Monday, August 22, 2011
Mamat nak ngelak cukai di utara sana berbunyi plak... bro Melayu mana Melayu UMNO kaa yg pecahnya...
August 22, 2011
SINTOK, 22 Ogos — Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah meliputi segenap lapisan termasuk parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.
“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik, malah dalam pertubuhan bukan kerajaan juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.
“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat... agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” kata Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak dipetik Bernama Online.
Terdahulu beliau menghadiri Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.
Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.
“Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang,” katanya.
“Jadi saya harap supaya gologan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama,” kata beliau sambil menambah, “jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis.”
“Itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur,” kata Mohamed Mustafa.
Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.
Katanya, sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan “ulama upahan, ulama pengampu.”
“Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa,” katanya.
Cadangan CAP pasai JUDI nie kompom MCA geng UMNO tu tak setuju punya..!!
Kami merasakan bahawa ini adalah satu permulaan yang baik dan satu langkah untuk menuju ke arah yang betul tetapi perundangan yang tegas diperlukan untuk mengelakkan orang ramai mendekati dan mudah untuk berjudi.
CAP ingin menarik perhatian terhadap kesan perjudian dan menggesa kerajaan menangani dengan segera masalah ini. Kami kesal dengan tindakan 'tunggu dan lihat' atau sebarang inisiatif yang menangani simptom atau kesan negatif perjudian dengan tidak mempedulikan sumber atau faktor penyebab.
Ketagihan terhadap perjudian merentasi etnik, usia, status sosioekonomi dan jantina. Berjudi untuk keseronokan atau untuk menghabiskan masa lapang dengan mudah boleh menjadi ketagih, yang kemudiannya dikaitkan pula dengan bahaya terhadap mental, sosial dan fizikal.
Wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar bil, cukai, dan untuk lain-lain keperluan keluarga sebagai ganti digunakan untuk berjudi. Ketagihan itu telah menyebabkan hilangnya wang simpanan, tabungan pendidikan anak-anak, bayaran perumahan, tabungan persaraan, dan wang untuk urusan penting yang lain.
Mereka terpaksa berbohong kepada sesiapa sahaja atau meminjam daripada keluarga dan rakan atau lebih malang lagi meminjam daripada along untuk mengekalkan tabiat berjudi mereka.
Perjudian boleh menghancurkan atau memusnahkan hubungan, dan membawa kepada kekecewaan yang menyebabkan mereka bertindak secara haram seperti mencuri daripada perniagaan, pelanggan atau majikan mereka.
Penagih judi juga mungkin melakukan jenayah untuk membiayai perjudian mereka, menyebabkan bahaya kepada mangsa dan keluarga mereka serta diri sendiri dan melibatkan kos dalam sektor keadilan jenayah.
Kos sosial perjudian amat besar dan jauh mengatasi faedah ekonomi kepada kerajaan. Dikatakan bahawa masalah seorang penjudi memberi kesan kepada 7 - 17 orang yang lain, menunjukkan sebahagian besar penduduk menghadapi bahaya daripada masalah perjudian seperti kemusnahan kewangan, kehancuran perhubungan, keganasan rumah tangga, aktiviti jenayah, kemurungan dan bunuh diri. Kesan penagihan judi amat luas dan dalam.
CAP juga mengalu-alukan rancangan penubuhan majlis negara pada tahun ini untuk melihat pelbagai layanan dan program kesedaran pendidikan untuk menangani “masalah perjudian” di negara ini.
Bagaimanapun kami merayu kerajaan agar melaksanakan langkah yang berikut:
Tarik balik cabutan khas
Menggalakkan perjudian bukanlah jawapan kepada rangsangan ekonomi atau mengumpulkan sumber hasil kerajaan daripada cukai aktiviti perjudian.
Kerajaan perlu mengurangkan loteri dan cabutan mingguan empat nombor ekor (4-D), Toto dan lumba kuda oleh syarikat perjudian serta cabutan khas untuk mengurangkan tabiat berjudi. Kerajaan perlu dilihat menangani masalah ini sebagai ganti menghasilkan dan membolehkan ketagihan berjudi.
Pendekatan kesihatan awam
Kita perlu mempunyai pendekatan kesihatan awam yang digunakan untuk mengatasi bahaya perjudian termasuk masalah judi. Contohnya di New Zealand, Kementerian Kesihatan di sana mempunyai 'Program Kesedaran dan Pendidikan Masalah Perjudian' untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan bagi mendapatkan bantuan untuk mereka yang memerlukan.
Melalui program kesihatan awam, kerajaan boleh menyedarkan masyarakat untuk memahami bahaya perjudian dan membina sokongan awam bagi langkah mencegah dan mengurangkan perjudian, bagi menghasilkan komuniti dan keluarga yang lebih selamat.
Pada masa yang sama, kaki judi perlu diberi kaunseling dan sokongan untuk mencegah atau menguruskan tabiat perjudian mereka yang berisiko. Ini akan membantu menghapuskan bahaya yang dicetuskan oleh individu atau keluarga oleh perjudian.
Perundangan
Kita memerlukan peraturan dan perundangan yang lebih ketat dan tegas terhadap pelbagai bentuk perjudian yang telah menular dalam masyarakat moden termasuk perjudian dalam talian. Hampir kepada kasino dan amalan perjudian lain secara langsung berkaitan perjudian.
Peraturan perlu dikuatkuasakan untuk melindungi orang ramai daripada kemudahan untuk memuaskan tabiat berjudi sama ada melalui kasino, mesin judi atau melalui cabutan.
Matlamat utama 'kerajaan rakyat' seharusnya adalah untuk mengurangkan insiden perjudian dan masalah perjudian dan kesan ketagihan judi terhadap kehidupan individu dan masyarakat.
Kita perlu menimbangkan bagaimana ramainya rakyat Malaysia yang kerugian akibat berjudi - kos terhadap setiap orang tidak dapat diukur dan pertimbangan peningkatan kedai judi yang boleh didapati dan kekurangan perlindungan terhadap tabiat itu.
Kerajaan telah mewujudkan kaki judi yang telah menjadi ketagih kepadanya setiap minggu dan cabutan khas yang dibenarkan. Adalah tidak benar perjudian memacu pembangunan ekonomi dan kosnya terhadap keluarga, masyarakat dan negara mestilah dipertimbangkan dengan serius.
Lebih banyak kemudahan untuk berjudi akan menimbulkan masalah yang lebih besar, kami amat berharap kerajaan akan meletakkan kesihatan rakyat negara ini lebih utama mengatasi faedah daripada perjudian.
Penulis adalah presiden, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)
http://www.malaysiakini.com/letters/173783
Takziah buat Keluarga Allahyarham Azizi Abdullah
Penulisan al marhum hidup dalam realiti semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat selain al marhum juga telah meninggalkan jasa besar dalam seni kesusasteraan negara. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung pastinya hasil karya besar al marhum yang melonjak naik namanya dipersada sastera negara.
Seorang yang tinggi disiplin dan berdedikasi dalam penulisan malah kritis dalam mengutarakan idea mengolah realiti meletakkan beliau sebaris dengan sasterawan negara yang lain.
Kini negara telah hilang sebuah permata bernilai dan berkualiti tinggi. Semoga al marhum menjadi contoh kepada generasi muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.
Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga al marhum di atas pemergiannya. Sabarlah di atas ujian ini dan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.
Al Faatihah.
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Relax Minda Petang-Petang Ramadhan..!!
Buletin Utama -Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari
Harian Metro -Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan
Utusan Malaysia/Khairy Jamaluddin -Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang
Harakah -Kami tiada beca
Malaysiakini -Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah
Obefiend -Nenek meleis mati. Aku suka vodka
Twitter @NajibRazak -Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat
Blog Melayu paranoid -Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca
Ibrahim Ali -Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"
Pancaindera -Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster
Mastika - Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi
Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari.!
Kisah Lawak UMNO pasai DEMO MOKTAN di Pekan Naka semalam..
cerita unjuk rasa dibuat di naka pada waktu tengahari buta di bulan posa-AHLI UMNO TAK JUAL BUAH MOKTAN PADA PERAIH SEBAB NAK TUNGGU WAKIL KERAJAAN NEGERI MAI KUTIP BUAH DARI RUMAH-