TERKINI :

Monday, July 11, 2011

Undur Najib Undur...Majority senyap dah bersuara nuuu...!!

http://1.bp.blogspot.com/-bZTklOHEeqs/Thrff3f5AyI/AAAAAAAAFJg/kWVGwlGFcpQ/s1600/2011-07-11_193244.jpg
KLIK BANNER UNTUK PERGI KE FAN TERSEBUT

Ketika tulisan ini sedang ditulis, lebih 100,000 rakyat sudah menyatakan bahawa Perdana Menteri Umno iaitu Najib Tun Razak harus berundur dengan segera. Hanya dalam 48 jam lebih 100,000 rakyat berbilang kaum dan agama mendesak Najib segera letak jawatan.

Sekali lagi laungan Undur bakal kedengaran. Pertama kali ketika tahun 1998. Nah sekali lagi, laungan itu akan dilaungkan oleh para pahlawan rakyat. Percayalah, laungan Undur Najib Undur akan menjadi laungan tetap untuk setiap himpunan rakyat. Undur Najib Undur akan terus sampai ke telinga Najib dan sekaligus menjadi laungan berhantu buat Najib.

Kenapa laungan itu akan dikemundangkan? Kerana Najib dilihat terlalu jahat dan tidak cerdik dalam menangani isu Bersih. Rakyat sudah muak dengan sifat Najib yang terlalu lembik dalam menangani Perkasa yang terlalu bersifat perkauman. Sering sahaja mengugut rakyat (walaupun penakut sebenarnya). Najib terlalu lemah dan dilihat tidak mampu mentadbir Negara. Najib juga kerap mengikut keadaan semasa walaupun keadaan itu merugikan Negara. Lihat sahaja isu Tanjong Pagar, Najib dengan tenang menyerahkan Tanjong Pagar kepada Singapura. Walaupun pelbagai hujah diberi, namun Tanjong Pagar tanah kita. Tanah Malaysia! Telah dijual kepada Singapura.

Najib semakin lama semakin hilang cengkaman. Rakyat dipaksa membayar harga barang yang tinggi hanya semata – mata untuk menjana ekonomi Negara. Sedangkan Najib berbelanja dan mempunyai gaji mencecah jutaan ringgi setahun. Kenapa tidak dipotong gajinya dahulu. Kenapa tidak dipotongnya gaji pak menteri yang lain. Kenapa rakyat yang menjadi mangsa walhal pak menteri yang dilantik oleh rakyat dan bekerja untuk rakyat tidak dikenakan apa – apa tindakan. Semuanya percuma dari barang kemas hinggalah barangan makanan.

Rakyat sudah muak dengan Najib. Terima kasih Najib kerana terus membuli rakyat dan kemuncaknya apabila terkorbannya Allahyarham Baharudin ketika menyuarakan pendapat mengenai sistem pilihanraya di Malaysia. Najib bersiap – sedia dengan amarah rakyat yang semakin lama semakin menyampah dengan dia. Kalau 2007 2/3 telah musnah, jangan terkejut pada PRU-13 BN bakal hilang satu Semenanjung dan beberapa kerusi parlimen di Sarawak dan Sabah.

Ingatlah Najib, laungan Undur Najib Undur bakal menjadi laungan ngeri buat kamu dan isteri kamu. Amarah rakyat sudah semakin memuncak.

HIDUP RAKYAT!!
http://dragsuperstar.blogspot.com

Ustaz Azhar Idrus mai Kedah 16hb nanti....

ADAKAH DOSA DAN PAHALA DALAM MENGUNDI PILIHANRAYA?

Jawapan: Prof Madya Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

http://4.bp.blogspot.com/-LCWfbAE5nXg/TWDdN_oBVEI/AAAAAAAABco/JdTflbbzaxE/s1600/ballotpaper.jpg

Kepada Dr Mohd Asri, apabila menjelang pilihanraya, pelbagai pandangan akan dikeluarkan oleh macam-macam pihak. Ada yang kaitkan isu-isu agama dengan proses membuang undi. Soalan saya, sejauh manakah soal dosa dan pahala dalam mengundi ini. Apakah seseorang itu boleh dikira berdosa atau dapat pahala kerana mengundi parti tertentu? Harap Dr Asri tolong huraikan.

Zamani, Johor.

JAWAPAN PROF MADYA DR MOHD ASRI BIN ZAINUL ABIDIN:

Terima kasih kepada saudara yang bertanya. Sebagai seorang muslim kita wajar prihatin terhadap perkara-perkara yang seperti ini. Apatahlagi, persoalan seperti undian dalam pilihanraya yang walaupun kelihatan sangat ringkas prosesnya, tetapi mempunyai kesan yang besar terhadap pembentukan sesebuah negara. Sekalipun kadang-kala ada perkara dalam sistem pilihanraya itu tidak memenuhi kehendak syarak, namun kepentingannya terhadap masa depan sesebuah negara itu tidak dapat dinafikan. Bahkan, jika diperhatikan sistem demokrasi jauh lebih baik dari segala sistem lain yang sedang diamalkan oleh kerajaan-kerajaan di dunia hari ini.

Melalui demokrasi, rakyat dapat bersuara dan memilih orang yang mereka redha sebagai pemimpin. Pemimpin pula tidak begitu berani melakukan kezaliman dan penyelewengan disebabkan mereka tahu rakyat mempunyai hak dalam menentukan kedudukan mereka. Ini lebih baik dari sistem autocracy. Bahkan demokrasi yang adil akan lebih baik dari pentadbiran sesetengah para pemerintah dalam sejarah umat Islam pada zaman Umawiyyah, ‘Abbasiyyah dan selain mereka yang bersifat kuku besi dan bertindak tanpa menghormati hak rakyat. Untuk menjawab persoalan saudara tentang dosa dan pahala undian dalam pilihanraya, maka saya sebut perkara-perkara berikut;

1. Pada asasnya dalam Islam, setiap amalan kebaikan atau yang membawa kebaikan maka pengamalnya memperolehi pahala. Begitu juga, setiap amalan buruk atau yang membawa keburukan maka pengamalnya memperolehi dosa. Besar atau kecil pahala dan dosa itu, bergantung kepada besar atau kecil kesan kebaikan atau keburukan sesuatu amalan. Maka, mengundi dalam pilihanraya boleh membawa kesan baik dan buruk kepada sesebuah masyarakat dan negara. Jika kesannya baik dan pengundi itu pula memang inginkan kebaikan tersebut, maka itu adalah amalan soleh. Jika kesan buruk dan pengundi tersebut memang inginkan kesan yang buruk itu, atau boleh menjangkanya, atau dia tidak peduli dengan buruk atau baik kesan undiannya itu, maka dia memperolehi dosa.

2. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ia akan sampai tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah”. (Riwayat Malik dan al-Tirmizi).

Kata tokoh ulama salaf yang besar Sufyan bin ‘Uyainah (meninggal 198H)
“Hadis ini bermaksud kalimah di hadapan pemerintah, kalimat yang pertama (yang direhai Allah) ialah yang menghalang kezalimannya. Kalimat yang kedua (yang dimurkai Allah) ialah yang mendorong pemerintah melakukan kezaliman” (Al-Mubarakfuri, Tuhfah al-Ahwadhi, 7/21, Beirut: Dar al-Fikr).

Ya, berdasarkan hadis ini, sekalipun pengucapnya tidak menyangka sebegitu besar kesan ucapannya, atau menganggapnya kecil, namun disebabkan kesan baik dan buruk dari ucapannya itu, maka dia mungkin mendapat pahala, ataupun dosa. Hal ini samalah seperti undian dalam pilihanraya.

3. Maka undi juga bagaikan satu kalimat, bahkan mungkin lebih, yang mana ia boleh memberikan kuasa kepada seorang pemimpin yang baik atau kuasa untuk pemimpin yang jahat atau zalim atau tidak bertanggungjawab. Dalam hadis yang lain Nabi s.a.w menyebut:
“Adakalanya seorang hamba Allah mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan barat” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Kalimat itu konteks demokrasi adalah undi dalam pilihanraya. Seseorang hendaklah berfikir kesan undi yang diberikan kepada seseorang calon terhadap negara dan rakyat.

4. Kita hendaklah sedar bahawa undian itu membawa maksud bersetuju memberikan mandat kepada seseorang bagi sesuatu kepimpinan. Maka, sebelum mandat tersebut hendak diberikan, wajib kita memastikan samada dia berkelayakan atau tidak. Ini kerana Allah berfirman: (maksudnya)

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu memberikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum di kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu.” (Surah an-Nisa’ ayat 58).

Memberikan undi kepada yang tidak berkelayakan adalah mengkhianati amanah.

5. Untuk menentukan kelayakan seseorang itu, maka secara umumnya hendaklah dilihat kepada dua ciri yang penting yang disebut oleh al-Quran al-Qawiy (kuat atau mampu) dan al-Amin (amanah atau bertakwa). Firman Allah: (maksudnya)

“Sesungguhnya orang yang paling baik yang kamu ambil untuk bekerja ialah yang kuat lagi amanah” (Surah al-Qasas:26).

Dua ciri ini hendaklah dilihat dalam kerangka jawatan yang hendak diberikan. Jika jawatan itu membabitkan kewangan umpamanya, maka kemampuan dalam pengurusan kewangan dan digabungkan dengan nilai amanah dalam diri calon yang dilantik. Begitulah juga jawatan dalam bidang-bidang yang lain. Maka dilihat kemampuan calon dalam tanggungjawab yang hendak diberikan dan nilai amanah dalam dirinya.

6. Kata Syeikhul-Islam Ibn Taimiyyah dalam kitabnya Al-Siyasah al-Syar`iyyah fi Islah al-Ra`iy wa al-Ra`iyyah:

“Hendak dipastikan orang yang terbaik baik setiap jawatan, kerana sesungguhnya kepimpinan itu mempunyai dua rukun iaitu al-Quwwah (kekuatan/kemampuan) dan al-Amanah…Al-Quwwah dinilai pada setiap kepimpinan berdasarkan keadaannya. al-Quwwah dalam mengetuai peperangan merujuk kepada keberanian hati, pengalaman dalam peperangan, tipu daya peperangan kerana peperangan itu adalah tipu daya dan kepada kemampuan dalam berbagai jenis peperangan…al-Quwwah dalam kehakiman manusia merujuk kepada ilmu mengenai keadilan seperti yang ditunjukkan oleh al-Quran dan al-Sunnah dan kepada kemampuan melaksanakan hukum. Dan amanah pula merujuk kepada perasaan takutkan Allah, tidak menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah dan tidak takutkan manusia (sehingga mengabaikan Allah-pent.)”. (m/s 26. Kuwait: Dar al-Arqam)

7. Ertinya, sebelum seseorang itu mengundi, dia hendaklah memastikan individu yang diundi itu berkemampuan melaksanakan tanggungjawab bagi jawatan tersebut dan mempunyai nilai amanah dalam diri yang tinggi. Jika tidak, bererti dia memberikan undinya kepada orang yang zalim yang akan mengkhianati tanggungjawab. Apatahlagi, jika calon itu memang sudah ada rekod buruk dalam tanggungjawabnya. Juga, hendaklah dipastikan kesan undi itu tidak membawa keburukan kepada negara secara umumnya. Allah berfirman: (maksudnya)

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

8. Maka, kita tidak boleh mengundi seseorang calon hanya kerana hubungan keluarga, atau sahabat atau parti. Sebaliknya, hendaklah atas kelayakan dan kesan undian itu. Justeru itu Nabi s.a.w tidak memberikan jawatan kepada Abu Zar kerana beliau tidak berkemampuan. Sekalipun Abu Zar seorang sahabat baginda yang soleh dan disayangi oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda:

“Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Tidakkah mahu engkau melantikku?”. Baginda menepuk bahuku dan bersabda: “Wahai Abu Zar, Sesungguhnya engkau ini lemah, sedangkan jawatan itu adalah amanah. Ia pada hari akhirat nanti adalah kerugian dan penyesalan, kecuali sesiapa yang mengambilnya dengan kelayakan dan menunaikan apa yang menjadi tuntutannya. (Riwayat Muslim).

9. Maka, undi dalam pilihanraya itu bukan sesuatu yang tiada nilai di sisi Islam. Sebaliknya, undi itu boleh menyebabkan seseorang mendapat pahala, ataupun mungkin mendapat dosa. Undilah yang berkelayakan dan memberikan kesan yang baik kepada negara dan rakyat.

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin,

Bersih 2.0 bukti anak muda tidak takut amaran BN

KUALA LUMPUR, 11 Julai: Kesanggupan anak-anak muda menyertai himpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu di Kuala Lumpur walaupun terpaksa datang dari jauh, jelas membuktikan belia Malaysia hari ini mahukan perubahan.

Walaupun dihalang dengan pelbagai cara, anak-anak muda ternyata telah memecahkan tembok ketakutan terhadap BN untuk menyertai perhimpunan itu bagi menyampaikan mesej mereka ke arah membawa Malaysia hari ini kepada Malaysia baru.

(Anak muda yang memenuhi Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan menuntut pilihanraya yang bersih dan adil Sabtu lepas)

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Nik Abduh Nik Abdul Aziz menegaskan, dengan kebangkitan anak-anak muda itu ke arah membawa Malaysia kepada Malaysia baru, anak-anak muda adalah Perdana Menteri Malaysia yang baru.

Menurut beliau, kebangkitan anak-anak muda itu berpunca dari kegagalan para pemimpin Umno BN memahami kehendak anak-anak muda yang mahukan politik negara ini berubah ke arah kebaikan termasuk dalam sistem pilihanraya.

Katanya, keadaan itu amat berbeza dengan para pemimpin Pakatan Rakyat yang diterajui oleh golongan tua tetapi amat memahami jiwa anak-anak muda.

"Ini jelas menunjukkan BN sudah ketinggalan dan tidak memahami jiwa anak-anak muda. Sebab itulah mereka sanggup menyekat kebangkitan anak-anak muda dalam melakukan perubahan terhadap politik negara dengan pelbagai halangan.

"9 Julai lalu, pelbagai kezaliman telah dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat. Pada hal rakyat hanya mahu mengadakan himpunan aman untuk mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil di negara kita.

"Namun dalam Islam, semua orang yang dizalimi doa mereka tidak terhijab di sisi Allah sama ada yang muslim dan bukan muslim," katanya ketika ditemui.

Semakin dizalimi, menurut beliau, rakyat menjadi lebih bersemangat untuk mengubah pemimpin negara bagi melahirkan Malaysia baru yang lebih baik kerana ia selaras dengan tuntutan Islam.

"9 Julai lalu terbukti rakyat sudah tidak takut lagi lagi dengan kerajaan BN. Rakyat terutama anak-anak muda telah memecahkan tembok ketakutan kepada BN. Mereka datang dari seluruh pelosok negara termasuk ratusan pemuda dari Sabah dan Sarawak.

"Perhimpunan pada 9 Julai lalu ternyata berjaya menyampaikan mesej rakyat bagi mendesak kerajaan BN melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil, malah suara mereka didengar di seluruh dunia.

"Selain boleh diikuti menerusi liputan yang dibuat oleh pihak media pada himpunan di Kuala Lumpur, seluruh dunia turut mengetahui desakan rakyat menerusi perhimpunan yang dibuat oleh anak-anak muda kita di 24 buah negara termasuk di Australia," katanya.

Bagi meraikan kejayaan himpunan aman Bersih 2.0 itu, beliau akan memakai baju kuning pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

A. Samad Said dan golongan muda

Abd Shukur Harun / shukurharun@yahoo.com

Meneliti video dan gambar Himpunan Bersih 2.0 di Ibukota Sabtu lalu ada sesuatu yang menarik, iaitu kita dapat menyaksikan bahawa hampir lapan puluh peratus (80%) mereka yang menyertai Himpunan tersebut adalah golongan muda.

Ini semua phenomena yang menarik. Boleh jadi di antara mereka bukan dari kalangan pendukung parti politik tertentu, walaupun tidak dinafikan ada sebahagian mereka yang menjadi aktivis parti. Namun semua yang menyertai Himpunan Bersih 2.0 itu adalah rakyat yang sangat ingin kepada demokrasi dan mahukan pilihan raya negara ini dilaksanakan dengan bersih dan adil. Inilah yang mendorong mereka menyertai perhimpunan aman tersebut.

Phenomena menarik ini dirancakkan lagi dengan kemunculan Sasterawan Negara A. Samad Said di tengah-tengan Himpunan Bersih 2.0 tersebut di tengah-tengah suasana pergelutan dan semburan gas pemedih mata dari FRU. Sasterawan Negara itu dijangkakan akan menyerahkan memorandum Bersih 2.0 kepada Yang DiPertuan Agung tetapi dihalang.

Selama beberapa minggu sasterawan ternama itu menjadi perhatian umum kerana puisinya ‘Unggun Bersih’ yang diucapkannya di Majlis Pelancaran Himpunan Bersih 2.0 di Ibu Negara di mana berikutnya beliau dipanggil oleh pihak polis untuk disiasat.

A.Samad Said menjadi perhatian ramai sejak beliau mengambil bahagian dalam perhimpunan para pejuang bahasa di Ibu Negara beberapa tahun lalu kerana menentang dasar pengajian dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) Penglibatan Sasterawan Negara ini dalam Bersih 2.0 adalah manifestasi kekecewaan beliau dan beberapa sasterawan lain apabila menyaksikan suasana demokrasi di negara ini semakin tercabar dan menakutkan.

Yang menariknya empat lagi Sasterawan Negara memberikan sokongan kuat kepada A. Samad Said dalam memperjuangkan kebebasan berkarya. Di samping itu ada ramai lagi seniman – penyair, pelukis, kartunis, pemuzik – turut menyokong A. Samad Said.

Adalah sesuatu yang sangat menarik bahawa ramai para sasterawan dan seniman kini menyertai kebangkitan rakyat, terutamanya golongan muda dalam perjuangan menuntut demokrasi. Ini semua adalah perkembangan yang sangat menarik bahawa perjuangan ini ternyata disertai oleh pelbagai golongan dan dalam hal ini A. Samad Said tidak berseorangan.

Saya tertarik dengan pandangan Pengarah Eksekutif Merdeka Center Ibrahim Suffian dalam Malaysian Insider yang berkata bahawa meskipun bukan seorang ahli politik aktif, kemunculan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said dilihat telah membawa kewujudan paradigma baru dalam arena politik negara.

Menurutnya, seniman berusia 76 tahun ini menjadi perhatian selepas melahirkan puisi berjudul ‘Unggun Bersih’ pada majlis pelancaran perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu. Puisinya itu disusuli dengan ‘Peludah Warna’ dan dua lagi bakal menyusul.

Melihat pada perkembangan sejak sebulan lalu, Ibrahim melihat Samad sebagai menjadi ‘ikon’ kepada mereka yang mencintai dan mereka yang melihat tentang kesedaran baru tuntutan semasa’.

Ibrahim juga melihat kemunculan Samad akan membawa kelainan kepada penonjolan khususnya di kalangan orang Melayu.

Baginya, A. Samad Said telah membuktikan bahawa Bersih 2.0 tidak ada agenda politik, yang didakwa bertujuan memecahbelahkan orang Melayu. Bahkan, katanya, kemunculan Samad menggambarkan keperluan pengisian semangat kemerdekaan dan usaha membebaskan minda rakyat dihidupkan semula.

“Saya lihat ini gelombang baru. Pada akhir 1990-an, misalnya 1998, kita pernah menyaksikan Datuk Shahnon Ahmad, tetapi beliau terlibat dalam politik secara langsung dan mengkritik kepimpinan Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu).

Namun, katanya, Datuk Samad Said menggunakan pendekatan berbeza, yang telah diterima semua pihak dan kaum,” kata Ibrahim lagi.

Sesungguhnya kini ramai penganalisis politik dan sosial sedang memerhatikan dengan sungguh-sungguh phenomena baru ini. Ia sangat menarik bahawa kemunculan A. Samad Said dan sasterawan yang lain bertepatan dengan kebangkitan gelombang golongan muda yang mahukan demokrasi dan kebebasan, sebuah phenomena yang sewajarnya diberi perhatian oleh Pakatan Rakya, khususnya PAS sendiri yang berusaha untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Gelombang kebangkitan golongan muda dan phenomena A. Samad Said ini adalah perkembangan baru yang sangat menarik untuk difikirkan dan seterusnya untuk dimanfaatkan.

Mereka ini mungkin tidak terikat dengan mana-mana parti politik, namun mereka menyebelahi rakyat yang menuntut demokrasi, hak-hak asasi mereka dan seterusnya keadilan sosial. Mereka akan menyokong mana-mana parti politik yang mendukung aspirasi mereka.

Kepada saya Himpunan Bersih 2.0 menghantar banyak isyarat yang penting bukan saja mengenai tuntutan pemulihan demokrasi tetapi juga hasrat golongan muda yang menjadi penentu masa depan negara.

Oleh itu bergantung kepada Pakatan Rakyat, khususnya PAS, yang merasakan ia adalah masa depan politik Malaysia, untuk membaca dan memanfaatkan perkembangan yang menarik ini. Saya yakin A. Samad Said dan para seniman lain serta golongan muda yang ramai akan terus bersama dengan gelombang perubahan ini walau pihak manapun yang menerajuinya.

Bagi pendukung Pakatan Rakyat dan PAS, khususnya, seharusnya tidak sekedar bergembira dengan kejayaan Bersih 2.0, justru yang lebih penting dari itu ialah memahami dan memanfaatkan situasi yang wujud.

Truth that Cannot Be Cover - Bersih 2.0


Kepada Penyokong Kerajaan BN/UMNO ini baru BERSIH.. sekali dia tebar 'JALA' habis semua dia gadai..!!

http://1.bp.blogspot.com/_J6a8xWUYEVI/TMoxQgXCiKI/AAAAAAAAL6Y/GmQul2EK_Eo/s1600/Datuk+Seri+Idris+Jala.jpg
Idris Jala tak ada lain asyik nak JUAL

Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) yang dilancarkan hasil daripada cadangan Program Transformasi Ekonomi telah mencadangkan Kerajaan menyusun semula pembabitannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertujuan meningkatkan lagi kecairan di pasaran saham tempatan, selain memperbaiki kedudukan fiskalnya.

Berikutan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), Datuk Seri Idris Jala berkata Kerajaan akan melupuskan pelupusan pegangannya dalam 33 GLC sebagai usaha menyusun semula pembabitan kerajaan dalam GLC.

Tiga opsyen akan digunakan Kerajaan iaitu mengurangkan kepentingan, penyenaraian atau penjualan secara terus pegangan ekuiti kerajaan kepada pembida yang layak.

Ini lah kerja mudah Idris Jala tidak ada pendekatan strategik lain, asyik nak jual saja. Dulu dijualnya bangunan MAS.

Pedekatan menjual saham-saham Kerajaan dalam GLC akhirnya akan menghapuskan suara dan pegangan ekuiti Bumiputera tak ubah seperti senikata lagu “Anak Kecil Bermain Api”

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Inilah Idris Jala, Idris Jala, Idris Jual, Idris Jala, Idris Jual, Jual, Jual, Jual.

Pemuda Amal kecam akhbar Perdana ubah suai gambar


TEMERLOH, 11 Julai: Seorang Pemuda Amal PAS kawasan ini mengecam tindakan sebuah akhbar harian semalam yang menyiarkan gambarnya dengan imej “pemuda bertopeng” semasa perhimpunan Bersih Sabtu lalu yang telah diubah suai bagi menggambarkan keganasan.

(Gambar yang disiarkan oleh sebuah akhbar yang tidak membayangkan hal sebenarnya)

Sebaliknya beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Ajak, berkata tangannya memegang bendera jalur gemilang bukannya pisau sebagaimana mahu digambarkan akhbar berkenaan.

Serentak dengan itu, beliau yang menganggap akhbar kawalan Umno itu berniat jahat dan menipu rakyat negara ini menggesa jurufoto yang menggambil gambarnya itu menyiarkan gambar yang sebenar atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

“Saya turun ke Kuala Lumpur sebagai anggota Amal PAS yang mengawal keselamatan dan saya berada di hadapan Maybank bersama puluhan ribu rakyat ketika itu dan saya berada di depan sekali. Antara pimpinan yang ada ialah Dr Mohamad Hatta Ramli.

“Pada masa itu Polis Simpanan Persekutuan (FRU) melepaskan gas pemedih mata. Bagi mengawal pemimpin, saya sempat mengutip kelongsong gas yang masih berasap itu lalu membalingnya ke atas rumput bukannya ke arah polis,” ujarnya.

Tambahnya, gambar yang masih disiarkan akhbar berkenaan seolah-olah memegang pisau dan membaling batu sedangkan beliau memegang bendera jalur gemilang dan membaling kelongsong gas kosong ke tepi.

Katanya, anggota Amal diajar dengan disiplin yang tinggi dan jika beliau memiliki pisau sudah lama ditangkap polis kerana perjalanan dari Pahang ke Kuala Lumpur terpaksa menempuh banyak sekatan polis.

“Malangnya gambar tersebut telah diubah suai dengan niat jahat, menipu dan mengaibkan peserta himpunan menuntut pembaikan proses pilihan raya itu.

“Kenapa keluar gambar saya seorang, mana puluhan ribu lagi rakyat yang berarak dari Jalan Pudu hingga ke Maybank itu? Saya cabar akhbar itu siarkan gambar sebenar,” katanya.

Mengenai pemakaian topeng, beliau berkata itu bagi mengelakkan terhidu gas berasid yang boleh memudaratkan kerana beliau sudah bepengalaman acap kali menyertai demonstrasi.

Dalam pada itu beliau sedang berbincang dengan seorang peguam terkenal di sini bagi membawa kesnya itu ke mahkamah kerana beliau sudah mula menjadi tumpuan umum akibat gambar yang mengaibkannya disiarkan secara berleluasa.

PAS desak Ketua Polis Negara dan Timbalannya letak jawatan

PAS mengecam tindakan melampau yang diambil oleh pihak polis dalam menangani isu perhimpunan aman BERSIH 2.0, dan sudah terbukti aman 9 Julai 2011 yang lalu.

Tindakan ganas dan melampau polis langsung tidak mencerminkan slogan mereka Mesra, Cekap dan Betul - jauhlah lagi terpesong dengan piagam pelanggan mereka, Tegas, Adil dan Berhemah. Polis sepatutnya menjaga keselamatan rakyat dan bukannya menyebabkan mereka cedera secara sengaja.

Kebiadaban anggota polis dan FRU dapat dilihat dengan jelas dari beberapa rakaman video rakyat yang dirakamkan oleh pelbagai sumber samada peserta BERSIH 2.0 ataupun media antarabangsa telah membuktikan kegagalan mereka dalam menjamin keselamatan rakyat.

Dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0, langsung tiada kejadian ganas oleh para peserta sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan media arus perdana sebelum ini.

Oleh itu, kezaliman dan keganasan polis yang menggunakan gas pemedih mata atau tembakan air asid sepatutnya tidak berlaku, kerana tiada langsung sebab untuk mereka menggunakannya.

Dengan pelbagai gambar dan video yang terpapar, kenyataan songsang Ketua dan Timbalan Ketua Polis yang kononnya polis diserang and diprovokasi menyebabkan mereka terpaksa bertindak, hanya dapat berfungsi untuk mendedahkan pembohongan beliau sendiri.

PAS mengecam keras tindakan biadab polis ini sehingga menyebabkan kematian seorang peserta saudara Baharuddin Ahmad dan puluhan lagi yang cedera semata-mata tindakan ganas mereka. Ratusan yang tercedera kerana dipukul, disepak dan diheret ke dalam trak adalah pandangan jijik anggota keselamatan, yang tidak sepatutnya berlaku.

PAS mendesak agar Ketua dan Timbalan Ketua Polis meletakkan jawatan dan dihadapkan ke tribunal di atas jenayah yang dilakukan.

PAS juga mengucapkan syabas kepada setiap peserta BERSIH 2.0 kerana kini kuasa sekarang di tangan anda.

Andaikan 50,000 dan setiap seorang menyebarkan pengalaman BERSIH 2.0 mereka kepada 10 seorang - maka 500,000 rakyat akan terasa - dengan 500,000 setiap seorang berkongsi lagi dengan 5 orang - maka hasilnya 2.5 juta rakyat yang tidak dapat bersama dapat merasai bagaimana kita semua bersatu sebagai rakyat Malaysia pada 9 Julai yang lepas.

Dengan perkongsian sedemikian, kita akan sedar bahawa permainan politik yang cuba gempar-gemburkan bahawa rakyat Malaysia berpecah hanyalah taktik licik UMNO-Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa mereka.

PAS juga ingin mengulangi peringatannya kepada Pakatan Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap BERSIH 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan UMNO Barisan Nasional terhadap penyokong BERSIH 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada kita.

Rakyat menyokong BERSIH 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di"offset"kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

Lapan tuntutan BERSIH 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa.

Pakatan Rakyat juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, kita bakal dapat menewaskan UMNO-Barisan Nasional. Rakyat yang menyokong BERSIH 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara.

PAS juga merakam takziah kepada keluarga Saudara Baharuddin Ahmad, di atas kemalangan yang menimpa beliau.

Semoga tragedi ini akan menyemarakkan kebangkitan rakyat bagi menukarkan kerajaan yang zalim ini.

*Kenyataan media oleh Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar kiri) selaku Ketua Penerangan PAS Pusat.

Pengalaman Tok Non kena tahan nak pi Bersih

Oleh: Tok Non

Pagi 9 Julai - Dari Shah Alam Tok Non singgah di KL Central, janji dengan rakan-rakan lain dari Kedah nak jumpa kat situ sebelum menghala ke pusat bandaraya KL. Mundar mandir pi mai jumpa geng Pemuda Alor Setag dan Pokok Sena, nampak macam kutu brahak mana sebab semua tak pakai lebai. Jumpa Haji Zul Pengarah Urusetia Penerangan, bawak beg plastik pakai selipar takdak gaya nak pi demo pakai pulak baju merah mcm geng Patriot.

TN naik ke tingkat atas tepi Mc Donald ada kerusi banyak jadi lepak kat situ sementara tunggu kawan-kawan yang berjanji nak jumpa kat situ.

Di keliling-kelalang TN tengok banyak gerombolan polis beruniform dan tidak beruniform sibuk dok minta IC kat orang ramai yang melepak kat situ. Lepas polis pegang IC dan geledah beg, depa diarah ke hadapan pintu utama KL Central.

TN pun mengeluarkan kamera cap ayam mengambil gambar mereka yang digeledah polis tu (gambar kanan). Tengah dok sedap ambik gambag, terasa bahu ditepuk dari belakang. "Encik minta IC," sergah seorang lelaki berpakaian biasa. Tersirap darah TN, dok ingat dalam hati.. kena dah aku. Tapi TN tetap buat cooool. Sekejap saja polis beruniform dan tak beruniform, lelaki dan perempuan dah berada keliling TN.

"Encik tolong ikut kami pergi depan sana.." arah polis yang pegang IC aku, muka dia nampak samseng iras-iras Azeez Rahim Pemuda UMNO tu. Kulit gelap dan badan dia pun lebih kurang tuu lah.

Peliknya aku pun langsung tak tanya, aku salah apa, hangpa nak tahan pasai apa.. Dok agak dah suruh naik trak. Trak hampir penuh diisi, tiba-tiba nama aku dipanggil oleh penghuni trak. Rupanya salah sorang rakan yang aku tunggu tadi dah ada dalam trak. Kami sama-sama gelak terkekeh-kekeh. "Encik boleh tolong diam!" jerkah sorang polis yang mengawal trak.

Pendekkan cerita, kami pun dibawa melancong sekitar ibukota. takdak sapa pun antara kami yang diangkut tanya polis nak bawa ke mana, ikut saja. Lebihkurang pukul 10.30 pagi kami sampai ke PULAPOL. Ke situ rupanya kami dibawa.. ingat tadi masuk lokap dah. Ramainya yang ditahan di situ, satu demi satu trak dibawa masuk ke situ. Semua kelihatan ceria bila sampai kat situ, maklumlah jumpa geng ramai-ramai.

Taklah rasa macam kena tahan pun, makan semua depa sedia siap buffet lagi bukan makan nasi bungkus. Sambil-sambil merisik kat budak-budak polis yang dok ambik maklumat kami, dia kata makanan disedia untuk 4 ribu orang, maknanya target depa nak tangkap 4 ribu orang la tu. TN pun tak reti nak agak berapa ramai yang terkumpul kat situ tapi hingga petang TN anggarkan dua ribu orang ada kot.

Yang terasa teruja sangat ialah 90 peratus dari 'tahanan politik' tu adalah anak-anak muda. Inilah kebangkitan anak muda yang menakutkan BN, sedangkan BN cuma tinggal puak tua-tua merokoh yang masih dok sokong depa. Tak taulah nak cerita apa lagi pengalaman dok kat PULAPOL tu sebab semuanya ok, cuma badan saja terkurung tak buleh pi demo. Dok lawan hantag sms kat member-member kat luag sana.

Pendekkan cerita pukul 8 malam kurang lebih kami pun dibebaskan. Wah ramai geng dah menunggu kat luaq. Semalaman tu buka ladtop barulah tau perkembangan demo Bersih 2.0 yang berjalan pada 9 Julai tu. Walaupun ditahan, tapi kami adalah sebahagian dari beratus ribu rakyat yang turun ke KL untuk menuntut sebuah pilihanraya yang adil lagi bersih. Tahniah diri sendiri, masuk tahanan demi demokrasi yang adil.

http://kedahla.blogspot.com/


Benarkah ada komplot hendak bunuh DSAI sewaktu BERSIH 2.0????

Apa Tujuan Anwar diserang di KL Sentral underpass?



Menurut Fayyadh Al-Bakri (gambar),pengawal peribadi DSAI yang mengalami kecederaan di pipi kerana mahu menyelamatkan Anwar dari terkena tembakan gas pemedih mata, kumpulan DSAI telah dikepung oleh pihak FRU ketika mereka sedang melalui di jalan bawah (underpass) KL Sentral.


Sekumpulan FRU telah menghalang jalan dibelakang mereka setelah kumpulan DSAI memasuki jalan bawah itu dan kemudiannya sekumpulan lagi telah menyerang mereka dengan gas pemedih mata dari arah hadapan..

FRU juga dikatakan menggunakan Gas Pemedih Mata dari jenis yang terbaru dalam inventori mereka iaitu bukan saja memedihkan mata malah boleh menyebabkab rasa sakit pada paru-paru..

Tembakan FRU itu disasarkan terus kemuka atau kepala DSAI, tetapi Berjaya ditahan oleh Fayyadh, akibatnya tulang pipi kiri Fayyadh hancur dan terpaksa menjalani pembedahan plastic Isnin ini..

Apa tujuan FRU mengepung dan menyerang DSAI dan kumpulannya ketika mereka berada dalam jalan bawah KL Sentral yang tertutup itu??

Jawapannya ada dalam dua berita dibawah.. korang bacalah..
PKR : Tubuh Suruhanjaya Diraja, Siasat Insiden Tembak Gas Di KL Sentral



PETALING JAYA 10 JULAI : Parti Keadilan Rakyat menggesa satu Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat tindakan yang dilakukan pegawai senior polis termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk, Datuk Seri Hishamuddin Hussein kerana mengarahkan polis melakukan kekejaman dan perbuatan jenayah dalam usaha menghalang hak mutlak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Naib Presiden PKR N. Surendren menyatakan perbuatan jenayah tersebut merujuk kepada perbuatan melepaskan tembakan gas pemedih mata kepada orang awam di tempat tertutup dan sempit di laluan bawah berhampiran KL Sentral semalam dan ianya berlaku 'tanpa sebarang provokasi'.

Atas kesalahan itu, pelaku boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan, kata Surendran dalam satu kenyataan media.

"Tindakan polis amat melanggari undang-undang dan standard polis antarabangsa. Tindakan itu sengaja dilakukan untuk membunuh, mencacat dan mencederakan mereka yang berarak dengan aman. Secara spesifiknya, tembakan gas pemedih mata di ruang tertutup di laluan bawah ialah perbuatan jenayah, yang akan menyebabbkan kecederaan serius atau kematian dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," kata beliau.

Antara mangsa yang terkena serangan tembakan gas pemedih mata yang dilepaskan di jalan bawah (underpass) KL Sentral ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Malah pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri mengalami kecederaan di bahagian mukanya ketika menyelamatkan pemimpin itu.

Ironinya, walaupun dirakam lensa kamera media seluruh negara termasuk Reuters akan kejadian di Stesen Sentral Kuala Lumpur itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan bahawa Anwar cedera dan menyatakan tembakan gas pemedih mata hanya dilepaskan di sekitar Pudu dan tidak di tempat lain.

Jawatankuasa Penggerak Bersih dan Pakatan Rakyat menganggap Bersih 2.0 semalam sebagai “satu kejayaan besar” dengan lebih 50,000 dianggarkan hadir memberi sokongan meskipun tidak dapat menyerahkan memorandum tuntutan kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Setelah kumpulan kami yang aman memasuki laluan bawah itu, kami berhadapan dengan sepasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang berbaris dan menghalang laluan di hadapan dan bersenjatakan gas pemedih mata. Naib Presiden Tian Chua kemudian pergi ke barisan polis tersebut untuk berunding tetapi polis terus bereaksi dengan menjerit, mengetuk perisai mereka dan menghalakan senapang pemedih mata ke arah kami," terang Surendren.

Selain Anwar, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad turut mengalami kecederaaan ekoran insiden itu.


Polis FRU Sasarkan Tembakan Kearah Anwar, Kata Saifuddin

KUALA LUMPUR 9 JULAI : Datuk Seri Anwar Ibrahim ,mengalami kecederaan di kepala dan lutut akibat tindakan anggota polis menembak gas pemedih mata tepat ke arah muka Ketua Pembangkang itu, kata Parti Keadilan Rakyat.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata hanya tindakan pantas daripada pengawal peribadi Anwar, Fayad Al-Bakri menyelamatkan pemimpin itu daripada kecederaan lebih teruk.

Akibat melindungi Anwar, Fayad patah tulang pipi dan terpaksa menjalani pembedahan. Anwar turut dikejarkan ke Hospital untuk rawatan lanjut.

Saifuddin berkata, anggota Polis Simpanan Persekutan yang melepaskan tembakan di Brickfields itu jelas bertujuan mendatangkan kecederaan terhadap Anwar.

"Doktor menasihatkan Anwar memakai pelindung leher kerana khuatir kecederaan itu akan memberi kesan kepada tulang belakang beliau," kata Saifuddin.

Sehubungan itu, PKR akan membuat laporan polis supaya tindakan segera ke atas pegawai berkenaan.

"Polis menghalakan tepat senapang gas pemedih mata ke arah Anwar dalam jarak dekat," dedah Saifuddin.

Saifuddin menambah, tindakan polis itu mirip kepada kes tunjuk perasaan di Jalan Kebun, Klang pada tahun 2000.

"Dalam siasatan tahun 2000 itu, Suhakam mendapati polis menyalahi undang-undang kerana melepaskan tembakan gas pemedih mata tanpa mengikut peraturan,” kata Saifuddin.

“Sepatutnya polis melepaskan tembakan pada paras 45 darjah kerah ruang udara, bukannya menembak tepat pada sasaran," tegas beliau. Suhakam adalah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Selain Anwar, turut mengalami kecederaan akibat tembakan gas pemedih mata adalah Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Sehingga jam lima petang tadi, polis menahan 1401 peserta perhimpunan Bersih termasuk pemimpin kanan PAS, PKR dan jawatankuasa penganjur Bersih termasuk pengerusinya Ambiga Sreenevasan.
Kedua-dua berita dari TVS News

http://darisungaiderhaka.blogspot.com

Majority senyap Masyarakat Siber Minta Najib Berundur...

Ramai pemerhati berpendapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak sedang beradaan di dalam keadaan tertekan dengan kejayaan penganjur BERSIH mengadakan perhimpunan aman di tengah bandar Kuala Lumpur.

Najib semalam menggesa "majoriti senyap" di kalangan rakyat Malaysia, yang beliau dakwa menentang perhimpunan BERSIH 2.0 semalam, supaya menyatakan pendirian jelas mereka di ruang siber.

Katanya, sudah tiba masanya bagi mereka berhenti menjadi majoriti senyap, dan mengambil kesempatan daripada kemudahan di talian yang sedia ada seperti laman rangkaian sosial untuk menyuarakan pandangan mereka.

Tiba-tiba gesaan beliau disambut dengan satu laman facebook bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" (100,000 orang meminta Najib Tun Razak Letak Jawatan).



Didalam masa tidak sampai 10 jam, angka 100,000 itu dicapai dan lawatan pagi ke laman facebook tersebut mendapati angkanya sudah melepas 100K, iaitu 101,093

Gesaan Najib menjadi kenyataan tetapi malangnya kini ia bertentangan dengan apa yang dihajatkan.

Tindakan Najib mengumpul hampir 6,000 orang ahli Umno dan NGO di PWTC pagi semalam di PWTC dilihat adalah semata-mata untuk "memulihkan semangatnya" kembali apabila polis dilihat GAGAL menghalang perhimpunan BERSIH daripada berlaku.

Walaupun penganjur BERSIH telah ditipu oleh Najib dengan menyatakaan kesediaan kerajaan untuk menyediakan stadium jika penganjur BERSIH ingin meneruskan perhimpunan, tetapi kemudian apabila penganjur BERSIH bersetuju setelah menerima nasih Agong, Najib kemudiannya gagal menyempurnakan janjikan, menyebabkan peserta-peserta tiada pilihan lain kecuali ke stadium juga.

Pun mereka dihalang, dengan polis menutup sekalian laluan masuk ke ibu kota. Keadaan ibu kota di pagi 9 Julai lengang selengang-lengangnya seolah-olah KL di ambang perang, KL seperti dalam keadaan darurat. Seolah-olah perhimpunan aman BERSIH tidak lansung akan berlaku di ibu kota.

Tiba-tiba selepas sahaja waktu zohor, muncul peserta BERSIH ini entah dari mana datangnya dan di mana mereka menyorok sebelumnya. Polis tiba-tiba tersentak. Akhbar BERITA HARIAN di dalam satu tulisan utamanya menyatakan semalam:

Penyokong perhimpunan haram BERSIH 2.0 muncul dari pelbagai arah sekitar ibu negara semalam tanpa diketahui lokasi sebenar mereka bersembunyi, sekali gus menyebabkan keadaan sekitar kawasan utama menjadi tegang.

Demikianlah episod BERSIH bermula.

Rakyat walau dikekang bagaimanapun, mereka akan tetap bersatu di dalam satu arus akhirnya.

Perhimpunan rakyat yang pada mulanya senyap-senyap dan berjalan dengan tenang dan aman, tiba-tiba dihuru-harakan oleh polis FRU yang megejar, membelasah, menembak, mengganas, menangkap peserta perhimpunan aman. Maka hancur semua ketenangan dan keamanan, yang timbul ialah kekecohan dan kekacauan.

Yang paling menghodohkan keadaan ialah tembakan gas pemedih mata, apa tah lagi di kawasan perkarangan sebuah hospital swasta.

Dan tangkapan ke atas beberapa pemimpin BERSIH dan Pakatan Rakyat, sekaligus menconteng arang kepada nama baik Malaysia di mata antarabangsa.

Seperti yang GB tuliskan sebelum ini, siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat.

Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

http://greenboc.blogspot.com

Ini negara KITA..bukan harta peribadi UMNO/BN Sdn Bhd...!!!


BERSIH 2.0 : Antara Rakaman Seribu Satu Wajah yang dapat dilihat dan difikirkan bersama....

Wajah-wajah yang berbeza......alahai.....

Anwar dan pengawal keselamatannya cedera......setiap titisan darahnya akan menjadi saksi. Ada orang kata.....ah kenapa tak duduk diam-diam kat rumah?.....alah dik woi...nasi kat pinggan kalau tak suap ke mulut takkan ia masuk sendiri.

Anwar dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Akan ada orang kata, ah itu hanya lakonan, takkan 1Hospital termasuk staffnya jadi pelakon tambahan.

TG Presiden PAS ditangkap dan mampu memberi senyum kepada rakyat.....TG dibebaskan dan dibawa terus kerumahnya......khuatir jugak mereka...takut-takut pengikut naik 'syeikh'.

Dua gambar di atas, mereka di'layan' seperti sorang penjenayah...perogol. peragut, pencabul, perompak, pencuri.....tapi kawan...tiada siapa peduli hak mereka dicabul melalui ketidakbolehpercaya lagi pengurusan SPR yang bekerja ikut telunjuk bukan dari 'Petunjuk'.

Saudara Khalid Samad juga di'layan' seperti pejuang Palestin di Gaza. Rupanya pun seiras Almarhum Assyahid Syeikh Ahmad Yaassin

Pak Samad Said turut berarak ke arah pem'Bersih'an pengurusan pilihanraya. Tak munasabah seorang Sasterawa Negara sanggup menggadaikan intergriti kalau apa yang difikirkannya tidak betul

Sayu hati melihat ketenangannya. Tak sia-sia segala makanan yang dimakan hingga menjadi darah......darah pula menitis atas perkara yang haq.

Ambiga......berjalan pun dipapah......mana mungkin dikatakan berarak untuk buat huru-hara......yang sebenarnya depa tarak bacaa.

Berbeza dengan wajah ini......ini hanya pelancong perhimpunan....seiring dan sejalan...seindah.....anda sambunglah layan lagu Syarifah Aini dengan Broery Marantika

Apa? 6000 orang je?......ye 6000 orang je boss.

Kalau 6000 orang susah sangat ke nak tangkap? Kau orang saja pun beribu-ribu orang pacak kat situ?......depa 'main silap mata boss. Depa datang dari berbagai-bagai arah.

Mata kau orang yang silap kot.....mata-mata betoilah kau orang ni. Maths Mod dapat berapa dalam SPM?......hehehe malulah boss.

Kau pun malu jugak?......Apa nak buat boss...kami kerja ikut telunjuk, bukan 'Petunjuk'

al-brangionline:

Itulah di antara wajah-wajah 'CLEAN'......anda perlu berfikir dan bertindak.....ke guane?.....alahai.....

Tak nampak pun muka berdemo semalam?......Saya bukan apa,......saya pantau dari jauh.....kita pakai silat 'remote-control'....kita bersilat depan TV.......ada ke sesiapa nak bersumpah laknat dengan saya...sapa yang paling 'Bersih' hati mereka?...ciiiiittttt putaq alam...kata nak 'syahid' nak pertahankan kebenaran, rupa-rupanya 'syahid' dalam selimut......roti tulur satu mamak, lalu dijawab mamak...tulur tarak...eeelek...

BERSIH 2.0 : PEMANGKU Ketua Polis Kuala Lumpur ingat rakyat semua buta IT hanya tengok RTM & TV3 saja kot..!!

PEMANGKU Ketua Polis Kuala Lumpur dengan yakinnya berkata "Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana..." sebagai menafikan kemarahan rakyat yang mendakwa Polis bertindak kejam melepaskan gas pemedih mata di kawasan Hospital [Malaysiakini].


Apa yang jelas, kenyataan pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur itu bercanggah dengan bukti-bukti jelas yang telah tersebar secara meluasnya di internet. Lihat gambar berikut baik-baik, terbukti pihak polis telah berjaya melepaskan bom asap di kawasan hospital.



ReJaM© "Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, cakap bohong lama-lama mencuri..."

Apa kata "PENYOKONG SENYAP" di facebook:
  • Shahrin Abd Wahid Itu yang kat depan. Belah belakang kalau tak silap 2 atau 3 bijik masuk ke Hospital Tung Shin kat block baru... Bodoh punya KPN!
    7 hours ago · · 1 person
  • Rakyat Johor selepas pencen boleh terus jadi pengerusi TOTO -- boleh gitu
    7 hours ago ·
  • Nurpais Ismail polis bodoh. Simply said.
    7 hours ago ·
  • Asma' Annawwarah nak tipu pun agak2 la..ramai gile saksinya tu..
    7 hours ago ·
  • Alias Disk-Killer dia lupa nk ckp,yg ni asap fogging..ahaha.
    7 hours ago ·
  • Faizal Che Soh apa kata sokong tentara pula memerintah.....polis cuci bandar kasi bersih hehehe
    7 hours ago ·
  • Asma' Annawwarah nak tiru rejim zionis la tu..kejam ya amat
    7 hours ago ·
  • Rakyat Johor ini bukan gambar super imposssssssssss --boleh gitu
    7 hours ago ·
  • Asma' Annawwarah Dgn kekejaman yg dilakukan polis yg menjadi anjing gomen,makin aku BENCI KERA BN...hingga ke tulang sum sum!!!
    7 hours ago · · 2 people

Dahulu Memali Sekarang Bersih


Aku bangga dapat menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia apabila turut serta dalam perhimpunan BERSIH 2.0 baru - baru ini. Bersama - sama dengan 50,000 rakyat di Dataran Maybank dan "bertempur" dengan polis - polis yang menjadi Keldai Umno di Jalan Pudu dan menyaksikan aksi kejam polis dan bodoh apabila menembak gas pemedih mata dan tembakan air kimia ke dalam Hospital Tung Shin.

Tahniah buat rakyat Malaysia tidak kira kaum dan agama. Kita tidak gentar dengan ugutan Perkatak, PakTurot (Patriot), Murahguru Omar Din, Pencacai Ismail Noh dan sebagainya. Kita terus keluar menuntut pilihanraya yang lebih adil dan saksama. Ratusan halangan di lalui. Kita tetap terus mara kehadapan. Bilik hotel digeledah, tetap tidak menghalang semangat aku dan rakan - rakan lain terus mara ke hadapan. Buat kawan - kawan aku yang turut serta, berbanggalah kerana menjadi sebahagian daripada sejarah Malaysia.

Tapi dalam kita menyambut kegembiraan ini, janganlah sesekali kita melupakan pemergian Pejuang Agung Allahyarham Baharudin yang menjadi mangsa kekejaman pihak polis. Allahyarham dikatakan sesak nafas angkara tindakan polis yang menembak tepat gas pemedih mata di depannya. Malah anak Allahyarham juga memaklumkan, ayahnya telah patah tulang rusuk dan kehilangan 3 batang gigi. Apakah Allahyarham telah dipukul ketika asap putih sedang berkepul naik?

Aku sedih. Sedih kerana kerana ingin mempertahankan kuasa politik Umno sanggup membunuh rakyatnya sendiri. Memali angkara ingin mempertahankan kuasa. Sekarang BERSIH, juga niat yang sama. Kenapa Umno sanggup menggadaikan nyawa rakyatnya? Kerana duit. Mereka ini dahagakan duit. Mereka ini kaki rasuah. Apabila kuasa yang mereka boleh terhakis maka mereka akan sanggup berbuat apa sahaja asalkan kuasa kembali ke tangan mereka hatta terpaksa membunuh.Link
Aku sedih. Sampai bila kita harus sabar melihat keangkuhan Umno dan Barisan Nasional dengan angkuhnya meragut nyawa rakyat. Kita hanya mampu melihat. Jangan sia - siakan pemergian Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan Allahyarham Baharudin. Mereka berjuang habis - habisan hanya semata ingin melihat negara kita ini lebih berkat dan selamat. Apa gunanya pengorbanan mereka jika kita tidak menyahut harapannya.

Buat rakyat Malaysia, bangkitlah. Bangkitlah selagi nyawa masih ada. Bangkit membangunkan Malaysia yang lebih baik!

http://dragsuperstar.blogspot.com

BERSIH 2.0 : Video Peperangan di Jalan Pudu...


Kedah gagal dapatkan kembali bunga emas

ALOR SETAR - Kerajaan Thailand menolak permohonan Kerajaan Kedah untuk mendapatkan semula satu daripada bunga emas yang dijadikan ufti pada zaman dahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Thailand bertegas untuk tidak membenarkan bunga emas itu dikembalikan ke Kedah walaupun untuk tujuan warisan sejarahnya.

“Memandangkan permintaan itu ditolak, anak cucu kita hanya dapat melihat replika bunga emas. Agak sukar untuk kita dapatkan kembali artifak itu dalam bentuk asal.

“Difahamkan cuma dua artifak yang dipamerkan dalam bentuk replika iaitu sepasang pohon bunga emas dan bunga perak,” katanya selepas sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat negeri di pekarangan Muzium Negeri Kedah, semalam.

Hadir sama, Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri.

Azizan berkata, selain bunga emas dan perak, terdapat satu lagi replika artifak yang tidak kurang pentingnya iaitu satu daripada dua pasang meriam tembaga yang diabadikan di sebuah Wat Siam di bandar Nakhonsithammarat, Thailand.

Menurutnya, meriam ini tertera nama ‘Kedah Darul Aman’, nama penjualnya dan tarikh hijrah tahun meriam itu dibeli.

“Difahamkan replika meriam itu kini dipamerkan di hadapan pintu masuk ke bangunan muzium,” katanya.

Azizan berkata walaupun sedikit terkilan kerana masih ada bahan peninggalan sejarah Kedah berada di luar negara seperti di Thailand akibat diserang dan ditawan oleh Ligor pada 1821, namun sukar untuknya menuntut semula artifak berkenaan kerana sudah menjadi hak negara itu ketika dijadikan harta rampasan perang.

Menurutnya, jika ada peminat sejarah yang menyimpan atau memiliki artifak atau barangan lama yang bernilai dari sudut sejarah dan budaya, beliau memohon mereka dapat menyumbangkan kepada muzium untuk dipamer kepada seluruh rakyat negeri ini.

Sehubungan itu, semua pegawai dan kakitangan muzium perlu lebih berhati-hati menyediakan sesebuah kapsyen kerana maklumat terbaik mampu memberi pengetahuan yang mudah difahami dan dimanfaatkan pelawat.

“Muzium adalah sebuah pusat sumber informasi. Oleh itu kapsyen antara sumber rujukan penting dalam memberi informasi kepada pelawat,” katanya.

Azizan berharap semua pihak bersatu tenaga dan berfikiran terbuka bagi mendukung tanggungjawab yang diamanahkan agar sejarah dan budaya negara dapat terus dipertahankan sebagai satu identiti kebangsaan.

“Semua pihak perlu mempelbagaikan peranan muzium bukan sahaja sebagai gedung khazanah sejarah dan budaya negara tetapi penyebar maklumat, mendidik masyarakat, memupuk semangat kesedaran terhadap sejarah dan budaya,” katanya.

Bola sepak ibarat politik: Azizan

ALOR SETAR - Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menyifatkan bola sepak tak ubah seperti politik, di mana pasukan yang menang tidak akan kekal pada kedudukan teratas.

Katanya, ada masanya pasukan berada di puncak dan ada ketika pula jatuh merudum.

“Macam dunia politik, pemimpin itu tidak akan menang selama-lamanya. Sampai masa akan jatuh jua,” katanya.

Mengulas prestasi pasukan bola sepak Hijau Kuning tahun ini yang berada di kedudukan keempat Liga Super, Azizan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, pihaknya berpuas hati dan mahu pemain berusaha lebih gigih membaiki kedudukan pasukan.

“Pencapaian setakat itu bagi saya bagus. Jangan berada di kedudukan terbawah sudahlah. Namun saya harap pemain terus berusaha supaya kita dapat mendaki kedudukan lebih baik,” katanya.

Menurutnya, sasaran seterusnya ialah untuk menjuarai Piala Malaysia dan pastinya ganjaran menunggu setiap pemain sekiranya berjaya membawa pulang piala ke Kedah musim ini.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...