TERKINI :

Sunday, August 14, 2011

Puteri UMNO Kedah buat fitnah keatas JHEAIPP...!!!

Puteri UMCO Kedah.. tak kira bulan posa, nak buat fitnah saja


AZAN SUBUH TAK PERNAH DILARANG DI PULAU PINANG!!!

Oleh: Tok Senapi

UMCO dan fitnah ibarat nyawa dan badan. Sehari tak buat fitnah macam kaki botoi kat estet Kola Ketil tak kena samsu haram. Jenis pemfitnah UMCO ni depa bukan kira bulan posa ka bulan apa ka.. janji boleh buat fitnah, terutama fitnah yang ditujukan terhadap Pakatan Rakyat.

TS tak jadi friend dengan FB Puteri UMCO Kedah, tapi ada sorang kawan emel mai sedutan dari FB depa tu (yang terpampang kat atas).

Yang TS tertanya-tanya bila pulak Jabatan Ha Ehwal Agama Islam Pulau Pinang keluar pekeliling larang azan melalui pembesar suara? Yang dilarang cuma bacaan Al-Quran sebelum Subuh. Majlis Fatwa Pulau Pinang yang buat keputusan tu... takkan kita nak kata DAP yang bagi arahan kat Majlis Fatwa kot suruh keluar fatwa macam tu. Dalam majlis fatwa tu semua ulamak, depa bahas terperinci hukum tu dengan nas-nas yang jelas. Hangpa ada akai ke dak Puteri UMCO Kedah woii..?? Nak buat fitnah ikut sukaaa jaa, serupa budak bohsia buang anak merata ikut suka tong sampah mana dia nak tauk..

TS minta maaf Puteri UMCO noo guna bahasa kasaq sikit, lain kali jangan dok buat dah fitnah macam tu..

http://kedahla.blogspot.com/2011/08/puteri-umco-kedah-tak-kira-bulan-posa.html

Nik Aziz sokong larangan bacaan al-Quran guna pembesar suara


KOTA BARU, 14 Ogos — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS (gambar) itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, dipetik Bernama Online, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat.

“Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakan pembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit,” katanyaselepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad (KRKB) di sini, hari ini.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau di negeri itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkan dalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasi menerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannya dianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/nik-aziz-sokong-larangan-bacaan-al-quran-guna-pembesar-suara/

Mamat Kotak tak jadi bakar laa pulak....!!!

Ezam: Saya tak maksud 'bakar' betul, tapi simbolik..

Senator Mohd Ezam Mohd Nor menjelaskan dia tidak bermaksud untuk membakar betul Malaysiakini dan Malaysia Insider, "tetapi hanya simbolik kemarahan terhadap mereka yang bakar hati umat Islam" berhubung isu murtad.

NONEDalam tweetnya hari ini, bekas pemimpin pembangkang yang kini menjadi aktivis Umno itu mendakwa apa yang dimaksudkan ialah untuk
"membakar" Malaysiakini dan The Malaysian Insider kerana mereka telah "membakar" hati umat Islam mengenai isu murtad.

Tweetnya berbunyi: MK/MI portal news dialam siber. mcmana BAKAR alamsiber?x ancam bakar reporter/bangunan.ianya simbolik kemarahan terhdp mrk yg BAKAR hati umat.

Dalam perhimpunan selepas solat Jumaat lalu di masjid negeri Selangor Shah Alam, bekas pengikut setia Datuk Seri Anwar Ibrahim itu bersumpah untuk melancarkan "perang habis-habisan" ke atas portal Malaysiakini yang didakwanya sebagai "ejen" kepada "pengkhianat Islam".

Perhimpunan anjuran kumpulan Gerakan Cegah Murtad itu diadakan ekoran kontroversi berhubung tindakan yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya pada minggu lalu.

"Kita akan lancarkan perang habis-habisan jika mereka tidak hentikan dengan ejen mereka -- Malaysiakini, Malaysian Insider -- yang biadap kepada JAIS, kononnya mereka menceroboh masuk gereja.

"Kita beri anda amaran terakhir. Jika anda tidak hentikan sampah ini, kita akan bakar anda," katanya lagi di perhimpunan itu.

http://www.malaysiakini.com/news/172977

Gambar Terbaru MB Kedah : Syarikat gambaq mana yang dapat tender nie..???



Company mana la punya kerja ni, buat kerja mcm lepas batuk di tangga. Klu nak cropping pun guna la cropping tool yg betul, ni dh mcm tikus gerit.... finishing fail. Ni gambag MB, hormat la sikit kat pemimpin.....harap klu boleh SUK tarik la balik poster ni, buat la yg baru. memalukan ja.... Budak sekolah pun dh ada yg pandai guna cropping tool. Jgn hanya mencari untung tetapi hasil kerja macam sampah. fikir fikirkan lah.
  • Fakhri Ahmad and 3 others like this.
    • Snappshooter Privation huyooo..
      47 minutes ago
    • SirMart Outdoorgraphy hish.. awat la depa xpakai background betui.. bukan mahai mana pun.. amik gmbq budak skolah pun guna b/g..
      46 minutes ago · 1 person
    • Shairol Rafizan Mohd Radzi boikot kedai ituuuuuuu
      44 minutes ago
    • Hairul Nizam Zahari SirMart Outdoorgraphy tu la..... Kena siasat ni.....Saya letak politik dibelakang. tapi saya rasa xpuas hati sebab dia adalah pemimpin. gambar pemimpin mestilah terbaik hasilnya.
      43 minutes ago
    • Pa Li untung la depa dpt job nih....sigh~
      43 minutes ago
    • Wc Sayuti setuju !
      42 minutes ago
    • SirMart Outdoorgraphy yerp. mmg betui tu.. walau gmbq sapapun.. status dia tu penting.. gmbq sebegini sedikit sebanyak menjejaskan nama jurugambar professional
      42 minutes ago · 2 people
    • Shairol Rafizan Mohd Radzi detail tak jaga langsung nih
      42 minutes ago
    • Hairul Nizam Zahari Shairol, kita boikot tapi apa kata Kerajaan Negeri pulak?
      41 minutes ago
    • Shairol Rafizan Mohd Radzi kena ajukan kepada kerajaan negeri.soh bahagian media dia ka prihatin dgn semua nih.
      40 minutes ago
    • Hairul Nizam Zahari Sapa sapa yg kerja di jabatan kerajaan yang menerima gambar terbaru MB ni, cuba tgk betoi betoi finishing dia. klu boleh tu copy la balik dn touch up tapi lagi baguih klu kerajaan tarik balik. bg balik kt company tu suruh buat lain.
      39 minutes ago
    • Wc Sayuti kampeni mana hat buat ni ek?pasal abg saya ada jugak dok wat design utk kjaan negeri ni tp xpenah tgk lagi pix mcm ni.
      37 minutes ago
    • Shairol Rafizan Mohd Radzi haa...tarik balik ja..mana boleh macam ni punya finishing.dan aku rasa macam tadak eye contact pon. ka aku yg juling?
      37 minutes ago
    • Fakhri Ahmad biasa la....perasan baguih la sapa yg buat ni...memalukan...
      29 minutes ago
    • Mohamad Firuz setujuuuu.... bukan kah banyak lagi tenaga pakar dalam negeri kedah... lebih lebih lagi anak kedah... pasai apa tak guna kepakaran yang betul... buat malu oghang kedah ja setakat buat kheja cincai macam nie...
      22 minutes ago · 2 people
    • Fakhri Ahmad bila bukan ahli berada di tempat nya....kata kata ustaz azizan....
      21 minutes ago
    • Shairol Rafizan Mohd Radzi mai hantaq kat orang peghelih pon tak pa aih..
      21 minutes ago
    • Mohd Sharumnisham Shahbudin sebagai staff kerajaan negeri kedah,,,turut terasa aibnya
      20 minutes ago
    • Andz Adnan rosak2....
      20 minutes ago
    • Mohamad Firuz oiikkkk... jangan bikin malu oghang kedah... belambak oghang kedah jadi pakar ooooo
      20 minutes ago
    • Shairol Rafizan Mohd Radzi Ni salah Khairuddin Razak la ni tak buat kursus. Kikiki
      14 minutes ago · 1 person
    • Kedai Kamera Mzaidi ni ada la company yg dok pi kelitin kot wisma mintak projek, org nak buat keja depa nak buat keja.tapi ilmu xdak
      8 minutes ago
https://www.facebook.com

London rakyat mengamuk, Malaysia polis mengamuk

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang menyamakan rusuhan di London dengan perhimpunan perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu sebagai 'bodoh'.

Sambil ketawa, beliau berkata, kedua-duanya sangat berbeza dari segi suasana dan matlamatnya.

"Saya tak tahulah kebodohan tahap mana kenyataan timbalan ketua polis negara ini.

"Di London rakyat mengamuk tapi di Malaysia polis mengamuk," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Mohamad berkata, dalam beberapa siri himpunan di Malaysia, ia bermula aman sehinggalah terdapat gangguan dan provokasi dari pihak polis.

"Saya sebut kepada peserta himpunan, jangan terbalikkan walaupun satu pasu bunga dan ternyata ia berlangsung aman.

"Polis seharusnya hadapi himpunan secara aman, kalau rusuhan memanglah kena hadapi secara rusuhan," katanya yang terpaksa menjalani pembedahan lutut akibat terjatuh ketika dilanggar kereta polis pada perhimpunan Bersih 2.0.

Tambahnya, rusuhan yang berlaku di London itu tidak ada kaitan dengan sistem politik sebaliknya kerana masalah kesempitan hidup akibat kemerosotan ekonomi.

"Perdana Menteri Britain sendiri kata, rusuhan itu tak ada kena-mengena dengan politik.

"Tapi himpunan Bersih 2.0 menuntut pilihan raya yang adil," katanya.

Rusuhan di London, terutamanya di Tottenham bermula Sabtu lalu selepas seorang suspek mati ditembak polis.

Rusuhan bermula di Tottenham, kemudian merebak ke Wood Green, Enfield Town, Ponders End dan Brixton melibatkan pelbagai kelakuan ganas dan merebak ke seluruh kawasan lain di London.

Dalam rusuhan itu Polis Metropolitan London diserang manakala kedai dirompak dan bangunan dibaling batu.

Mereka membantah apabila Mark Duggan, pemuda beruisa 29 tahun ditembak polis mati ketika polis berusaha menangkap pengedah dadah kokain dan ahli 'Star Gang' sedangkan beliau tidak bersenjata.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4897-london-rakyat-mengamuk-malaysia-polis-mengamuk

Noh Omar Cuba Berbohong dalam Bulan Ramadhan

Perpindahan Asrama Yayasan Selangor untuk Kebaikan Pelajar

http://hornbillunleashed.files.wordpress.com/2010/04/nohomar_sun.jpg?w=300&h=232

Dato Noh Omar dalam laporan Sinar Harian bertajuk “Kerajaan Negeri ada agenda tersembunyi” bertarikh 8 August 2011 berkata:

“Saya difahamkan tindakan itu berikutan Yayasan Selangor menghadapi masaalah kewangan dan kemungkinan tapak asrama yang terletak di lokasi strategik mahu dijual”
Sepertinya,Noh Omar itu sendiri yang mempunyai agenda tersembunyi. Kerja bohong begini tidak baik lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan.

Kalau kita rujuk laman web rasmi Yayasan Selangor, hujjah yang diberikan adalah sangat rasional.

Secara mudahnya, asrama tersebut sudah tidak sesuai lagi lokasinya. Masaalah kesesakan lalu lintas lantaran asrama tersebut berada di tengah-tengah bandaraya menyebabkan para pelajar menghabiskan masa lebih 4 jam setiap hari di dalam bas.

Juga, oleh kerana pembangunan, kawasan persekitaran asrama tersebut sudah tidak sesuai sebagai kediaman lagi, Masalaah keselamatan menjadi masaalah yang besar kepada para pelajar yang menginap di asrama tersebut.

Mungkin Noh Omar lebih rela keselematan dan keselesaan pelajar dikorbankan demi kepentingan politik kepartian beliau.

Silalah baca penjelasan Yayasan Selangor berkaitan pemindahan pelajar serta pembangunan semula tapak asrama Yayasan Selangor itu di laman web mereka. Penjelasan yang panjang lebar itu cukup untuk menyakinkan sesiapa sahaja bahawa pemindahan itu adalah sangat baik untuk kebajikan pelajar.

Adapun idea untuk membangunkan tapak asrama tersebut adalah sangat baik juga. Mengikut laman web Yayasan Selangor itu:

“Oleh itu, sekiranya tapak asrama Kg. Pandan dimajukan, Yayasan Selangor akan menjana lebih pendapatan dan pendapatan itu akan disalurkan untuk kebajikan pelajar di seluruh negeri Selangor.”


Hairan juga Noh Omar menaikkan isu kerugian Yayasan Selangor memandangkan kerugian Yayasan Selangor adalah kerugian terkumpul selama 52 tahun, yang mana 50 tahun darinya Yayasan Selangor berada di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.

Kalaupun benar tapak asal Asrama Yayasan Selangor mahu dijual kerana kerugian Yayasan Selangor, ia adalah untuk membayar segala kerugian yang ditanggung sewaktu di bawah pentadbiran UMNO dan Barisan Nasional.

Nasihat saya pada Noh Omar, berhentilah menyebarkan cerita dongeng. Bertaubatlah, memandangkan kenyataan ini dibuat di waktu bulan Ramadhan. Dosa berbohong pada bulan Ramadhan lebih besar dari dosa diluar bulan Ramadhan.

TULANG BESI

http://www.malaysiawaves.com/2011/08/noh-omar-cuba-berbohong-dalam-bulan.html

UMNO : Perlis tak sensitif isu Agama....!!!

SPR jadi kuda, BN jadi joki

Oleh : Man tk

http://gambar-lucu.com/userfiles/cache/funny-images/gambar-lucu-kuda-senam.jpg

SPR dan JPN sentiasa diperkudakan oleh BN dan UMNO untuk memastikan kemenangan mereka dalam setiap pilihanraya. Jika dulu kita mengesan pengundi yang dah mati tapi masih ada orang lain yang keluar mengundi menggunakan kp simati. Mereka ini kita panggil pengundi hantu. Begitu jugak dengan pengundi yang tak dikenali.

SPR tau kita mampu mengesan pengundi hantu, maka dengan alasan mengesan pengundi hantu, SPR melancarkan sistem BIOMETRIK untuk mengesan pengundi hantu. Maka tiba-tiba bergegak gempita seluruh pelosok negeri, berkata sekalian pakatan rakyat bahawa SPR mengaku adanya penundi hantu.

Maka berkatalah pulak timbalan pengerusi SPR yang bakal menjadi calon UMNO itu sistem BIOMETRIK adalah untuk mengesan pemegang MYKAD yang tidak sah.Kenyataan sudah di buat, maka langkah seterusnya membuat perancangan untuk meyakinkan rakyat. Maka JPN pun buat program 6P. Kononnya untuk membuat pemutihan pendatang tampa izin (PATI).

Maka adapun beberapa syaraikat dilantik untuk mengesan PATI. Bila nak start, ada lah saja masalah teknikal yang perlu dihadapi. Data yang di perolehi perlu di masukkan keseluruhannya kedalam pengkalan data JPN. Ketika itu dikesan pengundi-pengundi yang bertindan nombor kad pengenalan lama dan mempunyai lebih dari satu kad pengenalan dan didaftarkan di lebih dari satu daerah mengundi, maka berkatalah lagi timbalan pengerusi SPR bahawa pakatan rakyat bohong.... Selagi di nafikan, semakin banyak yang kita jumpa.

Dalam kekalutan pakatan rakyat menyelidik data pengundi tahun 2010, terjumpalah satu orang yang berstatus penduduk tetap tapi nama dimasukkan sebagai pengundi. SPR kata depa tak salah. SPR tidak akan mengubah senarai tersebut.Maka JPN lah yang kena bertindak segera... Penduduk tetap perlu di jadikan warganegara. Maka bertukarlah maklumat data penduduk tetap tersebut sebagai rakyat malaysia.

Hanya dalam maa 2 jam saja seorang penduduk tetap boleh menjadi warganegara apabila rekod tesebut didedahkan kepada media. Dengan bukti masa rekod dikesan, JPN tetap menafikan dan menuduh Pakatan Rakyat yang memfitnah. Seluruh negara tahu dan tengok bukti tersebut... Dan ahirnya pengundi tersebut dipercayai sudah tidak dapat dikesan datanya didalam JPN.

JPN pulak gelabah... Nak jawab lagu mana ni? Maka JPN pun jawablah... "Penduduk tetap tersebut sudah lama diberikan taraf penduduk tetap, tidak sepertimana didakwa pembangkang"- JPN

Soalan tambahan kepada JPN, aakah penduduk tetap boleh menjadi pemilih? Jika dirujuk perlembagaan, hak sebagai pemilih hanya untuk rakyat Malaysia. Penduduk Tetap hanya boleh memiliki harta dan beberapa keistimewaan tetapi tidak memiliki hak sebagai pemilih.

Dari mana timbulnya data-data ini?

Apa kaitan program 6P dengan kemunculan begitu banyak data pengundi yang kebanyakkannya adalah disyaki rakyat asing. JPN dengan bangganya mengumumkan bahawa mereka menemui data seorang yang sama tetapi telah masuk ke Malaysia sebanyak 2 kali menggunakan identiti berbeza.

Apa ertinya ini? Ertinya JPN sudahpun memiliki maklumat pendatang yang masuk ke negara ini. Maklumat itu mungkin diperolehi secara tidak sah, dan program 6P adalah untuk memutihkan data yang mereka ada.

Dengan adanya data tersebut, maka boleh la JPN membuat perbandingan. Kalau tak dak rujukkan nak banding lagu mana. Tekanan dan tuduhan yang terlalu banyak dari pakatan rakyat menyebabkan JPN cuba memuktikan mereka mampu mengesan sesuatu dan tu diaaa.... Depa jumpa dah, depa jumpa orang yang sama masuk dua kali guna nama lain..... Bangganya jadi JPN.

Maksudnya dulu dia masuk dah, dia balik pi negara asal dia dan dia masuk pulak dengan menggunakan passport dan nama lain.

Takkan la dia da belanja beribu-ribu ringgit hanya untuk mai kerja sekejap dan balik semula kemudian mai pulak... Sudah tentulah dia pernah masuk sekitar 5 tahun dulu dan dah balik kini dia nak mai semula.

Rekod kemasukkan dulu memang ada dalam simpanan JPN dan mereka nak memutihkan rekod yang di perolehi dipercayai secara tidak sah.

Rekod lama yang JPN ada tu disyaki digunakan untuk mengeluarkan MYKAD dan membolehkan pendatanqg asing ini mengundi BN.

Lepas ini apa pulak yang mereka nak lakukan?

Buktikan lagi kecurangan SPR dan JPN kepada rakyat berkaitan data pengundi ini.

http://kedahla.blogspot.com/2011/08/spr-jadi-kuda-bn-jadi-joki.html

Pemuda PAS: Gubal Akta Murtad, jadikan Jumaat cuti hujung minggu


KUALA LUMPUR, 14 Ogos ─ Di sebalik kontroversi berkaitan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas gereja, Dewan Pemuda PAS pusat menggesa kerajaan pusat mengadakan satu akta yang khusus bagi menangani isu-isu berkaitan dengan murtad.

Perkara itu diputuskan dalam mesyuaratnya semalam bagi mempertahankan akidah umat Islam, kata Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan.

Selain itu Dewan Pemuda PAS juga mahu kerajaan menukar kembali cuti hujung minggu hari Ahad kepada Jumaat sebagai hari kebesaran umat Islam.

Kini hanya beberapa negeri menetapkan Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, Nasrudin (gambar) berkata, PAS pernah mengesyorkan Akta Murtad sebelum ini tetapi telah ditolak.

“Pada 25 Mac 1988, Abdul Hadi Awang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi malangnya ditolak. Selepas itu, pada 2 November 1999, Tuan Guru (Hadi) sekali lagi tidak dibenarkan membentang rang undang-undang persendirian untuk mencegah murtad.

“Demikian juga pada sidang Parlimen yang bermula pada Mac 2006, YB Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan Rang Undang-Undang Murtad,” kata Nasrudin lagi.

Katanya, Dewan Pemuda PAS telah mempunyai Front Bertindak Anti Murtad (Forkad) untuk menangani isu pencemaran akidah khasnya berkait dengan kes murtad.

“Insya-Allah Forkad akan terus berperanan khasnya operasi pembanterasan usaha memurtadkan umat Islam dan operasi pemulihan akidah bagi Muslim yang tercemar akidah dan keliru terhadap pegangan agamanya.

“Dewan Pemuda PAS bersedia memberi kerjasama dengan semua pihak untuk menjadi benteng mempertahankan akidah umat Islam. Komitmen ini selaras dengan dasar perjuangan PAS yang tidak pernah berubah,” kata beliau sambil menambah, “kita sokong Jais yang bertindak untuk menyelamatkan akidah ummat Islam dan kita konsisten dalam perkara ini.”

Namun katanya, Jais juga mestilah bermuhasabah dan jika jelas agensi itu tersalah langkah, mestilah memohon maaf kepada umat Islam atas tindakan mereka meroboh, merantai dan menutup rumah Allah seperti yang pernah berlaku ke atas Surau Jubli Perak Bandar Baru Bangi, Masjid Kampung Berembang di Ampang dan Masjid Fatimah az Zahra’ Taman Kosas Ampang.

“Begitu juga mengenai tangkapan yang dilakukan ke atas penceramah-penceramah hanya kerana kesalahan tidak mempunyai tauliah sedang Jais boleh mengeluarkan tauliah kepada penceramah tersebut untuk membolehkan mereka berdakwah,” katanya lagi.

Katanya, murtad di negara ini berlaku disebabkan beberapa punca, tetapi sama ada faktor itu kecil atau besar, ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak khasnya pihak berkuasa negara dan juga pihak berkuasa negeri.

Nasrudin juga berkata, Pemuda PAS mahu pihak berkuasa mengekang sebarang aktiviti yang melemahkan iman, akhlak dan pemikiran ummat Islam seperti hiburan keterlaluan, pergaulan bebas dan apa jua aktiviti maksiat dan mungkar.

Selain itu, Pemuda PAS juga mengusulkan agar Kementerian Pelajaran mewajibkan silibus pengajian agama sebagai silibus wajib ambil dan wajib lulus dalam semua jenis dan peringkat sijil peperiksaan.

Menurut Nasrudin, Pemuda PAS juga menggesa supaya agensi seperti Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal dapat membuat agihan adil dan tepat kepada golongan yang memerlukannya termasuk membantu menaikkan taraf kehidupan mereka.

Sayap PAS itu juga mencadangkan supaya agensi kerajaan membiayai atau mengeluarkan peruntukan untuk menghantar pendakwah Islam ke kawasan-kawasan perlu seperti pendalaman, perkampungan Orang Asli, Sabah dan Sarawak dan juga mendesak kerajaan menambah pegawai agama di semua sektor agar dakwah Islam dapat digerakkan secara sistematik.

Dalam kenyataannya, Nasrudin berkata, Dewan Pemuda PAS juga tidak mahu berlakunya pelanggaran hak bukan Islam yang telah dipelihara seperti menafikan hak mereka melaksanakan aktiviti agama mereka dan melakukan pencerobohan terhadap hak-hak mereka.

“Umat Islam mestilah peka dan sensitif dengan sebarang bentuk aktiviti yang boleh merosakkan nilai akidah dan keperibadian mereka sebagai seorang Muslim.

“Serentak itu menjadi tanggungjawab setiap individu Muslim mendalami agama Islam melalui sumbernya yang betul agar keyakinan atau pegangan agamanya tidak mudah tergugat dan tercemar,” katanya lagi.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-pas-gubal-akta-murtad-jadikan-jumaat-cuti-hujung-minggu/

Umno-APCO Yang Terliur Perintah Pulau Pinang

Serang Tsu Koon: Umno-APCO Yang Terliur Perintah Pulau Pinang


Dengan menggunakan dua ahli parlimen "lompat katak", Tan Tee Beng dan Zahrain Hashim, Umno-APCO kini giat melumpuhkan terus GERAKAN di Pulau Pinang.

Alasannya mudah, GERAKAN sudah tidak lagi relevan dengan politik semasa negeri itu di kala khabar angin pilihanraya umum ke 13 terus bertiup kencang akan diadakan beberapa bulan lagi.

Umno-APCO sebenarnya sudah tahu GERAKAN tidak akan bangkit semula, manakala MCA juga masih ditolak majoriti masyarakat Cina negeri itu.

Dan Umno-APCO kini mengambil kesempatan di atas kelemahan kedua-dua parti kompenennya untuk mengambil alih jawatan Pengerusi Barisan Najis negeri, seterusnya jawatan Ketua Menteri sekiranya kembali berkuasa kelak.

Dalam pilihanraya umum lalu, GERAKAN tewas kesemua 15 kerusi yang ditandinginya kepada DAP dan PKR manakala Umno-APCO menang 11 kerusi yang membolehkan Azhar Hashim (Penaga) dilantik ketua pembangkang, menghampiri sasaran Umno-APCO sendiri untuk terus merampas jawatan ketua menteri.

Lihat!

Bagaimana Umno-APCO langsung tidak mahu membantu kedua-dua parti komponennya yang sedang nazak, bahkan terus membuli dan menekan lagi sehingga separuh mampus.

Kesian Tsu Koon, bertandinglah di Segambut atau Batu, lupakan Batu Kawan atau Tanjong buat selama-lamanya.

JALAN PULANG

Mingguan Malaysia, akhbar milik Umno menggesa Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon agar menerima “mesej yang jelas” daripada gelombang kritikan terhadap beliau agar memberi laluan kepada kepimpinan baru menerajui parti itu.

“Tolonglah faham,” kata Mingguan Malaysia menerusi ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat hari ini.

Awang Selamat menulis bahawa Koh (gambar) tampil menjawab kritikan kelmarin tetapi penjelasan beliau tidak meyakinkan sambil menyerlahkan sindrom penafian.

Ia seterusnya meminta Koh agar tidak selalu “menyalahkan orang lain atas kegagalan sendiri.”

Sejak kebelakangan ini, Koh menjadi sasaran beberapa pihak termasuk bekas naib presiden Gerakan Huan Cheng Guan, Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dan Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang berpandangan Gerakan perlu merombak semula kepimpinan parti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Masing-masing juga berpandangan pemimpin Gerakan sedia ada sudah tidak relevan selain tidak melakukan apa-apa perubahan sepanjang meneraju parti itu.

Dalam reaksinya kelmarin, Koh membidas tindakan sesetengah pihak yang mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu dan keupayaannya merampas semula Pulau Pinang pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya kata Koh, ‘serangan’ terhadap kepimpinan beliau itu didalangi pihak tertentu yang cuba mensabotaj Gerakan dan juga Barisan Nasional (BN) dalam usaha parti menawan semula Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.

Koh juga adalah Pengerusi BN Pulau Pinang.

“Kita tahu siapa jadi dalang kerana siapa makan cabai dia akan terasa pedasnya.

Saya tidak akan cakap apa-apa, biar tok dalang muncul sendiri jika dia mahu... apa yang penting kita tahu siapa di sebalik semua ini,” katanya.

Koh berkata dakwaan individu berkenaan tidak munasabah memandangkan sepanjang 18 tahun beliau meneraju Pulau Pinang sebagai ketua menteri, pembangunan dan kemajuan negeri itu meningkat daripada semua segi.

Dalam ruangannya, Awang Selamat juga berkata dia tidak terkejut apabila Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng iaitu bekas pemimpin Gerakan dan PKR, melemparkan kritikan secara terbuka terhadap Koh Tsu Koon baru-baru ini.

“Apa yang disuarakan oleh Tee Beng sebenarnya dikongsi oleh banyak pihak terutama di Pulau Pinang.

Menurut Tee Beng, selagi Gerakan dipimpin oleh (Koh) Tsu Koon, selagi itulah peluang BN untuk menawan kembali Pulau Pinang daripada pembangkang, amat tipis.

“Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang dan beberapa pemimpin termasuk Huan Cheng Guan turut membidas Tsu Koon.

Ada yang merasakan perlunya kepimpinan parti itu dirombak dengan mendapat teraju baru.

Awang setuju,” katanya.

Awang Selamat menambah selepas pilihan raya umum 2008, Gerakan seakan lumpuh dan hilang arah dan tidak kelihatan tanda-tanda untuk kebangkitan.

“Ia berkait rapat dengan soal kepimpinan.

Pemimpin bukan sahaja diuji ketika berada di puncak kuasa dan semasa situasi tenang.

“Ujian terbaik untuk menilai seseorang pemimpin ialah kemampuan untuk bangkit dan menempuh detik getir,” kata Awang Selamat sambil menambah, “setakat ini, Awang tidak nampak keghairahan dan keyakinan Tsu Koon untuk membawa kebangkitan.”

Sebaliknya kata Awang Selamat, Yang beliau lebih ghairah, menurut ramai pemerhati, ialah untuk memastikan wajahnya terselit bersama pemimpin negara bagi tujuan publisiti media.

“Dalam kaitan ini, nampaknya jawatan menteri Kabinet yang diberikan kepada beliau (di sebalik kekalahan terburuk Gerakan), bagaikan sia-sia.

“Tsu Koon patut sedar, jawatan itu bukan sekadar untuk disandang suka-suka.

Ia adalah untuk memberi kekuatan dan motivasi kepada Gerakan bagi merampas Pulau Pinang,” kata Awang Selamat lagi.

Awang Selamat juga berkata, apakah Koh yang kini merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri seakan rela DAP terus memerintah Pulau Pinang.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2011/08/serang-tsu-koon-umno-apco-yang-terliur.html

Aduhai EZAM takan tak jadi bakaq kot bila di tegoq oleh CINA GERAKAN..!!

TSU KOON : SIKAP EZAM UGUT MAHU BAKAR MALAYSIAKINI TIDAK BOLEH DI TERIMA - minsisder

Presiden Gerakan Koh Tsu Koon hari ini menyelar tindakan Ezam Mohd Nor yang mengugut mahu membakar pejabat portal berita The Malaysian Insider dan Malaysiakini yang beliau dakwa sebagai ejen pengkhianat Islam.

Tegas Koh , tindakan Ezam, sangat tidak bertanggungjawab dan tidak boleh diterima.

Beliau juga berkata tindakan Ezam itu terlalu mengikut perasaan apabila mengulas tentang kontroversi “serbuan” ke atas Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos lalu.

“Dalam amalan demoktrasi, Ezam mempunyai hak untuk menyatakan pendirian dalam mempertahankan Islam dan juga melahirkan kebimbangan dengan kegiatan memurtadkan orang Islam yang kini sedang disiasat (Jais).

“Jika beliau mengatakan laporan portal berita ini salah, beliau perlu membahaskan secara jelas, sediakan fakta-fakta dan bukti yang kukuh atau ambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Koh menambah tindakan membuat ugutan sebegitu tidak menggambarkan sikap seorang senator yang sepatutnya memberikan contoh kepada rakyat.

Salah tu RAIS bukan RM50 tapi ada yang dibayar sampai RM50ribu.. itu baru betoi..!!

Rais kata peserta BERSIH 2.0 dapat upah RM50

ADUHAI pagi-pagi lagi gua dah ketawa besar baca lawak Menteri Kebajikan Amah, Rais Yatim punya statement.

Gua tak tahu dari mana Menteri Kebajikan Amah ni dapat maklumat, sama ada dia kena tipu atau memang dia saja nak menipu gua tak tau.

Menteri Kebajikan Amah ni kata, Peserta Perhimpunan Aman Bersih 2.0 yang diadakan di ibu negara pada 9 Julai lalu diberi upah satu kepala RM50 kah kah kah. Ops ada lagi siap ada bagi makan keh keh keh [Bernama]



Sempena bulan baik ni, gua nak bersangka baik dengan Menteri Kebajikan Amah. Maka gua anggap ini menteri sudah dapat maklumat dari laporan sahih, maka gua nak tanya siapa yang bagi maklumat tu? Mana laporan tu?

Gua bukan apa, gua nak selidik siapa nama orang yang bagi upah RM50 siap dengan makan tu? Gua nak mintak upah bahagian gua! Penat-penat gua turun berperang dengan FRU, upah gua RM50 mana bhai? kah kah kah...


RentaP© "Sapa lagi belum ambik duit RM50 jom kita gegar pejabat Menteri Kebajikan Amah!"

Antara LONDON & KL : Timbalan Menteri Pengajian Tinggi tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan Umno

Saifuddin: BERSIH 2.0 tak sama dengan rusuhan UK

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah tidak sependapat dengan sebahagian besar pemimpin BN dan Umno bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 boleh bertukar menjadi rusuhan seperti yang berlaku di kota London awal minggu ini.

NONE"Saya tidak bersetuju dengan demonstrasi yang menyalahi undang-undang, tetapi saya tidak akan tidak bersetuju dengan tuntutan BERSIH dan saya juga tidak bersetuju bahawa BERSIH dibandingkan dengan rusuhan London," katanya kepada kira-kira 100 orang pada satu forum pagi ini.

Menurut Saifuddin, kerajaan telah gagal menangani tindakan BERSIH untuk berarak pada 9 Julai dengan mempertimbangkan kemungkinan satu perhimpunan aman seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

"Kita sepatutnya membincangkan cadangan Suhakam mengenai cara untuk mengadakan perhimpunan secara aman," katanya pada forum bertajuk "Reformasi Pilihanraya dan Pemurnian Demokrasi" anjuran Pergerakan Belia Islam Malaysia (Abim) di Kajang.

Katanya, sesetengah orang tidak seharusnya begitu takut dengan perkataan "demonstrasi" sehingga mendapati bahawa walaupun ada pihak yang mengadakan demonstrasi tetapi ia diberi nama atau labelkan dengan perkataan lain.

Walau bagaimanapun, Saifuddin mempertahankan hujah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sentiasa berhasrat mahu membenarkan perhimpunan itu mengambil tempat di dalam stadium.

NONE"Tetapi ia tidak berlaku. Dan saya tidak akan mengulas lebih dari itu," katanya.

Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi BN, semalam berkata parti-parti gabungannya bersependapat bahawa rusuhan di London membuktikan bahawa tindakan keras kerajaan ke atas peserta BERSIH 2.0 adalah wajar.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku di United Kingdom itu sangat serius dan langsung tidak dijangka oleh pihak berkuasanya.

Tambahnya, tiada jaminan bahawa perhimpunan jalanan akan kekal aman kerana mungkin ada pihak tertentu yang akan menyertainya untuk membuat kekacauan.

Dakwa Perdana Menteri lagi, bahawa tawaran "stadium di Shah Alam" juga yang tidak pernah dibatalkan.

Pada forum itu, Saifuddin juga menyarankan agar satu kerangka diwujudkan untuk membolehkan pendaftaran pemilih secara automatik bagi belia yang berusia 21 tahun ke atas.

Beliau juga menyokong idea agar usia layak mengundi diturunkan daripada 21 tahun sekarang kepada 18 tahun.

NONE"Walaupun ia mungkin tidak dapat dilakukan pada pilihan raya ke 13, namun satu 'road map' perlu diwujudkan untuk merealisasikan perkara itu.

"Untuk mematangkan demokrasi kita memerlukan seberapa ramai rakyat untuk keluar mengundi, jadi kita perlu memudahkan proses tersebut agar mereka boleh berbuat demikian," katanya.

Saifuddin turut mencadangkan undang-undang berkaitan referendum diwujudkan kerana ia adalah sebahagian daripada usaha untuk mematangkan demokrasi.

Katanya, kerajaan walau dari parti mana sekalipun perlu mendapat kelulusan terus daripada rakyat selain wakil rakyat di Parlimen untuk perkara yang besar.

"Perkara ini boleh dilakukan terutama di zaman ini di mana rakyat boleh dihubungi secara terus melalui teknologi komunikasi dan maklumat contohnya seperti e-voting," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/172911

Apakah Islam akan lebih gagah dan dihormati dengan mangkuk jamban?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
(Kolumnis Nota Utara, Harakah)

Di bulan Ramadhan yang mulia, di waktu seluruh Iblis dan syaitan dirantai, umat Islam sepatutnya menjadi lebih baik dan berhikmah dalam sebarang tindakan berbanding di luar lingkungan Ramadhan. Saya tertanya apa rasionalnya, Pemuafakatan Warisan Melayu Malaysia (Warisan) dan Gerakan Memantau Perkhidmatan Agensi Kerajaan (Gempak) menghantar mangkuk tandas, berus jamban dan penyapu ke pejabat Meneri Besar Selangor, kononnya sebagai membantah tindakan Abdul Khalid memohon maaf kepada pihak Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya sebelum ini.

Negara pernah digemparkan dengan tindakan pihak tertentu menghantar kepala lembu ke pejabat SUK Selangor. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pernah dikirimkan dengan kek hitam, jambangan bunga hitam, coli dan seluar dalam wanita.

Semua tindakan tidak berapa siuman itu dilakukan oleh NGO yang berwalak (tunduk dan patuh) kepada arahan UMNO. Semua tahu mereka adalah rangkaian UMNO, melakukan tindakan provokasi untuk kepentingan UMNO dan bertujuan memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Persoalan besarnya ialah dalam semua isu berbangkit itu nama ‘Islam’ dilibatkan; kononnya kerana kuil lebih diutamakan dari masjid, kononnya umat Islam ditindas di Pulau Pinang dan kononnya kristianisasi tidak disekat. ‘Islam’ dijadikan alat meyalakan sentimen dan membakar semangat orang Melayu/Islam di negara ini tetapi melalui tingkah laku yang langsung tidak menampakkan akhlak Islam.

Kristianisasi adalah isu yang melibatkan aqidah dan maruah Islam. Maruah Islam musnah jika orang Islam sewenang-wenangnya keluar agama. Tapi apakah kerana kononnya mahu mempertahankan maruah Islam kita melakukan penghinaan melampau terhadap saudara seagama dan memburukkan imej Islam melalui tindakan macam orang terencat akal. Siapa yang paling gembira kalau bukan musuh Islam?

Apabila JAIS dan Dato’ Dr. Hassan Ali menyerbu gereja DUMC kerana penganjuran majlis yang melibatkan penyertaan 12 orang Islam ia adalah tindakan wajar. Ia adalah langkah penguatkuasaan berdasarkan enakmen yang ada untuk memelihara maruah umat Islam. Mana boleh orang Islam ‘berbuka puasa’ di gereja? Buruk benar, bunyinya. Terlintas barang sepicing dalam hati untuk mengakui kebesaran Kristian apabila berada dalam gereja, maka hancur leburlah iman. Bukan sahaja pesan-memesan dan dakwah, penguatkuasaan juga perlu dalam Islam.

Tindakan Hassan Ali boleh mengingatkan umat Islam jangan secara mudah jatuh hati dengan gereja dan pihak penganjur supaya jangan dengan mudah juga menganjurkan acara untuk umat Islam di gereja. Langkah itu tidaklah menyelesaikan masalah aqidah umat Islam yang sentiasa terancam. Kumpulan orang Islam itu sendiri yang terhegeh-hegeh masuk ke gereja, bukan dipaksa dengan muncung pistol oleh pihak penganjur. Sepatutnya ada umat Islam yang bertanggungjawab untuk menginsafkan kumpulan longgar iman itu supaya jangan menjual Islam dengan sekampit beras, macam orang Melayu menjual undi kepada BN dengan sekilo gula. Masalahnya pihak yang diharapkan melakukan kerja dakwah itu terlalu sibuk dengan kerja bukan dakwah.

Tapi sekurang-kurangnya tindakan Dato’ Hassan Ali dan JAIS dapat mengurangkan bencana murtad. Mereka mesti disokong dalam menunaikan tanggungjawab tersebut. Masalahnya dalam negara yang bernama 1Malaysia ini, isu agama tidak boleh ditangani dengan agresif macam polis menanganai himpunan Bersih. Setakat apa yang dibuat oleh JAIS itu sudah memadai, selanjutnya adalah tanggungjawab pemimpin kerajaan, pemimpin politik serta semua pihak yang terbabit duduk semeja mencari penyelesaian. Itu kaedah manusia bertamadun.

Masalah yang timbul ialah pihak UMNO yang semakin kemaruk sokongan rakyat nampak ada peluang untuk dipolitikkan. Lalu bermulalah operasi mengasah batu api. UMNO melontarkan serangan fitnah terhadap PAS tidak semena-mena. PAS tidak pernah mengeluarkan barang sepatah perkataan menyalahkan tindakan Hassan Ali tapi PAS dituduh tunduk kepada DAP. PAS dimarahi kerana tidak bangkit secara besar-besaran menghentam pihak gereja. PAS dipersalahkan kerana mahu mendapatkan penjelasan dari JAIS dan pihak gereja. Bagi UMNO, PAS tidak harus berdailog dengan pihak gereja. Apakah bagi mereka cara mengatasi masalah murtad ialah dengan PAS mengasah pedang melancarkan perang jihad terhadap pihak kristian?

Persoalan besarnya, ikhlas sangatkah UMNO memperjuangkan isu murtad? Berkali-kali PAS membangkitkan isu murtad di Parlimen, UMNO buat tak peduli. Apabila Dr. Puad Zarkhasi mencadangkan keperluan wujudnya undang-undang murtad, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayob memulangkan paku buah keras. “Saya bercakap mengenai pengalaman peribadi kerana dalam sidang Parlimen yang bermula Mac 2006, saya mengemukakan rang undang-undang persendirian yang dinamakan undang-undang murtad. Rang Undang-undang itu bukan sahaja tidak dipedulikan oleh Ahli Parlimen UMNO tapi ditolak mentah-mentah,” ujar Salahuddin.

Sekarang adalah musim di mana UMNO akan bercakap apa sahaja bagi menampakkan merekalah pejuang Islam dan Melayu. Merekalah golongan anti murtad, anti pluralisme, anti hiburan, anti arak dan judi, anti maksiat dan menjadi pembela Islam yang sejati. Semua itu langkah terdesak setelah mereka berputus harapan dengan undi bukan Melayu dalam pilihanraya.

Bagi UMNO pilihanraya ke 13 adalah segala-galanya. Alang-alang sudah ditolak bukan Melayu, maka biarlah usaha meraih undi Melayu dibuat ke tahap maksima. UMNO mengira bahawa undi Melayu masih boleh dibeli dan dimanipulasi. Betul atau tidak tindakan ‘melakukan apa saja’ untuk meraih undi Melayu itu hanya dapat dilihat selepas PRU ke 13 nanti, sama ada mereka kekal berkuasa atau UMNO terus pupus dari muka bumi Malaysia. Dalam sejarah politik tanahair, inilah kali pertama BN cuba untuk memenangi pilihanraya tanpa undi Cina.

Alhamdulillah dalam apa jua isu mutakhir ini, PAS tampak rasional dan bijak dalam merungkaikan isu. Sebaliknya UMNO yang nampak gelojoh dan biol. Tugas PAS sangat besar kini untuk menggantikan UMNO. Di samping tugas berat PAS membersihkan imej Islam yang dirosakkan oleh mangkuk jamban UMNO.

UMNO Pulau Pinang Pertikai Arahan Yang Di Pertuan Agung


DERHAKA KEPADA TUANKU SERI PADUKA BAGINDA... masa nak lantik tok ketua JHEAIPP dulu siap tolak nama cadangan K'jaan Negeri dan bising kata K'jaan Negeri derhaka kepada arahan Yang Di Pertuan Agung mai lanie awat pie palit arahan nie kat K'jaan Negeri laa pulak...nie arahan JHEAIPP & Majlis Fatwa Negeri yg mana Yang Di Pertuan Agung jadi penaungnya...tak ada sangkut paut dengan Guan ENg aihhh...

KAMU DERHAKA WAHAI ZAHID HAMIDI... DERHAKA atas arahan tuanku...mana PERKASA...mana SONGKOK TINGGI..mana KEPALA LEMBU...

Arahan bacaan al-Quran tidak dikuatkan - Mengapa saya sokong mufti Pulau Pinang?

Saya amat bersetuju dengan keputusan Jabatan Mufti Pulau Pinang yang mengeluarkan arahan agar suara bacaan al-Quran tidak dikuatkan melalui pembesar suara seperti yang berlaku di kebanyakan masjid sebelum waktu solat.

Fatwa atau arahan ini bagi saya selaras dengan kehendak syarak. Seperti yang lepas, saya berpegang kepada alasan-alasan berikut menyokong keputusan berkenaan;

azan islam call to prayer1. Apa yang Islam syariatkan untuk diangkat suara, hanyalah azan. Adapun selain dari itu, tiada nas yang menyuruh kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain. Bahkan perbuatan itu dilarang oleh Nabi Nabi Muhammad SAW. Apatah lagi dalam Islam ketenteraman orang lain dipelihara melainkan jika ada pengecualian tertentu yang diizinkan oleh syarak.

2. Walaupun bacaan al-Quran dan zikir amatlah baik. Namun kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita. Mungkin orang lain ingin membacanya sendiri, atau ingin membacanya pada waktu lain, atau mereka sedang sakit atau ada anak kecil yang tidur, atau mereka tidak difardukan solat seperti wanita yang haid atau bukan muslim dan lain-lain.

3. Ramai orang bukan muslim keliru antara azan dan bacaan-bacaan selain azan yang dilaungkan menerusi corong pembesar suara. Mereka menyangka bacaan-bacaan itu adalah azan yang disuruh oleh Islam, lalu mereka bersangka buruk dengan Islam yang harmoni ini. Apatah lagi bacaan itu mengambil masa yang lama, sedangkan azan yang sebenar tidak lebih dari lima minit.

4. Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW sendiri telah melarang orang menguatkan bacaan al-Quran dalam masjid sehingga mengganggu jamaah lain. Dalam hadis Nab, kata Abu Sa'id al-Khudri: “Ketika Nabi beriktikaf (beribadah dalam masjid), baginda mendengar mereka mengangkat suara bacaan (al-Quran) sedangkan ketika itu Nabi berada di tempat ibadah baginda.

kaabah mekah islam holycity 080307 largeLalu baginda mengangkat langsir dan bersabda: “Ketahui setiap kamu bermunajat kepada tuhannya, jangan sebahagian kamu menyakiti sebahagian yang lain. Jangan kamu angkat suara bacaan melebihi yang lain dalam solat” (Riwayat Abu Daud dengan sanad yang sahih).

Dalam hadis ini Nabi Muhammad SAW melarang mengangkat suara bacaan di masjid sehingga menganggu mereka yang lain yang sedang beribadah, atau menyakitkan orang lain. Jika mereka yang berada dalam masjid yang memang bersedia untuk beribadah pun, tidak dibenarkan untuk diangkat suara bacaan sehingga mengganggu konsentrasi mereka, mana mungkin untuk dikuatkan suara bacaan melalui pembesar suara sehingga menggangu mereka yang di luar masjid.

Mungkin mereka itu mempunyai anak kecil, orang sakit dan seumpamanya. Ulama besar di zaman ini, Al-Syeikh Muhammad Salih al-Uthaimin rh mengulas hadis ini dengan katanya: “Realiti hari ini menyaksikan apa yang disebut oleh hadis ini. Ini yang kita lihat mereka yang melakukan hal ini dengan menunaikan solat menggunakan pembesar suara (luar masjid).

pakistan terror school 071204 badshahi mosque"Mereka itu jika menyakiti sesiapa yang ada di sekeliling mereka, maka mereka berdosa..tiada syak lagi meninggal perbuatan ini lebih afdal yang pada hakikatnya tiada faedah pun, sebab insan tidak bersolat dengan mereka yang di luar masjid, sebaliknya dengan mereka yang berada dalam masjid... dengan itu kita berpesan kepada saudara-saudara kita, khususnya para imam masjid jangan lakukan ini...boleh jadi sesetengah orang telah solat dan perlu tidur dan berehat, boleh jadi dia sakit lalu terganggu dengan suara ini, boleh jadi juga masjid dekat dengan rumah, pada musim panas pula dan anak-anak kecil terganggu dengan bunyi pembesar suara.

Kesimpulannya, masalah ini telah menimpa sesetengah orang sehingga mereka menyakiti jiran-jiran masjid atau rumah mereka dalam perkara yang tiada faedah baginya”. (Ibn Uthaimin, Syarh Riyadh al-Salihin: http://www.ibnothaimeen.com/all/eBook-o.shtml).

Bayangkan kenyataan ini dikeluarkan oleh ulama besar dan terbilang tersebut di negara Arab Saudi yang penduduknya semua Islam. Bagaimanakah pula bagi negara yang seperti kita.

azan call for prayer5. Ulama silam juga telah mengingatkan hal ini, bahawa bacaan-bacaan lain di menara-menara masjid adalah dilarang kerana boleh mengganggu orang ramai.

Al-Imam al-Hafizd Ibn Jauzi (meninggal 597H) pernah berkata: “Antara tipu daya Iblis ialah mereka yang mencampur adukkan azan dengan peringatan, tasbih dan nasihat. Mereka jadikan azan perantaranya lalu bercampur aduk. Para ulama membenci segala yang ditambah kepada azan. Banyak kita lihat orang yang bangun waktu malam lalu memberikan peringatan dan nasihat atas menara azan.

"Dalam kalangan mereka ada yang membaca al-Quran dengan suara yang tinggi lalu menghalang tidur orang ramai dan mengganggu bacaan orang yang bertahajjud. Kesemuanya itu adalah perkara-perkara munkar”. ( Ibn Jauzi, Talbis Iblis, 159, Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah).

berita harian larang pembesar suara waktu subuh 120811Ini adalah larangan ulama pada zaman yang belum ada pembesar suara yang gangguannya tidaklah setakat mana, bagaimana jika mereka melihat keadaan pembesar suara pada zaman ini?

Maka, dengan itu memang wajar arahan meminta dielakkan bacaan-bacaan yang dibuat melalui pembesar suara yang boleh mengganggu orang luar dan dalam masjid. Mematuhi hal ini bukan kerana isu politik semata, tetapi itu arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni.

Umat Islam Pulau Pinang sepatutnya menyokong keputusan ini, dan saya menyokongnya.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin
http://www.malaysiakini.com/news/172926




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...