TERKINI :

Sunday, July 24, 2011

Beza Antara Singapura India dan Malaysia



Tok Wan
Singapura bagi kerakyatan kpd Aleksandar Duric, Qiu Li, Mustafic Fahrudin dan Shi Jiayi,yg mmg diketahui latar belakang mereka sbg pemain bolasepak profesional, untuk memenangkan pasukan mereka, setidak-tidaknya ada hasil juga semalam. Tapi, mcmana pula dgn sebuah negara tertentu yg beri kerakyatan kpd pendatang yg tidak diketahui latar belakangnya (penyamun ka perompak ka perisik ka apa ka), semata-mata utk memenangi pilihanraya dan mengekalkan kuasa? Apakah ada jaminan yg baik utk kedaulatan negara berkenaan dan kepentingan rakyatnya?

http://www.kedahlanie.info/

Masa buat kerja lupa kata hangpa tu makan gaji duit rakyat..bila kantoi menteri pun tak mau tolong..!!

Nazri: ‘Kematian Teoh tidak berlaku jika siasatan ikut standard’


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Putrajaya memperakui bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock tidakmati dua tahun lalu jika Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mematuhi prosedur-prosedur siasatan yang sewajarnya dengan betul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) menegaskan, beliau tetap bersetuju dengan cadangan suruhanjaya diraja kerana apa yang telah berlaku adalah satu kematian.

Pada sidang media Khamis lalu juga, Nazri berkata kerajaan memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil terhadap pegawai yang melanggar prosedur SPRM berdasarkan peraturan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, hasil siasatan suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Dalam satu temu bual hari ini, tegas Nazri, kematian melibatkan Teoh tidak berlaku kalau sisatan dijalankan mengikut standard siasatan yang telah ditetapkan dan menepati piawaian yang memuaskan.

“Apabila berlaku keadaan macam ini kita kena teima hakikat bahwa ada perkara-perkara yang tidak patut dilakukan,” kata Nazri sambil menambah, “saya ingin mencadangkan supaya SPRM yang bekerja rapat dengan badan pencegahan rasuah di Hong Kong supaya mengikut cara mereka bekerja.”

“Dulu mereka belajar daripada kita, sekarang mereka berada di kedudukan nombor satu,” katanya lagi.

Nazri menambah, prosedur operasi standard (SOP) di Hong Kong mempunyai piawaian yang sangat tinggi dan SPRM seharusnya berunding dengan badan pencegahan rasuah berkenaan.

“Ikut dan contohilah mereka,” kata beliau lagi dalam temu bual dengan Mingguan Malaysia edisi hari ini.

“Di Hong Kong tuntutan kepada demokrasi sangat kuat, mereka tidak akan bertolak ansur dengan badan pencegahan rasuah di sana kalau SOP yang diamalkan adalah tidak baik,” kata menteri yang bertanggungjawab atas hal ehwal perundangan dan Parlimen ini.

Nazri juga berkata, kerajaan perlu mengakui bahawa sudah tentu ada kelemahan dalam sistem semasa.

“Jangan nafi. Saya bukan tidak hendak mempertahankan pegawai-pegawai ini tetapi saya percaya dan tahu ada perkara yang berlaku.

“Berdasarkan laporan yang kita baca jelas menunjukkan bagaimana siasatan dijalankan secara berterusan,” katanya yang turut mahu SPRM membetulkan diri.

“Dunia dahulu mungkin berbeza, orang tak banyak buat aduan, aliran maklumat juga sangat perjalan, tetapi sekarang apa saja berlaku sekelip mata, semua orang tahu. Mereka mesti berubah,” katanya lagi.

Suruhanjaya siasatan terdiri daripada lima anggota diketuai oleh seorang hakim telah menjalankan prosiding siasatan selama 50 hari dan memanggil 70 saksi.

Teoh, 30, setiausaha politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14, plaza berkenaan.

Bagaimanapun menurut Nazri, beliau tidak melihat imej SPRM terjejas dengan penemuan siasatan diraja atas alasan dalam mana-mana organisasi ada segelintir kakitangan yang membuat sesuatu tidak mengikut peraturan.

“Namun pada saya ia tidak menjejaskan kerja baik yang selama ini dilakukan SPRM untuk membendung rasuah,” katanya.

Wartawan UTUSAN kantoi ..!!

Wartawan Utusan akui tulis berita tanpa semak

KOTA BHARU, 24 Julai: Seorang wartawan Utusan Malaysia mengakui tidak menemui plaintif sebelum menyiarkan berita disifatkan berunsur fitnah terhadap pemimpin PAS Perak, Mohd Misbahul Munir Masduki.

Yuspisman Asli, 39 kini Ketua Biro Utusan Cawangan Kelantan mengakui perkara itu ketika ditanya peguam plaintif, Mohamad Hanipa Maidin (gambar) pada perbicaraan kes saman Misbahul terhadap Datuk Khalid Mohd dan Utusan Melayu Bhd di Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini.

Hanipa sebelum itu mahu kepastian sama ada wartawan berkenaan menghubungi Misbahul atau menemui sekretariat muktamar atau pengerusi tetap bagi mendapat kesahihan sebelum berita itu ditulis.

Mingguan Malaysia pada 3 Jun 2007 dalam laporan di muka hadapan menggunakan tajuk “Dewan Ulama PAS ibarat tin kosong – Perwakilan”.

Berita mengenai muktamar terbabit disiarkan dengan dakwaan wakil Perak, Misbahul Munir berkata, Dewan Ulama hanya hidup dalam kepompong mereka sendiri dan tidak berperanan dalam usaha mencelikkan rakyat terutamanya ketika berdepan dengan pelbagai isu melibatkan kepentingan umat Islam.

“Kepimpinan ulama yang dicanang oleh parti PAS tidak harus hanya menjadikan tin kosong melalui kewujudan Dewan Ulama, apabila aktiviti mereka lebih tertumpu di surau dan markas,” katanya dalam laporan berita tersebut.

Dalam writ samannya plaintif menyebut berita disiarkan di muka hadapan akhbar Mingguan Malaysia itu dibuat dengan niat jahat dan bertujuan mensensasikan berita fitnah.

Perbicaraan kes itu diadakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim. Khalid dan Utusan diwakili peguam Azhar Arman Ali.

Sebelum kes itu difailkan di mahkamah peguam plaintif telah menghantar notis supaya Utusan meminta maaf bercara bertulis dalam tempoh tujuh hari.

Defendan juga dituntut membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dalam masa tujuh hari sebagai ganti rugi, namun pihak defendan gagal berbuat demikian.

Oleh itu plaintif menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi melampau dan perintah menarik balik tuduhan fitnah dan ucapan minta maaf daripada kedua-dua defendan.

Ketika prosiding pada 5 Julai lalu Misbahul memberi keterangan di mahkamah terhadap tuntutan saman tersebut.

Dalam keterangannya Misbahul memberitahu beliau tidak berucap langsung atau menjadi pembahas pada muktamar kali ke-53 yang diadakan di Putik, Pengkalan Chepa.

Penerbitan berita fitnah tersebut menyebabkan maruahnya tercemar sehingga meletak dirinya di kancah kebencian dan kehinaan pada pandangan masyarakat.

Hanipa berkata, biar pun Yulpisman menganggap berita itu sebagai kritikan membina dalam keterangan hari ini, namun dalam berita yang disiarkan tidak menggambarkan situasi tersebut.

Menurutnya berita berkenaan tambah hangat apabila diulas pula Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak sehari selepas itu, yang digambarkan Utusan terus mempertahankan berita tidak betul.

“Dalam kes ini plaintif telah dilihat memburukkan PAS apabila berkata, Dewan Ulama PAS ibarat ting kosong.

“Berita itu kemudian disebarkan melalui Utusan dengan edaran sehingga 400,000 naskah bertujuan bagi menarik perhatian ramai,” katanya.

Prosiding kes tersebut masing-masing menampil seorang saksi iaitu Misbahul bagi pihak plaintif dan Yuspisman (defendan).

Penghujahan kes berkenaan akan disambung pada 26 September hadapan

Ooo Pak Cik Yang mati semasa BERSIH tu mungkin kerja "PIHAK BERKUASA"..!!!

MACAM mana gua boleh tak perasan dengan kenyataan mengarut dari Polis ni, tadi masa gua selak-selak berita di Malaysiakini terjumpa pulak laporan kenyataan Polis bahawa 3 tulang rusuk seorang peserta BERSIH 2.0 yang meninggal dunia telah patah.

Apa yang gua tak dapat terima, pihak polis kata rusuk arwah patah akibat dari bantuan pernafasan, CPR yang diberikan oleh pihak berkuasa [Malaysiakini].


Kali pertama gua dengar bahawa bantuan pernafasan boleh mengakibatkan rusuk patah. Setahu gua, Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) adalah kaedah bantuan pernafasan yang digunakan untuk menyelamatkan mangsa, biasanya mangsa yang lemas. Kalau bantuan pernafasan boleh menyebabkan rusuk patah, itu bukan bantuan namanya, itu nak membunuh.

Apa yang jelas di sini, Pihak Polis telah mengaku bahawa kemungkinan rusuk Allahyarham patah gara-gara pihak berkuasa. Jadi wajar satu siasatan terperinci dilakukan. Takkan sedap-sedap je patahkan tulang rusuk orang, kemudian umum dan lepas macam tu je?

Sangat-sangat sukar gua nak percaya bahawa tulang rusuk Allahyarham Baharuddin patah akibat bantuan pernafasan, CPR. Patah kerana CPR, atau sebab kena terajang dengan kasut butt Polis? Kalau gua percaya kenyataan ni, bermakna gua kena juga percaya bahawa Lady Gajah tak suka ber "shopping".

RentaP© "Lebih baik cakap Allahyarham patahkan tulang rusuk dia sendiri..."

Isu Teoh : Betul lah seperti P Ramlie kata.. Ini Undang-Undang 'ana' yang bikin..!!!

Ini Undang2 Cukup Adil!!!

Bukan diLucutkan Jawatan..cuma disekat dari operasi siasatan..senang banyak maaa..


akhirnya setelah bermacam ragam akhirnya mereka yg didakwa terlibat sama masih disitu..cuma dilucutkan kerja menyoal siasat itu sahaja..hebat hebatttt..tambah lagi disekat dari sebarang tugas operasi siasatan lagi hebat..MAKAN GAJI BUTA LE WOOOI MAKSUDNYA..khik khik tidak akan bertolak ansur..hampehhh.


Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.NONEKetiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Negeri Sembilan Hishamuddin Hashim (kiri), yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan orang pengecut - Guan Eng

GEORGETOWN - Walaupun Kerajaan Negeri sudah menyediakan ‘Speaker Corner’ sebagai platform untuk rakyat menyuarakan pandangan masing-masing, namun terdapat segelintir individu masih melakukan tindakan khianat untuk menjatuhkan imej Kerajaan Negeri bawah kepimpinan Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak terkejut dengan tindakan individu tertentu menulis perkataan berbaur perkauman dengan semburan cat merah di beberapa dinding kemudahan awam seperti di bulatan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas (LTABL), dinding persekitaran rumah mewah Bukit Jambul dan beberapa kawasan di sekitar Komtar.

Menurutnya, tindakan yang tidak bertanggungjawab itu sudah menjadi lumrah segelintir individu menyalahgunakan kebebasan bersuara yang dibenarkan Kerajaan Negeri.

“Pulau Pinang merupakan sebuah negeri yang bebas untuk mana-mana individu bersuara dari segi hak asasi manusia dengan cara demokrasi.

“Kerajaan Negeri sedia menerima luahan perasaan penduduk dengan cara demonstrasi aman, tetapi bukan demonstrasi ganas dengan cara memukul atau merosakkan harta benda awam. Tindakan ini tidak boleh diterima,” katanya, dalam sidang media, di pejabatnya, di sini, semalam.

Dalam masa sama, Guan Eng berkata individu merosakkan harta benda sebenarnya mengambil kesempatan atas kebebasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri untuk menentang PR.

“Kita tahu siapa yang menentang PR. Tak payah cakap, siapa makan cili dia akan rasa pedas. Memang individu ini suka melakukan tindakan seperti ini umpama ‘baling batu, sembunyi tangan’. Ini adalah perbuatan golongan pengecut.

“Walaupun, kita tidak tahu siapa yang melakukannya yang pasti mereka yang melakukan tindakan khianat dengan menconteng dinding dan memburukkan saya adalah daripada golongan pengecut dan tidak berani tunjuk muka. Mereka hanya menggunakan kegelapan dan kesamaran menyalahgunakan kebebasan yang diberikan untuk menentang PR,” katanya.

Justeru, beliau menyerahkan hal itu kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan ke atas individu yang terlibat.

BIOMETRIK.. Adakah ianya konspirasi tertinggi antara KDN, JPN & SPR..???

Biometrik, Sistem yang menguntungkan Umnobn Menjelang PRU13


Dua juta rakyat asing berada di negara ini...

PRU 13 pun dah semakin hampir.... Jeng... Jeng... Jeng...

Kalau separuh dari dua juta itu sudah sersedia dalam data KDN?.... hangpa boleh buat andaian... KDN dan SPR kan adik beradik... hehehehe...

...Beberapa minggu lalu timbalan perdana menteri, Udin anak Yassin mengumumkan kerajaan akan melakukan pemutihan terhadap Pendatang Tanpa Izin (Pati) di negara ini. Salah satu syarat yang perlu dilakukan ialah Pati dikenakan pemeriksaan biometerik atau dalam erti kata lain identiti mereka disimpan dalam data khas. Data itu juga menghuraikan akan status dan juga latar belakang mereka.

Bila mereka melalui sistem ini bermakna identiti mereka akan disimpan dalam data khas. Apa kena mengena sistem biometerik ini dengan pilihan raya? Bagaimana mereka akan digunakan untuk membantu UBN dalam pilihan raya? Sebelum mengundi - dan proses itu kini sedang berjalan mereka akan diberikan kad pengenalan sementara yang membolehkan mereka menjadi pengundi. Selepas mereka melalui sistem biometerik ini mereka akan didaftar sebagai pengundi secara automatik... lanjut di-mso

Depa dah jadi warganegara Malaysia???... contoh bila anak mamak dah tersedak....



hehehehehehehe.... geng sekutu....

Aduhai Najib..hak RAKYAT w/pon RM100 kita kena beritahu.. Apatah lagi yg BILION-BILION tuuu...!!!

Semua Duit Kerajaan Pusat Beri Memang Duit Rakyat -MB


SHAH ALAM 23 JULAI : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merendah-rendahkan usaha kerajaan negeri Pakatan Rakyat berjimat cermat demi memastikan hasil mahsul negeri dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Selangor.

Sebaliknya, Najib kata beliau harus sedar betapa duit berbilion ringgit yang kononnya disumbangkan kerajaan persekutuan kepada rakyat selama ini sememangnya hak mereka hasil daripada cukai yang dipungut kerajaan pusat.

“Semua yang diberikan oleh kerajaan persekutuan (adalah) dari cukai rakyat. (Tetapi) yang kita berikan adalah daripada hasil pasir yang kita lakukan daripada perlombongan pasir dan untungnya kita kembalikan kepada rakyat.

“Kalau kerajaan persekutuan nak bagi kepada rakyat, berilah kepada rakyat. Buat apa saya nak halang, berikan sahajalah. Itu memang hak rakyat,"katanya selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pengurusan Masjid dan Penyerahan Sumbangan Moreh Bulan Ramadhan, di sini, hari ini.

Najib semalam berkata, kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tertentu heboh dengan pemberian RM100 kepada rakyat.

Katanya, kerajaan pimpinannya telah memperuntukkan berbilion ringgit kepada rakyat namun tidak menguar-uarkannya seperti kerajaan Pakatan Rakyat.

"Mereka sebelah sana, itulah sikapnya. Beri RM100 sudah riuh sekampung. Kerajaan Barisan Nasional sudah beri berbilion ringgit kepada rakyat tapi pihak sana pukul gendang lebih kuat,"Najib dipetik sebagai berkata.

Namun menurut Khalid, kerajaan Pakatan Rakyat mempunyai cara dan strategi tersendiri untuk bersama-sama membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat mutakhir ini.

“Cara yang kita lakukan adalah terus kepada rakyat. Kita ada senarai nama mereka yang berusia 60 tahun ke atas dan layak,” katanya.

Sejak Mac 2008, kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat memperkenalkan program ‘Merakyatkan Ekonomi Selangor ‘(MES).

Terbaru, program ‘Jom Shopping’ yang dilancarkan kerajaan negeri menyaksikan baucer bernilai RM100 diberikan kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas untuk membeli belah.

Sebanyak RM5 juta hingga RM10 juta diperuntukkan untuk program ini yang diperolehi daripada keuntungan perlombongan pasir yang dilakukan oleh Kumpulan Semesta Sdn Bhd, KSSB.

Khalid menjelaskan, berdasarkan pengalaman beliau mengendalikan beberapa institusi sebelum ini mendapati penggunaan orang tengah merupakan antara punca berlakunya ketirisan dalam menyalurkan sumbangan yang diberikan.

“Tetapi cara yang dibuat dalam pengurusan yang lepas dan sebagai orang yang mempunyai pengalaman dalam menguruskan banyak institusi, saya dapati ialah apa yang disumbangkan mesti melalui orang tengah.

“Maknanya kalau ingin beri, berikan kepada cawangan atau bahagian Umno, selepas itu baru turun kepada peringkat bawah. Itu adalah cara berlakunya ketirisan. Ada pula tauke yang ambil sedikit dan tidak sampai terus kepada rakyat.

“Jadi kalau betul-betul Perdana Menteri hendak buat, buat macam apa yang kerajaan negeri Selangor buat, terus kepada rakyat. Jangan ada ketirisan,” katanya.
Antara Program MES lain adalah Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan Skim Pinjaman Mikrokredit Miskin Bandar (MiMBAR).

Isu Beng Hock : Tak ada sapa nak pikiaq ka pasaipa seluaq dia koyak..???

LIHAT GAMBAR INI DENGAR JUJUR

http://2.bp.blogspot.com/-vgFr480KMGs/Tir9F3wea-I/AAAAAAAALk0/M2ZZEWRFg2I/s1600/teoh%252Bbeng%252Bhock%252Bdeath%252BSPRM.jpg
nota:
lihat betul betul gambar ini
tanya diri secara jujur

kalau beng hock terjun tingkap
macam mana seluar dibontot boleh koyak

seluar dibahagian bontot koyak jika
beng hock di heret

untuk timbulkan soalan ini
tak perlu pergi universiti
pandanga gambar ini sekali dah tahu

kenapa soal seluar korak di bontot
tak ada yang menimbulkan
semua senyal buat donno
buat tak nampak!

pie baca disinilah:
tukartiub

Dah Lama dah habaq JUDI ARAK nie buat manusia jadi gila....

Arak & Judi: UMNO Kena Belajar Dari Liow Tiong Lai

KL 24 Jul 11: Ketagihan judi di kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

"Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah.

"Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,'' katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda. (Kosmo! Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong nampaknya sudah sedar bahaya judi dan arak yang termasuk di dalamnya dadah. Ia bukannya budaya orang Cina tetapi budaya orang yang sakit mental, tak kira apa bangsa sekalipun. Mungkin beliau sudah faham ajaran Al-Quran yang mengharamkan arak dan judi. Islam menegaskan 'arak dan judi' adalah kotor dari pekerjaan syaitan'.

Cuma UMNO tulang belakang BN yang tidak faham dan menyokong kerja-kerja syaitan tersebut sejak dari sebelum merdeka sampai sekarang, seolah-olah menggalakkan rakyat Malaysia jadi macam syaitan. Pemimpin-pemimpin dan ulama-ulama UMNO kena belajar dari Menteri Kesihatan itu, kalaupun tak mahu belajar dari kerajaan Kelantan. Tak apa, jahil boleh belajar, moga-moga Allah SWT maafkan ketelanjuran tersebut. (IH)

  1. KESAN ARAK DAN JUDI MEMUSNAHKAN KEHIDUPAN‏ - YouTube

    www.youtube.com/watch?v=saQsL7_Z6Ss3 min - 24 Mar 2009 - Uploaded by pjfd5101
    Tajuk video yang dihasilkan ialah kesan arak dan judi memusnahkan kehidupan. Sasaran video ini adalah tertumpu kepada pelajar ...
  2. Pengajian KH. ZAINUDDIN MZ. " Arak dan Judi " 1 of 7‏ - YouTube

    www.youtube.com/watch?v=1EPvk9jN7rc10 min - 26 Jul 2008 - Uploaded by k0y0tae1978
    Pengajian KH. ZAINUDDIN MZ. " Arak dan Judi " 1 of 7 ... Silahkan Klik disini untuk mendownload mp3 Pengajian dan Al qur'an ...
  3. Pendedahan pemimpin UMNO kaki Arak dan judi‏ - YouTube

    www.youtube.com/watch?v=jkxpvOhYqQk10 min - 20 Mar 2010 - Uploaded by neskopip
    http://neskopip@blogspot.com Pendedahan oleh YB Saifuddin Nasution Ismail (MP- Machang) tentang kegiatan haram segelintir ...

Misteri 907 Hospital Tung Shin

Oleh Aishah

http://malaysiannews.info/wp-content/uploads/2011/07/tung-shin-hospital-bersih-rally.jpgDahulu, ibu selalu akan memanggil anak-anaknya “masuk ke dalam, tengok langit tuh, kuning!” Mambang kuning katanya. Setiap senja menjelma, menghampiri malam, akan ada lah ia – mambang berwarna kuning.

Tapi kali ini, yang berwarna kuning di tengah-tengah bandaraya pada 9 Julai lalu bukanlah mambang yang ini, walau pun warnanya seakan sama.

Rentetan kes mambang kuning yang melanda Kuala Lumpur baru-baru ini, pelbagai spekulasi, ramalan mimpi dan jampi mantera ditemukan. Mulalah terdengar bisikan-bisikan jahat tentang siapa salah, siapa benar, siapa mangsa, siapa pembunuh.

Misteri di hospital

Dan sehingga ke detik 12 malam ini, masyarakat masih dihantui dengan misteri…dengan asap yang muncul dengan tiba-tiba. Kerana hantu merah tidak mengaku berbuat dajal di situ, tempat suci.

Pihak yang lain pula menuduh itu adalah kerja orang jahat yang ingin merampas kuasanya. Itulah dia, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang mendakwa ia bermotif politik untuk mendesaknya meletak jawatan.

Pihak polis berterusan menafikan terus pembabitannya yang salah laku dan melekatkan beban itu kepada orang ramai – ya, orang ramai yang disembur gas pemedih mata yang bersalah.

Kemudian tampillah kenyataan daripada 11 malaikat penyembuh – para doktor Hospital Tung Shin sendiri – yang mengesahkan dakwaan orang ramai, walau pun lembaga hospital tersebut sebelum itu memaklumkan bahawa insiden pelepasan gas pemedih mata dalam kawasan hospital berkenaan tidak berlaku pun ketika perhimpunan aman 9 Julai.

Sebelas doktor ini tidaklah pula menyimpan keinginan untuk memihak pada sesiapa, hanya ingin berkata yang benar kerana perbuatan polis itu melanggar pengiktirafan sejagat – hospital sebagai tempat perlindungan.

Pimpinan DAP juga telah membawakan empat saksi yang berada di tempat kejadian; Teo Nie Ching, Liew Chin Tong, Tony Pua dan Zairil Khir Johari.

Namun, sehingga kini, tiada siasatan selain janji-janji kosong. Dan rakaman video polis yang disunting sebegitu rupa di mana hanya ‘kejahatan’ orang ramai dikatakan tertonjol manakala polis ‘baik’ saja rupanya.

Sementara itu, komander Unit Simpanan Persekutuan (FRU) polis pula boleh berseloroh dengan mengatakan FRU bertindak kasar semasa perhimpunan 9 Julai itu benar, sudah pasti ramai yang akan dirawat di hospital, sekurang-kurangnya sebagai pesakit luar.

Agaknya dia itu buta, tidak mampu melihatkan keadaan orang ramai yang terjatuh dikejar, terkena kanister gas, patah tulang sana sini.

“Di sini, timbul masalah kepada polis, penonton tidak berhati-hati atau dilatih untuk menapis maklumat yang diberikan kepada mereka atau apa insiden sebenarnya yang berlaku di tempat kejadian.” Malah, “Hampir setiap hari saluran berita menonjolkan bagaimana penunjuk perasaan diperlakukan dengan kasar dan polis pencegah rusuhan bertindak kasar malahan di negara-negara yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia.” –Supt (B) Sulaiman Menga Din

Apa pun prosedur operasi piawai (SOP) yang dipraktikkan, masyarakat cukup jelas dengan kesannya yang mencemar hak asasi manusia (HAM).

Malah, Malaysia kini sudah cukup malu untuk berdepan dengan komentar keras daripada media luar. Sehingga laporan dalam The Economist juga sanggup ditapis.

Sepatutnya kalau tidak bersalah, tindakan yang harus diambil pihak yang bertanggungjawab ialah dengan menepis, bukan menapis. Tetapi ini tidak dilakukan, atau tidak mampu dilaksanakan, kerana sudah terlalu banyak penipuan.

Konsep dan amalan hak

Konsep hak semulajadi atau ‘natural rights’ ini telah ada sejak berkurun lamanya, dan di Eropah, hak ini tertakluk bukan kerana seseorang itu warganegara tetapi kerana ia seorang manusia. Dan ini menjadi asas kepada ide hak warga, politik dan kebebasan agama.

Konsep HAM ini dapat dikesan dalam Declaration of the Rights of Man and of The Citizen (1789), Magna Carta (1215), dan sebagainya. Ia bermula dengan The Charter of the Rights of Nations of Cyrus (580-529SM).

Malah sejarah Islam telah mencatatkan hak-hak manusia dalam Piagam Madinah (622M). Dan ini jelas menunjukkan ia merupakan nilai yang relatifnya sama dan dikongsi, bukanlah sesuatu perkara asing yang dipaksakan.

Hal paling penting adalah idea non-violent/ ahimsa/ satyagraha/perhimpunan aman. Idea ini dibangun oleh Leo Tolstoy, Mahatma Gandhi dan Martin Luther King sebagai penolakan terhadap tindakan kerajaan yang tidak beretika.

Dan pada prinsipnya, jika kebangkitan diinginkan rakyat, ia bertujuan membawa perubahan dan menamatkan eksploitasi pemerintah yang sedia ada, sama ada penjajah atau kerajaan sendiri. Lihat sahaja apa yang dilakukan oleh Gandhi itu yang akhirnya berjaya mengusir penjajah dari ibu pertiwinya.

Ia justeru bermasalah, apabila media massa kawalan Barisan Nasional sengaja mengaitkan perhimpunan aman di negara ini dengan keganasan mau pun gerakan pemisah di luar sana.

Mungkin ada sedikit kegusaran pemerintah di situ, bimbang kuasanya tercabut, kepercayaan rakyat sudah lama lenyap. Kerana selalunya, gerakan rakyat tertindas berjaya di beberapa tempat di dunia, antaranya gerakan civil rights di Amerika Syarikat dan anti-apartheid di Afrika Selatan.

Melihat aksi orang ramai dan reaksi kerajaan dalam menangani fenomena ini, jelas menunjukkan ada usaha untuk menutup kebangkitan kesedaran publik.

Dahulu, ruang demokrasi di Malaysia ini tidak subur, malah ada yang mengatakan ia telah terkubur.

Tetapi kejadian demi kejadian pasca 2008 dan proses pendemokrasian seperti yang berlaku baru-baru ini menunjukkan ia petanda baik bagi negara yang ‘hidup’.

Tuntutan hak demokrasi ini, jika direalisasikan dan menjadi budaya, akan mudah merungkaikan misteri 907 Hospital Tung Shin. – Roketkini.com

YB Dr Hamdan (Exco Kedah) di Cub Prix Petronas Alor Setar

Sam Hogg, Pengarah Urusan Two Wheel Motor Racing, Tn Haji Sobri Abu Bakar Pengurus Besar Bhg Perniagaan Minyak Pelincir Petronas Dagangan Bhd dan YB Dr Hamdan di gerai cenderahati PETRONAS

Exco Belia dan Sukan, Kesenian,Warisan dan Kebudayaan Kedah, YB Dr Hamdan Mohamed Khalib bersama-sama rakyat sekitar Alor Setar telah meluangkan masa di acara PETRONAS Cub Prix pusingan ke 6 di perkarangan stadium Darulaman, Alor Setar, pada Sabtu

PETRONAS Cub Prix yang di adakan di Kedah adalah pusingan ke 6 dari 10 siri perlumbaan yang telah dan akan diadakan di seluruh semenanjung. Ini adalah tahun ke 3 PETRONAS CubPrix diadakan di Kedah sejak 2009.  Cub Prix TIDAK DIBENARKAN diadakan di sini ketika BN memerintah.

Pusinggan ke 7 akan diadakan di perkarangan stadium Kluang, Johor selepas Hari Raya nanti.

http://mimpi-senja.blogspot.com

Menjawab FITNAH BLOGGER UMNO pasai SADA..


Maka dengarlah penjelasannya baik-baik (tanpa sebarang maki hamun dan penghinaan terhadap pihak penuduh):

1) SADA tidak diswastakan tetapi dikorporatkan dari sebuah jabatan kerajaan (Jabatan Bekalan Air Kedah - JBAK). Tanggungjawab sosial bagi sebuah badan korporat adalah jauh lebih tinggi dari syarikat swasta yang hanya memikirkan keuntungan semata-mata. Untuk dapat lebih kefahaman elok KT study perbezaan antara pengkorporatan dan pengswastaan.

2) Kerajaan negeri bukan 'pemegang saham' SADA tetapi SADA adalah milik kerajaan negeri ataupun milik rakyat Kedah 100 peratus. SADA tidak pernah membuka saham untuk dijual kepada sesiapa.

3) Menaikkan tarif air bukan keputusan yang dibuat oleh SADA tetapi keputusan Kerajaan Pusat (BN) setelah SADA tertakluk di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang diikat di bawah Akta Parlimen. SADA terpaksa menjelaskan hutang urusan air kepada Pusat setelah menjadi 'hamba hutang' akibat hutang yang dibuat oleh BN dulu iaitu sebanyak RM1.83 billion. Dengan menaikkan tarif air 2 sen untuk 1 tong dram tu, SADA hanya dapat mengurangkan anggaran kerugian bukan mencatatkan keuntungan lagi.. walaupun rugi yang penting SADA dapat menunaikan tanggungjawab sosial terhadap rakyat. Kebanyakan hutang dibuat kerana kerajaan negeri BN dulu menolak pemberian geran pusat (urusan air) di mana negeri tak payah bayar balik, sebaliknya mahu pemberian distatuskan sebagai pinjaman (kena bayar balik). Sebabnya, jika pinjaman Negeri boleh tentukan sendiri kontraktor... boleh pilih kroni depa...? (wallahuaklam).

4) Kontraktor pembaca meter iaitu BPO Innovation bukan baru dilantik di bawah SADA, ia adalah kontraktor yang dilantik sewaktu JBAK, di zaman BN dulu.. hok tuu lah tak tukaq pon. Macam Exco PR Kedah yang tak buang PA... bekas PA Exco BN dulu, sebab tak mau depa hilang mata pencarian. Pak Dee pun tak siasat BPO-I tu sapa punya, yang pasti dia bukan syarikat kroni PAS kerana adalah mustahil kroni PAS boleh dapat kontrak waktu BN jadi kerajaan. (Tapi ingat.. kroni BN boleh dapat projek kerajaan negeri sekarang.)

5) Bacaan meter dibuat berdasarkan anggaran? Ini adalah fitnah semata-mata. SADA tak bodoh untuk untuk membenarkan perbuatan tidak professional itu dilakukan. Semua pembaca meter yang dengar tuduhan ini 'tepuk dahi'... kreatif sungguh KT mereka-reka cerita. Mudah saja nak buktikan.. waktu pembaca meter mai ke rumah, check tengok bacaan tercatat dalam bil dengan bacaan sebenar pada meter. Jika tak sama laporkan perbuatan curang pembaca meter itu dekat SADA, buat bukti video pun boleh sebab ni bukan kes hudud. Tapi kalau KT tak dapat buktikan, jangan buat fitnah dan tuduh BPO/SADA buat 'kerja gila'. Fitnah satu dosa, maki orang tambah lagi satu dosa...

6) Kontraktor kroni PAS di SADA? Pak Dee nak minta secara elok (bukan nak cabar) KT senaraikan kroni PAS yang dapat projek SADA, bidang apa? Kemudian senaraikan juga semua projek-projek SADA, sapa kontraktornya? Buat permulaan Pak Dee nak bantu KT senaraikan kontraktor besar projek SADA/JBAK:

a) Haji Husin Pronas (ahli UMNO) dapat projek bina loji air Jeniang RM100 juta
b) Dato' Yusof Usima (Naib Ketua UMNO Bhg Alor Setar) bina loji air Pinang Tunggal RM100 juta
c) Dato' Seri Mahdzir Khalid Syarikat Air Kedah bina loji Padang Sanai RM155 juta

Semoga jawapan ini dapat menjelaskan segala kekaburan dan semoga KT diberi taufek dan hidayah oleh Allah SWT untuk menghentikan perbuatan memfitnah atau memanjangkan fitnah yang mungkin dilakukan secara tidak sengaja itu. Wallahu'aklam.

Nak baca depa kutuk apa hangpa pie baca sini laa : http://kedahla.blogspot.com/2011/07/fitnah-kedah-times-mengenai-sada.html

Cerita Suruhanjaya Sebelum & Selepas..yg MENJADI TREND DI MALAYSIA

http://3.bp.blogspot.com/_qe962jHZ9j8/SkB6kIQ05jI/AAAAAAAABgo/d08ubPMb11M/S220/lakiuban+copy.jpg

SEBELUM KEPUTUSAN SURUHANJAYA DIRAJA DIBENTUK:

SPRM TIDAK PERNAH BERTINDAK KEJAM...SPRM PROFESIONAL..STAF SPRM TERLATIH....PENDEKATAN SECARA LEMBUT DAH BERHEMAH....BLA..BLA....

SELEPAS KEPUTUSAN SURUHANJAYA DIRAJA DIKELUARKAN:

Mohamed Nazri berkata hasil siasatan Suruhanjaya itu juga mendapati bahawa tiga pegawai penyiasat yang terbabit dalam kes ini telah menggunakan taktik soal siasat yang berterusan, agresif dan keterlaluan ke atas Teoh yang didapati melanggar prosedur sedia ada.

Wajar tambah masa Sidang DUN, tapi ADUN BN perlu diberi kursus

'Sidang Dewan Sejam' menjadi antara isu yang dimainkan pembangkang (BN) berhubung Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini. Mereka menjaja di luar Dewan kononnya kerajaan Negeri takut menghadapi pertanyaan pembangkang.

Hanya empat soalan sempat dijawab dalam Sidang Dewan Negeri Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Kedah Yang Kedua Belas baru-baru ini. Kemudian Dewan pun ditangguhkan.

Isu sidang Dewan yang singkat bukan perkara baru. Ia dibangkitkan oleh pembangkang di zaman Almarhum Dato' Fadzil Noor menjadi Ketua Pembangkang DUN Kedah. "Takkan nak bincang masalah negeri hanya peruntukkan masa sejam dua." Ayat yang pernah digunakan PAS sewaktu jadi pembangkang itu, kini digunakan pula oleh BN.

Menteri Besar memulang paku buah keras. "Dulu masa jadi pembangkang kita minta tambah masa, mereka tak bagi, sekarang mereka nak minta pula." Beliau mencadangkan supaya pembangkang menggunakan peluang di Sidang Bajet bulan November nanti untuk 'bercakap panjang' kerana pada masa itu semua ADUN boleh berucap.

Bagi sesiapa yang mengikuti persidangan DUN Kedah, mereka dapat menyaksikan lemahnya pihak pembangkang memahami peraturan Dewan walaupun sudah lebih tiga tahun BN jadi pembangkang. Mereka mencelah dan berhujah sesuka hati sewaktu sesi soalan lisan, macam mesyuarat pakatan pinggan mangkuk.

"Semua wakil rakyat sepatutnya memberi ruang kepada Ahli Exco menghabiskan jawapan bagi setiap soalan terlebih dahulu sebelum membuat soalan tambahan kerana jawapan yang diberikan adalah penting untuk rujukan," katanya Speaker DUN Kedah Dato' Dr. Abd Isa Ismail.

Tindakan beliau enggan memberi ruang kepada wakil rakyat pembangkang bertanyakan soalan tambahan disebabkan kebanyakan mereka bukan serius dalam mengemukakan soalan tambahan, di samping terlalu banyak soalan tambahan yang diminta. Mereka lebih terarah hendak memberi syarahan.

Mengikut peruntukan, mana-mana wakil rakyat yang tidak puas hati dengan penjelasan mana-mana Ahli Exco Kerajaan Negeri dan menganggap jawapan mengelirukan mereka boleh mengemukakan usul tergempar meminta Ahli Exco berkenaan dihadapkan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan.

Sekiranya usul itu disokong semua ahli dewan maka Jawatankuasa berkenaan akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Exco berkenaan termasuk larangan masuk ke dalam dewan.

Dalam keadaan lemahnya pihak pembangkang memahami peraturan Sidang DUN, wajarkah masa soal jawab ditambah? Wajar, sebab ini mesyuarat untuk bincang masalah negeri tetapi dengan syarat pembangkang hendaklah diberi kursus memahami peraturan Dewan terlebih dahulu.


'Penyelewengan' peruntukan jalan

Antara perkara yang dipertikaikan pembangkang ialah jawapan berhubung soalan asal Dato' Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) yang ingin tahu 'penyelewengan' peruntukan jalanraya seperti yang didakwa oleh seorang menteri terhadap kerajaan negeri Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato' Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, Kerajaan Negeri menjelaskan bahawa tiada penyelewengan yang berlaku. Kerajaan negeri menerima RM147,535,242.00 pada tahun lalu dan sebanyak RM54,355,763.00 dibelanjakan bagi tujuan penyelengaraan 168 batang jalan raya seluruh daerah dalam negeri Kedah. Bermakna ada lebihan kewangan.

Memang dalam mana-mana sistem kewangan perbelanjaan tidak boleh melebihi peruntukan tetapi haruslah dibelanjakan dalam lingkungan bajet.

"Perbelanjaan tidak sama dengan perolehan atau penerimaan kerana perbelanjaan adalah mengikut bajet yang diluluskan oleh Sidang Dewan," jelas Menteri Besar.

Tambahnya lagi, kerajaan sekarang hanya meneruskan proses sebagaimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran dahulu. Itu jawapan yang tepat terhadap soalan tambahan pembangkang, kemana lebihan wang tersebut dibelanjakan?Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, pernah mendedahkan kepada media antara 'penyelewengan' kerajaan negeri sekarang ialah guna duit tersebut untuk bina jalan kampung. Di zaman BN pun sama, tidak semua peruntukan pusat untuk jalan negeri digunakan untuk jalan negeri. Lebihannya mereka gunakan untuk pelbagai perbelanjaan mengurus negeri. Bezanya, apa yang dibuat oleh PR semuanya haram dan halal jika dibuat oleh BN.

Peruntukan penyelengaraan jalan oleh Kerajaan Pusat diberi kepada semua negeri termasuklah negeri Kedah adalah berdasarkan syarat-syarat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dahulu. Ia adalah geran wajib berdasarkan kepala atau jumlah kutipan cukai yang dikutip dari Kedah. Itu hak negeri bukan wang ehsan dari Pusat.

Dalam isu 'penyelewengan' peruntukan pusat, tamsilannya mudah saja: Kerajaan Pusat sendiri menetapkan bajet untuk penyelenggaraan jalan raya. tetapi mereka tidak berbelanja lebih dari bajet. Adakah penyelenggaraan jalan bersumberkan jumlah kutipan cukai jalan yang dikutip dari rakyat jelata semata-mata sebab namanya pun 'cukai jalan'? Kalau duit cukai jalan hanya untuk penyelenggaraan jalan, mengapa kerajaan tak asingkan kutipan cukai jalan? Mengapa belanja mesti ikut bajet juga tanpa memperdulikan jumlah kutipan cukai jalan sama ada lebih atau kurang dari peruntukan bajet?

Kadang-kadang jawapan kena diberi dalam bentuk soalan. Supaya mereka tidak menuding jari terhadap perkara sama yang mereka sedang lakukan atau pernah lakukan.

Maka jawapan terhadap soalan tersebut adalah standard (walaupun tidak dinyatakan) iaitu: bagi BN apa yang dibuat oleh PR semuanya haram dan halal jika dibuat oleh BN.

http://kedahla.blogspot.com/

Anugerah PELAKON TERBAIK BERSIH 2.0..!!

"Semuanya berlakon dan buat sendiri"

Ini adalah gambar mata lebam Anwar pada tahun 1998 ketika ditangkap oleh polis. Pemimpin umporno berkata Anwar tumbuk matanya sendiri untuk mendapat simpati...


Semalam di TV3 suku Najimah dengan nada sombong menyindir Anwar kononnya Anwar berlakon sakit untuk mendapat simpati...

Ini pula gambar pengawal peribadi Anwar yang tercedera teruk di mukanya... Ini semua berlakon dan pengawal Anwar menembak dirinya sendiri agaknya...

Kematian mendiang Teoh Beng Hock juga dikatakan membunuh diri sendiri... pemimpin umporno menuduh DAP sengaja sensasikan kematian ini...Teoh Beng Hock sebenarnya bunuh diri sendiri kerana disiasat isu bendera harga RM2.80.. Mengapa tidak ada lakonan semula terjun bangunan dari tingkat 14....suruh jer nazri aziz lakon semula terjun dari tingkat 14....sudah tentu rakyat akan percaya cakap nazri aziz....

Allahyarham Ahmad Sarbani juga dikatakan membunuh diri sendiri ketika disiasat oleh SPRM...mungkin ramai yang tertanya-tanya bagaimana agaknya cara siasatan SPRM hingga orang sanggup bunuh diri...Sharpshooter juga pernah disoal siasat oleh SPRM Pulau Pinang selama 10 jam ketika kes fairus mantan tkm 1 Pulau Pinang....tak ada pula rasa nak terjun bangunan SPRM....SPRM wajib BERSIHkan dirinya dari menjadi alat pencacai umporno..

Kematian Kugan juga penuh misteri..adakah Kugan juga mencederakan diri sendiri...polis apco bukankah baik dan mesra...mereka juga lemah lembut macam pondan siam...mana mungkin mereka boleh cederakan Kugan...

Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad menerima 6 jahitan kerana cedera semasa demo BERSIH...Adakah ini juga berlakon untuk meraih simpati...

Mat Sabu juga turut dituduh berlakon sakit untuk meraih simpati...skru dilutut juga adalah palsu..Mat Sabu dituduh terjatuh sendiri melanggar pembahagi jalan dan bukannya dilanggar oleh kereta polis apco...

Maka rakyat wajib percaya cakap polis apco dan pemimpin umporno sebab mereka tidak pernah berbohong...jadi apa salahnya jika rakyat minta lakonan semula...bukankah polis apco telah lakonkan semula cara suraikan demo BERSIH...rakyat minta najimah lakonkan semula naik motor..selepas itu polis apco kejar dan akhirnya najimah langgar pembahagi jalan dan akhirnya lutut najimah dimasukkan skru....baru rakyat bertambah percaya kepada najimah..

Yang ini pasti lakonan terbaik dan lawak terbaik 2011 mengalahkan maharaja lawak..tengok tu...parang dan bom..sebab itu polis apco gelar BERSIH sebagai PERUSUH.....oooooi polis apco.... gunalah tektik baru..ini taktik lama daaaaa....rakyat tak percaya daaaa...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Nasib Polis Di Bawah Pemerintahn BN

Oleh Ustaz Idris AHmad

Sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa polis tidak berkasar ketika menghadapi demontrasi Bersih 9 Julai http://1.bp.blogspot.com/-0VpDL6rMDa4/TddwcB3yIpI/AAAAAAAAAcc/QtL2gX6Mqu0/s1600/RMP_T-Baton.jpg2011. Terbaru, polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis. Sayang seribu kali sayang skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat.

Hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis. Sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui you tube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis. Beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya. Mustahil di dalam beberapa minit demo rakaman ini boleh diedit.

Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohd Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya, ditambah pula dengan menuduh Mohd Sabu tidak cedera. Sedangkan satu dunia tahu bahawa Mohd Sabu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka. Persoalannya di mana pergi Datuk Seri Hishamudin? Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan. InsyaAllah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke 13.

http://idrisahmad.wordpress.com/

Siapa yang dok pandai kata SPR tak wibawa nie..!!!!

Diplomat: EU timbang hantar badan pemantau, SPR tidak wibawa

KUALA LUMPUR, 24 Julai — Meskipun Putrajaya terus mempertahankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), diplomat-diplomat Kesatuan Eropah (EU) sedang mempertimbangkan cadangan untuk menghantar kumpulan pemerhati ke Malaysia ketika pilihan raya umum ke-13 selepas mendapati agensi pengendali pilihan raya itu bukan sebuah badan yang berwibawa.
Pendirian itu dibuat susulan satu taklimat diberikan oleh suruhanjaya itu baru-baru ini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Beberapa diplomat memberitahu The Malaysian Insider, taklimat Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beberapa minggu sebelum perhimpunan Bersih 2.0 tidak meyakinkan mereka tentang kedudukannya sebagai sebuah badan berkecuali dengan terus mengatakan mereka sebahagian daripada kerajaan.

"Mereka tidak berwibawa. Abdul Aziz asyik mengulangi 'kami' dan 'kita' dalam kerajaan ketika taklimat," kata seorang diplomat EU kepada The Malaysian Insider.

Abdul Aziz merupakan bekas ketua setiausaha Kementerian Dalam Negeri sebelum dilantik mengetuai SPR bermula 31 Disember 2008 selepas kontraknya berakhir.

Seorang diplomat dari satu lagi negara EU mengesahkan taklimat itu dan rumusan yang mereka putuskan.

Malaysia mengadakan pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

"(Langkah) itu sensitif tetapi kami sedang memikirkan untuk mengesyorkan pasukan pemerhati agar boleh memantau pilihan raya umum akan datang," kata beliau dengan merujuk kepada misi pemantau Komanwel yang datang ketika pilihan raya umum 1990.

Pilihan raya umum 1990 merupakan yang pertama sejak krisis Umno 1986/1987 dan turut membawa kepada penubuhan Parti Melayu Semangat 46 (S46) pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan kewujudan perikatan pembangkang.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak menjemput pasukan pemantau sejak itu dan enggan mendedahkan kepada umum laporan misi itu.

Terdapat beberapa badan pemantau pilihan raya tempatan tetapi menerima kerjasama yang kecil daripada SPR.

Seorang diplomat berkata mereka juga telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Bersih 2.0 untuk mendapatkan taklimat mengenai lapan tuntutan mereka.

"Kami ada satu taklimat yang diberikan oleh pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai perjuangan mereka," katanya tetapi enggan memberi butiran spesifik mengenai hasil pertemuan itu.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu berkaitan lapan tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya.

Walaupun dihalang dan disekat pihak berkuasa termasuk memutuskan Bersih 2.0 sebagai sebuah pertubuhan haram, penganjur mendakwa telah berjaya menghimpunkan 50,000 orang. Tetapi polis menafikan jumlah itu dengan berkata hanya 6,000 orang hadir. -tmi

RM7.5 juta bantuan kebajikan setengah tahun

ALOR SETAR - Jumlah wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemberian kepada rakyat yang memerlukan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Kedah melalui Skim Bantuan Am Negeri bagi separuh tahun pertama 2011 ialah RM7,492,371 daripada RM14,575,000 (peruntukan yang diluluskan dalam Bajet 2011).

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, YB. Ustazah Ashah Ghazali berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak, YB. Dato' Dr. Ku Abd. Rahman Ku Ismail berhubung jumlah wang yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri untuk pemberian kepada rakyat yang memerlukan di bawah JKM Negeri Kedah bagi separuh tahun pertama 2011.

Ustazah Ashah menjelaskan, Kerajaan Negeri akan menambahkan peruntukan berdasarkan keperluan yang dikemukakan oleh JKM Negeri Kedah melalui Bajet 2011 dan ia juga akan mengambil kira kemampuan kewangan Kerajaan Negeri.

Taik Judi..!!!

Ketagihan judi sakit mental


KETAGIHAN terhadap judi menular kepada permainan dalam talian yang mendedahkan generasi muda kepada tabiat buruk tersebut. - Gambar hiasan.


KUALA LUMPUR – Ketagihan judi di kalangan masyarakat negara ini kini dianggap satu daripada elemen penyakit mental yang semakin serius dan wajar ditangani segera. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kesan daripada ketagihan judi mendorong kepada peningkatan masalah seperti hutang, bankrap, tekanan hidup selain masalah sosial yang memberi kesan terhadap hubungan kekeluargaan.

“Hampir setiap hari kita boleh membaca mengenai masalah berjudi di media. Ia merupakan masalah yang sangat serius, lebih parah daripada penagihan dadah. “Kami sedang melihatnya sebagai satu penyakit, agar kita boleh mengambil rawatan perubatan dan langkah untuk merawatnya,’’ katanya pada pemberita selepas merasmikan Majlis Ceramah Umum Mengenai Masalah Perjudian anjuran Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) di sini semalam. Tiong Lai juga bimbang sindrom itu mendorong perkembangan permainan judi di internet yang mensasarkan kepada golongan muda.

Ayuh Harimau bangun semula di Bukit Jalil....

Harimau cedera di Kota Singa


PEMAIN negara meraikan kejayaan Safee (dua dari kiri) menjaringkan gol awal Malaysia pada aksi pertama pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Singapura malam tadi. Malaysia tewas 3-5.


SINGAPURA – Lapan gol terhasil pada pertembungan dramatik dua musuh tradisi, Malaysia dan Singapura di Stadium Jalan Besar di sini malam tadi. Namun kesudahannya, Malaysia tewas 3-5 pada aksi pertama pusi- ngan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 itu biarpun berjaya bangkit seketika setelah ketinggalan 1-4 pada babak pertama. Pada aksi malam tadi, anak- anak buah Datuk K. Rajagobal ter- nyata gagal beraksi pada tahap sebenar meskipun diiringi sokongan 1,500 penyokong Malaysia yang menyeberangi Tambak Johor.

Biarpun mendahului seawal 25 saat permainan bermula menerusi penyudah kemas Safee Sali, Singa- pura pantas menyamakan kedudukan menerusi Aleksandar Duric pada minit ketujuh. Singapura terus menghukum kelonggaran benteng pertahanan Malaysia dengan menambah tiga lagi gol hasil sepakan percuma Qiu Li (21), Mustafic Fahrudin (43) dan Shi Jiayi pada minit ke-45. Ketinggalan 1-4, Malaysia memulakan babak kedua dengan langkah kiri apabila kapten, Safiq Rahim dilayangkan kad merah pada minit ke-49.

Mujur pemain bek kanan Singa- pura, Ismail Yunos turut dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke-53. Kesempatan beraksi 10 lawan 10 kembali digunakan Malaysia untuk memperoleh gol kedua hasil jaringan penyerang gantian, Abdul Hadi Yahaya pada minit ke-68 dan gol ketiga menerusi Safee seminit kemudian. Namun harapan melihat Malaysia bangkit menyamakan kedudukan 4-4 tidak kesampaian apabila Duric meledak gol kelima Singapura pada minit ke-80. Malaysia kini perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 pada aksi kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini seandainya mahu layak ke pusingan ketiga.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...