TERKINI :

Wednesday, July 20, 2011

RAKYAT itu BOS dan KERAJAAN sekadar PENGURUS.. jadi jika PENGURUS pecah amanah..BOS simpan buat apa lagi!!!!!

Rakyat adalah majikan, kerajaan hanya pengurus

20 July 2011

KUALA LUMPUR, 20 JULAI – Majikan kepada kerajaan adalah rakyat Malaysia sebagai pengundi dan pembayar cukai yang berhak menyokong atau membantah apa-apa tindakan kerajaan.

Setiasuaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong kerajaan yang memungut cukai dari rakyat memperuntukkan sebahagian hasil itu kepada polis untuk berkhidmat demi rakyat dan bukan untuk kepentingan-kepentingan politik pihak tertentu.

“Kerajaan UMNO-Barisan Nasional pula bukanlah tuan, sebaliknya hanyalah ‘pengurus’ yang dipilih oleh rakyat.

“Jika kerajaan dipilih dalam pilihan raya yang tidak bersih dan tidak adil, maka kerajaan itu tidak sah dan ianya bukan sebuah sistem yang bersifat demokratik. Maka rakyat sebagai majikan atau boss bertanggungjawab untuk memulihkan keadaan ini,” katanya kepada Roketkini.

Semalam Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dilaporkan berkata orang ramai tidak boleh mempersoalkan tentang mengapa Ordinan Darurat masih diguna pakai sehingga hari ini, atas alasan keselamatan negara.

Sehingga hari ini, akta zalim seperti ordinan itu dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih lagi diguna pakai untuk menahan mana-mana individu yang dianggap menentang kerajaan BN tanpa melalui perbicaraan.

Liew yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, semua perkara yang berlaku lewat 40 tahun ini berpunca daripada kerajaan BN sendiri yang menggubal Ordinan Darurat tersebut berdasarkan keputusan politik semata-mata.

Beliau mengingatkan kembali mengenai Ordinan Darurat 1969 yang dilaksanakan kerajaan selepas tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

“Apabila Parlimen kembali bersidang pada Februari 1971, ini bermakna darurat 1969 sudah berakhir.

“Malangnya, undang-undang darurat itu, seperti juga ISA, tidak pernah dibatalkan, dan ini membawa maksud yang jelas bahawa kerajaan akan menggunakan apa sahaja tindakan untuk kekalkan kuasa,” katanya mengulas mengenai ordinan tersebut yang digunakan terhadap enam aktivis Parti Sosialis Malaysia.

Pada 24 Jun lalu keenam-enam mereka telah ditahan atas tuduhan cuba melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong dan pada 2 Julai mereka dilepaskan sebelum ditahan semula di bawah Ordinan Darurat.

Kenam-enam anggota PSM tersebut ialah Dr. Michael Jeyakumar, R.Sarat Babu, M.Saraswathy, M.Sukumaran, A.Letchumanan dan Choo Chon Kai.

Liew yang juga Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP menambah, perkara yang dibangkitkan Nazri itu berbalik semula kepada tuntuan pilihan raya bersih dan adil yang dituntut rakyat Malaysia.

Jelas beliau lagi, jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya umum akan datang, segala akta-akta yang menindas rakyat seperti Ordinan Darurat, ISA dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan akan dihapuskan sama sekali.

“Selain itu, media akan diberi ruang untuk bersuara sejajar dengan hak kebebasan bersuara yang diperuntukkan Perlembagaan,” katanya. – Roketkini.com

29.7 | Bersama MB KEDAH, TG HJ HADI & DR.HAMDAN di Sg Lalang

Demokrasi di Malaysia makin pincang

Mohd Syahid

Ahli parlimen merupakan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menyampaikan pandangan dan masalah mereka. Konsepnya wakil yang dipilih ini adalah pekerja untuk rakyat dan rakyat adalah tuannya. Seharusnya wakil yang dipilh oleh rakyat ini memainkan peranan penting dalam membawa isu-isu dan masalah-masalah rakyat.

Namun ada sesetengah wakil rakyat ini membalas pengharapan rakyat dengan mengkhianati amanah yang diberi. Mereka membolot harta rakyat sesuka hati mereka demi kepentingan peribadi. Membina mahligai berjuta-juta ringgit di saat ramai rakyat di sekeliling rumah mereka menanti saat rebah ke bumi. Berbelanja kelengkapan peribadi ribuan ringgit di saat ada rakyat menjadi peminta sedekah yang mencari sesuap nasi untuk anak di rumah.

Kos kehidupan yang meningkat dan kenaikan harga barang lebih menghimpit golongan miskin ini. Kajian yang dilakukan mendapati pendapatan isirumah di bawah RM 2000 boleh dikatakan sebagai golongan miskin.

Dalam keghairahan mengejar status negara maju namun Malaysia masih mempunyai jurang pendapatan yang besar. Ibarat pepatah Melayu menyebut ‘menang sorak kampung tergadai’. Lebih parah apabila budaya rasuah dan ketirisan wang telah menyebabkan negara rugi berbilion ringgit. Malah rasuah juga berlaku kesan daripada demokrasi yang cacat. Demokrasi Malaysia masih bersifat sempit dan belum matang sepenuhnya.

Menyentuh tentang isu 6 orang termasuk seorang Ahli Parlimen Sungai Siput (U), Dr Jayakumar yang ditahan dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969. Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Sebelum itu, beliau ditahan kerana didakwa melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

Saya berpandangan kalau benar beliau bersalah sepatutnya beliau dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, Biarkan mahkamah yang menentukan bersalah atau tidak. Adalah tidak adil jika beliau ditahan berhari-hari tanpa belum dibuktikan bersalah lagi. Malah penahanan beliau membantutkan tugas beliau sebagai ahli parlimen.

Keruntuhan demokrasi juga turut menjalar ke Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) apabila pentadbiran KUIN telah bertindak menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menggantung pengajian lima orang pelajarnya kerana didakwa mengadakan demontrasi berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

Di Mesir pula seorang mahasiswa Mohd Firdaus Madzlan telah dibuang daripada universiti adalah disebabkan beliau menganjurkan Bersih 2.0 di Mesir baru-baru ini. Tindakan ini adalah bertentangan dengan perlembagaan negara, iaitu hak setiap warganegara untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Oleh itu, saya mengharapkan supaya pemimpin negara lebih serius dalam menagani rasuah dan mengamalkan kehidupan yang lebih bersederhana.

Selain itu, berdasarkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia saya juga berharap pihak yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Dalam Negeri dapat mempertimbangkan semula penahanan mereka selaras dengan status Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan mengkaji semula mana-mana akta yang melanggar nilai demokrasi di Malaysia seperti AUKU, Ordinan Darurat dan ISA.

Pak Menteri Penipu

Suhaimi Taib

Mengapa kita biarkan diri ditipu
Janji manis palsu, “satujambatan RM20 juta akan dibina.”
berbuih tumpah dari mulut Pak Menteri
sebelum pilihan raya tak bersih --dan kini,
masih tak bersih.

Hari ini mulut-mulut rakyat terlopong
Kerana ditipu buat kesekian kalinya
oleh penguasa petualang negara.

Pilihanraya tak besih datang lagi
Pak Menteri terhegeh-hegeh
Berjanji lagi, “tahun ini jambatan RM20 juta akan dibina.”
Rakyat di hulu negeri tersengih gembira

beberapa purnama berlalu
masih tidak ada jambatan untuk laluan
merentas desa dan kota.

Penoreh getah ditipu lagi
Kerana usianya seusia pohon getah tua
susunya sudah hampir habis ditoreh

Telinganya tersumbat sebelah
media senget dan muka berbukah
melepak di goboknya saban hari.

Malu anak watan rasa ditipu
Jika dirinya tengadah
Anak muda biar genggam bara
Abunya biar beku di tangan
Namun Pak Menteri penipu
sergahlah dengan sapaan amaran.

17 Julai 2011
Kuala Terengganu.

Kami nak FOROM : SPR dan BERSIH 2.0 di siarkan secara Live

SPR — Ambiga muncul pentas sama, personaliti bukan isu kata Wan Ahmad

July 20, 2011


KUALA LUMPUR, 20 Julai — Kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Bersih 2.0 akan bertemu di pentas yang sama minggu depan sementara Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata isunya bukan personaliti, tetapi peluang menerangkan kepada rakyat isu yang menjadi fokus sekarang.

“Kita akan hadir, saya akan hadir pada forum itu,” kata timbalan pengerusi SPR itu ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Ini bukan soal... SPR merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan, ini bukan soal personaliti atau soal organisasi, kami merasakan rakyat perlu diberikan penjelasan,” kata beliau ketika ditanya pendirian suruhanjaya mengenai platform yang sama akan digunakan Selasa depan.

Wan Ahmad (gambar) bersama Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S Ambiga akan muncul pada wacana “Apa Selepas 9 Julai?” anjuran akhbar Kumpulan Media Karangkraf, penerbit akhbar Sinar Harian, di Shah Alam Selasa depan.

Pertemuan kepimpinan SPR dan Bersih 2.0 itu merupakan kali pertama selepas perhimpunan 9 Julai yang memfokus kepada lapan tuntutan berkaitan pembaharuan pilihan raya.

Turut menyertai mereka ialah Profesor Datuk Shamsul Amri Baharuddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Wacana itu dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif Institut Perhubungan Demokrasi dan Ekonomi (Ideas) Wan Saiful Wan Jan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad berkata, pihaknya sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai perkara menyentuh pilihan raya negara ini.

“Kami sentiasa bersedia untuk memberi penjelasan di mana-mana forum sahaja... kalau diberi ruang kami akan gunakan untuk memberi penjelasan... itulah ruang yang diberikan, dan kami akan menggunakan ruang itu,” kata beliau lagi.

Penganjuran wacana ini dilihat mendapat reaksi berbelah bahagi.

Penasihat Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Abdul Jalil Ali ketika dihubungi The Malaysian Insider memberitahu, pihaknya memilih isu tuntutan Bersih 2.0 sebagai tajuk kerana ia masih menjadi bahan perbincangan walaupun dua minggu sudah berlalu.

“Kami menyediakan ruang perbincangan secara intelek kepada orang ramai, membincangkan isu ini secara terbuka... khalayak boleh tanya soalan kepada panel,” kata beliau.

“Ya, ini kali pertama kedua-dua kepimpinan SPR dan Bersih bertemu secara rasmi selepas perhimpunan 9 Julai, peluang bagi mengetahui isu ini secara mendalam,” kata Abdul Jalil yang turut mengesahkan kesemua ahli panel sudah pun mengesahkan kehadiran mereka.

Menurut Abdul Jalil, wacana merupakan program bulanan pihaknya membincangkan isu-isu semasa.

“Sebelum ini, wacana kami menyentuh isu rasuah, isu fitnah dan kali ini kami merasakan isu tuntutan pembaharuan pilihan raya... ini bukan soal politik, tetapi lebih kepada perbincangan akademik, secara intelek... kita menyediakan peluang kepada tokoh-tokoh dan juga orang ramai berbincang dengan waras dan intelek,” kata beliau.

Beliau juga mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati dengan wacana kali ini membincangkan isu perhimpunan 9 Julai.

“Tentu ada pihak yang menentang, mereka yang tidak berpuas hati tetapi kita tidak terikat... kita hanya buka medan perbincangan,” kata Abdul Jalil.

Beberapa tulisan blog pro-Umno didakwa mengecam penganjuran wacana ini yang menemukan SPR dan kepimpinan Ambiga.

Usaha mendapatkan Ambiga belum berhasil dan difahamkan berada di luar negara.

Bersih 2.0, yang menurut Putrahaya telah diharamkan sejak 1 Julai lalu, mengadakan perhimpunan di ibu negara pada 9 Julai, dengan mendakwa disertai sekitar 50,000 orang, di sebalik sekatan ketat pihak polis.

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu mengemukakan lapan tuntutan iaitu mrminta SPR membersihkan daftar undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, diperkukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Sidang DUN - AZIZAN dgn UMNO/BN 2X5 jaaa.....

oleh AnakKedah007

https://lh6.googleusercontent.com/_Qe-WwlKw-bI/TZlBP4hdkMI/AAAAAAAAE4s/p7SZSZVwJvA/s800/IMG_0532.JPG

Gua Berkenaan masa Sidang Dun Kedah memang gua tak setuju ianya pendek macam dulu...biaq UMNO sudah laa buat kelaku HEBIAQ nie mai kat kita tak payah laa... buat laa 2,3 hari apa nak susahnya....takan tak ada isu kot nak sembang dalam dewan tuuu... takan mangkaq sangat PEMBANGKANG KEDAH sampai tak ada benda nak tanya dan jawab dalam dewan tuuu...4 soalan saja yg dijawab awat lekeh sangat gua yg dok kat depan komputer nie pon soalan nak tanya lebih dari 5 rasanya....

nie soalan gua :
  1. Berapakah peruntukan yang kerajaan negeri telah bagi kepada JKM negeri KEDAH sepanjang tahun lepas untuk diberi kepada golongan miskin?
  2. Banyak manakah wang yang kerajaan pusat telah bagi kepada kedah melalui peruntukan2 wajib sepanjang tahun lepas dan berapa sudah dibelanjakan?
  3. Berapakah jumlah peruntukan kerajaan negeri untuk sekolah agama rakyat, sekolah tamil dan sekolah cina bagi sepanjang tahun lepas.?
  4. Sudah berapa banyakah wang yang terkumpul dalam tabung TUNKU MAHMUD dan kemana dibelanjakan?
  5. Bagaimana kerajaan negeri melalu pihak MAJLIS AGAMA dan JABATAN AGAMA berserta dengan PIHAK KESELAMATAN akan mengambil tindakan untuk mengatasi gejala-gejala sosial dan perbuatan maksiat yang berleluasa di bandar-bandar utama dalam KEDAH?
nah ini baru gua bertanya....dah la tak ada LIVE melalui internate yg dok ada AmanTV tu buat apa kejadahnya...siarkan laaa....apa punya kelaku hangpa nie kami pon tak tau laaa...jangan nanti orang dok jaja kata AZIZAN dgn UMNO 2X5 jaaa.....

Gua bukan apa masa dalam sidang DUN laa macam2 kita boleh cerita kat Rakyat..dan nak menjawab hujah pembangkang....nie sidang 1hari jawab 4soalan itu sidang DUN negara pasola boleh laa.... takan tak ada Usul macam SELANGOR tu sokong BERSIH untuk supaya SPR lebih telus.... USUL natang tuu lepas tu pakat BAHAS laa... POINT-POINT yg dibahas tu bawak la keluaq contoh macam terjadi di KEM ASKAR kat SIK tuu..alaa macam2 aihhh boleh hujahnya cuma hangpa ja buat kelaku hebiaq tak mau sidang lama2....

entah laa GUA dari dulu tak SOKONG KELAKU hangpa sidang 1hari tak ada LIVE.....gua bangkang hangit kelaku yg hangpa dok buat nie itu yg gua boleh katakan...

Aduhai Tolong laa jgn bagi jatuh standart UITM dengan ANUGERAH KATAK tuuu...!!!

Anugerah Ibrahim Ali dibidas pelbagai pihak

Tindakan UiTM membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dibidas pelbagai pihak.

Penubuhan anugerah itu datang daripada Datuk Ibrahim Ali sendiri dan hadiahnya juga ditaja oleh presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA itu. Ia dianjurkan oleh Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak)

Ahli parlimen Pasir Mas itu juga adalah bekas pelajar UiTM dan menuntut dari tahun 1971 hingga 1974.

NONEMenurut Pesuruhjaya PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang pernah menjadi pensyarah di UiTM terdapat ramai lagi pemimpin yang jasa mereka lebih besar.

“Nama pemimpin lain lebih berhak. Arsyad Ayub, Ani Arope, Ishak Mohamad, Dr Awang Had Salleh, dan (bekas naib canselor UiTM) Ibrahim Abu Shah akan tersenyum bila mengetahui ada anugerah dinamakan atas nama Ibrahim Ali!” kata Tuan Ibrahim kepada Harakahdaily semalam.

Ketua Penerangan PAS itu berkata anugerah berkenaan akan terkubur kerana Ibrahim bukan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat.

“Penerima anugerah mesti berbangga dengan anugerah mereka. Jika sesuatu anugerah itu hanya mendatangkan cemuhan dan menjadi stigma kepada penerimanya, saya pasti anugerah itu akan gagal,” katanya.

NONEBerkongsi pendapat yang sama adalah setiausaha agung Pemuda MCA Chai Kim Sen yang kecewa dengan keputusan UiTM.

Katanya, Ibrahim tidak layak mendapat pengiktirafan seumpama itu.

“Ibrahim adalah individu kontroversi. Tindakannya dan kenyataannya gagal menyatukan masyarakat. Sebaliknya menjejaskan pembangunan negara dan perpaduan dan tidak harus dijadikan teladan bagi orang lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Biaq Betul..PDRM Guna Gas Pemedih Mata Buatan Israel..!!!!

Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya. Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit. Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya yang mendakwa syarikat Federal Laboratories berpengkalan di Amerika Syarikat, pernah disaman berikutan penyalahgunaan gas pemedih mata yang sama pada 1992.

Ia menyebabkan syarikat itu terpaksa membayar pampasan kepada 30 keluarga Palestin. Menurut Shuhaimi, beliau tidak terkejut dengan pendedahan itu kerana polis yang diperalatkan Umno akan menggunakan apa sahaja termasuk meniru pendekatan tentera Israel menzalimi rakyat Palestin.
“Kita memang tidak terkejut. Dari awal lagi (kita tahu) mereka akan guna kekerasan yang boleh mendatangkan kematian (kepada peserta himpunan),” katanya. “Mereka akan guna apa-apa sahaja cara, termasuklah ilmu yang diajar APCO untuk memusnahkan kebangkitan rakyat,” kata Shuhaimi.

Katanya, ia bukti kelakuan ganas polis terhadap demonstran Bersih pada 9 Julai lalu sememangnya disengajakan untuk mendatangkan kecederaan kepada warga Malaysia yang menuntut reformasi pilihan raya.

“Polis Malaysia dengan arahan Umno sememangnya berniat melakukan kecederaan serius terhadap semua peserta Bersih. Malangnya, perancangan jahat mereka tidak berhasil kerana ia memakan diri,” kata Shuhaimi./kd

BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUSUHI...

Oleh: WFAUZDIN NS

DATUK S.AMBIGA, waktu ini menjadi teramat popular sehinggakan mengatasi populariti PM dan ahli kabinetnya, bahkan tokoh ini dilihat lebih diperkatakan dari Ketua Pembangkang sendiri, DS Anwar Ibrahim.

Ini adalah kerana kejayaannya membawa Perhimpunan BERSIH 2.0 mencapai matlamat untuk berhimpun di Ibu Kota pada 09 Jul lalu. Hanya seorang wanita gigih dan berani seperti beliau telah membuatkan KPN terpaksa tampil di muka TV pada malam 09 Jul yang lalu seperti tampilnya `Pemegang Mohor Besar Raja-Raja' untuk mengumumkan Hari Raya. KPN tampil secara khusus untuk memberi `amaran keras' terhadap peserta-peserta BERSIH.

Hanya kerana wanita ini seorang sahaja, Ibu Kota lumpuh lebih kurang 2 hari sebelum dan semasa 09 Jul yang lalu. Seluruh dunia tertumpu kepada BERSIH pada waktu itu dan wanita ini mula disebut ramai orang. Begitulah hebatnya Datuk S.Ambiga.

Namun, media dan pencacai Umno berterusan memburukkan imej wanita ini. Paling bodoh apabila KM Melaka mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan menarik balik kerakyatannya. Timbul pula isu Datuk S. Ambiga itu seorang India berugama Hindu yang memimpin BERSIH pada 09 Jul lalu. Adakah sewaktu BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu yang dipimpin oleh Syed Syahir seorang Melayu Islam, ketika itu Umno dan pencacainya menyokong BERSIH? Ertinya, bukan masalah India atau Hindu, tetapi puak mereka sememangnya amat gentar dengan BERSIH.

Puak-puak ini telah mula bermain dengan isu perkauman yang amat sempit. DAP juga turut menjadi mangsa tuduhan liar dan bodoh mereka. Apa salah Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP? Setelah saya teliti dari yang dicatatkan oleh seorang rakan di dalam FB beliau, rupa-rupanya Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP terlibat di dalam beberapa perkara yang menyentuh hak kita sebagai orang Melayu Berugama Islam.

Datuk S. Ambiga dan pemimpin-pemimpin DAP telah `terlibat' di dalam perkara-perkara berikut, patutlah puak mereka amat membenci Datuk S. Ambiga dan DAP. Jika begitu, memang patut kita pun sama membenci, jika tidak, kita akan dicop bodoh dan bahlul. Inilah `kesalahan besar' Datuk S.Ambiga dan pemimpin DAP terhadap kita:-
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: FB Seligi Alpha

'Lady of Liberty' @ makcik BERSIH dah ada 40ribu peminat di facebook

Makcik BERSIH cuba sembunyikan dirinya...

Sebelas hari setelah diangkat sebagai wirawati kerana pembabitannya dalam perhimpunan BERSIH 2.0, Makcik Anne Ooi kini cuba menyembunyikan dirinya.

Ooi, 65, berkata beliau terpegun dengan tumpuan orangramai setelah laman Facebook yang didirikan untuknya telah mendapat lebih 40,000 peminat atau mereka yang menyukainya.

NONEDi alam siber, beliau kini dilabel sebagai 'Makcik BERSIH' ataupun 'Lady of Liberty' Malaysia.

Bagi bekas guru ini yang menjalani kehidupan ringkas, beliau langsung tidak mempunyai pengetahun luas mengenai media sosial dan tumpuan ke atasnya kini ibarat satu kejutan budaya.

"Saya begitu takut dengan semua 'kegilaan' di Facebook," katanya ketika ditemui pada malam Isnin lalu.

"Saya hidup tanpa TV, tanpa akhbar dan benda-benda mengarut. Saya hanya baca buku yang baik. (Sekarang) saya juga tidak berani pulang ke rumah. Semua kegilaan ini cukup menakutkan saya. Semua ini terlalu sukar dipercayai,”

Ooi, yang menjadi guru bahasa Inggeris selama 35 tahun berkata rumah anak perempuannya kini menjadi tempat perlindungannya dan beliau tidak berani keluar ke tempat awam kecuali ke gereja.

Beliau juga meluahkan hasrat supaya hidupnya tidak diganggu dan meminta orang ramai memberinya masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.

"Tolong beri saya masa,” katanya.

NONEOoi mencuri tumpuan apabila antara ribuan gambar dan video yang merakamkan BERSIH 2.0 - satu yang agak menonjol - iaitu gambarnya yang berpakaian kuning tetapi basah kuyup sambil memegang sejambak bunga kekwa putih dan berjalan lesu mengelak kemaraan polis.

Wanita itu turut terkena pancutan air berkimia polis di luar bangunan Hospital Tung Shin di ibu negara Sabtu lalu dan tidak mampu melarikan diri apabila diminta bersurai.

Aduhai AZIZAN..jangan dok simpan dalam 'tabung' tu banyak-banyak..!!!

oleh AnakKedah007

Salam 1Malaysia & 1Kedah...

http://3.bp.blogspot.com/_HRlTC9LtT40/StQzwz1pJFI/AAAAAAAAA5k/PWfUJngfTkk/s400/jalan-segera.jpg
gambaq hiasan ja nie.....

hari nie gua pon nak sentoh bab PERUNTUKAN JALAN RAYA yg Mat Bashah dok hingaq tuuu....pada gua hari baru gua tau yg ada BAKI 95JUTA dok dalam tabong hasil lebihan peruntukan pusat kepada negeri KEDAH belanja dari keputusan budget DUN yang lepas... gua taknak kecoh2 apa AZIZAN jawab bagi gua betoi sebab budget LULUS sekian maka kita belanja sekian tapi gua mintak untuk BUDGET tahun depan AZIZAN wajib perabihkan yg lebihan tuuu dan campoq sekali dengan BUDGET dari Sidang DUN utk tahun depan.... pada Anggaran Jika BUDGET tahun lepas ialan 54JUTA maka lebihan 95JUTA lagi tu kena campoq dengan BUDGET dari SIDANG DUN utk tahun depan..maka jadi lebih laa kot sekurang2nya 100JUTA lebih jadi pada tahun depan KERAJAAN NEGERI wajib pie perbaiki mana2 jalan NEGERI yang berlopak dan berlubang tuuu....Hangpa tak payah sembang kata dah tampung habis dah yg lopak dan berlubang nie...belambak lagi jalan2 yg tak diperbaikinya..jadi buat semula jalan tu bagi elok....jadikan jalan2raya bawah KERAJAAN NEGERI jadi elok dan yg TAK ELOK skrg nie JALAN PERSEKUTUA...nanti kita gerudi laa depa pulak...itu baru best....

Tempoh sidang singkat ikut peraturan: MB

ALOR SETAR - Hanya empat soalan pertanyaan lisan sempat dijawab ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mesyuarat pertama penggal keempat yang ke-12, bermula 9 pagi dan berakhir sekitar 10.30 pagi semalam.

Belum pun ‘panas’ suasana dalam Dewan, termasuk sesi soal jawab yang dinanti-nantikan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), sidang ditangguhkan oleh Speaker, Datuk Dr Abd Isa Ismail.

Mengulas mengenai tempoh bersidang yang dianggap terlalu singkat, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, ia bertepatan dengan peraturan DUN, dan tidak ada usul untuk memanjangkan tempoh persidangan dibangkitkan mana-mana wakil rakyat.

“Mengikut peraturan DUN, selepas bentangkan kertas-kertas Dewan, sesi soal jawab selama satu jam. Terpulang pada budi bicara Speaker untuk tambah masa kecederaan. Jika ada usul pula, kena bentang dan bincang, tetapi usul tiada,” katanya pada sidang media.

Azizan turut berkias situasi sama turut berlaku ketika pihaknya menjadi pembangkang di Kedah, apabila membangkitkan isu sama, tetapi tidak dilayan Kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Dulu masa kita pembangkang pun rasa tidak puas hati juga, minta mereka panjangkan tempoh sidang tetapi tidak dapat. Ketika saya jadi pemerintah, mereka pula minta panjangkan tempoh,” katanya.

BERSIH 2.0 - Satu VIDEO untuk tatapan KPN..!!!

Klik gambo untuk besorkan..



Dah tangkap dan GARI tu sudah2 laaa yg LU pegi tumbuk perut mamat tu apahal... dah la pakai gadjet LU bantai perut mamat tuuu...kerana perangai LU macam sial nie laa yg BUSUK NAMA PASUKAN POLIS tuuu...


Mudah-Mudahan tahun depan BUDGET yg dok dalam tabung amanah tu bawak keluaq perbaiki jalan yg jahanam tuu..!!

'Tak perlu habiskan bajet'

ALOR SETAR - Kerajaan Negeri tetap menafikan menyalahgunakan peruntukan menyelenggara jalan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat untuk membina jalan baru di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, dalam mana-mana sistem kewangan, perbelanjaan tidak boleh melebihi peruntukan tetapi haruslah dibelanjakan dalam lingkungan bajet itu.

“Perbelanjaan tidak sama dengan peruntukan yang kita terima, sebab takkan perlu belanjakan peruntukan sampai habis. Seeloknya dibelanjakan secara berhemah. Kita perlu imbangkan antara duit yang kita dapat dengan duit yang kita belanjakan,” katanya.

Azizan berkata demikian apabila perkara itu dibangkitkan dalam sesi soal jawab sidang DUN berikutan rekod menunjukkan jumlah perbelanjaan yang terlibat bagi kerja penyelenggaraan jalan bagi tahun 2010 di Kedah adalah RM54,355,736, sedangkan peruntukan dari Pusat kepada Kedah bagi tujuan itu adalah RM147,535,242.

“Semua peruntukan kita masukkan dalam belanjawan tahun itu, baru dibelanjakan dalam lingkungan peruntukan sedia ada. Jika belanja lebih, nanti audit kacau. Jika ada baki, kita masukkan dalam tabung amanah,” katanya.

Apa kata LULUSKAN SEMULA bajet dalam tabung tu pie perbaiki semua jalan yg berlopak & berlubang dalam Kedah nie..???

Mana pergi lebihan peruntukan RM95 juta?

ALOR SETAR - UMNO Kedah mempertikaikan kegagalan Kerajaan Negeri mengusulkan lebihan peruntukan menyelenggarakan jalan raya yang disalurkan Kementerian Kerja Raya pada tahun lalu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam untuk cadangan belanjawan tambahan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, cadangan itu penting bagi membolehkan lebihan peruntukan lebih kurang RM95 juta pada tahun lalu digunakan sepenuhnya bagi tujuan penyelenggaraan seluruh jalan raya di Kedah dan tidak diselewengkan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri perlu telus menguruskan peruntukan yang disalurkan Kerajaan Pusat memandangkan ia melibatkan wang rakyat dan UMNO mempersoalkan motif Kerajaan Negeri menyimpan lebihan peruntukan dalam Tabung Amanah Jalan Raya .

“Kalau Kerajaan Negeri ada ketelusan, mereka boleh usul mahu guna lebihan peruntukan dalam dewan hari ini (semalam) untuk mohon belanjawan tambahan. Mengapa mereka enggan masukkan usul itu dalam Sidang Dewan?

“Kerajaan Negeri bagi alasan belanja penyelenggaraan mesti berdasarkan bajet yang diluluskan dan duit baki kena simpan, bagaimanapun Kerajaan Negeri tidak telus dalam menjelaskan tujuan sebenar lebihan hampir RM100 juta disimpan.

“Duduk dalam tabung, apa yang dia buat,” katanya pada sidang media.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...