TERKINI :

Monday, August 15, 2011

Tazkirah di Selangor : Kekangan zaman BN & suasana zaman PR..!!

Umno takut kuliah agama jadi ceramah politik
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Kejahilan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno dalam agama terserlah, apabila ceramah Israk Mikraj yang akan disampaikan oleh penceramah PAS atas undangan mereka sendiri, diminta dibatalkan kerana bimbang akan dijadikan ceramah politik.

Sebagai gantinya, majlis ceramah itu diarahkan ditukar kepada majlis bacaan surah Yaasin, seperti yang lazim diamalkan oleh masyarakat kita pada setiap malam Jumaat, dengan diketuai oleh penceramah terbabit dengan serta merta oleh pihak penganjur atas arahan pemimpin atasan Umno.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Solehin Muhyi menjelaskan, kejadian itu pernah dialami oleh beliau sendiri sekitar tahun 2001 lalu, apabila diundang oleh pihak pentadbiran sebuah masjid di Shah Alam yang dibarisi pemimpin dan penyokong Umno untuk menyampaikan ceramah di masjid itu pada suatu malam.

Menurut beliau, ketika arahan pertukaran majlis ceramah kepada bacaan Yaasin itu diberikan kepada beliau oleh pihak pengurusan masjid itu, beliau sudah pun memegang mikrofon untuk memulakan ceramah Israk Mikraj seperti yang dijadualkan.

Katanya, beliau yang datang dari Sabak Bernam, Selangor dengan mengambil masa sekitar sejam untuk sampai ke masjid itu, amat hairan dan kecewa dengan sikap pihak pengurusan masjid tersebut kerana mahu menukar jadual tersebut dalam masa mendadak.

"Apabila saya bertanya kepada pihak penganjur yang datang berbisik kepada saya untuk memberikan arahan itu, saya terus diberitahu oleh pihak penganjur bahawa pertukaran tersebut terpaksa dilakukan atas arahan pihak atasan, iaitu pemimpin tertinggi Umno," katanya ketika menyampaikan tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurut beliau, arahan tersebut tidak dilaksanakan oleh beliau kerana memikirkan tanggungjawab yang terpikul di bahunya berhubung tugas penyebaran ilmu kepada orang ramai, di samping kerugian yang pasti dihadapi oleh masyarakat sekitarnya berhubung kepentingan menuntut ilmu.

"Mengikut jadual, ceramah itu pun bukannya panjang, hanya untuk satu jam sahaja. Jadi pada pandangan saya, jika hanya untuk ceramah sependek itu pun tak dibenarkan, bagaimanakah lagi masyarakat sekitar akan terdidik dengan didikan agama?

"Memikirkan tentang kewajipan dan kepentingan itulah, saya enggan mematuhi arahan itu dan bertegas untuk menyampaikan ceramah Israk Mikraj juga seperti yang dirancangkan sebelumnya," jelasnya.

Ketegasan beliau itu bagaimanapun tetap ditentang oleh pihak penganjur sehingga akhirnya memaksa beliau mengambil jalan tengah dengan tidak menukarkan majlis itu kepada bacaan surah Yaasin, tetapi tazkirah surah Yaasin.

Sungguhpun begitu, majlis tersebut tetap dikenakan sekatan tertentu oleh pihak penganjur bagi menghalang didengar oleh orang ramai di luar masjid, dengan disyaratkan tidak boleh menggunakan alat pembesar suara.

"Atas kepentingan dakwah, saya terpaksalah juga mematuhi arahan itu agar dapat menyampaikan perkara-perkara yang berguna kepada orang ramai berkaitan surah Yaasin," katanya.

Menerusi skop yang begitu terbatas itu, beliau antara lain memfokuskan tazkirahnya kepada kasih sayang Allah kepada makhluk-Nya, kepentingan setiap kita mendapatkan kasih sayang Allah dengan beribadat dan keistimewaan orang yang mendapat kasih sayang Allah sehingga dijemput untuk masuk ke dalam syurga dengan tenang di akhirat nanti.

"Begitulah teruknya sikap para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno. Mereka begitu takut untuk menyebarkan ilmu kerana bimbang orang ramai akan memberikan sokongan kepada PAS, tidak lagi kepada Umno BN.

"Untuk membolehkan mereka kekal berkuasa, mereka tergamak menyekat perkembangan ilmu terhadap orang ramai sehinggakan ceramah Israk Mikraj pun disangkakan akan dijadikan ceramah politik oleh saya. Pada hal saya langsung tidak berniat untuk menyampaikan ceramah politik pada majlis itu," katanya.

Bagaimanapun, kebangkitan rakyat tetap tidak mampu disekat oleh Umno BN, apabila rakyat Selangor telah memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada tahun 2008 lalu bagi membolehkan Selangor diperintahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4936-umno-takut-kuliah-agama-jadi-ceramah-politik

Isu gereja: Kembali kepada sirah Nabi

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Apabila tercetusnya isu siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap penganjuran program di Damansara Utama Methodist Church, tidak semena-mena media arus perdana bertindak memaparkan berita dengan tujuan untuk melonjakkan UMNO menjadi juara mempertahankan Islam, seolah-olah memang benarlah UMNO adalah sebuah parti gagah perkasa yang mempertahankan Islam.

Perlu diketahui bahawa pertembungan agama untuk mencari penganut bukan perkara baru, kerana ianya berlaku sejak dari zaman Nabi Adam sehinggalah tamatnya ajal dunia ini. Umat Islam yang beriman bahawa mereka adalah penganut agama para rasul yang berakhir dengan Nabi Muhammad S.A.W. wajib mempertahankan agama mereka dan menyebarkannya kepada seluruh manusia. Namun dilarang melakukan paksaan, kerana Islam itu bukan sahaja ucapan secara lisan, ianya hendaklah disertakan dengan iman dan dinyatakan dengan amalan yang ikhlas.

Rasulullah S.A.W. mengizinkan penganut agama lain wujud dalam masyarakat Islam secara aman dengan menjadi rakyat, yang wajib dilayan secara adil tanpa paksaan dalam agama menerusi perjanjian bertulis yang dimeteraikan.

Dalam masa yang sama Islam mewajibkan penganutnya mempertahankan Islam, yang menjadi hak kepada penganut Islam sendiri dan kerajaannya. Zalim terhadap penganut agama lain juga adalah haram, sehingga Rasulullah S.A.W memberi amaran neraka kepada orang Islam yeng mengkhianati perjanjian yang sebenarnya adil.

Al Quran meletakkan garis panduan dalam surah Al Haj, ayat 40:

Maksudnya :“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara dan gereja-gereja penganut kristian, rumah-rumah ibadat orang yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.”

Rasulullah S.A.W telah menafsirkan perintah Allah secara amalan, apabila Islam melarang penganut Islam menceroboh gereja dan paderi walaupun ketika berlakunya perang. Maka sudah tentulah ketika damai keadaan ini lebih wajib dipelihara.

Bagi penganut agama lain yang wujud bersama dan berada dalam masyarakat Islam yang lebih ramai sekalipun, maka hak beragama, berkeluarga, bekerja dan bermasyarakat bagi mereka adalah wajib ditunaikan dan haram dicabuli oleh mana-mana pihak. Dalam masa yang sama, banyak ayat Al Quran memaparkan berlakunya perbahasan secara hujah di antara Islam dan pihak lain dalam masyarakat Islam dengan mengutamakan kebijaksanaan.

Sejarah Islam juga memaparkan kewujudan orang Islam dalam masyarakat bukan Islam yang berkuasa dan adil tanpa paksaan terhadap penganut Islam:

Rasulullah S.A.W. mengarahkan para sahabatnya berhijrah ke Habasyah, iaitu sebuah negara kristian ortodok yang adil di zamannya untuk mendapat perlindungan, dan berlakunya dialog di antara Islam dan Kristian dengan hujah.

Sejarah Islam di China menyebut kewujudan masyarakat Islam di negara China yang besar, dan adanya orang Islam yang menyumbang khidmat negara dengan cemerlang kepada negara China dan adanya hubungan diplomatik di antara China dan Islam dengan baik.

Amir Al Mukmin Umar bin Al Khattab dijemput oleh paderi besar Palestin yang menyambut kemenangan Islam menjatuhkan Rom Timur yang sebelumnya dikuasai oleh penganut Kristian yang berlaku zalim terhadap mereka. Khalifah Umar datang menerima jemputan dan melawat Gereja Baitul Laham.

Apabila tiba waktu sembahyang, Umar bertanya :”Di mana tempat saya bersembahyang?” Paderi besar menjawab: ”Di sini sahaja (dalam gereja)”. Umar menjawab: ”Tidak patut bagi Umar bersembahyang di sini, nanti generasi akan datang berkata 'Umar pernah bersembahyang di sini lalu mereka mendirikan masjid di sini (dengan merobohkan gereja)”.

Maka Umar pun keluar dan bersembahyang di halaman, dan bersempena dengannya didirikan masjid yang masih ada sehingga hari ini berhampiran dengan gereja yang masih ada. Apa yang paling menarik di zaman terkini, pihak gereja itu pula melindungi mujahidin Palestin yang dikepung oleh tentera zionis Israel.

Semua cerita benar tersebut berlaku dalam keadaan Islam diamalkan dengan sempurna, yang berbeza dengan Islam yang diamalkan oleh UMNO pada ketika lalu dan kini. Islam warisan penjajah Inggeris yang di zamannya Islam telah dirampas kuasanya daripada raja-raja Melayu dengan memenjarakannya dalam kepompong Jabatan Agama dan Majlis Agama yang tidak berkuasa mengikut Islam yang sempurna.

Manakala kedudukan jabatan agama adalah mengikut bidang kuasa seperti jabatan-jabatan lain, seperti jabatan pendidikan, tanah, kebajikan, termasuk jabatan haiwan dan perhutanan. Kuasa jabatan agama itu sekadar mengawal masjid, mengawasi khutbah dan pengajian agama, mengendalikan urusan keluarga Islam, pusaka dan harta wakaf.

Islam menjadi agama yang diperintah dan ditadbir, bukannya agama yang memerintah dan mentadbir. Hasilnya masjid boleh digeledah, tidak ada perbezaan dengan gereja dan imam boleh diambil tindakan bukan kerana kesalahan agama, tetapi kerana kononnya kesalahan politik. Politik pula dipisahkan daripada agama, seperti juga pemisahan agama dengan politik dalam lain-lain agama selain dari Islam.

UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara.

Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. “Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan“. Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.

Marilah kita buka Al Quran dan ajaran Rasulullah SAW dan para sahabat dan ulama muktabar yang menunjukkan cara beramal dengan Islam yang sebenarnya. Bukan melalui media dan pengampu di sepanjang jalan.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/presiden/4919-isu-gereja-kembali-kepada-sirah-nabi

Mufti Penang habaq kat UMNO bahawa arahan yg dikeluarkan adalah berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Mufti: Larangan pembesar suara bukan fatwa

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.

azan islam call to prayer"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

azan call for prayerBeliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama

RAIS ingat ahli PAS nie taraf RM50 jaa kaa..???

PAS: Dakwaan peserta diupah RM50 'dangkal'

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, dakwaan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim bahawa peserta BERSIH 2.0 diupah RM50 adalah kenyataan yang "sangat dangkal"

NONESambil menafikan PAS turut mengupah anggotanya, Mahfuz menyifatkan kenyataan Rais itu sebagai cuba "menyamakan semua orang macam Umno".

"Umno nak meramaikan perhimpunan mereka, nak meramaikan perhimpunan yang dihadiri pimpinan mereka, mesti diberi duit, dibelanja dengan wang cukup besar, sediakan pengangkutan, kemudian diberi duit, beri makan dan sebagainya.

Jadi dia (Rais) menyamakan (dengan kita). Dia tidak boleh berfikir di luar kotak (pemikiran) Umno. Rais ini berpemikiran dalam kotak Umno. Dia tak keluar daripada kotak Umno," katanya.

rais yatim pc 020709 01Semalam, Rais dilapor mendakwa ada peserta diupah RM50 seorang untuk memakai baju kuning dan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

Beliau berkata selain itu, mereka juga diberi makan dan perkara tersebut didedahkan dalam satu laporan yang dikeluarkan kementerian berkenaan.

"Ini jelas membuktikan upah politik itu berlaku dalam tindakan dan tindak-tanduk pemakai baju kuning atau pemimpin-pemimpin mereka," katanya.

Menurut Rais lagi, bukan semua peserta perhimpunan itu mempunyai matlamat yang jelas, kecuali sebahagian dengan matlamat politik sendiri.

http://www.malaysiakini.com/news/173062

Penonton Bola di Stadium Darulaman mohon bina SURAU baru di luar Stadium..


Rakyat Kedah yang rajin turun Ke Stadium Darulaman memohon @kerajaan Negeri KEDAH supaya buat SURAU baru diluar stadium darulaman kerana surau yg lama tu cuma muat 6 org sahaja...tak caya hgpa p tengok sendiri....

    • Is Faris ‎6 orang??? surau lma yg mne ni?
      47 minutes ago ·
    • Syaiful Khairy Mahadzir Betui tu...mintak la boleh buat yg besaq sket.....
      47 minutes ago ·
    • Kedah Lanie surau dok tepi kolam tuuu
      47 minutes ago ·
    • Is Faris oo..ingt yg dlm stadium..
      46 minutes ago ·
    • Kedah Lanie skrg nie jika ada game banyak p sembanhyg di komplek sukan seberang jalan sana
      46 minutes ago · · 1 person
    • Kedah Lanie yg dalam stadium sebelah sultan nak kena tambah pancuq ayaq 3 tak cukup....
      45 minutes ago · · 1 person
    • Ali Redza ari 2 p letrik xda truihh...pancoq puaih belatoq..agak susah kalo ada game besaq...
      41 minutes ago ·
    • Shaiful Hazmir Bin Shaifuddin elok pecepat kn ...seeloknya sblm bmulanya pela mlaysia ni..kalo x dpt pn....untuk smentara...khemah yg ssuai @ selesa pn x pa dh untuk solat...terutamanya disebelah pintu tbuka....jgn lupa pancuq ayaq skali utk amek ayaq smayang.....
      40 minutes ago ·
    • Zainuddin Idrus Dah lama overdue. Bukan setakat dipertimbangkan tapi patut bertindak terus....
      40 minutes ago ·
    • Mohd Fadzil Bahari aku pun setuju tolong pebesaq sekit surau tu...halus je dalam nya..orang ramai....minta tolong mb tengok sekit...sebelom main bola kita bolih buat tahlil dulu..
      39 minutes ago ·
    • Mohd Rizam Mansur MESTI SELAMA NI 90% YANG PERGI TENGOK BOLA TAK SEMBAHYANG MAGHRIB, KES BERAT NI. HARAP BUAT SESUATU..
      25 minutes ago ·
    • Sujairi 'Jerry' Salleh sbb tu aku xpernah p stadium wlupun dekat dgn rumah....
      22 minutes ago ·
    • Perfezione Ammirabile ermm..kt stadium skrg ni byk mak nyah lg tak? dlu 2 3 kali p waktu malam dok nmpak ja..harap golongan maknyah ni dilenyapkan..
      21 minutes ago ·
    • Mohd Fadzil Bahari pondan la...depa dok cari pelangan kut..
      20 minutes ago ·
    • Perfezione Ammirabile sama je kot 2 tuh..yg tau jantan jadi betina yg menggelikan..harap2 ada yg peka bab2 ni..tak pasai2 nnt pasal puak2 ni kta pn dpt tempias bala..
      19 minutes ago ·
    • Mohd Fadzil Bahari betui tu....
      18 minutes ago ·
    • Perfezione Ammirabile klau jumpa langgaq pn tak pa kot no..kn best kalau ada undang2 atau akta gitu.. hahaha
      17 minutes ago ·
    • Mohd Fadzil Bahari takut dia langgaq kita mampuih....polis ligan bukan main lagu lagi depa lari...jantan katakan..
      15 minutes ago ·
    • Zaidi Zainol tlepaih pandang kot..... xpon bajet abis pasai buat tman jubli......
      11 minutes ago ·
    • Asrul Afwan Abdullah surau dalam kan ada~ =.=
      7 minutes ago ·
    • Asrul Afwan Abdullah hat luaq tu memang kecik~
      6 minutes ago ·
    • Kedah Lanie yg dalam utk tiket rm15 dan rm12 jaa yg rm7 tak ada
      6 minutes ago ·
    • Asrul Afwan Abdullah oh~ betoi~ no choice la~ kalau x pebesaq~ semayang kat kompleks sukan depan tu la~
      5 minutes ago ·
    • Kedah Lanie memang kat situ la salah satu pilhannya....

PAS: Jawapan SPR Ibarat Pak Pandir

Setelah diasak bertubi-tubi dengan pelbagai bukti kelemahan dalam daftar pemilih negara, SPR, yang telah berkeras kepala dalam menafikan kelemahannya selama ini akhirnya terpaksa membuat pusingan U dan mengakui bahawa mereka sedar ada kelemahan dalam daftar pemilih negara.

Namun begitu, pengakuan SPR tidak ikhlas apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar kiri) sekadar menyalahkan "kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)" Sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

Beliau juga dipetik sebagai berkata "tiada daftar pemilih yang bersih di dunia ini" sebagai jawapan kepada pelbagai kelemahan yang dibongkar oleh PAS dalam daftar pemilih negara.

PAS kesal dengan jawapan yang diberikan Abdul Aziz dan lebih mendukacitakan ialah sikap lepas tangan SPR, seolah-olah isu ini bukanhanya berlaku di Malaysia sahaja, bahkan berlaku di kebanyakan negara berlaku.

Jawapan ini mengingatkan kita kepada kisah Pak Pandir yang menyatakan "bukan anak kita je mati, anak orang lain mati jugak". Kenyataan ini jelas menggambarkan sikap sebenar SPR, yang tiada niat langsung untuk memihak kepada rakyat untuk bersungguh-sungguh membersihkan daftar pemilih yang ada.

Lebih malang dalam sistem serba canggih sekarang, SPR masih ketinggalan zaman sehingga berlaku perkara yang sangat mengaibkan. Bayangkan kalau Kg Baru pun didaftar sebagai pengundi, siap ada bersama nombor kad pengenalan.

Ketidakikhlasan SPR dalam memperbaiki sistemnya cukup terserlah dalam isu nama Kg Baru (MyKad: 830527115422) yang didaftarkan sebagai pengundi, di mana SPR hanya menukar nama Kg Baru kepada nama pengundi "Norainibinti Abdullah" berdasarkan data JPN tanpa usul periksa mengapa kesilapan demikian boleh berlaku.

Demikian juga pendedahan warga asing yang mendapat kerakyatan, dan didaftarkan sebagai pengundi dengan jumlah ribuan orang adalah gambaran kelemahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan SPR.

Pengakuan SPR ini jelas kepada rakyat kenapa himpunan BERSIH 2.0 diadakan dankini rakyat mula nampak akan hasil himpunan tersebut.

Meskipun SPR dan pihak berkuasa di bawah telunjuk UMNO-Barisan Nasional terus menggambarkan himpunan tersebut dalam nada yang sangat negatif; tetapi disebabkan itu juga rakyat juga telah mula membuka mata dan dapat melihat betapa kotornya sistem pilihanraya negara kita yang dipenuhi dengan sampah sarap dan diancam oleh pendatang asing yang mendapat kerakyatan dan hak mengundi dengan begitu senang.

Rakyat boleh bayangkan apabila satu hari nanti undi warga asinglah yang bakal menentukan keputusan politik dan masa depan negara - siapakah yang telah menjual negara secara senyap-senyap demi kekal berkuasa dengan cara yang haram?

Dengan keruntuhan keyakinan rakyat jelata terhadap kelayakan SPR menjadi pengadil pilihanraya sekarang inilah yang menuntut satu reformasi dalam sistem pilihanraya kita bagi membina keyakinan tinggi kepada semua pihak supaya keputusan pilihanraya umum nanti dapat diterima dengan hati terbuka dan tanpa was-was.

SPR dituntut melakukan segera satu reformasi bagi membina keyakinan rakyat khususnya parti- parti politik terhadap sistem pilihan rayayang bersih dan adil.

Masih banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki, seperti undi pos yang terdedah kepada pelbagai manipulasi, persempadanan pilihanraya yang tidak adil, pengundian bertindih, tuntutan daftar automatik dan sebagainya.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.


PAS pula dakwa kenyataan Perkasa bukti Umno gagal bela Islam


KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Pendirian Perkasa bahawa pertubuhan bukan kerajaan itu mahu menggantikan PAS sebagai pembela Islam merupakan satu pengakuan bahawa Umno tidak mempertahankan agama itu selama ini, kata pemimpin PAS hari ini.

“Jika Umno mempertahankan Islam, maka sudah tentu Perkasa akan mengatakan bahawa ia akan menggantikan Umno,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) kepada The Malaysian Insider hari ini.

Ahli Parlimen Pokok Senan ini memberitahu kenyataan Perkasa semalam juga satu pengesahan ke atas kerja-kerja PAS dalam mempertahankan prinsip Islam selama ini tetapi menekankan hak untuk mempertahankan Islam bukan sesuatu yang eksklusif dan mana-mana pihak yang berhasrat boleh berbuat demikian.

Semalam, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata pihaknya akan mengambil alih peranan PAS sebagai pembela Islam atas alasan parti itu gagal dalam mengotakan objektifnya.

Ibrahim, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, mengecam PAS sudah lemah dalam menguruskan hal ehwal berkaitan dengan Islam dan mengabaikan nilai-nilainya kerana cita-cita politik.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-pula-dakwa-kenyataan-perkasa-bukti-umno-gagal-bela-islam/

Kerakyatan Malaysia seperti membeli ikan di pasar

Semudah membeli ikan di pasar begitulah simbolik yang boleh diberikan kepada Kerajaan Malaysia. Semuanya berpunca disebabkan pembongkaran kisah ‘Mismah’ yang sedang hangat diperkatakan. Begitu mudah untuk menjadi warganegara Malaysia. Kementerian Dalam Negeri yang bertanggungjawab selaku organisasi pengurusan pendaftaran negara harus dipersalahkan dan dipersoalkan. Soal dan salahnya adalah kelonggaran yang memusykilkan kerakyatan yang diberikan kepada penduduk tetap (PR) di negara ini.

Mungkin ramai masih ingat lagi di mana sebelum menjelangnya Ramadhan tempoh hari pasukan Bola Sepak Malaysia telah dimalukan dengan pasukan Bola Sepak Singapura. Ramai yang mengeluh dengan mempertikaikan tindakan pasukan Bola Sepak Singapura yang banyak menggunakan khidmat pemain import untuk membantu kemenangan pasukan Bola Sepak Singapura. Ramai juga yang mengatakan bahawa pasukan Bola Sepak Singapura tidak ada jati diri kenegaraan. Kalau begitu pandangan umum, bagaimana pula dengan kes Mismah?

Baik, cuba kita lihat dari sudut yang positif untuk semangat jati diri negara. Singapura mengambil pemain import dari China dan Serbia tempoh hari bertujuan membantu pasukan Bola Sepak mereka untuk menang menentang Malaysia dan sekaligus melangkah ke peringkat ketiga kelayakan Piala Dunia. Kerakyatan yang diberikan kepada pemain-pemain tersebut berjaya menghasilkan sesuatu yang positif untuk negara mereka. Kehadiran pemain-pemain tersebut adalah sebagai alat pelengkap bagi ruang kelemahan mereka. Kalau dilihat dari sudut pandangan seorang negarawan, hal ini kesannya positif. Kemahiran yang tidak wujud diwujudkan dengan kehadiran pemain-pemain import atau warga yang diberikan kerakyatan tadi.

Berbeza pula dengan Malaysia. Mismah yang sedang hangat diperkatakan ini adalah manusia yang kemahirannya ternyata banyak boleh didapati melalui warga tempatan sendiri. Kerjaya Mismah adalah pembancuh simen. Saya rasa di Malaysia masih tidak ketandusan lagi pembancuh-pembancuh simen yang profesional sehingga kerakyatan harus diberikan kepada warga asing. Apakah kemahiran yang hebat yang boleh dikongsikan dari Mismah kepada kita?

Saya bukanlah memerangi Mismah, cuma saya musykil, mengapa begitu ramai kerakyatan diberikan kebelakangan ini. Dari April 2009 sehingga Julai 2011, sudah 29,290 penduduk tetap (PR) diberikan kerakyatan. Apa sebenarnya yang menyebabkan longgokan pemberian warganegara ini berlaku?

Mungkin ini adalah taktik kementerian untuk mengadakan ‘pengundi hantu’ dalam PRU 13 akan datang. Perhatikan saja, selepas kekalahan BN di Selangor pada PRU 12, Mac 2008, gerak kerja memberikan taraf warganegara kepada penduduk tetap (PR) begitu berleluasa sekali. 29,290 jumlahnya yang telah didaftarkan sebagai warganegara yang sah. Semudah itu seseorang yang menuntut kewarganegaraan diterima sebagai warganegara yang sah.

Ada yang memberi pendapat ini hanyalah kebetulan. Baik, jika ianya kebetulan mengapa jumlahnya begitu besar? Penduduk tetap (PR) yang diterima pula bukanlah dari kalangan golongan profesional yang dapat memberi khidmat kemahiran tinggi kepada negara kita sekaligus menaikkan taraf Malaysia di mata dunia. Perkara ini harus diteliti dengan cermat. Selepas taraf warganegara diberikan kepada penduduk tetap (PR) tersebut, pasti mereka akan terhutang budi dengan jasa yang ditaburkan kerajaan. Ini sekaligus membuatkan mereka akan memberikan undi kepada BN pada PRU 13 akan datang. Perkara ini bukanlah sebuah kebetulan, saya mengesyaki ianya adalah rancangan sulit bagi menghadapi PRU 13 akan datang.

Saya tidak pernah menyalahkan Kementerian dalam memberikan kerakyatan kepada Yuan Yufang atlit pejalan kaki yang berasal dari China. Sekurang-kurangnya kemahiran Yufang dapat dibuktikan dan kemahiran itu diturunkan serta diajarkan kepada atlit-atlit muda bimbingan beliau. Yufang berjaya mengisi kekurangan Malaysia dalam sukan berjalan kaki dengan beberapa kali merangkul pingat dalam acara yang ditandinginya.

Kementerian haruslah bertanggungjawab dan lebih menfokuskan ciri-ciri atau garis panduan untuk menjadi warganegara Malaysia. Longgokan yang terlalu ramai penduduk tetap (PR) yang diberikan taraf warganegara ini akan menyempitkan lagi skop perkerjaan warga asal Malaysia yang bertaraf rendah. Golongan seperti Mismah sudah terlalu ramai di Malaysia. Kita tidak perlukan lagi orang berkemahiran seperti Mismah.

Kementerian harus sedar akan perkara ini. Jabatan Pendaftaran Negara juga perlu lebih bertanggungjawab dalam memberikan kerakyatan kepada negara ini dan janganlah dengan sebarangan sahaja memberikan kerakyatan tanpa usul periksa. Berapa ramai lagi manusia yang wujud di Malaysia ini yang tidak ber’bin’ dan ber’binti’.

Dato’ Onn pernah memperjuangkan akan hal kewarganegaraan tersebut. Dato’ Onn meminta orang yang bermastautin tetap di Malaysia tidak kurang dari 20 tahun barulah sah diberikan kerakyatan kepada mereka. Nampaknya hal ini kurang dipersetujui oleh cucunya yang kini menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri. Dato’ Onn juga adalah individu yang benar-benar cermat dalam memberi pemilaian penerimaan sebagai status warganegara kepada penduduk tetap atau bangsa asing. Namun cucunya pada hari ini sewenang-wenangnya memberikan kewargnegaraan kepada penduduk tetap (PR) tanpa memikirkan apakah aplikasinya kepada rakyat di masa akan datang.

Hebatnya Mismah sehingga hampir seluruh menteri memberi maklum balas mengenai beliau. Tahniah Malaysia kerana berjaya menambahkan lagi kewarganegaraan di negara ini. Maka bersedialah rakyat Malaysia untuk menyambut kemerdekaan yang ke 54 pada 16 September nanti bersama-sama warganegara baru serta PATI yang baru sahaja ‘putih’.

Sayangilah negara anda dari anasir jahat yang ingin menjahanamkan negara...


AMNI JAGAT

14 OGOS 2011
KUALA LUMPUR

http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/depth/4923-kerakyatan-malaysia-seperti-membeli-ikan-di-pasar

BN tahu SPR balang oksigen terakhir mereka


Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) SPR belum digunakan tetapi sudah huru-hara seperti tersilap masuk data, salah maklumat, maklumat tidak sama dengan Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya.

“Cuba bayangkan jika perkara ini tidak didedahkan oleh Pakatan Rakyat, maka isu ini akan menjadi barah negara yang paling merbahaya sedangkan ini melibatkan pemilihan pimpinan negara untuk masa depan rakyat di negara ini,” katanya AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, ini bermakna, baik macam mana tawaran Pakatan Rakyat kepada rakyat, ia tidak bermakna kerana masalah daftar pemilih yang meragukan.

“Bagaimana perkara ini boleh berlaku, seperti kes Mismah dalam masa empat jam sudah bertukar menjadi warga negara dan layak untuk mengundi. Walaupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengakui kesilapan teknikal,” katanya.

Pada hal menurut SPR, katanya mereka sentiasa membuat semakan menggunakan Sistem Perkongsian Maklumat Antara Agensi (ALIS) untuk mengemas kini daftar pemilih dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Kalau kemas kini, kenapa kes Mismah dan yang lain-lain lagi boleh berlaku.

Beliau berkata, satu perkara yang pelik apabila SPR turut memotong senarai nama pengundi berumur 90 tahun ke atas yang kesemuanya seramai 12,000 orang jika mereka didapati tidak lagi aktif.

“Persoaalannya peraturan mana SPR gunakan sewenang-wenang boleh membuang senarai nama tidak aktif. Bukankah ini bertentangan dengan Perkara 14 Peraturan-Peraturan Pilihanraya 1981?” soalnya.

Tambahnya, paling kelakar lagi jika mereka yang nama dipotong datang pada hari pilihanraya, SPR akan membetulkan semula.

Soalnya lagi, atas asas apa pula pengundi yang dipotong hendak datang mengundi sedangkan namanya sudah dipotong.

“Bukankah ini mendedah kepada penyelewingan untuk hantu-hantu berkeliaran pada hari mengundi?” soalnya.

Justeru, ujarnya rakyat mengharapkan SPR jangan menjadi kuda tunggangan Umno.

Menurutnya, tipu muslihat akan terdedah satu demi satu, kerana sekarang zaman IT bukan zaman Ashabul Kahfi.

Pakatan Rakyat, tegasnya akan menggunakan kepakaran yang ada untuk mendedahkan ketempangan sistem pilihan raya yang berlaku di dalam negara ini kerana BN mengetahui SPR adalah balang oksigen terakhir untuk mereka.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4922-bn-tahu-spr-balang-oksigen-terakhir-mereka

'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

http://4.bp.blogspot.com/-GP8rtFOjZU4/ThFoOw6z3oI/AAAAAAAAAMA/tHkS21zFS1M/s320/nz-golden_churn-butter.jpg
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarahnya Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.

Beliau berkata mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lalu Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi, menyebabkan industri makanan itu terjejas.

- Bernama

Pengurus Tanah Rancangan Felda tak boleh balik raya sebab nak suruh ampu Kerajaan 1Malaysia..!!!

Surat terbuka kepada pengurusan Felda
Generasi ke-2 Felda

http://www.keadilandaily.com/wp-content/uploads/2011/06/felda.jpg
Menyambut 1 Syawal di kampung halaman. Suasana itu sungguh menggamit perasaaan setiap insan. Walaubagaimanapun perasaan itu terpaksa dipendamkan oleh kesemua Pengurus Tanah Rancangan Felda dek kerana tugas memberi ucapan raya pada pagi 1 Syawal.

Sudahlah pengurus-pengurus ini berhempas pulas mengagihkan bantuan raya kepada para peneroka pada bulan Ramadhan, mereka juga dinafikan hak untuk meraikan 1 Syawal bersama keluarga tercinta di kampung halaman dek kerana ‘tugas 10 minit’ tadi.

Walaupun tugas itu kelihatan mudah tetapi tanpa disedari Pengurus-Pengurus tanah rancangan ini dinafikan hak untuk tiba awal di kampung halaman hanya kerana tugas memberi ucapan Raya pada hari lebaran. Adakah pihak pengurusan Felda tidak terfikir bahawa ramai Pengurus Felda yang merantau. Malah ada Pengurus Felda yang mempunyai kampung halaman di Selatan Tanah Air tetapi terpaksa melaksanakan tugas di Utara Semenanjung Malaysia. Jikalau pihak pengurusan Felda tetap ingin ucapan raya tersebut dilakukan, ia boleh dilakukan secara rakaman dan dimainkan ketika 1 Syawal itu.

Janganlah kerana Pilihanraya makin menjelang, pihak pengurusan tertinggi Felda menatang minyak yang penuh kepada golongan peneroka tetapi mengabai hak dan keperluan pengurusan tanah rancangan yang juga turut menyumbang jasa kepada kekayaan Felda.

Harus diingat, Pengurus-pengurus tanah rancangan Felda ini punya penyokong sendiri di kalangan peneroka. Jangan kerana tindakan yang tidak cermat ini, Kerajaan Pusat akan kehilangan sokongan bukan sahaja di kalangan peneroka tetapi juga di kalangan pengurusan tanah rancangan.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...