TERKINI :

Tuesday, August 23, 2011

Jika BN tak salah guna demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah


KUALA LUMPUR, 22 OGOS – Kenyataan Datuk Seri Najib Razak kononnya kerajaan Barisan Nasional tidak kebal hanyalah helah politik untuk menyembunyikan kezaliman pemerintah kepada dunia luar.

Jika benar apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri bahawa sistem demokrasi di Malaysia tidak beri kekebalan kepada pemerintah, maka Pakatan Rakyat sudah berjaya memerintah Malaysia sejak 2008, kata Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok.

Kok yang juga Ahli Parlimen Seputeh memberi respon kepada kenyataan Najib dalam wawacara bersama akhbar Kompas dari Indonesia yang dipetik oleh Utusan Malaysia hari ini.

Dalam laporan itui, Najib dipetik sebagai berkata, “Nasib di tangan rakyat, tak berlaku sebarang manipulasi untuk menentukan kesahihan perolehan suara. Undi di tangan rakyat.”

Menurut Kok, jentera-jentera kerajaan serta media massa yang digunakan BN untuk meujui pemerintah dan menyerang pembangkang ketika pilihan raya adalah bukti kekebalan pemerintah.

Beliau turut memberi contoh empat pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang mengaku dipaksa memangkah undi untuk calon BN ketika pilihan raya lalu walau pun mereka dikatakan berhasrat untuk memilih calon lain.

“BN menggunakan jentera seperti polis, tentera dan SPR untuk memastikan kuasa mereka terus kekal. Ini bukti kerajaan BN kebal dengan penyalahgunaan kuasa,” katanya.

Kok membidas kenyataan Najib dengan berkata, Perdana Menteri masih terus bermain wayang politik ketika rakyat bengang dengan cadangan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC), kononnya untuk reformasi pilihan raya, yang tidak telus dan penuh dengan tipu helah politik.

“Najib tipu. PSC yang dianjurkan beliau itu tidak ikhlas bila tiba-tiba beliau mengumumkan yang PSC tidak bersangkut paut pula dengan pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Ini sama macam dia tipu Bersih 2.0 dahulu; sekejap tak boleh, sekejap boleh, kemudian nak bagi stadium, kemudian kata tak boleh. Ini juga kebal salah guna kuasa BN,” katanya.

Jelasnya, PSC memerlukan masa untuk dilaksanakan dengan mengumpul pandangan awam dan dibentangkan pada sidang Parlimen untuk dibincang bersama.

“Sebaliknya, beliau menidakkan PSC dengan menyatakan bahawa PRU boleh diadakan bila-bila masa.

“Inilah demokrasi BN yang kebal. Jika tidak kebal dan tidak disalah guna kuasa dan demokrasi, sudah lama Pakatan memerintah,” katanya. – Roketkini.com

http://roketkini.com/2011/08/22/jika-bn-tak-salah-guna-demokrasi-sudah-lama-pakatan-memerintah/

Anwar: Najib ikut jejak Dr M untuk jatuhkan saya

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengikut jejak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan menggunakan segala institusi kerajaan untuk menghalang keadilan, dakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Disebabkan tidak mempunyai sebarang kepercayaan bahawa beliau akan menerima pembicaraan yang adil, Anwar yang juga saksi utama dalam kes liwatnya telah memilih untuk memberikan keterangan dari kandang tertuduh, di mana beliau tidak boleh disoal balas oleh pihak pendakwaraya.

(Anwar dengan ditemani isteri dan anak-anaknya di mahkamah semalam)

“Seperti yang telah saya katakan, ini bukan satu pembicaraan jenayah. Ini satu episod yang diatur oleh kuasa-kuasa berkenaan supaya saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa.

"Pada tahun 1998, Tun Dr Mahathir telahpun berbuat demikian, dengan sikap Machiavellian-nya yang menggunakan segala kuasa, berjaya memenjarakan saya selama 15 tahun untuk kesalahan yang tidak pernah saya lakukan. Dan ini jenis kezaliman dan ketidakadilan yang masih berterusan sehingga hari ini.

"Najib Razak sedang melakukan perkara yang sama seperti mentor beliau, di mana segala apa yang dikuasainya melalui media, polis, peguam negara dan sistem kehakiman akan digunakan untuk menggulingkan perjalanan keadilan dan mengeluarkan saya dari arena politik,” dakwa Anwar dalam kenyataannya dalam kandang tertuduh.

Menggunakan ungkapan yang dipetik dari Nelson Mandela, Shakespeare dan juga al-Quran dalam kenyataannya, Anwar menyifatkan hakim pembicaraan Datuk Mohd Zabidin Mohamad sebagai gagal memastikan perbicaran adil dalam kes Liwat II yang dihadapinya dan sekeras-kerasnya menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Kejayaan Pakatan Rakyat pada 2008 telah menyemarakan usaha untuk membuang beliau kembali ke penjara, kata Anwar.

“Ketakutan mereka disahkan apabila ia menjadi jelas bahawa tempoh ketidak-layakan saya untuk bertanding dalam pilihanraya tamat, dan saya akan bertanding di satu kerusi parlimen, di mana jika saya menang, saya akan diangkat sebagai Ketua Pembangkang.

"Oleh itu, ia bukan kebetulan kerana konspirasi baru itu muncul tiga bulan selepas kemenangan Mac 2008 dan pendakwaan rasmi terhadap saya itu dibuat hanya satu bulan sebelum saya bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

"Rentetan peristiwa yang berlaku sebelum pertuduhan rasmi dibuat adalah diambil dari plot yang berlaku pada tahun 1998, yang tiada dalam episod terbaru ini, hanyalah kes mata hitam dan mangsa-mangsa yang dipaksa bawa ke mahkamah sebagai rakan kongsi dalam jenayah,” serang Anwar.

Dalam episod terbaru ini, kata Anwar para konspirator telah mengubah plot untuk membuat pendakwa dilihat sebagai seorang mangsa tidak berkeupayaan, kerana sedar plot 1998 yang menggunakan cara pengakuan paksa dan khianat oleh para mangsa sebagai satu perbuatan taubat susah dipercayai orang awam.

Anwar turut berkata konspirasi ini sememangnya mempunyai kaitan penuh dengan Najib dan isterinya Rosmah apabila Saiful sendiri mengakui pernah berjumpa dengan Najib di kediamannya untuk mengadu bahawa beliau diliwat.

“Kenyataan awal Najib bahawa beliau telah bertemu dengan pengadu untuk berbincang masalah biasiswa adalah penipuan besar, yang selepas itu ditarik balik disebabkan ledakan di media sosial dan juga blog-blog di Internet.

"Ia adalah jelas bahawa Najib dan Rosmah tidak mahu dilihat berkait dengan konspirasi ini, pada masa mereka sendiri turut terlibat dalam pelbagai skandal yang dibangkitkan di parlimen yang sehingga kini tidak dijawab,” kata beliau.

Konspirasi ini akan dimainkan sehingga beliau dipenjarakan, kata Anwar kerana prospek kekalahan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat sudah hampir menjadi realiti.

“Najib ingat dengan memusnahkan karier politik saya, ia akan juga memusnahkan prospek Pakatan Rakyat untuk berkuasa. Dengan itu, tiada yang tidak akan dikorbankan untuk memastikan saya dijatuhkan hukuman supaya kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan terus berkuasa,” tegas Anwar.

Anwar mendakwa Hakim Zabidin telah menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak saksama dalam pembicaraan ini.

“Saya kata sedemikian kerana anda telah berkali-kali menolak untuk mengundurkan diri walaupun dengan pelbagai bukti yang menunjukkan anda bias terhadap saya. Saya kata sedemikian juga kerana anda telah membutakan mata terhadap pencabulan protokol dan prosedur yang dilakukan oleh pihak pendakwaan manakala pada masa yang sama tidak mengendahkan bantahan saya terhadap pelbagai penyelewengan yang terang-bederang, yang mana akan tanpa lebih memberi amaran kepada mana-mana hakim yang adil terhadap niat jahat dan zalim pihak pendakwaan.

"Dalam perkara wajib untuk seorang hakim, Al-Quran mengarahkan agar: ‘Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, anda mesti berlaku adil’,” tambah Anwar.

Sementara itu, Najib, Rosmah, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof yang enggan menjadi saksi pembelaan Anwar akan disepina ke mahkamah.

Sepina juga akan dimohon dikeluarkan kepada doktor Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid, jururawat Yazihan Jusoh dan seorang pembantu rumah dari Indonesia yang hanya dikenali sebagai 'Suliati'.

Menurut peguam Karpal Singh yang dipetik Malaysiakini sebagai berkata, pihak pembelaan telah membuat permohonan dan menjangka saksi berkenaan akan tampil di mahkamah.

Ditanya sama ada, mereka boleh menolaknya, Karpal berkata tidak boleh dan sekiranya mereka berbuat demikian, waran tangkap boleh dikeluarkan ke atas mereka.

"Ia hanya boleh diketepikan. Setakat ini, belum ada permohonan untuk berbuat demikian,” katanya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5074-anwar-najib-ikut-jejak-dr-m-untuk-jatuhkan-saya

Siapa yang Liwat Saiful: Anwar atau Plastik?

NOTA EDITOR: Saiful mengaku kepada doktor Muhammad Osman Abdul Hamid beliau masukkan plastik dlm jubor beliau. Soalnya adakah Saiful diliwat Anwar ataupun dia diliwat PLASTIK?

18SX: Plastik Apa Yang Liwat Juboq Saiful?

‘Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya


Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg“Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop,” katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

mKini

P’raya: Mengapa Najib mengalah pada Muhyiddin

Harakahdaily

PETALING JAYA, 23 Ogos: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tunduk kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan menegaskan pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa dan tidak tertakluk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Pembaharuan Pilihan Raya.

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, setiap pelajar undang-undang dan Perlembagaan Malaysia tahu kuasa membubarkan Parlimen adalah tertakluk kepada nasihat Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Mengapa PM harus mengalah kepada TPM dalam hal ini?” soalnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Katanya, wujud sedikit harapan bahawa PM akan akhirnya menunjukkan kepimpinannya dan menjadikan Jawatankuasa Pilihan Khas itu sebagai warisannya kepada demokrasi Malaysia tetapi nampaknya harapan tersebut berkecai lagi.

“Beza Pakatan dan BN ialah jelas, Pakatan cakap serupa bikin dan BN pula cakap tak serupa bikin,” ujarnya.

Pada 15 Ogos, katanya PM menegaskan penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas itu dibuat bagi memastikan pilihan raya akan datang akan dijalankan secara bersih dan adil tanpa boleh dipertikaikan mana-mana pihak.

Beliau berkata, ini nampaknya ekoran nasihat penasihat-penasihat dan konsultan-konsultan mewah yang dilantik BN yang melihat kesan negatif cara PM menguruskan Bersih 2.0.

Tambahnya, tetapi penyakit ‘flip-flop’ terus menular dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu apabila Najib tunduk kepada Muhyiddin.

Kenapa UMNO Tidak Menyalak Untuk Kes Ini?

Mana golongan anjing menyalak. Kenapa tidak disalak sahaja kes seperti ini. Biasanya golongan menyalak ini datang dari puak-puak songkok tinggi yang mahu membela rakyat tetapi ini tidak disuarakan kerana negeri ini diperintah oleh BN.

Cuba ini berlaku di Negeri Kelantan. sudah pasti anjing-anjing songkok tinggi akan menyalak walaupun isu itu mereka sendiri yang cipta. Di Kelantan sebelum ini kecoh pasal isu Pasar MPKB bergelap dan hanya diterangi oleh cahaya lilin. Siasat punya siasat rupanya pengurus yang tidak menjelaskan bayaran. Bila tidak dijelaskan, maka bekalan elektrik dipotong.

Maka datanglah anjing belaan songkok tinggi mengajak pegusaha di Pasar MPKB untuk mengadakan demonstrasi. Sungguh memalukan apa yang dilakukan oleh puak-puak songkok tinggi. Ibarat kencing ke langit akhirnya minum kencing sendiri.

Bukan itu sahaja, isu berkaitan stesen teksi di Pasir Puteh juga turut disalak oleh mereka. Kebetulan pada hari berikut ada luahan dari pengusaha teksi mengadu kepada Najib yang datang ke Kelantan mendengar luahan dari pengusaha teksi.

Kehadiran Najib pada ketika itu hanyalah 8,000 orang dan bukannya 20,000 orang seperti yang digembar-gemburkan dan ada dikalangan guru tidak berpuas hati kerana dikerah dan diangkut dengan bas untuk meramaikan majlis Najib itu.

Puak-puak songkok tinggi sudahlah kamu menyalak. Cuba belajar mengkaji dan menghayati cara-cara sebelum melontar dan menyebarkan fitnah kamu itu. Berikut ialah keadaan yang berlaku di negeri haram Malaysia, Perak mengenai isu stesen bas Gopeng:

Lebih 50 pengusaha bas merancang akan menutup operasi perjalanan bas ekspres ke semua destinasi di Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng, Jumaat ini, sekiranya bekalan elektrik di terminal berkenaan tidak disambung semula.

Tindakan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) memberi arahan memotong bekalan elektrik berkenaan sejak seminggu lalu telah menjejaskan jadual perjalanan bas terutama pada musim perayaan minggu depan.

Ia juga tidak memberi keselesaan kepada penumpang dan pekerja di bangunan itu yang terpaksa memasang lilin untuk menjimatkan penggunaan generator yang menelan kos RM2,000 setiap hari.

Terminal ini beroperasi 24 jam untuk memberi kemudahan kepada penumpang untuk pulang berhari raya pada musim cuti ini. Namun, tindakan PKNP tanpa memberi apa-apa notis menerusi perintah mahkamah telah menyusahkan beberapa pihak.

Tindakan itu juga berikutan keengganan pihak pengusaha mematuhi arahan PKNP untuk ditempatkan ke tingkat atas bangunan terminal ini sejak April lalu.

Keadaan bahagian atas terminal dilihat tidak kondusif untuk dijadikan sebagai kaunter tiket dan ruang menunggu penumpang.

Dari segi prasarana dan kesesuaian tempat itu tidak sesuai langsung untuk penumpang khasnya pada musim hujan ini. Malah, kami terima hakikat bahawa kami akan dipindahkan ke Meru Raya setelah terminal di sana siap.

Sampai bila pihak pengusaha akan menanggung kerugian ini yang melibatkan kos yang lebih besar. PNKP seharusnya tidak bersikap kejam dengan pengusaha Melayu di sini.



http://kijang59.blogspot.com/2011/08/kenapa-umno-tidak-menyalak-untuk-kes.html

Liwat II : Tudia aihh dia pie jolok plastik la pulak dalam juboq...

'Saiful beritahu plastik dimasukkan ke duburnya'

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

dr mohamed osman abdul hamid pusrawi hospital saiful bukhari azlan anwar ibrahim sodomy 2 interview 040908 07Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (kanan) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

"Dia (Saiful) terus bercakap kepada saya dan katanya melibatkan VIP dan dia berada berasa takut," kata Osman di hadapan hakim Datuk Zabidin Mohd Diah.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Hospital Pusrawi Emergency ward 280708.jpg"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menurut Osman, beliau juga mencadangkan supaya Saiful merujuk kepada hospital kerajaan dan membuat laporan polis.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

jangan Surat habaq KOMPAS jadi baja KOMPOS sudahlaaaa...

Muslihat di sebalik permohonan maaf Kompas

Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib. Malaysiakini juga difahamkan bahawa ia juga dilakukan pada saat-saat terakhir oleh pengurusan tertinggi Kompas.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Nooryana Najwa Najib and Daniyar NazarbayevAntara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

NONEMenurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'.

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

NONEArtikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.

http://www.malaysiakini.com/news/173814


Kalau dah jenis buat kerja pemohong tu tak leh nak kata apa dah aihh..HALAL ka gaji hangpa tuu??

Menurut Utusan Meloya, kat Padang Terap ada dusun rambutan bertingkat...woww hebat!!!

Oleh: SAIBURI SUDIN

Semua media pecacai BN melaporkan 10,000 pemilik dusun rambutan di Padang Terap menyelar kerajaan negeri dalam satu demonstrasi haram yang diadakan di Naka. Tujuannya untuk menyelar Menteri Besar kerana janji nak beli buah rambutan dari mereka tapi tak tunaikan janji sehingga buah habis jahanam.

Berdasarkan gambar tu maka memang sahihlah kehadirannya adalah sekitar 10,000. Kalau kurang pun dari angka tu mungkin setakat 2,3 orang saja. Laporan media BN mengenai isu ‘jumlah’ ni SS tak mau pertikai sebab jenis depa ni muhong teradap sejak azali lagi.

Yang SS nak ulas ialah 10,000 atau 10 ribu pemilik dusun, itu yang timbul kemusykilan besar. Bila sebut dusun tentu seantero dunia faham ia adalah satu kawasan tanah yang di atasnya terletak pokok buah-buahan yang banyak. Kalau pokok getah atau bendang orang tak panggil dusun. Paling kurang tanah dusun mesti serelong ke atas. Kalau kurang pada setengah relong, jangan isytihar itu dusun..kesian kat orang nak kena gelak, letih depa posa.

Bayangkan tengok paling kurang terdapat 10,000 relong dusun buah kat Padang Terap!!! Itu andaian untuk 10,000 pemilik yang kecam MB.. tentulah mereka adalah penyokong UMNO tegar. Penyokong tegar PAS, apa jadi pun depa tak akan kutuk MB maka tentulah depa tak termasuk dalam kumpulan 10,000 tu.. tapi ingat depa pun ada dusun jugak. Katakanlah kumpulan yang bersetuju dengan kerajaan negeri termasuk yang tak ambik kisah isu tu adalah kira-kira 10,000 pemilik dusun jugak..nah, tambah lagi jadi 20,000 pemilik dusun ada kat Padang Terap. Keluasan dusun mereka semua paling kurang pun 20,000 relong!!!

Macam nilah.. berdasarkan laporan media pecacai UMNO Be End itu maka kat Padang Terap terdapat dusun buah-buahan bertingkat-tingkat... Tuu pun ada orang nak percaya lagi Utusan Meloya, TV3suku dan RTM... lantak pii lah kat puak2 bengong dok pecaya media UMCO.

isu Demontrasi MOKTAN yang buat UMNO terkehel sekali lagik..!! [Jawapan Kedah Agro]

Ni dia penjelasan Kedah Agro isu buah moktan


10,000 pemilik dusun buah rambutan di Padang Terap buat demonstrasi haram (gambar atas, kira betul2 memang ada 10,000 seperti dilaporkan Bernama. Jumlah tu lebih sikit dari himpunan Bersih 2.0 yang dilaporkan 6,000 kehadiran) kerana kununnya kerajaan negeri tak tunai janji nak ambil rambutan mereka yang berlambak tak terjual.

Berikut adalah penjelasan yang tersiar dalam akhbar Warta Darul Aman edisi internet (Wartakedah.net) berhubung isu tersebut. Kedah La siar berita tu siap dengan tajuk macam nak kata dekat puak2 demo haram tu.. awat hangpa ngok sangat!!!.. Sila baca:

Pemilik rambutan kena hubungi Kedah Agro, bukan tunggu kerajaan datang kait buah!!!

Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM


ALOR SETAR – Dakwaan kepada kerajaan negeri tidak menunaikan janji dengan tidak memungut buah rambutan penduduk adalah tidak benar.

Ini kerana Pusat Pengetinan Buah di Sungai Petani memerlukan 600 kilogram hingga satu tan buah rambutan untuk ditinkan dan seterusnya dipasarkan.

Pengarah Urusan Pusat Pengetinan Buah, Ir. Zamri Yusof berkata, sejak kilang itu mula beroperasi pada 17 Julai 2011, masalah yang mereka alami adalah kekurangan buah untuk ditinkan.

“Kita ambil buah hari-hari, satu hari boleh proses 600 kilogram buah rambutan untuk ditinkan.

“Sejak mula operasi, jadi masalahnya buah tak cukup, masalah paling besar bagi orang kampung tak ada orang nak kait buah tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi bagi mengulas keluhan pemilik dusun daerah Padang Terap yang rugi dengan lambakan rambutan akibat daripada kerajaan negeri tidak memungut buah tersebut.

Tambah beliau, pihak kilang telah membuat tawaran kepada penduduk kampung bagi membeli buah rambutan jenis deli, anak sekolah ataupun gading dengan harga RM0.70 sekilogram.


Seperti yang telah dinyatakan oleh Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, penduduk tidak perlu menunggu kerajaan negeri untuk membeli buah mereka, jika ada peraih yang menawarkannya dengan harga yang lebih tinggi, mereka boleh jual.

Kerajaan negeri hanya membeli lebihan buah yang gagal dijual bagi mengatasi masalah lambakan yang dialami oleh penduduk.

“Penduduk di daerah Padang Terap juga kita telah beri tawaran untuk mereka jual buah rambutan kepada kita.

“Kita juga menawarkan buah rambutan jenis lain dengan harga RM0.50 sekilogram harga di ladang.

“Jika penduduk setuju, mereka boleh berurusan dengan pihak kilang, begitu juga dengan Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai, kita akan pergi kutip buah yang telah dikait.

“Maka, di sini tidak timbul kerajaan negeri tidak memungut buah penduduk, kita boleh kutip di detiap kampung bagi memenuhi keperluan pemprosesan,” jelas beliau.

Kepada pemilik dusun yang ingin bekerjasama dengan kerajaan negeri, mereka boleh menghubungi Pengurus Pemasaran Kedah Agro Holdings Berhad, Tarmizi di talian 012-5990486 ataupun hantar pesanan ringkas di hotline Kedah Agro, 013-4945000.

Penafian Najib terhadap AS$24mil cincin dan mertua Mafia tidak meyakinkan

leh Wong Choon Mei

Penafian Najib terhadap AS$24mil cincin dan mertua Mafia tidak meyakinkanAkhirnya, Perdana Menteri Malaysia Najib Razak memecah kesunyian mengenai pembelian cincin berlian biru isterinya yang didakwa bernilai AS $ 24 juta besan dan mengenai dakwaan beliau dari Kazakhstan adalah sebahagian daripada geng Mafia Rusia. Sekarang, mungkin lebih baik jika dia telah berdiam diri sahaja.

Pendedahan yang telah dibuat menunjukkan bahawa beliau menggunakan kekerasan fizikal dan imejan untuk menutup reputasi beliau selepas Kompas, sebuah akhbar Indonesia mendedahkan laporan pada 4 Ogos lepas mengenai keterlaluan ahli keluarganya.

"Adakah Kompas menarik balik laporan mereka dan memohon maaf kerana silap melaporkan dan memfitnah Najib atau adakah editor Kompas yang menemu bual Najib hanya meminta maaf atas ihsan kerana memalukan beliau setelah mereka berjumpa? Juga, mengapa pula kebetulan Najib tiba-tiba bersetuju untuk ditemuduga pihak Kompas? Kelihatan ini seperti langkah kurang bijak, satu lagi kesilapan yang memalukan.” Kata Timbalan Presiden PKR, Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

Malah, semakan ke atas laman web Kompas menunjukkan hanya laporan yang bertajuk PM Datuk Seri Najib Tun Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia yang wujud. Eekmal Ahmad juga mengesahkan bahawa tidak ada penarikan balik artikel yang bertarikh Ogos 4 itu.

Walau bagaimanapun, itu tidak mematahkan para penasihat Najib daripada mendakwa bahawa laporan pihak Kompas itu adalah palsu. Bernama, sebuah agensi berita nasional Malaysia juga melaporkan bahawa Kompas telah memohon maaf untuk "laporan yang berunsur fitnah itu".

"Laporan ini mendakwa dua masalah penting dalam kerajaan BN Najib. Satu adalah kurangnya ketelusan dalam urusan kewangan dikalangan pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarga mereka. Dan yang kedua; skandal tidak berkesudahan membabitkan wang dan harta. Mereka boleh menafikan sekeras-kerasnya tetapi orang ramai sudah tidak percaya kepada mereka, "Naib Presiden PKR N Surendran memberitahu Malaysia Chronicle.

Peluang untuk menangkis, bukan menarik balik

Dalam temubual Kompas yang terbaru, Najib menafikan Rosmah telah memesan cincin tersebut. Dan ia sebenarnya adalah sebahagian daripada mas kahwin dan anak perempuan beliau Nooryana dan hadiah khas kepada Wanita Pertama Malaysia.

"Cincin ini tidak dipesan oleh Rosmah sama ada untuk dibeli atau untuk dipertunjukkan kepada pihak-pihak tertentu," Kompas melaporkan Najib sebagai berkata pada hari Ahad.

Najib juga menafikan bahawa Maira Nazarbayev (kanan), ibu mertua Nooryana anak perempuannya, dikaitkan dengan "mafia Rusia". Beliau memberitahu Kompas bahawa gambar barang itu telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan politik untuk disebarkan keseluruh negara sebelum pilihanraya yang dijangka boleh diadakan seawalnya tahun ini juga. Walaubagaimanapun,Najib enggan memberitahu tarikh sebenar. PM Malaysia ini juga berkata laporan Kompas itu memudaratkan pentadbiran beliau kerana ia berkaitan dengan Rosmah dan Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam komisen kontroversi untuk urusniaga kapal selam Scorpene yang mana Najib telah dituduh menerima rasuah.

Wartawan berkata, seadilnya, Kompas telah memberikan Najib peluang untuk menyangkal laporannya. Tetapi mereka menyatakan bahawa mereka tidak menarik balik atau membuat kenyataan bahawa laporan itu adalah palsu. Ia juga memberitahu bahawa Najib juga tidak menawarkan apa-apa penjelasan. PM itu semata-mata menafikan dakwaan dan berharap orang ramai akan mempercayai beliau. Tiada langsung maklumat terperinci diberikan.

SPRM menikus, seperti juga pendirian mereka terhadap dakwaan ke atas Rosmah

Sebaliknya, seperti yang dikatakan oleh pemimpin PKR Badrul Hisham Shahrin, terdapat bukti yang kelihatan berkait dengan cincin Rosmah. Maklumat mengenai import cincin tersebut muncul dalam pangkalan data Jabatan Kastam negara Malaysia

Badrul telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tetapi tiada tindakan susulan diambil. Pihak Kastam juga tidak menawarkan sebarang penjelasan. "Najib melakukan perkara yang sama sepeti Rosmah; mengelak daripada isu sebenar," kata Badrul.

Rosmah ,dua minggu lalu telah berkata bahawa beliau tidak akan memberi penjelasan terhadap spekulasi itu. Beliau juga cuba untuk menarik simpati orang ramai dengan berkata bahawa beliau sudah biasa diburuk-burukkan oleh musuh-musuh beliau.

Tetapi ramai rakyat Malaysia tidak bersimpati dengan beliau. Sebaliknya,beliau dikecam kerana tidak menafikan hal tersebut. Media kerajaan juga diselar kerana membuat kesimpulan mereka sendiri bahawa Rosmah telah menafikan pembabitan beliau dengan cincin tersebut demi membantunya untuk menutup hal sebenar.

Selain itu, kedua-dua suami dan isteri ini masih belum menjelaskan kepada Parlimen mengenai perbelanjaan besar lawatan ke luar negara mereka, rungut para penggubal undang-undang dari pihak pembangkang.

Kaitan dengan Khairy?

Tetapi perkembangan yang paling menarik daripada keseluruhan isu ini adalah cara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengalih pandangan rakyat kepada berita terkini. Menggunakan Twitter, beliau cuba menarik perhatian kepada laporan Kompas dengan menyalahkan de-facto Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim, yang sememangnya seorang tokoh yang popular di Jakarta.

Khairy dengan tidak membuang masa melibatkan diri dalam pertikaian berpanjangan di Twitter dengan ahli parlimen pembangkang Dzulkefly Ahmad mengenai isu Najib dan keluarganya yang membawa rombongan besar ke Kazakhstan menggunakan wang kerajaan untuk pertunangan anak perempuannya pada bulan Jun lepas. Walaupun ia seiring dengan lawatan rasmi, majoriti daripada ahli rombongan dijemput untuk menghadiri majlis pertunangan mewah anak Najib dan bukannya untuk tugas rasmi.

Namun begitu, Khairy dituduh sengaja menarik perhatian kepada penyalahgunaan dana awam oleh Najib. Sejurus selepas laporan Kompas itu diterbitkan pada 4 Ogos lepas, Khairylah yang didakwa membekalkan berita tersebut kepada Kompas

"Diketahui umum bahawa Kompas akhbar Indonesia yang diusahakan oleh Ketua Paramount Pakatanis '. Info disalur oleh Pakatanis. Sekarang ditangkap berbohong Padan Muka," pos Khairy dalam Twitter pada hari Ahad.

Pembantu Anwar Eekmal Ahmad segera memberi tindak balas.

"Khairy, anda berbohong! Sehingga jam 3.48 waktu KL, Kompas menegaskan ia tidak memohon maaf kepada Najib Tun Razak. Kompas hanya membuat satu temu bual!" pos Eekmal di Twitter.

"Jangan cuba putar belit bro. Anda tweet bahawa Kompas memohon maaf. Anda sekutukan Kompas dengan Pakatan Rakyat. Anda benci PR, saya faham. Tetapi jangan rosakkan imej Kompas!"

- Malaysia Chronicle

Umat Islam pulun buat pahala Ramadhan, BN tolong musnahkan

Oleh: PUTERI BULAN

Pejam celik, pejam celik dah 21 hari umat Islam berpuasa…maknanya kita dah masuk fasa ketiga..pelepasan dari api neraka Allah..dan masing-masing sedang menunggu tibanya malam Lailatur-Qadar…yang pahalanya sama dengan 1000 bulan.

Di ketika ini, suka dan sedih bercampur baur..Apa taknya..yang suka tu maksudnya dah dekat nak raya…yang sedihnya Ramadhan dah nak pulang…entah jumpa lagi ke tidak pada tahun hadapan..masing-masing kita tak tahu.

Sebenarnya perkara yang Puteri nak tulis kali ini memang Puteri dah lama berfikir dan bercakap terutama tika memberi tazkirah Ramadhan.

3 fasa kita lalui sepanjang di bulan Ramadhan ni..kerahmatan, keampunan dan pelepasan dari apa neraka..merupakan nikmat Allah yang besar pada hamba-hambaNya…tapi Puteri sedih..bila menjelang sahaja hari raya…terlondeh semua tawaran-tawaran Allah pada kita tadi.

Tunggu je laa..dalam 2-3 hari lagi, akan diiklanlah di TV, rancangan-rancangan menarik menjelang Eidul Fitri..bermula malam raya sehingga seminggu..bermacam-macam bentuk hiburan..

Kerana rancangan television yang menarik, budaya ziarah menziarahi dah semakin lembab..para remaja khususnya lebih suka melepak depan tv dari menziarahi sanak saudara sahabat handai, bermaaf maafan mengerat ikatan siratul-rahim. Bukan tu saja, bila ada orang beraya dekat rumah, mereka ini seakan-akan kurang senang sebab menganggu aktiviti mereka menikmati juadah hidangan television.

Saban tahun, tiada perubahan malah semakin menjadi-jadi, dengan gelagat artis yang terkedek-kedek menari, melalak, mendedahkan aurat, bergaul bebas, seolah-olah itulah sebenarnya tuntutan hari raya.

Sebulan di bulan Ramadhan, syaitan dan iblis dibelengu dan dilepaskan apabila selesai umat Islam menunaikan solat sunat hari raya..maka bertempiaranlah lari merayakan kebebasan mereka..apakah kita sebagai manusia nak samakan diri kita dengan syaitan …yang menganggap selesainya Ramadhan, tibanya Syawal maka bolehlah kita merayakan pelepasan kita dari menunaikan puasa semahu-mahunya…

Tak kira dalam semua segi, pengisian hari raya lebih kepada maksiat dan mungkar…pawagam-pawagam melambai-lambai rindu..menghidangkan cerita-cerita menarik untuk mengisi aktiviti hari raya..maka berbondong-bondonglah para remaja bersama pasangan masing-masing berhari raya di pawagam-pawagam…bukan itu sahaja..ada yang lebih suka berhari raya bersama kekasih masing-masing ditaman-taman bunga dari menziarah nenek dan tok wan yang telah tua di kampung. Lebih teruk lagi, ada yang lebih rela bersalam-salaman dengan kawan-kawan dari mengucup tangan ayah bonda memohon kemaafan…

Sedangkan hari raya merupakan hari fitrah manusia kembali seperti bayi yang baru lahir bersih dari dosa…kerana keampunan Allah sempena Ramadhan yang dilalui..tetapi berapa kerat yang nak ambik hal benda-benda macam ni..

Sampai bila budaya-budaya sedemikian harus dibiarkan….budaya mencemarkan kesucian Syawal anugerah Allah kepada kita…..jadi..Tok Rais anak Yatim, Nek Syarizat kena-kenalah fikir hal ni sama…

Tapi yang Puteri respect…kat adik-adik kita kat kampung…seawal pagi lagi dah cantik berbaju raya..nak beraya…selepas itu..tentulah dapat duit raya…

Penduduk Libya rai kejayaan tewaskan Gaddafi

SEJUMLAH penduduk berhimpun di Benghazi, Libya semalam untuk meraikan kejayaan para pemberontak memasuki bandar Tripoli.


TRIPOLI, Libya - Pemberontak dan penduduk Libya meraikan kejayaan mereka di Dataran Hijau di sini semalam selepas mereka menawan kebanyakan kawasan di ibu kota negara berkenaan.

Pertahanan Gaddafi hancur manakala pemerintahan kuku besinya selama 42 tahun juga berakhir, namun di mana pemimpin Libya itu kini bersembunyi masih tidak dapat dipastikan.

Pergolakan di Libya bermula pada Februari lalu apabila sejumlah penduduk berhimpun di Benghazi dan Al Baida pada Februari lalu bagi menuntut kebebasan hak asasi manusia sebelum bertukar menjadi peperangan di antara pemberontak dengan tentera Gaddafi.

Setakat ini, hanya terdapat beberapa penentangan kecil oleh saki baki tentera Gaddafi di sini.

Terdahulu, stesen televisyen Libya menyiarkan rayuan Gaddafi kepada rakyat negara itu supaya bangkit demi mempertahankan pemerintahannya.

Pejuang pemberontak kini menawan anak lelakinya yang juga pewaris Gaddafi, Seif al-Islam.

Seif dan bapanya sebelum ini dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di Belanda kerana jenayah kemanusiaan.

Seorang lagi anak lelaki pemimpin itu berada dalam tahanan rumah.

"Semuanya sudah berakhir si rambut kerinting (Gaddafi)," jerit beratus-ratus lelaki dan wanita yang berhimpun di Dataran Hijau lewat kelmarin.

Orang ramai yang gembira dengan kekalahan Gaddafi, melepaskan tembakan ke udara, bertepuk tangan dan melambaikan bendera tiga warna pemberontak.

Sebahagian mereka membakar bendera hijau rejim Gaddafi dan melubangi sebuah poster yang menampilkan imejnya.

Beberapa pemimpin pemberontak berkata, kemenangan mereka selepas kebuntuan dalam perang saudara di Libya sejak enam bulan lalu, dicapai menerusi kerjasama di antara pemberontak, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) dan penduduk Tripoli.

Pejuang-pejuang pemberontak dari barat Libya mara lebih 30 kilometer dalam masa cuma beberapa jam kelmarin dengan menawan beberapa buah bandar dan sebuah pangkalan tentera semasa menuju ke sini.


ORANG RAMAI yang menaiki sebuah trak mengibarkan bendera baharu Libya bagi meraikan ketibaan para pemberontak di Tripoli semalam.


Pada masa yang sama, penduduk di bandar raya ini yang dibekalkan senjata oleh pemberontak secara rahsia, bangkit menentang rejim Gaddafi.

Apabila pemberontak tiba di sini, satu batalion khas yang ditugaskan oleh Gaddafi untuk mengawal bandar raya ini bertindak menyerah diri kepada mereka.

Seorang pegawai kanan kepimpinan pemberontak, Fathi al-Baja berkata, komander batalion berkenaan berpaling tadah selepas saudara lelakinya dihukum bunuh oleh Gaddafi beberapa tahun lalu.

Menurutnya, pelan untuk menawan bandar raya ini dirancang sejak tiga bulan lalu dengan bantuan NATO dan pemberontak di sini.

Menjelang semalam, pemberontak telah menawan kebanyakan kawasan di bandar raya ini termasuk Dataran Hijau.

Rampasan Dataran Hijau merupakan kejayaan simbolik buat mereka.

Kawasan tersebut merupakan lokasi perhimpunan pro-Gaddafi yang diadakan hampir setiap malam dengan pemimpin Libya itu menyampaikan ucapannya di Kubu Merah di sebelah dataran berkenaan.

Gaddafi ialah pemimpin dunia Arab yang paling lama memerintah.

Beliau mentadbir negara Afrika Utara yang dihuni cuma enam juta penduduk dan kaya dengan minyak itu selama 42 tahun.

Sejak bertahun-tahun lamanya, pemimpin beliau dituduh mendalangi pengeboman pesawat 747 milik syarikat penerbangan Amerika Syarikat, Pan Am yang meletup di Lockerbie, Scotland dan membunuh 270 orang. - AP

Anak Harimau dilamar

WAN ZACK antara tiga pemain skuad Olimpik yang mendapat perhatian di Slovakia.

PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.

Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing.

Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara - Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas - telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.

Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.

Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.

Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.

"Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.

"Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.

"Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee ketika dihubungi Kosmo! di Slovakia semalam.

Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi pada playoff Liga Europa.

Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.

Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.

Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.

Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.

"Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.

"Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini," jelas Kim Swee.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

PERKIM hulur sumbangan sempena Aidil Fitri

images/stories/OGOS2011/img_00041.jpgJITRA – Seramai 50 orang fakir miskin menerima sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, YB. Abdul Ghani Ahmad.

Program itu dianjurkan oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Cawangan Ayer Hitam dengan kerjasama Surau Siti Aminah, Sungai Korok, Alor Biak, di sini.

Abdul Ghani dalam ucapannya berkata, sumbangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang terpaksa dihadapi oleh golongan berkenaan terutama dalam menyambut Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan menjelaskan, usaha yang dilakukan pelbagai pihak dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik amat dihargai.

“Kita amat mengalu-alukan sumbangan dan penyertaan pelbagai pihak dalam usaha bersama-sama membantu golongan yang memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim serta ibu tunggal,” ujarnya.

http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1216%3Aperkim-hulur-sumbangan-sempena-aidil-fitri&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

Tazkirah Ramadan oleh YAB. MB dari Masjid Sungai Daun, Sala, Yan


Masjidilharam dibesarkan lagi


GAMBAR Masjidilharam di Mekah yang dirakam dari udara pada 20 Ogos lalu. - REUTERS

JEDDAH 22 Ogos - Pemimpin Arab Saudi, Raja Abdullah merasmikan pelancaran projek pembesaran Masjidilharam yang menelan kos AS$10.6 bilion (RM31.8 bilion), Jumaat lalu.

Projek itu bertujuan untuk membolehkan kompleks tersebut menampung kira-kira dua juta jemaah pada satu-satu masa, lapor akhbar Asharq al-Awsat.

Kira-kira 10,000 pekerja sedang bekerja siang dan malam di tapak seluas 400,000 meter persegi itu.

Projek tersebut melibatkan binaan tambahan berbilang tingkat di bahagian utara kompleks berkenaan, serta tangga dan terowong untuk memudahkan laluan jemaah ke masjid itu.

Masjidilharam telah diperbesarkan pada pertengahan 1980-an tetapi bilangan jemaah yang semakin bertambah bermakna satu lagi projek pembesaran diperlukan.

Lewat Jumaat lalu, Abdullah turut merasmikan Menara Jam Diraja Mekah setinggi 601 meter, mercu tanda terbaru yang membantu jemaah di tempat-tempat suci lain mengenal pasti kedudukan Masjidilharam.

Menara jam itu ialah bangunan kedua tertinggi di dunia selepas Burj Khalifa, pencakar langit 828 meter yang dirasmikan di Dubai pada awal tahun lepas. - AFP





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...