TERKINI :

Monday, August 8, 2011

Mashitah Ibrahim jadi ulat beluncas dok tengok perkembangan PAS sekarang nie..!!!

Seluruh parti Masitah bergelejat dengan PAS

Corak penulisan yang saya amat tidak gemar ialah mengulas tulisan orang lain. Rasanya tidak ada karya seperti itu pernah saya hasilkan.

Membaca tulisan Dr. Masitah pagi ini menjadikan saya terpaksa melupakan kebencian ini.

Pas - Parti Aloh Sokmo - begitulah bunyi tajuk artikel timbalan menteri agama yang terkenal ini.

Sebenarnya bukan beliau seorang. Seluruh tubuh badan parti sekongkol Masitah sedang bergelejat dengan perkembangan PAS sekarang.

PAS mulai memasuki era baru. Dari satu parti yang disokong oleh tok lebai dan pemberontak kampungan, kini parti ini mendapat perhatian banyak pihak.

Satu gelombang dulu para pelajar IPT dan profesional Malayu berjinak dan membantu PAS.

Lihat saja sekarang siapa yang jadi AJK PAS pusat. Mereka lulus Ph.D, Sarjana dan hampir tiada lagi yang tidak berijazah.

Kalau rajin pergilah banci pimpinan peringkat negeri-negeri. Di negeri yang katanya PAS lemah seperti Melaka, Johor dan Sabah pun pemimpin mereka bukan calang orang. Doktor, Engineer dan akauntan bersepah.

Turun lagi ke peringkat kawasan (Parlimen). Kalau berani bandingkan kelulusan mereka yang duduk dalam jawatankuasa PAS berbanding dengan parti sekongkol Masitah, sesiapa saja akan terkejut beruk.

Semua ini dah lama diperhatikan oleh orang-orang yang waras dan tidak biul. Sebab itu ombak landaan PAS tidak surut-surut. Pasang dan terus pasang.

Orang tua, orang muda, orang berpelajaran malah orang kurang pelajaran semakin percaya PAS parti bagus. Parti yang tidak tipu orang. Parti yang para pemimpinnya boleh ditumpangi dunia dan akhirat.

Meskipun diasak alat propaganda parti sekongkol Masitah. TV habis Channel ajak orang benci PAS. Akhbar berpermit tiada langsung benar orang tengok PAS baik. Radio yang ada berpuluh (mungkin beratus) setesen semuanya terbahak-bahak bawa mazhab anti-PAS.

Semuanya tidak dapat halang orang ramai semakin dekat dan percaya pada PAS.

Fenomena terkini ialah peminat-peminat baru PAS dari kalangan yang tidak pernah terfikir oleh parti puak sekongkol Masitah.

Mereka yang tidak amal Islam, malah mereka yang menganut agama bukan Islam turut percaya PAS lebih baik dibuat kawan berbanding parti-parti sekongkol Masitah.

Mereka tengok betul PAS parti miskin. Parti orang kecil tanpa pangkat itu pangkat ini, syer itu syer ini. PAS memang tidak pandai berhibur pelik-pelik dan menghabis duit beli cincin mahal-mahal. Tapi mereka buat kesimpulan jenis parti macam ni tak tipu orang. Destinasi wajib harian surau dan masjid. Kawan-kawan tiada perompak, penyamun atau jauh sekali along.

Niat orang duduk dengan PAS ialah nak amal Islam. Mula-mula untuk dirinya sendiri. Bila kahwin ada isteri dan anak, mereka mahu semua ikut apa yang dia buat. Dengan kuasa yang sah sebagai suami dan bapa kalau perlu berkeras sikit untuk tujuan kebaikan.

Kalau ditakdir dapat jadi ketua di pejabat ke, di kawasan kediaman ke, sahsiah Islam yang dia amal diminta orang di bawah jagaan buat sama.

Dalam konteks politik kerana diberitahu sesiapa boleh bertanding secara adil, maka ahli PAS masuk pilihanraya. Kalau ditakdirkan menang (macam di Kelantan) kita buat benda yang sama.

Kalau ini mahu dipanggil negara Islam. Negara Islamlah. Kalau nak panggil negera berkebajikan, negara berkebajikanlah.

Tok Guru Nik Aziz masa mula masuk pejabat MB Kelantan, wartawan tanya dia apa model pentadbiran yang dia akan pakai.

Dia jawab "Ambo nok Kelate jadi supo ambo". Maksudnya mudah. Dia orang Islam. Apa yang Allah suruh sedaya upaya perlu buat. Apa yang Allah larang sedaya upaya ditinggalkan.

Kita mewarisi sebuah negara yang kacau bilau dari segi Islam akibat angkara parti sekongkol Masitah. Kelantan hanya sebahagian Malaysia. Memang telah banyak berbeza. Masjid dimakmurkan. Kebajikan rakyat diutamakan. Pintu maksiat ditutup. Tiada premis judi berlesen, arak hanya dijual kepada non-muslim dengan pengutkuasaan ketat, tiada bar dan kelab maksiat. Memang tidak mungkin Kelantan ada undang-undang lain kerana ia sebahagian dari Malaysia.

Sebenarnya tiada apa masalah di sini. Sudah 20 tahun lebih Tok Guru jadi MB. Orang bukan Islam tidak pernah kedengaran bermasalah.

Kini PAS turut didekati kumpulan-kumpulan baru. Kelab Penyokong PAS terdiri dari mereka yang belum Islam tapi datang kepada PAS untuk memberi sokongan dalam konteks politik.

Parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, PKR, DAP dan lain-lain turut percaya bahawa PAS boleh jadi kawan yang baik kalau nak bentuk Malaysia baru yang tidak serupa dengan budaya kuno anjuran parti sekongkol Masitah.

Memang PAS tidak terdesak dengan salakan parti sekongkol Masitah supaya berkelahi dengan peminat-peminat barunya.

Tidak perlu PAS melalak ke sini sini kononnya aku benci arak, aku benci judi, aku benci murtad, aku benci budaya maksiat. Peminat baru PAS memang amat kenal PAS. Mereka sudah lama tahu apa yang PAS suka dan apa yang PAS tidak akan bertolak ansur.

Tidak perlu Masitah dan parti sekongkolnya nak ajar PAS bab ni. PAS akan bergerak terus dengan jatidiri dan kebaikannya sehingga akan sampai matlamatnya untuk menjadikan dunia ini "hasanah" dan menuju ke akhirat dengan "hasanah" menanti di sana.

Diam-diam Pakatan Kedah, Perlis

Oleh Amaluddin Zhafir

8 August 2011

8 OGOS – Semangat Pakatan Rakyat di utara Semenanjung umpama keluarga harimau, mesra menjaga anak-anak, garang menentang musuh. Di Kedah, Pakatan adalah kerajaan, di Perlis pula Pakatan sedang menanti mandat rakyat.

Dalam kunjungan Roketkini ke dua negeri tersebut baru-baru ini, pimpinan utama gabungan Pakatan bersependapat bahawa kunci untuk memenangi pilihan raya umum yang mendatang terletak kepada usaha berterusan membantu dan menangani isu-isu rakyat.

Negeri Jelapang Padi

Menurut Laporan Ketua Audit Negara pada 2009, yakni setahun selepas Barisan Nasional disepak rakyat Kedah, kerajaan negeri Pakatan telah berjaya meningkatkan hasil negeri, khususnya balak sehingga 205 peratus berbanding pada 2007.

Kejayaan ini dicapai berikutan langkah kerajaan Pakatan Kedah melaksanakan pemberian kontrak secara telus dan adil melalui tender secara terbuka.

Dalam pada itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan, defisit belanjawan 2010, iaitu sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi. Dan hutang kerajaan Kedah dengan Kerajaan Persekutuan juga berjaya dikurangkan sedikit demi sedikit.

Exco Kanan Kedah Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, melalui tinjauan oleh sebuah badan bebas yang diadakan di Kedah, semenjak perhimpunan aman Bersih 2.0 diadakan, sokongan rakyat Kedah melonjak dengan drastik terhadap pimpinan Pakatan Rakyat.

Apa yang dijelaskan Phahrolrazi dapat dirasai sendiri oleh penulis itu ketika bersama beberapa penduduk Alor Setar, yang rata-ratanya di bawah lingkungan umur 30 tahun sudah tergerak dengan gelombang rakyat seluruh Malaysia akan kepentingan perubahan politik di peringkat kebangsaan.

Seorang pereka grafik, yang tidak mahu namanya disebut berkata, perubahan yang dilakukan kerajaan Pakatan Kedah semenjak mengambil alih kuasa dari BN sudah menampakkan hasil.

Beliau yang mengaku sebelum ini tidak ambil peduli tentang perihal politik di peringkat negeri atau kebangsaan menjelaskan: “Barisan Nasional dah tak boleh buat apa dah… PAS punya kempimpinan lagi bagus dari BN sebelum ini. Budak-budak muda pun dah ramai sedar.”

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Kedah Lee Guan Aik pula menjelaskan penuh yakin peranan DAP sebagai rakan baik PAS dalam usaha menambahkan lagi keyakinan rakyat melalui anjuran ceramah yang diadakan bersama.

“Perkara tabu seperti sentimen perkauman yang digunakan ketika era pemerintahan BN sudah dipecahkan sama sekali,” katanya.

Mungkin ada yang menganggap kata-kata Lee hanya sebagai penaik semangat, tetapi ketika penulis berada di pejabat perkhidmatannya di Mergong, Alor Setar, tidak putus-putus kunjungan dari rakyat pelbagai lapisan kaum.

Di sini jelas sekali, walau pun penulis hanya berada di pejabatnya dalam beberapa jam, apa yang dikatakan Lee memang ada benarnya.

Bagaimana pun, Pemuda DAP Kedah lebih berhati-hati dalam mencongak sokongan rakyat terhadap DAP di negeri itu, terutamanya untuk memastikan diri tidak terperangkap dengan sikap terlalu yakin atau ‘over confident.’

Wakil Pemuda DAP Kebangsaan Kedah, KB Teoh berkata, walau pun Pakatan Kedah pimpinan PAS dijangka mendapat mandat sekali lagi untuk penggal akan datang, beliau gusar kerana penjaja-penjaja di Alor Setar dikatakan telah “dibeli” oleh MCA.

Memang mengikut sejarah DAP dan melalui apa yang dikatakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Liew Chin Tong, semenjak penubuhan DAP, kaum penjaja adalah tunjang utama kepada kekuatan DAP.

Namun realiti semasa menunjukkan rakyat dari pelbagai lapisan kaum dan status di Kedah tidak begitu mempedulikan hal-hal “kecil” sebegitu lagi kerana rata-rata, khususnya golongan muda, sudah bosan dan meluat dengan dasar-dasar BN yang tiada tiang seri.

Mereka juga sedar UMNO sebagai tonggak BN yang berangan-angan mahu merampas kembali Kedah masih tenggelam dalam kemelut rebutan kuasa dan persoalan tentang siapa mahu jadi Menteri Besar.

Jawapan untuk bukti-bukti kebencian golongan muda terhadap UMNO dan BN sudah terlampau berlambak di laman-laman Facebook.

Negeri Indera Kayangan

Berlainan dengan Kedah yang telah menyaksikan kehadiran DAP sejak 1970-an, DAP di Perlis secara rasminya mula bertapak pada 2009 dan semenjak itu dengan cepat membangun di mana sehingga sekarang sudah mempunyai tujuh cawangan.

Rekod Pakatan Rakyat atau mana-mana parti pembangkang sebelum ini di Perlis kurang cemerlang berbanding negeri-negeri lain.

Bagaimana pun, itu cerita lama. Realitinya, tahap penerimaan rakyat Perlis, seperti juga di Kedah, terhadap gelombang perubahan politik peringkat kebangsaan sudah terkesan di sanubari mereka yang tercerah hatinya.

Menurut Naib Pengerusi DAP Perlis, Abdul Manan Abdul Razak, orang sudah tidak takut lagi melihat logo Roket berbanding dahulu.

Ini kerana, menurut Manan, ketika banjir besar di utara Semenanjung baru-baru ini, anggota DAP bersama rakan-rakan dalam Pakatan banyak membantu mangsa-mangsa banjir.

“Oleh itu, logo Roket bukanlah dilihat sebagai hantu lagi,” ujarnya, merujuk kepada propaganda UMNO-BN selama setengah abad memburukkan DAP.

Ia juga membuktikan apabila sesiapa sahaja berjuang dan berkhidmat untuk rakyat dengan hati yang ikhlas, semangat budi baik dikenang juga akan timbul.

Beliau yakin Pakatan Perlis bersama rakan-rakan di Kedah akan mendapat keputusan yang lebih cantik pada pilihan raya akan datang.

Kesimpulan

Diam-diam Pakatan berisi

Diam-diam UMNO-BN buta tuli

Diam-diam rakyat tajam memerhati

Diam-diam PRU, UMNO-BN tinggal lidah dan gigi.

Apa ada pada Kedai 1Malaysia..???

http://2.bp.blogspot.com/-12THt5rR8-M/TgcCcjsSa9I/AAAAAAAAH7I/_la6e6Feneg/s1600/Kedai%2B1Malaysia.jpg

nak tanya pendapat anda apakah kedai 1malaysia sebenarnya baik untuk kita???tgk dulu video kat bawah nie lepas 2 baca kesimpulan yg saya buat kat bawah,hanya sekadar pendapat saya je nie.........


Persoalan
1)Kedai 1Malaysia dicanang kan oleh PM kononya baik untuk rakyat,tapi betulkah baik??
2)adakah peluang peniaga lain akan tertutup jika kedai 1 malaysia ini dibuka keseluruh negara??
3)berdasarkan video diatas betulkah harga di kontrol DAP??
Jawapan/kesimpulan persoalan diatas1)baik atau tak terpulang pada anda sebenarnya,tapi bagi saya tidak baik kerana:
a)kerana kedai 1malaysia ini xmensasarkan pada gaji bawah paras miskin
b)dan yg miskin ini selalunya tinggal di kampung2,diluar bandar
c)so pelaksaanaan kedai 1Malaysia nie macam tiada plan yg strategik
d)sepatutnya kerajaan mengedar barangan keperluan yg murah ini ke kawasan miskin,kerana pengedar dikawasan miskin ini kurang,disebabkan kurang,harga menjadi MAHAL
e)gologan yg disasarkan pulak dapat beli barang yg murah jugak di tesco,mydin dan lain2
f)sebenarnya ini ialah cara kerajaan memujuk kembali warga kota mengundi UMNO,dan bukan untuk menolong rakyat,kalau betul menolong rakyat sila letak kedai 1malaysia nie ditempat org2 miskin dahulu...contohnya pendalaman SABAH...
2)betul,ini menutup peluang peniaga lain jika ini berlaku,sebab peniaga runcit terpaksa beli dengan harga mahal dari pemborong,tetapi kedai 1malaysia plak boleh jual murah kerana mereka yg mengawal harga..kesannya
a)monopoli kerajaan sehingga tertutup peluang peniagaan untuk rakyat
b)ramai peniaga bangkrap
c)ekonomi malaysia akan merudum kerana ramai peniaga bangkrap
d)semakin ramai penganggur
e)mydin semakin kaya
3)tidak,kalau betul DAP mampu kawal harga barang,ini bermakud kerajaan lemah dan wajib turun..

perghh..post aku terpanjang nie..wajib baca nie..hehehe

http://jalanyangberliku.blogspot.com/2011/08/kedai-1malaysia.html

Setengah Bulan Gaji...Setengah...!!! Cincin 24juta boleh beli..!!

K'jaan umum bonus setengah bulan gaji

Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan.

"Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini.

azlanKatanya bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan para pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga merupakan satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," kata Najib.

Katanya pemberian bonus dan bayaran khas itu akan melibatkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion.

cuepacs omar osman 181007Khamis lalu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan pemberian dua bulan bonus kepada penjawat awam tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berharap kerajaan dapat menyediakan bonus sebulan sebelum sambutan Hari Raya dan sebulan bonus selepas sambutan perayaan itu.

Beliau berkata, Cuepacs telah memohon secara rasmi melalui surat kepada perdana menteri,dua bulan lalu.

"Sudah dua tahun penjawat awam tidak mendapat bonus sejak 2008 dan adalah diharapkan tahun ini kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus tersebut sebelum dan selepas Hari Raya bagi mengurangkan beban kewangan,” katanya.

PEMIMPIN UMNO CAKAP GUNA KEPALA LUTUT...ini contohnya...!!

Dinar hanya boleh disimpan bukan diniaga – Awang Adek

28/08/2010 4:10pm [nie cerita lama saja nak habaq balik kebodohan PEMIMPIN UMNO yg berhujah demi suvival politik semata-mata....]

BACHOK 28 Ogos – Kerajaan Pusat tiada masalah jika dinar emas dan dirham perak yang diperkenalkan kerajaan Kelantan hanya untuk disimpan bukan bagi diniaga di pasaran terbuka, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, kerajaan Pusat akan menentangnya jika kerajaan negeri cuba menggunakan kedua-duanya sebagai mata wang kerana ia menyalahi peraturan Bank Negara Malaysia (BNM) dan boleh menganiayai orang ramai selain peniaga.

"Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini, hari ini.

Sebelum ini kerajaan negeri memperkenalkan dinar dan dirham itu sebagai transaksi yang akan digunakan lebih 100 peniaga termasuk sebagai gaji kepada kakitangan kerajaan Kelantan.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan mengakui beliau pernah menerbitkan dinar emas menerusi sebuah syarikat yang diterajui sebagai simpanan bukan untuk diniaga seperti yang didakwa.

Beliau mencabar kerajaan negeri agar menunjukkan bukti jumlah penggunaan dalam tempoh empat bulan akan datang jika benar dakwaan ia mendapat sambutan daripada pelbagai pihak selepas diperkenalkan. – Bernama

Kerja dok jawab hujah UMNO dalam buku "Sejahterakah Kedah.."

Siri 2: Kerajaan BN Pusat tak bagi, Negeri pulak dipersalahkan

Oleh: PUTERI BULAN

Menyangkal dakwaan yang terdapat di dalam buku ‘Sejahterakah Kedah?’, antara yang dinyatakan termasuk mempertikaian cuti bersalin tiga bulan untuk wanita yang melahirkan anak. Cadangan tersebut satu langkah ke hadapan mendahului kerajaan pusat namun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana ianya memerlukan penguatkuasaan di peringkat Persekutuan. Tertangguhnya perlaksanaan tersebut bukanlah atas kegagalan kerajaan negeri merealisasikan kandungan manifestonya tetapi tidak mendapat kelulusan dari di peringkat Persekutuan.

– (hampa yang tak lulus, lepas tu kelentong orang)


‘Sejahterakah Kedah’ mempertikaikan peranan kerajaan negeri dalam menangani masalah kebajikan rakyat. Sebenarnya, bantuan kafalah yang sedang dilaksanakan sekarang tidak dijanjikan di dalam manifesto malah bantuannya menyeluruh tidak hanya kepada warga emas tetapi merangkumi rakyat miskin tidak mengira umur, agama, bangsa dan fahaman politik.

– (orang UMNO mai ambik awai-awai lagi…)

Menurunkan cukai tanah sehingga 50 peratus juga merupakan kebajikan kepada rakyat yang tidak termaktub di dalam manifesto. Pertikaian yang diajukan oleh ‘Sejahterakah Kedah’ adalah tidak wajar dengan hanya memberi perangkaan selama tiga tahun sedangkan hal-hal kebajikan terutama untuk membasmi kemiskinan sepatutnya sudah bermula sejak dahulu lagi.

– (kalau ikut hampa bukan nak peturun, penaik lagi ada..janji hampa kaya…rakyat papa)

Umpamanya bantuan kepada mangsa banjir pada tahun 2010, kerenah birokrasi sebenarnya diujudkan oleh pihak kerajaan Pusat sendiri. Jabatan Kebajikan masyarakat adalah hak bersama Negeri dan Pusat. Bagi Negeri semua penyaluran bantuan adalah terurus, tersusun, licin dan paling sistematik. Penyaluran bantuan yang bermasalah ialah yang dilakukan dilakukan secara terus oleh Pusat dan bukan melalui kerajaan negeri. Sekiranya bantuan gagal disalurkan kepada yang berhak atau tercicir di tengah jalan ianya tiada kaitan dengan kerajaan negeri.

Istilah yang digunakan ‘pilih kasih’ mungkin benar ujud tetapi bukan atas kuasa kerajaan negeri kerana kerajaan persekutuan menyalurkan melalui UMNO APCO dan sekiranya ianya hilang entah kemana, Penulis upahan ‘Sejahterakah Kedah?’ kena tanya kepada yang berkenaan bukan kepada kerajaan negeri.

–(dah hampa sapu setengah, buat-buat tanya…yang rumah tak kena banjir pun hampa pi bagi pasai suku sakat hampa…yang benar-benar mangsa banjir..tak dapat pasai orang PAS)


Menyentuh bantuan yang disalurkan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok-pondok, tidak masuk dek akal sekiranya usaha tersebut dikatakan membantu institusi pengajian yang ditarbiah untuk menjadi penyokong PAS. Penulis upahan ‘Sejahterakah Kedah’ terlupa kata-katanya itu sebenarnya menjerat diri mereka sendiri yang secara umumnya memberi jawapan kepada rakyat bahawa sekatan bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat yang mereka laksanakan dulu, sebenarnya ada unsur politik.

–(Sebab hampa tau..bila orang pandai agama, orang tak sokong hampa dah.. tu hampa suka sekolah agama mati, biar tak ada orang pandai agama, janji ramai yang boleh putaq alam macam hampa…sedang hampa nak kelentong)


Sekiranya penulis ‘Sejahterakah Kedah’ mengatakan kerajaan negeri lebih dari menyambung apa yang dibuat oleh kerajaan terdahulu, secara amnya memang begitu kerana perancangan dan perlaksanaan yang dibuat oleh sesebuah negeri mestilah mengikut peraturan yang telah termaktub. Bukan boleh dilakukan mengikut kepala sendiri dengan membelakangkan keperluan-keperluan terdahulu.

– (lainlah Tok Bashah, yang tak tau peraturan….)

Apa pun bagi Puteri, buku ‘Sejahterakah Kedah’ tak ubah seperti gimik politik ketandusan isu. Berhujjah bukan atas dasar fakta tapi hanya berlandaskan iri hati yang meluap-meluap kepada Pakatan Rakyat. Sememangnya BN/UMNO APCO cukup resah bila negeri diperintah selain dari mereka…kerana mereka tahu..sekiranya Pakatan Rakyat mampu melaksanakan kebajikan rakyat, bebas rasuah, adil dan telus, sudah tentulah…..hasrat BN/UMNO APCO nak ambil balik akan menghadapi jalan buntu…kecualilah kalau hantu-hantu dan warga-warga asing dijadikan geng sekali gus boleh mengundi….maka jadilah BN/UMNO APCO ni wakil rakyat hantu dan PATI….

Mamat DAP kat KEDAH nie bodoh piang..!!!

oleh AnakKedah007

Aku heran betoi mamat DAP sekoq yg ada kat KEDAH nie...benda tak ada isu gatai mulut nak bercakap jugak. dok nak tunjuk hebat menatang haram bejadah apa taktau....gila statement dgn wartawan jugak kot..... Pada2 lah mangkok oi nak bercakap..awat yg kalut sangat nak baudget ramadhan tuuu awat hg sorg ja tak dapat org lain dah dapat dah... gunalah duit poket sendiri sat lepas nie claim balik laa bila azizan masuk kerja nanti....itu pon nak kena ajaq kaaa

Dulu kalut berebut DUN DERGA, lepas tu bab KANDANG BABI... lanie mai bab nie pulak... nama saja PAKATAN tapi bercakap macam tak ada ikatan apa-apa langsung....last kena satu BANGANG dari aku....

Mohon peruntukan Ramadan disegera

JITRA - Kerajaan Negeri diminta menyegerakan kelulusan penyaluran peruntukan khas bulan Ramadan kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) penyokong kerajaan bagi membolehkannya digunakan untuk kepentingan rakyat.

ADUN Bandar Darulaman, Lee Guan Aik berkata, peruntukan khas Kerajaan Negeri yang disalurkan kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat (PR) adalah bergantung kepada kemampuan dan kebiasaannya diterima sebelum bulan Ramadan.

Beliau memahami kelewatan penerimaan peruntukan khas itu disebabkan masalah kesihatan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang kini sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur hingga tugasan pejabatnya tertangguh.

"Bagaimanapun, saya berharap ada pihak yang menanggung sementara tugas Menteri Besar dalam menandatangani kelulusan peruntukan khas Ramadan memandangkan ia penting untuk diagihkan kepada masjid dan golongan yang memerlukan.

"Tahun lalu, kami menerima lebih kurang RM5,000 daripada Kerajaan Negeri untuk diagihkan kepada masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing. Tahun ini saya tidak pasti jumlah peruntukan yang bakal diterima," katanya sewaktu ditemui Sinar Harian di sini semalam.

Guan Aik yang juga Pengerusi DAP Kedah/Perlis berkata, sekiranya peruntukan khas itu lambat diterima, beliau tidak ada pilihan lain melainkan menggunakan wang saku sendiri terlebih dahulu.

"Tahun lalu, saya menggunakan peruntukan khas Ramadan yang diterima untuk diagihkan sebanyak RM300 pada setiap masjid dan surau di Bandar Darulaman dan Derga selain RM100 kepada anak yatim," katanya.

Sementara itu, Exco Kerajaan Negeri, Dr Ismail Salleh meminta semua ADUN PR bersabar memandangkan penangguhan kelulusan peruntukan khas bulan Ramadan disebabkan masalah kesihatan Azizan.

Menurutnya, ADUN PR juga perlu menyedari Azizan akan dibenarkan memulakan tugas tidak lama lagi dan sebarang urusan melibatkan Kerajaan Negeri akan diselesaikan segera.

"Kerajaan Negeri tidak perlu menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menanggung kerja Menteri Besar kerana Datuk Seri Azizan (Abdul Razak) akan kembali bertugas tidak lama lagi.

"Saya minta isu ini tidak dibesar-besarkan dan peruntukan akan disalurkan bila sampai masanya," katanya.

Depa boh lambang bendera Israel kat duit siling baru Malaysia...

MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM].

Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.



Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?



Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.

ReJaM© "Sengaja tak mahu pakai lambang bulan dan bintang, tak mahu dunia tahu Islam agama rasmi Malaysia..."

Sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh BN

Samad (baju kuning) sewaktu perhimpunan Bersih di Kuala Lumpur 9 Julai 2011.
KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Datuk A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya di hadapan kira-kira 60 orang termasuk mahasiswa.

Dalam ucapan perasmian di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur Selangor itu, Samad juga berkata, rakyat seharusnya bersikap matang dan tidak lagi memilih “golongan bangsawan” untuk memerintah negara.

Bagaimanapun kata seniman ini, persoalan itu harus ditanya kepada diri sendiri dan perubahan boleh dilakukan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Saya nak katakan sudah 54 tahun kita hanya diketuai oleh pemimpin dari kalangan bangsawan, Tun Abdul Rahman (Al-Haj), Tun Hussein (Onn) dan Tun Abdul Razak (Hussein) golongan bangsawan... (Tun Dr) Mahathir Mohamad selepas Tun juga bangsawan, Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dan sekaran juga sama (Datuk Seri Najib Razak), semua bangsawan, bila pemimpin daripada rakyat akan berada di situ?

“Kalau sudah 54 tahun, kita perlu bertanya adakah ia salah kita, anak-anak muda perlu melakukan perubahan sebab itu anak-anak muda perlu berani bertindak dan menggerakkan ‘regimr change’ ini,” katanya.

Kata Samad, beliau lebih gemar mendengar pandangan bersifat “membangkang” daripada “sokongan.”

“Saya gemar mendengar daripada mereka yang ‘oppose’, saya langsung tidak gemar mendengar mereka yang sokong.

“Sokong itu maksudnya sokong kerajaan,” katanya.

Bulan lalu beberapa hari selepas Himpunan Bersih 2.0 di ibu negara, Samad berkata selagi “golongan bangsawan berada di atas, sampai bila-bila saya rasa mereka tidak akan dapat merasakan apa yang dirasai rakyat.”

Justeru beliau percaya akan ada sinar harapan untuk melihat perubahan itu pada pilihan raya umum ke-13.

Pada Himpunan Bersih 2.0, 9 Julai lalu di ibu negara, ribuan rakyat telah menyertai perhimpunan menuntut transformasi pilihan raya.

SMM terdiri daripada Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Kelab Rakan Islah Malaysia (Karisma), Pro Mahasiswa Nasional (Pro M), Kumpulan Anak Muda Independen (Kami) dan Pergerakan Demokrasi Pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema).

Medan perang politik M'sia beralih ke internet

Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet.

Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

NONEBenarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal.

"Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Mesej boleh dihantar kepada pembaca di seluruh dunia hanya dengan satu klik dan tiada siapa yang boleh mengawal kandungannya, katanya lagi.

"Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing," katanya lagi.

Ti berpendapat setakat ini kebanyakan masalah berkaitan Internet tidak ditangani dengan sewajarnya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai "kebenaran" melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum."

NONEBeliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan
khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan.

"Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak," kata beliau kepada Bernama.

Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab.

"Medan perang" ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan.

Dr Jeniri mengambil perhimpunan haram 19 Julai di Kuala Lumpur sebagai contoh.

"Cerita dan visual tentang orang biasa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu disebarkan dengan meluas untuk menggambarkan mereka sebagai wira, manakala klip video yang mengandungi kepalsuan pula disiarkan melalui YouTube. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi BN," katanya.

Beliau berkata walaupun Internet boleh dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat, tetapi majoriti rakyat Malaysia perlu belajar menggunakannnya secara wajar, khususnya berkaitan penyebaran mesej politik kerana terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan secara rasional dan menilai sesuatu pendapat secara seimbang.

"Jika sesetengah pengguna Internet terus menyelewengkan konsep demokrasi, pihak berkuasa tidak akan mempedulikan kenyataan biadab mereka, manakala pengundi yang matang pula akan menolak mereka apabila menyedari bahawa sebelum berkuasapun, kumpulan ini sudah berperangai hodoh," katanya.

Ahli akademik ini berkata "medan perang" Internet juga boleh membawa seseorang ke arah yang betul atau tidak betul kerana, sebagai contoh, oleh kerana terdapat begitu banyak maklumat, kebanyakan orang akan hanya mengikut pendapat ramai apabila mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau palsu.

"Umpama orang yang kehilangan arah di lautan, mereka akan hanya mengikut orang lain dengan harapan akhirnya mereka akan menemui daratan atau sekurang-kurangnya, tidak keseorangan ketika berenang ke pantai. Ini menunjukkan mereka tidak mampu berfikir atau membuat penghakiman sendiri," katanya.

Selain itu, kata beliau, ramai orang menganggap semua maklumat yang mereka terima sebagai ilmu yang berguna.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanBeberapa ahli politik berpendapat kebanyakan orang terus mempercayai apa yang disiarkan melalui Internet tanpa usul periksa kerana menganggapnya betul serta berkongsi maklumat itu dengan rakan masing-masing pula.

Seperti kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, kini kebenaran semakin sukar untuk dilihat dan manusia semakin sukar
menerima pendapat serta pendekatan orang lain dan tidak boleh bertolak ansur.

"Pada era maklumat ini, manusia perlu melatih diri masing-masing supaya berfikir dan membuat analisis sebelum menerima sesuatu maklumat yang dihidangkan kepada mereka.

"Sebelum mempercayai sepenuhnya, kita perlu ajukan soalan, mengenal pasti dengan jelas jenis mesej yang diterima dan, jika perlu, mendapatkan pengesahan mengenainya," katanya.

- Bernama

Adakah Hasan Ali Bakal Jadi 'Zulkifli Nordin' Kedua ?

Oleh ramziredang

"Rasanya tidak ada orang yang tidak kenal dengan zulkifli nordin,seorang yang dulu memang sudah dijangka lidah bercabang tetapi ramai pemimpin utama PAS menafikan tohmahan orang. Memang setengah pemimpin PAS yang jumud tidak dapat mengimbangi mana satu yang patut prasangka baik dan mana satu yang patut berjaga jaga dengan musuh dalam selimut.

Lantaran sikap zulkifli nordin yang kelihatan ultra membela islam inilah maka pemimpin PAS yang kurang pencak politik boleh tertipu dengan wataknya.Dalam islam jangankan kata isu besar, malah jika seorang berdiri ketika semua orang lain duduk sudah dikira tidak beradab apatah lagi bila melibatkan isu isu yang mempalitkan maruah politik Islam.

Dalam hal isu kontemporari, jelas menonjol Hasan Ali merasakan dia lah yang paling utama dalam membimbangi akan tergelincirnya aqidah umat Islam. Baginya mungkin khalid ibrahim tidak bimbang, baginya pemimpin PAS yang lain tidak bimbang dan baginya juga ramai orang Islam tidak bimbang akan kegelinciran aqidah umat Islam ini.

Lantaran itu maka terhamburlah kata kata nekad dari bibir hasan ali, dia rela dipecat atau dibuat apa sahaja oleh parti atau dilucutkan jawatan exco asalkan maruah aqidah umat islam terbela.

Kemudian sekonyong konyong, seperti kebiasaan yang dilakukan dahulu dia akan pergi kepada media yang ramai kawannya menganggap musuh utama. Media yang dianggap musuh oleh kawan kawannya ini, adalah dianggap kawan oleh hasan ali.

Kata kata yang senada seperti ini jugalah yang telah diucapkan oleh zulkifli nordin sebelum dia memaksa dirinya sendiri dipecat dan kalau kita rajin membelek kamus sejarah, kata kata seperti ini jugalah yang akan diucapkan oleh orang yang bakal meninggalkan segala rakan taulannya, demi mengejar sesuatu yang lebih besar.

Kategori musuh dalam selimut tidak sahaja tertumpu dia perlu keluar dari jemaah dan masuk ke dalam gerombolan musuh. Tetapi bolah juga dia membuka pintu kubu secara senyap dan akhirnya musuh boleh menyusup masuk ke dalam kota. Atau mungkin juga dia boleh melemahkan semangat tentera islam ketika berperang.

Pokoknya, apa sahaja perbuatan yang bakal memberi kelebihan kepada musuh boleh dikategorikan musuh dalam selimut.

Kini masa telah membuktikan bahawa apa yang diwarwarkan oleh orang bawahan selama ini ternyata benar dan prasangka baik pemimpin jumud PAS terhadap zulkifli nordin adalah salah. Tentu sekarang telah jelas, apa tujuan setiap 'kata kata agama' zulkifli nordin sekarang.Semoga para pemimpin atasan PAS tidak mengulangi kesilapan dalam mentafsir 'husnu dzan' kepada seseorang.

Bibit bibitnya jelas kelihatan dan harap harap jangan sampai menunggu Hasan Ali jelas bertukar menjadi zulkifli nordin baru pimpinan PAS hendak menunjukkan 'kecerdikan'nya

Najib bakal rombak kabinet sebelum PRU-13?

KUALA LUMPUR: Terdapat desas-desus mendakwa sebarang kemungkinan rombhttp://3.bp.blogspot.com/_QZ6z7NdGoVo/TFTdUc9L91I/AAAAAAAACIs/8vucKSHHwhA/s1600/Firdaus_Jaafar_Jerai.jpgakan kabinet akan dilakukan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sebelum pilihan raya umum ke-13.

Menurut Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar, dilihat kepada perkembangan terkini membabitkan orang-orang kanannya, Najib mulai rimas dan bimbang sebarang usaha yang akan menjejaskan kedudukannya selaku orang nombor satu.

Bercakap mengenai adanya pertemuan antara Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan 100 ahli Parlimen BN, Firdaus berkata, ia mungkin boleh menjadi strategi kepada TPM untuk mendapatkan pengaruh kepimpinan pertengahan di dalam BN. Lebih dari itu, Najib kini memiliki rekod buruk dalam pentadbirannya antaranya dalam isu Kapal Selam Scorpene membabitkan penahanan seorang peguam daripada Perancis, kata Firdaus.

“Walaupun Muhyiddin juga ada masalah semasa mentadbir Johor dahulu, namun ianya kini lebih terfokus kepada Najib yang banyak menghadapi masalah, termasuk membabitkan orang di sekelilingnya,” katanya. Beliau yakin, jika terdesak Najib akan melakukan rombakan kabinet bagi memempastikan kedudukannya selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan dikatakan meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang. Langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13.

Muhyiddin dikatakan telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN di ibu negara baru-baru ini. Ia dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir bulan depan.

Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya mempastikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13.

Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13.

Kerajaan Rosmah bertukar menjadi "Kerajaan Mismah"

Pilih tuntutan Bersih atau 'kerajaan Mismah'
Abd Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 7 Ogos: Selagi lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih 2.0 tidak dipenuhi, tidak hairan jika Umno begitu yakin merampas kembali pentadbiran Selangor, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

"Jika diambil kira trend pengundian dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor dahulu, kita yakin Pakatan Rakyat (PR) dapat mengekalkan pentadbirannya di Selangor.

"Tetapi dengan beberapa perkembangan selepas itu termasuk pertambahan pengundi dengan kadar yang mencurigakan ditambah pula dengan pelbagai perkara lain yang juga mencurigakan termasuk Mismahgate, apa hendak dihairankan jika Umno begitu luar biasa keyakinannya untuk merampas kembali pentadbiran Selangor," katanya.

'Mismah gate' merujuk kepada kebanjiran mereka yang mempunyai status penduduk tetap dalam daftar pengundi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah seorang dari mereka bernama Mismah yang ditukar statusnya oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari seorang penduduk tetap kepada seorang warga negara hanya beberapa jam selepas dihebohkan bahawa beliau didaftarkan sebagai pengundi walaupun hanya berstatus penduduk tetap.

Lebih mencurigakan, SPR juga dengan begitu segera tiba-tiba menukar nama Mismah kepada kategori 'dalam proses pengesahan daftar pemilih' selepas pendedahan itu sedangkan sebelum itu namanya berada dalam kategori 'sedang dalam pameran rang'.

"Dengan apa yang terjadi itu, kalau Umno dan BN menang di Selangor malah di mana-mana pun dalam pilihan raya umum akan datang, kerajaan tidak bermaruah selepas itu hakikatnya adalah 'kerajaan Mismah' yang menang dengan menggadai kedaulatan dan keselamatan negara kepada orang asing dan bukan kerajaan yang dipilih secara sah oleh rakyat Malaysia.

"Sebab itulah, rakyat Malaysia yang bermaruah hanya ada dua pilihan sahaja iaitu menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan atau meringkuk di bawah pemerintahan 'kerajaan Mismah' yang akan menjerumuskan lagi negara ini ke dalam kehancuran," kata Mohamad.

Beliau mengulangi keazamann untuk berusaha menggerakkan lagi kebangkitan rakyat menuntut lapan tuntutan Bersih itu dilaksanakan.

"Pihak yang berdolak-dalik itu tidak akan melaksanakan tuntutan tersebut melainkan dengan kebangkitan kuasa rakyat yang lebih besar dari apa yang berlaku 9 Julai lalu.

"Mereka tidak memberikan pilihan yang lain kepada rakyat," tegas beliau.

Antara lapan tuntutan bersih ialah supaya SPR membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Malaysian Insider semalam melaporkan Umno yakin akan menang di Selangor pada pilihan raya akan datang dengan majoriti sehingga 20 kerusi.

Pandu Mercedes seludup dadah


NOOR RASHID menunjukkan sebahagian dadah yang dirampas daripada 10 individu pada sidang akhbar di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kegiatan licik 10 individu yang mengubahsuai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup pelbagai jenis dadah ke negara ini dari Thailand sejak 10 bulan lalu terbongkar apabila kesemua mereka ditahan bersama dadah bernilai RM6.5 juta Jumaat lalu.

Serbuan terbesar di kawasan utara tanah air itu dilakukan hasil kerjasama polis negara ini dengan pihak berkuasa Thailand selain maklumat awam.

Siasatan mendapati, sindiket bergelar Geng Mercedes termasuk seorang remaja berusia di antara 14 dan 46 tahun terbabit mengubah suai tempat duduk belakang kereta Mercedes untuk menyeludup dadah seperti heroin, syabu, ganja dan pil WY.

Mereka bergerak aktif sejak 10 bulan lalu dengan menjadikan Bukit Kayu Hitam sebagai laluan utama membawa barangan haram tersebut buat penagih di kawasan utara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, pembongkaran bermula apabila sepasang suami isteri ditahan di satu sekatan jalan raya di Changlun dekat sini pada pukul 8.30 pagi Jumaat lalu.

Katanya, pemeriksaan pada kereta Mercedes yang dinaiki mereka menemui syabu yang disorok di ruang khas tersebut.

Kat Allah tak takut tapi kat Polis lari sampai mati pon takpa..!!

Jumlah mangsa belum pasti

KUALA KETIL - Beberapa penduduk tempatan dikhuatiri lemas apabila nekad terjun ke dalam Sungai Kuala Lesong untuk mengelakkan diri mereka ditahan polis dalam satu serbuan judi haram di Kampung Kuala Lesong, kelmarin.

Sehubungan itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Baling dan Sungai Petani dikerahkan untuk mencari mangsa yang dikatakan hilang selepas terjun ke dalam sungai.

Seorang saksi yang enggan dikenali berkata, kemungkinan mangsa yang hilang lebih daripada lima orang.

“Saya pun tak tahu jumlah sebenar mangsa yang hilang. Ada yang kata lima, ada yang kata tujuh,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang hilang dikhuatiri lemas apabila mereka tidak pulang ke rumah.

“Kalau mereka takut dengan polis sekalipun, mereka tentunya akan pulang ke rumah. Tapi, sehingga kini, tiada maklumat langsung mengenai mereka,” katanya.

Ketua Polis Daerah kuala Muda Asisten Komisioner Hashim Ali mengesahkan kejadian berkenaan.

“Semalam (kelmarin) serbuan judi haram di buat di Kampung Kuala Lesong. Akibat serbuan itu, beberapa penduduk bertindak terjun ke dalam sungai untuk melepaskan diri.

“Setakat hari ini, polis hanya menerima dua laporan mengenai orang hilang,” katanya kepada Sinar Harian.

‘Anak saya tak tahu berenang’

WARIS kepada seorang mangsa yang hilang mengatakan anak lelakinya itu tidak tahu berenang.

“Kini, saya hanya mampu berdoa dan menyerahkan kepada pihak yang terbabit untuk mencari anak lelaki saya itu.

“Anak saya mempunyai dua cahaya mata. Saya tak dapat bayangkan keadaan anak-anaknya sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini kepada ayah mereka,” katanya.

Menurutnya, dia turut mencuba perubatan tradisional untuk mengetahui mengenai anaknya itu.

“Setakat ini, belum ada perubahan yang berlaku dan pihak bomba belum lagi dapat mengesan mangsa yang hilang. Saya dah berikhtiar, jadi, semuanya bergantung kepada ketentuan Ilahi,” katanya.

Menurutnya, dia difahamkan, semasa anaknya terjun ke sungai, terdapat seorang rakan yang ingin membantu ketika anaknya sedang terkapai-kapai.

“Rakannya itu sempat menarik rambut anak saya, tetapi terlepas. Itulah apa yang diceritakan kepada saya,” katanya.

Belum dapat maklumat lengkap

KETUA Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Abd Kudus Abd Malek berkata, pihaknya tidak dapat memberikan kenyataan kerana masih belum mendapat maklumat yang lengkap.

“Kita tak tahu, berapa sebenarnya mangsa yang hilang. Jadi, agak sukar bagi kami untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai operasi ini.

“Namun begitu, pihak bomba yang turut disertai oleh skuad skuba akan terus mencari. Operasi akan bersambung esok (hari ini) sekiranya bomba masih belum dapat mengesan mangsa yang hilang,” katanya.

Jadual Piala Malaysia bagi pasukan Kedah


http://vectorise.net/vectorworks/logos/Sukan/download/football%20club/Logo%20Persatuan%20Bolasepak%20Kedah.png

6 SEPTEMBER 2011 Johor vs Kedah

10 SEPTEMBER 2011 Kedah vs Sabah

13 SEPTEMBER 2011 Perak vs Kedah

17 SEPTEMBER 2011 Kedah vs Johor

24 SEPTEMBER 2011 Sabah vs Kedah

27 SEPTEMBER 2011 Kedah vs Perak

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)

Tiket bas ke UTARA dah habis dijual

Tiket bas habis dijual


ORANG RAMAI masih berpusu-pusu membeli tiket bas di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Meskipun baru seminggu umat Islam menunaikan ibadah puasa namun hampir semua tiket bas ekspres untuk perjalanan pulang beraya habis dijual.

Tinjauan Kosmo! di beberapa hentian bas di sekitar ibu negara mendapati, kebanyakan tiket terutama pada 'waktu puncak' iaitu dari 25 hingga 29 Ogos bagi perjalanan ke Pantai Timur dan utara telah habis dijual manakala destinasi perjalanan ke selatan pula lebih 90 peratus tiket telah dijual.

Menurut penjual tiket bas Sani Express, Norlijawati Jurimi, 37, laluan ke Kota Bharu dan Kuala Terengganu telah habis dijual.

"Sambutan seperti tahun lepas dengan orang ramai membeli tiket pada 1 Ramadan lagi bagi memastikan mereka dapat pulang ke kampung.

"Buat masa ini, pihak pengurusan masih belum pasti sama ada ingin mengeluarkan bas tambahan atau tidak," katanya ketika ditemui di sini semalam.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...