TERKINI :

Friday, July 15, 2011

Xklusif.. Gambaq Yang tak akan ada di TV3, UTUSAN @ RTM...

EKSKLUSIF! Gambar pemimpin kita Dato Seri Najib Razak disambut di UK.muahahaha

p/s: gambo2 gni tadok dlm mane2 tv, surat kabo!

UMNO..Bodek..!!!

Bekas mufti selar budaya bodek dalam Umno

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar apa yang dikatakannya sebagai "unsur feudal" melalui tindakan membodek pemimpin dalam Umno.

Dalam sesi dialog di Kuala Lumpur malam tadi, Asri juga mengkritik kurangnya toleransi dalam menangani pelbagai pandangan dalam parti Melayu itu.

NONE"Dalam pemerintah sekarang semua orang nak tunjuk kononnya dia setia (kepada pemerintah) walaupun kenyataan yang dikeluarkan adalah bodoh tapi dia rasa tidak mengapa yang penting perdana menteri tahu.

"Dalam Umno bila ada pemimpin bagi kritikan dia ini dianggap musuh walaupun idea yang diberikan adalah baik namun ia dianggap bahaya kerana unsur feudal tidak ditinggalkan.

"Ramai yang nak masuk politik supaya dapat bodek pemimpin dan dapat hasil namun kesannya nanti ia akan merobohkan institusi yang ada, sebagai contoh khutbah Jumaat... institusi agama digunakan apa dalil agama yang mengharamkan perhimpunan, dalil agama digunakan untuk memburukkan orang lain.Program itu yang banyak menyentuh mengenai Himpunan BERSIH 2.0, menyaksikan Asri membidas pemikiran feudal yang diamalkan Umno-BN dalam sistem pentadbiran negara pada hari ini yang katanya perlu dikikis jika masih mahu mengekalkan kuasa.

bersih rally petaling street 090711Sabtu lalu, ribuan rakyat Malaysia menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Program yang dihadiri para intelek itu juga diberitahu oleh Asri bahawa pentadbiran Perdana Menteri pada hari ini umpama “seorang bapa yang menakutkan anak agar tidak ke tempat gelap kerana ada hantu.”

Kata beliau, strategi sedemikian sudah tidak berguna kerana rakyat yang sudah matang dan informasi boleh diperoleh melalui pelbagai cara.

“Saya menggambarkan kerajaan sebagai seorang bapa kepada seorang anak yang menakutkan anaknya agar jangan pergi ke tempat gelap kerana ada hantu, pada waktu kecil anak akan terima tapi bila anak sudah besar dan belajar di universiti ia sudah tidak berguna.

“Kerajaan dan pemimpin sudah terlupa bahawa sekarang bukan lagi zaman 70-an kerana kerajaan sudah tidak lagi boleh menghalang maklumat... dulu memang orang baca Utusan Malaysia tapi sekarang orang sudah tidak baca dan tidak percaya,” katanya.

NONEMalah beliau turut melahirkan kekecewaanya di atas tindakan Putrajaya yang dalam usaha menyuraikan himpunan pada 9 Julai lalu sehingga mengakibatkan puluhan mengalami kecederaan.

“Itu hak mereka untuk berkumpul, saya bukan menyokong mana-mana pihak tapi ia menyebabkan kita tidak boleh untuk melangkah ke hadapan.

“Saya percaya kalau perdana menteri benarkan, polis benarkan, malah turut membantu melancarkannya saya rasa kerajaan akan dapat kredit... dan saya sangat dukacita cara kerajaan menangani perkara ini,” katanya.

Rosmah ada kat Amerika semasa hari beli cincin 24juta tuu...!!

Bukti Rosmah Ke New York Pada Tarikh Urusniaga(Shopping) Berlaku !!

Tarikh dan masa register, approved dan released


Tarikh yang dipaparkan pada gambar di atas bersamaan dengan najib pergi amerika dengan rosmoh april 2011 ini keratan berita :
SEPANG, 9 April -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke Amerika Syarikat Jumaat malam untuk lawatan kerja ke Washington dan New York bermula 10 hingga 16 April.
Najib, yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dengan pesawat rasmi kerajaan kira-kira pukul 9.20 malam di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di sini.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman serta beberapa menteri kabinet antara kenamaan yang berada di lapangan terbang bagi mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri dan isteri.

Kehadiran Imelda Rosmah ke New York pada minggu tersebut menguatkan lagi hujah bahawa ada alibi yang menunjukkan Rosmah singgah membeli belah di New York, di mana terletaknya salah satu cawangan Jacob & co.

Lihat pula printscreen di bawah;

Alamt Jacob & Co di New York

Justeru itu, pihak SPRM harus segera menyiasat dengan menggunakan segala bukti-bukti yang telah diserahkan oleh gerakan anak muda SAMM semalam di Pulau Pinang. Bukti alibi pemergian Rosmah ke Amerika juga sepatutnya diambil kira.

Rakyat juga harus menilai dengan baik akan segala pendedahan yang telah dibuat, terutamanya dengan pendedahan printscreen sistem kastam, gambar Rosmah bersama gelang emas putih buatan Jacob & Co dan juga bukti yang alibi yang menunjukkan Rosmah ke New York pada minggu urusniaga kemasukkan cincin berlian itu di Kastam KLIA iaitu pada tarikh 16 April 2011.

Rosmah juga harus tampil segera menafikan siri-siri pendedahan ini kerana ia tidak mudah dipadamkan sepertimana padamnya perkataan FLOM dalam laman rasmi JPM suatu ketika dahulu.


Sifatkan Anwar Pengkhianat, Bukti Ketakutan Perkakas Umno

SHAH ALAM 14 Julai: Mereka yang terpalit dengan penyelewengan, salah guna kuasa dan berimej tidak bersih dalam menjalankan tugas, bukanlah orang yang paling layak untuk mengkritik orang lain, apatah lagi menggelarkan seseorang sebagai pengkhianat negara, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Hatta ujar beliau, perbuatan itu nyata keterlaluan dan jelas bersikap membuta tuli dalam membuat sesuatu tuduhan.

“ Bila tuntutan itu datang daripada orang macam Rahim Noor, Musa Hassan, memang tak boleh dipakailah. Macam Rahim Noor adalah seorang penjenayah dan tidak pernah ada Ketua Polis Negara yang masuk penjara kecuali Rahim Noor. Dan orang penjenayah macam ini kita tak ambil kisahlah.

" Dan sudah tentulah mereka ini akan menjadi orang yang lebih sudu daripada kuah apabila ia adalah usaha untuk menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim sebab mereka banyak membuat kesalahan,"kata Rafizi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang memetik respon bekas pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua bekas Ketua Polis Negara yang penuh kontroversi, Tan Sri Musa Hassan dan Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Kedua-dua mereka menggambarkan Anwar sebagai pengkhianat negara apabila memberi kenyataaan kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan Bersih 2.0.

Musa adalah seorang pegawai penyiasat dalam kes liwat Anwar pada tahun 1998 dan Rahim adalah individu yang telah menumbuk Anwar sehingga menyebabkan mata kiri beliau lebam.

Menurut Rafizi, bekas pegawai tertinggi kerajaan itu hakikatnya merasa panas dan bimbang sekiranya Anwar mengambil tindakan ke atas mereka sekiranya Pakatan Rakyat mentadbir negara.

Sementara itu, mengulas tindakan Utusan Malaysia yang terus menggiatkan usaha menjatuhkan imej ketua Pembangkang, Rafizi berkata, tindakan itu pada akhirnya hanya akan merugikan Utusan dan Umno-Barisan Nasional.

“ Kalau tanya saya sepintas lalu, saya alu-alukan Utusan Malaysia nak teruskan sandiwara dan permainannya seperti ini. Sebab ia memberi keuntungan kepada kita,"kata beliau.

Tambahnya, Utusan Malaysia dan media perdana lain sudah memainkan peranan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sejak tahun 2008, namun tindakan mereka memberikan simpati rakyat terhadap Anwar.

“Tahun 2008 apabila makian yang melampau macam ini dalam media perdana terutama Utusan Malaysia, RTM dan TV3 itu menimbulkan kebencian rakyat. Dia timbulkan kebencian Anwar Ibrahim itu satu perkara, persoalan yang lebih besar masyarakat kita sudah berubah dan mahukan politik yang lebih bersih, lebih beradap.

"Jadi bila Utusan Malaysia menggila dengan cacian dan makian mereka. Dia memang menimbulkan simpati kepada Datuk Seri Anwar dan pada yang sama kebencian kepada Utusan Malaysia,"kata Rafizi.

Tindakan terdesak akhbar milikan Umno itu yang menjadikan masyarakat Melayu sebagai target pembaca mereka juga bercanggah dengan keperibadian pembacanya.

Katanya, masyarakat Melayu yang terkenal dengan kehalusan budi pekerti, bersikap lemah lembut dan berlapik dalam menyampaikan sesuatu perkara, tidak akan tertarik untuk membaca Utusan Malaysia.

“Kalau Utusan Malaysia teruskan buat macam ni, saya yakin makin ramai orang Melayu yang akan jelek dengan Utusan Malaysia dan Umno dan itu adalah kelebihan kepada kita,"kata beliau lagi.

Perdana Menteri & Ketua Polis Negara Menipu Rakyat


14 JULAI 2011 - Batu Gajah, Perak

Kenyataan Media YB V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Tronoh di Batu Gajah pada 14/7/2011.

Integriti dan kredibiliti kerajaan terjejas apabila 2 orang tokoh negara membuat kenyataan palsu dalam media untuk menipu keseluruhan rakyat Malaysia. Mereka mendakwa bahawa polis tidak menembak air dan gas pemedih mata di dalam kawasan Hospital Tung Shin. Ini adalah satu pembohongan yang sangat ketara. Terdapat banyak rakaman video dan saksi-saksi yang melihat dan menjadi mangsa keganasan polis di kawasan hospital berkenaan.

Saya bersama-sama YB Lim Pek Har, ADUN Menglembu berada di Hospital Tung Shin ketika kejadian menembak air dan gas pemedih mata itu berlaku di dalam kawasan hospital itu. Kami terperanjat dengan tindakan polis yang ganas lagi berani menembak gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital. Saksi-saksi lain yang turut menjadi mangsa gas pemedih mata di Hospital Tung Shin ialah Pengerusi DAP Cawangan Bemban Lim Yoke See, Pengerusi DAP Cawangan Pusing Chan Chin Fah, Pengerusi DAP Cawangan Batu Gajah Utara Vijayakumar dan ramai lagi.


Beribu-ribu orang telah menyaksikan kejadian yang zalim itu, tetapi Perdana Menteri dan Ketua Polis Negara menafikan tindakan polis menyerang Hospital Tung Shin. Sudah tentu ini menjatuhkan imej ketua negara dan Ketua Polis Negara yang sepatutnya dipandang tinggi oleh masyarakat umum. Apatah lagi penipuan ini dibuat semata-mata untuk kepentingan politik Barisan Nasional.

Selain daripada itu kami juga melihat berpuluh-puluh anggota polis dengan begitu ganas dan cemas telah memasuki kawasan dan bangunan Hospital Tung Shin untuk menangkap orang-orang yang datang menghadiri perhimpunan aman Bersih. Mereka telah menggunakan kekasaran yang keterlaluan apabila menangkap orang-orang yang berlari untuk menyelamatkan diri mereka.

Saya tidak lari daripada polis, saya duduk dan melihat telatah dan cara tangkapan yang dibuat oleh polis di Hospital Tung Shin. Walau bagaimanapun saya juga ditahan oleh polis di dalam kawasan Hospital Tung Shin. 2 orang anggota polis telah mengambil maklumat peribadi saya dan melepaskan saya dengan serta-merta.

Kenyataan media ini dibuat semata-mata untuk memberitahu kejadian sebenar yang berlaku di dalam kawasan Hospital Tung Shin supaya pihak-pihak tertentu tidak mengelirukan isu yang sebenar. Rakyat Malaysia berhak mengetahui kebenaran untuk kepentingan bersama.

Isu pusat hiburan bulan Ramadhan di Kedah - Wajarkah?

MalaysianMalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 14 Julai — Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dari Pakatan Rakyat wajar membatalkan pelaksanaan sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 — peraturan dan undang-undang digubal masa era Barisan Nasional (BN) - yang melarang pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata oleh kerana BN sendiri yang menggubal undang-undang itu tidak menguatkuasakan sehingga ia ditumbangkan pada 2008, maka kerajaan negeri Pakatan Rakyat wajar mengkaji balik untuk memansuhkannya. - TMI.
Harakahdaily pulak melaporkan:
ALOR SETAR, 14 Julai: Kesemua Adun Kedah, termasuk dari BN, telah memberikan sokongan sebulat suara terhadap cadangan kerajaan negeri untuk menutup semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan akan datang ini.

Turut memberikan sokongan dalam sidang itu adalah Adun Kota Darul Aman, Lee Guan Aik dari DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Helmi Khalid.

"Bahkan ketika itu, MB telah mengulangi pertanyaanya kepada semua ahli dewan kalau-kalau ada bantahan terhadap cadangan itu dan semua ahli bangun menyokongnya," kata Helmi kepada Harakahdaily.

Helmi mengulas bantahan segelintir peniaga Cina terutama yang terlibat dengan perniagaan pusat-pusat hiburan di Kedah yang membantah keputusan untuk menutup pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadhan ini.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak berkata, peraturan dan undang-undang pusat hiburan yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan di Kedah tertakluk kepada Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan yang wujud sejak 1997, dan bukannya dasar baru.

Azizan berkata enakmen itu terpakai sejak Barisan Nasional (BN) mentadbir Kedah, cuma tidak dikuatkuasakan sepenuhnya sebelum ini. - Hrkh.
Yang aku mushkilnya, pasai apa baru sekarang kerajaan Kedah nak kuatkuasakan peraturan ni. Yang lebih aku mushkil lagi pasai apa kurang 3 minggu lagi nak masuk bulan Ramadhan baru isu ni timbul.

Bukannya aku nak sokong pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang terlibat tu, lagi pun aku langsung takdak kaitan dengan pusat hiburan macam tu, tapi pada aku kerajaan Kedah nampak macam tak berapa nak berlaku adil dengan depa.

Aku sebenarnya setuju sangat kalau Kerajaan Kedah pimpinan Ust Azizan betul-betul nak kuat kuasakan peraturan tu, malah lebih dari tu, kalau nak tutup terus semua pusat hiburan tu pun pada aku takdak masalah kalau kena dengan caranya.

Cumanya aku rasa tak patut sangat kalau bagi notis tak sampai 3 minggu. Kalau notis 3 bulan pun aku rasa tak berapa nak cukup.

Paling kurang pun bagi la notis 6 bulan. Sempat la kut depa buat persediaan kalau nak pindah pusat operasi ke negeri lain ka, atau pun mungkin buat bisness lain dalam masa sebulan tu ka, atau apa-apa saja plan nak hadapi 'cabaran' tu.

Yang paling cantiknya, Kerajaan Kedah buat dulu pertemuan dengan semua pengusaha pusat hiburan tu, buat dialog dengan depa, cerita betul-betul apa cerita sebenarnya. Dengar pulak komen balas dari depa. lepas tu kalau nak bekeras jugak, berkeras betul-betul, jangan hangat-hangat taik ayam pulak.

Setakat ni tak dengar lagi komen dari Umno yang mengaku lebih Islam dari PAS. Tak dengar lagi komen dari PERKASA yang mengaku nak menjaga kesucian Islam. Belum dengar lagi komen dari Zulkifli Nordin yang nampak macam bersungguh-sungguh nak bela Islam sejak disingkir dari PKR.

Apa pun, mungkin ada hikmah disebalik isu ni, kita sama-sama tunggu perkembangan selanjutnya. Munginkah akan jadi macam isu arak di Selangor atau isu tiket loteri di Kelantan?

Berkaitan


   Cenangau Daunkari

source: http://cenangau.blogspot.com

Isu baca hadis - Inilah puncanya bila tak faham Agama..???

Isu baca hadis: Islam bukan untuk Melayu sahaja

KUALA LUMPUR, 14 Julai: Al Quran dan Hadis diturunkan sebagai rahmat seluruh alam, dan bukan hanya untuk orang Islam sahaja dan Islam pula bukan hak orang Melayu sahaja.

Itu tegasan dan penerangan yang dibuat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) apabila beliau terbaca laporan mengenai Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Mohamad Satim Diman yang membidas wakil rakyat PAS dan PKR beragama Islam kerana tidak bersuara ketika Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim memetik hadis untuk menguatkan hujahnya dalam satu pembentangan di DUN Selangor semalam.

Satim berhujah bahawa Ng tidak layak menggunakan hadis untuk hujahnya kerana beliau seorang bukan Islam dan tidak memahami hadis tersebut.

Menurut Tuan Ibrahim iaitu Ketua Penerangan PAS, isu orang bukan Islam memetik ayat al-Quran dan Hadis masih menjadi isu yang belum selesai hanya kerana sikap dan pemikiran segelintir pemimpin-pemimpin Umno yang masih terkongkong dengan persepsi bahawa ia adalah satu kesalahan untuk orang bukan Islam memetik ayat al-Quran atau hadis.

“Alasan mereka mudah dan cetek, kerana tidak faham ayat al-Quran atau hadis. Kalau orang Melayu yang petik ayat al-Quran atau hadis tidak jadi masalah, walaupun mereka juga tak faham,” tegur beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan orang Islam untuk memahami betapa ramainya orang bukan Islam di dunia ini yang memetik ayat al-Quran dan hadis dalam tulisan atau ucapan mereka di seluruh dunia.

Tapi mengapa para ulama atau Majlis Fatwa tidak mengeluarkan fatwa untuk mengharamkannya?

“Sebab isu utama ialah hukumnya haram atau dicegah hanya sekiranya mereka atau kita umat Islam memetik dengan tujuan menghina atau mempermain-mainkan al-Quran atau hadis.

"Kalau mereka memetik untuk menguatkan hujah mereka, maka ia tidak dilarang bahkan ianya telah ada nilai kepercaaan kepada kebenaran al-Quran atau hadis. Seandainya petikan tersebut tersasar dari maksud sebenar, maka mereka yang memahami nas wajiblah membetulkannya,” terang Tuan Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

Pada pandangan Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, menghalang orang bukan Islam daripada mendekati sumber utama Islam (al-Quran atau hadis) menyebabkan mereka semakin jauh daripada memahami asas agama Islam – dan ini akan membantutkan perkembangan agama Islam.

“Kerana itu, Umno tak perlu menunding jari kepada wakil rakyat PAS atau PKR kerana tindakan itu mengambarkan kejahilan mereka dalam memahami isu ini,” selar beliau.

Beliau turut menambah bahawa isu umat Islam berhadapan dengan golongan bukan Islam bukanlah isu yang baru kerana sudah ratusan tahun lamanya umat Islam telah berhadapan dengan golongan bukan Islam.

“Maka seandainya orang bukan Islam tidak dibenarkan memetik ayat Quran atau hadis, tak mungkin tiada sebarang fatwa melarangnya. Untuk itu kita sebagai umat Islam hendaklah memandu golongan bukan Islam memahami dan mengkaji kebenaran Islam, semoga dengan kajian tersebut mereka terbuka hati untuk menerima Islam. InsyaAllah,” nasihat beliau.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib berkata, al-Quran dan hadis merupakan sumber rujukan untuk kesejahteraan sekalian manusia.

“Sebagai orang Islam kita seharusnya menggalakkan penganut agama lain mempelajari tentang al-Quran dan hadis untuk mengenal Islam secara lebih mendalam dan bukannya mengherdik dan bertindak di luar akhlak Islam yang akhirnya menjauhkan bukan Islam dengan Islam,” kata beliau.

JMM, Jaringan Melayu Merapu

Oleh Ustaz Idris Ahmad

http://2.bp.blogspot.com/_ghNs9FhNcY4/TCxkSIDTHNI/AAAAAAAAKzk/0NIn5XVQv48/s1600/IDRIS.JPGJMM, Jaringan Melayu Malaysia elok ditukar kepada Jaringan Melayu Merapu. Sesuai dengan budaya dan pemikiran pemimpin pertubuhan ini yang merapu dan mengampu dalam memperkatakan isu politik di negara ini.

Terbaru Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah menc adangkan Parti Islam SeMalaysia ditukar kepada Pengikut Ambiga Sreenavasan (PAS) kerana menyertai himpunan Bersih.

JMM marah bukan kerana Ambiga tetapi kerana kuasa politik umno tergugat yang beliau ada kepentingan di dalam umno.Jika benar JMM memperjuangkan Melayu kenapa mereka diam membisu isu-isu pencabulan terhadap maruah melayu seperti isu tanah kampung baru, tanah rezab Melayu yang tergadai daripada 3 juta hektar selepas merdeka sekarang hanya berbaki 1.7 juta hektar.

Mana suara JMM ketika tanah Keretaapi Tanah Melayu di Tanjung Pagar terlepas kepada Singapura.

Mereka menyinga ketika kepentingan umno hilang, tetapi menikus ketika hak Melayu tergadai.

Khilaf terbesar: Program BERSIH & Penjajahan minda

oleh ELVIZA
7/13/2011 7:55:19 AM

Langit Kuala Lumpur petang 9 Julai, menangis. Hujan lebat mengekang ion-ion gas pemedih mata disembur ke arah rakyat yang berarak di jalanan. Rakyat dikecam sebagai hooligan atau samseng jalanan, pengkhianat aktiviti ekonomi atau demonstran perhimpunan haram di sisi undang-undang.

Tetapi untuk saya, Kuala Lumpur tidak menangis kerana merintihi tyranny di tanah bertuah, bumi keramat ini; Kuala Lumpur menangis kerana matahari demokrasi dan kebebasan bersuara masih menyala, jadi obor penyuluh gelita. Walau tidak sempurna, hak itu tetap ada. Tidak pasti di mana paksi pegangan anda, tetapi untuk saya yang masih mentah, perkara di bawah payung Perlembagaan Persekutuan amat jelas.

Walau bakal dituduh pseudo-liberal bengap sejarah, atau lebih teruk lagi dilabel persis mak nenek kuat membebel, saya ulang semula semangat di bawah Perlembagaan Persekutuan: Perkara 10(1)(a)dan(b) memberi hak kepada setiap rakyat Malaysia untuk mengeluarkan pendapat dan berhimpun secara aman.

Hak ini, bagaimanapun, tertakluk kepada pengecualian di bawah Perkara 10(2),(3)dan(4) sekiranya perhimpunan tersebut mencabar keselamatan negara (national security). Sementara Seksyen 27(5) Akta Polis 1967 yang memaktubkan rakyat perlu permit untuk berhimpun bercanggah dengan semangat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat juga mendukung kebebasan di bawah Perkara 10(1) di atas. Maaf cakap, kalau setakat mahu berhimpun menyatakan pendapat, sekurang-kurangnya dalam kamus hidup saya, tidak jatuh dalam fasal keselamatan negara.

Tetapi kenapa hari minggu warga kota berantakan? Enteng sahaja. Itu akibatnya apabila nakhoda-nakhoda pemimpin negara - yang rata-rata berkiblatkan egoisme dan agenda masing-masing - gagal mencari titik penyelesaian atas nama tolak-ansur. Jelas tolak-ansur itu mudah di mulut, seksa di perut. Keikhlasan itu sangat mahal harganya.

Jangan kita melatah mengecam polis yang menjadikan lalu-lintas Kuala Lumpur lebih teruk dari Jakarta pada petang 8 Julai; jangan kita mengecam mereka kerana menyembur gas pemedih mata atau mengasari demonstran; jangan kita memuji polis kerana cekap menangkap nama-nama yang telah diperintahkan di bawah Seksyen 98 Kanun Prosedur Jenayah agar tidak memasuki Kuala Lumpur; jangan mengutuk polis kerana menjamu para demonstran dengan buffet makanan sedap-sedap. Mereka itu boneka tanpa jiwa, aksi dan suara mereka adalah mainan tok dalang wayang kulit dalam arena politik negara.

Jika benar ada molotov cocktail dan parang dalam kereta si demonstran, kenapa paraphernalia itu tidak digunakan pada 9 Julai? Jika benar tanggapan apabila ramai berkumpul negara bakal jadi huru-hara, kenapa pagi Ahad 10 Julai, Kuala Lumpur masih bernafas seperti biasa?

Soalan terakhir yang kuat mengganggu minda: kenapa ditangkap lalu diseret ke mahkamah si penjual baju kuning di Kota Bharu dan Alor Setar? Cara penangkapan dan liputan media yang diuar-uarkan persis mereka itu penjenayah besar.

Tidak, saya tidak melupakan rintihan hati pedagang dan pemandu teksi kota yang bersungut kerana hilang pendapatan pada hari tersebut. Tetapi bukankah negara ini mempraktikkan sistem keadilan sekata? Tepuk dada tanya peguam anda, sekiranya mantap kes dibina, saman sahaja semua yang terlibat. Tetapi jangan lupa, bukan demonstran baju kuning sahaja bertanggungjawab. Si baju merah pula bagaimana?

Dan untuk segelintir yang berpendapat kononnya demonstrasi jalanan bukan budaya kita orang timur, maaf saya tidak setuju. Perkara budaya dan adat bukan boleh dikoreografikan dalam rentak hak rakyat di bawah Perlembagaan Persekutuan. Untuk apa bersorak mempertahankan budaya jika minda terjajah? Seperti pernah saya kicaukan di laman Twitter: khilaf insani yang terbesar adalah apabila kita cuba untuk menjajah minda.

Aspirasi keamanan, kebebasan dan hak untuk bersuara bersifat universal, bukan novelty. Perang minda seharusnya lebih menjurus untuk memenangi kepercayaan di hati dan persepsi di mata rakyat, bukan untuk menayang kemampuan pihak berkuasa mengekang huru-hara yang ‘bakal’ tiba.

Untuk suami, saya pohon maaf kerana pendapat saya hanya berpaksikan Perlembagaan Persekutuan semata, bukan practicality. Juga untuk pembaca budiman yang tidak bersetuju dengan komentar saya minggu ini, tidak mengapa, kerana Mahatma Gandhi pernah berkata, “honest disagreement is a good sign of progress.”

Elviza juga seorang peguam sedang berkicau di http://twitter.com/elviza.

BERSIH 2.0 : Pengalaman Khalid Samad...

Khalid Samad: Bersih 2.0, pengalaman saya

Pengalaman saya bersama Perhimpunan BERSIH 2.0 bermula pada jam 11 pagi apabila saya dengan seorang teman dari PAS Shah Alam menuju ke Kuala Lumpur. Pada mulanya kami mencuba Lebuh Raya Persekutuan. Ianya sesak dari sebelum Tol Batu 3. Kami cuba pintas melalui Glenmarie. Trafik sesak di hadapan kilang pengedar kereta BMW. Kami memutuskan untuk berpusing balik dan mencuba pula melalui ELITE/PLUS menuju ke KLIA. Masuk di Batu 3, keluar di Tol USJ. Seterusnya menuju ke arah Puchong. Seterusnya kami menyusuri Jalan Gasing dan melalui kawasan Universiti Malaya sehingga keluar di Jalan Pantai. Dari situ terus menuju ke KL Sentral.

Sekatan jalan oleh polis di merata tempat. BN menyusahkan rakyat semata-mata kerana hendak menghalang program yang menegur mereka. Turut bersimpati dengan pihak polis, berpanas dan mendapat sumpahan rakyat berbakul-bakul semata-mata kerana UMNO/BN. Hanya pencuri dan BN yang bergembira dengan penggunaan polis secara sebegini. Tetapi, kalau difikirkan, memang terdapat persamaan di situ. Pencuri mencuri secara ‘illegal’, BN mencuri harta rakyat melalui cara ‘legal’.

Setibanya kami di jalan Brickfields, saya turun di tepi jalan dan berjalan kaki menuju ke KL Sentral. Terserempak dengan sahabat bermotosikal dan membonceng ke hadapan kawasan KL Sentral. Berjalan kaki pula menuju ke Hotel Hilton yang berada di sebelahnya. Saya berjalan berhampiran beberapa anggota polis tetapi mungkin oleh kerana saya bertegur sapa seorang pelancong dari Australia dan bersembang sambil berjalan dengan beliau, mereka tidak perasan akan saya. Mungkin juga saya dianggap sebagai ‘pemandu pelancong’ ataupun tourist guide.

Saya masuk ke Hotel Hilton dan dari lobi, terus menuju ke atas untuk bersama pimpinan. DSAI telahpun berada di situ bersama Dato Ambiga dan Lim Kit Siang. Beberapa pimpinan PAS juga sudah di situ apabila saya sampai. TG Hj Abdul Hadi sampai pada jam 1 tengah hari. PC dibuat dan mereka menyatakan secara jelas apa itu BERSIH 2.0 dan matlamat yang ingin dicapai. PR juga menyatakan sokongannya terhadap BERSIH 2.0.

Selepas solat Zohor yang diimamkan TG Hj Abdul Hadi kami mula bergerak ke bawah. Sampai sahaja kami ke Lobi, pelanggan di restoran di kawasan Lobi hotel itu tiba-tiba berdiri dan menepuk tangan menunjukkan sokongan. Termasuk pelancong-pelancong yang mengikuti perkembangan Negara, mereka semua faham apa yang kami inginkan akan membawa kebaikan untuk Negara. Hanya UMNO tidak mahu faham kerana mereka lebih pentingkan kebaikan diri mereka sendiri!
Ada dikalangan pelanggan, bangun untuk turut bersama. Sambil menunggu tadi, mereka minum di restoran hotel, membawa business juga pada hotel tersebut nampak gaya!

Kami keluar pintu utama Hotel dan terus tuju ke bangunan KL Sentral. Sambil keluar saya menoleh ke belakang dan mata saya mengesahkan, tiada meja yang diterbalikkan, tiada kerusi yang dicampak dan tiada bahagian yang dibakar di Hotel Hilton! Kami himpunan aman, bukan perusuh.

Sambil keluar saya melihat hari sedang hujan. Hujan rahmat yang akan mengurangkan kesan keperitan gas pemedih mata, terfikir saya. Bila tiba di salah satu pintu masuk KL Sentral, ada anggota polis yang cuba menghalang kami dari masuk, tetapi tidak berjaya. Kami masuk ke dalam dan tiba-tiba, orang ramai yang berada di dalam bersorak menyambut ketibaan kami. Jumlah yang asalnya hanya berpuluh, tiba-tiba disertai ramai yang telah berada di dalam, menjadi beratus! Kami terus mara dan keluar dari bangunan KL Sentral, dibawa melalui tangga besi ke tingkat bawah.

Yang menyertai kami di KL Sentral terdiri dari rakyat biasa yang menyokong kami. Mereka menunggu kami dan sambil menunggu, mereka membeli minuman dan makanan di kedai-kedai di KL Sentral. Semasa mereka bangun untuk menyertai kami, tiada kedai yang dibakar, kerusi yang dibaling atau meja yang dipecahkan. Kerana kami berhimpunan secara aman yang ingin menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, bukan perusuh. Kami ingin lawan melalui pilihan raya, bukan melalui huru hara. Itu sebab pilihan raya perlu adil dan bersih.

Di tingkat bawah, kami berada di kawasan yang bagaikan sebuah terowong, kiri kanan berdinding. Mereka yang di depan membawa kami terus mara lagi menuju ke jalan keluar untuk ke Stadium Merdeka. Bila sampai di pintu ‘terowong’ tiba-tiba kelihatan satu barisan anggota FRU menghalang jalan. Kami berada lebih kurang 20 meter dari mereka. Kami berhenti, pimpinan berada di saf hadapan. Saya di saf yang ketiga. Tiba-tiba berbunyi siren dari belakang. Landrover FRU menuju ke arah kami dari belakang, inginkan laluan untuk ke depan. Kami memberinya laluan tanpa apa-apa tindakan khianat dari pihak kami.

Setelah landrover tersebut berada di hadapan, saya menoleh ke belakang, ingin melihat sekiranya ada pasukan FRU yang sedang mara ke arah kami. Orang sudah ramai, beresak-esak, dalam keadaaan kebimbangan kerana kami terperangkap dalam terowong tanpa adanya jalan keluar. Di depan FRU dan di belakang pun sudah begitu. Kami datang bukan untuk berentap dengan FRU tetapi BN menghantar FRU untuk menyerang kami.

Tiba-tiba saya mendengar bunyi tembakan dan dengan serta-merta, cermin-mata saya terpelanting ke depan. Asap gas pemedih mata mula berkepul-kepul. Tembakan datang dari depan dan belakang. Pada saat itu saya terfikir saya perlu mencari cermin-mata kerana semua menjadi kabur tanpanya. Tetapi suasana kelam kabut menyedarkan saya bahawa itu tidak mungkin saya lakukan. Gas pemedih mata mula terhidu. Saya teringat beg plastik yang berada di dalam kocek seluar saya dan dengan segera membukanya sehingga dipenuhi udara serta bernafas melaluinya dengan menutup hidung dan mulut saya dengannya. Beg plastik itu adalah pembalut baju BERSIH 2.0 yang diberikan kepada saya semasa diatas.

Pada ketika itu saya tidak sedar bahawa kepala saya terkena kelonsong gas pemedih mata dan sudah mula berdarah. Saya bersama rakan saya dari Shah Alam, saudara Zainal, yang ditugaskan untuk menemani saya, bergegas ke belakang dan ternampak ‘lubang’ di tepi dinding di sebelah kanan kami. Kami menuju ke lubang tersebut.

Sambil ke sana saya melihat A. Samad Said terduduk tersandar di tepi dinding. Beliau orang lama, pasti umurnya lebih 70 tahun. Dia tentu tidak mampu untuk beredar dari terowong yang semakin penuh dengan gas pemedih mata. Turut kelihatan beberapa pemuda yang duduk bersama beliau.

Semasa sidang akhbar sebentar tadi A. Samad Said turut bercakap. Beliau berkata, telah tiba masanya untuk sasterawan terlibat dalam pencorakan Negara kerana kerosakan yang semakin melanda. Saya kagum dengan beliau. Kebiasaannya, orang seperti dia akan berehat di rumah, bermain dengan anak cucu. Malangnya kebobrokan pemerintah memaksa beliau ke jalan raya, walaupun sudah cukup berusia. Mengapa? Kerana dia tidak ingin mewariskan kepada yang muda suatu negara yang hancur dan budaya politik yang muflis dari segi akhlak dan amanah! Celaka BN kerana merampas ketenangan zaman usia emas darinya!

(Khalid Samad sejurus selepas terkena botol gas pemedih mata yang ditembak ke atas kepalanya. Ketika gambar diambil, kepala sudah berbungkus dengan kain puteh)

Kelihatan juga beberapa wanita yang terduduk di atas jalan, tercungap-cungap kepedihan, hadiah dari BN yang ingin terus mempertahankan proses pilihan raya yang kotor. Mereka sedar akan risikonya tetapi mereka ingin juga melihat perubahan dan keadilan. Apa akan mereka warisi sekiranya kepincangan diteruskan dan kekayaan negara terus disalah-gunakan? Oleh itu mereka datang walaupun tahu kemungkinan mereka akan dilayani sebegitu rupa oleh BN.

Pada ketika itu saya tersedar bahawa beg plaktik yang saya bernafas melaluinya sudah mula basah, berisi dengan sesuatu cecair yang berwarna gelap. Sahabat saya lantas memberitahu saya bahawa saya telah terluka di bahagian kepala. Beg plastik dipenuhi darah!

Saudara Zainal membawa saya terus menuju ke lubang yang kelihatan tadi. Terpaksa kami melalui di bawah dua batang paip air untuk sampai ke lubang tersebut. Sebaik sahaja melalui lubang itu, kami dapati kami memasuki kawasan pembinaan. Ada beberapa pekerja di situ. Kami bertanya jalan keluar dan dengan segera mereka menunjukkan kami jalan untuk melepas diri.

Zainal meminta saya berhenti dan baju Bersih 2.0 yang saya pakai di atas baju T-shirt saya digunakan untuk membalut kepala saya untuk mengurangkan pendarahan. Pada masa itu kelihatan baju saya penuh dengan kesan darah. Saya duduk sambil dia dan beberapa lagi rakan seperjuangan membalut kepala saya. Ada bersama pemuda dari kawasan Selayang. Ada juga pemuda dari Sarawak! Pemuda dari selayang memberikan saya tuala kecil yang sudah dibasahkan untuk membersihkan muka dari kesan darah.

Sambil itu semua dilakukan, dua orang lagi pemuda keluar dari kawasan pembinaan tersebut untuk mendapatkan teksi untuk saya. Bila ada teksi ditahan, maka mereka memanggil saya untuk menaiki teksi tersebut. Zainal menutup kepala saya dengan beg plastic kuning yang dia bawa bersama. Takut luka dibasahi hujan. Pemuda Sarawak memberi pula jaket hitamnya untuk menutup kepala saya juga, takut air hujan akan membasahi luka saya.

Saya dan Zainal menaiki teksi dan meminta pemandu membawa kami ke Hospital. Pemandu itu melihat pada saya dan terus menyedari saya salah seorang yang menyertai perhimpunan BERSIH. Dia nampak saya sedang cedera dan dengan segera dia membawa kami pergi. Sambil dalam perjalanan dia cukup berhati-hati, mengelak kawasan yang dijaga polis.

Setibanya kami di Hospital, di bahagian kecemasan, saya dibawa untuk bertemu doktor yang bertugas. Pembantu Hospital (HA) ramai bertanya akan keadaan di Kuala Lumpur sambil menunjukkan sokongan mereka terhadap apa yang diusahakan. Sambil berbincang saya dicucuk dengan cucukan anti-tetanus, tekanan darah dibaca dan keadaan jantung diperiksa melalui ECG. Orang biasa yang berada di hospital turut bertanya apa yang sedang berlaku. Sambil menunggu keluarga mereka yang dirawat, sokongan mereka terhadap apa yang dituntut oleh BERSIH jelas disuarakan.

Ada seorang peserta himpunan aman BERSIH yang cedera telah tiba di Hospital sebelum saya. Beliau lagi parah. Kelongsong gas pemedih mata terkena di dadanya dan melantun ke atas melanggar dagunya. Tulang dagunya patah menyebabkan dia tidak boleh bercakap dengan jelas.

Para doktor dan jururawat yang merawat saya begitu bersimpati dengan usaha kami. Sambil menjahit luka saya setelah kepala di x-ray, ada yang bertanya kehairanan terhadap cara perhimpunan itu ditangani. “Apa salahnya? Kenapa tidak dibenarkan sahaja? Apa yang diminta sememangnya patut” kata salah seorang doktor sambil menjahit 6 jahitan dikepala saya. “Kami sokong, tapi terpaksa menikus” katanya lagi.

Itulah Malaysia, negara kesayangan kita semua. Bumi di mana golongan bijak pandai ditakut-takutkan. “Kalau bersama himpunan BERSIH, tindakan akan diambil! Semua pegawai kerajaan diharamkan untuk berserta! Mahasiswa, mahasiswi, pensyarah, cikgu-cikgu, kalau terlibat, nahas kamu!” kata-kata perangsang pemerintah yang memerintah melalui penindasan dan ugutan. Ya Malaysia, bukannya Myanmar ataupun Kampuchea di bawah Pol Pot. Kehebatan negara ini dan segala kelebihannya hancur di tangan pemerintah yang mementingkan diri.

Itulah sebabnya perubahan itu perlu. Perubahan demi membebaskan Malaysia dari barisan pemimpin yang sudah lupa diri, tenggelam dalam harta dan kemewahan yang dicuri dari rakyat. Ianya hanya dapat dilakukan sekiranya pilihan raya itu adil dan bersih. Itulah sebabnya mengapa usaha BERSIH perlu diteruskan.

(Kesan jahitan pada kepala Khalid Samad)

Pada masa itu waktu sudah pukul empat petang. Saya menerima sms bahawa TG Hj. Abd Hadi telah ditahan. DSAI dihantar ke hospital kerana turut cedera. Lebih kurang 1,400 orang ditahan polis. Tetapi, LKS tidak mampu ditahan polis walaupun beliau ‘separuh rabun’ kerana baru sahaja menjalani pembedahan mata! Sedangkan beliau bersama di saf hadapan. Adakah ini merupakan sebahagian dari tipu muslihat mereka? Ingin ditonjolkan kononnya bahawa hanya Melayu sahaja yang terlibat sambil mengelakkan kemarahan masyarakat Cina?

Namun demikian, maklumat seterusnya yang saya terima melalui SMS menyatakan, himpunan BERSIH 2.0 berjaya dihadiri berpuluh ribu rakyat berbilang kaum di beberapa tempat termasuk di Stadium Merdeka dan Pudu Raya! Sambil itu, perhimpunan turut diadakan di beberapa bandar utama di serata dunia!

Saya kembali ke rumah selepas itu, walaupun perit gas pemedih mata masih terasa dan luka di kepala masih menyengit, tetapi hati tetap gembira dengan kejayaan perhimpunan tersebut. Saya kemudiannya dikunjungi beberapa sahabat yang kembali dari Kuala Lumpur. Mereka menceritakan pengalaman mereka sambil ingin tahu keadaan saya. Semua merasa bangga dengan kejayaan perhimpunan tersebut dan tiada sesiapa, termasuk saya, merasa kesal kerana telah bersama. Ini adalah kerana, kami telah turut menyertai suatu perhimpunan yang telah melakar sejarah dalam mencorak masa depan tahah air. InsyaAllah, angin perubahan kencang akan terus kekal bertiup di bumi Malaysia ini!

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

KEDAH AGRO Kenapa Impian MB untuk kumpul Pelam Sala masih gagal direalisasikan lagi..!!

oleh AnakKedahKlon

http://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TPYX83TKa-I/AAAAAAAAByQ/ghso6qA2SSQ/s1600/agro.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TPYX83TKa-I/AAAAAAAAByQ/ghso6qA2SSQ/s1600/agro.JPGhttp://3.bp.blogspot.com/_flipuZb0buo/TPYX83TKa-I/AAAAAAAAByQ/ghso6qA2SSQ/s1600/agro.JPG

Seperti yang dimaklumi, salah satu projek yang disyorkan oleh YAB Dato Seri Ustaz Azizan Bin Abd Razak (Menteri Besar Kedah Darul Aman) ialah projek pusat pengumpulan mempelam sala.

Projek ini dipertanggungjawabkan kepada Anak syarikat Kerajaan Negeri, Kedah Agro. Sebenarnya projek ini sepatutnya dilaksanakan pada musim buah tahun 2010 lagi. Namun orang yang dipertanggungjawabkan bagi menjayakannya gagal merealisasikan projeknya pada tahun tersebut sehinggakan musim buah terlepas.

Masuk tahun 2011, projek ini diminta oleh YAB MB dan Exco yang bertanggungjawab untuk dijayakan pada tahun ini. Maka diminta orang lain bagi menjayakannya.

Tindakan pertama yang dibuat ialah menghubungi setiausaha kawasan yang terlibat, iaitu Pendang,Jerai,Kuala Kedah dan Jerlun. Siri penerangan kepada MKK dalam kawasan yang terlibat diadakan.MKK diberi peluang untuk berdialog dengan Kedah Agro.

Antara feedback yang diberikan oleh mereka ialah, Mereka berkata inilah kali pertama, setelah 3 tahun. Diberi peluang oleh Syarikat Kedah Agro untuk terlibat dalam projek Syarikat Kerajaan Negeri.

Setelah semua perancangan selesai,Peti sejuk untuk menyimpan isi buah mempelam sala pun dibeli dan diserahkan kepada egen pusat pengumpulan yang telah dilantik.

Pada ketika ini, Orang yang dipertanggungjawabkan melaksanakan projek ini mencadangkan kepada pengurusan Kedah Agro untuk mengadakan acara penyerahan peti sejuk kepada agen pusat pengumpulan oleh YAB MB sendiri, lagi pun projek ini adalah cetusan beliau.

Namun apa yang mengecewakan, Ketua Pegawai Operasi Kedah Agro memutuskan.... “Kita tak akan mengadakan acara tersebut, jika pihak kawasan nak buat, depa buat lah sendiri” Sehingga saat dan ketika ini tiada sebarang acara dibuat, jadi bagaimana pihak penerangan Negeri nak buat berita program Kerajaan Negeri ?

Projek ini melibatkan ramai rakyat kerana ianya meliputi seluruh kampung dalam 4 kawasan yang terlibat. Semua yang terlibat amat kecewa dengan keputusan Kedah Agro ini.

BN harap sidang DUN Kedah dipanjangkan


ALOR SETAR - Barisan Nasional (BN) Kedah berharap tempoh persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadual Isnin depan dapat dipanjangkan.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, ini bagi memberi peluang kepada wakil rakyat BN mengemukakan beberapa soalan berkaitan dakwaan kejayaan kerajaan negeri menyelesaikan manifesto pilihan raya umum yang lepas.

“Kita tidak berpuas hati dengan kenyataan yang dibuat oleh kerajaan negeri sebelum ini kerana jawapan berkenaan hanya berdasarkan politik semata-mata.

“Justeru saya berharap Speaker DUN beri ruang kepada wakil rakyat BN untuk kemukakan soalan-soalan bagi merungkaikan persoa-lan yang belum terjawab,” katanya selepas merasmikan penyampaian hadiah di Sekolah Kebangsaan Telok Kechai dekat sini, semalam. - Bernama




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...