertumpah pada isteri Rosmah Mansor, yang juga terbabit dalam pembunuhan Altantuya pada tahun 2006. cincin RM 24,4 juta yang didakwa membeli dari syarikat Amerika syarikat Jacob & Co telah menimbulkan kemarahan rakyat, mungkin pada takat mendidih. Apabila orang miskin kelaparan, cara mewah FLOM dan ketaatan lemah lembut Najib ke arahnya telah meninggalkan banyak yang diinginkan pemimpin negara kita. Tambahan pula baru baru ini khabar angin bertiup mengenai gangster ganas Kazakhstan dan mengejutkan kepercayaaan rakyat pada Najib yang semakin hilang.

Muhyiddin – adakan dia memiliki apa yang diperlukan?

Masuk Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. Sebahagian daripada kabinet asal Najib apabila beliau mengambil alih Badawi pada April 2009, Muhyiddin telah membuat beberapa keputusan kontroversi yang telah ditafsirkan sebagai cabaran yang sengaja terhadap dasar Najib dan kesan dalam kepimpinan.

Yang paling terkenal antara semua ialah perisytiharan terkenal Muhyiddin bahawa dia adalah "Melayu pertama" dan bukannya "Malaysia pertama", dalam percanggahan langsung untuk platform 1Malaysia Najib. Najib, tidak mempertahankan dasar itu, sebaliknya mempertahankan kenyataan Muhyiddin walaupun diprotes dari menteri-menteri dan rakyat. Pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia, Najib menghujah mengenai isu ini, berkata, "1Malaysia adalah falsafah pembimbing kami. Ia tidak kira apa yang anda katakan, hanya cukup selagi anda ikuti. "

Selain dari komitmen acuh tak acuh "1Malaysia" Najib, Muhyiddin juga terkenal dengan sokongan berterusan dan terbuka untuk Utusan Malaysia, yang baru-baru ini telah dipanggil untuk pergerakan "1Melayu, 1 Bumi".

Kualiti kepimpinan yang jelas di Muhyiddin sejak permulaan kerjayanya. Dilahirkan di Johor, beliau lulus dari Universiti Malaya di Kuala Lumpur sebelum menyertai perkhidmatan awam negeri Johor sebagai Penolong Setiausaha Latihan dan Biasiswa. Pada tahun 1986, beliau menjadi Menteri Besar Johor, dan dalam sepuluh tahun beliau membuat peningkatan yang ketara ke negeri itu. Bapa kepada empat orang, bagaimanapun, menghadapi jalan berbukit dalam UMNO, di mana beliau bertanding dan kehilangan beberapa jawatan termasuk kerusi Majlis Tertinggi dan kedudukan Naib Presiden.

Tetapi di mana beliau gagal, Muhyiddin cuba dan cuba lagi, dan akhirnya dia menaiki tangga UMNO mantap daripada naib presiden kepada Timbalan Presiden pada tahun 2009 apabila Najib menggantikan Badawi. Ketekunan dalam mencapai matlamat walaupun kurang daripada kadar kejayaan yang sempurna mungkin mendedahkan watak yang lebih kukuh dan semangat perjuangan yang sangat jelas kekurangan semasa Perdana Menteri kita.

Bolehkan UMNO mampu melahirkan seorang presiden yang tidak boleh mendapat kepercayaan orang bukan Melayu?

Selaras dengan wataknya, Muhyddin juga terkenal untuk mencabar dan akhirnya jatuh dengan pemimpin-pemimpin partinya sendiri. Sama ada atau tidak ini menunjukkan ketidakupayaan untuk mengikuti dan keperluan untuk kawalan , atau semata-mata kekuatan untuk berdiri untuk cita-cita sendiri belum diketahui.

Perpecahan lanjut antara Najib dan Muhyiddin termasuk keputusan Muhyiddin untuk tidak meneruskan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris , yang didakwa bercanggah dengan idealisasi oleh Presiden Kita dan bekas menteri undang-undang UMNO Zaid Ibrahim Selain itu, menurut beberapa laporan berita, Muhyiddin juga secara terbuka menafikan rancangan Najib untuk menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pemilihan, berikutan Bersih 2.0.

Jelas, pengendalian yang lemah Najib terhadap timbalannya telah berjaya untuk terus mencemarkan kepimpinan beliau di mata ramai, dan kini, seperti yang diketengahkan oleh media, dia boleh merasai ubat ubatan sendiri, apabila penganalisis meramalkan penamatan daripada kepimpinan beliau pada tahun 2012.

Walau bagaimanapun, semakin Muhyiddin menjajarkan dirinya dengan akhbar seperti Utusan dan memunjukkan secara jelas bahawa dia adalah " Pertama Melayu ", imej pelampau di barisan hadapan UMNO mungkin akan membuatkan parti itu kehilangan sokongan dari lebih banyak rakyat bukan Melayu, yang sudah pun nipis seperti wafer selepas Bersih2.0.

Dengan Muhyiddin sebagai pemimpin bertindak, masa depan parti itu akan tidak menentu pada tahap terbaik, terutama pada masa kebangkitan politik rakyat terhadap hak mereka untuk pertubuhan yang bukan-apartheid. Sebagai sebuah negara yang menuntut keadilan dan politik bukan kaum, kepimpinan Muhyiddin dalam UMNO sama ada akan memusnahkan harapan dan masa depan parti, atau kemungkinan, negara.

Walaupun kebimbangan ini, realistik dengan tiadanya penindak barisan hadapan yang lain untuk kedudukan kepimpinan parti dan sokongan yang dikatakan dari bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Timbalan Muhyddin Yassin boleh menuntut kedua-dua gelaran dan kuasa dari Perdana Menteri kita tanpa apa apa sebutan"Tak boleh-lah!".

- Malaysia Chronicle

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15898

Penjaralah Anwar Seribu Kali, Jiwanya Tetap Bebas

Oleh Mohd Sayuti Omar

MULAI Isnin perbicaraan tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim masuk peringkat separuh akhir, iaitu pembelaaan diri oleh Anwar dan team peguamnya. Semalam Anwar telah membela dirinya dengan membuat kenyataan setebal 32 muka surat mengambil masa selama dua jam di kandang orang salah. Selepas ini setelah semua saksi pembela dipanggil hakim membuat keputusan sama ada Anwar disabit atau pun bebas.

Anwar memilih untuk memberi keterangan tanpa disoal balas oleh pendakwa. Ramai yang terkejut dengan 'keberanian' Anwar itu. Ada juga yang berpendapat Anwar sengaja menghulurkan leher ke penjara kerana keputusan memilih membela diri begitu merbahaya.

Ada juga yang musykil keputusan Anwar itu seolah-olah beliau pengecut untuk menghadapi realitinya?

Alasan Anwar kenapa beliau memilih cara itu kerana sangsi dengan keadilan dan integriti hakim yang mengendalikan kesnya. Itu adalah alasan paling konkrit.

Mengenai tindakan Anwar itu, kata dan ulaslah apa-apa pun sebab, negara ini bebas dan merdeka. Sesiapa boleh bersuara mengutuk dan mengampu sesiapa yang dimahuinya. Apa lagi kalau bersuara untuk membela pemimpin dan parti pemerintah kebebasan itu akan diberi semutlaknya. Tindakan ke atas pengampu kerajaan dan pemfitnah akan dibiarkan semahunya. Ini realiti bukan bohong. Apa yang berlaku di sekeliling kita mengesahkan hakikat itu.

Macam-macam juga cemuhan dilemparkan kepada Anwar. Bila Anwar membuat protes kepada mahkamah, minta tangguh dan sebagainya, dikatakan Anwar sengaja menangguhkan perbicaraan. Melambat-lambatkan yang memberi konotasi Anwar takut berhadapan dengan hukuman. Itu tuduhan mereka yang otak kemetot dan tidak mengetahui proses perundangan yang diguna pakai di negeri ini. Mereka yang lulus dalam bidang pengajian undang-undang akan tersenyum mendengar segala desakan dan protes itu.

Kalau ada masa belajarlah sedikit mengenai undang-undang dan bacalah peraturan (prosuder) mahkamah agar tidak nampak diri kita lebih bodoh dari kaldai tua yang nak mampos. (Maaflah kasar sikit).

Anwar boleh membuat rayuan, atau meminta perbicaraan ditangguhkan bukan sekali, tetapi seribu kali pun boleh. Ia bukan satu kesalahan kerana memang ada ruang untuk beliau berbuat begitu. Jadi kalau hendak salah, jangan salahkan Anwar tetapi salahkan kepada prosuder mahkamah yang membenarkannya. Kenapa kita harus salahkan ketiping berjalan mereng kerana adatnya memang begitu? Kitalah bodoh kerana tidak tahu bahasa dan adat.

Dalam keadaan hari ini yang Anwar anggap tuduhan ke atasnya itu adalah kelangsungan konspirasi adalah 'bundak' baginya kalau tidak berbuat begitu.

Sebagai orang akan menghadapi risiko dan akan menanggung kesan pertuduhan itu Anwar berhak melakukan apa saja. Anwar yang menanggung segala-gala bahana atas tuduh itu. Kalau disabitkan kesalahan, yang akan ke penjara bukan orang lain, tetapi Anwar secara bersendirian. Iya, perjuangan yang dilakukan adalah demi untuk rakyat dan orang ramai tetapi kalau berlaku apa-apa yang akan memikul bebannya diri Anwar seorang sahaja. Tahun 1998 dulu beliau telah melalui sejarah itu dan telah ada pengalaman azab mengenainya. Apakah Anwar suka-suka untuk mengambil risiko itu? Tanya dan jawablah sendiri dengan adil dan saksama.

Itulah tanggungjawab dan amanah. Anwar tidak pun meminta untuk orang menjadi galang gantinya. Tangan yang mencincang, bahu juga yang sanggup memikulnya. Itulah Anwar. Dan beliau sudah tahu dan arif benar mengenainya. Jadi membela hingga rapat ke dinding dan melakukan apa saja usaha dan ikhtiar itu adalah hak Anwar yang tidak akan dipersendakan oleh mereka yang waras fikirannya.

Jadi perangai-perangai yang tidak bermoral dan berotak kemetot yang berbambu aji no motoitu biarlah dimiliki oleh orang yang suka menjadi lanun upahan. Biarlah mereka hendak bertempik dan melaung tetapi jangan sampai orang di luar Umno terikut sama dengan gelagat itu. Kata orang bukan Umno kalau tidak jahat?

Berbalik kepada tanggapan buruk terhadap perbicaraan dan implikasi yang akan dihadapi Anwar kelak ia tidak akan ke mana. Hatta kalau pun Anwar di penjara sekalipun niat atau tujuan orang yang berbuat begitu tidak akan kesampaian. Kalau pendakwaan itu seperti mana kata Anwar untuk menghancurkan kerjaya politiknya, ia tidak akan menjadi kenyataan. Azam dari segala perancangan jahat itu hanya sia-sia saja. Perbuatan syaitan selalunya hancur sebelum hari siang.

Memang ada orang berharap kisah atau peristiwa tahun 1999 akan berulang sekali lagi ke atas kembara politik dan kehidupan Anwar. Keadaan waktu itu di mana pilihan raya umum ke-11 diadakan ketika Anwar berada dalam penjara. Mereka itu tidak mahu Anwar berpeluang mengambil bahagian dalam pilihan raya. Kali ini juga begitu, ada niat untuk melihat Anwar diringkukkan dalam penjara kemudian pilihan raya akan diadakan.

Mereka mengira hanya dengan penjarakan saja Anwar ia boleh menghalang Anwar daripada mengapai cita-cita politiknya untuk jadi Perdana Menteri. Dalam pada itu ia membolehkan orang yang berkuasa terus berkuasa. Apabila Anwar dipenjara bermakna beliau tidak akan dapat bertanding dalam pilihan raya selama dua penggal. Cukuplah kalau Anwar dipenjaga beliau tidak boleh menyertai pilihan raya ke -13 dan ke 14. Umur Anwar ketika itu sudah pun hampir 80 tahun sudah terlalu tua.

Dalam hitungan orang politik kalau Anwar dipenjara ia memberi peluang kepada UBN untuk menang. Najib bersama isterinya Rosmah Mansor akan merasa selesa kalau Anwar dihumban ke penjara. Mereka mengira Pakatan Rakyat tidak mampu mengugat BN kalau tanpa Anwar. Mereka tahu yang menjadi engen kepada Pakatan Rakyat hanya Anwar.

Anggapan sebegini menafikan dakwaan mengatakan Anwar kini sudah tidak berpengaruh. Kekuatan Anwar sudah pun mengecil, penyokongnya juga sudah berkurangan. Inilah kesilapan perhitungan para strategis UBN dalam membuat perhitungan mengenai ini. Mereka jadi lupa kepada apa yang mereka katakan sebelum ini. Inilah yang dikatakan kelalaian orang yang selalu membuat silap dan bertindak secara salah. Kenapa tupai jatuh ke tanah kerana terlalu percaya kepada kebijaksanaan diri sendiri.

Betulkah andaian itu, bahawa UBN akan menang dalam pilihan raya dan Pakatan Rakyat akan kalah tanpa Anwar berada di luar? Itu sebenarnya telahan dan anggapan saja. Orang yang ingin memperkecilkan kuasa Anwar akan berkata begitu. Sebenarnya apa yang akan berlaku bukan begitu. Diri anwar bukan faktor kepada kemenangan Pakatan Rakyat, tetapi perjuangan Anwar yang menjadi penyebabnya.

Perkembangan politik Malaysia di masa depan bukan saja terletak di tangan mana-mana individu atau tokoh seperti Anwar. Hari ini generasi muda sudah sedar dan insaf. Mereka bukan buta dan berada di bawah serkup lagi. Benih keberanian bersuara dan bertindak yang dipupuk Anwar kini sudah menular dan subuh tubuh dalam hati anak-anak muda. Perkembangan ini tidak boleh dibendung lagi dengan apa-apa kuasa syaitan.

Makanya kalau UBN mengira dengan memenjarakan Anwar kebangkitan itu berhenti dan UBN akan kembali selesa adalah satu kesilapan besar. Anggapan begitu umpama membubuh bim jangka dalam poket baju.

Mungkin generasi muda tidak begitu menaruh harapan lagi kepada Anwar untuk menajdi PM. Tetapi mereka tetap sedar bahawa kebangkitan politik hari ini untuk membela diri mereka sendiri. Jadi sesiapa pun yang akan memimpin nanti mereka tidak akan peduli. Yang berada di hadapan mereka satu saja tumbangkan UBN. Semangat dan jiwa anwar adalah pendorong kepada usaha dan perjuangan itu.

Kesedaran hak membela diri dan semangat keberanian yang dicurahkan Anwar kini sudah menyelinap dan menyerap ke segenap pembuluh darah generasi muda. Semangat dan keberanian itu membara dan marak dalam jiwa mereka. Justeru walaupun langkah Anwar dikunci dan jasadnya dibekukan tetapi spritual yang dialunkan Anwar terus bergelombang. Makanya saya mengira usaha memenjarakan Anwar menerusi konspirasi jahat itu tidak akan berhasil, malahan ia akan menyebabkan UBN semakin tenat dan parah.

Anwar boleh dimatikan oleh musuhnya tetapi semangat dan jiwa Anwar akan tetap melekat dihati setiap manusia yang mengenal diri dan tahu menjaga maruah dirinya sebagai manusia bertamadun. Lirik lagu jihad Anwar, Lawan Tetap Lawan akan menjadi lagu kebangsaan bangsa ini sebagai mengapai kemerdekaan mutlak mereka

http://msomelayu.blogspot.com

Persiapan Raya Masuk Gear Lima!

Dengan Hari Raya Aidil Fitri yang tinggal tidak sampai seminggu lagi, orang ramai dijangka terus membanjiri pusat membeli-belah dalam usaha untuk mencari keperluan sempena ketibaan Syahwal.

Dalam erti kata lain, persiapan ini boleh dikatakan sudah masuk gear lima!

Apatah lagi, ada yang baru menerima gaji dan bonus daripada majikan masing-masing…jadi inilah peluang terbaik untuk membeli-belah buat diri dan juga keluarga.

Lebih menarik, selalunya di saat-saat akhir begini, para penjual akan mula memberikan diskaun dan tawaran hebat kepada para pelanggan mereka.

Di ibu negara, sudah semestinya Jalan Tuanku Abdul Rahman menjadi pilihan bukan saja warga kota, tetapi juga dari luar Kuala Lumpur.

Bagaikan sudah menjadi tradisi, baju Melayu, baju kurung, songkok, waima rendang daging pun boleh ‘licin’ menjelang saat akhir ini.

Apapun yang paling penting seseorang itu perlu tahu membuat pilihan dan tahu yang mana menjadi keutamaan.

Orang ramai juga perlu sentiasa berhemah berbelanja dan merenungi fadilat puasa antara lain cuba mengawal nafsu berbelanja.

Di samping itu pengguna juga perlu lebih berhati-hati ketika berbelanja supaya tidak tertipu dengan taktik segelintir peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang menjelang musim perayaan yang menjelang tiba.

Itulah cerita setiap kali menjelang raya….

Guru Al-Quran sukarela dan bidan terima sumbangan Aidil Fitri

images/stories/OGOS2011/yink bagi rm 48450 kepada bidanguru alquran sik.jpgSIK – Yayasan Islam Negeri Kedah (YINK) di bawah Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan RM48,450 kepada seramai 323 guru Al-Quran sukarela dan bidan di Daerah Sik dan sumbangan tersebut bagi menghargai jasa golongan tersebut kepada masyarakat setempat.

Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Dato’ Taulan Mat Rasul di Masjid Teloi Tua.

Majlis berbuka puasa turut diadakan.

Menteri Dalam Negeri terima ugutan bunuh, peluru hidup

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ugutan bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini.

"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.

"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam di ibunegara, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

Sampul surat itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Seorang kakitangan Hishammuddin memberitahu media bahawa dua peluru hidup itu diletakkan dalam lubang yang ditebuk dalam sebuah buku.

Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

http://www.malaysiakini.com/news/174032

Perempuan Berpakaian SEKSI

http://w28.indonetwork.co.id/pdimage/82/886382_149314941496.jpg
"WALAUPUN DIBULAN RAMADHAN..... MASIH RAMAI LAGI WANITA ISLAM BERPAKAIAN SEKSI....APA REAKSI ANDA.... "




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...