TERKINI :

Friday, August 19, 2011

Daftar pemilih: 5 lagi nama untuk dijejak Sinar Harian

KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Ekoran Sinar Harian berjaya menjejaki En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad dan mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing, Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan lima lagi nama "jarang didengar".

Tindakan akhbar itu juga telah berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia untuk terus bersama Pemuda PAS membongkar ruang-ruang manipulasi dalam pilihanraya di negara kita.

Sambil mengucapkan terima kasih atas usaha murni akhbar bahasa Melayu itu, Exco dewan itu Suhaizan Kaiat mahu akhbar itu menjejaki lima lagi nama yang didakwa mempunyai klon kad pengenalan.

Lima nama yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. Jumaayah Bin Alus
No MyKad (pertama): 511122105834
No MyKad (kedua): 511122105754
Kedua-duanya dibezakan pada digit ke-10 dan ke-11.

2. Sainam Binti Tukisan
No MyKad (pertama): 500307105490
No MyKad (kedua): 500307105474
Kedua-duanya di bezakan pada digit ke 11 dan 12 sahaja.

3. Katimah Binti Kadni
No MyKad (pertama): 500808015282
No MyKad (kedua): 500808015290
Kedua-duanya dibezakan oleh digit ke-11 dan ke-12

4. Nesam Banu Bt Mohammad Fahmi (Pengundi Pos)
No Tentera (pertama): T373594
No Tentera (kedua): T375594
Kedua-dua nombor tentera ini dibezakan pada digit ke-4 sahaja.

5. Lanuddin Bin Ngah Mat Nasir (Pengundi Pos)
No Tentera (pertama): RF107781
No Tentera (kedua): RF107881
Kedua-dua nombor keanggotaan ini dibezakan pada digit ke-6.

"Oleh itu saya mohon kepada Pihak Sinar Harian dan mana-mana pihak agar membuat semakkan terhadap data tersebut," kata Suhaizan yang juga Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS Pusat.

Mengulas kenyataan salah seorang Besah yang dipetik akhbar itu sebagai berkata bahawa beliau kesal dengan fitnah PAS yang menuduhnya mengundi dua kali, Suhaizan berkata tidak timbul soal tuduh-menuduh itu.

Ia kerana pihak mereka sedang membuat kajian terhadap kad pengenalan klon dalam daftar pemilih SPR seperti yang pernah di sebut oleh Timbalan Pengerusi SPR Dato Wan Ahmad bin Wan Omar pada 24hb Julai 2011 dalam akhbar The Star.

"Pemuda PAS tetap yakin bahawa pengundi hantu atau pengundi klon benar-benar wujud dalam daftar pemilih SPR. Enam data yang saya keluarkan hanyalah 6 daripada ribuan data yang dimiliki oleh Dewan Pemuda PAS.

"Kajian tahap satu telah pemuda PAS lakanakan dengan menggunakan nama yang biasa dimiliki oleh rakyat Malaysia. Maka langkah seterusnya adalah PemudaPAS mahu mengeluarkan enam data bagi nama-nama yang jarang dimiliki oleh rakyat Malaysia," katanya merujuk kepada nama-nama seperti telah dinyatakan di atas.

Pada masa yang sama, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada En Azhar Bin Ahmad, Pn Besah Binti Mat dan En Mansor Bin Ahmad yang telah mengesahkan kesahihan kad pengenalan masing-masing.

Solekan ustazah di TV macam artis


2011/08/18
http://profile.ak.fbcdn.net/hprofile-ak-snc4/276495_215522768487826_5681882_n.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-7vvlolNi8O8/Tga9vXjALEI/AAAAAAAAApE/eq5o85ZsgAw/s1600/images%2B%25281%2529.jpg

SAYA adalah pengikut dan penonton setia rancangan TV yang berbentuk keagamaan, ingin meluahkan rasa kurang selesa, amat kecewa dan berasa sedih. Semua rasa ini berpunca daripada penampilan ustazah di kaca TV yang kadang-kadang terlalu menonjol dari segi solekannya. Bahkan tidak keterlaluan jika saya nyatakan solekan ustazah ini sudah setaraf dengan artis tanah air kita.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/SolekanustazahdiTVmacamartis/Article/index_html

Sumpah Laknat nak jadi warganegara...semakin panas..!!

'Skrip sumpah' sokong BN: Zuraida sahut cabaran KDN

Ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin hari ini menyahut cabaran Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang memintanya mengemukakan bukti jelas berhubung dakwaan program pemutihan pekerja asing mensyaratkan mereka membaca 'skrip bersumpah' menyokong BN.

NONESehubungan itu, Zuraida akan membuat laporan polis minggu depan berhubung dakwaan tersebut bagi menyahut cabaran Ketua setiausaha KDN Tan Sri Mahmood Adam, seperti yang dilaporkan hari ini.

"Ya, kita akan membuat laporan polis. Kita sedang mengumpul saksi dan kita mempunyai bukti yang jelas.

"Sekarang kita sedang melakukan kerja-kerja untuk memantapkan dengan (mengumpul) saksi-saksi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Dalam sidang media 16 Ogos lalu, Zuraida dilaporkan mendakwa mendapat 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Dakwanya, pendatang asing dikehendaki bersumpah untuk menyokong Umno dan BN sebagai salah satu syarat proses pemutihan itu.

NONEHelaian kertas yang didakwa mengandungi "skrip bersumpah" itu antara lainnya menyebut "saya/suami/anak-anak, tanpa berbelah bagi akan menyokong dan mengundi Umno/Barisan Nasional (BN)".

Mengulas lanjut, Zuraida berkata beliau membuat pendedahan tersebut bagi mendapat reaksi awal dari KDN berhubung perkara itu.

Ditanya sama ada beliau sedia untuk menampilkan saksi dan bukti yang jelas, Zuraida sekali lagi menegaskan kesediaan pihaknya untuk berbuat demikian.

Sehubungan itu, Zuraida berkata akan membuat laporan polis itu di Balai Polis Ampang minggu hadapan.

http://malaysiakini.com/news/173540

Aduhai PERKASA..masa TOK JIB pie VERTICAN CITY hari hangpa tak bunyi apa pon..??

PERKASA: Pemimpin Melayu kebulur undi Kristian

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyatakan rasa kecewanya terhadap pemimpin Melayu dalam pelbagai parti yang didakwanya "kebulur" terhadap undi Kristian sehingga "menggadaikan maruah Islam".

Setiausaha agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, sikap itu jelas kelihatan apabila pemimpin Melayu dalam Umno, PAS dan PKR berdiam diri dalam pelbagai isu, termasuk kes pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu.

"Jangan fikir soal parti lagi. Pemimpin Islam mesti bersatu, mesti berhenti kejar undi Kristian. Kenapa kebulur sangat pada undi Kristian sehingga menggadaikan maruah Islam," katanya.

http://malaysiakini.com/news/173527

Siapa tak pergi Sembahyang Jumaat 3X boleh kena penjara 6 bulan @ RM1000 denda..

AKTA 559
AKTA KESALAHAN JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997

BAHAGIAN III - KESALAHAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN KESUCIAN AGAMA ISLAM DAN INSTITUSINYA



Seksyen 14. Tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

Mana-mana orang lelaki, yang baligh, yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syarie atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pimpinan UMNO pening... Undang2 MURTAD depa yg tak luluskan lepas tu dok salah orang lain...!!

Mashitah Ibrahim cuba tegak benang basah

Saya berhajat untuk membalas tulisan Dr Mashitah Ibrahim bertajuk “Isu Murtad: PAS Pilih JAIS atau DAP?” Artikel beliau disiarkan di dalam Sinar Harian pada 12 Ogos 2011.

Secara mudahnya, Mashitah cuba memberi gambaran bahawa PAS telah membuang perjuangan Islam kerana tidak menyebelahi JAIS. Mashitah juga cuba menyebar fitnah kononnya sikap dingin PAS terhadap murtad adalah kerana hubungan PAS dengan DAP.

Lupakah Mashitah parti yang beliau wakili telah meluluskan Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559). Sesiapa yang merujuk kepada Akta tersebut akan melihat bahawa “Murtad” tidak menjadi salah satu dari kesalahan jenayah Syariah di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Siapakah yang telah meluluskan Akta Jenayah Syariah ini? Adakah DAP? Adakah Ambiga? Adakah Gereja Methodist Damansara Utama?
Atau, bukankah yang meluluskannya adalah Umno?

Maka, bolehkah kita katakan Umno sendiri penyokong kepada murtad secara sukarela memandangkan murtad dihalalkan di Wilayah2 Persekutuan.

Tidak hairanlah Lina Joy tidak boleh didakwa di Mahkamah Syariah atas jenayah murtad memandangkan Lina Joy dibaptiskan di sebuah gereja di Brickfield (yang berada di dalam Wilayah Persekutuan).

Malahan, kalau saya mahu pergi jauh ke lubuk sejarah, Umno telah bersikap dingin terhadap murtadnya Natrah.

Allahyarham Haji Ahmad Fuad menulis dalam bukunya yang bertajuk “Ulamak Malaya Belum Bersatu dan Belum Punya Persatuan” di mana beliau menyifatkan kedudukan ulamak ketika itu umpama sampah yang tidak dihargai kerana tiada kekuatan.

Lebih-lebih lagi ketika itu ulamak telah muak dengan sikap Umno yang mengabaikan isu permurtadan Natrah, penganjuran judi loteri, fun fair, kaberat dan lain-lain.

Dan menjadi maklumat umum, usaha Allahyarham Tuan Haji Ahmad Fuad menubuhkan Persatuan Ulama Malaya telah membawa kepada tertubuhnya Partai Islam Setanah Melayu, ringkasnya PAS.

Dengan kata lain, PERMURTADAN NATRAH adalah salah satu faktor yang membawa kepada perpecahan dalam Umno yang telah membuahkan PAS. PAS ditubuhkan atas sikap Umno yang dingin dan senyap dalam isu murtadnya Natrah.

Peristiwa Natrah mengajar kita betapa tingginya toleransi Umno terhadap jenayah murtad. Sehingga sejarah mengajar kita kebangkitan orang Islam di Singapura dalam peristiwa Natrah dipimpin oleh bekas Presiden PAS (Allahyarham Burhanuddin Helmi) serta Allahyarham Karim Ghani. Umno pada masa itu bersikap senyap sunyi dan dingin.

Jangan juga kita lupa betapa Umno beberapa kali menghalang usaha PAS untuk membentangkan rang undang-undang pribadi yang bakal mengharamkan murtad. Kalau Umno ikhlas menangani murtad sudah tentu Umno yang akan membentang rang undang-undang murtad di Parlimen sekaligus mengharamkan murtad sama sekali.

Namun, Akta Jenayah Shariah yang diluluskan oleh Umno untuk Wilayah Persekutuan sendiri tidak mengharamkan murtad.

Jelaslah Umno selama ini bertoleransi dengan murtad. Rekod Umno di dalam memerangi murtad adalah amat buruk dan sangat-sangat dikesali.

Maka, apakah hak Mashitah untuk mengkritik PAS hanya kerana PAS bersikap hati-hati dengan JAIS? Bukankah JAIS sendiri tidak konsisten di dalam menangani gejala murtad?

Mengapa gereja DUMC yang kesnya tidak jelas boleh diserbu sebegitu namun Masjid Qadyani di Kampung Nakhoda terus dibiarkan beroperasi sehingga sekarang?

Amat tidak wajar bagi Mashitah memburuk-burukan PAS sebegini.

Lebih-lebih lagi UMNO sendiri mempunyai rekod yang tersangat buruk dari segi murtad.

http://malaysiakini.com/letters/173453

UMNO Tidak Haramkan Murtad di Wilayah Persekutuan


Hebatnya UMNO memainkan isu murtad di Selangor. Kononnya kerajaan Pakatan Rakyat menyokong usaha murtad di Selangor. Mungkin UMNO perlu protes juga parti mereka sendiri kerana tidak mengharamkan murtad di Wilayah Persekutuan.

Semalam, Tulang Besi membuat sedikit "research". Tulang Besi telah mengkaji isu murtad ini.

Tulang Besi telah merujuk kepada Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Pesekutuan) 1997 (Akta 559).

Di dalam Akta tersebut tersenarai kesemua kesalahan yang tertakluk di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Apa yang membuat Tulang Besi terkejut adalah kesalahan "Murtad" tidak tersenarai di bawah akta tersebut. Saudara/ri pembaca dipersilakan membaca akta tersebut di sini.

Ertinya, sesiapa sahaja yang murtad di Wilayah Persekutuan tidak boleh didakwa atau dituduh di dalam Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kerana tiada peruntukan Undang-Undang yang menyatakan Murtad itu satu jenayah.

Yang menghairankan, undang-undang ini adalah tajaan dan diluluskan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Ia tidak diluluskan oleh PAS.

Kita hairan mengapa UMNO tidak melihat MURTAD sebagai satu bentuk jenayah? Adakah UMNO redha dengan MURTAD?

Jelas bagi Tulang Besi murtad tidak "Haram" di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com/2011/08/umno-tidak-haramkan-murtad-di-wilayah.html

Pengerusi SPR: Kami sedia temu semula Bersih, tapi jangan ugut

Oleh Melissa Chi
August 19, 2011

PUTRAJAYA, 19 Ogos — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedia untuk bertemu semula dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan isu reformasi pilihan raya tetapi Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meminta gabungan itu supaya “tidak membuat ugutan.”

“Saya beritahu mereka jangan buat begitu (tidak dilakukan secara ugutan). Anda boleh cadangkan apa sahaja tetapi mungkin ada cadangan yang kita setuju, mungkin ada yang tidak boleh. Tapi jangan ingat kami akan setuju semuanya,” kata Aziz.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di ibu pejabat SPR selepas mengadakan pertemuan selama dua jam dengan Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham).

Proham menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pertama bertemu dengan SPR selepas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pertemuan itu Proham menyerahkan satu laporan mengenai “Hak Asasi Manusia dan Reformasi Pilihan Raya” hasil daripada forum yang dianjurkan bulan lalu.

“Anda perlu datang seperti Proham, kita mesti berbincang secara terbuka tanpa syarat; mereka (Proham) tidak mengugut saya,” katanya.

Bersih 2.0 yang terdiri daripada gabungan 62 NGO menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Badan pemantau pilihan raya itu telah mendesak reformasi pilihan raya sejak beberapa tahun kebelakangan ini, yang menyaksikan dua perhimpunan aman diadakan — yang pertama pada 2007, yang telah menghasilkan tsunami politik pada pilihan raya umum 2008 dan yang kedua pada 9 Julai lalu, yang memperlihatkan pentadbiran Najib dikecam media antarabangsa.

Aziz berkata terdapat tiga tuntutan utama dalam pertemuan itu, namun memutuskan untuk tidak mendedahkannya.

“(SPR) sedia untuk bertemu dengan sesiapa yang mahu memberi cadangan dan pendapat untuk meningkatkan demokrasi dan sistem pilihan raya.

“Saya dengar dan akan berbincang cadangan (Proham) dengan anggota panel SPR sama ada cadangan itu boleh dijadikan undang-undang atau diterima sebagai polisi,” katanya.

Beliau berkata antara isu yang dibincangan hari ini adalah mengenai kebebasan SPR, kaedah pengundian dengan sistem biometrik dan penggunaan dakwat kekal.

Mereka juga membincangkan mengenai pendaftaran automatik dan cadangan untuk badan bebas yang boleh membantu SPR, seperti tempoh berkempen dan dalam kelemahan-kelemahan yang ada.

Aziz juga berkata pihaknya mengalu-alukan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya dan beliau akan bertemu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, Isnin ini.

Pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razal Isnin lalu.

Jawatankuasa itu akan terdiri daripada sembilan anggota iaitu lima dari Barisan Nasional (BN) termasuk menteri selaku pengerusi, tiga lagi mewakili Pakatan Rakyat dan satu Bebas.

Bersih 2.0 mencadangkan suruhanjaya diraja siasatan ditubuhkan berbanding jawatankuasa pilihan khas Parlimen untuk meneliti sistem pilihan raya.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengerusi-spr-kami-sedia-temu-semula-bersih-tapi-jangan-ugut/

Apahal nie JAIS.. Takan buat Operasi sampai PENGARAH sendiri pun tak tahu nie..??

Periksa Gereja: Pengarah JAIS Tak Tahu Wujud Operasi

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA: Kontroversi tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melakukan pemeriksaan terhadap Gereja Methodis Damansara Utama (DUMC) terus berlarutan apabila kini timbul dakwaan Pengarahnya, Marzuki Hussin tidak tahu-menahu mengenai operasi itu.

Sumber dalaman JAIS menyatakan bahawa Marzuki tidak dimaklumkan mengenai operasi yang dijalankan oleh Bahagian Penguat kuasa JAIS dan polis pada malam 3 Ogos lalu.

"Pengarah tidak dimaklumkan tentang operasi itu. Sebab itu operasi malam itu dibuat tanpa persedian rapi," kata sumber berkenaan.

Justeru menurut sumber itu lagi timbul tanda tanya berhubung pihak yang mengeluarkan arahan atau memberi kelulusan agar operasi itu dilaksanakan.

Selain itu difahamkan juga jumlah 12 individu Islam yang dilaporkan menghadiri majlis makan malam anjuran komuniti gereja di DUMC itu tidak tepat berdasarkan fakta bahawa hanya sepuluh daripada mereka diwakili peguam dari firma guaman Tetuan Lee Hishammuddin.

"Dua lagi individu itu 'tidak formal', tapi kesemua 12 yang diperiksa itu memang hadir beri keterangan agar tidak menimbulkan syak," katanya lagi.

Sumber berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai apa yang dimaksudkan dengan 'tidak formal'.

Baru-baru ini Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali mendakwa mempunyai bukti bahawa Umno mendalangi pemeriksaan JAIS terhadap DUMC.

Mustafa turut mengatakan Umno memainkan peranan dalam mempolitikkan isu itu ekoran tindakan JAIS yang sehingga kini belum mendedahkan hasil siasatan mereka ke atas gereja tersebut.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2011/8/18/mstar_berita/20110818162516&sec=mstar_berita

Panglima Tentera Darat Pun Nak Jadi Macam Pengerusi SPR

Oleh Mohd Sayuti Omar

PANGLIMA Tentera Darat Zulkefli Mohd Zain hari ini tampil menafikan pendedahan dibuat oleh bekas tentera yang mengaku memangkah undi untuk anggota lain sehingga lenguh tangan.

Zulkefli menafikan tidak pernah berlaku pemanipulasian undi di dalam tentera. Pendedahan bekas anggota tentera itu katanya boleh menyebabkan imej tentera tercemar. Ada nada dan mimik muka marah serta kesal ketika Zulkefli membuat penafian itu.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pihak tentera tidak bercadang untuk mengambil tindakan kepada pesara tentera yang membuat pendedahan itu. Beliau hanya menyifatkan tindakan bekas tentera itu sebagai orang diperalatkan.

Kenapa pula tidak mahu ambil tindakan. Kalau pendedahan itu palsu dan boleh menjatuhkan imej tentera, mereka yang membuat pendedahan itu perlu diambil tindakan. Atau pun Zulkefli terpaksa membuat penafian itu kerana mengikut peraturan dan prosuder tugasan. Mustahil sebagai pegawai tertinggi tentera Zulkefli tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kem dan mis.

Semalam empat orang bekas tentera membuat pendedahan berani dan mengejutkan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja laut. Mereka ialah Majer (B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamad Nasir dan Kamarulzaman Ibrahim. Mereka membuat pendedahan atas kerelaan diri mereka sendiri. Mungkin kerana dihatui rasa bersalah dan telah jeluak dengan pemanipulasian undi menyebabkan mereka tampil ke khalayak tanpa merasai hormat kepada pasukan lagi.

Jadi tidak timbul kalau mereka berempat itu diperalat atau menjadi alat. Mendedahkan keburukan dan mengakui kesilapan adalah termasuk dalam kesetiaan kepada raja dan negara juga. Apa guna mengakui kerja-kerja kita demi raja dan negara tetapi ianya dibuat dengan cara buruk dan busuk kohong. Negara tidak mengharap apa-apa untuknya dilakukan secara jelek dan cemar.

Zulkefli juga merasa pelik kenapa bekas tentera itu membuat pengakuan itu pada saat jawatankuasa khas pilihan Parlimen hendak ditubuhkan. Memahami maksud kata-kata ini seperti Zulkefli mahu empat orang bekas tentera itu mengadu kepada jawatankuasa berkenaan. Zulekfli tidak perlu mengelak dan beliau kena ambil tanggungjawab. Bila bekas anggotanya membuat pendedahan patut beliau yang melaporkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau tidak perlu melindungi apa-apa fakta dan bukti yang ada. Bercakap benarlah sesuai dengan sumpah dan ikrar jawatan yang dibuat semasa mengangkat sumpah memegang tugas dulu. Integriti pasukan tentera yang begitu disanjung sebelum ini tidak usahlah dicomotkan.

Sedikit anih juga bila mana Zulkefli yang tampil membuat pendedahan. Isu yang didedahkan oleh bekas tentera itu isu politik. Sepatutnya Zahid Hamidi sebagai menteri membuat kenyataan menafikan. Tetapi kenapa Zulkefli yang ambil tanggungjawab. Apakah Zahid sudah tahu akan bahana di sebalik penafian itu. Bahawa akhirnya beluau akan diperli dan diejek oleh orang ramai seperti mana Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf membuat penafian kononnya tidak ada kekotoran dalam pilihan raya? Atau beliau tidak ada dalam negera.

Apa jadi dengan Aziz hari ini. Pendedahan demi pendedahan dibuat telah menjadikan beliau tidak boleh 'bengah' muka, malu. Sudah tidak ada ruang untuk disorot rupanya. Kecuali Wan Ahmad Wan Omar saja yang muka tebal setebal banyal tidak tahu malu dan masih terus menegak benang basah.

Sebagai pegawai tentera sepatutnya Zulkefli tidak membuat penafian itu. Beliau kena serahkan kepada Zahid atau pun sesiapa yang lain. Bila seorang Panglima sendiri membuat penafian ini bermakna tentera Malaysia kini sudah 'bocor' dan integrtiinya boleh dipertikaikan. Penafian itu bukan menjelaskan tentera tidak bersubahat, sebaliknya makin bersubahat.

Kalau Zulkefli tidak menafikan dia boleh masih menjaga kredibilitinya. Orang tidak akan marah pun kalau beliau tidak membuat penafian kerana pendedahan yang dibuat oleh empat orang bekas tentera itu sudah lama diperkatakan. Budak-budak kampung yang tidak tingginya tidak sampai 5 kaki 3 inci pun tahu akan hal itu. Adalah naif sangat kalau Zulekfli tidak mengetahuinya.

Sepatutnya beliau mengetahui tujuan empat bekas tentera itu membuat pendedahan. Ia bukan untuk memburukan maruah tentera tetapi untuk memberi bukti selanjutnya kepada Aziz dan Wan Ahmad bahawa sistem pilihan raya negara ini sangat buruk dan huduh. Biarlah SPR bertindak ke atas pendedahan itu. Begitu juga dengan jawatankuasa khas pilihan Parlimen yang hendak ditubuhkan itu apa yang didedahkan itu ambillah sebagai bahan mesyuarat.

Kesimpulannya kalau tidak berlaku pemanipulasian undi di dalam kem, dan tidak ada niat untuk parti pemerintah memiliki seluruh undi tentera dan isterinya, nah buka saja pusat pengundi di dalam kem itu untuk tomton umum. Jangan dicari alasan kononnya soal keselamatan dan sebagainya. Apakah tentera tidak boleh pergi mengundi di luar? Keadaan hari ini suasana mengundi di kem begitu sulit, sampaikan wakil calon pun tidak dibenarkan masuk meninjau.

Cara Zulekfli dan SPR melindungi akan kononnya tidak berlaku pemanipulasian undi samalah dengan orang edan yang cuba menutup tubuhnya dengan sutera. Berapa panjang sutera tetapi kerana otak sudah tidak waras maka kemaluannya tetap terjolor ke lura juga. Horrrreeeeee...ikh tabik undur

http://msomelayu.blogspot.com

Aduhai nampak sangatnya PANGLIMA kita isi borang 'biru'...

Tentera hanya perlu setia kepada negara, Agong

Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari menyelar kenyataan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berhubung penafiannya terhadap dakwaan berlakunya manipulasi undi pos.

NONEAbdul Aziz berkata, kenyataan Zulkifeli, khususnya soal kesetiaan kepada kerajaan adalah "memalukan perkhidmatan" dan menunjukkan kegagalannya memahami konsep kesetiaan dalam konteks negara dan warga.

"Setia dengan siapa? Parti politik tak perlu setia dengan ATM (Angkatan Tentera Malaysia). Semua orang kena setia kepada negara yang lambangnya ialah YDP (Yang di-Pertuan) Agong," kata Abdul Aziz sambil menyifatkan kenyataan Zulkifeli sebagai pelik.

"ATM - sebagai salah satu cabang perkhidmatan awam persekutuan - hanya perlu setia kepada negara dan Agong. Tak perlu setia kepada kerajaan yang memerintah. Perkhidmatan awam wajib neutral, bukan menyebelahi parti pemerintah."

NONEZulkifeli semalam menyalahkan PAS dan menafikan dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya dalam sidang media anjuran dewan itu di ibu negara.

Sambil menyifatkan perkara itu "tidak boleh berlaku", beliau berkata ATM sentiasa apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Penafian kosong

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dan setia serta menyokong angkatan tentera.

Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini semalam, Abdul Aziz berkata, ATM hanya perlu jalankan perintah kerajaan yang selaras dengan undang-undang.

Sedangkan, dakwanya, apa yang berlaku dalam konteks undi pos adalah jenayah.

"ATM perlu buktikan tidak berlakunya hal itu. Bukan buat penafian kosong. Tubuhkan jawatankuasa penyiasat sekurang-kurangnya," kata pensyarah kanan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu.

NONEAbdul Aziz juga berkata, tindakan Zulkifeli 'menyerang' kembali Pemuda PAS yang mengetengahkan isu itu juga tidak wajar kerana dia sepatutnya berterima kasih terhadap dewan itu.

"PAS hanya mewakili rakyat yang mahukan pilihan raya yang bersih dan bebas dari penipuan. ATM perlu jelaskan yang ia bersih, bukan menuntut rakyat setia kepada ATM ATM adalah milik rakyat. Ini yang panglima ATM kena faham," katanya.

Dengan sinis, Abdul Aziz mengingatkan Zulkifeli supaya tidak mengikuti jejak ketua polis negara dan timbalannya yang didakwa "mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menghina rakyat dan mengengkari perlembagaan".

http://malaysiakini.com/news/173471

Pakai baju kuning raya tahun ini

http://filafendy.files.wordpress.com/2008/10/raya-08.jpg
gambar hiasan sahaja

RAWANG, 19 Ogos: Pengarah Penerangan Selangor, Dr Badrul Amin Baharom mengajak semua rakyat negara ini memakai baju raya berwarna kuning tahun ini.

Beliau juga mencadangkan agar membuat kuih warna kuning untuk raya tahun ini.

"Jangan lupa juga kita buat pulut kuning," kata Badrul ketika memberikan tazkirah Ramadhan di sebuah surau dekat sini sebaik sahaja selepas solat tarawih, malam tadi.

Cadangan Badrul Amin itu selaras dengan kempen Bersih 2.0 yang menuntut lapan perkara untuk memastikan pilihan raya di Malaysia bersih dan adil.

Warna kuning adalah warna rasmi kempen Bersih sesuai dengan warna diraja kerana mereka mahu menghantar memo tuntutan itu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Sebuah syarikat, KF Edaran, telah membuat iklan khasnya di Harakahdaily tentang projek mereka menjual baju Melayu warna kuning untuk raya tahun ini.

Mereka menjual sepasang baju Melayu kuning dengan harga RM75 dan yang menariknya ia akan dihantar terus ke rumah pembelinya.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/separator-berita-utama/world/77-negeri-selangor/4995-pakai-baju-kuning-raya-tahun-ini

Isu Gereja Dan Jais ,Memang Umno Hipokrit...!!!

Oleh periapahit

"Aku malas nak mengulas perihal serbuan JASI keatas sebuah gereja di PJ tetapi melihatkan betapa hipokritnya puak-puak UMNO ni bila mengulas isu ini maka aku terpangil untuk turut mengulasnya.

Bagi aku, tidak salah seorang pendakwah kristian berdakwah mengenai agamanya kepada sesiapa sahaja. Sejak dahulu lagi kita boleh melihat orang India beragama HINDU memeluk agama krisitian. Cina jual sayur kat pasar pun menganut agama kristian. Begitu juga melayu, ramai yang menganuti agama krisitian.

Dimasa yang sama, banyak juga orang india yang menganut agama Islam dan begitu juga kaum cina dan bahkan ramai juga penganut agama kristian bertukar menganut agama Islam seperti di Amerika dan U.K.

Isu murtad ini bukanlah isu baharu kerana Mufti Perak pernah membangkitkan isu ini tetapi Pak Lah yang menjadi PM ketika itu menganggap isu murtad ini adalah isu kecil. Ketika itu, para pemimpin PAS memberi hujah bahawa walaupun hanya satu kes murtad, ianya merupakan satu isu yang harus ditangani. Inikan pula puluhan ribu seperti yang dikatakan oleh Mufti Perak.

Kesalahan sebenar dalam isu murtad ini adalah terletak ditangan kerajaan memerintah. Kerajaan yang boleh membuat undang-undang (Pusat) dan bukannya kerajaan yang mencadangkan undang-undang dan perlu mendapatkan kelulusan dari kerajaan yang boleh membuat undang-undang (Negeri). Kita lihat contoh, apabila kerajaan Kelantan dan Terangganu (ketika pemerintahan PAS) meluluskan enekmen undang-undang HUDUD yang dibahaskan didalam siding DUN, kerajaan pusat yang menolak enekmen tersebut.

Kalau kita lihat, pada masa kini, isu murtad bukan sahaja berkaitan dengan pertukaran agama sahaja. Pelbagai perbuatan yang dilakukan oleh masyarakat Melayu beragama Islam sendiri menuju kearah murtad. Kita pernah mendengar bahawa terdapat rmasyarakt Islam apabila ditangkap berkhalwat atau tidak berpuasa dan minum arak di Disco mengaku bahawa mereka beragama Kristian. Bukankah secara tidak langsung mereka ini sudah murtad.

Ramai masyarakat Melayu Islam di Malaysia ini pada masa ini melakukan Dosa-Dosa Besar yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan yang memerintah dan Jabatan Agama yang dipertanggungjawabkan.

Begitu ramai orang Melayu yang kufur sekarang.

Begitu juga yang munafik.

Lagi ramai yang fasik.

Lagi ramai yang syirik.

Ramai yang menjadi pembunuh.

Ramai yang derhaka kepada kedua orang tua.

Begitu banyak yang berzina.

Begitu banyak memakan makanan haram.

Banyak orang suka minum arak.

Banyak juga yang mencuri, merompak dan mengainaya orang.

Aku tidak perlu menerangkan secara terperinci tentang apa yang aku tulis diatas tadi kerana semua orang tahu perkara itu berlaku setiap masa pada masa kini di Negara yang bernama Malaysia ini.

Aku teringat Almarhum Ustaz Ishak Baharom (bekas mufti negeri Selangor) ketika menyampaikan ceramah dikawasan Rantau Negeri Sembilan yang aku hadiri mengakui bahawa beliau dipecat kerana melakukan serbuan dan menahan peserta Melayu di pertandingan ratu cantik yang berpakaian bikini.

Bayangkan seorang Mufti berserta anggota JAIS melaksanakan tugas keatas orang Melayu beragama Islam tetapi akhirnya dipecat. Kerajaan negeri pada masa itu diperintah oleh kerajaan BN. Kenapa tiada NGO-NGO bangang yang bangun untuk mempertahankan tindakan Almarhum dan JAIS ketika itu. Hanya penyokong PAS sahaja yang berjuang untuk mempertahankan tindakan Almarhum. Kenapa ianya tidak dijadikan isu besar…. Ianya kerana kerajaan itu kerajaan UMNO. Maka itulah NGO-NGO seperti pekida dan entah apa-apa lagi NGO tidak berani bersuara. Tidak ada political millage kepada mereka. Inilah tahap hipokritnya puak UMNO ini.

Sikap hipokrit puak-puak UMNO ni sering kita lihat. Apabila membangkitkan sesuatu isu agama, apabila diajak berdebat maka akan diberi pelbagai alas an penolakkan seperti kes fahaman wahabi. Bila diajak berhujah, lari masuk kelambu tetapi bila mengutarakan kes tersebut, gegak gempita seantero Malaysia digegarnya.

Lagi satu yang aku bengang dengan isu JAIS dan GEREJA ini ialah tidak ada langsung pengakuan kesilapan dipihak kerajaan mahupun agensi penguatkuasaan. Seharusnya kerajaan mengaku kesilapan betapa mereka tidak melakukan tugas dengan betul dalam membantu umat Islam. Melihat dari pengakuan mereka-mereka yang menghadiri majlis tersebut, kebanyakkannya hadir atas sifat berterima kasih diatas bantuan yang pihak gereja berikan ketika mereka didalam kesusahan. Ada juga yang mengaku bahawa mereka pernah memohon bantuan dari Baitulmal tetapi ditendang kesana sini dan akhirnya bantuan tetap tidak diperolehi.

Pendakwah kristian tahu bahwa sifat utama orang Melayu adalah sentiasa mengenang budi. Apabila ditolong, budi itu akan sentiasa diingati..tambahan pula pada ketika situasi yang teramat susah. Bayangkan seorang islam akan sentiasa mencuba untuk membayar zakat fitrah pada setiap bulan ramadhan walaupun kadang-kadang untuk makan pun mereka terpaksa mengikat perut. Ratusan ribu dan Jutaan Rinngit yang dikumpul dari pelbagai jenis zakat mampu untuk membantu golongan ini. Tetapi itu tidak berlaku.

Kita pernah mendengar laporan bahawa wang zakat disalahguna oleh pegawai jabatan agama islam. Penipuan di Lembaga Tabung haji dan macam-macam lagi… Tiada pula NGO-NGO yang bangun untuk memperjuangkan isu ini. Ini kerana mereka-mereka ini adalah juak-juak UMNO yang hipokrit.

Ketika aku bertugas di Medan, aku bertemu dengan seorang pemuda Batak Bergama Kristian yang mengahwini seorang wanita Melayu beragama Islam yang telah murtad. Aku bertanyakan kepada pemuda itu kelebihan kristian berbanding Islam yang diperjuangkan oleh beliau sehingga Berjaya mengahwini gadis tersebut. Aku agak terkejut kerana menurut pemuda tersebut, beliau pernah belajar dipondok dan bahkan boleh membaca alquraan dengan lancar untuk mengetahui tentang agama Islam. Tetapi ilmu yang dipelajari itu sebenarnya digunakan untuk menunjukkan kepada orang-orang disekelilingnya bahawa Islam adalah agama yang indah bila dibaca tetapi pelaksanaannya tidak pernah dilakukan. Hukum Hudud adalah hukum yang sempurna tetapi orang islam sendiri yang menolaknya. Banyak perbuatan yang diharamkan oleh agama Islam, orang Islam sendiri yang melakukannya. Jadi apa guna menganuti agama yang penganutnya sendiri tidak menghormatinya. Agama Islam melarang minum arak, orang Islam minum juga. Agama Kristian tidak melarang orang minum arak. Jadi kenapa harus memilih Islam. Agama Islam melarang zina, orang Islam lakukan juga. Agama Kristin tidak melarang. Jadi agak mudah untuk memurtadkan orang yang kurang imannya.

Ketika aku bertugas di London, aku bertemu seorang pemuda kulit putih seusai memnunaikan solat jumaat di masjid Malaysian Hall. Aku bertanya kepada beliau, sejak bila beliau menganut agama Islam. Rupa-rupanya beliau baru satu tahun mneganut agama islam. Aku bertanya lagi bagaimana beliau berminat dan akhirnya menganut agama Islam meninggalkan agama asalnya kristian. Mengikut pemuda itu, beliau sering mendengar khutbah jumaat yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Efirno (Imam Masjid Malaysian Hall) setiap kali melalui kawasan tersebut pada setiap hari jumaat. Dengan suara yang lunak dan penuh pengisian, beliau seakan ketagih untuk mendengar khutbah dari ustaz Mohd. Efirno walaupun pada permulaan khutbah tidak memahaminya disebabkan ianya bermula dengan bahasa arab, kemudian diikuti dengan bahasa Malaysia dan akhirnya bahasa inggeris yang difahaminya. Walaupun hanya sedikit, yang difahaminya, cara penyampaian serta sifat-sifat Ustaz Mohd. Efirno amat digemari dan disukai oleh beliau. Sejak itu beliau mula mendekati agama Islam dan akhirnya mengganut agama tersebut.

Jadi disini aku nak tegaskan tak payahlah nak mengulas isu JAIS dan Gereja ni kerana apa pun yang malu kita sendiri yang beragama islam. Seperti kata pemuda Batak tadi, orang Islam yang menolak hukum hudud, orang islam yang suka minum arak dan orang islam juga yang suka berzina. Apa yang perlu dilakukan ialah kerajaan perlu mencari jalan untuk menanamkan ilmu pengetahuan agama bagi memantapkan akidah dan takwa umat islam. Kembalikan Islam ketahun-tahun sebelum merdeka dimasa penjajahan British. Dimana ketika itu umat Islam bukan hanya tidak mempedulikan kristian, memandang gereja pun mereka tidak mahu. Kembalikan keutuhan Islam bukannya melalui perkauman kerana pada masa kini orang Islam terdiri dari pelbagai bangsa. Jadilah Ketuanan ISLAM bukannya Ketuanan MELAYU kerana sekarang ini ramai orang MELAYU bukan ISLAM.

Akhir kalam janganlah jadi HIPOKRIT seperti puak-puak UMNO. Menggunakan Islam bila berada diposisi lemah, membuang ISLAM bila diposisi kuat.

Video : Tazkirah Ramadhan oleh MB Kedah bersama MKK


'Saya dedah paderi Melayu, saya kena ISA'

Khairil Abdul Rahim

TEMERLOH, 18 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menggesa orang ramai tidak mempercayai propaganda media Umno pada masa ini yang kononnya menampakkan kumpulan tersebut membela Islam.

Sebaliknya apa yang digembar-gemburkan sekarang hanyalah sekadar mainan isu untuk dipolitikkan menjelang pilihan raya umum (PRU) ke 13.

Katanya, pergantungan Umno sekarang hanyalah kepada Melayu setelah mereka tidak yakin lagi untuk meraih majoriti undi bukan Melayu sebab itulah mereka mainkan isu agama dan perkauman.

“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/ N berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?

“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.

“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.

Pada program sehari suntuk itu 1,300 petugas parti di segenap peringkat hadir.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Sementara Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Sederap Menjana Kemenangan’.

Mohamad Sabu yang sebelum itu menarik perhatian peserta kerana berjalan ke pentas dengan bertongkat, berkata rakyat perlu tahu bahawa hakikatnya Umno bukan pembela Melayu tetapi sedang berpolitik dengan main sentimen Melayu.

Mengenai pilihan raya, beliau berkata Pahang merupakan negeri penting kerana mempunyai banyak kawasan Felda tetapi berpotensi untuk menang jika bekerja kuat mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung.

“Umno/BN diselamatkan di seluruh negara dengan 45 kerusi parlimen yang mempunyai undi Felda, 25 kerusi undi pos jadi mereka hanya perlu 50 kerusi lagi untuk terus berkuasa.

“Tetapi jika undi di seluruh Pahang mengalami swing sebanyak 5 peratus sahaja saya kita Pakatan Rakyat sudah banyak kerusi yang menang,” jelasnya.

Selanjutnya beliau memberitahu, fokus jentera PAS ialah merampas undi Melayu daripada Umno justeru peserta yang hadir mempunyai peranan besar untuk mendekati pengundi Melayu Felda dan Melayu kampung dengan memberi penerangan PAS bersedia ganti Umno.

Tambahnya, di beberapa tempat Umno telah meletakkan banner ‘Umno kalah DAP menang’ bagi menakutkan pengudi Melayu untuk berubah.

Mengenai electroral reform yang dicanangkan oleh Perdana Mneteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan dibentangkan di parlimen, beliau berkata tindakan tersebut berlaku setelah pemimpin Jerman yang akan datang lawat Malaysia telah menegur sistem pilihan raya negara ini ditambah lagi dengan asakan rakyat yang mahukan keadilan.

Tony Fernandes sah jadi pemilik utama kelab QPR

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes telah menjadi pemilik saham utama yang baru dalam kelab bola sepak Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (OPR), menurut kenyataan kelab tersebut.

Fernandes, yang juga pemilik pasukan Lotus Formula 1, menguasai pasukan QPR selepas membeli saham pemilik Formula 1, Bernie Ecclestone, yang merupakan pemegang saham utama dalam kelab itu.

tony fernandes airasia jetstar deal"Saya sentiasa ingin terlibat dalam bola sepak dan daya tarikan kelab London seperti OPR merupakan peluang terbaik untuk sukar ditolak," kata Fernandes dalam kenyataan tersebut.

Menyifatkan dirinya sebagai peminat pasukan West Ham, katanya beliau sudah lama mempunyai hati yang lembut terhadap ORP, yang disifatkan sebagai 'berlian kasar'.

"Semua orang tahu saya mengikuti West Ham sepanjang hidup saya tetapi saya sentiasa mempunyai hati yang lembut terhadap OPR. Ketika masih kecil, Rangers merupakan pasukan pertama yang saya lihat di Loftus Road.

"QPR adalaah 'berlian kasar' dan harap saya boleh menyumbang untuk mengubahnya menjadi sebutir berlian," katanya.

Tidak dapat dipastikan berapa jumlah Fernandes membayar untuk memperoleh kesemua 66 peratus saham milik Ecclestone dalam kelab tersebut tetapi media British menanggarkan jumlahnya sekitar £35 juta (RM171 juta).

Ecclestone dilaporkan memegang 66 peratus saham kelab itu, bersama-sama hartawan besi dan keluli dari India, Lakshmi Mittal, seorang lagi pemegang saham utama dengan 33 peratus dan bekas ketua pasukan Renault Formula 1, Flavio Briatore memiliki satu peratus.

Berikutan urus janji telah selesai, Fernandes telah menjadi tokoh terbaru dalam senarai ahli perniagaan dari Asia melabur dalam kelab-kelab bola sepak Inggeris.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Thailand yang kini dalam buangan, Thaksin Shinawatra membeli Manchester City dan hartawan Hong Kong Carson Yeung membeli Birmingham City.

Fernandes, sebelum ini telah beberapa kali cuba dan gagal membeli pasukan West Ham United, kelab bola sepak terbesar di timur London.

- Bernama

Panglima Tentera tidak cermat

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tindakan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat.

“Saya merasa terkejut terhadap kenyataan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin yang telah menyalahkan Pemuda PAS kerana membuat sidang media berhubung dengan pendedahan empat orang bekas anggota tentera berkenaan undi pos di Pejabat PAS Pusat, semalam,” kata Timbalan Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasi DPPM, Mohd Adram Musa dalam satu kenyataan.

Bekas anggota tentera tersebut adalah Majer(B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamed Nasir Ahmad dan Kamarulzaman Ibrahim.

Katanya, sebelum ini semasa Pilihanraya Kecil Bagan Pinang, Pemuda PAS juga telah membawa Abu Kassim di hadapan Pengerusi SPR, Tan Sri Aziz Mohd Yusof untuk menerangkan pengalamannya berhubung dengan undi pos.

“Zulkifeli bukan sahaja menuduh Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera malah menuduh sebagai kami sebagai pengkhianat.

“Saya ingin mempertegaskan bahawa Pemuda PAS tidak pernah mempergunakan bekas anggota tentera untuk membuat pendedahan,” ujarnya.

Menurutnya, mereka datang dengan penuh sedar, insaf dan sukarela.

Katanya, mustahil bagi Pemuda PAS mampu mempergunakan bekas anggota tentera yang telah terdidik dengan disiplin dan jadi diri yang tinggi semasa dalam latihan dan perkhidmatan.

Secara tidak langsung, ujarnya Panglima Angkatan Tentera telah menghina ke atas empat anggota tentera tersebut.

Beliau penuh yakin bahawa ada lebih ramai lagi bekas anggota tentera akan tampil ke hadapan membongkar manipulasi undi pos pada masa akan datang.

Katanya lagi, Pemuda PAS memberi peluang seluas-luasnya kepada mereka.

Sepatutnya, ujar beliau selepas mendapat maklumat berkenaan manipulasi undi pos, Panglima Angkatan Tentara perlu mendapatkan maklumat secara langsung daripada ke empat-empat bekas anggota tentera terbabit.

“Kemudian tubuh satu badan penyiasat dan kemukakan satu cadangan kepada pihak kerajaan, menyalahkan Pemuda PAS dalam hal undi pos adalah tindakan yang tidak cermat,” ujarnya.

Jelasnya, sebagai sayap kepada sebuah parti politik, Pemuda PAS bertanggungjawab untuk memberikan pandangan berdasarkan pengalaman kami dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang dan Sibu yang melibatkan undi pos.

“Saya penuh yakin Panglima Angkatan Tentera tidak mendapat maklumat yang sebenar berhubung ruang manipulasi undi pos,” katanya.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS bersedia pada bila-bila masa sahaja untuk menjelaskan ruang manipulasi dalam undi pos kepada Zulkifeli.

“Kami bukan pengkhianat. Kalau kami pengkhinat maka kami tidak perlu membuka ruang diskusi kepada pihak Panglima Angkatan Tentera,” tegasnya.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS mengharapkan semua pihak terutamanya JPN, SPR dan ATM agar mengambil tindakan yang pro aktif bagi menjayakan satu reformasi dalam pilihanraya di negara kita.

“Semoga usaha semua pihak ini akan menutup semua ruang-ruang manipulasi dalam pilihan raya,” ujarnya lagi.

Baulu ikan dan ketuhar tin minyak

oleh MOHAMAD MAT YAKIM
8/19/2011 7:46:25 AM

Masih ingat lagi pengalaman ini? Tin minyak dipotong separuh secara simetri menegak, diisi pasir sungai. Di atas pasir itu diletak acuan berisi tepung siap diadun. Tin itu diletak di tungku dengan api menyala di bawahnya dan ditutup zink.

Di atas zink pula, diletak sabut yang dibakar. Ya, itulah apa yang kita boleh saksikan apabila masuk minggu ketiga bulan puasa dahulu.

Sekarang, senario seperti itu hampir sudah tidak kelihatan. Di kebanyakan tempat, ketuhar tradisional sudah diganti dengan ketuhar gelombang mikro.

Namun apakah yang moden itu menjanjikan baulu yang lebih sedap? Bagi saya, tidak! Ingatlah betapa gebu dan beraromanya baulu ikan yang dimasak dengan sabut dan kayu api dalam ketuhar tin minyak (di kampung saya, tin yang sama digunakan untuk menakung susu getah pada luar musim raya).

Selain baulu, kuih lama kegemaran saya ialah samperit, yang buah cerinya selalu saya hilangkan sebelum tiba hari raya.

Selain itu, ada karas, dodol, wajik, putu kacang, kuih bangkit dan bermacam-macam. Semuanya berbeza dengan kuih sekarang yang bentuknya sahaja nan rupawan namun rasanya hampir sama sahaja.

Selain samperit, putu kacang paling saya gemari. Putu kacang dibuat daripada kacang hijau yang ditumbuk halus hingga jadi serbuk, dicampur gula dan kemudian diisi mampat dalam acuan. Kemampatan akan menjamin berapa lama putu kacang mampu bertahan tetapi ia selalunya tidak tahan lama kerana sebelum malam raya lagi, banyak yang sudah hilang dalam mulut saya.

Selain hal kuih muih, meriahnya raya zaman itu bagi anak kampung seperti saya, juga kerana adanya meriam buatan sendiri, sama ada meriam buluh atau meriam tanah.

Bahan letupnya adalah karbaid yang juga sering digunakan peniaga pasar malam waktu itu untuk menyalakan pelita di gerai hingga aroma pelita karbaid itu mampu membuatkan saya gelisah selagi tidak keluar ke pasar malam.

Meriam buluh atau meriam tanah dimainkan oleh semua peringkat umur. Orang dewasa bercampur gaul dengan anak remaja bermain meriam selepas terawih hingga lewat malam. Tidak ada pula pada waktu itu sesiapa yang buta, hilang jari, putus tangan atau putus kepala kerana main meriam karbaid.

Pada malam bulan puasa, emak ayah biasanya tidak kisah jika anak-anak termasuk yang masih kecil pulang lewat malam. Ini kerana mereka biasanya tahu di mana hendak cari anak-anak mereka jika ada sesuatu yang terjadi.

Selain itu, ia juga sebagai ganjaran dan galakan untuk anak-anak berseronok selepas melakukan sesuatu yang baik, iaitu berterawih. Itulah kaedah cara halus bagaimana emak ayah zaman itu mendidik.

Apa yang penting, aktiviti seumpama itu akan lebih menguatkan silaturahim. Jika ia turut melibatkan golongan dewasa, maka hubungan anak muda dengan orang dewasa akan jadi lebih mesra. Dan orang dewasa juga sekali gus akan menjadi pemantau bagi emak ayah untuk menjaga anak-anak mereka.

Satu lagi elemen mengukuhkan kemesraan yang wujud pada zaman itu ialah berkumpul beramai-ramai menonton TV. Ini kerana, dalam sesebuah kampung, lazimnya hanya ada satu atau dua rumah sahaja yang mempunyai TV. Justeru, sesiapa yang menonton, dikenakan bayaran. Ada juga yang bermurah hati beri tayangan percuma. Video pula dikira sangat mewah.

Saya masih ingat akan ghairahnya orang kampung saya melonggok di atas tebing bersebelahan rumah Cina Pekan Mahang untuk menonton video kung fu menerusi tingkap, hampir setiap petang.

TV pada masa itu menggunakan kuasa bateri kerana elektrik belum lagi masuk kampung. Beberapa hari sekali, tuan rumah bawa bateri ke kedai untuk dicaj.

Pada masa saya kanak-kanak, hanya ada dua saluran TV kita, iaitu TV1 dan TV2. Oleh kerana tiada saingan, program hari raya juga tidak begitu menarik seperti sekarang. Apa yang saya ingat, pada pagi raya, hanya ada rancangan Rasa Sayang untuk kanak-kanak manakala sebelah petang, Seiring Jalan yang selalu paparkan golongan wartawan hiburan buat persembahan.

Orang zaman itu tidak begitu pedulikan TV pada hari raya. Tidak seperti sekarang, ramai terpaku punggung ke lantai atau sofa menanti satu demi satu rancangan pilihan. Ziarah saudara mara dan jiran tetangga semakin diabaikan.

Atas sebab itu, bagi saya, raya dahulu tetap lebih meriah, lebih menarik walau hidangannya hanya baulu yang dibakar di bawah sabut!

Jabatan Zakat agih RM590,200 bantuan


ALOR SETAR - Jabatan Zakat Negeri Kedah mengagihkan RM590,200 kepada 923 pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di dalam dan luar negara tahun ini.

Setiausahanya, Datuk Sheikh Ghazali Yaacob berkata, bantuan berkenaan yang sebelum ini disampaikan kepada semua pelajar di beberapa daerah dan kali ini melibatkan empat daerah iaitu Yan, Pendang, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Menurutnya, RM157,200 diagihkan kepada 250 pelajar dari Pendang, RM299,000 kepada 459 pelajar Kubang Pasu, RM74,000 kepada 114 pelajar Yan dan RM60,000 untuk 100 pelajar Kota Setar.

“Bantuan ini diberikan kepada semua pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT dengan RM600 diberikan kepada pelajar yang mendapat tempat di kolej manakala RM1,000 untuk pelajar di universiti.

“Saya berharap bantuan ini dapat meringankan beban kewangan dan digunakan dengan sebaiknya oleh pelajar terbabit,” katanya.

Ghazali berkata, Jabatan Zakat negeri juga akan memberi bantuan kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pengajian di luar negara termasuk Mesir dan Jordan pada minggu hadapan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9440959.asp

Dilema sekolah pondok

Pengajian sekolah pondok bukan sahaja mampu melahirkan insan yang cemerlang akademik dan sahsiah diri, tetapi juga menjadi antara ‘kilang’ melahirkan tahfiz dan ulama generasi pelapis. Bukan mudah untuk melahirkan satu generasi umat Islam yang mampu melaksanakan tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ini, melainkan dengan pendidikan lengkap dunia akhirat, serta mendidik akal dan hati selaras dengan Islam.

Ini menyebabkan ada pihak tampil mahu memartabatkan sistem pengajian pondok agar dapat diseragamkan demi masa depan sekolah itu, yang hanya bersandarkan pada kepimpinan tok guru, selain beroperasi hasil daripada sumbangan dan dana orang ramai.

Sudah tiba masanya sistem pengajian pondok diberi nafas baru supaya pendidikan ini turut meniti di bibir pelajar-pelajar antarabangsa untuk menimba ilmu di negara ini.

Pelbagai penambahbaikan perlu dilakukan sekiranya mahu merealisasikan hasrat itu, namun adakah perubahan yang dituntut itu sejajar dengan perjuangan sekolah-sekolah pondok yang sekian lama selesa dengan cara mereka sendiri.

Keseragaman pengajian pondok dibincang

Kerajaan Negeri sentiasa proaktif memperkenalkan pelbagai pembaharuan dalam usaha untuk meningkatkan taraf pendidikan pengajian Islam di Kedah.

Antaranya ialah dengan menubuhkan Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah Jun lalu untuk mengatasi kelemahan pengajian di sesebuah pondok yang diterajui seorang Tok Guru.

Pengerusi Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama (Hesa), Ahmad Yahya berkata, dalam mesyuarat pertama Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah yang dipengerusikan oleh Mohd Rejab Md Akhir, Majlis mencadangkan supaya sistem pengajian pondok di negeri ini diseragamkan supaya dapat membuat penambahbaikan dalam sistem pengajian pondok sedia ada.

“Sebelum ini perjumpaan antara tuan guru pondok diadakan untuk membincangkan masalah yang timbul, tetapi kali ini mereka sebulat suara bersetuju menubuhkan Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah demi masa depan pusat pengajian ini,” katanya.

Menurutnya, penubuhan Majlis ini banyak manfaatnya, antaranya dapat menyatupadukan semua institusi pondok yang terdapat di Kedah bawah satu bumbung.

“Sebelum ini ada pondok yang memohon untuk bersama Hesa dan memang ada keperluan untuk wujudkan Majlis ini sebab mudah Kerajaan Negeri memantau perkembangan dan sumbangan untuk diagihkan,” katanya.

Ahmad berkata, perguruan pondok kelak lebih sistematik selain dapat menjaga kebajikan semua institusi pondok yang bernaung di bawah Hesa.

“Majlis ini juga akan menjadi medan bertukar tukar pandangan dan berkongsi idea dalam membangun dan mempertahankan institusi pondok. Malah boleh dijadikan tempat rujukan dan perbincangan ilmiah berhubung permasalahan semasa,” katanya.

Menurutnya, Hesa juga mahu tampil sebagai tali penghubung antara institusi pondok dengan Kerajaan Negeri supaya institusi pondok dapat dinaik taraf.

“Agenda pertama Majlis ini adalah untuk memastikan sama ada sesuai atau tidak sistem pengajian pondok diseragamkan atau mereka belum bersedia berdepan dengan perubahan ini. Ianya masih dibincangkan di peringkat awal dan setakat ini belum mendapat keputusan muktamad,” katanya.

Ahmad juga menyeru mana-mana pondok yang berminat bernaung bawah Hesa boleh mengemukakan permohonan bawah Majlis Guru-Guru Pondok Negeri Kedah.

“Kita bersedia bincang untuk bangunkan sekolah-sekolah ini selain membantu menyelesaikan masalah yang membelenggu mereka,” katanya.

Ahmad berkata, Hesa ditubuhkan pada April 2008 dan kini memiliki 60 institusi pelbagai peringkat di bawahnya. Dua lagi majlis yang bernaung bawah Hesa, ialah Majlis Pengetua dan Majlis Guru Besar.

Perlu persetujuan pemilik sekolah pondok

Cadangan menyeragamkan sistem pengajian pondok adalah satu usaha yang baik untuk memartabatkan imej sekolah-sekolah pondok di negeri ini, namun keputusan muktamad bergantung kepada Dewan Ulama Lajnah Tarbiah Pas.

Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Negeri , Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul berkata, mana-mana sekolah pondok yang berdaftar bawah Hal Ehwal Sekolah-Sekolah Agama (Hesa) kini mudah dipantau termasuk pengagihan bantuan kepada sekolah yang daif.

“Kita serah pada jawatankuasa sebab pengajian pondok ini bawah parti dan saya pasti mereka akan mengkaji sedalam-dalamnya sebelum selaraskan sistem pengajian ini, yang dipercayai lebih banyak manfaatnya berbanding kelemahan,” katanya.

Menurutnya, sekiranya sekolah-sekolah pondok bergabung bawah satu pengurusan, ianya dapat menjaga kebajikan pelajar termasuk menaik taraf struktur sekolah agar lebih sempurna.

“Inilah masanya kita tonjolkan kelebihan sesebuah pondok dan baiki kekurangannya. Bagaimana pun ianya bukan paksaan kerana pondok dimiliki tok guru masing-masing, kecuali jika mendapat persetujuan semua pihak, baru boleh laksanakan,” katanya.

Mohamed Taulan berkata, usaha ini juga baik untuk memperelok sistem pengajian sedia ada terutama untuk dijadikan tarikan pelajar dari luar negara.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9437669.asp




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...