TERKINI :

Sunday, July 17, 2011

Nak lindung KAK ROS... 3 jam system komputer kastam 'down'...!!

Usaha terdesak untuk lindungi Imelda Rosmah



Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah
  • gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
  • A. Krishnan tidak wujud
  • tidak ada belian semahal RM24.45 j
Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan
kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.
Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

Kepada TONY PUA...jaga mulut bila nak berkata-kata..!!



macam nie ka statement cara nak berkawan...
bawak2 la berbincang....


Najib kena "Demam Kuning" di London

Sepanduk Kuning Di London
Najib Jangan Pandang Enteng

MUNGKIN Najib Razak bersama sepupunya Hishamuddin Hussein akan beralasan, rakyat Malaysia yang menanti kedatangannya di London dengan sepanduk berwarna kuning mengecam tindakan mereka terhadap para himpunan Bersih hanya beberapa orang saja dan perbuatan itu tidak pun dapat memecahkan butir gatal di bekalang mereka.

Itulah ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.

Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.

Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.

Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.

Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.

Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.

Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.

Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.

Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi.

Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita.

Apa pun peristiwa buruk yang berlaku di London itu tidak boleh disembunyikan lagi waktu ini. Mungkin Utusan dan tv3 boleh menutup pena mereka daripada mencatat kebenaran itu tetapi dunia yang tanpa sempadan hari ini dan maklumat yang tidak boleh dibatas

Dengan kemajuan dunia IT yang bebas melaporkan apa saja peristiwa, orang boleh mengetahui apa juga yang cuba diselindungi oleh media massa penjilat buntut UBN dan para pemimpinnya. Hari ini orang atau rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi, kerana kalau mereka cuba berbuat demikian media massa akan dilihat sebagai bodoh.

Misalnya saya terselak satu blog orang Umno sendiri yang menyiarkan beberapa keping gambar protes rakyat Malaysia kepada Najib di London. Mulanya saya terkejut juga kerana apa yang dilakukan oleh bloger ini sudah menyalahi adat. Selalunya orang Umno akan melindungi pemimpin mereka.

Apa yang boleh saya tafsirkan di sini bahawa kebebasan media massa dan kecanggihan saluran maklumat menyebabkan bloger berkenaan tidak boleh menafikan apa yang berlaku sebaliknya beliau bertanggungjawab mengecerkannya sebagai menunjukkan dia seorang yang terbuka.

Adalah elok kalau Najib dan Hishamuddin tidak menyembunyikan protes ke atas kunjungannya ke London itu. Mereka berdua harus mengambil kira walaupun angka yang berhimpun dan mengenakan baju kuning itu tidak ramai. Cara paling baik Najib tidak mencemuh mereka sebaliknya panggil dan berdepan dengan mereka.

Mungkin pandangan dari dalam negeri berhubung beberapa tuntutan Bersih itu berbau politik yang tidak boleh dilayan. Tetapi tidak begitu kalau yang memproteskan itu rakyat kita di luar. Mereka tidak ada kepentingan tetapi lebih bersikap patriotik untuk membaikikan negara sendiri.

Sekiranya Najib mengabaikan ini dan masih terus syok dengan pemujaan oleh para kroni ia tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya akan makin merobekkan lagi ketohohan Najib sebagai perdana menteri. Diharap sekembali ke Malaysia nanti nanti akan duduk bersama para pemimpin UBN dan bersedia untuk melunasi beberapa tuntutan rakyat khasnya mengenai pilihan raya yang bersih.

Kalau Najib masih terus membuat pekak badak dalam hal ini, ia pasti akan mempercepatkan detik (timing) bom jangka yang kini sudah berada dalam pokeknya. [wm.kl.7:30 16/07/11]

Mohd Sayuti Omar

Hadi: Pusat hiburan operasi macam biasa, Kedah betulkan enakmen era BN


AMPANG, 17 Julai — Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Bagaimana kata Hadi (gambar), undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat.

Ujar beliau, pusat hiburan di Kedah dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramada dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis itu.

“Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat.

“Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat.

“Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka.

Jelas Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan.

NAJIB masih tak faham apa tuntutan BERSIH rupa2nya...

Polis: Boleh pakai baju kuning tanpa lambang BERSIH

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata tidak salah memakai baju kuning tetapi diingatkan supaya tidak memakai baju kuning yang mengguna lambang BERSIH.

Katanya, buat masa ini Bersih telah disahkan sebagai sebuah pertubuhan haram dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah membuat pengumuman itu baru-baru ini.

"Apabila pengumuman itu telah dibuat, tanggungjawab polis adalah untuk menguatkuasakan peraturan yang berkaitan dengan sesuatu pertubuhan haram. Jadi, polis cuma menguatkuasakan undang-undang yang ada berkaitan dengan pengistiharan bahawa Bersih itu adalah satu pertubuhan yang haram.

"Itu sebabnya kita tangkap mereka yang memakai baju kuning yang menggunakan lambang BERSIH. Tak salah pakai baju kuning...tak salah, pakailah baju kuning, stoking kuning atau topi kuning...cuma yang tidak boleh adalah apa juga logo yang menyokong pertubuhan haram Bersih," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Skim Kepolisian Masyarakat dan 'Crime Awareness Team' (CAT) di Dataran Nilai malam tadi.

Turut hadir Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Osman Salleh dan timbalannya Datuk Abd Manan Mohd Hassan.

Khalid berkata jika ada pihak yang tidak puas hati dengan larangan itu, mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah untuk diputuskan.

"Jadi, bila mahkamah telah putuskan kita (polis) akan ikut. Kita akan melaksanakan apa juga perintah mahkamah itu mengikut undang-undang," katanya.

Mengenai penubuhan CAT, beliau berkata ia adalah program di bawah pencegahan jenayah bagi mengembeleng tenaga golongan muda ke arah membantu polis dalam agenda menurunkan kadar jenayah dan menghapuskan kebimbangan masyarakat terhadap jenayah.

Katanya kerjasama dan penglibatan golongan muda dalam program masyarakat seperti CAT di bawah kawal selia Jabatan Belia dan Sukan sebagai aktiviti Rakan Muda, membolehkan pelbagai aktiviti pencegahan jenayah dapat dianjurkan dari semasa ke semasa.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat supaya tampil membantu polis dalam pencegahan jenayah.

- Bernama

Hallo DAP...jika lu nak BLAH.... dipersilakan...!!

oleh AnakKedah007



Aduhai ingatkan dah habis dah spesisi yg BANGANG dalam DAP nie.. rupa2nya ada lagik.... awat apa yg dibangga sangat dengan statement nie.. nak tergedik KELUAQ dah kaa.. dah rasa KUAT dah kaaa... pierahhh nak belah lu belah sikit gua tak heran.... tunggu apa lagi BELAH laa annound cepat kata DAP nak keluaq PAKATAN RAKYAT... gua nak tengok ayaq liouq luu meleleh ka tak meleleh lepas nie.....

Cubalahhhh politik cara matang sikit..bawak2 berbincang dan sembang apa masalahnya... nie dak sikit2 nak keluaq...sikit2 nak keluaq....pegi mampos laa dengan gertak lu tuu bro....lu ingat lu hebat.....macam cilaka laa lu olang punya politik.....

Lu cuba tengok politik orang tua-tua....cool jaa w/pon macam2 hangpa tibai dia.....

UMCO malu sendiri rupanya pusat hiburan di negeri BN tidak ditutup

Oleh: Tok Non



Bloggers UMCO yang hebat menyerang kerajaan PAS/PR Kedah kerana kononnya 'tunduk kepada DAP' kerana membenarkan pusat hiburan milik pengusaha dibuka sepanjang Ramadhan untuk orang-orang kafir sahaja, tiba-tiba baru sedar rupanya di negeri yang dikuasai UMCO/BN peraturan seperti itu tidak wujud. Mulalah depa pakat-pakat malu sendiri jenuh sorok muka dalam lubang jamban.

Mula tu rasa 'berjaya' serang PAS kerana kononnya tidak hormati bulan Ramadhan tau-tau depa yang terpaksa tunduk dan patuh kepada titah perintah Yahudi APCO, MIC, MCA dan Gerakan supaya terus buka pusat hiburan untuk umat Islam. Ish ish ish sampai tara tu UMCO jadi keldai tunggangan musuh2 Islam.

Di Kedah pusat hiburan dibuka hanya untuk orang kafir, kalau pengusaha berdegil lesen ditarik serta-merta. Kat negeri BN berani buat macam tu...? puihh MCA berdehemm terkencing UMCO.

Adapun bagi Non Muslim lantaklah depa nak berhibur tunggang langgang sampai mampoih pun, UMCO nak susah hati apa depa kapiaq. Lagipun kalau pengundi bukan Melayu hilang.. UMCO yang untung sebab laa ni Cina, India, Siam tengok bayang BN pun tak mau dah.

Siapa kata Bersih 2.0 gagal, inilah hasilnya...

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap Bersih 2.0 oleh BN dan konco-konconya mengapa himpunan raksasa rakyat Malaysia itu diadakan. Tuduhan yang paling popular ialah mengaitkannya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim; nak tutup isu video, nak alih isu liwat, nak tumbangkan kerajaan melalui kekerasan untuk beliau jadi Perdana Menteri dan macam-macam lagi.

Manusia yang kedua teruk menjadi bahan belasahan BN dalam isu Bersih ialah Datuk Ambiga. Beliau digelar ‘Raja Murtad’ maksudnya ketua bagi segala manusia yang murtad. Bila pula Ambiga pernah menjadi Islam tiba-tiba jadi murtad? Entahlah, mungkin tidak faham apa itu murtad. BN yang menggubal undang-undang membenarkan orang Islam murtad, tiba-tiba sensitif pula dengan isu murtad. Walhal berdekad-dekad pemimpin parti asobiyah itu asyik mempersenda hudud dan hukum Islam yang boleh menyebabkan seseorang Muslim jatuh murtad.


Lapan tuntutan Bersih 2.0 tiada kena mengena langsung dengan isu murtad atau liwat. Andai kata pihak yang memperjuangkan Bersih bukan Ambiga atau Anwar, maka himpunan Bersih 2.0 tetap akan dihadiri oleh ratusan ribu rakyat Malaysia seperti yang dipamerkan pada 9 Julai lalu.

Mempertikaikan Ambiga dan mengaitkan dengan isu murtad, setelah BN gagal menghalang kebangkitan rakyat tidak lebih dari cubaan mengalih isu. Ia juga merupakan tindakan ‘tak dapat kepala, tanduk dipulas’. Ambiga bukan pemimpin parti politik dalam Pakatan Rakyat. Ambiga bukan ahli politik, dia tidak akan bertanding pilihanraya dan tidak akan jadi Perdana Menteri. Dia memimpin NGO bernama Bersih dengan konsensus dari lebih 60 NGO yang bergabung di dalamnya kerana profesionalismenya di bidang guaman serta relevan dengan isu yang diperjuangkan.

Macam jurulatih bolasepak kebangsaan Jayagopal dipilih. Apabila seluruh rakyat malaysia menyokong pasukan Malaysia, apakah bermakna mereka telah menyokong agama hindu anutan Jayagopal? (Tidak pasti dia Hindu atau Kristian tapi yg pasti dia kafir) Tidak cerdik sangatlah jika ada pihak yang mempertikaikan Jayagobal dipilih sebagai jurulatih kerana dia India non-Muslim. Tiada kena mengena ketuanan Melayu dengan bolasepak. Itu tamsilan yang sangat mudah untuk difahami.

Selepas himpunan Bersih 2.0 yang berjaya menghimpunkan beratus ribu rakyat jelata, muncul pula soalan, apa yang penganjur himpunan Bersih dapat selain dari (kononnya) menyusahkan orang ramai? Sebenarnya yang jadi punca rakyat susah ialah kawalan dan sekatan yang bukan-bukan oleh pihak tertentu atas arahan BN. Namun beban kesusahan yang dihadapi rakyat tidaklah seteruk beban kesusahan Datuk Seri Najib Tun Razak dan juak-juaknya merasa ketakutan yang luarbiasa terhadap gelombang kebangkitan rakyat menuntut perubahan.

Seperti dijangka lapan tuntutan Bersih tidak akan dipedulikan oleh BN namun banyak manfaat diperolehi dari penganjuran Bersih 2.0, antaranya:

1. Menyerlahkan gelombang kebangkitan rakyat, PR kembali memperolehi momentum untuk memacu perjuangan sehingga pilihanraya setelah agak lama defensif. Tiba-tiba PR dari pucuk pimpinan, aktivis, ahli dan penyokong bawahan kembali bersemangat. Komitment untuk hadir ke program anjuran parti meningkat dengan mendadak di seluruh negara.

2. Berjaya mengkucar-kacirkan dalaman BN. Bila ada kelompok di kalangan mereka yang bersetuju akan demonstrasi (Perkasa dan Patriot) dan ada yang menentang, ada yang setuju Najib tawarkan stadium dan ada pulak yang tidak; maka nampaklah kecelaruan mereka. Dalam media maya, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin adalah mangsa serangan yang teruk oleh laman maya arus perdana UMNO.

3. Memberitahu bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia sudah tidak takut lagi akan ugutan oleh pihak berkuasa kerana mereka sudah celik hak asasi dan tahu undang-undang. Serbuan polis, sekatan jalanraya, pekeliling ketua jabatan tidak dapat menghalang beratus ribu rakyat Malaysia keluar ke jalanraya menuntut demokrasi yang adil. Ramai kakitangan kerajaan serta pelajar IPTA terbabit sebagai peserta demonstrasi, tiada lagi rasa takut.

4. Media-media arus perdana yang dikuasai BN tidak lagi berkuasa melakukan perang saraf, manipulasi dan propaganda untuk menipu rakyat. Keupayaan mereka hanyalah untuk menipu penyokong tegar sendiri.

5. Media-media maya tiba-tiba dikuasai oleh penyokong PR. Serangan bertubi-tubi terhadap BN melalui laman social meningkat secara mendadak.

6. Menyerlahkan kebangkitan golongan muda dalam menentang kerajaan tua BN. Situasi ini amat membimbangkan BN kerana tidak kurang dari 80 peratus peserta himpunan Bersih adalah anak-anak muda. Video perhimpunan dan perarakan Bersih yang boleh diakses dengan mudah di medan maya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan muda yang menguasai.

7. Berjaya meruntuhkan reputasi kerajaan BN di mata dunia. Pejuang hak asasi manusia menyenaraikan Perdana Menteri Malaysia sebagai seorang yang tidak layak menerima hamparan permaidani merah di pentas dunia. Apa untungnya jika kerajaan BN ditekan pihak antarabangsa? Untungnya ialah mereka berjaya dilemahkan, justeru tidak berupaya pula menekan pihak pembangkang dengan kekuatan yang maksimum.

8. Pengiktirafan oleh Yang Di-Pertuan Agong terhadap Bersih adalah catatan kejayaan Bersih yang sangat besar. Ia mengesahkan bahawa Bersih bukan pertubuhan haram, perusuh atau pengacau. Khabarnya selepas Bersih terdapat sebuah NGO rasis cuba mohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong tetapi tidak berjaya.

9. Menyerlahkan ketakutan BN yang bukan kepalang. Mereka takut perhimpunan aman bertukar jadi revolusi yang menjatuh pemimpin kerajaan macam di Mesir dan Tunisia. Perbagai bentuk provokasi dan manipulasi dibuat untuk menggagalkan Bersih termasuk mengadakan cerita komunis, senjata dan bom petrol.

10. Kejayaan penggembelingan tenaga pelbagai kaum dalam PR. Kalau Bersih kali pertama, hampir keseluruhan peserta adalah berbangsa Melayu tetapi kini pelbagai bangsa turun memberi sokongan.

Isu Pusat Hiburan Bulan Ramadhan - Alhamdulillah "DAH SELESAI"...

Boleh buka pusat hiburan, tapi hanya untuk pelanggan bukan Islam

ALOR SETAR, 17 Julai 2011 – Demi menjaga kepentingan bersama dan untuk membolehkan penyelesaian ‘menang-menang’ dicapai mengenai isu larangan pusat hiburan beroperasi di bulan Ramadhan baru-baru ini, Kerajaan Negeri Kedah membenarkan pusat hiburan dibuka sepanjang Ramadhan tetapi bersyarat.

Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak berkata, operasi pusat hiburan dapat diteruskan seperti biasa jika beberapa syarat yang ditetapkan dapat dipenuhi antaranya tidak membenarkan orang Islam memasuki premis berkenaan dan ianya juga adalah demi menjaga kepentingan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas majlis penyerahan memorandum jawatankuasa penyelaras pengusaha hiburan oleh Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kedah kepada beliau di Seri Mentalon.

“Bagi mendapatkan persetujuan bersama dalam soal penetapan syarat, kita telah mengarahkan pentadbiran kerajaan negeri diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berjumpa dengan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.

“Selain itu, mengenai penetapan syarat, kita lihat bagaimana perbincangan di antara SUK dengan pengusaha dan mungkin beberapa syarat berat diletakkan seperti menarik balik lesen operasi sekiranya pengusaha membenarkan orang Islam memasuki pusat hiburan mereka,” terangnya.

Katanya lagi, walaubagaimanapun terpulang kepada kerajaan negeri untuk menentukan syarat-syarat yang sesuai memandangkan ianya dibuat untuk menyelesaikan masalah dan bukan untuk menambah masalah.

Demi menjaga kesucian bulan Ramadhan, umat Islam sememangnya tidak dibenarkan memasuki pusat hiburan yang mempunyai arak.

Turut hadir, Penasihat Dewan Perhimpunan Cina (DPC) Kedah, Tan Sri Wiliam Chek Lin Kwai, Timbalan Pengerusi, Dato’ Tan Son Lee dan Bendahari DPC Kedah, Oon Pheng Khoon.

“Untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai maka kerajaan negeri turut mengarahkan SUK dan pentadbiran kerajaan negeri untuk menyenaraikan jenis pusat hiburan yang dibenarkan beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

“Selain itu, sebelum ini ramai orang kata cyber kafe, bowling dan pusat snuker tidak dibenarkan sedangkan ianya lebih kepada sekadar pusat rekreasi berbanding pusat hiburan,” katanya.

Tambah Dato’ Azizan, penguatkuasaan Enakmen 1997 juga memberi ruang kepada kerajaan negeri untuk membanteras kewujudan pusat hiburan haram dan tidak berlesen yang banyak beroperasi terutamanya di luar bandar.

Sementara itu, Pengerusi DPC Dato’ Cheng Lai Hock menafikan bahawa ada pengusaha yang berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri dan menganggap keyataan itu hanya dikemukakan pemimpin parti politik tertentu.

“Saya juga berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana melonggarkan syarat penguatkuasaan Enakmen 1997 dan bersedia menerima mempertimbangkan rayuan kira-kira 300 pengusaha pusat hiburan di Kedah.

“Dalam memastikan perniagaan mereka beroperasi di bulan Ramadhan, pengusaha-pengusaha pusat hiburan sudah menyatakan kesediaan untuk memenuhi apa jua ketetapan kerajaan negeri termasuk melarang umat Islam memasuki premis mereka,” ujarnya.

Beliau berkata lagi, DPC juga menyerahkan satu memorandum rayuan kepada Dato’ Seri Azizan untuk mempertimbangkan nasib pengusaha dan kira-kira 6 ribu pekerja pusat hiburan dan kami amat bebesar hati kerana ianya dapat diselesaikan secara menang-menang.

AnakKedah007 - Pandangan Gua Isu PUSAT HIBURAN di bulan RAMADHAN...

oleh anakkedah007

Kerajaan Negeri - Buat arahan tanpa berbincang dengan pihak yg terlibat
pasai pa aku kata macam nie...benda nie benda baru yg akan dilaksanakan w/pon undang2 nie dah lama dah ada jadi Pimpinan Kerajaan Negeri kenalah panggil tokey2 pusat hiburan nie 3,4 kali dulu untuk sessi penerangan, perbincangan dan penyelesaian masalah yg akan berbangkit...sekurang2nya awai tahun dulu dah dibincangkan benda nie... baru tak akan jadi riuh-rendah mcm sekarang nie....panggil depa mai mesyuarat dengan MB bagitau dulu dengan perlaksanaan undang2 nie dan tanya apa bantahan mereka...ini baru kena.....

DAP - Puak nie akan melatah
Pasai pa aku kata macam nie..puak2 nie mcm isu BABI dahulu dan latahan mereka nie nampak selalu macam hebat walaupon hakikat macam pelaq jaa.. buat kerja dan statement macam mau pelingkop PERIKATAN Pakatan Rakyat sahaja dan selalu guna surat habaq tak mau berbincang...cuba cakap yg nanti mereka akan berbincang dengan PIMPINAN TERTINGGI PAKATAN RAKYAT berkenaan isu nie...hahh itu kan simple... nanti masuk mesyuarat hangpa bantai laa idea Azizan tuuu....nie dak dok guna media dan surat habaq disitu laaaaa....macam isu babi dulu jugak melatahnya....

IDEA GUA - Alaaa lantak mampos pie la depa nak BUKA PUSAT HIBURAN DEPA tuuu...bagi ja kebenaran CUMA tekankan satu sahaja... HANGPA KENA PASTIKAN BAHAWA ORANG ISLAM TAK AKAN ADA DALAM TUUU...JIKA KAMI BUAT SERBUAN DAN ADA MAKA TAK ADA MAAF BAGIMU....24JAM NOTIS "TUTUP"..... TAK ADA BINCANG2 LAGI.....BUKA SEMULA LEPAS RAMADHAN NANTI......

ini laa idea gua.....kalau nak pakai ambik laa dan pada DAP gua nak kata HANGPA MEMANG CILAKA masih tak reti BUDAYA BERPOLITIK.....

Pasai pa GUA kata macam tuuu...bila banyak bercakap nak tunjuk terrra cakap bila ditanya satu-satu soalan hangpa akan buatkan hangpa tu best sangat.... cool laaa...macam gua kata tadi jawab biaq nampak SMART....suka tak suka nanti bantai dalam PERJUMPAAN TERTUTUP yg akan diaturkan....nie tak suka bercakap dan bercakap.....lepas tu suka guna MEDIA PERDANA yg depa sendiri dok canang suruh boikot maka tengoklah macamana puak2 Media tu jadikan ISU dalam surat habaq mereka..last sapa yg nampak bangang....PAKATAN RAKYAT laaa...itu aku kata BODOH tadi puak2 nie.....

AnakKedah007.blogspot.com

Perang media baharu, Pakatan Rakyat makin tergugat

Oleh SiasahDaily

Satu masa dulu, gerakan pembangkang menguasai dunia siber, dengan laman-laman web berita yang banyak dan sentiasa dikemaskini.

Kemudian, apabila blog menjadi popular, pemimpin-pemimpin pembangkang mendahului penggunaan alat ini dalam dunia politik negara.

Pada masa itu, selesa dengan akhbar dan saluran televisyen yang dikuasai, Umno dan Barisan Nasional kelihatan mengabaikan terus media baharu, kecuali satu atau dua saluran maklumat seperti laman Umno.

Laman-laman pembangkang walau bagaimanapun bukan semuanya kekal. Ada yang terus berkubur, ada yang muncul semula dalam bentuk lain, dengan beberapa masih kekal.

Tiba Pilihan Raya Umum ke-12, internet diraikan sebagai medan yang mencetuskan apa yang suka disebut sebagai "tsunami politik" yang mengubah wajah politik negara. Muncul kenyataan seperti "medan Pilihan Raya Umum ke-12 ialah di internet."

Selepas tiga tahun Mac 2008 berlalu, Umno dan BN semakin menyedari kepentingan media baharu. Secara tersusun dan bersungguh-sungguh, media baharu menjadi salah satu bahagian penting dalam jentera pemerintah.

Pemimpin-pemimpin Umno yang sebelum ini hanya sekadar mampu menyebut IT, kini sudah mampu menggunakan media baharu, bermula dengan blog, Twitter dan Facebook.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mula menulis blog menjadi blog politik paling diikuti, menjadi sumber berita dan pencetus perdebatan politik hingga ke hari ini, mengatasi semua pemimpin politik di Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak memanfaatkan sepenuhnya Facebook dan Twitter, sehingga muncul antara pemimpin paling popular dalam dunia media sosial dalam politik negara.

Media baharu mula tidak lagi menjadi asing kepada pemerintah yang sebelum ini seolah-olah memusuhi wacana politik di internet.

Di bawah Najib, blog-blog Umno semakin bercambah, dengan pembawaan isu-isu semasa yang selaras dan sistematik antara satu sama lain, menjadi satu senjata berkesan pemerintah.

Blog-blog tersebut dilihat menyokong satu sama lain dalam banyak isu, dan saling membantu dan melengkapkan blog pro-Umno lain, walaupun wujud perbezaan pada masa dan isu tertentu.

Blog-blog yang menjadi penyerang utama terhadap Pakatan Rakyat itu kini muncul menjadi blog politik paling popular di negara ini, mengatasi blog pro-PR.

Sebahagian besar menerbitkan tulisan sendiri melebihi purata satu tulisan setiap hari, dengan beberapa blog menunjukkan hasil kajian yang meyakinkan dan kredibel.

Umno kini tidak lagi perlu menunggu laporan berita Buletin Utama atau akhbar-akhbar harian, tetapi banyak isu ditangani dengan segera oleh blog pro-Umno.

Isu gambar kematian peserta demonstrasi Bersih 2.0, cincin yang didakwa dibeli oleh isteri perdana menteri dan banyak isu lain segera dijawab oleh blog Umno, yang sebahagian besarnya mengemukakan hujah yang bukan sembarangan.

Pemerintah bukan tidak terjejas oleh media baharu. Portal-portal berita propembangkang yang semakin banyak dan pelbagai kempen antipemerintah masih berjalan dengan meluas di dunia siber terutama laman sosial.

Terbaharu, Najib menerima tekanan apabila muncul kumpulan Facebook menerima sokongan ramai menuntut beliau meletak jawatan.

Walau bagaimanapun, dengan keupayaan yang besar, media baharu ialah satu wilayah bebas yang pihak pemerintah masih mampu memanfaatkan, dalam beberapa aspek, dengan lebih berkesan berbanding pembangkang.

Dalam kalangan pemblog pro-PAS, usaha-usaha menyusun gerak kerja, penyelarasan dengan parti dan sebagainya masih belum menampakkan hasil, walaupun beberapa pertemuan termasuk dengan pemimpin telah diadakan.

Banyak laman dan blog propembangkang lebih berperanan sebagai aggregator atau pengumpul berita berbanding menerbitkan tulisan sendiri.

Beberapa blog pembangkang pula lebih banyak berperanan dalam politik dalaman parti-parti tertentu, dengan sejumlah besar tulisan bertujuan menyampaikan kritikan atau kecaman kepada pihak yang tidak disenangi dalam parti sendiri.

Dari sudut bahasa dan etika banyak blog terbabit, banyak daripada blog terbabit menggunakan bahasa kesat dan mengulas atau mengkritik tanpa maklmat yang tepat, termasuk dalam isu-isu peribadi.

Banyak isu yang dibawa blog pro-PR berbentuk serangan psikologi dan permaina media semata-mata, tanpa menyampaikan sebarang penjelasan atau ulasan yang bertanggungjawab dan berdasarkan pengetahuan yang tepat.

Perkembangan ini mencetuskan satu kebimbangan berhubung peranan media baharu propembangkang dalam menyampaikan maklumat dan menyokong politik PR.

Dalam persaingan dalam media baharu hari ini, dapat diperhatikan pemerintah telah jauh berubah daripada kebekuan yang mereka alami satu masa dulu, pada masa sama pembangkang tersekat dalam satu kemelut yang sukar.

Pilihan Raya umum ke-13 nanti bakal memberi petunjuk, siapa yang paling dapat memanfaatkan media baharu; BN atau PR.
http://siasahdaily.blogspot.com

Kedai makan bukan Islam tidak terbabit dengan arahan

Ditulis oleh MUSLIM ABDUL RAZAK

ALOR SETAR, 14 Julai 2011 – Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah menghalang ataupun mengeluarkan kenyataan bahawa kedai makan bukan Islam hanya boleh beroperasi selepas jam tiga petang.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, kedai francais dan restoran antarabangsa seperti Kopitiam, kedai kopi Cina boleh beroperasi seperti biasa.

“Kita menguatkuasakan peraturan tersebut hanya kepada kedai milik orang Islam sahaja, dan ianya tidak melibatkan kedai makan bukan Islam kerana kita tidak kejam untuk tidak membenarkan orang bukan Islam makan.

“Perkara tersebut tersebut tidak pernah diputuskan dalam mesyuarat exco kerana peraturan berkenaan hanya membabitkan peniaga kedai makan Islam,” ujarnya.

Beliau hairan kerana isu ini dimanipulasikan oleh pihak tertentu sedangkan kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut dan jika kedai makan tersebut milik Cina tetapi pekerjanya adalah orang Islam, mereka tetap boleh beroperasi kerana yang tidak dibenarkan adalah orang Islam makan ataupun menjual makanan sebelum jam tiga petang, bukannya bekerja.

Azizan berharap dengan penjelasan tersebut, tidak timbul lagi tanggapan negatif terhadap kerajaan negeri yang dikatakan tidak peka terhadap kehendak bukan Islam.

BERSIH 2.0 - Propaganda murahan tidak laku

Demokrasi mempunyai dua aspek. Pertama-tama, sebagai sebuah sistem dan bentuk negara dan kedua sebagai nilai-nilai universal yang diperjuangkan demi kemanusiaan. Islam lebih kepada sebuah agama dan aturan hidup bermasyarakat, tidak berbicara tentang sistem, apalagi bentuk sebuah negara. Di Eropah pula, ide demokrasi dikembangkan melalui sekularisme (Niccolo Machiavelli), Negara Kontrak (Thomas Hobbes), pengasingan kuasa (John Locke) yang disempurnakan (Baron de Montesquieu), kedaulatan rakyat dan kontrak sosial (Jean-Jacques Rousseau). Doughlas Lummis kemudian datang dengan ide demokrasi radikal tentang perlunya meredefinisi demokrasi, kerana demokrasi kini telah menggantungkan maknanya pada para demagog. Katanya, "Democracy doesn't means 'feeling' powerful. It means holding real power…Radical democracy describes the adventure of human beings creating, with their own hands, the conditions for their freedom".

Proses inilah yang berlaku pada 9 Julai 2011/ 7 Sya’aban 1432. Perhimpunan aman BERSIH juga diadakan di 18 buah bandar, mungkin lebih, yang melibatkan New Zealand, Korea dan lain-lain. "Anwar Dalang Perhimpunan Haram", "BN Tak takut", "Proses demokrasi salah" dijadikan tajuk berita media perdana agar perhimpunan dipandang serong. Stadium Merdeka mula dicanang mempunyai simbol negara. Walhal pada suatu ketika, stadium itulah yang mengalu-alukan Justin Bieber dan bakal dirobohkan untuk mendirikan bangunan 100 tingkat. Ramai masih dalam bebalisme-nya itu, tidak terkecuali para cendekiawan, yang "ter"pelajar dan penganut agama rasis- masih kukuh pendirian "orang Melayu itu seperti boneka yang dimainkan 'bangsa' lain".

Perhimpunan 9 Julai antaranya melibatkan wakil rakyat seperti Saifudin Nasution dan Liew Chin Tong dan ramai lagi, basah dengan rahmat rabbal alamin. Mungkin mengejutkan ramai orang, tetapi yang melaungkan kata-kata semangat, bukan "boneka" Melayu sahaja, tetapi etnik Cina dan India.

Inilah Malaysia yang rakyat perlukan. Tiada sempadan kelas, etnik, agama, gender yang menghalang hasrat rakyat yang inginkan keadilan (atau dengan "K" besar). Tiada siapa-siapa yang mampu untuk berkompromi dengan penindasan.

PM iaitu Perdana Menteri yang tercinta turun padang hanya selepas 24 jam perhimpunan diadakan semalam. Tidak cukup berani untuk berdepan dengan massa semalam. Hari ini (10 Julai 2011), kelihatannya yang beramai-ramai bersama beliau itu hidungnya terletak, orang luar, mungkin orang yang sama dalam "perhimpunan" Patriot. Malah, orang awam mengatakan baju Patriot disebarkan dengan percuma kepada mamat-mamat Bangladesh di KL. NGO terus mengutuk perhimpunan ini seperti pengerusi silat gayong - meminjam kata Hishamudin Rais, taktik persilatan ghaib amat berkesan semalam.

"Baru kena sikit tear gas, muka dahi berkerut, macam dah kena belasah je…lepas tu dah terlentang di hospital."- PM

Benarlah kata Rosmah sebelum ini yang ditemubual akan hal suaminya, PM kita ini pandai bergurau! Jika lihat di berita TV3 jam 8 malam semalam, orang yang dimaksudkannya itu mungkin Khairi Jamaludin!

Malah, kodok besar yang selama ini menyanyikan lagu sumbang, juga tidak ada semalam. Kodok yang satu ini tidak lebih tidak kurang seperti Encik Ghaffar. Rakyat masih ingat kata-kata Ibrahim Ali yang lancang menyuruh Cina duduk rumah. Tanggal 9 Julai sudah cukup membuktikan pihak yang berani dan pihak yang kecut. BERSIH 2.0 dikatakan hanya akan melagakan Melayu sesamanya, menjayakan agenda pembangkang, menjadi alat kepentingan politik dan macam-macam lagi telah menunjukkan ia perayaan yang dikongsi rakyat multi etnik. Mereka berganding bahu melindungi satu sama lain, menghulur tangan bagi mereka yang tersungkur di jalan dan memberi air mineral dan garam kepada yang lain. Mereka yang merupakan "bangsa pendatang", "kafir", dan entah apa lagi tohmahan ini melindungi pakcik-pakcik tua dan anak muda tampan yang sedang solat dalam hujan tetapi diserang atas arahan parti yang dikatakan membela "bangsa" dan agama.

Di situ, hari itu, cukup membuktikan rakyat telah menolak politik primordial yang berasaskan warna kulit, agama, "bangsa". Mereka berkongsi agama Cinta, rentas agama, etnik/ kaum, gender; mendahulukan kebajikan bersama daripada kepentingan diri. Perempuan juga sehebat bilangan lelaki turun ke jalan, lagaknya tidak seperti Maria Sunari dan Musa Elba. OKU juga didapati hadir dan bergerak bersama dalam laungan "Hidup Rakyat", "Daulat Tuanku", dan nyanyian lagu Negaraku. Unit amal terus mengawal lalu lintas, mereka yang hadir walaupun tidak cukup jari yang mengira, membuka jalan kepada kereta-kereta, biarpun itu kereta polis! Pemandu, penumpang, malah mereka yang berada dalam monorail menyatakan sokongan mereka dengan membunyikan hon dan melambai-lambai. Siapakah gerangan yang senang-senang dibodohkan dengan "BERSIH 2.0 tidak mendapat sokongan"?

Seperti biasa, media TV1, TV2, TV3, NTV7 dan banyak lagi tidak akan putus-putus menyaring dan memilih berita yang serasi dengan kepentingan rejim sedia ada. Bukan semalam, tetapi sejak minggu-minggu lepas. Sekejap kerugian peniaga mencecah RM1 juta, sekejap RM100 juta? Setelah kerajaan mengarahkan peniaga-peniaga menutup kedai, kini melalui presiden Ikhlas dengan tag 1Malaysia di dadanya menawarkan khidmat percuma peguam kepada peniaga-peniaga?? Berita Harian juga tidak terlepas mempamerkan gambar pemuda memegang senjata berupa pisau semasa "perhimpunan haram". Propaganda murahan itu tidak laku. Media bukan satu. Rakyat multietnik semalam membawa bunga, membawa cinta kasih untuk disampaikan pada anjing-anjing penguasa. Turut kelihatan juga belon-belon kuning dengan mesej "balloons not bombs". Namun, semua itu dibalas dengan tuba.

Media sebagai aparatus politik terus mengabsahkan kata-kata dan tindakan kerajaan menipu orang ramai. Solidariti yang ditunjuk semalam itu tidak mampu dibeli dengan harga RM200, mungkin hanya dalam perhimpunan Belia di Putrajaya. 907 itu ekspresi rakyat yang mencapai kesedaran atas penindasan yang mereka alami. Pemerintahan BN selama lebih lima puluh tahun cukup untuk membuatkan siapa-siapa sahaja turun. Tambah lucu, penganjur dan pengikut perhimpunan ini dikatakan "menderhaka/ mengkhianati perintah YDP Agong". Orang ramai ada di Brickfields, ada di Hospital Tung Shin, dan ada juga yang memenuhkan jalan-jalan di hadapan KLCC, tertera "Daulat Tuanku" di situ. Mereka duduk. Sambil mendengar ucapan. Helikopter berlegar-legar di langit pun tidak mampu menutup suara dan telinga yang ingin mendengar. Ada juga yang sanggup keluar dari BMW untuk duduk mendengar bersama. Membuat stadium mereka sendiri. Semua ini gara-gara stadium tidak diberi, permit tidak dikeluarkan, "pertubuhan" BERSIH diharamkan kerana yang di atas itu tidak mampu atau mahu mengabulkan tuntutan berkehendakkan pilihan raya bersih.

Hari itu di sekitar Kuala Lumpur diakhiri dengan "tren rakyat". Di KL central pada malam harinya, kelihatan ramai yang melabuhkan punggung di lantai menantikan pembohongan tepat jam 8 malam. Berita Utama TV3 hanya menjadi hiburan bukannya alat hegemoni. Dalam tren, ramai yang masih melaungkan "Hidup hidup, hidup Rakyat!" sambil memberi laluan pada yang lain. Kata mereka ini tren rakyat, dan dengan senangnya perempuan masuk ke dalam gerabak bukan-perempuan. Budak- budak muda semuanya mendengar kata-kata nasihat dan komen orang tua yang juga penumpang. Gelak tawa seolah difahami pelancong luar yang ada. Sesudah tiga orang tua itu turun di Bandar Tasik Selatan, kedengaran takbir dilaung berkali-kali. Beberapa minit kemudian, tren berhenti di UKM. "FRU dan kereta black Maria telah menjadikan UKM sebagai tempat mereka keluar masuk." Universiti yang didirikan atas usaha rakyat, kini menjadi balaci penguasa yang zalim! Itulah mesej yang tertera di media baru seperti Tweeter, Facebook, WhatsApp.

Walaupun tidak dinafikan ia mungkin menjadi landasan buat mereka yang mempunyai kepentingan politik tetapi ia juga hasrat warga, hak yang telah dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Hak untuk bersuara. Penguasa bukan sahaja menggunakan berpuluh trak FRU tetapi polis dengan anjing buruan, polis yang berkuda di sekitar KL dan telah memberi amaran awal jika keadaan tidak terkawal, tembakan dengan peluru juga akan dibenarkan. "dispersed or we'll shoot" itu tidak lagi hanya tembakan gas pemedih mata. Penguasa harusnya menjalankan tanggungjawab melindungi rakyat bukan melindungi tembolok diri dan anak cucu cicitnya.[Aishah@Merdeka Review]

Peraturan pusat hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan


Berikut adalah peraturan yang dipersetujui oleh YAB Menteri Besar Kedah berhubung operasi hiburan di Kedah pada bulan Ramadhan:

1) Pemilik pusat hiburan Non Muslim boleh teruskan operasi, dengan syarat buka untuk pelanggan Non Muslim saja. Jika pemilik benarkan orang Islam masuk, maka lesen perniagaan akan ditarik serta merta.

2) Jika pemilik Muslim maka ia tidak dibenarkan beroperasi, sekalipun hanya dibuka untuk pelanggan Non Muslim.


UMNO nak kata apa...? Cuba komen nak dengaq.
MCA nak kata apa...? Cuba komen nak dengaq.

KedahLa...

Video Jaringan Gol Malaysia Vs Liverpool


Cincin 24juta punya pasal...habis system kastam down 3 jam..!!!

http://www.indahkhabar.com/wp-content/uploads/2011/07/cincin-rosmah-300x175.png
usaha terdesak : selepas laporan sprm dibuat sistem kastam down 3jam dan semua agen 'kargo' di KLIA xboleh akses komputer kastam.. tiba2 kini muncul borang 'manual hand carry' konon bawa keluar semula belian... semua dibuat utk cover imelda Rosmah.. bagaimana nak cover gelang tangan nilai juta pula ?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...