TERKINI :

Thursday, August 11, 2011

Antara Isu "GEREJA & JAIS" Vs NAJIB Jumpa Pope..???

mai isu gereja kecoh 1malaysia, mai isu JAIS hingaq 1Malaysia, mai NAJIB pie ngadap POPE dekat GEREJA paling power didunia semua pakat senyap sunyi.... memang betoi la spt kata Ust Asri...hangpa nie semua berkepentingan jaa hingaq nie....kena kat hangpa...SENYAP... kena kat puak tak sebulu dgn hangpa BISING 1Dunia.....
41 minutes ago · ·

    • Harith Alif Chicharito kalau tau ada org dapat bantuan gereja hampa bantu la . Mana dia pejabat zakat, JKM buat pa sampai tak tau .
      39 minutes ago · · 2 people
    • Harith Alif Chicharito yang sekolah ada gereja tu tak takut sesat ka ? Convern ?
      33 minutes ago ·
    • Jesffri Zakaria mau kena maki hamun la kalau p minta bantuan kat jkm...tambah lagi yang sihat tubuh badan. tu pasai depa terpaksa terima bantuan dari gereja. Bila dah hingaq mcmni mula la depa persoal kenapa xminta bantuan kat depa padahal masa p minta mcm2 depa kata...
      32 minutes ago ·
    • Harith Alif Chicharito masalah !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!​!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!​!!!!!!!!!! Dekat PRU dah kot
      30 minutes ago · · 1 person
    • Mustaqeem Abdullah kalau xmiskin pun mesti gereja bagi duit..
      29 minutes ago ·
    • Jesffri Zakaria tu la pasainya...nak hentam kerajaan negeri selangoq la tu.Yang nyata semua tu mainan politik, dulu bising pasai yb bukan islam masuk surau n masjid la ni isu ni pula...
      28 minutes ago ·
    • Harith Alif Chicharito bahaya nak tarik org islam masuk . Nauzubillah . Mintak simpang banyak banyak anak, cucu, cicit aku, anak menakan , adik beradik semua kaum keluarga dan semua umat islam . Jgn la pi kona kot jalan sesat bila dah dok jln benar
      27 minutes ago · · 1 person
    • Bangmee Perlis sapa tarik sapa? org bukan islam masuk asjid negara pun kena serbu gakler awat pi diam...
      27 minutes ago ·
    • OneSirul Asrar Memang jenis umno kpiaq macamtu mak habaq pi
      24 minutes ago ·
    • Shamsul Nizam Sam Setiap isu baru direkacipta utk mengaburi isu sebelumnya. Dlm kes ini, isu JAIS utk cover isu pendaftaran di SPR.... Tak caya kalo, tunggu bila isu JAIS tak laku, akan timbul isu lain plak.....
      13 minutes ago · · 1 person

Kelantan bina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai

Kerajaan Negeri Kelantan akan membina Jalan Kota Bharu-Kuala Krai menerusi penswastaan selepas Kerajaan Pusat tidak menyediakan peruntukan untuk projek tersebut menerusi Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan RMK-10.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, jalan itu akan dibina sebagai Jalan Negeri selepas cadangan pembinaan kepada Kerajaan Persekutuan tidak mendapat maklum balas memberangsangkan.

Katanya, kos pembinaan asalnya berjumlah RM1.9 bilion termasuk kos pengambilan tanah akan dikurangkan seperti membatalkan pembinaan Fly Over Wakaf Che Yeh-Kota Bharu yang menjimatkan kira-kira RM500 juta.

“Kita buka tawaran kepada pihak-pihak berkenaan untuk melaksanakan projek ini dan jalan empat lorong sepanjang 63 kilometer itu sudah tentu membantu mengurangkan kesesakan khususnya di musim perayaan.

“Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim,” katanya selepas mesyuarat exco di Kompleks Kota Darul Naim, di sini semalam.

Husam berkata, perjalanan dari Kota Bharu- Kuala Krai menerusi ‘Jalan Tulang Belakang’ itu dijangka hanya mengambil masa antara 30 hingga 40 minit.

Dalam perkembangan lain, Husam memberitahu langkah Kerajaan Negeri Kelantan melancarkan dinar dan dirham empat tahun lalu terbukti membantu menangani krisis ekonomi pada hari ini.

“Harga emas hari ini melonjak kepada 1,723 USD satu aun, catatan harga tertinggi dalam sejarah, jadi terbukti perlaksanaan dinar dan dirham ini memberi keuntungan.

“Dulu ada pihak memperlekehkan usaha kerajaan ini yang saya fikir kerana sentimen politik semata-mata, mereka tidak sedar bahawa emas lebih stabil sebagai alat simpanan nilai,” katanya.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150276609394938&

PUAK SONGKOK TINGGI...bab Pengagihan hasil judi di bulan Ramadhan nie taknak bagi mangkok jamban jugak kaa..??

Pengagihan hasil judi di bulan Ramadhan

Thursday, August 11, 2011

Assalamualaikum dan selamat mnyambut Ramadhan al Mubarak kepada semua pengunjung blog ini. Maaf kerana agak lama tidak update oleh kerana banyak perkembangan yang tidak diduga berlaku kebelakangan ini. Apa pun insyallah ia tidak akan menganggu minat saya menulis dan memberikan pandangan. Jika diberi kelapangan dan kekuatan oleh Allah swt saya akan kembali kemaskini blog ini seperti sudah-sudah.

Mungkin kali ini dengan pendekatan yang sedikit berbeza tetapi tetap citarasa yang sama.

Sedang kita menempuh 11 Ramadhan ini saya terbaca satu laporan dalam akhbar tempatan yang sangat membimbangkan.

Saya pernah berkali membangkitkan isu ini nampaknya ia berulang kembali. Kita umat Islam perlu prihatin dalam perkara ini yang jelas matlamat tidak menghalalkan cara.

Saya petik kata-kata Wakil Pertubuhan Kebajikan Ukhwah Anak Yatim Miskin Daerah Sabak Bernam, Rosmah Mohd Razali:

"Rumah kebajikan kami terdiri daripada 50 penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak dari umur dua hingga 18 tahun. Mereka ini memerlukan sepenuh perhatian dan kelengkapan yang cukup seperti tempat tinggal yang selesa, pelajaran, makanan dan pakaian yang cukup seperti tempat tinggal yang selesa, pelajaran, makanan dan pakaian yang cukup bagi membantu proses tumbesaran mereka berjalan dengan baik"

Manakala Pengerusi Rumah Bakri Nur Syaheera, Johari Basri pula berkata:

"Melalui sumbangan ini pihak kami dapat menyediakan baju baru kepada anak-anak yatim agar mereka dapat menikmati suasana Hari Raya walaupun tanpa keluarga di sisi."

Kisahnya, 25 rumah kebajikan telah menerima sumbangan bernilai RM25,000 sebagai sebahagian dari komitmen dan sumbangan kemasyarakatan (CSR) sebuah syarikat yang tersenarai di bursa saham. Biasalah di bulan yang mulia ini dan mana-mana hari perayaan dan seumpamanya syarikat-syarikat korporat, gergasi dan lain-lain mahu menyumbang dan menghulurkan bantuna. Ianya sesuatu yang baik dan wajar digalakkan.

MASALAH nya pastikan syarikat ini beroperasi dalam sektor perniagaan atau perdagangan yang HALAL. Terdapat bertaus syarikat korporat yang tersenarai dalam burasa saham tempatan yang menjalankan operasi perniagaan secara halal mengapa pilih yang sebaliknya.

Penerima-penerima sumbangan di atas menerima cek sumbangan masing-masing dari Timbalan Pengerusi GENTING BERHAD Tun Haniff Omar di KL semalam.

Genting sebagaimana kita tahu merupakan salah sebuah syarikat koperat operator judi kasino terbesar dalam negara.

Mungkin ada yang berpandangan bahawa sedekah ini HALAL - memang ada yang memakai anutan ini malah sesama Islam hari ini, bagi saya ia HARAM dan memberi publisiti kepada syarikat HARAM dalam program CSR mereka seolah mengiklankan pula aktiviti yang HARAM bertentangan dengan Islam.

Ini sekadar mengingatkan saya dan kita semua agar berikhtiarlah memastikan umat Islam yang susah dan kekurangan dibela dan dibiayai oleh umat Islam sendiri dan tidak oleh operator judi, kilang arak dan sebagainya. Fikirkanlah. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yang lepas.

http://n32.blogspot.com/2011/08/pengaigihan-hasil-judi-di-bulan.html

Apahal ZAMIL nie dok meroyan bulan-bulan posa nie..tak dapat cium ketiak kaa..??

Apa hal mamat ni? tak pasal-pasal suruh orang saman dia.

Diam tak diam tiba-tiba timbul Pengerusi KITA Kedah si Zamil ini mencabar Pakatan Rakyat supaya menyaman beliau jika Pakatan Rakyat benar-benar tidak mempelawa Ku Li..

Nampak macam mencari publisiti murahan saja.. kalau nak saman pun rasanya bukan mamat ini yang memulakan cerita tapi Zahrain, mamat ni sekadar tukang sampuk saja.

Bila Zahrain dah mula cerita baru dia tambah perisa.. Jadi buat apa Pakatan Rakyat nak buang masa layan dia ni..

Kalau bukan mencari publisiti murahan, mungkin nak mencari sedikit duit raya.. maklumlah jadi Pengerusi KITA banyak duit dah habis..
Zamil cabar pembangkang saman

SUNGAI PETANI 10 Ogos - Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim mencabar parti pembangkang menyaman beliau jika mereka benar-benar berpendirian tidak pernah mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai pembangkang menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya, pembangkang tidak harus bermain wayang dan menipu rakyat dengan isu tersebut kerana ada beberapa bukti yang menunjukkan pertemuan itu benar-benar berlaku.

"Setiap kali ada isu, mereka hanya pandai nafi tetapi tak berani nak saman. Saya beranggapan penafian itu adalah satu penipuan besar terhadap rakyat," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Baru-baru ini, beberapa pemimpin pembangkang termasuk Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus menafikan dakwaan mengatakan beliau menemui Tengku Razaleigh bagi mempelawa untuk mengetuai pembangkang menggantikan Anwar.

Zamil yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah mencadangkan pembangkang memilih individu lain jika mahukan Ketua Pembangkang pada masa depan.

"Saya percaya Ku Li masih setia dengan Barisan Nasional. Apa kata mereka pilih Datuk Zaid Ibrahim," katanya.

Lidah Rasmi UMNO

sumber - http://bloglistpolitik.blogspot.com/2011/08/sapa-pulak-mamat-ni-mai-dari-hutan-mana.html

Timb Ketua Polis tak dapat beza antara RUSUHAN & PERHIMPUNAN..!!

Izzah: Kenyataan Khalid serlahkan kejahilannya

Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar membidas Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang berkata perhimpunan BERSIH 2.0 mungkin menyebabkan rusuhan seperti apa yang berlaku di kota London sekarang.

NONE“Kenyataan itu hanya menunjukkan kejahilannya,” kata Nurul Izzah kepada wartawan di luar ibu pejaag polis Petaling Jaya hari ini.

Dalam posting di laman web Facebook malam semalam, Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.

Menurut Nurul Izzah kenyataan seumpama itu daripada seorang pegawai kanan polis, tidak boleh diterima dan memintanya menyemak fakta-fakta terlebih dahulu sebelum membuka mulutnya.

NONEKatanya, punca rusuhan di kota London adalah kerana rasa tidak puas hati rakyat hasil pemotongan bajet kerajaan dan kadar pengangguran yang tinggi.

Ini, dakwanya berlainan dengan peserta BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu yang sebahagian besar mereka terdiri daripada rakyat golongan pertengahan.

Namun, satu persamaan antara situasi di UK dan Malaysia, menurut naib presiden PKR itu adalah kegagalan melakukan pembaharuan kepada sistem ekonomi yang menggalakan jurang perbezaan golongan kaya dan miskin semakin melebar.

http://www.malaysiakini.com/news/172679

Nama saja Ketua Polis tapi takut kat ANWAR IBRAHIM...!!

Punca Musa Hassan dan Rodwan takut ditemubual bila Anwar ada



Musa Hassan dan Rodhwan adalah antara saksi penting yang mahu ditemu bual oleh pihak pembelaan. Walau pun dibenarkan oleh hakim, kedua-dua insan yang banyak berjasa kepada kerajaan BN ini enggan berbuat demikian jika Anwar ada semasa proses temu bual itu berlangsung. Orang lain pelik! Saya pun pelik! Anda pun pelik!

Jawapan keengganan mereka ditemu bual jika Anwar hadir ada dinyatakan dalam berita di Berita Harian. Sebenarnya petikan berita ini saya ambil dari berita yang sama memerihalkan kemungkinan Najib-Rosmah akan ditemu bual di mahkamah berhubung dengan Drama Liwat II. Saya sengaja memisahkan kedua-dua cerita agar lebih berfokus. Jika mahu tergelak pun, kita gelakkan pada kiriman ini sahaja.

Kata pihak pendakwaan:[BH] ....Pihak pendakwaan dan pembelaan memohon perintah sama ada Anwar boleh menghadiri sesi temu bual saksi bagi pihak pembelaan selepas bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof membantah kehadiran Anwar ketika temu bual itu kelmarin.
Pihak pendakwaan membantah kehadiran Anwar dalam sesi temu bual dengan alasan beliau berupaya menakut-nakutkan saksi dan boleh menyuruh mereka menyatakan apa yang dikehendakinya ketika saksi berkenaan.

Selain itu, kejadian lalu dalam mahkamah ketika pihak pendakwaan mengemukakan saksi mereka dalam kes liwat itu menunjukkan peguam Anwar tidak mampu mengawal anak guam mereka.
Anda mahu gelak? Silakan!

Bekas KPN yang takut kepada Anwar Ibrahim? Bekas Ketua Polis Melaka, Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof takut kepada Anwar Ibrahim? Pasukan pendakwa bimbang kedua-dua saksi ini akan dimanipulasi oleh Anwar untuk memberikan jawapan mengikut kehendaknya. WOW!!!!!!!

Kedua-dua bekas dan anggota polis yang memegang jawatan tinggi, kononnya hebat, takut dan mudah dimanipulasi oleh Anwar Ibrahim? Teruk! Macam mana kalau mereka ditangkap oleh teroris? Habis rahsia negara terburai!

ADUHAI!!!!!

Bukan saya kata, bukan DCM sengaja mereka-reka cerita, tetapi berita di atas menyatakan sedemikian!

Alasan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan ini bukan sahaja merendah-rendahkan kedua-dua saksi itu, tetapi jelas menunjukkan saksi itu seolah-olah "takut kerana salah". Jika berada di pihak yang benar, mengapa perlu takut? Berani kerana benar! Biarlah sesiapa pun yang hadir, kalau orang itu salah, dia tetap salah!

P/s: Konspirasi Drama Liwat II ini akan terburai!DCM

UMNO amat fobia TAZKIRAH RAMADHAN....

Umno sekat ilmu agama untuk kekal berkuasa
Aziz Muda

KUALA LUMPUR, 10 Ogos: Tindakan Umno BN yang menyekat perkembangan ilmu, terutama ilmu agama yang membabitkan tasauf, dari disebarkan di masjid-masjid amat dikesali kerana ia jelas bertujuan untuk membolehkan parti itu kekal berkuasa, walaupun jelas akan merugikan rakyat.

Dengan tindakan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh parti itu, rakyat negara ini pasti akan kerugian berpanjangan, terutama dari segi perkembangan kerohanian, peningkatan iman serta amal, jika terus berada di bawah pemerintahan Umno BN.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Perak, Norazli Musa menegaskan, tindakan Umno yang menyekat perkembangan ilmu di kalangan rakyat amat jelas apabila diteliti peraturan yang dikenakan oleh mereka bagi penyampaian tazkirah di masjid-masjid.

Menurut beliau, antara peraturan yang dikenakan itu termasuklah larangan kepada para penceramah menyampaikan ceramah-ceramah yang menyentuh perkara-perkara besar terutama tasauf dan kepentingan politik Islam kepada umat Islam.

Katanya, tindakan tersebut dilakukan untuk menjadikan rakyat jahil tentang tasauf dan ilmu politik Islam kerana jika rakyat memahami ilmu-ilmu itu dibimbangi rakyat tidak akan menyokong Umno BN dalam pilihanraya.

"Dengan itu, ceramah-ceramah agama yang didakan di masjid-masjid, di surau-surau di seluruh negara terutama yang membabitkan para penceramah yang menyokong Umno BN hanyalah membicarakan perkara-perkara kecil, rendah atau asas sahaja yang sudah diketahui dengan jelas oleh orang ramai.

"Antara perkara yang disentuh hanyalah seperti cara mengambil wuduk, jenis-jenis air, haid, nifas, nikah, kahwin dan sebagainya yang hanyalah perkara-perkara asas sahaja yang terdapat dalam ilmu fekah.

"Perkara-perkara lain yang besar, penting seperti tauhid, tasauf, politik Islam, jihad tidak boleh disampaikan kerana dilarang oleh para pemimpin Umno BN menerusi sekatan-sekatan tertentu sama ada secara langsung atau tidak langsung di masjid-masjid dan surau-surau," katanya ketika menjawab soalan salah seorang peserta pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dengan keadaan itu, menurutnya, ceramah-ceramah yang diadakan di masjid-masjid, surau- surau yang dikuasai Umno BN itu dengan sendirinya tidak memerlukan penceramah-penceramah yang hebat.

Katanya, kalaupun penceramah-penceramah itu juga tergolong dalam golongan penceramah hebat seperti mufti, mereka juga tidak perlu membaca banyak kitab untuk meneliti banyak perkara besar kerana ceramah-ceramah yang perlu disampaikan hanyalah membabitkan perkara-perkara kecil sahaja.

"Dengan itu, secara langsung, jika terdapat soal jawab dalam ceramah tersebut sekiranya ada ruang soal jawab yang dibuka oleh penceramah kepada orang ramai, soalan-soalan yang dikemukakan oleh para peserta juga tentu sekali hanyalah perkara-perkara kecil yang tidak menimbulkan sebarang kerumitan untuk dijawab oleh penceramah-penceramah itu," katanya.

Perkara itu, tegasnya, berbeza dengan ustaz haraqi yang tentunya boleh mengajar pelbagai bidang dalam Islam termasuk tauhid, fekah, usuludin, tasauf, politik Islam, jihad dan sebagainya, sejajar dengan tahap pengajian mereka yang tinggi yang meliputi pelbagai bidang pengajian dalam Islam.

Ceramah-ceramah yang melibatkan ustaz haraqi atau guru-guru tasauf itu, tegas beliau, tentunya bukan anjuran pihak yang mempunyai kaitan dengan Umno BN, tetapi PAS dan NGO-NGO Islam.

"Walaupun para pemimpin Umno BN berusaha keras untuk terus menjahilkan rakyat dalam agama terutama yang menyentuh tentang tasauf, politik Islam dan jihad untuk mengelakkan rakyat menentang mereka balik, PAS dan NGO-NGO Islam tetap berusaha mendokong perkembangan ilmu dengan mengadakan pelbagai majlis ilmu di seluruh negara.

"Kalau di Kuala Lumpur, hanya nak belajar atau tak nak belajar sahaja, majlis-majlis ilmu anjuran PAS dan NGO-NGO Islam itu berada di mana-mana. Begitulah juga di tempat-tempat lain di seluruh negara," katanya yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Ipoh Barat.

Beliau yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Taliban menegaskan, setiap umat Islam perlu bijak mengambil peluang untuk mengikuti majlis-majlis ilmu itu bagi menambah ilmu kerana ia sememangnya diadakan untuk setiap umat Islam yang juga untuk setiap manusia oleh pejuang-pejuang Islam.

"Tindakan para pejuang Islam tentunya berbeza sama sekali dengan pihak Umno. Kepada pejuang-pejuang Islam, setiap ilmu yang dimiliki apatah lagi ilmu-ilmu yang membabitkan perkara besar dan penting pasti akan diusahakan disebarkan kepada orang ramai, berbanding tindakan Umno BN yang hinggakan nak bagi kuliah pun nak menyusahkan," ujar beliau.

sumber : http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/4840-umno-sekat-ilmu-agama-untuk-kekal-berkuasa

A Kadir Jasin: Menteri Palanivel dan macam-macam cerita

A Kadir Jasin

KALAU menambahkan bilangan, menaikkan KPI, maka KPI Perdana Menteri naik se takuk lagi. Beliau baru sajamenambah bilangan anggota kabinetnya kepada 30 dengan melantik seorang ahli politik kecundang.

Sebenarnya saya pun tak tahu kedudukan KPI menteri, pegawai dan jabatan. Yang saya baca, Idris Jala kata, kadar jenayah menurun dan matlamat NKRA sedang dicapai.

Tapi yang saya baca setiap hari orang kena bunuh, mayat reput ditemui, orang kena ragut sampai mati dan macam-macam lagi jenayah ngeri. Yang saya tengok, tak ada kawasan perumahan di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya yang tak dikepung dan dikawal siang malam.

Perdana Menteri melantik presiden MIC, Palanivel a/l Govindasamy aka G. Palanivel menjadi seorang lagi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, menaikkan bilangan mereka kepada lima.

Seperti Koh Tsu Koon dan Shahrizat Abdul Jalil, Palanivel juga kalah pilihan raya umum. Dia kalah kepada calon PKR di Hulu Selangor dan tidak dicalonkan untuk bertanding pilihan raya kecil kawasan yang sama tahun lalu. Dalam PRU akan datang, dia dikatakan akan bertanding di Sungai Siput, Perak, kawasan bekas bosnya S Samy Vellu yang kalah kepada DAP.

Memang kabinet kita besar. UK dengan 62 juta penduduk ada 23 menteri, Perancis 66 juta ada 23 menteri, Amerika 312 juta ada 12 ahli kabinet dan Switzerland lapan juta ada tujuh menteri. Kita ada 28 juta penduduk dan 30 menteri. Tidak hairanlah susah nak jumpa menteri sebab tak tahu yang mana satu.

Seorang pegawai media Perdana Menteri berkata, PM ada 11 pegawai media yang terdiri daripada bekas pengarang, wartawan kanan dan eksekutif TV. Paling ramai Dr Mahathir ada sepanjang jadi PM adalah tiga.

Malaysia Boleh Di Mana-Mana

Dilaporkan yang pasangan lesbian Menteri Kewangan Australia peranakan Malaysia, Penny Wong, yang dikenali sebagai Sophie Allouache mengandung. Perempuan dengan perempuan bersekedudukan boleh mengandung?

Sehebat mana pun orang Malaysia atau kelahiran Malaysia, perempuan dengan perempuan dan jantan dengan jantan tak menjadi. Hukum Allah macam itu. Pasangan lesbian Penny Wong mengandung secara in vitro dengan ihsan seorang penderma sperma – air mani lah tu.

Kerana pasangan lesbian Penny Wong bunting, Perdana Menteri Australia, Julia Gillard berkata dia gembira. Gillard bukan lesbian, tapi tak kahwin. Dia ada pasangan tetap bernama Tim Mathieson.

Tukar-Menukar Harap Berjaya

MAS dan AirAsia bertukar-tukar saham. Sebab saham AirAsia mahal dan saham MAS murah, Tune Air, iaitu syarikat induk AirAsia, mendapat 20.5 peratus saham MAS dan Khazanah, induk MAS, dapat 10 peratus saja saham AirAsia.

Pertukaran saham itu bernilai hampir RM2 bilion berdasarkan harga AirAsia RM3.95 seunit Jumaat lalu dan saham MAS RM1.60 seunit. Khazanah masih pegang 49 peratus saham MAS.

Pengarah Urusan MAS, Tengku Azmil Zahruddin letak jawatan. Tony Fernandez dan rakan kongsinya Kamaruddin Meranun sertai Lembaga Pengarah MAS.

Yang menarik ialah majoriti eksekutif kanan Tune Air/AirAsia adalah Melayu. Jelas syarikat-syarikat milik usahawan India Malaysia yang disenaraikan di Bursa Malaysia cenderung memberi jawatan bermakna kepada eksekutif Melayu yang berkemampuan, tidak seperti syarikat milik kaum-kaum bukan Bumiputera lain yang ambil Melayu jadi pengarah hiasan, kerani, pemandu, penghantar surat, pengawal keselamatan dan pengawal peribadi. GRO Melayu pun ramai mereka ambil.

Salah seorang ahli lembaga pengarah baru MAS adalah Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings, Rohana Rozhan. Astro adalah sebahagian daripada empayar korporat Ananda Krishnan.

Kalau ikut Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khazanah akan jual banyak lagi saham GLC. Khazanah akan kurangkan pegangan saham dalam lebih 30 GLC atau menjualnya terus. Harap-harap janganlah hanyut pengurus dan eksekutif Bumiputera dalam GLC.

Tak Sangka Bawa Angkara

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop, memberitahu wartawan Jumaat lalu yang krisis kewangan Eropah dan kemerosotan ekonomi Amerika tidak akan memberi kesan kepada ekonomi Malaysia.

Alhamdulillah kalau betul, Isyak-Allah akan terbukti.

Tak tahulah saya kalau menteri itu anggap kejatuhan harga saham di Bursa Malaysia, kemerosotan import oleh Amerika, kejatuhan pengeluaran perindustrian dan kenaikan harga barang pengguna tidak jejas ekonomi negara.

Yang kita tahu, bila ekonomi negara menguncup pada tahun 2009, Nor Mohamed Yakcop kata dia tak sangka. Tak tahulah saya kalau pengurusan ekonomi dan persediaan menghadapi krisis ekonomi global boleh diasaskan kepada sangka dan tak sangka. Wallahualam.

Source: http://kadirjasin.blogspot.com/2011/08/menteri-palanivel-dan-macam-macam.html

Sudah la suruh tarik balik saman lepas tu suruh serah kes kat peguam Pihak UMNO..!!

Putrajaya arah GLC, Danaharta gugur kes saman Tajuddin Ramli

KUALA LUMPUR, 11 Ogos — Putrajaya telah mengarahkan kesemua syarikat berkaitan dengan kerajaan (GLC) termasuk Malaysia Airlines (MAS) dan Danaharta agar menarik balik kesemua kes saman ke atas Tan Sri Tajuddin Ramli yang merupakan bekas pengerusi penerbangan nasional itu dan ‘orang kepercayaan’ Daim Zainuddin.

The Malaysian Insider difahamkan surat yang dihantar kepada kesemua GLC dan Danaharta oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, entiti-entiti terbabit telah dimaklumkan bahawa Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua kes saman ke atas Tajuddin — salah seorang daripada beberapa pihak yang mendapat perhatian dalam pelan melahirkan usahawan-usahawan Bumiputera ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

“Dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia dan Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan kesemua tuntutan awam ke atas Tan Sri Dato Tajuddin Ramli dan beberapa yang lain dengan menarik balik dengan segera atas pandangan bahawa kerajaan dan Kementerian Kewangan telah bersetuju agar kes-kes yang ada akan diselesaikan di luar mahkmah,” kata surat itu.

“Untuk makluman anda, kerajaan telah memberikan saya mandat untuk bertindak bagi pihak kerajaan dalam hal ini,” kata Nazri dalam surat itu.

Sekurang-kurangnya satu agensi kerajaan dijangka akan menarik balik tuntutan ke atas Tajudin hari ini.

Surat Nazri juga mengarahkan peguam-peguam yang bertindak bagi pihak GLC dan Danaharta agar menyerahkan kes mereka kepada firma Hasfarizam Wan dan Aisha Mubarak, peguam pihak Umno.

Bagaimanapun menteri itu tidak menyebut rujukan penyelesaian dengan Tajudin dalam surat itu.

Daim merupakan bekas menteri kewangan dan bekas bendahari Umno ketika era kepimpinan Dr Mahathir.

Sekumpulan personaliti seperti Tajuddin dan Tan Sri Halim Saad merupakan antara mereka yang mendapat perhatian dalam dunia perniagaan pada 1990-an dan memperoleh banyak projek kerajaan khususnya yang dilaksanakan menerusi dasar penswastaan dan pensyarikatan dibawa Dr Mahathir.

Keupayaan mereka teruji ketika krisis kewangan 1997/98.

MAS membuat laporan pertama terhadap Tajuddin pada 2002 berhubung kerugian RM8 bilion dialami. Tajudin merupakan pengerusi eksekutif MAS dari 1994 hingga 2001.

Pertengahan Disember lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata dakwaan bahawa siasatan kes itu telah dihentikan adalah tidak benar dan hasil siasatan dibuat sejak 2002 itu, berhubung kerugian RM8 bilion yang dialami MAS ketika syarikat itu diterajui Tajuddin antara 1994 dan 2001, akan diserahkan kepada pejabat Peguam Negara.

Pada 1998, Danaharta menuntut NPL daripada pihak-pihak yang meminjam tetapi Tajuddin juga telah gagal untuk menyelesaikan pinjamannya, dianggarkan RM1.41 bilion setakat 8 Oktober 2001.

Sebahagian daripada urusan penyelesaian, Tajuddin telah bersetuju membayar RM942 juta dalam empat ansuran dalam tiga tahun.

Bagaimanapun Tajuddin gagal dan plaintif telah menuntut RM1.61 bilion daripada beliau.

Pada 29 April 2002, Danaharta bersama anak syarikatnya Danaharta Urus Sdn Bhd dan Danaharta Managers Sdn Bhd telah menjual sebahagian saham dipegangnya, keseluruhan saham dalam Technology Resources Industries (TRI) pada harga pasaran RM2.75 sesaham untuk memperoleh pulangan RM717.39 juta.

Setakat 31 Disember 2005 baki bayaran yang perlu dijelaskan ialah RM589.14 juta dan pada 11 Mei 2006, Danaharta dan anak syarikatnya memulakan tindakan mahkamah untuk mendapatkan balik kesemua wang.

sumber - http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-arah-glc-danaharta-gugur-kes-saman-tajuddin-ramli/

ISU JAIS - Ingat Sabah suatu masa dahulu..!!

'Momokan Kristianisasi' - imbas kembali Sabah

Berdasarkan pengalaman kerajaan Sabah pimpinan PBS yang ditumbangkan oleh BN, maka tidak hairanlah jika seseorang mengandaikan serbuan gereja di Petaling Jaya, Selangor minggu lalu adalah sesuatu yang mungkin dirancang, kata beberapa ahli politik veteran Sabah.

NONEMenurut presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee, "momokan Kristianisasi" adalah taktik lama yang digunakan semula itu menunjukkan terdapat "persamaan antara Selangor hari ini dan Sabah era PBS dulu".

Yong (kiri) yang bersama bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pada sekitar tahun 1980-an berjaya membongkar terdapat kira-kira 33,000 kes yang didakwa sebagai 'pengundi hantu', tetapi malangnya pendedahan itu ditenggelamkan oleh isu momokan Kristianisasi ke atas PBS.

"Momokan Kristianisasi digunakan... untuk menarik orang Islam kembali kepada Umno, (manakala) penyalahgunaan pengundi hantu dengan menggunakan warga asing dilakukan secara terselindung," kata bekas ketua menteri Sabah itu dalam satu mesej teks kepada Malaysiakini.

Jeffrey, yang merupakan sebahagian daripada pemimpin kerajaan PBS pada tahun 1994, juga mengakui bahawa apa yang berlaku di Selangor hari ini adalah tepat mengambarkan apa yang berlaku di Sabah ketika itu.

NONEJeffrey (kanan), yang mengetuai Institut Kajian Pembangunan (IDS) pada tahun 1980-an, bersama-sama dengan Yong berjaya membongkar bahawa terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Namun ini ditolak terus oleh pemimpin BN.

"NGO Islam yang mempunyai hubungan dengan (ketua BERJAYA) Datuk Harris Salleh kemudiannya memutarkan perkara itu dan menjadikannya isu kaum dan agama dengan mendakwa (kami) menjadikan pertumbuhan penduduk Melayu-Islam sasaran," katanya.

Walau bagaimanapun, kedua-dua pemimpin berpengalaman Sabah ini percaya bahawa taktik lapuk BN tidak mungkin mendapat sokongan meluas pada hari ini kerana sebahagian besar pengundi kini lebih matang dan dapat melihat bahawa momokan Kristianisasi cuma “helah politik".

Bagi ahli parlimem Shah Alam Khalid Samad beliau lebih berhati-hati dengan kenyataannya.

orange book forum klscah 250111 khalid samadJika sebelum ini pendedahan bahawa terdapat penduduk tetap (PR) yang didaftar sebagai pengundi menyaksikan partinya, PAS mempunyai isu menjelang pilihan raya umum akan datang tetapi serbuan gereja berkenaan menjadikan pembangkang lebih defensif.

Khalid yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Selangor percaya tindakan ke atas masyarakat Kristian itu sesuatu yang bermotifkan politik.

"Bagaimana serbuan seperti itu boleh berlaku tanpa pengetahuan anggota exco Selangor mengenai hal ehwal Islam dan Pengarah JAIS - mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian itu? Ini menunjukkan kemungkinan ada campur tangan luar," katanya.

Admin - apapun, gerakan kristianisasi memang berlaku dalam negara, pekara ni dah lama, cumanya org2 yang masuk kristian x berani ishtihar sbb undang mengekang dan bimbang akan dipinggirkan, begitu juga dengan orang Melayu athies, mereka juga satu ancaman kepada umat islam kerana cuba mempengaruhi org lain.kebanyakan mereka ialah yg jahil dlm agama dan mereka lebih suka kaji agama lain dari belajar agama sendiri.kesannya hati mereka terpengaruh dgn agama lain.

Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/172640

Syarikat muflis, tauke tetap mewah

oleh ABDUL JALIL ALI
8/11/2011 9:16:13 AM

http://www.khairunaseh.com.my/biro/wp-content/gallery/2011/07/sinar_119729.jpg
Macam mana seronok pun hendak menyambut Aidilfitri, mesti ada berita sedih. Seperti yang dilaporkan media minggu lalu, kira-kira seratus orang pelajar dari Semenanjung kecewa untuk menjadi juruterbang profesional.

Bagaikan peserta yang gagal dalam program realiti TV, ‘Akademi Fantasia’, pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) berkenaan terpaksa mengheret beg untuk pulang ke rumah, tanpa sebarang diploma.

Mereka tidak dapat meneruskan kursus idaman di sebuah akademi latihan penerbangan di negeri Sarawak. Bukan kerana mereka gagal dalam mana-mana ujian, tetapi kerana pusat latihan tersebut tidak dapat meneruskan operasi.

Pihak pengurusan syarikat memberitahu mereka kekeringan dana, dan tidak berupaya lagi untuk mengendalikan latihan penerbangan yang kosnya terlalu tinggi. Maka pelajar-pelajar berkenaan diminta kemas beg.

Mudah sahaja pihak syarikat meminta pelajar supaya pulang. Memanglah, bagi syarikat senang sahaja. Duit tidak ada, tutup kedai, dan suruh sahaja pelajar balik kampung, habis cerita.

Tetapi, bagi pelajar keadaan tidak semudah itu. Ini lebih dari sekadar lipat baju, masuk dalam beg, dan naik pesawat untuk pulang. Ini melibatkan perasaan, cita-cita dan masa hadapan. Dengan keputusan cemerlang dalam SPM – ada juga pelajar STPM – mereka sebenarnya layak, malah sesetengahnya sudah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT).

Mereka menolak tawaran ke IPTA/IPTS semata-mata ingin mencapai cita-cita tinggi di awan, untuk menjadi juruterbang. Iklan mengenai sekolah penerbangan tersebut yang diuar-uarkan, meyakinkan pelajar untuk satu kerjaya berprestij, gaji lumayan, terbang ke seluruh dunia.

Bayangkan betapa kecewanya remaja tersebut, apabila separuh jalan kursus terpaksa dihentikan. Perasaan mereka tertekan, semangat terus merudum, keyakinan diri terus hilang. Bagi mereka masa depan menjadi tidak menentu.

Lebih menderita lagi ialah ibu bapa. Ini bukan lagi soal anak-anak mereka tidak dapat mencapai cita-cita. Ini soal duit. Semua pelajar telah membayar RM250,000 tiap seorang untuk mengikuti di akademi tersebut.

Bagi ibu bapa yang berduit mereka mampu membiayai sendiri kos yang tinggi itu. Bagi yang kurang mampu, mereka membuat pinjaman dari institusi kewangan dan mana-mana agensi yang menawarkan pinjaman pendidikan.

Mereka tidak teragak-agak untuk melabur RM suku juta – boleh beli rumah teres dua tingkat! – demi kebahagiaan masa depan anak-anak. Tambahan pula tidak ada apa yang hendak diragukan sebab pusat latihan tersebut mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pengajian Tinggi, juga disahkan oleh Jabatan Penerbangan Awam.

Tetapi sekarang pelaburan suku juta itu hancur berkecai. Mereka yang membuat pinjaman, terasa amat perit untuk membayar balik. Tiap-tiap bulan terpaksa menyediakan beribu ringgit untuk melangsaikan hutang. Ada yang tidak cukup menampung keperluan keluarga sebab gaji dihabiskan untuk membayar hutang.

Bayangkan betapanya pedihnya kehidupan sebab terpaksa membayar hutang untuk sesuatu yang telah menjadi debu. Kalau tidak bayar, surat saman akan datang, silap-silap gaya boleh diisytiharkan muflis.

Kini ibu bapa terlibat tidak tahu di mana hendak mendapat pertolongan. Baik pihak kementerian, jabatan juga pihak yang memberi pinjaman, masing-masing hanya menyatakan simpati. Tetapi simpati, walaupun dengan wajah paling sedih, tidak dapat membantu menyelesaikan kehilangan RM suku juta.

Sekiranya seratus pelajar telah membayar RM250,000 seorang, bayangkan berapa banyak wang yang dipungut oleh pihak syarikat yang mengendalikan kursus penerbangan tersebut? Tentu sekali jumlahnya RM juta-juta-juta.

Syarikat mungkin muflis, tetapi apakah tuan punya syarikat betul-betul muflis? Apakah dia naik kereta buruk, atau ada banyak kereta mewah? Apakah dia tinggal di rumah teres, atau di banglo mewah? Periksa juga jam tangan yang dipakai, kasut, cermin mata, dan lain-lain aksesori.

Kalau dia pun muflis dan dalam keadaan serba daif, kita patut sekali simpati. Tetapi biasanya dalam kes di tempat kita, syarikat sahaja muflis, pemilik syarikat masih kaya raya, hidup mewah dan boleh lagi makan angin luar negara.

Orang kaya tetap kaya, walaupun muflis. Orang miskin juga yang akhirnya masuk angin keluar asap. Siapa yang hendak membela mereka?

sumber : http://www.sinarharian.com.my/sh/kolumnis/content.asp?ID=366

Kedah Intai Dua Bekas Pemain Import

SKUAD Hijau Kuning sedang mengintai dua bekas pemain import Kedah musim 2008 yang cukup ‘digilai’ peminatnya untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola sepak Kedah (KFA), Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (gambar) berkata, setakat ini KFA menyenaraikan beberapa nama pemain import namun tidak menafikan dua pemain terkemuka, Nelson Sam Martin dan Marlon Alex James, antara pemain pilihan.

“Saya akui rundingan telah dibuat dengan kedua-dua pemain itu namun sehingga kini semuanya belum muktamad. Masih banyak proses rundingan harus dilalui, termasuk berdepan dengan prosedur Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Menurutnya, kedua-dua pemain itu antara pilihan memandangkan mereka beraksi ketika membantu Kedah muncul juara treble berganda empat tahun lalu.

“Saya turut mendapat maklum balas penyokong Kedah yang masih mahukan khidmat Nelson dan Marlon kerana masih dambakan aksi mereka ketika menjulang Piala Malaysia. Saya faham kehendak penyokong namun kedua-duanya masih perlu menjalani sesi penilaian prestasi,” katanya.

Hamdan, yang juga Exco Belia dan Sukan Negeri berkata, prestasi setiap pemain tidak semestinya berada di tahap sama, apatah lagi kedua pemain itu bersama pasukan Kedah pada 2008 lalu.

“Walaupun kita memang berhasrat mahukan khidmat mereka tetapi adakah prestasi mereka tetap sama seperti empat tahun lalu? Oleh itu kita tidak boleh buat keputusan sekarang, setakat ini ianya belum diputuskan lagi,” katanya.

Menurutnya, KFA terpaksa membuat surat rayuan kepada FAM untuk mendapatkan khidmat dua pemain itu berikutan kedudukan mereka tidak menepati syarat FAM, di mana pemain import memerlukan tempoh dua tahun sebagai cooling period.

“Sebelum ini mereka bermain untuk pasukan Singapura dan tempoh ‘edah’ itu belum cukup. Sebab itu kita perlu berunding pula dengan FAM,” katanya.

Hamdan berkata, setakat ini, Kedah hanya akan menggunakan khidmat dua pemain import dan pihaknya masih menilai prestasi beberapa pemain lain, selain Nelson dan Marlon.

Ketika beraksi bersama skuad Kenari, Nelson turut bergandingan dengan dua lagi pemain import iaitu Bernard Hugging dan Marlon, berjaya membantu mencipta kemenangan berganda untuk Kedah.

Kedah mencipta sejarah apabila merangkul kejuaraan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia pada musim 2007 serta 2008.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/com/content/story9420001.asp (11/08/2011)

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan takan tak tau majlis berbuka puasa nie kot..Atau cuma takleh kat Selangor jaa..!!??

Biara Buddha Pula Buat Majlis Berbuka Puasa

Seorang penjenguk blog Merah Tinta yang mengaku dirinya buta meminta pandangan berhubung dengan satu majlis berbuka puasa yang akan diadakan di Biara Buddha Brickfields pada 20 Ogos ini.

Menurut OKU ini seramai 200 orang buta yang tinggal di asrama orang buta di Brickfields dijemput ke majlis berkenaan. Katanya mereka akan diangkut dengan sebuah bas.

Majlis itu selain dari tujuan kebajikan memberi umat Islam berbuka puasa ia adalah untuk kempen menderma mata. Penjenguk ini memberi tahu dia memperolehi berita ini dari gorup news, rangkaian berita yang diwujudkan oleh kalangan OKU lihat penglihatan.

Penjenguk ini menjadi sedikit sangsi ekoran apa yang berlaku di gereja Methodist di Damanarasa Utara itu yang menjadi hebuh ketika ini. Dilaporkan 12 orang Islam (Melayu) hadir pada majlis makan malam di gereja berkenaan.

Saya tidak mempunyai autoriti untuk menentukan apakah majlis di Biara Buddha ini harus atau haram dihadiri oleh pengnut agama Islam. Tetapi kalau dilihat kepada tujuan ialah untuk kepentingan orang buta - kempen derma mata, ia baik dan tidak menjadi masalah.

Lagi pun seperti dijelaskan makanan yang disajikan adalah halal.

Dalam pada itu adalah elok kalau umat Islam menjaga kehormatan diri mereka sebagai orang Islam. Walaupun hadir di rumah ibadat agama lain itu tidak menjadi kesalahan tetapi dalam konteks majlis itu dianjurkan ia mendatangkan sedikit rasa aib kepada agama Islam dan umatnya.

Nampak sedikit canggung apabila umat Islam melakukan ibadat agamanya (berbuka puasa) di rumah ibadat agama lain bukannya surau atau masjid. Adalah baik kalau aktiviti itu diadakan di surau atau masjid. Tidakkah dengan meninggalkan surau dan masjid dan pergi ke Biara Buddha itu kita boleh dianggap cuba menyepikan masjid.

Mungkin ada ustaz dan ulama khasnya dari Pas dan Umno untuk menjelaskan masalah dihadapi oleh saudara kita ini. Apa-apa panduan dan pandangan biarlah berasaskan dan bersendikan asas agama bukannya emosi dan politik. [ttdi.kl.1:12 t/hari 10/08/11][Mohd Sayuti Omar]

Pengusaha patuhi peraturan pusat hiburan di bulan Ramadhan

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/enakmen%20hiburan.jpgALOR SETAR - Semua pusat hiburan di Kedah mematuhi peraturan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang melarang pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan, kecuali untuk pengunjung bukan Muslim.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah YB Dato’ Paduka Haji Basir memberitahu wartawan pada sidang media selepas majlis pelancaran OSC Online Majlis Bandaraya Alor Setar.

“Ini kerana sejak semingu lalu tiada premis dikesan melanggar peraturan ini dan mendapat kerjasama sepenuhnya daripada pengusaha pusat hiburan,” ujarnya.

Sementara itu, kafe siber, pusat bowling dan snuker dikeluarkan dari kategori 13 jenis hiburan yang terkandung dalam Enakmen 1997 sebaliknya diklasifikasikan sebagai pusat riadah atau bukan pusat hiburan.

Menurutnya, walaupun Enakmen 1997 sudah lama diwartakan namun jawatankuasa masih boleh membuat beberapa kelonggaran mengikut keadaan semasa dan situasi asalkan tidak menyalahi peraturan sedia ada.

“Kita beri kelonggaran ikut situasi bagi pusat hiburan di Langkawi dengan syarat diadakan di tempat tertutup, melibatkan hotel dan resort berikutan ianya dikunjungi oleh pelancong asing dan bukan Islam.

“Pusat hiburan di Langkawi tertakluk di bawah Enakmen 1997 dan perlu mematuhi syarat lain termasuklah tidak membenarkan premis berkenaan dikunjungi orang Islam sepanjang bulan Ramadhan,” katanya.

Menurut Rasli, penguatkuasaan dijalankan oleh pihak Polis, Pejabat Daerah dan Pejabat Agama. Selain Langkawi daerah lain yang juga mempunyai pusat hiburan yang banyak ialah Kota Setar, Kuala Muda dan Kulim.

Menurutnya, pengeluaran lesen hiburan adalah dibawah kawalan Pegawai Daerah selaku jawatankuasa pelesenan daerah, namun setiap daerah diberi kelonggaran menggunakan budi bicara untuk menangani masalah itu di peringkat daerah berkenaan.

Walaupun Enakmen 1997 sudah lama diwartakan namun jawatankuasa masih boleh membuat beberapa kelonggaran mengikut keadaan semasa dan situasi asalkan tidak menyalahi peraturan sedia ada, katanya.

Pada 13 Julai lalu Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, penguatkuasaan peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang beroperasi di bulan Ramadhan di Kedah, tertakluk kepada Enakmen 1997.

“Ianya bukan polisi baru diperkenalkan. Kerajaan Negeri mahu undang-undang itu dikuatkuasakan semula tahun ini berikutan Enakman 1997 yang terpakai sejak pemerintahan dahulu tapi tidak dikuatkuasakan sepenuhnya,” ujar Azizan sebelum ini.

SUNGAI LALANG – 207 rumah rosak akibat ribut

207 rumah rosak akibat ribut

SUNGAI LALANG – Kira-kira 200 rumah di Taman Bandar Baru dan tujuh rumah di Jalan Seri Bayu 10 di sini, mengalami kerosakan akibat ribut dan hujan lebat, petang, semalam.

Turut menerima nasib sama, beberapa peniaga bazar Ramadan berdekatan Ambangan Height.

Penduduk, Kamariah Awang, 67, berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang apabila angin kuat kedengaran dari luar rumah.

Menurutnya, dia yang tinggal seorang diri bergegas keluar dari rumah menyelamatkan diri setelah mendengar bunyi angin kuat sehingga bumbung rumah berterbangan .

“Masa itu, saya ada di dapur dan apabila dengar bunyi kuat terasa seakan bumbung nak terbalik. Sebaik sahaja saya buka pintu untuk keluar, gelombang angin kuat yang menolak membuatkan saya ingin terjatuh,” katanya.

Tinjauan mendapati selain kerosakan bumbung, sebatang tiang elektrik dan dua buah pokok rendang di Jalan Taman, Taman Bandar Baru turut tumbang.

Penduduk, Zakaria Ismail, 34, dari Taman Seri Bayu, Sungai Lalang berkata, kejadian ribut semalam merupakan antara paling teruk pernah dialami sejak menduduki kawasan berkenaan tujuh tahun lalu.

“Tahun lepas kami pernah mengalami situasi sama iaitu sederet rumah di sini mengalami kerosakan bumbung bahagian luaran, tetapi kali ini keadaannya lebih teruk kerana air hujan turut memasuki kawasan dalam rumah menyebabkan kerosakan peralatan dan perkakasan rumah seperti almari, televisyen dan sofa,” katanya.

Penduduk, Zakiah Mat, 34, berkata, ketika kejadian dia sedang nyenyak tidur dan tidak menyedari angin kuat sehinggakan air hujan melimpah dalam rumah.

“Memang ada dengar bunyi kuat dua kali waktu itu dan kami sedar bumbung zink diterbangkan angin tetapi tidak sangka perkara itu berlaku kepada diri sendiri,” katanya.[SH]

Guru Quran dan bidang kampung terima sumbangan

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/bidang%20kampung.jpgPOKOK SENA - Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) telah memperuntukan sebanyak RM48,900 untuk diagihkan kepada guru-guru Quran dan bidan kampung bagi Daerah pokok Sena.

Bantuan itu melibatkan 287 guru Quran dan 39 bidan kampung, sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa perumahan & Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar &Basmi Kemiskinan YB Dato’ Ir Phahrolrazi Zawawi.

Guru-guru Quran dan bidan-bidan kampung ini berkhidmat kepada masyarakat di enam mukim dalam Daerah Pokok Sena iaitu Gajah Mati, Jabi, Lesong, Bukit Lada, Dehrang dan Mukim Tualang.

Majlis penyampaian sumbangan ini diadakan di Masjid Al-Mukhsinin Pokok Pauh Mukim Lesung sempena bulan Ramadhan dan berbuka puasa bersama penduduk kampung sekitar.

Seorang bidan kampung Romlah Haji Sulaiman, 88 tahun, dari Kampung Panchor, Mukim Dehrang memberitahu sudah dua tahun beliau menerima sumbangan ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang dipimpin YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak kerana menghargai jasa mereka sebagai bidan kampung.

Beliau yang menjadi bidan selama 50 berkata, khitmat yang diberikan kepada masyarakat tidak mengharapkan balasan namun kini apabila usia sudah di penghujung, beliau bersyukur kerana ada pihak kerajaan yang memberi perhatian.

“Tuk, sudah tua dah tak jadi bidan lagi. Mengurut orang lepas bersalin adalah sikit-sikit bila dijemput,” katanya.

Beliau yang tinggal bersama suami mengucapkan terima kasih dengan sumbangan ini dan katanya, wang itu akan digunakan untuk membuat persiapan menyambut hari raya nanti.

“Hanya ketupat dan gulai untuk anak cucu balik kampung dan jamu jiran-jiran yang mai beraya di rumah,” katanya.

http://wartakedah.net/images/stories/OGOS2011/bidan%20kampung%202.jpg






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...