TERKINI :

Saturday, July 23, 2011

Adakah UMNO itu lebih tinggi dari Agama?

Rasuah itu adalah ketagihan tegar - elok dirawat di pusat serenti

Apa yang nampak oleh dua biji mata kita tidak semesti sama dengan apa yang dilihat oleh mata kita yang lagi satu, iaitu mata hati. Dua biji mata kita tidak mampu untuk melihat sejauh kemampuan mata hati. Biji mata kita tidak akan nampak apa yang ada di sebalik dinding tempat kita bersandar. Tetapi mata hati boleh melihat sejauh mata sekali pun jika kita telah sampai dan pernah berada di tempat yang dilihat oleh mata hati kita.

Saya nampak semua pokok yang ada di halaman rumah saya di kampong walaupun saya melihat dengan mata hati saya dari Subang Jaya. Saya boleh lihat sekarang ini bagaimana keadaan di Baitullah kerana semua kita telah sampai kesana. Begitu juga kita masih boleh nampak bagaimana rakyat yang sedang berjalan ke Stadium Merdeka untuk berhimpun secara aman telah digempur oleh pihak Polis tetapi dituduh peserta rally itu yang melakukan keganasan.

Saya juga nampak dengan mata hati saya bagaimana Baharudin Ahmad meninggal dunia semasa rally tersebut dan saya masih melihat dengan jelas bagaimana polis telah memancutkan air ber chemical kearah peserta-pererta rally yang hendak berjalan secara aman ke Stadium Merdeka. Mata hati kita juga nampak bagaimana ramainya peserta rally yang datang untuk menyertai perhimpunan itu walaupun polis tersalah bilang jumlahnya dan memberitahu kita jumlah kehadziran rally tersebut hanyalah dalam lingkungan 6000 orang sahaja.

Pandangan mata hati yang jujur akan membuahkan pandangan yang telus dan jujur terutamanya kepada mereka yang tidak ada kepentingan peribadi. Pandangan mata hati juga mampu untuk membuat telahan yang paling hampir kepada kebenaran. Pandangan mata hati yang jelas juga boleh memberikan 'intuition' tentang apa yang akan berlaku lanjutan dari pandangan mata hati yang tajam itu.

Pandangan mata hati dan 'intuition' ramai itu semuanya menjurus kepada perasaan tidak sedap hati tentang nasib orang-orang Melayu serta rakyat negara keseluruhannya. Ahli-ahli dan pimpinan parti di peringkat bawahan hanya diperguna oleh pimpinan atasan untuk memperjuangkan keuntungan peribadi (mereka) dan tidak sanggup berkorban kerana kepentingan peribadi. Tenaga dan keringat rakyat di bawah di perah sehingga kering semata-mata untuk kepentingan pemimpin-pemimpin, isteri-isteri dan anak-anak pemimpin-pemimpin yang tidak pernah merasakan kesusahan hidup seperti ahli-ahli di bawah.

Kenapa begitu? Jawabnya ialah kerana renongan mata-mata hati yang tajam yang nampak jelas partinya akan terjerumus kepada keaiban jika masih tidak bersedia untuk berubah secara serius serta drastik dalam masa yang sesingkat-singkatnya. Perubahan tidak mungkin terjadi di dalam UMNO kerana jika dilakukan perubahan yang besar maka perubahan itu akan menyekat mereka untuk bermaharaja lela dan memerah keringat rakyat lagi.

Sesungguhnya keenakan menjadi kaya raya terutamanya melalui rasuah adalah satu ketagihan yang tidak mungkin boleh diubati. Ketagih rasuah ini samalah seperti ketagih dadah yang tegar. Itu lah sebabnya ramai pemimpin yang tidak mahu langsung untuk memikirkan untuk bersara Ketagihan rasuah ini menyebabkan mereka bermati-matian untuk kekal dalam jawatan yang di sandang mereka. Mereka sanggup mengampu dan membodek pucuk pimpinan serta ahli-ahli keluarganya semata-mata untuk kekal di dalam nikmat kekayaan yang datang dari penat jerih rakyat yang ramai.

Keenakan duduk dalam kuasa akan membuatkan pemimpin-pemimpin yang ketagih kuasa dan keenakan ini melakukan apa sahaja, waimma menghancurkan pertubuhan politiknya sendiri. Pandangan rakyat tidak lagi di terima dan jika rakyat bangun menentang rakyat akan ditekan dengan kuasa-kuasa di tangan mereka untuk menindas perasaan rakyat yang ramai itu.

Rakyat tidak boleh berhimpun dan menunjukan ketidak puasan hati mereka walaupun secara aman. Perarakan yang aman di kecohkan oleh pihak polis dan akhirnya menyalahkan rakyat dan menuduh mereka sebagai perusuh. Sampai bila tekanan ini hendak dilakukan? Sampai bila?

Dalam pada itu mereka tetap hendak kekal dalam jawatan walaupun mereka sudah tidak lagi popular dan kedegilan ini tidak lain dan tidak bukan kerana ketagihan kuasa ini. Seseorng yang ketagihan dadah misalnya sanggup berbuat apa-apa sehinggkan ada kes penagih yang membunuh ibunya sendiri kerana ibunya tidak meberikan mereka wang untuk membeli dadah.

Itu sebabnya saya selalu menulis, jika pemimpin-pemimpin kerajaan itu sudah ketagihan dengan rasuah tiada jalan lain selain dari mengenepikan seluruh barisan yang sedang berkuasa dan yang sedang menghidapi penyakit ketagihan rasuah tadi.

Penagih-penagih ini harus di letakan di dalam pusat-pusat serenti agar mereka dapat dipulihkan agar mereka menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat. Di pusat pemulihan itu mereka akan diajar segala ilmu fardhu ain dan diberitahu yang mana halal dan yang mana haram.

Mereka akan diberikan latihan untuk menjadi insan yang baik dan berdisiplin melalui latihan kawat dan senaman setiap pagi. Di pusat pemulihan itu juga mereka boleh diajar untuk mengakui yang ketagihan rasuah itu adalah satu dosa yang besar, sama seperti memakan daging saudaranya sndiri.

Rakyat sudah sampai ketahap sudah hilang kesabaran. Berbagai-bagai saluran digunakan untuk meminta mereka berubah tetapi tidak juga berubah. Akhirnya rakyat hendak berjalan secara aman ka stadium untuk menzahirkan kemarahan mereka tetapi di tahan dan di kecohkan oleh pihak berkuasa dengan pancutan gas pemedih mata dan kekecohan itu pula di alihkan kepada rakyat pula sebagai pihak yang merusuh.

Hendak berkumpul itu pun dijadikan sebagai kesalahan oleh akta dan undang-undang. Jika berkumpul lebih dari lima orang akan melanggar akta polis. Semuanya tidak boleh. Seluruh dunia memerhatikan kita dan mengkritik kita. kritikan masyarakat antarabangsa itu dianggap sebagai mencampuri hal ehwal negara kita. masyarakat antarabangsa pula yang bersalah.

Jadi yang tidak bersalah hanyalah mereka dari parti-parti kerajaan BN. Yang lain di seluruh dunia ini bersalah. Semuanya bersalah kecuali UMNO dan BN. Yang boleh membangunkan negara hanya UMNO. Parti lain tidak tahu membawa pembangunan. Kita hanya di minta mengenang budi UMNO sahaja. UMNO dan pemimpin mereka rasuah tetapi mesti juga di sokong kerana mereka pernah berjasa.

Jasa UMNO yang lepas-lepas itu mesti diingati dan terus disokong walaupun mereka sekarang melakukan rasuah yang besar-besar. Tidak boleh di tegur kerana jasa mereka banyak kepada rakyat. UMNO telah memberikan kemudahan api letrik dan air paip yang bersih. UMNO telah memberi subsidi gigi palsu. UMNO telah memberi lembu pawah kepada orang kampong. UMNO telah membangunkan bangunan yang tertinggi di dunia. UMNO telah melebarkan jalanraya dan sebagainya.

Maka kita wajar sokong UMNO walaupun mereka rasuah dan selalu menyalah gunakan kuasa. UMNO itu lebih tinggi dari agama. Meninggalkan UMNO atau tidak memberikan sokongan akan di anggap seperti orang murtad. Yang berhak menjadi orang yang terkaya hanya lah pemimpin-pemimpin UMNO. Rakyat ramai tidak boleh walaupun mereka yang membayar cukai.

UMNO ini seolah-olah sudah ditarifkan seperti agama baru. Jangan dilawan mereka. Kuasa yang ada kepada mereka itu bukan datangnya dari tuhan. Ianya datang dari UMNO itu sendiri. Maklumlah segala pembangunan dan rezki rakyat itu katanya datang dari UMNO.Begitulah gayanya UMNO hari ini
-Aspanaliasnet

Video polis sesuai zaman TV hitam putih

KUALA LUMPUR, 23 Julai: Video yang ditayangkan pihak polis Khamis lalu mengenai himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai sesuai untuk zaman televisyen (TV) hitam putih.

"Sayang seribu kali sayang, skrip ini hanya sesuai di zaman televisyen hitam putih, sedangkan sekarang zaman IT yang bergerak pantas seperti kilat," kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya sekarang polis Malaysia berada di dalam keadaan serba salah untuk menafikan bahawa mereka tidak berkasar ketika menghadapi demonstrasi Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Terbaru, ujarnya polis terpaksa menayang rakaman video menunjukkan layanan baik polis.

Tambahnya, hampir dua minggu baru polis menyiarkan video versi polis sedangkan seluruh dunia sudah menyaksikan kegaganasan polis sewaktu berhadapan dengan peserta demo melalui Youtube yang disiar selepas beberapa minit demo berlalu.

"Sekarang polis susah hati, kerana rakyat tidak boleh menerima tayangan skrip polis," ujarnya.

Beliau berkata, beberapa persolan yang dibangkit, kenapa lambat sangat video ditayang, sedangkan lambakan gambar yang terpapar melalui lensa kamera dan juga internet adalah sebaliknya.

Menurutnya, adalah mstahil di dalam beberapa minit demo rakaman itu boleh diedit.

"Kenapa insiden gambar Tuan Haji Mohamad Sabu tidak ditayangkan sepenuhnya?" soalnya.

Ini, katanya ditambah pula dengan menuduh Mohamad Sabu tidak cedera sedangkan satu dunia tahu bahawa Timbalan Presiden PAS itu sudah menjalani pembedahan di hospital pakar Shah Alam, bukan bomoh patah Pongsu Seribu.

Nampaknya, kata beliau polis sekarang sedang bertarung dengan peserta Bersih dan menjawab tohmohan terhadap mereka.

Persoalannya, tamb ah beliau di mana pergi Datuk Seri Hishammuddin.

"Inilah nasib polis apabila bernaung di bawah kerajaan BN yang tidak bijak mengurus hal ehwal kepolisan.

"Insya Allah profesional polis akan dipertingkatkan jika Pakatan Rakyat diberi mandat di dalam PRU ke-13 nanti," katanya.[harakahdaily]

Sahol Hamid UITM Dan Polis Dua Kali Lima Saja

Oleh Mohd Sayuti Omar

Naib Ceselor UiTM Sahol Hamid Abu Bakar dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRhttp://media1-cdn.malaysiakini.com/384/6a7da1e2b82b5eb1ceb2e8ac85817215.gifM) lebih kurang saja, dua kali lima. Barang kali begitulah jadinya kalau perlantikan Sahol Hamid sebagai Naib Censelor dibuat atas pengaruh politik dan bukan kerana kecemerlangan beliau dalam akademik dan tidak berdasarkan pengalaman pengurusan sebuah IPTA.

Begitu jugalah jadinya pasukan keselamatan sepenting polis, kalau ia lebih menjaga soal politik dan bukannya keselamatan umum, pasukan itu dilihat sebagai abdi bukannya sebuah pasukan yang disanjung. Pasukan itu akan dipertiakiakn dan terus dipertikaikan sehingga kewibawaanya tidak akan disebut lagi.

Apa yang keluar dari mulut Sahol Hamid menggambarkan akan kedangkalan dan kenaifannya sebagai seorang

Naib Ceselor. Inilah kualiti Naib Censelor yang dipilih Kementerian Pengajian Tinggi yang mengguna pakai meret politik.

Begitulah jadinya kalau soal setia kepada Umno dan kuat membodek diabil kira, bukannya kepada kecemerlangan seseorang dan kredibilitinya dalam dunia pendidikan. Hasilnya universiti yang diserahkan itu akan jatuh merudum dan akan diketawakan oleh dunia. Kenapa tidak sebab censelornya cerdik sedikit daripada pak pandir.

Kelemahan dan sejauh mana wibawa Sahol boleh dilihat kepada isu Anugerah Ibrahim Ali yang dinama dan diminta sendiri oleh Ibrahim Ali. Beliau nampaknya berdolak dalih dengan isu ini. Mulanya beliau kata anugerah itu belum diputuskan oleh senat. Tetapi bila terdedahnya surat pekeliling yang ditanda tangani katanya ia sebagai untuk mendapat reaksi berhubung anugerah itu oleh para pesnyarah.

Kenapa kementot sangat hujah Sahol untuk melepaskan dirinya? Adakah logik beliau mengeluarkan pekeliling hanya untuk mendapat reaksi daripada para pesnsyarah. Pensyarah rasanya tidak perlu memberi apa-apa pandangan lagi kerana UiTM sudah ada senat atau lembaga pengelolanya sendiri untuk menilai apakah anugerah itu bermutu, ada wibawa atau tidak. Pihak senat boleh menentukan apakan logik atau tidak anugerah berkenaan ditawarkan.

Bukankah senat dan lembaga sendiri terdiri daripada 60 orang professor? Tidak cukup lagikah otak mereka untuk membuat penilaian terhadap anugerah berkenaan. Atau pun Sahol sudah menerima apa-apa sogokan daripada Inchek Ibrahim berkenaan dengan anugerah itu? Tidak mustahil?

Apa yang berlaku ini menjelaskan akan sejauh mana wibawa Sahol sebagai Naib Censelor kepada sebuah IPTA. Beliau seolah bekerja dengan kaki dan bukan dengan kepala. Dalam perkara begitu penting pun beliau boleh membuat keputusan semudah itu, apa lagi hal-hal yang kecil dan remeh lagilah. Menyalahkan Institiut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) yang konon tersalah pandang sebab mengumumkan sesuatu yang belum pasti adalah alasan kebudak-budakan. Alasan itu untuk menyelamatkan diri sendiri saja laksana orang Sakai melindungi kemaluan dengan kulit kayu.

Begitu juga kalau Impak bertanggungjawab kenapa laman websitenya sudah dihapuskan dari alam maya? Ini menunjukkan bahawa apa yang berlaku itu tidak menurut peraturan dan satu penyelewengan sedang cuba dilakukan. Dengan wujudnya perkara ini kita bimbang masih banyak keputusan-keputusan universiti berkenaan sebelum ini dibuat tanpa kajian mendalam atau tidak mengikut piwaian yang ditetapkan.

Salah satu ialah mengenai anugerah doktor kehormat kepada seorang altit wanita sebelum ini. Katanya penganugerahan itu tidak memenuhui kritria yang ditetapkan. Atlit itu tidakpun mendapat apa-apa pingat dalam kejahohan yang disertainya. Tetapi kerana, saya ulangi kerana dia baik dengan isteri orang kenamaan, atlit busuk itu diberikan anugerah doktor kehormatan. Binawai... Untuk IPTA itu sendiri di manakah maruahnya bila ini berlaku.

Apabila mengenangkan tindakan kemetot Sahol Hamid itu teringatlah kepada tindakan polis Malaysia berhubung kenyaatan akhbar yang dibuat terhadap Dr Hatta Ramli dan Husam Musa. Dalam satu laporan akhbar polis mengatakan pihaknya akan mengeluarkan waran kepada Hatta dan Husam kerana menghadiri himpunan Bersih.

Sebabnya ialah kerana kedua pemimpin Pas itu tidak hadir ke balai polis Dang Wangi untuk memberi keterangan. Apa yang ganjilnya dan mungkin tidak pernah berlaku di Korea dan Jepun kedua-dua pemimpin Pas itu tidak pun dimaklumkan yang mereka perlu memberi keterangan.

Menurut Hatta dan Husam mereka tidak diberi tahu sama ada melalui surat, telefon atau khidmat pesanan ringkasan (SMS). Hatta nampaknya semacam menyesali atas apa yang berlaku. Katanya polis perlu menguasai kemudahan terkini untuk urusan kerjanya seperti menggunakan SMS atau Facebook untuk menghubungi seseorang yang dikehendaki. Cadangan Hatta itu menunjukkan polis masih lagi berada di tahap lama dalam urusan kerjayanya.

Saya rasa polis sengaja berbuat begitu seperti mana kata Husam untuk mensensasikan hal itu. Apabila polis mengeluarkan kenyataan akan keluar waran untuk tangkap mereka berdua maka ternampak di mata umum bahawa mereka bersalah dan cuba melarikan diri. Natijah dari tindakan polis yang tidak profesional itu bagi menjatuhkan imej pemimpin Pas itu.

Perkara-perkara seperti ini seharusnya diberi perhatian dan diteliti oleh pihak berkuasa, seperti Menteri Pengajian Tinggi dan juga Menteri Dalam Negeri (KDN) agar wibawa mereka berhubung perkara ini tidak terjejas. Kesan daripada kelemahan atau kesengajaan itu akhirnya boleh memberi implikasi kepada menteri yang bersangkutan.

Kalau mengenai perangai Sahol Hamid itu kesanya kepada Khalid Nordin manakala mengenai kelemahan polis itu pula kesannya kepada Hishamuddin Hussein. Selaku menteri mereka berdua perlu memberi perhatian perkara ini dan jangan mudah pula menyokong tindakan dangkal agensi atau jabatan dibawah bidang kuasa mereka
http://msomelayu.blogspot.com

Land Rover itu tak langgar Mat Sabu! Mat Sabu jahat! Polis baik!

Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Kami ada bukti bahawa Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover Polis.
Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Mat Sabu bohong! Mat Sabu tidak dilanggar oleh Land Rover Polis!
Mat Sabu: Saya dilanggar oleh kereta Polis sebelum ditahan.
Polis: Mat Sabu bohong! Land Rover itu tak langgar Mat Sabu! Mat Sabu jahat! Polis baik!

Polis hanya siar adegan tertentu yang diputarbelit, takut siar keseluruhan

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa menayangkan keseluruhan video perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, bukan menayangkan 'detik-detik terpilih'.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) berkata, video yang ditayangkan pihak polis semalam tidak menggambarkan secara keseluruhan situasi pada hari tersebut.

"Tayangan video itu tidak memberi apa-apa makna kerana yang ditayangkan hanya saat-saat dan detik-detik pilihan yang tidak menceritakan keseluruhannya.

"Sepatutnya polis kalau dah ada video tunjuk semua, jangan hanya detik-detik tertentu.Kita minta polis tunjuk semua, jangan hanya detik-detik pilihan yang nak tunjukkan mereka baik sahaja," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas sesi tayangan dan taklimat selama satu jam 30 minit yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, dekat sini petang semalam yang dikatakan bagi menjawab segala dakwaan terhadap salah laku polis.

Video klip itu bagaimanapun hanya menunjukkan 'layanan baik' polis terhadap peserta himpunan termasuk menjawab dakwaan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu bahawa beliau dilanggar pajero polis.

"Saya nampak ianya tidak menujukkan apa-apa konklusi. Video itu tidak menunjukkan saat Mat Sabu jatuh, tak tunjuk sama ada dia jatuh, pajero undur dan langgar dia dan dia jatuh ataupun ada dua buah kereta waja yang langgar dia dan dia jatuh.

"Saya ingat dari segi apa yang ditunjukkan dalam video itu menujukkan bahawa tak ada bukti untuk menunjukkan bahawa Mat Sabu menipu malahan nampak macam polis nak menipu," katanya yang turut cedera di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata dan menerima enam jahitan.

Tambahnya, tindakan polis memilih video sebelum ditayangkan sehingga mengambil masa selama dua minggu amat menimbulkan keraguan.

"Kenapa saat-saat tertentu sahaja yang polis tunujuk? Masa polis tembak gas masa perhimpunan kenapa tak tunjuk?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat.

Dalam taklimat semalam, polis tutut mendakwa peserta perhimpunan yang banyak melakukan provokasi supaya polis menangkap mereka.

Polis bagaimanapun mengakui kemungkinan melepaskan meriam air ke lorong-lorong di belakang hospital Tung Shin manakala asap gas pemedih mata yang ditembak meresapi perkarangan hospital itu.

Mahfuz - Beng Hock bunuh diri atau selamat diri?

KUALA LUMPUR, 22 Julai: Tidak ada sebab Teoh Beng Hock mahu terjun dari tingkap melainkan hendak menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz mengumumkan keputusan siasatan Suruhanjaya Diraja mendapati Teoh Beng Hock mati kerana membunuh diri, Mahfuz mempersoalkan adakah Teoh mati membunuh diri atau mahu menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas ke atasnya.

"Di mana-mana dan pada bila-bila masa pun, adalah lumrah seseorang yang diganasi oleh mereka yang mempunyai sifat seperti syaitan akan berusaha menyelamatkan dirinya," katanya.

Antara lain, kenyataan bertulis Nazri menyatakan Teoh "merasa terbeban and tertekan dengan sesi soal siasat yang agresif dan berlarutan".

"Begitu juga Penolong Ketua Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamed. Beliau mungkin terbunuh akibat terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri dari cara siasatan yang mungkin sangat ganas dan tidak berperikemanusiaan ke atasnya.

"Sama ada dalam kes Teoh atau Sarbaini, terjun atau terjatuh ketika berusaha menyelamatkan diri bukan bunuh diri," tegas beliau.

Dalam usaha menyelamatkan diri itu, katanya, tidak mustahil mereka cuba melarikan diri melalui tingkap kerana terlalu terdesak untuk mencari jalan keluar dari soal siasat yang disebut oleh Nazri sebagai "agresif dan berlarutan" itu.

"Walau terjun tingkap sekalipun dan bukan terjatuh secara tidak sengaja, ia tetap tidak boleh disifatkan sebagai membunuh diri kerana mereka mungkin berusaha untuk menyelamatkan diri dari siasatan yang mungkin sangat ganas dan tidak berperikemanusiaan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Beliau juga membangkitkan kembali keputusan mahkamah koroner yang menyatakan Teoh tidak mati bunuh diri dan tidak juga mati dibunuh.

"Memang tidak bunuh diri dan tidak dibunuh sebab beliau mungkin terjun atau terjatuh ketika cuba menyelamatkan diri dari siasatan yang kejam, ganas dan tidak berperikemanusiaan," katanya lagi.

Mahfuz menyifatkan keputusan mahkamah koroner itu sebagai munasabah dan saksama.

Mat Sabu: Buat apa saya tipu?

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab bagi beliau menipu apabila mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

NONE"Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim," katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya, tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.

"Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.

"Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor," katanya.

Sehubungan itu, menurut Harakahdaily lagi, bagi menangkis tohmahan jahat polis, Mohamad sudah pun mengarahkan peguam PAS, Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.

police mat sabu google map bersihSaleh pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis, timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar. Justeru, katanya, polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

"Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya. Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini... Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.

Tambahnya, hasil siasatan menunjukkan Mohamad Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.

NONEPemimpin PAS pada wawancaranya dengan Malaysiakini pada Rabu lalu menafikan beliau berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

"Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai," katanya kepada Harakahdaily semalam.

Mohamad Sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

NONESebelum ini, Umno dan rakan-rakannya juga mendakwa, pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Mohamad dan juga Datuk Seri Anwar Ibrahim berpura-pura cedera untuk meraih simpati.

Empat hari lalu, pengawal peribadi Anwar membuat laporan polis ekoran kecederaan yang dihadapinya selepas terkena kanister gas pemedih mata sehingga menyebabkan tulang pipinya patah.

Pada perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu, hampir 1,700 orang ditangkap dan ramai yang mendakwa polis bertindak kasar dan keterlaluan.

Di sebalik bukti gambar dan video, namun ini disangkal oleh pihak polis sendiri termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk seri Hishamuddin Hussein.

Peruntukan jalan dari Pusat adalah hak Negeri

ALOR SETAR - Peruntukan penyelengaraan jalan oleh Kerajaan Pusat diberi kepada semua negeri termasuklah negeri Kedah adalah berdasarkan syarat-syarat penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dahulu.

Malah sekiranya Kerajaan Pusat diperintah oleh PR dan Kedah diperintah oleh Barisan Nasional pun syarat ini akan diteruskan, kata Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengulas tindakan tidak puas hati pihak pembangkang terhadap baki peruntukan penyelengaraan jalan raya.

Menurutnya, mana-mana sistem kewangan perbelanjaan tidak boleh melebihi peruntukan tetapi haruslah dibelanjakan dalam lingkungan bajet.

“Perbelanjaan tidak sama dengan perolehan atau penerimaan kerana perbelanjaan adalah mengikut bajet yang diluluskan oleh Sidang Dewan,” katanya kepada media.

Tambahnya lagi, kerajaan sekarang hanya meneruskan proses sebagaimana yang telah dilakukan oleh pentadbiran dahulu.

Ini berikutan beberapa ADUN pembangkang tidak puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar & Basmi Kemiskinan YB Dato’ Ir Phahrolrazi Haji Zawawi, Kerajaan Negeri menerima RM147,535,242.00 pada tahun lalu dan sebanyak RM54,355,763.00 dibelanjakan bagi tujuan penyelengaraan 168 batang jalan raya seluruh daerah dalam negeri Kedah.

Seramai tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili pihak pembangkang mempertikaikan jawapan bagi soalan dewan mengenai lebihan peruntukan penyelengaraan jalan raya yang disalurkan oleh Kementerian Kerja Raya pada Sidang DUN hari ini.[WartaKedah]



Bukan Islam disaran berhibur di rumah


ALOR SETAR - Penduduk bukan Islam disaran berhibur di rumah sepanjang Ramadan berikutan penguatkuasaan Enakmen Hiburan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang mengehadkan penglibatan pengunjung ke pusat hiburan.

Penceramah motivasi terkenal di negeri ini, Muhammad Husni Zakaria berkata, dengan adanya teknologi maklumat tanpa sempadan, pelbagai bentuk hiburan kini mudah diperoleh dari hujung jari dan tidak memerlukan seseorang itu menjejakkan kaki ke pusat hiburan.

“Cadangan saya kepada kaum lain, mereka boleh dapatkan hiburan di rumah. Sekarang ini bukan sukar untuk mendapat bahan-bahan hiburan. Malah sepanjang bulan itu, ahli keluarga boleh berkumpul untuk berhibur bersama, sekali gus mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya.

Menurutnya, keputusan Kerajaan Negeri untuk menetapkan syarat ketat kepada pengusaha pusat hiburan dengan tidak membenarkan orang Islam memasuki premis hiburan, perlu dicontohi semua negeri kerana banyak manfaatnya.

“Selain menghormati bulan Ramadan yang mulia, tindakan itu memang wajar dan pemerintah yang mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang, wajib menggunakan kuasanya untuk menghentikan pusat hiburan yang jelas melalaikan,” katanya.

Muhammad Husni berkata, Kerajaan Negeri juga disarankan menutup mana-mana pusat hiburan yang dimiliki orang Melayu bagi membendung gejala negatif berleluasa dalam kalangan umat Islam.

“Biarlah hanya tauke bukan Islam yang membuka pusat hiburan kerana ia tidak salah di sisi agama lain. Saya harap mereka patuhi syarat dan pendapat saya semua agama juga melarang penganutnya mendapatkan hiburan hingga tahap melalaikan,” katanya.

Menurutnya, alasan mahu berhibur setelah penat seharian bekerja perlu diubah kepada pendekatan lebih berhemah, dan seseorang itu hendaklah berpada-pada dalam apa jua tindakannya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...