TERKINI :

Tuesday, July 26, 2011

Najib takut Bourdon, rakyat makin curiga

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Ketakutan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap kehadiran peguam Perancis, William Bourdon yang berusaha membongkar skandal pembelian Scorpene menguatkan lagi kecurigaan rakyat, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar).

"Bila Najib nampak sangat begitu takut dengan kehadiran Bourdon sehingga ke peringkat membatalkan lawatan dan percutiannya di luar negara, kelakuannya itu menguatkan lagi kecurigaan rakyat terhadap penyelewengan dalam pembelian Scorpene dan kaitan dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

"Tidak timbul sebarang tuduhan terhadap Najib, tetapi kelakuannya yang memaksa rakyat merasa curiga.

"Ketakutan Najib yang begitu ketara terhadap kehadiran Bourdon ke negara ini menguatkan lagi sangkaan dan keraguan rakyat terhadapnya," kata beliau.

Mohamad juga mempersoalkan, jika tidak bersalah, tidak menipu, tidak berdusta dan tidak berlakon seolah-olah tidak ada apa-apa berlaku, mengapa amat ketara ketakutan Najib dan kelakuannya pula yang amat mencurigakan.

"Adakah Najib takut ada orang dalam di dalam Umno sendiri yang akan menggunakan kehadiran Bourdon untuk menamatkan segala peluang, kenikmatan dan faedah yang dikecapinya sebagai Perdana Menteri?

"Nasib baik Najib boleh menggunakan kuasa eksekutifnya sebagai Perdana Menteri ketika bencana besar mungkin menimpanya dengan kehadiran Bourdon," kata beliau.

Mohamad juga menyifatkan tindak-tanduk beberapa kerat konco Najib yang seolah-olah bersedia menghadapi pilihan raya untuk mewajarkan tindakannya yang pulang tergesa-gesa sebagai melucukan.

"Bagus juga kalau Najib bubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya. Kesan kemarahan sebahagian besar rakyat akibat pelbagai penipuan dan kekejaman Umno dan perkakasnya dalam menghadapi tuntutan rakyat yang sah melalui Bersih masih lagi membara.

"Lebih dari itu, Bourdon yang dihalau keluar dari negara ini akibat ketakutan Najib kini seperti harimau terluka dan akan bertindak balas.

"Kita yakin dia akan membongkar banyak perkara lagi mengenai skandal pembelian Scorpene dan pembunuhan Altantuya," katanya.

Mohamad seterusnya berkata, "Seronok juga kita hendak melihat bagaimana Najib dan beberapa kerat penyokongnya di dalam Umno menghadapi semua itu dalam musim pilihan raya".

Adakah NAJIB & ROSMAH berani ke Mahkamah..??

Peguam Anwar panggil Najib, Rosmah ke mahkamah
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Julai: Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan satu notis usul memohon peguam bela dibenarkan menemubual lima saksi, termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam perbicaraan Fitnah II sebelum beliau membela diri pada 8 Ogos depan.

Peguam Anwar, Ram Karpal berkata, tiga saksi lain termasuk Bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof dan pemilik unit kondominium, Hasanuddin Abd Hamid, lapor KeadilanDaily.

Permohonan itu difailkan Anwar menerusi Tetuan Karpal Singh & Co di Mahkamah Tinggi Jalan Duta hari ini.

Antara lain ia menyatakan, mengikut undang-undang adalah tanggungjawab pihak pendakwa memastikan mereka mengemukakan kesemua saksi untuk ditemu bual dan semua kos pula ditanggung pihak pendakwa.

“Kita menawarkan Najib dan Rosmah antara saksi yang perlu ditemubual kerana sebelum ini mereka gagal hadir ke mahkamah apabila dipanggil untuk memberi keterangan apabila mahkamah bersidang antara 6 hingga 30 Jun lalu,” kata Ram.

Peguam Anwar mahu memanggil Anwar dan Rosmah ke mahkamah kerana pasangan suami isteri itu pernah menemui pengadu, Saiful Bukhari Mohd Azlan sehari sebelum dia membuat laporan polis memfitnah Anwar.

Najib sebelum ini memberikan alasan Saiful bertemunya atas urusan biasiswa sedangkan Saiful sebenarnya adalah pelajar yang gagal menamatkan pengajian di universiti.

Namun, Polis menyukarkan persediaan pasukan peguam bela Anwar untuk menyediakan pembelaannya apabila enggan memanggil Najib untuk disiasat.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, di dalam afidavit sokongan, Anwar turut menyatakan peguamanya, S.N Nair menerima sepucuk surat daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Brickfields bertarikh 18 Julai lalu.

Ia menyebut bahawa Rodwan, Najib, Rosmah dan Musa enggan ditemu bual tetapi bersetuju menjadi saksi pihak pembelaan dengan syarat sapina dikeluarkan terhadap mereka.

“Sementara Hasanuddin enggan ditemu bual kecuali jika ia dilakukan dengan kehadiran peguamnya,” kata Anwar dalam afidavitnya.

Anwar berkata, jika kesemua saksi itu gagal hadir untuk ditemu bual peguamnya, bermakna beliau dinafikan hak untuk perbicaraan adil.

Daripada 25 orang yang dikenal pasti untuk ditemu bual pihak pembelaan, hanya lima ditemu bual setakat ini.

Mereka ialah bekas ratu pecut Datuk Mumtaz Jaafar; Dr Mohd Osman Abd Hamid, bekas doktor Pusrawi; adik perempuan Mohd Saiful Bukhari Azlan, Saidaiti Azlan; Seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) bernama Dr Daniel dan Khairil Anaz Yusof, bekas pegawai khas Najib semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Pada 13 Julai lalu, hakim perbicaraan, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 8 hingga 26 Ogos depan untuk mendengar hujahan pihak pembelaan.

Manakala pada 16 Mei lalu, Hakim Mohamad Zabidin yang turut dipertikaikan kredibilitinya kerana kerap bersifat berat sebelah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan sukarelawan KEADILAN, Saiful, yang merupakan pengadu kes itu kononnya ialah saksi boleh dipercayai dan berwibawa.

Pada penghujung kes pendakwaan, pihak pendakwaan mengemukakan 71 saksi, yang mana pihak pembelaan memilih untuk menemu bual 25 orang.

Pada 7 Ogos 2008, Anwar, 63, mengaku tidak bersalah terhadap dakwaan meliwat Saiful di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008.

SPR: Kami tiada kuasa, hanya Putrajaya boleh tunai tuntutan Bersih 2.0

Wan Ahmad Wan Omar (kiri) menjawab soalan hadirin pada Wacana Apa Selepas 9 Julai anjuran Kumpulan Media Karangkraf hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
SHAH ALAM, 26 Julai — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meminta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengemukakan lapan tuntutan berkaitan pembaharuan sistem pilihan raya kepada Putrajaya, bukannya kepada agensi itu.

Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.

Jelas beliau, SPR tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melaksanakan lapan tuntutan itu kerana ia terikat dengan undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.

Lapan tuntutan Bersih 2.0 adalah agar SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

“SPR ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan sebagai badan mengurus pilihan raya, kita bukan badan penguatkuasaan ... kita tiada kuasa.

“Kita disokong beberapa akta lain seperti Akta Polis, Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi dan beberapa akta lain yang mana apabila kita mengadakan pilihan raya kita bukan hanya dikawal oleh peraturan sendiri tapi turut dikawal undang-undang lain ... jadi janganlah salahkan kita,” kata Wan Ahmad pada program bertajuk “Apa Selepas 9 Julai” anjuran Kumpulan Media Karangkraf.

Justeru tegas beliau, SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasakan dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Jabatan Peguam Negara.

“SPR bukan badan yang buat undang-undang, apa yang kita boleh lakukan adalah cadangkan undang-undang ini kepada Peguam Negara ... Peguam Negara yang akan buat draf undang-undang sebelum bawa ia ke Parlimen untuk dibahaskan.

“Proses buat undang-undang daripada SPR kepada Peguam Negara, Peguam Negara kepada Parlimen ... kalau nak tukar sistem pilihan raya, ia melibatkan dasar kerajaan dan hanya pemerintah sedia ada yang boleh lakukan.

“Kalau anda (Pakatan Rakyat) memerintah juga sama, jangan aggap SPR sebagai musuh,” katanya di hadapan kira-kira 300 orang.

Turut menjadi panel wacana kali ini ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevesan dan penganalisis politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.

Wakil SPR kena 'boo' dalam debat dengan Ambiga

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar hari ini berdepan dengan hadirin yang mencemuhnya dalam debat dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

NONEBeliau juga kena 'boo' beberapa kali sehingga terpaksa merayu kepada hadirin supaya memberinya peluang membuat penjelasan dalam debat yang dianjurkan oleh Kumpulan Karangkraf, sebuah pertubuhan media yang menerbitkan Sinar Harian dan beberapa majalah popular yang lain.

Wan Ahmad bertegas menjelaskan bahawa SPR tidak mempunyai kuasa menguatkuasa dan menolak tanggungjawab meminda undang-undang pilihan raya kepada Pejabat Peguam Negara.

“Jangan anggap SPR sebagai musuh,” rayunya.

Dalam tindakbalasnya, Ambiga membidas SPR kerana tidak mengambil langkah pro-aktif meminda undang-undang yang lapuk.

NONE“Awak yang menganggap orang ramai sebagai musuh. Jika SPR bertindak terhadap cadangan pembaharuan, kami akan sokong anda. Kami akan berjuang bersaam anda,” katanya sambil diberikan tepukan gemuruh oleh hadirin.

Panel itu turut dianggotai oleh profesor dari UKM Datuk Shamsul Amri Baharuddin.

Ramadan: Tarikh lihat anak bulan Ahad ini

July 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah pada petang Ahad ini, 31 Julai bersamaan 29 Syaaban 1432 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Bernama Online melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja mempersetujui cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui radio dan televisyen pada malam itu juga.

Ayuh kakitangan kerajaan.. jangan gigit tangan yang menyuap

Kakitangan kerajaan atau disebut kakitangan awam adalah rakyat biasa yang bebas menyertai atau menyokong mana-mana parti politik. Bebas juga untuk mereka tidak menyokong mana-mana pihak pun namun dalam kerajaan mereka adalah pekerja yang berkhidmat untuk rakyat.

Alhamdulillah bila PAS mengambilalih kerajaan, kakitangan awam negeri berjaya diberi kefahaman bahawa mereka berkhidmat untuk kerajaan dan rakyat dan bukan untuk parti politik yang memerintah. Mereka merasa selesa sekarang setelah 50 tahun mereka diperkudakan 'bekerja untuk UMNO/BN'.

Masalahnya ialah kakitangan awam kerajaan Pusat. Walaupun tidaklah semua, tetapi masih terdapat kakitangan yang bekerja seolah-olah mereka dibayar gaji oleh UMNO/BN. Contoh mudah ialah RTM, bekerja seolah-olah mereka pekerja sepenuh masa UMNO/BN. Siang malam pagi petang jadikan RTM medium kempen BN serta memburukkan PR.

Jika anda melangkah masuk ke pejabat kerajaan negeri, terpampang gambar Perdana Menteri dan Menteri Besar yang diframekan. Malangnya jika masuk ke sebahagian (tidak semua) pejabat kerajaan Pusat, yang ada cuma gambar PM, tiada gambar MB. Sebenarnya ia bukan arahan atau pekeliling dari atas suruh tiadakan gambar MB, cuma inisiatif pegawai tertentu yang merasa dirinya dibayar gaji oleh UMNO/BN.

Sedarkah mereka bahawa gaji yang mereka terima setiap bulan adalah dibayar dari duit cukai yang dikutip oleh rakyat jelata termasuk ahli-ahli PAS, PKR dan DAP? Ada ahli PAS di kampung 'merah bijik mata' cari duit nak bayar road tax... duit cukai itu yang diguna untuk bayar gaji ketua jabatan kerajaan Pusat (sebagai contoh).

Nak harap UMNO bayaq gaji untuk rakyat...? sapu duit rakyat lagi ada! Jadi kalau gaji anda dibayar oleh rakyat, mengapa mesti gigit tangan rakyat yang menyuap? Bukan nak suruh kakitangan awam kerajaan Pusat masuk PAS atau sokong PR, tapi buatlah kerja dengan ikhlas, professional untuk memberi khidmat kepada rakyat.. bukan bekerja untuk kepentingan politik UMNO/BN.

Susulan isu Wahabi, Asri tulis warkah sentuh tanggungjawab polis

July 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, yang semalam mendapat perhatian ekoran laporan bahawa menjadi fokus pihak berkuasa berhubung isu Wahabi dan terorisme, hari ini menulis warkah sambil meminta polis dapat mempertahankan keadilan sebaik mungkin agar “dibenci” dan “diragui” rakyat.

Bekas mufti Perlis ini berkata bidang tugas dan kuasa “saudara yang menghalang kezaliman itu, jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya.”

“Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya,” kata beliau dalam tulisannya bertajuk “Warkah Buat Saudaraku Anggota Polis”, yang bersifat umum, yang diedarkan kepada media hari ini.

Tulisannya tidak merujuk kepada mana-mana kes khusus.

Mengikut laporan media semalam, Majlis Keselamatan Negara telah memutuskan agar agensi agama negeri dan para mufti memantau pergerakan fahaman Wahabi dan dipercayai boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

Asri (gambar) dilaporkan antara nama yang disenaraikan. Turut disenaraikan ialah mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan sekitar 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Asri dari dulu menafikan beliau mengamalkan fahaman Wahabi.

Hari ini dalam tulisannya, kata Asri, jika keadaan itu berlaku, maka “rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas.”

“Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui,” kata beliau yang tidak merujuk kepada mana-mana kes secara khusus.

Asri, yang dilihat sebagai tokoh agama progresif, banyak memberikan pandangan peribadinya mengenai isu-isu semasa termasuk yang terbaru mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung pada 9 Julai.

Pihak polis diberi tanggungjawab menangani perhimpunan 9 Julai, tetapi tindakan mereka disifatkan sebagai terlalu oleh sesetengah pihak dan mengakibatkan mereka berhadapan kritikan dan kecaman.

Pentadbiran Najib mempertahankan tindakan polis.

Asri antara lain berpandangan bahawa rakyat harus diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun.

Dalam tulisannya hari ini, Asri juga berkata pasukan polis boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab di hadapan Allah.

“Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat.

“Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara,” kata ahli akademik ini.

“Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: ‘Benar adalah amanah, bohong adalah khianat’. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia,” kata Asri lagi sambil menyifatkan tulisan ini sebagai “pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya.”

Katanya, tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak di mana rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua.

“Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara.

“Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara,” katanya lagi.

Asri seterusnya berkata tiada siapa yang dapat menyelamatkan dirinya daripada hukuman Tuhan.

Kata beliau, seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya atau si mangsa juga mungkin terlupa ataupun pergi menemui Ilahi terlebih dahulu.

“Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa.

“Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana,” kata beliau lagi.

Sambil menarik perhatian bahawa dunia ini sementara, kata Asri, setiap “kita akan ada hari akhirnya.”

“Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan,” katanya lagi.

Adakah K'jaan Najib akan wujudkan semula Majlis Antara Agama [IRC]

Gereja Katolik syor Putrajaya adakan kementerian hal ehwal bukan Islam

July 26, 2011

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Gereja Roman Katolik di sini akan meminta Putrajaya mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam ekoran hubungan dua hala dengan Vatican, kata Ketua Biskop Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam.

Ketua Persidangan Biskop Katolik Kebangsaan juga telah menghidupkan semula penubuhan majlis antara agama, antara lain untuk membantu mengakhiri konflik antara agama, etnik dan kebudayaan semasa di negara ini.

“Saya sudah berkomunikasi dengan Holy Father bahawa kita berharap untuk melihat pewujudan Majlis Antara Agama (IRC) yang akan menyertakan pemimpin-pemimpin utama dan perwakilan dari semua kumpulan agama; pewujudan sebuah kementerian dan pelantikan seorang menteri bertaraf penuh untuk menguruskan hal ehwal bukan Islam,” kata Pakiam dalam mesej formal kepada kesemua Katolik hari ini selepas beliau kembali dari menyertai rombongan kerajaan Malaysia ke Rom bagi mewujudkan hubungan diplomatik dengan Pope Benedict XVI minggu lalu.

Idea untuk mewujudkan kementerian hal ehwal bukan Islam dibangkitkan oleh biskop dari Kuching, Datuk Bolly Lapuk pada Mac lalu ekoran penahanan 35,000 kitab Injil versi Bahasa Malaysia oleh Kementerian Dalam Negeri - yang diimport dari Indonesia untuk penganut Kristian.

Syor itu bertujuan untuk memberi tekanan ke atas Putrajaya agar mengadakan satu portfolio khas untuk menjaga hal ehwal bukan Islam ekoran mewujudkan hubungan diplomatik dengan ketua Gereja Katolik.

Katanya, beliau telah meminta Pope memaklumkan “harapan dan inspirasi gereja tempatan” melalui Ketua Biskop Leopoldo Girelli yang pernah ditugaskan sebagai wakil ke Malaysia.

Pakiam menambah bahawa pihaknya juga berharap Putrajaya membenarkan Katolik meneruskan seminar latihan paderi untuk menggalakkan penganut Kristian-Katolik mendapat pendidikan dan kursus guru selain mewujudkan hubungan dua hala antara institusi agama Islam dan Pontifical Institute for Arabic and Islamic Studies.

“Saya percaya poin-poin ini, jika tidak dibangkitkan dalam perbincangan antara Holy Father dan Perdana Menteri, akan dibangkitkan dalam saluran-saluran diplomatik akan datang,” katanya lagi.

Pakiam berkata hubungan diplomatik memberi faedah kepada Katolik yang mana ia memberikan mereka “suara yang lebih baik dalam masyarakat Malaysia” menambah akan mempertahankan nilai-nilai yang perlu dilindungi.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang menubuhkan portfolio majlis eksekutif untuk menjaga isu-isu keagamaan bukan Islam pada Februari tahun ini sempena Minggu Harmoni Antara Agama Dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Idea untuk mewujudkan IRC dibangkitkan pada 1980 namun mendapat bantahan dari organisasi Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak telah menubuhkan satu jawatankuasa antara agama pada April tahun lalu, namun terganggu sedikit ekoran kematian ketua panelnya yang pertama iaitu Datuk Ilani Isahak pada 24 Februari lalu.

Dr Chandar Sesekali Perlu Turun Dari Kerusi Roda

Dr Chandra Muzaffar terus berkata-kata dari atas kerusi rodanya seolah-olah kerusi roda yang membawanya ke sana ke mari dengan dibantu orang tidak menghadkan pandangan dan pengamatannya. Meskipun dalam keadaan sukar bergerak bebas seperti kebanyakan orang itu Chandra membuktikan bahawa keupayaan sebenar seseorang itu ialah akal tetapi bukan fizikal.

Fizikal hanya mempamirkan kekuatan tenaga zahir seseorang itu. Tetapi akal pula menunjukkan sejauh mana geniusnya (nilai) seseorang itu. Namun pun begitu beliau harus juga menyedari dan insaf bahawa kelemahan fizikal itu boleh mencacatkan kehidupan seseorang manusia itu. Betapa ia genius hebat dan sebagainya tetapi kecacatan membunuh kesempurnaan dia sebagai manusia.

Manusia akan jadi sempurna kalau dia boleh berkata-kata mengeluarkan idea yang baik dan boleh pula berjalan dan berlari sekuat hati di atas pandang. Boleh turun ke segenap jerung bumi ini dan melihat sendiri apa yang berlaku dan bergolak tanpa mengharap bantuan daripada orang atau hanya sekadar menonton tv dan membaca surat khabar.

Melibat sendiri dalam peristiwa seperti himpunan Bersih atau berdemonstrasi jalanan lebih real daripada membaca laporan dari surat khabar ataupun mendengar penjelasan polis yang terpaksa membohongi fakta sebenar kerana sebab-sebab tertentu misalnya untuk menjaga imej pasukan atau pun diarah bercakap mengikut skrip.

Betapa meluas laporan dan cerita yang disampaikan kepada kita tetapi ia tidak sama dengan apa yang kita rasa dan alami sendiri. Ceritalah mengenai kemanisan dan kelazatan madu tetapi ianya tidak sahih selagi tidak diletak pada lidah kita.

Saya ingin mengomen sedikit tentang pandangan Chandra kepada Anwar Ibrahim. Sebelum itu saya ingin menyatakan kemusykilan saya berhubung sikap dan pendirian Chandra. Saya hairan sebenarnya kerana seorang intelektual akal seperti beliau boleh salah membuat pilihan. Mulanya dia adalah timbalan presiden Keadilan, satu-satunya orang cacat intelektual menyokong Anwar Ibrahim. Sokongan beliau pada awal itu memberi keyakinan kepada yang lain. Dalam erti kata lain Chandra menjadi aset kepada Keadilan dan menjadi kebanggaan para pendokong reformasi.

Apakah ketika itu Chandra salah dalam membuat perhitungan? Kalau salah, maka tepat apa yang saya katakan tadi, bahawa ketidaksempurnaan fizikalnya menyebabkan ia salah dan cacat dalam membuat perhitungan. Sewajarnya seorang inteletual yang menjadi pengerusi sebuah badan keadilan bertraf dunia menilai sebaik mungkin sebelum terjerumus dalam badan siasah. Sangatlah memalukan dan membahayakan kalau seorang intelektual membuat salah, kerana kesilapan itu menyusahkan banyak orang. Orang bodoh selalunya mengikut orang cerdik demikian lumrah alam.

Saya sendiri sudah meragu awal-awal lagi dengan penglibatan serius Chandra dalam politik ketika itu. Saya hanya membilang hari saja untuk melihat apa yang akan berlaku selepas itu. Saya kira keintelektualan yang ada kepada beliau tidak akan dapat menerima asakan politik yang penuh dengan game dan hipokrit. Fizikal beliau yang lemah itu boleh menerima politik, tetapi bukan akalnya. Adakalanya politik memerlukan kekuatan fizikal sekali terutamanya kalau berdepan dengan aksi-aksi politik biul seperti dilakukan Perkasa(m).

Ternyata tidak lama beliau menjujung Anwar dengan politik menerusi jawatan nombor dua dalam parti itu kemudian beliau memusing semula kerusi rodanya kembali kepada asal. Kini beliau sudah mengunci kereta rodanya atas pentas Kerajaan apa lagi sesudah kerajaan bersimpati menghulurkan berbagai bantuan untuk tujuan meningkatkan daya intelektual.

Hari ini beliau membuat analisa bahaw Anwar kini telah menjadi libaliti kepada pembangkang. DAP dan Pas jadi serba salah dengan Anwar, katanya. Tentu beliau ada teori akademiknya sendiri dengan pandangan itu. Mungkin Chandra melihat kemelut diri yang ada kepada Anwar; dituduh meliwat, video lucah dan sebagainya.

Kalau itulah andaian dibuat Chandra untuk menuduh Anwar sebagai libaliti sekali lagi beliau tersasar. Beliau tidak mengerti dan memahami politik sebenarnya. Sepak terang politik yang kontras dengan nilai tulen kemanusiaannya tidak difahami. Dalam politik tidak ada kebenaran, kejernihan jauh sekali keikhlasan. Chandra sendiri bila terbabit dengan politik menghadapi kemusnahah keikhlasan dan menipu diri sendiri. Langsung itu telah mengurangkan keghaannya selama ini.

Apa liabiliti yang dimaksudkan. Liabiliti bererti sesuatu yang boleh menyebabkan sesuatu keadaan itu terjejas kerananya. Ertinya Anwar itu boleh menjejaskan politik DAP dan Pas. Apakah hakikat itu berlaku kini? Apakah pengaruh Pas dan DAP sudah berkurangan?

Sekali lagi Chadra tersilap membuat perhitungan dan sudah pasti maklumat untuk beliau mencerakinkan pandangan itu datang dari sumber salah dan terhad. Beliau jelas mengambilnya dari pembacaan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian atau menonton Tv3 dan RTM sahaja yang selamanya akan memberi laporan yang 'renyuk' kepada pembangkang. Kalau Chandra membaca atau mencipta persepsi dari sumber media yang renyuk maka pemahaman dan akal Chandra juga akan turut menjadi 'renyuk petuk'. Kalau ini berlaku tidak salah kerana keadaan dirinya menyebabkan beliau terhad untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya.

Kemampuan Anwar menjadi penyatu kepada dua kumpulan berbeza ideologi dan pendekatan (uslub) sebelum ini (Pas dan DAP), adalah asas kekuatan dan nilai Anwar hari ini. Nilai dan kemampuan Anwar inilah yang meletakkan namanya indah dalam minda DAP dan Pas. Ini sudah menjadi kenyataan dan Chandra sendiri suka tidak suka mengakuinya.

Umum menerimanya, kalau bukan kerana Anwar, Pas dan DAP tidak akan dapat bersatu. Dalam usaha ini Anwar berjaya memainkan peranan menyakinkan kedua parti itu betapa pentingnya bersama kalau mahu mengusirkan UBN dari menjadi kerajaan. Situasi dan kondisi ini masih berlaku. Anwar bejaya menakhtai usaha ini dalam membawa Pakatan Rakyat ke depan dan menjadi ratu rebutan Pas dan DAP demi kuasa.

Jadi di manakah liabiliti yang disebutkan oleh Chandra tadi? Sekali lagi saya nak ulang supaya Chandra dan sesiapa juga jelas mengenai keadaan ini. Dalam politik yang diamalkan hari ini ialah kemenangan, keuntungan. Apa saja yang boleh dijadikan modal besar untuk kejayaan politik perlu diambil. Politik Malaysia menjadi seperti daging babi di waktu darurat, ianya dihalalkan. Seandainya tahi boleh dijadikan modal orang politik tetap mengambilnya meskipun busuk.

Demikian dengan keberadaan Anwar kepada Pas dan DAP itu. Anwar umpama daging babi tadi atau macam tahi. Ia haram dari segi teori orang-orang seperti Chandra tetapi ia satu keperluan kepada Pas dan PKR dan seuatu yang perlu digunakan kerana ia menguntungkan kedua parti berkenaan. Jadi liabiliti sebenarnya dengan wujud dan hidupnya Anwar bukan kepada Pas dan DAP tetapi parti asal Anwar Ibrahim dan juga kepada Chandra sendiri.

Untuk tidak memedihkan perasaan dan akal Chandra maka beliau perlu meninggalkan konsep dan pemikiran inteletualnya - permikiran berdasarkan ilmu dan rumusan yang sedia ada tidak relevan dalam dunia siasah. Tetapi cubalah berfikir di luar kotak dan mengikut aliran politik yang rencam dan tidak pernah ada kejujuran, keikhlasan dan kebenaran itu. Sekiranya Chandra berjaya membuang kerusi rodanya konservetif saya kira beliau akan dapat mengenali wajah dan erti apa itu politik dalam erti kata sebenarnya! [wm.kl.8:15 am 26/07/11]

Mohd Sayuti Omar

KEDAH AGRO : Rambutan kemana mempelam sala kemana..

Oleh anakkedahklon

KEDAH AGRO: Teguran atas kepincangan Pengurusan yang mengakibatkan CEO Plantation meletakkan jawatan serta merta.

Lagi kisah yang melibatkan GLC ,KEDAH AGRO. Akibat termakan hati dan kekecewaan yang teramat sangat. CEO Plantation yang berasal dari Sidam meletakkan Jawatan.

Puncanya ialah kerana dia berusaha pergi ke PMBked untuk mencari dana bagi mendapatkan 1 Kompartment hutan agar tidak terlepas kepada pihak lain, ini kerana syarikat kekurangan dana bagi tujuan tersebut.

Sememangnya pengurusan Syarikat Kedah Agro Holdings Bhd lah yang perlu mengusahakannya, tetapi pengurusan operasi sangat lembab, kira duk tiup lilin birthday di tingkat 6 pejabat.

Apa yang berlaku, semasa satu mesyuarat di Kedah Agro, Pengarah Urusan Kumpulan sekarang, telah terkeluar dari mulutnya bahawa mereka ini pergi duk berkampung di Pejabat Perbadanan Menteri Besar (PMBked).

Kerana perkataan inilah mereka yang bekerja di unit Plantation sangat kecewa, sehinggakan Pengurusnya hendak menangis tanpa boleh berucap dalam mesyuarat tersebut. Kerana termakan hati, Kami ini anak Kedah, Pulang ke Kedah nak tolong Kerajaan Negeri,sampai hati kami diperlakukan sebegini.

Tidak beberapa lama selepas itu, akhirnya CEO Kedah Agro Plantation Sdn Bhd menghantar surat letak jawatan 24 jam.

Inilah salah satu masalah pengurusan Kedah Agro.

Sekarang orang kampung pakat duk bising tunggu Kedah Agro bila nak datang pungut rambutan yang telah mereka janjikan sebelum ini.

Untuk projek pusat pengumpulan mempelam sala pulak, masih belum selesai membuat bayaran antaranya Agen di Alor Serdang,Kota Sarang Semut. Mereka ini orang kampung duk datang bersungut dekat kita.

Kedah Agro rasanya perlu bertukar Ketua Pegawai Operasinya jika nak lebih Maju.

Senarai Hotel yang dapat Sijil Halal di seluruh Negara...!!

Assalamualaikum,

Menjelang bulan puasa, Ramadhan al Mubarak ni dah menjadi trend banyak orang nak berbuka puasa secara buffet di hotel2.

Tak salah. Tapi sebagai amalan ingat-mengingati sesama muslim, boleh check senarai hotel yang nak di kunjungi.

Takut2 juga makanan yang disediakan untuk buffett berbuka puasa nampak menyelerakan tapi menggunakan bahan2 di ragui.

http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-hotel

semoga ada manfaat, Insha ALLAH..

Rakyat Malaysia semakin hari semakin peka dalam mencari status halal bagi sesebuah premis. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal, tetapi para pengguna haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status halal premis berkenaan dengan pihak JAKIM. Kini, bagi memudahkan pengguna, kami memberikan senarai hotel & resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC.

pic_029

Kesian ULAMAK MUDA...pulon separuh gila dok pertahankan UMNO last depakata 'TERORIST"

Isu Wahabi: Asri nasihat ulama muda kaji kedudukan mereka dalam Umno

KUALA LUMPUR, 26 Julai — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berharap ulama-ulama muda, yang menyertai Umno tahun lalu, mengkaji balik kedudukan mereka dalam parti itu ekoran tindakan pihak tertentu terus mengaitkan mereka dengan fahaman Wahabi dan aktiviti pengganas.

Isu ini menjadi perhatian ekoran laporan media semalam bahawa Majlis Keselamatan Negara (MK) telah meminta para mufti dan agensi agama negeri mengambil tindakan memantau amalan tersebut.

Asri dan 40 ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu disenaraikan sebagai pihak yang perlu dipantau.

Bagaimanapun sehingga kini belum ada pengesahan rasmi mengenai laporan media semalam.

Sehubungan itu, Asri (gambar) berkata, beliau terkejut apabila ada pihak yang menganggap sekitar 40 ulama muda, kebanyakannya merupakan rakan beliau dan menyertai parti teras Barisan Nasional (BN) itu setahun lalu, didakwa menggunakan politik sebagai platform untuk mengembangkan fahaman Wahabi dan dikaitkan boleh menjurus kepada aktiviti pengganas.

“Saya tahu mereka ini (ulama muda) bertungkus-lumus membantu Umno dalam menjalankan tanggungjawab sebagai ulama muda dalam parti politik dan menjalankan kerja-kerja mendakwah, tetapi mereka dilabelkan macam ini.

“Jadi, saya meminta mereka mengkaji semula kedudukan mereka dalam parti (Umno), sama ada mahu kekal sebagai ulama muda dalam Umno,” kata Asri kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam tulisan di laman Facebooknya semalam, Asri berkata “pada hari ini satu taklimat keselamatan diberikan kepada para mufti dan pegawai agama di seluruh negara... tamat pada pukul 1 tengah hari... beberapa tokoh dimasukkan sebagai mengancam keselamatan negara... saya pun dimasukkan juga... saya tidak kisah, memang ada pun pendapat saya yang tidak sama dengan kerajaan pusat termasuk dalam isu Bersih.”

“Namun yang peliknya 40 ulama muda Umno juga dimasukkan dalam senarai pengganas khusus Ustaz Fathul Bari (Mat Jahya)... demikian setelah mereka berhempas membela kerajaan Umno, inilah balasannya.”

Malah kata Asri, “(kerajaan) Arab Saudi dan ulamanya dianggap negara pengganas.. parti politik tertentu yang menerima bantuan daripada Arab Saudi juga dianggap ada unsur pengganas... sudah pasti lulusan Madinah semuanya pengganas... inilah apabila madu dibalas racun, penawar dibalas tuba... elok ulama muda Umno mengambil langkah yang drastik...”

Ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu dilihat sebagai rakan Asri. Asri juga pernah dikatakan akan menyertai Umno bersama mereka ketika itu, tetapi bekas mufti itu memutuskan untuk kekal di luar arena politik dan meneruskan pendirian beliau tanpa memihak mana-mana pihak.

Cakap-cakap mengenai isu Wahabi dan penyertaan ulama muda dalam Umno pernah kedengaran sebaik sahaja mereka menyertai parti itu tahun lalu tetapi dinafikan oleh mereka dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider.

Difahamkan mesyuarat pagi semalam merumuskan pihak-pihak dipercayai ada kaitan dengan amalan Wahabi akan berakhir dengan pembabitan terorisme.

Mesyuarat itu adalah susulan kepada pertemuan tahun lalu yang membincangkan isu berkenaan amaln Wahabi di peringkat pusat pengajian tinggi.

Difahamkan mesyuarat semalam telah menyenaraikan beberapa nama pemimpin yang popular negara ini termasuk tokoh-tokoh ulama muda yang menyertai Umno tahun lalu.

Selain Asri antara nama yang disebutkan ialah Fathul dan Mufti Perlis Dr Juanda Jaya.

Dalam komen awal semalam, Asri berkata beliau terkejut dengan kemunculan semula isu amalan Wahabi sedangkan menurut beliau ia sepatutnya sudah “reda.”

Sementara itu, Fathul Bari memberitahu semalam bahawa beliau tidak mahu memberi sebarang komen berhubung perkembangan terbaru ini.

Beliau sebaliknya menegaskan agar pihaknya diberi peluang untuk membuat penjelasan dengan MKN.

Isu mengaitkan Asri dengan fahaman Wahabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI) muncul awal tahun lalu.

Ketika itu nama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Juanda juga muncul. Nama tokoh-tokoh itu dilaporkan dibangkitkan pada satu taklimat keselamatan negara berhubung JI di Bukit Aman ketika itu.

The Malaysian Insider difahamkan nama Hadi dan Shahidan tidak muncul kali ini.

Isu itu sekali lagi muncul April lalu apabila seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, yang berada di Malaysia, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform “kerajaan dengan kerajaan.”

Mengulas lanjut, Asri memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihak berkuasa boleh memanggilnya untuk mendapatkan penjelasan pada bila-bila masa, bukannya membuat tanggapan sedemikian.

“Dua hari lalu, bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ada datang berjumpa saya di rumah saya (di Pulau Pinang). Ketika masa perhimpunan Bersih 2.0, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga ada menghubungi saya untuk berkongsi pandangan.

“Jadi, mereka (pihak berkuasa) boleh menghubungi saya bila-bila masa jika memerlukan maklumat dan penjelasan... bukan menyenaraikan dan melabelkan seperti ini,” kata tenaga akademik Universiti Sains Malaysia ini, yang akhir 2009 dikenakan dakwaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor mengadakan kuliah agama tanpa tauliah di Hulu Klang.

Bertolak daripada pendiriannya berkaitan dengan isu-isu politik mutakhir, Asri juga berkata, pihak-pihak tertentu menentang fahaman Wahabi kononnya membawa fahaman sempit dan bertentangan dengan prinsip sebenar Islam.

“Saya menyokong usaha menentang jika fahaman Wahabi membawa fahaman sempit. Tetapi pihak yang membawa amalan Wahabi cuba membawa unsur progresif dan unsur-unsur yang sesuai dengan persekitaran moden, tetapi tidak meninggalkan prinsip Islam... misalnya isu kedudukan wanita dalam masyarakat.

“Seperti yang dikatakan oleh Barat, kita patut menentang dan mengelak perkara-perkara yang membawa kepada fahaman sempit,” kata Asri sambil menambah, “dalam perkembangan sekarang, mereka yang menentang kebebasan bersuara, kebebasan media, kebebasan berhimpun juga seharusnya dianggap sebagai mereka yang mengamalkan fahaman Wahabi.”

“Sebab mereka tidak dapat membezakan antara fahaman progresif dan konservatif,” katanya lagi.

Asri merupakan antara tokoh agama progresif memberikan pandangan dan pendirian terbukanya mengenai perhimpunan Bersih 2.0 yang berlangsung di ibu negara 9 Julai lalu. Ia dikatakan kurang disenangi oleh sesetengah pihak dalam kerajaan dan Umno.

Masyaallah..Apabila sikecil berkhutbah..!!


Memorandum sokongan terhadap isu pusat hiburan

Memorandum sokongan

ALOR SETAR - Dewan Pemuda Pas Malaysia prihatin terhadap isu pusat hiburan yang dibangkitkan di tiga buah negeri dengan menyatakan pendirian menerusi memorandum yang diserahkan kepada pemimpin tertinggi negeri terbabit.

:Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar, Mohd Firdaus Jaafar berkata, sebagai permulaan, pihaknya menyerahkan memorandum pertama kepada Kerajaan Negeri Kedah, dengan menyokong tindakan Kerajaan Negeri melaksanakan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

“Walaupun diberi kelonggaran dengan membenarkan pusat hiburan beroperasi dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis hiburan, namun ia langkah bijak menghormati bulan Ramadan yang mulia, selain dapat mengekang gejala sosial berleluasa,” katanya.

Mohd Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berkata, Pemuda Pas bangga kerana kerajaan Pas Kedah serius mahu melaksanakan enakmen itu pada tahun ini setelah tidak mampu melaksanakannya tiga tahun lalu.

“Tindakan ini tepat pada masanya dan saya harap bukan Islam menghargai sikap toleransi Menteri Besar ini,” katanya pada media, selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyokong tindakan Kerajaan Negeri melaksana enakmen 1997 berkaitan isu pusat hiburan sepanjang Ramadan, di Wisma Darul Aman, semalam.

Memorandum diserahkan kepada Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Mohd Helmi Mohd Khalid. Hadir sama, Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama, Majlis Pimpinan Pusat PKR yang juga Ahli Parlimen Kuala Kedah, Ahmad Kasim.

Mohd Firdaus berkata, memorandum sama akan dihantar kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam masa terdekat, bagi menyatakan sokongan terhadap tindakan Kerajaan Negeri yang bertegas mengharamkan sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri walaupun dicabar MCA baru-baru ini.

“Pemuda Pas Pusat juga akan ke Melaka dalam minggu ini untuk serah memorandum ketiga kepada Ketua Menteri, membantah tindakan Kerajaan Negeri itu melanjutkan operasi pusat hiburan daripada 1 pagi hingga 3 pagi pada hujung minggu,” katanya.

Menurutnya, inisiatif Pemuda Pas ini adalah usaha untuk mengekang gejala sosial, selain mahu membentuk umat Islam menghayati bulan Ramadan.

“Kami berterima kasih pada pemimpin Pas yang tegas dalam keputusan mereka berhubung isu ini, dan menambahkan lagi keyakinan pada kepimpinan mereka yang menunjukkan betapa pentingnya memilih pemimpin yang bukan sahaja menjaga hal-hal duniawi, tetapi juga menitikberatkan soal akhirat,” katanya.

Sementara itu, Ahmad menyifatkan kemelut isu pusat hiburan di Kedah dipolitikkan banyak pihak namun berjaya diselesaikan dengan bijak oleh Menteri Besar.

“Kebijaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat ini membuktikan mereka sepakat dan telah melaksanakan agenda dalam Buku Jingga. Pentadbiran yang mengutamakan rakyat dalam semua aspek, di mana dalam buku itu mengatakan, tumpuan diberi untuk memperbaiki hubungan antara kaum dan agama yang telah rosak serta memupuk budaya berasaskan nilai moral dan bersikap terbuka,” katanya.

Menurutnya, pendekatan PR amat bertepatan dan meraikan semua kaum, tanpa ada unsur ekstremisme dalam apa jua tindakan.

“Sebelum ini parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Gerakan mungkin lupa mereka yang luluskan enakmen itu cuma tidak dilaksanakan sahaja. Sekarang setelah Menteri Besar dedahkan kebenaran, mereka malu dengan tindakan sendiri yang membantah pelaksanaan undang-undang yang diluluskan sendiri oleh mereka,” katanya.

BERSIH 2.0 : Eishh Kejam Sungguh MAMAT nie sampai sanggup menolak PEGAWAI POLIS..




MKN kaitkan Asri, ulama Umno dengan Wahabi

Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

NONEMenurut sumber, dalam taklimat tertutupnya yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya hari ini, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu.

Usaha Malaysiakini menghubungi pihak MKN - majlis bawah Jabatan Perdana Menteri - di Putrajaya untuk mengesahkan dakwaan tersebut setakat ini belum berhasil.

Menurut sumber, dalam taklimat lebih tiga jam bermula 9.30 pagi tadi, tokoh-tokoh yang disebutkan itu dikatakan 'dinaungi' kerajaan Arab Saudi dan beberapa lagi negara teluk seperti Kuwait dan Bahrain.

"Saudi juga dikatakan penyumbang kepada faktor kejatuhan kerajaan (empayar Islam Turki) Uthmaniyah (1299-1923)," dakwa sumber-sumber.

Dr Asri: Hati-hari sokong parti kerajaan

Seorang tokoh agama Selatan Thailand Ismail Lutfi juga dikaitkan dengan jaringan itu, tambah sumber.

Penceramah popular Dr Muhammad Uthman El-Muhammady dikatakan antara tokoh terlibat membuat pembentangan dalam majlis tertutup itu.

Tidak seperti ulama muda Umno, Dr Asri sebelum ini sudah pernah dikaitkan dengan aktiviti “terorisme agama dalam taklimat anti-keganasan anjuran pihak polis.

young ulama join umno 250610 02Sementara itu, Dr Asri ketika dihubungi Malaysiakini secara sinis berkata tidak terkejut dengan dakwaan itu kerana sekarang ini "orang yang memakai baju kuning pun boleh dianggap komunis".

Bagaimanapun, tambahnya, beliau agak pelik tentang kedudukan ulama muda Umno - antara yang didakwa berhempas pulas mempertahankan kerajaan - juga boleh disenaraikan.

"Jadi, saya minta golongan ulama berhati-hatilah hendak berjasa dengan parti kerajaan," sindirnya yang pernah diurakan-urakan akan menyertai Umno bersama kumpulan itu sebelum ini.

'Tolak juga fahaman tak demokratik'

Dr Asri juga mempersoalkan kewajaran mengaitkannya dengan terorisme sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar (kiri) sendiri didakwa tidak keberatan memohon bantuan daripadanya dalam sesuatu isu.

NONE"Seminggu sebelum perhimpunan BERSIH2.0, ketua polis negara sendiri telefon saya untuk bantu tenteramkan masyarakat (yang hendak berhimpun). Takkanlah ketua polis negara menghubungi teroris?

"Semalam bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menziarahi rumah saya di sini (Pulau Pinang), takkan sebesar ini jaringan teroris," katanya yang terkenal dengan kelantangan dan sifat sinikal itu.

Mengulas tentang kerajaan Arab Saudi yang dilibatkan sama, Dr Asri menyuarakan kebimbangannya terhadap kemungkinan terjejasnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara yang baik ketika ini.

Berhubung fahaman Wahabi, Dr Asri berkata, beliau berpendirian, aliran itu - merujuk kepada tafsiran menolak kepelbagai pandangan dalam agama - hendaklah ditolak seluruh umat Islam.

"Dalam masa yang sama, (kena) tolak juga fahaman yang tidak demokratik, yang anti hak rakyat, anti hak bersuara dan hak berkumpul rakyat.

"Ulama mesti fikir, fahaman tidak demokratik juga ancaman kepada negara pelbagai kaum seperti Malaysia," kata pensyarah di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...