TERKINI :

Tuesday, August 9, 2011

Akta Jenayah Akidah bukti Umno tidak ikhlas

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Saranan mewujudkan Akta Jenayah Akidah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno mempertahankan Islam, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Cadangan itu bukan sahaja ketinggalan zaman, malah semakin membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkaitan kepentingan Islam atau dalam usaha-usaha mempertahankan Islam.

"Nampak benar bila Umno nak tonjolkan diri sebagai jaguh, akta mengenai murtad pun dicadangkan.

"Tetapi bila hal berkaitan Islam tidak menguntungkannya dari segi politik, Umno bukan sahaja tidak mahu menyokong malah menentang dan memfitnahkan habis-habisan seperti yang berlaku terhadap Rang Undang-Undang Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Negeri Terengganu dan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993," kata beliau.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi hari ini dilapor mencadangkan agar Akta Jenayah Akidah diwujudkan bagi memastikan tiada usaha memurtadkan umat Islam berlaku di negara ini.

"Cadangan itu ketinggalan zaman. Di mana Umno ketika (Presiden PAS, Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi (Awang) berusaha mencadangkan rang undang-undang berkaitan di dalam Parlimen?

"Bukan sekali, malah dua kali Umno dilihat berkonspirasi mengetepikan perbincangan dan cadangan rang undang-undang mengenai murtad.

"Inilah contoh sikap lidah bercabang Umno dan bermuka-muka seolah-olah mahu membela Islam sedangkan terbukti sebelum ini mereka bukan sahaja tidak mahu melakukannya malah menentang serta memfitnahkan usaha memartabat dan melaksanakan hukum Islam," kata Mahfuz.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu membangkitkan, pada 25 Mac 1988, Presiden PAS selaku Ahli Parlimen Marang telah mengemukakan usul untuk membincangkan gejala murtad, tetapi ditolak.

Selepas itu, kata Mahfuz lagi, pada 2 November 1999, Tuan Guru juga tidak dibenarkan membentang rang undang-undang ahli persendirian untuk mencegah murtad.

Bagi beliau, apa yang berlaku sudah lebih dari mencukupi untuk membuktikan Umno mahu menerima usaha-usaha lebih konkrit untuk membela kepentingan Islam kecuali apabila bertepatan kepentingan politiknya untuk mempengaruhi undi orang-orang Melayu.

Ditanya mengenai usaha PAS untuk bertemu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja Methodist Damansara Utama berikutan serbuan Jais ke atas gereja tersebut baru-baru ini, Mahfuz berkata usaha tersebut adalah selaras dan sebahagian dari usaha berdialog dengan pelbagai pihak yang sentiasa ditekankan serta diamalkan oleh PAS sejak lama dahulu.

"Dengan dialog sedemikian, saya yakin banyak perkara boleh dibincangkan dengan sikap yang lebih matang dan muhibbah termasuk keselarasan tindakan dengan Perlembagaan Malaysia di mana Perkara 11 (4) perlembagaan tersebut melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam,” katanya.

SPR tak layak kendali pilihan raya..depa dah jadi balaci pemerintah...

Pemuda PAS: SPR tak layak kendali pilihan raya, perlu rombakan

August 09, 2011

KUALA LUMPUR, 9 Ogos — Dewan Pemuda PAS pusat menyifatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah hilang kredibiliti dan tidak layak untuk mengendalikan sistem pilihan raya negara ekoran terlalu banyak kepincangan.

Tegas ketuanya Nasrudin Hassan, kepincangan dan kelemahan yang berlaku dalam sistem pengurusan pilihan raya telah menjejaskan nilai ketelusan dalam sesebuah negara demokrasi termasuk Malaysia.

“Pendedahan demi pendedahan oleh orang ramai dan parti-parti politik yang menyertai pilihan raya tidak mampu disangkal lagi, malah ia telah melurut jatuh seluruh uniform pengerusi dan timbalan pengerusi SPR di hadapan umum.

“Sangat memalukan dan sungguh menjengkelkan, apabila SPR kini berdepan dengan krisis integriti,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru tegas beliau, pilihan raya tidak boleh diadakan dengan “berhakimkan” pengurusan SPR sedia ada.

Tegas Nasrudin (gambar), pendedahan Pakatan Rakyat berhubung status pemastautin tetap yang bertukar ke warganegara dalam tempoh yang singkat selain turut diberikan hak mengundi satu lagi bukti kepincangan yang berlaku.

“Bermula dengan pendedahan pegawai tentera yang mengaku memangkah atau mengundi bagi pihak undi pos, status pengundi yang pantas berubah dari MyPR (pemastautin tetap) di waktu pagi kepada MyKad (warganegara) di sebelah petang pada hari yang sama.

“Selain itu senarai nama pemilih yang banyak bertindih, berdaftar pula pada satu alamat dengan puluhan atau ratusan pemilih, senarai pemilih yang tiada dalam data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tetapi ada dalam daftar pemilih SPR, senarai pemilih yang telah meninggal dunia sejak bertahun lamanya masih tersenarai dan terbaru sebuah kampung bernama Kampung Baru disenaraikan sebagai pemilih dan banyak lagi,” katanya.

Isu daftar menjadi hangat baru-baru ini ekoran pendedahan mengenai tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap kepada warganegara dalam tempoh yang singkat dan ia mendapat bantahan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh JPN dan SPR.

Semalam Pakatan Rakyat telah menyerahkan surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memanggil sidang tergempar Parlimen dalam tempoh tujuh hari bagi membahaskan isu itu.

Tambah Nasrudin, berikutan kegagalan SPR menyelesaikan dan membersihkan segala kepincangan yang berlaku tegas beliau Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin perlu merombak badan pengurusan pilihan raya itu.

“Selain itu pengerusi dan timbalan pengerusi perlu meletekkan jawatan segera, merombak keseluruhan struktur SPR ini dan membuat penstrukturan baru dengan penyertaan parti-parti politik yang bertanding serta pemerhati bebas dari peringkat antarabangsa.

Alhamdulillah MB kita semakin sihat..Insya'allah akan keluaq beberapa hari lagik...

MB Kedah dibenar keluar IJN beberapa hari lagi

Keadaan kesihatan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak semakin beransur baik dan beliau dijangka dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara beberapa hari lagi.

"Datuk Seri mungkin dibenarkan keluar dalam masa dua atau tiga hari lagi. Beliau tidak buat sebarang pembedahan dan hanya jalani imbasan MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) serta saringan kesihatan yang lain sahaja," kata Pegawai Khas beliau, Muzaini Azizan hari ini.

Katanya Azizan kini dikehendaki berehat di IJN bagi menstabilkan tekanan darah tingginya di samping mengawal paras gula dalam kandungan air kencing.

- Bernama

Apa nak dibanggakan dengan "Kedai 1Malaysia"..??

apa yg hendak dibanggakan dengan kedai 1Malaysia..??? cuba hangpa cerita sat....
8 hours ago · ·

    • Zahir Mn bangga sebab ada nama malaysia ..
      8 hours ago ·
    • Auzani Akramin Ahmad Macam bukak mydin kat tengah pekan,cuma nama beza dan mydin dapat sponsor..
      8 hours ago · · 1 person
    • Dee Resq x dak apa yg nak dibanggakan..
      8 hours ago ·
    • Wan Roslan Wab perabih duit rakyat....!!!!
      8 hours ago ·
    • Farah Nureen kalau tak nak bangga ngan malaysia tak payah duk malaysia la
      8 hours ago ·
    • Kedah Lanie awat malaysia nie negara mak bapak hang sorg ja kaa..yg dok nak halau org macam suka-suka jaa...org tanya kedai 1Malaysia bukan tanya Malaysia....paham soalan ka dak nie..
      8 hours ago · · 3 people
    • Jaket Kulit tak paham soalan ler puteri umno tu hehehe
      8 hours ago ·
    • Auzani Akramin Ahmad kalau dah UMNO,memanglah BOD*H..Astaghfirullah,saya​ berpuasa pada hari ni..
      8 hours ago · · 1 person
    • Budak Kedah klu jumpa pencacai2 ni...ayat dia sama je...sila keluar dari negara ni...ingt negara ni mak bapak hgpa pya ka woiiii
      8 hours ago ·
    • Hilmi Ahmad adus...silap jawapan FN...hehe..faham soalan dulu no..br bg jawapan..
      8 hours ago ·
    • Farah Nureen kalau hampa semua pandai kenapa hampa saja ja yanga jdi PERDANA MENTERI
      8 hours ago ·
    • Faiz Jafni alah kedai runcit kat taman wira mergong pon 1 malaysia gak, mcm2 bangsa ada beli brg kat sana..
      8 hours ago ·
    • Farah Nureen SETAKAT NAK BERSUARA DLM FB NI BUAT APA P JUMPA TERUS NGAN PM N SURUH JA PM LETAK JAWATAN N ORG YANG CKAP UMNO BOODH TU NAIK DUK JADI PERDANA MENTERI
      8 hours ago ·
    • Farah Nureen dah tahu mcm tu nape nak pertikai pasal kedai runcit 1 MAlaysia kalau dah tak nak masuk beli tak payah la nak masuk beli
      8 hours ago ·
    • Hilmi Ahmad pulak dah...x faham lagi apa org nak habaq...astaqfirullah...is​tiqfar byk2 FN
      8 hours ago ·
    • Mohd Amin KLAU KEDAI MAK BAPAK AKU DAH LAMA AKU JUAL HAHAHHAA
      8 hours ago · · 1 person
    • Jaket Kulit dah2 puteri umno...toksah membebel.....kami tunjukkan umno jalan keluar dari parlimen lepas ni...toksah bebel2 bulan pose ni.....
      8 hours ago ·
    • Farah Nureen bukan kerajaan nak pksa pun untuk semua org pegi beli kat kedai 1 malaysia tu
      8 hours ago ·
    • Farah Nureen WOI AKU TAK BEBEL OK
      8 hours ago ·
    • Kedah Lanie aduhh gua kalau mai nak berhujah secara fakta dan data gua tak kesah tapi mai dok tunjuk otak udang gua kesian jaa nak layan org mcm nie kasian takut terngumpat banyak la plak dalam bulan posa nie... akai terra niiee ja la yg dok ada sokong umno nie kasian gua tengok..
      8 hours ago · · 2 people
    • Farah Nureen HAMPA TU PATUT SEDAQ DIRI OK
      8 hours ago ·
    • Jaket Kulit ok ler tu...lepas ni satu nusantara sebab ada warganegara baru hehehe
      8 hours ago · · 2 people
    • Jaket Kulit aku sedaq diri la ni...nak tunjuk pintu keluar kat umno dari parlimen
      8 hours ago ·
    • Jaket Kulit hang bila nak sedaq puteri umno
      8 hours ago ·
    • Auzani Akramin Ahmad ha ah,betul juga..mana ada 1Malaysia dah..kita dah mencapai tahap WORLD dah ni..semua boleh dapat IC,janji undi BN..
      8 hours ago · · 1 person
    • Jaket Kulit hehehe....wak kemin, wak kang, wak bangla kampuchea dan nepal silap2 jd jiran sebelah rumah kita nanti hehehe
      8 hours ago · · 1 person
    • Budak Kedah cuba jgn sempitkan fikiran tu....jgn bg alasan mcm budak2...org bcakap pasal hal len....xpyh la nk suruh org len kua dari negara ni....suruh najib tu yg halau pndtg2 asing tu blk negara depa sndri...xpyh smpi nk bg ic....lepas ni puteri umno ada la ahli2 dari negara indon ye....mmg 1dunia laaa...
      8 hours ago ·
    • Kedah Lanie dah laa tu kesian kat dia tuu semangat darah umno masih pekat dalam jiwa dan raga tuuuu...banyak2lah kita berdoa semoga dia faham apa isu sebenarnya dibumi malaysia nie.....
      8 hours ago ·
    • Mohd Amin JK awat hang nak kerja sbg bentara parlimen ke,sbg tukang tunjuk jalan keluar
      8 hours ago ·
    • Shamsuriati Embi tak murah mana aihh...G-mart SP lagi murah...heheheh
      7 hours ago · · 1 person
    • Jaket Kulit mohd amin : tak lah aku nak jd rakyat yg betul2 menggunakan hak sbg pengundi dan tak mahu ditipu lg olrh pencacai dan pimpinan2 umno.....tp aku mmg tak pernah undi umno sejak aku boleh mengundi pun...cuma aku nak ajak saudara2ku yg lain turut bersamaku memangkah PR pd PRU ini...itu ler namanya tunjuk jalan keluar kepada UMNO dan BN...hehehe
      7 hours ago · · 1 person
    • Faiz Jafni yg aku heran tu, awat bukak kedai tu dekat LRT kelana jaya(x tau la kalau ada cawangan len), aku kerja dekat kelana jaya dan area ni mana da org berpendapatan rendah pon.. bukan xmo beli brg kat kedai tu, aku pon slalu gak bli kat maidin.. tp kalau betui la PM prihatin kat kewangan rakyat, dia patutu bukak la kat tempat2 yg ramai org pendapatan rendah
      7 hours ago · · 1 person
    • Amri Zaxx kalau marah.... nannti kena jualll....ha...ha...p/s otak2 udang jgn sebut aa.... pantang tok nenek...... kalau otak lembu x pa...... ha...ha...
      7 hours ago · · 1 person
    • Abu Zarin Abdul Rahman GENG PUTERI UMNO NI SBENAQNYA HARAM TAK TAU BAB POLITIK, DEPA DUK TURUT ORANG JA.. PAKAI LAWA2 PI MASYARAT HARAM TAK TAU PA.. BNYAK DAH AKU TNGOK , KALAU TANYA BAB POLITIK LUAQ NEGARA LG TAK TAU PA.. JANJI DAPAT DUIT.. MARUAH DEPA NI TERA TU JA..
      7 hours ago · · 2 people
    • Zaraki Kenpachi Mana itu puteri sudah p????????....
      7 hours ago ·
    • Lie Gj Penang Farah Nureen Adoiiiii...makan pungkoq ayam banyak nie...bleteq banyak tp isi xdak langsung....
      7 hours ago ·
    • Jaket Kulit hehe...sian dia...hangpa belasah cukup2 noo..tp aku tengok tak kuat mana pun hangpa tibai...tp mungkin dia berjiwa sensitif kot hahahaha
      7 hours ago ·
    • Amri Zaxx hampa pun.... nak hentam x pikiaq dulu.... budak tu beringuih lagi.... tu mesti dok teriak habaq kat mak dia.... tunggu la hampa.... sat gi mak dia mai... x tau la..... aaaa.....yoyo.... ha...ha...
      7 hours ago ·
    • Son Goku Kedah kedai satu malaysia patut ada di setiap kampung dgn memberikan harga yg lebih murah daripada kedai lain dan harga dipantau oleh kerajaan...kalau kat kampung pun tak ada...nak beli tang mana?????????....dengaq sembang muhung boleh la..... mana kedainya????...nak pi beli dah ni...murah tang mana????...
      6 hours ago ·
    • Putera Oryx tudiaaa..boh2...ambk muka hg....
      6 hours ago ·
    • Effarizal Othman Rizal Othman pernah dgr x kedai 1Kedah @ 2Kedah
      6 hours ago ·
    • Pak Lang Foad ada juai gam




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...