TERKINI :

Wednesday, July 13, 2011

Pengalaman Bersih 2.0 : Hujan Rahmat seiring Asap FRU..[siri 3]

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 3

Berbalik kepada kumpulan kami, dalam samar-samar muncul pimpinan yang kami tungu-tungu, Ustaz Mujahid Yusof Rawa (Ahli Perlimen Parit Buntar). Baru lah semangat datang semula. Memang Ana perasan sejak dari awal pagi Ana tak Nampak langsung muka pimpinan. Sangkaan Ana semua pimpinan telah di tangkap. Allhamdulillah Allah telah pertemukan kami dengan seorang pemimpin yang boleh mambawa kami berjuang.

Dengan pasukan FRU 100 meter di hadapan kami yang sudah sedia untuk belasah kami tiba-tiba, hujan turun dengan lebatnya. Kata Ustaz Mujahid dalam taklimat ringkas beliau Allah SWT telah turunkan tenteranya iaitu HUJAN dalam perjuangan kita, terdengar lah laungan Takbir beberapa kali. Kami bersyukur disebabkan hujan turun dengan lebat maka banyak angkatan FRU yang angkat kaki. Hanya beberapa belas orang sahaja yang ada di hadapan kami, Kami pun terus memulakan perhimpunan, berarak dengan kapisiti orang yang sudah mencecah puluhan ribu orang (Ana tak tau jumlah sebenar berapa, Ana agak sahaja) kami memulakan perarakan di jalan berhampiran Petaling Street. Maka bermulalah demonstrasi jalan dalam lingkungan jam 2.10 pm.

Disebabkan kumpulan kami mempunyai penunjuk arah yang mahir selok-belok jalan KL, di bantu pula oleh polis yang sudah menutup jalan, maka mudahlah kami bergerak dengan puluhan ribu orang tanpa ganguan kenderaan di jalan raya. Kami menyusuri jalan- jalan kampung, jalan-jalan desa yang Ana pun tak pasti jalan mana. Yang Ana ingat kami melalui Kg Pandan, Menara AM Bank, dan last di Dataran KLCC.


Kumpulan kami tidak diganggu polis dan FRU disebabkan mereka sibuk berperang dengan kumpulan pertama yang mana kumpulan tersebut diketuai oleh pimpinan yang hebat seperti Dato Seri Anwar Ibrahim, Ustaz Hadi, Hj, Mat Sabu, Aabiga, Tian Chua dan ramai lagi. Kami adalah kumpulan kedua.

Kami berarak tanpa sebarang ganguan. Shamsul hanya sempat menyertai kumpulan tersebut sehingga jam 3.00ptg sahaja. Beliau tidak mampu lagi disebabkan kakinya tarik mengkarung. Biasalah umur dah lanjut paham-paham ja lah. Ana meneruskan legasi perjuangan berseorangan di sebabkan telah berpecah dari awal. Selepas berpisah dengan Shamsul Ana tidak mendapat berita lagi dari beliau. Kemuncak demonstrasi Bersih adalah di dataran KLCC iaitu sekitar jam 4.03 pm . Di sana terjumpa lah pemimpin muda iaitu Cikgu Bard, Dr Hatta, Ketua Pemuda Pas dan orang kanan Ambiga. Kami berkumpul dengan kekuatan ratusan ribu orang, dengan permulaan menyanyikan lagu Negaraku. Laungan Daulat Tuanku dan laungan Takbir. Bayangkanlah baper jam kami jalan tanpa henti.


Ketika orang ramai mula duduk dalam keadaan tenang ketika mendengar pidato dari kesemua pimpinan, munculah abang kepala merah (FRU) sekitar jam 4.40 petang. Kami bertempiaran melarikan diri. Ketika Ana melarikan diri, beg Ana di rentap dari belakang sempat lagi Ana meloloskan diri. Ketika itulah Ana dapat rasakan sesuatu di belakang Ana. Rupanya Ana ditembak dari belakang dengan Gas Pemedih mata. Ana hampir jatuh, Ana lari kearah utara dataran dan Ana ditembak kali kedua. Tetapi nyaris terkena, mata Ana pedih seakan terkena cabai (Cili). Ana gunakan garam untuk pulihkan semula.

Alhamdulillah beransur hilang kesan cabai tersebut. Apabila Ana buka mata Ana, Ana Nampak beberapa orang aktivis seperti Ana terbaring atas jalan dengan tangan di ikat kabel plasticdi belasah oleh FRU tanpa belas kasihan. Betul kata ustaz Sharir Long, sejahat-jahat manusia ialah manusia yang bernama abang kepala merah. Tanpa belas kasihan Ana nampak ramai pemuda yang dibelasah tanpa belas kasihan. Ana pun kena bantai jugak di belakang tapi sempat lagi lari, memang kena bantai nie Ana ingat sampai mati.

Belum sempat Ana bangun Ana dengar suara lantang “jangan lari”, tanpa menoleh Ana teruskan lari kearah satu bangunan yang Ana tidak tahu bangunan apa. Belum sempat larian 100 meter berpagar Ana habiskan. Ana ditembak dengan Gas Pemedih mata kali yang ketiga dan ketika Ana mengelak dengan asap gas tersebut, Ana bertembung dengan seorang aktivis dan Ana terjatuh melambung di sebelah kon penutup jalan seperti kita lihat yang selalu di gunakan oleh JKR. Mata Ana pedih untuk kali yang ke 3, sempat lagi Ana makan garam untuk menutrel kan semula peglihatan Ana. Ana bingkas bangun, dalam fikiran Ana terbayang lah Wajah Anak Ana, Wajah Isteri Ana dan wajah parent Ana. Tidap dapat dibayangkan jika Ana tertangkap bagaimana.

Bermacam-macam yang terfikir dalam kotak pemikiran Ana. Dalam keadaan seperti di Medan peperangan, Ana sekali lagi lari menyelamatkan diri. Kali ini Ana tekad lari ke Arah Dataran dan Ana Berjaya panjat salah satu tembok batu tersebut. Tummm, terdengar bunyi tembakan dan tembakan ke 4 betul-betul di depan muka Ana. Bahang gas dirasai kali yang ke 4. Ana lompat dan terjun ke jalan dan meyelamatkan diri. Ketika hampir pasti polis tidak mengejar Ana, Ana ternampak seorang kakak yang terjatuh di bersebelahan Ana. Cepat-cepat Ana tarik anak kecil dan terus mendukung berlari mambawa anak tersebut kearah satu restoran bersebelahan pondok jaga. Ana dengan pantas dapat melompat dan melintasi longkang yang besar. Ana pun tak pasti bagaima Ana lompat dengan jarak longkang yang agak luas. Mungkin ini bantuan Allah SWT. Sempat juga Ana mengucapkan syukur kerana Ana tidak ditangkap. Kakak tadi datang melalui jalan yang jauh (jalan belakang) untuk mengambil anaknya semula. Ana rasa anak kakak tue baya anak Ana 3-5 tahun. Ana berpesan kepada akak tersebut supaya pesan makanan dan jangan pergi selagi FRU ada. Ana meninggalkan dua beranak tersebut dan terus ke belakang restoran.

Di belakang restoran Ana menghilangkan lelah, bersihkan diri dari siraman air asid, dan salin baju lain agar Ana tidak dapat dikesan. Hampir 15 minit berlalu Ana tabahkan hati untuk keluar dari tempat persembunyian Ana. Ana memandang sekitar kawasan tersebut masih ramai polis yang masih mencari aktivis perjuangan seperti kami. Ana rasakan seperti Ana dah lakukan rompakan besar dan polis sedang buru Ana. Itulah perasaan yang Ana rasakan, Bagaimanakah anda rasa jika Anda di tempat Ana. Ana bergerak seorang diri dalam keadaan berpura-pura tenang, supaya polis tak dapat cam Ana. Ana teruskan destinasi ke geduangI-Setan, dikuncinya pula semua pintu gedung membeli belah I- Setan. Hah sudah bentak Ana. Ana bergegas pula ke LRT di atas. 10 orang polis menunggu di situ dan tak benarkan semua orang menaiki LRT sehingga waktu yang ditetapkan. Ana rasakan Ana terkepung dan tidak boleh keluar lagi. Ketika itu terfikir dalam hati ini untuk bertanyakan kepada seorang hamba Allah yang memegang Helmet. Dah tentu dia orang tempatan sebab naik motosikal. Rupanya lelaki tadi adalah student UM. Student tersebut mengatakan Ana perlu berjalan 6 km untuk keluar dari kawasan kepungan ini. Ana ikut jalan dan penunjuk seperti yang telah diberitahu student tersebut. Penat berjalan hampir 40 minit, Ana sampai di Menara Standart Charted. Terus Ana ambik teksi bermeter dan berjumpa dengan Fauzan di jalan Brickfield. Tambang jangan cakap la, RM 22.80. Ranap duit Ana.

Ana bertemu Fauzan dalam lingkungan jam 6.02 ptg. Di Brickfield, Ana, Fauzan dan birasnya naik teksi dan terus ke Masjid Wilayah. Kami semua berkumpul di sana. Walaupun letih masing-masing berasa gembira dapat menyertai perhimpunan Bersih 2.0 ini. Ada antara kumpulan kami dintangkap dan dilepaskan semula jam 8.00 mlm. Ada juga berita yang mengatakan sahabat kami Amir ditangkap sebelum berjuang. Ana pun tak tahu nasib beliau macamana. Jumlah yang ditangkap hanya 3 orang. Kami semua mendapat berita tentang kematian saudara Baharuddin yang sesak nafas akibat terhidu Gas Pemedih Mata berlebihan. AL-Fatihah kita sedekahkan kepada beliau. Moga beliau ditempatkan pada para shuhada. Amat bangga diri ini dapat merasakan satu pengalaman yang tidak ternilai dalam hidup ini. Kami solat Isyak dan jamak solat Maghrib di sini dan bertolak ke hentian Jalan Duta jam 10.30 pm. Rugilah kepada pejuang di luar sana tidak dapat hadir di sini. Pengalaman memang best sangat-sangat. Bertolak balik dengan bas dan pemandu bas yang sama jam 11.15 mlm. Kami tiba di stesen bas PB jam 3.25 pagi.

Terima kasih pada sahabat kerana sudi menelefon bertanya khabar dan jangan mara kalau tak diangkat atas sebab hidup umpama pelarian di bumi KL ini. Antar sahabat yang sempat call Ana adalah Hj. Latiff, Kak Zah, Mahyuddin dan ramai lagi.

Kenapakah kami sanggup menyertai perhimpunan ini ?

Antara 8 Tuntutan Bersih 2.0 Adalah :
- BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
- Reformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Yang Bebas & Adil
- Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor

Dalam tuntutan Bersih tidak pun menyebut untuk mengubal Hak Keistimewaan Melayu, Tidak pula menyebut untuk menghapuskan hak imuniti Raja-raja melayu dan juga tidak menyebut untuk tukarkan Agama rasmi Agama Islam kepada Agama Lain. Kesimpulan disini adalah hanya menuntut pilihanraya yang bersih dan adil kepada semua parti dan diutuju khas kepada SPR. Persoalannya mengapa UMNO pula yang melatah dan paling kuat membantah dengan 8 tuntutan Bersih ini. Mari kita berfikir sejenak.

Dalam erti kata lain salahkah kami menyertai perjuangan ini.

Berdosakah kami
- menegakkan hukum Allah di bumi Malaysia ini?
- menentang arak diharamkan di Malaysia?
- menentang Judi diharamkan di Malaysia?
- mahukan pemimpin yang amanah?
- menentang kerajaan yang zalim?
- mahukan Agama Islam yang Hakiki di Malaysia?
- menentang Rasuah di Malaysia?

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

Depa perabih 24juta cuma nak beli cincin.. Rakyat nak makan kais pagi makan pagi..!!!


Imelda Rosmah dan cincin nilai RM24.4 juta

Ingatkah kita dengan sejarah Imelda Marcos, wanita no.1 Filipina. Satu ketika dahulu negara itu sama tarafnya khusus dalam bidang ekonomi dengan kebanyakan negara rantau ini termasuk Malaysia. Namun negara itu hancur kerana rasuah yang tak terbendung. Lebih cepat kehancurannya kerana wujudnya wanita pertama yang rakus , Imelda, maka negara tersebut seperti tak mampu lagi bangkit hingga kini.

Ketika rakyat susah Imelda berbelanja mewah. Namun bila rakyat bangkit beliau dan suaminya terpaksa hidup dalam buangan.

Dalam negara ini kita telah ada tokoh yang lebih 'menggila dari itu'... Ketika rakyat susah Imelda Malaysia terus bermewah. Seperti di Filipina ketika dulu juga wajah Imelda Malaysia ini juga diwajahkan dengan perbagai propaganda untuk menipu rakyat. Dan jika ada rakyat yang masih bangkit melawan maka akan dilabel perbagai gelaran negatif dan akan berdepan tindakan undang-undang.

Di bawah ini lihatlah 'print screen' dari sistem Kastam. Pembelian cincin belian bernilai RM24.4 juta... Ia dibawa masuk tanpa sebarang cukai !!!

Imelda Malaysia sila jawab dan jelaskan... Ayuh Bangkit Rakyat !!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pengalaman Bersih 2.0 : Dari Takut Polis ke Transformer last naik syeih...[siri 2]

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 2

inilah polis yang hampir-hampir menangkap kami di Masjid Negara

Tatkala hati masih gelisah ditangkap, kami semua bergerak terus ke Stesen KTM yang tak berapa jauh dari Masjid Negara. Hanya beberapa puluh meter dari Masjid Negara. Kami berkumpul dalam keadaan masing-masing tidak tahu hala tuju. Mana tak nya, demonstrasi difahamkan akan bermula jam 2.00 petang kalau di ikutkan masa sebenar. Sekarang baru jam 9.15 pagi. Maknanya kami perlu berkeliaran hampir 5 jam lagi untuk berdemonstrasi. Dalam keadaan yang hampir kembali tenang di KTM, sekali lagi kami dikejutkan dengan kehadiran puluhan polis yang datang.

Dengan nada yang tegas dan kasar polis tersebut membuat pengumuman “ sesiapa yang mempunyai tiket KTM sila angkat dan tunjuk, dan sesiapa yang tidak punyai tiket KTM sila beredar dari stesen ini segera”. Ketika itu terdengarlah laungan takbir yang bergema dari pejuang-pejuang Islam. Yang menghairankan Ana, sesiapa yang takbir, akan di tangkap dan terus dibawa kemana, Ana pun tak pasti. Polis tersebut sambil nada sinis mengatakan “nak takbir balik rumah, zikir di rumah kuat-kuat, sapa pun tak ganggu”.

Ini polis yang nak jaga keamanan Negara beragama Islam, akan tetapi mempersendakan kalimah ALLAH. Subhanallah Ana berfikir. Jahil sungguh polis-polis ini, terima arahan membuta tuli dari pimpinan atas, sampai sanggup gadaikan akidah.

Penangkapan dibuat di dalam pekarangan stesen KTM

Bermulalah dari sini Ana dan Joe Pg terus beredar dari KTM dan kami membuat keputusan akan ke Berjaya Time Square untuk habiskan masa di sana. Kami hanya berdua berjalan kaki ke sana hampir 10 km dengan ditemani secebis semangat yang ada. Dalam perjalanan Ana sempat lihat berpuluh-puluh trak FRU di kiri dan kanan. FRU tersebut memerhati kami dari jauh. Ana harapkan semoga kami tidak di tangkap ketika dalam perjalanan. Kami tiba di Berjaya Time Squre jam 12.13 pm. Alhamdulillah, kami berdua sempat sampai kesana dengan selamat. Kami membeli tiket wayang Transformer untuk memujuk hati ini supaya tenang dan tenteram agar dapat melupakan Abang Kepala Merah buat seketika. Terfikir dalam hati ini habis menonton wayang akan terus bergegas ke Stadium Merdeka.

Tentu korang hairan kenapa kami membeli tiket wayang sedangkan matlamat asal adalah Perhimpunan Bersih 2.0? Kami membuat keputusan untuk menonton wayang disebabkan keadaan yang agak tidak menentu. Jika kami berkeliaran di luar sana besar kemungkinan kami akan ditangkap. Ditangkap sebelum berjuang adalah satu pekara yang tidak diinginkan oleh pejuang seperti kami. Jika ditakdirkan ditangkap, biarlah ditangkap ketika berjuang bukan ditangkap sebelum berjuang. Polis berkeliaran di merata tempat. Ana dan Joe Pg bukanlah orang tempatan yang mahir selok-belok Bandar KL ini. Kami telah pun terpisah dari kumpulan asal. Kami tidak tahu lagi kemana yang harus kami tuju. Berjaya Time Square adalah tempat yang kami rasa selamat buat sementara waktu. Terasa menjadi pelarian di Negara sendiri. Ketika kami tidak keruan serta dalam keadaan tertekan, taktala mendapat berita masih berlarutan ada kestangkapan dibuat, ketika semangat kami hampir lemah serta perasaan bercampur dengan takut, atas sebab itulah kami membuat keputusan untuk berada di Plaza Berjaya Time Square. Sebenarnya berat juga hati ini untuk masuk ke pawagam, akan tetapi memandangkan kami perlu tunggu hampir 2 jam lagi, dengan hati yang berat terpaksa lah juga.

Jam telah menandakan waktu tayangan hampir tiba. Kami lihat waktu ketika itu tepat jam 12.17 pm (09.07.2011). Tayangan bermula jam 12.30 pm. Ketika mana kami dalam keadaan gelisah menuju ke dewan tanyangan, telefon bimbit Ana berbunyi. Ketika itu Ana telah mendapat panggilan dari sahabat baik Ana Siper Fisabilillah yang mengatakan perhimpunan (kumpulan perhimpunan pertama) sudah pun bermula. Difahamkan keadaan di sana meriah dan juga sudah ada tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid. Bermula di kawasan Pejabat Pos Besar betul-betul di bangunan besar Daya Bumi. Ketika itulah datangnya semangat entah dari mana, terasa seperti mati hidup kembali. Tanpa sebarang alasan kami terus membatalkan niat kami untuk menonton wayang. Kami terus bergegas meunuju ke bangunan Daya Bumi dengan semangat yang berkobar-kobar. Ana dan Joe Pg pun hairan mana datangnya semangat ini.

Ketika dalam perjalanan ke sana kami bertembung dengan aktivis yang datang dari kedah Johor. Katanya baik kita terus ke stadium Merdeka atas sebab ianya sudah hampir dengan kedudukan kami ketika itu. Ana dan Joe Pg pun tak tahu yang kami berada sudah hampir dengan stadium Merdeka. Kami pun terus menyertai kumpulan tersebut. Inilah yang di katakan takdir Allah SWT. Jika niat baik dibalasnya dengan baik, jika sebaliknya dibalas dengan sebaliknya pula. Kami melalui balai polis besar(IPK Kuala Lumpur) yang Ana pun tak pasti balai polis apa entah. Ana dan kumpulan tersebut terus berjalan dengan niat nak menuju ke stadium Merdeka, akan tetapi kami terjumpa kumpulan perhimpunan yang kedua (kumpulan perhimpuan kedua) sedang menunggu waktu zohor untuk solat berjemaah di Masjid Al-Bukhori. Tak terlintas pun yang Ana dan Joe Pg akan jumpa kumpulan tersebut. Kami solat Zohor berjemaah bersama. Selesai sahaja solat zohor berjemaah, kami terus keluar. Kami dapati orang ramai mula berkumpul untuk memulakan perhimpunan. Ana dengan Joe Pg yang telah disuntik semangat baru terus menyertai perhimpunan. Dengan laungan takbir yang begitu kuat kami terus begerak ke stadium Merdeka. Akan tetapi perjalanan kami di halang oleh sepasukan kecil di hadapan. Pimpinan kami yang saya tak kenal mengarahkan kami bertahan sahaja di persiaran Masjid Al-Bukhori. Kami berpatah balik dan pimpinan merancang perjalanan perarakan yang baru. Dalam suasana yang tenang muncul unit amal dan penunjuk jalan yang membawa kami terus ke jalan berhampiran dataran Maybank. Perjalanan kami terhenti disebabkan disekat oleh kepungan FRU di hadapan. Ana mula rasa cuak dalam diri ini. Malah Joe Pg pun begitu. Keadaan mula betukar menjadi agak tegang. Tidak jauh dari tempat kami berhimpun terdapat satu lagi kumpulan yang jaraknya hanya 200 meter dari kami. Tidak lain tidak bukan kumpulan PATRIOT (pejuang takut gas pemedih mata, mati lagi takut sebab belum sempat bertaubat) dengan bangga membawa bendera Malaysia lebih kurang 200 orang. Gamaknya penyokong diorang nie mungkin terkandas dek sekatan polis kot. Tak berapa ekor jer yang ada. Ana perhatikan gerak-geri mereka. Ana perasan baru kena tembak satu gas pemedih mata sudah lari lintang pukang.Tinggal bendera Malaysia di atas jalan. Ceh, pooorahhh, kata pejuang bangsa. Baru kena tembak satu das dah hilang. Memang pejuang takut mati.

Nantikan sambungan seterusnya.

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

Ali Rustam kata Cina Suka Main Judi..!!!

UMNO, BN tak habis-habis rasis

KUALA LUMPUR, 13 JULAI – Ketua Menteri Melaka Datuk Ali Rustam sekali lagi memaparkan kecetekan minda dan sikap perkauman dengan menghina masyarakat Cina sebagai kaum yang suka bermain judi.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjelaskan bahawa walau pun judi tidak pernah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat Cina, pemimpin UMNO seperti Ali masih lagi dikongkong sikap rasis yang tidak tahu menghormati rakyat Malaysia yang berbeza kaum dan agama dengan mereka.

“Oleh kerana Ali dan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tidak dapat menjelaskan mengapa mereka masih mengeluarkan lesen perjudian, maka mereka cuba untuk menuding kesalahan kepada masyarakat Cina.

“Ini adalah satu lagi contoh yang jelas pemimpin-pemimpin BN tidak menghormati rakyat Malaysia. Apabila mereka berhadapan dengan tekanan dan percanggahan pendapat umum, mereka sekali lagi menggunakan satu-satunya saluran yang mereka tahu, iaitu politik perkauman,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Guan Eng, kesan daripada perhimpunan aman Bersih 2.0, UMNO mula bermain sentimen Melayu dengan mendakwa bahawa masyarakat Melayu telah menjadi hamba dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenuhi agenda bukan Melayu.

Untuk membuktikan tuduhan tersebut, katanya, mereka mendakwa bahawa hampir semua peserta dalam perhimpunan tersebut terdiri daripada orang Melayu manakala orang bukan Melayu berdiri di belakang.

“Semua dakwaan itu tidak berasas dan tidak benar kerana rakaman video dan gambar- gambar perhimpunan Bersih 2.0 boleh diperolehi secara online dan media antarabangsa juga turut memaparkan penyertaan berbilang kaum.

“Malah, salah satu pujian yang utama kepada perhimpunan tersebut adalah semua rakyat Malaysia, sama ada Melayu, Cina atau India, berbeza umur dan latar belakang sosial, mempunyai ketabahan dan keberanian untuk mempertahankan hak-hak mereka ketika berdepan dengan polis,” tambahnya.

Guan Eng berkata UMNO dan kumpulan-kumpulan perkauman yang seangkatan dengannya kemudian mengalihkan sasaran ke atas masyarakat India dengan menyerang Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Menurutnya, pemimpin Perkasa Datuk Ibrahim Ali serta Ali Rustam sendiri telah mendesak supaya kerakyatan Ambiga dibatalkan, walau pun tuntutan sedemikian melanggar Perlembagaan Persekutuan serta berunsur hasutan.

Perkasa sebelum ini telah menyebarkan kempen melalui poster yang menuduh Ambiga sebagai “wanita Hindu yang merbahaya”. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata pemimpin-pemimpin BN telah menghina masyarakat Melayu, kemudiannya mengherdik masyarakat India dan sekarang masyarakat Cina smenjadi mangsa.

“Adakah ini yang dimaksudkan dengan 1Malaysia? Sekiranya BN betul-betul menghormati seruan 1Malaysia oleh Perdana Menteri, maka mereka perlu memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat Malaysia atas penghinaan yang dilakukan,” tambah beliau.

Semalam, semua Ahli Dewan Undangan Negeri DAP digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Melaka atas pendirian mereka yang menuntut Ali supaya menarik balik dakwaan beliau bahawa judi adalah sebahagian daripada budaya kaum Cina.

Mereka yang digantung daripada menghadiri sidang DUN semalam adalah Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh), Betty Chew (Kota Laksamana), Lim Jack Wong (Bachang) dan Tey Kok Kiew (Bandar Hilir). Pada hari Isnin, Adun Kesidang Goh Leong San yang juga Pengerusi DAP Melaka juga digantung atas alasan yang sama.

Menurut Guan Eng, para pemimpin UMNO dan BN bukan sahaja tidak merasa bersalah dengan kenyataan perkauman mereka, malah terus mengguris perasaan orang lain dengan menuduh kononnya kaum Cina suka bermain judi.

Katanya UMNO dan BN terus bermain isu perkauman kerana mereka berasa terancam apabila berpuluh-puluh ribu rakyat Malaysia yang terdiri daripada semua lapisan masyarakat telah berkumpul secara aman melalui perhimpunan Bersih 2.0 untuk membantah sistem pilihan raya yang kotor dan tidak adil. – Roketkini.com

Bersih tetap aman

Oleh Mujahid Yusof Rawa

Ada satu perkara yang kurang difahami oleh kebanyakan orang dalam hak untuk berhimpun. Mereka tidak dapat membezakan antara perhimpunan aman dengan http://dinmerican.files.wordpress.com/2011/06/bersih-2-01.gifperhimpunan haram.

Istilah “haram” hanyalah satu pengklasan himpunan yang dilabelkan sebagai tidak mendapat permit polis, manakala perhimpunan aman adalah satu istilah yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai satu hak.

Walaupun tidak mendapat izin ia tetap satu hak yang perlu dihormati oleh semua pihak tidak terkecuali pihak polis. Segala tindakan yang menghalang hak ini adalah satu pencabulan kepada hak asasi manusia secara berperlembagaan dalam konteks Malaysia mahupun dalam piawian antarabangsa.
Oleh itu istilah “perhimpunan haram” lebih merupakan satu pengklasan ciptaan polis bagi menenangkan mimpi ngeri pemerintah yang berada di ambang senja pemerintahan. Memang jelas apa yang berlaku pada 9 Julai adalah manifestasi kepada kebebalan polis yang menjadi alat dan perkakas buruk regim BN bagi mempertahankan kuasanya yang semakin pudar. Rakyat Malaysia seharusnya berkabung semalam kerana polis telah menjadi “alat membunuh” kepada hak berhimpun secara aman di bawah kerelaan pemerintah yang sedang nazak!

Polis seolah-olah memperbodohkan dirinya di hadapan orang ramai kononnya berhujah dengan akta polis. Ya, Akta Polis memang ada tetapi semangat akta itu ialah memastikan perhimpunan berlaku secara aman bukan menghalang hak perhimpunan secara aman. Ketua Polis seharusnya meletakkan jawatan kerana gagal memahami ruh perlembagaan dan kerananya juga Perdana Menteri yang gagal mengawal semangat ini turut wajib meletakkan jawatan dalam kadar segera! Jika tidak, seluruh rakyat dimalukan dan dihina lantas PM tidak menjunjung perlembagaan persekutuan malah memperkakaskan polis menjadi alat pembunuh hak berhimpun.

Memburukkan lagi keadaan, adanya perintah RO (restriction order) yang jelas membataskan pergerakan hak rakyat secara bebas. Sekali lagi polis menunjukkan kebebalannya dengan berhujjah bahawa 91 orang yang diberikan RO itu berpotensi mencetuskan ketenteraman awam kerana menggalakkan orang ramai menyertai “perhimpunan haram”.

Apa yang membingungkan ialah apakah pihak polis bertindak demikian kerana ketenteraman awam ataukah kerana memelihara ketenteraman Umno/BN yang terancam.

Menentang Umno/BN bukan mengganggu ketenteraman awam ia urusan politik yang harus ditangani secara politik jua bukan menggunakan kekerasan polis. Sebab itu polis tidak kurang lebih daripada pencacai yang menjilat-jilat tuannya Umno/BN dan bukan bertindak sebagai pelindung ketenteraman awam.

9 Julai telah menunjukkan wajah polis yang sebenarnya, mereka umpama anjing-anjing yang terjelir lidahnya, jika tidak diberi makan mereka menjelir dan apabila diberi makan mereka menjelir juga. Keganasan mereka umpama robot-robot yang diprogramkan untuk bertindak sehendak hati mereka. Cuma bezanya polis-polis Malaysia ini manusia, dalam cerita-cerita Hollywod mereka adalah robot! Senarai keganasan polis semakin meningkat dan tidak menunjukkan trend menurun. Bayangkanlah apa akan jadi jika keganasan ini tidak diberhentikan, ramailah lagi akan menjadi mangsa. Apakah polis-polis ini lupa mereka juga manusia seperti mangsanya?

Ketua Polis harus membuat satu pencarian roh (soul searching), di manakah salah silapnya sehingga persepsi rakyat kepada polis begitu buruk sekali? Pakaian seragam biru lebih melambangkan sikap tidak professional, ganas dan rasuah walaupun bukan semua yang bersikap demikian. Polis harus mempelajari apa yang berlaku dalam kebangkitan rakyat di Mesir, Syria dan Negara Timur Tengah yang lain, rakyat bangkit kerana kezaliman pemerintah yang memperkakaskan instituisi kepolisian untuk terus kekal berkuasa.

Seorang pejuang rakyat di Mesir memberitahu saya, “kalau dulu polis mengejar kami tetapi kerana kebangkitan rakyat terhadap keganasan polis selama ini, kami pula mengejar polis!”

Ada juga yang menceritakan polis lari lintang pukang sambil buka uniform kerana takut dicari oleh rakyat yang tertindas selama ini dengan keganasan polis. Alangkah baiknya Ketua Polis bertafakur sejenak dan mencari-cari satu ketenangan atau berdoa di hadapan Kaabah supaya jadilah dia orang yang benar-benar menjaga ketenteraman awam yang bergantung kepadanya dan jauhi dirinya dari menjadi penjilat-penjilat regim yang hanya pandai menggunakan polis untuk kepentingan politik sempit mereka.

Polis juga harus sedar bahawa selalunya polis juga dikambing-hitamkan dalam beberapa keadaan apabila kerajaan nazak terdesak dan sebaliknya tidak mungkin berlaku. Untuk selamatkan maruah polis dari menjadi mangsa dikambing-hitamkan , wajarlah polis bersikap professional, bermaruah dan menghormati hak asasi manusia ketika melakukan penahanan.

Hari itu adalah hari hitam untuk kebebasan dan hak berhimpun di negara kita yang tercinta. Hari itu rakyat menangis bukan kerana bahaya gas pemedih mata, mereka menangis kerana sedih pihak polis bertindak ganas dan tidak memelihara maruah rakyat yang ingin berhimpun secara aman. Hari itu hari duka, hari itu hari rakyat akan terus bangkit menuntut hak berhimpun dihormati dan lebih dari itu hari itu akan menjadi sejarah kepada satu tuntutan memohon pilihanraya yang adil dan bertanggungjawab. Pastinya hari itu hari kebangkitan rakyat!M/I

Awat Mad Bashah tak pie dok kat Bangunan nie..!!!



bangunan UMNO Cawangan Kg Berjaya..

http://1.bp.blogspot.com/-6mRDCjOqssI/ThGK3S80D7I/AAAAAAAABSI/Sgt1aJZhQYg/s1600/bashah%2Bpejabat.jpg
Pejabat Yang berada atas Tanah Kerajaan Negeri

Bashah salah guna kuasa?

Oleh : Lang Tok Teh

Bukan setakat salah, malah tak bermoral, tapi umno jenis muka hemoi, sudahlah duit GLC hampa sapu, premis bagunan kerajaan negeri pun umnosapu, buat macam harta tu macam mak bapak umno yang punya.

Di Pendang tanah milik ahli umno, pun umno kelentong, ahli umno pun umno tipu. Ahli umno tu bangsa melayu, melayu pun umno tipu.

Pengerusi Perhubungan umno kedah Dato Ahmad Bashah tak payah dok tipu la semua orang tau pejabat yang Dato' dok guna tu bukan bangunan milik umno, bangunan tu , hak milik Kerajaan Negeri .Ternyata Dato dah salah guna premis kerajaan.

Pemimpin yang tak ada moral saja yang buat perangai macam Dato Bashah. SPRM pun 'samdol' juga dah tau benda tu salah ,ambil la tindakan, elok sangat la orang dok hentam SPRM. Kalau SPRM pengecut sangat nak siasat Dato Bashah SPRM boleh pi siasat Pegawai Daerah Kota Setar ,tanya dia pasai apa hang bagi kunci bangunan tu kepada ketua pembangkang, atau paling tak reti nak buat kerja, pi tanya Pegawai Daerah Kota Setar berapa ribu sebulan ketua pembangkang tu bagi pada hang sebulan.

PDRM lagi kalut.... tunggu lagi, kut-kut ada mamat mana pi buat repot, baru nak buka fail ..... tu pun belum tentu tindakan akan diambil, Padahal dalam FB & blog tak ada mamat mana pun yang pi repot pun, polis dah ambil tindakan. Yang tu boleh pulak. Ahli umno boleh sedar kot, 50 tahun lebih umno ada kuasa memerintah sebiji pejabat umno pun tak boleh buat.. Asyik duk tumpang bangunan Kerajaan saja.

BERSIH punya pasal SAHAM tak jatuh pun.. Naik ada laa lagi..!!!

Bursa saham naik menjelang BERSIH

Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

NONEKatanya, fakta itu sekali gus mengetepikan dakwaan bahawa keyakinan pelabur hilang berikutan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu negara.

"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua (kanan).

Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi.

Mengapa Umno begitu gerun dengan BERSIH?

Oleh Anak kuning 2.0

Hari ini merupakan hari keempat selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Gambaran terhadap perhimpunan tersebut semestinya masih segar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.

NONESecara kasarnya, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat terhadap perhimpunan yang menuntut piliha nraya yang bersih dan adil, yakni kumpulan yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0, sama ada yang telah melaungkan “Hidup, hidup; hidup Bersih” dengan bersemangat dalam perhimpunan itu ataupun mereka yang menyambut baik tuntutan tersebut namun tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana sebab tertentu.

Manakala satu lagi kumpulan yang memihak kepada pihak berkuasa yang telah memburukkan perjuangan BERSIH 2.0 dengan mengaitkannya dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal - BERSIH 2.0 didalangi oleh ideologi komunis dan Kristian untuk memecah-belahkan orang Melayu dan ketidak-tenteraman akibat daripada perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan peniaga dan pemandu teksi mengalami kerugian.

Saya cukup yakin bahawa ramai pembaca tidak memahami dengan mendalam akan semua tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini boleh dijelaskan dengan usaha memburukkan gabungan BERSIH 2.0 yang secara langsung telah mengaburkan tuntutan mereka.

Semua dakwaan yang dilontarkan ke atas gabungan dan perhimpunan BERSIH 2.0 sememangnya perlu dikaji satu per satu agar lapan tuntutan BERSIH 2.0 tidak dilenyapkan oleh mereka yang mempunyai tujuan tertentu.

Semestinya mereka ini tidak dapat terlari daripada media arus perdana dan pihak-pihak yang tersembunyi daripada “misi” tersebut.

Perpaduan Melayu

Dakwaan bahawa gabungan BERSIH 2.0 mempunyai niat untuk memisahkan masyarakat Melayu cukup merunsingkan saya. Saya cuba mencari kebenaran akan dakwaan tersebut.

bersih rally petaling street 090711Antara perkara yang muncul dalam minda saya ialah, kenapakah kaum Melayu akan menjadi pecah-belah ekoran daripada menuntut pilihan raya yang adil? Apakah definisi dan konteks perpaduan Melayu dalam dakwaan tersebut?

Sesungguhnya, perpaduan kaum Melayu buat sekian lama ini telah diletakkan dalam konteks Umno/BN. Sebarang usaha untuk menyatukan kaum Melayu yang bukan berasaskan konteks Umno akan dikaitkan dengan usaha memecah-belahkan kaum Melayu.

Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu, bebas untuk memilih parti dan ideologi politik mereka tanpa sebarang sekatan daripada apa jua pihak.

funeral baharudin bersih protesterMaka, adalah cukup jahil sekali apabila adanya pihak tertentu yang mengkaitkan sokongan kaum Melayu terhadap parti politik selain Umno dengan tindakan memecah-belahkan kaum Melayu lalu menafikan hak kaum Melayu yang ingin memilih parti selain daripada Umno.

Perhimpunan BERSIH 2.0 ancam ketenteraman negara?

Persoalan di sini - kenapa orang Melayu perlu menyahut modul perpaduan yang dibentuk oleh Umno? Tidak mampukah masyarakat Melayu bersatu di bawah pimpinan parti lain yang mungkin jauh lebih berwibawa daripada parti yang kian hari kian cenderong memainkan politik kotor?

NONEOleh itu, orang Melayu perlu menyoal diri lalu mencari perpaduan yang mereka mahukan. Saya yakin bahawa ia semestinya akan bertambah baik sekiranya perpaduan orang Melayu yang dibentuk itu turut membantu untuk membentuk perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Usaha ini semestinya dapat dijalankan dengan penerimaan secara terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di tanah air yang kita cintai ini.

Selain itu, pandangan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara turut merunsingkan diri saya.

NONEMelalui bukti gambar dan video yang boleh didapati melalui laman sesawang dan diri saya yang turut menjadi saksi kerana menyertai perhimpunan berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk menjelaskan betapa amannya perhimpunan BERSIH 2.0.

Jadi mangsa

Namun begitu ketenteraman perhimpunan berhenti ketika pihak polis memulakan serangan mereka terhadap peserta perhimpunan yang hanya mampu melaungkan pelbagai slogan yang menuntut pilihanraya yang adil.

Serangan air berkimia dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan menyebabkan mereka berlari bagaikan kambing keluar daripada kandang demi mengelak serangan yang dimulakan oleh pihak polis.

Berapa ramai orang yang akan berdiri pegun untuk didedahkan dengan bahan pemedih mata?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil yang cuba untuk menahan serangan tersebut, namun ramai yang lari bertempiaran akibat daripada serangan yang tidak sewajarnya dilakukan. Inilah ketidaktenteraman (lari untuk mendapat perlindungan) yang digambarkan dalam media arus perdana kita.

Bukan itu sahaja, adalah perlu kita sedar bahawa terdapat ramai peserta perhimpunan yang sudah meningkat usia, antaranya seorang “makcik bunga daisi” dan beberapa orang kelainan upaya (OKU) yang turut menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Mereka menyertai perhimpunan tersebut dengan niat yang cukup naif, yakni menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Oleh itu, mereka yang berfikiran rasional akan faham bahawa peserta perhimpunan tidak akan mengancam keselamatan negara apatah lagi membawa kerugian kepada peniaga dan pemandu teksi.

Perlu disedarkan bahawa, perhimpunan BERSIH 2.0 hanyalah sehari maka kerugian (sekiranya ada) yang dialami hanyalah dalam masa yang cukup singkat.

Namun, pentadbiran negara (ekonomi khususnya) yang kian lemah akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan sedemikian rupa, kerugian dan bebanan rakyat ekoran daripada pentadbiran negara yang kian hari kian kurang kopetitif semestinya jauh lebih lama sekiranya tiada penawar yang mujarab.

Siapa ganas?

Sementara itu, ada juga segolongan pihak yang mempersoalkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Pada hemat mereka, sekiranya peserta perhimpunan tidak menyertai perhimpunan tersebut, maka tidak terdedahlah kepada tindakan ganas pihak polis.

NONEPandangan ini kelihatan logik pada luarannya, namum, secara tidak langsung pandangan tersebut telah menghalalkan serangan polis terhadap mereka yang ingin mempertahankan perkara yang mereka yakin betul – menyuarakan ketidakpuasan mereka secara aman terhadap sistem pilihan raya sudah kurang menyakinkan.

Persoalan yang tidak harus dipadamkan di sini ialah penyalahgunaan kuasa polis dan bukannya terus memburukkan peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Selain itu, perlulah kita kaji sebab-sebab mereka menyertai perhimpunan aman itu. Barangkali mereka sudah hilang keyakinan terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang adil.

NONESekiranya sistem pilihan raya di negara kita berada dalam keadaan yang terurus, semestinya tiada gabungan BERSIH 2.0 dan apatah lagi perhimpunan yang telah menggugat satu nyawa itu.

Kenangan manis

Sebaik sahaja tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai kenangan manis yang seringkali muncul dalam ingatan saya. Antaranya, perpaduan dan tali persaudaraan yang terbentuk semasa perhimpunan tersebut.

Ramai peserta menghulurkan bantuan dan bahan-bahan pelega pedih mata seperti ubat gigi dan garam kepada peserta yang mereka langsung tidak kenali. Mereka berbuat demikian tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan mereka.

Inilah “1Malaysia” sebenar yang dapat dirasai dan bukannya melalui laungan bersifat munafik dan kurang keikhlasan itu.

Adalah diharapkan bahawa, kerajaan BN sedar akan mesej yang cuba disampaikan oleh peserta perhimpunan. Selain daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0, pada pendapat saya, kerajaan BN perlu sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan mendadak terhadap kelemahan dan kekurangan mereka.

Sesungguhnya, tindakan mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan telus dan bukannya terus terjebak dalam politik kotor yang akan menjauhkan rakyat (pengundi).

NONEAkhir kata, dengan menyangkal bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan tuntutan dan kebangkitan rakyat secara tidak langsung telah mendedahkan betapa tidak yakinnya pihak kerajaan akan masa depan mereka yang mungkin kehilangan mandat untuk terus mentadbir negara yang rakyatnya makin mendahagakan perubahan dan demokrasi sebenar.

Namun, perlu kita ingat bahawa perjuangan untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokrasi sebenar masih jauh perjalanannya dan ia tidak terhenti dengan perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja.

Jadikanlah perjuangan dan penyertaan perhimpunan ini sebagai kenangan manis yang akan kita kongsikan bersama anak cucu kita kelak.


Penulis ingin mengambil peluang ini untuk menggesa kerajaan agar membebaskan 6 mangsa tahanan PSM dalam masa terdekat. Hentikan seksaan mental terhadap tahanan dan ahli keluarga mereka! (Sila baca artikel S Arutchelvam mengenai perbezaan sosialis dan komunis di http://www.malaysiakini.com/letters/168512)

BERSIH 2.0 berjaya, polis dan media gagal

Bersih 2.0 bukan pengacau. Buktinya puluhan ribu rakyat berjaya berhimpun menyokong lapan tuntutan Bersih 2.0. Rakyat tetap menyokong perhimpunan pada 9 Julai lalu meskipun dikacau oleh polis dan dikongkong oleh media perdana milik penguasa Umno-BN. Polis telah melaksana strategi perang pencegahan terhadap rakyat yang cintakan pemulihan demokrasi negara. Tangkapan awal dibuat, sekatan jalan ditingkatkan. Sehingga 59 laluan masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur. Karenah polis telah mendaruratkan Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Saturday seven nine

Hakikatnya ‘Saturday seven nine’ telah mencatat sejarah kebangkitan rakyat menzahirkan kecintaan untuk bermesra dengan amalan pilihan raya bersih. Setara pula berlaku penglibatan polis memerangi baju kuning dengan cara merampas dan menangkap serta mereman penjual baju kuning Bersih 2.0. Tindakan yang tidak bertamadun, unlawful dan bersifat rimba. Maka, ia lambang kegerunan penguasa Umno-BN kerana mengontrol kementerian polis supaya jadi sedemikian.

Polis sudah dijadikan perisai menyekat serangan baju kuning. Sekali gus menyerlahkan kekencangan denyutan nadi pemimpin Umno-BN, khususnya Datuk Seri Mohd Najib selaku presiden parti yang memilihnya sebagai perdana menteri ke-6 Malaysia. Cukuplah. Layaknya Najib sebagai pemimpin Umno terakhir!

Pengongkong rakyat

Selain polis, media perdana milik penguasa Umno-BN sudah menjadi pengongkong minda rakyat. Minda rakyat dikepung, dikotakkan(boxed) melalui laporan fitnah, racau dan ampu melampau. Maka, media cetak dan elektronik, khususnya utusan, harian, peti gambar (televisyen) dan peti suara (radio)cukup cekap memfitnah, meracau dan mengampu sehingga Bersih 2.0 dicap sebagai pengacau dan kumpulan haram.

Kesannya, gabungan lebih 80 NGO yang sah bergabung ‘kecintaan’ untuk menuntut pihak kerajaan (Yang Di-pertuan Agong) melaksanakan lapan tuntutan sudah dianggap pertubuhan haram. Apakah haram, NGO (yang sah) bergabung cita rasa ke arah mencapai kebersihan pilihan raya?

Maka sukacita dinyatakan, kalimah ‘haram’ merupakan kalimah terdesak yang menggambarkan ketempangan demokrasi yang memenangkan pemimpin Umno-BN disebabkan undi pos, penipuan senarai pemilih, rasuah politik, penggunaan terlarang jentera kerajaan Pusat dan kempen media yang berat sebelah. Natijahnya kemenangan pilihan raya diraih Umno-BN selayaknya bertaraf ‘haram’ tetapi dihalalkan oleh kuasa dan kongkongan minda rakyat daripada memahami nilai-nilai kebersihan pilihan raya.

Sebagaimana diperjuangkan oleh Bersih 2.0 atas hasrat untuk demokrasi yang segak dan tampan, adalah ingin memperbaiki nilai pendemokrasian di Malaysia. Kesannya lebih daripada 65 peratus ahli perhimpunan Bersih 2.0 disertai anak muda Malaysia yang pelbagai kaum. Ia bukan 1Malaysia tetapi sepakat untuk demokrasi segak dan tampan!

Meskipun, rakyat dikongkong daripada menganggap Bersih 2.0 sebagai lambang penyatuan ke arah suatu amalan pilihan raya telus, bersih dan adil. Tidak kurang juga, polis dan media terus mengecap Bersih 2.0 sebagai pengacau, pertubuhan haram dan penyekat aktiviti ekonomi rakyat.

Natijahnya, tindakan polislah (menutup jalan, menangkap dan mengarah kedai-kedai ditutup pada hari 9 Julai) penyebab utama peniaga terkandas untuk masuk berniaga dan pembeli pula dihalang membeli belah. Sedangkan puluhan ribu (menurut Al-Jazeera, 100 ribu) ahli perhimpunan Bersih 2.0 yang hadir sepatutnya boleh berbelanja sakan dan mewah. Atas realiti ini, adakah boleh diterima akal apabila polis mengecap ahli perhimpunan sebagai pengacau kepada peniaga. Realitinya, tindakan polis yang menembak, menggempur dan menangkap ahli perhimpunan pencetus kekacauan sebenar.

Media asing lebih adil

Ketika melihat rakaman media asing Al-Jazeera tentang perhimpunan Bersih 2.0, ternyata kalimah mereka gunakan adalah realistik. Ahli perhimpunan disifatkan sebagai pembantah kepada perjalanan pilihan raya yang disaluti amalan tidak demokratik kerana undang-undang pilihan raya yang tidak adil. Lalu dianggapkan urusan perhimpunan sebagai saluran untuk menuntut Najib menggubal undang-undang pilihan raya yang adil.

Ia jauh berbeza dengan laporan media lokal yang terlampau negatif untuk Bersih 2.0, malah turut mengundang persepsi, betapa media tersebut kuat dikontrol oleh penguasa Umno-BN . Meskipun semua pengamal media boleh menyifatkan orientasi media itu sudah melanggar etika pemberitaan kerana sarat dengan kandungan kepalsuan, pembohongan dan pemfitnahan melampau.

Fakta palsu

Di antara nilai terlampau media lokal yang dikontrol penguasa Umno-BN ialah menyiar hal Bersih 2.0 pada 9 Julai berlapikkan ulasan atas fakta palsu, bohong dan fitnah. Misalnya akhbar berita harian telah menggunakan ‘imej jadian’ dengan mempamerkan lagak seorang pemuda seumpama pemuda Palestin sedang melontar batu ke arah polis Israel. Ia suatu ciptaan, bukan realiti tentang perhimpunan Bersih 2.0. Mana ada lagak pemuda sebegitu! Ia suatu teknik kepalsuan ala media Israel (Yahudi) yang bertujuan mencemarkan misi perhimpunan Bersih 2.0.

Media lokal itu juga turut mesra pembohongan apabila dikesan tela mengabaikan fakta sebenar tentang perhimpunan Bersih 2.0. Di antaranya meletakkan status Bersih 2.0 sebagai gagal. Lalu menyiarkan kenyataan Ketua Polis Negara yang kononnya ahli perhimpunan hanya sekitar lima/enam ribu sahaja. Sedangkan dalam lembaran akhbar sama turut mengesahkan lebih 1,600 telah ditangkap. Jika benar gagal, kenapa perlu tangkap sampai hampir dua ribu orang?

Demikian pula, pembohongan paling tidak berperikemanusiaan turut disiarkan melalui kenyataan Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur berhubung pengakuan di sebalik kematian pemandu teksi, Baharudin Ahmad. Kematian itu dikatakan akibat sakit jantung, sedang ahli keluarganya mendakwa arwah tidak pernah mengidap sakit jantung. Apakah kepakaran polis telah mengambil alih kepakaran seorang doktor? Hanya media yang sewel seumpama media lokal tersebut sahaja yang mengiktiraf kenyataan polis sebagai benar!

Satu lagi, amatlah malang apabila media lokal tersebut sudah menjadi mata pedang yang membunuh watak akibat mainan fitnah yang dihamburkan kepada masyarakat. Ia berkaitan dengan laporan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dicap sebagai petualang, penderhaka dan pengacau. Ia suatu fitnah besar. Maka lagak media lokal itu seumpama hakim yang pendek akal kerana mengecap Anwar dengan niat mematikan wataknya sebagai politikus yang berprinsip. Termasuklah juga menyiarkan pandangan yang anti Bersih 2.0, kononnya Sasterawan Negara, A. Samad Said sebagai seorang yang bijak telah digambarkan semacam watak yang pendek akal kerana boleh bersama-sama Datuk Ambiga menuntut lapan perkara ke arah pilihan raya yang adil!

Rumusannya, Bersih 2.0 semestinya dianggap berjaya mengembalikan semangat dan kesedaran rakyat tentang demokrasi. Ia turut mengimbau sejarah Bersih pada 10 November 2007. Momentum itu harus disegarkan untuk meluncur laju menghadapi pilihan raya umum ke-13. Justeru rakyat yang masih keras hati kerana ingin kekalkan nilai kekotoran pilihan raya di Malaysia sewajarnya berubah. Berubahlah dan hayatilah misi pendemokrasian yang dibawa oleh Bersih 2.0. Pilihan raya bersih pastinya diberkati Allah SWT. Hanya individu yang beriman memiliki hati yang bersih. Hati yang bersih adalah kekuatan untuk Bersih 2.0 mencipta landskap politik baru pada pilihan raya umum ke-13.

Wan Nik Wan Yussof


Pengalaman Bersih 2.0. Mengajar Erti Perjuangan Sebenar...[siri 1]

Catatan Bersih Oleh Omar Abdul Aziz Bah 1

Nota : Pengalaman ini ditulis oleh kawan saya iaitu Omar Abdul Aziz

Pengalaman Bersih 2.0. Mengajar Erti Perjuangan Sebenar.......

Walaupun entry ini disiapkan lewat pada asalnya disebabkan oleh kerja yang bertimbun dan masa yang agak terhad, tapi rasanya masih tak terlewat untuk di kongsi pengalaman menarik ini.

Perhimpunan Bersih 2.0 adalah satu perhimpunan haram kata sepupu PM. Memanglah haram sebab Bersih tidak pernah berdaftar dengan mana persatuan pun. Kelakar juga menteri-menteri bangang nie. Mufti hanya berdiam diri, bab arak dan judi tak pulak mengatakan haram. Lantak lah, janji Ana dah bertekad akan turun bersama sahabat untuk sama-sama memperjuangkan 8 tuntutan tersebut. Seminggu sebelum Ana berangkat ke sana, macam-macam ugutan dari pihak kerajaan antaranya menahan individu yang terlibat di bawah akta darurat, saper kerja gomen akan dibuang kerja dan berbagai-bagai ugutan di media arus perdana. Ana tekad akan turun juga kecuali jika tidak dengan keizinan Allah SWT.

Sebelum Ana ke sana, Ana telah berpesan kepada isteri Ana, jika Abang di tangkap di ISA atau pergi buat selama-lamanya, baliklah kampung, jagalah anak-anak sebaik-baiknya, terapkan ilmu agama kepada anak-anak dan paling penting jangan tinggal sembahyang fardhu lima waktu. Jika di takdirkan dibuang kerja, buat bisnes Steam Boat macam Abby buat. Jangan mara Abby, rezeki di mana-mana. Itulah pesan Ana kepada Wife dan parent Ana. Hidup ini hanya sementara, yang kekal hanyalah kehidupan di sana kelak.

Tanggal pada 8hb .07.2011 jam 9.30 malam kenapa hati ini berdebar-debar untuk bersiap-siap ke Bersih 2.0. Ana siapkan diri Ana. 9.45 mlm bertolak dengan menaiki Kereta Wira Ana. Dalam perjalanan sempat menelefon Ibu Ana yang Ana sayangi dan Aina dikasihi. Ana memohon restu dari Ibunda Ana, doakan Ana selamat pergi dan balik. Jika Ana tidak pulang Ana berpesan kepada Ibu Ana, jagalah Aina (Isteri Ana) sebaik mungkin. Itulah pesanan terakhir Ana kepada Ibu Ana. Ana tumpangkan sahabat Ana iaitu Siper Fisabilillah dan Birasnya. Ana lupa la nama biras Fauzan.

Dari rumah Fauzan Ana terus ke Rumah Abg G(Ust Fakrulrazi - Ketua Penerangan PAS Kawasan). Hati mana yang tenang apabila meninggalkan isteri dan anak? dalam keadaan mahukan demokrasi tertegak di negara ini. Dalam keadaan isteri sarat 7 bulan, hanya secebis doa yang dapat Ana pohonkan. Semoga Allah SWT dapat memberkati pemergian kami untuk tegakkan Keadilan di muka bumi Malaysia ini. . Di rumah Abg G kami berkumpul dan tergambar lah satu semangat baru dari kami yang mana datang nya dari pejuang sejati antaranya Ustaz Jafri Abu Bakar, Abg G, Abby, Al Tunggali, Sahabat baik ana Joe Pg, Siper Fisabilillah, Iman muda dari masjid Ptg Janggus, Ana tak ingat nama imam tue dan ramai lagi. Nak sebut ramai sangat sampai 62 Pejuang semuanya termasuk pelajar postgrad. Kami di tarbiyah di Surau Mujahideen, Kg Kedah, mana boleh tunggu lagi bila datangnya panggilan jihad. Ini semua hasil tarbiyah kuliah oleh sapa lagi kalau bukan Abg G. Terima kasih Abg G, moga Allah limpahkan rahmatnya kepada Abg G sekeluarga.

Tiket pergi dan balik, Highlight hijau adalah tiket balik.

Hampir jam 11mlm 8hb.07.2011 kami bergegas ke stesen bas Parit Buntar. Kesemua 4 biji kereta jugak kesana. Setiba di sana kami berkumpul sehingga 62 orang semuanya, 2 biji bas. Ramai SB di sana, tapi apa peduli, nak tangkap-tangkap la bentak dalam hati ini. Semangat ramai nak takut apa. Allah SWT ada. Ini semua semangat yang ditinggalkan oleh AS- Shahid Ustaz Ibrahim Libya, tarbiyah Tok-tok guru dan ustaz kepada kami.

Bertolak dari Parit Buntar Jam 12.30 mlm (09.07.2011) dapat berita kena langgar banyak road block sebab tue la lambat. Di atas bas sebelum perjalanan sempat juga Abg G member sedikit taklimat ringkas dan membaca Doa, moga perjuangan ini diberkati Allah SWT. Sampai di Hentian Jalan Duta lebih kurang jam 5.30 pagi 09hb 07.2011 (tarikh keramat). Sahabat Ana Joe Pg silap beli tiket, naik bas lain. Ana pun tak tau camna dia boleh silap beli tiket. Pecah perut Ana nak tergelak. Tranasional dan Mara Linear sikit punya beza ka. Lain la kalau Royalti dan Ehsan, Nampak lebih kurang tapi maksud memang berbeza. Siap ambik tiket balik jam 5.30 ptg 9hb 07.2011. Camna boleh silap pun Ana tak tau. Sampai Ana buat entry nie pun dok gelak lagi sorang-sorang. Joe Pg oh Joe Pg.

Kami terus solat subuh berjemaah di Masjid Jalan Duta(Wilayah). Selesai solat Ana perasan betapa ramai orang dari segenap negeri datang dengan tujuan dan matlamat yang sama. Ada dalam lingkungan 200 orang berkumpul di Masjid Wilayah. Dari Masjid Wilayah kami terus ke Brickfield dengan menaiki teksi dengan bayaran RM 20/4 orang/kereta. Paham-paham sendiri la sorang kena caj baper, Ini KL.

Setibanya di Brickfield kami menjamah apa yang patut disitu, Ana sempat balun nasi lemak mamak, pedas cam nak perli kami jer mamak, Sahabat Ana perasan yang ada sorang mamak tue muka cam Siva speaker Dun Perak. Betul la Ana cakap. Kalau korang tak percaya try ler pergi makan kat sana. Makan line clear ada orang sponsor. Makan di KL jangan buat main, silap-silap kena basuh pinggan kat belakang. Terima kasih diucapkan kepada yang sponser kami makan pada pagi tue. Nie bukan rasuah macam BN, nie kira kenduri.

Inilah Pejuang-pejuang Islam yang rela Shahid,Anda ada berani.

Inilah Berkat Tarbiyah Tok Guru & Ustaz-ustaz.

Habis menketedarah pada pagi itu kami berjalan kaki terus ke Masjid Negara dan tiba sekitar jam 7.30 pagi. Waktu tepat tak ingat, agak-agak ja la. Kami berjalan hampir 6 km dari kedai mamak. Ketika dalam perjalanan sungguh ramai abg polis di serata jalan. Ada kenderaan yang terserempak dengan kumpulan kami ketika berjalan, ada yang melaungkan takbir. Fuh sungguh semangat hati ini. Tapi apa nak buat polis lebih ramai dari kami.

Setibanya kami di Masjid Negara kami sempat bersihkan diri, mandi, niat beriktikaf, solat dhuha, mengaji dan ada juga yang sempat melelapkan mata buat seketika. Bermulalah episod hidup dalam pelarian dalam pekan KL di sini. Dalam keadaan tenang dan nyaman, ketika mana Ana sedang membaca Surah Yassin, tiba-tiba kami dikejutkan dengan serbuan pihak polis di dalam Masjid Negara, Ana yang ketika itu sedang membaca Surah Yassin, Ana gagahkan jua untuk menghabisnya. Abg G dan Abby yang terlena tidak berapa jauh dari Ana terkejut serta terjaga dari tidur. Dalam keadaan yang kelam-kelibut, terdengar lah saranan dari sorang pejuang yang mengatakan “kita solat hajat ramai-ramai”.

Itulah kelebihan jemaah PAS, sempat lagi berfikir. Kami semua terus bingkas bangun untuk solat Hajat walaupun Ana tidak sempat habis membaca Surah Yassin. Ketika kami sedang solat Hajat, hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa cemas nya hati ini, solat hajat di kelilingi puluhan polis. Memang kami semua sembahyang tidak dalam keadaan khusyuk di sebabkan terdengar dari Walkie Talkie polis dengan jelas “Sesiapa yang berada di dalam Masjid Negara, tangkap mereka”. Dalam hati ini berbisik sayu, Ya Allah, selamatkanlah kami ini, permudahkanlah urusan kami hari ini, jika mati, biarlah mati dalam memperjuangkan agama mu, kalau ditangkap, biarlah ditangkap dalam redha mu, Ya Allah. Terfikir juga dalam fikiran ini, ini baru sikit dugaan, umat Islam di PALESTIN lebih berat dugaan dari ini. Datang lah sedikit semangat selepas terfikir sejenak.

Paling best part ini imam yang megimamkan kami membaca doa hampir ½ jam. Polis Juga turut amin doa yang dibacakan imam tersebut, Ana kurang kenal imam tersebut. Sahabat Ana cakap iman tersebut datang dari pimpinan PAS Negeri Perak yang datang bersama anak muridnya. Hati Ana terus berdegup kencang, mana taknya, hampir ditangkap sebelum berjuang. Tak dapat dibayangkan solat hajat berjemaah dalam keadaan dikepung oleh Polis, SB dan FRU. Hanya tuhan yang tahu perasaan ini. Selesai solat kami di arahkan besurai. Alhamdulillah, mungkin ketua polis yang berada di situ berubah fikiran selapas mendengar doa yang di baca imam tadi walaupun arahan menahan kami dikeluarkan. Amin, syukur diri ini dan rakan-rakan masih boleh pergi berjuang. Kami meninggalkan masjid negara dalam linkungan jam 9.00 pagi 09.07.2011.

Nantikan sambungan seterusnya. Panjang la beb. Nak edit gambar dan ayatnya pun ambil masa. Pergh....!

Penulis yang membahasakan Ana di dalam artikel di atas adalah Omar Abdul Aziz (Nama Di Facebook)

http://nostalgiabersih2.blogspot.com

Umno/BN yang tidak di boleh harap

Oleh Adil Mat Selamat

http://1.bp.blogspot.com/-vUvN-ID1SyQ/TaF04THwinI/AAAAAAAAIf0/blomHRLBPwc/s400/Poster%2BBN%2BTumbang.jpgPerhimpunan aman Bersih 2.0 sudah berakhir, dunia telah menyaksikan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum telah bersatu di bawah satu niat iaitu reformasi sistem pilihan raya.

Dunia juga telah melihat bagaimana anggota polis menjalankan “tugas”. Dan, rakyat Malaysia sendiri telah mendengar silat lidah para pemimpin UMNO-Barisan Nasional yang menangkis semua dakwaan salah guna kuasa, penindasan dan kezaliman.

Ini bukan zaman Tunku Abdul Rahman atau Tun Razak dengan satu stesen TV dan radio serta tiga empat akhbar. Ini zaman internet. Lihat saja YouTube, Facebook dan sebagainya untuk menyaksikan kebenaran.

Begitu banyak juga ulasan dan komentar mengenai Bersih dari kedua-dua belah pihak. Yang menyokong sudah mengemukakan hujahnya, yang menentang telah memberi retoriknya, malah yang berkecuali juga tidak terkecuali memberi pandangan.

Ini bukan lagi tanda-tanda, sebaliknya bukti yang rakyat Malaysia telah bangkit dari lena yang panjang selama lebih dari lima puluh tahun ditidurkan oleh kerajaan agar ‘jangan masuk campur’ hal pentadbiran negara.

Sejak Reformasi 1998 kepada Bersih 2007 hingga Bersih 2.0 pada Sabtu lalu, pasti kita akan menghela nafas yang amat sempit untuk melihat bagaimana proses mendidik masyarakat ke arah perubahan pandangan, cara berfikir dan budaya, adalah sesuatu yang amat sukar dan mengambil masa yang bukan pendek.

Ini mungkin menjelmakan suatu keinsafan kepada diri kita yang lemah dan kerdil ini.

Rupa-rupanya, melakukan kejahatan atau kerosakan itu amat mudah bagi mereka di puncak kuasa, terutamanya UMNO-BN, tetapi untuk berbuat kebaikan dan kebajikan adalah suatu kerja yang amat sukar buat kita, lebih-lebih lagi kita yang berjuang di sebelah Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang mahu kepada keadilan dan kebenaran. Inilah realitinya.

Tidak kira jika kita seorang Muslim, Buddha, Hindu atau Kristian sekali pun, hakikat untuk melakukan islah bukan suatu kerja yang enteng, namun bukanlah pula ianya mustahil untuk dilaksanakan.

Janji kepada golongan pejuang ialah cahaya dan kejayaan ada di hujung jalan. Ini pasti.

Adalah tidak masuk akal bagi kita jika mengharapkan kerajaan UMNO-BN memuji-muji usaha Bersih, adalah mustahil jika kita mengharapkan kerajaan UMNO-BN akan membela nasib mangsa-mangsa keganasan pihak polis atau menghukum polis dan ketua-ketuanya yang bertindak melampau.

Malah, adalah satu perkara yang menakjubkan berlaku jika kerajaan UMNO-BN menerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berlembut dan bersetuju melaksanakan lapan tuntutan Bersih untuk reformasi sistem pilihan raya tanpa syarat.

Semua ini tidak mungkin akan berlaku kerana kerajaan UMNO-BN telah menganggap dan yakin dengan keyakinan yang amat jitu sekali bahawa mereka ‘betul’ setiap masa.

Perkara ‘Betul’ atau ‘Benar’ itu bagi mereka sudah menjadi semacam awan kumulonimbus yang senantiasa memayungi mereka setiap masa dan di mana jua. Dengan bahasa lain, mereka menganggap mereka itu maksum dari kelemahan politik, kelemahan mentadbir sumber negara dan kelemahan mengurus keperluan rakyat.

Jadi, mengapakah ada lagi diantara kita yang masih mengharap UMNO-BN akan berubah untuk membela nasib dan masa depan kita dan negara?

Yang menjadi berita baik adalah, dalam aspek yang lain, kesombongan dan kezaliman UMNO-BN jugalah yang menjadi sumber kekuatan bagi rakyat untuk bekerja dan berjuang dengan lebih gigih dan ikhlas.

Walau pun keikhlasan dan kesungguhan kita belum cukup kuat untuk menumbangkan gergasi UMNO-BN, kita tidak perlu merasa segan atau kecewa.Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

PR akan beroleh kejayaan hanya setelah kita semua benar-benar kuat dan yakin melebihi dari keyakinan palsu UMNO-BN itu.

Justeru, bagaimana untuk menggenggam keyakinan setulen yang kita harapkan itu?

Tiada jalan lain lagi kecuali terus berjuang dengan penuh keikhlasan dan kebijaksanaan. Ingatlah Bersih 2.0 hanya salah satu daripada usaha untuk menegakkan keadilan. Ia bukan kata penamat. Ia juga satu permulaan baru.

Lapan tuntutan Bersih itu dianggap oleh UMNO-BN sebagai ‘imaginasi dan ilusi’ puak-puak yang terlalu idealis, yang poyo dan yang terlalu optimis.

Begitu juga momokan yang digambarkan oleh mereka terhadap Buku Jingga, demokrasi sosial dan negara berkebajikan serta gagasan Ketuanan Rakyat. Kita tidaklah sekali-kali merasa hairan dan marah dengan ‘penghinaan’ UMNO-BN ini.

Sedarkah kita bahawa yang ilusi itu sebenarnya, tidak lain dan tidak bukan hanyalah propaganda UMNO-BN itu sendiri.

Realiti di sebalik ilusi yang dimomokkan itu adalah, jika PR berpeluang melaksanakan dasar-dasar ini, akan lahir suatu suasana ekonomi dan keadaan sosial yang lebih stabil dan kondusif untuk semua rakyat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Inilah yang amat ditakuti oleh UMNO-BN. Satu alternatif yang amat baik kepada rakyat. Kerana itu UMNO-BN tidak ada jalan lain lagi kecuali meneruskan momokan mereka tanpa ada hasrat untuk reformasi diri.

Kehidupan yang lebih baik dan selamat untuk semua rakyat adalah perjuangan PR. Perasaan ‘selamat’ ini bukan lahir dari slogan seperti 1Malasyia atau Islam Hadhari tetapi perasaan yang dapat dilihat secara real (lahiriah) bila semua kaum mendapat hak dan pembelaan yang sewajarnya.

Bersih 2.0 hanyalah kesinambungan dari banyak lagi tuntutan rakyat untuk melihat Malaysia menjadi sebuah negara yang lebih selamat dan subur untuk didiami.

Yang penting kita jangan putus asa. – Roketkini.com

Bersih 2.0: Abim gesa semua pihak mula rundingan kaji tuntutuan

KUALA LUMPUR, 13 Julai — Susulan perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu lalu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan bagi meneliti dan menilai secara objektif tuntutan dikemukakan oleh gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan menuntut pembaharuan pilihan raya.

Presiden Abim Dr Muhamad Razak Idris berkata berdasarkan kepada beberapa perkembangan yang hangat berkaitan isu lapan tuntutan, pihaknya beranggapan tuntutan-tuntutan dikemukakan wajar diperhalusi dan dipertimbangkan secara bersungguh-sungguh oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan kerajaan.

“Bagi tujuan tersebut, Abim ingin menyeru pihak SPR dan Bersih 2.0 meneruskan usaha rundingan bagi menyahut titah Yang di-Pertuan Agong yang meminta supaya isu ini diselesaikan menerusi dialog,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Muhamad menambah, jika terdapat sebahagian daripada tuntutan tersebut di luar dari bidang kuasa SPR, kedua-dua pihak harus bersetuju tentang langkah-langkah yang seharusnya dilakukan untuk tempoh terdekat dan jangka panjang bagi merungkai isu-isu berbangkit berkaitan tuntutan tersebut.

Kata beliau lagi, dalam suasana masyarakat Malaysia yang terbuka hari ini dan kesedaran terhadap nilai-nilai demokrasi yang semakin tinggi, sebarang pengesyoran dan permintaan yang boleh membawa kepada pengukuhan amalan dan sistem demokrasi seharusnya diraikan secara positif dan konstruktif.

“Tambahan pula dalam konteks ini ialah berkaitan amalan pilihan raya yang merupakan nadi kepada sistem demokrasi itu sendiri,” kata Muhamad lagi.

Sebagaimana sedia diketahui, kata beliau, amalan pilihan raya yang dihormati oleh semua pihak akan membawa kepada kewibawaan keputusan yang diperoleh.

“Ini secara langsung akan menyumbang kepada kesatuan penerimaan terhadap mandat kepimpinan yang dibentuk dan diputuskan oleh rakyat terbanyak,” katanya lagi.

Muhamad menegaskan kepimpinan yang diperoleh menerusi mandat rakyat secara berwibawa akan mewujudkan sebuah kerajaan yang kuat dan diyakini oleh segenap pihak di dalam dan di luar negara.

Semalam, PAS berkata sekiranya tuntutan Bersih 2.0 tidak dipenuhi mereka tidak menolak kemungkinan mengadakan satu lagi perhimpunan yang dikenali sebagai Bersih 3.0.

Perhimpunan Bersih kali pertama diadakan pada 2007.

Mengikut laporan satu akhbar semalam, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pihaknya sudah serik untuk berbincang dengan Bersih 2.0.

BERSIH 2.0 : Sapa kata CINA tak turun....!!!



oleh Topeng Perak..

Yang pakai baju kuning tu "Auntie Annie"... Akhirnya dinobat sebagai "Women of Liberty" untuk event BERSIH 2.0.

Gua dengan 2 orang lagi sahabat Photographer sorang berbangsa India dan sorang lagi Melayu sempat lepak minum-minum dengan dia dekat sebijik kedai mamak pagi tu.

Auntie Annie suruh kami ikut mana saja dia pergi & dia mintak kami ambilkan gambar dia banyak-banyak kalau Polis tangkap dia sebab dia cakap nak buat kenang-kenangan & nak tunjuk pada anak cucu dia bahawa dia adalah salah seorang yang terlibat dalam melakar sejarah memperjuang Hak Rakyat Malaysia.

Masa gua jalan-jalan dengan Aunti Annie, gua tanya dia - kenapa Auntie turun ke jalanan hari ni, tak rasa penat ke..?

Dengan suara lantang Auntie Annie jawab - "Umur saya sudah mau habis, sebelum saya mati, saya mau buat berjasa pada Negara saya". Kemudian Auntie Annie berjalan lebih laju dari gua bila dengar suara penyokong BERSIH 2.0 yang sayup-sayup kedengaran dari jauh.

Kami berpecah...Gua stay dekat LRT Masjid Jamek, Auntie terus ke Petaling Street.

Sejam lepas tu gua jumpa Auntie Annie depan Puduraya dalam keadaan basah kuyup dah mata kemerahan sebab kena sembur dekat Water Canon & kena tembak dengan Gas Pemedih Mata.

Bunga dekat tangan Auntie Annie masih dalam genggaman.

*Gambar ini menafikan tuduhan KERAjaan & proksi-proksinya bahawa kaum China tidak menyokong perjuangan BERSIH 2.0. Ternyata KERAjaan ketinggalan jauh dalam menyatu-padukan pelbagai kaum kerana Perjuangan yang jauh berbeza.

MKK kena prihatin setiap aduan rakyat

images/stories/Julai2011/img_1398.jpgGUAR CHEMPEDAK: Majlis Ketua Kampung/Komuniti (MKK) perlulah memainkan peranan penting dalam menerima setiap aduan daripada rakyat terutama melibatkan golongan miskin dan ibu tunggal untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, YB. Dato’ Ir. Haji Amiruddin Hamzah, MKK juga perlulah menggerakkan tanggungjawab dalam menjalankan aktiviti kemasyarakatan di bawah seliaan Penghulu Mukim dan pengetahuan Pegawai Daerah.

“MKK perlu memantau dan melaporkan kemajuan projek-projek pembangunan dalam kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan Institusi MKK/Ketua Komuniti Peringkat Daerah Yan Tahun 2011 di Dewan Serbaguna Guar Chempedak, di sini.

Amiruddin memberitahu, MKK juga perlu mengambil maklum atau melaporkan sebarang masalah yang berkaitan di peringkat kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah untuk tindakan selanjutnya.

images/stories/Julai2011/img_1394.jpg“MKK juga boleh mencadangkan projek-projek pembangunan yang diperlukan untuk kampung/komuniti kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” ujarnya.

Tambahnya, MKK perlu mengumpul dan menyediakan profil kampung/komuniti untuk dikemukakan kepada Penghulu Mukim atau Pegawai Daerah,” katanya.

“MKK juga berperanan dalam membantu Penghulu Mukim dalam proses daftar Sistem Pangkalan Data Kemiskinan Negeri Kedah Darul Aman (e-Sinar) dan lain-lain program pembasmian kemiskinan,” jelasnya.

Beliau berkata, MKK juga perlulah memainkan peranan dalam usaha membantu meningkatkan kemajuan kampung/komuniti.

“Tanggungjawab MKK amat penting dalam bersama-sama menjayakan setiap program atau aktiviti yang dijalankan di setiap kampung atau komuniti,” ujarnya.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pegawai Daerah Yan, Encik Zahari Ismail.

'Kerajaan Negeri tidak pilih bulu'

ALOR SETAR - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Kedah menafikan dakwaan Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) kononnya Kerajaan Negeri pimpinan PR dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) memilih bulu dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga kecil di Bandaraya ini.

Pengerusinya, Tan Weng Fatt berkata, dakwaan mengatakan tindakan penguatkuasaan MBAS hanya tertumpu ke arah peniaga Melayu dan India bersifat perkauman dan menunjukkan seolah-olah peniaga Cina memberi rasuah kepada penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, Weng Fatt menegaskan perkara itu tidak berlaku, malah ramai peniaga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Cina yang turut dikenakan tindakan penguatkuasaan MBAS terutama di sekitar Jalan Putra dan Kampung Berjaya.

“Saya minta pihak berkenaan mengemukakan fakta sahih sebelum mengeluarkan kenyataan kerana mana-mana peniaga cina yang melanggar undang-undang kecil perlesenan MBAS turut mengalami nasib serupa dengan peniaga lain.

“Saya sarankan MBAS untuk mengeluarkan statistik tindakan penguatkuasaan yang dikenakan terhadap peniaga Cina di Bandaraya ini kepada umum demi membuktikan PBT itu tidak pilih kasih dan mengamalkan rasuah sewaktu menjalankan tugas,” katanya.

Beliau berkata sedemikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa Kerajaan Negeri dan MBAS bersikap pilih kasih dalam melaksanakan tindakan penguatkuasaan undang-undang Kerajaan Tempatan apabila hanya menumpukannya kepada peniaga Melayu dan India.

Weng Fatt berkata, DHPP mengakui banyak menerima aduan puas hati segelintir peniaga kecil Cina sekitar sini yang kecewa dengan tindakan penguatkuasaan yang dikenakan

“Bagaimanapun DHPP enggan membangkitkan perkara itu terhadap Kerajaan Negeri setelah mendapati tindakan yang dilaksanakan mengikut undang-undang dan prosedur.

“DHPP sentiasa menasihati peniaga mematuhi syarat perniagaan dan perlesenan untuk memastikan kegiatan mereka tidak diganggu MBAS. Seharusnya ini yang dititikberatkan oleh Ikhlas, bukan menuduh Kerajaan Negeri zalim,” katanya.

Ultras tidak akan turun padang


ULTRAS Malaya tidak akan turun padang menyokong mana-mana perlawanan skuad Harimau Malaya dengan pasu-kan gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Seorang penyokong Ultras berkata, keputusan itu diambil berikutan perlawanan menentang pasukan Big Four EPL (Arsenal, Liverpool, Chelsea) dilihat tidak mampu menaikkan ranking pasukan negara yang kini menghuni tangga ke-144 dunia.

“Berdasarkan kedudukan terkini yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA), kami berpendapat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu memperbanyakkan perlawanan antara negara berbanding dengan kelab ternama EPL.

“Walaupun skuad kebangsaan bermain dalam dua perlawanan persahabatan menentang Hong Kong yang berakhir seri 1-1, dan menang ke atas Myanmar 2-0, ia dilihat tidak banyak membantu.

“Kami khuatir, dengan jadual yang padat akan menjejaskan fokus pemain menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 nanti,” katanya.

Meskipun Ultras tidak turun sebagai satu batalion, namun mereka tidak menghalang individu yang terlibat dengan kumpulan ini hadir memberi sokongan.

Bagaimanapun, pasukan ini tetap akan hadir menyumbang ‘tenaga’ pada perlawanan menentang Singapura bagi aksi kelayakan pusingan kedua Piala Dunia, 23 Julai nanti.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...