TERKINI :

Friday, August 12, 2011

PAS pilih JAIS atau DAP, jawabnya PAS pilih Islam

http://mutaligat.blogspot.com

Maka bertarilah kalam Mashitah, Ulama Wanita Umno dalam akhbar Sinar Harian hari ini menghentam PAS kononnya PAS takut kepada DAP sehingga tidak berani menegakkan kebenaran dalam isu pemeriksaan JAIS terhadap gereja kristian baru-baru ini.

Katanya, PAS sudah tunduk kepada DAP dan tidak lagi berjuang dengan prinsip asalnya iaitu Islam.

Saya hairan sejak bila pula Mashitah simpati dan peka terhadap perjuangan PAS. Apa yang menyebabkan tiba-tiba beliau simpati kepada PAS. Lebih baik dia mereformasikan Umno supaya mengambil Islam sebagai asas perjuangan.

Dengan kuasa yang ada mereka boleh melaksanakan Islam di dalam negara kita ini. Undang-undang murtad yang sepatutnya sudah lama digubal dan digunapakai di Malaysia ini tidak dilaksanakan oleh Umno sebab apa? Mengapa Mashitah tidak bising?

Dalam isu JAIS ini, PAS tidak pernah tunduk kepada sesiapa. PAS tetap dengan prinsipnya iaitu aqidah umat Islam mesti dipertahankan. PAS sudah lama berjuang supaya undang-undang murtad ditegakkan di negara kita......malangnya setiap kali PAS mengusulkannya di Parlimen ianya ditolak mentah-mentah oleh Umno. Usul mengenai murtad ditolak mentah-mentah termasuk usul yang pernah dibentangkan oleh YB Salahuddin Ayub pada Sidang Parlimen beberapa tahun lalu. Sudah beberapa kali PAS cuba usulkan malangnya ia tetap ditolak mentah-mentah oleh kerajaan pimpinan Umno.

PAS mengambil langkah yang cermat dalam hal ini kerana PAS kenal siapa JAIS dan PAS juga tahu kewujudan gerakan kristianisasi. PAS mengambil langkah mengikut undang-undang murtad ala Umno (sangat minima) yang ada di dalam negara kita.

PAS kenal JAIS, PAS kenal siapa di dalam dan dibelakang JAIS. Semua orang tidak lupa JAIS pernah merobohkan surau, JAIS pernah menghalang Ustaz mengajar di Masjid dan Surau. JAIS pernah menangkap Ustaz ....Kalau JAIS begitu sombong dan angkuh merobohkan surau atas dasar politik sempit apakah tidak ada kemungkinan JAIS juga melakukan apa sahaja kerjanya untuk kepentingan pihak tertentu.

Dalam masa yang sama PAS tidak akan sekali-kali berkompromi dengan pihak-pihak yang melanggar undang-undang sedia ada. Jika benar ada unsur-unsur penyebaran ajaran kristian kepada umat Islam ianya mesti dihalang dan dibenteras. Sebab itu PAS ingin bertemu dengan gereja dan JAIS untuk mendapatkan maklumat sebenar dan selepas itu mengambil ketetapan yang sahih dan tepat.

PAS sejak dari dahulu konsisten dalam hal menjaga aqidah ....tetapi siapa yang selalu memberikan jawapan bahawa isu murtad ini isu remeh, baru sedikit yang murtad ....siapa yang selalu mempersenda-sendakan isu murtad ...tepuk dada tanya iman.

Semua orang tahu siapa Umno dan apa tindakan Umno dalam isu murtad. Mengapa dalam isu JAIS ini Umno begitu beriya-iya mengambil tahu. Bagaimana dengan pendedahan Mufti Perak, Tan Sri Harussani bahawa ratusan ribu umat Islam murtad di Malaysia. Apa tindakan Umno? Mana undang-undang murtad yang digubal oleh kerajaan Umno? Bagaimana dengan kisah murtad Aishah Bokhari, Hartina Kamaruddin dan lain-lain mengapa sehingga hari ini ianya senyap dan sunyi. Mengapa Umno yang berkuasa tidak mahu menyokong usul PAS yang mahukan undang-undang murtad yang selaras dengan tuntutan Islam di gubal dan diamalkan di negara kita?

Mengapa Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas yang dipecat? Siapa pula yang menyokong IFC suatu ketikan dahulu. Adakah PAS atau pemimpin PAS yang menyokong IFC? Sedangkan PAS konsisten menentangnya ..

Saya mengharapkan Mashitah tidak payahlah sibuk menempelak dan memperlekehkan PAS. Ada baiknya beliau memperjuangkan perkara-perkara asas Islam dalam Umno yang masih belum diselesaikan. Alangkah baiknya beliau menasihat dan memastikan isteri Perdana Menteri dan menteri-menteri Islam tutup aurat. Itu belum kita sentuh isu-isu besar seperti hukum Islam, riba, hudud dan sebagainya. Cukup buat permulaan Mashitah selesaikan isu aurat itu dahulu,,,,,yang mana dalam PAS, kanak-kanak PASTI (Tadika PAS) pun tahu aurat mesti ditutup...

Kes Tajuddin-GLC: Nasihat Nazri tetap satu arahan, kata pakar


KUALA LUMPUR, 12 Ogos — Datuk Seri Nazri Aziz tidak boleh “melarikan diri” dengan membuat helah bahawa beliau hanya memberi nasihat dan bukannya arahan kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ekoran kontroversi berhubung langkah Putrajaya mahu menyelesaikan kes saman Tan Sri Tajuddin Ramli di luar mahkamah, kata seorang pakar perlembagaan.

Dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider, Prof Abdul Aziz Bari (gambar) berkata, di bawah konteks Perlembagaan Persekutuan sama ada Nazri, selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri, memberi nasihat ataupun arahan tidak penting.

Ini kerana jelas beliau, sebagai seorang anggota jemaah menteri Nazri memikul tanggungjawab kepada Parlimen, bermakna kepada rakyat mengenai apa yang berlaku ke atas GLC.

“Sekarang ini oleh kerana portfolio kewangan dipegang oleh Perdana Menteri, maka GLC diletakkan di bawah Nazri. Ini menyebabkan kebanyakan negara tidak meletakkan portfolio kewangan di tangan Perdana Menteri.

“Jadi susah. Tapi, tidak salah kerana siapa pun yang memegang portfolio itu Kabinet secara keseluruhan bertanggungjawab atas apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan menerusi e-mel.

Dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider semalam, Nazri mengesahkan Putrajaya memutuskan untuk menyelesaikan kes saman dan saman balas membabitkan Tajuddin di luar mahkamah tetapi menafikan ia akan mengakibatkan usaha menyelamatkan hutang besar bekas pengerusi eksekutif Malaysia Airlines (MAS) itu.

Nazri berkata, semua GLC telah diarah agar menarik balik kes saman ke atas Tajuddin awal bulan ini untuk menamatkan kes saman melibatkan beliau.

Beliau menegaskan langkah itu bukan usaha “menutup dan menyembunyikan” sesuatu tetapi bagi mencari jalan penyelesaian selepas dicadangkan oleh “orang Tajuddin” kira-kira enam bulan lalu.

Justeru mengulas lanjut, Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa memberitahu, oleh kerana GLC adalah milik rakyat dan yang boleh dipertanggungjawabkan ialah kerajaan, maka Nazri tidak boleh melarikan diri dengan membuat helah bahawa beliau hanya “memberi nasihat dan bukan arahan kepada GLC.”

“Itu hanya istilah. Baik ia nasihat atau cadangan itu semua adalah perintah dan jika ia mengakibatkan kerugian umpamanya, maka kerajaan yakni Kabinet perlu menjawab kepada Parlimen,” kata beliau sambil menambah, dalam demokrasi yang sebenar pertanggungjawaban itu boleh membawa maksud meletak jawatan.

Aziz menambah, isu arahan menteri dalam soal GLC perlu difahami dalam konteks kerajaan berkabinet dan di bawah prinsip ini, kerajaan bertanggungjawab iaitu yakni memikul beban ke atas segala dasar dan tindakan kerajaan.

“Khususnya yang menyebabkan kerugian dan seumpamanya,” kata beliau lagi.

“Prinsip perlembagaan itu mempunyai implikasi bahawa seluruh Kabinet bertanggungjawab dan memikul segala tindakan dan kesannya.

“Logiknya memanglah menteri kewangan kerana beliau bertanggungjawab dalam soal fiskal. Tetapi seluruh Kabinet termasuk Perdana Menteri dan menteri-menteri lain pun terikat sama. Ini yang dimaksudkan dengan tanggungjawab bersama,” kata beliau lagi.

Kes berkaitan dengan Tajuddin telah ditangguhkan sehingga 29 September.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kes-tajuddin-glc-nasihat-nazri-tetap-satu-arahan-kata-pakar/

Surat yg dibagi "nasihat" oleh Nazri terdedah....



hasfarizam nie loyar UMNO kan..??

Dulu anwar kena 6thn sebab buat sama mcm Nazri 'nasihat' selesai saman...

DAP: Siasat Nazri ikut undang-undang yang penjarakan Anwar

Walaupun Datuk Nazri Abdul Aziz telah menjelaskan bahawa suratnya kepada syarikat kaitan kerajaan (GLC) supaya selesaikan saman mereka dengan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli hanya satu "nasihat", tetapi DAP mahu menteri itu disiasat atas dakwaan salahguna kuasa dan rasuah di bawah undang-undang yang sama, yang memenjarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999.

sapp chua soon bui nazri abdul aziz  parliament 070708 03Dalam satu kenyataan, setiausaha publisiti kebangsaan DAP, Tony Pua mendakwa ia merupakan satu kes yang jelas menteri menggunakan kedudukannya untuk secara tidak wajar mempengaruhi keputusan yang belum selesai di syarikat-syarikat tersebut.

Tony berkata, Nazri tidak ada urusan untuk memberi apa juga bentuk arahan kepada GLC kerana beliau bukan ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat tersebut yang dipertanggungjawabkan untuk membuat keputusan terbaik.

Sebaliknya, katanya, pihak terbaik untuk menasihati lembaga pengarah syarikat berkenaan berhubung kes perundangan mereka adalah peguam mereka yang dilantik, yang menurut Pua, juga terkejut dengan arahan menteri tersebut.

NONEAhli parlimen Petaling Jaya Utara menyifatkan arahan Nazri itu sebagai "memperolok-olokkan urus-tadbir korporat syarikat berkenaan", yang menurutnya hanya akan menjejaskan minat pelabur tempatan dan asing, yang tidak bertolak ansur dengan campurtangan terang-terangan kerajaan dalam perniagaan dan keputusan kewangan.

Pua berkata Nazri boleh disiasat di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No 22/1970.

Seksyen itu menyebut mana-mana anggota pentadbiran, Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau mana-mana pegawai awam yang melakukan perbuatan rasuah boleh dihukum penjara 14 tahun atau denda 20,000 RM atau kedua-duanya."

http://www.malaysiakini.com/news/172760

Air Asia "telan" MAS - Ada juga suara tak setuju selain Pakatan Rakyat..

DPMM: Langkah MAS, AirAsia bukan formula terbaik

Syed Ali memberi temuramah dengan The Malaysian Insider hari ini di Kuala Lumpur. — Foto Jack Ooi
KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Penjualan dan pertukaran saham bukan penyelesaian terbaik bagi perkembangan sesebuah entiti strategik negara, kata

Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Syed Ali Al Attas Syed Ali berkata pihaknya melahirkan kebimbangan ia akan menjadi satu trend penyelesaian selepas ini bagi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

"Kami memandang berat urus niaga sebegini di mana saham-saham pegangan kerajaan yang mewakili rakyat keseluruhan akhirnya akan terhakis kepada pihak luar," katanya kepada media sebagai respon DPMM terhadap urus niaga pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia kelmarin.

Dipetik Bernama Online, kata beliau, MAS yang merupakan "flag carrier" bagi negara dan rakyat Malaysia, mempunyai "nilai yang lebih tinggi" malah melebihi nilai pasaran.

Pertukaran saham tempoh hari adalah berdasarkan pada harga dagangan kedua-dua syarikat penerbangan itu pada Aug 5 iaitu RM3.95 bagi AirAsia dan RM1.60 bagi MAS.

Pertukaran itu menyaksikan Tune Air Sdn Bhd, pemegang saham AirAsia memegang 20.5 peratus di dalam syarikat penerbangan nasional itu dan Khazanah Nasional, pemegang saham MAS memegang 10 peratus di dalam syarikat penerbangan tambang murah itu.

Sebaliknya, Syed Ali berkata pertukaran pengurusan sepatutnya menjadi penyelesaian utama bagi memastikan sesebuah entiti strategik kerajaan terus berkembang.

"Kita mempunyai ramai cerdik pandai di luar sana yang boleh menakhoda MAS. Kita juga mempunyai ramai cerdik pandai untuk mendapatkan pandangan sebelum keputusan sebegini dibuat," katanya.

MAS ditubuhkan pada 12 Oktober 1937 sebagai Malayan Airways Ltd dan kemudian berkembang sebagai sebuah syarikat penerbangan komersil pertama negara yang memulakan perkhidmatan pertamanya pada 2 April, 1937.

"Ia sudah berkembang lebih 80 tahun dengan ratusan kapal terbang dan laluan malah ribuan tenaga kerja anak tempatan. Malah ramai juruterbang dan jurutera telah berjaya dilahirkan malah MAS menyediakan latihan bagi pihak luar."

"MAS terletak di kelasnya tersendiri dan ia seharusnya dijaga dengan sebaik-baiknya oleh satu pengurusan yang faham tujuan penubuhan syarikat penerbangan nasional ini," kata Syed Ali.

Ditanya apakah tindakan yang boleh dilakukan kerana pertukaran saham sudah berlaku, Syed Ali berkata, "Malaysia pernah menyaksikan pembinaan jambatan bengkok yang sudah dibina, dibatalkan separuh jalan. Inikan pula hanya sebuah transaksi pertukaran saham."

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dpmm-langkah-mas-airasia-bukan-formula-terbaik/

ALOR SETAR - Banteras pusat hiburan haram selepas raya

ALOR SETAR - Pejabat Daerah Kota Setar akan memulakan operasi membanteras pusat hiburan haram yang semakin banyak di sini selepas Hari Raya Aidilfitri, sekali gus memastikan kegiatan tidak bermoral dapat dibanteras.

Pegawai Daerah Kota Setar, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, sepanjang pemantauan di sekitar daerah Kota Setar, pihaknya mengenal pasti lebih 100 pusat hiburan haram beroperasi tanpa lesen dan kebanyakan premis itu dikunjungi orang Islam.

Katanya, satu operasi bersepadu akan diadakan bersama-sama polis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Agama Islam Negeri Kedah (Jaik) bagi memastikan pihak tidak bertanggungjawab dapat dibawa ke muka pengadilan.

“Kita sasarkan operasi membanteras kewujudan pusat hiburan haram selepas Hari Raya Aidilfitri disebabkan Pejabat Daerah Kota Setar sedang merancang pelan sesuai menggempur pusat-pusat itu.

“Kita akan banteras premis sebegini di bawah Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 dan saya harap tindakan tegas ini dapat mengurangkan kadar maksiat dalam kalangan orang Islam daerah ini,” katanya kepada Sinar Harian: di Majlis Penyampaian Elaun Ketua Kampung/Komuniti Daerah Kota Setar di Dewan Seri Mentaloon semalam.

Berhubung perkembangan pelaksanaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang bulan Ramadan, Abdul Rahman berkata, pihaknya masih menunggu kata putus Kerajaan Negeri berhubung hala tuju pelaksanaan enakmen itu.

Menurutnya, Pejabat Daerah Kota Setar masih tidak mengadakan perjumpaan dengan semua pengusaha pusat hiburan berlesen di daerah itu disebabkan pendirian Kerajaan Negeri masih tidak jelas.

http://www.sinarharian.com.my/sh/utr/content/story9423057.asp

Wahai UMNO...siapa punya angkara manipulasi ini..????

Umno terlibat manipulasi pilihan raya?

KUALA LUMPUR, 12 Ogos: Dewan Pemuda PAS Malaysia berjaya mendapatkan bukti bahawa terdapat unsur-unsur manipulasi dalam pilihan raya yang mungkin melibatkan Umno.

Pengerusi Pemulihan Demokrasi & Mobilisasinya, Suhaizat Kaiat (gambar) berkata, pendedahan yang telah dibuat sebelum ini terdapat dua individu yang 99% sama indentitinya dan hanya dibezakan dengan beberapa nombor kad pengenalan sahaja.

"Dua identiti ini sangat mencurigakan," ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Bukti pertama

Dua identiti MOHD BAHAR BIN OMAR hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di dua digit terakhir nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai no kad pengenalan 800105025489 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

Nama: MOHD BAHAR BIN OMAR
No Kad Pengenalan: 800105025489
No. Ahli UMNO: 02914008
Negeri: K – KEDAH
Bahagian: 018 - KULIM-BANDAR BAHARU
DUN: 01835 – KULIM
Cawangan: 01835029 - JALAN JUNJUNG

MOHD BAHAR BIN OMAR adalah ahli Pemuda Umno Bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah.

Identiti kedua MOHD BAHAR BIN OMAR yang mempunyai nombor kad pengenalan 800105025459 adalah pengundi hantu.

Bukti Kedua

Dua identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN hanyalah dibezakan dengan nombor 5 dan nombor 8 di digit ke empat nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai no kad pengenalan 810822035400 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

FATEN DIANA BINTI HASSAN adalah ahli Puteri Umno Bahagian Tumpat, Kelantan. Identiti kedua FATEN DIANA BINTI HASSAN yang mempunyai nombor kad pengenalan 810522035400 adalah pengundi hantu.

Nama: FATEN DIANA BINTI HASSAN
No Kad Pengenalan: 810822035400
No. Ahli UMNO: 03252506
Negeri: D – KELANTAN
Bahagian: 019 – TUMPAT
DUN: 01902 – KELABORAN
Cawangan: 01902021 - DALAM RHU PANTAI

Bukti Ketiga

Dua identiti SHARINA BINTI MAT ARIF hanyalah dibezakan dengan nombor 7 dan nombor 9 di digit ke enam nombor kad pengenalan mereka. Salah satu identiti ini adalah mustahil wujud di alam nyata.

Identiti SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai no kad pengenalan 800727095094 adalah ahli Umno seperti butiran di bawah:

SHARINA BINTI MAT ARIF adalah ahli Puteri Umno Bahagian Padang Besar, Perlis.

Identiti kedua SHARINA BINTI MAT ARIF yang mempunyai nombor kad pengenalan 800729095094 adalah pengundi hantu.

Pemuda Umno dan Puteri Umno di atas berkemungkinan mengundi dua kali dengan meyakinkan Ketua Tempat mengundi (KTM) menggunakan keadah-keadah berikut:

Nama, No Kad Pengenalan, No. Ahli Umno, Negeri, Bahagian, DUN, Cawangan

: SHARINA BINTI MAT ARIFF
: 800727095094
: 02999301
: R – PERLIS
: 001 - PADANG BESAR
: 00105 – SANTAN
: 00105010 - KAMPONG PETAL

1. Menggunakan kad pengenalan palsu atau;
2. Menggunakan lesen kenderaan palsu atau;

3. Menggunakan kad pengenalan asli tetapi tetap dibenarkan menggundi kerana kesalahan kecil atau ;
4. Menggunakan borang 11 untuk membuat akuan diri atau
5. Mengunakan keadah-keadah yang difikirkan sesuai ditempat mengundi.

Menurut Suhaizan, bukti-bukti di atas seolah-olah membuktikan bahawa Umno terlibat dalam manipulasi pilihanraya di negara ini.

Justeru, tegasnya, Pemuda PAS Malaysia mendesak Perdana Menteri selaku Presiden Umno membuat penjelasan berkenaan penemuan bukti tersebut.

"Tidak mungkin ini satu kebetulan kerana data-data yang kita miliki terlalu banyak," ujarnya.

Katanya, tiga bukti yang diberikan itu hanyalah contoh untuk membuktikan bahawa perkara itu benar-benar berlaku.

"Jika Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menuduh isu Mismah ciptaan pembangkang, maka saya ingin bertanya manipulasi pilihan raya ini ciptaan siapa?" soalnya yang Ketua Pemuda PAS Johor.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/headline/4869-umno-terlibat-manipulasi-pilihan-raya

Skandal BMF.. Adakah PM Terlibat?

Di mata dunia, bekas pengerusi Bumiputera Malaysia Finance Lorrain Esme Osman, yang meninggal dunia dalam buangan di London pada hari Isnin adalah pegawai bank yang tidak diketahui sehingga salah seorang juruauditnya, Jalil Ibrahim, dibunuh pada bulan Julai 1983 di dusun pisang di Hong Kong. Lorrain, 79 dan berbangsa Serani dari Pulau Pinang dan bekas penganut Kristian, akhirnya mengambil mengaku bersalah di London pada tahun 1993 di bawah rayuan untuk kecuaian kewangan kerana memberi pinjaman tanpa cagaran untuk sebanyak RM 2.5 bilion pada 1980-an kepada George Tan, seorang penduduk Sarawak yang mengetuai Kumpulan Syarikat Carrian sehingga ia runtuh seperti rumah kad.

Sehingga sekarang RM 2.5billion adalah satu jumlah yang besar untuk dicuri dan diambil keluar dari negara ini tanpa penglibatan mana-mana pemimpin tertinggi kerajaan. Sistem kewangan Malaysia membuat ini hampir mustahil, dan lebih cenderungnya, tawaran seperti ini dilakukan bagi pihak politikos teratas. Ia adalah refleksi sedih kerana hampir 30 tahun, dan Lorrain akhirnya meninggal dunia, roda rasuah masih sibuk berputar di Malaysia. Sistem ini tidak pernah berubah tetapi sebaliknya berkembang secara mendadak dengan lebih buruk.

Yang paling jelas ialah skandal rasuah kapal selam Scorpene yang melibatkan Perdana Menteri, Najib Razak dan menjangkaui tiga negara, Malaysia-Perancis-Mongolia. Rakyat Malaysia mesti mengambil masa beberapa saat untuk memikirkan tentang ini, jika tidak kemungkinan 30 tahun lagi akan berlalu, dengan juri yang tidak mempunyai pilihan tetapi untuk menunjukkan kes rasuah yang semakin teruk.

Jika ini berlaku, Malaysia pasti akan berada di hujung penerimaan dan ini merupakan satu lagi sebab mengapa rakyat patut bangun sekarang dan menangani musuh nombor satu, rasuah dengan tindakan yang keras. Roda masa benar-benar tidak menunggu siapa, seperti yang telah dibuktikan dalam kes Lorrain.

Jejak yang menuju terus kepada PM

Apabila Jalil ditemui, satu-satunya yang menghubungkan beliau ke Malaysia adalah duit syiling yang terperangkap di dalam lapisan seluarnya. Beliau tidak mempunyai dompet atau apa-apa jenis pengenalan di dirinya tetapi rakan sekerjanya telah melaporkan dia hilang 24 jam lebih awal. Polis Hong Kong terjumpa diari peribadi Jalil dan beberapa surat yang mendedahkan bahawa beliau telah terjumpa sesuatu cara penyelewengan yang besar di BMF.

Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah (ICAC) Hong Kong bertanya Lorrain: "Kamu telah berjuang selama ini untuk manfaat orang lain. Bukankah masa untuk melakukan sesuatu untuk faedah kamu sendiri? " Oleh itu, perjanjian ini dimeterai. Kerana Lorrain tidak akan mengaku salah dengan rasuah dan sudah tentu tidak mengaku kepada semua 43 caj, pendakwa Hong Kong mencadangkan satu caj kecuaian kewangan, yang akhirnya diterima Lorrain. Lorrain, yang telah melarikan diri ke London pada tahun 1983 untuk mengelak daripada diekstradisikan ke Hong Kong, menghabiskan masa dua bulan di Penjara Stanley di tanah jajahan mahkota British sebelum dibebaskan.

Beliau sebenarnya telah menghabiskan enam bulan di Pusat Tahanan Lai Chi Kok sementara menunggu perbicaraan, dan empat bulan lagi untuk pengampunan.ICAC telah mengemukakan lebih 30,000 halaman keterangan terhadap Lorrain kepada Mahkamah Tinggi British, Mahkamah Rayuan dan akhirnya kepada House of Lords. Kes Carrian adalah kes jenayah yang paling lama dalam sejarah kehakiman Hong Kong, merangkumi lebih daripada 17 tahun dan pada kos HK $ 210 juta dan dengan lebih 4 juta halaman pameran. Pengakuan bersalah Lorrain menutup fail kes yang telah lama berjalan.

Beliau terus menuntut tidak bersalah apabila beliau dibebaskan dan mengetepikan Jalil namun mengakui, bahawa "terdapat kekurangan penyeliaan dan pengawasan di BMF" di bawah pemerhatiannya. Beliau tidak pernah kembali ke Malaysia di mana syak wasangka bahawa dia telah melindungi pesalah-pesalah lain yang terlibat dalam skandal kewangan BMF. Jejak itu dipercayai, menuju terus kepada Perdana Menteri, yang ketika itu Mahathir Mohamad.

Pengeluaran wang

George Tan, difahamkan, hanya saluran untuk membawa wang keluar daripada BMF. Tiada bukti pernah ditunjukkan di mana-mana bahawa pinjaman besar-besaran yang diambil dari BMF adalah sepenuhnya bagi tujuan menjalankan perniagaan. Sebaliknya, kejatuhan pasaran hartanah Hong Kong disalahkan apabila pinjaman tersebut tidak tercapai. Antara Dec 6, 1985 apabila beliau ditangkap di rumah Londonnya atas waran ekstradisi sementara dari Hong Kong sehingga beliau dipenjara selama dua bulan pada tahun 1993, Lorrain berjuang dengan pertempuran undang undang lama dan mahal selama 90 bulan dari Penjara Brixton untuk kekal di London.

Beliau pergi ke pejabat Kementerian Dalam Negeri dan mengadu kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Eropah. Beliau melancarkan permohonan habeas corpus dan beberapa ulasan kehakiman, merayu kepada House of Lords beberapa kali dan dimasukkan ke dalam beberapa permohonan ikat jamin. Sementara itu, orang ramai yang kehilangan semua harapan untuk melihat pesalah-pesalah lain di belakang gerigi besi, Lorrain,Tan dan ahli perniagaan kecil Mak Fook Than yang disabitkan kesalahan atas pembunuhan Jalil - dan tiga pengarah BMF yang lain.

Kenyataan panjang lebar Mak yang sepanjang 24 muka surat tentang perjalanan "perniagaan menteri" ke Hong Kong hilang semasa perbicaraan. Semasa disoal siasat oleh polis Hong Kong, Mak mendakwa bahawa dia adalah di Hong Kong atas perintah seorang Menteri Kanan Malaysia untuk mengutip "wang" dari seorang warganegara Malaysia yang menetap di Hong Kong. Beliau menafikan berkata demikian selepas kehilangan kenyataan 24 muka surat itu. Lorrain telah dalam satu wawancara awam di London membayangkan kemungkinan bahawa Jalil diugut oleh Mak "yang mahu lebih".

Itu sama seperti mengatakan bahawa pemeras ugut mahu angsa yang bertelurkan emas itu mati. Malah, penyiasatan ke dalam kes pembunuhan Jalil mendedahkan bahawa Lorrain "bercuti" di Hong Kong pada masa yang sama bahawa juruaudit BMF bertemu ajalnya yang mengerikan. Satu lagi teori kegemaran yang diapungkan oleh Lorrain di khalayak ramai bahawa "seseorang mahu memalukan Kerajaan Malaysia" dan berfikir bahawa satu cara akan dilakukan ialah membunuh Jalil.

Beliau pernah dilaporkan sebagai berkata dia mengesyaki seorang diplomat Rusia yang ditangkap kerana mengintip di Malaysia dan dihantar pulang. Tetapi di peringkat itu, seseorang itu boleh dimaafkan kerana menyangka dakwaan Lorrain bahawa Ku Klux Klan, Mafia, Mossad dan CIA semuanya adalah suspek dalam pembunuhan Jalil.

Tetapi mana-mana individu atau kumpulan yang telah membiayai buangannya di London dan segala ujian yang mahal dan rayuan mahkamah adalah satu lagi misteri yang mungkin hanya beberapa pemimpin kanan teratas dalam kerajaan Malaysia dengan maklumat istimewa sahaja yang akan tahu./mc

http://addin77.blogspot.com/2011/08/skandal-bmf-adakah-pm-terlibat.html

Baik Letak Jawatanlah wahai Pengerusi SPR.. lepas tu lawan atas tiket UMNO...!!

Wan Ahmad bukti SPR tali barut Umno

KUALA LUMPUR 11 Ogos: Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh (gambar) menyifatkan kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhan Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar menunjukkan badan itu sebenarnya tidak bebas dan berat sebelah.

Beliau diminta mengulas kenyataan Wan Ahmad yang mendakwa Pakatan Rakyat mengulangi agenda politik kotor untuk menang PRU-13 melalui penyebaran fitnah dan pembohongan.

Kenyataan Wan Ahmad itu disiarkan Utusan Malaysia, sebuah akhbar milik Umno.

“Saya nak nasihatkan Wan Ahmad agar hentikanlah dari menjadi tali barut Umno dan bersifat berat sebelah," kata ahli parlimen Kuantan itu seperti dilaporkan Keadilan Daily.

“Dia (Wan Ahmad) kena ingat gaji yang dia dapat merupakan wang yang dibayar oleh rakyat. Jadi berkhidmatlah untuk rakyat dan bukannya untuk Perdana Menteri”

“Insaflah, lebih-lebih lagi bulan puasa ni. Jangan asyik memberikan kenyataan untuk memuaskan Umno dan menjadi agen mereka,” kata Fuziah.

Menurut Fuziah, SPR masih berterusan menafikan kewujudan pengundi hantu seperti pengundi berusia lebih 100 tahun, isu pengundi berstatus Penduduk Tetap (PR), pengundi klon dan daftar nama salah yang didedahkan sebelum ini.

Katanya, penafian itu dilakukan bagi menutup kesalahan mereka, sebaliknya badan itu pula menuding jari kepada Pakatan Rakyat kononnya menyebarkan fitnah dengan mengada-adakan cerita.

“(Sudah tentu) mereka (SPR) boleh betulkan semula dalam sistem (daftar pemilih) kerana hanya mereka yang berkuasa ke atas Semak Daftar Pemilih SPR tersebut,” kata Fuziah.

Sebelum ini, Pakatan mendedahkan pelbagai bukti kepincangan dalam daftar pemilih SPR, termasuk kewujudan pengundi yang berumur lebih 100 tahun.

Baru-baru ini media alternatif menimbulkan isu Mismah, seorang penduduk tetap yang didaftarkan sebagai pengundi dalam daftar pemilih SPR.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa 200,000 warga asing didaftarkan sebagai pengundi. Manakala kerajaan Pulau Pinang pula mengesan 30,000 pengundi baru dalam masa tiga bulan dalam daftar pemilih SPR.

SPR juga mencipta sejarah apabila mendaftarkan sebuah kampung yang diberi nama ‘Kg Baru’ sebagai pengundi, yang tidak ada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara, sebelum membetulkan rekod itu beberapa jam kemudian.

Terbaru, beberapa pengundi dikesan memiliki dua nombor kad pengenalan yang berlainan dan mempunyai kelayakan mengundi di dua tempat berbeza sepertimana dalam daftar pemilih SPR.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4865-wan-ahmad-bukti-spr-tali-barut-umno

Terlalu ramai Senator dalam kabinet Najib

Dengan perlantikan Palanivel, Presiden baru MIC sebagai Senator dan dilantik sebagai anggota kabinet, maka kabinet Najib mempunyai begitu ramai senator. Ada lima orang senator sebagai Menteri penuh, dan ada 5 orang senator sebagai Timbalan Menteri.

Kalau saya tidak silap, semasa Tun Haji Abdul Razak Hussain menjadi Perdana Menteri, hanya ada seorang sahaja Senator yang berjawatan Menteri. Senator itu pun hanya kekal sebagai senator selama lebih kurang 6 bulan sahaja untuk memahirkan dia sebagai Menteri, dan selepas itu Menteri berkenaan meletakkan jawatan sebagai Senator dan bertanding di kawasan Parlimen Lipis, iaitu Senator Tan Sri Ghazali Shafei.

Kabinet Najib dari masa ke semasa menambahkan bilangan Senator menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Ini membawa erti bahawa Najib menganggap Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional adalah terdiri daripada mereka yang tidak layak mengisi Dewan Parlimen. Atau adakah sebenarnya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang menjadi calon didalam Pilihanraya Umum ke-12 dahulu terdiri daripada mereka yang tidak layak dijadikan Ahli Parlimen.

Didalam pada itu berlaku pula keganjilan bahawa ada penjawat jawatan penting didalam pimpinan Pemuda UMNO tidak dilantik sebagai Menteri atau Timbalan Menteri. Sedangkan orang nombor dua dari hiraki Pemuda UMNO dilantik sebagai Timbalan Menteri, dan tentu ada muslihat yang hanya boleh dibuat pelbagai andaian bahawa orang yang dikalahkan oleh Ketua Pemuda UMNO untuk jawatan Ketua dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Perlantikan Palanivel sebagai Menteri pula tidak membayangkan bahawa Najib mahukan tokoh yang benar-benar berupaya menjadi Menteri kerana Palanivel pernah menjadi Menteri dan beliau tidak membawa sebarang impak pun didalam kementeriannya.

Mungkin Najib memahukan senator-senator yang dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri didalam kabinetnya itu boleh memainkan peranan besar, namun prestasi Menteri-Menterinya yang dilantik sebagai Senator itu tidaklah menunjukkan KPI yang baik.

Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional tentulah juga tertanya-tanya kenapa perlunya dilantik Senator untuk dijadikan Menteri, sedangkan Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu tidak menunjukkan prestasi yang tinggi. Mereka juga tertanya-tanya kenapa mereka itu dilantik senator untuk ke jawatan Menteri kerana kebanyakan Senator itu terdiri daripada mereka yang pernah menjawat jawatan Menteri dan telah kalah didalam pilihanraya umum yang lalu yang juga membawa erti bahawa Menteri-Menteri/Timbalan-Timbalan Menteri itu ada terdiri daripada mereka yang gagal semasa memegang jawatan itu dahulu.

Senator sewajarnya dilantik sebagai Menteri kabinet hanya untuk keperluan yang benar-benar boleh memberikan jawapan kepada keperluan yang terdesak yang sangat memerlukan kehadirannya. Tetapi jika senator/Menteri itu berperanan hanyalah sebagai senator/Menteri yang biasa sahaja, maka keperluan melantik begitu ramai senator untuk dijadikan Menteri/Timbalan Menteri adalah satu exercise sekadar nak menunjukkan bahawa "aku boleh buat apa aku suka sebagai Perdana Menteri" dan boleh dikategorikan sebagai menyalahgunakan kuasa.

Dan jika dikatakan bahawa kabinet Najib adalah kabinet yang lemah, maka itulah jawapan kepada persoalannya.

http://lubokkawah.blogspot.com/2011/08/terlalu-ramai-senator-dalam-kabinet.html

Bila 'Amanah' mahu tunjuk belangnya?

Subky Latif

SUDAH dua minggu Tengku Razaleigh melancarkan penubuhan Angkatan Amanah Merdeka atau Amanah, namun belum diketahui apa kegiatan dan rancangannya.

Ia hanya diketahui dengan apa yang diumumkan pada hari pelancarannya iaitu, ia mahu jadi NGO yang menghidupkan legasi kemerdekaan yang diamanah oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan fokas awalnya adalah tentang kepincangan pimpinan Perdana Menteri Najib dan halatujunya.

Oleh kerana ia didukung oleh bekas menteri dan timbalan menteri Barisan Nasional serta bekas menteri negeri dan exco, maka tentulah NGO orang-orang politik yang kurang aktif atau sudah tidak aktif itu menarik perhatian.

Tetapi selepas pelancarannya ia seperti tenggelam dalam gelombang Tengku Razaleigh dikatakan dilamar kerabat Pakatan Rakyat bagi menggantikan tempat Datuk Seri Anwar Ibrahim kiranya politiknya tersekat oleh keputusan mahkamah nanti.

Sepatutnya Tengku Razaleigh dan Amanahnya yang boleh meributkan suasana kerana dipercaya akan menjadi pengkritik terbuka dari dalam Barisan Nasional.

Apakah ia hanya sekadar menjadi pengkritik bebas atau ia menjadi medan pemberontak penyokong BN yang tidak selesa dengan pimpinan Najib dan kerajaan sekarang?

Kemunculan pemberontak dalaman parti dan penyokong kerajaan selalunya mengancam pimpinan ketua kerajaan. Inilah menyebabkan pimpinan Perdana Menteri Margret Thatcher mengakhiri pemerintahan Parti Konservatifnya selama 17 tahun di Britian dan demikian juga yang terjadi kepada Perdana Menteri Tony Blair yang pernah berjaya mengetuai Parti Buruh memenangi tiga kali pilihan raya Britain.

Apakah Ku Li dengan Amanahnya akan memulakan gerakan bagi menggantikan pimpinan Perdana Menteri Najib yang dirasakan sebagai ketua kerajaan dan kerajaan Malaysia yang paling bermasalah dan lemah sejak merdeka? Itulah yang ditunggu dan hendak diperhatikannya.

Tetapi Amanah seolah-olah telah ditampar oleh bom asap yang di bawa Anggota Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang dikira agen Najib yang belum diumumkan menjadi Umno semula. Bom asap itu datang dari penyokong Najib dalam Umno tetapi cetusannya adalah bagi menjaga Umno dari menerima kesan atas politik Ku Li itu.

Ku Li lalu ditempelak pernah dirisik oleh kerabat Pakatan Rakyat bagi menjadi penyambung kepada kepimpinan Anwar mara menuju ke Putrajaya kiranya ia berdepan dengan halangan. Apakah ada asas tempelak itu dan adakah Ku Li adalah orang yang berminat untuk mengambil tempat itu adalah menjadi perkara kedua.

Tetapi sudah bergelombang atmosfera politik negara gara-gara bom asap bebas Bayan Baru itu. Kerabat Pakatan Rakyat terpaksa bersilat menangkis gas bom asap itu hingga ia mengurangkan sementara kelancarannya bergerak ke Putrajaya.

Dengan bom asap itu Ku Li dan Amanahnya tenggelam dalam asapnya hingga menyebabkan orang tidak teringatkan Amanah. Dan Ku Li sendiri senyap seribu bahasa. Dia tidak membuat sebarang respons terhadap bom asap itu dan membiarkan Pakatan Rakyat bersilat menangkisnya.

Dan Ku Li dan Amanah juga diam hingga tidak diketahui apa yang hendak dibuatnya bagi memanas jentera programnya.

Demam pilihan raya sudah rancak. Bila pilihan raya tidak diketahui. Tetapi ia sudah tidak lama. Dan Amanah tidak boleh lama menunggu untuk membangkit program dan kegiatannya.

Mungkin ia belum dibenarkan bergerak selagi tidak didaftarkan. Tetapi Amanah adalah NGO politik yang tidak terikat banyak dengan pantang larang pendaftaran pertubuhan. Dan tempoh bekerja Amanah pun tidak banyak sangat bagi meraih faedah dari suasana dan perkembangan politik kita.

Masa yang ada pada Amanah ialah tempoh menjelang pembubaran Parlimen dan sebelum pilihan raya. Apa yang Amanah hendak buat dan hendak capai adalah dari kegawatan yang melanda kerajaan, Umno dan Najib sekarang. Itulah tempoh kesempatan terbaik bagi Ku Li dan Amanah untuk merebut sesuatu.

Apabila Parlimen dibubarkan, tidak banyak lagi yang Ku Li dapat buat kerana kedudukannya sendiri pun akan ditentukan oleh keadaan itu. Ku Li tidak boleh banyak kerja lain melainkan menumpukan penuh masa dan tenaga di Gua Musang.

Sama ada dia dicalonkan semula oleh BN atau digugurkan, dia terpaksa mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang itu atas apa calon sekali pun. Kalau Ku Li digugurkan, Ku Li terpaksa menumpukan usaha bagi mendapatkan persetujuan Pakatan Rakyat memberi laluan kepadanya. Pakatan Rakyat tidak akan memberi laluan kiranya Ku Li sekadar hendak mempertahankan kerusinya.

Apakah PAS pada keadaan demikian memberi konsesi sama seperti yang diberi kepada Ibrahim Ali pada PRU 2008 dulu? Mungkin Ku Li bukan Ibrahim Ali tetapi PAS ada pengalaman yang baik.

Masa itu tiada lagi peluang bagi Ku Li bagi mewarwarkan Amanah di luar Gua Musang. Masa bagi Amanah menunjukkan belangnya adalah sekarang. Inilah masa untuk mendedahkan belang Najib dan kerajaannya. Barulah ada erti dan sengatnya pelancaran Amanah itu.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/columnist/subky-latif/4860-bila-amanah-mahu-tunjuk-belangnya

Woiii... Petrol bila mau turun daaaa....

Harga minyak mentah antarabangsa menurun ke paras USD86 setong pada Jumaat, mencatat magnitud penurunan terbesar dalam seminggu sejak Mei 2011, berikutan kekhuatiran pelabur terhadap ekonomi dunia yang diperlahankan.

Meskipun harga minyak mentah antarabangsa memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011, namun harga minyak RON 97 Malaysia yang diapungkan mengikut pasaran antarabangsa hanya diturunkan 10 sen pada Jun, dan tiada lagi pengumuman dalam tempoh dua bulan selepas itu.

Harga minyak RON97 telah meningkat sebanyak 85 sen dari Julai 2010 hingga Mei 2011. Penurunan pada 15 Jun 2011 membawa harga RON 97 ke paras RM2.80. Harga RON97 pernah mencatat paras RM2.90/liter pada Mei 2011. Dengan kata lain, RON 97 mencatatkan pertambahan sebanyak 75 sen dengan harga kini, jika dibandingkan dengan harga pada Julai 2010.

Harga minyak mentah mula memperlihatkan pola menurun sejak Mei 2011 sehingga kini, setelah mencatat paras USD120 setong pada April tahun ini.

Menurut laporan Reuters hari ini, harga minyak mentah Brent Crude telah menurun kira-kira 9% dalam minggu ini, sementara harga minyak U.S Crude pula menurun 10% dalam minggu ini. Ini kerana kebimbangan yang menyelubungi pasaran, bahawa US akan terperangkap dalam kemelesetan ekonomi, yang bakal menggugat keperluan petroleum. Selain itu, krisis hutang di Eropah juga menggugat harga minyak mentah.

Harga minyak U.S Crude menurun 6% pada Khamis, mencipta magnitud penurunan harian yang terbesar sejak 5 Mei 2011. Pada Jumaat ini, harganya menurun USD1.40 sehingga USD 85.23 setong, mencatat paras terrendah sejak 17 Februari 2011. Harga minyak Brent Crude pula menurun secara mendadak dengan USD6 pada Khamis, dan kini mengekalkan harga pada USD 107.25 setong pada Jumaat.

Barclays Capital yang paling optimis dengan perkembangan harga minyak mentah pada tahun ini, mengakui bahawa keperluan dunia dijangka akan diperlahankan. Bank pelaburan itu menganggar, keperluan petroleum dunia bakal bertambah 1.1 juta tong, mencatat 88.68 juta tong pada tahun ini.

Ia memperlihatkan perubahan sikap bank pelaburan ini. Sebelum ini, bank pelaburan ini menjangka pertambahan keperluan 1.56 juta tong minyak, malah pernah menjangkakan pertambahan 1.7 juta tong, dua bulan yang lalu.

Original Page: http://shalehudin.blogspot.com/2011/08/woiii-petrol-bila-mau-turun-daaaa.html

Sumbangan untuk fakir miskin dan pelajar sekolah

PENDANG – Kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Pendang telah memberi sumbangan hari raya kepada 94 orang penerima bantuan am dan 123 orang pelajar-pelajar sekolah.
Selain itu sebanyak 10 buah basikal turut disumbangkan kepada pelajar-pelajar sekolah yang terpilih.

Sumbangan-sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Kebajikan Masyarakat, YB Ustazah Siti Ashah Ghazali, Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pelajaran dan Koperasi, YB Mohamed Taulan Mat Rasul dan Ahli Parlimen Pendang, YB Dato’ Dr Hayati Osman.

Majlis yang diadakan di Pejabat JKM Daerah Pendang turut dihadiri oleh Pegawai JKM Daerah Pendang.

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/sumbangan%20jkm%20pendang.jpg


Solat Hajat Untuk MB Kedah selepas solat Jumaat....

oleh Anakkedah007

Eishhh aku baru jaa nak kata bab nie..tetiba dah ada kawan dah sound benda nie...heran jugak aku masa tok guru nik aziz masuk hospital sana-sini pakat war2 kan dan suruh rakyat buat sembahyang hajat mintak doa semoga ALLAH panjangkan umur beliau tapi mkai tang MB Azizan nie aku tengok asyik dok kata ... beliau sihat.. beliau sihat... dalam dok kata sihat tuuu..dah masuk 7hari dah dok IJN..jumaat dah nak masuk 2X dah.... apa kata esok pakat suruh rakyat KEDAH buat sembahyang hajat selepas jumaat mintak ALLAH bagi MB sihat walafiat....bukan susah pon.. kongsi2 laaa dgn rakyat akan kesusahan dan kesakitan MB tuuu...

Lepas tuuu bagi la sat org lain uruskan negeri kedah nie..takan nak biaq tergantung mcm tuu jaa... nuuu peruntukan bulan Ramadhan yg DAP dok bising tu apa cerita... bukan saja kawasan DAP ja tak dapat lagi rasa2nya semua kwsn tak dapat..takan nak bagi selepas raya aidilfitri kot..?? nuuuu BONOS negeri Pakatan Rakyat lain dah umum dah Kedah bila lagi..???? sahabat2 yg kerja dengan k'jaan negeri dah panas telinga dok kena perli dengan puak UMNO pasai negeri tak dapat umum lagik...

Takkan Ustaz Azizan saja layak jadi MB di Kedah?

Salam semua..Dah seminggu saya tak tulis apa-apa.Ada hal yang tak dapat dielakkan.Macam-macam isu semasa yang panas tak dapat nak dipostingkan.Sebagai mukaddimah saya nak sentuh mengenai negeri Kedah yang hilang ketua kerajaan kerana MB Kedah , ustaz Azizan Razak dah seminggu terlantar di hospital IJN kerana masalah kesihatan.Kalau MB Kedah tak sakit takkan sampai seminggu dah beliau masuk hospital IJN di Kuala Lumpur.Hingga kini ustaz Azizan masih berejat di IJN.Takkan ustaz Azizan saja-saja berlakon kot nak masuk wad sakit jantung macam Umno tuduh kata Mat Sabu Timbalan Presiden Pas saja-saja berkerusi roda akibat dilanggar kenderaan polis dalam demo Bersih 2.0.

Negeri Kedah yang berketuakan Ustaz Azizan hilang ketua kerajaan.Mensyuarat exco kerajaan negeri tak dapat dilakukan hanya kerana tidak ada MB.Kenapa tak dilantik pemangku Menteri Besar untuk teruskan agenda kerajaan negeri .Takkan nak tunggu ustaz Azizan sihat walafiat baru nak mensyuarat exco?Takkan tak ada orang yang layak di kalangan anggota exco untuk pangku jawatan MB.Adakah ustaz Azizan sorang saja yang layak jadi MB di Kedah?

Adakah ustaz Azizan masih mampu jalankan tugas sebagai MB di Kedah?Kalau dah tak mampu bagi la dekat orang lain pula untuk jadi MB.

Azizan masih berehat di IJN-harakahdaily

Keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, semakin beransur baik dan beliau dijangka dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) beberapa hari lagi.

Menurut setiausaha akhbarnya, Mohd Helmi Khalid, Azizan kini sudah boleh bangun senridi dan boleh bergerak tanpa bantuan.

Bagaimanapun katanya, doktor menasihatkan agar menteri besar itu banyak berehat sehingga benar-benar pulih.

"Doktor jangka dalam beberapa hari lagi menteri besar boleh keluar.

"Sekarang ini dia dah hampir pulid seperti biasa, cuma doktor nasihatkan dia berehat di hospital sehingga benar-benar baik," katanya.

Azizan sebelum ini dimasukkan ke IJN di Kuala Lumpur Jumaat lalu selepas mengadu sakit jantung.

Beliau tidak buat sebarang pembedahan dan hanya jalani imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang biasa sahaja.

Sehubungan itu, Azizan kini dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya selain mengawal paras gula.

Kem Latihan tutup..!!

Rajagobal tutup kem latihan


RAJAGOBAL (berdiri empat dari kiri) menutup sementara kem latihan skuad kebangsaan kerana tiada aksi antarabangsa buat mereka dalam masa terdekat.


KEM latihan pusat skuad bola sepak kebangsaan selama 10 hari bermula 3 Ogos berakhir hari ini.Sepanjang kem tersebut, hanya satu perlawanan ujian sahaja sempat diharungi skuad negara ketika menentang Selangor pada 6 Ogos lalu berikutan pembatalan dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Oman dan Indonesia.

Namun jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tidak menganggap kem latihan sempena bulan Ramadan ini satu kegagalan akibat ketiadaan perlawanan persahabatan antarabangsa.

"Memang sepatutnya kita bertemu Selangor tempoh hari sebagai persediaan untuk menentang Oman pada 10 Ogos (kelmarin) tetapi perlawanan itu dibatalkan. Begitu juga perlawanan menentang Indonesia.

"Walaupun tiada perlawanan persahabatan antarabangsa, saya fikir bahawa kesempatan selama 10 hari ini dapatlah untuk saya melihat perkembangan pemain-pemain baru yang dipanggil sepanjang sesi latihan.

"Apabila kita tak dapat satu perlawanan yang berkualiti, lebih baik kita tumpukan perhatian kepada sesi latihan pusat ini," kata Rajagobal ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Untuk kem latihan kali ini, Rajagobal telah memanggil beberapa muka lama yang diketepikan sebelum ini akibat kecederaan seperti Farizal Marlias, Khyril Muhymeen Zambri, Norhafiz Zamani Misbah dan Faizal Muhamad.

Manakala beberapa pemain baru turut diberi kesempatan untuk dinilai prestasi mereka seperti Joseph Kalang Tie, Shahrom Kalam dan penjaga gol, Norazlan Razali.

Rajagobal turut membayangkan bahawa kem latihan skuad kebangsaan akan kembali bersambung pada November depan selepas tamat saingan Piala Malaysia yang akan berlangsung dari 6 September hingga 29 Oktober depan.

"Buat masa ini tiada aksi persahabatan untuk Oktober tetapi mungkin jika ada pasukan yang layak ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2014 yang ajak lawan, kita akan pertimbangkan.

"Jika tidak, kem latihan dan aksi persahabatan hanya akan bersambung pada November depan untuk kita buat persiapan serius menghadapi Piala Suzuki AFF 2012 dan Kelayakan Piala Asia 2013," jelas Rajagobal.

http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0812&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...