TERKINI :

Saturday, August 6, 2011

Chedet hendak Menghancurkan UMNO..????

Menghancurkan UMNO

Usaha sedang dibuat untuk melemahkan lagi UMNO supaya ia dapat dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13, bahkan jika boleh untuk menghancurkan UMNO sekarang ini juga.

2. Laporan dalam portal berita, oleh Muda Mohd Noor, mencerita berkenaan Penawar, sebuah badan bukan Kerajaan yang disertai oleh beberapa bekas ahli Parlimen UMNO yang kononnya tidak puas hati dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri.

3. Kononnya saya dibelakang gerakan untuk menaikkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengganti Najib.

4. Kesan dari laporan ini tentulah kecurigaan Najib terhadap timbalannya. Apabila Najib mempunyai sangkaan buruk terhadap Muhyiddin maka ahli-ahli UMNO pun akan berpecah dan memihak kepada Presiden atau Timbalan Presiden.

5. Pergolakan akan berlaku secara serius dalam UMNO dan ia akan menjadi lebih lemah untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke-13.

6. Terdahulu dari ini seorang pemberita semasa sidang akhbar telah bertanya kepada Najib samada dia lebih Melayu atau lebih Malaysian.

7. Soalan ini sengaja dibuat kerana Muhyiddin biasa mendakwa yang dianya lebih Melayu daripada Malaysian.

8. Sebenarnya soalan ini patut ditujukan kepada semua rakyat Malaysia, termasuk pemberita yang bertanya. Apakah rakyat Malaysia pelbagai keturunan lebih utama kaumnya atau lebih utamakan kerakyatan Malaysianya?

9. Ditujukan soalan ini kepada Najib ialah supaya dia menghadapi dilema. Jika dia menjawab dia lebih Melayu maka dia akan dituduh racist seperti tuduhan yang dilemparkan kepada Muhyiddin dan juga saya.

10. Sebaliknya kalau dia menjawab dia lebih Malaysian supaya tidak dituduh racist maka akan ternampak yang dia tidak secocok dengan timbalannya.

11. Jawapan Najib kepada soalan ini ialah dia tidak ingin dilihat tidak sependapat dengan timbalannya.

12. Secara tidak langsung ini bermakna dia lebih Malaysian, tidak seperti timbalannya yang menyatakan dia lebih Melayu. Sudah tentu ini akan menjadikan hubungan antara dua pemimpin UMNO lebih renggang.

13. Susulan daripada ini terdengar banyaklah berita angin berkenaan dengan renggangnya hubungan antara Najib dan Muhyiddin yang pasti akan memecahbelahkan UMNO lagi.

14. Hari ini terdapat banyak NGO Melayu ditubuh kerana ramai orang Melayu khuatir berkenaan dengan masa depan mereka. Pihak tertentu yang ingin mengurangkan sokongan Melayu kepada UMNO ingin menentukan NGO Melayu ini tidak berupaya mempengaruhi kepimpinan UMNO supaya terus mendapat sokongan orang Melayu.

15. Strategi pihak tertentu ini ialah dengan membuat tuduhan bahawa perjumpaan NGO ini sebenarnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib, dan saya dan Muhyiddin adalah dalang yang bertanggungjawab, tentulah Najib akan mempunyai syak wasangka terhadap kami berdua dan NGO berkenaan.

16. Sekaligus laporan ini menakutkan Penawar dan NGO lain bahawa mesyuarat mereka akan disyaki oleh Najib bertujuan menjatuhkannya. Mereka juga akan terdedah kepada tuduhan yang mereka adalah orang Mahathir dan Mahathir ingin menjatuhkan Najib.

17. Dengan tuduhan-tuduhan dan laporan seperti ini maka orang Melayu akan takut berpolitik. Mereka akan terdedah kepada dakyah parti lawan yang memang pun ingin melihat mereka berpecah dan menjadi lebih lemah serta tidak dapat mempertahankan kepentingan orang Melayu sama sekali.

18. Saya ucap tahniah kepada mereka yang begitu cekap mengguna psikologi untuk menghancurkan UMNO dengan menimbulkan keraguan dan syak wasangka antara pemimpin-pemimpin UMNO dan ahli-ahlinya terhadap masing-masing dan terhadap kepimpinan UMNO sekarang.

19. Sebaliknya jika kita ingin tahu berkenaan siapa lebih Malaysian atau lebih utamakan kaumnya, kita patut tanya semua pemimpin-pemimpin semua parti politik dan NGO yag aktif dalam politik baik dari parti pemerintah ataupun parti lawan.

20. Mereka juga patut jelas apakah maknanya lebih Malaysian atau lebih utamakan kaum sendiri.

21. Saya sedar jawapan kepada soalan saya ialah saya racist (perkauman). Ini membuktikan ketandusan hujah yang boleh dikemukakan oleh mereka.

22. Saya pernah dilabel Malay ultra tetapi sepanjang saya menjadi Perdana Menteri apakah Melayu sahaja yang diberi layanan dan mendapat nikmat.

23. Apakah pembangunan Malaysia dihasilkan oleh orang Melayu semata-mata dan mereka sahaja yang meraih kekayaan.

24. Untuk tidak berat sebelah kita perlu mengumpul fakta yang benar berkenaan nikmat yang diperolehi rakyat Malaysia dan pembangunan Negara.

Dipetik daripada blog Che Det (Tun Dr Mahathir Mohamad)

UMNO pecat Tengku Razaleigh?

Jikalau di fikirkan perkara yang paling praktikal yang UMNO boleh lakukan ialah memecat Tengku Razaleigh dari UMNO. Jikalau dilihat, UMNO ibarat menatang minyak yang penuh terhadap ahli parlimen Zahrain Hashim dan mengabaikan pemimpin veteran dan berpengaruh seperti Tengku Razaleigh.

Jadi, jika Tengku Razaleigh membentuk sebuah organisasi seperti Amanah, mengapa UMNO dan Zahrain perlu rasa terganggu? Apakah ianya perasaan iri hati sahaja sedangkan veteran UMNO itu yang hampir dilupakan serta tidak menikmati penghormatan yang sepatutnya dalam UMNO?

Tengku Razaleigh sebenarnya boleh menjadi satu-satunya orang yang boleh menyelamatkan Malaysia daripada perniagaan rakus dan oligarki politik.

Walaupun Pakatan Rakyat sudah tentu mengalu-alukan Tengku Razaleigh untuk bersama dengan mereka, mereka juga mungkin sedar akan pendirian veteran UMNO ini.

Tengku Razaleigh tidak mungkin meninggalkan UMNO. Itu mungkin insentif di sebalik serangan getir dan dakwaan Zahrain Hashim terhadap Pakatan Rakyat dan Tengku Razaleigh. Beliau telah mencabar Tuan Guru Nik Aziz supaya bersumpah bahawa tidak bertemu dengan Tengku Razaleigh bagi tujuan mengajaknya menyertai Pakatan Rakyat.

Namun Tuan Guru Nik Aziz memberi kata-kata sinis, bahawa Zahrain adalah sampah dan tidak perlu layan seranganya. Satu-satunya cara untuk berhujah dengan Zahrain dengan memberitahu beliau perjumpaan benar-benar berlaku.

Kenapa Zahrain perlu iri hati dengan Pakatan Rakyat sekiranya rundingan dengan Tengku Razaleigh benar-benar berlaku? Apakah matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan yang memerintah sekarang dan melakukannya melalui cara yang tidak demokratik?

Ia adalah ini sikap yang lebih berhikmah apabila pembentukan Amanah yang dipelopori oleh Tengku Razaliegh yang bertujuan untuk menjadi institusi 'check and balance' dalam kerajaan.

Dan ianya dikatakan sikap agresif dan paranoia pemimpin UMNO. Jika kuasa dipegang oleh perasuah yang menjadikan badan kehakiman, pasukan polis seperti budak suruhan mereka sudah pasti kerajaan seperti ini wajib di singkirkan.

Dipetik daripada blog Addin

http://www.sinarharian.com.my/bterkini/13287.asp


Pengkhianat dan penderhaka sebenar sudah terang lagi bersuluh

Dengan beberapa jam sahaja setelah didedahkan, status pemastautin tetap telah menjadi warganegara, tidakkah itu memberi isyarat hakikat sebenarnya bahawa terdapat pengkhianat yang mengancam keselamatan negara dan mengkhianati kedaulatan Raja-raja Melayu di Jabatan Pendaftaran Negara dan SPR?

Manakah lebih bahaya antara mereka yang membawa baju T yang bergambarkan Rashid Maidin dan tokoh-tokoh PKM yang tak tahu entah di mana dan uzur-uzur belaka dan yang berdemonstrasi aman BERSIH 2.0 ATAU mereka yang ‘menganugerahkan kerakyatan’ kepada warga asing dalam masa dua tiga jam sahaja tanpa penilaian ketat demi tuan mereka meraih undi dalam pilihanraya negara?

Siapakah yang lebih wajar dituduh berniat ‘memerangi’ (kalau hendak sangat guna tuduhan ini) Yang Dipertuan Agong, antara mereka yang membawa T-shirt bergambar tokoh-tokoh PKM yang telah uzur ATAU mereka di Jabatan Pendaftaran Negara yang ‘menganugerahkan, mengarah menganugerahkan’ ‘taraf warganegara segera’ kepada warga asing yang tidak diketahui tahap kesetiaannya kepada negara dan Raja-raja Melayu?

Kalau hendak sangat gunakan Undang-undang Darurat (EO) kepada kepada rakyat, siapakah yang lebih patut ditahan dibawa EO ini, antara mereka yang membawa T-shirt….T-shirt tokoh PKM yang umum telah arif sangat, tokoh-tokoh itu sudah tidak laku lagi di mana-mana ceruk dunia pun, ATAU pihak-pihak di JPN (Jariah ?) dan SPR (Aziz dan Wan Ahmad ?) yang ‘menganugerahkan warganegara mie segera’ dan ‘masukkan dalam daftar pemilih pilihanraya’ demi mengampu para pemimpin Umno/Bn yang telah hilang kewarasan dan pedoman?

Jelas, bukan rakyat marhaen yang dahagakan keadilan dan integriti ini, yang mengancam dan membahayakan keselamatan negara dan mengkhianat kedaulatan Raja-raja Melayu tetapi pihak-pihak tertentu yang sudah terang lagi bersuluh!

Kini telah mula kedengaran di kampung-kampung Melayu keresahan mengenai hal ini dan mengenai cincin RM24 juta! Selamat datang PRU ke 13!

http://garamlada.blogspot.com

Politik Hingga Ke Tandas Masjid | UMNO PARTI YAHUDI (Gambar Menarik)



Salam Ramdhan untuk semua, moga dirahmati =)

Sebelum melepas hajat, ni hasilnya...sempat mengambil gambar tandas sebuah masjid di Lembah Klang. Politik hingga ke tandas masjid. Huh! Orang Malaysia memang suka politik! Hingga ke tandas disampaikannya mesej. (Itu positifnya) Tetapi mencemarkan masjid dengan kata-kata kesat dan contengan bukan-bukan juga bukan amalan umat Islam. (Itu negatifnya).

Bersempena Ramdhan yang mulia, teruskan berpolitik dengan lebih bijak, elakkan caci maki fitnah sana sini. Kerna kita tahu semua punya idealisme yang berbeza. Saling hormat-menghormati. Si nakhoda perlu memandu kapal sebaik mungkin supaya anak kapal tidak membocorkan kapal hingga karam akhirnya.

*UMNO ialah United Malays National Organisation dalam bahasa Melayunya, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Pembetulan kepada tulisan di tandas =)

http://www.mohamadazhan.com

Guna sahaja dakwat kekal, batalkan biometrik

PETALING JAYA, 6 Ogos: Pakatan Rakyat hari ini mendesak kerajaan membatalkan sahaja hasrat menggunakan sistem biometrik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang kerana dilihat banyak mengundang masalah berbanding manfaat yang diperoleh.

Bercakap pada sidang media di pejabat pakatan rakyat hari ini, ahli parlimen Pakatan Rakyat berkata sejak sistem itu digunakan untuk program pemutihan pendatang asing tanpa izin, pelbagai laporan tentang kepincangan sistem itu dikemukakan.

Bukan itu sahaja, beberapa pendedahan terbaru juga jelas mereka menunjukkan sistem itu tidak mampu menyelesaikan masalah yang dibangkitkan berhubung undian berganda pada pilihan raya.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata, sewajarnya kerajaan kembali semula kepada tuntutan Bersih iaitu menggunakan dakwat kekal yang setakat ini diyakini penyelesaian terbaik untuk mengatasi pengundian berganda.

"Sementara tidak ada teknologi canggih selesaikan masalah ini, maka kembalilah kepada tuntutan Bersih untuk guna dakwat kekal.

"Kita dah buat eksperimen di Pulau Ketam untuk pilih ketua kampung. Pegawai Daerah guna inai sahaja. Semua berjalan lancar dan tiada sebarang kekeliruan berlaku," katanya.

Turut serta pada sidang media itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr. Dzulkefly Ahmad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Liew Chin Tong (Bukit Bendera).

Selain itu, turut dipersoalkan kos yang terlalu tinggi dibelanjakan untuk sistem biometrik yang manfaatnya masih 'meragukan' itu.

"Kita nak tahu siapa dapat projek pemutihan warga asing tanpa izin ini.

"Kita harap kerajaan telus dalam hal ini," kata Tian lagi.

Mengulas lanjut isu pengundian berganda, Tian berkata sistem biometrik hanya boleh mengesahkan pengundi itu mempunyai kad pengenalan sah namun tidak mampu mengesan mereka yang mempunyai lebih dari satu kad pengenalan.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan seharusnya bersedia sepenuhnya terlebih dahulu dan tidak "over confident" dengan sistem baru yang mahu digunakan.

Ia bukan sahaja mengundang keraguan, malah turut membazirkan wang rakyat.

Maka ujarnya, kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menggunakan dakwat kekal sahaja seperti yang dituntut rakyat.

Sementara itu Liew Chin Tong turut mengingatkan Datuk Seri Najib bahawa perdana menteri itu masih ada tiga hari lagi untuk memanggil sidang tergempar parlimen dari tempoh seminggu yang diberikan pakatan rakyat.

Sidang itu khas bagi membincangkan pendedahan banyak pihak berhubung isu pertukaran status penduduk tetap PR kepada warganegara dalam masa beberapa jam sahaja dan didaftar sebagai pengundi.

1 Malaysia dah tahu... Cuma PIHAK BERKUASA je buat-buat tak tahu...!!!

'Saksi sahkan gas dilepas ke Tung Shin'

Kenyataan saksi dan bukti "konsisten" menunjukkan gas pemedih mata dilepaskan di perkarangan Hospital Tung Shin pada perhimpunan BERSIH 2.0 bulan lalu, demikian kesimpulan laporan Tenaganita kepada Suhakam.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 3NGO itu menyerahkan laporan lapan halaman semalam, yang merupakan kompilasi testimoni 18 saksi yang berada di tempat kontoversi hospital dan Hospital Bersalin Cina sekitar Jalan Pudu.

"Tiada provokasi terhadap polis oleh peserta (tiada gangguan lisan, tidak menghamburkan kata-kata kasar dan tiada provokasi fizikal) meski pun hakikatnya kami dikepung ke hujung jalan dan TIDAK dibenarkan bersurai atau berarak," laporan itu dipetik.

Daripada kenyataan itu, tambah laporan Tenaganita, peserta perhimpunan di tempat itu menunjukkannya berlangsung dengan "aman dan tertib", berbeza sama sekali dengan laporan media arus perdana sebelum ini.

ZAHRAIN GANTI ANWAR SEBAGAI KETUA PEMBANGKANG ?

Oleh: WFAUZDIN NS

NAMPAKNYA Zahrain katak sudah tertekan apabila segala perancangan beliau untuk memburukkan imej DS Anwar khususnya, dan PKR amnya semuanya gagal dan menemui jalan buntu. Langkah Zahrain mudah dibaca kerana semua orang tahu punca mengapa Zahrain menjadi `katak' dan mengapa beliau terlalu berdendam dengan Anwar.

Apabila Zahrain katak ini membuka cerita kononnya Tuan Guru Nik Aziz ada berbincang dengan Ku Li untuk melantik Ku Li sebagai pengganti Anwar jika Ketua Pembangkang ini dipenjarakan, cerita yang dibawa oleh Zahrain katak ini langsung tiada nilai berita kerana Tuan Guru Nik Aziz telah menjawabnya secara terbuka dan dipetik oleh akhbar Sinar sebagai `Lawak Jenaka'. Sememangnya Zahrain katak suka membuat lawak bodoh dan lawaknya hanya laku di Utusan Meloya dan TV 3 suku sahaja.

Semalam, Zahrain katak buat sambungan lawak jenakanya lagi. Beliau mencabar Tuan Guru Nik Aziz buat kenyataan terbuka tentang isu tersebut. Baca di sini. Apakah Zahrain katak buta tidak membaca apa yang tersiar oleh akhbar? Jika Zahrain katak cuma `beriman' dengan Utusan Meloya, memanglah beliau tidak akan tahu sampai kiamat. Akhbar Sinar telah pun memetik kenyataan Tuan Guru Nik Aziz berkaitan isu tersebut dan kenyataan itu sudah pun dikira terbuka. Mahu terbuka bagaimana lagi, wahai zahrain katak?

Amat jelas, Zahrain katak merasa tertekan sekarang kerana segala tipu daya beliau mudah dapat dihidu dan paling memalukan ianya menjadi bahan lawak jenaka. Kita tunggu apakah lawak jenakanya selepas ini. Jangan terperanjat jika Zahrain katak akan mendakwa Anwar mahu Zahrain katak sendiri menggantikannya sebagai Ketua Pembangkang. Ha ! Ha ! Ha ! /wfauzdin.blogspot.com

Mengapa Wajah Tidak Berseri Ketika Solat?

Oleh: BayangDiAir

"Ya Allah, baru kusedari bahawa wajahku tidak pernah senyum apabila sedang berhadapan dalam majlis-Mu. Sedangkan solatku ini adalah berhadapnya aku dengan-Mu, Kekasihku. Adakah aku tidak ikhlas dalam berhadapan dengan-Mu dalam solat ini, wahai Tuhanku?

Ya Allah, beratnya wajahku BAGAI aku menanggung beban yang sangat hebat. Tiada seri dan ceria pada air muka ini. Bagai air kolam yang bertakung begitu lama. Tiada riak, bagai angin tak pernah sampai di sini. Mengapa jadi begini?

Ya Allah, bukankah aku sedang berdiri, rukuk dan sujud. Menyerahkan diri ini kepada-Mu. Kerana Engkaulah Tuhan Yang Maha Indah. Sewajarnya aku sedang menikmati keindahan-Mu ya Zul-Jalal Liwal Ikram. Bukankah wajah ahli syurga akan berseri-seri di syurga kerana dapat memandang Zat-Mu?


Ya Allah, apakah hambamu ini belum mencapai martabat ihsan? Aku belum mampu beribadat seolah-olah aku yakin Engkau melihatku atau aku seolah-olah sedang melihat Engkau? Kalau benar aku ini ihsan ya Allah, tentulah wajahku berseri-seri di dalam solat. Bukankah begitu wahai Kekasihku?

Ya Allah, sewajarnya wajahku ceria ketika patah-patah ayat suci bermesra di lidahku. Sewajarnya air mukaku kelihatan gembira ketika aku qiam, rukuk dan sujud kepada-Mu. Aku sewajarnya tersenyum dan berwajah permata kerana Engkau-lah yang sedang berada di majlis amalan cintaku.

Ya Allah, kalau hamba-Mu akan gembira dapat melihat Zat-Mu di syurga kelak, apakah aku tidak patut gembira dalam solat ini? Bukankah solat ini telah menemukan aku rapat dengan-Mu, ya Allah. Bukankah yang sedang berada di depanku sekarang ialah Engkau, wahai Kekasihku?

Ya Allah, aku tidak pernah menunjukkan wajah senyumku kepada-Mu ketika solatku. Aku takut kepada-Mu ya Allah kerana dosa-dosaku. Namun, hati ini sangat gembira sebenarnya kerana Engkaulah di depanku. Sebagaimana Engkau janjikan ahli syurga gembira berhadapan dengan Kekasih di dalam syurga, izinkanlah di dunia ini, dalam solat yang singkat ini, aku merasai pengalaman syurga ya Allah. Biarlah manusia lain berwajah berat menanggung beban solat, namun aku lebih rela berwajah ceria kerana kegembiraanku dapat berada dalam majlis-Mu telah mengatasi rasa takut dan berat bebanku.

Ya Kekasih para mukmin, kurniakanlah kepada kami wajah berseri-seri dalam solat ini. Kurniakanlah kami ihsan yang menjadikan kita bukan lagi sekadar rapat dengan kata-kata tetapi telah rapat menyelinap di dalam jiwa. Dunia solat yang singkat ini adalah pancaran dunia syurga. Di mana sahaja kami berada, izinkan kami melihat dengan haqqul yakin kewujudan-Mu Yang Terindah. Sesungguhnya, gembira kami telah mengatasi rasa takut ini kerana kami sedar betapa melimpah-ruahnya kasih sayang dan keampunan-Mu. Perkenankanlah cita-cita kami wahai Zat Yang Maha Suci.

DILARANG MELETAKKAN GELAS YG BERISI AIR DI ATAS MEJA PENGKULIAH...

amaran kpd penganjur kuliah subuh: DILARANG MELETAKKAN GELAS YG BERISI AIR DI ATAS MEJA PENGKULIAH...harap maklum..kwang,kwang,kwang!!
4 hours ago · ·




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...