TERKINI :

Thursday, July 7, 2011

A Samad Said - Peludah Warna


Jom layan KL GANGSTER.......









Hangpa kalau sayang anak tobat dah jgn dok buat benda macam nie...

Anak lemas dalam kereta

SEREMBAN - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia selepas terperangkap hampir tujuh jam dalam kereta milik ibunya di pekarangan sebuah sekolah rendah agama di bandar ini, semalam.

Bapa mangsa, Mohd Khir Abd Majid, 45, berkata, anaknya, Izzah Athirah, 10, menaiki kereta jenis Perodua Alza bersama isterinya dan tiga adik-beradik yang lain ke sekolah berkenaan.

“Saya difahamkan Izzah Athirah tidak mahu keluar daripada kereta sebab dia tiada kasut sekolah. Sudah puas dia cari kasut itu di merata-rata tempat tetapi tidak jumpa.

“Allahyarham tinggal sendirian di dalam kereta, sementara isteri yang bertugas sebagai guru di sekolah berkenaan terpaksa bergegas ke kelas bersama tiga anak kami, kira-kira jam 7.30 pagi,” katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Tuanku Ja’afar, dekat sini, semalam.

Beliau yang juga Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Rembau (Bahagian Pendidikan Khas dan Swasta) berkata, salah seorang anaknya pergi ke kereta untuk memeriksa :keadaan Izzah Athirah, kira-kira jam 2 petang.

Menurutnya, mangsa terus dikejarkan ke hospital selepas dia ditemui dalam :keadaan lemas, dalam kereta yang berkunci dan ditutup semua tingkap namun disahkan meninggal dunia di hospital sama, kira-kira jam 2.15 petang.

“Semasa kejadian, saya berada di sebuah hotel dekat Port Dickson untuk menghadiri mesyuarat Majlis Tilawah al-Quran Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan 2011.

“Saya terus berkejar ke hospital selepas dimaklumkan seorang rakan mengenai kejadian yang menimpa Izzah Athirah,” katanya.

Mohd Khir berkata, pemergian anak kelima daripada lapan beradik itu diterima dengan reda dan jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Yayasan Sofa dekat Rembau, pagi ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, mengesahkan telah menerima laporan ibu mangsa berhubung kematian anaknya dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-kanak 2001 iaitu penjaga disyaki cuai dalam penjagaan kanak-kanak.

Senarai Nama 91 Orang yang tak boleh masuk KL sabtu nanti...

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Berikut ialah senarai nama mereka yang dilarang memasuki ibu negara pada Sabtu ini.

    • Datuk Ibrahim Ali
    • Datuk Ab Rahman Abu Bakar
    • Syed Hassan Syed Ali
    • Irawah Fahmi Ideris
    • Roslan Kassim
    • Sharifuddin Abd Hamid
    • Dr Zubir Harun
    • Ameir Hassan
    • Datuk Ahmad Saad
    • Ahmad Zaini Ismail
    • Muhammad Zaid Md Arip
    • Abdullah Mansor
    • Zaira Jaafar
    • Norkhaila Jamaludin
    • Khairy Jamaluddin Abu Bakar
    • Datuk Megat Firdouz Megat Junid
    • Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
    • Megat Zulkarnaian Omardin
    • Rizalman Mokhtar
    • Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
    • Lokman Noor Adam
    • Datuk Abdul Azeez Rahim
    • Ungku Saleh Ungku Jamal
    • Arman Azha Abu Hanifa
    • Tun Faisal Ismail Aziz
    • Datuk Ambiga Sreenevasan
    • Mohamad Sabu
    • Hishamuddin Md Rais
    • Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
    • Maria Chin Abdullah
    • Chua Tian Chang
    • Kamarulzaman Mohamad
    • Dr Mohd Hatta Md Ramli
    • Syed Shahir Syed Mohamud
    • Syed Ibrahim Syed Noh
    • Teresa Kok Suh Sim
    • Badrul Hisha Shaharin
    • Shamsul Iskandar bin Mohd Akin
    • Arutchelvam A/L Subramaniam
    • Wong Chin Huat
    • Ong Boon Keong
    • Enalini A/P Elumalai
    • Haris Fathillah Sathiasingam bin Mohd Ibrahim
    • Datuk Khalid Yunus
    • Datuk Zulkifli Noordin
    • Dr Zubir Harun
    • Datuk Seri Abd Hadi Awang
    • Datuk Seri Anwar Ibrahim
    • Lim Kit Siang
    • Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
    • Nurul Izzah Anwar
    • Kohila Yanasekaran
    • Zaid Kamaruddin
    • Khoo Teng Swee
    • Fadiah Nadwa Fikri
    • Yap Swee Seng
    • Salahuddin Ayub
    • Datuk Mahfuz Omar
    • Nasrudin Hasan
    • Mazlan Aliman
    • Dr Syed Azman Syed Nawawi
    • Dr Dzulkifli Ahmad
    • Dr Mujahid Yusof
    • Khalid Abd Samad
    • Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin
    • Azman Shapawi Abd Rani
    • Suhaizan Kaiat
    • Nor Azli bin Musa
    • Mohd Firdaus Jaafar
    • Loke Siew Fook
    • Lau Wen San
    • Mohd Azmin Ali
    • Mat Shuhaimi Shafie
    • Satipul Bahari Amamt
    • Wan Hassan Mohd Ramli
    • Mohamad Izzudin Hilmi Mohd Zaini
    • Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
    • Muhammad Hilman Idham
    • Mohd Shukri Che Ab Razab
    • Mohd Syukri Kamaruddin
    • Ahmad Syazwan Muhammad Hasan
    • Choo Chon Kai
    • Sarasvathy Muthu
    • Soh Sook Hwa
    • Nurul Izham Nurul Anuar
    • Abd Rahim Osman
    • Mohd Sibri Ismail
    • Mohd Lukam Muda
    • Datuk Prof Kamaruddin Kachar
    • Datuk Mohd Noor Nordin Abdullah

sayangku pada Melayu

Akhir-akhir ini masa saya agak terhad untuk menulis atau update blog . Kengkangan kerja dan kerja-kerja politik yang setiap hari sentiasa panas membuatkan saya punya masa yang agak terhad.
Saya terpanggil untuk membuat catatan yang ingin saya kongsikan kepada mereka yang setia pada perjuangan rakyat terutama mereka yang cinta dan sayangkan bangsa iaitu MELAYU. Kerana saya adalah antara manusia yang sayang dan cintakan bangsa saya Melayu . Rentetan sejarah perjuangan ini bermula saya bersama menyertai sebuah NGO yang berteraskan perjuangan Melayu iaitu Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) . Daru menjadi ahli biasa sehinggalah menjawat beberapa jawatan di peringkat GPMS Cawangan dan negeri , sehinggalah menjadi EXCO GPMS Pusat bagi sesi 1993/1996.

Sewaktu itu saya ialah anak muda melayu yang aktif berjuang dalam GPMS terutama terhadap pendidikan anak-anak Melayu. Antara rakan seperjuangan yang bersama saya ketika itu seperti (Dato) Shuhaimi Ibrahim, (Dato) Reezal Merican , sdr Jais ( Presiden GPMS sekarang ) serta ramai lagi tokoh-tokoh yang bersama dalam perjuangan GPMS ketika itu. Semuanya atas prinsip perjuangan melayu tercinta.

Saya didik oleh GPMS , masa saya ketika itu menjalankan program-program serta aktiviti yang bersifat nasionalisme , membakar semangat kemelayuan serta menanam rasa kurang senang terhadap kaum lain yang mencabar dan kononnya menghakis hak dan milik melayu.

Lagu 'Warisan' ciptaan (Tan Sri) Dr. Nordin Kardi menjadi lagu yang menyerap minda dan setiap inci urat nadi saya. Usah ditanya berapa ribu kali air mata ini menangis setiap kali menyanyikan lagu tersebut dengan penuh penghayatan . Betapa 'rasis'nya saya ketika itu . Malah setiap kali program motivasi kepada pelajar-pelajar melayu sayalah antara orang yang meniupkan doktrin kebencian terhadap kaum lain dan menanam pasak 'rasis' dalam jiwa mereka.

Saya teruskan agenda perjuangan melayu apabila menyertai politik iaitu UMNO. Bermula pada tahun 1990, saya menyertai parti UMNO secara aktif yang saya lihat mempunyai wadah perjuangan sama sepeeti yang saya perjuangkan dalam GPMS . Tapi kali ini situasi agak berbeza kerana UMNO adalah parti politik . Dalam masa yang sama saya dilantik sebagai salah seorang tenagan Penceramah dan fasilitator kepada Biro Tatanegara (BTN).

Ketika itu saya menyertai UMNO kerana atas kerana perjuangan Melayu. Memegang jawatan daripada peringkat UMNO Cawangan Kg. Ru Rendang di Bahagian Marang sehinggalah kejawatan di peringkat Pemuda Umno Bahagian meletakkan saya sebagai pimpinan pelapis UMNO . Kecintaan kepada melayu mula melonggar kerana saya sedang berada dalam dunia yang sangat berbeza. Kepentingan melayu dan perjuangan melayu sebenarnya hanyalah tempelan sahaja dalan UMNO.

Tetapi kerana saya memang telah didik oleh GPMS dan rasa kecintaan mendalam kepada melayu dan kepentingan politik melayu yang hanya tinggal kuasa politik , terus menjadi asas kepada perjuangan saya dalam UMNO. Tetapi yang saya saksikan dalan UMNO ialah lahirnya golongan koperat melayu yang mendominasikan parti. Hidup dalan kemewahan dan saya tidak pernah mendengar secara serius perbincangan sama ada dalam mesyuarat pemuda UMNO diperinkat DUN atau Bahagian membincang isu agenda melayu teutama membantu golongan melayu miskin dan kepentingan melayu.

Yang banyak dibincangkan ialah bagaimana untuk terus mengekalkan kuasa bagi tujuan untuk mengalahkan PAS terutama Hj Hadi Awang . Saya didoktrinkan dengan agenda baru bahawa PAS adalah musuh nombor satu . Hingga saya lupa yang PAS juga adalah Melayu ! Setiap kali pemilihan UMNO , pertembungan sesama sendiri dalam merebut jawatan dalan parti menjadi keutamaan dan semua yang dilakukan dengan penuh kekotoran . Merasuah perwakilan , memfitnah , adu domba dan macam-macam lagi . Saya hanyut dalam situasi yang terbina dalan UMNO. BUDAYA UMNO .

Pengalaman tersebut benar-benar dirasai selepas selama 9 tahun secara aktif terlibat dengan UMNO diperingkat DUN dan Bahagian temasuk negeri . Siapa yang banyak duit , dialah yang bakal berkuasa . Kepimpinan UMNO bukan ditebtukan kepada kualiti kepimpinan tetapi berdasarkan siapa yang berduit serta kaya. Siapa yang tidak berduit , pandai-pandai ber'gantung'anlah pada mereka yang berduit.

Kini saya bersama dengan Parti Keadilan Rakyat. Keluar daripada UMNO setelah membuat istiqarah dan memperolehi alamat daripada Allah melalui mimpi supaya meninggalkan parti tersebut. Bersama perjuangan Dato Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu berdepan dengan fitnah yang tidak masuk dek akal. Waktu itu dikenali dengan Parti Keadilan Nasional . Dari ditugas dan bertanggungjawab menjadi Setiausaha Pemuda Keadilan Negeri Terengganu sehinggalah menjawat EXCO Pemuda Keadilan Pusat seterusnya Timbalan Ketua AMK Pusat dan kini sebagai ahli Majlis Pimpinan Pusat .

11 tahun saya bergelumang dengan parti ini . Daripada Parti Keadilan Nasional hinggalah bertukar menjadi Parti Keadilan Rakyat . Dari seorang guru selama 16 tahun berkhidmat meletakkan jawatan kerana parti dan perjuangan ini. Menjadi calon parti di Parlimen Kemaman pada PRU 12. Dari punya pekerjaan sehinggalah menganggur kerana kalah dalam pilihanraya tersebut.

Selama itulah saya mula mengenali perjuangan sebenar . Perjuangan rakyat dan rasa kecintaan saya kepada melayu semakin membuak-buak selepas lama mati sewaktu berada dalam UMNO. Walaupun saya berdepan dengan pelbagai kesulitan, kesusahan , penderitaan dan kesengsaraan tetapi hati dan jiwa saya puas kerana saya menjumpai satu perjuangan yang sebenarnya.

Rasa semangat kemelayuan yang membuak-buak kerana saya melihat orang melayulah manusia yang paling terinaya dan dizalimi akibat daripada sistem dan polisi yang dilaksanakan oleh UMNO. UMNO lah yang telah menindas dan memperbodohkan orang-orang melayu terutama melayu desa dan kampung , melayu felda dan felcra . Namun kerana diasuh dalam erti perjuangan sebenar , perjaungan untuk orang-orang melayu dicampur pula dengan perjuangan rakyat tanpa mengira kaum , bangsa , agama dan edologi . Ketuanan Rakyat !

Perjuangan ini lebih sempurna apabila bukan sahaja berjuang untuk golongan melayu tetapi juga turut memperjuangkan nasib rakyat semua kaum yang wajib dibantu dan dibela. Saya mula mengenai 'gari dan lokap' kerana perjuangan ini. Memahami dan menghayati rakyat marhean yang menderita , tertekan dan susah kerana UMNO. Selama ini saya dibutakan sewaktu berada dalan UMNO. Saya sedar bahawa rakyat terutama orang melayu menderita adalah kerana UMNO.

Bagaimana terguris dan merana saya melihat orang melayu berdepan dengan pelbagai kejadian dan peristiwa . Rumah mereka dirobohkan, pampasan yang tidak setimpal , ada yang tidak ada beras untuk dimakan , mereka dihalau, hak mereka dinafikan kerana berlainan parti politik dan macam-macam lagi penindasan yabg dilakukan oleh pimpinan UMNO terhadap mereka.

Saya mula memahami bahawa UMNO lah merupakan punca orang melayu keterbelakang . UMNO lah menjadi dalang segala penyelewengan dan rasuah yang meletakkan orang melayu menjadi bangsa yang lemah dan ketinggalan . Saya mula menyedari bahawa slogan Melayu yang sering dilaungkan dalam perhimpunab UMNO adalah retorik semata-mata. Hanya dendangan seloka palsu sedangkan hakikatnya ialah pembohongan semata-mata. Sedangkan pimpinan UMNO disemua peringkat sibuk membincangkan tentang tender projek , hidup dalam kemewahan , makan minum di hotel dan berbelanja di gedung mewah , berlumbaa memakai jenama pakaian yang berprestij , kereta import berjenama mewah , perpoya-poya dan melalaikan .

Saya merayu kepada kawan-kawan yang merupakan para pejuang bangsa dalan UMNO. Yang bersama UMNO kerana kepentingan melayu . Anda telah tersilap memilih wadah perjuangan . Kalau anda seorang yang mencinta bangsa semaksimum, menganggap perjuangan bangsa melayu adalah penting , UMNO bukanlah wadahnya. Saya pernah ditipu sewaktu berada dalam UMNO dan pernah menjadi orang yang turut menipu dalam setiap ceramah saya lakukan sewaktu berada dalam BTN dan UMNO.

Walaupun.Parti Keadilan Rakyat adalah parti pelbagai kaum . Tapi teras melayu tidak pernah longgar . Kepentingan rakyat menjadi agenda yang utama . Perjuangan kita semata+mata kerana satu kaum sahaja juga tidak begitu tepat. Sewajibnya untuk kita memperjuangan rakyat seluruhnya , tanpa mengira kaum , agama , edologi , keturunan , warna kulit. Bukan semata-mata atas prinsip kepentingan satu kaum semata-mata. Perjuangan sebegitu tidak tepat dan dilarang oleh agama.

Mereka yang merasakan perjuangan rakyat adalah penting , sewajarnya keluar daripada UMNO dan bersama Pakatan Rakyat . Propaganda yang dicanangkan oleh UMNO yang kononnya Pakatan Rakyat anti melayu adalah tidak benar . Parti Keadilan Rakyat menjadi tunggangan DAP juga adalah fitnah yang cuba merosakkan imej kami. Isu Melayu tidak selamat berada di bawah Pakatan Rakyat adalah satu pembohongan . Semua iti adalah bersifat politik .

Kita boleh mengambil contoh sekarang , dalam Pakatan Rakyat menyediakan Janji Jingga PR yang mengutamakan kepentingan rakyat , UMNO sedang sibuk.menghidangkan isu dan cerita seks seperti kes fitnah liwat Anwar Ibrahim dan kini video seks. Hari-hari rakyat didendangkan dengan isu lucah dan jijik . Bertaburan video seks diedar ke rumah rakyat. Sedangkan banyak isu penyelewengan dan pembohongan pimpinan UMNO bagai hilang begitu sahaja.

Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga barang , kenaikan barang-barang makanan , sara hidup yang tinggi serta pelbagai kesusahan yang dihadapi. Golongan miskin terutama orang-orang melayu lah yang sedang menghadapi kegetiran ini.

Ayuh , sedarlah wahai rakan-rakan seperjuangan . Tempat anda bukannya UMNO untuk berjuang untuk rakyat marhean . Pengalaman di dalam UMNO saya rumuskan sebagai "UMNO ADALAH PENGKHIANAT MELAYU !"

http://farizmusa.blogspot.com/

PM Najib digesa arah Stadium Negara benarkan Bersih

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Bersih meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka membenarkan pihaknya menggunakan premis itu bagi tujuan perhimpunan pada Sabtu ini menuntut pembaharuan pilihan raya bebas dan adil.

Gabungan itu berkata satu pertemuan dengan polis telah dijelaskan bahawa salah satu daripada 62 anggotanya boleh memohon mendapatkan permit polis jika boleh menempah Stadium Merdeka.

“Bersih 2.0 meminta agar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercampur tangan dan mengarahkan pengurusan Stadium Merdeka mengeluarkan satu surat kelulusan bagi menggunakan Stadium Merdeka bagi Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011 (Sabtu ini).

“Ini selari dengan janji kerajaan untuk menyediakan kami dengan stadium bagi perhimpunan,” kata jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 dalam satu kenyataan petang ini.

Gabungan itu berkata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan menekankan tentang hasrat mereka mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan meminta polis agar membebaskan kesemua mereka yang ditahan setakat ini.

Malah gabungan itu juga meminta polis tidak menahan lagi penyokong-penyokong Bersih 2.0.

Polis menegaskan Bersih 2.0 kekal sebuah pertubuhan haram sejak 1 Julai lalu.

IGP: Jangan 'degil', berhimpun di luar KL

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mencadangkan BERSIH 2.0 bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Melawati di Shah Alam dan memohon permit polis secepat mungkin di bawah nama sebuah pertubuhan berdaftar ataupun individu.

"Saya juga mengesyor agak perhimpunan di luar Kuala Lumpur kerana Kuala Lumpur sesak. (Ia) boleh menggangu lalu-lintas, peniaga dan orang ramai awam yang tidak teribat (dengan perhimpunan itu).

NONE"Saya mengesyorkan Stadium Melawati. Menteri Besar Selangor telah buat tawaran,” katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat polis di Bukit Aman selepas pertemuan dengan pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga.

Namun katanya, Ambiga adalah “degil” dan menolak tawarannya itu.

"Malaysia luas, mengapa pilih tempat di tengah bandar dan menggangu orang lain?

"Berapa banyak stadium di negara ini? Tiga puluh, empat puluh? Jadi pilih tempat lain, asalkan mesej anda dapat disampaikan.

"Kerajaan kata berikan mereka sebuah stadium tetapi tidak berkata ia adalah Stadium Merdeka.

NONE"Kamu nak sampaikan mesej, katakan (wak) duduk di stadium di Pahang, tidak boleh sampai mesej ke?" katanya.

Menurut Ismail, pihak penganjur juga mesti mendapatkan kelulusan pemilik stadium sebelum polis boleh memberikan permit.

Ketua polis negara itu juga mengulangi kenyataan timbalannya, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang semalam berkata BERSIH 2.0 tetap merupakan pertubuhan haram dan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mempunyai kaitan dengannya.

Umno makin celaru halang himpunan Bersih 2.0

KUALA LUMPUR, 7 Julai: Umno BN sedang berada di tahap celaru yang kritikal apabila menteri yang berkhidmat di bawah Datuk Seri Najib Razak telah bertindak songsang.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim (gambar) berkata, ini ekoran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataannya yang masih mendakwa Bersih adalah haram.

Ini, katanya bercanggah dengan kenyataan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Hal ini tidak sepatutnya berlaku tambahan pula Bersih telah diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan memberi kebenaran bersyarat dan telah dijamin pula oleh Perdana Menteri sendiri,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Lebih memburukkan keadaan lagi, katanya Polis Diraja Malaysia yang sepatutnya memberikan seluruh ketaatan terhadap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, Sekretariat Bersih yang telah mendapat perkenan Agong sepatutnya dibolehkan untuk meneruskan himpunan seperti mana syarat yang telah ditentukan kerajaan dan Agong sendiri.

Dalam hal ini seluruh yang berkaitan Bersih sepatutnya telah diberi akses oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk bergerak secara bebas.

“Jika hasrat Bersih yang mewakili suara sebilangan rakyat tidak diendahkan oleh kerajaan Umno BN walaupun ia telah direstui oleh Yang di-Pertuan Agong, ke manakah lagi suara rakyat harus dibawa untuk perhatian yang sewajarnya?” soalnya yang juga Adun Titi Serong.

Justeru, katanya berdasarkan respons terkini kerajaan yang amat memalukan negara setelah 8 tuntutan Bersih dikemukakan, ia suatu yang tidak layak terjadi di era negara yang sedang membangun.

“Umno BN perlu dibuang kesemuanya pada PRU 13 nanti,” ujarnya.

dua cadangan kepada kerajaan negeri PAS kedah.

oleh insan tanpanama

oleh kerana PAS dah pegang kedah, sepetutnya adalah perubahan besar di dalam pemerintahan dan dasar kerajaan negeri.

Jadi dua cadangan ini mungkin patut pihak k'jaan negeri pertimbangkan :-

1. Umum mengetahui bahawa telah banyak tanah-2 kepunyaan melayu telah diambil alih samaada oleh kerajaan negeri atau pihak swasta untuk dibangunkan dgn pelbagai jenis projek terutama projek perumahan. kita juga sedia faham bahawa orang melayu berasal dari kampung dan suka hidup cara kampung. Mengapa tidak kerajaan negeri membenarkan tanah-tanah milik melayu dipermudahkan untuk dipecah kecil dan dijual kepada individu yang nak membina rumah kampung.

contohnya sipolan dibenarkan oleh kerajaan untuk memecah kecil tanahnya yang seluas 1 ekar menjadi 10 bahagian (1/4 relong setiap satu) dan dijual hanya kpd orang melayu yang berminat nak bina rumah . Dgn cara ini orang melayu dapat duduk selesa seperti bunglow diatas tanah hak milik melayu.dan tidak perlu berlumba dgn bangsa lain untuk membeli rumah teres taman yang langsung tidak selesa.

Biarkan bangsa lain sahaja yang duduk dirumah teres atau semi D. Berilah keistimewaan ini kepada org melayu kerana tanah ini tanah milik melayu. kerajaan mungkin boleh memberi bantuan dari segi cara pemecahan dan bantuan membina jalan masuk ketanah tersebut.
Dengan cara ini , kita dpt mengekalkan kampung melayu dan mengelakkan orang melayu di ratah keringat (duit) oleh pemaju cina yang membina rumah ratusan ribu ringgit, dan hanya beberapa kerat melayu shj yang dpt membelinya.

2. Pernahkah anda bertandang ke Langkawi? bagaimana rupa surau di jeti kuah? ya ianya hanya sebesar stor dan bersebelahan dgn tandas. Kenapa kita menghina syariat agama kita hingga sedemikian? kalau bertandang ketika masuk waktu, maka melimpahlah jemaah hingga ada yang terpaksa menunggu diluar.

Jadi, nama sahaja Parti Islam, tapi surau yang ada dijeti kuah pun tak mampu untuk di upgrade, mana petanda parti islam kita?. Kalau pelancong tengok, ohhh katanya , islam pun macam kita juga, letak tempat ibadat dipenjuru-2 bangunan shj dah tu ditepi tandas yang pelancong masuk keluar.

Kenapa tidak menggunakan ruang kosong depan jeti (tepi laut dekat bot berlabuh). Binakan surau yang cantik dan selesa. pelancong tengok pun baik dan dpt lihat mcmana syariat islam dan orang islam yang masuk keluar mengerjakan ibadah disurau berdekatan laluan. yang penting, macmana kita melayan syariat agama sebagai yang paling utama didalam pemerintahan. saya rasa x perlu sy hurai panjang2 kerana sesiapa shj terutama pemimpin PAS, jika mempunyai jiwa islam sejati, dah lama buat perkara ini, x perlu sesiapa mengesyorkannya.

91 individu dilarang memasuki Kuala Lumpur Sabtu ini atas arahan mahkamah..

Ambiga, Ibrahim Ali dan Khairy antara 91 dilarang masuk KL Sabtu ini

July 07, 2011

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis memperoleh perintah mahkamah melarang seramai 91 individu yang berkaitan dengan Bersih 2.0, Pemuda Umno dan Perkasa daripada memasuki Kuala Lumpur Sabru ini.

Selain itu, perintah juga diperoleh untuk menutup sebanyak jalan yang mungkin — langkah yang dillihat akan melumpuhkan usaha mengadakan perhimpunan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata orang ramai “sangat tidak digalakkan” ke ibu negara Sabtu ini.

Antara nama disenaraikan ialah Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasen, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan anggota jawatankuasa pemandu Bersih Maria Chin Abdullah.

Amar berkata individu berkenaan telah diserahkan perintah itu hari ini.

Seramai 66 orang adalah dari Bersih, 14 melibatkan Perkasa dan 11 dari Pemuda Umno.

Siapa Lebih Berkuasa? Agong, Najib atau Hisham?

Kenyataan Media: Siapa Lebih Berkuasa? Agong, Najib atau Hisham? (7 July 2011, Keadilan HQ)

http://media1-cdn.malaysiakini.com/380/71f6a812c98762576930d4cdc1e4aa99.jpg

Respon kepada tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang terus-terusan menyalakkan institusi polis untuk menahan dan menghalang perhimpunan aman Bersih pada 9 Julai ini adalah suatu tindakan yang amat biadap kerana jelas telah melanggar titah baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Tindakannya membuatkan rakyat kini hairan, siapa sebenarnya yang lebih berkuasa? Yang DiPertuan Agong, Datuk Seri Najib Razak atau Hishammuddin?

Ini kerana, secara jelas Yang Dipertuan Agong Tuanku Mizan telah memberi perkenan untuk diadakan perhimpunan aman ini. Maka, Hishammuddin seharusnya taat dan patuh, seperti seharusnya sebagai seorang Melayu dan warganegara Malaysia.

Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri nampaknya sudah lepas tangan dan ketidak-upaya lagi untuk menambat dan mengawal perilaku buas Menteri-menterinya.

Malah sebaliknya terus memberikan perlindungan tertinggi buat mereka untuk bertindak sewenang-wenangnya. Kedayusan Najib ini melihatkan seolah beliau kini menjadi Pak Turut dan mangsa buli Menteri bawahannya pula.

Maka, hancurlah Ketuanan Melayu, berkaratlah hunusan keris yang Umno perjuangkan selama ini apabila Menterinya sendiri nampaknya sudah tidak lagi menghormati YDP Agong dan Perlembagaan.

Selain dari 8 tuntutan Bersih sedia ada, kami juga menuntut agar:

1. Hishammuddin segera membebaskan kesemua 194 tahanan, termasuk 6 yang ditahan dibawah Ordinan Darurat.

2. Menghentikan sebarang penahanan dan mengembalikan kesemua barangan Bersih yang telah dirampas.

PDRM harus bekerjasama mengawal keadaan, bukan memburukkannya lagi.

Sekian. Terima kasih.

YB Zuraida Kamaruddin
Ketua Wanita Keadilan Malaysia
Merangkap Ahli Parlimen Ampang

Akan adakah satu lagi Titah Kuning untuk menghalang ombak "kuning" 9hb nanti...!!

Himpunan Bersih - Masih Bertarik Tali

Himpunan Bersih lusa - 9 Julai masih lagi bertarik tali. Para aparat kerajaan sedang melakukan apa juga tindakan untuk mengagalkan hinpunan berkenaan, meskipun secara keparat. Saat demi saat kerajaan UBN sudah dapat merasakan himpunan berkenaan membahaykan mereka dicengkam kekhwatiran. Sekiranya himpunan itu berjaya mengumpul lebih 300,000 ia merupakan satu pukulan maut untuk UBN abad ini.

Lautan rakyat yang mengenakan warna kuning bakal berhimpun nanti akan menjadi tidak ubah seperti banjir besar seperti di zaman Nabi Nuh yang sedikit demi sedikit akan menegelamkan UBN. Sudah pasti himpunan mencecah ratusan ribut ia akan menjadi seperti air besar yang keluar dari bukit yang pecah atau empangan yang roboh.

Kejayaan nanti ia bolehlah sifatkan sebagai tsunami yang berlaku diluar musim terhadap UBN sebabagi kesenimbungan tsunami yang terjadi dalam pilihan raya umum ke-12 lalu sehingga meragut majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kejayaan himpunan Bersih akan memberi musibah besar buat UBN. Selepas 9 Julai nanti ia akan menentukan apakan pintu perniagaan BN khasnya Umno akan terus dibuka atau ditutup. Inilah yang ditakuti dan sedang dibayangkan oleh pemimpin UBN. Mereka hari ini masing-masing menyakinkan diri sendiri bahawa Bersih akan gagal. Sudah pasti kalau UBN kalah ia tidak akan bangun untuk tempoh 100 tahun. Orang yang belum ada pengalaman kalah, ditindas dan ditekan selalunya akan lenyap begitu saja di telan sejarah.

Sebab itu sesetengah pemimpin UBN dan pihak yang mencari makan dengannya sudah tidak dapat menelan air liur lagi. Bercakap pun sudah mulai perlahan dan telor. Nadanya juga sudah tidak seangkuh dulu. Pihak yang sebelum ini nampak sangat menjadi kaldai tua kepada parti kerajaan sudah mula insaf dan menerima realiti dan kehendak rakyat. Pencabuk dirasakan sedang mara ke arahnya. Cabuk... jangan tak cabuk.

Kalau sebelum ini polis nampak keras dan tegas, tetapi ia sudah mengendur sedikit. Kenyataan Timbalan Ketua Polis negara, Khalid Abu Bakar menunjukkan polis sudah berlembut. Mungkin keghairahannya untuk menunjukkan kuasa sebagai timbalan ditegur oleh pihak tertentu. Nampak sangat sejak jadi timbalan, Khalid lebih lantang dan kedepan daripada ketuanya.

Katanya, polis akan mengkaji balik tindakan menyekat lalauan ke ibu kota. Walaupun polis terus patuh kepada ikrar dan sumpah perkhidmatnya, namun kenyataan sebegitulah yang diingini rakyat yang menunjukkan polis adalah penjaga keselamatan dan bukan menjadi sebahagian provokator kepada parti pemerintah.

Disebabkan UBN sudah dapat merasakan kocakan banjir besar itulah menyebabkan ia telah mengarahkan semua jentera kerajaan yang tidak sepatutnya dipergunakan macam kaldai. Hari ini semua orang dalam UBN sudah bercakap mengecam himpunan Bersih itu dan memainkan peranan masing-masing untuk menyekat arus berkenaan. Mereka yang diberikan kuasa untuk mengawal apa juga agensi dan jabatan sudah mula bertindak dan merogol amanah yang diserahkan kepada mereka.

Antaranya, Ahmad Shabery Chik yang diberikan tugas menjaga stadium nasional Bukit Jalil sudah berkokok, mengatakan stadium itu tidak akan dibenarkan. Beliau juga melarang para belia daripada mengikuti himpunan berkenaan. Mungkin Shaberi rasa cemburu kerana Himpunan Sejuta belia yang diadakan baru-baru ini tidak mendapat sambutan langsung. Katanya jumlah yang hadir sekitar 18,000 saja.

Syed Hamid Albar yang sudah diletakkan dalam stor oleh Umno juga turut sama berkokok untuk memberi khdimat terakhir kepada Umno. Beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai pengerusi Suruhanyajaya Pengangkutan Awam, memberi tahu semua permit sermantara kepada bas sekolah dan persiaran dibekukan mulai tengah malam ini bagi mengelakkan ianya disewa untuk datang ke himpunan Bersih.

Pendeknya semua jenis bentuk usaha dan tindakan dilakukan. Kalau pun belum cuba dipergunakan ialah Askar Melayu Di Raja Malaysia. Namun itu belum tentu, mungkin ada unit-unit tertentu akan turut digunakan untuk 'menembak' para himpunan. Jangan rasa pelik kalau ini berlaku. Dalam keadaan manusia desparate untuk mempertahankan kuasa mereka akan melakukan apa saja.

Bagaimana pun usaha itu nampaknya tidak akan membuahkan hasil. Seandaianya dengan segala macam sekatan dan tekanan itu tetapi Bersih berjaya juga mengumpul orang ini memberi petanda bahawa UBN akan kelemasan.

Semalam juga komuniti Bersih sudah membuat ketetapan walaupun apa yang terjadi mereka tidak akan berganjak lagi. Beri atau tidak, izin atau tidak mereka akan berhimpun di stadium Merdeka. Yang penting mereka sudah pun menghadap Agong dan memberi tahu akan tujuan dan niat mereka.

Ketegasan ini menunjukkan Bersih sudah habis tolak ansur. Apabila jalan baik dinafikan, pintu rundingan ditutup, maka jalan jahatlah yang terpaksa dipilih. Ini sudah lumarah. Fikirkan apa terjadi dengan ada jika hidung anda disekup dengan bantal, kelemasan menyebabkan anda akan melakukan apa saja.

Nah keadaan Bersih kini seperti orang yang hidupnya ditutup dengan bantal. Ruang pernafasan tidak ada ada lagi sedang ia memerlukan untuk oksigen untuk bernafas. Jadi kalau kena tendang atau rempuh tangan yang menutup mukanya, ia akan melakukan. Ini adalah soal survival.

Ada baiknya kalau pihak kerajaan memikirkan semula tindakan mereka. Kerajaan perlu berpandangan jauh dan mengambil kira kemungkinan-kemungkinan yang tidak ingin dilihat. Apabila desakan sudah membuak, ia tidak dapat ditahan lagi, dan ketika ini kalau kerajaan juga hilang sabar maka akan berlakulah sesuatu yang tragis. Bukan payah untuk mengenali fiil manusia apa lagi bangsa Melayu. Orang Melayu mudah kalah dengan bujukan atau pun pendekatan psykologis.

Pihak kerajaan, terutamanya polis harus sedar menegenai kedudukan dan status mereka di dalam menghadapi rakyat ini. Polis seperti seorang bapak untuk mengawal anaknya yang sedang gila dan mabuk. Keadaan mabuk menyebabkan tindakan mereka tidak siuman. Apabila polis bertindak ke atas orang mabuk yang salah dan akan disalah nanti ialah polis bukan si pemabuk. Kalaupun si mabuk menikam mati bila dibicarakan ia dilepaskan kerana tindakan mereka tidak waras. Jadi sebelum rakyat jadi tidak waras maka ia perlu ditangani dengan lembut.

Dalam pertarungan merebut kuasa politik ini polis dan agensi kerajaan lain perlu sedar, tugas dan tanggungjawab itu bukan terletak dibahu mereka. Mereka adalah kakitangan kepada kerajaan bukan kepada UBN atau mana-mana parti. Sebagai pegawai kerajaan yang gajinya dibayar oleh rakyat, sesiapa atau pihak mana menjadi kerajaan dia wajib mematuhi kerajaan. Di sini perkara yang masih mengelirukan ramai kakitangan kerajaan tidak dapat membezakan di antara parti politik dengan kerajaan yang dibentuk oleh parti yang memerintah.

Mitos-mitos yang didoktrin oleh UBN sudah mengarat di dinding minda mereka. Cuba bersih hal ini dan bangun dengan jiwa yang merdeka.

Kesimpulan setakat ini yang dapat dibuat, nasib himpunan Bersih masih belum diketahui lagi. Bersih dan kerajaan khasnya polis masih sedang bertarik tali. Sesiapa yang mempunyai kekuatan mental dan ketahanan diri, pihak itulah yang akan berjaya. Yang jelasnya polis tidak mudah mengatakan mereka akan menang kerana ditangan mereka ada senjata, sebab... persepakatan rakyat, iltizam rakyat akan bertukar menjadi kuasa besar.

Sebab itu dalam himpunan rakyat di Mesir bulan lalu, kereta kebal askar yang lengkap dengan senjata canggih pun dapat ditumbangkan oleh tangan rakyat. Cuma satu yang saya bimbang taktu selepas ini akan ada satu lagi titah yang dicatat atas kertas kuning. [wm.kl.*** 06/07/11]

Mohd Sayuti Omar

Tu dia PERMIT BAS pula di bekukan.....baguihhh baguihhh...

Bersih 2.0: Permit sementara bas seluruh negara dibeku

KUALA LUMPUR, 7 Julai — Permit sementara bagi bas untuk membawa penumpang dari pelbagai kawasan di seluruh Semenanjung ke Lembah Klang khususnya ibu negara hujung minggu ini sudah dibekukan, dipercayai langkah terbaru bagi mengehadkan peserta Himpunan Bersih, Sabtu ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar mengesahkan pihaknya telah memutuskan untuk tidak mengeluarkan permit sementara bagi bas kilang dan sekolah membawa penumpang ke ibu negara hujung minggu ini, tetapi menekankan langkah itu semata-mata bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di ibu negara.

Langkah itu akan dikuatkuasakan mulai tengah malam esok, kata beliau.

Keputusan SPAD itu telah dimaklumkan kepada agensi penguat kuasa berkaitan termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan ketika dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan pihaknya sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu.

Sebelum ini permit sementara yang dikenali sebagai lesen perubahan sementara bagi bas sekolah dan kilang dikeluarkan oleh JPJ. Tetapi kini ia terletak di bawah SPAD.

Menurut Syed Hamid, SPAD mengambil tindakan itu sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang masalah lalu lintas di Lembah Klang khususnya di Kuala Lumpur.

“Kami tidak mencadangkan bahawa akan ada perhimpunan (Sabtu ini), cuma tidak mahu menambah masalah lalu lintas,” katanya kepada The Malaysian Insider pagi ini.

“Lagi pun SPAD tidak nampak ada keperluan untuk mengeluarkan permit sementara sebab sekarang ini bukan cuti sekolah ataupun musim perayaan yang akan menambah pergerakan orang ramai,” katanya.

Bagaimanapun Syed Hamid (gambar) berkata, operasi pengangkutan awam lain khususnya transit aliran ringan di ibu negara akan berjalan seperti biasa.

“Perkhidmatan LRT akan berjalan seperti tanpa gangguan, begitu juga perkhidmatan bas normal (antara ke dan dari Lembah Klang)... tiada perubahan, akan dikendalikan seperti biasa. Saya tidak menjangkakan sebarang masalah,” katanya lagi.

Mengenai tindakan akan diambil jika ada pihak melanggar keputusan SPAD, Syed Hamid memberitahu, “rakyat kita ini adalah mereka yang bertanggungjawab, begitu juga operator bas... saya yakin mereka akan patuh (kepada keputusan dibuat).”

Perkhidmatan transit aliran ringan dan bas mengalami gangguan ketika perhimpunan anti-Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diadakan pada Ogos 2009.

“Oleh kerana SPAD sudah membuat keputusan, maka JPJ dan polis boleh mengambil tindakan, jika ada mana-mana bas yang membawa penumpang tanpa permit sementara, kita boleh menahan dan menyita bas-bas terbabit,” jelas Solah.

Lazimnya permit sementara, untuk kegunaan hujung minggu, akan dikeluarkan seminggu sebelum perjalanan.

“Jadi, permit hujung minggu ini adalah bagi perjalanan 7 dan 8 Julai, hingga hujung minggu... keputusan ini membabitkan seluruh negara,” kata Solah lagi.

Perkembangan terbaru ini, yang dilihat meneruskan suasana tegang, muncul selepas Kabinet yang bermesyuarat semalam memutuskan tidak akan membenarkan Himpunan Bersih 2.0 diadakan di Stadium Negara atau Stadium Merdeka.

Malah semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Bersih 2.0 masih merupakan sebuah badan yang telah diharamkan.

Bersih 2.0 memutuskan untuk mengadakan perhimpunan hanya di stadium ekoran pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong kelmarin dan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa gabungan itu boleh berhimpun di stadium jika mahu.

Pihak polis pula telah memulakan sekatan jalan di pelbagai kawasan di Lembah Klang sejak pagi semalam.

Meskipun Bersih 2.0 menerima tawaran Najib tetapi pihak berkuasa menegaskan bahawa penganjur perlu memohon permit polis untuk mengadakan perhimpunan di stadium.

Aduhai dengan rakyat sana tangkap sini tangkap mai "PAK HITAM" dah 12 laporan macam tu jaa..!!

Nenek rimas diusik ‘pak hitam’

PUCHONG – Rimas dengan sikap jiran warga Afrika yang sering mengganggunya setiap hari, seorang nenek memaklumkan sudah membuat hampir 12 laporan polis mendakwa hidupnya kini dalam ketakutan.

Yap Ah Hua, 61, berkata, dia yang tinggal di sebuah pangsapuri di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong bersama seorang anak lelaki sejak setahun lalu mendakwa hidupnya mula dilanda ketakutan apabila unit bersebelahan kediamannya itu disewakan pemiliknya kepada tiga warga Afrika dipercayai pelajar kolej swasta.

“Apa yang membuatkan saya tidak tahan, jiran warga asing itu setiap hari mengacau saya dan membuat bising sehingga mengganggu kehidupan seharian.

“Mereka mengetuk dinding, menggoncang pintu pagar jeriji besi selain sering menjengukkan kepala melalui tingkap ruang tamu ke rumah saya,” katanya ketika ditemui selepas membuat aduan kepada Ketua Pemuda MCA Selangor, Dr Kow Cheong Wei.

Ah Hua berkata, tidak cukup dengan itu, tiga jiran ‘nakal’ itu turut mempersendakannya ketika melakukan upacara keagamaan di rumah.

“Mereka pernah menyepak troli perniagaan yang digunakan saya dan merakam gambar saya menggunakan telefon bimbit tanpa diketahui tujuannya.

“Tindakan itu menyebabkan saya tidak boleh bersabar dan sakit hati sehingga merasakan mahu menyimbah air kencing ke wajah mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Cheong Wei yang juga Ketua Pusat Perkhidmatan MCA Kinrara yang menerima aduan daripada mangsa berharap tuan rumah dapat menyewakan rumah itu kepada penyewa lain.

“Kita tiada kuasa memaksa pemilik menyewakan rumahnya kepada orang lain, tetapi kita boleh menggesanya untuk menyelesaikan masalah yang membelenggu warga emas itu.

“Selain itu, saya berharap pihak pengurusan dapat menjalankan rondaan keselamatan dan pastikan warga emas ini tidak diganggu kerana dia mendakwa hidup dalam ketakutan dan sukar tidur kerana jiran mula membuat bising bermula jam 5.30 pagi,” katanya yang berterima kasih kepada pihak pengurusan yang sebelum ini pernah menyelesaikan masalah membabitkan penyewa warga asing di pangsapuri itu.

Beliau berkata, pihaknya akan turut merujuk kepada polis mengenai isu yang membebani warga emas berkenaan.[SH]

Nukilan Sahabat yang BERSIH pon dak KOTOR pon dak..!!!

Tak boleh pakai baju BERSIH


gambaq nie saja admin yg letak sebab nak habaq kata BERSIH pon dak KOTOQ pon dak..!!

Sana sini orang duk bercakap pasal BERSIH. BERSIH, BERSIH, BERSIH. Entah apa yang bersih pun mama tak tahu. Yang bestnya tadi tengok status kawan2 kat FB, katanya:

"Lepas ni dah tak boleh pakai baju BERSIH. Takut kena tangkap..." kih kih kih. Pastu menyampuk la kawan yang lain,

"Dah tu tak boleh basuh baju la ye tak. Nanti kang jadi BERSIH...kena tangkap pulak..." ahaha....

Dialog di atas adalah double meaning...baca dan fahami sendiri.

Berbalik isu perhimpunan BERSIH, mama memang tak terlibat. menyokong tidak. membantah pon tidak. Sebab walau dah berumur 20++ dan sepatutnya ini kali ke 2 mama mengundi, tapi mama masih belum berdaftar.

Kata papa, tak guna turun mengundi. Cukup sekali papa rasa macamana pergi mengundi. Beratur dari pagi kira2 hampir 500 meter. Berpanas tapi tak berhujan. Penyudahnya, apa yang dapat? Jaminan pekerjaan yang lebih terjamin? Tak ada pun. Kehidupan yang selesa? Kalau ada pun, itu pun usaha sendiri. Harga minyak turun? Tak ada maknanya.

Naik gaji? Mungkin pekerja2 gomen ada, kami yang swasta ni...hurmmm....tengok je lah terkebil-kebil. Hari bekerja? Tetap jugak 5 hari setengah. Tak ada apa yang kerajaan buat untuk kami yang swasta ni mendapat 5 hari sahaja hari bekerja seperti mereka.

Beli rumah 100% loan? Nan hadooooooooooo.... provok je lebih. Bila masa nak gi buat loan, itu tak boleh...ini tak boleh. Last2 90% jugak.

Maka kesimpulannya, hidup lah kami dalam dunia sendiri.

Maka, apa faedah mengundi kepada kami?

BERSIH 2.0 tetap ke Stadium Merdeka Sabtu ini

Bersih 2.0 mengisytiharkan perhimpunan Sabtu ini tetap akan diadakan di Stadium Merdeka di sebalik segala halangan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka.

NONEDalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang semalam, semua 14 anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara berkata “tidak satu ketika pun kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun di sana secara aman.”

Sambil menolak, amaran, ugutan dan hambatan yang dikenakan ke atas mereka dan juga rakyat yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0 sejak dua minggu lalu, pertubuhan yang diwakili 62 NGO itu juga melahirkan kekecewaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kabinetnya kerana didakwa mengkhianati janji bagi membenarkan perhimpunan itu diadakan di sebuah stadium.

azlanApa sekalipun terjadi, ikrar mereka, BERSIH akan melaksanakan “hak yang dijamin oleh perlembagaan untuk berhimpun secara aman untuk sebab yang berpatutan dan kebaikan bersama”.

“BERSIH 2.0 kecewa dengan cara Perdana Menteri dan kabinet yang telah memungkir janji untuk menyediakan sebuah stadium kepada kami untuk berhimpun secara aman.

“Sebagai anggota masyarakat sivil yang komited terhadap prinsip integriti, kami cuba sedaya upaya bagi mematuhi nasihat Tuanku DYMM SPB YDP Agong dan bersetuju mengadakan perhimpunan di sebuah stadium bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan bebas.

NONE“Kami telah memilih Stadium Merdeka sebagai lokasi terbaik untuk perhimpunan ini kerana sifatnya yang simbolik dan juga kedudukannya di tengah-tengah ibu negara. Tidak satu ketika pun, kami akan berganjak daripada keputusan untuk berhimpun secara aman di sana.

“Jika perdana menteri adalah pemimpin yang mengotakan janjinya, beliau akan membuat segala perancangan bagi majlis itu diteruskan secara aman di Stadium Merdeka,” kata gabungan itu.

BERSIH Sana BERSIH sini Last Wanita kaki maksiat bakal terajui Tabung Haji Travel


LIHAT wajah perempuan ini baik-baik. Namanya Datuk Yasmin Binti Dato Yazid, pemegang kad pengenalan bernombor 591028035078. Wanita ini bakal dilantik menjadi CEO (Chief Executive Oficer) TH Travel & Services Sdn Bhd [TH travel] sebuah anak syarikat Tabung haji pada hari jumaat ini. TH Travel adalah sebuah syarikat yang menguruskan perjalanan beribu-ribu jemaah ke tanah suci Mekah terutamanya untuk menunaikan kewajipan rukun Islam ke lima.


Sebelum ini, Perempuan ini telah gagal menguruskan TH Global Services Sdn Bhd sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji yang menguruskan dan membekalkan makanan halal di Malaysia dan Arab Saudi [TH Global], hairan bin ajaib, kini perempuan ini bakal dilantik untuk menerajui syarikat yang lebih besar yang menguruskan wang yang lebih besar ratusan juta ringgit.

Di dalam mesyuarat pengurusan Tabung Haji yang lalu, Dato' Paduka Ismee Ismail (Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji)[TH] telah menyebut tentang kegagalan perempuan ini di dalam menguruskan TH Global sebelum ini. Perniagaan TH Global tidak menguntungkan, baru-baru ini perempuan ini bergaduh dengan Pak Arab di dalam pengurusan di Arab Saudi.

Lu orang semua sudah buta ka? Perempuan ini sudah gagal menguruskan syarikat sebelum ini, tapi kenapa masih nak lantik dia terajui syarikat yang lebih besar? Lu jangan lupa wahai perempuan, bukti skandal lu di Mekah, skandal lu di Sabah beberapa hari lepas sudah ada dalam tangan gua. Kalau lu nak mintak saksi, jangan kata 4, tapi beratus-ratus jemaah haji nampak perbuatan sumbang lu di mekah! Satu persatu akan tampil menjadi saksi.

Kepada staff Tabung Haji dan semua orang yang berkenaan, jangan tutup mata sebelah beb gua tahu lu orang semua kenal perempuan ni. Lu orang menguruskan jutaan rakyat Malaysia, orang Islam untuk menunaikan rukun Islam ke lima. Lu orang tahu siapa perempuan yang penuh dengan skandal ni kan?

Ini soal agama, gua tak ada kepentingan politik dalam hal ini. Jamil Khir, kalau lu tak mahu ambil tindakan, lu punya tembelang gua akan bongkar, dokumen "claim" lu semua gua akan publish bagi satu Malaysia tengok. JANGAN LACURKAN AGAMA!

RentaP© "Nantikan pendedahan seterusnya..."

source: http://milosuam.blogspot.com/2011/07/wanita-kaki-maksiat-bakal-terajui.html#ixzz1RNZrG0PI

Kenyataan Media Berhubung Simbahan Cat Merah dan Risalah Ugutan


PAS Kedah mengutuk keras tindakan pihak-pihak yang cuba mengganggu kestabilan dan keharmonian di Negeri Kedah dengan tindakan provokatif membaling cat dan risalah di beberapa kediaman pimpinan dan ahli PAS. Tindakan membaling cat merah termasuk di kediaman YAB Menteri Besar di Markaz PAS Jerai adalah perbuatan tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan keamanan dan keharmonian di negeri ini.

Risalah yang dilemparkan bersama cat merah itu juga mengandungi ugutan serius, membabitkan nyawa dan keselamatan ahli keluarga pimpinan dan ahli PAS. Saya percaya tindakan bodoh ini bertujuan mengugut dan menakutkan mereka dari memberikan sokongan kepada rally Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti, selain menimbulkan suasana tegang di kalangan masyarakat.

PAS Kedah menggesa piahk polis mengambil tindakan segera untuk menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat berasakan peruntukan undang-undang yang ada di negara kita. Ahli -ahli PAS yang menerima ugutan dalam kejadian itu di beberapa tempat diharap dapat memberikan kerjasama terhadap siasatan pihak berkuasa.

Polis juga diharap dapat meningkatkan kawalan dan pemantauan untuk mengelak kejadian sama berulang pada masa hadapan. Ahli dan penyokong PAS dinasihatkan meningkatkan kewaspadaan pada sepanjang masa, supaya pihak-pihak yang mempunyai agenda jahat seperti itu dapat dibanteras.

Sekian terima kasih.

Muhammad Sanusi Md Nor
Ketua Penerangan PAS Kedah

MB Kedah anggap kerja budak-budak nakal ja yang dok mai simbah cat di rumah dia..

Rumah MB Kedah disimbah cat merah

Beberapa buah rumah dan kereta pemimpin serta pusat khidmat wakil rakyat PAS termasuk rumah Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak disimbah dengan cat dalam beberapa kejadian malam semalam dan awal pagi ini.

Selain itu, sebahagian daripada mereka juga menerima nota ugutan yang dibungkus dengan batu supaya tidak menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Dalam kejadian itu, selain rumah Azizan di Sungai Limau, Yan, kereta ahli parlimen Pendang Dr Hayati Othman dan Setiausaha PAS Kawasan Alor Setar Adnan Saad disimbah dengan cat merah manakala rumah yang terlibat adalah milik Ketua Penerangan PAS Kuala Kedah Ridzuan Abu Bakar dan Anggota Jawatankuasa (AJK) Pemuda PAS Kuala Kedah Mohd Radi Said.

Turut disimbah cat merah adalah Pejabat Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa.

Azizan berkata laporan polis telah dibuat berkaitan kejadian-kejadian itu dan berharap polis dapat melakukan siasatan segera.

Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai tindakan budak-budak nakal yang cuba menimbulkan kontroversi.

"Polis dah pergi tengok. Biarkan polis menjalan tugas mereka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Alor Setar, hari ini.

- Bernama

Isu Majlis Fatwa Perlis - Beza antara logo dengan tugu 1Malaysia




KANGAR - Perbezaan antara logo dengan tugu 1Malaysia menjadi isu yang dibahaskan apabila Majlis Fatwa Perlis sebelum ini mengeluarkan pandangan dalam khutbah berhubung sebarang tugu peringatan dibina untuk dipuja adalah haram.

ADUN Sanglang, Hashim Jasin berkata, pandangan dan teguran yang disampaikan dalam khutbah Jumaat bertajuk ‘Kewajipan Memuja Hanya Pada Allah’ perlu diterima oleh pihak kerajaan.

Katanya, ketika membahaskan isu berkenaan, pembinaan tugu 1Malaysia bukan sahaja membazirkan wang rakyat tetapi akan menutup kepada kemurnian akidah kalangan umat Islam sendiri.

“Selain tugu peringatan, lambang tokoh digunakan untuk tujuan yang sama turut diharamkan daripada dibina.

“Saya menyokong dengan pandangan yang dikeluarkan Majlis Fatwa Perlis kerana bertepatan dengan Syariah itu sendiri serta yakin pembinaan tugu itu bercanggah dengan Islam dan kerajaan perlu membetulkan,” katanya.

Membidas isu berkenaan, ADUN Tambun Tulang, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, 1Malaysia adalah logo bukannya tugu yang dibina untuk tujuan pemujaan.

Sementara itu, semasa sesi penggulungan dibuat Exco Agama (BN) Guar Sanji, Jafperi Othman berkata, Majlis Fatwa Perlis bertindak mengeluarkan teguran berhubung isu itu ekoran daripada permohonan Setiausaha Kerajaan (SUK) untuk mendapatkan pandangan tentang cadangan mewajibkan setiap jabatan mendirikan tugu berkenaan.

Katanya, sudah menjadi tanggungjawab majlis fatwa memberi sebarang pandangan dan nasihat berhubung hal yang mempunyai hubung kait.

Lelaki ditahan, 43 helai baju Bersih ditemui

ALOR SETAR - Seorang lelaki berusia 40-an ditahan polis kerana memiliki 43 helai baju bercetak logo Bersih di sebuah rumah di KM4, Jalan Changlun, awal pagi semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, lelaki itu ditahan dalam serbuan pada jam 2 pagi setelah pihaknya memperoleh beberapa alamat rumah, hasil siasatan susulan serbuan di sebuah premis mencetak baju Bersih di Taman Nuri, Jalan Datuk Kumbar, kelmarin.

“Kami menjumpai baju kuning logo Bersih itu dalam sebuah kereta jenis Toyota milik suspek yang diparkir di depan rumahnya,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, pihaknya masih menyiasat hubungan antara lelaki terbabit dengan premis mencetak baju Bersih yang digeledah kelmarin.

“Kami sudah dapat mengesan pemilik premis mencetak dan menjahit baju itu, tetapi ia bukannya pemilik premis berkenaan.

"Mungkin pemilik bangunan itu menyewa premis itu kepadanya,” katanya.

Ahmad berkata, pihaknya juga masih menyiasat individu yang menempah baju Bersih berkenaan.

Kelmarin, polis berjaya merampas 150 helai baju kuning logo Bersih serta tiga blok mencetak baju Bersih dalam serbuan ke atas sebuah rumah kedai dua tingkat, di Taman Nuri.

Polis turut menahan tiga lelaki, dua daripadanya adalah warga Bangladesh termasuk tiga wanita rakyat tempatan kerana mencetak baju Bersih.

Tahulah hak anda sebagai pengguna...

Wanita dapat RM5,000 lantai rumah reput dimakan anai-anai


ZURAIDAH menunjukkan surat tuntutan dan lantai kayu rumahnya yang dimakan anai-anai di TTPM Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Seorang suri rumah menangis kegembiraan selepas memenangi kes tuntutan terhadap sebuah syarikat pembekal lantai rumah di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di sini semalam.

Zuraidah Yahaya, 50, sebelum ini memfailkan tuntutan ekoran lantai kayu berlaminasi yang mempunyai jaminan selama 15 tahun, reput dimakan anai-anai selepas tidak sampai dua bulan dipasang di rumahnya di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah di sini.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...