TERKINI :

Saturday, August 20, 2011

Perlukah memurtadkan orang Islam?

oleh YUSUF HARUN

Untuk jangka waktu agak lama, penduduk di sekitar Petaling Jaya terpaksa melintasi beberapa gereja sebelum mereka sampai ke pelbagai destinasi. Sebagai contoh jika kita dari PJ Old Town atau juga dikenali sebagai kawasan Melayu, kita akan melalui Jalan Templer dan Jalan Gasing untuk memasuki Lebuhraya Persekutuan sebelum boleh ke Shah Alam ataupun kembali semula ke Bangsar dan Kuala Lumpur.

Bangunan gereja lazimnya mudah dikenali kerana terdapat lambang salib pada puncak bumbung. Bagi penduduk beragama Islam, kehadiran gereja-gereja ini tidaklah menjadi kesalahan kerana sebagai negara mengamalkan kebebasan beragama, hak memilih agama tidak dihadkan kepada agama Islam semata-mata.

Namun sekali-sekala, malah sejak awal 1970-an lagi kita terdengar ada orang Islam dilihat memasuki beberapa gereja. Isu orang Melayu ke gereja, sama ada pada hari Ahad atau pada waktu malam biasa tentu saja menjadi buah mulut. Disebabkan isu begini boleh mencetuskan perbalahan jika dipanjangkan, tentu saja orang-orang Melayu berpegang kepada bidalan “biar pecah di perut jangan pecah di mulut.” Harapan kemudian disandarkan kepada pihak berkuasa untuk bertindak menyiasat.

Waktu saya menjadi wartawan dan kemudian mengusahakan syarikat penerbitan sendiri, berita orang Melayu dimurtadkan sering sampai ke telinga, namun kerana ‘takut’ lesen atau permit surat khabar kami dibatalkan, isu itu didiamkan.

Hari ini masyarakat sudah agak terbuka dan KDN selaku pengeluar permit surat khabar sudah agak berlembut. Isu ini sudah boleh diungkit dan dasar keterbukaan kerajaanlah maka pihak media berani menyiarkan dakwaan Mufti Perak tidak lama dulu tentang adanya gereja menjalankan usaha menarik orang Melayu ke agama Kristian di Ipoh.

Isu seumpama ini menggetarkan kolam keimanan umat Islam, namun bagi sesetengah pihak pendedahan mufti dilihat dari aspek politik dan mufti dituduh serta dilempar dengan pelbagai anggapan serong konon pendedahannya “ada udang di sebalik batu.” Malah pihak berkuasa yang menjaga agama Islam pun macam menyepi seribu bahasa.

Seperti hujan yang mencurah lebat, begitulah mufti dibasahi dan terpaksa berdepan dengan tulisan-tulisan di dalam blog oleh mereka yang ternyata anti-lslam dan jika penulisnya seorang Muslim, ia menuduh mufti ada agenda. Sedih tidak langsung kumpulan ini sensitif bahawa telah ramai orang-orang Melayu menjadi murtad. Begitulah orang Melayu hari ini, mereka sudah tidak lagi sensitif kepada isu murtad.

Samalah seperti sekarang, hari itu dan pada ketika isu itu sampai ke telinga saya, walau dalam apa keadaan sekalipun isu orang Melayu murtad tentulah suatu yang sukar diterima akal.

Sejak dari kecil sehinggalah saya sendiri sudah boleh menggunakan akal fikiran dengan rasional, saya sering merasakan tidak ada orang Melayu akan meninggalkan agamanya iaitu agama Islam. Malah saya merasakan Malaysia sangatlah unik di dunia kerana hampir 100 peratus orang Melayu di negara ini menganut agama Islam. Berbanding dengan di Indonesia betapa ada orang Islam menikahi pasangan beragama Kristian manakala anak yang dipunyai menentukan agama pilihan bila tiba masanya. Sehingga sekarang hal begini jarang kedengaran di Malaysia.

Perangkap agar orang Islam terpedaya lalu terjebak dalam agama Kristian telah saya lalui sewaktu di sekolah dulu. Namun ketika itu menjelang hari Krismas, hadiah yang dibalut dengan kertas berwarna-warni diberi kepada mereka yang bukan Islam. Atau dengan kata lain, guru sekolah akan memaklumkan bahawa nama-nama seperti Mohd, Kassim serta Abdul tidak layak ke gereja untuk menerima hadiah. Sehingga ada kawan-kawan mahu menukar nama kepada James, Joe dan Mike semata-mata mahu mendapat hadiah Krismas dari gereja berdekatan sekolah kami. Itu dulu dan strategi itu tentu saja belum berani diguna pakai ketika itu untuk pelajar-pelajar Muslim berbanding hari ini.

Langkah Jais baru-baru ini adalah langkah terbaik dan terbijak dalam usaha menghalang usaha penyebaran agama Kristian dalam kalangan umat Islam. Langkah Jais melakukan serbuan dengan bantuan pihak polis ke sebuah gereja baru-baru ini harus diberi sokongan penuh.

Biar difahami bukan matlamat Jais memerangi agama lain melainkan usaha Jais itu sekadar bersifat preventif sebelum lebih ramai orang Islam mencontohi rakan-rakan yang telah murtad.

Bagi Jais hal-hal seumpama ini tidak boleh dikompromikan meskipun kerajaan Selangor seperti yang kita ketahui adalah kerajaan dianggotai DAP, PKR serta Pas. Jika Pas tidak berani mendepani isu ini kerana mahu menjaga hati DAP, biar saja Jais menjadi bentengnya.

Di Amerika Syarikat, England dan Eropah, usaha memurtadkan orang-orang Islam bukan suatu yang tidak dilakukan. Melalui perkahwinan serta juga bantuan kewangan dan kerja termasuklah suaka politik, penganut Islam cuba dipancing. Ramai yang terpedaya dan terpengaruh hingga lama kelamaan ada yang meninggalkan agama asal.

Namun memilih agama anutan di negara ini adalah pilihan peribadi dan kebebasan memilih menjadi murtad jarang menjadi isu politik kerana seperti yang diketahui benua Eropah dan Amerika Utara bukanlah negara Islam. Ia bukan macam Arab Saudi atau setidak-tidaknya Pakistan.

Amat malang bagi Jais terpaksa berdepan dengan isu ini secara sendirian. Bagi media yang dimiliki bukan Islam, isu ini dicanang seolah-olah Jais melanggar undang-undang dan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan amalan kebebasan beragama. Manakala dipihak orang Islam terdapat segelintir yang merasakan Jais harus dipersalahkan, aneh bukan.

Bukankah Jais itu salah satu institusi di bawah pentadbiran kerajaan negeri mengenai agama Islam?

Tidak mungkin orang Islam boleh murtad jika pihak gereja serta mereka yang berkepentingan tidak mengusahakan atau mengatur strategi memurtadkan orang-orang Islam.

Kuda diheret ke sungai untuk dipaksa meminum air, begitu dengan manusia yang juga dipaksa menjadi murtad setelah terpengaruh dengan umpan perempuan, harta dan sebagainya. Dengarnya kira-kira 3,000 hingga 4,000 orang Islam telah murtad. Betul ke? Mereka termasuklah Lina Joy, dulunya Muslim bernama Azlina Jalani, Aishah Bukhari dan Jamaludin Osman dan ramai lagi.

Jais dan pihak yang bertanggungjawab dalam hal ini hendaklah lebih telus dan lebih berani mendepani isu-isu begini.

Sudah tiba masanya kerajaan menangani isu ini secara lebih berkesan dengan mengguna pakai undang-undang sedia ada dan jika peraturan ini belum ada, baik dibentangkan untuk kelulusan Parlimen segera. Malah semua pihak yang menyayangi ugama Islam harus lebih berani dalam memastikan tidak ada lagi gadis Melayu mengikut jejak Lina Joy ataupun lelaki Melayu sanggup menjadi father Joshua.

Apa yang Jais lakukan semata-mata usaha memastikan pihak gereja tidak berselindung di sebalik pertubuhan itu dalam usaha memurtadkan orang-orang Melayu. Tidak harus ada manipulasi dari mana-mana pihak mendakwa Jais melakukan sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang. Media yang dimodali bukan Islam hendaklah sensitif terhadap isu murtad, bukannya mengeruhkan lagi suasana. Dan mereka yang bertanggungjawab dalam hal ini, tanyalah, apakah perlu memurtadkan umat Islam Malaysia? Apakah ini soal agama atau soal politik kuasa?

http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=383

Kurangkan Loteri, 4D, Toto, Lumba Kuda – CAP

Berjudi

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mencadangkan tiga langkah penting untuk dilaksanakan kerajaan bagi menangani masalah perjudian di negara ini yang dianggap sebagai satu penyakit dan ketagihan yang serius.

Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, langkah itu adalah dengan menarik balik cabutan khas, mengadakan pendekatan kesihatan awam serta memperketatkan aspek perundangan berkaitan perjudian di Malaysia.

“Kerajaan perlu mengurangkan loteri dan cabutan mingguan empat nombor ekor (4-D), toto dan lumba kuda oleh syarikat perjudian serta cabutan khas untuk mengurangkan tabiat berjudi.

“Melalui program kesihatan awam pula kerajaan boleh menyedarkan masyarakat tentang bahaya perjudian dan membina sokongan awam bagi langkah mencegah dan mengurangkan perjudian,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

S. M. Mohamed berkata, kaki judi juga perlu diberi kaunseling dan sokongan untuk mencegah atau menguruskan tabiat perjudian mereka yang berisiko bagi menghapuskan bahaya yang boleh dicetuskan akibat perjudian.

Selain itu, katanya, Malaysia memerlukan peraturan dan perundangan yang lebih ketat serta tegas terhadap pelbagai bentuk perjudian yang kian menular dalam masyarakat termasuk perjudian menerusi talian.

Menurutnya, peraturan yang tegas perlu dikuatkuasakan untuk melindungi orang ramai daripada kemudahan untuk memuaskan tabiat berjudi sama ada melalui kasino, mesin judi atau melalui cabutan.

Tambahnya, langkah itu penting kerana kerajaan perlu menimbangkan tentang nasib ramai rakyat Malaysia yang kerugian akibat berjudi.

Kata beliau, perjudian tidak akan memacu pembangunan ekonomi kerana kos yang timbul akibat kegiatan itu terhadap keluarga, masyarakat serta negara perlu diambil kira.

Malah, kata beliau, lebih banyak kemudahan untuk berjudi akan menimbulkan masalah yang lebih besar.

Justeru, katanya. CAP berharap kerajaan akan meletakkan kesihatan rakyat negara ini lebih utama mengatasi faedah daripada perjudian.

Najib atau Muhyiddin, siapa arah siapa?

PM menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.


Suatu ketika, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memeranjatkan banyak pihak apabila dengan tidak semena-mena beliau mencadangkan ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC).

Tujuan dibentuk PSC ialah bagi mendapatkan persetujuan semua pihak, kerajaan dan pembangkang, ke atas reformasi dalam pilihan raya sebagai mengambil jalan tengah berikutan tuntutan lapan perkara yang diterajui oleh Bersih 2.0.

Tetapi pada ketika yang lain, tidak sampai 48 jam kemudian, beliau mengendurkan pandangannya dengan menyatakan tidak ada cacat celanya dengan sistem pilihan raya dewasa ini. Beliau hanya mencadangkan ditubuhkan PSC memandangkan beberapa pihak menuntut dibuat perubahan dalam sistem itu.

Sikap berdolak dalih yang sering berlaku daripada Najib, tidak sepatutnya menimbulkan kehairanan. Najib tidak akan berkata demikian jika timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengannya dengan menyatakan pilihan raya di Malaysia sentiasa berjalan dengan baik.

Cadangan PSC oleh Perdana Menteri itu kata Muhyiddin, hanyalah untuk memperbaiki proses pilihan raya. Kenyataan terbuka Muhyiddin pada 16 Ogos lalu, datang sehari sebelumnya, merupakan suatu tamparan yang hebat kepada Najib.

Langkah berani reformasi pilihan raya

Beliau nampak ikhlas apabila mengumumkan cadangan PSC itu pada 15 Ogos, apabila beliau berkata:

“Jawatankuasa itu akan berbincang mengenai reformasi dalam sistem pilihan raya yang perlu dilaksanakan bagi mencapai persetujuan yang tidak berat sebelah tanpa apa-apa keraguan bahwa wujudnya manipulasi daripada pihak kerajaan.”

Najib juga menekankan bahawa pentadbirannya tidak akan dibentuk kecuali benar-benar dipilih oleh rakyat.

Kenyataan-kenyataan ini bermakna beliau mengakui terdapatnya kelemahan dalam struktur pilihan raya dan kepincangan ini sudah cukup untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Terpilih Parlimen.

Dan keazaman Najib untuk mendapatkan persetujuan dan memerintah hanya jika “benar-benar dipilih oleh rakyat” merupakan manifestasi dari keinginan untuk memperbetulkan kesilapan yang sudah sekian lama menunggu untuk diperbaiki.

Dalam menghadapi keberanian usaha untuk memberi sedikit nafas lega kepada sistem demokrasi di negara ini yang dapat diterima oleh seluruh rakyat, kenyataan Muhyiddin yang bercanggah dengan bosnya memeranjatkan banyak pihak.

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan ialah apabila Najib membuat pusingan U supaya selari dengan pandangan timbalannya apabila beliau mengulangi kenyataan Muhyiddin bahawa sistem pilihan raya kita adalah telus dan boleh dipercayai.

Bercakap pada satu majlis berbuka puasa pada 17 Ogos lalu, Najib menafikan bahawa cadangan PSC ini merupakan satu pengakuan terhadap kelemahan yang terdapat dalam pilihan raya.

Seterusnya beliau berkata, “kita akan memperbaiki proses pilihan raya, jika ianya dipertikaikan. Kita tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan hati setengah-tengah pihak, kita akan laksanakan beberapa perubahan dalam sistem itu.”

Kenyataan yang tidak bertenaga ini tidak layak buat seorang Perdana Menteri. Jika tidak ada kesilapan, mengapa perlu diubah?

Membuat perubahan hanya kerana ada orang membuat aduan? Tidakkah Perdana Menteri mempunyai pendirian dan pegangannya sendiri?

Membentuk sebuah PSC adalah perkara serius yang berlaku apabila timbul perkara-perkara yang tersangat penting yang perlu di bahas secara terperinci di Parlimen.

Adalah suatu tindakan yang dangkal apabila Perdana Menteri mencadangkan jalan penyelesaian seperti itu dibuat terhadap aduan-aduan berkenaan dengan sistem pilihan raya, yang menurut pendapatnya adalah baik.

Sudah pasti seorang Perdana Menteri tidak bermaksud seperti apa yang beliau katakan – membentuk PSC semata-mata untuk menutup mulut para pengkritik.

Terpaksa membuat pusingan U

Dalam hal ini, tidakkah jelas bahawa Perdana Menteri tunduk kepada pendirian Timbalan Perdana Menteri yang bersikap tegas?

Mengimbas kembali pentadbiran selama dua tahun Najib, tidak dapat tidak kita melihat permulaannya agak gah tetapi sedikit demi sedikit berakhir dengan lemah dan pendiriannya yang teragak-agak, sama seperti perdana menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Perubahan-perubahan yang hendak dilakukan oleh Najib kelihatan betul, reformasi politik di bawah panji-panji 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat dan transformasi ekonomi melalui menggugurkan perlindungan dan bantuan yang berasaskan bangsa bagi memulihkan ekonomi.

Tetapi beberapa siri kenyataan yang bersifat sombong dan degil daripada kalangan anggota partinya (Umno) sendiri telah membawa kepada transformasi hanya berbentuk slogan semata-mata.

Ditengah-tengah kekecewaan ini, sikap Najib yang secara tiba-tiba mahu membuat perubahan dalam pilihan raya dilihat sebagai langkah strategik untuk meraih kembali keyakinan dari golongan masyarakat menengah.

Beliau bimbang kehilangan sokongan dari golongan masyarakat ini memandangkan beliau telah memberi amaran keras terhadap gerakan Bersih 2.0 terutamanya, dan kekejaman dan ketidakadilan semasa menangani isu perhimpunan Bersih.

Namun masih belum terlambat, jika Najib dapat menggunakan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri bagi membawa perubahan yang bermakna dalam sistem pilhan raya yang telah kehilangan kredibilitinya.

Kuasa PM

Tambalan pula, seorang Perdana Menteri diberi kuasa penuh oleh Perlembagaan untuk melantik atau menggugurkan anggota kabinetnya.

Sebarang usaha ke arah memulihkan perlembagaan sudah pasti akan disokong dan mendapat sokongan daripada bukan sahaja mereka yang berfikiran waras dalam partinya tetapi juga sokongan dari golongan lain termasuk ahli-ahli pembangkang.

Memperbetulkan kesalahan-kesalahan dalam sistem pilihan raya tidak semestinya menjejaskan partinya, tetapi kesan penerimaan baik dan penghormatan yang terhasil dari tindakan ini (yang tentunya berupa undi), lebih dari cukup untuk menggantikan undi yang hilang.

Di samping itu, menang atau kalah, Najib akan menerima kedudukan yang mulia dalam sejarah Malaysia sebagai seorang Perdana

Menteri yang telah berjasa kerana memulihkan demokrasi dan sistem pilihan raya bagi rakyatnya.

Beliau masih mempunyai masa dua tahun sebelum pilihan raya mencapai tarikh luput pada pertengahan 2013.

Kenapa Najib harus menolak peluang untuk berkhidmat secara saksama dengan menganjurkan pilihan raya yang tergesa-gesa, tidak adil dan manipulasi serta akan menanggung risiko kehilangan segala-galanya; dirinya, partinya dan rakyatnya?

http://www.freemalaysiatoday.com/2011/08/20/najib-atau-muhyiddin-siapa-arah-siapa/

BN adalah singkatan kepada BaNgang

Oleh periapahit

"Tahap meluat aku kepada BN sudah sampai ketahap GABAN. Sebab itulah bila aku membuat ulasan isu-isu semasa kini aku tidak lagi mahu mengguna bahasa yang lunak lagi kerana puak-puak BN ni memang terbukti tersangatlah bangang.

Dalam isu pengambilan 300 guru dari Amerika untuk mengajar Bahasa Inggeris di Malaysia, nampak sangat kebangangan Mat Sembab (Mahyuddin) sebagai orang nombor 2 BN. Perkara yang kecil macam tu pun dia tak nampak besar impaknya, macam mana nak nampak pekara yang lebih besar impaknya.

Semua tahu pelajar Malaysia mengunakan English 122 iaitu bersilibuskan United Kingdom. Satu dunia tahu bahawa dialek English Amerika amat sukar difahami berbanding English UK. Sebab itulah apabila pelajar Malaysia mengambil kursus atau jurusan TESL (Teaching English as a Second Language), mereka ditempatkan di UK bukan Amerika (kalau yang layak belajar di luar Negara). Pelajar-pelajar Malaysia yang nak menyambung pelajaran ke Amerika pula terpaksa menduduki kelas persediaan TOFEL sebelum melanjutkan pelajaran ke US. Inilah pekara bangang yang mat sembab tak nampak. Ambil orang Amerika untuk ajar dialek orang UK.

Lagi satu, pasai apa nak pi ambik mat salleh dari us tu yang langsung tak tahu pasal bahasa melayu. Kalau hantar mat salleh ni pi sekolah pun belum tentu cikgu-cikgu yang ada kat Malaysia ni boleh faham dialek dia orang. Aku yang sering pi overseas pun kalau cakap dengan puak-puak US ni pun terpaksa bagi perhatian lebih sebab dahlah slang, cakap pun cepat. Macam orang Malaysia juga, kalau pergi utara, lain loratnya, pi Timur, lain loratnya dan kalau kat KL lain pula loratnya. Macam tu jugalah dengan puak-puak US ni. Buat apa Malaysia pergi hantar budak-budak belajar TESL kat UK kalau kebolehan mereka tidak digunakan. Buat apa UIA buat kursus TESL kalau mereka-mereka ini tidak digunakan untuk mengajar bahasa Inggeris disini.

Bahkan di Malaysia sahaja ada begitu ramai guru English yang berpengalaman untuk berkhidmat. Tak perlu mat salleh dari US ni. Yang jadi masaalah sekarang ni ialah pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Seorang guru English tak akan dapat menerap istilah sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana itu bukan opsyen beliau dan seorang guru sains dan matematik sukar untuk membudayakan bahasa inggeris dalam pengajaran mereka kerana itu bukan opsyen mereka.

Aku ambil satu contoh, ada seorang rakan aku yang pernah mengajar bahasa inggeris disebuah sekolah di utara tanah air menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa penghantar dalam pengajian bahasa inggeris. Cara dia mengajar menimbulkan kegemparan di sekolah tersebut sehingga beberapa guru senior mengadap pengetua membuat komplein pasai dia ajar bahasa inggeris dalam bahasa melayu.

Bila ditanya, dia kata apabila dia ajar dalam bahasa inggeris, bila ditanya murid-murid semua kata “UNDERSTAND………………………………….”. Bila buat ujian, “GAGAL………………………………………………”. Jadi apa guna kita syok sendiri. Yang rugi pelajar kita kata beliau. Jadi beliau menggunakan kaedah bahasa melayu. Mula-mula dia terangkan apa itu “PAST TENSE, kemudian PRESENT TENSE. Dia ajar apa itu SINGULAR dan apa itu PLURAL. Bila budak-budak itu dah mula faham semua itu, dia mulakan dengan olahan berita pendek dalam bahasa inggeris dari akhbar-akhbar Bahasa Inggeris untuk ditranslate ke Bahasa Melayu. Dari situ dia kata dia akan dapat melihat tahap kefahaman para pelajar. Bila tahap kefahaman dah samapi ke satu peringkat, dia akan meminta para pelajar mengolah berita pendek bahasa Malaysia dari akhbar untuk ditranslate ke bahasa inggeris. Selepas berpuas hati dengan tahap pemahaman para pelajar tersebut, barulah dia menggunakan bahasa inggeris untuk mengajar . Itu pun tak sepenuhnya.

Bila aku dengar penjelasan dia, maka aku terfikir, sebenarnya kita memerlukan kaedah bukannya guru-guru dari US ini. Kalau sekadar memiliki guru dari US ini tetapi macam ayam dengan itik hubungan mereka dengan pelajar apa gunanya.

Mat Sembab janganlah memperkecilkan keupayaan guru-guru di Malaysia. Kalau tak yakin dengan guru-guru di Malaysia dan juga pelajar-pelajar Malaysia yang belajar TESL tu tak diyakini, lebih baik bubarkan saja kursus tu.

Akhir kalam tolonglah, kalau BN nak jadi BaNgang sekalipun, janganlah libatkan keseluruhan penduduk Malaysia. Cukuplah dengan ahli BN saja yang menjadi bangang. Kami tak mahu jadi BaNgang.

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15802

Undi Pos Tentera :Ketaatan Yang Di Persendakan

Oleh PERWIRA KERDIL
Askar Melayu

Suatu penghinaan sebenarnya bila mana ketaatan dan kesetiaan perajurit dan perwira negara sedang dipersenda oleh pemimpin negara. Manakan tidak, disuatu ketika askar-askar ini dikerah berkawal ke seluruh negara menghalang dan menangkap pendatang asing tetapi kini dengan mudah mereka diberi kerakyatan dan hak memilih (baca ‘mesti pilih’ calon yang ditunjukkan) pemimpin negara dalam pilihanraya. Malah, hak askar-askar ini dalam pilihanraya (undi pos) tanpa sedar, turut dimanipulasikan demi kemenangan secara penipuan politik kotor mereka.

Cogan kata dan maruah ‘Taat Setia’ , ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ dan sebagainya kini dicabul demi kelangsungan kuasa politik cela mereka. Panglima-panglima tertinggi sekadar pak turut, mencari nama dan mengobeskan diri bersekongkol mempersenda ketaatan dan kesetiaan askar-askar pimpinan yang hanya mematuhi arahan tanpa soalan. Lupa mereka akan sumpah taat setia yang dilafazkan kepada SPB Yang DiPertuan Agong, ‘berjuang dan sanggup berkorban demi mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara’. Military leadership values tidak lagi menjadi pegangan kepimpinan, maruah diri dicabul hanya untuk menjaga kedudukan dan pangkat.

Askar-askar bawahan menjadi alat meneruskan kuasa yang curang. Pegawai-pegawai pula takut dan kecut mempersoal arahan atasan kerana menjaga kerjaya mencari makan. Jerih payah askar dalam operasi menghambat pendatang asing menjadi cerita jenaka penglipur lara semata. Terleka askar dengan pujian palsu dan secebis imbuhan didendang konon merekalah pahlawan negara sedangkan dilayan tak ubah seperti Jaga atau Pengawal Keselamatan.

Kepada askar-askar satria Negara, nilaikanlah semula perjuangan ini sebenarnya untuk apa. Jangan hanya mengikut perintah membabi buta. Buat pegawai-pegawai perwira Negara, janganlah maruah kepimpinanmu dikorbankan hanya kerana mencari makan. Sesungguhnya rezeki itu ketentuan Ilahi bukan mereka yang menentukan. Di kala kesempatan masih ada dalam Perkhidmatan, jadilah pahlawan negara yang menegakkan kesucian agama, melindungi rakyat dan kedaulatan negara. Jangan kita turut dicemuh sebagai ‘hanjing-hanjing penguasa’ kerana turut memukul rakyat yang hanya meminta hak mereka.

Menangis hiba roh arwah Lt Adnan Saidi dan banyak lagi melihat pengorbanan mereka kini dikhianati. Di manakah anak muda yang mewarisi kepahlawanan Sjn Kanang anak Langkau kalau pun tak sehebat Zaed ibn Harithah, perwira yang mewarisi keberanian Kapt Zainal Rashid kalau pun tak sehebat Muhammad Al-Fateh dan panglima sewibawa Jen Ghazali Che Mat kalau pun tidak sehebat Salahhudin al-Ayubi. Dan adakah pesara tua sanggup berjuang lagi laksana Umar Mokhtar demi kesucian agama, nasib bangsa dan maruah negara daripada menatang kuasa untuk kelangsungan kuasa dan hayat pemimpin keji.

Sumpah ‘Taat Setia’ mu dilafaz kepada Panglima Tertinggi iaitu SPB Yang DiPertuan Agong, bukan kepada menteri. Fikirlah sendiri…..

http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=15814

26 & 27 Ramadhan : Munajat Perdana PRU 13 di Komp. PAS Bt 9

Man Bedul & Polis dok cuci kepala otak budak sekolah suruh sokong BN..!!!

Universiti sekarang memang berbeza dari universiti dulu ye? Adakah perkara di bawah neh ialah subjek terbaru kolej / universiti kita ?
1. Teoh beng hock <-- Belajar cara terjun bangunan ka?

2. Kugen dan aminurasyid <-- belajar cara mengelak dari kena bunuh dengan polis ka?

3. Altantuya <-- belajar cara mengelak bom ka?

4. Kes liwat dsai <-- belajar cara menfitnah dengan budak pondan ka?

5. Seks dsai <-- belajar cara buat video seks ka?

5. Interlok <-- belajar kutuk bangsa orang lain ka?

6. ISA <-- belajar ugut orang ka?

7. Bersih <-- belajar cara mengharamkan demokrasi ka?
Lihat gambar di bawah neh ;






Kisah nya begini. Pada hari ahad yang lepas berlaku satu ceramah tentang keselamatan dalam negara oleh superitendant polis kedah. Sesi ceramah yang konon nya berkaitan pasal soal keselamatan dalam negara menjadikan 7 subjek di atas daripada sub topic yang dibincangkan kepada budak2 muda yang berusia 19 hingga ke 20 an.

Dalam sesi "perbincangan" tue jelas wujud unsur2 brainswashing minda budak2 neh agar menyebelahi pihak polis + kerajaan + pihak penguatkuasa kerajaan. Pihak yang memberikan ceramah [andai boleh di anggap sebagai "ceramah" disini] ialah terdiri daripada dua individu iaitu ;

Superintendendent mohd yusri bin mohd yunus yang juga pegawai turus ancaman sosial pdrm cawangan khas kedah. <-- Siap tayang video sumpah laknat sekali tue.. woitt apa kena mengena isu kes mahkamah anwar ibrahim dengan budak2 yang baru masuk kolej neh hah?

Ybhg dato' wira othman abdul yang naib presiden mubarak malaysia. <-- dia kutuk2 pas dan bersih dalam sesi orentasi tue. Wooorr kutuk2 pas yer? Perang raih sokongan dalam universiti ka? Adil ka buat macam neh? Pakatan pun nak buat juga laa.. boleh lah yerk? Baru lah adil kan..?

Untuk rekod korang sesi ceramah pasal isu keselamatan negara neh dibuat untuk budak2 dari kolej perubatan yang aku takmo dedahkan dari mana. Budak2 yang baru masuk kolej. Lebih kurang macam sesi orentasi lah. Itu sebab dorang kena jejak ceramah neh. Benda neh dibuat di dalam salah satu universiti tempatan.

Bayangkan yerk, neh yang kita tahu. Yang kita taktahu mungkin ada banyak lagi. Mereka masuk ke kolej demi kolej, universiti demi universiti untuk brainwash minda budak2 neh agar membenci pakatan rakyat. Tapi dalam masa yang sama dorang gak pongpang2 agar jangan babitkan dan dedahkan bebudak neh denga politik. Dah tue apa pula yang dorang neh buat? Kalau bukan politik nak panggil apa pula?

Kalau rasa dah hebat dan betul sangat, kita deal aje depan2. Kutuk aje depan2. Aku teringin sangat nak tengok apa benda yang dorang bebelkan dalam sesi orentasi neh. Kalau ada di antara korang yang pernah pergi ke sesi cuci minda macam neh dan ada rakaman, minta diberikan kepada aku. Nak gak aku tahu apa yang dorang cuak sangat sampai beria2 masuk universiti sekarang neh untuk cari undi dan sokongan orang muda agar memihak mereka.

Ameno : Ini terdesak gila neh.. siyes. Betul2 terdesak giler.

Zul Kulim d'tangkap' menipu pasal sirah nabi...!!!


KISAH Syaidina Umar Al-Khatab masuk melawat sebuah gereja besar di Juruselam merupakan satu kisah yang sangat popular di dalam Sejarah Islam.

Peristiwa ini menjadi tauladan kepada seluruh umat Islam apabila sahabat nabi itu menolak untuk bersolat di dalam gereja walaupun dipelawa oleh paderi besar Baitulmuqadis, Sophronius.

Merujuk kepada buku novel sejarah Islam, UMAR AL-KHATTAB Reformis Dunia Islam, muka surat 265, tulisan Abdul Latip Talib, diceritakan secara jelas bahawa Syaidina Umar telah mengunjungi sebuah gereja besar di Baitulmuqaddis namun menolak untuk bersolat di dalamnya.


Namun begitu, demi mempolitikkan isu gereja untuk menunjukkan kononnya dia pejuang Islam, Ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin, sanggup memutar belitkan Sirah Sahabat dan menipu di khalayak ramai.

Ahli Parlimen bebas itu menipu dengan mengatakan bahawa Syaidina Umar telah dijemput ke gereja tetapi beliau tidak mahu masuk ke dalam gereja.

Fakta sebenar, Syaidina Umar tidak mahu bersolat di dalam gereja, bukan tidak mahu masuk. Lihat penipuan terang-terangan Zulkifli dalam video di bawah.



Dengan lagak Zulkifli Nordin yang konon-konon pejuang Islam sebenar, ramai orang yang tertipu dan menyangka masuk ke gereja adalah berdosa kerana terpengaruh dengan fatwa baru Zulkifli Nordin.

Apa beza dengan "mengharamkan yang halal" ?

ReJaM© "Zulkifli Nordin buat Sirah sendiri..."

Tazkirah untuk anak Mahathir yg pegang syeir 15% saham sykt arak Filipina

Arak, San Miguel Dan Mirzan Mahathir Berpisah Tiada


Walaupun telah melepaskan pegangan dalam San Miguel Corp., sebuah syarikat berasaskan minuman arak yang dilarang oleh agamanya sendiri pada April 2010, rupanya Mirzan Mahathir belum insaf.

Menjadi Pengarah di syarikat yang masih ada kaitan dengan San Miguel Corp. membuatkan anak Mahathir ini masih terpalit dengan perniagaan yang ditegah dan dilarang, tergolong antara 10 golongan yang terlibat dengan arak seperti yang termaktub dalam Hadith Rasulullah SAW.

Selagi Mirzan tidak meninggalkan jawatannya sebagai pengarah di sebuah syarikat yang masih ada kaitan dengan kepentingan arak, Petron Corporation, selagi itulah dosa-dosanya terhadap Allah SWT akan terus bertambah sehinggalah dia bertaubat.

Lu pikir la sendiri Mirzan.

JALAN PULANG

Sekali lagi di dalam bulan Ramadan yang mulia ini, kita rasa terkejut dan pilu dengan tersiarnya kenyataan Mirzan Mahathir melalui beberapa media yang mengesahkan penglibatan beliau di dalam sebuah industri pengeluaran arak.

Beliau mendakwa bahawa perlantikan beliau sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan pemilikan 15% saham San Miguel Corp, Filipina, sebuah syarikat pengeluaran arak yang terbesar di negara tersebut, adalah semata-mata “urusan bisnes beliau semata-mata”.

Beliau menganggap apa yang dilakukan tidak memberi implikasi kepada sikap dan anutan agama seorang.

Biro Pemahaman dan Penghayatan Agama KEADILAN ingin menjelaskan kedudukan perkara ini menurut syari’at Islam.

Hakikatnya, pengharaman arak oleh Allah (SWT) adalah tidak sekadar meminumnya sahaja.

Malah, ia melibatkan semua kegiatan yang berkaitan dengan penghasilan dan penjualannya.

Arak juga tidak mengenal kuantiti sama ada banyak atau sedikit, hatta setitikpun, hukumnya tetap haram.

Di dalam Al-Qur’an, Allah (SWT) berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya meminum arak, berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan”. (Surah al-Ma’idah: 90).

Di dalam sebuah hadis dinyatakan:

“Rasulullah (SAW) melaknat tentang arak ke atas sepuluh golongan: (1) yang memerahnya; (2) yang minta diperahkan untuknya; (3) yang meminumnya; (4) yang membawanya; (5) yang minta dihantarinya; (6) yang menuangkannya; (7) yang menjualnya; (8) yang makan hartanya; (9) yang membelinya; (10) yang minta dibelikannya”. (Hadis riwayat Tarmizi dan ibn Majah).

Adalah jelas sikap Mirzan Mahathir menampakkan kejahilan dan ketidakprihatinan beliau mengenai halal dan haram dalam sesuatu urusniaga dan implikasinya dari segi akidah dan shari’at Islam di sisi Allah (SWT). Nyata beliau hanya memikirkan keuntungan kebendaan dan dunia semata-mata.

Biro ini ingin menegaskan bahawa sikap seperti ini hanyalah dapat diterima oleh doktrin sekularime Barat dan amat bertentangan dengan kehendak Islam yang meminta umatnya menghayati seluruh ajarannya secara kaffah (komprehensif).

Tindakan beliau, sudah pasti bukan sekadar mencemar imej diri, malah ia turut mencalar imej bapa beliau Tun Dr.Mahathir Mohammad (Mantan Perdana Menteri) yang acapkali mengangkat diri sebagai “fundamentalis Muslim”.

Kita amat dukacita dengan perkembangan ini. Ia berlaku di ketika banyak pihak sedang memperihatinkan usaha mendidik rakyat terutama generasi muda supaya tidak terlibat dengan kegiatan arak.

Alangkah indahnya, sekiranya Mirzan Mahathir dapat bertindak sebaiknya memperbetulkan keadaan ini dengan segera.

Sebagai seorang usahawan Muslim dan anak seorang Negarawan besar, sewajarnya beliau mempamirkan “qudwah hasanah” (contoh teladan terbaik) di dalam urusan perniagaannya dan beriltizam kepada agama Islam yang suci.

DR. MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

http://wargamarhaen.blogspot.com/2011/08/arak-san-miguel-dan-mirzan-mahathir.html

Wadah perjuangan bangsa MELAYU konon... dalam Umno pun dah ada Kristian


DALAM UMNO PUN ADA KRISTIAN

Sudahlah tu, dalam Umno pun ada Kristian!MASIH ingat lagi John Ghani? (gambar) Beliau ialah perwakilan Umno Sabah dan pertama kali muncul dalam perhimpunan agung parti itu setelah Umno membuka keahlian kepada Bumiputera selain bangsa Melayu.

John Ghani menjadi popular kerana loghat Sabahnya apabila menyebut "zink" sebagai "jink" ketika berucap dalam perhimpunan agung Umno. Antara yang menyiarkan ucapan wakil Sabah dari etnik Kadazandusun beragama Kristian itu adalah Utusan Malaysia, akhbar milik Umno.

Keputusan Umno untuk bertapak di Sabah sebenarnya membawa banyak perubahan kepada dasar, perlembagaan dan landskap parti nasionalis itu. Jika sebelum masuk ke Sabah, Umno dikenali sebagai parti Melayu dan hanya menerima Melayu (yang ditakrif mesti beragama Islam) sebagai ahli; namun setelah masuk ke Sabah, Umno mula menerima ahli bukan Islam asalkan ia seorang Bumiputera.

Seorang Kadazan atau Murut beragama Kristian layak menjadi ahli Umno kerana mereka ialah Bumiputera. Malah Umno telah mencatat sejarah apabila seorang ahlinya yang beragama Kristian, Dato' John Ambrose dipilih sebagai Ketua Umno Bahagian Penampang.

Fasal 4 perlembagaan Umno menyebut bahawa ahli-ahli Umno adalah dua jenis iaitu ahli biasa dan ahli bergabung.

Ahli Biasa ialah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas (Fasal 4.2).

Ahli Bergabung adalah sebuah pertubuhan politik yang bersetuju berkerjasama dengan Umno dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi (Fasal 4.3). Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) kini menjadi Ahli Bergabung Umno.

Pada Fasal 5 berhubung pendaftaran keahlian, disebut bahawa tiap-tiap orang Melayu dan Bumiputera berhak mendaftar diri sebagai ahli Umno mengikut Perlembagaan dan peraturannya.

Sehubungan itu, bukanlah satu perkara yang pelik bagi Umno mempunyai seorang ahli beragama Kristian asalkan ia seorang Bumiputera. Malah bukan menjadi satu keganjilan jika Umno khususnya di Sabah satu ketika nanti akan dikuasai orang bukan Islam jika majoriti Bumiputera bukan Islam di Sabah mengambil keputusan menyertai Umno.

Sebaliknya seorang Cina dan India beragama Islam tidak diterima menyertai Umno. Ini kerana parti itu menetapkan anggotanya mestilah seorang Melayu atau Bumiputera. Meskipun beragama Islam, seorang Cina atau India tidak boleh menyertai Umno kerana ia parti yang hanya dikhaskan untuk Melayu dan Bumiputera.

Sebagai contoh, walau bagaimana hebat pun seorang Cina itu membela Umno mahupun dasar-dasar Umno dan BN, seperti dilakukan pensyarah kanan Universiti Pertahanan Malaysia, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah; beliau tetap tidak diterima menyertai Umno kerana dia seorang Cina yang hanya layak menyertai MCA atau Gerakan. Malah Ridhuan Tee juga tidak boleh menjadi Ahli Bergabung Umno kerana beliau seorang individu dan bukannya sebuah pertubuhan politik.

Jadi apalah peliknya Umno untuk hidup harmoni dengan lain-lain masyarakat Malaysia berlainan agama kerana parti itu sendiri mempunyai ahli bukan Islam khususnya Kristian? Jika benar pun wujud konspirasi atau pakatan sulit untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, apakah logiknya pakatan itu jika penduduk Kristian di negara ini hanya mewakili 10 peratus jumlah penduduk.

Malah ahli Parlimen DAP Jelutong yang dikaitkan dengan dakwaan konspirasi itu sendiri beragama Buddha dan bukannya Kristian seperti anggapan kebanyakan orang. Majlis itu juga turut dihadiri ahli jawatankuasa DAP cawangan Bukit Tumba, Mohamed Razali Abdul Rahman. Mustahil bagi para paderi dan pastor berkonspirasi untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara dengan kehadiran penganut Islam.

Jika Utusan Malaysia dan pemimpin Umno begitu risau dengan pengaruh Kristian di Semenanjung sehingga boleh menjejaskan taraf Islam sebagai agama Persekutuan yang termaktub dalam Perlembagaan, mengapa ia tidak melihat usaha Umno Sabah bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam menyertai parti itu sebagai satu ancaman?

Malah Umno Sabah telah membentuk satu pasukan petugas khas bagi menarik lebih ramai Bumiputera bukan Islam dari kalangan etnik Kadazandusun dan Murut untuk menyertai Umno. Usaha ini, kata John Ambrose adalah untuk menguatkan lagi kedudukan Umno di Sabah.

Langkah Umno Sabah ini, kata Ketua Umno Bahagian Penampang itu mendapat lampu hijau daripada Presiden Umno (ketika itu), Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Dato' Seri Najib Razak.

Mungkin ada di kalangan penyokong fanatik Umno berpendapat bahawa keadaan ini khusus untuk Sabah sahaja dan tiada kaitan dengan politik Semenanjung. Bagaimanapun gerakan yang dipelopori Umno Selangor bagi memindahkan para pengundi Sabah ke Selangor khususnya di Shah Alam boleh menangkis hujah ini.

Kesimpulannya, isu yang digembar-gemburkan Utusan Malaysia bersumberkan dua laman blog pro-Umno itu sengaja ditimbulkan untuk memburuk-burukkan DAP dan mengaitkannya dengan gerakan Kristianisasi. Ia tiada kaitan langsung dengan survival umat Islam mahupun kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Semua episod ini dirancang bertujuan mengocak sentimen umat Islam khususnya bangsa Melayu untuk memastikan sokongan mereka terus kepada Umno. Apatah lagi parti itu ingin dilihat sebagai pembela dan benteng politik Melayu Islam.

Sudah-sudahlah tu... dalam Umno pun dah ada Kristian. -Ahmad Tajdid

http://miakbaitkenyalang.blogspot.com/2011/05/dalam-umno-pun-ada-kristian.html


Warga Asing semakin berlagak dalam negara..!!

Wanita dikerat: 10 rakyat Bangladesh, seorang Indonesia ditahan
August 19, 2011

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Polis menahan 11 lelaki warga asing berhubung kes membunuh seorang wanita yang mayatnya dikerat-kerat dan seorang kanak-kanak lelaki di Ampang awal bulan ini.

Mereka terdiri daripada 10 warga Bangladesh berumur dalam lingkungan 20 hingga 30-an dan seorang warga Indonesia.

“Motif sebenar kejadian masih belum diketahui, dan kita percaya mengetahuinya dalam masa terdekat,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah.

Kesemua suspek ditahan reman sehingga 22 Ogos dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh, lapor Bernama Online hari ini.

Dalam kejadian itu, polis menemui keratan tubuh dan organ manusia, termasuk usus, dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang dekat sini.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan semua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita warga asing dalam lingkungan 30-an dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 20 bulan.

Mohd Adnan berkata polis turut merampas beberapa barangan kes termasuk dua bilah pisau, dua pasu bunga dan dua batang mob dari rumah didiami suspek yang terletak beberapa baris dari rumah mangsa.

Beliau berkata polis tidak dapat mengenal pasti sama ada kanak-kanak lelaki itu adalah anak wanita berkenaan.

Ditanya mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai suami kepada wanita itu, Mohd Adnan berkata polis tidak dapat mengesahkan hubungan mereka.

“Tahun ini 12 hari berbuka puasa di hospital”

Ditulis oleh WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 17 Ogos – “Saya hanya berbuka puasa selama dua hari sahaja di rumah manakala 12 hari lagi berbuka puasa di hospital”.

Itulah kata-kata Menteri Besar, YAB. Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak pada majlis berbuka puasa bersama Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) di Dewan Sri Mentaloon, di sini.

Menteri Besar dalam ucapannya turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua MKK yang turut sama membantu dalam memajukan negeri ini.

“MKK juga turut memainkan peranan dalam usaha membantu Kerajaan Negeri bagi memastikan setiap perancangan yang dilaksanakan berjalan dengan baik,” ujarnya.

Menurutnya, sejak tiga tahun enam bulan negeri Kedah ditadbir oleh Pakatan Rakyat (PR), pembangunan di negeri ini tetap berjalan seperti biasa.

“Walaupun sudah tiga tahun enam bulan kita memerintah negeri ini, kemakmuran dan kesejahteraan yang dicapai adalah hasil usaha bersama yang turut diberikan oleh rakyat dari pelbagai kaum di negeri ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, majlis yang diadakan pada kali ini melibatkan MKK dalam Zon Utara manakala majlis berbuka puasa bersama MKK dalam Zon Selatan akan diadakan selepas ini.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Phahrolrazi Haji Zawawi berkata, bonus untuk Hari Raya sudah diluluskan pada Mesyuarat EXCO yang diadakan di Sri Mentaloon, di sini yang dipengerusikan oleh Menteri Besar.

“Semua kakitangan Kerajaan Negeri akan memperolehi bonus masing-masing pada 18 atau 19 Ogos 2011 dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) juga turut menerima bonus,” ujarnya.

Pada majlis itu, YB. Phahrolrazi turut menyampaikan cek kepada enam Pegawai Daerah di negeri ini bagi pembayaran elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha MKK dalam Daerah Kubang Pasu, Kota Setar, Padang Terap, Pendang, Pokok Sena dan Langkawi.

Elaun kepada Pengerusi MKK akan dibayar untuk bulan Julai, Ogos dan September 2011 manakala elaun kepada Setiausaha MKK akan dibayar untuk bulan Januari hingga September 2011.

Manakala bagi Zon Selatan, majlis penyampaian cek kepada enam Pegawai Daerah akan diadakan di Pusat Pengumpulan Produk Pertanian Lembah Jerai (4PLJ), Sungai Petani yang melibatkan enam daerah iaitu Kuala Muda, Yan, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO); Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Penolong Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN), Afizudin Saad.

ISU GEREJA: APAKAH KITA JUGA PENGAMAL PRAGMATIK?

ISU GEREJA: APAKAH KITA JUGA PENGAMAL PRAGMATIK?

Berbaik sangka dan sifat hormat menghormati antara kaum dan agama adalah sesuatu yang sangat disanjung demi keharmonian rakyat dalam negara ini. Apa-apa usaha yang dilakukan tanpa memikirkan implikasi kepada faktor ini adalah satu tindakan tidak cerdik dan menjuruskan kita kepada masalah yang tiada berkesudahan.

Tujuan politik adalah untuk mencari kaedah atau formula terbaik untuk menguruskan rakyat dan negara berdasarkan ideologi yang dapat diterima oleh kebanyakan rakyat. Adalah sesuatu yang mustahil bagi golongan minoriti untuk menjadi penentu politik sesebuah negara. Jika niat mereka ini diteruskan juga akan berlakulah keadaaan ketidakseimbangan dalam masyarakat. Lihatlah apa yang berlaku di negara Yahudi dan kelompok yang seumpama dengannya di merata dunia. Kewujudan mereka pastinya mengundang masalah apabila mereka mahu menjadi penentu dan peneraju walaupun mereka adalah minoriti. Agak mustahil tidak ada orang Jepun atau keturunannya berada di bumi China begitu juga sebaliknya. Kenapa tidak berlaku kekecohan? Jawabnya mereka sedar bahawa mereka adalah minoriti dan mesti meghormati yang majoriti.

Adalah membuang masa apabila kita terlalu melayani kehendak mereka yang tidak dapat diterima oleh kumpulan majoriti. Tidak menjadi halangan jika mereka ingin mengamalkan suruhan agama atau ideologi sesama mereka. Tetapi menjadi masalah besar jika mereka juga mahu mendapat keistimewaan melampaui peruntukan perlembagaan sesebuah negara yang sudah disepakati dan dihormati sekian lama. Kumpulan majoriti pastinya tidak dapat menerima hakikat yang mereka akan diheret dan dipaksa tunduk kepada golongan minoriti. Lebih memeritkan jika usaha mereka tidak disekat pasti suatu hari mereka akan meminta perlembagaan negara juga diubah mengikut kehendak mereka. Sejarah negara kita sudah merakamkan semua peristiwa seperti ini sejak beratus tahun yang silam. Kenapa kita tidak mempelajari daripada sejarah yang telah ada sekian lama?

Apa perlunya kita tunduk kepada golongan minoriti sehingga kita sanggup menggadaikan agama, bangsa, maruah dan negara tercinta? Tidak salah kita menerima apa-apa cadangan daripada mereka asalkan ia adalah suatu keperluan bersama. Kita hanya disuruh berusaha manakala kejayaan atau kegagalan adalah kerja Allah Taala yang menentukannya. Biarlah kita bertindak dalam ruang yang dibenarkan untuk kita.

Akhirnya dipohon kepada para pemimpin politik negara agar banyak bermuhasabah dengan hati yang tulus ikhlas lagi tawadhuk di atas peristiwa yang berlaku di gereja Methodist baru-baru ini. Mahukah para pemimpin melihat perpecahan kita hanya untuk menjaga keharmonian dan satu dua undi daripada kelompok minoriti ini tetapi sedikit demi sedikit kita akan kehilangan mahkota dan agama yang menjadi teras kehidupan kita selama ini.

Mungkin tindakan kita boleh menggembirakan kumpulan minoriti ini tetapi dalam masa yang sama kita kehilangan segala tumang, pasak dan alang yang selama ini menyokong kekuatan binaan kita. Jangan pula kita tumpang mempopularkan teori pragmatik sehingga tergadai segalanya. Kembalilah kepada surah Alkafirun, “Lakum diinukum waliyadeen”. Kita masih menanti dimana suatu ketika nanti berbondong-bondong orang akan memasuki jamaah kita apabila kemenangan tiba. Bukan pula kita melihat berbondong-bondong orang meninggalkan kita malah agama yang dicintai disebabkan kita terlalu pragmatik untuk mendapatkan kuasa.

Oleh: pidadua

Umno P.Pinang Ambil Kesempatan Atas Isu Bodoh

KM kecam Umno politik insiden simbah cat

Umno Pulau Pinang hari ini dikecam Ketua Menteri, Lim Guan Eng kerana cuba mempolitikkan insiden ibupejabat DAP Pulau Pinang disimbah cat Ahad lalu.

Beliau menolak tuntutan pengerusi Umno negeri itu, Datuk Zainal Abidin Osman supaya menarik balik kenyataannya, yang didakwa menjadikan insiden tersebut sebagai isu perkauman.

Sebaliknya, Lim berkata, beliau tidak ada masa untuk melayan "ekstremis seperti Umno" yang menurutnya cuba mempolitikkan insiden tersebut.


Lim yang juga setiausaha agung DAP menegaskan demikian ketika
meninjau ibu pejabat DAP Pulau Pinang di Jalan Talipon yang menjadi sasaran cubaan dibakar pada awal pagi Ahad lalu.

Beliau diminta mengulas desakan Zainal supaya ketua menteri Pulau Pinang itu menarik balik dakwaannya yang mengaitkan umat Islam dengan insiden ibupejabat DAP itu disimbah cat.

Bernama memetika Zainal sebagai berkata kenyataan Lim itu membayangkan seolah-olah cat tersebut disimbah oleh orang Islam.

Beza rakyat JEPUN yang KAPIAQ dengan rakyat MALAYSIA yang mengaku ISLAM..!!

$78 Million in Cash Found and Turned In After Japanese Quake

$78 Million in Cash Found and Turned In After Japanese Quake

Japanese officials are reporting that $78 million in cash has been turned in to the government since the March 11 twin-punch earthquake and tsunami hit the county. $48 million was recovered from the wallets and purses found in debris; the other $30 million was in safes, many of which floated in from the Pacific Ocean after coastal homes were destroyed. One safe contained a whopping $1 million by itself. Others were found containing gold bars, valuable antiques, and even children's umbilical cord (which presumably don't factor in to the $78 million figure).

The various media outlets reporting on the cash haul-in use the story to note the honesty of the Japanese people; "the fact that a hefty 2.3 billion yen in cash has been returned to its owners shows the high level of ethical awareness in the Japanese people," a Japanese professor tells the Daily Mail, for example. But there's really no evidence that even more cash wasn't stolen instead of turned in or that other peoples would have acted less honestly. Nevertheless, efforts are underway to return the money to their owners. Most wallets have their owners' IDs and the safes are being pried open so that deeds, bank notes, and other identifying paperwork can used to track down who they belong to.

http://www.theatlanticwire.com/global/2011/08/78-million-cash-found-and-turned-japan-post-quake/41448/

Suatu Waktu Dahulu:

Gambar Kosmo Online menunjukkan rakyat Malaysia bernafsu rakus mencuri beras dari lori kemalangan

Azmil Mustafa@Ali Setan Nafi Laporan Polis Terhadapnya!!


Bekas pelakon popular, Azmil Mustapha, 60, atau lebih dikenali sebagai ‘Ali Setan’, menafikan dakwaan yang dibuat melalui satu laporan polis bahawa beliau telah menyampaikan ceramah yang bersifat menghina Perlembagaan dan Yang DiPertuan Agong.

Azmil berkata, maklumat tersebut langsung tidak berasas dan disalah ertikan oleh pihak yang membuat laporan polis.

Beliau yang telah dihubungi oleh beberapa wartawan, dimaklumkan tentang laporan polis itu hari ini mengaku belum membaca dan mengetahui kandungan sebenar laporan itu dan enggan mengulas mengenainya.

Mengulas lanjut, Azmil berkata, beliau mengaku ada menyampaikan ceramah di masjid di Kampung Melayu Subang, semalam.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dirinya tidak ada sebarang kepentingan politik serta tidak pernah terbabit dengan mana-mana pergerakan politik tanahair, sama ada UMNO, PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Saya tidak ada kepentingan politik pun, saya dah berumur 60 tahun lebih dah dan tak pernah sertai mana-mana parti pun…mengundi pun tak pernah,” jelasnya menyangkal dakwaan yang mengaitkan beliau dengan kepentingan politik oleh sesetengah pihak.

Menjelaskan tentang ceramahnya semalam, Azmil berkata, beliau telah dijemput oleh Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid An-Nur, di Kampung Melayu Subang, untuk menyampaikan sedikit ceramah kepada jemaah masjid tersebut.

Menurut pemerhatiannya ketika menyampaikan ceramah, beliau melihat seorang dua jemaah yang ‘gelisah’ dengan ceramahnya dan salah seorang dari mereka telah keluar dari masjid kerana enggan mendengar penyampaiannya itu.

Laporan polis telah di buat terhadap Azmil atas beberapa antaranya menghina Perlembagaan, institusi DiRaja, bangsa Melayu dan menyampaikan ceramah di masjid tanpa tauliah dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

http://siasahkini.blogspot.com/2011/08/azmil-mustafaali-setan-nafi-laporan.html

Kesian Rakyat Johor.. makan ayam yang amat diragui status halal dan kesuciannya

Johor dibanjiri ayam disembelih tak sempurna


KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan.

JOHOR BAHRU - Percaya atau tidak, beratus-ratus peniaga di negeri ini kini menjual kira-kira 60,000 ekor ayam segar yang amat diragui status halal dan kesuciannya setiap hari.

Jumlah tersebut meliputi 30 peratus daripada bekalan ayam di negeri itu setiap hari yang berjumlah 200,000 ekor.

Masalah tersebut berpunca daripada sikap segelintir pengusaha pusat penyembelihan yang menjalankan kerja-kerja penyembelihan tanpa mengikut prosedur ditetapkan.

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal, Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ), Samsudin Paimi berkata, pihaknya bimbang pengusaha kecil kini semakin berani untuk mengaut keuntungan berikutan permintaan yang tinggi daripada umat Islam berikutan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

"Pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAIJ,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bahru di Pontian awal pagi semalam.

Dalam serbuan dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4 pagi itu, JAIJ mendapati premis terbabit tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lepas.


KEADAAN pusat penyembelihan ayam di Pekan Nanas, Pontian, Johor yang menjijikkan.

Turut membimbangkan JAIJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kaedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

Menurutnya, JAIJ sudah mewajibkan penggunaan label pada bahagian kepak ayam yang mengandungi maklumat penyembelihan dan status halal namun mereka tidak mematuhinya.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," kata Samsudin.

Beliau berkata, pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata, JAIJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm

Aduhai POLIS pun jadi perompak..apa kejadahnya nie...!!!

Lima anggota polis jadi perompak


JALAN Nagasari, Dang Wangi, Kuala Lumpur tempat lima anggota polis merompak sekumpulan warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.

KUALA LUMPUR - Lima anggota polis berpangkat konstabel mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas 16 dakwaan merompak secara berkumpulan 16 warga Bangladesh pada 8 Ogos lalu.

Mohd. Afizi Mohd. Nasir, 27; Muhammad Hairey Muhammad Puzi, 21; Azrin Adha Abdullah, 25; Mohd. Faiz Muhammad, 25; dan Mohammad Firdaus Jamaludin, 20, didakwa melakukan rompakan ke atas kesemua mangsa yang berumur antara 20 dan 40 tahun di rumah No. 52, Jalan Nagasari, Dang Wangi di sini pada pukul 12.01 pagi 8 Ogos lalu.

Kesemua tertuduh yang bertugas di Bahagian Tugas Am dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi didakwa merompak wang tunai dan 19 telefon bimbit yang kesemuanya berjumlah RM34,516 milik pekerja buruh binaan itu.

Pertuduhan ke atas kesemua tertuduh dibuat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh namun peguam Mohamad Arfizi Mohd. Ramli yang mewakili kesemua tertuduh memohon jaminan itu dikurangkan kepada RM10,000 dengan alasan kesemua mereka merupakan penanggung tunggal keluarga.

"Saya juga merayu pada bulan Ramadan yang mulia ini supaya kesemua mereka diberi peluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma bersama keluarga masing-masing," katanya.

Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0820&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...