TERKINI :

Wednesday, July 6, 2011

Adakah Harakahdaily boikot berita dari UTARA..!!

oleh AnakKedah007.blogspot.com



Aduhai awat laaa lembabnya harakahdaily.net nak cover berita nie... ini bukan cerita saja2 jer keluaq... cover la sikit berita2 dari kedah nie takan tak sudi kot... kami di kedah nie nasib baik ada laman web swasta iaitu kedahlanie.info jika tak dak pakai tak ada laa nak baca berita dari utara nie...

Cuba tengok tajuk2 terkini haram tak ada pon cerita nie..
Apa yang susahnya nak siarkan berita dari UTARA nie... setahu kami wakil wartawan di utara nie ada yang diberi amanahnya...takan beliau tak tahu kot....mustahil tak tahu...sebab beliau wartawan... jika tak tahu berita2 dari utara buat apa jadi wakil... tapi jika jadi wakil hantaq berita pie hangpa di sana tak mau siar pon satu kerja jugak....

Sebelum nie bukan saja berita kena lempaq cat nie ada juga berita sahabat yg kena tahan jual baju bersih... kena tahan bawa baju bersih..tetapi haram satu berita pon tak keluaq... jadi hangpa kat harakahdaily nie nak boh berita macamana... atau hangpa ada dendam kesumat dengan orang2 UTARA sampai tak teringin nak masukan berita2 dari negeri kami...

Jika hangpa tak kelapaq nak boh berita dari kami baik tak payah jadi sumber berita dari PAS sebab kami kat KEDAH nie banyak yg menyokong PAS dan jika sokong satu-satunya media parti tak sudi nak bubuh berita dari UTARA baik hangpa joint UTUSAN jaa itu lagi baguih....

OK chowww wassalam............
dari KedahLanie :

1. Kereta MP & aktivis BERSIH di pecahkan cermin dan di simbah cat merah

Perbuatan Provokasi terhadap BERSIH 2.0!!
Kereta aktivis BERSIH di pecahkan cermin dan di simbah cat


hangpa kenai kot sapa dia nie...



ini kereta MP Pendang...pon kena...

2. Ada surat Ugutan "PIE MATI LA HANG" sewaktu kereta Tn.Hj.Adnan Saad yg Disabotaj




DPPKAS Memantau Kejadian yg Menimpa Tn.Hj.Adnan Saad yg Disabotaj

Kabinet memutuskan stadium di sekitar Lembah Klang tak boleh guna.. pie cari tang lain.!!

Bersih 2.0 Tidak Boleh Diadakan Di Stadium Merdeka - Kabinet

KUALA LUMPUR – Kabinet yang bermesyuarat hari ini memutuskan bahawa perhimpunan Bersih 2.0 tidak boleh diadakan di mana-mana stadium sekitar Lembah Klang, termasuk Stadium Merdeka.

Menurut sumber, larangan tersebut turut melibatkan Stadium Negara dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

Pagi ini, Pengerusi Jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0), Datuk S. Ambiga mengumumkan pihaknya akan mengadakan perhimpunan secara aman di Stadium Merdeka, di sini pada hari Sabtu ini seperti yang dirancangkan.

Perhimpunan itu adakan diadakan mulai jam 2 petang dan dijangka berakhir dua jam selepas itu.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim mengesyorkan agar penganjur perhimpunan pada Sabtu ini mengadakannya di stadium-stadium di negeri yang ditadbir oleh parti pembangkang.

“Oleh kerana mereka menguasai beberapa negeri dan lantaran gerak kerja politik mereka di Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Selangor, pilihlah tempat di negeri-negeri mereka. Negeri-negeri di mana kerajaan Barisan Nasional berkuasa dan mentadbir perlu menjadi pilihan kedua,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Briged Komunikasi di pejabatnya di sini hari ini, menurut laporan Bernama.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, pihaknya berharap pihak polis tidak akan membenarkan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 menggunakan Stadium Merdeka.

“Elok mereka (Bersih) pakai sahaja Stadium Shah Alam,” katanya yang turut disokong oleh pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.

Sementara itu, pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.[mynewshub]

Bersih 2.0 : Tiada Berarak Sabtu ini – Ambiga

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima mynewshub.my yang mengatakan perhimpunan Bersih 2.0 akan bermula di tiga lokasi utama sebelum berarak di jalan raya menuju ke Stadium Merdeka.

Menurut Ambiga yang dihubungi melalui sms, dakwaan tersebut merupakan salah faham dan tidak benar sama sekali.

“No it’s misinformation. Not true at all!!!! (Tidak itu semua maklumat yang salah. Tidak benar langsung!!!!),” katanya melalui sms yang kami terima lewat hari ini.

Mynewshub.my hari ini menerima satu sms yang mengatakan peserta-peserta perhimpunan itu diseru untuk berkumpul di bangunan membeli belah SOGO, Masjid Jamek Kampung Baru dan Dataran Merdeka sebelum bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka.

SMS itu didakwa disebarkan oleh Jawatankuasa Bersih 2.0 kepada pemimpin-pemimpin kanan mereka.

Mengikut rancangan asal perhimpunan itu, peserta akan berkumpul di tiga lokasi utama tersebut sebelum berhimpun di Dataran Merdeka.

Bagaimanapun, rancangan tersebut terpaksa ditukar setelah jawatankuasa berkenaan bertemu DYMM Yang DiPertuan Agong yang baru-baru ini bertitah kepada NGO berkaitan mengenai perhimpunan tersebut.

Tuanku Mizan Zainal Abidin melalui titah khas pada Ahad lalu menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan.

Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN

BERSIH 2.0 : Jika lembu dipegang pada talinya...tapi janji Najib pula...????

Apabila rasional BERSIH 2.0 bertembung dengan ketidakikhlasan BN...

Kepercayaan adalah asas yang mendasari sesebuah masyarakat. Apabila manusia tidak berpegang kepada janjinya, maka lembu mempunyai alasan untuk membebaskan diri dari talinya.

Kata kunci pada detik saat yang kurang daripada 70 jam menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 ini adalah "Rasional". Malangnya, inilah yang amat kurang dalam kerajaan Barisan Nasional setakat ini. Lebih malang lagi, sikap "rasional" BERSIH 2.0 seolah-olah tidak hargai, malah tidak dibalas dengan reaksi yang sewajarnya.

Realiti yang terpampang di depan mata adalah, tiada pihak yang akan "menang bersih" dalam senario sedemikian. Pimpinan BERSIH 2.0 telah berganjak langkah setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong, dengan mengumumkan kesediaan mereka untuk mengadakan perhimpunan dalam stadium. Sebagai pemimpin BERSIH 2.0, Ambiga Sreenevasan (gambar kanan) semestinya akan berdepan dengan tekanan dan pandangan yang berbeza dalam gerakannya, berikutan pendirian tersebut.

Kenyataan KDN keruhkan keadaan

Namun demikian, keikhlasan dan kesediaan BERSIH 2.0 untuk berkompromi tidak dibalas dengan reaksi yang setimpal. Jikapun tahanan yang dikaitkan dengan gerakan BERSIH 2.0 tidak dibebaskan, polis sekurang-kurangnya harus menghentikan tangkapan baru. Jikapun polis gagal menghentikan "pendedahan" yang masih diragui kesahihannya, iaitu penemuan senjata di sekitar Lembah Klang yang terus dikaitkan dengan perhimpunan BERSIH 2.0, polis sekurang-kurangnya harus menghentikan tangkapan terhadap mereka yang memakai baju T BERSIH 2.0 - penangkapan yang langsung tidak masuk akal.

Permintaan di atas adalah paling "minima", untuk menunjukkan keikhlasan pihak berkuasa terhadap gerakan BERSIH 2.0. Namun demikian, bukan sahaja permintaan minima tersebut tidak dipenuhi, malah polis terus menyulitkan keadaan dengan mengadakan sekatan jalan di sekitar Lembah Klang pada hari ini; disusuli dengan kenyataan dari Menteri Dalam Negeri, BERSIH tetap haram - yang jelas hanya untuk mengeruhkan keadaan.

Kayu ukur yang mana?

Kembali kepada soal pokok, kepercayaan adalah asas yang mendasari sesebuah masyarakat. Dalam konteks ini, kerajaan UMNO-BN sejak awal jelas berpendirian untuk mengiktiraf kedudukan institusi raja. Maka, kayu ukur ini harus ditegakkan dan dijadikan paksi ketika pendirian dan keputusan dilakukan.

Apabila YDPA bersetuju untuk mengaturkan pertemuan bersama perwakilan BERSIH 2.0, dan apabila Baginda bertitah menyeru untuk menyelesaikan masalah secara "rundingan", kerajaan BN-UMNO perlu akur dengan Titah Khas itu. Kerajaan UMNO-BN tidak boleh menuduh BERSIH sebagai penderhaka jikalau mengingkari titah Tuanku, tapi pada masa yang sama, kerajaan dan polis terus dengan pendekatan di luar "rundingan".

Dengan kata lain, apabila YDPA mengiktiraf kedudukan BERSIH dengan mengaturkan pertemuan bersama perwakilan BERSIH, adalah tidak sesuai untuk KDN terus mengulangi kenyataan bahawa BERSIH adalah haram - melainkan KDN tidak mengiktiraf peranan institusi raja dalam penyelesaian isu ini. Tapi hakikatnya tidak, UMNO-BN dari segi kenyataannya, lebih menyanjung kedudukan institusi Raja.

Justeru itu, kesediaan BERSIH untuk berkongsi pendirian mengiktiraf institusi raja dalam penyelesaian isu ini harus dihargai. Ia harus ditafsir sebagai kesediaan BERSIH untuk membina asas kepercayaan antara kerajaan BN, malah dengan institusi raja. Namun demikian, kerajaan UMNO-BN, malah polis yang menurut perintahnya, seolah-olah tidak memandang berat, bahkan memperlekehkan asas kepercayaan yang cuba dijalinkan ini.

Di mana jalan keluarnya?


Tiada keikhlasan daripada kerajaan UMNO-BN dari segi tindakan dalam menyelesaikan isu ini. Enam orang aktivis PSM terus ditahan di bawah Ordinan Darurat, mereka yang berpakaian kuning BERSIH 2.0 terus ditangkap dan didakwa di mahkamah, malah diadakan Demonstrasi Ketenteraman Awam dengan kain rentang bertulis "Bersurailah kamu kalau tidak kami tembak".

Perkembangan terkini menyaksikan penolakan pihak Stadium Merdeka terhadap tempahan BERSIH 2.0, tanpa alasan yang jelas. Menurut laporan media, Hishammuddin Hussein (gambar kiri) bertegas, tangkapan pencegahan ke atas aktivitis yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 akan berjalan seperti biasa.

Persoalannya, siapa yang mahu berdemonstrasi di jalan raya, seandainya masalah boleh diselesaikan melalui penyerahan memorandum? Siapakah yang mahu memekik di padang stadium, seandainya masalah boleh diselesaikan di atas meja rundingan? Siapakah yang akan hilang "amanah", seandainya asas kepercayaan yang cuba dibina tidak dimusnahkan? Siapa yang sanggup/akan menjadi "haram", jikalau golongan yang berkuasa berpegang kepada janjinya?

Dan soalan terakhir, bukankah kerajaan memaksa BERSIH 2.0 untuk turun semula ke jalan raya, seandainya pintu stadium tidak dibuka? Dan seandainya diimbas kembali perkembangan isu ini, bukankah reaksi kerajaan UMNO-BN sendiri merasionalisasikan hasrat asal BERSIH 2.0 untuk turun ke jalan raya?

*Lim Hong Siang ialah Editor Merdekareview, edisi bahasa Malaysia.

Hari Tu Sembang kata boleh sampai 3pagi kalau berkumpoi kat stadium..mai hari nie dah cabang dah lidah tuu...!!!

Himpunan BERSIH: Pakatan gesa Najib patuhi janji

Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya "mematuhi janji" dengan menyediakan stadium kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) dengan menyediakan sebuah stadium untuk perhimpunan Sabtu ini.

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat juga berdiri teguh dengan BERSIH 2.0 yang mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka.

"Maklumat akhir, perdana menteri dan Kementerian Dalam Negeri sengaja memberi pelbagai alasan untuk tidak membenarkan stadium digunakan.

"Saya difahamkan BERSIH masih lagi merujuk kepada Najib supaya (beliau) mematuhi janji (dan) jaminan beliau untuk menyediakan stadium supaya BERSIH dapat menganjurkan majlis dengan teratur dan aman sepertimana semangat (ketika mengadap) dengan Yang di-Pertuan Agong.

"(Sebab itu) Kita menyokong tindakan keputusan BERSIH untuk meneruskan perhimpunan itu di Stadium Merdeka," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat di Menara G di ibu negara petang ini.

Mengulas lanjut, Anwar berkata Pakatan Rakyat kesal dengan kenyataan dan "sikap keterlaluan" Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang didakwanya "nampak menyimpang dari semangat rundingan" BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Anwar mendakwa Hishammuddin seolah-olah menganggap BERSIH sebagai pertubuhan haram walaupun selepas bertemu dengan Seri Paduka.

"Maknanya Yang di-Pertuan Agong memanggil pertubuhan haram, kemudian semangat rundingan diketepikan begitu sahaja," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Polis Diraja Malaysia supaya mengambilkira semangat pertemuan tersebut dan menasihati agar tidak mengeruhkan keadaan dengan membuat tangkapan khususnya terhadap ahli dan penyokong Pakatan Rakyat.

Turut hadir dalam sidang media itu, ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu; setiausaha agung Datuk Mustafa Ali dan tokoh DAP, Lim Kit Siang.

Sementara itu, Lim berkata keputusan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan di stadium merupakan "satu restu" daripada Seri Paduka dan dengan persetujuan daripada Najib.

"Kami berharap selepas pertemuan semalam, menteri dalam negeri dan polis mengambil inisiatif untuk mengawalselia perhimpunan itu," katanya.

Katanya, dengan tindakan tersebut, masyarakat dunia boleh melihat Malaysia sebagai sebuah demokrasi yang membenarkan rakyatnya mengamalkan hak asasi mereka.

Manakala Mohamad pula menyentuh tindakan polis yang didakwanya tidak mengambil tindakan terhadap kumpulan yang dikatakan "tidak dapat mengawal ahlinya" termasuk kejadian yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini.

"Saya nampak polis tidak mengambil tindakan dan memberi amaran kepada kumpulan itu.

"Kita tidak nampak kenyataan pihak tertinggi polis, dan menteri dalam negeri untuk menghalang tindakan yang membuat kacau," katanya.

Sehubungan itu, katanya, beliau menggesa polis "menunjukkan kewibawaan dengan menjaga keselamatan rakyat, dan bukan menjaga pihak tertentu".

Ditanya sekiranya pihak Stadium Merdeka tidak membenar penggunaannya pada tarikh tersebut, Mohamad berkata pihak stadium mesti membenarkan kerana ia adalah "janji perdana menteri".

"Semangat rundingan BERSIH dengan Yang di-Pertuan Agong, pindah perarakan awal ke stadium. Disahkan oleh perdana menteri, apa alasan nak batal.

"Jaminan diberikan, ini dipersetujui BERSIH," katanya.

Ditanya bagaimana cara pemimpin Pakatan Rakyat untuk pergi ke stadium berkenaan, dengan kemungkinan wujudnya sekatan, Anwar dengan beseloroh berkata: "Kalau boleh dengan helikopter".

Lantas Mohamad mencelah: "Tiada sungai untuk kami renangi", menyebabkan kira-kira 25 wartawan dan jurugambar ketawa.

"Kita guna kebijaksanaan dan kemahiran masing-masing," kata Anwar meredakan keadaan.

Katanya, tempat terakhir pemimpin Pakatan Rakyat akan berhimpun adalah di dalam stadium pada tarikh tersebut.

Asri : Antara Sungai Banyak Ikan dengan BOM BERSIH 2.0



Polis kononnya- menjumpai bom petrol yang dikaitkan dengan BERSIH..saya tidak pasti sejauh manakah benar berita ini..jika benar amat bahaya, jika tidak benar, pun bahaya kerana menuduh perkara yang bahaya..kata Datin Paduka Marina Tun Mahathir dalam twitternya 'berita yang sukar dipecayai'..saya sendiri pun rasa agak pelik..mungkin betul cerita ini, mungkin provokasi..

Apapun saya teringat cerita di Negeri Entah Berentah bahawa ada dua orang 'kaki bohong' berdialog. Seorang berkata: "Sungai di tempat aku, ada banyak ikan. Setiap kali ceduk air dapat ikan". Jawab yang seorang lagi: "Sungai di tempat aku lebih banyak, terpaksa dikuak ikan ke tepi untuk mengambil air".

Maka, terpingalah sahabat pembohong yang seorang lagi kerana tidak terdaya menghadapi pembohongan yang lebih hebat. Moralnya, jika kita bohong keterlaluan, walaupun orang tidak jawab, tapi semua orang akan kata dalam hatinya 'kau bohong'..saya tidak pasti cerita bom ini dalam katagori benar, ataupun bohong..semua orang kena tanya kewarasan sendiri.."ceduk air dapat ikan, atau kuak ikan ambil air"..

Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Kesian kat Brahim Ali.. Tuanku tak mau jumpa dia pagi tadi...

Perkasa Not Allowed to Meet Agong at Istana Negara
by Haider Yutim

KUALA LUMPUR: Perkasa presiden Datuk Ibrahim Ali today cancelled his scheduled meet with the Yang di-Pertuan Agong to submit a letter to seek audience with His Majesty.

According to sources, the meeting was cancelled due to the Istana not allowing the group to meet with him.

Perkasa was expected with the Agong today at 10.:0am to submit a letter to seek audience with His Majesty before 9 July.

http://www.malaysiandigest.com

Bersih 2.0: Tiada makna jika stadium tidak melimpah

KUALA LUMPUR, 6 Julai: Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya iaitu kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) dalam satu kenyataannya hari ini.

“Dengan kegigihan jawatankuasa Bersih 2.0 dan juga publisiti percuma daripada Umno Barisan Nasional dan medianya serta tindakan Kementerian Dalam Negeri yang mengarah polis untuk bertindak melampau dengan mengada-adakan konspirasi tak masuk akal terhadap Bersih 2.0, pergerakan itu kini dikenali di seluruh pelosok negara.

"Rakyat kini tahu akan apa itu Bersih 2.0, apakah tuntutan mereka dan juga keganasan kerajaan Barisan Nasional.

"Bersih 2.0 sudah mencapai 60% matlamatnya – kebanyakan rakyat hari ini sedar akan kewujudannya, namun segalanya tidak bermakna sekiranya perhimpunan di stadium nanti tidak melimpah hadirinnya,” terang beliau.

Tuan Ibrahim juga berkata rakyat usahakan 40% yang selebihnya untuk memastikan agenda Bersih 2.0 berjaya bagi meyakinkan diri sendiri serta orang-orang sekitarnya yang sedar tentang kewujudan dan fungsi Bersih 2.0 dengan menghadirkan diri secara beramai-ramai ke perhimpunan awam nanti.

“Dengan stadium yang melimpah, percayalah bukan sahaja rakyat sendiri berasa yakin mereka tergolong dalam golongan majoriti yang menuntut perubahan dalam sistem pilihanraya, bahkan juga kerajaan pimpinan Barisan Nasional bahawa rakyat menuntut perubahan dilakukan segera sebelum pilihanraya ke 13 diadakan.

"Itulah 40% lagi, yang hanya boleh diusahakan oleh rakyat Malaysia yang cintakan kebebasan dan keadilan untuk menjayakan Bersih 2.0 sepenuhnya,” seru beliau.

Beliau juga mengucapkan syabas atas kegigihan yang ditunjukkan para penganjur Bersih 2.0 yang berjaya menunjukkan tahap ketabahan yang mengkagumkan sepanjang minggu lepas walaupun diasak, diugut dan dipersenda oleh “mereka-mereka yang berkuasa tapi tidak menghormati undang-undang” sehinggalah mendapat pengiktirafan diRaja apabila diberi peluang untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Daripada digelar sebagai satu pertubuhan haram, diasak oleh Kementerian Dalam Negeri dengan menggunakan polis dan akta-akta yang zalim seperti Akta Ordinan Darurat 1966 sehinggalah mendapat restu dan pengiktirafan diRaja dengan diberi peluang menghadap Agong, rakyat perlu kagum dan bangga dengan kegigihan aktivis-aktivis Bersih 2.0 untuk meneruskan agenda mereka tanpa gerun demi rakyat, tambah beliau.

Walaupun tempat perhimpunan aman bertukar daripada demonstrasi aman di jalanraya kepada stadium, PAS menyeru seluruh ahlinya untuk tetap menghadirkan diri di stadium yang ditentukan nanti untuk menyokong Bersih 2.0 kerana dasar perjuangannya tetap sama iaitu untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil di negara ini.

“Kepada para penyokong Bersih 2.0 yang kecewa dengan kompromi ini, bersangka baiklah pada jawatankuasa Bersih 2.0 telah melakukan yang terbaik demi rakyat,” nasihat Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

PAS, katanya juga ingin menegaskan bahawa Bersih 2.0 ialah sebuah badan bukan politik dan berkecuali, dan PAS menyokong kerana dasar perjuangannya untuk menuntut satu pilihanraya yang bebas dan adil demi masa depan negara dan generasi akan datang.

“PAS menyokong Bersih 2.0, termasuklah keputusannya untuk mengadakan perhimpunan aman pada Julai 9 ini di Kuala Lumpur,” kata beliau.

Ingatan kepada Pakatan Rakyat

Tuan Ibrahim juga mengingatkan Pakatan Rakyat Rakyat bahawa sokongan rakyat terhadap Bersih 2.0 dan kecaman mereka terhadap keganasan yang digunakan kerajaan Umno Barisan Nasional terhadap penyokong Bersih 2.0 bukanlah petanda sokongan rakyat kepada pembangkang.

“Rakyat menyokong Bersih 2.0 hanya semata-mata untuk memastikan undi-undi mereka tidak di’offset’kan secara tidak sah oleh pengundi hantu, pengundi pos yang tidak sah dan juga memastikan mereka mendapat maklumat yang tepat sebelum mengambil keputusan untuk mengundi siapa-siapa.

8 tuntutan Bersih 2.0 adalah untuk memastikan wakil yang dipilih menang nanti di pilihanraya akan datang betul-betul adalah pilihan rakyat dan bukannya pilihan parti pemerintah yang memanipulasi sistem pilihanraya negara untuk kekal berkuasa,” terang beliau.

Pakatan Rakyat, katanya juga tidak harus terlalu yakin bahawa dengan pilihanraya yang lebih bersih, mereka bakal dapat menewaskan Umno Barisan Nasional secara automatik.

“Rakyat yang menyokong Bersih 2.0 tetap tidak akan mengundi kita sekiranya prestasi kita lemah dan tidak dapat memberikan keyakinan kepada mereka untuk menerajui negara,” tegur Tuan Ibrahim.

Untuk kerajaan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya, Tuan Ibrahim berkata PAS menasihatkan agar menunaikan 8 tuntutan Bersih 2.0 ini.

“Barisan Nasional akan menghayati kepentingannya sekiranya di pilihanraya umum ke 14 apabila tewas di pilihanraya ke 13 nanti,” kata beliau, sambil menambah bahawa sekiranya diberi kuasa memerintah nanti Pakatan Rakyat akan juga melaksanakan 8 tuntutan Bersih 2.0.

“(Ini bagi memastikan) supaya kita dapat bersaing secara sihat dan seimbang di padang yang sama rata dengan semua pembangkang - dengan penuh keyakinan daripada rakyat bahawa demokrasi negara adalah subur, telus dan tulen,” kata beliau.

Stadium Merdeka tolak permohonan BERSIH... tapi buat konsert boleh la pulak..!!

Stadium Merdeka tolak tempahan BERSIH

Pihak pengurusan Stadium Merdeka telah menolak lokasi itu dijadikan tempat himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Menurut kenyataan di Facebook BERSIH 2.0, pegawai tempahan memberikan beberapa 'alasan' untuk menolak tempahan itu.

“Antara alasan yang tidak jelas yang dibekalkan oleh pegawai itu adalah 'majlis pengurusan sukan dalaman' dan 'kerja-kerja ubahsuai'.

“(Ini) di sebalik kenyataan ada rancangan bagi mengadakan 'Konsert Raksaksa 2' pada 9 Julai di Stadium Merdeka,” petik kenyataan itu.

Konsert Raksaksa 2, memaparkan legenda tempatan seperti Sweet Charity dan Blues Gang, bagaimanapun telah ditunda sehingga 1 Oktober kerana faktor keselamatan.

Hisham: BERSIH masih haram walaupun telah mengadap Yang Di-Pertuan Agong

Walaupun telah mengadap Yang di-Pertuan Agong semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, BERSIH 2.0 masih sebuah pertubuhan haram.

NONE"Ia masih lagi diharamkan. Tiada sesiapa mengatasi undang-undang. Hanya bila berjumpa dengan Tuanku tidak bermaksud ia halal," katanya.

Beliau juga berkata, pengharaman gabungan NGO itu sebelum ini dibuat dengan mengambil kira pelbagai aspek, termasuk atas nasihat peguam negara.Bercakap pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini, Hishammuddin bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada BERSIH 2.0 akan diberikan permit untuk perhimpunan di stadium Sabtu ini.

Walaupun ditanya berulang kali, beliau tetap menegaskan bahawa KDN dan pihak polis konsisten dalam menegakkan undang-undang negara.

Katanya, sebelum keputusan dapat dibuat, BERSIH hendaklah memohon permit terlebih dahulu dan barulah perkara lain dapat dibincangkan.

azlan"IGP (ketua polis negara) sudah jelaskan. Semua urusan mesti ikut undang-undang. Seksyen 27 - (Akta Polis) sebut mesti ada permit.

"Biar mereka pohon. Polis akan pertimbangkan permohonan itu," katanya ketika ditanya sama ada permit polis tidak diperlukan kali ini.

Hishammuddin juga berharap pihak BERSIH tidak terus meletakkan syarat lain kepada pihak kerajaan.

Dalam masa yang sama, tambahnya, penguatkuasaan, termasuk tangkapan pencegahan akan berjalan seperti biasa.

"Saya percaya begitu. Ia masih haram dan masih jatuh (tertakluk) bawah undang-undang negara. Kita konsisten," katanya ketika ditanya sama ada tangkapan akan diteruskan jika perlu.

Beliau juga mengambil kesempatan mengingatkan supaya peserta perhimpunan pada 9 Julai ini tidak mengambil kesempatan untuk berarak.

"Kalau mereka tetap berarak, ini dikira derhaka kepada raja," katanya sambil menegaskan pihak polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan.

komen banyak kat sini : http://www.malaysiakini.com/news/169096

Oooo Buat Roadblock nak tahan orang bawak masuk senjata...baguih baguih..!!!

Polis: Sekatan jalan bagi elak senjata diseludup ke KL

Sekatan jalanraya yang dibuat oleh polis pagi tadi di Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya sehingga menyebabkan kesesakan teruk bertujuan menghalang elemen yang tidak diingini daripada 'menyeludup' senjata ke ibu negara, kata Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah.

NONEWalaupun Tun Hisan (dua dari kiri), the Star Online memohon maaf kerana gangguan itu tetapi berkata tindakan berkenaan perlu kerana sepanjang 48 jam yang lalu pihak polis telah merampas sejumlah bom petrol, parang dan mercun.

Katanya, polis percaya senjata berkenaan akan digunakan pada perhimpunan Sabtu ini.

“Tindakan ini adalah pencegahan. Kami mempunyai tugas untuk melindungi orang ramai dan memastikan ketenteraman dan keselamatan terkawal dan aman sepanjang masa.

“Kami harap orang ramai akan bersabar dan memberi kerjasama kerana bukan tujuan kami menimbulkan masalah. Kami mempunyai tanggungjawab dan terpaksa melakukannya,” katanya.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02Tun Hisan berkata siasatan berhubung rampasan senjata itu akan tetap diteruskan meskipun penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah membatalkan perhimpunan jalanan dan bersetuju memindahkannya ke sebuah stadium.

NONESemalam, polis mendakwa merampas sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang dan mengaitkannya dengan perhimpunan, Sabtu ini.

Antara senjata itu termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo BERSIH. Semuanya dirampas semasa operasi polis di Gombak, Selangor dan tiga lokasi di Kuala Lumpur, iaitu di sekitar kawasan pusat membeli belah Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

- baguih baguih buat laaa lama lagi...insya'allah rakyat paham aihh tugas penguatkuasa..!!

Implikasi Agong sedia jumpa Bersih dan himpunan di stadium

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN

http://media1-cdn.malaysiakini.com/377/a15bf7300e07555e674fd55d06211d0c.gifSekurang-kurangnya Buletin Utama TV3, malam 4 Julai lalu, tidak lagi dipenuhi momokan tentang "perhimpunan haram golongan pengacau" apabila wakil Bersih yang diketuai S Ambiga bersama A Samad Said dan Zaid Kamarudin diterima menghadap Yang di-Pertuan Agong pada sebelah petangnya, dan mereka bersedia mengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil di dalam stadium.

Kenyataan Perdana Menteri, Najib Razak pula dilihat lebih mendatar (berbanding malam sebelumnya di perhimpunan bulanan JPM), sambil menekankan: "Kita bersedia untuk berjumpa dengan pihak berkenaan bagi mengadakan (perhimpunan) di stadium dengan syarat bahawa mereka akan pergi dengan aman, berhimpun secara aman dan mereka akan balik dengan aman."

Bagaimanapun, siaran berita yang sama melaporkan sidang akhbar polis Selangor dan Kuala Lumpur tentang rampasan sejumlah besar senjata daripada pelbagai lokasi di sekitar Lembah Klang, termasuk 44 molotov *****tails, 23 parang dan 48 baju-T dengan logo Bersih. Polis tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan perhimpunan Bersih, 9 Julai. Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Hamzah berkata, taktik digunakan dengan golongan komunis semasa zaman darurat.

Saya cuba membayangkan, jika tiada "campur tangan Agong" dan Bersih tetap bertegas mengadakan perarakan membelah kota raya ke Istana Negara, tentulah kes rampasan senjata bersama baju-T Bersih itu akan menjadi isu hangat-panas dan diperbesar-besarkan oleh RTM, TV3 dan pastinya Utusan Malaysia, berhari-hari lamanya. Mutakhir ini media di negara kita, khususnya TV, berulang kali menyiarkan propaganda memburukkan Bersih yang cukup memualkan. Rasanya propaganda pemerintah zaman komunis dulu pun tidak seteruk itu.

Lucu juga mengingatkan penegasan Tun Hisan yang seolah-olah mahu mengaitkan rampasan senjata di belakang tokong Cina di Batu 14, Jalan Gombak Lama Bentong, dengan taktik pengganas komunis. (Masakan tidak, "komunis" tahun 2011 ini begitu alpa dan naif sehingga meninggalkan kesan dan bukti, seperti baju-T Bersih! Kebetulan, ada blogger mengingatkan kemungkinan rampasan gelombang kuning di seluruh negara boleh menyediakan ruang untuk mensabotaj Bersih, terutama membabitkan baju-T kuning itu).

Serta-merta saya terkenang nasib Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar dan empat aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditangkap semula mengikut Ordinan Darurat (EO) selepas dibebaskan daripada tahanan reman pada 2 Julai. Sebelum itu, Jeyakumar bersama 30 yang lain, ditangkap di plaza tol Sungai Dua, Pulau Pinang. Polis mendakwa berdasarkan barangan yang dirampas, ahli-ahli PSM itu mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka disiasat di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan atas tuduhan melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong.

Penggunaan EO adalah taktik halus polis mahu menahan tanpa bicara dengan tidak menggunakan akta drakonian ISA. Berbanding ISA, tidak wujud suara lantang terhadap EO disebabkan sasarannya bukan ahli politik, tetapi gangster atau penjenayah. Peruntukan penting dalam Ordinan Darurat adalah Seksyen 3(3), iaitu tempoh penahanan oleh polis selama 60 hari dan juga Seksyen 4(1), iaitu arahan menteri supaya ditahan tanpa bicara selama dua tahun.

Setelah tamat tempoh 60 hari tahanan pertama, menteri boleh memerintah perlanjutan tempoh tahanan tanpa bicara selama 2 tahun. Secara alternatifnya, menteri boleh mengeluarkan perintah sekatan untuk menyekat pergerakan tahanan. Menteri mempunyai kuasa melanjutkan perintah tahunan untuk satu jangkamasa berterusan tidak berakhir (undefinitely).

Selain itu, isu yang menjadi bualan ramai adalah sikap keterbukaan Seri Paduka yang bersedia menerima rombongan Bersih dan khabarnya pimpinan Pakatan Rakyat juga ke istana, ketika Timbalan Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar mengumumkan pintu rundingan sudah ditutup. Malah, Khalid dengan sombong memaklumkan kepada media bahawa perjumpaan ketuanya, Ismail Omar dengan pimpinan Bersih, termasuk Ambiga, bukannya satu rundingan, tetapi hanya untuk memaklumkan pendirian polis.

Dan bagaimana pula dengan status Bersih selepas menghadap Agong, khususnya merujuk kenyataan Abdul Rahman Othman, Pendaftar Pertubuhan Malaysia, bahawa Menteri Dalam Negeri telah mengisytiharkan bahawa Bersih 2.0 sebagai pertubuhan haram mengikut Seksyen 5 Akta Pertubuhan 1966 berkuatkuasa 1 Julai 2011? Masakan Agong sedia bertemu wakil pertubuhan haram, yang di dalamnya mungkin mengandungi anasir subversif, yang dikaitkan dengan komunis?

Bagaimanapun bagi saya, perkara yang jauh lebih penting adalah menonjolkan peranan istimewa Agong dalam dunia politik, khususnya membabitkan proses pilihan raya. Kedudukan baginda yang unik itu jarang diperkatakan sehinggalah muncul titah diraja, malam 3 Julai lalu. Antara petikan menarik: "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana ..."; "Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan ...."

Sememangnya penggubal Perlembagaan 1957 kita begitu cermat ketika memasukkan Perkara 114(2): "Pada melantik ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah memandang kepada mustahaknya diadakan suatu SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM." Kedudukan Agong yang nuetral dari segi politik membolehkan baginda melaksanakan tugas strategik bagi memastikan SPR benar-benar berwibawa, diyakini rakyat, bertindak saksama dan tidak menyebelahi mana-mana parti politik.


Menurut Tun Mohamed Suffian Hashim, bekas Ketua Hakim Negara dalam bukunya, Mengenai Perlembagaan Malaysia, "Untuk menentukan bahawa SPR bebas dari campur tangan kerajaan, Perlembagaan memperuntukkan bahawa seseorang ahli SPR tidak boleh dipecat dari jawatannya melainkan atas alasan yang sama dan dengan cara yang sama seperti seorang hakim.

Tiada perutukan lain dalam Perlembagaan yang begini istimewa walaupun terhadap perlantikan hakim, kecuali bagi SPR. Malangnya, pada hemat saya, peranan Agong seperti ditegaskan Perkara 114(2) itu seolah-olah tidak diberi perhatian serius, sedangkan ia kunci kepada masalah yang berbangkit hari ini. Belum nampak satu mekanisme yang jelas dan sistematik tentang perlantikan ahli-ahli SPR yang seharusnya mendapat KEPERCAYAAN AWAM itu, sehingga mereka yang dianggap boleh "diperbudakkan" oleh Umno yang sering dilantik dan ini menyebabkan kontroversi berlaku.

"Tugas politik" Agong yang begitu penting ini, seumpama seorang pengadil pertandingan yang tidak memihak, mesti dibahaskan secara tuntas. Bersih, dalam memorandum kepada baginda, bertarikh 10 November 2007 "menyuarakan kehendak rakyat menuntut pembaharuan pilihan raya termasuk mengutarakan cadangan untuk sebuah Suruhanjaya Diraja untuk mengkaji pembaharuan sistem dan proses pilihan raya".

Sebenarnya, daripada menuntut sebuah suruhanjaya bebas, lebih praktikal untuk mendahulukan peruntukan yang tersedia dalam Perlembagaan. Penubuhan SPR yang mendapat KEPERCAYAAN AWAM ini tidak boleh ditangguh lagi. Perarakan aman membelah Kuala Lumpur, yang dipindahkan ke stadium, tidak akan menyelesaikan isu sebenar sekiranya perkara pokok yang terkandung dalam tuntutan 8 perkara itu terbiar begitu sahaja.

Secara peribadi saya mengharapkan langkah awal Seri Paduka ini akan merintis usaha reformasi menyeluruh terhadap proses pilihan raya dan sistem demokrasi di negara kita. Ini bukan perkiraan siapa kalah atau menang; yang penting ada cahaya di hujung terowong ....

Mazlan Aliman dah bikin penjaga Sarawak nak angin..!!

Mazlan Aliman ditahan di Miri

KUALA LUMPUR, 6 Julai: AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman ditahan pihak Imigresen di Lapangan Terbang Miri sekitar jam 10.15 pagi ini.

Turut bersama beliau ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria, Ketua Penerangan PAS Sabah, Hishamudin Sulaiman, Naib Pengerusi Anak, Aris Fezul Ismail dan Setiausaha Akhbar Presiden PAS, Mohd Nasaie Ismail.

Ketika dihubungi sebantar tadi, Nasaie meberitahu pihak Imigresen memaklumkan Mazlan yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat ditahan atas arahan Ketua Menteri yang menyekatnya memasuki Sarawak.

(Gambar: Mazlan menunjukkan surat sekatan beliau memasuki Sarawak.)

Mazlan masih berunding dengan pihak Imigresen berikutan tindakan itu sama ada berlepas ke Kuala Lumpur atau Kota Kinabalu semula.

Mazlan dalam rangka lawatan memberi penjelasan berhubing isu tanah di Sarawak bersama Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Nasaie yang mengiringi Tuan Guru Abdul Hadi bagi menjayakan beberapa program yang telah diatur di Sabah dan Sarawak berkata, beliau kebetulan bersama Mazlan sewaktu ditahan.

Katanya, Tuan Guru Abdul Hadi tidak terbabit dengan sekatan itu dan terus dibawa dengan kenderaan yang menunggu di Lapangan Terbang Miri bagi menjayakan beberapa majlis yang telah disusun.

Bagaimanapun, kenderaan yang membawa beliau diekori pihak tertentu dipercayai polis.

Nasaie menyifatkan sekatan Mazlan yang juga Pengerusi Anak daripada memasuki Sarawak melambangkan ketakutan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di atas penyelewengan tanah yang dilakukannya.

"Dia (Taib) sedang di ambang kejatuhan," katanya.

Bersih 2.0: Kami bukan suara Pakatan, sedia temu Pemuda Umno

Ambiga:Kami bersedia untuk berbincang dengan Pemuda Umno. Mereka juga dialu-alukan menyertai kami pada Sabtu ini.
KUALA LUMPUR, 6 Julai — Pemimpin Bersih 2.0 melahirkan kesediaan untuk mengadakan pertemuan dengan Pemuda Umno berhubung isu tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya yang adil dan bebas di negara ini.

“Kami bersedia untuk berbincang dengan Pemuda Umno. Mereka juga dialu-alukan menyertai kami pada Sabtu ini,” kata Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa Pemuda Umno akan membatalkan rancangannya mahu mengadakan perhimpunan balas Sabtu ini, sebaliknya akan menyokong beberapa tuntutan pembaharuan sistem pilihan raya dibawa Bersih 2.0 jika gabungan itu menggugurkan kempennya.

Ketuanya Khairy Jamaluddin memberitahu The Malaysian Insider bahawa sayap itu akan menawarkan sokongannya memandangkan sistem semasa juga memerlukan penambahbaikan.

“Kami percaya bahawa satu barisan berkecuali yang bersatu, yang (jika) kita bersetuju akan lebih efektif, jika Bersih benar-benar mahukan perubahan,” kata beliau yang juga Ketua Pemuda BN.

“Saya selalu mengatakan bahawa kami menyokong sistem semasa tetapi penambahbaikan adalah diperlukan,” kata Khairy lagi yang kini berada di Athens.

Ahli Parlimen Rembau ini berkata Pemuda Umno akan membantu membersihkan pengundi-pengundi sudah mati dari daftar pemilih semasa, pengundian bagi mereka di luar negara, akses parti politik kepada semua media.

“Semua ini boleh dibincangkan,” katanya.

Gabungan 62 pertubuhan bukan kerajaan itu sebelum ini dilabel sebagai suara Pakatan Rakyat.

“Kami tidak boleh menghalang apa yang dikatakan oleh pihak lain,” kata salah seorang ahli jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 Subramaniam Pillay.

Seorang lagi ahli jawatankuasa pemandu Wong Chin Huat berkata, Bersih 2.0 kelihatan sebagai suara Pakatan Rakyat kerana tiada Barisan Nasional (BN) yang sanggup untuk menyokong pergerakan itu bagi diadakan pilihan raya yang adil dan bebas.

Eishhh PEMUDA UMNO bantah la pulak.. tak bagi Stadium Merdeka...

Pemuda Umno bantah BERSIH di Stadium Merdeka

Pemuda Umno hari ini membantahan keputusan BERSIH 2.0 yang memilih Stadium Merdeka sebagai tempat baru berhimpun pada Sabtu ini.

NONEKetua penerangan pergerakan itu Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, bantahan itu dibuat atas pelbagai alasan, terutamanya atas faktor sejarah tempat berkenaan.

"Kami bantah di Stadium Merdeka. Ia bukan tempat perhimpunan politik. Buatlah di negeri Pakatan Rakyat. Lagi pun Stadium Shah Alam sudah ditawarkan," katanya.

Stadium Merdeka dianggap sebagai tempat istimewa ekoran menjadi tempat di mana kemerdekaan Tanah Melayu diisytiharkan pada 31 Ogos 1967 di hadapan 10,000 orang.

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga pagi tadi mengumumkan pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini selama dua jam mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONEKetika dihubungi Malaysiakini hari ini, Reezal Merican yang juga pengerusi perhimpunan anti-BERSIH - PATRIOT - mendakwa, keputusan BERSIH memilih tempat itu menunjukan gabungan NGO itu mempunyai agenda lain.

Sehubungan itu, Reezal Merican mengingatkan supaya BERSIH 2.0 tidak "memainkan" Titah Yang di-Pertuan Agong sebelum ini dengan "mencetuskan" perkara tertentu.

"Tindakan mahu berhimpun di Stadium Merdeka menunjukkan mereka ada agenda tersirat," dakwanya lagi.

Ada surat Ugutan "PIE MATI LA HANG" sewaktu kereta Tn.Hj.Adnan Saad yg Disabotaj




DPPKAS Memantau Kejadian yg Menimpa Tn.Hj.Adnan Saad yg Disabotaj



BERSIH 2.0 mahu STADIUM MERDEKA untuk berhimpun..amacam PM..???

BERSIH mahu berhimpun di Stadium Merdeka

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga mengumumkan bahawa pihaknya akan berhimpun di Stadium Merdeka pada 9 Julai ini mulai jam 2 hingga 4 petang.

NONE

"BERSIH 2.0 bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana jua pihak bagi memastikan perhimpunan ini berjalan dengan aman dan lancar," katanya pada sidang media di ibu negara pagi ini.

Sehubungan itu, Ambiga juga menuntut pihak berkuasa menghentikan segala hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penyokong sejak minggu lalu dan berterusan sehingga hari ini.

Tidak kurang 100 orang termasuk wakil rakyat dari Pakatan ditangkap dan ditahan kerana memiliki dan memakai baju BERSIH. Malah ada juga yang ditangkap di bawah Ordinan Darurat kerana dsidakwa terbabit dengan gejala subversif.

NONEAmbiga juga mahu semua yang ditahan itu dibebaskan pada kadar serta merta.

Bekas presiden Majlis Peguam itu juga berkata pihaknya telah mempersembahkan kenyataan dan pendirian mereka dalam pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong Tuan Mizan Zainal Abidin semalam.

Kenyataan dan pendirian tersebut adalah :

  • BERSIH 2.0 menerima tawaran kerajaan untuk mengadakan rapat umum di stadium. BERSIH 2.0 berharap polis memberi kerjasama untuk memastikan perhimpunan berjalan lancar. Wakil BERSIH 2.0 tidak melebihi 10 orang akan menyerahkan satu memorandum kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

  • Kerajaan mesti menunjukkan 'niat baik' (good faith) dengan membebaskan semua yang telah ditahan termasuk individu-individu yang ditahan di bawah Ordinan Darurat dan memberhentikan tekanan, gangguan serta halangan kepada penyokong BERSIH 2.0
  • Menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk pembaikan sistem dan proses pilihan raya.

Dalam kenyataan yang dibacanya, Ambiga turut mengulas mengenai tuntutan pihaknya berhubung penubuhan suruhanjaya diraja bagi mengkaji tuntutan BERSIH yang mendesak pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara ini.tersebut.

azlanKatanya suruhanjaya itu ditubuhkan untuk mengkaji secara menyeluruh kelemahan-kelemahan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan mencadangkan penambahbaikan kepada sistem dan proses pilihan raya yang sedia ada.

"Suruhanjaya ini hendaklah dianggotai mereka yang berkaliber dan mewakili semua pihak yang berkepentingan," katanya.

Selain lapan tuntutan utama BERSIH, Ambiga yang juga seorang peguam mendesak agar keenam-enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) mesti dibebaskan serta-merta atau di hadapkan ke mahkamah.

"Pendakwaan terhadap mereka yang ada kaitan dengan BERSIH 2.0 (perlu) ditarik balik atau digugurkan," katanya.

Perghhhh.... KUALA LUMPUR sesak teruk...

Sekatan polis: Kuala Lumpur sesak teruk

Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya pagi ini menyaksikan kesesakan teruk akibat sekatan jalanraya yang dilakukan oleh polis dalam usaha melumpuhkan perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang dijadualkan Sabtu ini.

police parliament blockade traffic jams in city area 140708 02Antara jalan-jalan yang terjejas adalah Lebuhraya Persekutuan berhampir Subang Parade, Subang Jaya berhampiran Kolej Segi College, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan lebuh raya KL-Seremban di Seri Kembangan.

Kebanyakan pengguna jalanraya berang dengan tindakan polis itu sehingga menyebabkan ramai yang terkandas dalam perjalanan dan lewat ke destinasi masing-masing.

Ada yang meluahkan perasaan mereka di lama sosial seperti Twitter dan Facebook.

Berikut sebahagian daripada komen mereka.

Cikgu Din Sas: Jika England,, polis memberi jaminan keselamatan kepada peserta unjuk rasa.Begitu juga Indonesia.

Ajuad Aziz: kt port klang pn ade ni, nk g kje pon jem, ape the.....

Don Sha: Hapa pun tableh!

Mohd Shahran Shah: dah nampak dah sapa nak buat kacau....

Ivancph Ivan: sengaja polis ada kan roadblock waktu peak hour supaya rakyat boleh salah kan BERSIH. Entah pa mereka nak mengesan. ah moi dari china baru lepas kerja morning shift kat SPA ker?

Vijayan KrsnaZing: apa la yg kamu nak cuba buat ini? memang saya tak faham la!

Jer Saja:
kerajaan dan polis nak balas dendam terhadap rakyat ingin nak bersih..... bila rakyat balas hadiah seperti ni pada kerajaan BN?

Uwais Al Qarni: Bukan saja KL hampir 1 semenanjung dkerahnya bt r.block,, ngabih duit minyak aku aje beratur panjang camni.

Paklah Damansara:
sekarang siapa punca kl jem prdm or bersih najib bahlul jawablah

RT @morticya33:
Haiya, patutla jam, police blocking the exit of Subang to Fed Highway from 3 lanes to 2 kltraffic

RT @syazwinasaw: All ways out of Subang have been blocked by police trying to create havoc aftr last nite's FRU showdown at a ceramah.

RT @saimatkong:
OMG jam is everywhere & U will be late today! There's roadblock everywhere! One after toll towards Sunway. Use other roads...

RT @Wwyda:
NO WONDER. Roadblocks during rush hour, really? Roadblocks in and out USJ, in front of summit. Only 1 lane in use.

RT @SookLee17:
Are they out of their mind? Having road block at Sunway toll at this hour!

RT @cottonkyandyi:
Can someone tell me what's happening? Kinrara - bkt jalil; unusual jam!

RT @amptraffic kltu 0802: BESRAYA: crawl frm UPM-Sri Kembangan, roadblock at KM3.6. If u r coming frm SILK, expect delays frm Cheras Jaya.

RT @twentyplus: Alert, heavy jam at LDP due to Bersih roadblock, malaysia police boleh!

@kltraffic: dear dato @NajibRazak, i believd this rdblock thing is inappropriate n too extreme. my2cents.

http://www.malaysiakini.com/news/169042

Satu Lagi Rekod dunia yang Malaysia cipta tapi tidak di iktiraf oleh Guinness World Records

Menggemparkan!!! Malaysia Miliki Rekod Dunia Paling Ramai Penduduk Tertua Di Dunia, Tapi Kenapa Kita Tak Pernah Tahu Pun???

Dari 100 manusia yang paling panjang usianya yang disenaraikan oleh Wikipedia, manusia yang paling panjang usianya adalah seorang warga Perancis iaitu Jeanne Calment yang dilaporkan telah dilahirkan pada 21 Februari 1875 dan meninggal dunia ketika berusia 122 tahun 164 hari pada 4 Ogos 1997.

Manakala yang kedua panjang usianya pula adalah Sarah Knauss seorang warga United States yang dilahirkan pada 24 September 1880 dan meninggal dunia pada 30 Disember 1999 pada usia 119 tahun 97 hari.

Antara yang tersenarai dalam 100 manusia yang paling panjang usianya tetapi masih hidup hingga kini adalah Besse Cooper yang masih hidup di United States, beliau telah dilahirkan pada 26 Ogos 1896 dan telah berusia melebihi 114 tahun.

Dan lima orang lagi juga telah berusia melebihi 114 tahun dan masih hidup ialah tiga warga Jepun, seorang warga Itali dan seorang lagi pula warga United States.


Lagi 90 manusia tertua di dunia sila lihat di SINI

Kita mungkin berkata panjangnya usia mereka adalah kerana tabiat pemakanan dan juga persekitaran mereka yang sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan mereka itu..

Tetapi!! Tahukah anda Malaysia juga mempunyai ramai manusia yang masih hidup dan usianya melebihi 100 tahun?

Di Perak sahaja terdapat 1538 orang pengundi yang berumur melebihi 100 tahun dan yang menakjubkan kesemua mereka masih hidup dan boleh mengundi..

Manusia tertua yang masih hidup dan boleh mengundi di Perak itu ialah seorang yang berbangsa Cina iaitu Wong Seng yang telah dilahirkan pada tahu 1879 dan kini berusia 132 tahun jauh lebih tua dari manusia tertua yang disenaraikan oleh Wikipedia.

Begitu juga dengan lapan lagi manusia yang panjang usianya juga mengatasi iaitu Nazmi Binti Harun 131 tahun, Ng Khoa 126 tahun, Kong Kew Kee 126 tahun, Ng Ah Kow 125 tahun, Wong Yee 124 tahun, Itam Latihah Bin Mohd Ali 123 tahun, Mohammad bin Haji Mohd Noor 123 tahun, Wong Pin 123 tahun dan Murugai A/P Ramamoorthai berusia 122 tahun iaitu sama dengan usia manusia paling tua di dunia yang pernah direkodkan..

Korang tengoklah sendiri senarai 50 dari 1538 orang dibawah ni yang diambil dari Daftar Pemilih..

No_KP_Baru/ No KP Lama/ Nama/ Bangsa/ Tahun_Lahir/ Umur

790610740022 1448642 WONG SENG CINA 1879 132

800501030028 A0993271 NAZMI BINTI HARUN MELAYU 1880 131


850710740048 3498040 NG KHOA CINA 1885 126

850608740017 1453245 KONG KEW KEE CINA 1885 126

450826085273 0592818 NG AH KOW CINA 1886 125

870608740058 1392190 WONG YEE CINA 1887 124

881101080023 0336299 ITAM LATIH 1888 123

881112610069 2106517 MOHAMAD MELAYU 1888 123

881003740059 0439199 WONG PIN CINA 1888 123

890624713118 2110938 MURUGAI A/P RAMAMOORTHAI INDIA 1889 122

901102740113 0363429 HOW TOH YOON CINA 1890 121

910103740048 0387294 MOK SOON HOONG CINA 1891 120

910812740032 0914383 AH SEE CINA 1891 120

921012750017 2112135 DOORASAMY S/O PARASAMY INDIA 1892 119

921108740075 0439792 LIANG KWAY CINA 1892 119

931218740147 0596852 LEE KOOI CHIEW CINA 1893 118

931108080037 0357301 HAJI ABDUL MUTALIB MELAYU 1893 118

931116080010 2587063 HAJI HALIJAH BINTI ENDUT MELAYU 1893 118

930920740089 3841080 WONG AH SIEW CINA 1893 118

930104750019 2779357 SUPPIAH S/O SUPPIAH INDIA 1893 118

941124740073 0617600 POON SUM CHOON CINA 1894 117

940601740064 1413720 CHONG CHUI CINA 1894 117

940503740167 1042990 LEONG YAK CINA 1894 117

941231080015 4063070 YOK GUNONG ORANG ASLI 1894 117

951129740055 0608134 LEE AH NGEE CINA 1895 116

950720710019 7599200 ASA SINGH INDIA 1895 116

960913740088 1850228 SADRI B ALAM MELAYU 1896 115

961024740074 2077418 LOH YAN TAN CINA 1896 115

961122740078 0588769 LOH TAI HOI CINA 1896 115

960408740255 7603072 YONG CHAN CINA 1896 115

971123740159 0392250 LAI CHOONG YOOK CINA 1897 114

970811080049 3514775 GOVINDASAMY INDIA 1897 114

971231743699 1066220 HEE PENG FOOI CINA 1897 114

980605740076 1413246 WONG SAM NOOI CINA 1898 113

981121080256 0585983 LEE YOKE KWAI CINA 1898 113

>980503740147 1042943 YON LOON CINA 1898 113

980531750019 1382853 A K RETHNAM CHETTEER INDIA 1898 113

980607750059 1449825 SINNATHAMBY S/O AVADAI INDIA 1898 113

981125740100 0623105 CHAN SOON CINA 1898 113

980410750573 7638932 K.SHAIK DAWOOD INDIA 1898 113

981017740031 0366169 NG AH TEE CINA 1898 113

991107740157 0326715 WONG SEN CHEANG CINA 1899 112

991203740069 2583162 TEOH KOK TONG CINA 1899 112

991202710052 0591839 LAU TEE CINA 1899 112

991231741990 8156595 NGAN SUAR @ NGAN OH SUAR CINA 1899 112

991120740020 0619180 THAM LEAN TAI CINA 1899 112

991126710148 0410514 LEE KWAI FONG CINA 1899 112

990615740079 1406250 YIP PENG CINA 1899 112

990509740083 1078174 CHANG KWONG CINA 1899 112

Senarai penuh sila download di SINI

Yang peliknya tiada seorangpun dari mereka tersenarai dalam 100 manusia paling Tua di dunia.. kenapa agaknya.. mungkin SPR boleh jelaskan..

Sumber

N'N:Ini sebabnya Bersih 2.o sangat2 relevan kerana SPR telah menggadai maruah mereka demi UMNO/BN sekaligus menjadi kuda tunggangan UBN.....

Dokumentari Eksklusif BERSIH 2.0 Bersama Mohamad Sabu



CERAMAH TERKINI


Nik Aziz: ‘Agong umpama ibu bapa tempat rakyat adu keluh kesah’


KUALA LUMPUR, 6 Julai — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menulis surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin merakamkan “setinggi-tinggi” tahniah kepada baginda atas nasihat dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 Sabtu ini.

Ahad lalu, baginda bertitah agar rakyat dan kerajaan menyelesaikan setiap isu termasuk Himpunan Bersih 2.0 menerusi perundingan.

Semalam, baginda perkenan menerima pertemuan sekretariat Bersih 2.0, sekali gus membawa kepada keputusan membatalkan perhimpunan di jalan sebaliknya hanya akan diadakan di stadium.

Baginda juga dilaporkan perkenan menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ia dilihat kali pertama penganjur satu-satu perhimpunan terbuka mengadakan pertemuan dengan Istana Negara dan membawa kepada jalan penyelesaian.

Nik Aziz (gambar) juga berkata beliau juga mempersembahkan pendirian bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihan raya yang adil tidak akan mendatangkan huru-hara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

“Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil telah diberi ampuni untuk menghadap Tuanku pada pagi ini (semalam) dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihan raya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya.

“Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

“Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin dalam Perlembagaan Malaysia,” kata Nik Aziz dalam surat terbukanya yang disiarkan oleh Harakah Daily hari ini.

Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS kini berada di Mekah untuk menunaikan umrah.

Beliau yang akan kembali ke tanah air pada Ahad ini mengutuskan surat itu sebagai respons kepada titah Yang di-Pertuan Agong berhubung perhimpunan aman Bersih 2.0 Sabtu ini.

Surat itu bertarikh 5 Julai.

Kata Nik Aziz, “sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik.”

Nik Aziz juga berkata, Yang di-Pertuan Agong juga umpama “ibu bapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah.”

“Semoga Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah s.w.t. dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata... di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah s.w.t.,” kata Nik Aziz.

Bersih 2.0 : Surat Dari Tok Guru Nik Aziz Kepada KDYMM Yang Dipertuan Agong

Gambar hiasan

Mengadap Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj

Bismillahir Rahmanir Rahim.

Sukalah patik ingin memaklumkan kepada pihak Tuanku bahawa patik sedang berada di Tanah Suci Makkah Al-Mukarramah untuk mengerjakan umrah dan Insya-Allah dijadualkan akan pulang ke tanah air pada 10 Julai 2011. Patik di sini mendoakan agar KDYMM Tuanku serta Permaisuri sentiasa dilimpahi keberkatan yang berpanjangan daripada Allah SWT.

Patik mendengar khabar berita bahawa pihak Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) telah diberi ampuni untuk mengadap KDYMM Tuanku pada pagi ini dan menyembahkan tuntutan-tuntutan ke arah memastikan perjalanan pilihanraya yang lebih bersih dan terjamin ketelusannya. Patik juga dimaklumkan bahawa pihak penganjur telah dinasihatkan agar tidak mengadakan perarakan di tempat terbuka dan memindahkannya di tempat yang tertutup seperti stadium bagi menjamin perjalanan yang aman dan tidak mengganggu ketenteraman awam.

Justeru, patik ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah di atas keprihatinan KDYMM Tuanku terhadap kehendak rakyat untuk merasai keadilan melalui sistem demokrasi yang telah dijamin di dalam perlembagaan Malaysia. Sukalah patik mempersembahkan pendirian patik bahawa sebarang pertukaran kepimpinan negara di bawah sistem pilihanraya yang adil tidak akan mendatangkan huruhara sama sekali seperti yang berlaku di negara-negara lain seperti Jepun dan terkini negara jiran iaitu Thailand.

Sekali lagi tahniah dan junjung kasih berpanjangan dari patik. Semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri terus dilindungi Allah SWT dan terus berperanan sebagai payung yang menaungi seluruh rakyat jelata. Sesungguhnya KDYMM Tuanku adalah umpama ibubapa tempat rakyat yang terdiri dari pelbagai kefahaman politik mengadu keluh kesah. Di bawah naungan Kaabah, patik dengan penuh rasa kasih dan sayang berdoa semoga KDYMM Tuanku dan Permaisuri dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.

Patik yang menjunjung kasih,

YANG AMAT BERHORMAT DATUK BENTARA SETIA HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Al-Mursyidul Am

Parti Islam Semalaysia (PAS).

Bertarikh : 3 Syaaban 1432H bersamaan 5 Julai 2011M

Sumber : Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

Akhirnya Najib, Ibrahim dan KJ tewas ditangan Pejuang BERSIH..

Oleh Mohd Sayuti Omar

http://2.bp.blogspot.com/-776Kdk1wHZw/Tg1lqwkhRLI/AAAAAAAAASE/p_mO-lH7nqU/s1600/ambiga-bersih-copy.jpgMALAYSIA negara ajaib, sesuatu boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Perubahan lebih cepat dari anak ayam hendak keluar dari telornya. Anak ayam mengambil masa 21 hari untuk keluar dari cengkeran telor. Tetapi di Malaysia sekelip mata sahaja keptusan boleh berubah. Inilah standard negaraku Malaysia.

Tidak sampai seminggu Menteri Dalam Negeri (KDN) mengisytharkan Bersih sebagai pertubuhan haram. Polis pun macam tak sempat pakai kain terus ambil gari pergi gari sekalian orang yang menggerak Bersih sampai ustaz kampung sangkut baju warna kuning di sasak kedai kopi pun ditangkap dan diheret ke mahkamah. Kenapa, sebab Bersih pertubuhan haram.
Haram tak haram Bersih hampir diletakkan sama dengan komunis?

Semua orang yang sihat akal akan jadi hendak ketawa. Hj Lu V juga akan ketawa, terkeh keh... Tiba-tiba sahaja Bersih yang haram dan hitam legam itu sudah menjadi putih kembali. Hari ini perdana menteri yang sebelum ini menerima pengsiytharan haram juga bersedia untuk berjumpa Bersih. Tidakkah ini dikatakan pelik, bin ganjil anak lelaki menghariankan?

Kalau Bersih haram kenapa Perdana Menteri sedia untuk menemuinya? Itulah saya katakan keadaan di Malaysia ini boleh berubah dalam sekelip mata sahaja. Apabila Najib sedia jumpa bermakna Bersih sebuah pertubuhan yang ada kelas, yang tidak boleh ditolak begitu saja. Bersih jauh lebih bersih dari Perkasa(m) atau Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada jawatan kerajaan.

Bagaimana pun polis nampaknya masih lagi menerima dan berpegang kepada pengistyharan haram itu. Kerana... kalau mereka juga sudah membatalkan pengharaman itu mereka akan melepas semua tahanan yang diremen dan menghentikan operasi menangkap baju kuning, kerja yang tidak sedikit pun patriotik.

Nasib baik saya tidak jadi timbalan ketua polis negara. Kalau saya jadi timbalan ketua polis negara saya sudah lepaskan jawatan hari ini juga. Malu saya kalau nasihat dan tunjuk ajar kita tiba-tiba dibatalkan dalam sekelip mata sahaja. Barangkali sebab itulah saya tidak menjadi timbalan ketua polis dan hanya jadi penulis biasa.

Jadi sekarang pertubuhan atau kumpulan mana yang haram. Pada saya yang haram kini ialah Perkasa(m) dan Pemuda Umno yang ketuanya tidak ada batu pelir. Kalau mereka tidak haram tentu mereka yang dipanggil menghadap atau meminta menghadap Agong supaya hapuskan Bersih. Tetapi kerana mereka haram maka mereka kini diam seribut bahasa. Kalau berani pergilah menghadap Agong dan minta Bersih terus dibersihkan.

Ternyata jelas antara Ambiga dengan Ibrahim Ali dan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menantu Abdullah Badawi, jauh lebih baik dan intelegen Ambiga. Perjuangan menggunakan akal berlandaskan ruang perlembagaan dan undang-undang lebih tulen dari perjuangan yang menganggakan mulut atau melilit kain mereka di kepala.

http://msomelayu.blogspot.com/

Kereta MP & aktivis BERSIH di pecahkan cermin dan di simbah cat merah


Perbuatan Provokasi terhadap BERSIH 2.0!!
Kereta aktivis BERSIH di pecahkan cermin dan di simbah cat


hangpa kenai kot sapa dia nie...



ini kereta MP Pendang...pon kena...

Bersih demo di stadium, siapa menang, siapa kalah?

Oleh SiasahDaily

http://media1-cdn.malaysiakini.com/370/4f093d2e3babdb8fffcc6b6bbf30a50d.gifKetua Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan memberitahu media bahawa demonstrasi besar-besaran gabungan kumpulan menuntut penambahbaikan proses pilihan raya itu akan diadakan di stadium dan bukan di jalanan.

Pendirian baharu Bersih ini muncul selepas bertemu dengan Yang Dipertuan Agong hari ini. Bersih yang digerakkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat sebelum ini bertegas untuk mengadakan protes di tengah bandar Kuala Lumpur di beberapa lokasi tetapi ditentang hebat Umno dan penyokong.

Perkembangan ini bermakna Bersih berundur daripada pendirian asal menolak demonstrasi di stadium atas sebab tertentu, manakala pemerintah dan penyokong seperti Perkasa terpaksa menerima protes Bersih akan tetap diadakan.

Gesaan Yang Dipertuan Agong yang telah mendorong perubahan rancangan Bersih kedua kini telah mengendurkan ketegangan antara pihak-pihak terbabit, yang termasuk Bersih 2.0, kerajaan, Perkasa dan pemuda Umno.

Beberapa pihak menjangka akan tercetus kekacauan atau satu bentuk aksi ganas pada masa perhimpunan Bersih kedua Sabtu 9 Julai nanti, yang bakal memburukkan imej pemerintah kerana mengulangi tindakan keras pada Bersih 2007 dan pada masa sama menjejaskan juga pihak pembangkang.

Bagi pihak pemerintah, titah YDP Agong ini telah menyelamatkan kerajaan pimpinan Umno daripada terpaksa mengambil tindakan-tindakan berdasarkan undang-undang pencegahan yang dilihat dengan kritikal oleh pembangkang dan sebahagian rakyat dalam usaha menghalang perhimpunan Bersih kedua.

Pada masa sama, pemerintah pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak juga terpaksa akur bahawa hak demokratik untuk berhimpun secara aman perlu dihormati.

Sebagai respons kepada titah YDP Agong itu, penyokong-penyokong Umno termasuk penulis-penulis blog mendakwa ia sebagai kejayaan pemerintah menghalang perhimpunan Bersih 9 Julai nanti, dan mentafsirkannya sebagai membenarkan segala dakwaan mereka terhadap gabungan itu selama ini.

Walau bagaimanapun, perkembangan terbaharu menunjukkan perhimpunan Bersih kedua masih boleh diadakan, menandakan bahawa tuntutan-tuntutan sah gabungan itu masih diteruskan.

Umno dan penyokong tidak boleh mendakwa mendapat kemenangan dalam hal ini kerana isu yang dipersoalkan ialah perhimpunan yang dilihat boleh mencetuskan perkara tidak diingini, tetapi bukan tuntutan-tuntutan Bersih berhubung pilihan raya.

Pembangkang - terutama PAS yang menjadi wajah hadapan perhimpunan kali ini melalui Mohamad Sabu - dan gabungan Bersih juga mendapat manfaat kerana dielakkan daripada dipersalahkan sekiranya perkara tidak diingini berlaku dalam perhimpunan Bersih kedua di tengah kota Kuala Lumpur.

Perhimpunan 9 Julai nanti, sekiranya berjaya diadakan di mana sahaja, masih boleh meningkatkan momentum menuju Pilihan Raya Umum ke-13.

http://siasahdaily.blogspot.com

BERSIH 2.0 : Makkk! Nak Percaya Ka Tak Mau niiiii???


Ish! MasyaAllah! Maakkk oiii...nak gelak ka nak percaya niii???Geng bersih nak merusuh dengan molotov cocktail (bom petrol) dan parang lading!!! Stail komunis zaman dolu-dolu... Tun Hisan Ketua Polis Selangor yang tak berapa ada rambut tu buat statement sat ni..mak tengok TB dak?...siap tunjukkan barang-barang yang dirampas tersorok di Pertama Kompleks dan Jalan Raja Laut dan sekitarnya. Ada botol plastik bertudung purple sumbu pakai benang mentah warna putih, minyaknya warna kekuningan...penuh botol.

Satu lagi Polis Sigh pulak jumpa molotov cocktail...botol kaca warna hijau, minyak ada separuh dan sumbu pakai kain pelekat yang dikoyak panjang-panjang. Sumbu tak pintal lasung macam pelita minyak kita dulu-dulu... Standardise saja sumbunya, sama corak sama panjang, botol sama warna, hijauuuu!!! minyak sama banyak...dan botol itu bersihhh sekali...berkilat-kilat. Sere botol baru Mak!

Parang lading ada tujuh lapan bilah...2 bulan lepas aku beli sebilah untuk menebas kebun, RM15 satu. Yang paling ngeri sekali makkk! ada t shirt bersih warna kuning pulak tu disorokkan bersama bom petrol dan parang lading! Polis tu kata 3 orang dok buat sorok benda-benda tu di sekitar kuala lumpur...Mak! jangan tak tau, Jalan Raja Laut ada Pejabat Agong PAS... Orang awam nampakpuak tu dok sorok, terus telefon polis...dengan cepatnya polis mari ambik semua barang2 tu. minyak sikit pun tak tumpah..parang tu semua baru-baru...sure tak besa menebas lagi...ambik takek kayu api pa mak....tajam tu!

Mak! jalan Raja laut bukan macam belakang rumah kita, semak samun...kat situ ada deretan kedai 2 tingkat ke atas...tinggi2...ada hotel, bangunan bersambung-sambung....ada lorong tengah tu sambung ke lorong Hj Taib! Ada tempat tunggu bas...tunggu teksi, kedai mamak org makan tak berenti renti. orang pula ramai lalu lalang tak putus-putus... Ada Public bank, ada kedai sparepart moto, ada kedai mainan budak2. Hutan lalang, pokok cenerai, senduduk, kapal terbang, kemucut pun tak dak mak weiii...pokok bunga cina lagi la tak dak!

Mak! Kalau baju kita simpan dengan minyak petrol dalam botol tak dak tudung...baju tu bau minyak dak Mak? Kalau susuk parang lading 3-4 kaki panjang agak2 orang nampak dak mak? Hulu dia plastik warna merah dan warna hijau...buleh susuk dah mak di kai lima kedai-kedai tu...kalu mak tak dapat bayangkan Jalan Raja Laut dengan Pertama Kompleks tu, 9 hb ni aku bawak mi gi tengok tempat tu...dengan syarat, mak jangan gelak sampai terguling sudah!

Mak, orang bodoh mana taruh situ barang2 macam tu...minyak petrol minyak gas ni jenih bau ka dak mak? kalau ada bau, dari 5hb sampai 9hb orang tak leh jumpa ka mak? Mak oiiiii...minyak petrol moto pak kalu tak tutup tangki dia meresaap gi gitu jaaa...ni pulak dok dalam botol, sikit pulak tu... ada nak dan pakai 9hb ni...kalu lempar pastu tak meletop sbb minyak tak dak nak buat gena mak...orang tak gelak ka???

Yang pelik sekali Mak, baju tu gi susuk situ buat pa? Orang semua nak pakai, dak pun bawa dalam beg...selai 15 hinggit tu mak...kalu orang kebas macam mana...org mesti minat sbb baju tu tak kotor lasung-lasung! Dema wak masuk TB mak oiii! Cerita macam tu masuk buletin utama Tv3 suku! mak tengok TB dak mak malam ni...

Makk!!! nak gelak ka nak teriak ni??? Dema suruh kita percaya cerita dongeng macam tu...yang cakap tu Ketua Polis Negeri Selangor mak oiii! Dia orang pekan! Bukan kapong macam kita... mak tolong gerak Asma dalam ndoi tu mak, suruh dia percaya sekali... cerita hebat ni... Mak, katop TBsari dua ni mak, satgi pak napak berita ni dalam TB, dia rebah terguling...kesian la kat polis botak dan polis Sigh tu!! Orang luar negeri dok gelak tak bereti lagi ni mak ooo...pecah perut pun ada pa???

Muhammad Sanusi Md Nor

‘UMNO, media putar belit isu Bersih’ - Ketua Pemuda Pas Kedah

ALOR SETAR - UMNO dan media arus perdana didakwa cuba memutarbelitkan isu Bersih 2.0 hingga timbul pelbagai spekulasi untuk menakut-nakutkan rakyat supaya tidak mengambil bahagian dalam perhimpunan itu.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya berkata, pihaknya akur dan menyokong penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Katanya, titah itu antara lain mahu rakyat memelihara keharmonian dan kestabilan negara sedangkan matlamat asal himpunan berkenaan bukan bertujuan untuk menimbulkan sebarang kekecohan hingga boleh menggugat keamanan.

“Bagaimanapun keadaan menjadi bertambah serius apabila UMNO dan media dilihat sering memprovokasi isu Bersih hingga menimbulkan kebimbangan di segenap lapisan masyarakat.

“Himpunan Bersih 2.0 mula diharamkan, baju yang tertera logo Bersih dirampas termasuk himpunan ini dilihat akan mencetuskan kekacauan hingga menyebabkan segelintir pelabur bertindak lari daripada menanggung risiko melabur di sini,” katanya.

Ahmad berkata, sekiranya provokasi seumpama itu tidak ditimbulkan, beliau percaya himpunan berkenaan akan berlangsung dalam suasana aman dan mereka yang berhimpun berjalan beramai-ramai menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong seperti dirancang. [SH]

Kes Khalwat Bekas Ketua Puteri UMNO & bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun - 14 Ogos tarikh perbicaraan

14 Ogos tarikh perbicaraan

JITRA - Bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian Jerlun, Yusmawati Yaacob, 31, dan bekas Setiausaha UMNO Bahagian Jerlun, Jasmi Mohd Ismail, 47, masing-masing mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan pindaan, berkurung tanpa ikatan sah dalam sebuah rumah.

Yusmawati yang mengenakan baju kurung dan tudung berbunga biru manakala Jasmi yang berkemeja kuning dan berseluar cerah masing-masing minta dibicarakan selepas pertuduhan pindaan dibacakan secara berasingan terhadap mereka di Mahkamah Rendah Syariah Kubang Pasu bagi menggantikan pertuduhan sebelum ini.

Pada 20 Jun lalu, kedua-dua mereka dihadapkan ke mahkamah sama atas pertuduhan bersekediaman, bersekedudukan, berkurung atau bersembunyi tanpa sebarang ikatan sah mengikut Seksyen 9 (1) (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (Kedah) 1988.

Bagaimanapun mahkamah itu semalam membenarkan pindaan pertuduhan terhadap mereka sebelum ini digugurkan sebaliknya hanya mengekalkan tuduhan berkurung mengikut seksyen yang sama.

Kedua-dua tertuduh yang bukan muhrim dituduh berkurung tanpa sebarang ikatan sah di sebuah rumah di Taman Tunku Sarina sehingga menimbulkan syak jam 1.20 pagi, 11 Mei lalu.

Kedua-dua pasangan diwakili Peguam bela Syarie, Shukri Zakaria manakala Pendakwaan dilakukan oleh Pendakwa Syarie Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), Farah Hasan.

Hakim Syarie, Syeikh Kamaruslan Mustapha menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh perbicaraan kes terbabit untuk memberi masa kepada pihak pendakwaan mengeluarkan sapina untuk memanggil saksi kes berkenaan pada tarikh perbicaraan.

Jika bersabit kesalahan kedua-dua mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, kedua-dua mereka digugurkan daripada jawatan masing-masing seminggu selepas kes mereka disebut pertama kali di mahkamah sama, 20 Jun lalu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...