TERKINI :

Friday, July 22, 2011

TAHNIAH..PATRIOT mengembang sayap mengumpul ahli luar negara..!!!

SEBELUM ini heboh disiarkan di blog-blog dan laman portal berita alternatif menunjukkan gambar warga asing Bangladesh memakai baju Patriot untuk sama-sama berhimpun menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 di ibu negara tempoh hari.


Kali ini, salah seorang pembaca MiLo SuaM mengirimkan beberapa keping gambar yang mendedahkan bahawa perhimpunan Patriot diketuai oleh Ketua Pemuda United Malays No Otak, Khairy Jamaluddin turut menggunakan pelancong asing dari Timur Tengah dan Barat.


Kegagalan Patriot mendapatkan sokongan rakyat bagi menentang perhimpunan aman BERSIH 2.0 telah memaksa mereka menggunakan warga asing, termasuk pelancong asing menyertai perhimpunan mereka. Ini bertujuan untuk menampakkan kononnya ramai rakyat Malaysia yang menyokong Patriot (sebut Pakturot).


Modus operandi mereka dipercayai menggunakan bendera jalur gemilang (bendera Malaysia) untuk memperdayakan warga asing yang langsung tidak faham apakah tujuan perhimpunan itu diadakan. Warga asing yang tertipu akan menyangka perhimpunan itu sebagai perarakan biasa sedangkan ia hanyalah perhimpunan provokasi terhadap BERSIH 2.0.


Apa yang jelas Perhimpunan bodoh Patriot (sebut Pakturot) gagal mendapat sokongan rakyat. Mereka sekadar berjaya membawa pencacai upahan dan warga asing yang tertipu turun berhimpun tak sampai satu jam pun. BERSIH 2.0 langsung tak rasa tergugat, bagaikan harimau digigit anak cicak, calar pun tidak apatah lagi luka berdarah?

PERKASA jangan ditanyalah, bayang pun tak nampak Bapak Katak menyorok bawah tempurung kot...

ReJaM© "Hari ini guna warga asing, lain hari gadai negara pula kepada orang asing..."

Bersih : Polis Tutup Kezaliman Diri, Kata Mat Sabu

SHAH ALAM 21 JULAI : Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menolak penafian polis menindas peserta perhimpunan aman Bersih 2.0 dan menyifatkan rakaman video yang dikemukakan oleh badan itu sebagai cubaan terdesak untuk menutup kezalimannya.

"Perkara ini tidak seharusnya berlaku, sudah tentu polis (akan) menafikan (tindakan) polis. Perkara ini seharusnya dilaksanakan oleh jawatankuasa penyiasat(bebas), kalau tanya Polis memang mereka akan memberi kenyataan macam itu," kata beliau kepada TvSelangor.

Selepas hampir dua minggu, Polis Bukit Aman tampil hari ini untuk menayangkan video yang menurut badan itu menunjukkan polis bertindak mengikut batas undang-undang dalam menyuraikan perhimpunan aman Bersih.

Puluhan ribu orang menyertai perhimpuan itu untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil walaupun terpaksa menongkah arus tembakan air berkimia dan gas pemedih mata oleh polis.

Lebih 1,600 orang ditahan manakala Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pengawal peribadi beliau, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad antara yang cedera.

Seorang meninggal dunia, namun polis hari ini mendakwa kematian Baharuddin Ahmad, 59, adalah akibat sakit jantung dan bukan kerana tindakan polis.

Malah, Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid menuduh Mohamad Sabu mereka cipta dakwaan bahawa beliau dirempuh oleh sebuah Land Rover yang dipandu anggota polis sebelum dibawa ke hospital.

Salleh sebaliknya mendakwa pemimpin pembangkang itu jatuh daripada motorsikal selepas melanggar penghadang jalan.

Timbalan Presiden PAS itu membidas Salleh dan berkata beliau bersedia membuktikan keterangannya di mahkamah jika perlu.

Beliau berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar pihak berkuasa untuk menutup kesalahannya.

"Saya tak mahu buat apa-apa kenyataan (bersabit insiden itu) melainkan di mahkamah," kata beliau.

Mohamad Sabu berkata penafian polis hari ini adalah cubaan tersasar kerajaan untuk menutup kesalahan pihak berkuasa.

"Kita ada SUHAKAM(Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia), kalau kenyataan dari SUHAKAM atau mana-mana badan bebas lain, kita terima. Ini gunakan polis. Sudah tentu mereka berkata begitu," kata beliau.

"Bagaimana dengan mereka yang pecah kepala, nasib yang menimpa YB Khalid Samad(Ahli Parlimen Shah Alam) dan sesiapa sahaja yang tercedera? Siapa yang bertanggungjawab?. Oleh kerana itulah kita perlu laporan daripada SUHAKAM ataupun badan bebas dan bukannya polis," tegasnya.

Mohamad Sabu berkata, kelewatan polis sendiri untuk tampil dengan rakaman video menimbulkan pelbagai kecurigaan.

"Dua minggu baru keluar video siapa boleh terima, jadi penafian polis tidak boleh diterima. Kita perlu badan lain, Polis memang suka berbohong." tambahnya. -tvnews

Tarbiah kepada AHLI sungguh berjaya.. BERSOLAT juga w/pon tangan diikat..!!!

Peserta Bersih Bersolat Dengan Tangan Diikat, Anda Nilai Sendiri....

http://2.bp.blogspot.com/-T6r2c2FluSc/TigH8hnhYCI/AAAAAAAAC8Q/kfg-EdGNWYs/s1600/solat%2Bbergari.JPG


Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan
BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari,sekali gua
tengok,dah macam askar Israel yang menzalimi penduduk Islam Palestin.
Apa bezanya..??Yang gua lagi pelik..apa hal Mat Polis hanya melihat sahaja mereka
bersolat..?? mungkin dalam Keuzuran beb..ha3

Apa yang penting PAS terbukti berjaya mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa
istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.
Syabas kepada anak-anak muda ini ......!!

Sumber

Azizan kona..!!

oleh AnakKedah007

Ha ha ha kan dah kena kenen dengan mat bashah.... benda2 macam nie yg gua tekankan.....jawab dalam dewan biaq depa kancing gigi face to face nie dak dok layoq buku tuuu jaa..memang la buku tu kalau org baca depa akan faham..skrg bila masuk dewan benda nie termaktub dalam jawapan dewan ianya kira lebih kemaih lagik... dan sebelum nie MB sendiri yg dok kalut suruh BN tanya dalam dewan.... bila org tanya depa dok kona pulak kot jawapan BUKU tuuuu.....sendiri mau pikir la bro....


Pas Kedah elak jawab soalan manifesto

ALOR SETAR 20 Julai – Tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengelak daripada menjawab soalan tentang manifesto pilihan rayanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin lalu dilihat sebagai membelakangkan permintaan rakyat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, kerajaan negeri tidak boleh mengenepikan soalan tersebut dengan alasan buku mengenainya sudah diedarkan.

"Ia cuma jawapan untuk melepaskan diri. Kerajaan negeri boleh kata buat buku dan edar kepada rakyat tentang kejayaan manifestonya, namun penjelasan harus diberikan oleh Menteri Besar sendiri secara terperinci.

"Kerajaan negeri sepatutnya berani menjawab apa juga persoalan yang ingin dikemukakan oleh wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pada sidang DUN itu berkaitan manifestonya demi kepentingan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Potensi 2011 Kanak-kanak Kemas Parlimen Alor Setar di sini hari ini yang disertai oleh lebih 1,000 murid-murid tadika tersebut.

Ahmad Bashah menambah, rakyat masih mempersoalkan janji-janji pilihan raya kerajaan Pas Kedah tersebut.

"Tiada apa yang perlu mereka takutkan jika benar hampir kesemua janji dalam manifesto tersebut terlaksana. Seharusnya mereka berani menjawab apa juga persoalan tentangnya," katanya.[utusan]

Bersih 2.0: Polis nafi semua tohmahan kecuali kes Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Polis menolak semua dakwaan dan tohmahan yang dilemparkan pihak tertentu yang mendakwa pasukan keselamatan itu melakukan kekerasan semasa menghuraikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, 9 Julai lalu kecuali melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin.

Bagaimanapun menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rashid, siasatan berhubung tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah Hospital Tung Shin masih berjalan.

Pada sidang media yang diadakan di Bukit Aman di sini petang ini, beliau juga menegaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air itu hanya dilepaskan di kawasan berhampiran dan bukan dalam premis Hospital Tung Shin.

“(Memang) meriam air ada buat semburan di kawasan laluan masuk ke Hospital Tung Shin tetapi gas pemedih mata berlaku di kawasan berhampiran (laluan sebelah Hospital Tung Shin).

“Kejadian di Hospital Tung Shin kata polis menggunakan meriam air dan gas pemedih mata memang tidak boleh dinafikan sebenarnya, mungkin angin yang tiup masuk,” katanya.

Bagaimanapun tegas Salleh, siasatan berhubung perkara itu masih dijalankan dan jika didapati ada anggota melepaskan tembakan gas pemedih mata ke kawasan Hospital Tung Shin tindakan akan diambil.

“Apa sahaja tindakan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan sekiranya berlaku pelanggaran kita akan ambil tindakan,” katanya.

Salleh turut menayangkan rakaman video yang diperoleh daripada polis dan orang persendirian berhubung insiden-insiden yang berlaku.

Ia termasuk kes kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad, kes “pelanggaran” Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan kekerasan polis.

“Polis menggunakan SOP yang telah ditetapkan dan kita tidak bertindak secara keras (terhadap peserta), kita bermula dengan meriam air dan sebelum kita tembak kita akan beri amaran dulu, kita tidak gunakan kekerasan.

“Selain itu kita tidak melakukan kekerasan terhadap mereka yang ditahan, kita tangkap mereka secara berhemah dan mereka yang ditahan dibawa dengan van (untuk ke Pulapol) dan bukan black maria, di sana (Pulapol) kita sediakan tempat solat, kita beri makan macam makan kenduri, kita sediakan perkhidmatan dan mereka yang ditahan kita hantar ke tempat untuk mereka mudah dapatkan pengangkutan awam,” kata Salleh.

Jelas beliau, pendedahan itu dibuat selepas mendapat maklumat daripada enam jawatankuasa khas menyiasat enam dakwaan kezaliman pihak berkuasa itu ketika bertugas pada 9 Julai lalu.

Selain itu tegas Salleh, sepanjang bertugas pada Himpunan Bersih 2.0 semua polis bertindak secara berhemah dan tidak pernah menggunakan sebarang kekerasan seperti mana yang didakwa.

Bagaimanapun jelas beliau, peserta perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang bertindak di luar batasan dengan melakukan banyak provokasi termasuk cuba merempuh polis.

“Insiden di KL Sentral mengenai gas pemedih mata, ketika itu ada kumpulan seramai 400 orang di KL Sentral... tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan di luar kawasan (KL Sentral) dan bukan di dalam (terowong), kita buang (tembak) di luar bukan di dalam.

“Malah di sana Tian Chua (Naib Presiden PKR) cuba merempuh ke arah polis, namun selepas tembakan (gas pemedih mata) dilepaskan, dia lari masuk ke dalam,” katanya sambil menambah, anggota polis yang berada di kawasan itu diletakkan kira-kira 30 meter di luar KL Sentral.

“Kenapa 30 meter? Itu sebab... ia adalah SOP jika mahu lepaskan gas pemedih mata,” tambah Salleh.

Justeru jelas beliau, sepanjang mengawal keselamatan dan menghuraikan Himpunan Bersih 2.0, polis telah bertindak secara profesional.

“Langkah yang telah kita buat telah berjaya mengekang 300,000 orang datang dengan hanya tidak sampai 10,000 orang, perhimpunan itu mengambil masa tiga jam bermula dari pukul 2 petang hingga 5 petang.

“Pendekatan tegas, adil dan berhemah ini berjaya menghalang daripada berlaku sesuatu yang tidak diingini, tiada kerosakan yang berlaku,” katanya.

Bersih 2.0 mendakwa kira-kira 50,000 orang muncul pada perhimpunan Sabtu lalu manakala pihak polis mendakwa hanya 6,000 orang muncul di ibu negara.

Perhimpunan itu yang diadakan tanpa permit polis telah menyebabkan hampir 1,700 orang ditahan termasuk beberapa ahli politik.

Seorang peserta, yang merupakan ahli PAS, didakwa meninggal dunia terkenan gas pemedih mata.

Polis berkata Baharuddin Ahmad meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

Olimpik Malaysia tewas 0-1 di tangan Chelsea

July 21, 2011
Bintang Chelsea Joshua McEachran berhadapan dengan halangan pemain-pemain Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam ini. — Foto oleh Razainor Hisham

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Skuad Olimpik Malaysia tewas 0-1 dalam perlawanan persahabatan dengan Chelsea dalam siri Jelajah Asia Chelsea 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

Ia perlawanan persahabatan ketiga melibatkan pasukan Liga Inggeris dan skuad Malaysia dalam dua minggu ini.

Tukar jantina bawa implikasi negatif: Mufti

ALOR SETAR - Tindakan menukar jantina kepada jantina yang berlawanan dengan sifat asal seseorang individu tidak membawa apa-apa manfaat kepada individu terbabit sebaliknya membawa implikasi negatif.

:Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad berkata, adalah menjadi kesalahan menukar jantina yang sudah ditentukan Allah SWT.

Menurutnya, jika pembedahan jantina dilakukan, ia hanya mengundang satu perubahan besar yang melibatkan banyak pihak.

“Ia membawa implikasi buruk antaranya dari segi pembahagian harta pusaka, aurat, malah dari segi batas hubungan di antara lelaki dan perempuan.

“Malah, ia juga boleh membawa mudarat dari segi kesihatan individu yang membuat pembedahan menukar jantina,” katanya mengulas mengenai fenomena menukar jantina yang berlaku hari ini.

Muhamad Baderudin berkata, tidak ada sebab untuk menukar jantina daripada lelaki kepada perempuan atau daripada perempuan kepada lelaki.

“Sewaktu ibu Maryam Imran (Hannah) memohon kepada Allah SWT agar anak yang dikandungkannya ketika itu seorang lelaki, tetapi pilihan yang diberikan Allah SWT adalah anak perempuan.

“Allah SWT menegur (menerusi Surah Ali Imran), mengatakan bahawa pilihan yang ditentukan itu adalah yang terbaik dan anak perempuan yang dikurniakan itu lebih baik daripada anak lelaki yang dimintanya,” katanya.

Menurutnya, Allah SWT juga pernah menyebut mengenai sikap Yahudi yang gemar menukarkan ciptaan Allah.

“Justeru, sebagai hamba kita perlu reda dengan pilihan yang ditentukan Allah, tidak perlu menukar jantina,” katanya.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Terengganu menolak permohonan Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, untuk menukar nama dan status jantina di dalam MyKad kepada Aleesha Farhana, malah lelaki itu juga sudah melakukan pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.

Pusat hiburan Langkawi diminta bekerjasama

ALOR SETAR - Semua pengusaha pusat hiburan, khususnya di Langkawi diminta memberi kerjasama mematuhi peraturan yang ditetapkan sepanjang Ramadan ini.

Exco Pelancongan, S Manikumar berkata, walaupun Langkawi diiktiraf sebagai pulau pelancongan bertaraf antarabangsa, ianya masih tertakluk bawah Enakmen Hiburan Tempat-tempat Hiburan 1997.

“Kerajaan Negeri telah beri kelonggaran sewajarnya dan saya harap semua premis hiburan membantu menguatkuasakan undang-undang. Pastikan tiada orang Islam memasuki premis hiburan sepanjang Ramadan jika tidak mahu lesen mereka digantung,” katanya.

Menurutnya, tindakan tegas akan diambil terhadap pengusaha terbabit sekiranya didapati ada yang cuba mengambil kesempatan terhadap kelonggaran syarat itu.

“Jangan asyik kejar untung sahaja, hanya sebulan sahaja mereka perlu mengurangkan pengunjung dan saya yakin kerugian yang ditanggung mereka tidak sebesar mana,” katanya.

Manikumar berkata, semua pihak diminta menghormati undang-undang Islam, termasuk pengusaha luar negara yang mengusahakan pusat hiburan di Langkawi.

“Kelonggaran itu wajar kerana negeri ini mempunyai pelbagai kaum dan agama. Namun kita tetap hormati kehendak budaya dan bukan Islam,” katanya.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...